You are on page 1of 11

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU

PEMULIHAN]
3.0 PENGHASILAN AKTIVITI
Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan
matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara
perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan
apabila

Y.A.B

Mantan

Perdana

Menteri

Malaysia

Tun

Dr.

Mahathir

Mohamad

memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad
juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang
ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik.
Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan
atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek
yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah
sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu
memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat
penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik
kerana ia merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan
menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang. Tanpa kefahaman
yang jelas terhadap konsep dan kemahiran asas yang telah dipelajari pada peringkat awal
ini akan mengakibatkan proses pembelajaran seterusnya menjadi lebih sukar.
Menurut Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010) pula, operasi tambah perlu
dipelajari lebih awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran
asas dalam matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh
Cleave (2005) bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu
sama lain.
Di samping itu, kemahiran mengajar dalam setiap topik adalah sangat penting
terutamanya dalam memberikan contoh-contoh yang konkrit dan mudah difahami murid
pemulihan serta berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran pemulihan matematik seperti
kesediaan belajar. Isi pembelajaran perlu bijak disusun mengikut aras dari aras rendah ke
aras yang tinggi. Malah, latihan yang diberikan juga perlulah menimbulkan keseronokan
kepada murid pemulihan untuk diselesaikan. Namun, latihan yang diberikan tidak harus
terlalu mudah hingga murid cepat menyiapkannya dan terlalu susah sehingga menimbulkan
kebosanan kepada murid.
12

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
Untuk mengatasi masalah dalam operasi tambah dalam lingkungan 10, beberapa
aktiviti telah dirancangkan.
Aktiviti 1:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan konsep tambah
melalui proses penyatuan. Bahan bantu mengajar yang diperlukan ialah 5 batang pen,
bekas dan papan magik. Pertama, guru menunjukkan 3 batang pen yang terdapat di sebuah
bekas. Seorang murid dipilih untuk memasukkan 2 batang pen ke dalam bekas tersebut.
Seterusnya, murid diminta membilang dan menulis jumlah set yang terhasil itu di atas papan
magik. Guru juga merumuskan bahawa konsep tambah ialah kedua-dua set objek telah
dicantumkan dan menghasilkan nombor yang ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil
tambah.

Papan magik
3 batang pen
2 batang pen
Melalui aktiviti ini, ia dapat membantu untuk merangsangkan minda murid dengan
lebih banyak lagi di samping mengelakkan murid untuk menghadapi kekeliruan dalam
penambahan bagi nombor dalam lingkungan 10. Ini adalah kerana BBM ini adalah bersifat
konkrit, menarik dan mesra pengguna. Selain itu, BBM ini lebih memberikan pengalaman
hands-on kepada murid-murid. Menurut Jean Piaget, kita hanya mengingat 10% daripada
apa yang kita dengar, 30% daripada apa yang kita lihat, dan 90% daripada apa yang kita
buat. Oleh itu, aktiviti pengajaran secara hands-on sangat membantu dalam meningkatkan
penguasaan murid dalam konsep atau kemahiran yang dipelajari.
Tujuannya pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam
kepada murid-murid dalam memahami operasi tambah. Ini juga secara tidak langsungnya
boleh membantu dalam meningkatkan keyakinan diri pada murid terhadap subjek
Matematik. For some, it may be that their confidence has been severely dented by
someone who taught them maths [sic] in a forceful or unsympathetic manner, so that they
came to believe that they were no good at maths [sic] (Fewings, 2011). Oleh itu dengan
adanya BBM yang menarik dan merangsangkan minda serta peneguhan positif yang
diberikan oleh guru kepada murid-murid sememangnya dapat meningkatkan tahap
keyakinan diri murid dalam Matematik. Dengan adanya keyakinan diri, murid-murid tidak
akan berasa takut kepada subjek Matematik.

13

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]

Aktiviti 2:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan konsep tambah
melalui proses penyatuan. Bahan bantu mengajar yang diperlukan ialah gambar doremon
dan kad nombor. Pertama, guru melekatkan 2 keping gambar doremon di atas papan hitam.
Seorang murid dipilih untuk melekatkan 3 keping gambar doremon lagi di atas papan hitam.
Guru meletakkan kad nombor yang betul di bawah setiap set. Seterusnya, murid diminta
membilang jumlah set yang terhasil itu. Guru juga merumuskan bahawa hasil tambah
kedua-dua nombor ini sama dengan bilangan unsur dalam set penyatuan, iaitu 5.

