You are on page 1of 3

SOALAN 1: RUMUSAN

[30 markah] [masa cadangan: 30 minit ]


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip dalam perniagaan
dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikan keuntungan tetapi penuh
dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai dengan begitu
mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dan kesanggupan menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang
peniaga perlu menghayati dan mengamalkan etika atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin
kepentingan pengguna dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan
ini juga bertujuan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan.
Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku dan
membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang dengan harga yang berpatutan atau
memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Seorang peniaga juga
harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan dalam mengawal harga ke atas barangan keperluan
harian untukkestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna.
Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna.
Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada sesuatu produk semata-mata
untuk mengaut keuntungan. Sesetengah peniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk
meningkatkan harga. Tindakan ini sudah pasti menyulitkan dan membebankan pengguna. Selain itu peniaga
yang berjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangan kepada pihak
yang memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman berniaga untuk
memberikan peluang dan membangunkan usahawan muda.
Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh para peniaga. Sebagai
contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannya dan ingin menukarkan produk
tersebut kembali sama ada dalam bentuk produk lain atau mendapatkan wangnya kembali, peniaga harus
bersetuju dan menyanggupinya. Peniaga juga harus boleh membuat keputusan dengan rasional supaya dapat
memberikan manfaat dan mengutamakan kepentingan pengguna.
Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan yang diasaskan berdasar
kepada nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negara ini. Dalam apa juga
keadaan peniaga yang ingin berjaya harus berpegang kepada kod etika perniagaan tersebut. Manfaatkanlah
kod etika tersebut demi kepentingan pengguna dan pemantapan ekonomi negara.
(Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim,
Dewan Masyarakat, Februari 2005)
SOALAN 2 : PEMAHAMAN
(9 MARKAH )
[ masa cadangan: 15 minit]
Soalan 2: Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan. [2 markah]
(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan. [3 markah]
(iii) Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan. [4 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA


(26 MARKAH )
[masa cadangan: 26 minit]
a) Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan dan makna
frasa tersebut. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, menggunakannya sebagai kata
nama khas dan peribahasa.
i.
iii.
v.

kacau-bilau
haru-biru
lintang-pukang

ii.
iv.
vi.

remuk-redam
sorok-sorai
bolak-balik
(6 markah)

b) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.


i.

Pegawai itu membeli computer riba. Komputer riba itu berjenama Scenic.

ii.

Saya mendapat berita. Bapa Airin ditimpa kemalangan.

iii.

Budak itu menangis. Budak itu lapar.

iv.

Saya memesan nasi lemak. Adik memesan mihun goreng.

(8 markah)
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.

Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.

ii.

Sandwic yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan membuka selera.

iii.

Semua kaki tangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat.
( 6 markah )

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Mariam tidak boleh memasuki Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana tidak diizinkan oleh kedua
ibu bapanya.
ii.
Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana mereka bukan
kembar serupa.
iii.
Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang tersohor di
bandar ini.
( 6 markah )

SKEMA JAWAPAN UJIAN 1: BAHASA MELAYU TINGKATAN 4


Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan amalan asas dalam bidang urus niagadalam kalangan peniaga Malaysia
Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]
1. Perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku. (2 m)
2. Harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan. 2
3. Sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. 2
4. Tidak harus lupa daratan/harus memberikan sumbangan kepadapihak yang memerlukan. 2
5. Berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga dengan pihak lain. 2
6. Harus menghayati sikap berperikemanusiaan. 2
7. Boleh membuat keputusan dengan rasional. 2
8. Berpegang kepada kod etika perniagaan. 2
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
1. Mengadakan jualan murah/jualan menghabiskan stok/jualanpotongan harga. 2
2. Membuat promosi/menjalankan pengiklanan secara intensif. 2
3. Mengadakan cabutan bertuah. 2
4. Mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. 2
5. Memberikan perhatian dan keutamaan kepada kehendak pelanggan. 2
6. Menggunakan kaedah penyusunan barangan yang dapat menarik pelanggan.
7. Menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik dan tahan lama. 2
8. Kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit. 2
9. Pemesanan barangan secara dalam talian. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan/Penutup [2 markah]
Dunia perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan prinsip tertentu supaya kebajikan
pengguna terjamin dan ekonomi negara dapat berkembang dengan lancar.
Soalan 2 : Pemahaman: Soalan 2(a) Petikan Umum
(i)
Maksudnya tidak menjalankan usaha perniagaan yang melampau batas-batas yang dibenarkan/
tidak menjalankan usaha perniagaan yang terlampau mementingkan keuntungan semata- mata. [2 markah]
(ii) Kepentingannya
-Untuk menjamin kepentingan pengguna. [1 markah]
-Untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. [1 markah]
-Untuk mengekalkan kepercayaan pengguna. [1 markah]
(iii) Kebaikan pengiklanan
-Memberi panduan cara menggunakan sesuatu produk. [1 markah]
-Mengelakkan pengguna daripada tertipu. [1 markah]
-Memberi panduan akan halal atau haram kandungannya. [1 markah]
-Memberi panduan tentang kesesuaian dengan keperluan diri pengguna. [1 markah]
-Panduan lokasi produk itu boleh diperoleh. [1 markah]
-Memberi panduan harga. [1 markah]
-membolehkan pengguna memilih barangan yang terbaik untuk diri sendiri
-melariskan jualan peniaga
-peniaga perlu menjaga kualiti produk kerana terdapat banyak pesaing yang mengiklankan produk yang
sama
[4 markah]

You might also like