You are on page 1of 44

1

PEMBANGUNAN POLITIK
DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA

Konsep dan sejarah modenisasi
Konsep pembangunan politik dan pembinaan negara
bangsa
Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka
Pendekatan Islam dalam pembangunan politik

Konsep Modenisasi
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan
dalam segala aspek kehidupan masyarakat dan negara.
Perubahan yang dialami boleh berlaku secara berencana atau tidak
berencana.
Perubahan berencana adalah suatu proses dimana matlamat,
metode dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum
suatu perubahan dilaksanakan.
Perubahan berencana inilah yang kemudian disebut sebagai
modenisasi.
Modenisasi dalam pembangunan politik adalah merupakan suatu
proses perubahan secara berencana yang melibatkan perubahan
dalam tadbir urus negara daripada cara lama kepada cara baru dan
terkini.


2
Sejarah Modenisasi
Dari segi sejarah modenisasi sebenarnya bermula di Eropah
Barat akibat daripada dua revolusi besar iaitu Revolusi Perancis
yang mengubah sistem politik feudal kepada pengasingan politik
pemerintahan dengan agama) dan Revolusi Perindustrian yang
mengubah sistem ekonomi daripada sara diri kepada skala
industri.

Render therefore unto Caesars the things which be
Caesers,and unto God the things which be Gods

(Luke 20: 25)


3
Modern dan tradisional
4
Konsep Pembangunan Politik
Pembangunan politik merupakan perubahan berencana yang
melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara daripada cara lama
kepada cara baru dan terkini.
Perubahan yang dimaksudkan meliputi:
Perubahan daripada sistem pemerintahan beraja kepada
pemerintahan raja berperlembagaan
Perubahan daripada pemerintahan yang dikuasai oleh orang
Melayu sepenuhnya kepada pemerintahan atas dasar perkongsian
kuasa.
Perubahan daripada sistem monarki kepada pemerintahan
berdasarkan demokrasi
Perubahan daripada sistem pemerintahan berteraskan Melayu
/Islam kepada sistem pemerintahan berteraskan kehendak
penjajah Inggeris/ demokrasi .

5
Samb..
Perubahan berencana dalam pembangunan politik di Malaysia melibatkan:
Perubahan struktur politik iaitu perubahan daripada struktur politik yang
bersifat feudal kepada trias politica (pembahagian kuasa pemerintahan
kepada tiga badan yang terpisah; kehakiman, perundangan dan eksekutif).
Sekularisasi budaya politik iaitu perubahan daripada pemerintahan yang
tidak memisahkan antara agama dan budaya kepada pemerintahan yang
memisahkan antara agama dan negara.
Penyertaan rakyat secara aktif iaitu perubahan daripada pemerintah /raja
memerintah ikut keturunan kepada rakyat berhak menentukan pemimpin
mereka.
Pembangunan politik dalam konteks demokrasi dianggap sempurna apabila
terdapat komponen berikut:
Parti-parti politik
Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
Perlembagaan negara; dan
Pilihan raya

6
Sistem Kita
7
Matlamat pembangunan politik
Matlamat pembangunan politik di Malaysia membina satu negara
dan satu bangsa yang aman, makmur dan dikagumi oleh dunia.
Negara-bangsa bermaksud suatu wilayah yang mempunyai
sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau
bangsa.
Terdapat suatu pemahaman bahawa suatu bangsa harus membentuk
suatu Negara. Malangnya, akibat daripada proses migrasi dan
peperangan atau penjajahan, terdapat bangsa yang tidak
bernegara, atau negara yang tidak berbangsa.
Cabaran membina sebuah negara bangsa:
Proses migrasi dan perpindahan penduduk
Penjajahan atau penaklukan
Gabungan wilayah yang berbeza
Gabungan etnik yang berbeza
Gabungan kerajaan yang berbeza.



8
1 Malaysia
9
10
Proses Pembinaan Negara Bangsa
Proses membina negara-bangsa adalah melalui beberapa kaedah
yang bersifat top-down seperti:
Penghayatan ideologi negara (Rukun Negara)
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Bahasa Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pembangunan Nasional
DSB
Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat menyatupadukan kanak-kanak
sekolah berbilang kaum, melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan
terlatih serta berusaha memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politik.