Kartun adalah sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kini,
animasi kartun banyak disampaikan dalam bentuk tiga dimensi. Kartun boleh merujuk
kepada unsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan
terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kini, kartun
sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna terutama dalam aplikasi multimedia.
Walau bagaimanapun, penggunaan kartun perlu sesuai dengan kawasan pengalaman dan
skop intelektual murid-murid.
Mengikut satu kajian Dwyer, sebanyak 83% keberkesanan tercapai apabila manusia
belajar melalui deria penglihatan. Beliau juga mendapati bahawa dengan menggunakan alat
bantuan visual contohnya gambar, ia dapat memberi kesan yang lebih efektif lagi kepada
audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan
penggunaan gambar, ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman murid-murid
memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Menurut teori realisme,
rangsangan yang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan
maklumat kepada murid-murid dengan lebih berkesan.
Penggunaan gambar dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan pengekalan
maklumat dalam ingatan seseorang. Mengikut Paivio, kelebihan maklumat berbentuk imej
atau grafik, grafik dan teks berbanding hanya maklumat perkataan apabila dikod dalam
memori ialah: (a) maklumat grafik lebih mudah untuk dingat kembali daripada maklumat
perkataan, (b) kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan) meningkatkan
14

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
kemungkinan mengingat kembali kerana jika salah satu kod hilang dari memori tetapi satu
lagi kod masih ada; (c) ingatan meningkat apabila grafik dipersembahkan dan digabungkan
dengan teks; dan (d) maklumat dapat disimpan lebih lama dalam bentuk imej atau grafik
daripada maklumat berbentuk perkataan.

Aktiviti 3:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menulis ayat matematik bagi
operasi tambah. Bahan bantu mengajar yang diperlukan ialah batang kayu aiskrim dan kad
simbol. Pertama, guru menunjukkan ayat matematik dan membimbing murid membaca ayat
matematik tersebut. Contoh : 3 + 2 = 5 sebagai tiga tambah dua bersama dengan lima.
Guru menerangkan simbol tambah (+) dan sama dengan (=) dalam ayat matematik tersebut
kepada murid-murid. Selepas itu, guru akan menunjukkan kad ayat matematik yang
seterusnya dan murid diminta untuk menggunakan batang aiskrim tersebut untuk
menggambarkan hasil jawapannya. Murid harus menyebut ayat matematik tersebut setelah
mereka selesai membentuk kuantiti batang aiskrim.

tambah

3 + 2 =5

sama dengan

5 + 2 =7

Sesuatu kesilapan digolongkan sebagai kesilapan kefahaman jika murid tidak boleh
memahami kata kunci atau simbol dalam masalah bertulis dan ini menghindarkan daripada
melakukan langkah-langkah penyelesaian yang seterusnya atau seseorang murid telah
boleh membaca semua perkataan atau simbol dalam soalan tetapi tidak dapat menguasai
maksud sebenar ayat tersebut dan dengan itu tidak dapat menjalankan langkah-langkah
seterusnya dalam menyelesaikan masalah.
Dengan ini, melalui aktiviti ini, ia dapat mempertingkatkan kefahaman murid di dalam
matematik di samping mewujudkan persekitaran pengajaran yang berbeza. Ini juga
bermaksud, murid mengunakan pengalaman mereka sendiri untuk membina model
pemikiran mereka terhadap persekitaran mereka. Kesan daripada itu berbagai idea
disyorkan supaya suatu situasi pembelajaran yang berasaskan persekitaran dibina supaya
objektif sebenar pengajaran dan pembelajaran tercapai.

15

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
Aktiviti 4:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyelesaikan masalah
mudah dalam situasi harian. Bahan bantu mengajar yang diperlukan ialah kad penyelesaian
masalah matematik dan papan magik. Pertama, guru akan mengadakan pertandingan.
Murid diberi satu kotak kecil yang mengandungi kad penyelesaian masalah matematik.
Murid diminta mencabut sekeping kad penyelesaian masalah tersebut. Murid perlu menulis
ayat matematik dan menyelesaikannya dalam bentuk lazim berpandukan kad penyelesaian
masalah yang telah dicabut. Murid melakukan aktiviti ini secara individu. Guru akan sentiasa
memantau aktiviti murid. Murid yang memenangi pertandingan akan diberi ganjaran.

