You are on page 1of 22

MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN

KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ


(PELAKSANAAN 2015)

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2015

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan

Islam

menyampaikan

adalah

ilmu,

suatu

kemahiran

usaha
dan

berterusan

untuk

penghayatan

Islam

berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,


kemahiran, keperibadian

dan pandangan hidup sebagai hamba

Allah yang mempunyai tanggungjawab

untuk membangun diri,

masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan


di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

ii

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

SENARAI KANDUNGAN
Pendahuluan

Punca Kuasa
Latar Belakang

1
1

Objektif
Kepentingan Kurikulum Bersepadu Tahfiz

4
4

Penetapan Sekolah
Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Tahfiz

6
6

Jadual Waktu Persekolahan


Struktur Organisasi

7
7

Bantuan Geran Perkapita


Pentaksiran & Pelaporan
Guru

7
7
8

Buku Teks
Pengambilan Murid

8
9

Kokurikulum
Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran

9
9

Peruntukan Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran


Perincian Agihan Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran

10
12

Mata Pelajaran Hifz Al-Quran


Mata Pelajaran Maharat Al-Quran

13
16

Penutup

17

iii

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

1. PENDAHULUAN
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan
kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama
Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan


sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan
generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan
ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar
dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di
peringkat sekolah menengah.
2. PUNCA KUASA
Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah
diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti
berikut:

2.1. Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan


Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah menyelaraskan Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan
SABK. Dalam mesyuarat pada 15 Jun 2012, Jawatankuasa ini telah
bersetuju terhadap cadangan KPM untuk menjadikan Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna pakai
kurikulum yang telah diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz Kebangsaan.

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

2.2. Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012
pada 25 Jun 2012 telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum
Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.

2.3. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang


dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga
bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum Kebangsaan.

2.4. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia
(MKI) Kali Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012
telah bersetuju supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan
sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar
sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

2.5. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari
2013 telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini
setelah dibentangkan oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.

2.6. Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan
melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuan
ini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU
pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari
di

sekolah-sekolah

sehinggalah

agama

hendaklah

diurus

kurikulum-kurikulum tersebut

oleh

diselaraskan

kerajaan
dan

negeri

dijadikan

sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.


3. LATAR BELAKANG
3.1. Program Pendaftaran SAR dan SAN sebagai SABK merupakan satu
program yang telah membuka mata banyak pihak tentang kurikulum Dini/
Azhari di sekolah agama. Program yang tercetus daripada Laporan JK Tan

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

Sri Murad dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri ketika itu telah
membawa

masuk

sekolah-sekolah

agama

rakyat

dan

negeri

yang

menggunakan dwi-kurikulum ke arus perdana. Pelaksanaan dwi-kurikulum di


SABK setelah berlakunya pendaftaran menunjukkan bahawa terdapat ruangruang yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin kecemerlangan murid
dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.

3.2. Resolusi Seminar Pemantapan Kurikulum

SABK peringkat Kebangsaan

2008 Port Dickson telah menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu
diselaraskan dan diangkan menjadi kurikulum kebangsaan.

3.3. Persidangan Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali
ke-86, pada 25-27 Mei 2011 di Kangar Perlis telah bersetuju dengan
cadangan Kurikulum Dini di selaras dan diangkat menjadi kurikulum
kebangsaan.

3.4. Pihak LEPAI dan JAKIM telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan


kurikulum Dini Azhari yang dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha
tersebut kemudiannya di selaraskan dengan KPM dalam kerangka
memartabat dan mengangkat kurikulum Dini sebagai kurikulum Kebangsaan
sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan Kurikulum Dini/ Azhari akhirnya
diperkenalkan..

3.5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara


Mengukuhkan laluan pendidikan agama telah menyatakan bahawa
..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi
bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur
Islam yang kukuh. Kementerian akan memperkukuhkan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan mengangkat kurikulum Dini
dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan unsur-unsur
agama ke dalam kurikulum kebangsaan.

