You are on page 1of 32

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

1.

KONSEP, MATLAMAT DAN STRATEGI PELAKSANAAN

KONSEP
Pada asasnya kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus
melibatkan diri. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu
aktiviti itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik
darjah, maka aktiviti kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang
positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu, berasaskan
kepada anggapan bahawa ;

i.

Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik)


dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);

ii.

Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan;

iii.

Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri;

iv.

Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan


negara;

v.

Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik


pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

MATLAMAT
Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah matlamat utama aktiviti
kokurikulum. Matlamat aktiviti kokurikulum yang hendak dicapai adalah ;

i.

Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial,


jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

ii.

Pengukuhan interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar di sekolah;

iii.

Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam matlamat aktiviti kokurikulum yang
diceburi;

iv.

Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta peluasan
pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu ;

v.

Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan
kesihatan dan kesejahteraan diri ;

vi.

Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif,
selaras dengan hasrat Rukunegara ;

vii.

Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar ;

viii.

Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
dan masyarakat;

ix.

Mewujudkan sekolah berwatak

STRATEGI
Bagi mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannnya ;
i.

Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan aktiviti
kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah ;

ii.

Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan serta
mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar
melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.

iii.

Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, di mana yang
sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.

iv.

Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.

v.

Melibatkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-guru (PIBG) dan pelajar-pelajar dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

vi.

Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.

vii.

Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

viii.

Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.

ix.

Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.

x.

Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.

STATUS PELAKSANAAN
Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokorikulum di
sekolah adalah wajib. [ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ]

Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu


kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
(RM5000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau keduaduanya. [ Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ]
Dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian,
seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit
(RM500.00) sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya
di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus
dilakukan. [ Subseksyen 135(2) Akta 550 ]
2.

3.

4.

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH


Pengerusi

Guru Besar

Naib pengerusi

Penolong Kanan Pentadbiran & Penolong Kanan HEM

Setiausaha

Penolong Kanan Kokurikulum

AJK

Tiga orang penyelaras

JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH


Pengerusi

Guru Besar

Naib pengerusi

Penolong Kanan Pentadbiran & Penolong Kanan HEM

Setiausaha

Penolong Kanan Kokurikulum

AJK

Tiga orang penyelaras


Semua Guru Penasihat

JADUAL WAKTU KOKURIKULUM


4.1

Badan Beruniform

Hari Isnin, jam 3.00 5.00 petang


Hari Khamis, jam 3.00 5.00 petang
Hari Jumaat, jam 1.30 3.00 petang

4.2

Kelab / Persatuan

:
:

Hari Selasa, jam 3.00 5.00 petang


Hari Rabu, jam 3.00 5.00 petang

4.3

Sukan dan permainan

Hari Rabu, jam 3.00 5.00 petang


Hari Khamis, jam 3.00 4.00 petang

5.

PENGLIBATAN PELAJAR / KEAHLIAN


5.1

Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29)


bertarikh 2 Januari 1985 menyatakan ;
Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap
orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar
hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja
pakaian seragam (Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan
satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan
penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.

5.2

6.

7.

Selaras dengan surat pekeliling ini dasar kokurikulum sekolah adalah :


setiap pelajar Tahun 3, 4 , 5 & 6 wajib menyertai kegiatan Badan Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.

PENGURUSAN KELAB / PERSATUAN


6.1

Semua aktiviti kokurikulum mesti direkod dalam Kad Rekod Kokurikulum yang
disediakan. Semua butir dalam kad rekod tersebut perlu diisi dengan lengkap
mengikut format yang disediakan.

6.2

Pada setiap perjumpaan, kad rekod ini hendaklah diserahkan kepada Guru penasihat
untuk ditandatangani.

6.3

Semua kelab / persatuan diwajibkan membuat Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan
Pelan Operasi (PSPTPO 2015) dan dihantar hard copy dan soft copy sebelum
cuti pertengahan Semester 1.

KEKERAPAN AKTIVITI KOKURIKULUM


7.1

Aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan


dengan jumlah masa yang tidak kurang daripada 1 jam dan tidak melebihi 2 jam bagi
setiap perjumpaan.

7.2

Bilangan minimum aktiviti atau perjumpaan dalam satu tahun akademik adalah
berdasarkan polisi 12, 12, dan 18 untuk kelab/persatuan, sukan/permainan dan badan
beruniform masing-masing.

7.3

Peraturan ini DIKECUALIKAN bagi Badan Beruniform / Kelab Dan Persatuan /


Sukan Dan Permainan yang mempunyai perancangan / program tahunan sendiri.

7.4

Setiap aktiviti atau perjumpaan WAJIB dihadiri oleh Guru Penasihat.

7.5

Aktiviti atau perjumpaan yang tidak dihadiri oleh Guru Penasihat dianggap tidak
sah atau tidak diiktiraf. Sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya berlaku
akan menjadi tanggungjawab guru penasihat berkenaan.

8.

7.6

Guru Penasihat perlu membuat catatan dalam Fail Kehadiran Kokurikulum


selepas mengadakan setiap aktiviti kokurikulum.

