You are on page 1of 16

BAB 1 (TING 4) /hlm1

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA



Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Memahami pembentukan tamadun awal manusia
Aras 1
Menerangkan konsep tamadun
Menyatakan ciri-ciri tamadun
Menyatakan sumbangan tamadun Sumeria, Mesir, Indus dan Hwang Ho
Aras 2
Membandingkan sumbangan tamadun manusia di Sumeria, Mesir, Indus dan
Hwang Ho
Mengklasifikasi sumbangan setiap tamadun
Aras 3
Merasionalkan pemilihan sungai sebagai lokasi pembentukan tamadun aw al

1. a. Nyatakan empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah (Buku Teks m.s: 2)
a) 4 tahap Zaman Prasejarah iaitu:
i. Zaman Paleolitik
ii. Zaman Mesolitik
iii. Zaman Neolitik
iv. Zaman Logam (Zaman gangsa dan Zaman Besi)

b. Jelaskan ciri-ciri bagi setiap zaman tersebut. (Buku Teks m.s: 2 - 4)
Zaman Paleolitik & Zaman Mesolitik.
Manusia hidup secara nomad, iaitu berpindah randah.
Tinggal sama ada di kawasan tepi tasik, tepi sungai, atau di dalam gua.
Hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.

Zaman Neolitik.
Hidup menetap dalam kelompok yang besar iaitu masyarakat.
Menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang.
Penciptaan alatan batu yang telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi, dan
bahan tembikar.
Pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka mempunyai banyak
masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.
Hasilkan bahan makanan melebihi keperluan.
Lahirkan sistem pertukaran barang atau sistem barter.

Zaman Logam.
Hasilkan bahan daripada logam (besi).
Berjaya mereka cipta perahu dan rumah
Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
Muncul petempatan besar dan kota pertahanan yang kemudian berkembang
menjadi bandar atau kota. Contohnya Jericho di Jordan (8000 s.m.) dan Catal
Huyuk di Turki(6500 s.m.)
BAB 1 (TING 4) /hlm2


2. a. Terangkan makna tamadun dari segi bahasa. (Buku Teks m.s: 4 - 5)
Berasal daripada bahasa Arab, iaitu perkataan mudun, madain dan madana.
Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Perkataan bahasa Inggeris ialah civilization (berasal dari bahasa Greek iaitu civitas
yang bermaksud bandar). Tamadun juga diertikan sebagai peradaban.

b. Apakah makna tamadun menurut pandangan masyarakat Barat?
Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal
kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.
Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam
sesebuah masyarakat.

Darcy Riberio dan R.A. Buchanan, menolak unsur rohaniah, sebaliknya menekankan
kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

c. Apakah makna tamadun menurut pandangan Islam?

Tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua ini
penting untuk mengukur tahap ketamadun sesebuah masyarakat.
Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

Disokong oleh sarjana Barat, Richard Sullivan, mengakui bahawa unsur rohaniah
sangat penting dalam konsep tamadun.

Ringkasnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk
lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah
diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

3. a. Huraikan enam ciri tamadun. (Buku Teks m.s: 5 - 8)
1. Petempatan kekal.
Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
Kawasan yang dipilih amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan
makanan. Hasil inovasi manusia telah melahirkan kemajuan dalam pertanian, iaitu
dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang. Contohnya,
penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem
pengairan. Ini telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan
pengeluaran. Lebihan ini juga telah dapat menampung pertambahan jumlah penduduk
disebabkan adanya bekalan makanan yang berterusan.

2. Kehidupan berorganisasi.
Kehidupan berorganisasi mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan
kestabilan dan kemakmuran hidup. Pada peringkat awal, organisasi sosial atau
masyarakat yang wujud adalah pada tahap yang paling ringkas iaitu keluarga.
Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada
proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks. Sistem sosial berbentuk
piramid dan bersusun lapis. Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan
yang menerajui pemerintahan yang diketuai oleh raja. Lapisan kedua ialah golongan
pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal
BAB 1 (TING 4) /hlm3

agama, individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga atau pun
ketua kelompok, kumpulan pentadbir dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai
kepakaran dalam kesenian. Kemudian diikuti oleh golongan rakyat biasa yang
merupakan jumlah yang paling ramai.Tunjang kepada aktiviti ekonomi, terutamanya
bidang pertanian dan perdagangan. Lapisan terakhir ialah golongan hamba, yang
kehidupannya bergantung pada lapisan-lapisan di atasnya.

