You are on page 1of 9

MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

SISTEM UNIT

1- Sistem Unit ialah sebuah bekas seperti kotak yang menempatkan komponen
elektronik sesebuah komputer.
2- Ia juga dipanggil ‘Chassis’. Kadang-kadang ada orang memanggilnya sebagai CPU.
Namun gelaran CPU adalah kurang tepat kerana, CPU merupakan salah satu
komponen perkakasan yang terkandung di dalam Sistem Unit.
3- Jenis sistem unit dipengaruh oleh jenis Power Supply (Bekalan Kuasa) yang
digunakan, manakala saiznya bergantung kepada saiz Case (Bekas) dan
Motherboard (Papan Induk). Antara jenis sistem unit seperti: AT, ATX dan WTX.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

SISTEM UNIT (PANDANGAN LUAR – DEPAN (DESKTOP))

Pemacu CD, DVD (ROM/ RW)

Drive Bays

Pemacu Floppy

Butang On / Off

Butang Reset

1- Drive Bays : Ruang pada system case untuk memuatkan hard disk, floppy, CD-
ROM, dan pelbagai peralatan lain.
2- Terdapat 2 jenis drive bays : External Drive Bays dan Internal Drive Bays.

SISTEM UNIT (PANDANGAN DALAM (DESKTOP))

Pemacu
Power Supply CD/DVD

Power Cable Pemacu


Floppy
Kipas CPU

Kabel Data
I/O Port
Papan Induk
RAM
Pemacu
Cakera Keras
Expansion
Card

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

SISTEM UNIT (PANDANGAN BELAKANG (DESKTOP))

Power Port

Kipas power
supply

I/O Port

Expansion card
bays

I/O (INPUT OUTPUT) PORT

PS/2 Port

Serial Port

Parallel Port

Monitor (VGA) Port

USB Port

Network

Speaker dan
Mikrofon

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

POWER SUPPLY (BEKALAN KUASA)

Kabel Penghubung (Cable connector)

1- Power Supply berfungsi untuk membawa arus elektrik daripada luar kepada
komponen komputer yang memerlukannya.
2- Arus elektrik daripada luar di bawa masuk ke Power Supply melalui Power Cable
(Kabel Kuasa) dan kemudiannya dihantar kepada perkakasan / peralatan komputer
melalui Power Connector (Kabel Penghubung)
3- Contoh Power Connector yang terdapat pada power supply seperti: Motherboard
Power Connector, Drive Power Connector dan Fan Power Connector.

Motherboard Power Connector (ATX –


20 pin)

Fan Power Connector


(Kipas)

Drive Power Connector

4- Drive Power Connector terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu Molex
Connector, Mini Plug dan SATA Connector.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

MOTHERBOARD (PAPAN INDUK)

I/O Port Soket Processor

Soket Memori
(RAM)

Floppy Connector

Power Supply
Bateri connector

AGP Slot IDE Connector

Expansion card BIOS


slot

1- Motherboard juga dikenali sebagai Main Board, System Board, Backplane Board
atau Planner Board.
2- Motherboard memegang hampir keseluruhan kuasa pemprosesan sesebuah
komputer kerana setiap Drive (Pemacu) dihubungkan kepadanya.
3- Ia juga mengandungi sistem CPU, RAM, BIOS ROM, I/O Port, dan Expansion Slot.
Setiap sistem ini dihubungkan bersama melalui satu set litar logik (Logic Circuitry)
4- Jenis motherboard ditentukan oleh jenis soket CPU yang terlekat padanya.
Manakala setiap soket pula akan mempengaruhi jeni CPU yang boleh dilekatkan
padanya.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

SOKET PROCESSOR & PROCESSOR (CPU)

Soket Processor Processor (CPU)

1- Processor ataupun Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mentafsir dan membawa arahan
yang mengoperasikan sebuah komputer.
2- CPU bertanggungjawab untuk memproses setiap arahan dan data yang diperlukan
oleh komputer samaada arahan tersebut untuk BIOS, sistem operasi atau aplikasi.
3- CPU terdiri daripada 2 komponen utama iaitu Control Unit (Unit Kawalan) dan
Arithmetic/ Logic Unit (ALU)
4- Control Unit mengarahkan dan menkoordinasikan operasi komputer manakala ALU
melakukan kerja-kerja pengiraan logik.