7.7

Fail Rekod kokurikulum juga perlu dibawa dan dilengkapkan setiap kali
mengadakan aktiviti.

PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM


8.1

Aktiviti Sekolah

1. Aktivit-aktiviti di kawasan sekolah yang melibatkan kemudahan, harta dan peralatan


sekolah seperti perkhemahan, Kem Tahunan dan pertandingan perlu mendapat kebenaran
Guru.
2. Surat Permohonan mesti melalui Guru Penasihat dan Guru Penasihat perlu berjumpa
dengan Guru Besar untuk menjelaskan aktiviti tersebut.
3. Semua acara / aktiviti, harta dan peralatan sekolah yang diperlukan dalam kegiatan
tersebut perlu disenaraikan dan direkod dengan jelas.
4. Selepas digunakan, pastikan semua kemudahan atau peralatan tersebut dikembalikan dan
berada dalam keadaan asalnya. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak
sekolah dengan segera.
5. Kebenaran ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum
seseorang pelajar dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah,
perkhemahan, yang melibatkan pelajar bermalam atau aktiviti yang berisiko tinggi.
6. Surat kebenaran ibu/bapa/penjaga yang dikeluarkan oleh sekolah hendaklah diisi dan
disimpan dalam fail khas di dalam Bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
7. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar hendaklah diberi keutamaan dan
pembelian insuran berkumpulan adalah digalakkan untuk aktiviti seperti lawatan atau
perkhemahan.
8.2

Pertandingan Antara Kelas / Rumah Sukan

1. Kelab Sukan / Permainan digalakkan menganjurkan sukan antara kelas / Rumah sukan
sebagai salah daripada aktiviti tahunan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti dan
mencungkil bakat baru bagi mewakili sekolah pada masa depan.
2. Sekiranya memerlukan peruntukan sekolah untuk membeli hadiah atau pingat, Guru
penasihat perlu mencatatkan perbelanjaan ini dalam Anggaran Perbelanjaan Tahunan
masing-masing untuk diluluskan oleh Guru Besar. Perbelanjaan yang tidak dirancang
tidak akan dilayan.

3. Pertandingan antara ahli kelab hendaklah dibiayai oleh tabung kelab. Guru Penasihat
mesti menyelia perbelanjaan tersebut.
4. Kelab yang ingin menganjurkan pertandingan yang terbuka kepada semua pelajar dan
mengutip yuran penyertaan perlu mendapat kelulusan Guru Besar.
8.3 Pertandingan Antara Sekolah
1. Kelulusan Guru Besar hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum menyertai
sebarang pertandingan menggunakan nama sekolah.
2. Guru Penasihat yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk pasukan sekolah perlu
membuat perancangan dalam pemilihan ahli pasukan dan mengadakan latihan yang
mencukupi dan bersesuaian.
3. Pasukan yang tidak bersedia dan tidak mendapat latihan mencukupi tidak akan
dibenarkan mengambil bahagian.
4. Segala anggaran perbelanjaan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk mendapat kelulusan Guru Besar sekurang-kurangnya DUA
MINGGU sebelum tarikh pertandingan.
5. Sebarang pertandingan WAJIB diketuai oleh seorang Guru Penasihat / Jurulatih.
6. Kebenaran ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum
seseorang pelajar dibenarkan mengikuti pertandingan di luar kawasan sekolah.
7. Pelajar yang mewakili sekolah dan pasukan MSS Bahagian atau Negeri/Negara
hendaklah dimaklumkan kepada Guru Kelas oleh Guru Penasihat / Penolong Kanan
Kokurikulum. Dengan adanya pengesahan daripada pihak sekolah, pelajar tersebut
dianggap sebagai hadir ke sekolah pada hari tersebut. Guru Kelas perlu menandakan
HADIR dalam Buku Kedatangan kelas.
8. Pelajar yang terpilih mewakili sekolah, MSS Bahagian Sarikei, Negeri / Negara boleh
diberi kelonggaran daripada menyertai aktiviti kokurikulum yang lain sepanjang tempoh
latihan dan pertandingan. Mereka dianggap hadir dengan kebenaran bagi aktiviti
tersebut.
8.4 Aktiviti Anjuran Institusi Luar
1. Sebarang perkara / aktiviti yang melibatkan pihak / institusi luar hendaklah terlebih
dahulu mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Guru Penasihat mesti berjumpa Guru
Besar untuk berbincang tentang butir-butir aktiviti tersebut.

