You are on page 1of 48

117

BAB TIGA
KAEDAH KAJIAN

3.0 Pendahuluan
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk meninjau pandangan
pentadbir dan guru terhadap situasi konflik sebenar yang berlaku di peringkat
sekolah menengah.

Data dan maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk

menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan dengan situasi konflik, punca-punca


konflik, tahap konflik, resolusi konflik serta masalah-masalah pengurusan konflik
di sekolah menengah.
Bab ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian,
instrumen kajian, tatacara mentadbir soal-selidik untuk mendapatkan data, kajian
rintis serta kaedah menganalisis data kajian.

3.1 Reka Bentuk dan Prosidur Kajian


Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah
tinjauan, maka beberapa langkah penting telah dilakukan.

Pertama, pengkaji

membuat jangkaan masalah-masalah yang bakal wujud seperti masalah tindakbalas


daripada responden dan masalah mentadbir soal selidik. Ini diikuti dengan langkah
pemilihan teknik persampelan dan strategi pengumpulan data yang sesuai melalui
sasaran populasi untuk menentukan saiz sampel yang diperlukan. Langkah ketiga

118
ialah prosidur membina instrumen untuk mengumpul data. Instrumen kajian telah
diuji dan disemak sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar.

Langkah

berikutnya ialah merencana dengan teliti tentang prosidur dan penentuan tarikh
untuk mentadbir instrumen dan menganalisis data.

3.2 Lokasi dan Sampel Kajian


Sasaran kajian ini meliputi pentadbir dan guru sekolah menengah di
Semenanjung Malaysia. Memandangkan bilangannya adalah terlalu ramai, kajian
ini mengendalikan persampelan pada tiga peringkat iaitu peringkat antara zon
sekolah, peringkat dalam zon sekolah dan peringkat dalam sekolah. Semenanjung
Malaysia terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Barat
dan Zon Timur. Zon Utara terdiri daripada tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang. Zon Selatan terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Zon Barat terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Zon
Timur terdiri daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Pada peringkat persampelan antara zon sekolah, pengkaji menggunakan
kaedah persampelan strata-rawak untuk memilih sampel berkeberangkalian sekolah
menengah supaya terdapat wakil sekolah dari setiap zon. Ini merupakan ciri-ciri
strata dengan rawak. Berdasarkan kaedah persampelan strata pada Jadual 1, satu
negeri dari setiap kategori zon dipilih secara rawak bagi mewakili zon tersebut di
Semenanjung Malaysia. Empat buah negeri telah terpilih iaitu negeri Pulau Pinang
mewakili Zon Utara, negeri Melaka mewakili Zon Selatan, negeri Selangor
mewakili Zon Barat dan negeri Kelantan mewakili Zon Timur.

119

Jadual 1: Kaedah Persampelan Strata Secara Rawak Mengikut Zon


di Semenanjung Malaysia
Zon Utara
Kedah
Perlis
Pulau Pinang

Zon Selatan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor

Zon Barat
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan

Zon Timur
Kelantan
Terengganu
Pahang

Seterusnya pada peringkat persampelan dalam zon sekolah, pengkaji


mensampelkan sekolah di setiap buah negeri yang terpilih berdasarkan persampelan
strata berkadaran hampir sama.

Persampelan strata berkadaran hampir sama

dijalankan untuk menunjukkan keempat-empat negeri adalah sama penting dan


negeri yang mempunyai lebih banyak sekolah dapat menyumbang lebih banyak
sekolah dalam sampel sekolah. Kadaran sekolah yang terpilih dari setiap buah
negeri adalah antara 13% dan 16.6% seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
Berdasarkan Jadual 2, sampel sekolah dalam kajian ini melibatkan sebanyak
74 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu 17 buah sekolah di negeri
Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara, 11 buah sekolah menengah di Melaka yang
mewakili Zon Selatan, 17 buah sekolah menengah di Kelantan yang mewakili Zon
Timur dan 29 buah sekolah di Selangor yang mewakili Zon Barat.

Jadual 2: Pemilihan Sampel Sekolah Menengah untuk Empat Zon


Empat Zon
Zon Utara
Zon Selatan
Zon Timur
Zon Tengah
JUMLAH

Negeri yang
mewakili zon*
Pulau Pinang
Melaka
Kelantan
Selangor
4 buah negeri

Jumlah
Sekolah*
109
66
130
237
542

Jumlah sekolah dalam kajian


17
11
17
29
74

(15.5 %)
(16.6 %)
(13.1 %)
(13.0 %)
(13.7 %)

*Sumber:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran


Malaysia

120
Akhirnya, persampelan dalam sekolah dijalankan untuk memilih responden
kajian. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terbatas kepada guru
dan pentadbir sekolah.

Responden pentadbir sekolah kajian ini adalah terdiri

daripada pengetua dan penolong kanan untuk kesemua 74 buah sekolah yang
terpilih. Manakala untuk responden guru, persampelan rawak mudah dijalankan
pada peringkat dalam sekolah untuk memilih 30 orang guru. Sepatutnya sampel
kajian ini melibatkan 30 orang guru dan dua orang pentadbir dari setiap sekolah
dalam setiap negeri yang mewakili setiap zon. Walau bagaimanapun, tidak semua
sampel kajian memulangkan soal-selidik kepada pengkaji seperti ditunjukkan dalam
Jadual 3. Sebanyak 94.4% daripada 2200 orang sampel guru dan 93.2% daripada
148 orang sampel pentadbir yang memulangkan soal selidik kepada pengkaji.
Justeru itu, kajian ini melibatkan seramai 2076 orang guru dan 138 orang pentadbir
sekolah menengah. Jumlah sampel guru dalam kajian ini merangkumi 470 orang
guru di negeri Pulau Pinang, 318 orang guru di negeri Melaka, 495 orang guru di
negeri Kelantan dan 793 orang guru di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang
menyumbangkan sebanyak 22.7%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak
15.3%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor
menyumbangkan sebanyak 38.2% daripada jumlah keseluruhan guru dalam kajian
ini. Jumlah sampel pentadbir dalam kajian merangkumi 32 orang pentadbir di
negeri Pulau Pinang, 21 orang pentadbir di negeri Melaka, 32 orang pentadbir di
negeri Kelantan dan 53 orang pentadbir di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang
menyumbangkan sebanyak 23.2%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak
15.2%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor

121
menyumbangkan sebanyak 38.4% daripada jumlah keseluruhan pentadbir dalam
kajian ini.
Jadual 3: Jumlah Sampel Kajian
Jumlah Sampel Guru
Negeri

Jumlah Jumlah Jumlah Peratus


sekolah sampel sampel sampel
dalam
guru guru
guru
kajian
yang dalam dalam
sepatut kajian kajian
nya

Jumlah Sampel Pentadbir

Peratus
Jumlah Jumlah Peratus
Peratus
jumlah
sampel sampel sampel
jumlah
keseluruhan pentadbir pentadbir pentadbir keseluruhan
guru
yang
dalam
dalam
pentadbir
dalam
sepatutnya kajian
kajian
dalam
kajian
kajian

P.Pinang

17

500

470 94.0%

22.7%

34

32

94.1%

23.2%

Melaka

11

330

318 96.7%

15.3%

22

21

95.5%

15.2%

Kelantan

17

510

495 97.0%

23.8%

34

32

94.1%

23.2%

Selangor

29

860

793 92.2%

38.2%

58

53

91.4%

38.4%

Jumlah

74

2200 2076 94.4%

100%

148

138

93.2%

100%

Berdasarkan Jadual 4, dalam konteks lokasi sekolah, kajian ini melibatkan


sebanyak 33 buah sekolah di bandar dan 41 buah sekolah di luar bandar. Jumlah
sekolah-sekolah di bandar dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau
Pinang, 7 buah sekolah di negeri Melaka, 6 buah sekolah di negeri Kelantan dan 11
buah sekolah di negeri Selangor. Jumlah sekolah-sekolah di luar bandar dalam
kajian merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri
Melaka, 11 buah sekolah di negeri Kelantan dan 18 buah sekolah di negeri Selangor.
Manakala dalam konteks jenis sekolah, kajian ini melibatkan sebanyak 48
buah sekolah SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) dan 26 buah sekolah bukan
SMK (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama, Sekolah Sukan, Sekolah
Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Jumlah sekolah SMK
dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 7 buah sekolah di

122
negeri Melaka, 12 buah sekolah di negeri Kelantan dan 20 buah sekolah di negeri
Selangor.

Jumlah sekolah-sekolah menengah bukan SMK dalam kajian

merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri


Melaka, 5 buah sekolah di negeri Kelantan dan 9 buah sekolah di negeri Selangor.
Kesemua sekolah menengah SMK dan sekolah menengah bukan SMK adalah
terletak di bandar dan juga di luar bandar.
Jadual 4: Jumlah Keseluruhan Sampel Kajian
Konteks
Jawatan

Konteks Kategori

Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Sekolah


Sekolah Sampel Sampel
Menengah
Dalam
Guru Pentadbir Kebangsaan
Kajian

Negeri

P.Pinang
Melaka
Kelantan
Selangor
Jumlah

17
11
17
29
74

470
318
495
793
2076

32
21
32
53
138

Konteks Lokasi

Jumlah
Sekolah
Menengah Bukan
Kebangsaan

Jumlah
Sekolah Di
Bandar

Jumlah
Sekolah Di
Luar Bandar

(mengikut negeri)

(mengikut negeri)

(mengikutnegeri)

(mengikutnegeri)

9
7
12
20
48

8
4
5
9
26

9
7
6
11
33

8
4
11
18
41

3.3 Instrumen Kajian


Pembentukan item-item soal-selidik kajian adalah berdasarkan kepada hasil
bacaan buku rujukan, kajian-kajian tinjauan dan pengalaman-pengalaman guru dan
pentadbir di sekolah menengah. Permurnian instrumen soal-selidik telah melalui
proses penyemakan dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis
untuk menghasilkan instrumen kajian bagi tujuan untuk mengumpul data.
Walaupun instrumen soal-selidik berstruktur yang sama digunakan untuk
mngkaji pandangan pentadbir dan guru di peringkat sekolah menengah, namun
terdapat satu bahagian soal selidik yang berbentuk separa berstuktur khas untuk

123
para pentadbir iaitu Bahagian G.

