You are on page 1of 2

SJK (C) PEI HWA JB

BAHASA MALAYSIA (PENULISAN) TAHUN 4


PENILAIAN 4
Nama : _________________ (
Kelas : 4 ( )

Markah
:_____________%
Tarikh
: ____ / 10 / 2014
T/tangan Ibu bapa : ________

Kertas 2

Masa : 1 jam 15 minit

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian
C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh
memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.
Arahan:
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C mestilah dijawab dalam kertas kajang yang
disediakan.
Bahagian A
( Masa yang dicadangkan : 15 minit )
( 10 markah )
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menanak nasi.
Tulis lima ayat lengkap tentang cara-cara menanak nasi berdasarkan frasa yang
diberikan.
- bahan-bahan -

- basuhkan masukkan
.

-menjadi nasi

-kecilkan tutupkan

- letakkan pasangkan

AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K2 / TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 1

Bahagian B
( Masa yang dicadangkan : 40 minit )
( 30 markah )
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 60 patah perkataan.
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk, Aku Sebuah Mesin Vakum.
Atau
2. Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Minggu Alam Sekitar. Pelbagai aktiviti
telah dijalankan pada minggu tersebut. Ceritakan aktiviti yang telah dijalankan
dalam bentuk surat kepada kawan baik kamu.
Atau
3. Alam sekitar merupakan alam sekeliling kita yang perlu dijaga. Berikan pendapat
kamu tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit )
( 20 markah )
Baca petikan yang diberi dengan teliti. Kemudian tuliskan empat nilai murni yang
dapat kamu peroleh daripada petikan tersebut. Panjangnya jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Badri selalu membaca buku sementara menunggu bas di stesen bas. Apabila bas ke
Taman Jati sampai, Badri bergegas menuju ke arah bas itu. Dia tidak terburu-buru menaiki
bas dan memberikan peluang kepada orang yang lebih tua dan kanak-kanak menaiki bas
itu terlebih dahulu.
Ketika berada dalam bas, Badri ternampak seorang budak lelaki sedang
menconteng bahagian belakang kerusi berhampirannya menggunakan pen. Dia telah
menegur perbuatan budak itu.
Tidak lama kemudian, bas berhenti. Kelihatan seorang lelaki tua menaiki bas itu.
Badri berasa kasihan melihat keadaan diri lelaki tua itu yang agak uzur. Badri bangun dan
memberikan tempat duduknya kepada lelaki tua itu. Lelaki tua itu mengucapkan terima
kasih kepadanya.

Disediakan oleh
Disemak oleh

: Cik Azlinawatty binti Daraman


: Chong Miow Ling

AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K2 / TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 2

You might also like