3. Sistem pemerintahan.
Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin atau raja selalunya
menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi
mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Kewujudan sistem
pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan
kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

4. Pengkhususan pekerjaan.
Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan
menjadi lebih penting. Ini membawa kepada kemakmuran dan kestabilan politik, dan
peningkatan dan perkembangan ekonomi. Barangan atau produk dihasilkan oleh
kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut. Ini
menghasilkan kepada pertukaran barangan atau sistem barter, yang merupakan
permulaan bagi aktiviti perdagangan. Aktiviti pertukaran barangan dan perdagangan
membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, dan budaya antara
sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.

5. Agama dan kepercayaan.
Penting kerana ia berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap pemerintah,
pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian, dan
pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal. Manusia cuba untuk
memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling. Alam sekitar
seperti pokok, batu, matahari, dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus
dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Manusia percaya bahawa
terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekelilingnya. Kepercayaan ini dikenali
sebagai animisme. Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama. Agama
tamadun awal ialah politeisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada
satu tuhan.

6. Bahasa dan tulisan.
Sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan. Antara bahasa yang tertua
termasuklah Yunani dan Sanskrit. Sistem tulisan ialah hieroglif, cuneiform dan
ideogram. Bahasa dan tulisan memainkan peranan yang penting dalam penyebaran
ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesbuah masyarakat dan antara sesebuah
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sistem tulisan penting untuk tujuan urusan
pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal-hal
keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling penting untuk
menyampaikan, memperkembangkan, dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

Kesemua ciri tamadun di atas berkait rapat antara satu sama lain. Bandar memainkan
peranan penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun.


BAB 1 (TING 4) /hlm4

4. a. Mengapakah lembah sungai selalu dipilih sebagai lokasi petempatan kekal?
(Buku Teks m.s: 8)
Lembah sungai selalu dipilih sebagai lokasi petempatan kekal disebabkan oleh
i. kesuburan tanah di sekitarnya untuk tujuan pertanian.
ii. kemudahan untuk mendapatkan bekalan air dan makanan.
iii. kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
b. Senaraikan contoh tamadun yang dibina di lembah sungai.
Contoh tamadun ialah;
i. Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Eupharates (3500 s.m)
ii. Tamadun Mesir Purba di Lembah Sg. Nil (3100 s.m.)
iii. Tamadun Indus di Lembah Sg. Indus (2500 s.m.)
iv. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sg. Hwang Ho (1800 s.m.)

5. a. Tunjukkan lokasi Tamadun Mesopotamia. (Buku Teks m.s: 10 - 16)
Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di
antara dua sungai.
Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan
pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.
Kawasan ini dikelilingi oleh pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran
tinggi Arab di barat daya, dan Teluk Parsi di bahagian selatan.
b. Jelaskan kerangka masa kewujudan Tamadun Mesopotamia.

Zaman Kerangka Masa
Kerajaan Sumeria 3500 2340 s.m.
Kerajaan Akkad 2371 2006 s.m.
Kerajaan Ur 2113 2006 s.m.
Kerajaan Babylon Awal atau
Lama
2000 1530 s.m.
Kerajaan Kassites 1530 1100 s.m.
Kerajaan Assyria 1100 626 s.m.
Kerajaan Cheldea 626 539 s.m.
c. Terangkan proses pembentukan Tamadun Mesopotamia.

Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar
Baghdad. Bahagian utara meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke
ytara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.
Bahagian selatan meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Eupharates yang hampir
bercantum, dikenali Babylon. Babylon dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Akkad
di Utara dan Sumeria di Selatan.

