You are on page 1of 16

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 3RK2 TERHADAP TAJUK LAND AND ITS RESOURCES MELALUI TEKNIK HUJUNG JARI OLEH DURASNITA BT HJ ABDULLAH SMK PENDETA ZABA, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 3RK2 di dalam bab LANDS AND ITS RESOURCES iaitu subtopik Calcium Compounds. Seramai 10 pelajar tingkatan 3RK2 SMK Pendeta Zaba dan seorang Guru Cemerlang Sains terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan pengalaman yang lepas menunjukkan bahawa, pelajar cenderung mengatakan bahagian ini agak sukar

kerana banyak yang perlu dihafal dan diingat. Subtopik ini juga boleh dijadikan satu soalan struktur Bahagian A yang membawa 9 markah. Pelajar perlu mengingat tindakbalas kimia bermula dengan batu kapur sehinggalah terbentuknya larutan air kapur. Dengan itu, satu teknik untuk memudahkan pelajar mengingati tindakbalas serta nama biasa dan nama kimia bahan terbentuk dicipta melalui teknik HUJUNG JARI. Kajian ini dijalankan semasa PdP Sains 22 Ogos 2013 setelah selesai

Peperiksaan Percubaan PMR 2013. Pelajar diberi Ujian Pra setelah selesai menjawab soalan soal-selidik, kemudian diajar teknik HUJUNG JARI. Jawapan untuk ujian pra tidak dibincangkan kerana soalan yang sama digunakan untuk ujian pos. Ujian pos diberi pada hari yang sama untuk membandingkan pencapaian sebelum dan sesudah mempelajari teknik ini. Markah Ujian 1, Peperiksaan

Pertengahan Tahun, peperiksaan percubaan PMR, Ujian Pra dan Ujian Pos diambil kira sebagai kejayaan dalam peningkatan pencapaian pelajar.
DURASNITA/GC SAINS/2013 1

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun 2013, pengajaran saya melalui proses peningkatan kerana kemudahan internet tanpa wayar yang boleh dicapai dimakmal, memudahkan saya mendapatkan bahan bantu mengajar dan maklumat isi kandungan pembelajaran melalui sumber internet. Pengajaran saya menjadi lebih menarik, ceria dan berupaya menarik minat pelajar. Pelajar sangat teruja kerana tentu sekali ada kelainan dan ada keyakinan bagi pelajar ini apabila bahan yang dipaparkan adalah dari sumber internet yang pelbagai, menarik dan paparan imej yang berwarna warni. Saya dapati, setelah dua tahun pengajaran hanya berbantukan cakera padat Kementerian pelajaran, pelajar menjadi jemu apatah lagi bahasa pertuturan yang meleret-leret disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu, saya sentiasa mahukan kelainan bahan bantu mengajar saya. Selain itu, saya sentiasa menghubungkaitkan setiap isi kandungan pengajaran saya dengan kekuasaan ALLAH S.W.T yang menciptakan segala makhluk di muka bumi. Apa yang dipelajari oleh pelajar sebenarnya adalah hasil ciptaan ALLAH yang Maha Agung dan bukannya semata-mata untuk peperiksaan. Bagi pelajar Tingkatan 3 RK2, kebolehan mereka adalah dalam kelompok cemerlang baik dan sederhana. Daripada 30 pelajar ini, 10 ialah pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan. Mereka merupakan pelajar yang aktif dan sentiasa mahu meningkatkan pencapaian mereka. Bagi tajuk Bab 6 ini, ia merupakan pengenalan kepada pelajaran KIMIA kerana 5 bab yang sebelumnya berkaitan BIOLOGI badan manusia. Andaian pelajar, tajuk ini sangat susah kerana banyak yang perlu dihafalkan dan tentu sekali memerlukan pemahaman bukan penghafalan semata-,mata. Bermula dengan

pengenalan mengenai mineral yang wujud dimuka bumi, sehinggalah kepada subtopik

DURASNITA/GC SAINS/2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Bahan Api Semulajadi dan Kepentingannya, semuanya berkaitan aspek tindakbalas KIMIA yang mereka tidak dapat lihat dengan mata kasar seperti kandungan pelajaran BIOLOGI pada 5 bab terawal. Satu teknik yang saya cipta diharapkan dapat membantu pelajar 3RK2 untuk menguasai subtopik Sebatian Kalsium .

