You are on page 1of 145

MD.

NASIR HAMID

Buku ini diterbitkan di portal KaryaNet (www.karyanet.com.my), iaitu portal penerbitan dalam talian yang menawarkan aktiviti penulisan, penerbitan dan pemasaran melalui internet. Layari portal di atas, klik Penulisan dan daftar sebagai penulis, atau klik Katalog untuk membeli e-buku dengan harga yang murah. Pembayaran boleh dibuat menerusi; Cek, Kiriman Wang, Wang Pos dan akaun Maybank2u.com.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2004

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Cetakan Pertama 2004 Md. Nasir Hamid 2004 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalamPenerbitan

Md. Nasir Hamid Bentuk dan Teknik Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan : Hikayat Raja Pasai / Md. Nasir Hamid. Bibliografi : hlm. 125 ISBN 983-62-8325-0 1. Hikayat Raja Pasai--Criticism, textual. 2. Malay literature--Criticism textual. I. Judul 899.2309

ii

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Pendahuluan

KANDUNGAN

Penghargaan Pendahuluan

v vii

BAB 1
Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan Perkembangan Tradisi Lisan dan Tulisan Kesusasteraan Melayu Pandangan Sarjana terhadap Hikayat Raja Pasai Identiti teks Hikayat Raja Pasai

1 7 11

BAB 2
Budaya Lisan Sastera Rakyat Sastera & Budaya Lisan Formula dan Seiras Formula dalam Sastera Lisan 17 26

Md. Nasir Hamid

iii

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

BAB 3
Budaya Tulisan Budaya Tulisan Masyarakat Melayu Literasi Islam dan Kesannya Kecirian Budaya Tulisan 43 48 56

BAB 4
Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai Bentuk Mitos dalam HRP Bentuk Legenda dalam HRP Bentuk Lipur Lara dalam HRP Bentuk Puisi Lisan dalam HRP Motif Sastera Lisan dalam HRP Analisis Stilistik HRP 66 77 87 91 93 98

BAB 5
Penutup Bibliografi 117 125

iv

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Pendahuluan

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana memberi kekuatan mental dan fizikal kepada saya sehingga dapat menyiapkan buku ini dengan jayanya. Sesungguhnya dalam kudrat menyiapkan buku ini, saya merasa amat terhutang budi kepada Prof. Madya Dr. Noriah Taslim; atas kepercayaan beliau untuk menulis buku ini. Beliau sesungguhnya seorang yang sangat membimbing dengan memberi banyak pendapat tentang penulisan buku ini, membuat teguran dan memberi tunjuk ajar dengan sepenuh hati.Terima kasih juga diucapkan kepada; semua pensyarah PPIK USM, khususnya Prof. Ali, Prof. Madya Haron, Dr. Jelani, dan Dr. Sohaimi atas keikhlasan membantu kerja-kerja penulisan. Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan buat bonda, Hjh. Siti Mariam Senafi, ayahanda Hj. Hamid Mat Dot, isteri tercinta Norjan Aminurahman, anak-anak tersayang Mohd. Mahfuz, Noratiqah Mahfuzah, Mohd. Munir Mahfuz, Nor Amirah Mahfuzah, dan Mek Munah Mahfuzah serta mentua, Hjh. Wan Chik Omar. Seterusnya, buat sahabat-sahabat saya,
Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

terutamanya kumpulan kedua Program Mod Campuran Ijazah Sarjana Sastera, PPIK USM sesi 1999/2000 atas segala sokongan yang dihulurkan. Penutup bicara, tidak lupa diucapkan terima kasih kepada kakitangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Puan Azmah Mansor; atas segala bantuan yang dihulurkan kepada saya dan kepada editor KaryaNet DBP yang menguruskan penerbitan buku ini dengan baik dalam masa yang singkat. Semoga buku ini dimanfaat dan dapat menyuburmarakkan lagi perkembangan dunia kesusasteraan tanah air. Wassalam.

Md. Nasir bin Hamid

vi

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Pendahuluan

PENDAHULUAN

Buku ini membincangkan aspek yang berkaitan bentuk dan teknik sastera lisan dalam sastera tulisan dalam teks Hikayat Raja Pasai. Teks ini dikatakan sebuah kitab sastera sejarah Melayu yang tertua yang pernah dihasilkan di alam Melayu sebelum munculnya Sejarah Melayu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hikayat inilah yang pertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri, kemudiannya diikuti pula oleh karya sastera yang lain. Justeru, Hikayat Raja Pasai, sememangnya mendapat tempat tersendiri di kalangan para pengkaji sastera yang mengundang untuk mengkajinya. Di antara sarjana Barat yang pernah memilih teks ini sebagai bahan kajian mereka ialah R. Roolvink, R.O. Winstedt, H. Hill, dan A.Teuw. Namun kebanyakan perbincangan sarjana ini hanya tertumpu kepada aspek persejarahan dan perbandingan teks. Dalam kajian mereka, yang menarik perhatian ialah soal-soal persamaan dan perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja Pasai dari sudut isi kandungannya. Selain itu, sarjana ini turut mempertikaikan tentang
Md. Nasir Hamid

vii

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

persejarahan teks ini dan lebih cenderung menganggapnya sebagai sarat dengan unsur sastera semata-mata, misalnya R. Roolvink menekankan bahawa teks ini hanya perlu dilihat dari sudut sastera di samping kepada beberapa soal yang bertalian dengan bahasanya. Perbincangan beliau, membawa kepada kesimpulannya bahawa teks ini lebih baik dianggap sebagai hikayat yang bersifat romantis. Memang tidak dinafikan bahawa ada persamaan antara Hikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu di mana cerita raja-raja Pasai yang terdapat dalam teks ini sama seperti teks Sejarah Melayu. Cerita-cerita ini mengandungi tiga persoalan iaitu asal usul, jurai geneologi raja Pasai dan sejarah pembukaan negeri, kedatangan Islam dan peristiwa yang berlaku semasa dalam pemerintahan kesultanan Pasai. Oleh itu, terbitnya buku ini, perbincangan dalam bab pertama adalah mengenai sejarah perkembangan tradisi lisan dan tulisan dalam kesusasteraan Melayu. Bab dua, melihat budaya lisan dan sastera lisan dalam masyarakat Melayu. Huraian mengenai hubungan budaya lisan dengan sastera rakyat dari segi stilistik (formula atau seiras formula serta bentuk sastera lisan dalam proses penceritaan (mitos,legenda, lipur lara). Seterusnya dalam bab tiga, perbincangan yang menyelusuri aspek persejarahan budaya tulisan masyarakat Melayu (zaman praislam) dan kaitannya dengan literasi serta kedatangan pengaruh Islam memberi kesan terhadap masyarakat Melayu yang akhirnya menggariskan kecirian budaya tulisan. Bab keempat pula adalah inti pati perbincangan yang memaparkan genre berdasarkan teks Hikayat Raja Pasai. Perbincangan teks ini menggunakan pendekatan struktural dan stilistik yang viii
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Pendahuluan

diperlihatkan dengan analisis struktur dalam dan luaran. Akhirnya, bab kelima merupakan bab rumusan dan kesimpulan yang menyatakan budaya tulisan tidak disisihkan dalam sastera lisan.

Md. Nasir Hamid

ix

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

BAB SATU
SASTERA LISAN DALAM SASTERA TULISAN

Kesusasteraan merupakan suatu kegiatan kesenian yang mendapat perhatian yang penting dalam masyarakat, sama ada dalam bentuk tradisi sastera lisan ataupun tulisan. Pada zaman lampau misalnya, tradisi sastera lisan Melayu seperti cerita-cerita binatang, jenaka, lipur lara, mitos, legenda, pantun, seloka dan teka-teki, disampaikan pada masa lapang. Aktiviti kebudayaan ini dianggap sebagai hiburan masyarakat ketika itu dalam melaksanakan kegiatan ekonomi, sosial, pendidikan moral dan aktiviti ritual keagamaan.

Perkembangan Tradisi Lisan dan Tulisan Kesusasteraan Melayu


Proses pengkaryaan naratif sastera masyarakat Melayu tradisional memunculkan dua fasa iaitu sastera lisan (oral literature) yang terangkum dalam budaya lisan (oral culture), kemudian diikuti dengan sastera tulisan (literate literature) mewakili budaya tulisan (literate culture). Budaya lisan dikaitkan dengan masyarakat pratulisan W.J. Ong
Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

(1982). Masyarakat inilah yang digelar oleh para ahli antropologis sebagai simple society. Simple society ini merujuk kepada masyarakat Melayu lama yang hidup dalam keadaan serba sederhana, hidup terpencil di kawasankawasan pendalaman. Golongan masyarakat ini menjalankan kegiatan hidup seperti bertani dan nelayan. Mereka ini masih dikongkong kuat oleh adat, budaya dan tradisi tinggalan nenek moyang mereka. Biasanya, sastera lisan dihasilkan oleh suatu budaya masyarakat yang tertutup, yang tidak banyak berhubungan dengan masyarakat yang lain. Masyarakat ini masih kuat berpegang kepada budaya yang bercorak lama atau tradisional. Masyarakat ini adalah masyarakat kolektif pramoden yang dibendung oleh budaya partisipatoris. Budaya partisipatoris diistilahkan oleh W.J. Ong (1982) sebagai participatory noetics speaker and listener share a store of knowledge. Ia juga dikenali sebagai budaya perkongsian iaitu segala sesuatu dalam masyarakat itu adalah hak kolektif bukannya individu. Budaya seni itu adalah tertakluk kepada ketetapan konvensi dan dikongsi bersama (lihat Noriah Taslim, 1993a: 163). Hasil sastera masyarakat tradisional ini merupakan sastera lisan yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain menerusi lisan dan bukan tulisan (Mohd. Taib Osman, 1976:4). Dalam keadaannya yang asal, sastera lisan dituturkan ataupun didendangkan oleh seseorang anggota masyarakat, dan yang lainnya mendengar. Oleh itu, pancaindera yang digunakan untuk menerima hasil sastera itu bukanlah mata seperti mana kita pada hari ini yang hanya membaca sastera 2
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

moden, tetapi juga menggunakan telinga (walaupun begitu kadang-kadang mata juga berguna, kerana si penutur cerita lisan mungkin menggerakkan badan, tangan, kaki atau kepalanya untuk menonjolkan lagi ceritanya dalam sesuatu persembahannya). Selain itu, hukum-hukum penciptaan sastera lisan dibendung oleh kaedah penciptaan yang ketat. Penciptaannya terikat ketat oleh estetika persamaan yang menetapkan bahawa dasar keindahan terletak pada persamaan dan perulangan, bukannya pembaharuan. Keterikatan inilah yang menyebabkan penutur cerita mempersembahkan ceritanya secara skematik dan formulaic. Dalam tradisi lisan, semangat keindividualan tidak digalakkan kerana sikap ini sangat berlawanan dengan semangat partisipatoris masyarakat Melayu tradisional. Hal ini dijelaskan oleh A. Sweeney (1980:25) dalam pernyataan yang berikut: The writer or storyteller is bound by his own moral universe; he is limited by his conditioning to the norms and values of his own society. It was essential to be a well-intergrated member of society. Individualism was not encouraged; on the contrary, the non-conformist would be seen as a threat to the solidarity of the group. Dalam konteks penciptaan lisan, pencipta dan khalayak dibelenggu oleh satu kontrak naratif, iaitu pengarang menyampaikan cerita yang sudah diketahui oleh khalayaknya. Kontrak naratif ialah satu ikatan kuat yang mengongkong masyarakat Melayu tradisional. Di bawah
Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

ikatan ini, khalayak dan penutur tertakluk kepada persefahaman timbal-balik, iaitu dunia yang ditawarkan oleh penutur mestilah dunia yang dikenali oleh khalayaknya. Kefahaman sebeginilah yang menjamin kesahan tradisi. Khalayak tradisional tidak mengharapkan malah tidak menggemari perubahan, penyimpangan dan pembaharuan (Noriah Taslim,1993:164). Perhubungan timbal-balik antara khalayak dan penutur dalam masyarakat partisipatoris ini diistilahkan oleh W.J. Ong (1982) sebagai participatory noetics. Hal ini juga dijelaskan oleh H.M.J Maier (1988:8588), bahawa penutur dan khalayak seperti ada satu kesepakatan tentang apa yang diperturunkan oleh tradisi dan tidak mempersoalkan kewibawaannya, iaitu: Participatory noetics speaker and listener share a store of knowledge and participatory poetics the public oral performer typically is speaking for everyone to everyone about what every adults knows, and asking no questions. Gaya penyampaian juga bercorak lisan dan terikat dengan konvensi dan mekanisma yang mengawal kewibawaannya. Seterusnya, cerita itu disampaikan secara lisan oleh orang-orang tertentu yang menggelarkan dirinya sebagai tukang cerita, penglipur lara, Tuk Selampit, Awang Batil, Jubang, Kaba atau dalang (wayang kulit) (Mustafa Mohd. Isa, 1987:6). Terdapat pelbagai bentuk tradisi sastera lisan, sama ada yang berbentuk naratif (prosa) dan bukan naratif (puisi). Dengan itu ia meliputi suatu bidang yang luas dari kelompok genre lipur lara, cerita jenaka, cerita legenda, mitos dan 4
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

cerita binatang hingga ke bentuk puisi, iaitu dari segala hasil gubahan dan ungkapan yang menggunakan bahasa puitis dan indah. Dalam khazanah tradisi sastera Melayu, puisi Melayu tradisional ini terdapat dalam sepuluh bentuk iaitu, pantun, gurindam, teka-teki, seloka, peribahasa, teromba, talibun (sesomba), prosa lirik (prosa berirama), mantera, dan dikir atau zikir (Mohd. Amin Hassan, 1975:166). Pada amnya, tradisi sastera lisan mempunyai beberapa sifat yang khusus, antara lainnya yang pertama dan paling ketara adalah berhubungan dengan cara ia disampaikan, iaitu hampir keseluruhan cerita itu disampaikan dengan menggunakan teknologi pengucapan. Selain itu, tradisi lisan itu dilahirkan dalam masyarakat sederhana yang memaparkan ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya dan dianggap kepunyaan bersama atau hak kolektif, bukannya hak perseorangan. Seterusnya dalam fasa kedua sastera Melayu tradisional adalah sastera tulisan yang dikaitkan dengan budaya literasi Islam (Goody, 1977). Ia dipercayai muncul seiring dengan literasi jawi yang diperkenalkan pada kurun yang ke-13, iaitu serentak dengan perkembangan Islam di Nusantara. Pada peringkat awal budaya tulisan diperkenalkan di alam Melayu, iaitu pada sekitar kurun ke-13, ia muncul beriringan dengan budaya lisan. Jelasnya, ketika tulisan diperkenalkan dengan kedatangan Islam, budaya tulisan sebenarnya tidak menyisihkan terus budaya lisan tersebut. Hal ini demikian kerana walaupun sesuatu kelompok masyarakat itu sudah
Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

mempunyai sistem tulisan dan telah cukup literate, tradisi lisan tetap hidup dalamnya. Sastera tulisan yang muncul pada zaman transisi ini, memperlihatkan pengaruh tradisi lisan, misalnya bentuk-bentuk dan teknik-teknik sastera lisan masih diserapkan dalam teks bertulis. Tradisi sastera tulisan berkembang dalam bentuk manuskrip bertulis tangan, khususnya dalam lingkungan budaya kosmopolitan negara-negara kota dengan istanaistana raja Melayu sebagai pusat ilmu yang berperanan sebagai tunjang penyebarannya. Sastera tulisan masyarakat Melayu muncul berdampingan dengan sastera lisan itu sendiri, dan diperkembangkan di persekitaran istana dengan kemunculan para penulis istana, yang juga dikenali sebagai pengarang istana, manakala sastera lisan atau dikenali sebagai sastera rakyat diperkembang di kalangan rakyat jelata. Hal ini dijelaskan oleh Mohd. Taib Osman (1974:8): Dalam bidang kesusasteraan Melayu lama, tradisi lisan atau kesusasteraan rakyat itu dikatakan penghasilan sastera di kalangan rakyat sementara tradisi tertulis itu penghasilan golongan istana. Antara kedua-dua bentuk sastera ini dapat dibezakan antara lainnya, oleh cara pernyataan dan persekitarannya, iaitu di alam istana dan di alam rakyat jelata. Sastera bertulis, khususnya di kalangan golongan istana mencerminkan tingkat-tingkat zaman yang dijalani oleh masyarakat Melayu dalam sejarahnya, begitu juga dengan sastera lisan di kalangan rakyat itu mencerminkan perkara yang serupa. Oleh itu, pada persekitaran zaman inilah 6
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

munculnya teks Hikayat Raja Pasai yang menjadi permulaan kepada budaya sastera tulisan.

Pandangan Sarjana terhadap Hikayat Raja Pasai


Hikayat Raja Pasai dianggap oleh beberapa pengkaji seperti R.O. Winstedt (JSBRAS, 77:181 dan JMBRAS, 16, 2:24 - 30) sebagai tertulis lebih awal daripada Sejarah Melayu . Kemunculannya dilatari satu bentuk budaya transisi yang dicirikan oleh dua tahap tamadun masyarakat Melayu tradisional, iaitu budaya lisan dan budaya tulisan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hikayat inilah yang pertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri, yang kemudiannya telah diikuti pula oleh karya-karya lainnya (A.H. Hill, JMBRAS, 33, 2: 27). Sebagai teks bertulis tertua di alam Melayu, Hikayat Raja Pasai yang dikarang pada peringkat awal zaman budaya tulisan, sebenarnya tidak menyisihkan terus budaya lisan dalam proses pengkaryaan dan struktur naratifnya. Sebenarnya dalam ia membaharui dirinya, ia tidak meninggalkan terus unsur-unsur tradisi sebelumnya. Unsurunsur tradisi dikekalkan dan diteruskan, walaupun literasi sudahpun diperkenalkan ke alam Melayu. Pengaruh konvensi puitika lisan agak kuat mempengaruhi pengarang semasa proses pengkaryaannya. Pada tahap literasi terhad ini, seni masih bersifat sosial. Teks masih dibaca dengan kuat dan dipersembahkan kepada khalayak yang mendengarnya (Noriah Taslim, 1993:197). Justeru, walaupun ditulis, sewajarnya sesebuah karya masih perlu memanfaatkan teknik-teknik lisan seperti perulangan dan keselarian.
Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Menurut A.H. Hill (JMBRAS, 33:2, hlm. 27), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Hikayat Raja Pasai inilah yang pertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri, kemudiannya telah diikuti pula oleh karya-karya lain. Hikayat Raja Pasai dipercayai lahir pada akhir abad ke-14 dan menjadi karya teladan dan rujukan karya-karya yang ditulis kemudian, termasuklah Sejarah Melayu (V.I. Braginsky, 1999:136). Bagaimanapun di belakang teks Hikayat Raja Pasai ada tertera bahawa hikayat ini ditulis pada pertengahan abad ke-15 iaitu tahun 1450 (R.Jones, 1987:142). Hikayat Raja Pasai sememangnya mendapat tempat tersendiri di kalangan para pengkaji sastera. Sekadar menyebut beberapa nama, antara sarjana yang pernah memilih teks Hikayat Raja Pasai sebagai bahan kajian mereka ialah R. Roolvink, R.O. Winstedt, A.H. Hill, P .L. Amin Sweeney, A. Wahab Ali, Ali Haji Ahmad, A. Teeuw, Mazlina Harun dan Noriah Taslim yang memperkatakan dari pelbagai sudut, sama ada soal-soal bersangkutan dengan faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik teks. Dalam perbincangan para sarjana, sama ada dalam penulisan esei dan penghasilan buku-buku hanya tertumpu kepada aspek pensejarahan dan perbandingan teks. Antara perkara-perkara yang menarik perhatian para sarjana, khususnya orientalis adalah soal-soal persamaan dan perbezaan yang ada antara Sejarah Melayu dan Hikayat Raja Pasai dari sudut isinya, dan ini dilihat pula dari sudut kewajaran sejarah, bukan atas dasar kewajaran struktur kedua teks tadi, khususnya bentuk dan teknik-teknik lisan yang terdapat dalam teks. Dengan itu sukar sekali dapat 8
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

dipelajari daripada kajian mereka akan daya kekreatifan pengarangnya. Perbincangan oleh Roolvink membawa kepada kesimpulannya bahawa Hikayat Raja Pasai lebih baik dianggap sebagai sebuah hikayat yang bersifat romantis. Bagi Roolvink, sebenarnya Hikayat Raja Pasai tidak begitu banyak perhubungannya lagi dengan kenyataan sejarah. Roolvink menyimpulkan bahawa Hikayat Raja Pasai itu bersifat mitos dan legenda semata-mata, baik dalam jalan ceritanya mahupun dalam cara isinya diceritakan, walaupun ia tidak menafikan dasarnya tetap kenyataan sejarah. Oleh itu, unsur-unsur sastera yang dibincangkan oleh Roolvink adalah menyangkut soal-soal isi teks hikayat berkenaan sahaja, terutama tentang unsur mitos dan legenda serta sedikit perkara yang menyangkut soal bahasa. Namun begitu, ia tidak langsung menyentuh tentang teknik-teknik lisan dan unsur-unsur sastera lisan yang terdapat dalam teks berkenaan. Ali Ahmad melalui bukunya, Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah (1987), telah membuat satu kajian yang terperinci tentang teks Hikayat Raja Pasai. Melalui buku ini, Ali Ahmad tidak ketinggalan membicarakan Hikayat Raja Pasai dari sudut sastera. Dalam kajian tersebut juga, beliau turut membincangkan ciri-ciri sastera sejarah serta mengkaji karya-karya pilihan seperti Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis, dan Misa Melayu. Minat sarjana terhadap teks Hikayat Raja Pasai terus subur dan diperlihatkan melalui beberapa kajian perbandingan teks. Perbandingan teks antara Sejarah Melayu
Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

dengan Hikayat Raja Pasai telah disentuh oleh A. Wahab Ali dalam eseinya, Perbezaan Antara Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai (1970), Ali Haji Ahmad, dalam esei yang bertajuk Menghayati Semula Teks Melayu Klasik (1980) dan Hikayat Raja Pasai (1980) , dan A.Teuw dalam eseinya, Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu (1961). Memang tidak dinafikan bahawa terdapat persamaan antara Hikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu kerana episod cerita tentang raja-raja Pasai yang terdapat dalam teks Hikayat Raja Pasai terdapat juga dalam teks Sejarah Melayu. Cerita-cerita itu mengandungi beberapa persoalan, iaitu asal usul, jurai genealogi raja-raja Pasai dan sejarah pembukaan negeri, kedatangan Islam dan peristiwaperistiwa yang berlaku semasa pemerintahan raja-raja Pasai. Namun begitu ada beberapa bahagian yang berbeza umpamanya dilihat dari segi isi peristiwa-peristiwa, bentuk penulisannya dan bahasa yang digunakan. Walau bagaimanapun, banyak pengkaji yang membuat tanggapan yang meragui akan kesatuan teks tersebut. Hal ini demikian kerana mereka lebih menumpukan unsur-unsur dalaman yang amat kecil serta banyak memberi tumpuan kepada permasalahan persamaan dan perbezaan dengan Sejarah Melayu , Mereka tidak menyentuh aspek nilai-nilai kesusasteraan dan daya kreativiti pengarang atau penyusun Hikayat Raja Pasai itu sendiri, terutamanya dari segi proses pengkaryaan dan struktur naratifnya, iaitu teksnya masih kuat dipengaruhi oleh tradisi lisan. Berdasarkan penelitian di atas, belum terdapat kajian yang khusus dibuat untuk menampilkan bentuk dan teknik 10
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

sastera dalam sastera tulisan dengan memperlihatkan implikasi cara penyampaian lisan dan tulisan terhadap proses pengkaryaan dan struktur naratif teks Hikayat Raja Pasai. Oleh yang demikian, aspek penelitian untuk melihat pengaruh lisan ke atas sastera tulisan terhadap teks ini wajar dibuat oleh sarjana sastera. Justeru, penulisan ini akan membincangkan tentang unsur-unsur budaya lisan yang diyakini begitu kuat mencengkam teks Hikayat Raja Pasai yang belum diselidiki oleh sarjana.