Bahagian G dalam instrumen soal-selidik

bertujuan untuk mengkaji masalah dan pendekatan pengurusan konflik di sekolah.


Berdasarkan Rajah 5, terdapat tujuh bahagian dalam instrumen soal selidik.
Sasaran responden kajian untuk Bahagian A (latarbelakang responden); Bahagian B
(pandangan tentang konflik di sekolah); Bahagian C (faktor-faktor kewujudan
konflik); Bahagian D (tahap-tahap konflik); Bahagian E (gaya mengurus konflik)
dan Bahagian F (kesan-kesan konflik) adalah untuk pentadbir sekolah dan guru.
Manakala Bahagian G adalah khas untuk pentadbir sekolah sahaja iaitu berkaitan
dengan campurtangan pengetua dalam pengurusan konflik di sekolah.
Rajah 5 : Instrumen Soal Selidik untuk Pentadbir Sekolah dan Guru
BAHAGIAN KANDUNGAN INSTRUMEN
Bahagian A
Latar belakang responden dan sekolah
Bahagian B
Pandangan tentang konflik di.sekolah
Bahagian C
Faktor-faktor kewujudan konflik
Bahagian D
Tahap-tahap konflik
Bahagian E
Gaya mengurus konflik
Bahagian F
Kesan konflik
Bahagian G
Pendekatan untuk mengurus konflik

SASARAN RESPONDEN
Pentadbir dan guru
Pentadbir dan guru
Pentadbir dan guru
Pentadbir dan guru
Pentadbir dan guru
Pentadbir dan guru
Pentadbir

Instrumen kajian ini menggunakan skala ordinal yang dianggap selanjar.


Mengikut Baker (1999) dan Fraenkel (1996), skala ordinal kerap dianggap sebagai
variabel selanjar dalam pengukuran statistik dan dilihat sebagai skala interval.

3.3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden dan Sekolah


Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang
responden. Semua soalan yang terdapat dalam bahagian ini hanya memerlukan
responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Bahagian A terdiri daripada tiga
sub-bahagian.

Bahagian pertama adalah mengenai latar belakang responden.

124
Bahagian ini mengandungi sembilan item yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat latar belakang responden yang meliputi jantina, bangsa, umur, kelulusan,
kelulusan ikhtisas, pengalaman bertugas di sekolah kajian, jawatan yang dipegang
di sekolah, opsyen mata pelajaran dan status perkahwinan. Bahagian kedua adalah
mengenai latar belakang sekolah yang merangkumi nama dan alamat sekolah, gred
sekolah dan jenis sekolah. Bahagian ketiga adalah mengenai penglibatan guru yang
mengandungi empat soalan yang terdiri daripada senarai tugas guru, jumlah
matapelajaran yang diajar oleh guru, jumlah kelas ganti dan jumlah jawatan kokurikulum.

3.3.2

Bahagian B : Pandangan dan Gambaran tentang Konflik di Sekolah


Bahagian ini adalah mengenai pandangan dan gambaran responden tentang

konflik. Ia mengandungi lima soalan yang merupakan soalan pilihan. Kesemua


item soalan dalam bahagian ini direkabina sendiri oleh pengkaji.
Seterusnya bagi melihat persepsi pentadbir sekolah dan guru mengenai
faktor-faktor kewujudan konflik, tahap konflik, gaya konflik dan kesan konflik,
responden diminta menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala
likert.

3.3.3 Bahagian C: Faktor-faktor Kewujudan Konflik


Instrumen untuk faktor-faktor kewujudan konflik yang digunakan dalam
kajian ini telah direkabina sendiri oleh pengkaji memandangkan tajuk pengurusan
konflik dalam bidang pendidikan merupakan bidang penyelidikan yang agak baru di
negara ini dan belum diterokai secara meluas.

Bahagian ini bertujuan untuk

125
meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah tentang punca-punca yang
mendorong kepada kewujudan konflik berdasarkan pengalaman dan situasi konflik
yang sebenar di sekolah masing-masing. Mengikut model kajian ini, terdapat empat
jenis faktor utama yang mendorong kepada kewujudan konflik iaitu faktor
komunikasi, faktor struktural, faktor kebergantungan tugas dan faktor peribadi.
Kesemua faktor kewujudan konflik terkandung dalam 59 item yang telah ditentukan
kesahihan dan kebolehpercayaan daripada kajian rintis.
Pada asalnya, keempat-empat faktor kewujudan konflik dalam bahagian ini
mengandungi 82 item dengan koefisien alpha sebanyak 0.78.

Pengkaji telah

mengeluarkan 23 item dari instrumen soal selidik setelah menjalani ujian korelasi
antara item melalui empat peringkat kajian rintis. Item-item dalam instrumen soal
selidik yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami, kurang jelas dan menunjukkan
nilai korelasi yang rendah dikeluarkan atau digugurkan dari instrumen soal selidik.
Pengkaji memastikan pengguguran item tidak menjejaskan konstruk validiti
instrumen kajian.

Setelah pengguguran item dijalankan, item-item instrumen

didapati bersepadu atau cohere dan lebih kukuh dengan nilai kebolehpercayaan
yang lebih tinggi. Kesan daripada pengguguran 23 item dari bahagian ini, bahagian
faktor-faktor kewujudan konflik mengandungi 59 item dengan nilai koefisien alpha
sebanyak 0.89 (Jadual D1 dan D2 di bahagian lampiran).
Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masingmasing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

5.

Sangat selalu berlaku

4.

Selalu berlaku

126
3.

Sekali-sekala berlaku

2.

Kadang-kadang berlaku

1.

Tidak pernah berlaku

3.3.3.1 Faktor Komunikasi


Bahagian faktor komunikasi mengandungi empat konstruk iaitu kesukaran
semantik,

ketidaksefahaman,

gangguan

dalam

saluran

komunikasi

dan

kepelbagaian maklumat tersembunyi. Keempat-empat konstruk itu terdiri daripada


16 item. Kesemua item tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.
Jadual 5 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor
komunikasi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian
korelasi antara item.

Berdasarkan Jadual 5, konstruk kesukaran semantik

mempunyai 4 item iaitu item nombor F1, F9, F20 dan F29 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

Konstruk ketidaksefahaman

mempunyai 4 item iaitu item nombor F4, F11, F23 dan F49 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

Konstruk gangguan dalam

saluran komunikasi mengandungi 4 item iaitu item F31, F38, F52 dan F56 dengan
nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70.

Konstruk kepelbagaian

matlumat yang tersembunyi mengandungi 4 item iaitu item F6, F14, F25 dan F55
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.
Jadual 5: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Komunikasi
Item
Kesukaran Semantik
Ketidaksefahaman
Gangguan dalam Saluran Komunikasi
Kepelbagaian matlumat tersembunyi

No. Item
F1, F9, F20, F29
F4, F11, F23, F49
F31, F38, F52, F56
F6, F14, F25, F55

Nilai Alpha
0.71
0.71
0.70
0.71

127
3.3.3.2 Faktor Struktural
Bahagian faktor struktural terdiri daripada empat konstruk iaitu sistem
ganjaran, sumber yang terhad, bidang kuasa dan desakan kepada perubahan.
Kesemua konstruk faktor struktural terdiri daripada 16 item.

Kesemua item

tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.


Jadual 6 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor
struktural yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian
korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 6, konstruk sistem ganjaran mengandungi
4 item iaitu item nombor F3, F8, F16 dan F24 dengan nilai kebolehpercayaan
koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk sumber yang terhad mengandungi 4 item
iaitu item nombor F10, F19, F47 dan F48 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien
alpha sebanyak 0.72.

Konstruk bidang kuasa mengandungi 4 item iaitu item

nombor F7, F32, F37 dan F43 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha
sebanyak 0.73. Konstruk desakan kepada perubahan mengandungi 4 item iaitu
item nombor F13, F22, F28 dan F34 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha
sebanyak 0.71.

Jadual 6: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Struktural


Item
Sistem Ganjaran
Sumber Yang Terhad
Bidang Kuasa
Desakan Kepada Perubahan

No. Item
F3, F8, F16, F24
F10, F19, F45, F46
F7, F32, F37, F43
F13, F22, F28, F34

Nilai Alpha
0.70
0.72
0.73
0.71

3.3.3.3 Faktor Peribadi


Bahagian faktor peribadi mengandungi tiga konstruk iaitu ketidakserasian
nilai, ketidakserasian tingkahlaku dan ketidakserasian emosi. Kesemua konstruk

128
faktor peribadi ini terdiri daripada 12 item. Item-item faktor peribadi ini direkabina
sendiri oleh pengkaji.
Jadual 7 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor
peribadi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian
korelasi antara item.

Berdasarkan Jadual 7, konstruk ketidakserasian nilai

mempunyai 4 item iaitu item nombor

F33, F40, F54 dan F59 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk ketidakserasian emosi


mengandungi 4 item iaitu item nombor F17, F27, F35 dan F58 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

Konstruk ketidakserasian

tingkahlaku mengandungi 4 item iaitu item nombor F15, F44, F47 dan F57 dengan
nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72.
Jadual 7: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Peribadi
Item
Nilai
Emosi
Tingkahlaku

No. Item
F33, F40, F54, F59
F17, F27, F35, F58
F15, F44, F47, F57

Nilai Alpha
0.70
0.71
0.72

3.3.3.4 Faktor Kebergantungan Tugas


Bahagian faktor kebergantungan tugas mengandungi tiga konstruk iaitu
pembuatan keputusan, perbezaan persepsi dan perbezaan matlamat.

