You are on page 1of 25

BAB 6 (TING 4) hlm/ 1

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA



Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;
Memahami sistem pemerintahan khalifah al-Rasyidin
Aras 1
Menyatakan maksud khalifah
Menyatakan syarat kelayakan menjadi khalifah
Menyatakan cara pemilihan dan perlantikan khalifah
Menyatakan tugas khalifah
Menyenaraikan sumbangan setiap khalifah Al-Rasyidin
Aras 2
Menjelaskan cara pemilihan dan pelantikan khalifah al-Rasyidin
Menghuraikan sumbangan khalifah-khalifah al-Rasyidin
Aras 3
Mewajarkan kepentingan musyawarah, syura, baiah ke arah pemantapan
pemerintahan masa kini

..............................
Kerajaan Khulafa al-Rasyidin
Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, sistem pemerintahan diteruskan
melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.
Dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin.
Tokoh-tokoh : Saidina Abu Bakar al-Siddiq (Bani Tamim, 632 634 M),
Saidina Umar bin al-Khattab (Bani Adi, 634 644 M, Saidina Uthman bin
Affan (Bani Umaiyah, 644 656 M) dan Saidina Ali bin Abu Talib (Bani
Hasyim, 656 661 M).

1. a. Apakah Khalifah? (Rujuk Buku Teks m.s: 143-144)
Khalifah : bahasa Arab - bererti pengganti (kata jamaknya, khulafa).
Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh
Nabi Muhammad s.a.w..
Konteks agama: bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama
Islam dan tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat
Islam.
b. Nyatakan syarat-syarat menjadi Khalifah.
Lelaki yang merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam,
mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil
dan mempunyai akhlak yang baik.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 2


Calon mempunyai tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak
dan pandai mentadbir kerajaan
c. Terangkan kaedah memilih dan melantik seorang Khalifah.
Kaedah pemilihan dibahagikan kepada empat.
1. Melalui musyawarah atau syura.
Sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar. Pada waktu di Saqifah, golongan Ansar
daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka.
Namun, atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai, akhirnya
Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah.

2. Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti pelantikan
Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum
kewafatannya.

3. Melalui pemilihan daripada beberapa orang calon.
Berlaku semasa pelantikan Saidina Uthman bin Affan. Sejumlah enam nama
telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya telah terpilih.

4. Pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti pencalonan Saidina Ali bin
Abu Talib.

Kesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat
Islam dan diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau
baiah semasa calon itu dilantik sebagai khalifah.

d. Apakah tugas-tugas Khalifah
Khalifah bertugas memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara
mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan Sunah.
Khalifah juga berkewajipan menitikberatkan sistem politik, sosial dan
ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan
jasmani.
Dalam bidang politik :
# memastikan kelicinan pentadbiran negara
# mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh dan
# melantik, dan jika perlu, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran Negara.
Dalam bidang sosial :
# menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang
sejahtera di dunia dan di akhirat.
# menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui
Nabi Muhammad s.a.w.,
BAB 6 (TING 4) hlm/ 3


# mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura
# memantapkan sistem perundangan Islam.
Dalam bidang ekonomi :
# menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga
baitulmal
# mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
2. a. Terangkan latar belakang Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
(Rujuk Buku Teks m.s: 144-146)
Berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 573 M..
Nama sebenarnya - Abdullah bin Abu Quhafah.
Dikenali sebagai al-Siddiq, yang bermaksud yang membenarkan kerana beliau
sentiasa meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu,
beliau juga bersifat ikhlas, jujur dan setia kepada baginda.
b. Terangkan cara perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik
Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda. Apabila
perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk
membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua-dua pihak. Atas
cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu
Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah.
c. Jelaskan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w.. Perpecahan berpunca daripada kewujudan golongan
murtad dan gerakan golongan al-Riddah (menyalahtafsirkan ayat al-Quran
hingga tidak mahu membayar zakat).
Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan tegas dan mendapat sokongan
seluruh masyarakat. Khalifah Abu Bakar menjadi sumber teladan.

2. Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar.
Ancaman daripada kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur
(Byzantine) di sebelah barat. Beliau menghantar panglima perang, Khalid bin
al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke
Ghassan. Kedua-dua ekspedisi ini telah mengalahkan musuh Islam.

3. Melicinkan pentadbiran kerajaan
Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah, iaitu Makkah, Taif,
Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran.
Beliau melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah-wilayah
tersebut.

BAB 6 (TING 4) hlm/ 4


4. Memperkenalkan gaji untuk tentera.
Bayaran diperolehi melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang
tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali (orang
bukan Arab yang memeluk Islam).

5. Sumbangan terbesar : mengumpulkan tulisan al-Quran. Kematian ramai hafiz
al-Quran sewaktu menentang golongan al-Riddah amat membimbangkan dan
mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan
tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta
menyalinnya semula. Salinan itu kemudian disimpannya. Salinan itu
seterusnya disimpan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi
Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan.
Digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.

3. a. Terangkan latar belakang Khalifah Umar bin al-Khattab.
(Rujuk Buku Teks m.s: 146-147)
Berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M.
Nama sebenarnya, Umar bin al-Khattab bin Naufal, berketurunan Quraisy.
Terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang.

b. Terangkan cara perlantikan Umar bin al-Khattab sebagai Khalifah.
Pelantikannya dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, iaitu pada
ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para
sahabat dan orang ramai.
c. Jelaskan sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab.
Dianggap sebagai zaman Keemasan kerajaan Islam kerana banyak
pembaharuan dan perubahan yang berjaya dilakukan.
Dalam bidang politik :
# memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.
# menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin
dan Ansar.
# membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
# melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir
awam dan panglima tentera.
# menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan
Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Jabatan
diketuai oleh katib atau setiausaha.
# Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan
salah laku oleh hakim. Hakim diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu
sekitar 500 dirham.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 5