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

3.6. Oleh itu KPM mengeluarkan Dokumen Standard Kurikulum bagi KBD
sebagai rujukan untuk pelaksanaannya.
4. OBJEKTIF

Objektif KBT adalah seperti berikut:


4.1. melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu al-Quran;
4.2. melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah,
sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran
dan al-Sunnah;
4.3. melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan
profesional berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; dan
4.4. melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam
menyelesaikan

masalah,

memaksimumkan

keupayaan

berfikir

serta

berfikiran kreatif dan inovatif.


5. KEPENTINGAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ
KBT diwujudkan dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kepentingan KBT dalam arus perdana pendidikan
negara adalah seperti berikut:

5.1.

Aspirasi Sistem
Pelaksanaan KBT di SABK dapat memberi peluang kepada warganegara
mendapat pendidikan tahfiz al-Quran dan mengukuhkan pendidikan
agama di dalam aliran perdana.

Murid yang dilahirkan berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang


mampu menyumbang dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai
sektor. Kesatuan dalam menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan
menjadi norma rujukan contoh, model sahsiah yang unggul

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

Ini akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam menentukan


laluan kerjaya mereka.
5.2.

Aspirasi Murid
PPPM memastikan murid-murid dapat menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika,
kemantapan rohani, dan beridentiti nasional.
KBT yang menekankan elemen ulum al-Quran dan menggunakan bahasa
Arab

sebagai

bahasa

pengantar

akan

mempertingkatkan

penghayatan terhadap al-Quran dan kemahiran

kualiti

berkomunikasi serta

mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.

KBT akan mengembangkan potensi dan keupayaan murid dengan


pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pembelajaran dan pengajaran
melalui penghayatan pelbagai kemahiran.

5.3.

Kepentingan KBT Kepada Sekolah


SABK yang melaksanakan KBT layak menerima bantuan per kapita mata
pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,
sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang
berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.

Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat

diperkukuhkan.

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

5.4. Kepentingan KBT Kepada Masyarakat, Bangsa dan Agama


Kurikulum tahfiz digubal untuk menyediakan bakal ulama, cendikiawan
Islam yang menghafaz al-Quran yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk
itu kurikulum ini digubal berhasrat melahirkan agamawan yang menghafaz
al-Quran ke arah mencapai keredhaan Allah.
Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh
mempertahankan

kesucian

agama

Islam

dari

ajaran

sesat

dan

menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan


songsang yang sering muncul dalam masyarakat.
5.5.

Kepentingan KBT Kepada Negara


Menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam
bertaraf dunia.

6. PENETAPAN SEKOLAH
6.1. KBT dilaksanakan di SABK yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa
Negeri.
6.2. Sekolah boleh melaksanakan sama ada salah satu aliran KBD atau KBT,
atau kedua-dua sekali bergantung kepada perbincangan bersama antara
KPM dan LPS.
6.3. Pertukaran,

pertambahan

dan

penutupan

sebarang

aliran

adalah

berdasarkan permohonan dan kelulusan oleh pihak KPM.


6.4. Sekolah mestilah melaksanakan secara keseluruhan mata pelajaran
mengikut pakej-pakej yang telah ditetapkan.
7. BAHASA PENGANTAR BAGI MATA PELAJARAN

Bahasa pengantar bagi mata pelajaran kurikulum tahfiz ialah bahasa Arab
manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

8. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN


Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan masa waktu
minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran dan juga termasuk waktu Tahdhir
bagi mata pelajaran Hifz al-Quran. (rujuk contoh jadual di lampiran 1)

9. STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi pengurusan KBT adalah seperti berikut:


Pengetua

Penolong Kanan
Pentadbiran

Ketua Bidang / GKMP


Bahasa

Ketua Bidang / GKMP


Sains Matematik

Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid

Ketua Bidang / GKMP


Teknik Vokasional

Ketua Panitia Pendidikan


Islam

Penolong Kanan
Kokurikulum

Ketua Bidang / GKMP


Kemanusiaan

Ketua Panitia
Bahasa Arab

Ketua Bidang / GKMP


Pend. Islam B. Arab

Ketua Panitia
Hifz al-Quran

Ketua Panitia
Maharat al-Quran

10. BANTUAN GERAN PERKAPITA


Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT berhak menerima Geran Perkapita
Mata pelajaran mengikut kadar dan prosedur yang ditetapkan oleh KPM.
11. PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN
Pentaksiran KBT adalah dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) di peringkat menengah rendah seperti mana mata pelajaran lain
yang

dilaksanakan

di

sekolah-sekolah

KPM.

