You are on page 1of 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

ASSIGNMENT TITLE

Name:DARMA BINTI RAMLI


Matric number:700227135688001
NRIC:700227-13-5688
Telephone number:012-4583359
E-mail address:ema_munir@yahoo.com.my

Tutors name:Tutors online


Learning Centre: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

MEI 2014 Semester

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN..

1,2

factor yang membentuk etika individu,

3,4

Tiga Faktor yang Membentuk Etika Individu

5,6,7,8

Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral

9,10,11

KESIMPULAN..

12

RUJUKAN..

13

PENGENALAN.
Pembentukan etika membawa makna sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh
diterima dari segi akhlak.Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa
untuk setiap individu. Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang
individu itu sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang
berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang
dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh
diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu. Secara umumnya
etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada
makna sesuatu tindakan. Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi
merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan
tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Daripada sudut bahasa, etika atau ethics bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah
laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang falsafah
yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah
etika adalah berbeza daripada undang-undang keagamaan dan budaya. Pendekatan secara
peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang
dilihat kepada kehidupan manusia. Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada
bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud falsafah moral. Etika merupakan salah satu
cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika
adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah. Salah satu aspek utama etika
ialah kehidupan baik, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan. Pencarian summum
bonum atau kebaikan yang terbaik merupakan salah satu isu utama dalam etika. Tindakan
yang betul akan membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral
akan mengakibatkan hasil yang sebaliknya.

1.

Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, iaitu sesuatu yang
dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik ataupun buruk
(Ahmad Khamis, 1999). Berdasarkan definisi etika yang telah dibincangkan, etika berkaitan
dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab, keadilan dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa etika ialah
prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab untuk menentukan tindakan yang diambil
oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau sebaliknya. Setiap individu
perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat di
sekelilingnya. Individu yang tidak mempunyai etika yang seimbang akan membawa kepada
konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan
sebagainya.
Sementara Etika Profesional pula digunakan untuk menilai prinsip,moral untuk sesuatu
kumpulan yang direka atau dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan
sesuatu tugas atau penggunaan sumbar yang ada untuk membuat keputusan ataupun bertindak
mengikut etika yang ditentukan. Etika Profesional juga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan
kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan
kepakaran. Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang
profesional. Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika profesional merupakan satu alat kawalan
sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi
dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa. Secara ringkasnya, etika profesional
boleh disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional
dan nilai.
Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap kakitangan
dalam melakukan tugasan yang mereka pikul. Etika tersebut perlu dipatuhi untuk mengelakkan
sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika menjalankan tanggungjawab.
Kesimpulannya, etika profesional ialah satu garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan
tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi.
2.

Etika profesional memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,
peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini perlu
difahami dan diaplikasikan oleh setiap anggota masyarakat dalam apa juga perkara yang
dilakukan.

factor yang membentuk etika individu,


1. Pengaruh keluarga Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikut etika dari
kelakuan ibu bapa mereka.Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik,maka
kanak-kanak tersebut akan mempunyai etika atau kelakuan yang baik.Begitu juga
sebaliknya ,sekiranya ibu bapa menunjukkan etika yang tidak baik,maka kelakuan tersebut
akan menjadi ikutan kanak-kanak tersebut.Semua agama di dunia ini menggesa ibu bapa
menjaga nilai etika mereka supaya mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan
mempunyai etika yang baik.
2. Pengaruh rakan Pengaruh rakan merupakan faktor yang kuat mempengaruhi etika
seseorang. Ada orang berkata; untuk melihat perwatakkan dan peribadi seseorang, kita
hanya perlu melihat perwatakkan rakan mereka.Sekiranya kita berkawan dengan golongan
orang yang baik maka baiklah etika kita .Tetapi sekiranya kita berkawan dengan golongan
yang tidak baik maka kita akan terikut-ikut semua perbuatan yang tidak baik tersebut.Oleh
itu diingatkan jika mamilih kawan,pilihlah yang berhati mulia serta boleh membawa kita
kearah kebaikan.
3. Pengalaman hidup Banyak peristiwa penting, sama ada positif atau negatif,
bergantung kepada pengalaman hidup seseorang. Sekiranya perbuatan mencuri yang
dilakukan tidak mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang akan beranggapan
kegiatan mencuri tidak menjadi satu kesalahan dan sebaliknya.Tetapi sekiranya seseorang
dihukum kerana mencuri,maka mereka mengetahui bahawa mencuri adalah satu
kesalahan.

3.

