You are on page 1of 17

Sistem Penghantaran Elektrik di

Malaysia
OLEH:
NORANIZAH BINTI SOLIHIN
JKE,PMM

PENGENALAN

Pembekalan kuasa eletrik ialah satu sistem perhubungan

untuk menghantar kuasa elektrik kepada pengguna, baik


untuk perindustrian, perumahan dan lain lain.
Pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna perlu
melalui 3 peringkat:
Penjanaan
Penghantaran
Pengagihan

Tenaga elektrik dijana di stesen janakuasa dan

ditingkatkan voltannya sebelum dihantar ke pencawang


masuk utama di destinasi tertentu.

Rajah 1.1: Sistem Penghantaran dan pengagihan di Malaysia

Sistem Penghantaran

Sistem penghantaran berfungsi sebagai medium penghantaran

bekalan kuasa.
Ia merupakan proses penghantaran tenaga elektrik yang
bermula dari penjana di stesen janakuasa hingga ke punca
pencawang masuk utama bervoltan tinggi.
Terdapat tiga kaedah umum bagi penghantaran iaitu:
Talian atas

Dasar laut
Bawah tanah

Namun begitu penghantaran talian atas paling banyak

digunakan Di Malaysia.
Disebabkan keperluan keselamatan yang tinggi, kabel bawah
tanah memerlukan pembinaan yang rapi dan kos pembinaan
kabel bawah tanah boleh jadi berganda-ganda sekiranya di
banding dengan pembinaan talian di ruang udara.

Sebelum melalui peringkat penghantaran, voltan 11kV

daripada stesen janakuasa akan disalurkan ke pengubah yang


berfungsi sebagai menaikkan atau menurunkan voltan arus
ulang-alik. Pengubah akan menaikkan voltan sehingga ke
132kV, 275kV, dan 500kV.
Tujuan menaikkan voltan penghantaran adalah untuk
merendahkan arus yang mengalir melalui kabel
penghantaran.
Ini akan memberi kesan yang baik kepada sistem
penghantaran seperti pelepasan haba dalam kabel dapat
dikurangkan, penggunaan saiz kabel yang lebih kecil dan susut
voltan dalam kabel dapat dikurangkan.

Sistem penghantaran ini dibahagikan kepada dua peringkat

asas:

Voltan
Rendah
Dihantar kepada
industri kecil, rumah
mahupun bangunan.

Voltan
Tinggi

Dihantar kepada
industri-indusri besar

Rajah 1.2: Talian Voltan Tinggi dan Voltan Rendah

Sistem Penghantaran Talian Atas


Terdapat tiga jenis talian penghantaran iaitu:
Talian pendek

panjang talian kurang


daripada 60 km
Voltan di bawah 20 kV
prestasi talian pendek
adalah bergantung
kepada rintangan dan
kearuhan yang terdapat
pada talian
penghantaran.

Talian sederhana

Talian panjang

panjang talian kurang


daripada 60km hingga
150 km
Voltan di bawah 20 kV
- 100kV

panjang talian lebih


daripada 150 km
Voltan adalah lebih
100kV

Jika dibandingkan kedua-dua talian ini dengan talian pendek, kesan

kehilangan disebabkan kerintangan dan kearuhan dalam pengalir adalah


lebih banyak dan besar.
maka ia juga turut mempengaruhi kecekapan talian penghantaran.

Sistem Grid Nasional

Biasanya di dalam satu sistem elektrik, sistem grid digunakan

dalam talian penghantaran kuasa eletrik berperanan untuk


mengalirkan kuasa eletrik dari satu tempat ke satu tempat
dengan optimum dan cekap.
Grid Nasional ialah jaringan talian penghantar elektrik yang
menghubungkan janaan, penghantaran, pembahagian dan
penggunaan elektrik di Malaysia.
Di Semenanjung Malaysia, talian penghantaran kuasa eletrik
adalah dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Merentasi Semenanjung, rangkaian grid ini menghubungkan

stesen-stesen janaelektrik TNB dan Penjana Bebas (IPP)


dengan rangkaian sistem pembahagian.
Grid ini juga disambungkan dengan sistem penghantaran
Thailand di Utara dan sistem penghantaran Singapura di
selatan.

Rajah 1.3: Sistem Grid Nasional di Semenanjung Malaysia

SISTEM GRID
NASIONAL
dibangunkan apabila Stesen
Janaelektrik Bangsar di Kuala
Lumpur disambung kepada stesen
Janaelektrik Jambatan Connaught
di Kelang.

Daripada hanya rangkaian 66 kV,


ianya telah berkembang kepada 500 kV.
Sistem penghantaran 500kV adalah
sistem penghantaran tunggal terbesar
pernah dibangunkan di Malaysia.

kemudiannya telah diperluaskan


ke Stesen HidroCameron Highland
dan Stesen Janaelektrik Prai
diutaraSemenanjungMalaysia dan
juga Melaka di selatan.

Rangkaian Grid Nasional meliputi


kira-kira 18,395 kilometer l itar
talian atas penghantaran, 777
kilometer-litar kabel bawah tanah
dengan 385 Pencawang

Rajah 1.4: Data Kelengkapan Pepasangan Sistem Penghantaran pada 31


Ogos 2009 (Laporan TahunanTenaga Nasional Berhad,2009)

Kesan Talian Voltan Tinggi Terhadap


Kesihatan Manusia
Adakah Talian Voltan Tinggi memberi kesan kepada
kesihatan manusia.?
Medan Elektrik dan magnet terhasil dari pengaliran arus
elektrik.
Medan elektrik yang terhasil dari tubuh adalah sangat rendah
berbanding dengan medan elektrik semulajadi yang sedia ada
dalam tubuh.
Walaubagaimanapun medan magnet yang dihasilkan dari
talian kuasa voltan tinggi adalah sangat rendah berbanding
dengan medan magnet bumi dalam lingkungan300 500
milliGauss.

Menurut Laporan Tahunan Tenaga Nasional Berhad(2009),

purata bacaan EMF yang dihasilkan oleh pepasangan


penghantaran adalah pada kadar 13 milliGauss,
ianya satu kadar yang jauh lebih rendah dari tahap
pendedahan yang diterima pakai di peringkat
antarabangsa,iaitu 1000 milliGauss yang dicadangkan oleh
International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection (ICNIRP) untuk pendedahan EMF kepada
sebarang pepasangan atau peralatan elektrik.

Sehingga kini kesan secara terbukti masih lagi belum ditemui.

Ini diakui oleh WHO.


Dalam penyelidikan ke atas binatang,seperti tikus ia dapat
hidup sehingga beberapa keturunan pada frekuensi
50Hz/60Hz dengan medan magnet setinggi 10,000
milliGauss , nilai ini adalah beribu kali lebih tinggi dari
medan magnet talian voltan tinggi,tanpa memberi apa-apa
kesan kesihatan.

You might also like