Dalam bidang sosial :
# Pendidikan : mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan
tempat pembelajaran di kawasan masjid
# menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan
pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan dihantar untuk mengajar orang Badwi
di kawasan pedalaman.
# memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai
titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.
# menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera

tetap dan tentera
sukarela. Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
# Markas tentera dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan dibina di
sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah,
Fustat dan Basrah.
Dalam bidang ekonomi,
# membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian
seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin
sepanjang 111 kilometer di Mesir.
# Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping
mengusahakan tanah terbiar.
# memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan
terhadap golongan zimmi tidak memberatkan. Cukai kharaj dikenakan
berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan
kharaj sebanyak satu dirham, gandum dua dirham, sementara anggur
10 dirham.
# Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan
kharaj, maka, baitulmal telah didirikan.
Diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

4. a. Terangkan latar belakang Khalifah Uthman bin Affan.
(Rujuk Buku Teks m.s: 147-148)
Berasal daripada Bani Umaiyah. Lahir pada tahun 576 M..
Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.
Terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak
ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang
memerlukan.
Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini
dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya
meninggal dunia.


BAB 6 (TING 4) hlm/ 6


b. Terangkan cara perlantikan Uthman bin Affan sebagai Khalifah.
Melalui majlis syura.
Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon
telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib.
Dalam mesyuarat yang diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia,
Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak.
Abdul Rahman bin Auf sebagai pengerusi mesyuarat meninjau pendapat
orang ramai.
Dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman dilantik menjadi khalifah
yang ketiga.

c. Jelaskan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Dari segi politik,
meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan
Tripoli.
bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara dengan membin
angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai yang pertama dalam
sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

2. Dari segi sosial,
Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara
bacaan(qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah itu. Untuk menyelaraskan
bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengisytiharkan sebuah naskhah
al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.
membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para
pengembara.

3. Dari segi ekonomi,
mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk
membiayai pembangunan negara
memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata
dan kapal.
Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan
merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

5. a. Terangkan latar belakang Khalifah Ali bin Abu Talib.
(Rujuk Buku Teks m.s: 148-149)
Lahir pada tahun 602 M..
Berasal daripada Bani Hasyim, berketurunan Quraisy dan merupakan
sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w..
BAB 6 (TING 4) hlm/ 7


Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas
serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam.
b. Terangkan cara perlantikan Ali bin Abu Talib sebagai Khalifah.
Dilantik menjadi khalifah selepas Khalifah Uthman meninggal dunia.
Pelantikan Khalifah Ali mendapat sokongan suara terbanyak. Sesuai dengan
kepakarannya dalam selok belok hukum,
Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan
masyarakat dan undang-undang Islam.

c. Jelaskan sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Dari sudut sosial,
sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
Misalnya, dalam satu peperangan saudara, iaitu Perang Siffin, walaupun
tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut,
tetapi disebabkan ada pihak lawan yang telah mengangkat al-Quran, maka,
beliau sanggup untuk menghentikan peperangan tersebut dan memulakan
proses rundingan.
tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera di
Parsi dan di sempadan Syria.

2. Dari segi ekonomi,
untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan.
Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar.
Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi
untuk mengenakan jizyah kepada mereka.
..........
Khulafa al-Rasyidin merupakan suatu sistem pemerintahan Islam selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Kepimpinan empat khalifah amat
menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
Dengan perpaduan yang kukuh, kerajaan Islam di Madinah dapat berkembang
menjadi sebuah negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang
luas. Kerajaan Islam di Madinah juga dapat menyaingi empayar Rom dan
Parsi yang kuat pada waktu tersebut.
Keempat-empat khalifah telah menjalankan tugas dengan penuh kesedaran
dan tanggungjawab. Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan
kehidupan mewah. Mereka telah berjuang untuk mengekalkan pembangunan,
kesejahteraan, dan kebahagiaan rakyat jelata.
Kejayaan dan keupayaan pemerintah menjalankan tugas dengan baik telah
membolehkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran
hidup, maka, sewajarnyalah rakyat memberikan taat setia yang tidak berbelah
BAB 6 (TING 4) hlm/ 8


bahagi kepada pemerintah dan negara seperti yang kita lihat pada Zaman
Khulafa al-Rasyidin.
..........
Pada tahun 661 M., setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka,
berakhirlah kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura.
Kaedah itu telah diganti dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan,
jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau
dikenali sebagai pemerintahan monarki.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;
Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan
Turki Uthmaniyah serta sumbangannya.
Aras 1
Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan
Turki Uthmaniyah
Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki
Uthmaniyah
Menyatakan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan
Islam ke Eropah
Aras 2
Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki
Uthmaniyah dari segi politik, ekonomi dan sosial
Menghuraikan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan
Islam ke Eropah
Aras 3
Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah, Bani
Abassiyah dan Turki Uthmaniyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan
barat

6. a. Terangkan pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama.
(Rujuk Buku Teks m.s: 150-154)
Pentadbiran kerajaan Islam seterusnya ialah kerajaan Bani Umaiyah.
Nama kerajaan mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah
bin Abdu Shams bin Abdu Manaf. Beliau merupakan tokoh peniaga yang
terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab.
Pemerintahan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan,
berlaku berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.
Penyerahan kuasa dilakukan untuk mengelakkan umat Islam daripada terus
BAB 6 (TING 4) hlm/ 9


berpecah belah.
Bermula dari tahun 661 M. hingga tahun 750 M. dan berpusat di Damsyik.
Tahap ini dikatakan sebagai tahap pertama dan pada tahap ini pemimpin Bani
Umaiyah menggunakan gelaran khalifah.

b. Terangkan pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua.
Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol telah diasaskan oleh Abdul Rahman al-
Dakhil atau Abdul Rahman I dan berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi
ibu kotanya. Pemerintahan ini berlangsung dari tahun 756 M. hingga tahun 1031
M.. Tahap ini dikatakan sebagai tahap kedua. Pada tahap ini pemimpin Bani
Umaiyah menggunakan gelaran amir.