Pertumbuhan tamadun bermula di wilayah selatan iaitu Sumer. Orang Sumeria telah
berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti
pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang
membolehkan mereka mengawal pengairan air sungai. Aktiviti ini membawa kepada
lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang
semakin bertambah.
BAB 1 (TING 4) /hlm5

Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini berkembang secara evolusi
kepada bandar dan beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk,
Ur, Eridu, Assur dan Mari. Ke semua negara kota terletak di sepanjang sungai dan
terusan.
d. Huraikan ciri-ciri Tamadun Mesopotamia.
1. Negara Kota.
Setiap negara kota terbahagi kepada kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota,
luar kota dan pelabuhan. Ia juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai pintu
gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota. Di dalam kota terdapat
Istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, pasar dengan kebanyakan
jalannya berkeadaan lurus dan lebar. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang
menjadi tumpuan anggota masyarakat. Selain itu, ia juga mempunyai unit politik dan
agama yang tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah
memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
Melalui jalan laut negara kota mudah dihubungi oleh wilayah sekitarnya. Antara jalan
penghubung utama termasuklah jalan yang menghubungkan Sumeria dan Kota Mari
yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

2. Organisasi Sosial.
Organisasi sosial menjadikan kehidupan masyarakat lebih teratur.
Masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu, golongan pemerintah dan golongan
rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan
orang bangsawan. Golongan rakyat terdiri daripada rakyat bebas (petani, artisan dan
pedagang) dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang.

3. Sistem pemerintahan.
Sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi. Raja dianggap sebagai tuhan atau
wakil tuhan dan pemilik negara kota. Walaupun begitu, masyarakat tidak menyembah
raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 2255
S.M) di Akkad. Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai
Tuhan. Ini kerana beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai
wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai Raja Empat
Penjuru Alam.
Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta yang berkuasa dalam
hal keagamaan. Raja juga bertindak sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli
keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk
pentadbirannya. Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat
penyimpanan khazanah negara.
Selain itu, Raja juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan
perniagaan. Raja dibantu oleh pegawai yang terdiri daripada golongan bangsawan
yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

4. Pengkhususan kerja.
Berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian. Terdapat anggota masyarakat
meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
Perdagangan yang dikendalikan bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia
tetapi juga dengan kawasan di Lembah Indus. Perdagangan amat penting kerana
lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah. Oleh itu, barangan seperti
logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil
BAB 1 (TING 4) /hlm6

pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini. Selain itu, terdapat juga pengusaha atau
pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian. Ada juga yang menjadi
tukang rumah kerana pertambahan penduduk, menimbulkan keperluan rumah
kediamaan yang lebih banyak. Terdapat juga yang berkhidmat sebagai tentera untuk
mempertahankan negara kota daripada serangan musuh.

5. Sistem tulisan.
Wujud dengan berkembangnya bidang ilmu pengetahuan. Sistem ini bermula dalam
bentuk tulisan bergambar. Kemudian berkembang kepada bentuk simbol yang ditulis
pada tanah liat kerana bahan untuk membuat kertas belum wujud lagi. Tulisan pada
tanah liat ini berbentuk pepaku atau dikenali sebagai cuneiform.
e. Jelaskan sumbangan Tamadun Mesopotamia.
1. Kod undang-undang Hammurabi.
Digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. Undang-undang ini
berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Mengikut kod ini, hukuman atau denda
mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
Kod ini, mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta
tiang besar, oleh itu rakyat dapat membacanya. Undang-undang Hammurabi menjadi
dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Undang-undang ini, berjaya
mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan
susun lapis masyarakat itu sendiri. Undang-undang ini, dapat mewujudkan perpaduan,
mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat dan membantu
peadaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang iaitu dari tahun
3500S.M. hingga 539 S.M.

2. Sistem tulisan.
Membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
Kehadiran jurutulis, membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya
dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan
dengan resit, nota dan surat kredit. Ia juga melahirkan tradisi kesusasteraan. Antara
hasil kesusasteraan yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup
orang Mesopotamia.

3. Perkembangan Ilmu.
Perkembangan ilmu astronomi yang merangkumi pencerapan terhadap pergerakan
bulan, bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik
seperti mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca
ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
Penguasaan bidang astronomi juga membolehkan mereka menggunakan jalan laut
dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan
dalam satu tahun.
Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan
kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota
tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan
telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan
menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal
perubatan.
4.Penciptaan Roda.
Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan
BAB 1 (TING 4) /hlm7

atau kegunaan pada masa aman. Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia
mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil
pertanian di samping mengawal banjir.