Sebelum 1956
1) Menggantikan sekolah vernakular (bersifat perkauman) Melayu, Cina dan India dengan sekolah
kebangsaan.
2) Bantuan kewangan kerajaan kepada sekolah Cina dan India dihentikan.
3) Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua
4) Melanjutkan tempoh persekolahan peringkat rendah kepada enam tahun

Selepas 1956
1) Mentafsir semula maksud sekolah kebangsaan
2) Penggunaan sukatan pelajaran yang sama dan berorientasikan kebangsaan
3) Bahasa kebangsaan wajib dipelajari
4) Sekolah jenis kebangsaan diiktiraf dan mendapat pembiayaan kerajaan

11
Samb
Dasar Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan
undang-undang.
Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan
rasmi
Bahasa Inggeris boleh terus digunakan dalam tempuh sepuluh
tahun selepas merdeka.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Budaya kebangsaan hendaklah berteraskan kepada budaya asal
rakyat rantau ini
Unsur-unsur budaya lain yang tidak bercanggah dengan budaya
asal rakyat rantau ini boleh diterima
Islam sebagai landasan budaya kebangsaan

12
Samb
Dasar Ekonomi Baru
Mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan
etnik mengikut fungsi ekonomi.

Dasar Pembangunan Nasional
Keseimbangan pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang
adil
Pembangunan seimbang semua sektor ekonomi
Kurang dan hapus ketidakseimbangan ekonomi antara etnik
Kurangkan jurang agihan ekonomi yang luas.
Membangunkan masyarakat yang progresif dan menikmati
kesejahteraan hidup
Memastikan pembangunan negara seimbang dengan perlindungan
alam sekitar.


13
Ukuran pencapaian pembinaan negara
bangsa

Ukuran pencapaian pembinaan negara-bangsa dapat diukur:
Kejayaan dasar-dasar nasional
Kekerapan konflik antara etnik
Kekerapan pilihanraya
Perbandingan dengan negara lain
Kebebasan bersuara
Dsb
14
15

LATARBELAKANG POLITIK MALAYSIA
SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Semasa penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses
politik dan pentadbiran adalah terhad.
Kesedaran politik rakyat tempatan mula timbul dipenghujung
penjajahan Jepun.
Faktor yang membangkitkan kesedaran:
Pengaruh luaran iaitu Timur Tengah, Indonesia, China dan India
Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu
Di Sabah dan Sarawak arus politik bermula ketika penyerahan
negeri berkenaan kepada Inggeris untuk ditadbirkan sebagai tanah
jajahan pada pertengahan 1940an.
Parti-parti politik di Malaysia mempunyai asal-usul dan sejarah
bertitik tolak daripada konflik perkauman.
Wujud pelbagai parti berdasarkan etnik.



16
Parti Mengikut Etnik Di Semenanjung Sebelum
Merdeka
Etnik Melayu
PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), ditubuhkan Oktober 1945.
Hizbul Muslimin, ditubuhkan tahun 1948.
UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), ditubuhkan 11 Mei 1946.
PAS (Parti Islam Se Malaya), ditubuhkan tahun 1951.
Parti Negara, ditubuhkan 1954.
Etnik Cina
PKM (Parti Komunis Malaya), ditubuhkan tahun 1942.
MDU (Malayan Democratic Union), ditubuhkan 1945.
AMCJA (All Malaysian Council of Joint Action) ditubuhkan bulan Sept 1946.
MCA (Malayan Chinese Association), ditubuhkan bulan Februari 1949.
Etnik India
MIC Malaysian Indian Congress), ditubuhkan bulan Ogos 1946.
PPP (Parti Progresif Perak), ditubuhkan bulan Januari 1953.
Pelbagai Etnik
IMP (Parti Kemerdekaan Tanah Melayu), ditubuhkan 1951.
Parti Buruh SeMalaya, ditubuhkan Jun 1952.