Kesemua

konstruk faktor kebergantungan tugas dalam kajian ini terdiri daripada 15 item.
Item-item faktor kebergantungan tugas direkabina sendiri oleh pengkaji.
Jadual 8 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor
kebergantungan tugas yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah
menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 8, konstruk pembuatan
keputusan mengandungi 5 item iaitu item nombor F2, F18, F21, F26 dan F30

129
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan
persepsi mengandungi 5 item iaitu item nombor F39, F42, F48, F51 dan F53
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan
matlamat mengandungi 5 item iaitu item nombor F5, F12, F36, F41 dan F50
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.75.
Jadual 8: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor
Kebergantungan Tugas
Item
Pembuatan keputusan
Perbezaan persepsi
Perbezaan matlamat

No. Item
F2, F18, F21, F26, F30
F39, F42, F48, F51, F53

F5, F12, F36, F41, F50

Nilai Alpha
0.76
0.76
0.75

3.3.4 Bahagian D: Tahap Konflik


Bahagian ini mengandungi 16 item yang mengambarkan empat jenis tahap
konflik iaitu tahap konflik terpendam, tahap konflik yang dinampak, tahap konflik
dirasai dan tahap konflik terbuka.

Kesemua item tersebut dibina sendiri oleh

pengkaji dengan berpandu kepada model Pondy. Nilai kebolehpercayaan koefisien


alpha untuk bahagian tahap konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item
adalah sebanyak 0.73.
Jadual 9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat jenis tahap
konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item.

Berdasarkan Jadual 9,

konstruk tahap konflik terpendam mengandungi empat item iaitu item nombor T1T4 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Tahap konflik
yang dinampak mengandungi empat item iaitu item nombor T5 - T8 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.73.

Tahap konflik dirasai

130
mengandungi empat item iaitu item nombor T9 - T12 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Tahap konflik secara terbuka
mengandungi empat item iaitu item nombor T13 - T16 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.
Jadual 9: Situasi Tahap-tahap Konflik (berdasarkan model Pondy)
Tahap konflik
Konflik Terpendam
Konflik Dinampak
Konflik Dirasai
Konflik Terbuka

No. Item
Item T1 - T4
Item T5 - T8
Item T9 - T12
Item T13 - T16

Nilai Alpha
0.71
0.73
0.72
0.71

Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masingmasing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

3.3.5

5.

Sangat selalu berlaku

4.

Selalu berlaku

3.

Sekali-sekala berlaku

2.

Kadang-kadang berlaku

1.

Tidak pernah berlaku

Bahagian E : Gaya Pengurusan Konflik


Bahagian E adalah mengenai gaya pengurusan konflik sekolah. Bahagian

ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir dan guru terhadap gaya
pengurusan konflik yang digunakan di peringkat sekolah menengah. Bahagian ini
merangkumi lima jenis gaya pengurusan konflik iaitu gaya integratif, gaya
mengelak, gaya menguasai, gaya menyesuai dan gaya berkompromi yang terdiri
daripada 28 item. Instrumen untuk gaya pengurusan konflik yang digunakan bagi
kajian ini telah dipinjam, diterjemah dan diadaptasi daripada soal selidik Rahim

131
Organizational Conflict Inventory II (Rahim, 1983) mengikut kesesuaian soalansoalan kajian. Pengkaji telah memperolehi kebenaran untuk meminjam instrumen
daripada Profesor M. Azalur Rahim dari Youngstown State University, Amerika
Syarikat.
Soal-selidik ROC II telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Melayu oleh dua orang guru bahasa dari sekolah menengah. Kemudian soal-selidik
ROC II yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu diterjemahkan balik
semula ke dalam Bahasa Inggeris oleh seorang pensyarah bahasa dari UITM.
Pengkaji membandingkan setiap item soal-selidik yang telah diterjemah dengan
soal selidik ROC II secara teliti dan terperinci. Kemudian pengkaji bersama-sama
dengan penyelia pengkaji mengubahsuai soal-selidik yang telah diterjemahkan
mengikut kesesuiaan konteks sekolah di negara ini . Penterjemahan dan adaptasi
soal-selidik gaya pengurusan konflik disemak oleh tiga orang ahli pakar dalam
bidang pengurusan iaitu dua orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan
seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji menjalankan
kajian rintis untuk mengkaji kebolehpercayaan soal-selidik ROC II.

Ujian

Cronbach Alpha untuk keseluruhan gaya pengurusan konflik menunjukkan nilai


alpha sebanyak 0.72. Nilai kebolehpercayaan konsistensi dalaman juga adalah
stabil dan memuaskan bagi lima sub skala ROC II iaitu nilai koefisien alpha antara
0.70 hingga 0.78 (Integratif sebanyak 0.78, Mengelak sebanyak 0.75, Menguasai
sebanyak 0.71, Menyesuai sebanyak 0.77 dan Berkompromi sebanyak 0.70).
Tujuan pengkaji memilih instrumen Rahim Organizational Conflict (ROC)
Inventory II adalah kerana beberapa sebab yang kukuh. Secara amnya, terdapat

132
empat jenis instrumen yang wujud untuk mengukur mod pengurusan konflik.
Instrumen-instrumen tersebut terdiri daripada instrumen oleh Blake dan Moulton
(1964), Hall (1969), Lawrence dan Lorsch (1967) dan Thomas dan Kilmann (1974).
Hasil kajian oleh Thomas dan Kilmann (1978, hlm.1142) menyimpulkan bahawa
nilai koefisien kebolehpercayaan test-retest secara keseluruhan untuk empat
instrumen tersebut jatuh pada tahap rendah hingga sederhana iaitu instrumen
Blake dan Moulton (1964) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.14
- 0.57, instrumen Hall (1969) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari
0.41 - 0.66, instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) menunjukkan nilai koefisien
kebolehpercayaan dari 0.33 - 0.66 dan instrumen Thomas dan Kilmann (1974)
menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.61 - 0.68. Malahan, kajian
oleh Thomas dan Kilmann juga melaporkan bahawa nilai Cronbach alpha untuk
instrumen Hall (1969) adalah dari 0.39 - 0.73, nilai Cronbach alpha untuk
instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) adalah dari 0.37 - 0.59 dan nilai Cronbach
alpha untuk instrumen Thomas dan Kilmann (1974) adalah dari 0.43 - 0.71. Nilai
alpha untuk instrumen Blake dan Moulton (1964) tidak dapat ditabulasikan
memandangkan instrumen tersebut mengandungi hanya satu item untuk mengukur
setiap mod pengurusan konflik.

Selain itu, pengkaji memilih ROC II kerana

terdapat kajian-kajian yang menyokong kesahihan kriteria yang terdapat pada


instrumen tersebut (Rahim & Magner, 1995) seperti Keenan (1984), Lee (1990),
Levy (1989), Neff (1986), Persico (1986), Pilkington, Richardson & Utley (1988),
Ting-Toomey et al. (1991) dan Wardlaw, (1988).
Menurut Rahim, (1983):

133
Although factor analysis probably is the most powerful method of
construct validiation, the four instruments did not provide evidence
for the factorial independence of the five scales of conflict modes.

Justeru itu, ROC II dikembangkan untuk mengukur lima gaya mengurus


konflik interpersonal. Berdasarkan kajian Rahim (1983), faktor analisis data dari
sampel 184,351 orang pelajar, 133 orang guru, 380 orang pengetua, 185 orang
pengurus hospital, 1219 orang eksekutif dan 38 orang pengurus mencerminkan
penggunaan lima dimensi utama gaya konflik. Ujian test-retest dan internal
consistency reliability coefficients bagi lima skala adalah memuaskan dengan nilai
koefisien alpha sebanyak 0.72 - 0.77. Tambahan lagi, mengikut Rahim (1983),
ROC II sesuai digunakan untuk asas-asas kajian, bidang penyelidikan pendidikan
dan juga mendiagnosiskan gaya pengurusan konflik interpersonal antara ahli-ahli
organisasi.

Pengkaji tetap menjalankan kajian rintis untuk bahagian gaya

pengurusan konflik bagi menentukan nilai kebolehpercayaan walaupun telah


dipinjam daripada soal selidik ROC II yang telah diuji kebolehpercayaannya oleh
Rahim (1983).

Ini adalah kerana terdapat perbezaan dalam konteks nilai dan

budaya antara negara barat dengan negara ini.

Nilai kebolehpercayaan untuk

bahagian gaya pengurusan konflik menunjukkan koefisien alpha sebanyak 0.72


setelah kajian rintis dijalankan.
Jadual 10 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk lima gaya pengurusan
konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item.

Berdasarkan Jadual 10,

konstruk gaya integratif mengandungi tujuh item iaitu item nombor G1, G4, G5,
G12, G22, G23 dan G28 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak
0.78. Konstruk gaya mengelak mengandungi enam item iaitu item nombor G3, G6,

134
G16, G17, G26 dan G27 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak
0.75. Konstruk gaya menguasai mengandungi lima item iaitu item nombor G8, G9,
G18, G21 dan G25 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.
Konstruk gaya menyesuai mengandungi enam item iaitu item nombor G2, G10,
G11, G13, G19 dan G24 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak
0.77. Konstruk gaya berkompromi mengandungi empat item iaitu item nombor G7,
G14, G15 dan G20 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70.
Jadual 10: Taburan Item Mengikut Gaya Pengurusan Konflik
Gaya Pengurusan
Konflik
Gaya Integratif
Gaya Mengelak
Gaya Menguasai
Gaya Menyesuai
Gaya Berkompromi

Item-item
G1, G4, G5, G12, G22, G23 dan G28
G3, G6, G16, G17, G26 dan G27
G8, G9, G18, G21 dan G25
G2, G10, G11, G13, G19 dan G24
G7, G14, G15 dan G20

Bil.
Item
7
6
5
6
4

Nilai
Alpha
0.78
0.75
0.71
0.77
0.70

Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masingmasing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:
5.

