You are on page 1of 6

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

1.0 Pentadbiran Dan Organisasi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Tugas Pengerusi
Sebagai pemantauan.
Menerima surat dan mengirim surat daripada pejabat kesihatan.
Menyerahkan tugas kepada penyelaras program kesihatan sekolah.
Tugas Naib Pengerusi
Penolong pemantauan.
Membantu penyelaras menyelesaikan masalah.
Tugas Penyeralas
Menyediakan bilik pemeriksaan.
Memastikan guru-guru melengkapkan buku rekod kesihatan.

Memastikan guru mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk


membuat pemeriksaan.
Membincang tarikh lawatan perkhidmatan kesihatan ke sekolah.
Mengatur urutan kelas untuk mendapat lawatan.
Menyambut kedatangan pegawai perkhidmatan kesihatan semasa datang
ke sekolah.
Menyediakan kemudahan seperti meja,kerusi,paip air,lampu dan
sebagainya dalam bilik tertentu.
Tugas Setiausaha
Membantu tugas penyeralas.
Menyediakan segala dokumen yang berkaitan.
Menyediakan minit mesyuarat dan laporan.
Tugas AJK
Membantu dalam tugas daripada penyeralas.
Menghadiri mesyuarat.
Mengisi maklumat murid seperti tinggi, berat, nama, alamat dan
sebagainya.
Memastikan mendapat surat kebenaran dan surat pengecualian
pemeriksaan.
Membuat pemeriksaan penglihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

2.0

Pentadbiran Dan Organisasi Perkhidmatan Kesihatan Ke Sekolah

Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

Berikut adalah pasukan perkhidmatan kesihatan sekolah, ia terdiri daripada:


Doktor (Ketua pasukan) -Seorang
Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih -Seorang
Penolong Jururawat Dua orang
Atendan -Seorang
Pemandu Seorang
Tugas-tugas setiap ahli dari pasukan perkhidmatan kesihatan sekolah
1. Doktor Ke sekolah menengah sahaja.
2. Jururawat
a. Memastikan maklumat diisi dengan lengkap oleh guru.
b. Memastikan murid yang mendapat rawatan telah mendapat
kebenaran oleh ibu bapa/penjaga.
c. Memastikan maklumat yang diisi adalah benar.
d. Membuat pemeriksaan.
e. Membuat rawatan jika perlu.
f. Kes yang serius dirujuk kepada klinik kesihatan daerah/hospital.
g. Mengisi rekod kesihatan dan tandatangan pada buku rekod
kesihatan murid.
h. Memberi taklimat seperti penjagaan kesihatan,cara menggosok gigi
dan sebagainya kepada murid.

Contoh Buku Rekod Kesihatan Murid

3. Atendana. Sebagai pembantu jururawat.


b. Menyediakan buku rekod murid.

c. Mengatur kedatangan murid.


d. Menyusun alatan dan meja yang diperlukan.
4. Pemandu
a. Memandu van kesihatan perkhidmatan daerah.
b. Membawa semua alatan yang diperlukan.
c. Membawa murid ke klinik kesihatan jika diperlu.
3.0

Panduan Lawatan Sekolah Dan Tatacara


Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan menjalankan
lawatan ulangan bagi murid-murid sekurang-kurangnya sekali
setahun.
Perkhidmatan yang diberikan akan memberi keutamaan kepada
kanak-kanak pra sekolah, Darjah 1, Darjah 6.
Kes-kes rujukan dari darjah yang lain juga akan diperiksa pada
masa lawatan.
Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian
saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan
murid-murid di sesebuah sekolah.

Langkah-langkah pasukan kesihata melakukan :


Langkah 1
Pasukan kesihatan sekolah mengirimkan surat kepada sekolah.
Menyatakan tarikh membuat lawatan serta tujuannya. Meminta kerjasama
daripada pihak sekolah sebelum pasukan lawatan datang.
Langkah 2
Guru berkenaan perlu memberi maklum balas samaada tarikh yang
ditentukan dapat menjalankan lawatan atau tidak. Segala perubahan perlu
dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh lawatan.

Langkah 3
Pasukan Kesihatan akan menghubungi sekolah sebelum datang.
Langkah 4
Datang ke sekolah berjumpa dengan guru besar atau pk hem.

Langkah 5
Menyediakan alatan yang diperlukan ke bilik tertentu.
Langkah 6
Memastikan buku rekod murid diisi dengan lengkap.
Langkah 7
Memastikan kesihatan murid sesuai untuk menjalankan pemeriksaan/
suntikan.
Langkah 8
Mencatat keputusan pemeriksaan atau suntikan yang telah dilakukan
dalam buku rekod kesihatan murid.
Langkah 9
Merujukkan kes yang memerlukan rawatan tertentu pada klinik atau
hospital.
Langkah 10
Menyediakan laporan lawatan kepada sekolah.
Contoh laporan lawatan, sila rujuk pada lampiran.

You might also like