You are on page 1of 24

TAJUK 1

KONSEP- KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK



KONSEP ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna
orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya.
Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya
satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa
disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan
hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai
lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada
budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah
atau tidak bermoral.

Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan
walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras
dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar
sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India
sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri
yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia
ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum
atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok
manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur
sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan,
iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang
sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat
dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan
negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza.


Konsep Negara Bangsa
Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa
dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di
menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa
yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,
pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan
yang ketiga adalah aspek kebangsaan
Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara
itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini
boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu,
Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama
iaitu warganegara Malaysia.

KONSEP MASYARAKAT
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu,
seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan
mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan
kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting
kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.

2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.
Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk
melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.

3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan
budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang
mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut.

4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja
tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu
global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya,
memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat
akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu
masyarakat.

Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini
lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan
saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia
ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa
bergantung kepada manusia lain.

2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula
diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.

3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu
perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri.
Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu.

4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan
berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila
masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara
dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak
tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah
kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan

Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat
seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah
kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam
hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional
India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra

KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam
persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan
sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah
yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak
lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi
masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting
sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan
bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-
ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai
budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara
ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada
satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi
dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Ciri-Ciri Budaya
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu
terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,
adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu
belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar.
Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh
ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada
beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan
dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian
ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat
menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana
dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi
oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan
mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya
menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara
masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.
Hutington etc.)

*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna
bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan
daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan
kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa
lampau.


*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan
dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan
budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem
ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya
kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.

*Perlambangan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia
berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini
timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti
simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh
masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa
makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia,
maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan
hidup.


1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan
untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk
bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai
contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya
mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,
tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan
sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian,
kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai
pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan
memudahkan segala urusan.

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu
bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa
yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu
apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja
sama bagi mencapai sesuatu.



PLURALITI BUDAYA
Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-
wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti
budaya digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras.
.
Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang
penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum
dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili
oleh formula
A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya)




TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari
segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak
seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara
satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu
sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan
dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara
Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi
kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara
mereka.

Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu
atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi
apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam
kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya
kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang
besar.
2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti
ideologi, pemikiran dan sebagainya.

Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam
etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang
beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya,
antara contoh berlakunya proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima
identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok
minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan
menyukarkan proses asimilasi.

Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

.Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.


TAJUK 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Definisi
Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
Masyarakat Plural dari J.S.Furnivall (1948):
Di Burma , seperti juga di Jawa, barangkali perkara yang awal menarik hati
seorang pelawat ialah campuran kumpulan manusia orang Eropah, Cina, India
dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi tidak
bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa,
pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu mereka bergaul tetapi
hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang
terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan
dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi wujud
pembahagian tugas mengikut garis perkauman
Ciri dari segi politik Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan
tiada azam sosial bersama

Prulraliti di Alam Melayu
Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa
paksaan oleh mana2 pihak / kuasa
Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama
dunia
Ciri pluraliti ini (yg fleksibel sifatnya) kemudian musnah dgn kedatangan kuasa
kolonial dan imperial Eropah
Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta
pecah/bahagikan wilayah ini kpd satu komuniti masyarakat plural.

Pembentukan masyarakat berubah kpd bercirikan pemaksaan dan perbezaan.
Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yg dipaksa datang dan
dipaksa bergaul dgn masyarakat & sistem yg sedia ada dlm masyarakat peribumi.
Masyarakat migran itu pula dtg dr pelbagai tamadun (China & India) yg dibawa
masuk utk jadi buruh

Masyarakat Plural juga perkenalkan:
Ilmu,Konstruk social,Perbendaharaan kata, Idiom
Institusi spt peta, banci, muzium & kategori etnik, ekonomi kapitalis dan
birokrasi politik (yg tidak diketahui oleh masyarakat peribumi pd masa itu)
Wujud METODOLOGIKAL NASIONALISME
Iaitu satu cara membina dan menggunakan ilmu berasaskan kewilayahan
negara-bangsa.
- Metod ini ketepikan konsep yg mengatakan kehidupan sosial adalah bersifat
sejagat dan tanpa sempadan
Hasilnya: wujudlah Kajian Malaysia, Kajian Indonesia dll

PLURALITI MASYARAKAT PLURAL
bukan semata2 satu ilmu yg menjadi titik permulaan, tetapi juga satu konstruk
(gagasan) sosial yg sebenar yg direstui dan dilengkapi dgn gugusan:
Idea-idea, Perbendaharaan kata, Idiom2 yg wujud di kalangan kehidupan
seharian masyarakat Asia Tenggara

HURAIAN : Pluraliti

mereka dtg bersama ahli keluarga, kadangkala mereka berse
terus/menetap- keputusan scr bersama ini menyebabkan hidup mereka tenang
sosial-politik-agama di tempat baru itu
mpatan (asimilasi) seperti
masyarakat Cina baba
penduduk tempatan seperti adat bersanding, maggar, bunga telor. Hasil asimilasi
dgn pendtg India

Huraian: masyarakat Plural
Pendatang asing dari China dan India di bawa masuk demi kepentingan
ekonomi-politik Inggeris
Mereka didatangkan khas utk kerja sbg buruh
Buruh2 Cina: di lombong2 bijih timah dan emas
Buruh India: diladang getah
Mereka dtg tanpa keluarga bersama
KESANNYA: hasrat utk pulang ke negara asal tidak pernah padam dr jiwa
mereka, gagal berasimilasi dgn penduduk tempatan, alam sekitar sistem politik-
sosial-agama.
Tapi niat nak kembali tidak tercapai, akhirnya mereka wujudkan kelompok
masyarakat dgn sistem sosio-politik-agama mereka sendiri.
Akibatnya, wujud kelompok2 masyarakat yg hidup dgn dunia mrk sendiri-
terasing dr kelompok yg lain walau di tempat yg sama

PLURALITI BUDAYA DI ALAM MELAYU
A) Hubungan dgn China dan India
Hubungan telah lama wujud melalui perdagangan dan alam Melayu jd tempat
persinggahan pedagang drpd 2 negara ini.
Tanpa sedar sebenarnya wujud sebuah institusi pengajian tinggi agama di alam
melayu (Sri Vijaya) yg menjd tumpuan cerdik pandai agama, khususnya Hinduisme
utk dalami pengajian mereka. Ia wujud abd ke 7M, ada 1000 penuntut
B) Zaman hinduisme dan Buddhisme
Hinduisme & Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dlm kehidupan
rakyat biasa di alam Melayu
Sbb itu jarang terdapat nama2 yg bercorak hindu dan buddha di kalangan anak2
rakyat biasa.
Ini berbeza dgn Islam, hampir kesemua nama2 diberikan berdasarkan nama2
Islam
Juga tidak ada kitab2 besar spt falsafah, ketuhanan, fizik dsbgnya berasaskan
Hindu & Buddha di alam Melayu kecuali kitab2 keseniaan
Hindu & Buddha diterima baik di kalngan pemerintah alam melayu sebelum
kedatangan Islam.
Ia ada impak politik kerana mitos hinduisme mengatakan raja adalah anak
tuhan yg diutus ke bumi, rakyat perlu taat dan patuh
Kebesaran raja2 ini digambarkan melalui candi2
C) Penjelmaan dari segi material dan non-material
Perubahan bersifat EPISTEMOLOGI (asal mula sesuatu ilmu pengetahuan)
Iaitu perubahan dr segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara
kita melihat sesuatu, seterusnya perubahan cara kita memahami sesuatu
Sebelum kedtgn Inggeris, ilmu pengetahuan di alam melayu lebih byk
berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik (org Melayu memahaminya sbg
ilmu yg bersumberkan alam ghaib).
Alam ghaib ialah alam non-material yg wujud di luar pengalaman pancaindera
manusia (con: amalan perubatan dukun/bomoh yg menggunakan jampi serapah
dlm berinteraksi utk ubati penyakit)
Selepas kdtgn Inggeris: BERUBAH dr epistemologi metafizik yg bersifat non-
material kepada epistemologi Fizikal yg bersifat rasional saintifik.