Identiti Teks Hikayat Raja Pasai


Penelitian dalam teks ini adalah untuk memperlihatkan unsur-unsur lisan iaitu bentuk dan teknik lisan dalam teks bertulis, terutamanya teks sastera bertulis pada zaman transisi (zaman transisi lisan ke tulisan). Pada zaman transisi berkenaan, pengaruh konvensi puitika lisan masih kuat mempengaruhi pengarang semasa proses pengkaryaannya. Seterusnya semasa tahap peralihan ini juga, mood lisan agak kuat mempengaruhi teks sasteranya. Teknik-teknik lisan misalnya penggunaan formula dan seiras formula (A. Lord, 1960), skemata/skematik (A. Sweeney, 1980), dan runs (Mohd. Taib Osman, 1965) serta bentuk-bentuk lisan terutamanya mitos, legenda, ceritacerita lipur lara dan puisi-puisi lisan masih dimanifestasikan dalam teks bertulis dalam zaman transisi ini. Justeru, dalam penulisan ini memperlihatkan bentukbentuk dan teknik sastera lisan melalui analisis tekstual dengan menggunakan pendekatan struktural/binaan teks dan stilistik/gaya bahasa lisan ke atas sastera bertulis teks
Md. Nasir Hamid

11

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Hikayat Raja Pasai (R. Jones, 1987) dalam zaman transisi tersebut. Untuk tujuan berkenaan, analisis terperinci ke atas teks dilakukan melalui struktur dalaman dan luaran dengan memaparkan pertentangan dua corak budaya Melayu yang merangkumi dua tahap tamadun masyarakat Melayu tradisional, iaitu budaya lisan dan budaya tulisan pada zaman transisi. Khazanah warisan silam kesusasteraan masyarakat Melayu mencakupi semua fenomena sastera, sama ada berbentuk lisan atau tulisan yang telah wujud pada atau sebelum pertengahan abad ke-19. Ia merangkumi semua penghasilan karya sastera oleh orang Melayu yang menggunakan perkataan atau bahasa yang disusun dalam bentuk kreatif. Fenomena inilah terangkum dalam teks Hikayat Raja Pasai. Teks yang dijadikan perbincangan ini merupakan sebuah teks yang diiktiraf bersama teks Sejarah Melayu sebagai teks asli ciptaan pengarang Melayu, bukan hasil terjemahan atau adaptasi karya asing seperti India, Jawa atau Parsi (Ali Ahmad, 1986: 264). Namun demikian, teks Hikayat Raja Pasai ini pendek, mengandungi lebih kurang 30 000 patah perkataan, iaitu jauh lebih pendek daripada Sejarah Melayu. Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para sarjana, Hikayat Raja Pasai, merupakan sebuah karya historiografi Melayu tradisional yang tertua yang pernah dihasilkan di alam Melayu (R. Jones, 1987: V; Ahmad Shah, 1977: 243). Sebagai penghasilan teks bertulis yang terawal, Hikayat Raja Pasai memperlihatkan peninggalan khazanah tradisi sastera 12
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

lisan dalam proses pengkaryaan dan struktur penceritaan teks bertulisnya. Secara ringkas, Hikayat Raja Pasai ini dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian yang umum, iaitu mengenai asal usul pembukaan negeri-negeri Pasai dan Samudera, pengislaman Merah Silau dan kejatuhan kerajaan Pasai ke Majapahit; seperti yang tercatat dalam sejarah iaitu pada tahun 1350. Hikayat Raja Pasai ini turut disulami dengan kisah-kisah mitos seperti kelahiran Puteri Buluh Betung, mitos pembukaan negeri Samudera (semut besar) kerana terjumpa seekor semut sebesar kucing, genealogi raja-raja Majapahit dan legenda tokoh-tokoh Tun Beraim Bapa, Sultan Ahmad dan seterusnya Sultan Malikul Saleh yang sememangnya dipercayai benar-benar wujud dalam realiti sejarah Samudera-Pasai. Walaupun teks Hikayat Raja Pasai diperturunkan dalam bentuk tradisi sastera bertulis yang lengkap dan tertua di alam Melayu, namun kita yakin bahawa proses pengkaryaan dan struktur penulisannya masih kuat dipengaruhi oleh tradisi sastera lisan. Ini dapat difahami bahawa pada peringkat-peringkat awal penulisan dan dalam proses peralihan ke tradisi sastera bertulis pengaruh tradisi sastera lisan masih lagi kuat mencengkam dalam teks bertulisnya, khusus pada struktur intrinsik teks; iaitu dari segi plot, tema, motif, teknik penyampaian, gaya bahasa, unsur-unsur puisi, khususnya seloka dan pantun, iaitu aspek yang amat menarik untuk diterokai. Tulisan ini akan menjurus kepada analisa teks secara
Md. Nasir Hamid

13

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

terperinci dengan memberi tumpuan ke atas teks Hikayat Raja Pasai (R. Jones, 1987), iaitu dengan memperlihatkan bentuk-bentuk dan teknik sastera lisan dalam teks bertulisnya. Fokus perbincangan tertumpu dengan cara analisis tekstual melalui pendekatan strukturul dan stilistik. Unsur-unsur lisan akan diperlihatkan melalui analisis gaya bahasa/stiilistik dan analisis struktur/binaan teks. Kajian struktural terutama sekali akan cuba mengenal pasti fitur-fitur strukturul lisan, umpamanya unsur-unsur cerita lipur lara, mitos, legenda, puisi lisan dan motif sastera lisan yang mencorakkan bentuk-bentuk sastera lisan, khususnya seperti yang terpapar dalam teks bertulis Hikayat Raja Pasai. Penelitian melalui pendekatan stilistik terhadap teks ini memperlihatkan unsur-unsur gaya bahasa lisan umpamanya unsur-unsur perulangan, skemata, formula atau seiras formula dalam persembahan atau penyampaian naratifnya. Perulangan atau keselarian bentuk-bentuk puisi lisan, tema, motif sastera lisan dan formula atau seiras formula ini seperti satu kaedah yang menyediakan kerangka asas dalam ingatan si penutur cerita dalam sesuatu tradisi lisan. Skema ini menjadi arah pandu penuturnya ketika bercerita atau bagi mengelakkan si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan. Secara amnya, tulisan ini akan memberi penjelasan tentang konsep budaya lisan yang meliputi topik budaya lisan dan sastera lisan dalam masyarakat Melayu, hubungan budaya lisan dengan sastera rakyat masyarakat Melayu. Di samping itu, tulisan ini berikutnya akan menjelaskan teknikteknik sastera lisan, iaitu dari segi stilistik (formula, atau seiras formula) dan bentuk-bentuk sastera lisan dalam proses 14
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

penceritaan (mitos, legenda, cerita lipur lara, bentukbentuk puisi lisan dan motif sastera lisan). Penelitian ini turut menyelusuri pensejarahan budaya tulisan masyarakat Melayu (zaman praIslam) dan kaitannya dengan literasi, kedatangan dan pengaruh Islam dan kesannya terhadap budaya lisan masyarakat serta menggariskan kecirian budaya tulisan dalam masyarakat Melayu.

Md. Nasir Hamid

15

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

BAB DUA
BUDAYA LISAN SASTERA RAKYAT

Sastera Lisan
Sastera lisan (oral literature) yang terangkum dalam tradisi lisan (oral tradition), dikaitkan dengan suatu corak budaya yang dikenal pasti sebagai budaya lisan (oral culture). Keadaan ini merupakan satu tahap tamadun yang diberikan analogi dengan masyarakat tradisional, konservatif, primitif, pratulisan dan pramoden; masyarakat kecil (little culture) (Muhammad Hj. Salleh, 1992:37), tertutup, masyarakat mudah (Ali Ahmad, 1994:16), dan masyarakat primer (E.H. Cooley, 1908).

Budaya Lisan
W.J. Ong (1982), mendefinisikan budaya lisan (oral culture) sebagai kelisanan primer yang berbeza daripada situasi lisan masyarakat kini, iaitu yang disebut kelisanan sekunder di mana kelisanannya disalurkan melalui media teknologi seperti telefon, radio dan televisyen. Masyarakat primitif pula merujuk kepada masyarakat
Md. Nasir Hamid

17

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Melayu tradisi yang terikat kuat oleh adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang turun- temurun. Hidup dalam keadaan serba sederhana, tertutup dan mudah, mereka hidup terpencil di luar kota, juga di kawasan-kawasan pedalaman. Dalam penjelasan yang lebih lanjut, budaya lisan dirujuk kepada tahap kebudayaan masyarakat manusia yang belum didedahkan oleh pengalaman dan pengetahuan tulisan, iaitu masyarakat buta huruf. Masyarakat buta huruf adalah masyarakat yang kurang terpelajar, belum terdedah kepada budaya membaca dan menulis. Hanya segelintir dari mereka yang bernasib baik seperti bomoh, dalang, penghulu, penglipur lara dan sebagainya yang mempunyai bakat dan kemampuan tersendiri. Golongan bernasib baik inilah yang dibebankan untuk menyampaikan ilmu yang ada pada mereka. Finnegan (1977:46-51), menjelaskan bahawa budaya lisan hidup dalam masyarakat primitif, iaitu masyarakat buta huruf, terikat pada alam, hidup dalam sistem ikatan kekeluargaan dan agama yang erat. Umur Junus (1984), menjelaskan bahawa sastera lisan hidup subur di daerah pertanian yang dikenali sebagai folk society. Folk society merujuk kepada kelompok komuniti masyarakat yang melahirkan sastera lisan itu kebanyakannya adalah masyarakat kecil yang terpencil di daerah-daerah pedalaman, contohnya ialah masyarakat petani atau masyarakat nelayan Melayu yang berada di luar kota atau pelabuhan. Oleh sebab itu, khalayak sastera lisan boleh dikatakan homogen dalam pelbagai hal. Mereka memasuki arena sastera untuk menikmati bersama sastera lisan dengan motivasi tertentu dan membangunkan interaksi 18
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

sesama khalayak. Arena, merujuk kepada gelanggang khalayak sastera lisan yang disampaikan oleh pengamalpengamal atau penutur-penutur cerita yang menggelarkan diri mereka sebagai tukang cerita, penglipur lara, Tuk Selampit, Awang Batil, Jubang, Kaba atau dalang (wayang kulit). Dalam budaya lisan, semua komunikasi verbal adalah melalui lisan, walaupun ada juga komunikasi bentuk lain (Noriah Taslim, 1993:172). Pada hakikatnya, tradisi lisan dapat dikatakan sebagai verbal arts yang bersifat tradisional dan mempunyai proses transmisi yang dikekalkan dalam budaya masyarakat sesuatu bangsa (Khalid Hussain, 1975:101). Tradisi menuntut satu bentuk penyertaan linguistik dan pengucapan verbal (di sini tidak disentuh segala pernyataan material seperti ukiran, bangunan, alat-alat perlengkapan harian dan lain-lain), untuk memerikan dan menegaskannya terhadap pola perlakuan sesuatu kumpulan masyarakat atau individu. Dalam daerah kebudayaan lisan ini, semua teks dicipta, diterima dan dipersembahkan secara lisan serta didengar dan dihayati melalui deria perdengaran dan penglihatan (teks dalam bentuk persembahan) dan bukannya dibaca. Hampir keseluruhan proses komunikasi dalam tradisi lisan masyarakat Melayu yang diikat oleh konvensi menggunakan teknologi pengucapan (Havelock, 1963). Tradisi lisan, antara lain adalah semua keterangan lisan mengenai masa lalu yang telah diperturunkan dari seorang ke seorang dengan cara penuturan. Hal ini akan mem Md. Nasir Hamid

19

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

pengaruhi sifat naratifnya dan memperjelaskan penggunaan bentuk-bentuk dan teknik lisan yang berulang-ulang dan stereotaip. Tradisi sastera lisan merupakan satu bentuk sastera yang paling tua yang dimiliki oleh semua bangsa di dunia ini. Hal ini dijelaskan oleh Mohd. Taib Osman (1965:6), iaitu; Selalu dikatakan orang bahawa corak kesusasteraan yang paling tua sekali ialah kesusasteraan bercorak lisan atau sekarang ini dipanggil umumnya kesusasteraan rakyat. Pengetahuan yang diturunkan adalah dihayati dan diterima secara kolektif tanpa banyak kritikan oleh khalayak asalkan pengetahuan yang dihasilkan itu adalah daripada tokoh-tokoh yang sah serta kandungan mesejnya itu adalah sah. Sesungguhnya daya ingatan dan teknik perulangan adalah amat dipentingkan dalam tradisi lisan ini yang disampaikan oleh pengamal-pengamal atau pembawa tradisi (tradition carrier). Penutur-penutur cerita atau pembawa tradisi ini sendiri buta huruf. Ia hanya mengenali satu cara penciptaan dan penyampaian, iaitu cara lisan dan menerima cerita-ceritanya daripada pembawa tradisi sebelumnya yang juga secara lisan. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, hasil kesusasteraan, khususnya tradisi lisan adalah datangnya daripada orang yang terdahulu dan diturunkan secara turuntemurun. Dalam budaya lisan ada norma-norma penciptaan atau teknik-teknik bahasa yang tertentu yang menuntut kepada 20
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

penggunaan bahan-bahan tradisi. Sastera lisan mempunyai unsur-unsur perulangan, kesamaan atau keselarian yang stereotaip yang memperjelaskan teknik-teknik lisan seperti formula atau seiras formula dan semua ini untuk tujuan penerimaan khalayak. Hanyalah melalui penggunaan bahan tradisi inilah, sesuatu penyertaan naratif itu akan dianggap benar. Cuma dalam budaya lisan, tradisilah dilihat sebagai sumber kepada kebenaran. Mengikut Mohd. Taib Osman (1976:4), tradisi lisan atau oral tradition adalah istilah yang merangkumi tradisi rakyat yang terdapat dalam sesuatu budaya yang dipersambungkan melalui jalan lisan, baik dari segi masa, iaitu daripada satu generasi kepada generasi yang lebih muda ataupun dari segi ruang, iaitu daripada seorang anggota masyarakat kepada yang lain dalam bidang masa yang sama. Seterusnya Mohd. Taib Osman (1972:159), menjelaskan bahawa tradisi lisan itu mengandungi: Not only traditional oral narratives such as myths, legend, folktales, dramatic repertoire of the traditional theatre and memorates are oral traditions, but also provebs, riddles, oral sayings, oral law codes (perbilangan adat), dirges, magical spells, religious inovacations, formulaic expressions in games and folk songs. Sastera lisan adalah sebahagian daripada khazanah rakyat yang disebut sebagai folklor (Folklore). Mohd. Taib Osman (1976: 43-45), membahagikan khazanah rakyat atau tradisi rakyat tersebut seperti jadual berikut;

Md. Nasir Hamid

21

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

JADUAL I
Bercorak cerita (Naratif) Bercorak Bukan Cerita (Non Naratif) Bercorak Perlakuan (Behaviourial) Tanpa Bahasa (Non Verbal) Bercorak Kebendaan (Material) Bercorak Bukan Kebendaan (Non Material)

Melalui Bahasa (Verbal)

TRADISI RAKYAT

JADUAL II
Bercorak Cerita Bercorak Bukan Cerita

1. Cerita-cerita biasa (Tales) 1. Nyanyian (Songs) 2. Mitos (Myths) 3. Epik (Epics) 4. Legenda (Legends) 5. Balada (Ballads) 6. Memorat (Memorates) 2. Ungkapan (Folk Speech) 3. Peribahasa (Provebs) 4. Teka Teki (Riddles) 5. Puisi Lisan (Rhymes) 6. Dikir (Chants) 7. Undang-Undang Adat (Law) 8. Sabak (Dirge)

22

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

Bercorak Perlakuan 1. Kepercayaan (Beliefs) 2. Adat Resam (Customs) 3. Kenduri Berkala (Calendrical Feasts) 4. Kenduri Upacara (Ritual Feasts)

Bercorak Kebendaan 1. Reka Bentuk (Architecture)

Bercorak Bukan Kebendaan

Muzik 2. Makanan/ Minuman (Food) 3. Seni Pertukangan (Arts and Crafts) 4. Pakaian dan Perhiasan (Customes) 5. Ubat-ubatan (Medicine)

5. Tarian (Dances) 6. Drama (Drama) 7. Permainan (Games) 8. Gerak-geri isyarat (Gestures)

Sumber: Mohd. Taib Osman, 1976. Panduan Pengumpulan Tradisi Lisan Malaysia. Kuala Lumpur: Milando Printers Sdn. Bhd., hlm. 43-45
Md. Nasir Hamid

23

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Oleh itu, sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat atau tradisi rakyat. Ini kerana sebelum manusia mengenali tulisan, sastera rakyat ini diperturunkan secara warisan dari satu generasi ke generasi selanjutnya melalui pertuturan, iaitu melalui teknik lisan. Hal ini turut dijelaskan oleh Jan Vasina (1972:1); Oral traditions are historical sources of a special nature. Their special nature derives from the fact that they are unwritten sources couched in a form suitable for oral transmission, and that their preservation depends on the powers of memory of successive generation of human beings. Oleh sebab sastera ini melalui proses transmisi dari mulut ke mulut, maka ia cenderung untuk mewujudkan berbagai-bagai versi dan variasi terutama dari segi isi cerita. Melalui perantaraan lisan ini, kerap kali berlaku tokoktambah atau pengurangan isi cerita untuk disesuaikan dengan tempat, upacara dan kehendak masyarakat setempat. Hal ini mengakibatkan hilangnya keaslian bentuk dan isi cerita yang asal. Jan Vasina (1972:5) menyatakan bahawa: All such anonymous traditions shares the common characteristics of being transmitted spontaneously from one person to another, and during this process the original form is lost and the content becomes fluctuating and blurred. Sifat-sifat sastera rakyat dari segala seginya, dari pelbagai bangsa di dunia ini tidak banyak berbeza, sama 24
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

ada dari segi corak sastera ataupun isi ceritanya. Bahkan pada keadaan tertentu, jalan ceritanya seakan-akan sama. Kemungkinan persamaan pengalaman pensejarahan dan budaya bangsa; unsur-unsur arketaip, agama, sosiopolitik, sosiobudaya dan geografis serta struktur pemikiran yang serupa, menyebabkan adanya keselarian antara hasil-hasil sastera di dunia. Kesamaan ini juga ada kaitannya dengan pertembungan dan asimilasi pelbagai rupa budaya bangsa. Sintesis sastera ini berlaku disebabkan oleh aktiviti perpindahan (migrasi), penaklukan dan penjajahan; sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental. Umpamanya paparan cerita-cerita binatang, jenaka, pengaruh unsur-unsur penglipur lara dan sebagainya itu meliputi kebanyakan negara, melintasi ruang geografis yang universal sifatnya. Sastera lisan/rakyat juga mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, penonjolan cerita-cerita jenaka, binatang, mitos dan legenda yang antara lainnya mendapat pewarnaan tempatan dan menjadi sumber tradisi dan jati diri bangsa. Hal ini wajar berlaku, kerana sastera lisan itu adalah merupakan satu ekspresi atau pernyataan budaya bangsa. Melalui sastera lisan itulah masyarakat yang melahirkannya dapat mewujudkan corak budaya asli atau tradisional mereka. Menurut Maier (1988:84-85), sastera lisan/rakyat merupakan sastera kepunyaan kolektif atau hak bersama: speaker and listener share a store of knowledge
Md. Nasir Hamid

25

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Budaya seni itu adalah tertakluk kepada ketetapan konvensi dan dikongsi bersama, bukannya hak individu. Justeru, dalam sastera lisan tidak timbul sama sekali soal hak cipta. Dalam kata lain, sesuatu tradisi dari sesebuah bangsa dibentuk oleh persekitaran serta budaya yang khusus.

Formula dan Seiras Formula dalam Sastera Lisan


Cara untuk membuka jalan ke arah memahami proses pengingatan, penghafalan dan penyampaian bentuk-bentuk naratif lisan adalah melalui bentuk-bentuk formula dan seiras formula, serta kaedah-kaedah lain yang sedia ada. A. Lord (1960), mendakwa bahawa pernyataan teks naratif lisan kebanyakannya melalui formula, atau seiras formula dan hanya sedikit melalui pernyataan bukan formula.Teknik ini berkaitan rapat dengan psikologi penciptaan dan penyampaian si penutur cerita-cerita lisan. Teknik ini terbukti lebih berkesan dan ia sering dibicarakan dalam proses pengkaryaan dan struktur naratif tradisi sastera lisan. Dalam hal ini, unsur yang dipertimbangkan ialah hubungan antara ingatan dan bentukbentuk verbal. Sesungguhnya, dalam daerah kebudayaan lisan, semua teks dicipta dan diterima secara lisan dan disampaikan secara lisan serta didengar melalui telinga dan bukannya dibaca. Justeru, keupayaan untuk menghafal pernyataanpernyataan linguistik ialah suatu kelebihan yang amat dihargai. Tanpa skrip yang sebenar, segala bentuk ungkapan, maklumat dan idea daripada tradisi tidak dapat disimpan di 26

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

luar daripada ingatan. Dengan demikian, anggota-anggota kelompok lisan tidak mempunyai atau mengenali sumber rujukan yang lain, selain yang terkandung dalam ingatan si penutur cerita yang menggelarkan dirinya sebagai tukang cerita, penglipur lara, Tuk Selampit, Awang Batil, Jubang, Kaba atau Dalang. Masalahnya kini, bagaimanakah otak manusia dapat menampung dan mengingati kembali segala rumus-rumus atau pernyataan-pernyataan linguistik yang kadangkalanya kompleks dan panjang lebar sifatnya? Bagaimanakah pula proses transmisinya daripada satu generasi kepada satu generasi diselenggarakan tanpa menjejaskan keutuhan makna dan kestabilan bentuknya? Sebenarnya, budaya lisan tanpa disedari mempunyai pelbagai bantuan dan teknik untuk memudahkan penghafazan dan merangsang pengingatan kembali. Sebahagiannya adalah melalui kehadiran khalayak. Penutur hanya akan menebar dan menuturkan pengetahuan yang telah sedia dikenali dan dilazimi oleh pendengarnya. Khalayak tradisional tidak mengharapkan malah tidak mungkin menggemari perubahan, penyimpangan dan pembaharuan atau unsur-unsur naratif yang tidak pernah didengar oleh mereka sebelumnya atau tidak dapat dicam (sah) (Noriah Taslim, 1993: 164). Bantuan-bantuan lain adalah melalui pengulangan yang stereotaip dan intensif penyampaian serta persembahan yang kerap dan berterusan. Penciptaan tradisi lisan terikat ketat oleh konvensi dan estetika persamaan yang menetapkan bahawa dasar keindahan terletak pada persamaan dan perulangan bukannya pembaharuan.
Md. Nasir Hamid

27

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Kecenderungan untuk diterima inilah yang menyebabkan penutur cerita mempersembahkan ceritanya secara stereotaip dan mengulang. Di samping melalui kehadiran khalayak, perulangan yang stereotaip dan insentif serta persembahan yang kerap dan berterusan; tidak ketinggalan teknik yang lebih berkesan dan yang paling banyak dibicarakan adalah yang berkait dengan psikologi penyampaian dan penciptaan. Dalam hal ini, unsur yang dipertimbangkan ialah hubungan antara ingatan, hafalan dan bentuk-bentuk verbal (A. Lord, 1960). Seseorang pengarang naratif adalah bebas untuk memperalatkan pernyataan linguistik untuk melahirkan ungkapan daripada pemikirannya. Akan tetapi dalam budaya lisan primer, pernyataan linguistik itu harus dalam bentukbentuk yang bukan sahaja dapat diselaraskan dengan media pengucapan, iaitu dalam bentuk lisan, malah dapat ditampung oleh ingatan dan hafalan (memory and recall). Demikianlah seorang penutur lisan memanfaatkan apa yang diistilahkan sebagai teknologi verbal untuk membantu penghafalan, pengingatan dan penyampaian. Dalam hal ini, Eric Havelock (1963: 34) menyarankan: The only possible verbal technology available to guarantee the preservation and fixity of transmission was that of the rhythmic word organized cunningly in verbal and metrical patterns which were unique enough to retain their shape. Justeru, Havelock menjelaskan bahawa penggunaan pola-pola perkataan yang berirama, berentak dan bersukat akan membantu ingatan dan hafalan. Dalam budaya lisan, 28
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

bentuk-bentuk ini memang amat banyak dan dapat dilihat melalui hasil-hasil berangkap seperti pantun, seloka, tekateki, gurindam, dan jampi serapah. Bentuk-bentuk yang berirama dan bersukat ini, seolah-olah satu cara untuk membuka jalan ke arah memahami dan memudahkan hafalan, merangsangkan ingatan dan menghasilkan penyampaian yang berkesan, di samping memelihara makna dan bentuk. Pola-pola bahasa ini terangkum dalam satu bentuk yang dijelaskan sebagai bentuk-bentuk formula atau seiras formula/formulaic. Formulaic; dalam pengertian A. Lord, (1960) merujuk kepada penyertaan yang berpola yang mudah dihafal dan diingati semula semasa diperlukan. Dalam masyarakat lisan, hampir keseluruhan pernyataan adalah dalam bentuk-bentuk skemata. Sastera lisan amat memanistasikan gaya bahasa sedemikian, umpamanya yang ada dalam korpus sastera tradisi masyarakat Melayu, iaitu selain pantun dan seloka, seperti peribahasa, pepatah, dan runs untuk menjadikan korpus sastera lisan itu meninggalkan keenakan bunyi yang merdu, indah dan seronok didengar oleh khalayak. A. Lord (1960) menjelaskan formula sebagai group of words which is regulaly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea, atau sesuatu pernyataan yang berpola seperti frasa-frasa yang tetap untuk tujuan mudah dihafal dan diingati semula semasa diperlukan. Gaya bahasa formula ini juga disebut runs, iaitu antara gaya bahasa yang sering kita temui dan kerap digunakan khususnya dalam cerita-cerita lipur lara.

