You are on page 1of 8

Tutorial 7, 8 & 9

Kemahiran Asas Kaunseling


Lima kemahiran asas kaunseling:
a. Kemahiran mendengar
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling.
Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang
baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar
iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku
tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti
dinyatakan di bawah;

Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ

Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi


fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara
yang diperkatakan.

Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien


terlebih awal.

Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan


sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari
dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.

Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa


cara seperti berikut ;
1. Menyatakan semula
Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh
kliennya dengan tepat
2. Menggambarkan semula
Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan
klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya
sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan
mendengar percakapan klien tadi.
3. Memberikan respon

Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif


iaitu seperti di bawah;
Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima
Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien
Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik
Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik
Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
Kemahiran 6: Parafrasa
Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan
Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan
Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal
Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan

b. Kemahiran membina perhubungan


Tujuannya adalah untuk membina

perhubungan yang mesra, saling

mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia
berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa
tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang
meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa
sub kemahiran asas seperti:
i.
Membina suasana alam sekeliling
ii.
Suasana terapeutik
iii.
Ruang untuk berkomunikasi
iv.
Penampilan diri
v.
Ekspresi muka
vi.
Kontak mata
vii.
Pergerakan tangan dan kaki
viii.
Nada suara
ix.
Senyuman
x.
Cara cara duduk dalam kaunseling
xi.
Menggalakkan klien bercakap

c. Kemahiran Membalas
Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan
membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu

dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain
adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu.
Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu
kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.
Contoh:
Klien
Kaunselor
Klien
Kaunselor

: Saya nak bincang masalah keluarga saya


: Hmmm silakan
:Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam
hidup saya.
: (angguk).

d. Kemahiran penstrukturan
Sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi
kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses
penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.
Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien
itu baru datang untuk sesi kaunseling buat pertama kali. Penstrukturan formal tidak
perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun
sekiranya klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.
Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan/tanggungjawab
kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling
akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan
antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.
Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami
apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara
yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa
selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja
yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya.

e. Kemahiran menyoal
Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah
sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk
mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan
dijawab oleh klien.
Soalan-soalan

yang

dikemukakan

haruslah

berkaitan

dengan

usaha

menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan


yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik

perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya
terggugat.
Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu
sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh
rela.

Selain

itu,

soalan

boleh

juga

digunakan

untuk

menggalakkan

atau

mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut


perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu
dilaksanakan.
Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,
mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di
dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan
tertutup dan soalan terbuka.
Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk
mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami
butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan
yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang
boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

Kepentingan setiap tahap kaunseling


a. Tahap prasesi
- Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana
khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada
peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit
tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan
dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi,
peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien.

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekodrekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor
juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu
dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah
laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan
manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu
disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang

sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.


Tahap prasesi juga penting untuk memberi keselesaan kepada klien. Di awal sesi,
kaunselor haruslah cuba menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap
berbelit-belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan
dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan
keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah
yang dijalankan tidak mengancam klien agar klein tidak berasa terancam agar
matlamat kaunseling tercapai.

b. Kemahiran membina hubungan


- Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang
dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina
suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan
-

kemesraan.
Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan
klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa.
Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien

dengan lebih mendalam lagi.


Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan
bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan
memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana
sekeliling dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan.
Menurutnya lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah
seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan

untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.


Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam sekeliling, suasana
tereutik, jarak iaitu ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, kontak mata,

kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada suara.


Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran membina
hubungan perlu diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan kejelikitan dan
suasana yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini

bukan sahaja antara kaunselor dank lien tetapi perlu memperhatikan suasana
fizikal yang kondusif dan jarak antara ke dua-duanya.

c. Penerokaan masalah
- Kemahiran meneroka

dengan

mengaplikasikan

segala

asas

kemahiran

kaunseling. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan


secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap
permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul
dan

tepat,

tetapi

terpulang

pada

kebijaksanaan

kaunselor

mencungkil

mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam


masalah itu. Semua ini akan membatu kaunselor mengenal pasti punca dan
-

pokok masalah awal.


Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses
berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus
terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua
pihak. Segala perasaan tidak logic, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor
atau klien perlu dihindari supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat

sebenar kaunseling.
Bagi menjayakan sesi

penerokaan

kaunselor

perlu

bermatlamat

untuk

mendapatkan sebanyak yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor


juga perlu mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.

d. Mengenalpasti masalah
- Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya
adalah untuk memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah
yang di hadapi klien. Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan
kaunselor setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada
peringkat ini adalah untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah
dan membentuk matlamat sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar
seperti konfrantasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan yang amat
penting.

e. Mengenalpasti dan membincang alternatif


- Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan. Mereka
akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan
kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa

sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab


menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui maklumbalas yang diterima
-

oleh klien itu sendiri.


Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada
empat strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi
informasi kepada kliennya.
1. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya
2. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur
3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah

kebaikan dan risikonya sekali


4. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu
Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu
prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil
tindakan yang sesuai bagi membantu klien.

f.

Mengambil tindakan dan menamatkan sesi


- Membuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi akaunseling
- Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi
-

mengatasi masalah yang dihadapinya.


Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan
menyakinkan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan
alternatif yang dipilih. Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien
tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di
dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor
iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan dan

pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi.


Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu
kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan
menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga
mendapat jalan penyelesaian

Perbezaan pelaksanaan kaunseling individu dan kelompok


Kaunseling individu
1. Proses terapeutik terhad antara seorang

Kaunseling kelompok
1. Proses terapeutik

kaunselor dengan seorang individu sahaja.

kaunselor dengan beberapa individu dalam

berlaku

antara

Ini bermakna interaksi yang dijalankan

kelompok itu. Interaksi yang berlangsung

melibatkan hanyalah dua hala sahaja


2. Pertolongan atau bantuan yang diterima

pelbagai hala
2. Peserta-peserta berpeluang memberi

hanya satu hala, iaitu daripada kaunselor

dan

sahaja. Ini bermakna perbincangan ini tidak

daripada kaunselor atau peserta-peserta

dipengaruhi pihak luar melainkan kaunselor

yang lain

itu sahaja
3. Fungsi kaunselor tidak berubah

3.

menerima

Fungsi

kumpulan

pertolongan

kaunselor
dalam

sama

sebagai

kelompok

ada

ketua

ini

boleh

berubah dan diambil alih oleh peserta4. Suasana selesa dan percaya lebih

peserta lain
4. Lebih sukar untuk membina situasi

mudah terbina kerana interaksi hanya

selesa dan percaya kerana pesertanya

melibatkan seorang sahaja

lebih

daripada

seorang

dan

mungkin

perasaan malu di antara peserta dengan


5. Klien hanya menumpukan perhatian

peserta lain
. Peserta dapat memerhati tingkahlaku

kepada masalahnya sahaja dan mendapat

proses penyelesaian masalah dan cara

teguran daripada kaunselor sahaja dan

mengendalikan

sebaliknya kaunselor hanya menumpukan

peserta lain

kepada seorang klien sahaja


6. Kaunselor memberi sepenuh perhatian

6. Perhatian

kepada kliennya

ramai peserta dan ini memberi peluang

masalah

oleh

peserta-

kaunselor terbahagi kepada

peserta yang merasa terancam dan kurang


7. Tidak wujud identiti kelompok , bersatu

selamat berdiam diri sahaja


7. Terdapat semangat koperatif iaitu tolong

padu

menolong, identity kelompok dan bersatu

dan

semangat

tolong

menolong

antara peserta seperti kaunseling kelompok

padu antara peserta.

You might also like