2.0 ISU KEPERIHATINAN/FOKUS KAJIAN Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar berminat tetapi tidak bermotivasi apabila mempelajari Bab 6 Sains Tingkatan 3 iaitu Lands and Its Resources kerana isi

kandungan pelajaran berkaitan KIMIA yang mereka tidak nampak dengan jelas dan nyata seperti organ dalaman manusia yang boleh digambarkan melalui model atau rajah. Mereka juga tidak boleh menggunakan pengalaman melalui perubahan badan sendiri apabila mempelajari bahagian KIMIA berbanding bahagian BIOLOGI. Bagi

mereka adalah sukar untuk mengingati setiap isi kandungan dan nama kimia dalam sebatian, termasuk tindakbalas kimia, bahan untuk menguji, serta kesan yang berlaku terhadap bahan ujian. Bermula dengan unsur dan mineral semulajadi, nama umum dan nama kimia yang perlu mereka ingat, disusuli pula dengan pembentukan sebatian

logam oksida dan logam sulfida, sebatian silikon, sebatian kalsium dan akhirnya sumber bahan api semulajadi. Setiap subtopik itu pelajar perlu mengingati persamaan tindakbalas, hasil dan pemerhatian semasa tindakbalas berlaku. Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan pelajar berkaitan satu subtopik iaitu Sebatian Kalsium, satu teknik mudah iaitu meletakkan bahan tindakbalas dihujung jari dan hasilnya melangkah ke hujung jari yang satu lagi. Hujung jari tangan kiri khusus untuk nama biasa dan tindakbalas sebatian kalsium, manakala hujung jari tangan kanan khusus untuk nama

DURASNITA/GC SAINS/2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


kimia dan tindakbalasnya. Apabila kedua-dua hujung jari tangan kanan dan kiri dicantumkan, hujung jari akan bertemu dan memastikan pelajar tidak tertukar nama kimia sebatian kalsium dengan nama biasa. Berikut disenaraikan nama biasa dan nama kimia bagi Sebatian Kalsium;

COMMON NAME (nama biasa)

LOKASI PADA HUJUNG JARI KIRI

CHEMICAL NAME (nama kimia) CALSIUM CARBONATE (kalsium karbonat) CALCIUM OXIDE (kalsium oksida) CALCIUM HYDROXIDE (kalsium hidroksida) CALCIUM HYDROXIDE SOLUTION (larutan kalsium hidroksida) CONTOH KEGUNAAN (kreativiti pelajar)

LOKASI PADA HUJUNG JARI KANAN IBU JARI KANAN

LIMESTONE (batu kapur) QUICKLIME (kapur tohor) SLAKED LIME (kapur mati)

IBU JARI KIRI

TELUNJUK JARI KIRI

TELUNJUK JARI KANAN JARI TENGAH KANAN

JARI TENGAH KIRI

LIMEWATER (air kapur) CONTOH KEGUNAAN (kreativiti pelajar)

JARI MANIS KIRI

JARI MANIS KANAN

JARI KELINGKING KIRI

JARI KELINGKING KANAN

Isi kandungan kajian saya, ada di lampiran A

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Menarik minat pelajar dan memudahkan mereka menguasai sebahagian tajuk ini sekali gus meningkatkan pencapaian mereka bagi subjek Sains PMR 2013.

DURASNITA/GC SAINS/2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Pelajar dapat menguasai teknik HUJUNG JARI 3.2.2 Pelajar dapat menterjemahkan isi kandungan dalam setiap

HUJUNG JARI berdasarkan konsep yang difahami 3.2.3 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat susunan tindakbalas sebatian kalsium, melalui teknik HUJUNG JARI 3.2.4 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat nama umum dan nama kimia bagi setiap perubahan sebatian kalsium selepas tindakbalas melalui teknik HUJUNG JARI 3.2.5 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat persamaan kimia tindakbalas melalui teknik HUJUNG JARI

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 pelajar kelas 3 RK2 iaitu 7 perempuan dan 3 lelaki yang pencapaian mereka adalah sederhana dan terbaik dalam kelas tersebut. Semasa kajian, semua pelajar 3RK2 terlibat membuat latihan dan diajar teknik HUJUNG JARI, namun data sasaran hanya 10 pelajar sahaja.

