You are on page 1of 4

Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

TAJUK 3:
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

3.0 Pendahuluan

Perkara-perkara yg dianggap menguntungkan orang Melayu dlm Perlembagaan Malaysia diimbangi


dgn peruntukan lain yg juga memberi kelebihan kpd kaum bukan bumiputera.

Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi
sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

3.1 Konsep dan proses penggubalan Perlembagaan Malaysia

DEFINISI PERLEMBAGAAN: Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab
pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain,
dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.

Adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.

Sbg panduan bg pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan @ rakyat.

Umumnya terbahagi kpd 2 jenis:


- bertulis: perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.
- tidak bertulis: semua prinsip perlembagaan yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undang-
undang yg diluluskan oleh parlimen & keputusan2 mahkamah.

3.1.1 Pengenalan Perlembagaan Malaysia

Malaysia amalkan perlembagaan bertulis di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Perlembagaan Malaysia mengandungi:


− 15 Bahagian
− 183 Perkara
− 13 Jadual

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN:
− Tidak ada institusi yg boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
− Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong
juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
− Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-
sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

7
Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

3.1.2 Proses Penggubalan Perlembagaan & Penentangan Orang Melayu terhadap penjajah

MALAYAN UNION (MU)


10 Oktober 1945: British luluskan MU (slps Jepun menyerah kalah&British dtg semula ke Tnh Mly).
Sir Harold Mac Michael: wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu.
SEBAB PENUBUHAN:
1. Utk menyatukan negeri-negeri & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran.
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu krn org Melayu berkerjasama dgn Jepun sblm ini -
MU dpt lemahkan kuasa org Melayu terutamanya Raja-raja Melayu.
3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri.
KANDUNGAN MALAYAN UNION:
− Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bwh pemerintahan Gabenor British.
Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan & Majlis Undangan.
− Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
− Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.
− Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN:
1. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.
2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.
3. Hak sama rata kpd semua warganegara tak kira bangsa (prinsip Jus Soli).
4. Sir Harold Mc Michael dapatkan tndtgn raja-raja Melayu dgn cara paksaan & ugutan.
PENENTANGAN MALAYAN UNION:
1. Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu.
2. Tapi, MU tetap diisytiharkan pd 11 April 1946, Sir Edward Gent jd gabenor pertama.
3. Org Mly pulaukan mjls pengisytiharan itu -British mengalah & gantikan MU kpd PTM.
4. British sedar tanpa sokongan orang Melayu, MU akan gagal.

 Kmdn, British tubuhkan Jwtnkuasa Perundingan pd Dis 1947 - terdiri drpd org Eropah, Cina & India.
 Tujuan: utk dapatkan pandangan org bukan Melayu mengenai perlembagaan PTM.
 Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU:
1. 9 negeri Melayu terlibat dlm persekutuan termasuk P.Pinang & Melaka. Singapura kekal sbg
tanah jajahan yg berasingan.
2. Kerajaan PTM: -diketuai Pesuruhjaya Tinggi British
-dibantu Mjls Undangan Persekutuan & Mjls Mesyuarat K'jaan Persekutuan.
3. Majlis Mesyuarat Persekutuan (17 ahli) -7 ahli mjls rasmi -7 ahli tidak rasmi -3 ahli ex-officio.
4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi..
5. Sultan2 diberi smula kuasa memerintah ttpi dgn nasihat Mjls Msyrt Ngri & Mjls Undgn Ngri.
6. Syarat kewarganegaraan diketatkan:
- lahir di Tnh Melayu & tlh bermastautin selama 8–12 thn.
- Pemohon asing mesti bermastautin selama 15 tahun.
- Umur min bg kedua-dua situasi trsbut adlh 18 thn & ada pengetahuan Bhs Melayu yg baik.
7. Org Mly diberi hak istimewa & perwakilan terbesar dlm K'jaan Persekutuan & Ngri.

 PILIHANRAYA:
- Pilihanraya 1: > 1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
> UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN.
> Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.
8
Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

- Pilihanraya 2: > Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
> 12 kerusi dipertandingkan
> Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.
 1953: Perikatan cadangkan kpd British supaya diadakan pilihanraya utk seluruh Tanah Melayu.
 1955: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA (52 kerusi):
⇒ 8 parti bertanding
⇒ Perikatan menang 51
⇒ PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

PERJANJIAN LONDON & SURUHANJAYA REID 1956


Januari 1956: rombongan 8 org wakil ke London (4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan).
⇒ Tujuan: utk berunding dgn pegawai British sbg usaha menuntut kemerdekaan.
⇒ Rundingan berlangsung: 3 minggu (18 Januari – 8 Februari 1956).
PERJANJIAN LONDON Ditandatangani pada 8 Februari 1956:
1. British beri kemerdekaan kpd Tanah Melayu pd 31 Ogos 1957.
2. Tnh Mly berada dlm Komanwel & menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.
4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal PTM iaitu Suruhanjaya Reid.
5. Jwtn S/U Kewangan&Pgrh Gerakan diganti Mntri Kewangan&Mntri Pertahanan (rkyt tmptn).
SURUHANJAYA REID 1956: Gubal Perlembagaan PTM.
- Minta cadangan & pandangan parti-parti politik, org ramai, individu2 & Raja-raja Melayu.

Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat
= KONTRAK SOSIAL

3.2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEBAGAI KONTRAK SOSIAL


3.3 RASIONAL UNSUR-UNSUR TRADISI DLM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

UNSUR-UNSUR TRADISI DLM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 3(1): Agama Islam adalah agama persekutuan


- fasal imbangan - Perkara 11(1): agama lain blh diamalkan dgn aman di mana-mana bhgn persekutuan
- Perkara 11(4): setiap org berhak menganut & mengamalkan agama masing2, undang-undang negeri
& wilayah blh menyekat @ mengawal pengembangan agama-agama lain kpd penganut Islam
- RASIONAL:
i. Islam adlh agama persekutuan sejak zmn Kesultanan Mlyu Melaka hingga zmn penjajahan Inggeris.
ii. Penggunaan undang2 Islam tlh diiktiraf di negeri-negeri Melayu sblm penjajahan Inggeris.
iii. Sesuai dgn takrif Melayu (Perkara 160): - beragama Islam
- lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu
- mengamalkan adat istiadat Melayu.
Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja
- Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja
- Perkara 11(3): tiap-tiap kumpulan agama berhak:
i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
ii. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
iii. Memperolehi & memiliki harta benda serta memegang & mentadbirnya mengikut undang2
- RASIONAL:
i. Raja Melayu tlh lama memerintah bermula sblm zmn penjajahan.

9
Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

Perkara 152: kedudukan bahasa Melayu sbg bhs kebangsaan, bangsa lain blh gunakan bhs mrk.
- RASIONAL:
i. Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
ii. Bahasa Melayu = lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.
iii. BM lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah & sebutan.
iv. BM telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
Perkara 153: kddkn istimewa org Mlyu & bumiputera Sbh Srwk tanpa menafikan kddkn sah kaum lain
- Perkara 8: persamaan & hak sama rata kecuali dlm soal agama, kddkn istimewa Mlyu dsbgnya.
- RASIONAL:
i. Orang Melayu terima prinsip Jus Soli & bukan Melayu perlu trima hak istimewa orang Melayu.
ii. Semasa zaman penjajah & awal merdeka, terlalu sedikit org Melayu bekerja dengan kerajaan.
iii. Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/ Malaysia.
iv. Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.
v. Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing.
vi. Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains juga rendah.

= PERLEMBAGAAN MALAYSIA sbg KONTRAK SOSIAL

3.4 PERLEMBAGAAN ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


3.4.1 Perlembagaan Madinah (Perlembagaan bertulis pertama di dunia).

Pelbagai etnik di Madinah:


MADINAH: MEKAH:
1) Aus
2) Khazraj Ansar Muhajirin
3) Yahudi → Bani Nadhir
→ Bani Qainuqa'
→ Bani Khuraizah
SEBAB PENGGUBALAN:
1. Penduduk Madinah adalah satu kelompok masyarakat majmuk dgn nilai-nilai yg tersendiri.
2. mereka sering bertelingkah: antara Aus & Khazraj, antara Arab & Yahudi, antara Yahudi & Yahudi.
3. Nabi sedar keamanan tidak akan terjamin tanpa persefahaman penduduk Madinah.
4. Perlembagaan ini mudahkan Nabi bertindak sekiranya berlaku pengkhianatan.
5. Permusuhan Aus & Khazraj adalah masalah besar jika tidak diselesaikan.
6. Maka, cita-cita Nabi untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang kukuh tidak akan tercapai.
7. Melalui perlembagaan ini, Aus & Khazraj berjaya disatukan & digelar orang Ansar.

3.4.2 Peruntukan berkaitan Hubungan Etnik dalam Perlembagaan Madinah


Bahagian pertama: 23 fasal yg menyentuh hubungan &
Mengandungi 47 fasal tanggungjawab org Islam sesama Islam (Muhajirin & Ansar).
yg merangkumi 2 bhgn: Bahagian kedua: 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan
tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN:
1. Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara.
2. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebuah masyarakat yang
mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah.
3. Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara.
4. Semua anggota sahifah mempunyai hak dan kebebasan beragama.
5. Setiap anggota sahifah mesti menjalinkan hubungan yg erat tanpa mengira agama & keturunan.
6. Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.
7. Beri jaminan keselamatan kpd org bukan Islam yg menganggotai & mematuhi peraturan sahifah.
10

You might also like