2. Prasyarat untuk kelulusan Guru Besar ialah kebenaran ibu/bapa/penjaga. Surat


kebenaran ibu/bapa/penjaga yang dikeluarkan sendiri oleh institusi yang terlibat
hendaklah diisi dengan lengkap.
3. Satu salinan surat tersebut hendaklah disimpan dalam fail khas di dalam Bilik Penolong
Kanan Kokurikulum.
8.5

Lawatan

1. Kelab / Persatuan yang ingin mengadakan lawatan ke luar dari bandar Sarikei perlu
mendapat kebenaran Guru Besar dan melengkapkan butir-butir lawatan dalam.
2. Borang PS 1 ini mesti dilengkapkan dan dihantar kepada PK KK SEBULAN sebelum
lawatan.
3. Borang tersebut perlu dihantar dan diterima oleh Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching
TIGA MINGGU sebelum lawatan.
8.6 Lain-Lain
1. Kelab / Persatuan yang menggunakan Blok / kelas-kelas tertentu seperti tercatat dalam
Jadual Kekerapan Kegiatan Kokurikulum bertanggungjawab memastikan kebersihan,
kerusi dan meja dikembalikan mengikut bilangan asalnya selepas digunakan.
8.7

Peralatan Sukan Dan Permainan

1. Semua peralatan sukan & permainan yang dibeli oleh pihak sekolah adalah menjadi
milik sekolah. Oleh itu, semua pelajar berhak untuk menggunakan kemudahan ini.
2. Peralatan yang dipinjam mesti digunakan dengan baik, mengikut peraturan permainan
dan di bawah penyeliaan Guru Penasihat Kelab / Persatuan masing-masing.. Selepas
digunakan, pastikan peralatan tersebut dikembalikan dan berada dalam keadaan asalnya.
3. Segala kerosakan perlu dilaporkan oleh Guru Penasihat kepada Penolong Kanan KK
atau Guru Besar.
4. Guru Penasihat yang menyimpan peralatan di atas perlu mencatatkannya dalam
inventori.
5. Peralatan yang rosak atau tidak dapat digunakan lagi mesti diserah balik kepada
Penolong Kanan KK sebelum peralatan baru dapat diperolehi.
8.8

Laporan Aktiviti Kokurikulum

a.

Laporan Pertandingan

b.

Perlu dibuat oleh guru yang bertanggungjawab terhadap pasukan sekolah.


Pelajar yang mewakili peringkat Daerah / Bahagian / Negeri / Negara juga perlu
dibuat laporan.
Perlu dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum SEMINGGU selepas
pertandingan tamat.

Laporan Tahunan
Dibuat sekali setahun dalam 1 salinan untuk dimuatkan dalam Laporan Tahunan
Sekolah.

c.

Perkara-perkara yang perlu dimuatkan dalam laporan ini ialah :


1. Nama Kelab / Persatuan
2. Guru Penasihat
3. Ahli Jawatankuasa
4. Bilangan Ahli
5. Bilangan Mesyuarat
6. Bilangan Aktiviti
7. Laporan Aktiviti
8. Pencapaian atau Kejayaan Kelab / Persatuan
9. Penambahbaikan
10. Gambar-gambar Aktiviti

Laporan Kewangan
Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan
Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen
Semua peruntukan kokurikulum termasuk Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKKS),
Bantuan Sukan Sekolah (BSS) dan Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan
(BBTP) daripada KPM disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang (KWK) sekolah
untuk kegunaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
1.
1.1
1.1.1
1.1.2
1.1.3

Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)


Latar belakang
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) merupakan peruntukan kewangan
tahunan sekolah yang disediakan bagi menampung keperluan perbelanjaan
kegiatan kokurikulum murid.
Sehingga tahun 2010, kadar BKK bagi sekolah rendah secara puratanya ialah
RM10.00 seorang murid setahun dan bagi sekolah menengah RM12.00
seorang murid setahun.
Mulai tahun 2011, KPM telah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Selaras
dengan itu, peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan
daripada BKK dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) diwujudkan. Sehubungan

itu, peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid daripada peruntukan BKK


bagi aktiviti Sukan dan Permainan diambil dan dimasukkan di bawah BSS.
1.2
1.2.1

1.2.2

1.3
1.3.1
1.3.2

Maksud Belanja
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah
meliputi aktiviti:
- Pasukan Badan Beruniform (PBB);
- Kelab dan Persatuan (tidak termasuk kelab Sukan dan Permainan); dan
- Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah
murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan
(tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling [20% ]serta
kecemerlangan akademik [80%]).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para
2.1 adalah seperti berikut:
- pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan
persatuan;
- urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta
guru pengiring;
- perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
- pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah;
- pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi
tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke
tempat aktiviti);
- pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan
- pembelian hadiah aktiviti.
Kelayakan Murid & Kadar
Tuntutan BKK layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
Kadar BKK yang layak dituntut oleh sekolah untuk tempoh satu adalah
seperti berikut :

Kadar Setahun
Enrolmen (murid)

Kategori Sekolah

Rendah

2.
2.1

1 - 50

51 - 100

101 - 150

151 dan ke
atas

RM400
sebuah
sekolah

RM800
sebuah
sekolah

RM1,200
sebuah
sekolah

RM8 seorang
murid

Bantuan Sukan Sekolah (BSS)


