You are on page 1of 251
SEJARAH SELANGOR saperti buku ini, amat-lah besar erti-nya dari segi penulisan sejarah tanah ayer kita. Ada-lah anggapan saya bahawa usaha2 saperti menerbitkan buku Sejarah Negeri Selangor ini boleh di-sifatkan sebagai satu usaha nasional dan satu kejayaan yang besar dalam daya penulisan anak bumiputra kita yang sudah samesti-nya mendapatkan galakan. Demikian-lah saya melihat betapa penting-nya buku sejarah Negeri Selangor ini yang merupakan sa-buah buku sejarah bangsa Melayu dan yang di-tulis sendiri oleh bangsa-nya sendiri, kerana pada pendapat saya bahawa sejarah itu merupakan satu ilmu pengetahuan, maka ia menchari sebab dari kejadian2 di-masa silam, mengubongi serta mebandingi kejadian2 itu untok kemu- dian memberi penilaian dan tafsiran satepat-nya. Sejarah memberikan juga kapada kita lukisan timbul-nya, megah-nya dan runtoh-nya sesuatu bangsa. Sejarah juga men- cheritakan kapada kita perjalanan negara2 di-bawah pimpinan raja2, negarawan2 dan penganjor2 bangsa. Sejarah memberi pela- jaran kapada kita tentang sebab2 peperangan; ia juga menerang- kan kapada kita tentang perubahan? dalam susunan masharakat akibat ugama, timbul-nya aliran2 fikiran baru, akibat faktor2 alam dan ekonomi yang kesemua-nya turut menentukan kemajuan serta kemundoran kehidupan suatu bangsa. Dengan terbit-nya satu lagi buku sejarah yang meriwayatkan Negeri Selangor ini, maka dapat-lah kita memasokkan satu lagi ka-dalam perbendaharaan sejarah kita unsor2 sejarah yang boleh memperkayakan lagi sejarah bangsa dan negara kita untok tujuan pembenaan bangsa. Dalam hubongan ini, saya suka mengambil peluang untok menguchapkan sekali lagi tahniah kapada Che’ Gu Buyong Adil atas usaha2-nya ka-arah membena bangsa itu dan kejayaan-nya menyusun buku sejarah Negeri Selangor ini. Sumbangan-nya ini di-harap akan dapat menjadi tatapan kapada satiap orang dan untok kita bersama mempelajari sejarah negeri Selangor ini, demi membena peribadi bangsa, demi menyusun masa depan kita. Saya berharap satiap orang Melayu membacha buku ini di-sam- ping itu saya juga mengharapkan supaya lebeh ramai lagi penulis2 bumiputra dapat terus menerus menghasilkan karya2 yang ber- unsorkan sejarah2 Tanah Ayer kita. DATO’ HAJI HARUN BIN HAJI IDRIS Menteri Besar, Selangor. s SEJARAH SELANGOR PETA NEGERI SELANGOR SEKARANG «LM ii RAPUs Iii iui - SIRI SEJARAH NUSANTA 0100019682 PUSAT DOKUNENTASE MELAYU DEHAN BAHASA DAN PUSTAKA Sejarah Selangor oleh Han BuyonG Bin ADIL DEWAN BaHasa DAN PUSTAKA . 11 AUG 1971 ote DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 1971 Siri Pelajaran Menengah DBP Bil. 69 Chetakan Pertama 1971 Hakchipta Terpelihara ©] orton rrenatan Coren rad, aya $3.00 Y.A.B. Dato Haji Harun Hj. Idris MENTERI BESAR SELANGOR Tel. No. 84031 KUALA LUMPUR — ! PERUTUSAN Sejarah pertumbuhan dan perkembangan Negeri Selangor ini sampai pada hari ini belum lagi banyak di-tulis orang, baik di- dalam Negeri Selangor sehdiri, apa lagi di-luar Negeri Selangor ini. Beberapa buku yang telah di-terbitkan tentang sejarah Sela- ngor nampak-nya kurang memuaskan pula bagi kebanyakan pehak, mungkin kerana kemiskinan dalam bahan2 sejarah atau kerana sebab2 lain yang