You are on page 1of 20

BBP1103

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

JANUARY / 2012

BBPP 1103
PRINCIPLE OF MANAGEMENT

MATRICULATION NO:

840611016733001

IDENTITY CARD NO.

840611016733

TELEPHONE NO.

0176706497

E-MAIL

mohdhamizibba@oum.edu.my

LEARNING CENTRE

PP MELAKA

BBP1103

ISI KANDUNGAN

TOPIK

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI ORGANISASI

1.2 KONSEP ORGANISASI

1.2.1 STRATEGI ORGANISASI

1.2.2 SAIZ ORGANISASI

1.2.3 TEKNOLOGI

4-5

1.2.4 ALAM SEKITAR

1.3 STRUKTUR ORGANISASI

5-6

1.4 CARTA ORGANISASI

6-7

2.0 STRUKTUR FUNGSI

7-9

3.0 STRUKTUR GEOGRAFI

10 - 11

4.0 STRUKTUR MATRIK

12 - 14

5.0 STRUKTUR PRODUK

15 - 17

KESIMPULAN

18

RUJUKAN

19

BBP1103

1.0 PENGENALAN
Organisasi jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud kesatuan
(susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain)
dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan
tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Manakala mengikut kepada Kamus Pelajar
Edisi Pertama pula organisasi membawa maksud susunan berbagai-berbagai bahagian
(orang dan sebagainya) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan dan
sebagainya dan mempunyai tujuan tertentu. Mengorganisasikan, menyusun dan mengurus
berbagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) sehingga menjadi sebuah organisasi. Oleh
organisasi boleh ditakrifkan sebagai suatu kumpulan yang menyelaras aktiviti-aktiviti untuk
memenuhi objektif organisasi serta memerlukan komunikasi dan persefahaman yang kuat di
antara satu sama lain.

1.1 DEFINISI ORGANISASI


Organisasi merupakan satu unit sosial terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi
mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Secara lebih tepat lagi organisasi
merupakan satu sistem yang mempunyai manusia serta perancangan dan ia direka bertujuan
untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
organisasi boleh menjadi satu pasukan, jabatan, bahagian, seluruh syarikat ataupun
sekumpulan syarikat ( seperti perbadanan yang memegang ataupun perikatan strtegik )
( Richard M. Burton , 2011 ) . terdapat lima sumber utama dalam sesebuah organisasi sama
ada organisasi tersebut berbentuk keuntungan ataupun tidak , ( pekerja, kewangan, masa,
teknologi, fasiliti ) ( Richard Normann, 1991 ) . Jelas menunjukkan terdapat tindakan atau
proses penyusunan didalam organisasi yang diguna pakai untuk sesuatu tujuan sebagai
perniagaan, jabatan kerajaan, kebajikan dan lain-lain lagi.

BBP1103

1.2 KONSEP ORGANISASI


Setiap organisasi dengan jelas mempunyai matlamat dan tujuan yang ingin dicapai tidak
kira berlandaskan kepada keuntungan semata-mata atau tidak. Maka ia ditubuhkan untuk
mewujudkan perkhidmatan atau menghasilkan produk-produk yang diperlukan pelanggan.
Organisasi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan kepada tujuan yang berbeza. Ianya adalah
organisasi berteraskan keuntungan, tidak berteraskan keuntungan dan juga untuk faedah
bersama. Organisasi yang berteraskan keuntungan adalah seperti syarikat penerbangan MAS,
syarikat pembuatan kereta PROTON, dan syarikat telekomunikasi CELCOM. Organisasi
yang tidak berteraskan keuntungan dan dibentuk untuk tujuan perkhidmatan adalanh seperti
PERKIM, YADIM dan lain-lain lagi. Manakala organisasi yang ditubuhkan untuk faedah
yang mana memberi kelebihan kepada anggota organisasi adalah seperti koperasi, kesatuan
kerja, kelab-kelab kebajikan dan lain-lain lagi. konsep asas dan prinsip-prinsip rekabentuk
organisasi yang kekal amat penting kepada organisasi moden hari ini dan esok ( Richard
M. Burton, 2011). Terdapat empat aspek penting didalam konsep organisasi:

1.2.1 STRATEGI ORGANISASI


Strategi boleh didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan
keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhannya. Sesebuah
organisasi telah distrukturkan mengikut kepada kesesuaian bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Walaubagaimanapun ini belum pasti boleh mendatangkan kejayaan dalam
mencapai objektif tersebut kerana ianya juga bergantung kepada strategi dan perancangan
rapi organisasi tersebut. rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor )
untuk mencapai matlamat atau kejayaan ( Kamus Dewan Edisi Ketiga). Manakala menurut
kepada penulisan Richard L. Daft melalui bukunya yang berjudul New Era of Management,
Ninth Edition strategi didefinisikan sebagai apa yang perlu dilakukan; menganjurkan
ditakrifkan bagaimana untuk melakukannya. Maka itu
setiap strategi yang dibuat akan memberi kesan serta perubahan kepada struktur dan
perjalanan operasi didalam organisasi tersebut. strategi diperolehi daripada pemahaman
mengenai faktor-faktor luaran di tempat kerja serta kekuatan organisasi itu sendiri ( Patricia
Cichoki, 2011 ).

BBP1103

1.2.2 SAIZ ORGANISASI


Saiz sesebuah organisasi boleh mempengaruhi struktur organisasi tersebut. Saiz
menjejaskan banyak dimensi lain reka bentuk organisasi dan saiz organisasi yang berlainan
menimbulkan cabaran yang sangat berbeza bagi pemimpin-pemimpin organisasi ( Patricia
Cichoki , 2011) . Kebiasaannya kaedah yang digunakan untuk mengukur saiz sesebuah
organisasi adalah melalui jumlah jualan dan jumlah tenaga kerja dalam organisasi tersebut.
Organisasi bersaiz kecil tidak serumit seperti organisasi yang bersaiz besar kerana
matlamat kerja dan standard yang ditetapkan kurang. Manakala organisasi yang bersaiz besar
pula mempunyai matlamat tinggi yang perlu dicapai, oleh itu terdapat pembahagian
pengkhususan yang besar perlu dibahagikan, standard yang tinggi dan juga pembahagian
dalam proses untuk membuat keputusan. pengkhususan kerja, kadang kala dikenali sebagai
pembahagian kerja, tahap di mana tugasan organisasi dipecah bahagi kepada pekerjaan secara
berasingan (Richard L. Daft,2008)

1.2.3 TEKNOLOGI
Teknologi di dalam organisasi adalah merujuk bagaimana sesebuah organisasi itu boleh
menghasilkan pengeluaran. Setiap organisasi pastinya akan menggunakan sesuatu teknologi
bagi mengubah sumber yang mereka ada untuk dijadikan produk dan perkhidmatan.
dimensi persekitaran yang umum bahawa merangkumi kemajuan teknologi dan sains di
dalam industri dan masyarakat secara kesuluruhannya ( Richard L .Daft, 2008) . Akan tetapi
teknologi itu bergantung kepada aktiviti dalam organisasi tersebut yang mana adakah ia rutin
atau bukan rutin. Maksud teknologi jika merujuk kepada sumber laman web
en.wikipedia.org/wiki/Technology teknologi ialah membuat, penggunaan, pengetahuan
peralatan, mesin, teknik, kerajinan, sistem atau kaedah organisasi untuk menyelesaikan
masalah atau melaksanakan fungsi yang spesifik .
Contoh organisasi yang beroperasi dengan teknologi rutin seperti sebuah kilang yang
menghasilkan produk minuman yang banyak untuk dipasarkan ke pasaran. Manakala
organisasi yang beroperasi dengan teknologi bukan rutin pula seperti seorang tukang gunting
rambut. Teknologi rutin dalam sesebuah organisasi mewujuddkan struktur yang lebih
4

BBP1103

berpusat manakala manakala bukan rutin pula lebih banyak bergantung kepada kepakaran
individu. antara cabaran dalam mereka bentuk organisasi adalah bagi menyesuaikan dengan
teknologi baru iaitu struktur yang membuatkan semua keperluan teknikal dan bukan teknikal
serta mencampurkan dengan kepakaran fungsi yang diperlukan ( Nori, 1990 ).