c. Senaraikan pemerintah Bani Umaiyah tahap pertama dan kedua.
1. Tahap Pertama,
Muawiyah bin Abu Sufyan (661 680 M)
Abdul Malik bin Malik (685 705 M)
Umar bin Abdul Aziz (717 720 M)
Hisyam bin Abdul Malik (724 743 M)

2. Tahap Kedua,
Abdul Rahman I (756 788 M)
Abdul Rahman II (822 825 M)
Abdul Rahman III (912 961 M)
Abdul Rahman IV (961 976 M)

d. Huraikan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama.
1. Dari segi politik,
Sistem pemerintahan dan pentadbiran. Terdapat empat aspek utama
Yang pertama ialah sistem khalifah, iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua
pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w..
Yang kedua ialah sistem wazarah, iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai
sistem pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat, sementara gabenor
dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.
Yang ketiga ialah sistem urus setia. Melalui sistem ini beberapa orang
pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod, mengurus surat menyurat
dan sebagainya. Sistem urus setia ini telah membahagikan urusan pentadbiran
kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai,
bahagian ketenteraan, bahagian polis, dan bahagian kehakiman.
Yang keempat ialah sistem hijabah. Melalui sistem ini seseorang pegawai
ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal
BAB 6 (TING 4) hlm/ 10


keselamatan khalifah, dan juga sebagai pemegang amanah.
Semua ini memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran kerajaan yang
sistematik kerana bagi setiap jawatan yang dibentuk, tugas, dan fungsinya
adalah jelas.
Sistem pentadbiran turut diperkemas dengan penubuhan empat buah jabatan,
iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan
Urusan Cap Mohor Pemerintah (jabatan ini diasaskan oleh Muawiyah).
Sistem ketenteraan juga diperkemas. Diwanul Jundi (Jabatan ketenteraan)
ditubuhkan untuk pertahanan negara. Ini dikuti dengan penubuhan angkatan
tentera darat dan tentera laut.

2. Dalam bidang sosial pula,
ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan kota Basrah telah dikenali
sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
Lahir ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan
Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar
ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri. Pada masa inilah bahasa Arab mencapai
kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.
Orang bukan Arab juga mendapat faedah daripada perkembangan ilmu ini
apabila tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran.
Kepesatan perkembangan ilmu agama, khasnya pada era, Khalifah Umar ibn
Abdul Aziz, lahir tokoh terkenal dalam bidang tertentu seperti Urwah bin al-
Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Qur'an), serta Hasan
al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).
Taraf kesihatan turut diberikan perhatian dengan pembinaan hospital pertama
di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta,
telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab. Misalnya, Ibn al-Nafis, pakar bedah termasyhur di Damsyik,
menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum
Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan
selepas pembedahan.
Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga berkembang.
Dalam sistem perundangan, hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad
dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak. Hakim tidak boleh
mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung kepada mana-mana
aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mestilah adil dalam
penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yg diadili.


BAB 6 (TING 4) hlm/ 11


e. Huraikan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua.
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua (Andalusia)
dari segi pendidikan. Pada abad ke-10 M.pusat pengajian tinggi di Cordova
telah diasaskan oleh Abdul Rahman III yang kemudiannya berkembang
menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah. Di sini juga telah dibina sebuah
perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II. Semasa pemerintahan kedua-
dua orang tokoh ini, wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan
di Andalusia. Selain Cordova, pusat keilmuan ini kemudiannya berkembang di
Seville, Toledo dan Granada.
Pembinaan sebuah pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh
Yunani ke dalam bahasa Arab di Toledo telah memberikan peluang kepada
masyarakat kerajaan Bani Umaiyah dan Arab utk mempelajari pelbagai ilmu.
Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan telah menjadi
jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.
Keilmuan Islam telah memberikan faedah kepada masyarakat Eropah. Orang
Islam pula telah dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui
terjemahan yang dihasilkan.
Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah seperti yang dilihat pada binaan
Masjid Cordova. Masjid ini mempunyai menara yang tingginya sekitar 36
meter. Kubah Masjid beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang yang
diperbuat daripada marmar. Pada waktu malam masjid ini diterangi dengan
4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak setahun.
Penubuhan baitulmal telah mewujudkan sistem kewangan yang dapat
mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara. Antara sumber
pendapatan kerajaan termasuklah Kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai
perlindungan), zakat, usyur (cukai sebanyak 1 /10 daripada hasil pertanian
yang didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera
melalui peperangan).
Cordova juga menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Kegiatan ekonomi orang Islam di Andalusia telah mengembangkan kemahiran
pembuatan barangan tembikar serta perhiasan daripada perak dan emas.
Perusahaan pembuatan barangan lain seperti memproses kulit dan membuat
senjata.
Sektor pertanian juga mencapai kemajuan. Sistem saliran dibina untuk
menyuburkan dan memajukan tanah pertanian. Penyelidikan dilakukan untuk
mendapatkan benih yg berkualiti supaya hasil pertanian dapat dipertingkatkan.