Panduan

Perkembangan

Pembelajaran Murid (PPPM) dan instrumen pentaksiran akan digunakan bagi


dua mata pelajaran berikut:
11.1.

Hifz al-Quran.

11.2.

Maharat al-Quran.

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

Pelaporan akhir KBT di peringkat menengah rendah adalah seperti berikut :


11.3.

Pelaporan Pentaksiran Pusat

11.4.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah

11.5.

Pelaporan Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK)

11.6.

Pelaporan Psikometrik.

Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah rendah.


Pada peringkat menengah atas pula, pentaksiran berdasarkan kepada
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan murid akan menerima Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Mata pelajaran Hifz al-Quran dan Maharat Al-quran akan
disenaraikan sebagai mata pelajaran dalam SPM
Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah atas.

12. GURU
Keperluan guru untuk pelaksanaan KBT adalah Guru Tahfiz. Guru ini
bertanggungjawab menguruskan dua mata pelajaran peringkat menengah
rendah iaitu Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Bekalan Guru Tahfiz adalah di
bawah tanggungjawab KPM. Buat masa ini, norma sementara 3.0n telah
diluluskan dan norma sebenar adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KBT, Guru Tahfiz mempunyai
peranan khusus melibatkan perkara-perkara berikut:
12.1.

Melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran mengikut jadual


yang ditetapkan bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang.

12.2.

Melaksanakan tahriri hafazan dan hafazan baru (7.00 malam hingga


9.00 malam) mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.

12.3.

Memastikan aktiviti qailulah dilaksanakan.

12.4.

Peranan guru tahfiz adalah sama dengan guru akademik.

Masa rasmi Guru Tahfiz mempunyai dua sesi iaitu sesi pertama bermula jam
6.30 pagi hingga selesai Solat Zohor dan sesi kedua bermula pukul 7.00 malam
hingga 9.00 malam mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

13. BUKU TEKS


Buku teks akan dibekalkan oleh KPM mengikut syarat dan agihan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) sedia ada mengikut mata pelajaran.

Murid-murid juga akan dibekalkan pakej buku teks tambahan seperti berikut :
Bil.

Mata Pelajaran

Judul Buku

Jenis Buku

Maharat al-Quran

Maharat al-Quran

Buku Teks

Hifz al-Quran

Mushaf al-Quran

Buku Teks

Al-Quran Terjemahan

Buku Teks

Rekod Hafazan

Buku Aktiviti

14. PENGAMBILAN MURID


Pengambilan murid bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT adalah
berdasarkan prosedur pengambilan murid yang ditetapkan oleh pihak LPS.
15. KOKURIKULUM
Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan mengikut dasar dan kaedah pelaksanaan
kokurikulum sedia ada KPM. Dua persatuan akademik baharu diwujudkan iaitu
Nadi Huffaz dan Nadi Qurra .
16. JAWATANKUASA KOKURIKULUM
Pengetua

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid

Penolong Kanan
Kokurikulum

Badan Beruniform

Persatuan dan Kelab


Nadi Huffaz
Nadi Qurra
N

* Sukan dan Permainan

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

17. KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN


(KKQ)
KKQ tidak dilaksanakan di SABK yang melaksanakan KBT. Pelaksanaan KKQ
sedia ada akan ditamatkan secara berperingkat mengikut peningkatan kelas KBT
dari tahun ke tahun.
18. PERUNTUKAN WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
18.1. Menengah Rendah