SOKET MEMORI & MEMORI (RAM)

Soket Memori

RAM

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

BIOS Chip (ROM – Read Only Memory)

1- Sistem Memori (Memory System) merupakan tempat di mana komputer menyimpan


program semasa dan data yang sedang digunakan.
2- Terdapat 2 jenis sistem memori iaitu ROM (Read-Only Memory) dan RAM (Random
Access Memory)
3- ROM merupakan memori yang hanya boleh dibaca manakala RAM pula boleh
dibaca dan ditulis.
4- ROM merupakan memori yang digunakan untuk menyimpan program yang perlu ada
didalam komputer pada setiap masa. Contoh ROM seperti program sistem BIOS
(Build In Operating System). BIOS dibangunkan oleh syarikat yang mengeluarkan
sesuatu motherboard dan programnya tidak boleh diubah.
5- RAM merupakan memori sementara yang menyimpan program atau data selagi
komputer dihidupkan dan akan kehilangan memori apabila komputer dimatikan.
6- Terdapat pelbagai jenis RAM yang berbeza seperti SRAM, DRAM, DDR SDRAM,
SLDRAM, VRAM dan sebagainya.

BATERI

1- Komputer menggunakan bateri berkuasa rendah untuk mengekalkan sesetengah


maklumat apabila kuasanya dimatikan. Sebagai contohnya: penetapan sistem BIOS
serta masa dan tarikh.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

EXPANSION CARD / BUS SLOT

AGP (Accelerated Graphics Port

PCI (Peripheral Component Interconnect)

Expansion Card (Modem, Network, Video,


TV dsb)

1- Bus Slot digunakan untuk menambahkan keupayaan sesebuah komputer. Ia


berfungsi seperti sebuah soket dimana Expansion Card akan dilekatkan padanya.
2- Bus Slot juga dikenali sebagai Expansion Bus dimana ia adalah sebuah saluran
yang membenarkan pengaliran maklumat antara 2 peralatan / perkakasan.
3- Terdapat 2 jenis bus slots iaitu: Slot ISA (Industry Standard Architecture) dan Slot
PCI (Peripheral Component Interconnect). Selain itu terdapat juga penyambung
grafik yang terlekat pada motherboard yang kelihatan seperti Bus Slot iaitu Slot AGP
(Accelerated Graphics Port) yang digunakan untuk meningkatkan persembahan
grafik.
4- Expansion Card pula ialah satu papan litar yang kecil, dilekatkan pada Bus Slot
untuk meningkatkan dan menambah keupayaan sesebuah komputer untuk
melakukan tugasnya. Terdapat pelbagai jenis Expansion Card seperti: Video Card,
Sound Card, Graphics Card, NIC (Network Interface Card) dan sebagainya.
5- Namun demikian, kebanyakkan motherboard yang ada pada hari ini mempunyai
fungsi graphics, sound, video dan network yang sudah melekat pada motherboard
tersebut tanpa perlu menggunakan Expansion Card.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: EXPLORASI SISTEM UNIT Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

PENYAMBUNGAN KABEL

Sambungan antara Motherboard Power


Connetor daripada Power Supply kepada
Motherboard

Pemacu Cakera Keras (HD)

Pemacu
Floppy
Pemacu CD / DVD

Sambungan antara Drive Power Connetor daripada Power Supply


kepada pelbagai pemacu cakera (Drive)

Kabel Floppy
(34-pin)

Kabel SATA

Kabel IDE / ATA (40-pin)


Hard disk, CD/DVD drive
Primary / Secondary

Sambungan antara Kabel IDE/ATA dan Kabel Floppy daripada drive


kepada motherboard.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

You might also like