You are on page 1of 17

PENGENALAN

Tamadun adalah merupakan suatu perubahan yang berlaku samada tamadun tersebut dapat
membawa kemajuan atau tamadun tersebut membawa kepada kemunduran atau
kemusnahan. Selalunya tamadun dikaitkan dengan perubahan dari segi pembangunan,
sikap atau manusia itu sendiri. Jelasnya tamadun adalah satu proses perubahan yang
sentiasa berlaku di dalam kehidupan manusia tidak kira ianya memerlukan satu proses
perubahan jangka panjang ataupun sebaliknya.

TAMADUN INDIA
Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun
Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang
Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat
Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan
permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman
itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus,
menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih
ke Lembah Ganges.

Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan
raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan
mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta
Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah
lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti
Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai
kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA


Kedatangan orang Aryan telah memainkan peranan penting
dalam memperkenalkan cara hidup budaya dan tradisi masyarakat india, seperti
pengaruh dalam susun lapis masyarakat, budaya, sistem politik, ekonomi dan
sebagainya. Budaya dan Tradisi Masyarakat India merujuk kepada:
i.

Kehidupan berkasta

ii. Kedudukan Wanita


iii. Pemerintahan & Pentadbiran
iv. Ekonomi
v. Bahasa dan Kesusasteraan

Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar
berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua,
orang Dravidia. Dari segi demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara
India manakala orang Dravidia menetap di kawasan selatan India. Orang Indo
Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing- masing.
Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya dan tradisi yang berbeza
sejak beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang
dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun
India.

5.1

Sistem Kasta

Kehidupan berkasta:
- Brahmin: golongan intelek, ahli agama = mengendali kuil
- Kshatriya : pemerintah, pentadbir, tentera = pertahan negara
- Vaisya : Pedagang, peniaga = menjana kekayaan
- Sudra : buruh, petani
Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan.Manakala Sudra adalah masyarakat
tempatan. Antara sekatan kepada mereka iaitu kasta sudra dilarang belajar Veda,
tidak boleh tukar kasta, tidak digalakkan kahwin campur. Falsafah mereka ialah
menjana kebahagiaan masyarakat, setiap golongan masyarakat memainkan
peranan masing-masing. Kegagalan mana-mana golongan akan membawa
kelemahan kepada masyarakat dan negara.
Ashrama dharma (Empat Peringkat Kehidupan) iaitu Brahmacarya : Mempelajari
ilmu pengetahuan. Grhastha : Berumah tangga dan bekerja. Vanaprastha :
Bertapa dan membebaskan diri dari duniawi dan Sanyasa menyebar ilmu kepada
masyarakat.
Purusharta (Empat Objektif Kehidupan) ialah Dharma/Aram : Kepatuhan kepada
moral dan kerohanian. Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual. Porul/Artha:
Bekerja untuk Kekayaan (berasaskan dharma) = biayai golongan memerlukan
seperti sanyasa dan sebagainya. Inbam/Kama iaitu cinta-kasih sayang (kama
sutra) dan kepuasan nikmati hartabenda. Gunakan kepada kebaikan.
Vidu/Mokhsa ialah Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi.
Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan
ia juga dikenali sebagai sistem jati. Selalunya sistem jati dianggap sebagai salah
satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan
usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan sistem jati merupakan
interpretasi yang salah.
Konsep karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan
bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (kata-kata)
tetap membawa kepada tindak balas (pembalasan). Bermakna, yang baik
membawa kepada tindak balas yang baik dan begitu sebaliknya.Konsep

seumpama ini mudah disalah tafsir demi untuk kepentingan golongan-golongan


tertentu.
Golongan kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang yang banyak
dosanya dilahirkan dalam jati/kasta. bawahan dan sebaliknya. Peristiwa-peristiwa
yang dapat menyokong pandangan ini diselitkan dalam beberapa karya yang
bersifat agama kemudiannya.