Md. Nasir Hamid

29

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Ungkapan-ungkapan berpola yang sering diutarakan dalam sastera lisan, antara lain untuk menggambarkan kemeriahan dan keseronokan (khususnya dalam upacara keramaian seperti pertabalan raja, menyambut kelahiran, majlis perkahwinan, dan berkhatan), dilagukan dengan menggunakan formula yang tertentu seperti dalam petikan teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda berikut: Maka berkumpullah sekalian juak-juak, panglima perang kanan, panglima perang kiri, panglima raja, panglima besar, raja, menteri, laksamana, masing-masing memegang kebesaran. Maharaja Menteri pun menjulang Awang Sulung Merah Muda. Kadi berselawat tiga kali dengan nyaring suaranya, sehingga menderamlah bunyi dijawab orang. Bedil kecil merendang garam, Bedil besar sederam-sederam, Sebelah kanan orang berdikir, Sebelah kiri orang penyanyi, Sebelah kanan orang memencak, Sebelah kiri orang bersilat, Lalulah berarak keliling kota istana tujuh kali: Pendekar leka bersilat, Ahli lekar berdikir, Khalifah leka berdabus. 30
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

Dalam sastera lisan ungkapan-ungkapan berpola seperti frasa-frasa yang tetap yang sering diulang-ulang dan menjadi formula seperti contoh-contoh yang berikut: (i) (ii) naik bukit turun bukit, masuk hutan keluar hutan bagai diukur bagai dijangka, bagai orang biasa lama

(iii) sakit kepala bagai dibaji, sakit perut bagai digunting (iv) habis hari berganti hari, habis bulan berganti bulan (v) air barang seteguk, nasi barang sesuap

Dalam bentuk gaya bahasa kodi, contohnya: (i) (ii) marah seperti ular berbelit air matanya bercucuran seperti buah bemban masak luruh

Dalam bentuk gaya bahasa perbilangan, contohnya; Yang pekak pembakar meriam, Yang buta penghembus lesung, Yang lumpuh penghalau ayam, Yang pekung penjemuran, Yang kurap pemikul buluh. Ataupun ungkapan-ungkapan yang seiras formula atau formulaic yang sering dipaparkan dalam sastera lisan
Md. Nasir Hamid

31

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

seperti: Alkisah, inilah peri mengatakan cerita rajaraja dahulu kala sedia lama, diceritakan oleh yang empunya cetera. Formula dan seiras formula membantu dalam penghasilan teks-teks lisan dan juga menjadi alat perangsang ingatan. Ia sentiasa berlegar sebagai pernyataan-pernyataan yang tetap dan segar daripada mulut ke telinga, daripada bapa kepada anak-anaknya, daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya, turun-temurun dan zamanberzaman. Dalam korpus sastera Melayu tradisional, terutamanya dari himpunan sastera lisan, keindahan genrenya banyak bergantung kepada unsur-unsur stilistik, penggunaan dan pemakaian bahasanya, iaitu seperti penggunaan bahasa yang bersukat, berirama dan berentak yang telah dijelaskan sebelumnya dipersembahkan dalam bentuk-bentuk bahasa formula atau seiras formula, diulang-ulang dan bersifat stereotaip. Teknik stilistik lisan sedemikian berlaku dalam setengah-setengah susunan kata yang puitis dan teratur indah, khususnya antara lain ia timbul apabila gambaran sesuatu keadaan atau peristiwa. Antara contoh-contoh yang dapat dilihat ialah dalam gambaran peristiwa raja menitahkan pembesar-pembesarnya supaya menghimpunkan rakyat jelata. Gambaran peristiwa ini terpapar dalam susunan kata-kata yang berikut:

32

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

Dipukul tabuh larangan, Dititir canang pemanggil, Dipalu gong pelaung. (Hikayat Malim Dewa, hlm. 39) Pola susunan kata-kata begini bukan sahaja terdapat dalam cerita penglipur lara Hikayat Malim Deman, tetapi juga dalam Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, dan Hikayat Raja Donan. Dalam gambaran tentang keadaan rakyat untuk menghadap raja, terdapat pula susunan kata-kata yang sama bagi semua hikayat tersebut, diulang-ulang untuk dijadikan dalam suatu bentuk formula. Dalam genre-genre sastera lisan, penglibatan rakyat distereotaipkan melalui sifat-sifat dan kelas atau kedudukan masing-masing; sama ada daripada hamba rakyat sehinggalah kepada para pegawai tertinggi istana, contohnya seperti yang terakam dalam formula kerahan menghadap berikut: Yang capik datang bertongkat, Yang buta datang berpimpin, Yang pekak leka bertanya, Yang kecil terambin lintang, Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek tinjau-meninjau, Yang kurap mengekor angin. (Hikayat Malim Dewa, hlm. 11) Seterusnya, pola susunan kata-kata yang serupa juga dikemukakan untuk menggambarkan cara hamba rakyat
Md. Nasir Hamid

33

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

menyembah raja mereka. Rakyat adalah watak yang bukan sahaja tidak diberi kewujudan fizik dan emosi yang tersendiri, di luar konteks aktiviti istana, malah tidak juga diberi suara sendiri. Mereka berbicara melalui ujaran-ujaran atau bentuk-bentuk bahasa formula yang siap-sedia dan khusus untuk situasi-situasi tertentu. Ada set bahasa yang dipergunakan untuk berbicara, contohnya ketika menghadap raja, iaitu; Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai sulur bakung, Jari seperti tersusun sirih, Berleher lembut berlidah fasih, Menundukkan otak batu kepala. demikian sembah Tuk Temenggung, Ampun tuanku beribu kali ampun, sembah patik ke bawah duli yang maha mulia tuanku patik otak batu kepala patik, apalah titah patik dipanggil. Demikian pula pada gambaran kelahiran putera raja, seperti yang dapat dilihat dalam Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Donan, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda, terdapat pula susunan kata-kata berikut: Tujuh batang gelegar patah, Tujuh bilah lantai patah, 34
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

Menderau-derau hujan panas, Sabung-menyabung kilat, Panah-memanah halilintar, Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. (Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 15) Semuanya ini adalah antara beberapa contoh unsurunsur gaya bahasa lisan yang terdapat dalam sastera lisan, iaitu dari jenis penglipur lara. Dari segi stilistik, susunan kata-kata itu sering disebut bahasa berirama, bersukat atau bahasa berentak. Ini merupakan satu gaya tersendiri bagi sastera lisan. Gaya ini bukan sahaja dapat memberikan kesan keindahan bagi pendengaran, tetapi juga kesenangan bagi pengamal cerita mengingatinya. Unsur-unsur perulangan dan kesamaan melalui bahasa berirama dan bersukat ini seperti satu kaedah yang menyediakan kerangka asas dalam ingatan si penutur. Skema ini menjadi arah pandu penuturnya ketika bercerita, iaitu bagi mengelakkan si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan. Inilah antara penyebab yang menjadikan genre sastera lisan ini statik, dan beku. Tambahan pula dalam masyarakat tradisional, kebenaran adalah bertunjangkan kepada kesahihan tradisi lampau dan pembaharuan serta penyelewengan itu tidak diterima kerana ia mengancam kefahaman dan penerimaan khalayak seterusnya ia dianggap sebagai perombakan pada tradisi. Dalam budaya lisan, penutur cerita sedar bahawa khalayaknya ini seluruhnya buta huruf. Maka ceritanya itu
Md. Nasir Hamid

35

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

akan dihayati secara penglihatan (lakonan dan pergerakan badan) serta pendengaran. Kedua-dua deria ini memainkan peranan penting. Inilah yang menyebabkan si penutur akan mempergunakan seluruh seni bunyi, rima, lagu, alat-alat muzik, intonasi suara dalam menyampaikan ceritanya. Justeru, aspek gaya bahasa formula yang juga disebut runs, banyak terdapat dalam sastera tradisional, seolaholah sebagai satu kaedah yang menyediakan kerangka asas untuk memudahkan ingatan dan hafalan si penutur ceritacerita lisan. Formula atau runs dikaitkan dengan satu sifat umum dan universal dalam cerita-cerita rakyat hampir semua bangsa di dunia yang diulang-ulang di tempat-tempat tertentu untuk meninggalkan kesan indah dan mengasyikkan khalayak. Mengikut Mohd. Taib Osman (1965:23), runs ialah: Satu sifat umum dalam cerita-cerita folktales di kalangan bangsa-bangsa di dunia ialah adanya ungkapan-ungkapan yang teratur yang diucapkan berulang-ulang pada tempat-tempat tertentu dalam cerita. Ini dinamakan runs. Gaya bahasa formula atau runs yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat disampaikan berulang-ulang untuk menggambarkan sesuatu objek atau aspek. Seterusnya, hal ini juga dijelaskan oleh Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad (1993: 129) dengan menekankan bahawa runs atau istilah lainnya talibun, umumnya adalah teknik penceritaan atau pemerian yang terperinci tentang sesuatu objek atau aspek, sama ada dalam ucapan atau bentuk cerita. Hal ini khususnya terdapat dalam genre-genre penglipur lara dan tidak ketinggalan juga dalam teks Hikayat Raja Pasai (1987). 36
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

Runs ini istimewa kerana ia mempunyai skema-skema yang digunakan secara berulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dan ia seterusnya menjadi sebahagian dari sesebuah cerita. Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad (ibid), mengariskan bahawa pemerian yang diliputi oleh runs ini adalah seperti berikut: (i) (ii) Benda pakaian, senjata dan sebagainya; Manusia rupa atau sifat seseorang watak;

(iii) Aksi cara berjalan, menyembah, makan dan sebagainya; (iv) Situasi (keadaan persekitaran) waktu kelahiran dan sebagainya; (v) Rasa hati gembira, sedih, marah, sakit dan sebagainya;

(vi) Tradisi, salasilah, kepercayaan dan sebagainya. Runs yang selalu digunakan untuk pemerian sesuatu benda seperti pakaian dan untuk tujuan tersebut runs ini didapati paling popular dan digemari oleh pencerita. Antaranya seperti yang terdapat dalam teks penglipur lara, Hikayat Awang Sulung Merah Muda adalah seperti berikut: Seluar intan dikarang, Karangan Husin dengan Hasan, Tidak dapat zaman sekarang, Nantikan angin bergilir musim, Bajunya beledu tengkuk kuning, Selempang kain Bugis Kembayat;
Md. Nasir Hamid

37

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Kerisnya jalak jantan, Berkerawan di pangkalnya, Di hujung subhana Allah; Tengkolok kampuh pelangi, Bukan pelangi zaman ini. Sastera lisan memanifestasikan gaya bahasa yang disebut oleh Lord sebagai seiras formula atau formulaic, iaitu dalam bahasa berirama dengan penggunaan bentukbentuk puisi lisan seperti pantun. Bagi menyatakan rasa hati dan perasaan seseorang, terdapat juga runs tertentu digunakan. Perasaan yang tidak ketentuan, tidak tenteram atau resah gelisah dan rindu dendam sering dipantunkan seperti berikut: Jikalau, kulurut padiku ini, Jikalau, kulurut pecah batang; Jikalau, kuturut hatiku ini, Jikalau, kuturut salah datang. Selain itu, ungkapan-ungkapan dalam bentuk runs dengan menggunakan puisi Melayu lama, misalnya seloka dan ini juga terdapat dalam Hikayat Raja Pasai (1987). Puisi seloka ini memainkan fungsinya yang tersendiri seperti hendak mengejek, menyindir secara serius atau jenaka. Kadangkala seloka juga mengandungi maksud perasaan berahi, asyik khayal dan mimpi (Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad, 1993:123). Sesungguhnya pemakaian bahasa yang pelbagai ini menunjukkan kebijaksanaan dan kekreatifan penuturpenutur cerita lisan. Ungkapan bahasanya teratur dan indah 38
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Inilah mungkin yang menyebabkan tradisi lisan boleh hidup dalam jangka hayat yang lama sebelum bermulanya budaya tulisan. Malah, pada peringkat-peringkat awal teks ditulis, umpamanya teks Hikayat Raja Pasai, masih lagi terdapat pengaruhnya, malah sebahagiannya kekal sehingga kini misalnya puisi pantun. Walaupun sering diulang-ulang, tetapi ia tidak menjemukan kerana irama dan rentak yang dihasilkan oleh suatu gaya perulangan itu merdu dan penuh keindahan. Teknik pemakaian bahasa ini sangat berkesan kerana skemaskema ayat ini apabila dipola dan distrukturkan akan memudahkan hafalan bagi si penutur, dan bagi khalayak pendengar pula, lebih sedap halwa telinga mendengarnya berbanding diceritakan seperti biasa. Penghafalan membataskan si penutur cerita lisan kepada bentuk-bentuk pernyataan verbal yang disebut sebgai skemata. Penciptaan yang menggunakan formula atau skemata ini seterusnya disebut skematik (Sweeney, 1980). Dalam budaya lisan, seluruh pernyataan dan pola-pola lisan adalah dalam bentuk-bentuk skema untuk dijadikan rumusrumus berbentuk formula atau seiras formula. Ini disebabkan pernyataan cara lain tidak praktis, kerana tidak dapat menjadi panduan kepada si penuturnya ketika bercerita. Mengikut W.J. Ong (1982), dalam situasi lisan, hasilhasil pemikiran yang diterbitkan melalui bentuk-bentuk lain akan menjadi sia-sia kerana tidak boleh disimpan sepenuhnya dalam ingatan dan tidak dapat diingat kembali secara berkesan. Pemikiran sedemikian hanya bersifat 39

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

sementara dan juga untuk mengelak si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan. Dalam proses penciptaan skematik, pengarang sebenarnya terikat kepada konvensi tradisi. Penciptaannya terikat ketat oleh estetika persamaan yang menetapkan bahawa dasar keindahan terletak pada persamaan dan perulangan bukannya pembaharuan. Pengarang tidak mempunyai kelonggaran untuk menguji kreativitinya dengan sepenuhnya, walaupun untuk meneroka wawasan baharu, atau bereksperimen dengan plot atau tema yang lebih rumit atau yang tidak mengikut skema. Pencerita dan khalayak tradisi lisan diikat oleh satu budaya yang digelar sebagai cultural vraisemblance, iaitu satu budaya yang menuntut penerimaan dan kefahaman melalui penggunaan modelmodel budaya cultural repertoire seperti rumus-rumus, tema, motif dan sebagainya yang bertindak sebagai pengecam atau pengikat antara penutur dan khalayak. Istilah yang diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975). Ia merujuk kepada satu stok budaya atau pengetahuan yang diterima pakai dalam masyarakat (untuk huraian lanjut rujuk Noriah Taslim, 1993:162). Penutur hanya akan menebar dan menuturkan pengetahuan yang telah sedia dikenali dan dilazimi oleh pendengarnya. Pengarang hanya dibenarkan untuk melakukan variasi dan improvisasi dari sudut stilistik atau gaya bahasa dan teknik penyampaian naratifnya mengikut konvensi tradisi. Hasil keterikatan dengan tuntutan-tuntutan situasi lisan inilah menyebabkan pemerian-pemerian sastera lisan bersifat stereotaip, konvensional, superficial dengan satu skema plotnya yang mudah dan aksi-aksi yang sudah dapat 40
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Lisan Sastera Rakyat

diduga, iaitu sepertimana yang terdapat dalam plot ceritacerita penglipur lara (Noriah Taslim, 1994:186). Watak-watak dan perwatakan dalam naratif juga harus diserap dalam skema. Seluruh gambaran perwatakan, mahupun fizikal, perlakuan dan tindak-tanduk malah emosinya ditentukan serta diperjelaskan oleh pola-pola skemata, seolah-olah menjadi suatu bentuk formula yang sama dan sering diulang-ulang dalam proses penceritaannya. Rupa paras tuan puteri atau para wira tradisi itu misalnya, diperikan melalui satu set skemata yang konvensional sepertimana contoh berikut: muka bujur sirih dahi sehari bulan kening bentuk taji hidung kuntum seroja telinga telipuk layu gigi delima merekah rambut ikal mayang pinggang secekak jari manis ari tombak serai Untuk menggambarkan sifat watak pula, sifat watak seorang wali Allah sering digambarkan dalam teks misalnya seperti berikut: Janggut panjang hingga riba, Jubah meleret hingga kaki Keperluan skematik yang disusun dalam bentuk formula atau seiras formula inilah yang menjadikan watak Md. Nasir Hamid

41

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

watak naratif lisan ketara stereotaip dan pipih. Watak-watak ini ditentukan untuk muncul dan bertindak mengikut pola yang telah dirancangkan bagi sesuatu tipa dan fungsi. Watakwatak berat begini juga dapat membantu penghafalan, dan memudahkan si penutur merancang dan mengembangkan ceritanya (Noriah Taslim, 1994:186). Penutur bercerita berdasarkan daya ingatannya, tetapi kecekapannya bukan sahaja bergantung kepada kemampuan ia mengingatkan cerita-cerita itu, malah kepada kecekapannya mengolah dan mempersembahkan ceritanya kepada khalayak ramai.

42

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

BAB TIGA
BUDAYA TULISAN

Budaya Tulisan Masyarakat Melayu Budaya tulisan masyarakat Melayu dipercayai telah muncul selepas literasi jawi yang dikaitkan dengan literasi Islam (Goody, 1968,1977), yang terangkum bersama-samanya kitab Jawi atau lebih tepatnya karya-karya warisan Islam (berbentuk annal, falsafah, teologi, metafisika dan hikayat). Ia diperkenalkan pada sekitar kurun ke-13, iaitu serentak dengan perkembangan Islam di Nusantara. Literasi Islam (Goody, 1968,1977), merujuk kepada munculnya kelompok-kelompok budaya tulisan yang awal ke alam Melayu yang wujud bersama-sama kedatangan Islam yang memperkenalkan tulisan jawi, berbentuk manuskrip bertulis tangan, iaitu di sekitar abad ke-13 atau awal abad ke-14. Kitab Jawi (Virgina Matheson, JMBRAS, Vol. 61), pula merujuk kepada karya-karya yang bertulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi mengenai prinsipprinsip agama Islam. Kedatangan pengaruh Islam yang terawal ke alam
Md. Nasir Hamid

43

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Melayu, iaitu ke Pasai berlaku pada tahun 1297 (Marrison, 1951:31-36), telah membawa bersama-samanya satu bentuk weltanschauung, iaitu satu pandangan hidup baru bagi masyarakat Melayu. Kedatangan agama Islam ke Melaka kemudiannya, kirakira akhir abad ke-14 atau awal abad ke-15 sepertimana yang tergambar dalam Sejarah Melayu, telah turut merubah sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu. Sehubungan dengan itu, perkembangan kesusasteraan dan budaya adalah mengikut fasa-fasa yang telah digariskan oleh para sarjana pengajian sastera Melayu sebagai: (i) (ii) Zaman Samudera - Pasai (1280 -1400) Zaman Melaka (1400 1511)

(iii) Zaman Aceh (1511 1650) (iv) Zaman Johor-Riau (1650 1800) Namun begitu, literasi Islam ini dicirikan oleh situasi yang disebut sebagai literasi terhad, bukan sahaja kerana penggunaannya yang amat terhad, tetapi penyebarannya juga begitu terhad untuk golongan elit istana, (Goody, 1968). Keberaksaraan pada tahap awal muncul dalam kelompokkelompok tertentu. Ia berpusat terutamanya di istana-istana yang menaungi pusat pendidikan formal yang terawal iaitu sistem pondok (Abdullah Alwi, 1980; Mohd. Nor Ngah, 1983). Sistem pondok (Malaysia dan Pattani), atau Persantren (Jawa), atau Dayah (Aceh), atau Rangkang (Minangkabau), merujuk kepada alim ulama Islam mengajar agama dengan menggunakan kaedah mengaji kitab bertulisan jawi. Kaedah ini memerlukan semua pelajar 44
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

duduk rapat-rapat dalam satu halaqah (bulatan bundar) menghadap seorang yang bertindak sebagai guru atau sebagai ketua telaah. Pada tahap ini, dunia Melayu dicambahi oleh manuskripmanuskrip tulisan tangan/jawi sastera Melayu warisan Islam yang disadur atau diterjemah dari Arab/Parsi dan juga teks-teks sastera Melayu-istana, khususnya teks-teks annal seperti Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Sastera warisan Islam ditulis untuk tujuan-tujuan dakwah Islam, sementara teks-teks annal pula ditulis oleh para pengarang istana untuk penaung mereka, iaitu para raja dan sultan (Noriah Taslim, 1993: 6; Harun Mat Piah, 2000:252). Pada tahap awalnya, kegiatan-kegiatan penulisan hanya melibatkan karya-karya terjemahan dan saduran daripada karya asal Arab-Parsi, seperti cerita-cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi dan para sahabat Rasullullah s.a.w. misalnya Hikayat Nur Muhammad, Qisas al-Anbiya, Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amir al-Muminun Umar, Hikayat Wasiat Luqman al-Hakim, Hikayat Syamsul Anwar dan sebagainya. Kemudiannya, penulisan yang ketika itu hanya tertumpu kepada karya-karya keagamaan, mula beransuransur menjadi lebih sekular, iaitu apabila kepentingankepentingan peribadi dan nasional mula mengatasi keperluan keagamaan (Nurazmi Kuntum, 1991). Penulisan seterusnya bukan hanya menjadi kepentingan alim ulama, tokoh-tokoh agama atau guru-guru pondok sahaja, tetapi juga para penulis istana, pegawai-pegawai dan elit bangsawan (Noriah Taslim, 1998: 70). 45

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Pusat yang menjadi tumpuan budaya tulisan masyarakat Melayu tradisional ialah istana-istana raja. Di situlah para sasterawan dan perawi istana dipelihara untuk menulis atau menyalin serta menyesuaikan karya-karya sastera yang bermutu. Para perawi istana ini dinaungi raja. Terdapat dua jenis atau corak penulisan yang berlangsung di istana. Pertama, para perawi istana menulis kitab-kitab mengenai agama atau karya-karya saduran Islam untuk tujuan dakwah dan keagamaan. Corak penulisan kedua adalah untuk mencatat kegiatan-kegiatan harian dan hal ehwal istana atau menulis warkah-warkah diraja. Hal ini berlaku pada tahap awal penulisannya, kemudian lama-kelamaan fungsi penulisan para perawi ini bergerak dan berkembang untuk menulis karya-karya bercorak annal, khususnya karya-karya bercorak sastera sejarah, iaitu antara lain karya-karya ini untuk merakam genealogi raja-raja Melayu dan keluarga-keluarga bangsawan. Di samping mengumpul dan menulis salasilah raja yang memerintah, para perawi istana juga menyalin berbagaibagai tulisan mengenai undang-undang Islam, sejarah dan ilmu agama, dan hikayat-hikayat yang berlatar belakangkan negara-negara Arab-Parsi, India dan juga tempatan. Justeru, di sini terlihat bahawa sastera bertulis dalam masyarakat tradisional itu hampir keseluruhannya berkembang di istana. Maka dengan itu, sastera bertulis masyarakat tersebut, kadangkala dikenali sebagai sastera istana. Penulisan teks annal, misalnya Hikayat Raja Pasai merupakan karya-karya transisi daripada lisan ke tulisan. Justeru, ia masih kuat dipengaruhi puitika lisan, malah 46
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

begitu kukuh diikat dengan konvensi tradisi dan budaya partisipatoris masyarakat Melayu tradisional. Dalam usaha untuk melakukan pembaharuan, sama ada dalam aspek bentuk, teknik, isi atau gaya bahasa, khususnya kepada karya-karya annal, si pengarang istana masih bertolak daripada yang lama terikat kemas kepada tradisi lisan. Antara tujuan penulisan karya-karya annal ini adalah untuk meninggikan martabat raja, memaparkan sosiobudaya dan perjalanan pemerintahan beraja. Selain itu, penulisan karya-karya annal ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat motivasi rakyat, khususnya dalam situasi peperangan; sama ada di ambang kekalahan atau kemenangan serta ia juga dijadikan panduan, iktibar, pendidikan dan pengajaran moral serta menjadi cermin untuk para generasi berikutnya. Di samping itu, ia juga dapat dijadikan sebuah karya adab, iaitu karya cermin didaktis yang berbentuk nasihat, iaitu selari dengan fungsinya memberi nasihat dan pengajaran (Braginsky, 1998: 237). Namun demikian, sebelum masyarakat Melayu tradisional terdedah kepada Islam dan literasi Islam, tulisantulisan tua yang disebut sebagai tulisan Kawi dan Rencong dan yang sebelum itu sistem huruf-huruf Pallava/Sanskrit sudah pun diperkenalkan di alam Melayu, namun begitu sebarannya tidak meluas (Hashim Awang, et. al., 1985:38). Penyebarannya agak terhad kepada golongan elit tertentu khususnya elit-elit istana atau golongan bangsawan istana. Orang Melayu menggunakan tulisan Kawi dan Rencong tersebut untuk menyuarakan perasaan mereka di atas permukaan batu, kepingan logam, kulit binatang, kulit kayu dan daun lontar. Dengan tulisan-tulisan inilah mereka
Md. Nasir Hamid

47

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

menulis syair Melayu tua seperti pada batu nisan yang terdapat di Minye Tudjo, Aceh dan terdapat juga sebuah cerita yang bernama, Andai-andai Si Burung Pingai. Minye Tudjo, merujuk kepada tempat syair yang tertua sekali dijumpai menggunakan tulisan Kawi/Rencong, iaitu di sebuah batu nisan yang bertarikh TM 1380 dan bertulis dalam percampuran bahasa Melayu Kuno, Sanskrit dan Arab. Hanya selepas menganut agama Islam, barulah masyarakat Melayu mula menggunakan tulisan Jawi untuk menuliskan karyakarya sastera mereka, iaitu pada peringkat awalnya bertulis tangan sebelum percetakan diperkenalkan. Mereka menggunakan tulisan Jawi klasik yang ejaannya banyak berbeza daripada tulisan Jawi pada masa kini (Mustafa Mohd. Isa, 1999b:9).