Asas ilmu epistemologi fizikal ialah pembuktian sesuatu material menerusi
pancaindera & kemudian diperkukuhkan dgn alat2 saintifik spt mikroskop
Epistemologi inilah yg kemudiannya memperkenalkan ilmu, kontrak sosial,
perbendaharaan kata, & institusi yg tidak diketahui oleh msrkt peribumi spt peta,
banci, muzium, ekonomi kapitalis, birokrasi politik dll
Semua ini kemudiannya dikenali ILMU KOLONIAL.

KEMUNCAK PLURALITI = ZAMAN KESULTANAN MELAKA

PEMERINTAHAN
Kehebatan Empayar Melaka (yg menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh
dunia) diakui sehingga digelar The Venice of the East
Pegawai istananya terdiri dr pelbagai bangsa (dtg berdagang & menetap).
Perlembagaan melaka berdasarkan ajaran Islam Hukum Kanun Melaka &
Undang-undang Laut Melaka.Tidak wujud unsur2 terorisme dlm pemerintahan
kerajaan Melaka

2) PERDAGANGAN
Hasil pentadbiran yg cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat
berjalan dgn lancar dan maju
Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dpt dikawal, ini menjamin
sussana yg aman dan selamat kpd pedagang
Kepulauan Melayu terkenal dgn rempah ratus yg dianggap mewah ketika itu
Sbb itulah pedagang seluruh pelusok dunia dtg ke Melaka utk mendapatkannya.

3) KEPENDUDUKAN
Zaman pluraliti proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan
Tidak perlu pasport & visa utk masuk sesuatu kawasan
Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan
Wujud masyarakat Baba, mamak
Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum

4) KEBUDAYAAN
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka (terima pedagang luar), Melaka maju
sbg pelabuhan utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan,
keselamatan Selat Melaka

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAISTIK OLEH PENJAJAHAN EROPAH
Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dgn ketibaan penjajah
Inggeris ke Asia Tenggara (khususnya Tanah Melayu)
Kedatangan kuasa Eropah spt Portugis, Belanda dan Sepanyol berbeza dgn
kedatangan Inggeris
Eropah :lebih menekankan imperialisme dlm misi kedatangan mereka
Inggeris: serampang dua mata iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya,
menjajah fizikal (kaut segala sumber alam yg ada spt bijih, getah utk kepentingan
ekonomi mereka hingga terpaksa bawa masuk buruh Cina dan India) dan mental
(perkenalkan sistem sosio-politik-agama mereka kpd penduduk tempatan).
Hasilnya..
Mereka berjaya kawal masyarakat peribumi yg ramai sedangkan mereka sedikit
shj
Begitu juga di India, 120,000 org Inggeris berjaya memerintah 600 juta org India
Bukan shj membentuk. Pluraliti sosial tetapi juga Pluraliti Alam Sekitar
Tidak ramai yg sedar bhw pohon2 yg tumbuh di sekeliling kita sebenarnya byk di
bawa masuk drpd pelbagai kawasan lain di dunia
Bunga Raya (Bunga Kebangsaan):dr Kepulauan Pasifik
Getah: drpd Brazil
Ini menunjukkan bukan manusia shj yg membentuk sistem sosial di Asia
Tenggara bahkan muka bumi dan alam sekitar juga mudah berinteraksi dgn
tumbuhan drpd kawasan lain di dunia.
Penjajahan British: Prinsip, sistem, struktur dan dasar
Penjajahan British Asas kpd pembentukan masyarakat plural
Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu di waktu mereka telah maju dgn ilmu
pengetahuan mereka terutama dlm bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen
Mereka telah memisahkan antara agama dan sains moden.

KAEDAH DAN PRINSIP PENTADBIRAN PENJAJAH
Pemisahan negara dr Agama (Pecah Perintah)
Agihan Kuasa
(kehakiman, eksekutif, perundangan)
Federalisme
Sambungan
Akibat pertelingkahan antara gol. agama dan saintis di Eropah semenjak abad ke
16 -18M, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah kpd agama dan sains moden
Ia dinamakan sbg Rocks of The Ages: Science and religion in the fullness of life
oleh Stephen J.Gould
Masyarakat juga terpisah dua iaitu yg menyokong agama & yg menyokong sains
moden

Ilmu yg berasaskan sains moden akhirnya mendpt sokongan majoriti
Agama kemudiannya dijadikan anutan individu shj
Ilmu sains moden dijadikan ilmu asas utk memerintah negara
Dasar ini diteruskan oleh Inggeris di neg jajahannya termasuk Tanah Melayu
Oleh itu, bila mereka dtg, dasar yg diterapkan ialah pentadbiran negara dikawal
oleh mereka manakala hal ehwal agama (Islam) dan adat istiadat Melayu
diletakkan di bawah pengawasan sultan-sultan

Inggeris turut perkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan agihan kuasa iaitu:
KEHAKIMAN
EKSEKUTIF
PERUNDANGAN
Ketiga2nya tidak boleh bercampur aduk- ada bidang kuasa masing2
Ini berbeza dgn sebelum zmn Inggeris di mana tiada agihan kuasa berlaku
kerana raja dan sultan ada kuasa mutlak
SISTEM DAN STRUKTUR
EKONOMI KAPITALIS
PEMERINTAHAN MODEN
PENDIDIKAN
PEMERINTAHAN MODEN
Hasil pemisahan antara negara dan agama, terbentuklah sistem pemerintahan
moden berasaskan ilmu saintifik moden.
Sebelum kedatangan Inggeris, sistem kerajaan yg ada di alam Melayu ialah
kerajaan yg mencantumkan kedua2 aspek agama dan negara
Raja akan merujuk kpd penasihat agama utk buat sesuau keputusan penting
Golongan agama dan raja saling berperanan dlm sistem kerajaan
Sambungan
EKONOMI: daripada hanya berasaskan pertanian sara diri kpd sistem ekonomi
perindustrian dan perdagangan yg mana kedua-duanya sangat bergantung kpd
keaktifan pasaran
Kecairan modal merupakan faktor penting bg menentukan pasang surut
pasaran.
Ertinya, ekonomi ditentukan oleh modal (ini merupakan sistem ekonomi
kapitalis)
PENDIDIKAN: diwujudkan dlm bentuk dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan
pendidikan sekular.

MASYARAKAT PLURALSITIK SELEPAS MERDEKA
Masyarakat Malaysia sekali lagi alami perubahan setelah merdeka & penjajahan
berakhir iaitu kewujudan:


PLURALITI BARU dalam MASYARAKAT PLURAL

1. Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia
Aspek penting dlm masyarakat pluraliti baru ialah Federalisme Berlapis
Iaitu wujudnya 2 jenis persekutuan dlm masa yg sama iaitu Persekutuan Tanah
Melayu dan Persekutuan Malaysia
Anggota bg kedua2 persekutuan ini telah mengalami perubahan dr segi bilangan
anggota semenjak kemerdekaan 31 Pgos 1957
Sambungan
Anggota Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka pd 31/8/1957 hanyalah
negeri2 yg ada di Tanah Melayu shj.
Persekutuan Malaysia hanya terbentuk pd 16 September 1963 dgn anggotanya
terdiri daripada :
Persekutuan Tanah Melayu
Singapura
Sabah dan Sarawak
(Brunei pada mulanya ingin menyertai tapi kemudiannya menarik diri)
Jadi, kemerdekaan 31/8/1957 hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu bukannya kemerdekaan Malaysia.