4. Nilai peribadi dan prinsip moral Nilai dan prinsip moral juga dipengaruhi oleh
kedudukan seseorang.Seseorang yang terlalu mementingkan kejayaan pangkat dan
kewangan sering kali bertindak berdasarkan keuntungan tanpa mengira kesannya terhadap
orang lain.Begitu juga sekiranya seseorang terlalu mementingkan keluarganya pula akan
mempunyai etika yang berlainan.
5. Faktor keadaan Faktor keadaan juga boleh mempengaruhi tindakan seseorang yang
keadaan boleh menyebabkan seseorang melanggar etika tersebut. Contohnya seorang ahli
perniagaan boleh bertindak mengubah keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai
yang akan dikenakan.

4.

Tiga Faktor yang Membentuk Etika Individu


Faktor-faktor seperti pengaruh keluarga, pengaruh rakan dan pengalaman hidup merupakan
beberapa faktor yang utama dalam membentuk etika individu. Faktor-faktor tersebut akan
dibincangkan di bawah.
Pengaruh Keluarga
Ahli-ahli keluarga merupakan sekumpulan individu yang paling hampir dengan kanak-kanak
semasa mereka membesar. Ibu bapa dalam sesebuah keluarga mempunyai pengaruh yang besar
terhadap pembentukan etika kanak-kanak. Segala kelakuan dan perbuatan yang diamalkan oleh
ahli-ahli keluarga terutamanya ibu bapa akan ditiru dan diamalkan oleh kanak-kanak. Oleh itu,
sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang positif, maka kanak-kanak tersebut akan
meniru dan mengamalkan etika positif tersebut dalam kehidupan mereka. Ibu bapa yang
mengamalkan gaya hidup yang bersih, sihat serta menghormati orang lain akan turut
mempengaruhi etika anak-anaknya. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa seperti ini akan
membesar menjadi individu yang beretika, menghormati orang lain dan menjadi seorang
warganegara yang berguna.
Tetapi sekiranya ibu bapa kanak-kanak tersebut menunjukkan etika yang negatif, maka
kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan membesar dengan perilaku dan etika yang
negatif.
1.Contohnya,
seorang bapa yang melakukan penderaan fizikal terhadap anak-anaknya boleh mendatangkan
kesan negatif ke atas fizikal dan psikologi mereka. Isu penderaan ialah suatu isu yang berkaitan
dengan salah laku jenayah yang boleh menyebabkan seseorang menerima akibat atau kesan
buruk daripada penderaan. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan akan mengalami
trauma yang berpanjangan dan akan mempengaruhi hidupnya sehingga dewasa.

Apabila individu tersebut berkeluarga dan mempunyai anak, besar kemungkinan dia juga akan
menjadi seorang pendera. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya menjadi seorang idola dan contoh
terbaik kepada anak-anaknya dengan mengamalkan perilaku yang beretika.
2. Contohnya
Asuhan dan cara didikan ibu bapa terhadap kanak-kanak juga mempengaruhi pembentukan etika
mereka. Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mewujudkan individu yang
begitu taat kepada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya, ibu bapa
yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak
bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan
membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat
anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak yang membesar dalam suasana yang
kondusif akan menjadi seorang individu yang aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.
3.Contohnya
Corak kehidupan ibu bapa juga dapat mempengaruhi etika anak-anak,dimana sekiranya ibu bapa
tersebut mengamalkan cara kehidupan yang bersederhana dan taat kepada perintah tuhan,
berakhlak mulia serta sentiasa berbuat baik sesama manusia.Maka jika anak-anak tersebut
dewasa mereka juga akan mengamalkan cara kehidupan yang telah diterapkan oleh ibu bapa
mereka
Pengaruh Rakan
Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses pembentukan etika dalam
diri individu. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat
remaja. Apabia mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh
yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan
untuk diterima oleh kumpulan rakan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan
menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpuan tertentu. Ini boleh membawa sama
ada kesan positif ataupun negatif.
6.

1. Contohnya,
sekiranya rakan-rakan dalam sesebuah kumpulan rakan sebaya tersebut mempunyai standard
etika yang tinggi seperti mementingkan disiplin diri dan pelajaran maka besar kemungkinan
individu-individu dalam kumpulan tersebut juga akan menerima standard etika tersebut.
Tetapi pengaruh rakan sebaya juga kadang kala mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan
seperti vandalisme. Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja
biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme
merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul
maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
2.Contohnya.
Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu di luar jangkaan
untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral dan tidak
bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme dalam kalangan remaja seperti Black
Metal sudah cukup memberi cabaran kepada ibu bapa, guru-guru, kerajaan dan masyarakat untuk
membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat. Kesimpulannya,
pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap, tingkah laku dan etika individu terutamanya
mereka yang berasal daripada keluarga bermasalah dan tercicir dalam pelajaran.
3.Contohnya,
Pengaruh rakan sebaya cukup hebat dan sangat membimbangkan dewasa ini.Ini kerana sekiranya
rakan mereka bermasalah,maka secara langsung akan melibat orang sekeliling mereka terutama
sekali rakan rapat.Sekiranya rakan tersebut mengajak mereka mencuri serta memceritakan dan
menunjukkan kemewahan hasil dari mencuri,secara tidak langsung rakan tersebut terpengaruh.