Kad penyelesaian

Papan magik

masalah matematik
Penyelesaian masalah

matematik

penguasaan strategi seperti memahami

maksud

dengan operasi, menjalankan operasi yang


penyelesaian yang

berayat
soalan,

telah

membabitkan kefahaman dan


menghubungkan

dikenalpasti dan

maklumat

mendapatkan

dikehendaki. Guru memainkan peranan yang penting membimbing

murid-murid cara-cara penyelesaian masalah Matematik. Oleh sedemikian, kaedah bermain


adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan
murid terutamanya murid di dalam kelas.
Melalui aktiviti tersebut, ia telah memberikan peluang kepada murid-murid
belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Murid yang
melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah
pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Bagi kanak-kanak
pula, main merupakan satu laluan yang membolehkan mereka belajar dan mengenali
persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan
manipulasi bahan dan alatan.
Secara keseluruhannya, guru perlu memberi perhatian kepada semua anak
muridnya untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa dengan
16

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
persekitaran kelas serta aktiviti kelas. Untuk kepelbagaian aras komunikasi pula, ini dapat
membantu untuk merangsang minda murid yang terdiri daripada tahap kecerdasan yang
pelbagai. Sekiranya guru asyik menggunakan aras komunikasi yang rendah, ia akan
membosankan murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi manakala
sekiranya guru asyik menggunakan aras komunikasi yang tinggi, murid-murid yang lemah
pula akan menghadapi masalah dalam memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan aras komunikasinya supaya semua murid dapat
mencapai objektif pembelajaran yang sama.

4.0 LAPORAN REFLEKTIF

Rajah 3: Slaid powerpoint

17

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
Dewasa ini, bidang Matematik merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dunia
ini. Apabila kita berbicara tentang Matematik, maka kita akan mula mengaitkannya dengan
nombor. Berdasarkan carian di laman web Wikipedia, Matematik ini boleh didefinisikan
sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang,
atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah
penyiasatan yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.
Matematik memainkan peranan yang begitu penting dalam pelbagai aspek di dunia ini.
Peranan penting

yang ditonjolkan oleh bidang Matematik ini telah membuka mata

masyarakat dunia untuk mempelajari Matematik dengan sebaiknya supaya mereka tidak lagi
ketinggalan.
Salah satu peranan Matematik ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan seharian. Masalah-masalah yang timbul ini mungkin sukar untuk
diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai pengetahuan cetek dalam bidang
Matematik. Sebagai contoh, sekiranya peniaga dan pembeli tidak tahu untuk membuat
pengiraan semasa jual beli sedang berlangsung, maka ini akan menyukarkan kedua-dua
belah pihak iaitu pihak peniaga dan pihak pembeli untuk berurusan. Hal ini juga akan
menyebabkan masa yang begitu berharga dibuang begitu sahaja kerana mereka perlu
mengambil masa yang lama untuk membuat pengiraan. Pengiraan dalam urusan jual beli
melibatkan proses Matematik. Oleh itu, untuk menjadi seorang peniaga yang berkaliber,
mereka perlulah cekap dalam bidang Matematik. Bidang Matematik bukan sahaja dilihat
dalam urusan jual beli, malah ianya juga dapat dilihat semasa ingin memasak. Tanpa
pengetahuan Matematik, maka kita tidak akan tahu bagaimana ingin mengambil sukatan
yang betul untuk menjadikan masakan kita itu lazat ataupun tidak. Justeru itu, dapatlah kita
ketahui bahawa bidang Matematik ini tidak boleh dipandang enteng sekiranya kita belum
menguasai sepenuhnya bidang ini kerana ia akan mempengaruhi kehidupan seharian kita.
Di samping itu, bidang Matematik ini juga memainkan peranan dalam bidang-bidang
ilmu lain seperti bidang Sains, Muzik, Seni dan banyak lagi. Dalam bidang Sains, para
Saintis menggunakan ilmu Matematik sebagai tunjang utama dalam memahami sesuatu
kejadian dan juga untuk menerangkan kejadian tersebut. Contohnya kejadian siang dan
malam, pasang surut air, gerhana matahari, taufan, kelajuan cahaya dan sebagainya.
Manakala dalam bidang muzik, operasi Matematik dapat dilihat dalam not-not muzik yang
dihasilkan. Setiap not yang dihasilkan ini mewakili frekuensi yang berbeza. Maka setiap not
yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Ada yang bernada
tinggi danjuga ada yang rendah. Pemuzik yang menghasilkan not-not untuk membentuk
18

