You are on page 1of 1

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?


Jawapan contoh:
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baik pulih bangunan,
monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang
bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula,
pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan
pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud kerja
memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud
perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak
pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat
dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti yang saya kaji kerana melalui kajian
ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan
mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan
meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna
mereka juga menyemai perasaan patriotik. Senario ini sekali gus menunjukkan bahawa
kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain,
melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga
dengan sejarah bangsa.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat
menyemai semangat bersatu padu dan harmoni antara masyarakat majmuk. Dalam
melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga
mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat
muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan
semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti
seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta
mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Jika
keadaan ini disemai berterusan, nescaya akan melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan
sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara
kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi
melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan
warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

You might also like