7.

Faktor Keadaan
Dalam sesebuah masyarakat yang sedang dilanda arus pembangunan pesat, wujud banyak
peluang dalam pelbagai bidang kehidupan.

Antaranya ialah peluang untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik sama ada melalui bidang
perniagaan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, perumahan, kemudahan dan infrastruktur.

Dengan terbukanya peluang, maka berlakulah ketidakseimbangan antara seseorang individu atau
sesebuah organisasi dengan individu atau organisasi lain dalam perebutan mendapatkan peluang
itu bagi memenuhi kehendak, keperluan atau kepentingan masing-masing.
2.Contohnya
Disebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahagian masing-masing dalam dunia
yang serba mencabar, maka akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan singkat dengan
menggunakan pendekatan tidak jujur, tidak amanah atau tidak telus. Mereka sanggup melanggar
nilai etika yang telah diamanahkan kepada mereka untuk dilaksanakan.

Ini dibuat demi merealisasikan matlamat dan cita-cita peribadi atau kelompoknya yang tidak
mengenal batasan baik atau buruk, benar atau salah, pahala atau dosa. Disebabkan desakan hidup
yang ingin kemewahan maka mereka sudah tidak memperdulikan halal atau haram.

Perbuatan itu sama ada secara langsung atau tidak sebenarnya merampas dan menafikan hak
orang lain yang sepatutnya lebih layak untuk mendapatkan peluang yang sama.
3.Contohnya,
Seseorang yang menyara hidupnya dengan meragut hak orang lain atau meminta rasuah akan
terus menjalankan aktiviti tidak beretika tersebut sekiranya tidak mendapat tentangan atau
hukuman. Selagi dia belum ditangkap dan dijatuhkan hukuman, dia akan terus melakukan
kegiatan tersebut kerana merasakan perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan besar.
8.

Tetapi sekiranya individu tersebut dihukum kerana perbuatan mereka, maka dia akan mengetahui
bahawa perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan besar. Sifat tamak haloba yang berpunca
daripada kerakusan segolongan manusia yang tidak mengambil kira kesejahteraan masyarakat
umum tetapi mengutamakan kepentingan peribadi bagi individu ataupun kelompok yang
diwakilinya semata-mata. Dalam erti kata lain, kesan jangka panjangnya bukan saja dirasai oleh
pihak yang terbabit secara langsung dalam perlakuan seumpamanya, malah turut mengheret
keseluruhan sistem atau struktur di dalam masyarakat dan negara untuk menerima bahana
daripada amalan rasuah ini.
Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral
Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh masyarakat untuk
mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published), diterima (generally accepted)
dan dikuatkuasakan (enforced). Secara ringkasnya, undang-undang adalah satu set peraturan
yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai atau mengawal kelakuan di dalam sesebuah
masyarakat. Semua keputusan yang akan diambil perlu ditentukan oleh undang-undang kerana
masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara kolektif oleh anggota
masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat apabila berlaku dilema
moral.
Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Salah satu daripada
kepentingan undang-undang ialah mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira
pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya. Ini terbukti apabila undangundang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam
sesebuah negara. Selain daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen keamanan
dan kesejahteraaan. Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada
melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai. Individu yang
melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan
mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada si pelaku dan
orang ramai. Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan terpelihara dan
akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik yang stabil dapat diwujudkan.
9.