Literasi Islam dan Kesannya


Setelah literasi Islam bertapak, budaya tulisan mula pesat berkembang (pada tahap awalnya berbentuk manuskrip yang bertulis tangan/Jawi). Ia muncul beriringan dengan budaya lisan masyarakat Melayu itu sendiri, yang hanya dibezakan oleh cara pernyataan dan persekitarannya; yang saling melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Kedatangan Islam merupakan titik peralihan bagi sejarah rantau ini. Ia bukan sahaja mengubah kepercayaan orang Melayu yang berbentuk polytheist kepada berbentuk monotheist, tetapi juga mengubah pemikiran dan pandangan hidup mereka. Islam membawa budaya ilmu ke rantau ini melalui budaya penulisan dan bacaan. Hal ini dijelaskan oleh Syed Naquib al-Attas (1996:21-27), seperti yang berikut:

48

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

it was the influence of the Quran that, having effected conversion of Islam, brought about the transition to a written literary tradition. All the Muslim people adopted the Arabic script. Budaya tulisan ini sudah tentu lahir daripada konsep Iqra yang mendahului segala wahyu yang ditanzilkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Iqra merujuk kepada ayat al-Quran surah al-Alaq, ayat 1-5, iaitu wahyu pertama yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira oleh malaikat Jibrail a.s. dengan perintah Allah S.W.T dan seterusnya melantik Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasul terakhir hingga ke akhir zaman. Iqra bermaksud baca, mempunyai makna tersurat dan tersirat dituju kepada semua manusia; dulu, kini dan hingga ke akhir zaman. Dalam konteks ini Allah berfirman yang maksudnya: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) menerusi qalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-Alaq 1-5) Ayat di atas menjelaskan bahawa budaya membaca adalah asas dalam pendidikan Islam dan tidak ada ilmu tanpa adanya pembacaan, penyelidikan dan penulisan. Oleh sebab itu, dari awal-awal lagi al-Quran menitikberatkan aspek pembacaan dan penulisan dalam pendidikan. Perkataan

Md. Nasir Hamid

49

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Iqra dalam ayat ini membawa maksud baca, belajar dan kaji (Mahayudin Hj. Yahaya, 2000:3). Budaya tulisan terus tumbuh mekar dalam lingkungan budaya kosmopolitan negara-negara kota, umpamanya kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan Melaka, kerajaan Aceh dan kerajaan Johor-Riau, iaitu pusat-pusat utama kerajaan Melayu lama. Istana-istana raja pula sebagai pusat gedung ilmu yang berperanan sebagai tunjang penyebarannya (Noriah Taslim, 1993:180), manakala raja atau sultan menjadi patron dan pengerak budaya keintelektualan ini. Pengarang istana sebagai intelek Melayu, seperti mana yang dinyatakan di bahagian awal; berperanan mencatat peritiwa harian istana, merakam jurai keturunan atau genealogi raja dan keluarga bangsawan dan seterusnya mengembangkan kreativiti individunya untuk menulis kronikel dan annal yang dikenali sebagai genre sastera sejarah (Noorduyn, 1961 & Teeuw, 1970). Dengan itu, tradisi tulisan dilatari penghasilan oleh golongan istana, manakala tradisi lisan yang diamalkan sebelum itu, didasari penghasilan di kalangan rakyat (Mohd. Taib Osman, 1974:8). Walaupun world view masyarakat Melayu telah didedahkan kepada budaya tulisan dengan pengenalan literasi Islam, tetapi budaya tulisan pada tahap awal ini masih kuat bertaut kepada konvensi dan puitika tradisi. Terdapat banyak unsur-unsur dan bentuk sastera lisan yang masih kekal dalam penulisan teks bertulisnya, khususnya dari aspek struktur dalaman dan luaran teks.

50

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

Proses pemikiran lisan yang tercermin dalam aturanaturan komposisi ahli lisan bertahan sedikit sebanyak dalam karangan bertulis. Akibatnya, banyak unsur-unsur struktur skematik terdapat dalam sastera tradisional (Sweeny, 1990: 21). Kemungkinan ini disebabkan kerana masih belum benarbenar berlaku kebebasan intelek dan kebebasan kreativiti para pengarang, penulis kitab-kitab agama atau perawi istana ketika itu untuk mengamalkan sepenuhnya proses pengkaryaan dan penciptaan naratif mereka. Sungguhpun Islam bersifat demokratik, dengan membawa budaya literasi yang agak liberal, terbuka dan berinovasi sastera yang pelbagai (dengan corak sastera annal, sastera falsafah, metafisika dan teologi, sastera kitabkitab agama serta kisah-kisah nabi dan sahabat), tetapi kedatangannya tidak berjaya menghancurkan bentengbenteng tradisi dan tidak juga berhasil untuk memupuskan corak-corak hidup kolektif masyarakat Melayu yang telah terbina teguh sejak turun-temurun (Noriah Taslim, 1993:126). Golongan Melayu yang celik huruf, khususnya elit-elit istana Melayu dan alim ulama sebenarnya masih dikongkong oleh konvensi tradisi dan semangat partisipatoris. Mereka masih dalam situasi literasi terbatas bukan sahaja terbatas dari segi penggunaannya, tetapi juga penyebaran dan fungsinya. Teks masih dibaca dengan nyaring dan khalayak pula mendengarnya, iaitu dipersembahkan di kalangan majoriti khalayak yang masih buta huruf. Kebanyakan teks, khususnya kitab jawi berbentuk manuskrip bertulis tangan dan jumlahnya amat terhad. Ini 51

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

sesuai pula dengan sedikitnya orang yang tahu menulis dan membaca. Teks perlu dibacakan dan dipersembahkan oleh penutur kepada khalayak dengan semangat kolektif dalam masyarakat partisipatoris. Para pengarang naratif tidak mempunyai kelonggaran untuk menguji kreativitinya dengan sepenuhnya. Ia hanya dibenarkan untuk melakukan variasi dan improvisasi dari sudut stilistik dan teknik penyampaian sahaja (Noriah Taslim, 1994:186). Sebenarnya, kedatangan literasi Islam tidak menjejas kewibawaan tradisi Melayu sebelumnya yang menjadi sumber makna, rujukan dan kewajaran. Gaya penyampaian dan penciptaan naratif di peringkat-peringkat awal keberaksaraan masih bercorak lisan dan terikat dengan konvensi dan mekanisme yang mengawal kewibawaannya. Bentuk kesusasteraan Islam yang terhasil pada peringkat awalnya adalah pada peringkat mudah. Hal tersebut berlaku dianggap sesuai dengan keperluan pemahaman Islam yang menekankan soal pembentukan akidah dan akhlak yang disampaikan secara mudah/lisan oleh para guru agama dalam syarahannya. Di samping itu, seseorang penulis istana yang celik huruf juga turut terjebak dalam kepompong feudalisme istana yang melingkunginya dan membiayai kerjayanya. Segala penciptaan naratifnya harus mencerminkan dan menguatkan sistem beraja yang menjadi patronnya. Konsep daulat, taat setia, menjunjung duli dan tidak mahu menderhaka menjadi pegangan para pengarang istana. Dalam jaringan tradisi dan feudalisme ini, hasil sastera tidak akan berani dipersoalkan kewibawaannya oleh khalayak. 52
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

Sebaliknya, mereka bertanggungjawab bersama untuk menjunjung, mempertahan dan menjaganya. Seperti mana yang dijelaskan di peringkat awal, budaya tulisan pada tahap awal ini adalah terbatas, mahupun terbatas pada fungsinya ataupun terbatas pada sudut penyebarannya. Pada sudut penyebarannya, ia lebih tertumpu di istana. Dari sudut fungsi, ia lebih memenuhi fungsi keagamaan, iaitu untuk membolehkan seseorang membaca al-Quran, berdoa dan bersembahyang. Guru-guru pondok mengajar menggunakan kitab (kitab jawi), atau secara hafalan sahaja, manakala murid-murid mendengar syarahannya. Justeru, ia memerlukan seorang pembaca nyaring dan yang lain-lain mendengar. Para pelajar mentelaah secara hafalan dan mentafsirkannya di depan gurunya. Hal ini bertujuan untuk menajamkan ingatan. Oleh sebab tulisan tidak memberi keuntungan yang bercorak ekonomi (Sweeney, 1980), masyarakat Melayu tidak berminat untuk benar-benar belajar menulis dan seterusnya membaca kecuali kelompok yang menghadiri kelas-kelas pondok. Oleh yang demikian, majoriti rakyat yang melatari kawasan-kawasan desa ketika itu masih dalam kelompokkelompok buta huruf yang penghayatan sasteranya secara kolektif bersifat sosial, iaitu dengan seorang membaca dengan kuat dan khalayak ramai pula akan mendengarnya. Rata-rata orang Melayu walaupun sehingga pada penghujung abad ke-19, masih dibelenggu masalah buta huruf. Ini dibuktikan dalam karya Abdullah Munshi, dalam teks bertulis Kisah Pelayaran Abdullah (1837). Corak aktiviti ekonomi mereka tidak memerlukan kebolehan untuk
Md. Nasir Hamid

53

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

membaca dan menulis, kerana rata-rata masyarakat Melayu adalah petani dan nelayan. Dalam budaya partisipatoris ini, hasil kesusasteraan adalah dianggap milik bersama masyarakatnya dan oleh yang demikian cara penikmatannya juga haruslah bersifat bersama dan kolektif. Oleh sebab itu, ia akan dipelihara dengan sebaik-baiknya sebagai sesuatu yang amat bernilai kepada masyarakatnya. Sebahagiannya dianggap begitu sacral (kitab-kitab berbentuk manuskrip) yang perlu dibalut kain kuning dan hitam, iaitu untuk menunjukkan kesucian dan kehormatan kepada nilai-nilai konvensinya. Sebarang hasil kesusasteraan yang memperlihatkan penyimpangan serta pembaharuan dianggap di luar kebiasaan dan sukar diterima oleh masyarakat Melayu, walaupun ketika itu budaya literasi sudah pun diperkenalkan. Jadual yang berikut adalah pembahagian ringkas sastera bertulis Melayu tradisi:

54

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

JADUAL III
Ringkasan Pembahagian Sastera Tulisan (Tradisional) (i) Prosa (ii) Sastera Sejarah Sastera Hikayat

Kepahlawanan/ Epik Bentuk Naratif

(iii) Sastera Panji (iv) Sastera

Sastera Bertulis (Tradisional)

Puisi Syair

gurindam

(i) Bentuk Bukan Naratif

Sastera Undang-undang Bentuk (ii) Sastera Agama Bukan Naratif (iii) Sastera Kitab (iv) Sastera Ketatanegaraan

Sumber: Zainon Sheikh Ahmad. 1998. Belajar Kesusasteraan dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Penerbit Elman, hlm. 35.

Md. Nasir Hamid

55

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Kecirian Budaya Tulisan


Budaya tulisan (literate culture) dalam pemahaman masa kini lebih terbuka, penerokaan dan bereksperimen jika dibandingkan dengan budaya lisan. Hal ini dijelaskan oleh Obiechina, (1975:110), iaitu, literate culture is more elaborative, exploratory and experimental than an oral tradition. Penulis dapat membebaskan fikirannya daripada kekangan ingatan dan hafalan. Justeru, membenarkan aliran imaginasi, kreativiti dan keindividualiti berterusan. Tulisan merupakan mekanisme yang disebut sebagai time-obviating mechanism , (iaitu mekanisme memperlahankan masa) (Peabody,1975:174). Ia membenarkan penulis untuk berehat, berhenti, merenung, menjelajah dan bereksperimen dengan kemungkinan-kemungkinan baru, dan ini merangsangkan kreativiti, keindividualiti dan ketulenan dalam penghasilan karya. Dengan kewujudan budaya tulisan, bebanan hafalan telah dibebaskan daripada membelenggu diri penghasil karya atau pengarang. Keadaan ini juga membebaskan pengarang daripada tuntutan penciptaan dan persembahan secara spontan seperti mana dalam karya lisan. Oleh sebab itu, hasil karya tidak lagi terikat kepada skemata yang terdapat di dalam model konvensi. Kenyataan Amin Sweeney (1980) dapat memperlihatkan keadaan ini: A prime example is the writing of the nineteeth century Munsyi Abdullah. His radical departure from the schematic composition of the traditional Malay literature is also reflected in his spelling.

56

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

Dalam situasi sebegini, membolehkan pengarang dapat memperlihatkan kreativiti dan imaginasinya seadanya. Hal ini seterusnya memberi peluang kepada pengarang untuk melahirkan stail, gaya bahasa, tema, plot dan sebagainya yang menyimpang daripada model-model konvensi dan puitika lisan itu sendiri. Gaya bahasanya tidak lagi perlu bersifat berulang-ulang dan stereotaip seperti mana dalam karya-karya tradisional. Pengarang boleh memperkayakan lagi bahasanya dari segi stilistik dengan penggunaan bentuk bahasa yang lebih segar. Hal ini memperlihatkan bahawa pengarang dapat menonjolkan ciri-ciri keindividualan yang pada peringkat awal keberaksaraan masih lagi terhad. Budaya tulisan telah memberi ruang kepada pengarang untuk menerokai dan bereksperimen dengan sumber-sumber baru, iaitu tidak lagi perlu bergantung kepada korpus budaya yang diwarisi. Hal ini telah menjadikan hasil karya kesusasteraan itu menjadi peribadi dan realistik, tidak begitu homogen dan konservatif sifatnya. Jack Goody (1968: 63) telah mengemukakan pendapatnya dalam hal ini: In contrast to the homeostatic of cultural tradition among the non-literate people, literate society leaves more to its members, less homogenous in its cultural tradition, it gives more free play to the individual and particularly to the intellectual, the literate specialist himself. Budaya lisan juga memberi ruang masa untuk pengarang berfikir, membawa dan menyusun naratifnya dengan lebih baik. Dengan peruntukan masa yang mencukupi, maka pengarang dapat meneroka serta menyelami tema dan
Md. Nasir Hamid

57

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

persoalan yang lebih rumit dalam bentuk-bentuk karya yang lebih kompleks. Dengan demikian, pengarang dapat mencari idea yang segar untuk menghidupkan cerita selaras dengan kemampuan dan kreativiti pengarang tersebut. Seterusnya, dengan adanya sistem tulisan, pengarang dapat mempertingkat, memperbaiki dan menggarap tema, persoalan, plot, latar dan memadatkan pemikirannya serta menstrukturkan karyanya dengan menyusun konflik dan resolusi dalam satu pola yang wajar. Tema yang dihasilkan lebih rumit, segar, kompleks dan melibatkan perancangan serta pemikiran yang amat kritis dan mendalam. Dalam tradisi tulisan, tema-tema baru, menarik dan mencabar boleh diterokai dan ini telah menyimpang daripada konvensi puitika lisan yang ditetapkan oleh kewibawaan model-model sastera tradisional sebelumnya. Tema Hikayat Raja Pasai (1987) contohnya, membicarakan jatuh bangun sebuah negara kota Samudera-Pasai, bukanlah tentang seseorang individu tertentu. Hikayat ini mengisahkan perebutan kuasa, persengketaan persaudaraan dan mengkritik perilaku raja, yakni peribadi raja yang mengikut hawa nafsu, ketidakadilan, kezaliman dan kekejaman; khususnya tingkah buruk rajanya yang berterusan hingga menyebabkan kerajaannya jatuh dan ditarik balik mandat kekuasaannya, seperti mana yang berlaku pada pemerintahan Sultan Ahmad yang ditarik balik mandat kekuasaannya oleh kuasa luar, iaitu oleh Majapahit. Tema Hikayat Raja Pasai ini berbeza dengan tema dalam karya-karya tradisional, khususnya dalam korpus tradisi lisan yang banyak mengungkap tema-tema yang sudah wujud di dalam karya-karya lain sebelumnya seperti tema 58
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

pengembaraan, percintaan, peperangan, perjuangan, pengorbanan dan kisah suka duka anak-anak raja yang sudah dapat diduga diakhiri dengan kisah-kisah happy ending. Plot Hikayat Raja Pasai pula contohnya, memperlihatkan kompleksiti dalam satu kesatuan yang dibina oleh satu urutan konflik dan resolusi yang bertonggakkan objektif yang tersirat dan termaktub dalam wasiat seorang raja kepada bakal raja, yakni kesejahteraan dan keseimbangan kewujudan melalui pemerintahan yang adil dan saksama raja ke atas rakyat jelatanya. Melalui wasiat misalnya, pengarang memasukkan dan menyulam dengan unsur moral, terutamanya apabila wasiat itu dilanggari; ia akan mendatangkan akibah, kehancuran dan kejatuhan negeri Pasai ke tangan kerajaan Majapahit. Plot Hikayat Raja Pasai dengan demikian, menyediakan berbagai-bagai kemungkinan berdasarkan sama ada langkah-langkah diambil untuk mencapai objektif ataupun tidak, yang secara urutan logiknya berakhir dengan resolusi yang positif atau negatif, kesejahteraan atau kemerosotan. Proses ini dikenali sebagai amelioration or degradation (untuk memahami proses ini, rujuk model Bremond, 1980, The Logic of Narrative Possibilities). Dalam penciptaan skematik yang meneraskan sastera lisan, biasanya hanya ada satu plot skema, dengan rentetan aksi yang berkembang di atas satu landasan plot dan menuju ke arah satu resolusi yang sudah diduga. Dalam skema ini, konflik dan resolusi dimunculkan secara mudah melalui dua tipa watak yang berbeza yang mendukung nilai-nilai moral yang bertentangan iaitu baik dan jahat. 59

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Organisasi plot yang begini berpotensi untuk melahirkan konflik yang bersifat fizikal yang secara urutannya memerlukan penyelesaian yang juga bersifat fizikal. Bentukbentuk konflik yang begini biasanya melahirkan singlestranded plot, yang berteraskan konsep poetic justice iaitu watak jahat dihukum dan watak baik diberi ganjaran (Noriah Taslim, 1993: 202). Di samping itu, dengan adanya tulisan, hasil sesebuah karya itu telah dipindahkan kepada sebuah bentuk teks yang tetap, iaitu pada tahap awalnya berbentuk manuskrip bertulis tangan. Bahkan pengarang sudah mula memperlihatkan ciri keindividualan dengan meletakkan namanya sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menyalin hasil tersebut. Misalnya, Tun Sri Lanang meletakkan namanya sebagai penyusun Sejarah Melayu, manakala Raja Ali Haji sebagai pengarang Tuhfat al-Nafis dan Misa Melayu oleh Raja Chulan. Tradisi tulisan turut juga membantu pengarang dalam proses memberikan gambaran ke atas watak yang lebih pelbagai serta bersifat realistik. Dalam hal ini, pengarang akan cuba melarikan diri daripada kecirian watak-watak stereotaip yang ditetapkan oleh konvensi tradisi. Misalnya watak-watak Sultan Ahmad, Sultan Malikul Saleh, Sultan Malikul Tahir dan Sayid Semayamuddin dalam Hikayat Raja Pasai (1987), sudah terlepas dari watak-watak stereotaip penglipur lara. Secara ringkasnya, pengarang menjadikan sesuatu watak itu bersifat bulat (round character). Berkenaan hal ini, W.J. Ong (1982) mengatakan bahawa, Full explana60

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

tion of the emergence of the round character must include an awareness of what writing, and later print. Seperti mana yang dijelaskan pada bahagian awal, watak dalam karya tradisi bertulis lebih memperlihatkan sifat individu yang sebenar dan realistik. Dengan ini, watak tidak lagi diacukan mengikut tipa tradisionalnya atau dimanipulasikan untuk memenuhi tujuan skematik. Dalam karya tradisional, sesebuah watak biasanya telah dikenali dan disepakati umum untuk diangkat sebagai protagonis atau wira bangsa seperti yang terdapat dalam cerita-cerita penglipur lara misalnya, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Donan, Hikayat Terung Pipit dan sebagainya. Seterusnya, dengan kemunculan budaya tulisan akan memberi sedikit kelonggaran kepada seseorang pengarang untuk melarikan diri dari kekangan konvensi lain. Hal ini dipengaruhi oleh dua faktor. Faktor pertama berkaitan dengan penglibatan atau kehadiran khalayak yang tidak perlu ada/muncul di depan pengarang semasa proses penciptaan naratifnya. Dalam faktor kedua pula, pengarang tidak diikat kukuh oleh kontrak naratif dengan khalayak seperti mana dalam budaya partisipatoris masyarakat Melayu tradisional. Hal ini memperlihatkan sedikit sebanyak ciri-ciri keindividualan walaupun dalam ruang lingkup yang agak terbatas, ataupun disebut dengan istilah keindividualan terhad. Selain itu, pengarang juga memperlihatkan ciri keindividualan terhad ini dengan mencipta dan menonjolkan apa yang terlintas di fikirannya dengan kawalan tradisi dan
Md. Nasir Hamid

61

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

semangat kolektif masyarakatnya. Sedangkan dalam masyarakat Melayu tradisional, iaitu dalam budaya lisan, ia begitu tegar dan telah ditetapkan sesuatu peristiwa itu agar lari dari konvensional yang telah disepakati umum. Sesuatu penyimpangan adalah tidak digalakkan sama sekali. Kemajuan budaya tulisan tersebut, seterusnya telah meningkatkan penghasilan bahan-bahan sastera, iaitu pada tahap awalnya dalam bentuk-bentuk manuskrip bertulis tangan, seperti mana yang disentuh sebelum ini; sama ada dalam bentuk naratif dan bukan naratif. Tradisi sastera tulisan tetap memilih beberapa sifatnya yang tersendiri, iaitu antara lainnya: (i) (ii) ia mengambil tulisan sebagai alat penyampaiannya, ia menghasilkan bilangan teks yang lebih banyak dan kompleks,

(iii) ia kekal dan dapat dibaca secara persendirian pada sebarang masa dan tempat, (iv) sastera bertulis itu mempunyai bilangan jenis yang lebih meluas naratif dan non-naratif. Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa budaya tulisan pada tahap-tahap awal telah memberikan sumbangan yang agak besar kepada kemunculan keindividualan terhad di kalangan para pengarang Melayu, iaitu para perawi istana dan para penulis kitab keagamaan atau para pengarang karya-karya warisan Islam. Ini kerana dengan adanya tulisan, ia telah memberi 62

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Budaya Tulisan

satu dimensi baru kepada khazanah sastera dan kitab keagamaan itu sendiri, iaitu hasil yang selama ini dituturkan secara lisan oleh penutur tradisional telah dijadikan sebagai teks bacaan dan dapat disebarkan secara agak meluas, walaupun terbatas kepada elit istana dan institusi pondok. Oleh yang demikian pengarang Melayu mempunyai masa untuk mencipta, menilai dan memberikan makna baru kepada hasil karya mereka, walaupun dalam pengawasan feudalisme istana, dan seterusnya dapat melahirkan karyakarya yang lebih kompleks, umpamanya karya-karya berbentuk annal, kitab undang-undang, kitab keagamaan, kitab ketatanegaraan, karya-karya adab dan sebagainya. Seperti mana yang dijelaskan pada bahagian awal, para pengarang dalam era keberaksaraan awal ini tidak lagi perlu bergantung kepada bebanan hafalan dan ingatan. Karyakarya dipersembahkan dalam bentuk teks bertulis. Ia dapat membebaskan dirinya daripada bentuk-bentuk dan teknik sastera lisan yang tidak lagi terikat kepada skematik seperti yang terdapat dalam model-model konvensi sebelumnya.

Md. Nasir Hamid

63

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

BAB EMPAT
PENELITIAN TEKS HIKAYAT RAJA PASAI

Teks Hikayat Raja Pasai (selepas ini akan disebut sebagai HRP), diusahakan oleh Rusell Jones (1987), merupakan teks bercorak sejarah bertulis yang tertua di alam Melayu (JMBRAS, Vol. 33, Pt.2). Ia mengandungi lebih kurang 30 000 patah perkataan, iaitu jauh lebih pendek daripada Sejarah Melayu. Penelitian perbincangan teks ini dinilai dalam dua aspek, iaitu struktur dalaman yang akan melihat bentuk-bentuk lisan, iaitu mitos, legenda, lipur lara, puisipuisi dan motif lisan. Manakala penelitian kedua ialah struktur luaran yang meneliti aspek-aspek stilistik lisan iaitu yang paling dominan adalah seiras formula dan bentuk perulangan. Analisis struktural Hikayat Raja Pasai ini meliputi petikan-petikan yang dipetik daripada teks tersebut. Petikan-petikan tersebut dinyatakan dalam Jadual IV. Sebahagian daripada petikan-petikan berkenaan dibahagikan kepada segmen-segmen tertentu. Setiap segmen dalam petikan ditandakan dengan angka untuk rujukan perbincangan.