5.0 PROSEDUR KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Dalam pelaksanaan kajian tindakan saya ini, saya membuat pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap pelajar, membuat soal-selidik, menemubual pelajar. dan juga merujuk kepada keputusan ujian 1, ujian pra, peperiksaan pertengahan tahun, ujian pos dan peperiksaan percubaan PMR
DURASNITA/GC SAINS/2013 5

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, pelajar kurang memberi respons kepada soalan perbincangan dan menunjukkan sikap tidak berminat kerana ada pelbagai rentetan persamaan kimia dan nama-nama yang perlu diingat. 5.1.2 Soal Selidik 3 borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar. Soal selidik pertama adalah untuk mengetahui sejauh manakah tanggapan mereka terhadap tajuk Bab 6 Lands and Its Resources ini, sebaik sahaja selesai mempelajari Bab 6. Soal selidik kedua pula diedarkan selepas kajian dijalankan untuk mengetahui pendapat pelajar mengenai keberkesanan teknik HUJUNG JARI , dan soal selidik ketiga diedarkan adalah mengenai pendapat pelajar berkaitan penggunaan teknik tersebut selepas kajian tindakan dijalankan. 5.1.3 Menemubual pelajar Secara tidak langsung, sewaktu pengajaran dan pembelajaran, saya menyoal pelajar akan kefahaman mereka berkaitan Bab 6 ini dan sebahagian besar memberikan tindak balas, tidak minat untuk mengingat fakta-fakta penting yang berkaitan peperiksaan kerana susahnya untuk mengingat nama-nama kimia, hasil tindakbalas,

DURASNITA/GC SAINS/2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


bahan penguji serta nama biasa bagi sebatian kalsium termasuklah kegunaan bagi setiap jenis sebatian kalsium yang berbeza. 5.1.4 Ujian Bulan 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun , Peperiksaan Percubaan PMR, Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan ujian bulan 1, 28 pelajar 3RK2 lulus malah ada yang mendapat keputusan cemerlang dengan pencapaian 96 markah, namun kegusaran saya bermula kerana ada 2 pelajar gagal ujian 1, dengan markah 32 peratus sahaja. Ini sangat mengejutkan saya kerana ujian 1 sepatutnya sangat mudah dan boleh lulus bagi pelajar Kelas Rancangan Khas. Keputusan peperiksaan

pertengahan tahun pula membimbangkan juga walaupun semua lulus tetapi tiada seorang pun yang mendapat keputusan A. 10 pelajar memperoleh B dengan markah tertinggi 71, 9 pelajar memperoleh C dan selebihnya 11 pelajar memperoleh D dengan markah terendah 41 markah. Semasa membuat ulangkaji dan latih tubi, banyak soalan-soalan dari Bab 6 yang ditemui dan soalan untuk sebatian kalsium banyak ditemui pada soalan nombor 6 Bahagian A kertas 2 yang membawa kepada 9 markah. Melalui teknik HUJUNG JARI ini, diharapkan pelajar dapat menjawab

kesemua soalan dengan betul. Ujian pra diberikan sebelum teknik ini dipelajari. Tiada perbincangan jawapan untuk soalan pra. Selepas pelajar mempelajari teknik ini, ujian pos menggunakan soalan yang sama diberikan. Didapati ada peningkatan dalam

DURASNITA/GC SAINS/2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


pencapaian bagi soalan yang sama sebelum mempelajari teknik dan selepas mempelajari teknik. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati bahawa; Pelajar teruja mencuba teknik HUJUNG JARI Pelajar lebih berkeyakinan tidak akan tertukar antara nama kimia dan nama biasa Pelajar lebih berkeyakinan menamakan hasil tindakbalas Pelajar lebih berkeyakinan memberikan pemerhatian

terhadap setiap tindakbalas Pelajar lebih berkeyakinan memberikan nama bahan penguji untuk hasil tindakbalas yang terhasil Pelajar juga dapat menamakan kegunaan untuk sebatian kalsium yang berbeza menggunakan teknik HUJUNG JARI Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih baik apabila pelajar dapat memahami dan menganggap isi kandungan mata pelajaran adalah mudah dan senang untuk dikuasai. Pelajar berkeyakinan mendapat keputusan peperiksaan lebih baik berbanding sebelumnya.

DURASNITA/GC SAINS/2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


5.2.2 Analisis Soal Selidik Saya membuat soal selidik berkaitan bab yang dipelajari

menggunakan respon ya atau tidak . i) Sebelum mempelajari teknik HUJUNG JARI YA 9 5 8 7 TIDAK 1 5 2 3

1.

2. 3. 4.

5.

6.

7.

8. 9.

