You are on page 1of 5

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor
satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia
berinteraksi secara mudah dan berkesan. Bahasa Inggeris sememangnya
penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memajukan negara bagi
mencapai Wawasan 2020 supaya standing dengan negara lain.
Dalam Era globalisasi ini, keperluan memanfaatkan Teknologi Komunikasi
dan Maklumat (ICT) menuntut penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu,
penguasaan bahasa Inggeris dapat memudahkan kita berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Kita mempelajari dan memberi penekanan serius
terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam pendidikan Malaysia, supaya
rakyat Malaysia dapat mementingkan dan menyedari betapa penting dengan
penguasaan bahasa Inggeris. Hal ini kerana bahasa tersebut merupakan
medium pencetus teknologi Barat.

1.2 Pernyataan Masalah


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kekangan yang dihadapi oleh pelajar di
sekolah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Berdasarkan pemerhatian,
antara kekangan yang dihadapi adalah pelajar hanya menggunakan bahasa
Inggeris di luar kelas. Kebanyakan pelajar tidak mengaplikasikan bahasa
Inggeris di luar kelas seperti bertutur dan membaca akhbar bahasa Inggeris.
Selain itu, sikap pembelajaran bahasa Inggeris pelajar juga salah satu faktor
yang menyebabkan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam sekolah.
Sikap malu dan kurang minat pelajar menyebabkan keputusan bahasa
Inggeris mereka kurang memuaskan. Sikap guru sendiri juga tidak mahu
menggunakan

bahasa

Inggeris

dengan

sepenuhnya

semasa

proses

pengajaran. Jadi ia tidak dapat mempengaruhi keyakinan mereka untuk


menggunakan bahasa Inggeris.

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:
1. Mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam sekolah
2. Mengenalpasti sikap pembelajaran pelajar terhadap bahasa Inggeris
3. Menerangkan cara untuk meningkatkan keminatan pelajar terhadap
Penguasaan bahasa Inggeris

2.1 Persoalan Kajian


1. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam sekolah ?
2. Apakah sikap pembelajaran pelajar terhadap bahasa Inggeris ?
3. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keminatan pelajar terhadap
penguasaan bahasa Inggeris ?

3.0 Kaedah Kajian


Dalam kajian ini, tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam
kalangan PKPG akan dikaji dengan menggunakan soal selidik. Penyelidik
telah memilih kaedah soal selidik dalam kajian ini sebagai instrumen kerana
perkara-perkara berikut :
i. Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan lengkap.
ii. Soal selidik adalah sesuatu yang seragam dan semua responden yang
menjawab soalan akan menjawab soalan-soalan yang sama.
iii. Soal selidik dapat menjimatkan masa, perbelanjaan dan tenaga penyelidik.
iv. Responden mungkin lebih selesa memberikan respon melalui soal selidik
berbanding melalui
temuramah dan pemerhatian.
Menurut Mohd Najib (2003), soal selidik ialah alat atau instrumen yang
digunakan untuk mengukur
tingkah laku responden dan produk kepada penggunaan alat pengukur ini
adalah data. Pembinaan soal
selidik pula, dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa perkara yang
telah dikemukakan oleh Wolf
(dalam Megat Azizi, 2002), iaitu:i) Responden dapat membaca dan memahami item-item dalam soal selidik
dengan baik.

ii) Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi


untuk menjawab item-item di
dalam soal selidik.
iii) Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik.

You might also like