1.2.4 ALAM SEKITAR


Pengaruh persekitaran boleh memberi kesan dan impak kepada sesebuah organisasi. Ia
memberi kebaikan atau juga boleh mendatangkan kemudaratan. Secara ringkas alam
sekitar adalah sebahagian besar daripada yang diberi untuk firma, dan firma harus
menyesuaikan reka bentuk yang sesuai dengan alam sekitar. Prestasi firma itu
bergantung kepada bagaimana firma membuat organisasi sesuai dengan alam sekitar
( Richard M. Burton, 2011 ). Terdapat dua jenis persekitaran iaitu statik dan
dinamik.Persekitaran statik kurang dalam memberi ancaman dan risiko kepada organisasi.
Persekitaran dinamik pula boleh mencetus dan mengganggu perjalanan operasi organisasi.
peningkatan ketidaktentuan persekitaran membawa kepada perbezaan peningkatan
organisasi ( Lawrence, 1969 ). Maka itu pihak pengurusan akan membuat tindakan untuk
mengurangkan ancaman dengan membuat perubahan kepada struktur organisasi.

1.3 STRUKTUR ORGANISASI


Struktur organisasi dalam perkataan yang mudah boleh digambarkan sebagai satu susunan
sistematik kerja. Ianya turut juga dikenali sebagai carta organisasi. Terdapat beberapa
perubahan yang memerlukan organisasi bertindak lebih kreatif dalam menstrukturkan semula
sumber tenaga serta sumber-sumber lain dalam organisasi. Oleh itu organisasi perlu untuk
mengenal pasti faktor yang dapat mempengaruhi struktur organisasinya agar ia dapat
dibentuk dengan tepat dan berkesan. Corak struktur organisasi juga perlu memberi tumpuan
terhadap peningkatan mutu kerja yang lebih berkesan di semua peringkat, menyelaras serta
menyatukan objektif dan juga tugasan bagi unit-unit yang berasingan. Ini sangat penting agar
penyelarasan dapat dibuat dengan teratur dan cekap.
struktur organisasi perlu digubal mengikut strategi yang telah digubal oleh organisasi (
Shahrol Aman Ahmad, 2008 ). Menurut Richard L .Daft, (2008) struktur organisasi
5

BBP1103

bermaksud rangka kerja di mana organisasi mentakrifkan bagaimana tugas-tugas


dibahagikan, sumber dikerahkan, dan jabatan diselaraskan Ianya melibatkan aspek
mengatur kerja untuk kakitangan dan pembahagian tugas kepada beberapa jabatan yang lain
. misi yang besar , orang-orang yang hebat dan kepimpinan yang besar sangat
membantu tetapi tanpa reka bentuk organisasi yang baik, organisasi dan orang ramai tidak
akan membuat persembahan pada tahap terbaik ( Patricia Chicoki, 2011 ). Terdapat tiga
ciri-ciri penting didalam struktur organisasi menurut kepada penulisan ( Richard L. Daft,
2008 ):
1) set tugas rasmi yang ditugaskan kepada individu dan jabatan
2) hubungan laporan rasmi, termasuk had kuasa, tanggungjawab keputusan, bilangan
paras berbentuk hierarki, dan rentang pengurus mengawal
3) reka bentuk sistem bagi memastikan penyelarasan kakitangan di seluruh jabatan