ITEM Adakah anda meminati tajuk Land and Its ResourcesBab 6, Tingkatan 3, matapelajaran Sains? Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangat susah untuk difahami? Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangat susah untuk dikuasai? Pada pendapat anda, adakah anda menerima pembelajaran tajuk ini dengan mudah di dalam kelas? Setujukah anda, bahawa kita perlu banyak membaca untuk lebih memahami dan mengingati tajuk ini?. Jika anda tidak suka membaca, adakah dengan cara membuat latihan dengan kerap lebih mudah untuk menguasai tajuk ini? Kebanyakan pelajar menganggap, tajuk ini menyukarkan mereka untuk mencapai gred yang cemerlang dalam ujian/peperiksaan . Adakah anda berpendapat sebegitu ?. Adakah anda merasakan belajar tajuk ini perlu semata-mata untuk peperiksaan? Jika anda dapat menguasai tajuk ini, adakah anda akan menolong rakan yang lain untuk menguasainya?

0 10

10 0

Berdasarkan perkara 1, pelajar memang meminati bab ini, namun jelas perkara 2 dan 3 jelas pelajar menyatakan pembelajaran tajuk ini susah. Berdasarkan perkara 5, 6, 7, 8, dan 9 pula pelajar

bersetuju menunjukkan mereka perlu banyak membaca untuk mengingati tajuk ini dan memahami bahawa mempelajari Sains
DURASNITA/GC SAINS/2013 9

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


bukanlah semata-mata untuk peperiksaan sebaliknya untuk

mengetahui kebesaran ALLAH S.W.T yang mencipta kejadian segala perkara di muka bumi untuk fungsi tertentu. ii) Selepas mempelajari teknik HUJUNG JARI

Skala Likert : 1. sangat tidak setuju 2. tidak setuju 3. kurang setuju 4. setuju 5. sangat setuju ITEM 1. Sains merupakan subjek yang mudah. 2. Saya mudah mengingat tindakbalas subtopik sebatian kalsium dengan teknik HUJUNG JARI. 3. Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri daripada teknik HUJUNG JARI 4. Saya mudah memahami bagaimana tindakbalas kimia berlaku dalam subtopik sebatian kalsium selepas guru memperkenalkan teknik HUJUNG JARI 5. Saya mudah mengingati persamaan kimia dalam subtopik sebatian kalsium selepas guru memperkenalkan teknik HUJUNG JARI 6. Saya rasa lebih seronok belajar subtopik sebatian kalsium selepas menggunakan teknik HUJUNG JARI 7. Saya akan menggunakan teknik HUJUNG JARI bagi tajuk lain dalam Sains. 8. Saya akan menggunakan teknik HUJUNG JARI untuk matapelajaran lain . 9. Teknik HUJUNG JARI membantu meningkatkan daya kreativiti saya. 1 2 3 4 7 5 3

3 1

5 5

1 4

DURASNITA/GC SAINS/2013

10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Analisis yang saya lakukan pada soal selidik selepas pelajar mempelajarai teknik HUJUNG JARI adalah menggunakan skala likert dan bukannya sekadar ya atau tidak. Ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan penggunaan

teknik ini. Berdasarkan perkara 2, 4, 5 dan 9 jelas pelajar memberikan respon setuju dan sangat setuju tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan teknik ini. iii) Soal selidik berkaitan teknik HUJUNG JARI

Skala Likert : 1. sangat tidak setuju 2. tidak setuju 3. kurang setuju 4. setuju 5. sangat setuju ITEM 1. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNG JARI memudahkan anda mengingat subtopik sebatian kalsium dalam Bab 6 ? 2. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNG JARI memudahkan anda menguasai subtopik sebatian kalsium dalam Bab 6 ? 3. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNG JARI memudahkan anda memahami subtopik sebatian kalsium dalam Bab 6 ? 4. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNG JARI memudahkan anda menjawab soalan ujian? 5. Adakah anda juga akan gunakan teknik ini untuk bab-bab lain dalam Sains? 6. Adakah anda akan memaklumkan teknik ini kepada rakan-rakan lain? 7. Setujukah anda teknik ini dapat meningkatkan pencapaian Sains anda dalam ujian/peperiksaan? 8. Setujukah anda teknik ini juga boleh digunakan untuk mata pelajaran lain? 9. Setujukah anda jika guru memfokuskan kepada teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains?
DURASNITA/GC SAINS/2013