2. Perlembagaan & pembangunan politik
Kontrak sosial sbg satu kesepakatan yg telah dirunding
Pembentukan parti2 politik etnik sbg model permuafakatan politik (spt Parti
Perikatan, Barisan sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif)
Sambungan..
Walaupun terdpt federalisme berlapis tetapi Perlembagaan Persekutuan
Malaysia merupakan undang2 tertinggi negara dan rujukan kpd segala undang2
yg akan dibuat dan dilaksanakan selepasnya
Perlembagaan jd panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini

Terdapat 2 peringkat kontrak sosial di Alam Melayu
PERTAMA: berlaku pd zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati
antara rakyat dan raja. Ia diistilahkan sbg waad.
Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yg mewakili rakyat dan Sang
Sapurba yg mewakili raja/pemerintah
Oleh itu, kita boleh memahami dgn mudah mengapa org melayu sangat taat setia
kpd pemerintah mereka dari kalangan sultan dan raja

KEDUA: berlaku di zaman masyarakat plural hasil drpd syarat yg dikenakan oleh
Inggeris utk memberikan kemerdekaan kpd Malaysia
Setiap etnik mestilah mempunyai wakil mereka dlm bentuk parti politik dan
setiap mereka mestilah mencapai persetujuan tuk hidup bersama secara aman
damai
1948, terbentuk Communities Liason Committee (CLC)
Setiap kaum yg terbesar di T/Melayu iaitu Melayu, Cina & India hantar wakil
masing2 utk bincang kontrak sosial yg hendak dipersetujui
Sambungan..
CLC merupakan acuan/model kpd penggabungan parti2 politik seterusnya sama
ada yg mewakili pemerintah @ pembangkang
Jadi, scr naturalnya kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara
pakatan dgn parti2 lain
Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu








TAJUK 3:
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

Kandungan Perlembagaan
Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
Bahagian II - Kebebasan Asasi
Bahagian III - Kewarganegaraan
Bahagian IV - Persekutuan
Bahagian V - Negeri-Negeri
Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
Bahagian VIII - Pilihan Raya
Bahagian IX - Badan Kehakiman
Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan
Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan
Kuasa Darurat
Bahagian XII - Am dan Pelbagai
Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja
Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Jadual-Jadual
Senarai Pindaan
Senarai Perkara yang Dipinda

DEFINISI :PERLEMBAGAAN
(1). Satu set peraturan tentang hak, kuasa, dan prosedur serta tanggung jawab
pihak yg mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dgn autoriti
yg lain, dan juga antara autoriti dgn rakyat awam.
(2). Satu dasar atau formula yg menyatakan tugasan kuasa2 awam di dlm
sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

Perlembagaan: Naskah sahih
Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi
maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan
Agong, membenarkan pencetakan salinan Perlembagaan ini, termasuk segala
pindaan yang berkuat kuasa pada tarikh kebenaran itu; dan mana-mana salinan
Perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala
maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 160B. Teks sahih.
Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang
di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks
sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa
kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa
kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah sumber undang2 tertinggi sesebuah negara
Berperanan sbg panduan bg pembentukan undang2 samada di pihak kerajaan
@ rakyat
Umumnya ia terbahagi 2 jenis:
Pertama: perlembagaan bertulis - Perlembagaan bertulis: perlembagaan yg
dikumpul & disusun dlm satu dokumen
Kedua: perlembagaan tidak bertulis (dalam satu naskhah yang khusus) -
Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembgn yg tidak terkumpul dlm
satu dokumen spt undang2 yg diluluskan oleh parlimen & keputusan2 mahkamah

Malaysia amalkan Perlembagaan Bertulis, di mana badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa drpd perlembagaan
Perlembagaan Malaysia mengandungi
a) Teks
15 Bahagian
183 Perkara dan fasal-fasal
b) Jadual-jadual
-13 Jadual
Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama
Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa org Melayu &
bumiputera sabah/sarawak dll

Di Malaysia, tidak ada institusi yg boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan
Malaysia.
Malah ketiga2 badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di
Pertuan Agong juga tertakluk kpd Perlembagaan Malaysia
Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk
kpd sekatan2 yg dikenakan oleh Perlembagaan
Undang2 persekutuan @ negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharka
TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang2 itu bercanggah dgn Perlmbgn Msia


Ini kerana, perlembagaan memperuntukan dgn nyata dlm Perkara 4(1):
Perlembagaan Malaysia adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2
yg diluluskan yg berlawanan dgn perlembagaan adalah setakat mana yg
berlawanan itu terbatal.
Ini yg disebut sbg: ketinggian perlembagaan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sepanjang tempoh era penjajahan, o/Melayu sentiasa bangkit menentang
Selain perjuangan berdarah, perjuangan juga digerakkan melalui semangat
kebangsaan
Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan2 spt Kesatuan Melayu Singapura,
Kesatuan Melayu Perak dll)
Juga media massa sbg medium perjuangan spt Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam)
Muncul tokoh2 spt Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll

MALAYAN UNION (MU)
Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu,
Parlimen British telah meluluskan MU pd 10 Oktober 1945
Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British utk dptkan t/tangan Raja2 Melayu.

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
1. utk menyatukan negeri2 & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran.
Negeri2 spt Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yg besar dan sistem
pentadbirannya adalah terpisah
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama
dgn Jepun sebelum ini dan pengenalan MU dpt melemahkan kuasa org Melayu
terutamanya Raja-raja Melayu
3. Menjadi asas kepada British utk masyarakat tempatan memerintah negara
sendiri

CIRI-CIRI MALAYAN UNION
Semua negeri Melay
Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan
Majlis Undangan

leh bersuara
dlm soal yg menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayau shj
telah menetap di Tanah Melayu sblm MU, boleh jadi warga negara secara
automatik jika berumur 18 tahun ke atas & telah menetap 10 tahun.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU
Kuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dlm urusan pentadbiran negeri & hanya
berkuasa dlm soal agama Islam, adat istiadat Melayu & mengetuai Majlis
Penasihat Melayu.
Singapura dipisahkan dr MU & ia kekal sbg tanah jajahan Inggeris
Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yg
telah bermastautin lebih 10 tahun & lahir selepas MU, automatik jd w/negara
Hak sama rata kpd semua w/negara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk
peribumi tidak memiliki apa2 keistimewaan
Cara Sir Harold Mc Michael mendptkan t/tangan raja2 Melayu yg menggunakan
cara paksaan & ugutan, spt Sultan Kedah yg telah diberi kata dua iaitu
menandatangani persetujuan MU @ dilucutkan dari takhta pemerintahan.
Penentangan MU
Januari 1946-Alor Setar, 50,000 org Melayu mengadakan demontrasi
10,000 org di Kelantan
10 Februari 1946- Johor, lebih 150,000 adakan demontrasi
Tapi MU tetap diisytiharkan pd 11 April 1946 & Sir Edward Gent sbg gabenor
pertama
Org Melayu pulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah
dgn menggantikan MU kpd Persekutuan Tanah Melayu.
British sedar tanpa sokongan org Melayu MU akan gagal.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
British tubuhkan j/kuasa Kerja pd Julai 1946 yg terdiri drpd 4 wakil raja2 Melayu,
2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
j/kuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yg boleh
diterima oleh org Melayu
Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pd Disember 1947-
terdiri drpd org Wropah, Cina dan India, tujuannya utk dptkan pdgn org bukan
Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan T/Melayu diisytihatkan pd 1 Februari 1948