Md. Nasir Hamid

65

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Bentuk Mitos dalam Hikayat Raja Pasai


Mitos merupakan unsur sastera rakyat yang paling ketara ditampilkan oleh pengarang dalam teks HRP. Mitos ini selalunya diletakkan pada bahagian awal teks, dengan tujuan menekankan kesahihan dan kesucian raja. Mitos dalam konteks penulisan sastera Melayu tradisional diertikan oleh C. Hooykaas (1965:12) sebagai cerita dewa-dewa yang didorong oleh unsur-unsur keagamaan (mythology istilah Mohd. Taib Osman). Biasanya cerita-cerita yang berunsur mitos ini berunsur keagamaan, bersifat sakral yang merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau keturunan. Cerita-cerita ini mengandungi unsur-unsur ajaib (Annas Hj. Ahmad, 1977:14). Pada bahagian awal teks Hikayat Raja Pasai, banyak sekali dilatari unsur-unsur mitos. Manakala Jacob dan Wilhelm dalam J. Middleton (1967:1), mendefinisikan mitos sebagai stories of the gods. Pendapat ini bersesuaian dengan pandangan Lewis Spencer (dalam Md. Salleh Yaapar (1977: 64) yang menyebut bahawa mitos merupakan: Myths are materials which deal with the creation of the world, with the origin, which treat of the heavenly bodies, of places of reward and punishment, and most important of all, perhaps, of the adventures of god. Mircea Eliade (1960:3) pula memperincikan mitos sebagai suatu pemikiran untuk menyatakan tentang kebenaran mutlak. Mitos pada dasarnya menonjolkan tokohtokoh luar biasa, sama ada mereka itu dikaitkan dengan 66
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

alam dewa-dewi ataupun alam supra-human dan divine (M. Khalid Taib, 1989:31). Daripada definisi-definisi tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa mitos sebenarnya suatu sejarah yang suci bagi sesebuah masyarakat yang membentuk pola keperluan manusia yang tertumpu kepada kepercayaan tentang soal-soal ketuhanan, asal usul kejadian alam, makhluk dan binatang. Mitos juga berperanan sebagai alat untuk menyampaikan kecaman-kecaman terhadap sultan. Umpamanya dalam Sejarah Melayu, kisah Singapura dilanggar todak, memberi petunjuk kepada raja yang tidak mengenang budi dan begitu juga kisah peminangan Puteri Gunung Ledang yang menggambarkan tentang seorang raja yang hanya mementingkan diri sendiri. Dalam HRP, peristiwa kezaliman dan kekejaman Sultan Ahmad mewajarkan baginda kehilangan takhta kerajaannya kepada Majapahit. Dalam HRP, mitos asal usul ansestor atau raja-raja Melayu Samudera-Pasai dikaitkan dengan puteri daripada rebung buluh betung dan putera daripada peliharaan seekor gajah. Hal ini dapat dijelaskan dalam pemerian petikan seperti yang berikut; Maka Raja Muhammad itu pergilah ia dengan segala rakyatnya menebas rimba itu. Maka ada di tengah rimba itu (1) serumpun betung terlalu amat tebalnya betung itu (2). Maka ditebas oleh rakyat itu tiada habis ditebasnya, habis-habis tumbuh pula (3). Maka berangkat Raja sendiri menebas betung itu, maka habislah betung itu (4). Maka dilihat oleh Raja Muhammad pada sama
Md. Nasir Hamid

67

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

tengah betung itu ada rebungnya seperti badan besarnya; maka hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka keluar seorang kanak-kanak perempuan terlalu sekali baik parasnya (5). (HRP, 1987: 1) Segmen (1) hingga (5) menjelaskan sebuah mitos perihal asal usul raja yang berkaitan dengan unsur keajaiban yang diistilahkan sebagai authoctonous origin of man (kelahiran tanpa ibu bapa), iaitu sebuah mitos universal tentang manusia. Pemerian mitos ini menjelaskan bahawa raja-raja Pasai dan Samudera adalah daripada keturunan puteri dari buluh betung dan putera daripada peliharaan gajah. Unsur mitos dalam segmen (1) hingga (5) ini mempunyai tujuan untuk mengagung-agungkan martabat dan kesucian raja-raja Pasai. Percantuman antara dua unsur; gajah (kekuatan) dan buluh betung (kemakmuran) melambangkan bahawa dinasti kesultanan Pasai itu diasas daripada unsur kekuatan dan kemakmuran (Mustafa Mohd. Isa, 1999a:26). Segmen (5) pula menjelaskan tentang sebuah motif yang biasa terdapat dalam tradisi lisan, iaitu motif manusia lahir dari buluh betung. Motif puteri betung ini hampir sama dengan yang terdapat dalam Hikayat Seri Kelantan. Segmen (1) dan segmen (2) dikaitkan dengan keistimewaan dan kedaulatan Raja Muhammad seperti yang digambarkan dalam segmen (3) dan (4). Segmen (5) juga menjelaskan tentang keajaiban Tuan Puteri Buluh Betung yang dikaitkan dengan magis sehelai rambutnya berwarna emas yang mengeluarkan darah putih berterusan apabila dicabut oleh 68
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

suaminya, Merah Gajah. Dalam petikan seterusnya sebuah lagi mitos asal usul ansestor dipaparkan iaitu manusia dipelihara gajah. Petikan ini membawa satu lagi dimensi mythical kepada naratif. Dalam petikan ini terdapat unsur-unsur supermatural yang biasa terdapat dalam cerita-cerita mitos. Peristiwa dalam petikan ini juga memerikan tentang Raja Ahmad yang seolaholah mengembara masuk ke dalam alam sekunder (alam bukan primer). Situasi keluarbiasaan ini berlaku dalam dimensi alam yang ghaib, bukan dalam dimensi alam realiti yang mempunyai ruang konkrit dan waktu yang objektif. Pemerian kisah ini seperti yang dipaparkan dalam naratif iaitu; Maka beberapa lamanya baginda pun pergi berburu ke dalam rimba belantara (1), maka seekor perburuan tiada diperoleh (2). Maka baginda pun bertemu dengan sebuah surau di tengah rimba belantara itu (3). Maka ada seorang orang tuha dalam surau itu (4). Maka pada saat itu juga datanglah seekor gajah terlalu besar (5). Maka ada seorang kanak-kanak duduk atas kepalanya. Maka dimandikannya ia ke sungai (6). Maka ujar Raja Ahmad, Hamba hendak bermohon kepada tuanku kembali dahulu ke negeri hamba; mana jalan keluar? Maka ditunjukkan orang tuha itulah jalan raya. (7)Tiba-tiba sampailah ia ke negeri (8). (HRP,1987:2-3)
Md. Nasir Hamid

69

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Dalam segmen (1) ditunjukkan sebuah latar ruang di sebuah hutan rimba yang begitu sakral yang mempunyai jalan masuk ke suatu dimensi ghaib, seperti yang dijelaskan dalam segmen (7) dan (8). Segmen (2) pula menjelaskan tentang ketiadaan sebarang benda hidup kecuali seorang orang tua dan surau dalam segmen (3) dan (4). Orang tua itu sendiri ialah tokoh misteri kerana ia hilang pada hari kedua sultan pergi ke tempat tersebut. Tokohnya bersifat supernatural yang menambah kepada dimensi mythical dalam naratif. Segmen (5) dan (6) pula menjelaskan sebuah mitos kanak-kanak yang dipelihara oleh seekor gajah. Selain itu, terdapat juga petikan mengisahkan motif mitos Tuan Puteri Buluh Betung berambut emas yang mengeluarkan darah putih berterusan, apabila dicabut mengakibatkan puteri itu mati. Kisah Tuan Puteri Buluh Betung seperti yang terdapat dalam teks iaitu; Hatta maka Puteri Betung itu bahagianya sehelai rambutnya di tengah kepalanya seperti warna emas rupanya. Maka suatu hari Tuan Puteri itu pun tidur. Maka dibantunnya oleh Merah Gajah rambut isterinya itu, pada bicaranya itu tiada akan mengapa Tuan Puteri. Maka keluarlah darah daripada liang rambut itu tiada berputusan lagi keluar darahnya putih. Maka berhentilah darahnya itu, maka Tuan Puteri pun hilanglah. (HRP, 1987: 5-6) Mitos puteri berdarah putih ini sangat terkenal seperti dalam mitos legenda Mahsuri, iaitu apabila Mahsuri ditikam, darah putihnya keluar berterusan. Darah putih adalah 70
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

lambang kesucian dan selalunya dikaitkan dengan sifat-sifat keluarbiasaan watak. Dalam hal ini, Tuan Puteri Buluh Betung mempunyai asal usul yang misteri dan luar biasa authoctonous origin if man (tanpa ibu bapa). Selain itu ada juga mitos yang mengisahkan asal kekayaan yang mengaitkan kemewahan alam dengan peribadi raja. Keistimewaan Merah Silau menggambarkan kesaktian dan kedaulatan raja-raja Pasai bahawa di manamana raja berada; kemakmuran, kekayaan dan ketertiban alam (cosmic order) akan muncul. Hal ini berkait dengan tanggapan terhadap raja sebagai penjana kemakmuran kosmos kerana dirinya dihubungkan dengan pasak alam. Konsep tersebut dipengaruhi oleh pemikiran Hindu yang berkait dengan kuasa kosmos seorang dewa raja. Hal ini dapat dibuktikan, misalnya kisah Merah Silau menemui cacing gelang-gelang dan kemudian direbus menjadi emas, pemerintahan Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur yang makmur dan maju seperti berikut; Setelah itu, maka Sultan Malikul Mahmud itulah kerajaan di Pasai dan Sultan Malikul Mansur itulah kerajaan Samudera itu. Maka negeri yang kedua itu pun terlalu ramai dan memberi segala rakyat dalam negeri itu dan beberapa daripada gajah dan kuda jenuhlah makanannya dan beberapa daripada segala rezeki yang lain tiada terhisabkan banyaknya pada zaman baginda kedua bersaudara itu. (HRP,1987: 26)
Md. Nasir Hamid

71

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Begitu juga gambaran kemakmuran semasa pemerintahan Sultan Malikul Salleh yang memperoleh emas, yang dijumpai oleh orang dari benua Keling. Pengisahan mitos tentang kesaktian Merah Silau yang merebus cacing gelanggelang lalu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak seperti digambarkan dalam petikan ini: Setelah sudah bubu itu diperbuat orang, maka pergilah Merah Silau itu ke hulu sungai itu menahan bubunya itu. Maka pada keesokan harinya Merah Silau itu pergi melihat bubunya. Maka dilihatnya penuh dalam bubu itu gelanggelang. Maka gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumahnya dibubuhnya dalam kawah, maka disuruhnya rebus semuanya gelang-gelang itu. Maka dengan takdir Allah taala maka gelanggelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. (HRP, 1987: 7-8) Pemerian keistimewaan raja di atas terdapat juga dalam kisah Sejarah Melayu apabila turunnya tiga putera Raja Suran ke Bukit Siguntang Mahameru mengakibatkan padi Wan Empok dan Wan Malini berbuah emas, berdaunkan perak dan berbatangkan tembaga suasa. Sesungguhnya kisah ini cuba menggambarkan bahawa kesaktian sehingga dapat mentransformasikan alam, menjadinya mewah dan gemilang. Daripada kemewahanlah akan terbit kesejahteraan dan ketertiban alam yang perlu ada pada sesebuah negeri.

72

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Seterusnya, hikayat ini turut memaparkan mitos asal usul tempat atau permulaan sesebuah negeri. Pemerian peristiwa tersebut mengisahkan tentang Merah Silau yang menemukan seekor semut sebesar kucing yang mewajarkan mitos wujudnya negeri Samudera yang mengisi satu ruang masa dan tempat yang tertentu. Hal ini digambarkan seperti berikut; Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di Rimba Jerana itu (1). Sekali persetua pada suatu hari Merah Silau pergi berburu (2). Maka ada seekor anjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu (3). Maka dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing (4). Maka ditangkapnya oleh Merah Silau semut itu, maka lalu dimakannya (5) Maka dinamai oleh Merah Silau negeri Samudera ertinya semut yang amat besar, di sanalah ia diam raja itu (6). (HRP,1987:12-13) Segmen (1) hingga (6) menjelaskan sebuah mitos perihal asal usul tempat, iaitu Samudera. Segmen (1) menunjukkan sebuah latar ruang/tempat Rimba Jerana, iaitu tempat perburuan Merah Silau manakala segmen (2) menunjukkan seekor anjing perburuannya yang peka kepada kewujudan sesuatu unsur dari alam ghaib dalam segmen (3), iaitu seperti mana perihal anjing perburuan raja yang menemukan pelanduk putih bagi mewajarkan asal usul negeri Melaka dalam Sejarah Melayu.
Md. Nasir Hamid

73

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Segmen (4) pula mengisahkan keajaiban seekor semut sebesar kucing yang dimakan oleh Merah Silau, iaitu di segmen (5). Merah Silau sedar akan keluarbiasaan binatang tersebut, sebab itu dimakannya, iaitu sama juga Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah yang menjumpai ular cintamani yang diberi kepada Bendahara dan dimakan oleh Bendahara. Binatang itu dipercayai membawa unsur tuah atau sakti. Segmen (6) pula mewajarkan Merah Silau terus menetap di tempat tersebut untuk mengambil sempena keajaiban semut tersebut. Dalam petikan seterusnya, terdapat sebuah lagi mitos yang diutarakan, iaitu tentang mitos permulaan/pembukaan negeri Pasai dengan mengisahkan seekor pelanduk putih yang luar biasa. Kisah ini digambarkan seperti berikut: maka disalaknya anjing itu oleh pelanduk maka anjing itu pun undurlah (1) maka didapatkannya pelanduk itu oleh anjing, lalu ia berdakapdakapan kira-kira tujuh kali (2) maka anjing perburuan itu bernama Si Pasai itu pun matilah pada tempat itu (3) Maka dinamai baginda akan nama anjing negeri itu (4); maka dititahkannyalah anakanda baginda Sultan Malikul Tahir kerajaan dalam negeri itu dan ayahanda Sultan Malikul Saleh itu diam di Samudera Darulsalam juga (5). (HRP, 1987:22-23) Segmen (1) dan (2 juga mengisahkan tentang keluarbiasaan seekor pelanduk yang juga sering menjadi motif yang umum dalam cerita-cerita rakyat. Pelanduk putih 74

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

melambangkan kesucian dan kekeramatan tempat, maka tempat tersebut elok dijadikan negeri. Kesaktian pelanduk ternyata apabila anjing itu mati setelah bertembung/ bergelut dengannya dalam segmen (2) dan segmen (3). Segmen (5) pula mewajarkan Sultan Malikul Saleh untuk membuka negeri baru untuk puteranya, Sultan Malikul Tahir dan seterusnya menamakan negeri itu Pasai atas nama anjing perburuannya, Si Pasai, iaitu dalam segmen (4) selepas anjing itu mati dalam segmen (3). Mitos pembukaan negeri tersebut mengaitkan tentang keajaiban, kesucian dan keistimewaan raja yang telah mengisi dimensi ruang tempat dalam realiti yang sebenar, iaitu negeri Samudera dan Pasai yang terletak di kepulauan Indonesia. Pemerian asal usul tentang penubuhan Pasai, Samudera dan unsur yang berkaitan seperti unsur pelanduk putih, anjing dan kijang, mengingatkan kita semula kepada pemerian asal usul Melaka dan Patani yang dikaitkan dengan mitos, sebagai mana yang terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Pattani. Mitos seterusnya adalah kisah mitos pengislaman Merah Silau yang menggambarkan dalam situasi begitu mythical yang mencakupi dua dimensi ruang, iaitu alam mimpi dan alam nyata. Hal ini terdapat dalam petikan berikut: Sebermula bermimpilah Merah Silau dilihatnya dalam mimpinya itu ada seorang yang menampung dagunya demikian katanya, Hai Merah Silau ucap olehmu dua kalimah syahadat (1). Maka sahut Merah Silau, Tiada hamba tahu mengucap akan

Md. Nasir Hamid

75

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

dia (2). Maka ujarnya, bukakan mulutmu. Maka dibukakannya oleh Merah Silau, maka diludahinya mulut Merah Silau itu, rasanya lemak manis (3). Hai Merah Silau, engkaulah Sultan Malikul Saleh namamu (4), sekarang Islamlah engkau dengan mengucap dua kalimah syahadat itu, dan segala binatang yang hidup lagi halal engkau sembelih maka kaumakan, dan yang tiada disembelih engkau jangan makan. (5) Maka ujar Merah Silau, Siapakah tuan hamba ini? Maka sahut suara dalam mimpi itu, Akulah Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. yang di Makkah itu. Tunduklah engkau ke bawah (6). Maka tunduklah Merah Silau ke bawah, serta jaga ia daripada tidurnya, maka dilihatnya yang di bawah sucilah (7). Maka setelah sudah ia mengucap dua kalimah itu, maka ia membaca al Quran tiga puluh juz khatam dengan hafalnya (8). (HRP, 1987:14-15) Segmen (1) hingga (8) merujuk kepada dunia spiritual dan dunia fizikal dalam episod mimpi yang mempertembungkan dua manusia sakral iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan Merah Silau. Segmen (7) dan (8) mewajarkan dunia spiritual tersebut ke dalam dunia fizikal yang mengesahkan pengislaman Merah Silau dengan membawa gelaran Sultan Malikul Saleh dalam segmen (4), iaitu dengan tanda ia telah bersunat dalam segmen (7), mengesakan dan menyaksikan kalimah syahadat serta dapat mengaji al-Quran dalam segmen (8). Mitos tersebut menggabung jalinkan dua alam dan dua kategori peristiwa, iaitu spiritual (disunatkan dan diislamkan 76
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

dalam mimpi), dan fizikal, Merah Silau ini juga antara tiga prasyarat yang simbolik dan signifikan untuk pengsahihan pengislaman seseorang, di samping perlu menjalani syariat Islam seperti dalam segmen (5). Mitos ini memperlihatkan kelebihan peribadi raja berbanding rakyat jelata, kerana raja diislamkan terus oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mitos ini dengan demikian menyucikan raja. Episod seperti ini terdapat juga dalam kisah pengislaman raja Melaka dalam teks Sejarah Melayu. Sekiranya disebut oleh HRP bahawa Merah Silau bermimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa kepada pengislamannya, maka Sejarah Melayu juga memerikan riwayat yang serupa tentang isu yang sama, tetapi dialami oleh tokoh yang berlainan; Merah Silau dari Pasai dan Raja Kecil Besar dari Melaka. Pasai diislamkan oleh Syeikh Ismail dan Melaka oleh Sayyid Abdul Aziz.

Bentuk Legenda dalam Hikayat Raja Pasai


Satu lagi bentuk sastera lisan yang terdapat dijalinkan dalam naratif HRP adalah legenda, iaitu legenda dalam konteks politiko-sejarah pemerintahan Sultan Malikul Saleh, Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Ahmad. Unsur-unsur legenda sering dipaparkan dalam sastera rakyat Melayu dan juga genre-genre sastera sejarah, seperti Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Banjar dan sebagainya. Ia lebih bersifat tempatan dan mendekati kepada tanggapan sejarah. Menurut Mustafa Mohd. Isa (1999a: 26), legenda ialah kisah tokoh-tokoh sejarah yang ditokok tambah kehebatannya supaya dapat dibanggakan oleh masyarakat.
Md. Nasir Hamid

77

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Tidak seperti mitos, legenda kurang memperlihatkan unsur-unsur keluarbiasaan daripada aspek kerohanian, tetapi sebaliknya lebih menekankan keistimewaan-keistimewaan ekstrinsik fizikal tokoh-tokoh seperti ketangkasan, kepahlawanan, kekebalan, kekuatan, dan kepintaran. Di samping kesetiaan dan ketaatan kepada raja yang tidak berbelah bagi; kesetiaan dan ketaatan yang mutlak hingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri. Dalam sastera tradisional, unsur-unsur legenda yang menghubungkan dengan seseorang tokoh, pahlawan, ulama dan rakyat biasa dengan unsur-unsur kehebatan dan keperwiraan adalah satu hal yang istimewa di mata masyarakat tradisional yang mewajarkan keagungan dan kebesaran raja. Di sebalik unsur-unsur ini, ia juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mengkritik pihak raja dan golongan bangsawan dengan cara yang amat sinis, halus tetapi penuh dengan unsur-unsur makna yang tersirat. Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa legenda lebih berkisar kepada kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, misalnya pegawaipegawai raja (Hang Tuah dalam Sejarah Melayu dan Beraim Bapa dalam HRP) dan sifat-sifat istimewa orang-orang biasa (seperti Badang dalam Sejarah Melayu). Tokoh-tokoh ini berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umumnya dan juga mengenai tokoh-tokoh agama, misalnya Tun Jana Khatib dalam Sejarah Melayu dan Sayid Semayamuddin dalam HRP (Zahrah Ibrahim,1986:160). Tokoh-tokoh legenda yang didukungi oleh pegawai raja 78

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

adalah seperti mana yang digambarkan oleh kehebatan tokoh legenda terkenal Pasai iaitu Tun Beraim Bapa dalam HRP (1987:36), yang mempunyai kuasa superhuman dengan ciri-ciri fizikal, psikologi dan sosiologikal yang hebat. Dari segi kehebatan fizikal Tun Beraim Bapa, ia dapat dijelaskan dalam pemerian berikut; Alkisah, maka tersebutlah perkataan Tun Beraim Bapa: diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, adapun akan Beraim Bapa (1) terlalu amat perkasanya lagi pahlawan, tiada berbagai pada zaman itu (2); tujuh hasta tingginya dan dua hasta bidang dadanya (3), maka jikalau tujuh depa tebal kota tanah dilotarnya dengan batang kelambir luluh lantak (4). Maka masyhurlah wartanya ke benua Keling. (HRP, 1987: 36) Segmen (1) hingga (5) mengisahkan tentang seorang wira legenda Pasai, Tun Beraim Bapa yang mempunyai sifat yang amat perkasa dengan kecirian kepahlawanannya yang hebat dalam segmen (2), seperti sama hebatnya Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Iskandar Muda dalam Hikayat Aceh. Dalam segmen (3), Tun Beraim Bapa dari segi fizikal, tingginya tujuh hasta, bidang dadanya dua hasta, rambutnya panjang dan ia memakai canggai. Dalam segmen (4) pula, jikalau tujuh depa tebal kota tanah, dilontarnya dengan batang kelambir, kota itu hancur luluh dan ia terkenal hingga ke Keling seperti dalam segmen (5). Kehebatan fizikal Tun Beraim Bapa seterusnya ialah 79

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

apabila ia berlanggar pintu istana, istana bergoncang. Kisah ini berlaku semasa Tun Beraim Bapa bergurau senda dengan gundik Sultan Ahmad, Tun Fatimah Lempau di istana Sultan Ahmad yang menyebabkan sultan terkejut dari tidurnya. Jika Tun Beraim Bapa menyelam, ia mampu bertahan lama dan dapat berjalan dalam air dari tempat ia menyelam sehingga lima rantai jauhnya. Kekuatan Tun Beraim Bapa juga dapat membunuh ular lembu dan memakan dagingnya, padahal orang lain mencium bau ular itu pun mati. Ada juga petikan yang menjelaskan tentang situasi kehebatan dan kepintaran Tun Beraim Bapa yang dapat menjinakkan kuda liar, kuda semberani iaitu anak kuda Parsi kepunyaan raja. Hal ini dijelaskan dalam teks HRP seperti yang berikut: karna kuda itu tiada pernah dikenderai manusia, sebab kuda itu gila. Maka Tun Beraim Bapa pun tiba-tiba dengan saat itu juga hadir ia di hadapan Sultan itu serta bermain-mainkan kudanya, seperti merak mengigal lakunya. Maka Sultan pun hebat melihat dia seperti gajah meta lakunya. (HRP, 1987: 44-45) Kehebatan dan kepahlawanan wira legenda Tun Beraim Bapa juga diperlihatkan dengan mengadu tenaga dengan empat orang pendekar Keling. Namun selepas memperlihatkan kegagahannya, pendekar-pendekar itu tidak berani melawan dan mereka terus pulang ke Keling dengan keadaan malu. Hal ini dijelaskan dalam naratif petikan yang berikut: 80

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Setelah dilihat oleh segala pendekar Keling perkasanya Tun Beraim Bapa itu semuanya amat dahsyat dan hairan dengan gementar dagunya seperti hayam takutkan helang. (HRP (1987: 47) Di sini jelaslah bahawa dari segi lahiriah, Tun Beraim Bapa adalah seorang pahlawan yang sangat hebat dan perkasa. Seterusnya dari segi psikologikal pula, Tun Beraim Bapa seorang yang cerdik dan berhemah tinggi. Ia berjaya menyelamatkan adik-adiknya Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara daripada menjadi mangsa incest ayahandanya sendiri, Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa telah melarikan kedua-dua adiknya tersebut dan tinggal bersama-samanya di Tukas. Di samping itu, gambaran kebijaksanaan Tun Beraim Bapa terserlah, iaitu apabila ia hendak berlawan dengan empat pendekar Keling, ia tidak lupa meminta nasihat gurugurunya dan berlatih bagi menyiapkan dirinya untuk berhadapan dengan mereka. Sifat kesetiaan yang tidak berbelah bagi merupakan elemen terpenting dalam wira legenda. Sifat ini terdapat pada Tun Beraim Bapa seperti mana watak Hang Tuah dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Tun Beraim Bapa sangat setia kepada ayahandanya, Sultan Ahmad, walaupun sultan begitu kejam dan zalim. Bukti kesetiaan Tun Beraim Bapa ini terdapat dalam petikan berikut : Maka kata Beraim Bapa, Diamlah tuan-tuan sekalian, karna Si Beraim Bapa sekali-kali tiada ia mau derhaka, jikalau Si Beraim Bapa mau 81

