You are on page 1of 6

MODUL 1.

7 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu Pengetua/ Guru Besar (PGB) memahami dan
seterusnya mengaplikasikan konsep Kepimpinan Instruksional di sekolah. Mengikut
Hallinger dan Murphy (1985), amalan Kepimpinan Instruksional dapat membantu
meningkatkan keberhasilan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam sesebuah kelas.

Objektif Modul
Pada akhir modul ini, pembaca akan dapat :
a) memahami konsep Kepimpinan Instruksional
b) memahami cabaran dalam melaksanakan Kepimpinan Instruksional
c) mengaplikasi amalan Kepimpinan Instruksional di sekolah
Kerangka Modul
Kerangka modul ini menggunakan Model Kepimpinan Instruksional yang dipelopori
oleh

Hallinger dan Murphy (1985). Gambarajah berikut merupakan model kepimpinan

tersebut:

Gambarajah Model Kepimpinan Instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985)

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

Apa itu Kepimpinan Instruksional ?


Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah
pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan
mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.
Manakala, Blas (1998) pula menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan
penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
Hussein (1989) pula, mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang
diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk
memperkembangkan

proses

pembelajaran

dan

pengajaran

(PdP)

dengan

tujuan

menjayakan matlamat sekolah


Ringkasnya, kepimpinan Instruksional merupakan amalan seorang pemimpin sekolah yang
mengambil

peduli

terhadap

pengajaran

guru

dan

pembelajaran

murid

serta

perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di
sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Ini bermakna amalan Kepimpinan
Instruksional merupakan stail kepemimpinan paling asas yang mesti dikuasai oleh pemimpin
di sekolah.

Mengapa Perlu Kepemimpinan Instruksional ?


Di dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa PGB berperanan sebagai pemimpin
instruksional di mana mereka menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam
kalangan muridnya. Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, PGB perlu
melaksanakan tugas-tugas seperti:
a) Menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus mengenai
pelaksanaan kurikulum sekolah;
b) Mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan;
c) Menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin
pelaksanaan pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan amalan
terbaik PdP kepada gurunya di peringkat sekolah;
d) Mencerap PdP semua guru di mana PGB menggunakan maklum balas
pencerapan untuk meningkatkan kualiti PdP;
e) Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan;
f)

Menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan PdP
secara tekal;

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

g)

Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi


menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan
pencapaian akademik dan sahsiah murid;

8) Mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan


warga sekolah.

Secara keseluruhannya, kepimpinan instruksional ialah segala amalan tingkah laku


perancangan PGB yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, memberi
bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan
meningkatkan program-program berkaitan proses PdP bagi mencapai matlamat akademik
sekolah yang telah ditetapkan. Ini termasuklah memastikan pelaksanaan sesuatu perubahan
pendidikan berjaya mencapai matlamatnya di sekolah.
Teori Kepemimpinan Instruksional
Pelbagai teori berkaitan Kepemimpinan Instruksional telah diutarakan oleh para sarjana.
Bagi tujuan perbincangan modul ini, Model Kepimpinan Instruksional yang dibina oleh
Hallinger dan Murphy (1985), telah digunakan. Terdapat 3 domain yang dikenalpasti dengan
setiap satu menggariskan elemen secara terperinci dalam kepemimpinan instruksional iaitu
:
Domain 1: mendefinisikan matlamat sekolah
a)

Merangka matlamat sekolah

b)

Menyampaikan matlamat sekolah

Domain 2: mengurus program instruksional


a)

Penyeliaan dan penilaian instruksi

b)

Menyelaras kurikulum

c)

Memantau kemantauan pelajar

Domain 3: mewujudkan iklim pembelajaran yang positif.


a)

Melindungi Masa Instruksional (MMI)

b)

Membudayakan Perkembangan professional

c)

Mengekalkan ketampakan

d)

Menyediakan ganjaran kepada guru

e)

Penguatkuasan standard akademik

f)

Menyediakan insentif kepada pelajar

AKTIVITI 1 :
Berdasarkan model di atas, apakah domain yang paling penting untuk anda lakukan
terlebih dahulu sebelum melaksanakan elemen-elemen lain dalam mengurus instruksional
di sekolah? Bagaimanakah anda melaksanakannya?

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

Bagaimana hendak melaksanakan Kepimpinan Instruksional di sekolah?