Parti Mengikut Etnik Di Semenanjung
Selepas Merdeka
Etnik Melayu
UMNO ditubuhkan 1946
PAS ditubuhkan 1951
BERJASA ditubuhkan 1977
HAMIM ditubuhkan 1983
NAS MA ditubuhkan 1985
S46 ditubuhkan 1987
AKIM ditubuhkan 1991
Etnik Cina
MCA ditubuhkan 1949
DAP ditubuhkan 1965
GERAKAN ditubuhkan 1968
Etnik India
MIC ditubuhkan 1946
Parti Kongres India Muslim
PPP ditubuhkan 1953
KIMMA/ Parti Kongres Indian Muslim Malaysia
AMIPF/ Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia
PPM/ Parti Punjabi Malaysia

17
Lambang Parti
18
19
Di Sarawak dan Sabah
Proses politik dan penubuhan parti politik
di Sarawak dan Sabah merupakan
respons terus kepada cadangan yang
melibatkan kedua-dua negeri itu dalam
Persekutuan Malaysia. Cadangan ini
menjadi pencetus utama munculnya
berbagai parti yang mewakili berbagai
kepentingan dan etnik di kedua-dua negeri
seawal 1960an.
20

Parti Mengikut Etnik Di Sarawak

Etnik Dayak dan Iban
SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party), ditubuhkan tahun 1961.
PESAKA (Parti Pesaka Anak Sarawak), ditubuhkan tahun 1962.
PBDS (Parti Bangsa Dayak Sarawak), ditubuhkan 1983.
PRS (Parti Rakyat Sarawak), ditubuhkan awal 2000 an.
SPDP (Sarawak Peoples Democratic Party) ditubuhkan 2000 an.
MDC (Malaysian Dayak Congress), ditubuhkan 2009.
Etnik Melayu dan Melanau
PANAS (Parti Negara Sarawak), ditubuhkan pada 1960.
Barjasa (Barisan Rakyat Jati), ditubuhkan pada 1961.
PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), ditubuhkan 1973.
Permas (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak), ditubuhkan 1980an.
Etnik Cina
SUPP (Sarawak United Peoples Party), ditubuhkan tahun 1959.
SCA (Sarawak Chinese Association). ditubuhkan tahun 1962.
DAP (Parti Tindakan Demokratik) 1970 an hingga sekarang.




21

Parti Mengikut Etnik Di Sabah


Etnik Bumiputera Islam (Bajau, Murut dan lain-lain)
USNO (United Sabah Organization), ditubuhkan tahun 1961.
BERJAYA (Parti Bersatu Rakyat Sabah), ditubuhkan tahun 1970.
UMNO, 1990 an.
Etnik Bumiputera Bukan Islam (Kadazan / Dusun)
UNKO (Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu), ditubuhkan tahun 1961.
Pasok-Momugun (Pertubuhan Pasok Momugun), ditubuhkan tahun 1962.
PBS (Parti Bersatu Sabah), ditubuhkan tahun 1985.
PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah), ditubuhkan tahun 2000 an.
PDS (Parti Demokratik Sabah), ditubuhkan tahun 2000 an.
Etnik Cina
UCNO (United Chinese National Organization), ditubuhkan tahun 1961.
LDP (Parti Liberal Demokratik-Sabah).
SCA (Parti Cina Sabah), ditubuhkan tahun 1963.
DAP (Parti Demokratik), 1990 an.
SAPP (Parti Progresif Sabah), ditubuhkan tahun 2000 an.



22
Politik di Malaysia bersifat plural. Boleh dikatakan hampir setiap
kumpulan etnik mempunyai parti untuk memperjuangkan nasib
masing-masing seperti jadual berikut
NAMA PARTI MATLAMAT PERJUANGAN
UMNO, PAS, BERJASA, HAMIM, S46, Memperjuang dan membela bangsa
Melayu
SABAH: BERJAYA, USNO, PBS,
PASOK, PUSAKA,

SARAWAK: PBB, SNAP, PBDS, PLUS
Memperjuang dan membela
bumiputera dan peribumi
MCA, GERAKAN, DAP, SUPP, SDP,
PCS
Memperjuang dan membela bangsa
Cina
MIC, IPF, PPP, KIMMA Memperjuang dan membela bangsa
India
23
Parti-Parti Politik Dalam Pilihan Raya
Persekutuan Tahun 2008