7. a. Jelaskan pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah.
(Rujuk Buku Teks m.s: 155-158)
Pada peringkat akhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, penentangan berlaku
BAB 6 (TING 4) hlm/ 12


dari dalam dan luar negara. Penentangan tsb berpunca daripada pelbagai sebab,
i. Orang Islam yang bukan berketurunan Arab (golongan mawali) seperti
bangsa Parsi dan Barbar menganggap mereka telah didiskriminasikan.
Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap
layak oleh mereka. Selain itu, mereka juga dikenakan kadar cukai yang
lebih tinggi daripada kadar yangdikenakan kepada orang Arab Islam.
Akibatnya, golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan
Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah.
ii. Pada masa yang sarna, iaitu pada peringkat akhir zaman Bani Umaiyah,
para khalifahnya telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat

disamping mengabaikan ajaran Islam. Sikap tersebut membangkitkan
kemarahan rakyat.
iii. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani
Umaiyah terus

ditentang oleh sebilangan orang Islam, khasnya golongan
Syiah dan Khawarij.
Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau
Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
Pada mulanya gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan bergerak secara
sulit, namun, bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah
dikendalikan secara terbuka.
Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad
s.a.w.) untuk mendapatkan sokongan. Mereka menjadikan Khurasan, Kufah,
dan Humaimah sebagai pusat operasi.
Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, Abu
Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim
al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.
Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas, iaitu nama bapa
saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan
sistem warisan atau sistem monarki, iaitu pemerintahan keturunan raja.
Pada ketika Abu Jaafar al-Mansur memerintah, pusat pemerintahan telah
diubah dari Damsyik ke Baghdad.
Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258 M. apabila ibu kotanya ditawan oleh
tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

b. Senaraikan pemerintah pemerintah Kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Abu Abbas al-Saffah (750 754 M)
2. Abu Jaafar al-Mansur (754 755 M)
3. Harun al-Rasyid (786 809 M)
4. Abdullah al-Makmun (813 833 M)

BAB 6 (TING 4) hlm/ 13


c. Huraikan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.
Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi, iaitu semasa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun. Kota
Baghdad berperanan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
Perkembangan keilmuan ini berlaku melalui penulisan dan penterjemahan
karya asing ke dalam bahasa Arab.
Di Baghdad dibina baitulhikmah, iaitu sebuah institusi keilmuan yang telah
diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Tetapi, institusi ini hanya
berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun.
a. Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains
terutamanya daripada bahasa Yunani.
b. Kegiatan penulisan pula dilakukan mengikut tiga tahap, iaitu yang
pertama, mencatat segala idea atau percakapan; yang kedua,
mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi
Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku; dan yang ketiga, mengarang.
Usaha terakhir ini lebih teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur ke
dalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.
c. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan. Pada tahun 761

M, ramai
ulama mula menyusun dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah,
tafsir, sejarah dan sebagainya. Antaranya; Imam Malik (penyusun buku al-
Muwatta'), Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup NabiMuhammad s.a.w.),
Abu Hanifah (penyusun fikah dan pendapat ijtihad), Imam Abu Hanifah,
Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad bin Hanbal.
d. Terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi
Muhammad s.a.w.) dan ilmu hadis.
e. Perkembangan intelektual jelas bergantung pada usaha terjemahan yang
dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani. Namun begitu,
terdapat dua perkara penting berkaitan dengan aspek ini. Yang pertama,
orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat
pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan terhadap karya
tersebut dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai
dan besar ertinya. Yang kedua, orang Islam memainkan peranan besar
dalam berbakti kepada kebudayaan dunia. Mereka telah memelihara
warisan ilmu daripada lenyap atau terkubur kerana mereka telah menerima
hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Gelap, iaitu pada
ketika, masyarakatnya kurang menghargai ilmu pengetahuan.
f. Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan
kegiatan
.
penyelidikan hingga kedapatan hasil kajian sarjana Islam yang
sampai ke Eropah. Sejumlah kajian itu telah diterjemahkan ke dalam
bahasa asing, dan dari sinilah, bermula arus yang membawa kepada
BAB 6 (TING 4) hlm/ 14


kebangkitan Eropah.
g. Perkembangan tamadun Islam di kota Baghdad, Cordova, dan tempat lain
berjaya membuka mata ilmuwan Eropah. Perkembangan keilmuan di
Eropah telah melahirkan zaman pemulihan budaya yg disebut
Renaissance.
h. Kegigihan para ulama dan ilmuwan Islam dalam penulisan bukan sahaja
telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka
tetapi yang lebih penting telah meninggalkan warisan yang sangat ternilai
kepada generasi kemudian.
i. Keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu daripada
pelbagai sumber asing dengan cara menterjemahkan karya tersebut telah
memberikan banyak faedah. Bahkan golongan cendekiawan Islam telah
membaiki dan meningkatkan lagi mutu karya asalnya. Dengan itu
berlakulah percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.

8. a. Jelaskan pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(Rujuk Buku Teks m.s: 158-161)
Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah
menjadi lemah yang kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-
kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Pemerintahan kerajaan Abbasiyah
berakhir pada tahun 1258 apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol.
Antara kerjaan kecil di Turki termasuklah kerajaan Saljuk. Kerajaan
Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di
sebelah barat Anatolia (Turki hari ini).
Pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran.
Sungguh pun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil,
namun, kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya
membentuk kerajaan Uthmaniyah.
Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu
Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi.
Pada peringkat awal, Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi
kawasan sebelah barat Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan
empayar Byzantine, ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. Oleh itu,
kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih
tinggi berbanding dengan wilayah yang lain.
Pada tahun 1301 Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine.
Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta
pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan
penaklukannya.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 15


Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya
menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri. Uthman meninggal dunia pada
tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan I dan
pemerintahan Uthmaniyah yang seterusnya.
Antara tahun 1336 - 1354 Orhan I berjaya menguasai kawasan Marmara dan
Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli.
Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I, kerajaan Uthmaniyah berjaya
menguasai kawasan Balkan selatan dan Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia,
Salonica, Kosovo, utara Albania dan Wallachia.
Pada masa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar
perluasan wilayah dan berjaya menawan Istanbul (Constantinople), ibu negeri
Rom Timur, pada tahun 1453.
Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan
Mehmed II. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan terhadap
Istanbul, iaitu pada tahun 1453 hinggalah ke tarikh kematian Suleiman I pada
tahun 1566. Empayar ini berlanjutan hingga ke awal abad ke-20.
Antara faktor yang mengakibatkan kemerosotan kuasa ini termasuklah
terdapatnya pernimpin yang lemah, keruntuhan sistem pungutan cukai,
pemberontakan, dan pertambahan penduduk yang sangat pesat hingga sukar
dikawal sepenunya.