Sangat Setuju

4.

Setuju

3.

Kurang Setuju

2.

Tidak Setuju

1.

Sangat Tidak Setuju

3.3.6 Bahagian F : Kesan Konflik


Bahagian ini mengandungi 13 item yang menggambarkan kesan konflik
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.80.

Kesemua item

tersebut direkabina sendiri oleh pengkaji. Bahagian ini memerlukan responden

135
kajian menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala likert seperti
yang berikut:
5.

Sangat Setuju

4.

Setuju

3.

Kurang Setuju

2.

Tidak Setuju

1.

Sangat Tidak Setuju

3.3.7 Bahagian G: Pendekatan Mengurus Konflik


Bahagian ini merupakan soalan separa berstruktur khas untuk pentadbir
sekolah sahaja.

Bahagian ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir

sekolah tentang pendekatan yang diamalkan semasa mengurus konflik. Terdapat


14 soalan dalam bahagian ini.
direkabina sendiri oleh pengkaji.

Kesemua soalan dalam bahagian ini adalah


Soalan nombor 1 hingga nombor 5 adalah

berdasarkan kepada 12 pendekatan pengurusan konflik yang telah disenaraikan


oleh pengkaji dalam instrumen soal -selidik. Soalan pertama adalah berbentuk
skala likert dan item-item soal selidik adalah terdiri daripada 12 jenis pendekatan
mengurus konflik. Terdapat dua jenis skala likert iaitu skala tentang penggunaan
pendekatan pengurusan konflik dan skala tentang peratus kejayaan pengurusan
konflik.
Bahagian pendekatan pengurusan konflik mengandungi 12 item dengan
nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.88.

Manakala bahagian

kejayaan pendekatan pengurusan konflik juga mengandungi 12 item dengan nilai


kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.87.

Untuk skala penggunaan

136
pendekatan pengurusan konflik, responden diminta membulatkan jawapan tentang
pendekatan pengurusan konflik yang biasa diamalkan di sekolah seperti berikut:
5.

Selalu digunakan

4.

Kerap digunakan

3.

Sentiasa digunakan

2.

Jarang digunakan

1.

Tidak pernah digunakan

Manakala untuk skala tentang peratus kejayaan pengurusan konflik, responden


diminta membulatkan jawapan berdasarkan skala likert seperti di bawah:
5.

pada sekitar 81 - 100 %

4.

pada sekitar 61 - 80 %

3.

pada sekitar 41 - 60 %

2.

pada sekitar 21 - 40 %

1.

pada tahap kurang dari 20%

Soalan nombor 7, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 berbentuk soalan pilihan yang
memerlukan responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Manakala untuk
soalan nombor 2, 3, 4, 5, 6 dan 9 adalah berbentuk soalan mengisi tempat kosong
berdasarkan pengalaman responden di sekolah.

3.4 Kajian Rintis


Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap instrumen soal-selidik dengan
tujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen soal
selidik.

Kebolehpercayaan merupakan satu tanda ukur yang menunjukkan

konsistensi di antara dua pengukuran terhadap perkara yang sama untuk

137
membuktikan kewujudan varians daripada sampel yang diukur (Fraenkel, 1996 dan
Black, 1999). Kebolehpercayaan bermaksud skor dari sesuatu instrumen adalah
stabil dan konsisten setelah instrumen yang sama ditadbir berulangkali pada masa
yang berlainan (Baker, 1999, Creswell, 2005 dan Gay, 1996). Kebolehpercayaan
yang tinggi menunjukkan kesilapan varians yang minima dalam pengukuran
manakala kebolehpercayaan yang rendah boleh menghasilkan kesilapan yang besar
dalam pengukuran kerana ujian statistik tidak dapat mengesan perbezaan yang
sebenar apabila wujud perbezaan.

Semakin tinggi tahap kebolehpercayaan,

semakin tinggi tahap keyakinan terhadap instrumen yang akan diuji.

Nilai

koefisien kebolehpercayaan dikira untuk menentukan kualiti keseluruhan ujian


terhadap instrumen.

Terdapat beberapa jenis koefisien kebolehpercayaan yang

dapat menghasilkan semakan kepada kualiti instrumen. Pengkaji menggunakan


koefisien alpha untuk menentukan kekonsistenan dalaman (internal consistency)
terhadap kebolehpercayaan instumen kajian.
Menurut Black, (1999: 272-273):
... it is not possible to have a valid instrument that is not
reliable: if it does not produce consistent result (it is unreliable)
then those result cannot be measuring what they are supposed to
measure (it is not valid)
Sesuatu instrumen yang boleh dipercayai tetapi tidak sahih memang tidak
berguna kepada pengkaji kerana kajian tersebut hanya mengukur kebolehpercayaan
instrumen dan bukan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Oleh yang
demikian, kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen kajian adalah sangat
penting dan saling lengkap-melengkapi demi untuk menghasilkan data-data yang
diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian.

138
Pengkaji

telah

menjalankan

empat

peringkat

kajian

rintis

untuk

membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.


Kesemua peringkat kajian rintis yang dijalankan tidak melibatkan sampel kajian
yang sebenar. Ujian Cronbachs coefficient alpha digunakan untuk menganalisis
data kajian rintis bagi menganggarkan kebolehpercayaan bagi setiap komponen
soalan dalam soal-selidik. Pengkaji juga menggunakan ujian korelasi antara item
untuk menentukan kebolehpercayaan setiap konstruk dalam soal selidik. Item-item
yang mempunyai nilai koefisien alpha yang rendah dikeluarkan daripada instrumen.
Had rendah nilai koefisien alpha untuk korelasi antara item dalam kajian ini adalah
0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi antara item di bahagian lampiran).
Soalan-soalan pada instrumen yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami
dan

salah

diintepretasi

oleh

responden

akan

membawa

kesan

kepada

kebolehpercayaan yang rendah. Oleh yang demikian, semasa menganalisis kajian


rintis, pengkaji mengeluarkan item-item soalan yang tidak berkaitan, sukar untuk
difahami, kabur dan kurang stabil daripada instrumen soal selidik supaya dapat
meningkatkan kebolehpercayaan pada instrumen soal selidik.

3.4.1 Kajian Rintis Peringkat Pertama


Kajian rintis peringkat pertama dijalankan pada bulan Februari hingga Mac
tahun 2005 di salah sebuah sekolah di daerah Kluang di negeri Johor. Kajian ini
melibatkan tujuh belas orang guru iaitu enam orang guru pakar bahasa dan sebelas
orang guru biasa untuk menentukan kesahihan kajian. Tujuan kajian rintis pada
peringkat pertama adalah untuk mengenalpasti tempoh masa yang diambil oleh

139
responden kajian untuk melengkapkan borang soal-selidik dan memastikan sama
ada kandungan dalam soal-selidik ini dapat difahami.

Kajian rintis peringkat

permulaan juga bertujuan untuk memastikan item-item dalam soal-selidik tidak


mengandungi perkara-perkara yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana
pihak yang terlibat.

Selain itu, kajian rintis peringkat ini juga bertujuan

mengenalpasti masalah dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen.
Responden kajian diminta untuk menyatakan sebarang kerumitan atau keraguan
dari soal selidik yang dijawab untuk memastikan kesahihan soal selidik yang
ditadbirkan. Masa yang diambil oleh responden kajian adalah dalam lingkungan
28-35 minit. Ini bermakna instrumen tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang
ditetapkan. Seterusnya, pengkaji duduk bersama-sama dengan guru-guru pakar
bahasa tersebut untuk mengenalpasti masalah yang terdapat pada item instrumen
dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen.

Kesan daripada

pentadbiran instrumen dalam tahap kajian rintis pertama, beberapa item yang
bertindih dan yang mempunyai maksud konsep yang tidak jelas dikeluarkan
daripada instrumen. Selain daripada itu, pengkaji juga memperbaiki bahasa dan
semantik dari segi kesalahan ejaan, tipografi dan struktur ayat dalam instrumen
kajian. Setelah kajian rintis pertama telah dijalankan, pengkaji menyemak semula
instrumen kajian dengan penyelia pengkaji untuk memurnikan instrumen tersebut.

3.4.2 Kajian Rintis Peringkat Kedua


Setelah penyemakan setiap item instrumen dilaksanakan, peringkat kedua
kajian rintis dijalankan pada bulan April hinggan Jun tahun 2005 yang melibatkan

140
30 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor. Tujuan kajian
rintis pada peringkat kedua adalah untuk memastikan item-item dalam soal-selidik
ini dapat difahami oleh guru sekolah serta tidak mengandungi perkara-perkara yang
boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat. Tujuannya juga
untuk menentukan kebolehpercayaan terhadap item-item soal selidik melalu
analisisi korelasi antara item. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis ini ialah
untuk memurnikan lagi soalan kajian dalam penyelidikan ini. Responden dalam
kajian rintis digalakkan untuk memberi teguran dan membuat komen serta
cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas
daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Kemudian tabulasi data dan
prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.
Berdasarkan Jadual 11a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha
digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap
kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,
nilai koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor
konflik adalah sebanyak 0.79, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah
sebanyak 0.92, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.84 dan
Bahagian F tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.90.