4 3

5 7

5 6 4 6 4 7 2 3 1 4 4

5 4

6 3 1 5
11

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


10. Adakah anda lebih berminat untuk mempelajari Sains setelah mengetahui teknik ini? 7 3

Analisis pendapat pelajar mengenai kebaikan menggunakan teknik ini menunjukkan sebahagian besar setuju dan sangat setuju memudahkan mereka mengingati tajuk ini. Perkara 1, 3 , 4 dan 9 jelas menunjukan reaksi positif pelajar terhadap teknik ini. 5.2.3 Analisis Temubual Pelajar Berdasarkan temubual secara tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung pelajar teruja

menggunakan teknik HUJUNG JARI dalam mempelajari sebatian kalsium. Apatah lagi perasaan bangga ada dalam diri mereka kerana mereka menjadi sebahagian bahan kajian untuk

peningkatan prestasi Sains PMR. Saya juga memaklumkan kepada mereka, foto-foto mereka semasa proses kajian tindakan dilakukan ditunjukkan ke sekolah-sekolah yang menjemput saya sebagai penceramah Teknik Menjawab Sains. 5.2.4 Analisis Ujian Bulan 1, Ujian Pra, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian Pos dan Peperiksaan Percubaan PMR Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian 1, ujian pra, peperiksaan pertengahan tahun, Ujian pos dan peperiksaan percubaan PMR adalah seperti berikut;

DURASNITA/GC SAINS/2013

12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Markah Ujian 1 Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 41 69 62 68 66 43 74 59 58 62 Ujian Pra (17 markah) Ujian Pos ( 17 markah) Peperiksaan Percubaan PMR 61 81 67 65 65 56 70 68 73 80

A B C D E F G H I J

48 88 63 80 52 54 96 84 54 84

8 7 9 8 11 6 8 5 8 11

13 13 12 14 16 13 14 14 15 16

Dapatan ujian 1, menunjukkan responden kajian, saya pilih secara rawak dengan keputusan yang cemerlang, baik dan sederhana. Markah ujian pra menunjukkan perbezaan yang ketara dengan markah ujian pos setelah teknik HUJUNG JARI dipelajari. Sehinggalah ke peperiksaan percubaan, pelajar yang menjadi responden mempunyai pencapaian yang masih tidak stabil. 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN Kajian tindakan ini saya laksanakan dalam tempoh 3 bulan bermula Jun 2013 selepas peperiksaan pertengahan tahun sehinggalah peperiksaan percubaan PMR 2013 pada 29 Julai 2013. Bab 6 ini saya mulakan pada pertengahan Mei 2013 dan pertengahan Jun 2013, barulah habis kesemua isi kandungan Bab 6 kerana adanya peperiksaan pertengahan tahun dan juga cuti pertengahan penggal. Soalan berkaitan Bab 6 tiada dalam soalan peperiksaan pertengahan tahun. Markah yang diambil hanyalah sebagai perbandingan untuk menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar yang
DURASNITA/GC SAINS/2013 13

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


menjadi responden. Setelah saya berpuas hati dengan mengemaskini

Teknik HUJUNG JARI yang saya cipta dari idea saya sendiri, barulah saya bentangkan kepada pelajar yang menjadi responden pada 22 Ogos 2013. Dapatan data bagi soal-selidik, ujian pra dan ujian pos dikutip pada hari berkenaan. Pada 29 Oktober 2013, saya sekali lagi mengajar teknik HUJUNG JARI kepada semua pelajar tingkatan 3 mata pelajaran Sains, termasuk 10 pelajar yang menjadi responden. 5.4 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan perbezaan yang ketara bagi keseluruhan pelajar. Rata-rata mengatakan mereka menjawab dengan acuh tak acuh untuk ujian pra kerana banyak fakta yang mereka tidak ingat. Sebaliknya bagi ujian pos, mereka mengambil masa yang sedikit lama untuk menjawab kerana mereka berfikir sambil mengingat semula fakta-fakta yang perlu diingat melalui teknik HUJUNG JARI. Mereka memberikan tumpuan dan kerjasama yang baik sewaktu kajian tindakan ini dijalankan malah berbangga terpilih sebagai responden kajian. . 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut. : Mengguna pakai teknik HUJUNG JARI untuk hasil penyulingan berperingkat petroleum dan kegunaan Mengguna pakai teknik HUJUNG JARI untuk mengingat fakta bab 10 berkaitan jenis kenderaan yang terlibat di angkasa dan kegunaan.

DURASNITA/GC SAINS/2013

14

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Sains yang lain untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains lebih menarik dan berkesan. GURU KREATIF + GURU RAJIN + GURU PENYAYANG + GURU EMPATI + GURU PENYABAR+ PELAJAR BAIK + SUMBER INTERNET
Suasana Pengajaran & Pembelajaran Kondusif Sikap Positif Pelajar & Rajin Berusaha

+
Motivasi berterusan & Sikap positif guru

+
Bekerjasama menepati Bekerjasama menepati masa && berdisiplin masa berdisiplin

KEJAYAAN PMR 2013

DURASNITA/GC SAINS/2013

15

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


LAMPIRAN A

DURASNITA/GC SAINS/2013

16

You might also like