You are on page 1of 3

PIDATO:

PERPADUAN TERAS KEMAJUAN NEGARA.


NAMA : MUNIRAH BINTI NORHARIN
Kita mungkin berbeza agama, berbeza Bahasa, berbeza warna kulit tetapi kita
satu bangsa manusia. Kofi AnnanKalungan apresiasi buat saudara/I pengerusi, saf kehakiman penuh bervisi,
penjaga masa yang peka pada detik terpateri, seterusnya sidang hadirin anak
pertiwi.
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya titipkan buat semua.
PERPADUAN TERAS KEMAJUAN NEGARA
Demikianlah mauduk bicara saya pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Perpaduan dapatlah kita definisikan sebagai kesatuan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama manakala teras
bermaksud sesuatu yang menjadi asas atau tunjang. Kemajuan negara pula
dapatlah

kita

simpulkan

sebagai

kemakmuran

yang

seimbang

dari

segi

sosioekonomi. Maka berdasarkan mauduk bicara saya hari ini, saya ingin mengajak
anda semua untuk mendalami isu ini dalam tiga sudut pandang berbeza.
Pertama, Penerimaan asas perpaduan
Kedua, Keranamu Malaysia Rakyat Sehati sejiwa
Dan Ketiga, Ekonomi setara, kita maju bersama

Sidang saksi bervisi,


Sudut pandang pertama, penerimaan asas perpaduan. Salah satu nilai dalam
gagasan 1 Malaysia ialah penerimaan iaitu satu nilai yang menuntut kita menerima
perbezaan antara budaya serta agama dan kepercayaan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang pelbagai juga.

Rumah terbuka bagi perayaan utama negara juga dihadiri oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Semua ini adalah hasil penerimaan
kita terhadap perbezaan budaya, bak kata pepatah yang lama dikelek, yang baharu
didukung. Perpaduan ini menjadi tunjang kepada imej Malaysia di mata dunia.
Kepercayaan dunia terhadap Negara kita adalah merupakan salah satu indikator
kemajuan negara.

Sidang intelektual sekalian,


Sudut pandang kedua, saya bawa anda semua untuk menghayati frasa
Keranamu Malaysia, rakyat sehati sejiwa. Gagasan 1 Malaysia mengajak kita untuk
menghayati makna sebenar sebagai warganegara. Bagaimana kita seharusnya
menjadi rakyat yang saying akan Negara dan sentiasa inginkan yang terbaik buat
Malaysia tercinta.
Ingat lagi bila kita rakyat Malaysia turut sama bangkit bersama bersatu
mengecam bila Lahad Datu, tanah tempat kita berpijak ini diceroboh, dan
bagaimana kita turut sama menangis dengan tragedi MH370? Dan hadirin, ingatkah
bagaimana kita bersorak gembira tatkala Lee Chong Wei, pemain badminton
nombor satu Negara layak ke peringkat akhir sukan olimpik pada 2008 dan 2012
dan bagaimana kita turut bersedih bila beliau gagal meraih pingat emas? Kerana kita
rakyat Malaysia, cubit paha kiri, paha kanan terasa jua. Keranamu Malaysia, rakyat
sehati sejiwa. Apabila kita bersama dalam menghadapi pahit getir cabaran
globalisasi mendatang, pastinya kemajuan Negara bertambah kukuh.

Sidang hadirin sekalian,


Sudut pandang ketiga untuk kita teliti bersama ialah ekonomi setara, kita maju
bersama. Semangat 1 Malaysia menuntut kita untuk menjadi rakyat Malaysia yang
berdaya saing dan berminda kelas pertama. Sedari dulu lagi, apabila berbicara
tentang isu perpaduan, kita tidak akan lari dari isu ekonomi. Bila kita kata mereka
kaya, mereka penindas, bila mereka pula miskin, mereka tertindas. Akhirnya wujud
prasangka buruk menggugat perpaduan kita. Menerusi gagasan 1 Malaysia, semua
rakyat Malaysia akan terus berusaha untuk memperbaiki ekonomi mereka.

Pelbagai usaha telah dilaksana kerajaan, bagi meningkatkan ekonomi rakyat


Malaysia. Program TUKAR misalnya telah banyak membantu peruncit-peruncit kecil
dalam mempertingkatkan kebolehsaingan kedai-kedai mereka.

Apabila ekonomi

setara, kita maju bersama. Bak kata pepatah berdiri sama tinggi, dan duduk sama
rendah.

Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, perpaduan merupakan tunjang kemajuan negara. Sebagai
rakyat yang cintakan Negara ini, kita seharusnya menghayati apa itu perpaduan
yang sebenar-benarnya. Saya tinggalkan anda semua dengan satu persoalan. Jika
bukan kita, bukan saya, bukan anda, anda dan anda, siapa lagi? Sekian.

You might also like