b. Senaraikan pemerintah pemerintah Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Uthman Ertughrul (1280 1326 M)
Orhan I (1326 -1362 M)
Murad I (1362 1389 M)
Bayezid I (1389 1402 M)
Mehmed I (1413 1421 M)
Murad II (1421 1444 M)
Mehmed II (Fatih) (1444 1446 M; 1451 1481 M)
Bayezid II (1481 1512 M)
Selim (1512 1520 M)
Suleiman I (Kanuni) (1520 1566 M)
Selim II (1566 1574 M)
Murad III (1574 1595 M)
Mehmed III (1595 1603 M)

c. Huraikan sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Kerajaan Uthmaniyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir
pada awal abad ke-20. Sebelum ini tidak ada sebuah kerajaan Islam yg mampu
bertahan selama hampir 600 tahun dan seluas kawasan kerajaan Uthmaniah.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 16


1. Empayar yang luas.
Kerajaan telah mewujudkan sebuah empayar dengan Istanbul dianggap sebagai
pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim I berjaya menguasai Makkah
pada tahun 1517, kerajaan Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat
Islam di seluruh dunia.

2. Sistem perundangan.
Suleiman I telah memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan
membela nyawa, harta, dan kehormatan
,
setiap individu tanpa mengenal bangsa
dan agama. Undang-undang baru ini dikenali sebagai Kanun Suleiman.

3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.
Jawatan seperti Kadi dan Mufti dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi
pentadbiran agama Islam. Jawatan Sheik-ul-Islam, iaitu ketua ulama telah
diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa. Malahan koleksi fatwa yang
dikeluarkan oleh Sheikh-ul-Islam pada zaman kerajaan Uthmaniyah merupakan
salah satu sumbangan utama kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains
undang-undang yang kekal dan digunakan hingga ke hari ini.

4. Sektor ekonomi.
Sumbangan kerajaan Uthmaniyah kepada sektor ekonomi banyak bergantung pada
kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan
perdagangan di antara timur dan Barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia
Bukan Islam. Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyah meliputi pelabuhan di
sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean. Jalinan
pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah juga telah membentuk Jalinan
Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

5. Sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu.
Sebelum kedatangan Islam ke kawasan Balkan, golongan atasan Eropah
mengamalkan sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis
masyarakat. Penguasaan kerajaan Uthmaniyah di Eropah terutamanya di kawasan
Balkan telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan
individu. Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung
pada hasil usaha setiap individu. Ini juga membawa kepada mobiliti sosial yang
lebih luas dalam masyarakat Eropah.

6. Perkembangan ilmu dan pendidikan.
Kerajaan Uthmaniyah juga berperanan besar dalam perkembangan ilmu
pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem
pendidikan Uthmaniyah yang paling berpengaruh terhadap perkembangan
BAB 6 (TING 4) hlm/ 17


pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem madrasah. Selain sistem madrasah
terdapat juga sistem pendidikan lain seperti sekolah pengetahuan akademik,
sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan. Salah satu
sumbangan besar golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang
penulisan ensiklopedia. Kepentingan ilmu semasa zaman Uthmaniyah juga
membawa kepada kepentingan perpustakaan. Kerajaan Uthmaniyah telah
menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.

7. Bidang seni bina.
Kerajaan ini juga menyumbang kepada bidang seni bina, terutamanya seni bina
masjid. Tokoh seni bina Turki yang terkenal ialah Mimar Sinan (1490 1588).
Hasil seni beliau yang paling terkenal ialah Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di
Istanbul.


Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
Aras 1
Menandakan lokasi dan menamakan tamadun lain yang bertembung dengan tamadun
Islam
Menyatakan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
Menyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
Aras 2
Menghuraikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
Menghuraikan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
Aras 3
Menganalisis dengan contoh tamadun Islam dan tamadun lain di dunia saling
mempengaruhi

9. a. Jelaskan faktor-faktor penyebaran Islam ke Eropah.
(Rujuk Buku Teks m.s: 162-169)
Islam mula tersebar secara meluas dan kian menjadi kukuh di Eropah semasa
zaman kerajaan Bani Umaiyah terutamanya di kawasan Sicily dan Selatan
Sepanyol. Kerajaan yang berpusat di Cordova itu telah diasaskan oleh Khalifah
Abdul Rahman I pada tahun 756 M. Penaklukan Constantinople oleh Mehmed
Fatih pada tahun 1453 pula menandakan penyebaran Islam di kawasan Eropah
Timur yang dikenali sebagai kawasan Balkan.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 18



1. Faktor akidah dan akhlak orang Islam.
Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yamg tinggi dalam kalangan orang Islam
merupakan tunjang utama dalam penyebaran Islam ke Eropah semasa zaman Bani
Umaiyah dan Uthmaniyah. Tentera Islam semasa zaman Uthmaniyah mempunyai
semangat ghazi, iaitu semangat kepahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa
demi penyebaran agama Islam. Ini menjadikan tentera Utmaniyah begitu
bersungguh-sungguh memperluas kawasan empayar Uthmaniyah ke Eropah.

2. Sistem ketenteraan dan penggunaan senjata moden.
Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun serta penggunaan peralatan
senjata moden juga merupakan faktor yang penting. Selain mempunyai tentera
berkuda dan kumpulan infantri yang kuat, tentera kerajaan Uthmaniyah juga
mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam
selok-belok peperangan. Semasa perluasan kerajaan Uthmaniyah berada
pada tahap kecemerlangannya, iaitu semasa zaman Murad III (1574 - 1595), jumlah
ahli kumpulan ini meningkat kepada 54 000 orang. Dari segi ketenteraan, kerajaan
Uthmaniyah mempunyai senjata moden seperti meriam besar. Peralatan senjata
moden ini sangat membantu perluasan empayar Uthmaniyah seperti yang
dibuktikan dalam kes penaklukan Constantinople. Kerajaan Uthmaniyah juga
mempunyai armada laut yang kuat. Semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni
armada tentera laut Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang diguna untuk
mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.

