You are on page 1of 6

Skema Jawapan Bank Soalan K-Force

www.in-fusion.com.my/k-forceu/

Skema Jawapan Gelagat Organisasi
Peperiksaan Khas Semester Februari 05


Bahagian A
1. D
2. B
3. D
4. A
5. C
6. B
7. D
8. B
9. B
10. D
11. B
12. A
13. A
14. B
15. A
16. D
17. C
18. A
19. B
20. A
21. C
22. C
23. C
24. D
25. B
26. D
27. C
28. B
29. B
30. C



1
Skema Jawapan Bank Soalan K-Force
www.in-fusion.com.my/k-forceu/


Bahagian B

1a. Nyatakan fungsi-fungsi komunikasi secara terperinci
Komunikasi melibatkan aspek penukaran dan pemahaman maksud. Komunikasi mempunyai
empat fungsi utama dalam sesuatu kumpulan atau organisasi: iaitu kawalan, motivasi,
meluahkan perasaan emosi serta maklumat.
Komunikasi bertindak untuk mengawal gelagat ahli-ahli dengan beberapa cara. Organisasi
mempunyai hierarki kuasa dan arahan formal untuk para pekerja supaya mereka mengikutinya.
Sebagai contoh, apabila pekerja dikehendaki melaporkan (berkomunikasi) sebarang masalah
berkaitan kerja kepada pengurusan atasannya terlebih dahulu, mereka juga dikehendaki
mengikuti tatacara kerja (job description) dan mematuhi dasar-dasar syarikat, komunikasi
bertindak sebagai fungsi pengawalan. Tetapi komunikasi tidak formal juga mengawal gelagat.
Apabila kumpulan kerja mengusik atau mempersendakan ahli yg banyak bekerja (yang
menjadikan ahli-ahli yg lain seolah-olahnya tidak cepat) mereka secara tidak formal telah
berkomunikasi dengan mengawal gelagat ahli itu.
Komunikasi juga memelihara motivasi dengan menjelaskan kepada pekerja apa yang hendak
dilakukan, sejauh manakah mereka berjaya melakukannya dan apa yg boleh dilakukannya dan
apa yg boleh dilakukan untuk mempertingkatkan pencapaian itu sekiranya ia tidak memuaskan.
Penentuan matlamat, maklum balas keatas kemajuan, serta pengukuhan gelagat yg dikehendaki
kesemuanya akan merangsangkan motivasi dan memerlukan komunikasi.
Bagi ramai pekerja, kumpulan kerja mereka adalah sumber utama untuk interaksi sosial.
Komunikasi sesama dalam kumpulan adalah kaedah asas ahli-ahli meluahkan rasa tidak puas
hati dan perasaan puas hati mereka. J usteru, komunikasi merupakan suatu pelepasan untuk
keluahan perasaan emosi dan untuk memenuhi sosial.
Fungsi terakhir komunikasi ialah memudahkan proses membuat keputusan dengan menukarkan
data yg tertentu dan membuat penilaian pilihan-pilihan alternatif. Ia membekalkan maklumat yg
diperlukan oleh individu-individu dan kumpulan untuk membuat keputusan dengan menghantar
data bagi mengenalpasti dan menilai alternatif-alternatif yang ada.








2
Skema Jawapan Bank Soalan K-Force
www.in-fusion.com.my/k-forceu/


1b. Terangkan konsep komunikasi tanpa kata atau tanpa verbal
Secara umumnya, suatu pandangan, senyuman, isyarat mata atau pergerakan badan merupakan
komunikasi tanpa kata atau tanpa verbal yang telah lama diterima pakai sebagai alat untuk
berkomunikasi.
Pergerakan badan merupakan suatu posisi badan atau pergerakan badan bukan sahaja
mempunyai makna yang ringkas dan universal, malah apabila dikaitkan dengan pertuturan kita,
ia akan memberikan maksud yang lebih menyeluruh kepada pesanan penghantar. Contohnya
perbuatan tabik hormat yang dilakukan oleh anggota tentera menunjukkan bahawa perbuatan
tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepda seseorang terutama kepada ketua.
Ekspresi muka seperti muka masam memberi makna yang berlainan daripada air muka semasa
senyuman. Contohnya perasaan gembira dipancarkan melalui raut wajah yang tersenyum, ceria
dan bahagian. Manakala perasaan sedih digambarkan melalui raut wajah yang sugul, kecewa
dan derita.
Intonasi merupakan penggayaan bahasa yang diucapkan. Sama ada marah, gembira atau
bersedih. Perasaan tidak dapat dibayang dengan tulisan tetapi boleh digambarkan atau dirasai
melalui intonasi yang diucapkan. Contohnya intonasi menjerit membawa maksud marah dan
intonasi yang lembut membawa maksud memujuk.
J arak fizikal di dalam komunikasi bergantung kepada kebiasaan budaya. Contohnya budaya di
Malaysia, jika seseorang berdiri terlalu rapat daripada biasa lazimnya, ia mungkin menunjukkan
ia agresif atau mempunyai minat seksual terhadap anda. Manakala terlalu jauh pula
menunjukkan seseorang tidak meminati atau tidak menyukai apa yang diperkatakan.