Untuk

mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan


data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang
terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 11b.
Tujuan pengkaji menjalankan ujian korelasi antara item ialah untuk melihat
hubung-kait antara item-item dalam setiap konstruk. Tujuan lain ialah memastikan

141
tidak terdapat percanggahan nilai-nilai korelasi antara item dalam soal-selidik
kajian.
Jadual 11a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Kedua
Bahagian
Instrumen
Soal-selidik

Komponen

Bahagian C
Bahagian D
Bahagian E
Bahagian F

Faktor Konflik
Tahap Konflik
Gaya Konflik
Kesan Konflik

Bil. Penggugura Sampel


Item
n item

82
17
28
14

21
1
1

30
30
30
30

Alpha
Alpha
Sebelum
Selepas
Pengguguran Penggugura
item
n item
0.79
0.82
0.92
0.94
0.84
0.84
0.90
0.94

Jadual 11b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Kedua
Bahagian
Instrumen
Soalselidik
Bahagian C

Domain

Komunikasi

Kebergantungan
tugas
Struktur
Organisasi

Peribadi

Bahagian D

Bahagian E

Bahagian F

Tahap Konflik

Gaya Pengurusan
Konflik

Kesan konflik

Item

Bil. Penggu- Sampel Alpha Alpha


Item guran
Sebelum Selepas
item
Penggu- Pengguguran guran
item
item

Kesukaran Semantik
Ketidak Sefahaman
Gangguan Komunikasi
Maklumat Tersembunyi
Membuat Keputusan

6
5
4
4
7

2
1
2

30
30
30
30
30

0.58
0.74
0.79

0.90
0.93
0.85
0.89
0.96

Perbezaan Persepsi
Perbezaan Matlamat

8
11

3
6

30
30

0.74
0.72

0.89
0.90

Sistem Ganjaran

30

0.81

0.86

Sumber Terhad

30

0.79

0.91

Bidang Kuasa

30

0.94

Desakan Perubahan

30

0.83

0.86

Nilai

30

Emosi

30

0.68

0.96

Tingkahlaku

30

0.67

0.86

Konflik terpendam

30

0.84

Konflik dinampak

30

0.81

Konflik dirasai

30

0.83

Konflik terbuka

30

0.80

0.82

Gaya integratif

30

0.89

0.87

Gaya mengelak

30

0.92

Gaya menguasai

30

0.90

Gaya menyesuai

30

0.92

Gaya berkompromi

30

0.88

14

30

0.94

0.94

142
Berdasarkan Jadual 11b, kesan daripada pengguguran beberapa item yang
mempunyai nilai korelasi yang terendah telah meningkatkan nilai alpha untuk
konstruk dan komponen dalam soal-selidik. Pengkaji telah menggugurkan 21 item
yang mempunyai nilai alpha yang rendah dari Bahagian C tentang faktor konflik
semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran 21
item, nilai koefisien alpha telah meningkat dari 0.79 kepada 0.82. Manakala bagi
Bahagian D tentang tahap konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item yang
menunjukkan koefisien alpha yang terendah dari instrumen soal selidik semasa
menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut
telah meningkatkan koefisien alpha dari 0.92 kepada 0.94.
Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian E tentang gaya
mengurus konflik kerana bahagian tersebut dipinjam daripada instrumen ROC II.
Setelah kajian rintis dijalankan, bahagian gaya mengurus konflik menunjukkan
tahap kebolehpercayaaan yang tinggi iaitu nilai alpha sebanyak 0.84. Manakala
bagi Bahagian F tentang kesan konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item
yang mempunyai alpha yang rendah dari instrumen semasa menjalankan ujian
korelasi antara item.

Kesan daripada pengguguran item tersebut telah

meningkatkan koefisien alpha dari 0.90 kepada 0.95.

3.4.3 Kajian Rintis Peringkat Ketiga


Peringkat ketiga kajian rintis dijalankan pada bulan Ogos hingga September
tahun 2005 di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor.
Sasaran kajian rintis peringkat ketiga adalah hanya bertumpu kepada pentadbir

143
sekolah sahaja.

Kajian rintis ini melibatkan 16 orang pentadbir sekolah yang

merangkumi pengetua-pengetua, guru-guru penolong kanan, penyelia petang dan


guru-guru bidang.

Tujuan kajian rintis pada peringkat ketiga adalah untuk

memastikan pentadbir sekolah memahami item-item dalam Bahagian G yang


berbentuk separa berstruktur. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis peringkat
ketiga adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan bagi Bahagian G
(Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kejayaan Pengurusan Konflik) dan juga
Bahagian C, D, E dan F yang telah melalui pindaan semasa kajian rintis peringkat
pertama dan kedua. Pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat komen dan
cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas
daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi, tabulasi data
dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.
Berdasarkan Jadual 12a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha
digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap
kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,
koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor konflik
adalah sebanyak 0.77, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak
0.84, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.82 dan Bahagian F
tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.93.

144
Jadual 12a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Ketiga
Bahagian
Soal-selidik
Bahagian C
Bahagian D
Bahagian E
Bahagian F

Komponen
Faktor Konflik
Tahap Konflik
Gaya Konflik
Kesan Konflik

Bil.
Item
61
16
28
13

Item
Digugurkan
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada

Sampel

Nilai
Alpha
0.77
0.84
0.82
0.93

16
16
16
16

Jadual 12b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Ketiga
Bahagian
Instrumen Soalselidik
Bahagian C

Domain

Komunikasi

Kebergantun-gan
tugas
Struktur
Organisasi

Peribadi

Bahagian D

Bahagian E

Tahap Konflik

Gaya
Pengurusan
Konflik

Item

Bil.
Item

Sampel

Alpha

Kesukaran Semantik
Ketidak Sefahaman
Gangguan Komunikasi
Maklumat Tersembunyi
Membuat Keputusan
Perbezaan Persepsi
Perbezaan Matlamat

4
4
4
4
5
5
5

16
16
16
16
16
16
16

0.76
0.87
0.83
0.76
0.94
0.91
0.89

Sistem Ganjaran

16

0.87

Sumber Terhad

16

0.96

Bidang Kuasa

16

0.86

Desakan Perubahan

16

0.93

Nilai

16

0.88

Emosi

16

0.94

Tingkahlaku

16

0.83

Konflik terpendam

16

0.81

Konflik dinampak

16

0.75

Konflik dirasai

16

0.85

Konflik terbuka

16

0.83

Gaya integratif

16

0.89

Gaya mengelak

16

0.89

Gaya menguasai

16

0.93

Gaya menyesuai

16

0.93

Gaya berkompromi

16

0.89

Bahagian F

Kesan konflik

13

16

0.93

Bahagian G

Pendekatan Pengurusan Konflik


Pengguguran 6 item
Kejayaan Pengurusan Konflik
Pengguguran 6 item

16
10
16
10

16
16
16
16

0.82
0.94
0.89
0.94

145
Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji
mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua
konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam
Jadual 12b. Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari soal-selidik untuk
bahagian C, D, E, dan F dalam peringkat kajian rintis yang ketiga setelah
menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk kerana nilai korelasi
untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35. Walau bagaimanapun, berdasarkan
Jadual 12b, pengkaji menggugurkan enam item untuk komponen pendekatan
pengurusan konflik dan enam item untuk komponen kejayaan pengurusan konflik
di bahagian G kerana item-item tersebut menunjukkan nilai korelasi yang negatif.
Kesan daripada pengguguran item-item untuk Bahagian G, nilai koefisien alpha
telah meningkat dari 0.82 kepada 0.94 untuk komponen pendekatan pengurusan
konflik dan 0.89 kepada 0.94 untuk komponen kejayaan pengurusan konflik

3.4.4 Penyemakan dan Pengesahan Instrumen Melalui Ahli Pakar


Sebagai memenuhi prosidur menentusahkan instrumen, pengkaji telah
mendapatkan pandangan tiga orang panel pakar dari Fakulti Pendidikan yang mahir
dalam bidang pengurusan iaitu Profesor Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Profesor
Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia
serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Proses penyemakan dan pengesahan instrumen melalui ahli pakar dijalankan dalam
tiga pusingan.

Pusingan pertama adalah meminta jasa baik ahli pakar untuk

memberi pandangan dan menyemak instrumen soal-selidik kajian yang telah


melalui tiga peringkat kajian rintis.

Setelah memperolehi balik maklumbalas

146
daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji kemudian berbincang dengan
kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrumen. Kemudian
pengkaji menghantar instrumen yang telah dipinda dan diubahsuai kepada ahli
panel pakar untuk mendapatkan penyemakan semula secara mendalam. Setelah
memperolehi balik maklumbalas daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji
kemudian berbincang dengan kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian
terhadap instrumen. Kemudian pengkaji menjalankan kajian rintis peringkat yang
keempat dengan tujuan menguji sekali lagi kebolehpercayaan soal-selidik yang
telah dimurnikan. Kajian rintis peringkat yang keempat ini dijalankan di seluruh
negeri Johor yang merangkumi semua daerah di negeri Johor.

Setelah

memperolehi dapatan kajian rintis, beberapa item digugurkan untuk meningkatkan


nilai alpha bagi komponen item dalam soal-selidik.

Kemudian pengkaji

menghantar instrumen yang telah dimurnikan dan borang semakan semula pindaan
kandungan instrumen kepada tiga orang panel pakar untuk menentusahkan semula
instrumen yang telah dimurnikan.

3.4.5 Kajian Rintis Peringkat Keempat


Peringkat keempat kajian rintis dijalankan pada bulan Januari tahun 2006
yang melibatkan 19 buah sekolah di sembilan buah daerah (Kluang, Batu Pahat,
Johor Bahru, Kulai, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat) di negeri Johor. Kajian
rintis ini melibatkan 400 orang sampel yang terdiri daripada 364 orang guru dan 36
orang pentadbir sekolah menengah. Tujuan kajian rintis pada peringkat keempat
adalah untuk menguji kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dimurnikan melalui
penyemakan ahli-ahli pakar dan perbincangan dengan dua orang penyelia pengkaji.

