You are on page 1of 1

PENGENALAN PERNIAGAAN

Perniagaan perusahaan susu Hanna adalah sebuah perniagaan milikan tunggal yang dimiliki
oleh Farhana bt Abdullah Fadzil. Perusahaan susu Hanna telah memulakan pemprosesan susu
dibawah Skim Perusahaan Kecil Dan Sederhana (IKS) dengan bermodalkan tunai di tangan RM
5 000, tunai di bank RM 116 000 dan sebuah lori kecil bernilai RM 2600. Perusahaan susu
Hanna dibantu oleh dua orang pekerja pengurusan dengan gaji RM 1 200 seorang. Manakala,
lima orang pekerja pengeluaran dengan gaji RM 45 sehari.

i) Antara Sebab-sebab Pemilik perusahaan susu Hanna memilih perniagaan ini kerana :
-Perniagaan ini milikan tunggal yang dimiliki oleh seorang pemilik sahaja.
-Barangan susu merupakan satu produk yang mana semua orang memerlukan.
-Barangan susu adalah satu produk yang disukai oleh pengguna.

ii) Antara Kelebihan- Kelebihan menjalankan perniagaan ini adalah :


-Semua orang menggunakan produk ini
-Kedudukan perniagaan berada dikawasan yang memang mudah untuk orang kunjungi

iii) Antara Risiko- Risiko yang bakal dihadapi ialah :


-Persaingan antara kedai-kedai berdekatan.
-Kemungkinan akan berlaku kerosakan barang.
-Jika mengalami kerugian, ia akan ditanggung oleh pemilik.

You might also like