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
9 neg Melayu terlibat dlm persekutuan termasuk PP & Melaka. Singapura kekal
menjd tanah jajahan yg berasingan.
Kerajaan Persekutuan T/Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British &
dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis
rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yg terdiri
drpd:
14 ahli rasmi
9 org Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka & PPinang
50 ahli tidak rasmi yg mewakili kaum2 asing
Sultan2 diberi semula hak & kuasa memerintah tetapi dgn nasihat Majlis
Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di
T/Melayu & tlh bermastautin selama 8 12 tahun. Seorg pemohon asing mestilah
bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bg kedua2 situasi tersebut
adalah 18 tahun & mempunyai pengetahuan BMelayu yg baik.
Org Melayu diberi hak keistimewaan sbg kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dlm Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Merintis kemerdekaan
Pilihan raya 1:
1 Disember 1951, utk pilih wakil2 dlm Majlis Perbandaran PPinang
UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN
menang semua kerusi yg dipertandingkan (9)

Pilihan raya 2:
Februari 1952, pemilihan utk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
erusi dipertandingkan
Perikatan menang 9, 3 IMP & calon bebas
1953: Perikatan cdgkan British buat p/raya utk seluruh T/Melayu
1955: PILIHAN RAYA UMUM 1 (52 kerusi)
8 parti bertanding
Perikatan menang 51
PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kpd Inggeris bhw org Melayu & bukan
Melayu boleh berkerjasama.
Inggeris pula mensyaratkan bhw kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya
rakyat negara ini bersatu padu & berkerjasama
Sebelum p/raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan
menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing2.
Pelawaan org Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia
berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
Melalui p/raya umum 1 (1955) pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar.
Perikatan yg didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan
tanpa perlu bergabung dgn MCA&MIC. Tetapi hal ini tidak dilakukan.


Januari 1956: rombongan 8 org wakil berangkat ke London. 4 wakil Raja Melayu
& 4 wakil Perikatan.
Diketuai Tunku Abdul Rahman.
Wakil Raja2 Melayu:
En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
Wakil Perikatan:
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dlm
Negeri) selaku KETUA
Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
SETIAUSAHA: T.H.Tan


Rundingan berlangsung mulai 18 Januari 8 Februari 1956 (3 minggu)
Hasilnya: 8 Feb 1956 t/tangan Perjanjian London:
British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pd 31 Ogos 1957
T/Melayu berada dlm lingkungan Komanwel & menjlnkan pemerintahan scr
demokrasi
British mendpt hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
Sebuah badan bebas ditubuhkan bg menggubal Perlembagaan T/Melayu iaitu
Suruhanjaya Reid
Jawatan S/usaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dgn Menteri
Kewangan & Menteri Pertahanan, & dipegang oleh rakyat tempatan.

Perlembagaan Persekutuan T/Melayu tlh digubal oleh Suruhanjaya Reid yg
ditubuhkan 1956.
Keahliannya:
Lord Reid (British)
Sir Ivor Jennings (British)
Sir William Mckell (Australia)
Hakim B.Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

s/jaya ini tlh meminta cdgn & pdgn parti2 politik, org ramai, individu2 & Raja2
Melayu.
Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang tlh mendpt persetujuan &pdgn semua
rakyat. Inilah adalah sebahagian daripada KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL
Persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa
perkara yg sangat penting kpd kestabilan negara.
Melalui Kontrak Sosial ini, org bukan Melayu tlh diberikan hak kewarganegaraan
yg longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui
bahasa Melayu bg bukan Melayu)
Org Melayu pula diperuntukkan dlm perlembagaan mengenai agama Islam,
Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa org Melayu serta kedudukan Raja-raja
Melayu.
Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pd 31 Ogos 1957, diperbaharui a/bila
Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pd 16 September
1963

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN& KONTRAK SOSIAL
Unsur2 tradisi adalah faktor penting utk mewujudkan identiti Malaysia &
memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
Ia juga kontrak sosial yg tlh disepakati
Unsur2 tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa org Melayu &
bumiputera Sabah Sarawak & pemerintahan beraja
Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara.
Dilindungi di bawah Akta Hasutan
Dianggap sbg isu sensitif yg dilarang dijadikan isu perbincangan awam
PERLEMBAGAAN MALAYSIA: perkara-perkara yg menyentuh Hubungan Etnik
Perkara 3 (1) Islam sbg ugama bagi Persekutuan
Perkara 8: persamaan & hak sama rata & pengecualian peruntukan ini dlm soal
agama, kedudukan istimewa org Melayu dan seumpamanya.
Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara drpd menyentuh kedudukan
Raja-raja, Islam, org Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.
Perkara 38: kuasa Majlis Raja2 menghalang parlimen membuat undang2 yg
menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, org Melayu, Islam & bahasa Melayu
Perkara 150 (6) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera
Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.
Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
Perkara 153: kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan kedudukan
yg sah kaum lain.
Lain-lain peruntukan dalam perlembagaan Malaysia tentang hak-hak
keistimewaan orang Melayu
Perkara 90
Perkara 8(5)
3. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
(Perkara 153)
Hak ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.
Tp perkara ini juga melindungi kaum2 lain iaitu yang DiPertuan Agong
bertanggung jawab melindungi hak2 mereka yg sah menurut peruntukan lain

Siapakah MELAYU dan BUMIPUTERA Sabah & Sarawak?
Dlm Perlembagaan Malaysia Perkara 160, MELAYU ditakrifkan sebagai:
Lazimnya bertutur dlm Bahasa Melayu
Beragama Islam
Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala BUMIPUTERA Sabah & Sarawak ialah:
Sarawak: terdiri dr mana2 satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak
Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit, atau dia berketurunan
campuran dr kaum tersebut.
Sabah: anak atau cucu kpd seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah
dilahirkan di Sabah.

JUSTIFIKASI/RASIONAL
RASIONAL PERKARA 153
Kontrak sosial berjaya atas dasar toleransi yg tinggi antara org Melayu dan
bukan Melayu.
Org Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu menerima hakikat hak
keistimewaan org Melayu.
Hasil prinsip ini 800,000 org Cina tlh diberi hak kerakyatan
w/pun pd ketika itu kesetiaan sebilangan besar org bukan Melayu terhadap
Persekutuan Tanah Melayu boleh dianggap meragukan disebabkan dasar pecah
dan perintah oleh Inggeris.
3 perkara dlm Perkara 153
Perkhidmatan Awam
Tanggung jawab YDPA utk menentukan rezab org melayu dan bumiputera SS
dgn memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam
persekutuan yg baginda fikirkan perlu.
Tp YDPA tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa2 jawatan awam yg disandang
olehnya.
Hal yg sama juga, semua org tidak kira bangsa yg menyandg jawatan dlm
perkhidmatan awam mestilah diberi layanan yg adil & baik dr segi kenaikan
pangkat, gaji dan kebajikan yg lain.
Justeru, adalah rasional bg merezabkan utk org Melayu dan bumiputera suatu
kadar bilangan dlm perkhidmatan persekutuan kerana semasa zmn penjajah & di
awal kemerdekaan, sedikit sangat bilangan org Melayu yg bekerja dgn kerajaan.
2. Ekonomi
Rata2 org Melayu yg terdiri golongan pesawah, penoreh getah dan nelayan
berada dlm kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pd 1970.
Ini menunjukan majoriti org Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.
Ini adalah kesan penjajahan Inggeris- org Melayu hanya jd pemerhati kpd
kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.
Matlamat utk mencapai 30% pemilikan kekayaan neg (di kalangan org Melayu)
belum tercapai.
Org Melayu masih kurg menceburi perniagaan (lihat k/kerja)
Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing.
Maka Perkara 153 wajar diguna utk mencapai tujuan ini iaitu dgn memberi
lesen perniagaan dan premis perniagaan yg strategik
3. Pendidikan
Penjajah tlh meninggalkan sistem pendidikan yg terus mengekalkan org Melayu
dlm kemiskinan.
Sistem pendidikan Inggeris pd masa itu sekadar utk menjdkan petani Melayu yg
lebih baik drpd i/bapa mereka.
Keadaan sekolah org Melayu juga begitu teruk, tanpa perabot yg cukup,
kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta i/bapa Melayu sudah hilang
kepercayaan terhadap sekolah Melayu.
1970: bilangan pelajarbumiputera di IPTA (ijazah pertama) dlm negara adalah
40.2% berbanding non-bumi 56.2% - contoh, di UM
Peratusan pelajar Melayu dlm bidg sains juga rendah
Sambungan.
Golongan profesional b/putera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur,
peguam) pd 1970 hanya 4.9% atau 225 org.
Berbanding non-bumi iaitu 84.3% dan sehingga kini bumiputera masih kekal
ketinggalan (tahun 1995: 33.1% berbanding Cina 52.4% )
Akhir 2002 jumlah profesional b/putera meningkat scr purata sbyk 39%, namun
ia masih lagi tertinggal jika dibandingkan non-bumi.
w/pun termaktub hak keistimewaan b/putera dlm pendidikan tetapi kerajaan
tidak menghapuskan sekolaj jenis kebangsaan Cina dan Tamil, apabila neg
merdeka hingga sekarang.
Pengekalan ini seolah bercanggah dgn Penyata Razak 1956 yg mahu
mewujudkan sistem penddk kebangsaan
Pengekalan sekolah ini t/bgt menyumbang ke arah integrasi nasional demi
mengukuhkan perpaduan kaum
Sambungan
Toleransi dlm pendidikan juga berlaku di peringkat menengah dan tinggi