BARISAN NASIONAL

PEKATAN RAKYAT
UMNO, MCA, MIC,
GERAKAN, PPP, PBB,
SUPP, SNAP, PBS, LDP,
PBRS, UPKO, SPDP,
PRS,
PAS, DAP, KEADILAN
24
Bilangan Kerusi Dalam Parlimen
Tahun 1955
Parti Yang Bertanding Kerusi Yang Dimenangi
UMNO 35 34
MCA 15 15
MIC 2 2
PAS 11 1
Bebas 1 0
Jumlah Kerusi 52 Jumlah Kerusi 52
Kerusi Barisan Nasional Dalam
Parlimen Tahun 2008 & 2004
2008 2004
TANDING MENANG TANDING MENANG
UMNO 117 78 117 110
MCA 40 15 40 31
GERAKAN 9 3 9 9
MIC 12 2 12 10
PPP 1 0 1 1
LAIN-LAIN 45 43 40 38
JUMLAH 222 140 219 199
25
Kerusi Pembangkang Dalam
Parlimen Tahun 2008 & 2004
2008 2004
TANDING MENANG TANDING MENANG
PAS 67 23 84 7
PKR 97 31 59 1
DAP 47 28 44 12
LAIN-LAIN 45 0 40 1
JUMLAH 256 82 227 21
26

Kekuatan Kerajaan dan Pembangkang dalam
Dewan Rakyat Malaysia

27
No. Tahun
Kerajaan* Pembangkang
Jumlah
Kerusi
Bil. Kerusi % Kerusi % Undi Bil. Kerusi % Kerusi % Undi
1 1959** 74 71.15 51.7 30 28.85 48.3 104
2 1964** 89 85.58 58.5 15 14.42 41.5 104
3 1969 95 66.00 49.3 49 34.00 50.7 144
4 1974 135 87.66 60.7 19 12.34 39.3 154
5 1978 130 84.42 57.2 24 15.58 42.8 154
6 1982 132 85.71 60.5 22 14.29 39.5 154
7 1986 148 83.62 55.8 29 16.38 41.5 177
8 1990 127 70.55 53.4 53 29.45 46.6 180
9 1995 162 84.38 65.2 30 15.62 34.8 192
10 1999 148 76.68 56.5 45 23.32 43.5 193
11 2004 198 90.41 63.9 21 9.59 36.1 219
12 2008 140 63.06 53.0 82 36.94 47.0 222
13 2013 133 59.91 48.7 89 40.09 51.3 222

Ahli Dewan Rakyat
28
Kekuatan Kerajaan dan Pembangkang
dalam Dewan Rakyat Malaysia
PARTI PRU 2008 SEKARANG
BN 140 137
DAP 28 29
PKR 31 25
PAS 22 23
SAPP 0 0
Bebas 1 6
JUMLAH 222 222
29
Kekuatan Parti dalam Dewan Rakyat
Malaysia 2010
PARTI KERUSI PARTI KERUSI
UMNO 78 SUPP 5
DAP 29 UPKO 4
PKR 24 SPDP 4
PAS 23 PBDS 3
MCA 15 PBS 3
PBB 14 GERAKAN 2
Bebas 8 PBRS 1
PRS 6 LDP 1
MIC 4 PSM 0
JUMLAH BESAR 222
30
KESEPAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Kontrak Sosial 1948
Satu persetujuan yang dicapai di antara Etnik Melayu dengan bukan Melayu semasa
mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris
Menjamin peranan dan ketuanan Melayu dalam proses politik negara.
Mengambil kira kedudukan bukan Melayu dalam negara yang bakal merdeka dari
Inggeris.
Membentuk negara secara bersama antara kumpulan etnik melalui perbincangan dan
rundingan
Kontrak Sosial 1957
Satu Perjanjian antara etnik Melayu dan bukan Melayu dihari kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 demi kestabilan negara.
Mendaulat dan memuliakan Raja-Raja Melayu.
Hak keistimewaan orang Melayu.
Hak kerakyatan berdasarkan Jus Soli.
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.


31
32
Samb...
Perjanjian Malaysia 1963
Satu Perjanjian antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di hari
Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 demi kestabilan negara.
Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan Sabah dan Sarawak
yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.
Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Malaysia dengan pengecualian
ke atas Sabah & Sarawak.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris
boleh terus diguna tanpa had.
Penggubalan/Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu melibatkan negeri.
Urusan immigresen di Sabah dan Sarawak dikendalikan oleh Sabah dan
Sarawak sendiri.
Sabah dan Sarawak wajar mengawal kewangannya sendiri.
Bumiputera Sabah dan Sarawak hendaklah mendapat hak istimewa sama
seperti Melayu.