1.4 CARTA ORGANISASI


Carta organisasi adalah satu bentuk rajah grafik perwakilan visual satu struktur
organisasi ( Richard. L Daft, 2008 ) yang dibentuk melalui struktur organisasi yang telah
dibuat oleh sesebuah organisasi. Penggunaan carta organisasi yang sesuai kepada sesebuah
organisasi sangat penting kerana ia akan menjadi faktor kepada kejayaan organisasi tersebut.
Melalui carta organisasi itu ia menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi
seseorang di dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa, tugas dan
tanggungjawabnya. setiap pekerja mempunyai tugas yang ditetapkan, garis kuasa, dan
tanggungjawab membuat keputusan ( Richard. L Daft, 2008). Struktur organisasi
yang dibentuk bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi, akan tetapi ia
turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang dilakukan. Struktur organisasi juga perlu
dibentuk agar dapat menggalakkan penyertaan kakitangan yang berkemahiran seterusnya
dapat meningkatkan pretasi bagi syarikat yang berkenaan ( Lynch, 2003 ).
Secara keseluruhannya, keberkesanan sesebuah organisasi adalah dipengaruhi melalui
dari pembentukan struktur organisasi itu sendiri dan juga dari hasil kerja kakitangan yang

BBP1103

wujud dalam setiap hierarki struktur organisasi tersebut. Terdapat empat jenis carta organisasi
yang utama iaitu struktur fungsi, struktur geografi, struktur matrik dan struktur produk.

2.0 STRUKTUR FUNGSI


Struktur organisasi jenis fungsi merupakan salah satu struktur yang paling banyak
digunakan dalam organisasi. Didalam struktur organisasi jenis fungsi ini, setiap kerja akan
dibahagikan kepada unit-unit tertentu. Pembahagian tersebut adalah mengikut kepada tahap
kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Ia juga akan menyatukan semua mereka yang
terlibat dalam satu aktiviti atau beberapa aktiviti yang berkaitan dalam satu jabatan.
Struktur jenis fungsi mempunyai beberapa kelebihan pertama membolehkan kerja-kerja
yang akan dijalankan oleh individu yang berkelayakan dan mahir dalam bidang berkenaan,
kedua mengurangkan kos dengan mengurangkan pertindihan kerja dan penggunaan sumber
dalam organisasi, ketiga pula setiap individu dalam jabatan yang sama akan memperoleh
pengalaman kerja yang sama atau latihan,komunikasi dan penyelarasan,seterusnya
mengurangkan masalah bagi pengurusan ( Shahrol Aman Ahmad, 2008 ).
Struktur fungsi juga terdiri daripada sekumpulan orang yang bekerjasama dalam sesebuah
organisasi kerana jawatan yang sama atau menjalankan tugas yang sama serta mempunyai
kemahiran yang sama. Ia juga cenderung untuk melatih pekerja melaksanakan tugas yang
khusus dan berpusat maka perkhidmatan atau produk yang disediakan adalah cekap dan
mencapai matlamatnya. struktur fungsi adalah pengelompokan jawatan ke jabatan yang
berdasarkan kemahiran yang sama, kepakaran, aktiviti kerja, dan penggunaan sumber
( Richard. L Daft, 2008 ).
Carta 2.1 menunjukkan contoh carta organisasi struktur fungsi yang diguna pakai oleh
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ( PROTON ) pada tahun 2003. Jadual 2.2
pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis fungsi.

BBP1103

KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF

PERANCANGAN
KORPORAT

PENGURUSAN
KUALITI
PEMASARAN
& KOMUNIKASI

SEKURITI
KUMPULAN

KESETIAUSAHAAN

SUMBER
MANUSIA

PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

KEWANGAN
KUMPULAN

PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN &


PEMBANGUNAN PLATFORM BARU
PROJEK
KHAS

TEKNOLOGI MAKLUMAT
KUMPULAN

PERSEKITARAN,KESIHATAN
& KESELAMATAN

AUDIT DALAMAN
KUMPULAN

OPERASI

KEJURUTERAAN
& PERKILANGAN

UNDANG-UNDANG

PEMBELIAN

CARTA 2.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR FUNGSI


SUMBER :
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00
17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfoDirectors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf

JADUAL 2.2 : KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR FUNGSI

BBP1103

KEBAIKAN
1) Tugas untuk penyeliaan menjadi lebih

KELEMAHAN
1) Melambatkan masa gerak balas.

mudah kerana setiap ketua dan jabatan


mempunyai kemahiran tertentu.
2) Unit-unit, jabatan dan bahagian yang

2) Tidak menggalakkan pembaharuan

bermasalah mudah dikenal pasti maka

serta mempunyai perspektif yang sempit

ianya boleh diatasi dengan kadar segera.