Jumlah

Mata Pelajaran

Jumlah Minit

Waktu

Bahasa Melayu

240

Bahasa Inggeris

160

Matematik

160

Pendidikan Islam

160

Sains

120

Sejarah

80

Geografi

80

Kemahiran Hidup

80

Pendidikan Jasmani Kesihatan

40

Pendidikan Seni

40

Bahasa Arab

200

Bahasa Antarabangsa

Hifz al Quran

15

600

Maharat al Quran

120

Jumlah

52

2080

10

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

18.2. Menengah Atas

Mata Pelajaran

Agama

Sains
Minit

Waktu

Minit

Waktu

Bahasa Melayu

200

200

Bahasa Inggeris

160

160

Matematik

160

160

Pendidikan Islam

160

160

Sejarah

80

80

PJK

40

40

Biologi

0
0

Fizik

Kimia

160

Matematik Tambahan

160

Bahasa Arab

160

160

160

160

Bahasa Antarabangsa

Hifz al Quran

16

640

14

560

Maharat al Quran

160

80

Jumlah

52

2080

52

2080

Pendidikan al Quran
dan al Sunnah
Pendidikan

Syariah

Islamiah

160

18.3. Penambahan mata pelajaran lain di luar pakej yang ditawarkan adalah
berdasarkan permohonan LPS dan tertakluk kepada kelulusan KPM.

11

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

19. PERINCIAN AGIHAN WAKTU MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN


MAHARAT AL-QURAN MENENGAH RENDAH
Bil
1

Mata Pelajaran

Bidang

Ting. 1

Ting. 2

Ting. 3

Tasmik

15

15

15

Tilawah

Tajwid

Adab al-Quran

Jumlah

Jumlah Keseluruhan

18

18

18

Hifz al-Quran
Maharat

al-

Quran

20. PERINCIAN AGIHAN

WAKTU MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN

MAHARAT AL-QURAN MENENGAH ATAS

Bil
1
2

Mata
Pelajaran
Hifz al-Quran
Maharat
Quran

Bidang

Ting. 4

Ting. 5

Ting. 4

Ting. 5

Sains

Agama

Tasmik

16

16

al- Tilawah

14

14
-

Tajwid

Manhaj Qiraat

Amali Qiraat

Rasm Uthmani

Jumlah

20

20

16

16

1
1
1

Jumlah Keseluruhan

12

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

21. MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN


21.1. Agihan Juzuk Hafazan Mengikut Tingkatan
Tingkatan

Juzuk

Jumlah Juzuk

Satu

30, 1, 2,3,4,5

Dua

6,7,8,9,10,11,12

Tiga

13,14,15,16,17,18

19,20,21,22,23,24,25

26,27,28,29

Empat
Lima

21.2. Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang menghendaki murid menghafaz
30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun di bawah bimbingan guru
tahfiz. Mata pelajaran ini mengandungi aktiviti Tahriri Hafazan, Hafazan
Baru, Tahdhir , Tasmik , Murajaah dan Fiqh al- Ayat.

21.3. Tahriri Hafazan dan Hafazan Baharu


Tahriri Hafazan ialah aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu
dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik. Hafazan Baharu
ialah aktiviti menghafaz ayat-ayat al-Quran yang akan ditasmik pada
keesokan hari.
21.3.1.

Nisbah guru : murid adalah 1: 30

21.3.2.

Waktu pelaksanaan adalah 7.00 malam 9.00 malam termasuk


solat Maghrib dan Isyak

21.3.3.

Aktiviti pelaksanaan:
a) Menulis Ayat-ayat Hafazan Baharu (Tahriri Hafazan)
sebanyak 1 muka surat secara individu selama 30 minit
antara jam 7.00 malam 7.30 malam.
b) Menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah selama 15
minit antara jam 7.30 malam 7.45 malam.
c) Menghafaz Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka
surat secara individu selama 60 minit antara jam 7.45 malam
8.45 malam.
d) Menunaikan Solat Isyak secara berjemaah selama 15 minit
antara jam 8.45 malam 9.00 malam.

13

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

e) Guru Tahfiz yang bertugas bertanggungjawab memastikan


setiap murid menulis dan menghafaz Ayat-ayat Hafazan
Baharu sebanyak 1 muka surat. Mereka juga berperanan
sebagai tempat rujukan murid semasa aktiviti Tahriri dan
Hafazan Baru.
*** Bagi sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak penetapan waktu bagi aktiviti Tahriri
dan Hafazan Baharu adalah mengikut kesesuaian waktu setempat.
21.4. Tahdhir
Tahdhir ialah aktiviti

mengulang ayat-ayat hafazan baharu

bagi

persediaan tasmik.
21.4.1.

Nisbah guru : murid adalah 1: 10

21.4.2.

Waktu pelaksanaan adalah 6.30 pagi 7.10 pagi

21.4.3.