Latar Belakang

2.1.1

2.1.2

2.1.3
2.2
2.2.1

2.2.2

2.3
2.3.1
2.3.2

Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan oleh Kerajaan dalam


Rancangan Malaysia Ke-10. Melalui dasar ini, Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
telah diwujudkan mulai tahun 2011 bagi membiayai aktiviti sukan dan
permainan murid.
Selaras dengan itu, peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah
diasingkan daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) dan BSS
diwujudkan. Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid
daripada peruntukan BKK bagi aktiviti sukan dan permainan diambil dan
dimasukkan di bawah BSS.
Selain itu, Kerajaan turut menambah peruntukan sebanyak RM2.00 (Rendah)
seorang murid bagi memperkukuhkan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.
Maksud Belanja
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi
aktiviti:
- Kejohanan sukan tahunan sekolah;
- Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa;
- Karnival permainan antara rumah, kelas, tingkatan dan sebagainya; dan
- Program-program sukan lain sepanjang tahun.
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para
2.1 adalah seperti berikut:
- pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan
persatuan;
- kursus pendedahan sukan dan permainan kepada murid;
- urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta
guru pengiring;
- penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna;
- pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah;
- pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi
tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke
tempat aktiviti);
- pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan
- pembelian hadiah aktiviti.
Kelayakan Murid & Kadar
Tuntutan BSS layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
Kadar BSS yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti
berikut:
Kategori Sekolah
Rendah

1 - 50

Kadar Setahun
Enrolmen Murid (orang)
51 - 100
101 - 150
151 dan ke
atas

RM200
sebuah
sekolah

3.
3.1
3.1.1

3.1.2

3.2
3.2.1

3.2.2

RM400
sebuah
sekolah

RM600
sebuah
sekolah

RM4 seorang
murid

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)


Latar Belakang
Mulai tahun 2012, Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan Bayaran
Tambahan Persekolahan yang sebelum ini dikenakan kepada setiap ibu
bapa/penjaga murid dan perlu dijelaskan pada awal tahun persekolahan. Ia
merangkumi perbelanjaan bagi beberapa perkara yang dianggap sebagai
perkhidmatan dan kemudahan tambahan di sekolah.
Langkah Kerajaan tersebut adalah sebagai salah satu usaha ke arah
merealisasikan hasrat menjadikan sistem pendidikan di Malaysia diberikan
secara percuma. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan bersedia
menanggung keseluruhan kos bayaran tambahan yang terlibat untuk setiap
murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melalui
pemberian Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP).
Kategori dan Maksud Belanja
Terdapt 6 kategori perbelanjaan yang dibenarkan di bawah BBTP iaitu
Kokurikulum, Kertas Ujian Dalaman, Sukan Tahunan Sekolah, Kegiatan
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Yuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM) dan Insrans Takaful.
Untuk setiap kategori perbelanjaan tersebut, maksud perbelanjaan secara
terperinci dalam jadual di bawah:
Jadual 8: Maksud Belanja Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan
BIL
A.

KATEGORI
BELANJA
Kokurikulum

MAKSUD BELANJA
Perbelanjaan yang meliputi aktiviti:
- Pasukan badan beruniform (PBB);
- Kelab dan persatuan (tidak termasuk kelab
sukan dan permainan); dan
- Aktiviti sokongan pembentukan,
pemupukan dan pembangunan sahsiah
murid seperti perkhemahan, seminar,
kolokium dan kursus kepimpinan (tidak
termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling
serta kecemerlangan akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan
pelaksanaan aktiviti di atas adalah seperti berikut:
- urusan makan minum, penginapan, sewaan
dan pengangkutan murid serta guru
pengiring;

perolehan/penyediaan bahan cetak dan


bahan habis guna;
pembelian dan penyelenggaraan peralatan
kokurikulum sekolah;
pemberian wang saku kepada murid dalam
kadar yang munasabah (bagi tujuan makan
minum semasa perjalanan pergi dan balik ke
tempat aktiviti);
pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan;
dan
pembelian hadiah aktiviti.

B.

Kertas Ujian
Dalaman

Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan


habis guna untuk penyediaan kertas ujian
dalaman dan lembaran kerja.

C.

Sukan Tahunan Perbelanjaan bagi menampung pengelolaan


Sekolah
sukan tahunan sekolah seperti:
- urusan makan minum, sewaan dan
pengangkutan;
- perolehan/penyediaan bahan cetak dan
bahan habis guna;
- pembelian cenderahati, pingat dan piala; dan
- bayaran kepada pengadil luar.
Sekiranya peruntukan masih berbaki setelah
sukan tahunan sekolah dilaksanakan, baki
tersebut dibenarkan dibelanjakan untuk aktiviti
sukan yang lain.

D.

Kegiatan
Pendidikan
Islam/
Pendidikan
Moral

Aktiviti berkaitan pendidikan Islam (bagi murid


beragama Islam) dan aktiviti berkaitan
pendidikan moral (bagi murid bukan beragama
Islam).
Perbelanjaan yang meliputi:
- urusan makan minum, sewaan dan
pengangkutan;
- perolehan/penyediaan bahan cetak dan
bahan habis guna; dan
- bayaran kepada penceramah luar.

E.

Yuran Majlis
Sukan
Sekolahsekolah
Malaysia

Perbelanjaan bagi pengelolaan kejohanan sukan


Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.

F.