5. Penciptaan alat pengangkutan.
Orang Sumeria menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun
3000 S.M. Ini membolehkan mereka menguasai jalan darat dan jalan laut sehingga
mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut
Mediterranean.

6. Cara membuat batu bata daripada tanah liat.
Dalam seni bina, mereka mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah
patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu juga dapat dilihat dalam seni bina zigurat.

6. a. Tunjukkan lokasi Tamadun Mesir Purba. (Buku Teks m.s: 17 - 22)
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir
dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya
tamadun Mesir Purba. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai
Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang
bermula dari Tasik Victoria di Uganda.
b. Jelaskan kerangka masa kewujudan Tamadun Mesir Purba.
Berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik, iaitu antara 10,000
S.M. hingga 5000 S.M.
Dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu

Zaman Kerangka Masa
Awal 3100 2200 S.M.
Pertengahan 2040 1785 S.M.
Empayar 1570 1085 S.M.
Keruntuhan 1085 322 S.M.

Selepas zaman kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun ini mengalami
zaman keruntuhannya apabila pemerintahan dikuasai oleh orang asing seperti Libya
(1100 947 S.M.), Kush (730 670 S.M.), Assyria (663 609 S.M.), Parsi (525
S.M.), Yunani (322 30 S.M.) dan Rom (30 S.M.)
c. Terangkan proses pembentukan Tamadun Mesir Purba.
Penduduk di Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman
Logam sejak tahun 5000 S.M. Penggunaan alat logam membolehkan mereka
membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian. Daya cipta ini,
membolehkan mereka membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan
lagi nilai kesuburan tanah. Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang
berteraskan pertanian.

Petempatan tetap ini kemudian berkembang menjadi perkampungan. Gabungan
kampung-kampung mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya
bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Kemudian kesemua nome
disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Contohnya
bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

BAB 1 (TING 4) /hlm8

d. Huraikan ciri-ciri Tamadun Mesir Purba.

1. Kehidupan bandar.
Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan semua nome bagi menjadi kerajaan,
beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yyang terletak di
bahagian tengah Sungai Nil. Selepas itu, pusat pentadbiran berpindah ke bandar
Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil. Pada kemuncak Zaman Pertengahan,
berpindah lagi ke bandar Thebes. Selain itu, terdapat beberapa bandar penting yang
lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos.

Kehidupan bandar ini penting kerana di bandar ini terdapat tempat kediaman firaun,
pusat pemerintahan dan pentadbiran, pelabuhan, pusat keagamaan dan pusat tumpuan
penduduk.

2. Kehidupan berorganisasi.
Diketuai oleh Firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.
Jawatan firaun (raja Mesir) diwarisi secara turun-temurun. Pada zaman kerajaan lama,
firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Tetapi semasa pemerintahan dinasti
ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa
firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re. Firaun juga merupakan ketua
pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.

Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis. Diikuti
dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
Lapisan yang terkebawah ialah hamba.

3. Sistem pemerintahan.
Diterajui oleh raja, iaitu firaun. Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan
pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan
di dalam negara. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada
pegawai, penasihat, dan gabenor (mentadbir wilayah yang ditakluki). Para rahib
dipertanggunjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran juga
dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang dilantik untuk menulis
segala rekod kerajaan.

4. Pengiktirafan terhadap wanita.
Wanita dilantik sebagai pemimpin dengan menjadi firaun, iaitu Foraun Hatshepsut
(1501 1479 S.M.). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti
pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
Keupayaan ini meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini
juga menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah
dan memiliki status yang tinggi.

5. Pengkhususan kerja.
Aktiviti ekonomi seperti penenunan, pembuatan barang tembikar, dan peralatan
berkembang maju. Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas. Aktiviti
ekonomi lain termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia.



BAB 1 (TING 4) /hlm9

6. Pengangkutan air.
Memainkan peranan penting. Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan
kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes,
Memphis, Fayoum dan Heliopolis. Sistem pemerintahan yang terancang berjaya
menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah
di pelabuhan Mesir Purba.