147
Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi,
tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.
Berdasarkan Jadual 13a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha
digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap
kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Nilai koefisien alpha untuk soalselidik bagi Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.89 setelah
menjalankan ujian analisis bagi kajian rintis peringkat keempat. Manakala nilai
koefisien alpha untuk Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.73,
Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.72, Bahagian F tentang kesankesan konflik adalah sebanyak 0.80 dan Bahagian G tentang pendekatan
pengurusan konflik adalah sebanyak 0.88 dan kejayaan pendekatan pengurusan
konflik adalah sebanyak 0.87. Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang
lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi
antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang
ditunjukkan dalam Jadual 13b.

Pengkaji telah menggugurkan dua item dari

Bahagian C tentang faktor konflik semasa menjalankan ujian korelasi antara item.
Nilai koefisien alpha masih kekal pada 0.89 kesan daripada pengguguran dua item
dari komponen faktor konflik dalam Bahagian C. Walau bagaimanapun, pengkaji
tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian D, E dan F dalam peringkat
kajian rintis yang keempat kerana nilai korelasi dalam ujian korelasi antara item
untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi
antara item di bahagian lampiran).

148
Jadual 13a: Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Keempat
Bahagian
Instrumen
Soal-selidik

Bahagian C
Bahagian D
Bahagian E
Bahagian F
Bahagian G

Komponen

Faktor Konflik
Tahap Konflik
Gaya Konflik
Kesan Konflik
Pendekatan Pengurusan Konflik
Kejayaan Pengurusan Konflik

Bil. Penggu Sampel


Alpha Selepas
Alpha
Item -guran
Sebelum Pengguguran
item
Pengguguran
item
item

61
16
28
13
12
12

2
-

400
400
400
400
36
36

0.89
-

0.89
0.73
0.72
0.80
0.88
0.87

Jadual 13b: Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Keempat
Bahagian
Instrume
Soal-selidik

Domain

Bahagian C Komunikasi

Kebergantungan
tugas
Struktur
Organisasi

Peribadi

Bahagian D Tahap Konflik

Bahagian E Gaya
Pengurusan
Konflik

Korelasi Antara Item

Bil. Penggu- Sampel Alpha Alpha


Item guran
Sebelum Selepas
item
Penggu- Pengguguran guran
item
item

Kesukaran Semantik
Ketidak Sefahaman
Gangguan Komunikasi
Maklumat Tersembunyi
Membuat Keputusan
Perbezaan Persepsi
Perbezaan Matlamat

4
4
4
4
5
5
5

400
400
400
400
400
400
400

0.71
0.71
0.70
0.71
0.76
0.76
0.75

Sistem Ganjaran
Sumber Terhad
Bidang Kuasa
Desakan Perubahan
Nilai
Emosi
Tingkahlaku
Konflik terpendam
Konflik dinampak
Konflik dirasai
Konflik terbuka
Gaya integratif
Gaya mengelak
Gaya menguasai
Gaya menyesuai
Gaya berkompromi

5
4
5
4
4
4
4
4
4
4
4
7
6
5
6
4
13
12
12

1
1
-

400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
400
36
36

0.78
0.59
-

0.70
0.72
0.73
0.71
0.70
0.71
0.72
0.71
0.73
0.72
0.71
0.78
0.75
0.71
0.77
0.70
0.80
0.88
0.87

Bahagian F Kesan konflik


Bahagian G Pendekatan Pengurusan Konflik
Kejayaan Pengurusan Konflik

149
Permurnian instrumen soal-selidik yang telah melalui proses penyemakan
dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis telah menghasilkan
instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data

3.5 Pentadbiran Instrumen Soal Selidik


3.5.1 Cara Mentadbir Instrumen Soal Selidik
Kajian ini hanya dijalankan setelah pengkaji memperolehi kebenaran
daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) di
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD). Setelah memperolehi kebenaran daripada pihak berkuasa, pengkaji
menghantar surat rasmi yang mengandungi tujuan dan signifikan kajian kepada
sekolah-sekolah kajian untuk meminta kebenaran daripada pengetua bagi
menjalankan kajian di sekolah mereka. Kajian ini dijalankan setelah mendapat
persetujuan dan kebenaran daripada pengetua-pengetua sekolah berkenaan.
Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah-sekolah
kajian dan menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik
kajian.
Prosidur melawat ke sekolah-sekolah kajian untuk mentadbir borang soalselidik ini dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di bandar.
Semasa melawat ke sekolah-sekolah kajian, pengkaji berjumpa dengan pengetua
sekolah untuk menerangkan sekali lagi tujuan dan signifikan kajian yang dijalankan.
Ada kalanya, pengkaji diarahkan oleh pengetua untuk berjumpa dengan kaunselor
ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk mentadbir borang soal-selidik kajian.

150
Pengkaji menjalankan prosidur mentadbir instrumen soal-selidik berstruktur
dengan menyerahkan borang soal-selidik kepada guru-guru dan pentadbir sekolah.
melalui bantuan kaunselor. Pengkaji memberi taklimat ringkas kepada responden
tentang latarbelakang diri pengkaji serta tujuan dan signifikan kajian ini dijalankan.
Pengkaji juga memberi sebab-sebab yang kukuh untuk responden bekerjasama
dengan menerangkan kepada mereka tentang sifat neutral pengkaji di dalam
mengenalpasti cara mereka menyelesaikan konflik di sekolah. Selain itu, pengkaji
juga menyatakan kepada pihak responden bahawa tujuan sebenar kajian ini
dijalankan adalah bukan untuk menilai pihak responden tetapi untuk kajian sematamata sahaja dan segala maklumat yang didedahkan kepada pengkaji adalah
dirahsiakan.

Pengkaji memastikan kerahsiaan responden melalui kaedah

ketanpanamaan (anonymity) dalam borang soal-selidik untuk mengelakkan


sensitiviti responden tentang konflik di sekolah.

Seterusnya, pengkaji berada

bersama-sama dengan responden kajian selama setengah jam untuk memberi


penerangan yang jelas mengikut peringkat demi peringkat mengenai cara
pengendalian borang soal-selidik supaya responden dapat memahami kehendak
kajian.
Guru-guru dan pentadbir digalakkan supaya menanya pengkaji untuk
menerangkan mana-mana item yang kurang difahami.

Respon guru-guru dan

pentadbir sekolah terhadap borang soal-selidik ini dibuat secara berperingkatperingkat mengikut bahagian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Pihak

pentadbir sekolah diberi masa tambahan sebanyak satu jam untuk menjawab
borang soal-selidik separa berstruktur tentang campurtangan mereka dalam

151
pengurusan konflik. Pada masa yang sama, pengkaji mengedarkan kertas lampiran
kepada pentadbir untuk dijadikan panduan bagi menjawab soal-selidik separa
berstruktur.

Kertas lampiran yang diedarkan mengandungi huraian terperinci

tentang 12 pendekatan pengurusan konflik yang berfungsi sebagai rujukan untuk


menjawab soalan separa berstruktur.

Selepas itu, pengkaji mengumpul balik

borang soal-selidik dengan bantuan Guru Penolong Kanan 1. Kemudian pengkaji


meminta jasa baik pengetua ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk melengkapkan
borang pengesahan menjalani kajian dengan menandatangani borang tersebut.
Selain daripada melawat ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian,
pengkaji juga menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik
memandangkan kajian ini melibatkan lebih kurang 80 buah sekolah yang lokasinya
berselerak di bandar dan luar bandar di empat buah negeri. Pengkaji menggunakan
kemudahan pos untuk mentadbir soal-selidik di kebanyakan sekolah-sekolah yang
terletak di pedalaman ataupun di luar bandar. Prosidur mentadbir borang soalselidik melalui kemudahan pos dijalankan dengan menghantar bungkusan yang
mengandungi 32 set borang soal-selidik kajian disertai dengan surat lampiran yang
menerangkan tujuan kajian, cara mentadbir soal-selidik serta rujukan lampiran
untuk menjawab bahagian separa berstruktur kepada sekolah-sekolah yang terlibat
dalam kajian melalui surat berdaftar. Kemudian pengkaji membuat panggilan terus
berulangkali kepada pengetua sekolah untuk memastikan soal-selidik telah ditadbir
dan dihantar balik kepada pengkaji.

Tempoh mentadbir soal-selidik dan

mendapatkan semula soal-selidik kajian dengan menggunakan kemudahan pos


melibatkan masa dua hingga tiga minggu. Setelah memperolehi balik borang soal-

152
selidik yang telah ditadbir, pengkaji menghantar surat terima kasih kepada
pengetua sekolah atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan kajian di
sekolah-sekolah berkenaan.

3.5.2 Masalah Pentadbiran Instrumen Soal-selidik


Pengkaji menghadapi pelbagai masalah semasa mentadbir soal-selidik sama
ada dengan pergi sendiri ke sekolah kajian ataupun dengan menggunakan
kemudahan pos.

Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah kurang

kerjasama daripada pihak pentadbir semasa mentadbir soal-selidik di sekolah kajian


walaupun pengkaji menunjukkan surat kebenaran EPRD dan JPN kepada pihak
pentadbir.

Terdapat pentadbir-pentadbir sekolah yang menyerahkan seluruh

pentadbiran instrumen kepada guru kaunseling dan mengarahkan pengkaji datang


semula ke sekolah pada hari kemudian untuk mendapatkan balik borang soalselidik dengan alasan bahawa guru-guru sibuk mengajar.

Masalah lain yang

dihadapi oleh pengkaji ialah terdapat segelintir pengetua yang tidak diberitahu
langsung tentang penerimaan borang soal-selidik melalui pos kerana menghadiri
kursus di tempat lain.

Akibat daripada itu, terdapat sekolah-sekolah yang

menghilangkan borang soal-selidik sementara menunggu kepulangan pengetua ke


sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa mengirim sekali lagi borang soalselidik kepada sekolah-sekolah berkenaan dan ini menyebabkan masa pentadbiran
borang soal-selidik terpaksa dilanjutkan. Selain itu, pengkaji juga menghadapi
masalah kesukaran untuk mendapatkan balik borang soal selidik daripada sekolahsekolah tertentu.

