You are on page 1of 6

PENGHARGAAN..

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi

Saya iaitu Puan *** kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan

beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima

kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit

Jalil, Puan Hasnah bt. Hamid yang telah membenarkan kami menjalankan kajian

ini sehingga selesai.

Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ***

dan ibu saya *** yang senantiasa memberi

dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan

ini. Kepada rakan-rakan saya ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala

cadangan, tunjuk ajar yang telah dikongsikan bersama

PENDAHULUAN..

Nama saya ***. Saya belajar di tingkatan 3 *** di Sekolah

Menengah Kebangsaan ***. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran

geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi

Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 8 minggu.

Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan di Bandar Baru Bukit Jalil

Kuala Lumpur. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab-sebab

pemilihan adalah kerana terdapat pelbagai perbandingan jaringan system

pengangkutan antara Bandar Baru Bukit Jalil Kuala Lumpur dengan Negara

Jepun.
KAWASAN KAJIAN..

Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan Bandar Baru Bukit Jalil sebagai

kawasan kajian. Kawasan ini adalah jenis kawasan tanah yang rata dan luas.

Terdapat kawasan tanah tinggi dan tanah rendah di Bandar Baru Bukit Jalil.

Kawasan ini terletak di dalam Parlimen Tun Razak. Bandar Baru Bukit Jalil

terletak di bahagian selatan Wilayah persekutuan. Di samping itu, terdapat

sebatang anak sungai yang dipanggil sebagai sungai Kuyoh. Jarak dari Kuala

Lumpur ke Bukit Jalil adalah kira-kira 25 Kilometer. Selain itu, kawasan ini

terletak berdekatan dengan Stadium Negara kita iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

KAEDAH KAJIAN..

Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah

a) Kaedah pemerhatian

-Selama menjalankan kajian ini saya telah memerhatikan jenis-jenis

pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Bukit Jalil

b) Temu bual

-Semasa menjalankan kajian ini, sayatelah menemu bual 30 orang responden yang

terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti

yang terdapat di dalam lampiran.

c) Rujukan

-Saya membuat rujukan di Internet dan merujuk guru Geografi saya, Puan ***

untuk mendapatkan lagi maklumat dengan lebih terperinci.


OBJEKTIF KAJIAN..

Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang

terdapat di Bandar Baru Bukit Jalil Kuala Lumpur dan mewujdkan semangat cinta

akan negara.

Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan system pengangkutan

di Bandar Baru Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap

alam sekitar di Bandar Baru Bukit Jalil Kuala Lumpur.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BUKIT JALIL DAN JEPUN..

1) Melalui penggunaan jaringan system pengangkutan di Bandar Baru Bukit Jalil,

ia dapat memajukan lagi sector pelancongan. Ketersampaian yang tinggi

melalui jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong

domestic atau antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik

seperti Stadium Nasional Bukit Jalil. Manakala system jaringan paengagkutan

di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai bilangan pelancong. Pelancong

asing boleh melihat terowong bawah tanah yang terdapat di Terowong Osakako

Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan teknologi

pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen.

2) Selain itu, system pengangkutan di Bandar Baru Bukit Jalil dapat membantu

pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Di Tokyo,
Jepun juga mempunyai pengangkutannya yang canggih yang dapat

menghubungkan 7000 buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan

sistem lebuh raya dan perkhidmatan udara serta pengangkutan laut yang cekap.

# Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dengan penyediaan jaringan system

pengangkutan yang baik dapat menarik minat para pelancong untuk

pembanggunan Negara kita walaupun tidak secanggih Jepun.

DAPATAN KAJIAN..

Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati jenis-jenis pengangkutan di

Bandar Baru Bukit Jalil adalah lebuh raya, jalan raya dan juga LRT. Kesemua

sistem pengangkutan ini adalah penting bagi penduduk di Bandar Baru Bukit Jalil.

Jaringan jalan raya ini menghubungkan highway Kesas dengan Shah Alam.

Selain itu, bagi mereka yang ingin ke pusat Bandar Kuala Lumpur dengan menaiki

kereta api elektrik, mereka harus bertukar transit dengan menaiki komuter di

stesen Tasik Selatan untuk menghala ke pusat Bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU


BUKIT JALIL..

1) Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bukit Jalil, Kuala Lumpur adalah rata dan

luas yang sesuai untuk pembinaan jalan raya.

2 )Perkembangan ekonomi yang pesat seperti perdagangan dan perbankan di

Bandar Baru Bukit Jalil juga menyebabkan pembinaan jalan raya.

3) Manakala di Jepun faktor perkembangan ekonomi yang pesat juga


mempengaruhi system pengangkutan jalan raya yang pesat.

# Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang

membolehkan pembinaan system jalan raya.

# Kita sepatutnya mencontohi Negara Jepun kerana sebahagian besar

penduduknya suka menggunakan kenderaan awam. Walaubagaimanapun, saya

tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana system jalan raya setaraf

dengan Negara maju seperti Negara Jepun.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN..

DI BANDAR BUKIT JALIL DAN DI NEGARA JEPUN:

1- Mengurangkan penggunaan alat catylic converter pada ekzos kereta. Alat ini

berupaya menukarkan gas yang beracun.

2- Pengurusan trafik yang lebih cekapdengan menggalakkan penggunaan

pengangkutan awam bagi menggalakkan kesesakan lalu lintas seperti

penggunaan teksi dan bas.

# Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan

bertindak sewajarnya.

RUMUSAN..

# Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan
ini mempunyai banyak system pengangkutan yang amat berguna kepada

masyarakat setempat. Pengangkutan amat diperlukan bagi menjalankan kerja

seharian ataupun urusan yang perlu dilakukan di luar tempat.

# Daripada kajian yang saya jalankan di Bandar Baru Bukit Jalil dengan mengikut

usia dan dengan kerjasama 30 orang responden, saya dapati kebanyakan orang

dewasa memiliki pengangkutan persendirian untuk pergi bekerja di luar tempat

selain dari Bandar Baru Bukit Jalil. Masyarakat setempat lebih akrab

menggunakan penganagkutan persendirian berbanding pengangkutan awam,

bagaimanapun, pengangkutan awam masih digunakan dan kebanyakan

penggunaannyan adalah daripada kalangan remaja.


# Faktor yang mempengaruhi jaringan system pengangkutan yang terdapat di

kawasan Bandar Baru Bukit Jalil adalah seperti bentuk muka bumi yang rata dan

dasar pembangunan.

# Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling

membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat

bersama dan bersatu padu dalam satu Negara yang aman damai seterusnya dapat

menuju kea rah wawasan 2020. Ini adalah peringkat pertama bagi memajukan

Negara kita supaya setaraf dengan Negara maju lain yang terkenal dan selalu

disebut-sebut oleh semua orang seperti Negara yang dibandingkan iaitu Negara

Jepun. Walaubagaimanapun, saya tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia dan

dapat tinggal di atas bumi yang bertuah ini.

You might also like