kita semua tidak dapat menduga-nya. Saya sa-benar-nya telah lama benar berharap supaya buku sejarah Negeri Selangor saperti buku ini di-terbitkan. Di-samping saya mengalu2kan penerbitan buku ini saya juga sukachita meng- uchapkan sa-tinggi2 tahniah kapada penulis-nya, Che’ Gu Buyong bin Adil atas usaha dan inisiatif-nya berjaya menerbitkan buku ini. Pada hemat saya bahawa buku2 mengandongi unsor2 sejarah yang di-kumpul dan di-tulis oleh bumiputra negeri ini sendiri PENDAHULUAN Saya menguchap Alhamdulillah, dan bershukor ka-hadhrat Allah s.w.t. yang telah memberi saya tenaga untok menyusun dan menulis sejarah negeri Selangor yang di-terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini. Sejarah negeri Selangor yang di-hidangkan dalam buku ini bermula pada masa 300 tahun sa-belum Tahun Masehi ia-itu pada masa yang di-sebut zaman sa-belum sejarah. Dalam pada itu, sejarah negeri Selangor dari masa itu hingga ka-Kurun Masehi yang ke-14, ia-itu kira-kira sa-lama 1700 tahun, ia-lah sejarah yang samar2 sahaja ya‘ani tidak-lah menggambarkan apa yang sa-benar-nya keadaan dan hal ahwal di-negeri Selangor pada masa itu, melainkan berserah kapada agakan2 ahli kaji-kesan purba sahaja. Sa-telah masok ka-Kurun Masehi yang ke-15 dan awal Kurun Masehi yang ke-16, ia-itu pada masa Kerajaan Melaka di-peren- tahkan oleh Raja2 Melayu, dengan pertolongan kesah2 yang di-dapati dalam hikayat “Sejarah Melayu”, babaru-lah tersingkap sadikit sejarah negeri Selangor itu. Pada masa itu baharu-lah tersebut nama beberapa buah tempat dalam negeri Selangor itu saperti: Kelang, Jeram, Langat dan Selangor (Kuala Selangor); dan di-dapati pada masa itu tempat2 itu semua-nya ta‘alok kapada Kerajaan Melayu Melaka. Sampai kapada masa Sultan Mahmud Shah bersemayam di-Pulau Bentan (1512-1526), ia-itu sa-telah baginda di-alahkan oleh Portugis di-Melaka, Selangor (Kuala Selangor) maseh lagi di-perentahkan oleh sa-orang dari- pada orang besar baginda. Dan apabila Sultan Alauddin Riayat Shah (II), putera almarhum Sultan Mahmud Shah (Marhum Kampar) itu, memerentah di-negeri Johor, negeri Selangor, terutama Kelang dan Selangor (Kuala Selangor) ta‘alok ka-Johor pula. Dalam Kurun Masehi yang ke-17, walau pun negeri Selangor vii SEJARAH SELANGOR itu maseh ta‘alok ka-Johor, di-dapati orang2 Melayu Bugis yang berasal dari Tanah Bugis (Sulawesi) telah ramai mendiami tem- pat2 di-pantai laut negeri Selangor, terutama di-Kelang dan di-Selangor (Kuala Selangor). Masok ka-awal Kurun Masehi yang ke-18 pula, walau pun ketua yang memerentah di-daerah Kelang maseh di-bawah penga- roh Sultan Johor, tetapi pada masa itu, terutama sa-telah Raja Kechil Siak memerentahkan Kerajaan Johor-Riau (1718-1722), negeri Selangor itu tidak-lah lagi di-bawah kuasa Johor, bahkan di-Selangor (Kuala Selangor) telah ada orang Bugis jadi ketua pemerentah di-situ bergelar “Yamtuan Selangor”, sa-kadarkan nama-nya yang sa-benar tidak-lah di-ketahui. Pada masa itu di-negeri Selangor-lah tempat kekuatan orang2 Bugis di-bahagian barat Nusantara ini. Pada awal Kurun Masehi yang ke-18 itu juga-lah raja2 Bugis lima bersaudara, ia-itu Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak dan Daing Kemasi, yang