You are on page 1of 2

SMK DATO IBRAHIM YAACOB

BATU 5 JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR


Tel : 03-62516658 Faks : 03-62593294 Email: wbtlima@streamyx.com

_________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMKDIY / UBK / 02/02/1.1 ( 13 )


Ruj. Tuan :
Kepada,
Sesiapa Yang Berkenaan.
Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MEMBUKA BOOTH SEMPENA MAJLIS TILAWAH ALQURAN PERINGKAT ZON SENTUL TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Zon Sentul yang melibatkan 23 buah sekolah dalam Zon Sentul. Dalam majlis ini pelbagai
pertandingan di adakan dan setiap sekolah di wajibkan menghantar wakil-wakil bersama
guru-guru masing masing. Majlis ini juga dihadiri oleh ibu bapa dan wakil-wakil jabatan
untuk acara Majlis Penutup pada petang nanti.
3. Sehubungan dengan itu pihak kami dengan berbesar hati, ingin menjemput pihak
tuan/puan untuk membuka booth jualan bagi para pelajar dan semua pengunjung yang hadir
pada hari tersebut. Maklumat lengkap adalah seperti berikut:
Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

15 MAC 2014 (Sabtu)


8.00 pagi hingga 2.00 petang
Dataran Ilmu SMK Dato Ibrahim Yaacob

4. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memberikan
maklum balas bagi mengesahkan persetujuan tuan/puan sebelum 14 Mac 2014.
5. Semoga kehadiran pihak tuan/ puan dapat menghidupkan lagi suasana majlis ini . Segala
kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan diucapkan
setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang benar,
...............................................
(ASMAH BINTI KAILANI)
Pengetua
SMK Dato Ibrahim Yaacob
Batu 5, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur

Kepada :

Pengetua
SMK Dato Ibrahim Yaacob
Batu 5, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
(u.p : Pn Juwairiah binti Abdullah)

MAKLUMBALAS UNTUK MEMBUKA BOOTH SEMPENA MAJLIS TILAWAH


AL-QURAN PERINGKAT ZON SENTUL TAHUN 2014

NAMA PEMILIK

PRODUK JUALAN :

NOMBOR TELEFON :

KETERANGAN :
1. Sewa Tapak Sebanyak RM 30.00.
2. Meja dan 2 kerusi akan Disediakan.
3. Permohonan Awal Akan Diberi Keutamaan.
4. Pengunjung meliputi pelajar masuk 5 kategori pertandingan daripada 23 buah
sekolah, pelajar-pelajar sekolah yang hadir, guru-guru sekolah, guru-guru pengiring
dan ibu Bapa/penjaga.
NOTA : Sebarang Pertanyaan, Tuan/Puan Boleh Menghubungi Pihak Kami Ditalian
012-3168734 (Pn Juwairiah binti Abdullah)

You might also like