3) Penggunaan sumber yang cekap.

3) Maklum balas mungkin perlahan


kerana wujud unit, jabatan dan bahagian.

4) Fungsi serta kedudukan individu itu

4) Komunikasi yang kurang antara unit-

jelas.

unit, jabatan dan bahagian.

5) Kepakaran, pengetahuan, kemahiran

5) Sukar mentakrif semua keperluan

dan pengalaman dapat disatukan atau

individu menyebabkab objektif organisasi

digabungkan di kalangan individu.

tidak tercapai.

3.0 STRUKTUR GEOGRAFI

Struktur organisasi jenis geografi membahagikan para pekerja berdasarkan kawasan


geografi yang ditetapkan seperti bahagian utara, selatan, timur dan barat. Ianya dibentuk atas
faktor permintaan dari pelanggan yang berada jauh ataupun di luar pusat operasi sesebuah
organisasi itu. Struktur organisasi jenis geografi ini beroperasi di kalangan kakitangan yang
9

BBP1103

berbeza yang mana bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi yang
telah ditetapkan. Rajah 3.1 menunjukkan contoh organisasi jenis struktur geografi yang
diguna pakai oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Berhad ( PROTON ) PADA TAHUN 2003.
Rajah 3.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis geografi.

PERUSAHAAN OTOMOBIL
NASIONAL BERHAD

PENGEDARAN

LOTUS CARS ASIA


PACIFIC SDN.BHD

PROTON CARS
BENELUX NV.SA

PROTON CARS
AUSTRALIA Pty.Ltd

PROTON CARS
(Europe) Ltd

CARTA 3.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR GEOGRAFI


SUMBER:
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00
17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfoDirectors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf

JADUAL 3.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR GEOGRAFI

10

BBP1103

KEBAIKAN

KELEMAHAN

1) Dapat mengurangkan kos dengan

1) Timbul kesukaran dalam menyelaraskan

meletakkan sumber-sumber organisasi lebih

jabatan-jabatan di kawasan geografi kerana

dekat ke kawasan geografi yang ditetapkan.

terletak jauh antara satu sama lain.

2) Boleh menggunakan kepakaran dari

2) Kurangnya kawalan kepada setiap jabatan

seluruh dunia mengikut kepada lokasi

geografi organisasi tersebut.

geografi organisasi tersebut.


3) Produk dan perkhidmatan dapat dihasilkan

3) Berlakunya pertindihan kerja.

dan dipasarkan ke negara yang berbeza.


4) Dapat memperkenalkan organisasi di mata

4) Wujudnya perubahan pada produk dan

dunia.

perkhidmatan kerana faktor budaya,fizikal


dan cuaca.

5) Organisasi menjadi lebih besar.

5) Tidak dapat menjamin kesetiaan yang


penuh dari kakitangan kepada organisasi.

4.0 STRUKTUR MATRIKS

Struktur matrik terhasil dari dua gabungan atau lebih struktur organisasi pada masa yang
sama Struktur matriks sesuai digunakan apabila sesebuah organisasi itu terpaksa
11