2a. Nyatakan taktik-taktik kuasa
Taktik kuasa atau The Power Tactic merupakan cara untuk individu mengaplikasikan kuasanya
menjadi satu bentuk tindakan.
Kuasa yang sah juga disebut kuasa kedudukan, kuasa rasmi yang diperolehi oleh seseorang
daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang memberikan ia sesutu kedudukan
di dalam organisasi.
Kuasa pujukan yang munasabah menggunakan sanjungan atau pujian, mencipta kemesraan
atau keakraban, berkelakuan merendah diri dan bermesra sebelum membuat sesuatu
permintaan.
Taktik kuasa seterusnya ialah pertukaran iaitu penggunaan perundingan melalui pertukaran
faedah-faedah atau minat.
Tekanan juga merupakan salah satu taktik kuasa yang digunakan iaitu dengan menggunakan
ganjaran dan denda dari organisasi seperti menghalang atau menjanjikan kenaikan gaji, ugutan
3
Skema Jawapan Bank Soalan K-Force
www.in-fusion.com.my/k-forceu/

untuk memberi penilaian prestasi yang kurang memuaskan atau menahan sesuatu kenaikan
pangkat.
Taktik seterusnya ialah kuasa kumpulan iaitu mendapatkan sokongan dari petingkat-peringkat
tinggi di dalam organisasi untuk menyokong permintaan.
Sesuatu yang menarik dilakukan dengan pendekatan secara langsung dan paksaan seperti
menuntut supaya perrnintaan-permintaan dipenuhi, peringatan-peringatan berulang kali,
mengarahkan individu melakukan apa yang disuruh dan menegaskan bahawa peraturan-
peraturan memerlukan pematuhan.
Manakala menasihati dilakukan dengan menggunakan fakta-fakta dan data untuk membuat
penyampaian idea-idea logikal dan rasional.

2b. Apakah gelagat-gelagat defensif atau yang mempertahankan
i. Terlalu menurut menurut segala peraturan seperti kesetiaan kepada undang-
undang dan polisi.
ii. Melepaskan cabaran memindahkan tanggungjawab ke atas pelaksanaan sesuatu
tugas atau keputusan kepada orang lain
iii. Memperbodohkan diri satu bentuk strategi tanpa bantuan. Mengelak tugas yang
tidak diingini dengan menipu tentang kejahilan dan kemampuan diri
iv. Depersonalization menganggap orang lain sebagai satu objek atau nombor,
menjauhkan diri anda daripada masalah dan mengelakkan diri daripada mengambil
berat tentang seseorang atau kesan ssuatu peristiwa ke atas mereka.
v. Memanjangkan dan melincinkan merujuk kepada melanjutkan tempoh kerja supaya
kerja anda sentiasa ada. Contohnya melanjutkan kerja dua minggu menjadi empat
bulan. Manakala melincinkan merujuk kepda mengawal keadaan turun naik dengan
sedaya upaya. Kedua-dua amalan ini direka untuk membolehkan anda kelihatan
sentiasa sibuk dan produktif.
vi. Melengahkan kelihatan seolah-olah menyokong walaupun sebenarnya hanya
melakukan kerja yang sedikit atau tidak melakukan apa-apa langsung.

3a. Apakah kelima-lima tahap proses sesebuah konflik
Tahap satu iaitu potensi percanggahan atau ketidaksepaduan iaitu kemunculan keadaan
untuk mewujudkan peluang untuk pertumbuhan konflik. Syarat ini tidak semestinya
mewujudkan konflik tetapi adalah perlu untuk konflik berlaku. Untuk memudahkan, syarat-
syarat ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu punca konflik komunikasi, stuktur dan
pembolehubah peribadi. Di dalam konflik komunikasi berlaku kesukaran semantik dan
gangguan seperti percanggahan. Manakala di dalam struktur pula terdapat keterbezaan dari
segi saiz, pendapat, ketidaksesuai ahli, gaya kepimpinan, sistem ganjaran dan pergantungan
4
Skema Jawapan Bank Soalan K-Force
www.in-fusion.com.my/k-forceu/

