You are on page 1of 5

Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta.

Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit
pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di
sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta.
Keperluan:
Bahan : 1) Minyak Pelincir Enjin
2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter)
3) Drain Plug Washier
Alat/Perkakas : 1) Item Perlindungan Kederaan

Pelapik sisi kenderaan (Fender Cover)


Lapik Lantai ( Floor Mats)
Seat Cover (Pelapik kusyen)
Steering Cover (Pelapik Stereng)
2) Peralatan Perlindungan Diri

Baju Bengkel
Sarung tangan (kain)
Kasut keselamatan (Safety Boot)
3) Alatan Tangan
Common Ring @ Socket Spannar
Special Tool (Pembuka Penapis minyak pelincir)
4) Penyangga
Jek buaya
Penyangga Keselamatan (Safety Stand)
5) Takungan minyak (waste oil pan)

6) Kain perca (Cotton waste)


Metodologi :
1) Pastikan mengikut manual kenderaan tersebut ( Bagi kenderaan yang tertentu) .

2) Memasang peralatan perlindungan kenderaan dan memakai peralatan perlindungan diri

Fender Cover

Seat Cover

Floor Mats

Steering Cover

Pakaian Bengkel

Kasut keselamatan

Sarung Tangan

3) Jek kenderaan menggunakan hidraulik jek/jek buaya

4) Memasang sangga keselamatan (Safety Stand)

Pastikan stand diletakkan pada kedudukan yang betul dan rata pada bahagian
bawah kenderaan supaya lantai kenderaan tidak kemek (Rujuk buku manual kenderaan
sekiranya ada)

5) Membuka skru buangan minyak pelincir (drain plug) pada bahagian takungan minyak enjin
( Oil Sump)

Minyak buangan tadi ditakung menggunakan bekas dan pastikan tidak melimpah. Buka
penutup tempat pengisian minyak untuk tujuan pengaliran udara supaya minyak mengalir keluar
dengan lancar.
6) Membuka penapis minyak pelincir (Oil Filter)

Spanar khas diperlukan untuk membuka penapis minyak ini (Oil filter wrench)
7) Memasang semula drain plug dan oil filter (yang baru)
8) Jek kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan, kemudian turunkan kenderaan.
9) Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian pengisian minyak.

Gred Minyak enjin yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian enjin. (rujuk manual servis
kenderaan)
9) Menyukat kuantiti minyak pelincir yang dimasukkan melalui penyukat minyak pelincir (oil
dipstick)

Pastikan minyak berada pada aras penuh pada bahagian penanda aras dipstick.
10) Start enjin kenderaan dan lihat kebocoran pada bahagian drain plug dan oil filter jika ada.
11) Menampal pelekat servis pada cermin kenderaan untuk tujuan servis seterusnya.

You might also like