RASIONAL PERKARA 152
Rasional pemilihan bahaa Melayu sbg bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
telah menjd lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya, lebih mudah
dipelajari dan bersifat lebih tekal dr segi istilah dan sebutan berbanding bahasa
lain.
Pd 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat kpd Gabenor Singapura dlm
bahasa Melayu.
Pegawai2 Eropah yg memegang lebih 95% jawatan Kumpulan 1, perlu pelajari
BMelayu, ambil ujian BMelayu dan perlu lulus. Barulah boleh ditempatkan di
Tanah Melayu.
Jelas BMelayu telah diterima sbg bhs rasmi sejak sebelum dan semasa zmn
penjajah.
Bahasa Melayu (Perkara 152)
Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yg mengikut implikasi yg diperlukan
mestilah digunakan utk maksud2 rasmi)
Tiada siapa yg dilarang daripada menggunakan (selain drpd maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar apa2 bahasa lain.
Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan & pembelajaran bahasa lain dlm
persekutuan.

RASIONAL PERKARA 3
Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ia telah bertapak lebih 500 tahun
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu
dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja2 Melayu.
Islam juga diterima sbg agama persekutuan sesuai dgn takrif Melayu dlm
Perkara 60
Sebelum penjajahan Inggeris, negeri2 Melayu tlh menggunakan undang2 Islam.
Con: kes Ramah lawan Laton. Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan
undang2 Islam ialah undang2 negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan
menggunakan undang2 tersebut.
2) Agama Islam ( Perkara 3(1) )
Agama Islam adalah agama persekutuan
Pihak kerajaan (persekutuan @ negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan
keistimewaan utk menubuhkan /menyelenggara/membantu penubuhan institusi
Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg
diperlukan utk tujuan itu.
Agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana2 bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama dijamin dlm perlembagaan terhadap semua agama iaitu
setiap org berhak utk menganut & mengamalkannya.
Hak penganut agama lain ialah:
Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang2


TAJUK 4
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

MATLAMAT: pembinaan negara-bangsa
(DEFINISI NEGARA-BANGSA):
bermaksud suatu wilayah yg mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan
dan warganegara atau bangsa.Suatu bangsa harus membentuk suatu negara
tetapi disebabkan berlakunya migrasi, peperangan @ penjajahan, terdapat
bangsa yg tidak bernegara, atau negara yg tidak berbangsa.
Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sbg sebuah negara-bangsa yg
sempadan wilayahnya terdiri drpd gabungan daerah yg berbeza, gabungan
bangsa yg berbeza, gabungan kerajaan yg berbeza- maka isu pembinaan
negara-bangsa ini adalah sangat penting.

METOD:
Perubahan Aspek struktural dan budaya
Sekularisasi budaya politik
Partisipasi politik yang lebih besar dalam kalangan rakyat
pembentukan dan perlaksanaan dasar awam seperti Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara.

UKURAN PENCAPAIAN
Berdasarkan tahap integrasi nasional yg dpt diukur secara kualitatif atau
kuantitatif.

Ini termasuklah kejayaan dasar2 nasional, kekerapan konflik, kekerapan pilihan
raya, ukuran perbandingan dgn negara lain dan kebebasan bersuara.

REALITI MALAYSIA: KERENCAMAN DEMOGRAFI POLITIK
Dewan Rakyat adalah kuasa tertinggi di parlimen.
Sejak p/raya 1994 dan 2004 DRakyat ada 219 wakil
Dominan Melayu dlm politik negara jelas & nyata
Kerusi majoriti sebanyak 186: iaitu Melayu Semenanjung ada 125 kerusi & 31
kerusi Bumiputera Sabah Sarawak (kesemuanya 156), 30 kerusi Cina dan 33 kerusi
plural (bukan majoriti)=219
Kerajaan yang stabil memerlukan semua kaum berkerjasama dan berkongsi kuasa
kerana tiada kaum akan dapat memerintah tanpa sokongan kaum yang lain.

KEMUNCULAN PROSES POLITIK BERPARTI SEMENANJUNG MALAYSIA
Bermula Selepas Jepun menyerah kalah & Inggeris kembali ke Tanah Melayu.
Penentangan terhadap Malayan Union penubuhan UMNO, MCA & MIC,
membawa kepada pembentukan parti PERIKATAN.
Semua parti2 ini ditubuhkan berdasarkan perkauman tapi kerjasama etnik dapat
dicapai dlm gabungan yg besar ini.
Percubaan menubuhkan parti berdasarkan pelbagai etnik tlh berlaku bermula dgn
Dato Onn Jaafar, hingga sekarang tapi tidak pernah berjaya.

MELAYU - Pesaing UMNO terhadap sokongan Melayu adalah PAS, Semangat 46,
Keadilan.
CINA pesaing MCA terhadap sokongan Cina adalah beberapa parti dlm BN
(seperti GERAKAN) dan juga di luar BN (seperti DAP).
INDIA MIC tiada pesaing yg signifikan sehingga pertengahan 1990an. Pesaingnya
kemudiannya adalah dari dlm BN & luar BN.
Tetapi ia berubah selepas itu dgn penubuhan PPP (Peoples Progressive Party) yg
mendpt sokongan padu/majoriti di Perak.
MIC pesaing dari luar prti adalah IPF (All Malaysian Indian progressive Front) di
bawah pimpinan M.G Pandithan (bekas pemimpin MIC yg disingkirkan).
IPF sentiasa memberi sokongan/kerjasama kpd BN pada setiap pilihanraya tetapi
masih belum diterima masuk ke BN kerana bantahan MIC.