33
Samb
Bagi mengetahui apa yang dipersetujui dan termaktub dalam
Perlembagaan, beberapa perkara perlu dirujuk:

Jadual Kesembilan, senarai 2A (Tambahan Kepada Senarai
Negeri Bagi Negeri-negari Sabah Dan Sarawak)

Jadual Kesembilan, senarai 3A (Tambahan Kepada Senarai
Bersama Bagi Negeri-negari Sabah Dan Sarawak)

Jadual Kesepuluh, bahagian 4 (Pemberian Khas Kepada Negeri-
negeri Sabah Dan Sarawak)

Jadual Kesepuluh, bahagian 5 (Sumber-sumber Tambahan Hasil
Yang Di Serahkan Kepada Negeri-negeri Sabah Dan Sarawak)

Perkara 161A, 161B, 161E (Perlindungan Tambahan Bagi Negeri-
negeri Sabah Dan Sarawak)
Kedamaian
34
35
Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia
Pemupukan hubungan etnik dan pembentukan negara bangsa melalui prinsip:
Rukun Negara.
Pembentukan Perikatan dan Barisan Nasional.
Dasar Bahasa Kebangsaan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dasar Ekonomi Baru.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Wawasan Negara.
Integrasi Nasional.
Dsb.
Keharmonian
36
37
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan
Malaysia
Kejayaan:
Penyatuan parti-parti politik (Barisan Nasional).
Mengurang jurang pendapatan antara kumpulan etnik.
Menyusun semula masyarakat berdasarkan pelbagai etnik.
Mewujudkan sekolah wawasan.
Merayakan parayaan kaum sebagai perayaan Malaysia.
Cabaran:
Peristiwa 13 Mei 1969.
Perubahan pucuk pimpinan Sabah 1986.
Operasi lalang 1987.
Peritiwa kampung Medan 2001.
Jurang pendapatan yang masih jauh.
Kesan Pilihanraya 12, 2008.
Pertelingkahan
38
Pendekatan Islam Dalam Pembangunan
Politik
Islam dan politik
Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.
Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik,
agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan.
Rasulullah SAW adalah peneroka awal sistem politik moden bagi manusia.
Pandangan tokoh
Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a religion),
namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system).
Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu
bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state).
Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga
mencerminkan teori-teori perundangan dan politik.
Sir. T. Arnold berkata : " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang
ketua agama dan ketua negara



39
Samb
Sumber
Al-Quran
Al-Sunah
Al-Ijma
Qiyas
Dasar politik Islam
Syura / al- syura
Adil / al Adalah
Bebas / al Hurriyah
Persamaan / al Musawwah




40
Samb
Ciri politik Islam
Tauhid.
Khilafah.
Tazkiyah
Pendekatan
Setiap amalan mestilah disertai dengan niat.
Dilaksanakan secara beransur-ansur.
Melihat kepada kepentingan umum.
Sesuai dengan kebiasaan setempat.

41
Islam dan politik
42
43
Bagi saya, semua warga negara Malaysia mesti
kena tahu Bahasa Melayu. Saya ingin menarik
perhatian di sini bahawa hanya Malaysia satu-
satunya di dunia yang ada sekolah vernakular. Di
negara lain tidak ada. Di Singapura tidak ada
sekolah Cina pun. Bahasa Cina bukanlah bahasa
kebangsaan. Tindakan Dong Zong ini saya fikir
kerana mereka mahu masyarakat Malaysia terus
menjadi masyarakat majmuk. Tiap-tiap kaum duduk
berasingan. Sedangkan kita sudah menjadi negara
bangsa, mana boleh mereka mahu keadaan ini
diulangi. Apa maksud warga negara pun mereka
tidak tahu. Sekarang kita adalah orang Cina di
Malaysia, bukannya kita berada di China. Kita sudah
jadi orang Malaysiakan.

44
Bab 5
Selesai bab 5.

Anda akan didedahkan pula topik bab 6.

You might also like