telah mengalah- kan Raja Kechil Siak (1722) di-Riau dan menyerabkan balek Kerajaan Johor-Riau kapada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, telah selalu-lah raja2 Bugis itu berulang-alek dari Riau ka- Selangor membawa orang2 Bugis di-Selangor dalam angkatan2 perang raja2 Bugis itu, bahkan Daing Perani dan Daing Chelak itu sendiri telah berkahwin dengan keluarga diraja Bugis di- Selangor. Dalam pertengahan Kurun Masehi yang ke-18 itu juga (1756), pada masa Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah memerentah di-Riau, dan Yamtuan Muda (III) Daing Kemboja diam di-Linggi, Raja Lumu, sa-orang daripada putera almarhum Yamtuan Muda (i) Daing Chelak, ia-itu putera yang di-dapati-nya di-Selangor, di-dapati telah jadi Raja memerentah di-Selangor dengan gelaran Sultan_Salehuddin, dan baginda di-sebut juga “Tuanku Raja Selangor” atau “Raja Selangor”. Sejak itu anak chuchu dan “keturunan baginda-lah yang jadi Sultan di-negeri Selangor hingga sekarang. Sultan Ibrahim, Sultan Selangor yang kedua (1778-1826), putera almarhum Sultan Salehuddin itu, ia-lah sa-orang Sultan yang gagah berani. Baginda bermusoh dengan orang2 Belanda dan lebeh sa-tahun lama-nya baginda memerangi orang2 Belanda viii PENDAHULUAN di-Melaka. Baginda-lah juga yang telah menggalakkan ayah saudara-nya Raja Haji Yamtuan Muda (IV) di-Riau datang memerangi orang2 Belanda di-Melaka sa-hingga Raja Haji mang- kat terbunoh dalam peperangan di-Melaka (Marhum Telok .. Ketapang). Lepas itu datang pula orang2 Belanda menyerang dan mengalahkan Selangor sa-hingga Sultan Ibrahim berundor ka-negeri Pahang. Sa-tahun lama-nya Selangor di-perentahkan oleh orang2 Belanda. Sa-telah itu, dengan bantuan Bendahara Tun Abdul Majid Pahang, Sultan Ibrahim datang balek laly menghalaukan orang2 Belanda keluar dari Selangor dan meng- ambil balek negeri itu dari tangan Belanda. Pada masa Sultan Ibrahim itu juga-lah Selangor memerangi negeri Perak; orang2 Siam chuba hendak menguasai negeri Selangor dan Perak; tetapi telah di-champori oleh orang2 Inggeris yang ada di-Pulau Pinang sa-hingga Inggeris dapat membuat perjanjian dengan Sultan Ibrahim dan berniaga membeli bijeh timah di-negeri Selangor. Pada awal Kurun Masehi yang ke-19, pada masa Sultan Ibrahim memerentah di-Selangor, sa-orang raja dari Selangor bernama Tengku Busu mula membuka daerah Lukut (Dalam Negeri Sembilan sekarang) yang di-dapati-nya banyak mengeluarkan bijeh timah dan telah menggalakkan orang2 China datang menger- jakan lombong2 di-Lukut. Dalam buku ini, sejarah daerah Lukut itu ada di-tuliskan berasingan sendiri-nya, ia-itu dari mula di-buka oleh Tengku Busu; kemudian Lukut di-masokkan ka-dalam perentah Selangor, ia-itu pada Sultan Muhammad Shah jadi Sultan di-Selangor (Sultan Selangor yang ketiga); lepas itu baginda menyerahkan daerah Lukut itu di-perentahkan oleh Raja Juma‘at bin Raja Ja‘afar yang berasal dari Riau; Lukut pada zaman gemilang-nya di-bawah perentah Raja Juma‘at dan sampai-lah kapada kesah Lukut di-perentahkan oleh Raja Bot putera Raja Juma‘at, dan akhir-nya, pada tahun 1880, Lukut di-masokkan ka-dalam Daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan). Pada masa Sultan