SARAWAK
Parti terawal ditubuhkan ialah Sarawak United Peoples Party SUPP
Berasaskan berbilang etnik tapi kemudian kaum Cina mendominasikan parti ini.
Cadangan pembentukan Malaysia 1960 menyebabkan etnik2 lain menubuhkan
partinya sendiri kerana menganggap parti yg ada tidak mewakilinya.
Antaranya SNAP, Pesaka, PANAS, SCA, PBB, PBDS

SABAH
Seperti juga Sarawak, pd peringkat awal cadagan penubuhan Malaysia, parti2
berdasarkan etnik ditubuhkan.
Sejak menyertai Malaysia,parti yg ada ialah UNKO (United Kadazan National
Organization) menjadi gabungan UMNO, MCA, MIC sbg model.
Lain2: USNO, BERJAYA, PBS (PBS jatuh & UMNO ambil alih).
Kejatuhan PBS membawa kpd penubuhan parti2 baru spt PBRS, PDS, SAPP

ASAS-ASAS PENTING PROSES POLITIK MALAYSIA
1.KONTRAK SOSIAL 1948 dan 1957
2. PERJANJIAN MALAYSIA 1963
Perjanjian bagi kemasukan Sabah, Sarawak, Singapura,Mengandungi semua
tuntutan Sabah, Sarawak, Singapura yg dipersetujui & dimaktubkan dlm
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

TAJUK 5:
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP MODENISASI
Modenisasi : satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek
kehidupan masyarakat. Ia dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua
bangsa atau negara terutama yang baru merdeka.
Perubahan berlaku samada:
1. Berencana
2. Tidak berencana

Perubahan Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran
pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
Inilah yg disebut modenisasi (mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan
ekonomi dan pembangunan politik.)

Perubahan Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak
disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Ini diistilahkan juga sebagaiPEMBARATAN

PEMBANGUNAN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN
MATLAMAT pembangunan ekonomi adalah untuk mewujudkan sebuah
masyarakat industri.

METODE yg digunakan:
Pembangunan teknologi; yg mana pengetahuan dan teknik tradisional
dikesampingkan untuk memberi laluan kpd penerapan ilmu saintifik dan teknik2
canggih.
Pembangunan pertanian; yg mana kegiatan pertanian subsisten diubah kpd
pertanian komersial.
Industrialisasi; iaitu proses produksi yg dilakukan secara besar-besaran dgn
menggunakan teknologi canggih.

UKURAN PENCAPAIAN:

Pertumbuhan yang lazimnya diukur dgn ukuran seperti KNK (Keluaran Negara
Kasar)=GNP (Gross National Product)

SEJARAH STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA
1.Sebelum Penjajahan
Mengamalkan sistem ekonomi tradisional iaitu bersifat sara diri

2. Semasa Penjajahan
Bersifat dwi ekonomi; Tradisional + kapitalis

3. Selepas Penjajahan
Sistem Ekonomi moden; sektor tradisional masih wujud di luar bandar

ASAL MULA MODENISASI
Bermula melalui 2 revolusi besar iaitu Revolusi Perancis (yg merubah sistem
politik feudal Eropah) dan Revolusi Industri (yang merubah sistem ekonomi
eropah).
Imperialisme dilaksanakan melalui perdagangan spt syarikat British East India
Company.
Penjajahan dilakukan ke atas wilayah yg terpilih utk memastikan perlanjutan
pembekalan barang mentah, buruh dan pengawalan pasaran secara berterusan.
Penjajahan telah mengubah landskap sosial, budaya, pendidikan, ekonomi, ilmu &
alam sekitar wilayah bukan eropah.

*Kritik terhadap gagasan Modenisasi
Banyak kritik telah dikemukakan terhadap gagasan modernisasi yang diwar-
warkan sangat mulia dan positif tetapi sebenarnya membawa kepada
keterbelakangan atau kemunduran terutama kepada golongan minoriti dan
tradisional
Modenisasi juga adalah anti tradisi.
Akibatnya sistem kepemimpinan tradisional, sistem ekonomi sara hidup dan
keupayaan teknologi/kraf tempatan pupus
Kelompok yang paling kehilangan ialah masyarakat pribumi atau masyarakat
tradisional yang berada di luar daripada sistem kapitalis.

PROJEK MODENISASI MALAYSIA
Diasaskan sejak zaman kolonial inggeris
Diteruskan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

MATLAMAT:
Peringkat awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan
infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan
teknologi dan peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan
eksport
Akhir 2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan,
yang dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu
sekitar 8 hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.

UKURAN PENCAPAIAN bg pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur
dengan ukuran seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks
kualiti hidup.
Kualiti hidup masyarakat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar
kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.




HUBUNGAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK MALAYSIA
Melalui proses penjajahan, alam sekitaran Malaysia telah diubah untuk
membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk
kepentingan bekalan industri di eropah.
Begitu juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur
sebagai sokongan kpd industri asas.
Contohnya, perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh
menampung keperluan eksport dan import
Tenaga buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat division of labour mengikut
kelompok etnik.
Ciri-ciri etnik dalam struktur ekonomi di Malaysia
Demografi: Melayu adalah majoriti, Cina dan India minoriti.
Politik: etnik Melayu membentuk majoriti.
Tetapi majoriti dlm demografi dan politik bukan bermakna majoriti juga dlm
ekonomi.
Etnik Cina adalah majoriti dlm ekonomi.
Inilah yg menjd isu dlm pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan
kumpulan etnik.
Ini berlaku akibat dasarpecah & perintah British, yg hampir tidak memungkinkan
setiap kaum bertemu/bergaul > Plural society.

Orang melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur,
iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah.
Pulangan dan gajinya juga rendah.
Orang Melayu lebih menguasai sektor tradisi sementara orang Cina menguasai
sektor yg lebih maju dan berteknologi tinggi.
Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yg menyebabkan setiap kaum
saling mencemburui satu sama lain.
Orang Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina sementara
orang Cina & India pula cemburukan kelebihan orang Melayu yg mendpt peluang
perkhidmatan dlm sektor2 pentadbiran.

Rasional Modenisasi
Perlu demi integrasi ekonomi!
Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan
Lima Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2 ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman
penjajahan dapat dimansuhkan.
Dasar2 ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang
selama ini sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat
dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.


Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Telah mula dirangka dan dilaksanakan sejak 1950.
2 rancangan pembangunan yg awal: Draf Rancangan Pembangunan (1950-55) dan
Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-60) telah digubal oleh Inggeris.
Ia bertujuan utk perbaiki kedudukan ekonomi mereka yg terjejas akibat Perang
Dunia Kedua.
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah
Malaya sendiri, dgn tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.
RMK-1 (1966-70): beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import.
RMK-2 (1971-75): menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan
ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat
dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dr industri gantian-import kpd industri
berorientasikan eksport.
RMK-3 (1976-80): melanjutkan dasar industri yg dirangka pd RMK-2.
RMK-4 (1981-85), RMK-5 (1986-90) dan RMK-6 (1991-95) adalah rancangan
pembangunan yg menitik beratkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju
dan dasar pengswastaan.
RMK- 7(1996-2000) dan RMK-8 (2001-2006): memberi perhatian kpd industri
berasaskan K-ekonomi.


DASAR-DASAR AWAM: PERTANIAN, PERINDUSTRIAN dan K-EKONOMI
1960an dan 1970an, meskipun pembangunan berubah kpd perindustrian tetapi
sektor pertanian masih diutamakan.
Seseuai dgn dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yg bertanggung
jawab utk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar
bandar tlh diwujudkan spt FELDA, FELCRA dan MARA.
1980an dan 1990an, sektor perdustrian lebih diberi perhatian & beberapa dasar
tlh digubal spt Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
Sesuai dgn perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi tlh disusun
utk meningkatkan pembangunan ekonomi yg berteraskan kpd teknologi ICT dan
K-ekonomi.

