You are on page 1of 2

Nor Azman, [30.01.

16 23:12]
PdP Abad Ke 21 : PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. KAEDAH SHARE N TURN
1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir
antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang
mengandungi 4 isi atau idea
2. KAEDAH THINK PAIR SHARE
1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan
olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)
3. KAEDAH GALLERY WALK
1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam
kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa
maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil
maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik
setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.
4. KAEDAH RALLAY ROBIN
1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan
di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli
kumpulan.
5.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING


Meminta pelajar menulis soalan dikad
Jawapan ditulis dibelakang.
Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
Menyerahkan kepada pelajar
Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
Bertukar rakan untuk soal dan jawab.

6. KAEDAH IDEA RUSH


1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh
rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik

7. KAEDAH FAN N PICK


1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut
Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk semua. Aamin

You might also like