Selain daripada membuat banyak panggilan ke sekolah dan

153
menghantar surat rasmi ke sekolah, pengkaji juga terpaksa pergi sendiri ke sekolahsekolah kajian yang terletak di pedalaman untuk mendapatkan balik borang soalselidik. Masalah lain yang dihadapi semasa pengkaji mentadbir borang soal selidik
ialah tiada kerjasama daripada pihak guru untuk menjawab borang soal-selidik
kerana takut untuk meluahkan masalah sebenar yang dihadapi di sekolah
memandangkan kajian yang dijalankan adalah agak sensitif. Akibat daripada itu,
pengkaji terpaksa menggugurkan beberapa buah sekolah dari kajian kerana borang
soal-selidik yang dipulangkan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk
menjalani proses analisis data.

3.6 Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian


Justeru itu, kerangka kaedah dan tahap kajian ini dihasilkan untuk
membincangkan model konseptual kajian yang berdasarkan kepada beberapa siri
peringkat seperti punca konflik, tahap konflik, kesan konflik, resolusi konflik dan
masalah pengurusan konflik. Dalam kerangka kaedah dan tahap kajian, pengkaji
telah membahagikan kajian pengurusan konflik kepada enam peringkat.
Berdasarkan kerangka kaedah dan tahap kajian di Rajah 6, pengkaji
menggunakan enam peringkat untuk mengkaji pengurusan konflik.

Empat

peringkat proses konflik iaitu peringkat faktor konflik, tahap konflik, kesan konflik
dan gaya pengurusan konflik memperlihatkan peringkat yang dialami oleh guru dan
pentadbir di sekolah menengah.

Manakala dua peringkat lagi iaitu peringkat

pendekatan pengurusan konflik dan peringkat masalah pengurusan konflik


memperlihatkan peringkat yang dialami oleh pentadbir di sekolah menengah.

154

Rajah 6: Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian (berdasarkan soalan kajian)


Peringkat yang dialami oleh guru dan pentadbir sekolah
Peringkat 1
Faktor Konflik

Mengenalpasti faktorfaktor kewujudan


konflik di sekolah
menengah
i. komunikasi
ii. struktural
iii. kebergantungan
tugas
iv. peribadi

Membandingkan
faktor-faktor
konflik di sekolah
menengah
mengikut konteks

Peringkat 2
Tahap Konflik

Peringkat 3
Gaya Pengurusan
Konflik

Mengenalpastikan
tahap-tahap konflik

Mengenalpasti 5 gaya
pengurusan konflik
di sekolah menengah
mengikut konteks
i. integratif
ii. menyesuai
iii. menguasai
iv. mengelak
v. berkompromi

i. terpendam
ii. dinampak
iii. dirasai
iv. terbuka

Melihat hubungan antara


pandangan konflik dengan
gaya pengurusan konflik
mengikut konteks.

Membandingkan gaya
pengurusan konflik
mengikut konteks

Melihat perbezaan gaya


pengurusan konflik dalam
konteks interaksi antara
variabel

Peringkat yang dialami oleh


pentadbir sekolah
Peringkat 4
Kesan
Konflik

Mengkaji kesan
konflik yang
dialami oleh guru
dan pentadbir
mengikut konteks

Membandingkan
kesan konflik
mengikut konteks

Mengenalpasti
sumbangan faktor konflik
terhadap
kesan konflik

Mengenalpasti
sumbangan gaya
pengurusan konflik
terhadap kesan
konflik

* mengikut konteks bermaksud konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.
Menunjukkan urutan tahap kajian

Peringkat 5
Pendekatan
Pengurusan Konflik

Mengenalpasti
pendekatan
mengurus konflik
yang konstruktif

Peringkat 6
Masalah
Pengurusan Konflik

Mengenalpasti
masalah mengurus
konflik di kalangan
pentadbir

155

Peringkat

pertama

melibatkan

langkah

mengenalpasti

punca-punca

kewujudan konflik. Empat domain faktor utama yang berpotensi mewujudkan


konflik di peringkat sekolah adalah Domain Komunikasi, Struktur Organisasi,
Kebergantungan Tugas dan Peribadi. Pengkaji mengemukakan empatbelas subfaktor konflik iaitu kesukaran semantik, ketidaksefahaman dalam komunikasi,
gangguan komunikasi, maklumat tidak lengkap, nilai, emosi, tingkahlaku, sistem
ganjaran, sumber sekolah, kuasa, perubahan, perbezaan keputusan, pesepsi, dan
matlamat untuk menerangkan empat domain faktor utama kewujudan konflik
dengan terperinci. Empatbelas sub-faktor tersebut diambil daripada adaptasi
sumber Vecchio (1995), Robbins (1998) dan George & Jones (1999). Hakikatnya,
sesuatu konflik tidak dapat diatasi jikalau punca asas konflik tidak dapat dikesan.
Kebiasaannya, semakin awal punca konflik dikenalpasti, semakin mudah konflik
dapat diatasi.

Peringkat pertama juga melibatkan perbandingan faktor-faktor

konflik di sekolah menengah mengikut konteks iaitu merangkumi jawatan, lokasi


sekolah, jenis sekolah dan mengikut negeri.
Peringkat kedua melibatkan langkah mengenalpasti tahap-tahap konflik
yang dialami oleh sampel kajian. Peringkat ini mengandungi empat tahap konflik
yang merangkumi tahap konflik terpendam, konflik dinampak, konflik dirasai dan
konflik terbuka.
Peringkat ketiga dalam kerangka teori kajian melibatkan langkah
mengenalpasti gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru dan pentadbir
sekolah berdasarkan kepada lima gaya pengurusan konflik yang diperkenalkan oleh

156
Rahim dan Bonama (1979) dan Rahim (1983). Gaya pengurusan konflik dalam
peringkat ini merangkumi gaya integratif, menyesuai, menguasai, mengelak dan
berkompromi.

Peringkat ketiga juga melibatkan langkah mengkorelasikan

pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Selain itu,
peringkat ini juga membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks dan
juga melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara
variabel. Peringkat ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan gaya pengurusan
konflik di setiap sekolah kajian.
Peringkat

keempat

dalam kerangka

teori

kajian

bertujuan

untuk

mengenalpasti kesan-kesan konflik yang berlaku di sekolah iaitu sama ada kesan
konstruktif ataupun distruktif terhadap sekolah-sekolah kajian. Selain itu, peringkat
ini juga membandingkan kesan konflik mengikut konteks dan mengenalpasti
faktor-faktor konflik dan gaya pengurusan konflik yang menyumbangkan kepada
kesan konflik konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini sangat penting untuk
mengesan angkubah-angkubah yang menyumbangkan sama ada kepada konflik
konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini juga bertujuan mengenalpasti jenis
strategi tertentu yang dapat meminimakan konflik distruktif dan memaksimakan
konflik konstruktif.

Pentadbir sekolah harus mempunyai kemahiran untuk

mengurus konflik. Jika konflik bermanfaat kepada organisasi sekolah, pentadbir


sekolah patut membenarkan konflik berterusan dengan mengawasi perkembangan
konflik tetapi jika konflik memudaratkan organisasi sekolah maka pentadbir wajar
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi konflik.

Peringkat kelima dalam

kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengurusan konflik

157
yang sesuai di kalangan pentadbir sekolah untuk mengurus konflik. Manakala
peringkat keenam dalam kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
masalah-masalah pengurusan konflik yang dialami oleh pentadbir sekolah untuk
mengurus konflik. Kedua-dua peringkat ini bertujuan membantu pentadbir sekolah
memahami masalah pengurusan konflik dengan lebih mendalam dan menghasilkan
strategi yang terbaik untuk meningkatkan kesan konflik konstruktif.
Kesemua elemen pengurusan konflik yang terdapat pada kerangka teori
kajian dapat dihuraikan dengan lebih terperinci melalui kerangka konseptual kajian.

3.7 Kaedah Analisis Data


Soalan-soalan kajian dalam penyelidikan ini dijawab berpandukan statistik
diskriptif dan inferential. Analisa faktor-faktor konflik, pandangan tentang konflik,
gaya pengurusan konflik dan kesan konflik diuji melalui beberapa bentuk ujian
statistik berdasarkan soalan kajian yang diperinci dalam bahagian berikutnya.
Taburan frekuensi, peratusan dan min dilaporkan untuk kesemua soalan kajian.
Ujian-t dan Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh
perbandingan antara kumpulan sampel.

Pengkaji menggunakan ujian-t untuk

menganalisis soalan kajian yang menyentuh perbandingan di antara dua kumpulan


sampel iaitu perbandingan dalam konteks jawatan sekolah (yang terdiri daripada
guru dan pentadbir), lokasi sekolah (yang terdiri daripada sekolah menengah di
bandar dan sekolah menengah di luar bandar) dan kategori sekolah (yang terdiri
daripada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan).
Manakala Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh

158
perbandingan di antara lebih daripada dua kumpulan sampel iaitu dalam konteks
negeri yang merangkumi empat buah negeri.
Selain itu, ujian khi kuasa dua digunakan untuk menganalisis soalan kajian
yang berkaitan dengan variabel yang beraraskan ukuran nominal. Manakala ujian
regresi logistik digunakan untuk menganalisis soalan tentang sumbangan variabel
tak bersandar kepada variabel bersandar dan juga mengkaji secara mendalam
tentang darjah sumbangan variabel tak bersandar. Jadual 14 meringkaskan kaedah
menganalisis data untuk setiap soalan kajian dalam penyelidikan ini.
Berdasarkan kepada Jadual 14, pengkaji menggunakan peratusan, min,
faktor analisis, ujian t dan ujian ANOVA untuk menganalisis soalan kajian pertama
iaitu tentang punca-punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah
menengah. Peratus dan min digunakan untuk memaparkan skor purata dan taburan
skor untuk faktor-faktor kewujudan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan negeri serta perbandingan antara semua kategori.
Pemberat (loading) dalam analisis faktor digunakan untuk mengukur darjah
penyumbangan domain faktor konflik kepada kewujudan konflik.