DASAR PERTANIAN
Kerajaan telah mengadakan beberapa agensi pembangunan utk memberi
kemudahan kpd petani, antaranya:
MARDI (Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Msia)
Jabatan Pertanian: mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan
teknologi baru.
Lembaga Pertubuhan Peladang: mengadakan kemudahan perolehi bahan2 baja,
racun, jentera kenderaan, memproses dll
FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan): mengelolakan pemasaran
hasil2 yg dikeluarkan.
Bank Pertanian: mengelolakan kemudahan kredit utk rancangan projek pertanian.
Jabatan Perikanan & Haiwan: memberi nasihat & tunjuk ajar ternakan dan
perikanan.

ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Antara agihan dan pertumbuhan
Berbeza antara kelas sosial iaitu kelas atas, menengah dan bawah
Berbeza antara kelompok etnik- Melayu, Cina, India
Antara Hak samarata (Perkara 8) dan Hak Istimewa (Perkara 153) Perlembagaan
Malaysia
Perkara 8(1) menegaskan semua org adalah sama rata di sisi undang2. Ini telah
digunakan oleh sesetengah pihak utk berhujah bahawa keadilan dan
kesamarataan harus diperjuangkan & dicapai di Malaysia. Oleh itu, mereka
berpendapat Perkara 153 (hak istimewa Melayu & Bumiputera) harus diteliti
semula.
Tetapi Perkara 8(2) telah menyatakan; kecuali sebagaimana dibenarkan dgn
nyatanya oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap
w/negara semata2 oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau
jantina dlm mana2 undang2 atau dlm pekerjaan

DEB dan hubungan kaum
Ada 2 matlamat; iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat
1971-1990
Usaha utk meningkatkan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurangnya2 30%
Punca rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah disebabkan ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum


Pendidikan, Ekonomi dan etnisiti: Bahasa, sains dan ekonomi
Kedudukan bahasa sebagai bahasa penyatuan
Sikap skeptik terhadap kemampuan bahasa kebangsaan masih ada
Selepas hampir 50 thn merdeka peranan dan penguasaan bahasa Malaysia telah
meningkat
Wujud dualisme kini dalam perlaksanaan bahasa malaysia sbg bahasa kebangsaan

GLOBALISASI, EKONOMI MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
Kejayaan ekonomi Asia pd 1980an & 1990an adalah dipengaruhi oleh proses
globalisasi, yg mana banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar
liberalisasi kewangan.
Akibat aliran keluar masuk modal asing itu juga telah menyebabkan negara2 Asia
termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi 1985-86 dan 1997-98

Krisis ekonomi 1985-86 & 1997-98 Dan Implikasinya
Meninggalkan kesan kpd syarikat2 besar, kecil dan sederhana samada yg dimiliki
oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu
Syarikat bukan Melayu dpt bertahan kerana lebih byk pengalaman
Tetapi syarikat Melayu/bumiputera yg kebanyakannya lahir dr DEB dan Dasar
Penswastaan berhempas pulas utk bertahan.
Pertengahan 1998, 191 syarikat majoriti sahamnya milik bumiputera telah muflis,
25,000 syarikat IKS alami masalah

Ekonomi Islam dlm ekonomi arus perdana Malaysia
1970an kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam
mula wujud
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem
perbankan Islam semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan dasar ini diperkenalkan
1. mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2. meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3. merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian.
4. mengurangkan bilangan & saiz sektor awam.
5.membantu mencapai matlamat DEB
9. Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu
dlm bidang ini akan tercapai.


Tajuk 6:
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

PROGRAM INTEGRASI DI MALAYSIA
1.Kejayaan Malaysia stabil sebagai sebagai sebuah negara pelbagai etnik ada
kaitannya dengan kejayaan program permodenan politik dan ekonomi yang
digerakkan oleh kerajaan sejak awal zaman kemerdekaanya.

2. Sejarah dan pengalaman pluraliti yang telah wujud sejak zaman awal
persejarahan iaitu dengan kedatangan orang-orang Cina dan India juga meletakan
asas yang kukuh untuk berlakunya integrasi yang lebih tulin.

DASAR DAN PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN:
Ada dasar dari atas ke bawah seperti;
1. RUKUN NEGARA
Diperkenalkan 31 Ogos 1970
Utk memupuk integrasi nasional ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969 yg berpunca
dari jurang sosio-ekonomi yg jauh antara Bumiputera dgn bukan bumiputera

5 PRINSIP RUKUN NEGARA:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kejayaan Dasar ini
.Menjadi Ideologi Negara dan identiti negara bangsa
.Mewujudkan nilai-nilai sepunya bagi semua etnik
.Mewujudkan wawasan atau cita-cita yang dikongsi bersama

2. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA dan DEB
Dasar pemulihan dan langkah memperbetulkan ketidakseimbangan antara kaum
dlm pelbagai sektor
Mewujudkan masyarakat bumiputera yg aktif dlm perniagaan dan industri.
Komuniti perniagaan Malaysia.

Kejayaan Program Ekonomi & DEB
.Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan antara kaum dan antara bandar dengan
luar bandar
.Menghilangkan monopoli ekonomi oleh sesuatu etnik sahaja
.Berjaya menyusun semula struktur ekonomi Malaysia. Cth dari agrarian kepada
industri dan seterusnya pertanian industri
..Meningkatkan kualiti hidup rakyat

3. Perspektif Wawasan 2020
Wawasan 2020 juga adalah respons kepada pembangunan ekonomi , sosial dan
politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa
Wawasan ini menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja
pembangunan ekonomi
Dari segi ideanya ia bertujuan mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi
perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan
politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian,
selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri (Tun
Mahathir)
Untuk merealisasi wawasan 2020 ini 9 cabaran untuk diharungi telah dikenal pasti.

Kejayaan Wawasan 2020
.Berjaya mewujudkan perkongsian wawasan
.Menyiapkan masyarakat dalam menghadapi masa depan
.Mengukuhkan solidariti rakyat dari bebagai etnik
.Satu pelan tindakan nasional

4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada pembinaan
masyarakat yang harmonis
Perkembangan dasar pendidikan dari Penyata Razak (1956) >Ordinan Pelajaran
1957; Laporan Rahman Talib (1960) > Akta Pelajaran 1961; dan Jawatankuasa
Kabinet yang mengkaji Dasar Pendidikan ditubuhkan pd 1974 bertujuan
memperbaiki sistem pendidikan negara dgn matlamat supaya berjaya lahir satu
masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat terlatih bagi pembangunan negara.
Ada Falsafah dan matlamat pendidikan negara dan ada Strategi pelaksanaan

Kejayaan Dasar Pendidikan Nasional
.Integrasi yang berkesan untuk generasi muda
.Memperkasakan bahasa kebangsaan
.Menekankan pembinaan daya rohani dan jasmani
.Projek deperti sekolah wawasan dan RIMUP

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar pepaduan melalui kebudyaan berdasarkan 3 prinsip utama
1. Islam sebagai teras utama
2. Budaya asal Malaysia sebagai rujukan utama
3. Budaya kaum lain yang tidak betentangan dengan prinsip awal di atas adalah
pelengkap
Impak/Kejayaan
.Kurang berjaya kerana perspektif yang sempit terhadap budaya
.Prasangka

Dasar dari bawah ke atas lebih melibatkan partisipasi masyarakat dan NGO.
Antaranya ialah rumah terbuka, gorong royong, Rukun Tertangga dan aktiviti belia


Tajuk 7
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SENARIO HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Bentuk HE mengalami turun naik dan ada sejarah konflik antara kaum:
Selepas pendudukan Jepun
Bukit Mertajam, 1964
Kuala Lumpur, 1965
Pulau Pinang, 1967
Peristiwa 13 Mei 1969
Iktibar Peristiwa 13 Mei:
Kerosakan harta benda & nyawa
Darurat & perintah berkurung
Mencabar kedudukan orang Melayu