7. Konsep Politeisme (kepercayaan kepada banyak tuhan).
Setiap orang dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum
(Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin). Orang Mesir Purba juga percaya kepada
kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.
Makam mayat mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan selepas mati. Mayat
diiringi barangan dan kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama
dengannya. Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan di
dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

8. Sistem tulisan.
Dikenali sebagai hieroglif. Ia berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang
berdasarkan bunyi. Sistem tulisan sangat penting terutamanya untuk tujuan
mencatatkan rekod aktiviti pertanian, pengutipan cukai, tujuan keagamaan dan
amalan ritual kepercayaan.

e. Jelaskan sumbangan Tamadun Mesir Purba.

1. Seni bina (piramid)
Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek
dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M). Beliau memperkenalkan
teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan
pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid
menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.
Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.

2. Penggunaan kertas.
Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas
daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas telah
memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu
bata untuk menyimpan khazanah bangsa.

3. Rekod bertulis.
Sistem tulisannya iaitu hieroglif, telah membolehkan rekod ditulis dan dipahat dengan
cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

4. Kemajuan pendidikan.
Sistem pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka
diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan diuruskan
oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap
pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis
yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi
melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian,
pengawalan air Sungai Nil, pembinaan bangunan dan piramid.
BAB 1 (TING 4) /hlm10

5. Ilmu perubatan.
Kemajuan ilmu perubatan membolehkan tamadun ini melahirkan pengamal perubatan
yang mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan
masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutama proses memumiakan mayat berkait
rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam
bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar
kepada perkembangan ilmu hingga hari ini.

6. Ilmu matematik.
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah
digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil
yang berlaku sekali setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem
pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah
pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah
tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir
dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10, 000 hektar. Pengetahuan
dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang mesir Purba
memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

7. a. Tunjukkan lokasi Tamadun Indus. (Buku Teks m.s: 23 - 28)
Terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sg Indus, yang berpunca dari
pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.
Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa, terletak di bahagian Barat Laut India.
Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan
Rajasthan di Bahagian Timur dan Kathiawar dan Gujerat di Bahagian Tenggara.

b. Jelaskan kerangka masa kewujudan Tamadun Indus.
Sekitar tahun 2500 s.m. dan merosot pada tahun 1800 s.m.

c. Terangkan proses pembentukan Tamadun Indus.

Di bahagian Barat Laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan
secara nomad iaitu hidup berpindah-randah dan menyara hidup dengan memburu dan
mengumpul makanan.

Penduduk ini kemudian, telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sg. Indus.
Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sg Indus yang bukan sahaja menyediakan
sumber air tetapi juga telah dapat menyuburkan tanah.

Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah
meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah
penduduk. Faktor ini telah menyumbang kepada perkembangan bandar iaitu bandar
utama yang terbentuk di Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan Harrapa. Manakala
Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan yang penting.

d. Huraikan ciri-ciri Tamadun Indus.
1. Petempatan kekal.
Petempatan kekal ini membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya
terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi tembok. Bahagian utama merupakan
pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat
BAB 1 (TING 4) /hlm11

mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat
penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan.
Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut
susun atur yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu
geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
Bandar-bandarnya disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap
blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu
sama lain.

2. Organisasi sosial.
Terbahagi kepada dua golongan (berasaskan jumpaan arkelogi) iaitu golongan atasan
yang terdiri daripada pendeta dan pedagang. Pendeta mempunyai kuasa dan
pengaruh terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan. Selain itu, pendeta juga
memegang tampuk pemerintahan. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan
buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian
daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja
perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok dan benteng dan
membina terusan.

3. Pengkhususan pekerjaan.
Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan,
pertanian, pertukangan dan pembuatan. Aktiviti perdagangan secara khusus
membabitkan perdagangan termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang
antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan
masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. Antara hasil dagangan yang penting
termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan
aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang dan
sebagainya. Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara
khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan
barangan logam dan barangan tembikar.

4. Amalan agama.
Dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk
sebagai patung proto-siva. Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila
dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa
Brahma, Visnu dan Siva. Kewujudan objek proto-siva ini menjadi sangat penting
terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya. Selain itu,
masyarakat dalam tamadun ini juga, percaya kepada Tuhan ibu.