(MSSM)
Insurans
Takaful

Setiap murid warganegara Malaysia yang


berdaftar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan mulai 1 Januari tahun semasa
sehingga 31 Disember tahun yang sama akan
dilindungi secara automatik sepanjang tempoh
tersebut.
Perlindungan adalah 24 jam sehari semalam dan
meliputi seluruh dunia.

3.3
3.3.1
3.3.2

3.3.3

Kelayakan Murid dan Kadar


Tahun BBTP layak dituntut oleh sekolah bagi murid yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
Murid bukan warganegara Malaysia tidak layak menuntut bantuan ini.
Pengurus sekolah hendaklah mengutip bayaran ini daripada ibu bapa/penjaga
murid bukan warganegara mengikut arahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
(SPI) berkaitan yang berkuatkuasa. Bayaran bagi Yuran MSSM dan Insurans
Takaful yang diterima daripada murid bukan warganegara hendaklah
diuruskan sendiri oleh pihak sekolah kepada JPN dan cawangan Syarikat
Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang berdekatan.
Kadar BBTP yang layak dituntut oleh sekolah untuk setiap murid bagi murid
Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah RM24.50.

Jadual 9: Kadar Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan

Bil.

Kategori Belanja

Kadar Seorang Murid


Sekolah Rendah
Setahun
(RM)

i.

Kokurikulum

3.00

ii.

Kertas Ujian Dalaman

6.00

iii.

Sukan Tahunan Sekolah

6.00

iv.

Kegiatan Pendidikan Islam atau


Pendidikan Moral

6.00

v.

Yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah


Malaysia

2.00

vi.

Insurans Takaful

1.50

Jumlah

d.

24.50

Badan Beruniform / Kelab dan Persatuan / Sukan dan Permainan yang


mengenakan yuran kepada ahlinya, mempunyai sumber kewangan / pendapatan
sendiri atau mendapat peruntukan / sumbangan daripada pihak sekolah atau pihak
lain perlu mencatatkan perbelanjaan tersebut dalam Penyata Kewangan Semasa
dan dirumuskan dalam Penyata Kewangan Tahunan yang terdapat dalam Rekod
Kokurikulum.

Laporan Aktiviti Utama

Kelab / Persatuan yang mengadakan aktiviti utama seperti Perkhemahan


Tahunan, Bulan Bahasa, Pameran, Pertandingan Antara Kelas, kuiz atau aktiviti
melibatkan semua pelajar diminta membuat laporan dalam bentuk Kertas Kerja.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Inventori
Kewangan
Pelan Tindakan / PS-PT-PO
Pelaksanaan
Penilaian dan penambahbaikan
Rumusan

DIMENSI III ; PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN (2006)


SUBELEMEN 8.2 : PENGURUSAN PROGRAM KOKURIKULUM
8.2.1 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
No.
(a)

ITEM

SKOR SEKOLAH
0
1
2
3
4

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah berfungsi


dengan ;
i. menetapkan dasar pelaksanaan kokurikulum
ii mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa
iii menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur
yang ditetapkan
iv melibatkan Pengetua, semua guru Penolong
Kanan, Penyelia Petang, Penyelaras Sukan &
Permainan, Penyelaras Unit Beruniform dan
Penyelaras Kelab & Persatuan
v menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi
bidang kokurikulum
vi membuat ketetapan dari semasa ke semasa bagi
menyelesaikan masalah-masalah pelaksanaan
kokurikulum
vii merancang program, projek dan aktiviti
kokurikulum
viii menyelaras pelaksanaan program, projek dan
aktiviti kokurikulum
ix memantau dan menilai keberkesanan program,
projek dan aktiviti kokurikulum sekolah
x melaksanakan penambahbaikan ke atas
program, projek dan aktiviti kokurikulum sekolah
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 8.2.1

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

8.2.2 Persatuan*

mata pelajaran yang diajar di sekolah,


-hobi dan rekreasi
No.
ITEM
SKOR SEKOLAH
0
1
2
3
4
(a)
Pihak Pengurusan Sekolah merancang program,
projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan
mengambil kira ;
i. perancangan strategik
ii sukatan pelajaran dan perlembagaan kelab dan
persatuan akademik
iii pengukuhan kurikulum (apa-apa yang dipelajari
di bilik darjah)
iv potensi dan minat murid
v pembangunan sahsiah murid
(b)

Pihak Pengurusan Sekolah melaksanakan


program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan
dengan ;
i memastikan setiap murid menganggotai kelab
dan persatuan
ii mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan
iii memanfaatkan kemudahan yang ada secara
optimum
iv mengambil kira pembangunan sahsiah murid

(c)

Pihak Pengurusan Sekolah memantau program,


projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan ;
i merancang jadual penyeliaan
ii melibatkan Pengetua / semua Guru Penolong
Kanan / Penyelia Petang
iii menyelia dan menilai semua guru dari semasa
ke semasa mengikut kesesuaian
iv merekod hasil penyeliaan atau penilaian

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

v membincangkan hasil penyeliaan dalam


mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
vi menggunakan maklum balas sebagai asas untuk
mengambil tindakan susulan dan
penambahbaikan aktiviti kelab dan persatuan
akademik
(d)
Guru penasihat kelab dan persatuan akademik
menilai program, projek dan aktiviti kelab dan
persatuan akademik dengan ;
i merujuk perancangan program, projek dan
aktiviti kelab dan persatuan
ii merujuk pelaksanaan program, projek, dan
aktiviti kelab dan persatuan
iii membuat penilaian impak
iv mengambil tindakan penambahbaikan
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 8.2.2

8.2.3

Badan Beruniform Atau Persatuan Lain Yang Diluluskan Oleh Pendaftar*

No.

