You are on page 1of 2

Laporan penyelenggaraan jentera pertanian

Pengenalan
Apa itu penyenggaraan dan mengapa ia dilakukan? Penyenggaraan adalah lebih merujuk
kepada tahap kebersihan mahupun kekemasan suatu proses kerja yang dilakukan berdasarkan
panduan mahupun manual kerja yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, skop didalam
memahami konteks kerja penyenggaraan adalah luas namun ianya boleh ditakrifkan yang
dikhususkan dalam mengendali sesebuah alatan yang berfungsi didalam sesebuah unit
organisasi sebagai modal atau aset yang memerlukan penyenggaraan menyeluruh dari semasa
ke semasa bagi memastikan keperluan hasil dari sudut kualiti dan kuantiti pengeluaran dapat
dimaksimumkan secara sistematik. Penyenggaraan jentera pertanian bukan hanya mencakupi
kepada penggunaan traktor atau peralatan bermotor sahaja tetapi juga melibatkan sebarang
alat yang membantu dalam menjalankan aktiviti pertanian. Oleh hal demikian, penggunaan
jentera mahupun peralatan bermotor telah berupaya memberikan impak positif didalam
bidang industri sehingga kini seiring mengikut perkembangan era teknologi dunia didalam
menjimatkan kos tenaga buruh namun penggunaannya secara meluas adalah terbatas. Di
antara faktor utama yang menghadkan mekanisasi pertanian adalah termasuk dari segi faktor
kos yang tinggi hingga membebankan golongan petani didalam mengaplikasikan konsep
pertanian moden. Justeru itu, pendekatan demi pendekatan akan dilakukan termasuklah
pertauliahan kepada golongan petani didalam mendapatkan pendedahan secara keseluruhan
mengenai pengaplikasian jentera mekanisasi didalam bidang pertanian sehingga mencakupi
tindakan didalam pengenalan kepada penyenggaraan dan penyelenggaraan jentera mahupun
alatan mesin mengikut berdasarkan prosedur dan jadual kerja yang telah dikeluarkan oleh
agensi tertentu bagi mengekalkan mutu dan prestasi semasa jentera disamping secara tidak
langsung mampu menjimatkan segala bentuk kos yang membebani golongan petani
khususnya. Ia bertujuan didalam menyelaraskan kecekapan kualiti dan kuantiti pengeluaran
hasil bagi pertumbuhan ekonomi Negara. Prasarana kemudahan ini merupakan suatu tindakan
kerajaan yang efektif didalam membantu menyediakan segala keperluan petani pada hari ini
didalam menggiatkan dan merancakkan lagi bidang industri Negara. Didalam menyediakan
prasarana tersebut termasuklah agensi yang memainkan peranan dan bertanggungjawab
membela nasib golongan petani termasuklah agensi berkanun seperti FAMA,MARDI,Jabatan
petanian didalam menyediakan modal permulaan perusahaan mahupun penyediaan
kemudahan mekanisasi pertanian seperti jentera dan alatan mesin seumpamanya.

Bil
.

Alatan

Bahan

Perkakasan

Fungsi

Alatan

You might also like