5. Sistem tulisan.
Sistem tulisan berbentuk piktograf, walau bagaimanapun, sehingga hari ini tulisan
tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

e. Jelaskan sumbangan Tamadun Indus.
1. Keupayaan serta kebolehan
Masyarakat Lembah Indus mengeksploitasikan kelebihan yang mereka miliki untuk
memudahkan kehidupan mereka sehingga akhirnya menjadi asas kepada
perkembangan tamadun. Mengeksploitasikan Sg. Indus untuk memajukan kehidupan
harian mereka.
BAB 1 (TING 4) /hlm12

2. Perancangan bandar.
Mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa.
Pembangunan bandar ini memerlukan gabungan kepakaran dari sudut letak
bandarnya dan sudut pengisiannya. Oleh itu, pemahaman tentang ilmu geometri,
kesenian dan matematik sangat diperlukan. Tamadun ini mencapai pemahaman dalam
ilmu geometri hasil pertembungan dengan tamadun Mesopotamia. Pertembungan
dengan tamadun Mesir Purba, membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan
bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus. Selain itu, masyarakat ini
juga telah meningkatkan mutu bahan binaan. Lazimnya panas matahari digunakan
untuk membuat batu bata daripada tanah liat, sebaliknya mereka menghasilkan batu
bata tersebut melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

3. Sifat keterbukaan.
Membuat hubungan dengan tamadun lain. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa
sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat
hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun
Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak
memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran atau seumpamanya.

8. a. Tunjukkan lokasi Tamadun Hwang Ho. (Buku Teks m.s: 28 - 33)
Sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini
muncul daripada kesuburan tanah yang terletak di Hwang Ho atau Sungai Kuning.
Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di
bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di
sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Ciri fizikalnya bergunung-ganang
dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.

b. Jelaskan kerangka masa kewujudan Tamadun Hwang Ho.
Dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men
yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400, 000 S.M. Jumpaan ini membuktikan
adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Pada zaman Neolitik sekitar tahun 5000 S.M.,
muncul aktiviti pertanian dan penternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan
oleh Dinasti Hsia yang bermula sekitar tahun 2205 1766 S.M. Namun, belum ada
bukti sejarah yang mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia sebagaimana Dinasti Shang
yang dapat dibuktikan melalui jumpaan arkeologi pada sekitar tahun 1766 1050
S.M. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba
kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini mendorong suku Chou yang
mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk
menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti
Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M.

c. Terangkan proses pembentukan Tamadun Hwang Ho.
Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan
kawasan sekitarnya. Ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan
membina petempatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan
bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di
kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain
mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah
melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho.

BAB 1 (TING 4) /hlm13

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan
pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak
lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke
kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar
hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

d. Huraikan ciri-ciri Tamadun Hwang Ho.
1. Negara Kota.
Anyang merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat
istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar,
dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dilengkapi
dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh
perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

2. Organisasi Sosial.
Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar
penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini.
Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golongan ini wujud sebahagian
besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu
penguasaan mereka dalam teknologi gangsa. Gangsa telah digunakan bagi
menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh
tentera dan peralatan untuk upacara keagamaan. Oleh sebab golongan pembesar
sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka golongan ini telah
dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan
bawahan. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan
merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

3. Pengkhususan Pekerjaan.
Golongan tentera mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera,
iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki. Golongan
petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan
golongan atasan. Golongan petani pula membentuk kumpulan artisan. Golongan
artisan telah mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas makanan dan
minuman, senjata dan barang tembikar. Golongan hamba berfungsi sebagai tentera
paksaan dan digunakan untuk kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban dalam
upacara penyembahan.

4. Sistem pemerintahan.
Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik
daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja-raja
Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja berkuasa
secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat percaya yang kuasa raja
merupakan mandat daripada tuhan dan raja tidak perlu mendapatkan pengesahan
politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama. Dalam urusan
pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi
wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan dibantu oleh golongan bangsawan.
Golongan bangsawan ini dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.Oleh
itu, mereka berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti
BAB 1 (TING 4) /hlm14

pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah
diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan
Shang.

Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan
melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat
pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, di samping
memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang. Mereka
juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
Pembesar tempatan diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk
menjalankan upacara pengorbanan.