ITEM
0

(a)

Pihak Pengurusan Sekolah merancang program,


projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan
mengambil kira ;
i. perancangan strategik
ii sukatan pelajaran dan perlembagaan badan
beruniform
iii pengukuhan kurikulum (apa-apa yang dipelajari
di bilik darjah)
iv potensi dan minat murid
v pembangunan sahsiah murid

(b)

Pihak Pengurusan Sekolah melaksanakan


program, projek dan aktiviti badan beruniform
dengan ;
i memastikan setiap murid menganggotai badan
beruniform
ii mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan
iii memanfaatkan kemudahan yang ada secara
optimum
iv mengambil kira pembangunan sahsiah murid

(c)

Pihak Pengurusan Sekolah memantau program,


projek dan aktiviti badan beruniform dengan ;
i merancang jadual penyeliaan
ii melibatkan Pengetua / semua Guru Penolong
Kanan / Penyelia Petang
iii menyelia dan menilai semua guru dari semasa
ke semasa mengikut kesesuaian
iv merekod hasil penyeliaan atau penilaian
v membincangkan hasil penyeliaan dalam

SKOR SEKOLAH
1
2
3
4

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah


vi menggunakan maklum balas sebagai asas untuk
mengambil tindakan susulan dan
penambahbaikan aktiviti badan beruniform
(d)
Guru penasihat kelab dan persatuan akademik
menilai program, projek dan aktiviti badan
beruniform dengan ;
i merujuk perancangan program, projek dan
aktiviti badan beruniform
ii merujuk pelaksanaan program, projek, dan
aktiviti badan beruniform
iii membuat penilaian impak
iv mengambil tindakan penambahbaikan
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 8.2.3

8.2.4 Sukan dan Permainan*


No.
(a)

ITEM

Pihak Pengurusan Sekolah merancang program,


projek dan aktiviti sukan dan permainan dengan
mengambil kira ;
i. perancangan strategik
ii sukatan pelajaran dan undang-undang sukan
dan permainan
iii pengukuhan kurikulum (apa-apa yang dipelajari
di bilik darjah)
iv potensi dan minat murid
v pembangunan sahsiah murid

(b)

Pihak Pengurusan Sekolah melaksanakan


program, projek dan aktiviti sukan dan permainan
dengan ;
i memastikan setiap murid menganggotai sukan
dan permainan
ii mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan
iii memanfaatkan kemudahan yang ada secara
optimum
iv mengambil kira pembangunan sahsiah murid

(c)

Pihak Pengurusan Sekolah memantau program,


projek dan aktiviti sukan dan permainan
dengan ;
i merancang jadual penyeliaan
ii melibatkan Pengetua / semua Guru Penolong
Kanan / Penyelia Petang
iii menyelia dan menilai semua guru dari semasa
ke semasa mengikut kesesuaian
iv merekod hasil penyeliaan atau penilaian
v membincangkan hasil penyeliaan dalam

SKOR SEKOLAH
0
1
2
3
4

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah


vi menggunakan maklum balas sebagai asas untuk
mengambil tindakan susulan dan penambaikan
aktiviti sukan dan permainan
(d)
Guru penasihat kelab dan persatuan akademik
menilai program, projek dan aktiviti sukan dan
permainan dengan ;
i merujuk perancangan program, projek dan
aktiviti sukan dan permainan
ii merujuk pelaksanaan program, projek, dan
aktiviti sukan dan permainan
iii membuat penilaian impak
iv mengambil tindakan penambahbaikan
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 8.2.4
* Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
0
Jumlah Frekuensi Subelemen 8.2
Skor
Jumlah Skor Aspek 8.2

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID (2006)


SUBELEMEN 12.6 PENCAPAIAN MURID DALAM KOKURIKULUM (TAHUN LEPAS)
12.6.1 Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum
SKOR SEKOLAH
No
ITEM
PENAMBAHABAIKAN
0 1 2 3 4
(a) Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat antarabangsa
Skor 4 : 0.75 % dan lebih
Skor 3 : 0.50 % hingga 0.74 %
Skor 2 : 0.25 % hingga 0.49 %
Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 0.24 %
Skor 0 : 0.00 %
(b)

Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat kebangsaan


Skor 4 : 1.50 % dan lebih
Skor 3 : 0.10 % hingga 1.49 %
Skor 2 : 0.50 % hingga 0.99 %
Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 0.49 %
Skor 0 : 0.00 %

(c)

Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat negeri


Skor 4 : 3.00 % dan lebih
Skor 3 : 2.00 % hingga 2.99 %
Skor 2 : 1.00 % hingga 1.99 %
Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 0.99 %
Skor 0 : 0.00 %
Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat bahagian
(yang berkenaan di Sabah dan Sarawak)
Skor 4 : 6.00 % dan lebih
Skor 3 : 4.00 % hingga 5.99 %
Skor 2 : 2.00 % hingga 3.99 %
Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 1.99 %
Skor 0 : 0.00 %
Jumlah Frekuensi Aspek

(d)

Skor
Jumlah Skor Aspek 8.2.4

CATATAN

12.6.2 Pencapaian Murid dalam Aktiviti Kelab dan Persatuan Akademik


No

SKOR SEKOLAH

ITEM

0
(a)

Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C


dalam aktiviti kelab dan persatuan akademik
Skor 4 : 75.00 % dan lebih
Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 %
Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %

(b)

Peratus murid mendapat gred A dalam aktiviti kelab dan


persatuan akademik
Skor 4 : 25.00 % dan lebih
Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 %
Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %

(c)

Gred purata sekolah dalam aktiviti kelab dan persatuan


akademik (A=1, B=2, C=3, D=4, E=5)
Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00
Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 12.6.2

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

12.6.3 Pencapaian Murid dalam Aktiviti Badan Beruniform


No

SKOR SEKOLAH

ITEM

0
(a)

Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C


dalam aktiviti badan beruniform
Skor 4 : 75.00 % dan lebih
Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 %
Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %

(b)

Peratus murid mendapat gred A dalam aktiviti badan beruniform


Skor 4 : 25.00 % dan lebih
Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 %
Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %

(c)

Gred purata sekolah dalam aktiviti badan beruniform


(A=1, B=2, C=3, D=4, E=5)
Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00
Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 12.6.3

..

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

12.6.4 Pencapaian Murid dalam Aktiviti Sukan dan Permainan


No

SKOR SEKOLAH

ITEM

0
(a)

Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C


dalam aktiviti Sukan dan Permainan
Skor 4 : 75.00 % dan lebih
Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 %
Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %

(b)

Peratus murid mendapat gred A dalam aktiviti Sukan dan


Permainan
Skor 4 : 25.00 % dan lebih
Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 %
Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %

(c)

Gred purata sekolah dalam aktiviti Sukan dan Permainan


(A=1, B=2, C=3, D=4, E=5)
Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00
Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00
Jumlah Frekuensi Aspek
Skor
Jumlah Skor Aspek 12.6.4

..
12.6.4 Pencapaian Murid Keseluruhan Aktiviti Kokurikulum

PENAMBAHABAIKAN

CATATAN

No

ITEM

SKOR SEKOLAH

0
(a)

Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C


dalam keseluruhan aktiviti kokurikulum
Skor 4 : 75.00 % dan lebih
Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 %
Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %

(b)

Peratus murid mendapat gred A dalam semua aktiviti


kokurikulum
Skor 4 : 25.00 % dan lebih
Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 %
Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 %
Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %

(c)

Gred purata sekolah dalam keseluruhan aktiviti kokurikulum


(A=1, B=2, C=3, D=4, E=5)
Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00
Skor 4 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 4 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 4 : GPS 4.01 hingga 5.00

PENAMBAHABAIKAN

Jumlah Frekuensi Aspek


Skor
Jumlah Skor Aspek 12.6.4
..
Jumlah Frekuensi Subelemen 12.6
Skor
Jumlah Skor Aspek 12.6

CATATAN

SENARAI SEMAK FAIL REKOD KOKURIKULUM


BIL

ASPEK

Pelan Strategik, Taktikal & Operasi


(PSPTPO)

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia


(SKPM) Dimensi III & IV

Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998

Senarai Ahli Persatuan

Carta Organisasi Kelab / Persatuan

Pelan Tindakan

Senarai Ahli & Kehadiran

Data Keahlian

Penilaian Kokurikulum (Markah)

10

Rekod Aktiviti / Perjumpaan / Mesyuarat

11

Minit Mesyuarat Agung

12

Minit Mesyuarat AJK

13

Penyata Kewangan Semasa

14

Penyertaan & Pencapaian Pelajar Dalam


Pertandingan

15

Rekod Aktiviti Penting (Gambar / Keratan


Akhbar)

16
17

TIDAK

Laporan Tahunan
Laporan Kewangan Tahunan

18

Perlembagaan Kelab / Persatuan

19

Minit Mesyuarat JK Kokurikulum Sekolah

20.

Sukatan / Kurikulum Kelab / Persatuan

21.

Surat Permohonan Menubuhkan Kelab /


Persatuan

22.

Surat Kebenaran Penubuhan Kelab /


Persatuan

23.

Surat Kebenaran Mengutip Yuran

9.