Sistem Varna
Terdapat perbezaan yang nyata antara sistem vama dengan sistem jati dan
kedua- duanya, tidak boleh dicampuradukkan. Sistem varna merupakan
pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu
sistem ini menghadkan mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima
kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan guru-guru agama, pedanda,
pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain; kedua, Kshatriya
iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara; ketiga, Vaishya iaitu
kelas perekonomian; keempat, Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga
golongan di atas; dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan
dibuang varna.
Sistem varna yang tersebut di atas hanya diamalkan di India Utara dengan begitu
berkesan serta sistem ini dipelihara oleh pemerintah. Amalan sistem ini didapati
sudah wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM).
Kehadiran kumpulan orang Arya ke benua kecil India, terutamanya di India Utara
telah mencetuskan pertembungan dan pertentangan dengan kebudayaan
tempatan. Orang tempatan merupakan masyarakat tani, berkulit gelap,
berambut kerinting, tidak mengenah ajaran-ajaran Veda dan bahasa serta
budaya orang Arya.
Orang Arya merupakan masyarakat yang sentiasa berperang yang tidak
mengenali sistem pertanian setempat, berkulit cerah dan hidup secara
berpindah-randah. Apabila mereka sampai ke kawasan barat laut India dan
membuka petempatan, budaya kebendaan mereka masih tidak maju. Interaksi,
pertembungan dan pertentangan budaya ini telah menjadi asas bagi permusuhan
antara penduduk tempatan dan kumpulan pendatang, orang Arya. Namun begitu,
sifat orang Arya membolehkan mereka dapat mengatasi orang tempatan dan
mereka beranggapan kaum mereka lebih bermartabat berbanding orang
tempatan. Maka itu orang tempatan dipanggil sebagai dasha ataupun dasyu
bererti hamba abdi.
Pada awalnya kegiatan pertanian turut dianggap sebagai sektor pekerjaan yang
tidak bermartabat kerana ianya diceburi oleh orang tempatan. Di samping itu,
kejahilan orang Arya mengenai bidang pertanian menyebabkan mereka
memandang hina kegiatan ini. Tetapi selepas beberapa lama kemudian orang
Arya mula menyedari akan kepentingan bidang pertanian dan mulai
menunjukkan rasa hormat terhadap bidang tersebut kerana mereka sudah mula
mempelajari cara-cara pertanian daripada orang tempatan.

Pertentangan budaya yang berlaku menyebabkan orang tempatan tidak


dimasukkan dalam sistem varna di peringkat awal. Orang Arya telah meletakkan
dan menyusun kedudukan mereka dalam tiga varna. Ini termasuklah varna.
Brahmin, Kshatriya dan Vaisya yang dikenali sebagai Trivama dan kemudiannya,
orang tempatan dimasukkan ke dalam sistem vama dengan diletakkan sebagai
varna keempat, Shudra. Dengan ini, konsep Caturvama iaitu empat varna
diterima oleh masyarakat Arya.

Sistem Jati
Pada akhir Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku
kaum yang berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah
tidak lagi dapat menjamin keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa
menjaga kebajikan masing-masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang
Indo-Arya meletakkan dan menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit
pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna
menjadi lumpuh dan ini merintis jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang
dikenali sebagai jati yang pada asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja.
Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran dan pada peringkat
awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki.Jati merupakan kumpulan yang
berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan
kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya
tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun yang
terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran, peraturanperaturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati
dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat
tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh
jati mereka, dan ini bermakna jati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil
jati akan memastikan kebajikan masing- masing dipelihara. Semangat jatisme
semakin bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan
(nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula
pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan.
Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan sebagainya) digunakan
sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing.
Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati tidak
dicemari.Sistem jati bukan sahaja wujud di kalangan orang beragama Hindu,
sebaliknya terdapat juga di kalangan penganut agama-agama lain sepeiti

Kristian, Islam, Bahai dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati
masing-masing.
Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam
sehinggakan terdapat jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh'
(untouchables) iaitu Harijan, dan mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke
kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia dalam golongan
jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan' (anak-anak Tuhan) atau
Dalit.

Pemerintahan & Pentadbiran.


Sistem Beraja.
Pada tahap awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun
India mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala
kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak Kedudukan
seseorang raja ini kemudiannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara
ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan
harus dihormati.
Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan
penting dan ini diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah
tertinggi serta merupakan golongan dominan

Pemerintahan Berbentuk Empayar


Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Chandragupta Maurya telah
membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di
India dari tahun 321-185 S.M. Hal ini telah mengubah status raja kepada
maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke
Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman
kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka,
iaitu dari tahun 273 - 232 S.M.. Penilaian itu dibuat berasaskan kejayaan
Asoka menamatkan perang saudara. selepas Kematian ayahnya, Bindusara, dan
menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India. Selepas
Perang Kalinga, Asoka. lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta
menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi
menerusi ketenteraan.
Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah
membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.

SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA :


Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan
tamadun-tamadun tempatan dianggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai

sumbangan hasil daripada Hindunisai dan Indianisasi. Walau


bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat bagi merujuk kepada
perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada tamadun
India. Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati bukan hanya
membataskan sumbangan berasakan Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan
pembahagian kesan di antara agama Hindu dan Buddha.
Antara pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh tamadun
India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan pencapaian
dalam bidang sains.

Pencapaian dalam Bidang Seni


Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun
India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh
diringkaskan seperti berikut:

1.
2.
3.
4.
5.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Seni halus
Tarian
Drama
Seni bina dan seni ukir
Seni lukis
Pencapaian dalam Bidang Seni
Matematik
Astronomi dan Kalendar
Fizik
Kimia
Logam
Perubatan
Bahasa dan Kesusasteraan
Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya
14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87
peratusdaripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa
tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%),
Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%),
Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lainlain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga
bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa
Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah
Ganges dan ke timur,perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa
perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit
mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat
baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain.
Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa

tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasabahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang
digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese,
Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu,
Rajastam dan Sindhi.

Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak
seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada,
Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui
(Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.
Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di
Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh
kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga
dan Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah
Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.Dokumen
bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3
S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di
barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas
kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari
Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah
tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja.
Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi
kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada
bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang
menggunakan garis di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit,
Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya,
Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India
Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf- hurufnya mempunyai
perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka
tersendiri.

PENUTUP
Kesimpulannya,orang Aryan telah memberikan sumbangan yang sangat besar
kepada tamadun India di dalam pembentukkan masyarakat dan budaya yang
telah melahirkan pelbagai variasi tradisi masyarakat, budaya, falsafah dan
sebagainya.
Kemajuan dalam tamadun India juga telah mempengaruhi perkembangan dan
kemajuan sains dan teknologi moden yang juga turut menyumbang kebangkitan
serta kegemilangan tamadun India. Secara umumnya,setiap tamadun itu
mestilah mempunyai cirri-ciri tersendiri dan cirri-ciri itulah yang membentuk jati

diri dan identity sesuatu tamadun.Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan


bangsa,agama dan budaya.Walaubagaimanapun pertembungan antara tamadun
telah memperkayakan lagi nila-nilai yang ada pada sesuatu tamadun.

Perancangan Bandar

Harappa

Pelan Mohenjo-Daro

Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti MohenjoDaro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari
sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat
diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan
dalam perancangan bandar
Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungantamadun ini dengan
tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan
bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.

Sifat Keterbukaan

Cap mohor

Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat


hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang
sangat penting.
tamadun Indus telah menunjukkan bahawasesebuah masyarakat itu tidak
mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat
hubungan sertabertukar pandangan denganpihak lain.
hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir
Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya
sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun
Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan
dan suasana tempatan.

Sains dan Teknologi

Lakaran mengunakan tanah liat

Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka
Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig
Veda.
Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas
matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata
dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Falsafah

Rig Veda

Falsafah India ialah falsafah yangterawal berkembang dan direkodkan di


dunia.
Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang
bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda.
Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva
Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gitamerupakan antara
sumbernya.
Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan
Buddhisme.

Ekonomi

Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.

Seni Bina

Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia.

Patung yang diperbuat daripada tanah liat

Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan
lengkap-- dapat dilihat melalui binaanGreat Bath.
Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-binaan kompleks kuil di Gua Ajanta(mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua
Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur.
Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam
pembinaan mereka.

Candi Borobudur

Ukiran pada dinding dalam Gua Ajanta

Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk


patung-patung dan alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi
monumen.

Bahasa dan Kesusasteraan


Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan
Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang
India sehingga hari ini.

Bahasa Tamil

Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan


jahat) dan Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama
dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita)
ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha

Agama

Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha.


Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun
agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi.

Lukisan Gautama Buddha

Yoga

Pelbagai posisi yoga

Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.


Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan
sebagainya.

Keamanan

Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah


tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan
kecemerlangan.

Graf mini sistem tulisan Indus (piktograf)

**Sesungguhnya masyarakat tamadun Indus berkeupayaan serta berkebolehan


untuk mengekspoloitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan
kehidupan mereka hingganya menjadi asas perkembangan tamadun mereka.

Lukisan pada dinding

You might also like