di dalam kumpulan. Pembolehubah peribadi pula merujuk kepada sistem nilai yang berbeza
bagi setiap individu dan jenis serta gaya personaliti yang pelbagai.
Tahap kedua ialah pertimbangan dan keperibadian. Tahap ini penting kerana individu akan
mengetahui apakah konflik sebenar. Konflik yang berlaku adalah penting supaya cara
penyelesaiannya dapat dikenalpasti.
Tahap yang ketiga ialah niat iaitu keputusan bertindak dalam satu situasi tertentu
berdasarkan persepsi, emosi dan kelakuan. Niat-niat ini adalah keputusan bagi cara untuk
bertindak. Terdapat beberapa jenis niat yang telah dikenalpasti bagi menangani konflik iaitu
bersaing, berpakat, menyesuaikan dan bertolak ansur.
Tahap keempat ialah gelagat iaitu merangkumi penyataan, perbuatan dan reaksi-reaksi yang
dibuat oleh pihak yang berkonflik.Gelagat-gelagat konflik ini adalah cubaan yang nyata untuk
melaksanakan niat setiap pihak. Tetapi gelagat mempunyai kualiti stimulasi yang berbeza
daripada niat.
Tahap kelima ialah kesan-kesan. Ia merujuk kepada perbuatan atau reaksi pihak-pihak yang
berkonflik menghasilkan dan menunjukkan kesan. Kesan tersebut mungkin berfungsi dalam
menghasilkan kemajuan dalam prestasi kumpulan atau menghalang prestasi kumpulan
tersebut.


3b. Bilakah sesuatu konflik itu bersifat konstruktif atau membina. Terangkan
Pada tahap ketiga iaitu niat, dimana konflik itu bersifat konstruktif dan membina. Dapat dilihat
pada tahap ini wujud dua dimensi iaitu bekerjasama iaitu satu pihak cuba memenuhi
keperluan pihak lain dan penegasan dimana satu pihak cuba memenuhi keperluan dirinya.
Selain itu di tahap niat ini, terdapat lima teknik yang boleh digunakan untuk menangani
konflik iaitu teknik bersaing dimana seseorang akan cuba untuk memenuhi kehendak diri
tanpa mengira impak keatas pihak lain dalam konflik trsebut. Teknik seterusnya ialah
berpakat iaitu apabila dua pihak di dalam konflik itu cuba memenuhi keperluan diantara satu
sama lain serta mempunyai kerjasama dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi
kedua-dua pihak. Selain itu, teknik mengelak juga merupakan salah satu teknik yang
terdapat di dalam tahap ini dimana seseorang akan cuba mengenalpasti konflik yang wujud
seterunya mengelak diri dari terlibat dalam konflik tersebut. Teknik seterusnya ialah
menyesuaikan dimana terdapat satu pihak cuba memujuk pihak lain dan pihak lain mungkin
sanggup memberi keutamaan kepada kepentingan pihak lain daripada kepentingannya
sendiri atau mengorbankan kepentingannya. Teknik yang terakhir ialah bertolak ansur iaitu
kedua-dua pihak yang berkonflik menyerahkan sesuatu, perkongsian wujud dan akan
berlakunya penyelesaian secara bertolak-ansur. Di dalam situasi ini tiada pihak yang menang
dan tida pihak yang kalah.
5
Skema Jawapan Bank Soalan K-Force
www.in-fusion.com.my/k-forceu/


4a. Apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada syarikat hasil daripada kepelbagaian
pekerja
Kebaikan
i. produktiviti yang lebih baik
ii. kualiti pengeluaran yang lebih tinggi
iii. tindakbalas yang lebih cepat terhadap perubahan teknologi
iv. klasifikasi tugas dapat dikurangkan
v. tingkat pengurusan dapat dikurangkan
vi. kadar ketidakhadiran dan kadar pusingganti pekerja yang lebihrendah
vii. sikap pekerja yang lebih baik

Keburukan
i. meningkatkan masalah komunikasi apabila bilangan ahli kumpulan bertambah
ii. masalah mengenai kerjasama atau masalah lebih menjadi kompleks
iii. berisiko tinggi untuk berlakunya masalah dan konflik dan juga mengecilkan skala
terhadap usaha-usaha bagi pekerja


4b. Kenapakah isu berkaitan dengan kenaikan pangkat sering menjadi sumber konflik di
dalam organisasi.
i. pilih kasih
ii. ketidak adilan dalam penilaian
iii. tiada integriti
iv. struktur kenaikan pangkat yang tidak sistematik
v. pengaruh politik


6

You might also like