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

derhaka jika Pasai se-Pasainya, jika Jawa seJawanya, jika Cina se-Cinanya, jika Siam seSiamnya, jika Keling se-Kelingnya, tiada dapat melawan Si Beraim Bapa. (HRP, 1987: 50) Tun Beraim Bapa begitu setia kepada rajanya, walaupun berulang kali Sultan Ahmad cuba hendak membunuhnya. Ikrar kesetiaan Tun Beraim Bapa yang diucapkan di atas, diulang-ulang sebanyak tiga kali. Oleh sebab tidak mahu menderhaka, Tun Beraim Bapa sanggup berkorban dan memaksa dirinya memakan peniaram beracun yang diberi oleh Sultan Ahmad, walaupun beliau tahu makanan itu mengandungi racun yang akhirnya mengakibatkan kematiannya. Tun Beraim Bapa dapat melengkapkan kecirian ketokohan wira legenda dengan mempunyai sifat terpuji, mahupun dari segi akhlak ataupun dari segi tingkah lakunya. Dari segi sosiologikal, Tun Beraim Bapa mempunyai sahabat dan guru yang ramai. Hal ini dijelaskan pada masa Tun Beraim Bapa bersiap-siap untuk menentang empat pendekar Keling, ramai guru dan rakannya berhimpun di rumahnya di Tukas. Perhimpunan ini sungguh meriah sehinggalah bunyi gendang silat mereka berlatih telah mengganggu tidur Sultan Ahmad di istananya di Pasai. Kegagahan Tun Beraim Bapa yang bersifat legenda, mempunyai implikasi politiko-sejarah yang penting bagi HRP . Daripada nilai sejarah, watak Tun Beraim Bapa sudah pasti dapat dijadikan suatu fakta pengekalan status quo Pasai, umpamanya untuk menentang cabaran-cabaran pendekar 82
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Keling, sebagai mana juga watak Gajah Mada dalam Negarakretagama, Hang Tuah dan Badang dalam kerajaan Melaka, Iskandar Muda di Aceh dan Raja Haji di Riau (Muhammad Yusoff Hashim, 1992:109 - 110). Justifikasi politiknya, jika Tun Beraim Bapa masih hidup, Pasai tidak mungkin dikalahkan oleh Mahapahit. Sesungguhnya Tun Beraim Bapa menjadi alegori kepada kezaliman Sultan Ahmad, iaitu sekiranya sesuatu pemerintahan itu mengikut hawa nafsu, zalim dan kejam; ia akan membawa padah dan kesudahan negerinya akan musnah. Seterusnya kepentingan Tun Beraim Bapa pada negeri Pasai itu dapat dijelaskan oleh keluhan dan penyesalan Sultan Ahmad semasa ketiadaan Tun Beraim Bapa apabila tentera Majapahit menawan Pasai. Hal ini begitu jelas seperti dipaparkan dalam teks berikut; Maka sabda Sultan, Wah anakku Beraim Bapa, jikalau ada ia, jika Jawa-seJawanya, jika Cina seCinanya, jika Keling se-Kelingnya tiada mau melawan Si Beraim Bapa (HRP,1987:67) Kekesalan Sultan Ahmad itu menyebabkan menterinya, Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara berpantun untuk menyindir Sultan Ahmad atas keterlanjuran baginda keputusan membunuh Tun Beraim Bapa. Pantun tersebut diucapkan sebanyak dua kali, iaitu di halaman 65 dan halaman 67: Lada siapa dibangsalkan? Selama lada sekerati,
Md. Nasir Hamid

83

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Pada siapa disesalkan? Tun juga empunya pekerti. (HRP,1987:67) Hikayat ini juga menjelaskan tentang sebuah legenda mengenai keramat orang alim. Dalam HRP, kekeramatan orang alim ini dikaitkan dengan keberkatan kesetiaan antara tuan (Sultan Malikul Mansur) dan hamba (Sayid Semayamuddin). Dalam teks HRP ini, kepala Sayid Semayamuddin lekat ke perahu yang membawa Sultan Malikul Mansur yang dibuang ke negeri Temiang dan sultan ini mangkat sejurus baginda mendengar suara hambanya dari kubur. Kisah sepenuhnya terkandung seperti dalam teks iaitu: Maka sabda Sultan, Hai Semayamuddin, maukah engkau diam di sini bersama-sama dengan aku atau tiadakah? Maka ia berdatang sembah, Ya tuanku Syah Alam, jika patih diceraikan dengan tuan patik baiklah Syah Alam ceraikan badan patik dengan kepala patik. Maka disuruh sultan penggallah lehernya, maka dipenggal oranglah lehernya. Maka disuruh oleh Sultan kepalanya buangkan ke laut dan badannya disuruh sulakan di Kuala Pasai. Maka dengan takdir Allah taala kepala Sayid Semayamuddin itu pun mengikut perahu Sultan Malikul Mansur dalam air itu maka sabda baginda, Tinggallah nenek hamba, hamba pun pergilah. Maka menyahut suara dalam kubur itu, demikian bunyinya, Waalaikum salam, hai cucu tuan, ke mana pula tuan pergi? Baiklah baginda di sini bertempat. maka datanglah waad 84
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Allah atas baginda diambil malikumautlah nyawa baginda. (HRP, 1987: 32-34) Legenda kekeramatan orang alim ini, mengingatkan kita kepada kisah Tun Jana Khatib dari Pasai yang datang ke Singapura, bahawa dengan kealimannya menjadikan sebatang pinang yang dilihatnya terbelah dua dan tindakan zalim Paduka Seri Maharaja terhadapnya membawa kepada bala serangan todak ke atas Singapura. Pemerian peristiwa kekeramatan Sayid Semayamuddin mempunyai signifikan yang istimewa yang mewajarkan kecirian sastera adab untuk dijadikan cermin generasi akan datang. Sayid Semayamuddin menjadi alegori kepada kelanjuran Sultan Malikul Mahmud bahawa sesungguhnya raja perlulah memerintah dengan adil dan saksama. Seterusnya, terdapat sebuah legenda asal usul tempat, iaitu asal usul tempat Kerbau Kampung, iaitu tempat di mana Merah Silau bermain kerbau jalang; asal tempat Pertama terjun, tempat peperangan antara Merah Silau dengan Sultan Malikul Nasir dan asal tempat Kubu tempat perkubuan dan kepungan Merah Silau ke atas Sultan Malikul Nasir; begitu juga mitos asal usul tempat Gayo dan Padang Maya, iaitu tempat Sayid Semayamuddin disemadikan. Pada bahagian akhir teks HRP terdapat sebuah lagi legenda asal usul tempat dan objek, Padang Sibusuk dan Minangkabau mendapat namanya dan begitu juga mengapa mengkudu condong ke timur. Pemerian peristiwa perlagaan kerbau dan legenda asal usul mengkudu condong ke timur, 85

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Padang Sebusuk dan Minangkabau dikisahkan seperti petikan berikut: Maka setengah mereka itu habislah mati, dan setengah mereka itu lari, maka dalam padang itu beberapa banyaknya pohon mengkudu habis condong ke timur daripada dilanggar oleh segala rakyat itu lari, sampailah sekarang condong juga mengkudu itu semuanya, jikalau tumbuh anaknya pun condong juga ia ke timur. Maka mayat segala Jawa itu pun busuklah kepada padang itu, maka dinamainya tempat itu Padang Sibusuk datang sekarang, dan tempat mengadu kerbau itu dinamainya negeri itu Minangkabau datang sekarang. (HRP 1987: 74 -75) Episod laga kerbau seolah-olah mewajarkan satu legenda yang sengaja diselitkan untuk memalukan kerajaan Majapahit yang memberi aib kepada kerajaan Pasai. Pemerian ini seperti yang berikut: Setelah beberapa lamanya maka fikir Sang Nata,Semuanya negeri habis takluk melainkan Pulau Perca juga yang belum lagi takluk; baiklah aku menyuruh Pulau Perca dengan sesuatu hikmat, kusuruh mengadu kerbau. Setelah itu maka tersebutlah perkataan Patih Suatang dengan Patih Ketemenggungan mengambil anak kerbau yang baik, makan anak kerbau itu pun dikurungnya, tiada diberinya menyusu maka dilepas86
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

kannyalah kerbaunya oleh orang Majapahit. Maka kerbau itu pun seperti singa mencari lawannya. Maka ia pun sangatlah lapar dahaga, lalu ia menyerbu seperti kilat menyusup ke kerampung kerbau besar itu menghisap buah pelir kerbau besar itu tiada lagi dilepasnya. Maka alahlah kerbau Ratu Majapahit itu. (HRP, 1987: 71-74) Legenda di atas adalah satu contoh bahawa ceritacerita rakyat diambil untuk mengkritik kerajaan Majapahit kerana mengalahkan Pasai dimalukan menerusi legenda ini. Sebahagian sarjana berpendapat bahawa episod ini sengaja diselitkan seolah-olah untuk membalas dendam pengarang dan orang-orang Melayu Pasai ke atas kerajaan Jawa Majapahit. Kerajaan besar Majapahit dimalukan dalam perlagaan kerbau dengan hanya seekor anak kerbau yang kelaparan mencari susu dengan menghisap kemaluan kerbau jantan Majapahit yang akhirnya mengakibatkan kerbau Majapahit yang gagah itu mati.

Bentuk Lipur Lara dalam Hikayat Raja Pasai


Bentuk lipur lara atau marchen dalam HRP dapat terlihat dengan jelas, terutamanya dalam pemerian latar episod Tun Beraim Bapa mencari objek-objek idaman Sultan Ahmad. Dalam teks ini, turut menampilkan motif wira (Tun Beraim Bapa), mengembara dan menemui objek-objek yang folkloric/pelik dan ajaib seperti pokok-pokok bersuara, pelbagai kehidupan laut yang ganjil seperti ular lembu, ketam berdayung, udang bersanggul dan patin bertelur yang
Md. Nasir Hamid

87

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

dikaitkan dengan kehebatan legenda Tun Beraim Bapa. Petikan digambarkan seperti yang berikut: Maka sabda Sultan kepada Bermamat Pantai dan Medana Pantai, Pergilah kamu kedua ke Tukas beritahu Si Beraim Bapa, bahawa aku hendak makan rama-rama bersil, dan makan ketam berdayung, dan makan udang bersanggul, dan makan lembedak ngidam, dan makan patin bertelur. (HRP, 49-50) Motif mengidam dan keinginan memakan sesuatu benda ajaib oleh Sultan Ahmad juga antara yang sering diselitkan dalam cerita-cerita rakyat sebagai satu bahan untuk bermain dengan emosi khalayaknya. Kehebatannya wira Tun Beraim Bapa akan diuji dalam setiap halangan dan rintangan, dan kesudahannya akan berjaya memenuhi kehendak raja. Tabiat mengidam dan berkeinginan benda-benda yang pelik-pelik ini bukan seperti tabiat dan keadaan mengidam manusia biasa, tetapi ia penuh keganjilan dan kepelikan. Keluarbiasaan tabiat mengidamnya dapat dilihat atas keinginan watak tersebut yang menginginkan sesuatu yang luar biasa dan hanya akan diperoleh dengan menggunakan kaedah atau cara yang juga luar biasa. Ia selalu menyebabkan wira melalui pelbagai rintangan dan halangan untuk mendapatkannya dan juga terpaksa pergi mengembara, melepasi dimensi masa dan ruang dunia nyata seharian, iaitu ke satu tempat tertentu untuk mendapatkannya. Hal ini dijelaskan dalam petikan yang berikut:88

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Maka Tun Beraim Bapa menjala pula ia, maka diperolehnya ikan terlalu banyak dan rama-rama bersil, dan ketam berdayung, dan udang bersanggul, dan lembedak mengidam dan patin bertelur. Maka disuruhnya persembahkan kepada Sultan Ahmad. (HRP, 1987: 52) Berikutnya terdapat petikan yang jelas meninggalkan dimensi masa dan ruang di alam nyata dan mengembara ke alam entah berentah. Masa dan ruang tersebut seolaholah terkeluar daripada dunia nyata seharian. Dalam dunia ini memungkinkan kewajaran yang berbeza. Situasi magicofantastik ini dijelaskan episod pengembaraan dan peperangan dengan naga di dasar tasik yang sangat dalam yang jelas memperlihatkan unsur-unsur sastera rakyat. Hal ini digambarkan seperti yang berikut: Maka ia bersabda kepada Malik Akasan, Hai mamakku Malik Akasan, di mana ada lubuk yang dalam? Maka sembah Malik Akasan, Ya, tuanku ada hamba menengar khabar segala orang tuhatuha ada suatu lubuk Turai namanya, terlalu amat dalam dan luasnya kira-kira sekunca benih. Maka katanya, Ya tuanku adalah dalam lubuk ini merah seperti api bernyala-nyala. Maka baginda menyelam pula ia, maka bertemulah ia denga ular lembu itu lalu ditangkapnya akan Tun Beraim Bapa lalu baginda bergomol-gomol dengan ular lembu itu maka air dalam lubuk itu pun berombak-ombak seperti ombak di lautan. (HRP,198: 57)
Md. Nasir Hamid

89

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Aksi dan suasana pergelutan Tun Beraim Bapa dengan unsur-unsur ajaib dan luar biasa di atas diperlihatkan dengan penuh ketegangan, suspen dan menakjubkan. Suasana pergelutan yang kelam kabut ini menjadi satu adegan yang hebat dan ia meninggalkan kesan menakjubkan pada persepsi penerimanya. Terdapat juga pengambaran pelbagai tumbuhan dan kehidupan ganjil serta ajaib yang mencorakkan sebahagian daripada cerita lipur lara/sastera rakyat seperti yang digambarkan dalam petikan berikut:Maka Tun Beraim Bapa pun lalulah ke sana, maka ia bertemulah dengan pohon sebasani itu. Demi terlihat oleh Tun Beraim Bapa maka ia pun terkejut serta menghunus khanjarnya, lalu ditetaknya pohon sebasani itu. Maka ia pun mengherip seperti suara manusyia dan mengalir darahnya seperti darah manusyia. Maka lalulah ia berjalan dari sana maka bertemu pula dengan akar beluru. Demi terlihat oleh Tun Beraim Bapa lalu baginda terkejut serta ia mengambil pendahannya lalu ditikamnya akan beluru itu. Maka akar pohon beluru itu pun mengherib seperti gajah menderum dan mengalir darahnya seperti darah manusyia. (HRP, 1987: 58-59) Pengembaraan dan penggambaran pelbagai kehidupan ganjil dan ajaib di atas, dapat membangkitkan emosi para khalayak dengan aksi-aksi watak Tun Beraim Bapa terutamanya melalui babak-babak yang penuh spektakular, memeranjatkan dan menakutkan. Ceritanya dipenuhi 90
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

dengan adegan-adegan mendebarkan serta kehadiran bendabenda dan perkara ajaib seperti pohon beluru yang ditikam akan mengeluarkan suara seperti gajah dan mengeluarkan darah seperti manusia dan sebagainya. Bentuk Puisi Lisan dalam Hikayat Raja Pasai Dalam teks HRP gaya bahasa yang berirama, bersukat dan berentak terdapat dalam bentuk puisi Melayu tradisional seperti seloka dan pantun yang sering diulang-ulang. Puisi seloka, misalnya diperikan dan diulang pada tiga tempat dalam teks HRP untuk menampilkan keindahan dan keberkesanan teks. Seloka adalah sejenis puisi bebas, berangkap atau tidak berangkap. Tetapi secara umumnya ia memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyampaikan sesuatu idea. Seloka memainkan fungsinya yang tersendiri seperti hendak mengejek, menyindir secara serius atau jenaka. Kadangkala seloka juga mengandungi maksud perasaan berahi, asyik khayal dan mimpi (Zalila dan Jamilah, 1993: 123). Puisi seloka dalam teks HRP yang menggambarkan rasa terkejut dan marah Sultan Ahmad yang terganggu tidur kerana bunyi bising daripada Tun Beraim Bapa berlatih perang di Tukas. Seloka ini disampaikan oleh Sultan Ahmad kepada gundiknya, Dara Zulaikha Tingkap dan seloka ini diulang pula oleh Dara Zulaikha Tingkap kepada para menteri Sultan Ahmad. Berikut dipaparkan puisi seloka itu sepenuhnya seperti berikut:Ayuh Dara Zulaikha Tingkap, Bangun apalah engkau!
Md. Nasir Hamid

91

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Asalmu orang terjunan pengliran! Karna engkau penghulu gundikku, Bergelar Tun Derma Dikara. Bangun apalah engkau! Tiadakah engkau dengar bunyi Genderang perang di Tukas Palu tabuh-tabuhan Hari dinihari, bulan pun terang? Semalam ini musuh Dari mana kutaha datang? Berapa kutaha banyaknya? Dan siapa pertuhanya? (HRP, 1987: 41) Seterusnya bagi menyatakan rasa hati dan perasaan seseorang, terdapat bentuk puisi pantun digunakan. Perasaan resah gelisah dan penyesalan Sultan Ahmad dipantunkan dan puisi pantun ini diulang-ulang untuk dijadikan formula yang tetap. Dalam HRP, pengarang mencipta sebuah pantun yang diucapkan oleh Tun Perpatih Tulus Tukang Sukara bagi menyindir Sultan Ahmad yang menyesal kerana membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Puisi pantun berkenaan diulang di dua tempat untuk mewajarkan keindahan puitika lisan dalam naratif. Pantun tersebut merupakan sebuah pantun Melayu yang terawal dalam rekod bertulis (Mustafa Mohd. Isa, 1999a: 30). Pantun berkenaan berbunyi berikut: 92
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Lada siapa dibangsalkan? Rana saujana kerati Pada siapa disesalkan? Tuan juga empunya pekerti? (HRP,1987: 65) Pantun memang sudah dimaklumi ramai bahawa ia merupakan satu gaya bahasa yang indah kerana melibatkan pemilihan kata yang puitis dan dibantu pula oleh irama merdu yang dihasilkan. Perasaan resah gelisah dan penyesalan Sultan Ahmad telah disindir dengan sinis iaitu dapat disampaikan dengan baik melalui pantun di atas.

Motif Sastera Lisan dalam Hikayat Raja Pasai


Dalam teks HRP juga terdapat perulangan motif-motif yang sering terdapat dalam cerita-cerita lisan. Motif yang paling utama dan menonjol dalam HRP adalah motif sibling rivalry atau persengketaan kerabat. Motif sibling rivalry tersebut berkonflik antara dua individu yang ada kaitan pertalian kerabat atau perhubungan persaudaraan seperti yang berikut; (i) (ii) Raja Muhammad vs. Raja Ahmad Puteri Buluh Betung vs. Merah Gajah

(iii) Merah Silau vs. Merah Hasum (iii) Sultan Malikul Mahmud vs. Sultan Malikul Mansur (iv) Sultan Ahmad vs. Tun Abdul Jalil (v) Sultan Ahmad vs. Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara 93

Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

(vi) Sultan Ahmad vs. Tun Beraim Bapa Motif sibling rivalry ini sering dipaparkan dalam sastera rakyat, umpamanya, Cerita Jabak dan Jabek, Awang Besar dan Awang Kecil, Cerita Awang Malim Awang Leman (koleksi cerita-cerita Awang Belanga Perlis oleh Mustafa Mohd. Isa (1991:30 -106), dan juga Hikayat Gul Bakawali dan Bawang Putih Bawang Merah, malah dipercayai terdapat juga dalam folklore hampir di seluruh dunia. Motif sibling rivalry antara adik beradik, Raja Muhammad dengan Raja Ahmad berpunca untuk memperoleh anak masing-masing seolah-olah berebutan untuk mendapat anak; apabila yang seorang dapat yang seorang lagi pun ingin juga memperolehnya. Kesudahannya, Raja Muhammad memperolehi puteri daripada buluh betung dan Raja Ahmad memperoleh putera daripada peliharaan gajah. Kedua-dua putera puteri ini dikahwinkan yang mewajarkan genealogi raja-raja Samudera-Pasai daripada keturunan mereka. Sibling rivalry Raja Muhammad dan Raja Ahmad tidak selesai di situ sahaja, tetapi berlanjutan hingga berbunuhan, iaitu apabila Raja Muhammad diberitahu bahawa Merah Gajah menyebabkan Tuan Puteri Buluh Betung ghaib setelah mencabut sehelai rambut emas tuan puteri; Raja Muhammad terus membunuh Merah Gajah dan mengakibatkan peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad yang kesudahannya kedua-dua raja tersebut terbunuh dan tinggallah Merah Silau dan Merah Hasum sebagai anak yatim piatu. Persengketaan antara suami isteri, Merah Gajah dengan 94
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Tuan Puteri Buluh Betung berpunca daripada kedegilan Merah Gajah mencabut sehelai rambut tuan puteri yang mengakibatkan darah putih keluar berterusan yang akhirnya tuan puteri ghaib, walaupun sebelum itu sudah diberitahu tentang akibatnya. Kesudahannya menjadi berbalahan dan peperangan antara Raja Muhammad dan Raja Ahmad yang mengakibatkan kematian kedua-dua belah pihak. Sibling rivalry antara dua beradik, Merah Silau dengan Merah Hasum pula berpunca oleh Merah Silau yang terlalu asyik bermain dengan kerbau jalang lalu mengakibatkan Merah Hasum menghalau Merah Silau. Manakala persengketaan antara dua beradik, Sultan Malikul Mahmud dengan Sultan Malikul Mansur berpunca daripada Sultan Malikul Mansur mengambil seorang gundik Sultan Malikul Mahmud. Hal ini menyebabkan Sultan Malikul Mahmud memenjarakan Sayid Semayamuddin, Perdana Menteri Sultan Malikul Mansur kerana tidak menegur perbuatan tersebut dan seterusnya memenggalkan kepalanya dan dibuang ke laut). Adiknya, Sultan Malikul Mansur pula dibuang ke negeri Temiang dan akhirnya mangkat di atas kubur Sayid Semayamuddin di Padang Maya. Pemerian peristiwa tersebut menyedarkan Sultan Malikul Mahmud dan akhirnya ia menyesal dan menyerahkan takhta kerajaan kepada anaknya, Sultan Ahmad. Pemerian ini melengkapkan sebagai karya adab yang mirip kepada konsep historiosofi Islam yang mencernakan bahawa sejarah harus bermoral, menjadi teladan, iktibar dan cermin kepada generasi seterusnya. Motif sibling rivalry seterusnya adalah antara Sultan
Md. Nasir Hamid

95

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Ahmad dengan anaknya Tun Abdul Jalil yang berpunca daripada sikap cemburu baginda kepada Tun Abdul Jalil yang dicintai oleh Tuan Puteri Gemerencang, anak Ratu Majapahit. Kesudahannya Sultan Ahmad membunuh Tun Abdul Jalil dan membuangnya dalam laut Jambu Air yang mewajarkan Majapahit menyerang Pasai dan mengalahkannya. Persengketaan Sultan Ahmad dengan puteri-puterinya, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara berpunca kerana kegelojohan nafsu Sultan Ahmad yang keinginan incest (perhubungan sejenis saudara) terhadap anaknya sendiri. Kesudahannya Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara membunuh diri sendiri dengan memakan peniaram beracun yang dihantar oleh Sultan Ahmad kepada Tun Beraim Bapa dengan niat membunuh Tun Beraim Bapa. Motif sibling rivalry yang paling menonjol ialah antara Sultan Ahmad dengan anaknya, Tun Beraim Bapa yang berlanjutan hinggalah kepada kematian Tun Beraim Bapa, manakala Sultan Ahmad menerima takdir dengan mengalami kekalahan kepada Majapahit, terpaksa turun dari takhta dan berundur dari istana selama-lamanya. Persengketaan ini bermula apabila Sultan Ahmad berdendam kepada Tun Beraim Bapa kerana melarikan adik-beradik perempuannya ke Tukas kerana keinginan incest Sultan Ahmad. Rasa dendam Sultan Ahmad berlanjutan apabilan Tun Beraim Bapa mengganggu tidur baginda semasa Tun Beraim berlatih silat untuk persediaan untuk berlawan dengan empat pendekar Keling. Ditambah pula dengan kelakuan Tun Beraim Bapa yang terlanggar pintu istana apabila 96

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

bergurau senda dengan gundik sultan, Tun Fatimah Lempau yang mengegarkan istana serta menganggu tidur Sultan Ahmad. Setiap kali kejadian tersebut, Sultan Ahmad telah menyimpan tekad untuk membunuh Tun Beraim Bapa. Tekad ini berulang-ulang kali disampaikan sendiri kepada gundiknya, Dara Zulaikha Tingkap. Persengketaan Sultan Ahmad dan Tun Beraim Bapa berterusan dengan percubaan berulang kali sultan untuk membunuh anaknya, misalnya mengarahnya mencari bendabenda yang pelik dan ajaib melawan dengan empat pendekar Keling dan menyuruh menyelam menolak perahu sultan yang tersangkut. Mudah-mudahan dengan helah ini Tun Beraim Bapa akan menemui ajalnya, tetapi Tun Beraim Bapa terus mampu menghadapinya. Kesudahannya, sultan mengambil keputusan memberi racun/ubat hangat dengan dimasukkan dalam peniaram dan akhirnya menyebabkan kematian Tun Beraim Bapa walaupun dari awalnya ia telah mengetahuinya dan sanggup berkorban kerana kesetiaan dan tidak mahu menderhaka kepada rajanya. Persengketaan Sultan Ahmad sampai kemuncaknya hingga ke tahap sanggup membunuh anak-anaknya seperti berikut; Adapun ertinya, paduka Sultan yang dalam negeri Pasai ini membunuh anaknya dua orang, seorang bernama Tun Beraim Bapa, dari karna Sultan berahi akan anaknya perempuan seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernama Tun Takiah Dara, dan anaknya Tun Abdul Jalil pun
Md. Nasir Hamid

97

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

dibunuhnya dibuangkannya dalam laut Jambu Air ini, sebab ia menegar khabar Tuan Puteri Gemerencang datang dari benua Jawa terlalu amat ia berahi akan Tun Abdul Jalil itu. (HRP, 1987: 63) Demikianlah penelitian struktur dalaman teks Hikayat Raja Pasai, begitu jelas sekali dipengaruhi oleh sifat-sifat sastera lisan, yang bersifat dengan pelbagai bentuk mitos, legenda, lipur lara dan bentuk-bentuk puisi lisan masyarakat Melayu yang antara lain ditulis dan diceritakan untuk memunculkan keindahan naratif, khususnya seperti mana yang sering dimunculkan dalam karya-karya tradisi lisan masyarakat Melayu.