Aktiviti pelaksanaan:
Menyemak dan memperkukuh Ayat-ayat Hafazan Baharu di
hadapan guru secara individu sebagai persediaan sebelum
aktiviti tasmik (4 minit : 1 murid).

21.5. Tasmik dan Murajaah


Tasmik ialah aktiviti memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di
hadapan guru secara individu. Murajaah ialah aktiviti mengulang semula
ayat-ayat yang telah dihafaz di hadapan guru secara individu.
21.5.1.

Nisbah guru : murid adalah 1: 10

21.5.2.

Waktu pelaksanaan adalah 7.30 pagi 9.30 pagi

21.5.3.

Aktiviti pelaksanaan:
a) Tasmik:
i. Mengemukakan tulisan Ayat-ayat Hafazan Baharu yang
ingin ditasmik kepada guru. Ayat-ayat tersebut ditulis
sendiri oleh murid dalam Buku Tahriri Hafazan yang
disediakan.
ii. Memperdengarkan Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak
1 muka surat sehari di hadapan guru secara individu
antara jam 7.30 pagi 8.10 pagi (4 minit : 1 murid).

14

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu


pembelajaran.
b) Murajaah Hafazan Baharu:
Murajaah sebanyak 2 muka surat sebelum muka surat
Tasmik di hadapan guru secara individu antara jam 8.10
pagi 8.50 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada 4
hari pertama minggu pembelajaran. Sebagai contoh,
sekiranya muka surat Tasmik ialah muka surat 20 maka
Murajaah Hafazan Baru ialah muka surat 18 dan 19.
c) Murajaah Hafazan Lama:
Aktiviti mengulang hafazan dua muka surat secara bergilirgilir (kaedah tadarus) sebanyak 1 juzuk sebelum Juzuk
Tasmik. Setiap murid melakukan murajaah di hadapan guru
antara pukul 8.50 pagi 9.30 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti
ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran.
Sebagai contoh, sekiranya Juzuk Tasmik Semasa ialah
juzuk 2 maka Murajaah Hafazan Lama ialah juzuk 1.
d) Murajaah Mingguan:
Aktiviti mengulang bacaan sebanyak empat muka surat
meliputi semua muka surat yang telah dihafaz pada minggu
tersebut di hadapan guru secara individu antara jam 7.30
pagi 8.30 pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada
hari ke 5 minggu pembelajaran.
e) Fiqh al-Ayat:
Menerangkan intisari ayat-ayat hafazan (fiqh al-ayat) yang
telah dihafaz pada minggu tersebut sebanyak 4 muka surat
di hadapan guru secara individu antara jam 8.30 pagi 9.30
pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5
minggu pembelajaran.
*** Guru Tahfiz merekodkan aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah
Hafazan Lama, Murajaah Mingguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang
disediakan.

15

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

22. MATA PELAJARAN MAHARAT AL-QURAN


22.1. Tilawah
Tingkatan

Juzuk

Jumlah Juzuk

Satu

30, 1, 2, 3, 4 dan 5

Dua

6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14

Tiga

15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 dan 23

24, 25, 26, 27, 28 dan 29

Empat

22.2. Adab Al-Quran


Kandungan bagi komponen adab al-Quran ini ialah pengenalan al-Quran,
kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran, mentarjihkan qari alQuran, kemuliaan ahli al-Quran, adab guru dan pelajar, adab penghafaz
al-Quran, adab bersama al-Quran, adab terhadap al-Quran, ayat dan
surah yang disunatkan membaca pada waktu dan keadaan tertentu dan
hukum menulis dan memuliakan mushaf.
22.3. Tajwid
Pembahagian tajuk berdasarkan tingkatan adalah seperti jadual di bawah.
Tingkatan

Tajuk
Mabadi Ilmu Tajwid, hukum belajar dan mengamalkan
Ilmu Tajwid, hukum wajib membaca al Quran secara

Satu

bertajwid, kesalahan bacaan al Quran, jenis-jenis bacaan


al Quran, hukum Istiazah dan Basmalah, hukum Nun
Sakinah dan Tanwin.