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
sebuah lagu yang boleh membuai perasaan pendengar adalah seorang yang mempunyai
pengetahuan yang baik dalam kedua-kedua bidang ini kerana mereka pandai mengaitkan
antara Matematik dan Muzik. Matematik juga dapat dikaitkan dengan bidang seni. Bentukbentuk yang dihasilkan dalam bidang seni boleh dilihat daripada bentuk-bentuk geometri
yang dipelajari dalam Matematik. Justeru, bidang Matematik ini mempunyai peranan yang
begitu besar kepada masyarakat dunia kerana ia saling berkait antara satu perkara dengan
satu perkara yang lain. Sekiranya sesebuah masyarakat itu menguasai ilmu Matematik ini
sepenuhnya, maka ia akan memudahkan mereka untuk melaksanakan sesuatu kerja
dengan sebaiknya kerana di dunia ini, ilmu Sains, Matematik, dan sebagainya tidak pernah
lari daripada diri manusia.
Oleh itu, dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya bidang Matematik kepada
masyarakat sejagat. Faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas adalah mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Dengan itu, beberapa
aktiviti perlu dirancang. Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa
yang paling untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak
mudah menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda
baru.
Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada guru.
Bagaimana kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada pendekatan yang
guru itu menggunakan untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajar-pelajarnya. Guru
pula perlu tahu bagaimana hendak membuat seseorang pelajar berminat terhadap
pengajaran yang diberikan. Guru perlu menggunakan pendekatan yang mampu menarik
perhatian pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar terutama mata pelajaran matematik.
Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat membuat pelajar mudah
faham apa yang diajar dan dapat mengingatinya sampai bila-bila.
Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap
mata pelajaran matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek matematik
maka guru perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar
yang sepatutnya dengan penuh dedikasi dan hikmah.
Guru pula jangan sekali-kali biarkan pelajarnya patah semangat dalam matematik.
Pastikan prestasi pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa ambil berat jika ada
bahagian yang peljar tidak faham. Guru juga jangan patahkan semangat pelajar dengan
memarahi atau memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan untuk
19

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]
sesuatu masalah matematik. Melalui aktiviti yang dirancang, guru juga perlu menggalakan
mereka mengguanakan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah matematik
yang kompleks dan susah. Guru mesti menggilapkan kekreativiti dalam diri pelajar.
Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kreativiti adalah wujud secara semulajdi
namun kita masih boleh untuk menggilapkan dalam diri kita.
Apa yang dapat disimpulkan di sini, Matematik adalah satu subjek yang wajib dididik
kepada kanak-kanak sewaktu kecil kerana semakin lama. Manusia semakin membesar,
semakin banyak digunapakai dalam kehidupan yang nyata ini. Bukan sahaja itu, desakan
dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami kerana teknologi kini
banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalam kehidupan seharian
sama ada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak. Matematik ini pasti akan memberi
impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasan intelek seseorang itu dapat
mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yang berguna pada masa akan
datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amat besar dalam proses pertukaran
barang yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa
matematik maka mundurlah pembangunan manusia, pincang pemikirannya dan bantutlah
perkembangannya.

20

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]

5.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan
penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan
mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru, ianya membuatkan minat mereka untuk terus
belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba
memahami sesuatu pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka dan adakalanya
andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran
mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik.
Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan
penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman
dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih
tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hiraki.
Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan
konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982),
sesuatu pelajaran matematik yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur-unsur seperti
eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru
serta perbincangan antara pelajar itu sendiri.
Di samping itu, pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai,
latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki
pelbagai

cara penyelesaian masalah matematik. Dewey (1859) melalui bukunya The

School and Society (1899) dan The Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan
bahawa asas pengajaran berbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi
pendidikan masa kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian,
pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul
dan bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang
pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Pembelajaran adalah suatu
proses yang aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan
kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu diberi peluang berbincang
dan bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.

21

[ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU


PEMULIHAN]

RUJUKAN
Sistem

Nombor

Asas

10.

(2013).

Didapatkan

dari

http://math-

primary.blogspot.com/2013/01/sistem-nombor-asas-10.html
Abreza, S. &. (2011). Penyelesaian Masalah. Didapatkan dari Abreza, S. &. (2011).
Penyelesaian

Masalah.

Didapatkan

dari

http://cikgujumrah.blogspot.com/2014/03/pendekatan-proses-dalam-pengajaran.html
Ali, I. (2012). Aku dan Bintang. Sarawak: Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium
Sultan Iskandar.
Braten. (1998). 'Step-ladder Addition' Sebagai Kaedah Alternatif Penambahan Melibatkan
Pengumpulan Semula Nombor Empat Digit. Didapatkan dari http://www.sharepdf.com/2013/12/4/742a9ff5ae9a43319ab8a3c2980a2816/123103223-m.htm
Buku

Panduan

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Matematik.

(t.t).

Didapatkan

dari

https://app.box.com/s/t237wv02zni4d03i0ggt
Cleave. (2005). Penggunaan Strategi 'Kenapa Tambah 1?' Bagi Meningkatkan Penguasaan
Murid Tahun 2 Dalam Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula. Didapatkan
dari http://www.scribd.com/doc/171585405/110928177-Penggunaan-Strategi
Sufean. (1992). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Selangor: Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan.
Zawawi, M. A. (2010). Penggunaan Strategi Kenapa Tambah 1? Bagi Meningkatkan
Penguasaan Murid Tahun 2 Dalam Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula.
Didapatkan

dari

http://www.scribd.com/doc/171585405/110928177-Penggunaan-

Strategi

22

You might also like