Analisis Stilistik Hikayat Raja Pasai


Dalam proses pengkaryaan, struktur dalaman teks HRP banyak diwarnai oleh bentuk-bentuk sastera lisan (unsurunsur lipur lara, mitos, legenda, bentuk puisi lisan dan motif sastera lisan). Namun begitu, tidak ketinggalan naratif HRP juga dibungai dan disulami dengan unsur-unsur keindahan luarannya, iaitu aspek stilistik. Aspek stilistik ini merujuk kepada penggunaan gaya bahasa tertentu (gaya bahasa di sini tidak termasuk intonasi suara, alat muzik dan hukum-hukum linguistik) dengan pemakaian teknik-teknik lisan tertentu. Umpamanya, teknik perulangan, skemata, formula atau seiras formula, yang konsep-konsepnya telah pun diperinci dan dijelaskan pada bahagian awal teks.

98

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Oleh sebab HRP ditulis pada zaman peralihan lisan ke tulisan, teks ini amat dipengaruhi gaya lisan. Teks HRP (1987), sangat mementingkan dan menekankan penggunaan peranti-peranti stilistik untuk mengekspresikan sesuatu benda, perkara dan peristiwa. Melalui peranti stilistik ini, sesuatu objek itu dikemukakan melalui perincian-perincian secara skemata dan perulangan yang stereotaip, iaitu dalam bentuk-bentuk formula atau seiras formula/formulaic. Dalam khazanah sastera Melayu tradisional (korpus tradisi lisan), antara keunikan dan keindahan genrenya, banyak bergantung kepada penggunaan gaya bahasa yang bersukat, berirama dan berentak dan juga ungkapanungkapan berpola yang disampaikan dalam bentuk rumusrumus bahasa formula atau seiras formula, berulang-ulang dan bersifat stereotaip, misalnya seperti yang terdapat dalam cerita-cerita penglipur lara, iaitu: Alkisah, inilah peri mengatakan cerita-cerita raja dahulu kala sedia lama, diceritakan oleh yang empunya ceritera. Dalam teks HRP, ungkapan-ungkapan berpola seperti frasa-frasa yang tetap yang sering diulang-ulang dan menjadi formula atau seiras formula dipaparkan seperti dalam contoh yang berikut: Alkisah peri mengatakan ceritera raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai (1), maka ada diceritakan oleh orang yang empunya ceritera ini (2), negeri yang di bawah angin (3), Pasailah

Md. Nasir Hamid

99

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah (4). (HRP 1897: 1) Petikan ini menggambarkan satu opening formula yang lumrah terdapat dalam cerita-cerita lisan. Segmen (1) hingga (4), menjelaskan tentang religio-sosiological mengenai raja dan negeri Pasai. Dalam segmen (3), raja yang pertama di negeri di bawah angin (Nusantara) yang memeluk agama Islam. Dalam segmen (2) pula, segala peristiwa yang diceritakan ini diambil daripada orang yang empunya ceritera ini , iaitu memberi autoriti atau kewibawaan kepada sumber tradisi yang merupakan teknik sastera lisan. Tentulah sukar hendak mengesan siapakah yang empunya ceritera ini, tetapi dapat diduga istilah yang empunya ceritera ini samalah dengan menurut orang tuatua dahulu yang bermakna cerita ini diambil daripada tradisi lisan yang diketahui umum dalam masyarakat partisipatoris pada masa itu tanpa diketahui dengan jelas siapa yang sebenarnya pengarang asal yang menuturkan ceritera ini. Ungkapan pemerian opening formula Alkisah peri mengatakan ceritera. dalam petikan berikut diulang lagi pada halaman berikutnya. Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Ahmad. Selang beberapa lamanya, maka baginda pun berbuat pula sebuah negeri di Balik Rimba itu ada kira-kira sehari perjalanan daripada negeri adinda 100
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

itu. Itupun lengkap juga dengan kota paritnya serta dengan istana balairungnya. Maka baginda pun duduklah dalam negeri itu bersuka-sukaan dengan segala bala tenteranya makan minum. (HRP,1987:1) Opening formula ini juga diulang-ulang lagi di halaman berikutnya, seperti yang berikut: Alkisah peri mengatakan ceritera Merah Silau dan Merah Hasum, diceriterakan oleh yang empunya ceritera, tatkala ia diam di dalam negeri di dalam negeri Biruan itu, hatta beberapa lamanya pada suatu hari Merah Silau itu pergi bermain ke sungai. Frasa-frasa, maka ada diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini, Maka ada raja dua bersaudara, seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad, Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera. Sekali persetua pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., menggambarkan satu pemerian folkloric yang lazim untuk permulaan tradisi lisan. Unsur-unsur perulangan dan keselarian dalam memulakan sesuatu pemerian dan peristiwa ini seperti satu kaedah yang menyediakan kerangka asas dalam ingatan si penutur. Skema ini menjadi arah pandu penuturnya ketika bercerita, iaitu bagi mengelakkan si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan. Eric Havelock (1963), menjelaskan bahawa penggunaan ungkapan atau frasa-frasa

Md. Nasir Hamid

101

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

tertentu bukan sahaja dapat memberikan kesan keindahan bagi pendengaran, tetapi juga kesenangan bagi pengamal cerita mengingatinya. Dalam tradisi lisan, aspek perulangan begitu penting disebabkan oleh beberapa kemungkinan. Pertama, perulangan ini memudahkan si penutur cerita untuk recall and refresh kembali daya ingatan dan hafalannya. Khalayaknya sendiri tidak tetap, Kadangkala mobility khalayak berlaku. Justeru, si penutur perlu mengulang semula kisah sebelumnya. Ketiga, si penutur cerita hanya akan menebar dan menuturkan pengetahuan yang telah sedia dikenali dan dilazimi oleh pendengarnya. Keadaan-keadaan inilah yang telah mengongkong kuat puitika penciptaan tradisi sastera lisan. Penciptaannya terikat ketat oleh estetika persamaan yang menetapkan bahawa dasar keindahan terletak pada persamaan dan perulangan, bukannya pembaharuan. Kecenderungan untuk diterima inilah yang menyebabkan si penutur cerita mempersembahkan ceritanya secara stereotaip dan mengulang. Teknik-teknik ini juga berlaku dalam teks HRP. Teknik perulangan ini dapat dilihat dalam pemerian berikut: Maka beberapa lamanya baginda pun pergi berburu ke dalam rimba belantara (1), maka seekor perburuan tiada diperolehnya (2). Maka baginda pun bertemu dengan sebuah surau di tengah rimba belantara itu (3). Maka ada seorang orang tuha dalam surau itu (4). Maka ujar orang tuha itu, Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan 102
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (5). Maka pada saat itu juga datanglah seekor gajah terlalu besar (6). Maka ada dimandikannya ia ke sungai (7). Maka ujar Raja Ahmad, Hamba hendak bermohon kepada tuanku kembali dahulu ke negeri hamba; mana jalan keluar? Maka ditunjukkan orang tuha itu jalan raya (8). Tibatiba sampailah ia ke negeri (9). (HRP 1987:2-3) Dialog antara Raja Ahmad dengan seorang tua di dalam surau akan diulang oleh Raja Ahmad dengan isterinya sebaik saja Raja Ahmad kembali ke istana seperti dalam petikan berikut: Maka hamba ceriterakan kepadanya akan hal saudara hamba mendapat puteri dalam rebung betung itu (1). Maka ujar orang tuha itu, Jikalau tuan hendak akan anak, baiklah beri hamba tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (2). (HRP,1987: 3-4) Dalam tradisi lisan, terdapat frasa-frasa tertentu; sama ada dalam bentuk perilaku, arahan, atau pemerian sesuatu objek, benda dan peristiwa dipetik atau dicerita semula kepada orang kedua atau orang ketiga, diulang-ulang selengkapnya oleh penutur ceritanya, iaitu untuk tujuan untuk memberi penekanan kepada cerita atau sesuatu pemerian.
Md. Nasir Hamid

103

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Hal ini juga sama seperti yang dipaparkan dalam kisah pemerian perilaku Raja Muhammad, apabila diberitahu bahawa Tuan Puteri Buluh Betung telah ghaib setelah dibantu sehelai rambutnya oleh Merah Gajah. Pemeriannya seperti yang dipaparkan dalam petikan berikut: Setelah sudah Raja Muhammad mendengar khabar inangnya itu, maka, ia pun mengempaskan dirinya dan membelah-belah bajunya dan mencarik-carik kainnya. Maka ia pun terlalu marah, maka ia menghimpunkan segala lasykarnya, maka didatanginya Merah Gajah itu lalu dibunuhnya. (HRP,1987: 6) Reaksi Raja Ahmad turut diikuti Sultan Malikul Mahmud apabila diberitahu bahawa adindanya, Sultan Malikul Mansur telah meninggal dunia secara mengejut di atas kubur Perdana Menterinya, Sayid Semayamuddin di Padang Maya, setelah Sultan Malikul Mansur kembali dari pembuangannya di negeri Temiang. Reaksi ini dijelaskan seperti dalam teks berikut: Setelah sudah didengar oleh baginda khabar adinda itu, maka baginda pun mengempas-empas dirinya ke bumi dan membelah-belah bajunya, lalu ia pengsan, tiada ia khabarkan dirinya sekirakira sejam lamanya. (HRP,1987:34) Dalam naratif HRP, gambaran kehebatan dalam sesuatu peperangan juga dipaparkan dalam satu set skema yang agak 104
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

sama dan diulang-ulang untuk menjadi satu rumus formula. Misalnya peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad, Sultan Malikul Mahmud dengan bala tentera Siam dan Sultan Ahmad dengan tentera Majapahit. Pemerian kehebatan peristiwa peperangan Raja Muhammad dengan Raja Ahmad digambarkan seperti berikut: Maka peranglah mereka itu terlalu ramai kelamkabut. Maka duli pun berbangkit lalu ke udara tiadalah berkenalan lagi seorang dengan seorang jua pun. Maka tempik segala hulubalang dan segala rakyat juga kendengaran dan gemerencang bunyi segala senjata dan pendahan segala pahlawan juga kedengaran. Maka bahananya datang ke tengah rimba belantara. Maka daripada kedua pihak lasykar itu banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukan sama sendirinya dan berbunuh-bunuhan mereka itu hinggalah mati kedua-dua raja itu. (HRP,1987: 6-7) Begitu juga pemerian peristiwa peperangan di halaman yang diulang dalam kisah peperangan antara orang-orang Sultan Malikul Mahmud dengan bala tentera Siam, pemeriannya seperti berikut: Maka peranglah mereka itu terlalu gegak-gempita kelam kabut duli berterbangan ke udara, tiadalah berkenalan segala manusia dan bunyi tempik segala hulubalang dan segala rakyat juga yang kedengaran dan gemerencang bunyi segala senjata
Md. Nasir Hamid

105

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

bahananya datang ke tengah rimba. Maka daripada sangat darab perang itu jadi gempitalah, maka daripada kedua pihak lasykar itu banyaklah mati dan luka. (HRP, 1987: 28) Dalam tradisi lisan seluruh pernyataan dan pola-pola lisan adalah dalam bentuk-bentuk skemata. Ini disebabkan pernyataan cara lain tidak praktis, sia-sia dan tidak dapat menjadi arah pandu kepada si penuturnya ketika bercerita. Hasil-hasil pemikiran yang diterbitkan melalui bentukbentuk lain hanya bersifat sementara dan juga untuk mengelak si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan (W.J. Ong, 1982). Dalam naratif HRP, episod yang paling menarik jelas terdapat teknik perulangan, iaitu episod Tun Beraim Bapa dititah oleh Sultan Ahmad ke Lubuk Turai untuk mencari benda-benda pelik dan ajaib. Dalam perjalanan ke lubuk tersebut, bermula dari rumah lagi dan seterusnya setiap persinggahannya, Tun Beraim Bapa akan bertangis-tangisan dan berpesan kepada sahabat taulannya. Dalam teks HRP, terdapat 5 kali berturut-turut perkara ini berlaku, iaitu seperti berikut: Perulangan pertama Maka Tun Beraim Bapa pun naiklah baginda bertangis-tangisan dengan segala isi rumahnya. (HRP 1987: 50-51)

106

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Perulangan kedua Setelah itu, maka lalulah ia ke pekan, maka baginda berdiri-diri di pekan; maka kata Tun Beraim Bapa, Ayuh segala kamu orang pekan, tiadalah siapa meruah kamu lagi dan bersenda bergurau dengan tuan-tuan sekalian, karna aku ini hendak sultan ke hulu sungai, lalu ke Bukit Fudul Allah, entah kembali entah tiada. Perulangan ketiga Maka Tun Beraim Bapa pun berjalanlah dari Pintu Tanani. Maka baginda bertemu dengan Malik Sulaiman Dendang Air; maka berkata Tun Beraim Bapa, Ayuh mamakku Malik Sulaiman Dendang Air, tiadalah siapa bersenda bergurau dengan tuan hamba, karna hamba hendak ke hulu sungai ke Bukit Fudul Allah, entah kembali entah tiada Perulangan keempat Maka Tun Beraim Bapa pun lalu kembali pula ke rumahnya bertangis-tangisan, dan segala isi rumahnya dan hamba sahayanya. Perulangan kelima Setelah itu, maka Tun Beraim Bapa pun turunlah serta membawa kedua saudaranya itu, lalu ia berjalanlah dari pekan. Maka sabda Tun Beraim Bapa, Ayuh segala tuan-tuan orang pekan,
Md. Nasir Hamid

107

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

tinggallah tuan-tuan sekalian. Bahawa aku mudiklah mengiringi Sultan ke hulu sungai ke Bukit Fudul Allah entah kembali entah tiada. Sebuah episod lagi yang tidak kurang menariknya yang jelas memperlihatkan teknik perulangan adalah formula ikrar dan sumpahan Tun Beraim Bapa yang tidak mahu menderhaka kepada Sultannya. Formula ikrar ini berlaku di tiga tempat dalam teks HRP (1987). Misalnya seperti berikut; Maka kata Tun Beraim Bapa, Diamlah tuan-tuan sekalian, karna Si Beraim Bapa sekali-kali tiada ia mau derhaka, jikalau si Beraim Bapa mau derhaka jika Pasai se-Pasainya, jika Jawa seJawanya, jika Cina se-Cinanya, jika Siam seSiamnya, jika Keling ke-Kelingnya tiada dapat melawan Si Beraim Bapa. (HRP, 1987: 50) Ungkapan ini, diulang lagi seperti berikut; Maka sabda Tun Beraim Bapa, Ayuh segala handai taulanku, diamlah kamu sekelian, karna hamba tiada mau derhaka, jika hamba mau derhaka, jika Pasai se-Pasainya, jika Siam se-Siamnya, jika Cina se-Cinanya, jika Jawa se-Jawanya, jika Keling seKelingnya tiada dapat melawan aku. HRP (1987:51) Berikutnya, formula ikrar Tun Beraim Bapa tersebut diulang juga oleh Sultan Ahmad selepas ia sedar dan insaf di atas keterlanjurannya membunuh Tun Beraim Bapa, iaitu 108
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

pada saat-saat tentera Pasai di ambang kekalahan kepada Majapahit. Keluhan Sultan Ahmad adalah seperti berikut iaitu; Maka sabda Sultan, Wah anakku Beraim Bapa, jikalau ada ia, jika Jawa se-Jawanya, jika Cina se-Cinanya, jika Keling se-Kelingnya tiada mau melawan Si Beraim Bapa. (HRP, 1987: 67) Begitu jelas, skema dalam pemerian di atas diulangulang menjadi satu rumus formula supaya memudahkan pengarang untuk mengingat dan menghafal (memory and recall ). Penciptaan skematik sebegini menjadi satu kesepakatan antara dua pihak, iaitu seolah-olah satu kontrak naratif antara penutur dengan khalayaknya. Dalam penciptaan skematik (Sweeney,1980), watakwatak dan perwatakan dalam naratif juga harus diserap dalam skema. Seluruh gambaran perwatakan, mahupun fizikal, perlakuan dan tindak-tanduk malah, emosinya ditentukan serta diperjelaskan oleh pola-pola skemata, seolah-olah menjadi suatu bentuk formula yang sama dan sering diulang-ulang dalam proses penceritaannya. Dalam teks HRP, rupa paras Tun Abdul Jalil, misalnya diperikan melalui satu set skemata yang konvensional. Hal ini dijelaskan dalam petikan seperti yang berikut: Adapun akan Tun Abdul Jalil itu baik rupanya dan parasnya, tiada berbagai pada masa itu; jikalau ia berdiri di pintu tani maka berserilah pintu itu,

Md. Nasir Hamid

109

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

maka berserilah rupa dalkhana itu, dan jikalau ia berdiri di pekan nescaya bercahayalah segala pekan itu daripada amat elok rupanya, dan jikalau ia memakai cara, Jawa serupa Jawa, dan jika ia memakai cara Siam serupa Siam, dan jika ia memakai cara Keling serupa Keling, dan jika ia memakai cara Arab serupa Arab. Maka masyurlah wartanya ke benua Jawa kepada Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit. (HRP, 1987: 37) Ungkapan ini, diulang lagi di halaman seperti yang berikut: Ya tuanku Syah Alam, baiklah pada bicara yang diperhambakan Tun Abdul Jalil ditinggalkan, karna paduka anakanda itu amat baik rupanya. Jika ia memakai cara Jawa serupa Jawa, dan jika ia memakai cara Cina serupa Cina, jika ia memakai cara Siam serupa Siam, dan jika ia memakai cara Arab serupa Arab. (HRP, 1987:49), Begitu juga gambaran kealiman dan kebijaksanaan Tun Abdul Fadil, anak Sultan Ahmad yang dijelaskan dalam petikan berikut; Adapun akan Tun Abdul Fadil itu terlalu sekali alim, lagi baginda tahu pada segala ilmu pendeta dan beberapa pendeta yang datang dari atas angin hendak bersoal dengan baginda itu, tiada sangkal 110
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

daripada terlalu sangat bijaksananya. Maka masyhurlah wartanya ke benua Semerkendi. (HRP, 1987:37) Rupa paras puteri-puteri Sultan Ahmad diperikan begitu sempurna dan tersangat cantik sepertimana pemberian rupa paras putera puteri raja dalam sastera rakyat. Pemerian rupa paras puteri-puteri Sultan Ahmad digambarkan seperti dalam petikan berikut; Adapun anak Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang bernama Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara itu terlalu amat baik sangat parasnya, tiada ada samanya pada zamannya itu. (HRP, 1987:37) Bagi tujuan untuk memerikan sesuatu benda seperti pakaian, gaya bahasa runs didapati paling popular dan digemari oleh penutur cerita-cerita lisan. Runs ini istimewa kerana ia digunakan secara berulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dan ia seterusnya menjadi sebahagian dari sesebuah cerita. Dalam teks HRP, gaya bahasa runs ini juga tidak ketinggalan diserapkan dalam naratif, antaranya yang terdapat dalam HRP seperti dalam petikan berikut Maka Tun Beraim Bapa pun memakailah ia; pertama berkain sutera nipis kuning laya benabena berpunca warna murup bertepi emas dipahat bersiratkan emas dikara dan berambu dan bandi bergiring-giring di puncanya dan berbaju sinar matahari, berkancing mega berterapan ber-

Md. Nasir Hamid

111

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

permata pudi merah; dan bertengkolok warna Cina kepaluan bertepi emas berpermata bersirat berambukan mutiara; dan berkamar berkelit bau; dan berponto bernaga tujuh belit; dan berkeris dengan manikam bersarungkan emas; dan menyandang pedang halilintar dan mengenakan sangkanikas berpermata dan menyangkut busar yang keemasan pada baunya kiri. (HRP, 1987:43) Pemerian cara berpakaian Tun Beraim Bapa ini begitu terperinci bersifat strereotaip, sepertimana berpakaian anak-anak raja dalam cerita-cerita penglipur lara, misalnya yang terdapat dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda seperti berikut; Seluar intan dikarang, Karangan Husin dengan Hassan, Tidak dapat zaman sekarang, Nantikan angin bergilir musim, Bajunya beledu tengkuk kuning, Selempang kain Bugis Kembayat; Kerisnya jalak jantan, Berkerawang dipangkalnya, Di hujung subhana Allah; Tengkolok kampuh pelangi, Bukan pelangi zaman ini, Atau untuk menggambarkan sifat watak, umpamanya sifat watak Tun Beraim Bapa, yang digambarkan begitu hebat dan stereotaip seperti mana watak-watak wira dalam tiap 112
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

konvensi tradisi. Hal ini digambarkan dalam petikan seperti yang berikut: Alkisah, maka tersebutlah perkataan Tun Beraim Bapa: diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera adapun akan Beraim Bapa terlalu amat perkasanya lagi pahlawan, tiada berbagai pada zaman itu; tujuh hasta tingginya dan dua hasta bidang dadanya, maka jikalau tujuh depa tebal kota tanah dilotarnya dengan batang kelambir luluh tantak. Maka masyhurlah wartanya ke benua Keling. (HRP, 1987: 36) Aspek gaya bahasa formula yang juga disebut runs ini, banyak terdapat dalam korpus sastera tradisional, seolaholah sebagai satu kaedah yang menyediakan kerangka asas untuk memudahkan ingatan dan hafalan si penutur cerita untuk meninggalkan kesan indah dan mengasyikkan khalayak. Ia diikat kukuh oleh set-set skemata yang ditetapkan oleh konvensi. Dalam teks HRP gaya bahasa yang bersukat dan berentak ini terdapat dalam bentuk puisi Melayu tradisional seperti seloka dan pantun yang diulang-ulang dan ia menjadi seolah-olah formula. Di bahagian awal analisis (analisis struktural), bentuk-bentuk puisi lisan ini digolongkan sebagai pengaruh bentuk-bentuk puisi lisan dalam sastera bertulis. Namun demikian, bentuk-bentuk puisi lisan ini juga bersifat berulang yang juga dianalisis dalam stailistik. Puisi seloka, misalnya diperikan dan diulang-ulang.
Md. Nasir Hamid

113

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Seloka ini disampaikan oleh Sultan Ahmad kepada gundiknya, Dara Zulaikha Tingkap dan seloka ini diulang pula oleh Dara Zulaikha Tingkap kepada para menteri Sultan Ahmad. Berikut dipaparkan puisi seloka itu sepenuhnya seperti berikut; Ayuh Dara Zulaikha Tingkap, Bangun apalah engkau! Asalmu orang terjunan pangliran! Karna engkau penghulu gundikku, Bergelar Tun Derma Dikara. Bangun apalah engkau! Tidakkah engkau dengar bunyi Genderang perang di Tukas Palu tabuh-tabuhan Hari dinihari, bulan pun terang? Semalam ini musuh Dari mana kutaha datang? Berapa kutaha banyaknya? Dan siapa pertuhanya? (HRP, 1987:41) Bagi menyatakan rasa hati dan perasaan seseorang, terdapat juga runs tertentu yang digunakan. Perasaan gelisah dan penyesalan sering dipantunkan dan diulang-ulang untuk dijadikan formula yang tetap. Dalam HRP, pengarang mencipta sebuah pantun yang diucapkan oleh Tun Perpatih Tulus Tukang Sukara menyindir Sultan Ahmad yang menyesal kerana membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Puisi berkenaan berbunyi seperti berikut:

114

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Lada siapa dibangsalkan? Rana saujana kerati Pada siapa disesalkan? Tuan juga empunya pekerti. (HRP, 1987:65) Puisi di atas menepati puitika pantun berkenaan diulang pula untuk menunjukkan perasaan penyesalan Sultan Ahmad yang amat sangat. Maksud pantun di atas begitu tepat dan tajam sindirannya serta kena pada maksud penyampainya, iaitu untuk menyindir raja yang buta hati, yang mengambil keputusan mengikut kata hati dan nafsunya semata-mata. Begitu juga sebuah puisi syair dipaparkan dalam teks HRP untuk menggambarkan kerinduan dan keasyikkan Tun Puteri Gemerencang, anak Ratu Majapahit di negeri Jawa pada rupa paras Tun Abdul Jalil. Syair tersebut dinukilkan dalam bahasa Arab-Parsi yang mewajarkan pengaruh dari negara tersebut. Syair itu ditulis seperti berikut: Sabbahtalaiya I-masaib AlaiyaI-ayyam sarat layaliyan (HRP, 1987:61) Maksud syair di halaman 61 tersebut dijelaskan di halaman itu juga, iaitu ertinya: Telah didatangkan atasku percintaan, jikalau percintaan didatangkan atasku segala hari ini seperti umpama semalam jua adanya. Sesungguhnya pemakaian bahasa yang pelbagai dengan