BBP1103

mengendalikan projek atau tugas yang besar pada satu masa. Ia sangat rumit dan komplek
kerana kumpulan individu dari struktur organisasi yang berlainan bekerjasama bagi
mengendalikan dan menjayakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamt dan tujuan yang telah
ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang membezakan yang membezakan struktur matrik ini
dengan struktur yang lain antaranya ialah pekerja kena melapor diri berkaitan kerja kepada
dua orang penyelia ataupun pengurus yang berbeza. struktur matrik berkembang sebagai
satu cara untuk memperbaiki penyelarasan mendatar dan perkongsian maklumat ( Richard.
L Daft, 2008 ). Pengurus mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kejayaan di dalam
projek yang dikendalikan manakala jabatan-jabatan unit yang lain bertindak untuk
mengekalkan kecekapan teknikal di dalam kerja mereka.
( Harold Kerzner , 2003 ) melalui penulisannya menyatakan terdapat peraturan tertentu
yang wujud untuk pembangunan matrik.
1) peserta mesti menghabiskan sepenuh masa dalam projek ini bagi
memastikan tahap kesetiaan
2) saluran mendatar dan sebagaimana menegak mesti wujud untuk membuat
komitmen
3) mesti ada saluran komunikasi yang baik dan akses bebas antara pengurus
4) mesti ada kaedah cepat dan berkesan untuk menyelesaikan konflik
Carta 4.1 menunjukkan carta organisasi jenis struktur matrik yang diguna pakai oleh
Syarikat SUZLON. Jadual 4.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi
jenis matrik.

Chief Quality Officer

Program
Management
Office

SCM
Qualitty

QHSE
Management
Systems

Product Design
@Development
Quality

Quality
Information
Cell

Quality
Excellence
Centre

Projects@
QMS
Quality

Global HSE

12

BBP1103

.
Nacelle

Blade

Generator
.

..
Transformer

.
Panel

.
Tower

Quality
Manager

Quality
Manager

Quality
Manager

Quality
Manager

Quality
Manager

Turbine
Quality

Turbine
Quality

Quality
Manager

HSE
Manager

USA

Quality
Manager

HSE
Manager

Europe

Quality
Manager

HSE
Manager

China

Quality
Manager

HSE
Manager

Brazil

Quality
Manager

HSE
Manager

Australia

HSE
Manager

HSE
Manager

India

HSE
Manager

SCM

Turbine
Quality

Quality
Manager

CARTA 4.1: CATRA ORGANISASI JENIS STRUKTUR MATRIK


SUMBER: www.suzlon.com/key_differentiators/|3.aspx?|1=4&|2=42&|3=91

JADUAL 4.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR MATRIK

KEBAIKAN
1) Penggunaan sumber dengan lebih

KELEMAHAN
1) Kekeliruan berlaku kerana terdapat dua
13

BBP1103

berkesan.

arahan.

2) Penyampaian maklumat lebih tepat dan

2) Terjadi konflik diantara kedua-dua pihak

meluas.

dalam struktur matrik kerana kumpulan ini


dating dari struktur yang berbeza.

3) Kerjasama antara disiplin dan kepakaran

3) Lebih banyak mesyuarat dan perbincangan

yang ada ke semua bahagian.

yang diadakan berbanding dari tindakan yang


dijalankan.

4) Fleksibiliti dan penyesuaian kepada

4) Pembahagian sumber-sumber menjadi

perubahan persekitaran.

sukar apabila banyak projek dijalankan


serentak.

5) Memupuk semangat kerjasama yang

5) Berlaku perebutan kuasa dominan apabila

tinggi.

ada pengurus yang lebih menonjol.

5.0 STRUKTUR PRODUK


Struktur produk berfungsi dengan membahagikan sesuatu produk yang dihasilkan
mengikut jabatan masing-masing. Jabatan-jabatan tersebut akan mewakili satu jenis produk
yang akan dihasilkan. Setiap jabatan mempunyai kepakaran didalam menghasilkan sesuatu
produk yang telah dipertanggungjawabkan. Produk yang dihasilkan oleh setiap jabatan akan
dikendalikan oleh kakitangan dan unit yang berbeza. Struktur jenis ini mudah diuruskan jika
organisasi itu mempunyai banyak jenis produk yang ingin dipasarkan. Keadaan ini
14

BBP1103

memudahkan pihak pengurusan yang bertanggungjawab untuk memberi tumpuan, usaha,


perhatian kepada sesuatu jenis produk yang ingin dihasilkan untuk dipasarkan. Carta 5.1
menunjukkan carta organisasi jenis struktur produk yang diguna pakai oleh Syarikat
NESTLE. Jadual 5.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur produk.