Muhammad itu-lah juga daerah Kelang telah di-serahkan baginda kapada pegangan anakanda baginda yang bernama Raja Sulaiman. Tetapi, tiada lama kemudian, sa-telah Raja Sulaiman mangkat, tidak pula daerah Kelang itu di-berikan baginda kapada chuchu baginda anak Raja Sulaiman yang bernama Raja Mahdi; melainkan di-berikan baginda kapada pegangan Raja Abdullah bin Raja Ja‘afar adek Raja Juma‘at SEJARAH SELANGOR Lukut, dan itu-lah yang menjadi puncha permusohan di-antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah. Raja Abdullah itu-lah yang mula2 telah membawa orang2 China pekerja2 lombong dari Lukut datang membuka lombong2 bijeh timah di-Ampang (Dekat Kuala Lumpur sekarang), dan sejak itu ramai-lah orang2 Melayu yang berasal dari Sumatera, terutama orang2 Mendahiling, Batu Bara dan orang2 Rawa, datang menchari penghidupan mereka berniaga dan berkebun di-darat2 negeri Selangor, ia-itu di-Ampang, Cheras, Kajang dan di-suatu tempat tiada berapa jauh dari Ampang yang kemu- dian-nya di-sebut Kuala Lumpur. Sa-baik mula sahaja Raja Abdullah membuka lombong?2 bijeh timah di-Ampang itu, Sultan Muhammad pun mangkat, di-ganti- kan oleh anak saudara dan menantu almarhum itu bernama,,,_ Raja Abdul Samad jadi Sultan Selangor bergelar Sultan Abdul Samad. Pada masa itu, apabila lombong2 Raja Abdullah di- Ampang itu mengeluarkan hasil bijeh timah-nya, ramai-lah pula orang2 China dari Lukut, Sungai Ujong dan dari Larut datang ka-Kuala Lumpur dan ka-Kanching membuka kedai2 atap dan bekerja di-lombong2 bijeh timah di-tempat2 itu, sa-hingga, pada tahun 1861, empat tahun kemudian daripada Raja Abdullah mula membuka lombong2 di-Ampang itu, orang2 China yang telah ramai diam di-Kuala Lumpur itu pun mengangkat sa-orang taukeh China di-situ jadi ketua mereka dengan memakai gelaran “Kapitan China” (Taukeh Hiu Siew). Tetapi tempat2 di-sabelah pantai laut negeri Selangor, terutama di-Langat, Jugra, Kelang dan Kuala Selangor, ramai di-diami oleh orang2 Melayu yang berasal dari Tanah Bugis, kerana raja2 yang memerentah di- tempat2 itu ia-lah raja2 keturunan Bugis. Sa-telah lebeh kurang tujoh tahun lama-nya Sultan Abdul Samad jadi Sultan Selangor, pada tahun 1866, beriaku-lah “Perang Kelang” (1) ia-itu peperangan di-antara Raja Mahdi dengan pehak Raja Abdullah kerana berebut hendak menguasai Kelang. Orang2 dalam pehak Raja Mahdi itu kebanyakan-nya orang2 Melayu berasal dari Sumatera yang ramai diam di-Kuala Lumpur, Ampang, Ulu Kelang, Damansara, Cheras dan Kajang. Lebeh kurang lima bulan lama-nya berperang, Kelang pun dapat ka- tangan Raja Mahdi (akhir tahun 1866). Tetapi Sultan Abdul Samad yang bersemayam di-Langat (Bandar Termasa) tidak PENDAHULUAN suka kapada Raja Mahdi. Lebeh kurang sa-tahun sa-tengah lepas itu, Sultan Abdul Samad telah mengahwinkan sa-orang daripada puteri baginda dengan sa-orang raja dari Kedah bernama Tengku Kudin (Tengku Dhiauddin), dan langsong -‘Tengku Kudin itu di-angkat baginda jadi wakil baginda di-sebut “Wakil Yamtuan” (Jun, 1868). Kira2 sa-tahun pula kemudian daripada itu, Raja Ismail putera almarhum Raja Abdullah (Raja Abdullah telah mangkat di-Melaka) yang bermusoh dengan Raja Mahdi, telah datang menyerang Kuala