Md. Nasir Hamid

115

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

menggunakan teknik yang pelbagai ini menunjukkan kebijaksanaan dan kekreatifan pengarang Melayu tradisional. Atas kecenderungan yang kuat untuk membangunkan dan mempertahankan tradisi dan kewibawaan naratif tradisi lisan, teks HRP walaupun dalam bentuk bertulis, sangat mementingkan dan mengekalkan penggunaan gaya bahasa atau stilistik tradisi lisan. Sebagai teks yang dipercayai terawal ditulis di alam Melayu, HRP tidak begitu jauh lari daripada konvensi tradisi masyarakat Melayu yang mengawal ketat kewibawaan naratif turun-temurun dan zaman berzaman. Walaupun sering diulang-ulang, tetapi naratif HRP tetap teguh, menarik dan bermutu dan ia tidak menjemukan kerana irama dan rentak yang dihasilkan oleh suatu gaya perulangan dengan teknik-teknik formula, seiras formula dan skemata, seolah-olah mengukuhkan teks dalam satu kesatuan yang jitu dan padu serta penuh dengan keindahan teks yang tidak jemu-jemu untuk dikaji. Teknik stilistik ini sangat berkesan kerana skema-skema ayat dalam HRP apabila dipola dan distrukturkan akan memudahkan hafalan dan ingatan bagi si penutur cerita, manakala bagi khalayak pendengar pula lebih sedap halwa telinga mendengarnya. Khalayak akan mengikuti dan menghayati cerita dengan penuh minat walaupun teks HRP dalam bentuk bertulis, tetapi disampaikan kepada khalayak dalam bentuk lisan kerana khalayak ketika itu rata-rata buta huruf. Teks perlu dibaca dengan nyaring. Justeru, pengarang HRP masih banyak mengekalkan unsur-unsur lisan dan teknik lisan yang lazim dan dapat dicam oleh masyarakat partisipatoris ketika itu yang masih dalam literasi terhad. 116
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penutup

BAB LIMA
PENUTUP

Walaupun Hikayat Raja Pasai merupakan satu daripada hasil sastera bertulis yang mewakili budaya tulisan (literature culture) dalam masyarakat Melayu, namun masih terdapat dalamnya unsur-unsur yang menggambarkan adanya pengaruh tradisi lisan (oral tradition). Daripada analisis teks HRP, didapati empat bentuk sastera lisan yang dimunculkan dalam naratif, iaitu mitos, legenda, lipur lara dan bentukbentuk puisi lisan. Daripada analisis dalaman juga diperlihatkan adanya motif yang terutamanya motif sibling rivalry. Mitos dimasukkan dengan tujuan untuk mengagungagungkan martabat, kesucian dan mengsahihkan raja-raja Pasai dan keunikan satu-satu tempat, misalnya Pasai dan Samudera. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa mitos yang terdapat dalam teks HRP adalah mewajarkan suatu sejarah yang suci bagi masyarakat Melayu yang membentuk pola perlakuan manusia yang tertumpu kepada kepercayaan tentang soal-soal keajaiban dan keluarbiasaan asal usul kejadian alam dan makhluk.
Md. Nasir Hamid

117

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Legenda pula bertujuan untuk menjelaskan tentang ketinggian kerajaan Pasai-Samudera dan mewajarkan jati diri bangsa serta merealisasikan konsep keagungan dan kehebatan seseorang tokoh bangsa, iaitu wira bangsa Tun Beraim Bapa dan tokoh keselamatan orang alim, Sayid Semayamuddin. Di samping itu, legenda juga berperanan untuk menyindir dan mengkritik secara tersirat, misalnya untuk memberi sindiran secara halus kepada kerajaan Majapahit kerana menjatuhkan kerajaan Pasai dengan mengalahkan kerajaan Majapahit dalam perlawanan laga kerbau yang sangat memalukan. Bentuk lipur lara dimasukkan dalam teks HRP dengan tujuan sebagai alegori kezaliman, kekejaman dan ketelanjuran Sultan Mahmud membunuh Sayid Semayamuddin dan Sultan Ahmad membunuh Tun Abdul Jalil, Tun Medam Peria, Tun Takiah Dara dan Tun Beraim Bapa. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meraih simpati dan kasihan khalayak terhadap tokoh-tokoh yang dizalimi tersebut. Bentuk-bentuk puisi lisan (seloka dan pantun) dimasukkan dalam naratif HRP bagi tujuan meninggalkan kesan keindahan dan mengasyikkan khalayak. Misalnya seloka dan pantun memainkan fungsi untuk menyindir, mengejek atau berjenaka, di samping mengandungi maksud perasaan berahi, asyik, marah, kesal dan sebagainya yang menggunakan untaian bahasa yang indah dan memikat serta meruntun hati dan perasaan khalayak. Unsur motif lisan dalam HRP, khususnya motif sibling rivalry atau persengketaan kerabat bertujuan untuk mengikat naratif kepada konvensi, membangkit dan mengolah tema dan isi cerita supaya menarik dan 118
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penutup

meninggalkan suspen kepada khalayak. Di samping antara niat pengarang yang tujuannya diselangi antara memberi pengajaran atau mendidik, mengkritik serta diselit juga dengan tujuan memberi hiburan. Analisa struktur teks, iaitu gaya bahasa atau stilistik memperlihatkan begitu banyak teknik pengulangan dan keselarian dimasukkan dalam naratif untuk dijadikan opening formula kepada sesuatu pemerian. Namun begitu teknik formula tidak begitu banyak dipaparkan dalam HRP seperti mana yang terdapat dalam kebanyakan cerita-cerita rakyat. Hal ini berkemungkinan kerana teks HRP sudah menampakkan tuming point ke arah teks bertulis yang semakin merenggangkan dirinya dari tradisi lisan. Namun begitu, ketrampilan unsur-unsur sastera lisan dalam teks HRP ini menggambarkan bahawa masyarakat yang dipaparkan itu masih merupakan masyarakat tradisi yang memiliki budaya tradisi dalam semangat kolektif yang masih belum bebas sepenuhnya daripada ikatan konvensi tradisi dan puitika lisan dalam kehidupan mereka, terutamanya di tahap-tahap awal literasi. Di sini timbul persoalan tentang kewujudan tradisi lisan begitu kuat mempengaruhi sastera tulisan, khususnya dalam naratif HRP. Teks HRP merupakan teks bertulis terawal di alam Melayu, dianggap sesuatu yang baru, ditulis dalam bentuk manuskrip ketika literasi terhad. Semasa tahap peralihan ini, mood lisan masih kuat. Rata-rata khalayak masih buta huruf, oleh itu teks perlu dibaca dengan nyaring dan khalayak ramai mendengarnya. Ini bermakna teks tersebut diikat kuat oleh konvensi. Pada tahap peralihan ini; dalam ia membaharui dirinya, ia perlu bertolak daripada
Md. Nasir Hamid

119

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

yang lama, perubahan tidak dilakukan secara drastik dan serta merta. Pada tahap-tahap awal literasi, sesuatu yang baru, iaitu peralihan dari tradisi lisan ke tradisi tulisan; tidak dilakukan secara mengejut, mendadak dan meninggalkan terus konvensi. Malah untuk penerimaan khalayak masyarakat partisipatoris, sesuatu yang baru tidak boleh diterima dengan cepat, ia memerlukan proses evolusi. Justeru, pengaruh lisan masih begitu kuat dalam teks bertulisnya. Teks bertulis, khususnya HRP masih menerima bahanbahan tradisi, walaupun gaya bahasanya sudah menampakkan anjakan paradigma, iaitu pengarang tidak lagi terikat daripada kekejangan ingatan, justeru membenarkan aliran imaginasi, kreativiti dan keindividualiti walaupun masih dalam situasi keindividualiti terhad. Walaupun ditulis, HRP dicipta dan dihayati dalam situasi oral, kerana budaya manuskrip adalah budaya separa literature, keberaksaraan terbatas. HRP dengan demikian terpaksa akur dengan satu mekanisme konvensi yang telah diasaskan oleh puitika lisan. Dalam budaya lisan, ada normanorma penciptaan atau teknik-teknik bahasa yang tertentu menuntut kepada penggunaan bahan-bahan tradisi seperti formula, seiras formula, skemata, dan bentuk-bentuk lisan untuk tujuan penerimaan khalayak yang bersifat kolektif yang dibendung oleh budaya partisipatoris. Hanya melalui penggunaan bahan-bahan tradisi lain, sesuatu pernyataan itu akan dianggap benar. Dalam budaya lisan yang agak konservatif ini, tradisi dan konvensi dilihat sebagai sumber kepada kebenaran. Maka pengarang teks 120
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penutup

HRP terpaksa patuh kepada mekanisme konvensi ini sekiranya ia mahu menyampaikan satu gambaran tentang realiti yang meyakinkan. Hal ini dijelaskan oleh Maier (1985: 103) seperti yang berikut: to be in the ture exacted primarily an emphatic and elegant appeal to forms and themes of tradition. Demi kecenderungan untuk menyangkut kewibawaan teks kepada tradisi inilah maka naratif HRP penuh dengan perulangan dan keselarian yang membungkus pola-pola lisan dalam bentuk-bentuk skemata untuk dijadikan rumus-rumus berbentuk formula atau seiras formula. Hal ini disebabkan pernyataan cara lain tidak praktis, sia-sia dan tidak dapat menjadi arah pandu kepada si penutur cerita ketika bercerita. Dalam proses penciptaan skematik, pengarang sebenarnya terikat kepada konvensi tradisi. Penciptaannya terikat oleh estetika persamaan yang menetapkan bahawa dasar keindahan terletak pada persamaan dan perulangan bukannya pembaharuan. Dalam masyarakat Melayu tradisi, sastera sama seperti aktiviti-akviti sosial misalnya, upacara-upacara ritual keagamaan, adat isitiadat dan lain-lain, hanya dapat menuntut kewibawaan atau kesahihannya melalui rujukannya kepada masa silam atau pengulangan/keselarian korpus-korpus atau perlakuan-perlakuan tradisi. Bagaimanakah caranya pengarang HRP untuk mengsahih dan mewajarkan asal-usul rajanya, menunjukkan kehebatan
Md. Nasir Hamid

121

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

dan kebesaran raja, tokoh-tokoh tertentu, misalnya ketokohan wira bangsa dan kekeramatan alim ulamanya atau memunculkan sesuatu tempat dan mewajarkan kedatangan Islam ataupun menutup keaiban atau membalas dendam kekalahan peperangan? Jawapannya ia dilakukan melalui konvensi. Konvensi mewajarkan kemunculan unsur-unsur lipur lara, mitos, motif dan legenda melalui bentuk-bentuk formula atau seiras formula dalam naratif HRP supaya dapat diterima oleh khalayak. Khalayak, khususnya anggota kelompok lisan tidak mempunyai atau mengenali sumber rujukan yang lain, selain yang terkandung dalam khazanah tradisi. Segala pengetahuan yang diturunkan akan dihayati dan diterima secara kolektif, tanpa banyak kritikan oleh khalayak asalkan pengetahuan yang dihasilkan itu adalah daripada tokoh-tokoh yang sah serta kandungan mesejnya itu adalah sah. Segala unsur-unsur dalam naratif tidak diterima oleh khayalak, sekiranya terdapat perubahan dan penyimpangan atau unsur-unsur naratif yang tidak pernah didengar oleh mereka sebelumnya atau tidak dapat dicam. Penerimaan khalayak hanya dihubungkan melalui hubungannya dengan fragmen-fragmen tradisi yang sudah terdapat dalam naratif-naratif yang lain. Mitos, motif, legenda, unsur-unsur lipur lara dan bentuk-bentuk puisi lisan dalam teks, khususnya teks HRP adalah dianggap benar kerana unsur-unsur ini merupakan sebahagian daripada tradisi dan kerana ia terdapat pula dalam teks-teks lain, iaitu selain jaringan interteks yang setiap satunya mengukuhkan kebenaran yang lainnya. 122
Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Penutup

Akhir sekali, yang mewajarkan unsur-unsur sastera lisan dan teknik lisan dalam teks HRP yang digunakan oleh pengarang adalah semata-mata untuk menuntut kebenaran melalui penggunaan bahan-bahan tradisi dan juga untuk penerimaan khalayak.

Md. Nasir Hamid

123

www.karyanet.com.my

Bibliografi

BIBLIOGRAFI

Abdul Wahab Ali, 1970. Perbezaan Antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja-raja Pasai, dlm. Dewan Bahasa, 14:11 November, hlm. 505-514. Adriyetti Amir, 1994. Interaksi dalam Pertunjukan Sistem Lisan Tradisi Minangkabau, dlm. Dewan Sastera. Januari, hlm. 4749. Ahmad Shah Mohd. Noor, 1977. Hikayat Raja-raja Pasai Penyelenggaraan Dr. A.H. Hill: Suatu Analisis, dlm. Dewan Bahasa, 21:4, April, hlm. 243-252. Ali Ahmad, 1962. Hikayat Raja-raja Pasai, dlm. Dewan Bahasa, 6:7, Julai, hlm. 323-252. Ali Ahmad, 1980a. Menghayati Semula Teks Melayu Klasik, dlm. Dewan Sastera, 10:5, Mei, hlm. 45-50. Ali Ahmad, 1980b. Hikayat Raja-raja Pasai (Bhg. I), dlm. Dewan Sastera 10:9, September, hlm. 44-46. Ali Ahmad, 1980c. Hikayat Raja-raja Pasai (Bhg. II), dlm. Dewan Sastera, 10:10, Oktober, hlm. 48-51.

Md. Nasir Hamid

125

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Ali Ahmad, 1987. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad, 1994. Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anas Haji Ahmad, 1977. Sastera Melayu Lama. Singapura: Sinaran Bros. Braginsky, V.I. 1998. Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalam Abad 7-19. Jakarta: INIS. Cooley, E.H. 1908. Social Organisation. New York. Eliade, Mircea, 1960. Myth, Dreams and Mysteries. London: Happer Torch Book. Finnegan, Ruth, 1977. Literacy vs. non-Literacy: The Great Divide? Some Comments on the Significance of literature in nonLiterate Culture, dlm. R. Horton & R. Finnegan (ed.). Modes of Thought: Essays on Thinking in Western and non-Western Societies. London: Faber and Faber. 112-144. Goody, J., 1968. Literacy in Traditional Societies. Cambridge: Cambridge University Press. Goody, J., 1987. The Interface Between the Written and the Oral. Great Britain: Cambridge University Press. Goody, J., 1977. The Domestication of the Savage Mind. Cambridge: Cambridge University Press. Harun Mat Piah. 2000. Kesusasteaan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, et. al., 1985. Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Havelock, Eric A., 1963. Perface to Plato. Oxford: Basil Blackwell.

126

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Bibliografi

Hill. A.H. 1960. Hikayat Raja-raja Pasai, dlm. JMBRAS 33:2, hlm. 27. Hooykaas, C., 1965. Perintis Sastera. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Jamilah Ahmad (peny.), 1981. Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jones, R. 1980. The Texts of the Hikayat Raja Pasai, A Short Note, dlm. JMBRAS 53, Bah. 1, hlm. 167-171. Jones, R. 1987. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kamal Ariffin, 1984, Sejarah Sastera Melayu Klasik dan Moden. Kuala Lumpur: Supreme Marketing. Kassim Ahmad (peny.), 1976. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khalid Hussin, 1966. Hikayat Raja-raja Pasai (ringkasan cerita), dlm. Dewan Bahasa, 10:9, September, hlm. 417-421. Khalid Hussin, 1975. Menggunakan Tradisi Lisan Sebagai Bahan Bacaan bagi Murid-murid Sekolah dan Orang-orang Dewasa, dlm. Tradisi Lisan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia. Lord, A.B., 1960. The Singer of Tales. Cambridge: Harvard University Press. Mahayuddin Hj. Yahya, 2000. Karya Klasik Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maier, H.M.J., 1985. Fragments of Reading of Authority. New York.: Cornell South East Asia Program. Marrison, G.E., 1951. A Malay Poem in Old Sumatran Characters dlm. JMBRAS XXIV, I, hlm. 162-165.

Md. Nasir Hamid

127

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Matheson, Virgina dan Hooker, M.B. 1988. Jawi Literature in Patani: The Maintenance of an Islamic Tradition dlm. JMBRAS. Vol. LXI, part 1: 1-86 Mazlina Harun, 2001. Sejarah Sebagai Pengajaran Moral Dalam Konteks Historiosofi Melayu: Satu Interpretasi Terhadap Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Tesis Untuk Sarjana Sastera. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan). Md. Salleh Yaapar, 1977. A Comparative Study of Malaysian and Philipines Folk Literature, Part I, Tesis Untuk Sarjana Sastera. Phlippines: University of the Philippines. Mead, J.P., 1914. A Romanized Version of The Hikayat Raja-raja Pasai, dalam JSBRAS IXVI, Mac, hlm. 1-55. Middleton, John (ed.), 1967. Myth and Cosmos. New York: The Natural History Press. Mohd. Amin Hassan, 1975. Tradisi Lisan Sejarah Lisan dalam Usaha Mengkaji Sejarah Tanahair Kita, dlm. Tradisi Lisan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Mohd. Khalid Taib, 1981. Sastera Sejarah in The Malay World: A Structural and Contextual Study of Folkloristic Elements in a Transitional Genre. Ann Arbor, Michigan: University Microfilms International. Mohd. Khalid Taib, 1989. Individu, Masyarakat dan Ideologi dalam Genre Klasik, dlm. Dewan Sastera, September, hlm. 30-35. Mohd. Nor Long, 1968/69. Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu Satu Perbandingan Bentuk Pensejarahan, dlm. Journal of the Historical Society. Kuala Lumpur: University of Malaya. Vol. VII.

128

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Bibliografi

Mohd. Nor Ngah, 1980. Some Writing of the Traditional Malay Muslim Scholars Found in Malaysia, dlm. Tamadun Islam di Malaysia, hlm. 9-12. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Mohd. Nor Ngah, 1983. Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim Scholars, Institute of Southest Asian Studies. Mohd. Taib Osman, 1965. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal. Mohd. Taib Osman, 1972. The Aims, Approaches and Problems in the Study of Folk Literature of Oral Traditions with Particular Referance to Malay Culture, The Brunei Museum Journal. Vol. 2, No. 4, hlm. 159-164. Mohd. Taib Osman, 1975. Tradisi Lisan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kem. Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Mohd. Taib Osman, 1976. Panduan Pengumpulan Tradisi Lisan Malaysia. Kuala Lumpur: Malindo Printers Sdn. Bhd. Mohd. Taib Osman, (peny.), 1991. Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh, 1992. Puitika Sastera Melayu: Satu Pertimbangan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Yusoff Haji Hashim, 1992. Persejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Mohd. Isa, 1987. Awang Belanga. Penglipur Lara dari Perlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Mohd. Isa, 1991. Analisis Isi Cerita: Cerita-Cerita Awang Belanga Perlis, dlm. Mohd. Taib Osman (peny.). Pengkajian

Md. Nasir Hamid

129

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Mohd. Isa, 1999a. Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd. Mustafa Mohd. Isa, 1999b. Sastera Melayu Klasik Bercorak Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Noriah Taslim, 1968. Asas-asas Pembinaan Epik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Noriah Taslim, 1990. Penciptaan Skematik dan Konsep Nahu Naratif Sastera Lisan, dlm. Dewan Sastera, Ogos. Noriah Taslim, 1992. Orality and Literacy Process, Narrative Structure and the Malay Historical Literature . Tesis yang Disempurnakan Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Doktor Falsafah. Melbourne: Monash University. Noriah Taslim, 1993a. T eori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriah Taslim, 1993b. Perubahan Tanggapan Terhadap Alam Istana: Dari Penglipur Lara ke Naratif Sejarah dlm. Dewan Sastera, Oktober. Noriah Taslim, 1994a. Struktur Ruang dan Konsep Kebangsaan dalam Roman Penglipur Lara, dlm. Budi Kencana: Kumpulan Makalah Memperingati Persaraan Profesor Tan Sri Dato Ismail Hussein. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Noriah Taslim,1994b. Keterbatasan Kaedah Kepelbagaian Makna: Menelusuri Kemungkinan Makna dalam Sastera, dlm. Dewan Sastera, April. Noriah Taslim, 1996. Perpetuation of Tradition: Cosmic Myth, Courtly Culture and Structure of Space in Malay Folk Court

130

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Bibliografi

Romance, dlm. Jurnal Persuratan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Noorduyn, J., 1961. Some Aspects of Macassar-Buginese Historiography, dlm. D.G. Hall (peny.), Historians of SouthEast Asia. London: Macmillan, hlm. 29-36. Noorduyn, J.,1965. Origins of South Celebes Historical Writing, dlm. Soedjatmoko (peny.), An Introductiom to Indonesian Historiography. Ithaca: Carnell University Press. Nurazmi Kuntum, 1991. Teori dan Pemikiran Sastera dalam Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Obiechina, Emmanuel, 1975. Culture Tradition and Society in the West Africa Novel. Africa Studies Series 14. Cambridge: Cambridge University Press. Ong Walter, J., 1982. Orality and Literacy. The Technologising of The Word. London, New York: Methuen. Ong Walter, J., 1981. Oral Remembering and Narrative Structures, dlm. Deborah Tannen. Peaboy, Berkely, 1975. The Winged Word: A Study in the Technique of Ancient Greek Oral Composition as Seen Principally through Hesiods Work and Days. Albany: State University of New York Press. Raja Chulan, 1962. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Ras, J.J. 1968, Hikayat Bandjar. The Hague: Martinus Nijhoff. Roolvink, R., 1954. Hikayat Raja-raja Pasai, dlm. Bahasa dan Budaya. Feb., hlm. 3-17. Shellabear, W.G., (ed.).1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Md. Nasir Hamid

131

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Siti Hawa Salleh (ed.), 1970. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur/Singapura: University of Malaya Press. Sweeney, A., 1967. The Connection between the Hikayat Rajaraja Pasai and the Sejarah Melayu, dlm. JMBRAS. 40, Bah. 2, hlm. 94-105. Sweeney, A., 1973a. Authors and Audience in Traditional Malay Literature. Berkeley: University of California. Sweeney, A., 1973b. Professional Malay Story-telling. Part 1. Some Questions of Style and Presentation dlm. JMBRAS. 46, 2:155 Sweeney, A., 1980a. Authors and Audiences in Traditional Malay Literature. Berkeley: University of California, Monograph Series No. 20. Sweeney, A., 1980b. Reputations Live on An Early Malay Autobiography. Berkeley: University of California Press. Sweeney, A., 1983. The Literary Study of Malay-Indonesian Literature: Some Observations dlm. JMBRAS. Vol. 56, Part I: 33-45. Sweeney, A., 1987. A Full Hearing: Orality and Literacy in the Malay World. Berkeley: Center for South and Southeast Asian Studies, University of California. Syed Naquib al-Attas, 1969. The Origin of the Malay Shair. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teeuw, A.A. and Wyatt, D.K. (ed.), 1970. Hikayat Patani: The Story of Patani. The Hague: Martinus-Nijhoff. Teeuw, A.A, 1961. A Critical Survey of Studies on Malay and Bahasa Indonesia. S-Gravenhage. Teeuw, A.A, 1964. Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu,

132

Md. Nasir Hamid

www.karyanet.com.my

Bibliografi

dlm John Bastin and R. Roolvink (ed.), Malayan and Indonesian Studies. London: Oxford University Press, hlm. 224-234. Teuku Iskandar, 1959. Hikayat Aceh. Verhandelingan van hat Koninklijk Institut, 26, The Hague. Teuku Iskandar. 1964. Suatu Kekeliruan dalam Hikayat Raja-raja Pasai, dlm. Dewan Bahasa, 8: 5, Mei, hlm. 226-230. Umar Junus, 1984. Kaba dan Sistem Sosial Minangkabau, Suatu Problema Sosiologi Sastra. Jakarta: Balai Pustaka. Vasina, Jan., 1965. Oral Tradition (Terjemahan H.M. Wright). London: Routledge & Kegan Paul. Winstedt, R.O., 1961. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: OUP. Winstedt, R.O., 1938. The Chronicles of Pasai, dlm. JMBRAS. XVII:II, hlm. 24-26 Winstedt, R.O., 1983. Hikayat Malim Dewa. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Winstedt, R.O., 1984. Hikayat Malim Deman. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Winstedt, R.O., 1985. Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Winstedt, R.O., 1985. Hikayat Anggun Cik Tunggal. Petaling Jaya. Fajar Bakti. Yusoff Iskandar, 1971. Hikayat Raja-raja Pasai Sebagai Sebuah Karya Sejarah, dlm. Dewan Bahasa, 15:12 Disember, hlm. 541-552. Zaharah Khalid. 1983. Raja Donan. Kuala Lumpur. Zaharah Ibrahim (peny.), 1986. Sastera Sejarah Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Nasir Hamid

133

Hikayat Raja Pasai

www.karyanet.com.my

Zainon Sheikh Ahmad. 1998. Belajar Kesusasteraan dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Penerbit Elman. Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad (peny.), 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zuber Usman. 1978. Kesusasteraan Lama Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

134

Md. Nasir Hamid

You might also like