Pengarah Eksekutif
Ais Krim

Pengarah Eksekutif
Kopi & Minuman

Pengurus Eksekutif
Perniagaan& Susu

15
Ketua Rantau MY/SG
Pengarah Urusan Nestle
( Malaysia ) Berhad

Pengarah Eksekutif
Pengurus
Eksekutif
Makanan
Pengurus
Eksekutif
Pengurus
Perniagaan,
Perniagaan,
Pengurus
Perniagaan,
Perniagaan,
Konfeksi
Eksport
Tenusu
Dingin
Minuman
Nestle

BBP1103

CARTA 5.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR PRODUK


SUMBER:
http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/2010_CSV
Report_BM.pdf

16

BBP1103

JADUAL 5.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR PRODUK

KEBAIKAN

KELEMAHAN

1) Pengurus dan pekerja boleh

1) Pengurus hanya memberi tumpuan

mengembangkan bakat, pengalaman dan

kepada produk yang dikendalikannya

kepakaran mereka dalam aktiviti

sahaja.

penghasilan produk.
2) Pengurus di setiap jabatan dapat

2) Wujud komunikasi yang kurang antara

memantau aktiviti setiap unit dan

setiap jabatan.

kakitangan dalam penghasilan produk di


bawah kendaliannya.
3) Bidang tanggungjawab yang sangat

3) Kos operasi yang besar kerana setiap

jelas di antara setiap jabatan.

jabatan mempunyai pengurus dan pakar


tersendiri.

4) Struktur jenis produk sangat sesuai

4) Memerlukan tenaga kerja yang ramai.

untuk organisasi yang bersaiz besar.


5) Sangat sesuai untuk organisasi yang

5) Setiap jabatan tidak dapat bekerjasam

menghasilkan berbagai jenis produk.

kerana berlainan kepakaran.

17

BBP1103

KESIMPULAN

Setiap organisasi yang ditubuhkan dengan jelas mempunyai objektif dan matlamat
tersendiri. Secara umum carta organisasi telah digunakan oleh kebanyakkan organisasi
untuk membantu operasi mereka. Tanpa perancangan yang rapi dan pencaturan yang
tepat, sesebuah organisasi itu tidak akan dapat beroperasi untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Ia juga turut memerlukan pengetahuan dan pengurusan yang cekap
untuk organisasi itu mencapai kejayaan yang besar. Maka dengan ini setiap organisasi
harus mengambil kira faktor-faktor yang sedia ada bagi melaksanakan sesuatu urusan
berkaitan dengan perjalanan operasi organisasi tersebut.

18

BBP1103

RUJUKAN

Richard L. Daft. ( 2008 ). NEW ERA OF Management ( 9th edition ). SouthWestern:Cengage Learning
Shahrol Aman Ahmad. ( 2011 ). BBP1103 Principles of Management ( 11th edition ). Seri
Kembangan: Open University Malaysia
Richard M. Burton & Borge Obel & Gerardine DeSanctis ( 2011 ). Organizational
Design : A Step-by-Step Approach . Cambridge University Press. In Books24x7 ( OUM
Digital Collection )
Patricia Cichoki & Christine Irwin ( 2011 ). Organizational Design : A Guide to Building
Effective Organizations. Kogan Page. InBooks24x7 ( OUM Digital Collection )
Richard Norman. ( 1991 ). Services Management Strategy and Leadership In Service
Business ( 2nd edition ). England : John Wiley & Sous Ltd.
Norri. H. ( 1990 ). Managing The New Dynamic of New Technology. Eaglewood Cliffs,
New Jersey : Prentice Hall.
Lawrence, P.R & J.W Lorsch. ( 1969 ). Organisations and Enviroment. Homewood : IL
Richard D.Irwin.
Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Ketiga, ( 2002 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Pertama, ( 1987 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

You might also like