You are on page 1of 7

Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

Bahagian A
[15 markah]

Jawab semua soalan

1. Antara berikut, yang manakah dasar luar Malaysia pada zaman Tun Dr. Mahathir
Mohamad?
I Program Kerjasama Teknikal Malaysia
II Hubungan dengan negara-negara Islam
III Hubungan diplomatik dengan Rusia dan China
IV Kerjasama teknikal dan perdagangan dengan Jepun dan Korea Selatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Antara yang berikut yang manakah objektif ZOPFAN?
I menjamin keselamatan perairan di Asa Tenggara
II menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
III Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
IV mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam menghadapi masalah
serantau Asia Tenggara?
I urusan tentang pendatang tanpa izin menjadi tanggungjawab bersama
II segala pertikaian hendaklah diselesaikan hendaklah melalui perundingan
III segala masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri
IV Negara-negara anggota diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah
negara jiran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV



Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan


4.
Mewujudkan kerjasama antara dua benua
Mengadakan dialog politik, kerjasama ekonomi dan dialog
peradaban kebudayaan

Penyataan di atas merujuk kepada
A Kumpulan 15(G-15)
B Forum Serantau ASEAN (ARF)
C Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
D Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

5.
Memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala
Menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara anggota

Penyataan di atas merujuk kepada
I Kesatuan Eropah (EU)
II Forum Serantau ASEAN (ARF)
III Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
IV Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO)

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6. Yang manakah bentuk kerjasama antara ASEAN dengan Jepun, China dan Korea
Selatan?
I Pembangunan saintifik dan teknikal
II Pembangunan senjata dan ketenteraan
III Pembangunan maritim dan perkapalan
IV Pembangunan sosial dan sumber manusia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Yang manakah organisasi yang mengeratkan hubungan ekonomi melalui kerjasama
serantau?
A Kumpulan 15 (G15)
B Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan
C Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)
D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)


8.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan antarabangsa di atas bertujuan
I menjalin kerjasama erat dalam bidang ketenteraan
II meningkatkan komitmen terhadap keamanan sejagat
III memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun
IV meningkatkan hubungan dua hala dalam kerjasama ekonomi

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

9.
Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara
Persidangan Afro-Asia di Bandung

Penyataan di atas merujuk kepada
A Pertubuhan Komanwel
B Pertubuhan Persidangan Islam
C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
D Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

10.
Tuntutan beberapa buah negara terhadap Kepulauan Spratly
Perebutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dengan Singapura

A Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE)
B Forum Serantau ASEAN (ARF)
C Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
D Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANFWZ)

11.
Mengekalkan keamanan dunia
Menghentikan pencerobohan terhadap negara lain

Yang manakah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melaksanakan fungsi
di atas?
Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan
A Majlis Amanah
B Majlis Keselamatan
C Mahkamah Keadilan Antarabangsa
D Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu


12. Mengapakah Malaysia kini lebih berminat dengan kerjasama Selatan-Selatan?
A meluaskan pasaran komoditi Malaysia
B mengatasi kegagalan Dialog Utara-Selatan
C menjadi jurucakap bagi negara-negara Selatan
D menggalakkan pelaburan Malaysia ke peringkat antarabangsa

13. Yang manakah benar tentang D-8?
I Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur
II Bidang kerjasamanya termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
III Satu badan yang tertumpu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan
IV Negara-negara Asia Pasifik yang menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara
Islam menganggotainya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Yang manakah penyataan yang benar tentang Rangkaian Berita Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NNN)?
I Beribu pejabat di Kuala Lumpur
II Bertujuan untuk menyaingi pusat rangkaian berita antarabangsa yang lain
III Sebuah pusat berita berasaskan Internet untuk menyebarkan maklumat tentang
negara anggota
IV Menggantikan Pusat Pangkalan Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi
Selatan

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

15. Yang manakah tugas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
A Mengetuai operasi ketenteraan
B Memantau masalah ekonomi dan sosial dunia
C Mengadili kes jenayah antarabangsa yang serius
D Memberikan kata putus dalam pertikaian antarabangsa
Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan
Bahagian B
[15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

1. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola import maakanan negara antara tahun 2002
hingga 2004.nyatakan usaha-usaha yang bboleh dilaksanakan bagi mengurangkan import
makanan negara.
MALAYSIA:NILAI IMPORT MAKANAN BAGI TAHUN 2002 HINGGA 2004
Tahun 2002(Rm juta) 2003(Rm juta) 2004(Rm juta)
negara
Australia 1017.5 968.2 887.1
ASEAN 1408.1 1236.2 1024.7
New Zealand 395.7 470.4 512.5
Amerika Syarikat 287.8 306.3 498.6
Asia 904.5 1187 1809.1
Negara-negara lain 1125.4 1301.9 1540.8
JUMLAH 5139 5470 6272.8

(Sumber:Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Perangkaan,Jabatan Perangkaan Malaysia 2004)



















Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan
2. Berdasarkan gambarajah di bawah, huraikan bagaimana pokok kelapa sawit diproses
untuk menjadi bahan-bahan yang berfaedah kepada manusia.


(sumber: Diubahsuai daripada Dewan Ekonomi Jun 2000)














Modul Set 1 Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan
Bahagian C
[50 markah]
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

1. Dasar luar merangkumi rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara
apabila berhubung dengan negara lain. Dasar luar Malaysia lazimnya ditentukan oleh
Perdana Menteri dengan bantuan kabinet mengikut peredaran semasa dan
perkembangan dunia. Bincangkan.
2. Berasaskan undang-undang laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) pada tahun 1982 setiap negara pantai mempunyai hak eksklusif ke atas zon
ekonomi eksklusif (ZEE) seluas 321 km . Walaupun pembentukan ZEE telah
mendatangkan manfaat kepada negara namun Malaysia juga terpaksa menghadapi
beberapa pertelingkahan dengan negara ASEAN yang lain. Bincangkan

3. Peperangan yang berlaku dibeberapa buah negara di dunia ini sebenarnya tidak
membantu manuisa menyelesaikan masalah. Keadaan ini sebenarnya membawa
pelbagai masalah kepada rakyat dan negara. Bincangkan.



KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like