Dua
Tiga
Empat
Lima

Hukum Mim Mati, hukum Nun dan Mim Sabdu, bab Lam
Mati, bab Lam Lafz al Jalalah dan bab Ra
Bab al-Mad dan al Qasr
Bab Makharij al Huruf dan Sifat al Huruf
Bab al Waqf, al Ibtida dan asas-asas bacaan Riwayat
Hafs

16

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

22.4. Manhaj Qiraat


Tingkatan

Tajuk
Taarif Ilmu Qiraat, perbezaan al-Quran dan al-Qiraat,
perbezaan qiraat riwayat, wajah dan tariq, sejarah dan
pengumpulan ilmu qiraat, rukun-rukun qiraat sahihah,

Empat

perbincangan

Ilmu

Qiraat,

pembahagian

qiraat,

pengenalan imam-imam qiraat sabah, manhaj qiraat imam


Nafi, manhaj qiraat imam Ibnu Kathir dan manhaj qiraat
imam Abu Amru.
Manhaj qiraat imam Ibnu Amir, manhaj qiraat imam Asim,
Lima

manhaj qiraat imam Hamzah dan manhaj qiraat imam alKisaie

22.5. Amali Qiraat


Tingkatan

Tajuk
Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-74 yang dibaca

Empat

secara ifrad berdasarkan Riwayat Qalun, Warsy, al-Bazzi,


Qunbul, al-Duri dan al-Susi
Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-74 yang dibaca

Lima

secara ifrad berdasarkan Riwayat Hisyam, Ibnu Zakuan,


Syubah, Hafs, Khalaf, Khallad, Abu al-Harith dan Duri alKisaie

22.6. Rasm Uthmani


Agihan tajuk bagi mata pelajaran ini meliputi pengenalan ilmu rasm,
sejarah penulisan mushaf, pembahagian rasm dan kaedah rasm uthmani.
23. PENUTUP
Hasrat KPM untuk melahirkan golongan profesional hafiz yang berdaya
kepemimpinan mantap dan seimbang dapat memberi sumbangan besar kepada
transformasi pendidikan negara. Pengurus dan pentadbir sekolah diharapkan
dapat memahami objektif pelaksanaannya dan mematuhi garis panduan yang
ditetapkan. Kejayaan pelaksanaan KBT amat bergantung kepada komitmen yang
tinggi dan usaha gigih semua pihak demi kebaikan dan kemanfaatan agama,
bangsa dan negara.

17

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

Lampiran 1

Contoh Jadual Waktu Pelaksanaan KBT (Menengah Rendah)


Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

06.30 - 07.10

Solat Subuh, Hifz al Quran (Tahdhir)

07.10 - 07.30

Sarapan

07.30 - 08.10

Perhimpunan

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

08.10 - 08.50

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

08.50 - 09.30

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

09.30 - 10.10

Hifz al Quran

Hifz al Quran

Hifz al Quran

B. Melayu

PJK

10.10 - 10.30

Rehat

10.30 - 11.10

B. Inggeris

Matematik

Sains

Pend. Islam

Matematik

11.10 - 11.50

B. Inggeris

Matematik

Sains

Pend. Islam

Matematik

11.50 - 12.30

Maharat
Quran

Sains

B. Arab

Pend. Seni

12.30 - 13.40

Qailulah, Solat Zohor dan makan tengahari

13.40 - 14.20

B. Arab

B. Melayu

Pend. Islam

B. Melayu

14.20 - 15.00

B. Arab

B. Melayu

Pend. Islam

B. Arab

Solat Jumaat
dan
makan
tengahari

15.00 15.40

Sejarah

Geografi

B. Inggeris

B. Melayu

Kemahiran
Hidup

15.40 - 16.20

Sejarah

Geografi

B. Inggeris

B. Melayu

Kemahiran
Hidup

16.20 - 17.00

Solat Asar dan minum petang

17.00 18.30

Riadhah

18.30 19.00

Makan malam

19.00 21.00

Solat Maghrib, Hafazan Baru dan Murajaah

21.00 23.00

Kelas Persediaan dan Ulangkaji Pelajaran

23.00

Tidur

al

Maharat
Quran

al

Mata pelajaran Hifz al-Quran mestilah diletakkan secara tetap seperti dalam
contoh jadual.

Mata pelajaran Maharat al-Quran mesti diletakkan sebelum sesi Qailulah dan
Solat Zohor.

18

You might also like