Ujian-t

digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang
faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi
sekolah dan kategori sekolah. Manakala ANOVA digunakan untuk mengkaji sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang faktor-faktor utama konflik di
sekolah menengah merentas empat buah negeri.
Untuk menganalisis soalan kajian yang kedua, pengkaji menggunakan
frekuensi, peratusan dan min serta ujian khi kuasa dua untuk menganalisis

159
pandangan konflik yang berkaitan dengan gaya pengurusan konflik di sekolah
menengah. Frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk melihat amalan gaya
pengurusan konflik di kalangan guru dan pentadbir di sekolah menengah mengikut
konteks sampel, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Selain itu, ujian khi
kuasa dua digunakan untuk mengkaji kaitan pandangan konflik dengan gaya
pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan
mengikut negeri. Manakala nilai koefisien Eta digunakan untuk melihat kekuatan
hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik.
Untuk menganalisis soalan kajian yang ketiga, pengkaji menggunakan ujiant dan ANOVA untuk mengkaji perbandingan gaya pengurusan konflik yang
diamalkan di sekolah menengah. Ujian-t digunakan untuk mengkaji sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut
konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ujian
ANOVA digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
untuk gaya pengurusan konflik bagi empat buah negeri.
Untuk menganalisis soalan kajian yang keempat, pengkaji menggunakan
peratusan, ujian-t, ANOVA dan regresi logistik untuk mengenalpasti sumbangan
faktor dan gaya pengurusan konflik ke arah kesan yang konstruktif.

Analisis

peratusan digunakan untuk menentukan kesan konflik yang dialami oleh guru dan
pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian-t
digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk kesan
konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala
ANOVA berdasarkan analisis post-hoc digunakan untuk melihat kesignifikanan

160
perbezaan kesan konflik di empat buah negeri. Selain itu, ujian regresi logistik
digunakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sumbangan dan darjah
konstruktif bagi faktor konflik dan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik.
Untuk menganalisis soalan kajian yang kelima yang berbentuk soalan
separa berstruktur, pengkaji menggunakan frekuensi dan peratus, pengkategorian
melalui tema-tema dan konsep serta pendiskripsian secara mendalam untuk
mengkaji campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di sekolah
menengah.
Analisis data berdasarkan kaedah-kaedah tersebut dalam penyelidikan ini
dijanakan oleh perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS).
Maklumat-maklumat yang terpungut diterjemahkan, dikodkan dan dimasukkan ke
perisian ini.
Jadual 14 : Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian.
Soalan kajian

Perkara yang hendak dikaji

Ujian Analisis Data

1. Apakah puncapunca utama yang


menyebabkan
kewujudan konflik
di sekolah
menengah?

1.1 faktor-faktor kewujudan konflik di


sekolah masing-masing

Peratus dan min


Pemberat (loading) analisis
faktor untuk domain faktor
konflik

2. Sejauhmanakah
pandangan
pentadbir dan
guru terhadap
konflik berkaitan
dengan gaya

1.2 perbandingan faktor-faktor konflik


di sekolah menengah mengikut
konteks jawatan, lokasi sekolah,
kategori sekolah dan negeri
1.3 perbandingan antara semua kategori
1.4 perbezaan signifikan tentang faktorfaktor konflik di sekolah menengah
mengikut konteks jawatan, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan negeri
2.1 pandangan tentang konflik di
kalangan guru dan pentadbir
mengikut konteks lokasi sekolah,
kategori sekolah dan negeri
2.2 gaya pengurusan konflik di sekolah

Peratus dan min

Ujian-t
untuk
konteks
jawatan, lokasi dan kategori
sekolah manakala ANOVA
untuk konteks negeri

Frekuensi dan peratus

161
pengurusan
konflik di sekolah
mereka masingmasing?

menengah mengikut konteks


jawatan, lokasi sekolah, kategori
sekolah dan negeri.

Peratus dan min

2.3 kaitan pandangan konflik dengan


gaya pengurusan konflik mengikut
konteks jawatan, lokasi sekolah,
kategori sekolah dan negeri.

Ujian khi-kuasa dua


untuk melihat kaitan variabel
dan nilai koefisien Eta untuk
melihat kekuatan hubungan
antara variabel

3. Adakah terdapat
perbezaan yang
signifikan antara
gaya pengurusan
konflik yang
diamalkan di
kalangan guru
dan pentadbir di
peringkat sekolah
menengah?

3.1 perbezaan yang signifikan untuk


gaya pengurusan konflik mengikut
konteks jawatan sekolah, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan
negeri.

Ujian-t
untuk
konteks
jawatan, lokasi sekolah dan
kategori sekolah manakala
ANOVA untuk konteks
empat buah negeri

3.2 perbezaan yang signifikan tentang


gaya pengurusan konflik dalam
konteks interaksi antara variabel.

ANOVA dua hala


(Analisis interaksi dalan 2
hala antara variabel)

4. Sejauhmanakah
faktor konflik dan
gaya pengurusan
konflik
menyumbang
kepada kesan
konflik yang
konstruktif di
peringkat sekolah
menengah?

4.1 kesan konflik yang dialami oleh


guru dan pentadbir mengikut
konteks lokasi sekolah, kategori
sekolah dan negeri.
4.2 perbezaan signifikan untuk kesan
konflik mengikut jawatan, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan
negeri.

4.3 a. sumbangan faktor konflik


terhadap kesan konflik.
b. darjah konstruktif faktor konflik
terhadap kesan konflik.
4.4 (a) sumbangan gaya pengurusan
konflik terhadap kesan konflik.
(b) darjah konstruktif gaya
pengurusan konflik terhadap
kesan konflik.

5. Sejauhmanakah
campurtangan
pentadbir sekolah
dalam pengurusan
konflik di
peringkat sekolah
menengah?

5.1 masalah-masalah yang dihadapi oleh


pentadbir sekolah semasa mengurus
konflik.
5.2 (a) bentuk konflik yang mudah untuk
diurus oleh pentadbir sekolah
(b) bentuk konflik yang sukar untuk

Peratus

Ujian-t
untuk
konteks
jawatan, lokasi sekolah dan
kategori sekolah manakala
ANOVA untuk konteks
empat buah negeri

Regresi Logistik

Regresi Logistik

162
diurus oleh pentadbir sekolah
5.3 alasan pentadbir sekolah tentang
kesukaran mengurus konflik.

Frekuensi dan peratus


Pengkategorian melalui
tema-tema dan konsep.
Pendiskripsian

5.4 (a) pendekatan yang paling sesuai


untuk mengurus konflik di
sekolah menengah.
(b) pendekatan yang tidak sesuai
untuk mengurus konflik di
sekolah menengah.
5.5 alasan pihak pentadbir tentang
pendekatan yang tidak sesuai untuk
digunakan di sekolah menengah.
5.6 kekerapan pendekatan pengurusan
konflik yang diamalkan oleh
pentadbir sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus

5.7 peratusan kejayaan pengurusan


konflik yang diamalkan oleh
pentadbir sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus

5.8 pendekatan lain yang digunakan oleh Frekuensi dan peratus


Pengkategorian melalui
pentadbir sekolah menengah untuk
tema-tema dan konsep.
mengurus konflik.
Pendiskripsian
5.9 (a) jenis konflik yang membawa
Frekuensi dan peratus
manfaat kepada sekolah.
(b) jenis konflik yang kurang
membawa manfaat kepada
sekolah
5.10 (a) kekerapan pentadbir sekolah
melaksanakan program
pengurusan konflik di sekolah.
(b) kejayaan pentadbir sekolah
melaksanakan program
pengurusan konflik di sekolah.
5.11 masa pentadbiran yang digunakan
oleh pentadbir untuk mengurus
konflik di sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus

Frekuensi dan peratus

163
3.7 Rumusan
Secara ringkas, bab ini telah membincangkan kesemua aspek yang berkaitan
dengan soal tatacara penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini merangkumi reka
bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara dan masalah
mentadbir soal-selidik, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan kajian serta
kaedah menganalisis data kajian.

Seperti yang telah dibincangkan, kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 2076 orang guru dan
138 orang pentadbir di sekolah menengah. Data dalam kajian ini dikumpul melalui
soal-selidik bagi menjawab semua soalan kajian. Pengkaji telah menggunakan
kaedah tinjaun sebagai metodologi penyelidikan untuk mendapatkan data di empat
buah negeri.

Persampelan strata-rawak digunakan untuk memilih sampel bagi

mewakili populasi guru dan pentadbir di Semenanjung Malaysia. Data melalui


soal-selidik yang berdasarkan soalan berstruktur dan separa berstruktur dipungut
untuk menjawab lima soalan kajian yang dibentang melalui statistik diskriptif dan
inferential.

Pengkaji juga amat menitikberatkan aspek-aspek kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen. Instrumen kajian diuji dan disemak melalui empat


peringkat kajian rintis sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Tujuan
menjalankan empat peringkat kajian rintis ialah untuk memastikan instrumen yang
direka bina itu boleh dipercayai dan keputusan yang diperolehi adalah sahih. Akhir
sekali, bab ini ditutup dengan mempersembahkan bagaimana data kuantitatif
ditadbir dan diurus dengan berdasarkan empat konteks iaitu mengikut jawatan
sampel, lokasi dan kategori sekolah serta negeri. Seterusnya bab empat dalam
kajian ini akan menghuraikan hasil analisis data.

164

You might also like