3. Keadaan politik di Eropah.
Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah, akibat daripada pertelingkahan dan
peperangan dalam kalangan kerajaan-kerajaan kecil telah membantu dan
memudahkan perluasan Islam di Eropah. Misalnya, kemasukan tentera Islam
Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awal adalah kerana permintaan Maharaja
John VI Cantacuzens. Pada tahun 1346 Maharaja tersebut telah membuat
perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam
usaha beliau menuntut takhta kerajaan Byzantine.

4. Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine.
Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine telah memberikan laluan kepada
penyebaran Islam, terutamanya dalam kalangan masyarakat Balkan. Institusi gereja
khususnya Gereja Greek Ortodoks, tidak lagi menjadi pelindung kepada
masyarakat. Insitusi itu tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan daripada
kerajaan Byzantine. Pada masa yang sama, institusi gereja juga hampir hancur

disebabkan terdapatnya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya,
serta kekurangan kewangan untuk beroperasi sepenuhnya. Dalam keadaan
BAB 6 (TING 4) hlm/ 19


beginilah ramai penganut agama Kristian tertarik kepada keistimewaan yang
terdapat dalam agama Islam.

5. Dasar politik dan hubungan keagamaan di Eropah.
Kerajaan Uthmaniyah telah menjalankan diplomasi dan toleransi. Perluasan
kawasan kerajaan Uthmaniyah ke kawasan Balkan tidak bermakna masyarakat
Balkan dipaksa untuk memeluk Islam. Kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja
mengiktiraf kedudukan, perundangan, dan harta Gereja Ortodok tetapi turut
rnembenarkan institusi tersebut (Gereja Ortodoks) melindungi kepentingan
masyarakat Kristian di kawasan Balkan. Secara umumnya, kerajaan Uthmaniyah
tidak campurtangan dalam urusan keagamaan orang Kristian. Hal atau urusan
tersebut dipertanggungjawabkan kepada orang Kristian sendiri.

6. Dasar sosial Islam.
Dasar sosial Islam telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam. Ini
kerana dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya
keturunan. Sistem ini membolehkan setiap individu mendapat imbuhan hasil
daripada usahanya. Ini berbeza sekali daripada sistem sosial sebelum kedatangan
Islam yang menitikberatkan latar belakang keturunan. Di samping itu, kerajaan
Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi
kemudahan rakyat. Dasar sosial kerajaan Uthmaniyah yang progresif inilah yang
telah menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat Islam terutamanya
masyarakat bandar.

7. Penghijrahan orang Turki dan usaha pendakwah.
Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para pendakwah juga
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam di
Eropah semasa zaman Uthmaniyah. Ramai orang Turki telah berhijrah ke Balkan
terutamanya ke kawasan Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria, dan Albania
pada abad ke-14 dan abad ke-15. Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah
membina petempatan mereka di kawasan yang didiami oleh kumpulan mubaligh
Islam, iaitu kumpulan Sufi. Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak
menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka telah menarik ramai orang
Kristian untuk memeluk Islam. Yang jelasnya penyebaran Islam di kawasan Balkan
yang dimulakan oleh kerajaan Uthmaniyah ini berterusan hinggalah abad ke-17 dan
abad ke-18 apabila Islam turut tersebar ke kawasan utara Albania, Montenegro dan
Selatan-Barat Macedonia serta Crete.

b. Terangkan cara-cara pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di
dunia.
Sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w., tamadun lain di
BAB 6 (TING 4) hlm/ 20


dunia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, India, China, dan Rom telahpun
wujud. Tamadun Islam yang lahir daripada perkembangan agama Islam
telah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini. Pada tahun 639
M., semasa pemerintahan Khalifah Umar, Amr ibn al-As telah menakluk Mesir.
Dengan itu, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Yunani-Rom yang
sudah pun bertapak di Mesir. Perluasan kawasan kerajaan Islam ke Baghdad pula
telah menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun Parsi dengan
tamadun Islam. Kemudian, apabila kerajaan Bani Umaiyah berjaya menakluk
Qayrawan di Utara Afrika pada tahun 670 M. dan mula tiba di pantai Sepanyol
pada tahun 711 M., tamadun Islam telah bertembung pula dengan tamadun Eropah.

Islam telah bertembung dengan tamadun lain di dunia melalui pelbagai cara.
1. Melalui perdagangan dan perniagaan.
Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan timur
Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh laut menjadi salah satu
alat utama pertembungan Islam dengan tamadun lain. Seawal akhir abad ketujuh
Masihi lagi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Ini telah
membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

2. Hubungan diplomatik.
Orang Islam mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara
mentadbir daripada tamadun luar. Kerajaan Bani Umaiyah, contohnya, telah
menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol.
Kumpulan ini telah bertemu dengan beberapa petempatan orang bukan Islam
seperti di Cordova, Valencia dan Rhonda. Kumpulan peneroka Islam ini berjaya
membuat hubungan diplomatik dengan kawasan-kawasan tersebut. Ini telah
membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan
orang bukan Islam tentang cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan
pentadbiran.

3. Melalui penaklukan dan ketenteraan.
Dalam usaha memperluas kawasan dan penyebaran Islam, kerajaan Khulafa
al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah membentuk
ekspedisi ketenteraan. Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran,
contohnya, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi. Kedua-dua
tamadun ini saling mempengaruhi. Oleh itu, berlakulah interaksi dan asimilasi
antara tamadun Islam dengan tamadun lain yang diakibatkan oleh kegiatan
penaklukan dan ketenteraan. Apabila tentera Islam menakluk kawasan Mesir dan
Afrika Utara, tamadun Islam juga sudah mula bertembung dengan tamadun Eropah
terutamanya tamadun Rom, iaitu empayar Byzantine.