5. Agama dan kepercayaan.
Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk
animisme dan politisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek
moyang, menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), penyembahan
terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan
muzik, tarian dan upacara korban, yang diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi
keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.
Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah
untuk meramal sesuatu keadaan. Bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan
meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini
ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

6. Sistem tulisan.
Muncul sebagai akibat daripada amalan penilikan tulang oracle. Rekahan pada tulang
menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan. Tulisan ini
berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol. Tulisan asal ini mempunyai
gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Namun, tulisan ini mula
berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

e. Jelaskan sumbangan Tamadun Hwang Ho.
1. Sistem pemerintahan.
Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya
sedikit perubahan dilakukan iaitu gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak
syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan maharaja (raja) dan amalan
putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

2. Ekonomi.
Pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang,
pemimpinnya amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan telah
dibina untuk mengairkan kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
Proses ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya
China. Sebuah terusan dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di
wilayah tersebut.

Pembangunan sektor pertanian juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi
pembajakan dan penciptaan cangkul serta sabit. Pada zaman ini, petani mula
menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan secara evolusi juga berlaku
apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu
BAB 1 (TING 4) /hlm15

dengan yang dibuat daripada besi.

3. Sistem tulisan.
Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China
sehingga hari ini. Penggunaan tulisan secara meluas digunakan dalam bidang
penulisan dan percetakan. Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah China. Malah, tulisan
ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

4. Sistem Kepercayaan.
Pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Unsur pemujaan
yang dijalankan sejak zaman Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa. Misalnya,
unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan,
duit kertas dan barangan perhiasan. Konsep Yin dan Yang, dan Feng Hsui juga terus
diamalkan sehingga hari ini.

5. Sistem kalendar.
Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar diperkenalkan dengan terdapat 30 hari
sebulan dan 360 hari setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim
menanam, musim menuai, untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara
perkahwinan, perburuan dan pengkebumian.

6. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
Karya Sun Tzu, iaitu The Art of War yang membicarakan tentang selok-belok perang
dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak dalam pelbagai bahasa. Pada
hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

9. a. Apakah persamaan yang dapat pelajar kesan daripada empat tamadun awal tersebut?
(Buku Teks m.s: 34)
1. Dari segi proses pembentukannya.
Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan prasejarah akhir, iaitu daripada
perkampungan lahirlah bandar dan negara kota.

2. Perkembangan kegiatan ekonomi.
Kegiatan ekonomi berkembang pesat di kota-kota akibat daripada pertambahan
penduduk. Kepelbagaian ekonomi membawa kepada pengkhususan kerja dan
keperluan infrastruktur seperti jalan dan kawalan undang-undang.

3. Sistem pemerintahan.
Sistem pemerintahan berubah menjadi bertambah kompleks sebagai akibat daripada
kepesatan dan perkembangan kegiatan ekonomi.

b. Terangkan aspek-aspek yang dapat kita teladani daripada empat tamadun awal
tersebut

1. Setiap tamadun adalah unik dan istimewa.
Tamadun Mesopotamia telah memperlihatkan usaha manusia untuk hidup lebih aman
melalui pengenalan Undang-Undang Hammurabi. Tamadun Mesir Purba dengan
keajaiban seni binanya. Tamadun Indus dengan keunikan sistem perancangan
bandarnya. Tamadun Hwang Ho pula, menunjukkan kecekalan para pemerintah dan
masyarakatnya mengawal aliran Hwang Ho agar tidak memudaratkan kegiatan
BAB 1 (TING 4) /hlm16

pertanian mereka.Masyarakat Hwang Ho tidak melarikan diri atau berpindah daripada
bahaya banjir yang melanda, sebaliknya mereka membina sistem pengairan bagi
mengelakkan bahaya tersebut.

2. Setiap kejadian Yang Maha Esa itu mempunyai hikmah dan faedah.
Hikmah dan faedah itu akan dapat dihasilakn sekiranya manusia bersikap cekal dan
berttindak secara inovatif. Sikap seperti ini, masih tetap relevan pada zaman moden
untuk membina tamadun masa kini.



Ya Allah,
aku berlindung kepadaMu daripada
rasa sedih, rasa tidak mampu, malas, kedekut, pengecut,
kecenderungan berhutang dan tertakluk oleh musuh.

You might also like