Apa yang paling utama ialah, undang-undang dapat dijadikan sebagai panduan untuk pilihan
moral. Ini bermaksud seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada
undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika sama ada di dalam atau di luar
organisasi. Setiap individu yang tinggal di dalam negara Malaysia tertakluk di bawah Akta
Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang bertujuan untuk melindungi rahsia keselamatan negara. Akta
ini boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berlaku situasi seperti berikut. Romeo, anak
seorang imigran daripada sebuah negara jiran kini bertugas sebagai anggota polis di sebuah
daerah di pantai timur Sabah. Walaupun keluarga Romeo sudah lama menetap di Malaysia,
namun mereka masih mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-ahli keluarga di negara asal
mereka. Romeo menghadapi dilema etika apabila berlaku konflik di antara kerajaan dengan
sebuah kumpulan militan di negara asal ayahnya.
Sepupu kepada ayahnya, seorang jeneral dalam kumpulan tersebut meminta Romeo untuk
menyalurkan maklumat tentang rahsia dan kekuatan pihak polis di daerah tersebut
kepadanya. Romeo percaya maklumat tersebut akan digunakan untuk menyerang balai-balai
polis di daerah tersebut. Sebelum mengambil tindakan yang sesuai, Romeo terpaksa
menimbangkan beberapa faktor seperti tali persaudaraannya dengan jeneral tersebut,
keselamatan keluarganya dan juga kesetiaannya kepada negara. Sebagai anggota keselamatan,
Romeo merujuk kepada undang-undang sebagai panduan kepadanya untuk bertindak. Sekiranya
dia bersetuju untuk menyampaikan maklumat tentang kekuatan dan rahsia polis tersebut kepada
pihak musuh, kemungkinan besar Romeo akan dianggap sebagai pengintip. Seksyen 3 iaitu
pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia dalam
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) memperuntukan penjara seumur hidup kepada
pesalahnya. Atas nilai etika yang tinggi dalam diri dan kesetiaannya kepada negara, akhirnya
Romeo mengambil keputusan bijak menolak permintaan jeneral tersebut dengan tegas.
Walaupun Romeo telah menolak permintaan jeneral tersebut, dia masih percaya bahawa
kumpulan militan tersebut pasti akan mengotakan hasrat mereka untuk menyerang balai-balai
polis di daerah tersebut dalam masa yang terdekat. Romeo juga sebenarnya masih lagi
menghadapi dilema etika, kerana berpandukan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dia
masih lagi boleh dikenakan tindakan undang-undang.
10.

Ini kerana mengikut Seksyen 7 (a) akta yang sama, dia masih boleh dipenjara tidak kurang
daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun atas kesalahan tidak melaporkan
kejadian bahawa terdapat individu yang meminta rahsia rasmi. Sebagai seorang anggota polis
yang menjunjung tinggi undang-undang dan rasa tanggungjawab untuk mengekalkan
keselamatan dan keamanan, akhirnya dia melaporkan perihal jeneral dan kumpulan militan
tersebut kepada pegawai atasannya.
Undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berhadapan dengan
dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya, seorang pembantu jurutera telah
menemui bukti bahawa seorang jurutera awam di sebuah jabatan kerajaan telah menerima rasuah
untuk memberikan kelulusan sijil layak menduduki bangunan apartmen kos sederhana yang telah
siap dibina. Setelah membuat pemeriksaan, pembantu jurutera tersebut telah mendapati banyak
spesifikasi yang tidak dipatuhi dan berkemungkinan menimbulkan masalah keselamatan pada
masa akan datang. Dia ingin membuat aduan kepada pihak-pihak berwajib mengenai perkara
tersebut tetapi bimbang tindakannya itu boleh menjejaskan kerjaya dan keselamatan
dirinya. Atas nasihat rakan-rakan serta nilai etika yang tinggi, akhirnya dia melaporkan perkara
tersebut kepada pihak berwajib kerana yakin dia akan dilindungi oleh Akta Perlindungan
Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. Akta yang
baru digubal ini memperuntukan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah
mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Perlindungan yang diberikan merangkumi,
perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba
dikenakan terhadap pemberi makumat dan juga perlindungan terhadap tindakan yang
memudaratkan.

11.

KESIMPULAN
Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan kepada
perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, ternyata etika membantu membentuk
keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Daripada sudut individu,
seseorang yang beretika sentiasa menjaga perilaku dirinya agar tidak bertentangan dengan nilai
dan kehendak moral sesebuah masyarakat.
Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya membentuk sifat-sifat
sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental pula, orang yang
beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Individu seperti
ini akan sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk sesuatu perkara sebelum
mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa mengamalkan etika yang baik
mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana sahaja dia berada kerana
nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak- tanduknya.
Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai nilai etika
yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat yang lebih progresif, aman,
damai dan harmonis. Negara juga akan turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang
tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan
etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang. Sejarah telah
membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama
akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Melaka dan banyak
lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika
lagi.
2938 patah perkataan.

12.

RUJUKAN

http://cgisaiman.blogspot.com/2013/04/oumm3203-etika-profesional.html
http://oumganu.wordpress.com/2011/07/19/professional-ethics-versi-malaya/
MODUL OUMM3203 Professional Ethics
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6653-jati-diri-umat-terhakis-akibat-langgaretika-moral

13.

You might also like