BAB 6 (TING 4) hlm/ 21


4. Pertembungan kebudayaan.
Pertembungan kebudayaan antara tamadun Islam dengan tamadun lain. Misalnya,
kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kepada kemunculan kebudayaan
baru. Bahasa Arab telah menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa zaman
Umaiyah yang berpusat di Cordova. Pada masa itu juga lahir golongan yang
dikenali sebagai Mozarab, iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi
mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

5. Pertembungan intelektual.
Pertembungan intelektual juga berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
Penyebaran Islam di Eropah bukan sahaja telah membolehkan pedagang Islam
berniaga di Eropah tetapi juga telah membawa keuntungan kepada para intelek
Islam. Ilmuwan Islam telah berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun
Eropah, dan seterusnya berjaya memperkembangkan lagi keilmuan tersebut
menurut pandangan intelektual Islam.

c. Huraikan kesan-kesan pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain
di dunia.
Kesan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia dapat
dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban manusia.

1. Dari segi keagamaan.
Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan mereka yang di bawah
taklukannya. Islam membawa satu nilai akidah, iaitu kepercayaan kepada Allah
s.w.t. Islam menyediakan sistem perundangan yang berdasarkan al-Quran dan
hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya. Islam yg
berasaskan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan
tidak terbatas kepada bangsa atau kaum dan kawasan geografi. Walau
bagaimanapun, Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat, dan budaya masyarakat
setempat.

2. Perluasan kawasan Islam.
Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang
Islam. Dari segi politik, kesan pertembungan tamadun Islam ini telah melahirkan
pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat seperti kerajaan Delhi Mughal di India.
Walaupun kerajaan Islam tidak wujud di China, namun, wujud masyarakat Islam
yang berkekalan hingga ke hari ini di negara itu. Kerajaan Islam seperti Umaiyah,
Abbasiyah, dan Uthmaniyah telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat
walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi. Walaupun
sistem pemerintahannya berbeza, namun, terdapat persamaan dari segi amalan
politik dalam Dunia Islam ini, iaitu sistem yang berasaskan akidah dan syariah.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 22


3. Penguasaan ekonomi.
Perluasan kuasa dan wilayah yang luas membolehkan orang Islam menguasai
ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dengan lebih berkesan. Pemerintahan
kerajaan Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di
kawasan naungannya. Ini membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan
dijalankan dengan licin. Kerajaan Uthmaniyah, contohnya, mempunyai armada laut
bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut
Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi. Kawasan pusat ekonomi Islam
meliputi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul. Pedagang
Islam sejak abad ketujuh Masihi telah berjaya berdagang ke kawasan seperti India,
Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China di sebelah Timur. Di kawasan sebelah Barat
pedagang Islam telah menjalankan perniagaan hingga ke Sepanyol, selatan
Perancis, Armenia, dan kawasan selatan gurun Sahara di benua Afrika. Pedagang
Islam menguasai perdagangan di Laut Merah dan juga di Laut Mediterranean,
Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Semasa zaman Uthmaniyah,
Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan, sesuai dgn
kedudukannya yg strategik sbg jambatan di antara dunia Timur dan dunia Barat.

4. Proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya.
Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama di
kawasan naungannya seperti yang berlaku di kawasan Balkan semasa pemerintahan
kerajaan Uthmaniyah.

5. Dari segi kebudayaan.
Orang Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan
membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja
kepada pendidikan berbentuk agama tetapi juga pendidikan yang
merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi. Semasa zaman kerajaan
Abbasiyah, para pelajar yang ditempatkan di institusi pembelajaran Islam
diwajibkan juga mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi,
sejarah, sains fizikal dan biologi.
Orang Islam juga mempengaruhi tatatertib kehidupan harian melalui cara
berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang clan berpolitik. Semasa zaman
Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup
orang Islam. Selain bertutur dalam bahasa Arab, mereka juga berpakaian
seperti orang Islam. Tatasusila kehidupan harian orang Islam mempengaruhi
kehidupar harian orang Eropah dengan begitu kuat sehingga pengaruh itu
berterusan ke pertengahan Zaman Renaissance. Golongan yg memainkan
peranan penting dlm proses ini dikenali sbg golongan Mudejar (Orang Islam
setempat (minoriti) yg terus tingal di kawasan pemerintahan orang Kristian).

BAB 6 (TING 4) hlm/ 23


6. Perkembangan intelektual.
Perluasan kawasan penaklukan Islam telah membolehkan para cendekiawan
Islam dan bukan Islam bertukar pendapat antara satu sama lain. Pada
peringkat awal, cendekiawan Islam memberikan keutamaan kepada proses
pengumpulan maklumat dan teks penulisan para cendekiawan daripada
tamadun zaman sebelumnya. Kebanyakan hasil kerja yang diterjemahkan
oleh cendekiawan Islam merupakan hasil karya penulis Greek seperti
Aristotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
Proses perkembangan penterjemahan dan intelektual orang Islam telah
dipertingkatkan dengan penubuhan sebuah perpustakaan, iaitu baitulhikmah
yang ditubuhkan oleh Khallifah Harun al-Rasyid semasa zaman kerajaan
Abbasiyah. Ini membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain
disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam. Proses penterjemahan hasil
karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan
intelektual yang sangat tinggi.
Zaman kemuncak kegemilangan keilmuan Islam berlangsung antara abad
kelapan hingga ke masa keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M.
Zaman ini telah melahirkan para cendekiawan Islam dalam setiap bidang
keilmuan.
Dalam ilmu perubatan, Zakaria al-Razi (865-925 M.) : menyumbangkan
kepentingan perubatan klinikal dan menghasilkan lebih daripada 20 karya
termasuklah kitab Al-Hawi, sebuah ensiklopedia perubatan. Beliau
merupakan penterjemah utama hasil karya Galen, ahli perubatan Greek.
Al-Zahrawi (936-1013 M.) merupakan orang yang sangat arif dalam
kajian perubatan dan farmasi.
Dalam bidang matematik dan astronomi sumbangan cendekiawan Islam
seperti al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq al-Biruji dan al-Biruni.
Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang, cendekiawan Islam
seperti al- Farabi (950 M.), al-Miskawayh dan al-Mawardi menghasilkan
beberapa karya penting dlm bidang undang-undang dan pemikiran
politik.
Dalam bidang ilmu mantik dan falsafah, termasuklah Ibn Sina, al-Kindi,
Fakhr al-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali.
Mereka telah memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan
pemikiran usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran
agama.