ADA

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM

CATATAN

Mengikut SPI KPM, semua pelajar Tahun 3, 4, 5 & 6 adalah diwajibkan melibatkan diri
dalam sekurang-kurangnya tiga jenis kegiatan kokurikulum. Oleh yang demikian,
penglibatan pelajar pada masa kini masih perlu digalakkan melalui pengurusan yang lebih
cekap.
9.1
Bil
1
2
3

Data Keahlian Kegitan Kokurikulum Sekolah 2015


Kegiatan

Bilangan
Persatuan

Keahlian

Badan Beruniform
Persatuan Akademik
Sukan dan Permainan

5
14
6

9.2

Penetapan Sasaran

9.2.1

Bagi tahun 2015, penetapan sasaran untuk penyertaan dalam kokurikulum pada
setiap peringkat adalah seperti berikut :

Peringkat
Mewakili Negara (Antarabangsa)
Mewakili Negeri (Kebangsaan)
Mewakili Bahagian (Negeri)
Mewakili Sekolah (Bahagian)
Bilangan Pelajar

Sasaran 2015
2
8
20
200
230

Untuk mencapai prestasi yang cemerlang, penglibatan guru-guru dan pelajar-pelajar


secara proaktif, aktif dan smart serta penyeliaan / pemantauan yang lebih berkesan perlu
dilaksanakan. Pihak sekolah juga mendapat bantuan kewangan daripada Lembaga
Pengurusan Sekolah dan PIBG sebagai wang insentif bagi pelajar-pelajar yang
menunjukkan prestasi cemerlang dalam penglibatan kegiatan kokurikulum pada peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
9.2.2

Pengiktirafan dalam bentuk wang insentif untuk pelajar kecemerlangan dalam


kokurikulum adalah seperti berikut :
Wakil bahagian RM30.00
Wakil negeri RM50.00
Wakil kebangsaan RM200.00

10.

PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10.1

Pendahuluan

10.1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan


Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah.
Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam
bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

10.2

1.

Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai kegiatan pasukan badan


beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan.
Setiap pelajar
diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis
aktiviti tersebut.

2.

Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh


Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan
kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat
oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana
penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah
sekolah.

Rasional
10.2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah adalah
berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsurunsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid.
Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun
pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan
borang penilaian yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian
markah boleh dihindari.

10.2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat


lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang
yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah
setara.
10.3

Objektif

1.

Meyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai
oleh semua sekolah.

2.

Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid


dalam aktiviti kokurikulum.

10.4

Garis Panduan Semasa Melaksanakan Penilaian Kokurikulum Sekolah

10.4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut :


10.4.1.1 Perancangan yang jelas
10.4.1.2 Tempat Penyimpanan Fail Rekod Kehadiran dan Penilaian

10.4.1.3
10.4.1.4
10.4.1.5

Buku Panduan Penilaian Kokurikulum


Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum
Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi
luar.

1.

Semua murid mesti mempunyai Kad Rekod Kehadiran Kokurikulum.

2.

Penolong Kanan Kokurikulum bekerjasama dengan guru penasihat untuk merekod


dan menyerahkan data pencapaian murid.

3.

Mewujud Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

4.

Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform,


Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.

5.

Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat / pemimpin.

6.

Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi
guru penasihat dalam bidang tersebut.

7.

Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

10.4.2 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.


10.5

Carta Pengurusan Penilaian Kokurikulum Sekolah

10.6

Penilaian Aktiviti Kokurikulum

10.6.1 Penilaian Kokurikulum untuk pelajar Tahun 3, 4, 5 & 6 dibuat berdasarkan Buku
Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia
Edisi 2007.
10.7

Kegiatan Kokurikulum Yang Dinilai

10.8

Markah Bonus

10.9

Gred Keseluruhan

10.10 Pelaksanaan
(Bagi perkara 10.5 10.10, sila rujuk lampiran Buku Rekod Kokurikulum Sekolah)

10.11 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)


Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Tahun 4 Tahun 6 perlu dinilai

BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM


SEKOLAH : SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI
BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM
TAHUN 2015
1.

Nama Murid : .

3. Jenis Kegiatan : .

2.

Kelas : .......

4. Jenis Aktiviti : .

ASPEK PENILAIAN

PRESTASI

AGIHAN
MARKAH

KEHADIRAN

50

JAWATAN YANG DISANDANG

10

PENGLIBATAN

20

PENCAPAIAN

20
JUMLAH
MARKAH
GRED

Tandatangan :

Guru Pemimpin :

Cop Sekolah :

.......

100

MARKAH

BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM :


SEKOLAH : SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI
BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM 10%
TAHUN 2015
Nama Murid : No. Sijil lahir/K.P :
Kelas : Jantina :
Agihan
Markah

Aspek Yang Dinilai


KEHADIRAN

50

JAWATAN YANG DISANDANG

10

PENGLIBATAN

20

PENCAPAIAN

20

JUMLAH MARKAH

100

I
Badan
Beruniform

II
Kelab/
Persatuan

III
Sukan/
Permainan

GRED

Jawatan bidang-bidang lain : .


Markah Bonus

GPA

Gred Keseluruhan

CGPA

Ulasan :
.
.
Disahkan Oleh

_______________________
Tandatangan PK Kokurikulum

___________________________
Tandatangan dan Cop Guru Besar

Tanda Tandangan Ibu bapa / Penjaga : _______________


Tarikh : ___________________

You might also like