Setiap sekolah mempunyai sumber, persekitaran dan kaedah yang berbeza dalam
menyelesaikan isu sekolah masing-masing. Kepimpinan Instruksional boleh diamalkan
melalui program yang sesuai di sekolah-sekolah mengikut dimensi dan elemen yang
disarankan oleh Hallinger dan Murphy (1985). Berikut adalah saranan aktiviti yang boleh
dilaksanakan di peringkat sekolah :

Elemen
1&3

Sarana Ibu bapa dan outreach


Mendoktrinisasikan Visi dan Misi

Penyeliaan berjadual secara tekal


Elemen 3 Penambahbaikan Tindak ikut penyeliaan

Elemen

Menggerakkan seluruh warga sekolah berfokus kepada kurikulum


Rekayasa panitia

Elemen
5
Elemen
6
Elemen
7

Mekanisme pemantauan kemajuan murid yang lebih berfokus


Data Driven
Pelan Tindakan MMI yang praktikal
Program Guru Ganti Terancang
Melaksanakan Professional Learning Community (PLC)
Membudayakan Perkongsian Amalan Terbaik (P&P)
Kajian Tindakan

Elemen
8
Elemen

Melindungi Masa Professional


Walk the Talk
Komunikasi berkesan
Assessable and Open-door policy

Program penghargaan dan ganjaran guru yang terancang


Menyuburkan budaya Touching the Heart dalam kalangan guru

9
Elemen

Menetapkan standard penarafan yang lebih tinggi (SKPM)


Membina Piaggam Pelanggan untuk sekolah

10

Elemen

Menyuburkan budaya Touching the Heart dalam kalangan guru-murid-guru


Program Insentif murid yang terancang

11

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

AKTIVITI 2 :
Berdasarkan cadangan aktiviti di atas,pilih dua cadangan aktiviti yang paling sukar untuk
anda laksanakan. Terangkan tindakan anda untuk melaksanakan dua aktiviti tersebut.

Apakah Cabaran Mengamalkan Kepemimpinan Instruksional?


Walaupun stail kepimpinan ini merupakan stail yang paling asas dalam mengurus
dan memimpin sekolah namun masih lagi terdapat halangan dan cabaran iaitu antaranya :
Bil

Cabaran

Kaedah Peyelesaian

Meneruskan pengajaran berkualiti


Lesson Study, team teaching
Coaching & mentoring
Peer Support
Learning Walk

Penilaian dan penambahbaikan


kurang dilaksanakan
(tidak konsisten)

Penglibatan guru secara meluas


Komunikasi berkesan
Semua warga harus berfikiran terbuka

3.

Masa yang terhad

Membina Middle leaders


Empowerment
Empowering team
(Teamwork Support System)

4.

Kekurangan
ilmu
dan
kemampuan menjadi pemimpin
Instruksional

Latihan Berterusan (CPD)


Coaching and Mentoring
Penyeliaan Berterusan
Penanda Arasan

1.

Mencabar Kredibiliti Guru

2.

Kesimpulan
Kepimpinan instruksional dilihat sebagai kepimpinan yang memberi kesan yang
positif dalam menyediakan guru-guru ke arah melaksanakan perubahan (Hallinger, 2003;
Jainabee & Jamelaa, 2011; Jamelaa & Jainabee, 2011; Kursunoglu & Tanrogen, 2009).
Pengetua yang berkesan adalah proaktif, terutamanya berkaitan dengan pengajaran dan
kepentingan murid-murid serta bertindak sebagai pemimpin instruksional (Leithwood &
Montgomery, 1982). Dengan sistem pendidikan yang berkembang dan berubah, peranan
yang dijangka daripada pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional telah menjadi
semakin kompleks. PGB perlu sedar bahawa mereka harus berubah terlebih dahulu untuk
melaksanakan transformasi di sekolah. Proses perubahan ini, melibatkan amalan seperti
mengetepikan amalan amalan lama dan dalam masa yang sama menguasai kemahiranJ-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

kemahiran baru dan mengamalkannya. Namun dalam apa jua perubahan yang berlaku itu,
pengetua harus memastikan diri mereka dapat menguasai kemahiran dalam kepemimpinan
Instruksional dalam usaha memimpin sekolah dan ini seiring dengan matlamat strategik JPN
Johor iaitu mempunyai barisan kepemimpinan pendidikan yang berprestasi tinggi.

AKTIVITI 3 :
Pada pandangan anda, apakah cabaran yang paling sukar untuk anda laksanakan
perubahan dalam meningkatkan prestasi akademik di sekolah? Bagaimanakah anda
mengatasi masalah ini?

Rujukan
Hallinger, P & Murphy, J. 1985. Assessing the instructional management behavior of
principals. The Elementary School Journal, 86 (2).
Hallinger, P & Murphy, J. 1987. Assessing and developing principal instructional
leadership. Journal of Educational Leadership. 45 (1)
James, A.J.E & Balasandran. R. 2009. Kepimpinan instruksional: Satu panduan
praktikal. PTS Professional. Kuala Lumpur.
Jabatan Perdana Menteri. 2010. Program transformasi kerajaan : Pelan hala tuju.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan. Putrajaya
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Memperkasa kepimpinan instruksional di
sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lambert, L. 2002 . A framework for shared leadership. Educational Leadership
Journal. May

Modul ini disediakan oleh pegawai-pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

You might also like