6. Kesenian Islam khususnya seni bina.
Seni bina turut memberikan sumbangan dalam perkembangan ketamadunan di
dunia ini. Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat di Masjid
Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana
BAB 6 (TING 4) hlm/ 24


Alhambra di Granada. Semua ini merupakan lambang ketinggian martabat tamadun
Islam. Tema kebanyakan seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat
dalam kepercayaan tauhid dan akidah.

7. Cendekiawan Islam turut memberikan sumbangan terhadap dunia kesusasteraan.
Antara penulis puisi dan novel agung,
Omar Khayyam yang menulis tentang Ruba'iyah,
al-Jahiz yang terkenal dengan Kitab al-Bayan.
Jalal ad-Din Rumi menghasilkan puisi ketuhanan.
Pemuisi wanita, iaitu Rabi'ah al-Adawiah yang menghasilkan puisi bertema
ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan Tuhan.

8. Pengembaraan.
Semasa zaman kemuncak keagungan tamadun Islam, ramai cendekiawan Islam
telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk menambah
ilmu pengetahuan. Antaranya;
Ibn Battuta (1304-1377 M.) yang mengembara ke China, India dan Afrika.
Catatan Ibn Battuta sepanjang penerokaannya amat dihargai oleh sejarawan
dari segi ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya. Hasil tulisan
Ibn Battuta masih lagi menjadi rujukan sejarawan hingga ke hari ini.
al-Mascudi (945 M.) mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika.
Ibn Fadhlan yang mengembara ke utara Eropah pada abad ke-12.

9. Mengeluarkan Eropah dari Zaman Gelap.
Pada peringkat awal, ilmuwan Islam banyak bergantung pada hasil karya daripada
tamadun luar, namun, mereka berjaya mengembangkan ilmu tersebut sesuai dengan
ajaran Islam dan ditambah dengan idea mereka sendiri. Keilmuan Islam berjaya
mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik
dan sosial. Akhirnya, masyarakat Eropah dapat memanfaatkan keilmuan Islam ini
sehingga berjaya membawa mereka keluar drpd Zaman Gelap dan mempengaruhi
perkembangan sejarah Eropah seterusnya, contohnya Revolusi Perindustrian.

10. a. Senaraikan pengajaran yang boleh kita alami melalui sejarah perkembangan
kerajaan dan tamadun Islam ini. (Rujuk Buku Teks m.s: 169-170)
1. Kepentingan perpaduan.
Zaman kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w. mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam
menentukan penerusan sesuatu ummah. Pemimpin kerajaan Islam sentiasa
menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk untuk memastikan
perkembangan Islam berterusan.
BAB 6 (TING 4) hlm/ 25


2. Sumbangan pemerintah dan golongan cerdik pandai.
Perkembangan kerajaan Islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan
kepemimpinan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun,
misalnya, dalam aspek kegemilangan keilmuan pada zaman kerajaan Islam
Umaiyah dan Abbasiyah. Selain sumbangan golongan cerdik pandai, peranan
pemerintah juga penting. Pihak pernerintah telah memberikan galakan ke arah
tersebut dan juga membina kemudahan seperti kawasan pembelajaran dan
perpustakaan demi memajukan perkembangan intelektual.

3. Kepentingan dasar kompromi dan toleransi.
Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah yang berkembang di Eropah mengajar kita
bahawa dasar konpromi dan toleransi amat penting dalam sesebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum dan anutan agama. Dasar kerajaan Islam yg
mengamalkan toleransi dan memberikan kebebasan beragama kepada rakyat
berjaya menjaga keamanan dan membawa kerajaan tsb ke zaman kegemilangan.

4. Pencapaian politik, ekonomi dan sosial boleh dilakukan sekali gus dengan
pencapaian keilmuan agama.
Perkembangan kerajaan Islam bukanlah bergantung sepenuhnya pada
perkembangan dan penguasaan dalam hal-hal keagamaan sahaja. Bermula dari
zaman Khulafa al-Rasyidin hinggalah ke zaman Uthmaniyah, kerajaan Islam
mampu menguasai segala bidang kehidupan seperti ekonomi dan perdagangan,
politik dan sosial. Kegemilangan setiap kerajaan Islam juga bermakna keupayaan
mereka menguasai ekonomi dan politik dunia pada ketika itu, berada pada tahap
yang paling tinggi. Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi tidak bermakna
kerajaan Islam pada masa itu melupakan perkembangan keilmuan agama.
Ketinggian pencapaian intelektual Islam semasa zaman Umaiyah dan Abbasiyah
sememangnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kerajaan di dunia pada
ketika itu. Ini juga menunjukkan bahawa pencapaian politik, ekonomi dan sosial
boleh dilakukan sekali gus dengan pencapaian keilmuan agama. Pemerintahan
kerajaan Islam telah membuktikan perkara ini.

Ya Allah, teguhkan hatiku dalam mengerjakan solat,
Ya Allah, teguhkan hatiku dalam mengerjakan suruhanMu,
Ya Allah, teguhkan hatiku dalam menjauhi laranganMu,
Ya Allah, teguhkan hatiku dalam menjalani kehidupan sebagai
hambaMu yang terbaik.

You might also like