1.CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1.Cabaran Sosial
2.Cabaran Ekonomi
3.Cabaran politik
4.Cabaran Nilai antara etnik; dan
5.Cabaran Globalisasi dan Teknologi


1. Cabaran sosial
Wujud kerana perbezaan seperti:
Pemisahan Fizikal
Sistem Pendidikan yang Berasingan
Polarisasi dalam kalangan Pelajar
Kontrak sosial yang didefinisikan mengikut kepentingan etnik masing-masing

2 Cabaran dari aspek ekonomi
Penguasaan Ekonomi yang berbeza
Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan sektor Ekonomi

3 Cabaran dari aspek politik
Politik perkauman yang kuat dan sempit akan meyukarkan cabaran HE yang sedia
ada.

4. Cabaran Nilai antara Etnik
Perbezaan nilai wujud kerana adanya perbezaan hasil kepelbagaian agama,adat
istiadat, bahasa dan kebudayaan. Semua aspek ini mewujudkan nilai yang
tersendiri dalam sesebuah etnik itu.


5. Cabaran Globalisasi & Teknologi
Proses globalisasi @ pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi &
politik barat sejagat, adalah antara cabaran yg terpaksa dihadapi oleh rakyat
Msia.
Era kini, penjajahan tidak lagi boleh diterima.
Kini mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia.
Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai2
negatif, ekonomi bebas, S&T.
Semua itu memusnahkan, begitu juga dgn sistem politik (demokrasi) yg mereka
canangkan sbg yg terbaik.
Mereka export segala macam keburukan yg merosakkan negara & alam sekitar,
budaya hiburan, eksploitasi sumber manusia & bahan mentah.
Globalisasi dlm bentuknya yg terselindung adalah lanjutan proses penjajahan
budaya yg berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kpd
pembinaan jatidiri & tamadun Malaysia.

2. PEMBINAAN JATIDIRI ACUAN MALAYSIA

Apakah jatidiri?
ciri2, gambaran atau keadaan khusus seseorang
Identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme &
kewarganegaraan yg semuanya menjurus kpd ketahanan & kemurnian nilai
sesuatu bangsa.
Oleh itu, jatidiri adalah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri,
dihayati secara kolektif & dominan sifatnya yg dapat mencirikan rupa & peribadi
bangsa. Samada tentang semangat, sikap,pendirian, kepercayaan, tekad & visi
bangsa.

Beberapa Pendekatan Pendekatan pembinaan jati diri cara Malaysia berbeza dari
pendekatan yang digunakan oleh negara lain

Misalnya di Amerika Syarikat mereka membawa pendekatan salad bowl dgn
segala kumpulan etnik yg mempunyai identiti sendiri iaitu hampir semua
penduduk dunia ada wakilnya di US Mereka juga bangga dgn perbezaan ini.Semua
mereka berbeza & itulah kesamaan yg mereka war2kan

Di Indonesia pula
Menggunakan pendekatan pancasila, bahasa dan semangat keIndonesiaan yg
diasaskan oleh Soekarno.
Tidak ada rakyatnya yg tidak fasih berbahasa Indonesia.
Pancasila pula lebih penting daripada agama dlm kehidupan harian.
Ia menjadi falsafah hidup yg lebih penting drpd Syariah, jika seseorg itu beragama
Islam.

Singapura pula melaksanakan
Program socio-engineering, dgn taburan demografi penduduk yg khusus &
penulisan semula sejarahnya
Setiap kawasan perumahan merangkumi kumpulan yg dominan & pemecahan
kumpulan2 minoriti.
Con: Kebanyakan org Melayu tidak dikelompokkan bersama2.
Dgn cara itu, mereka berharap boleh menghasilkan generasi baru yg lebih
Singaporean drpd sebelumnya.
Agama tidak begitu diambilkira sbg faktor terpenting & yg menjd pegangan
adalah ajaran Confucius sbg nilai etika sejagat utk penduduknya.

3.FAKTOR PENENTU KEJAYAAN INTEGRASI

1.Keazaman Politik
Pemimpin mempunyai niat yang ikhlas utk menginstitusikan hubungan etnik.
Dari sini tercetus kemahuan & kesukaan serta aktiviti yg disengajakan dlm bentuk
pelan tindakan yg berkesan, yg berlaku akibat adanya niat itu tadi.
Niat ini dicetuskan oleh kesedaran pentingnya hubungan etnik yang harmonis

2.Khalayak Kritikal
Ada 2 aspek.
1. Adanya Kumpulan sasar terutama generasi mudan, dan;
2.Adanya satu badan induk yg menjadi pemangkin kpd semua program hubungan
etnik & integrasi.Iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
Dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yg dlm proses
mengeluarkan agen2 integrasi nasional dan hubungan etnik.

3.Kekukuhan Ekonomi
Faktor ekonomi sangat memainkan peranan dlm menentukan kejayaan &
keberkesanan hubungan etnik yg wujud di Msia.
Pengajaran telah terpahat dlm peristiwa 13 Mei.

4.Kedudukan Agama Islam dan menerima perbezaan agama
Sesuai dengan pengaruh dan fungsi signifikan Islam dalam masyarakat Malaysia
dan sebagaimana termaktub dalam PP perkara 3(1)



5.Berkongsi Wawasan.
Contohnya wawasan 2020 yang dikongsi bersama untuk membawa masyarakat
Malaysia maju ke hadapan

6.Penggunaan sains dan teknologi
Di Malaysia, penggunaan Mykad, 3G, interaksi virtual, perkongsian portal,
penerbangan tambang murah dpt meningkatkan integrasi & eratkan hubungan
etnik tanpa melibatkan perundangan.


TAJUK 8
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI MALAYSIA

Terdapat nilai-nilai sepunya seperti pandangan tentang kekeluargaan, pandangan
terhadap alam, nilai-nilai kemanusiaan dll.

Prinsip ISLAM
-Hujurat :13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan
Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu).

Ajaran KRISTIAN
Jesus : Love thy neighbor as thyself

BUDDHISME
Gautama Buddha menekankan belas kasihan sebagai salah satu jalan 8 lapis

4. HINDUISME
Konsep bakhti dan Karma adalah penekanan tentang berbuat baik sesama
makhluk

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA
-kenalan (al-Taaruf)
-memahami (al-Tafahum)
-Taawun)
-Ukhuwwah)
-Mahabbah)
- Tadhamun)

BERKENAL-KENALAN
berbaik antara satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam
keadaan aman dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhan.
akan mendatangkan keuntungan
kepada mana-mana pihak.
prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan
permusuhan.
sesama agama tetapi melampau batas
sempadan agama.


PERSAUDARAAN
persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa.
-unsur tersebut lebih bernilai
daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau
yang lebih bersifat keduniaan.

BERKASIH SAYANG
disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat.

masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat
bermusuhan, benci membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain.



JAMIN MENJAMIN
kehidupan bermasyarakat juga ialah saling bersedia untuk saling
melindungi antara satu dengan yang lain.
masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka
menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan.

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA




- menghormati




KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK

Mengikut Kamus Dewan, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan
rumah sendiri yang dikenali sebagai orang sebelah atau tetangga.
Ditinjau dari sudut Islam, jiran itu ialah orang yang ada hubungan dengan anda
dalam sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40
rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda.

PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
disebabkan unsur-unsur seperti berikut:

-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran
tetangga.

duk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam
kawasan sejiran mereka.
-satu tindakan bagi faedah
bersama.

HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:

Hubungan menerusi tempat kerja







KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK

You might also like