Kelang langsong mengepong dan memerangi bandar Kelang yang dalam perentah Raja Mahdi itu dan ber- laku-lah pula “Perang Kelang” sa-kali lagi (II). Dalam pepe- rangan ini, Tengku Kudin (Wakil Yamtuan) telah membawa pasokan perang-nya orang2 dari Kedah datang membantu Raja Ismail mengepong dan memerangi pehak Raja Mahdi di-Kelang; dan Sultan Abdul Samad pun membantu Tengku Kudin. Lebeh kurang delapan bulan lama-nya berperang, baharu-lah Tengku Kudin dapat mengalahkan pehak Raja Mahdi dan menghalaukan Raja Mahdi keluar dari Kelang (Mach, 1870), dan Tengku Kudin pula-lah memerentah di-Kelang sa-bagai “Wakil Yamtuan” bagi negeri Selangor. Dalam kedua2 peperangan yang telah ber- laku di-Kelang itu ia-lah -peperangan di-antara orang2 Melayu sama sendiri. Empat bulan lepas kalah di-Kelang itu, datang pula Raja Mahdi dan kawan2-nya yang tiada suka kapada Tengku Kudin, mengambil Kuala Selangor dan memerentah pula di-situ (Julai, 1870). Sa-bulan sa-belum selesai “Perang Kelang” (II), dalam bulan Februari tahun 1870, berlaku pula “Perang Kanching” ia-itu per- temporan di-antara orang2 China di-Kuala Lumpur pehak Kapitan Yap Ah Loy (Kapitan China II di-Kuala Lumpur) yang di- bantui juga oleh orang2 Melayu, dengan orang2 China lombong di-Kanching dan ramai orang2 China di-Kanching itu telah terbunoh. Enam bulan sa-telah selesai “Perang Kelang” (II), suatu pasokan orang2 China yang di-ketuakan oleh sa-orang China dari Negeri Sembilan bernama Chong Chong dengan di-bantui oleh orang2 Melayu di-bawah ketuaan Saiyid Mashhor yang menyebelahi pehak Raja Mahdi, telah datang menyerang orang2 China pehak SEJARAH SELANGOR Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur yang di-bantui juga oleh orang2 Melayu, dan berlaku-lah pertemporan hebat antara kedua belah pehak itu di-Ulu Kelang dan di-Ampang. Tetapi akhir-nya kalah pehak Chong Chong dan Saiyid Mashhor. Per- temporan itu telah berlaku dalam bulan September dan Oktober tahun 1870. Enam bulan pula lepas itu, orang China pasokan Kapitan Yap Ah Loy yang di-bantui juga oleh orang2 Melayu, telah berperang lagi dengan orang2 China pehak Chong Chong yang di-bantui oleh Saiyid Mashhor di-Rawang, Ulu Yam, Kuala Kubu dan Serendah. Sa-telah dua bulan lama-nya berperang (Mei — Jun, 1871), kalah juga pehak Chong Chong dan Saiyid Mashhor. Saiyid Mashhor pun pergi ka-Kuala Selangor bersatu dengan kawan2-nya Raja Mahdi, Raja Mahmud dan lain2 yang menen- tang pehak Tengku Kudin. Pada masa Kuala Selangor di-kuasai oleh Raja Mahdi dan rakan2-nya itu, sa-kumpulan perompak2 China telah merompak sa-buah tongkang yang datang dari Pulau Pinang dan telah membunoh beberapa orang China dalam tongkang itu. Orang Inggeris mengatakan: apabila pegawai2 Inggeris dari “Negeri2 Selat” datang ka-Kuala Selangor menchari dan hendak menangkap perompak2 China yang di-katakan ada di-Kuala Selangor itu, pegawai2 Inggeris itu telah di-ancham hendak di-serang oleh orang2 Raja Mahdi. Oleh sebab itu Kerajaan Inggeris di-Negeri2 Selat telah menghantarkan dua buah kapal perang datang mem- bedil dan membakar bandar Kuala Selangor (Julai, 1871) sa- hingga Raja Mahdi dan kawan2-nya yang ada di-situ lari ber- tempiaran keluar meninggalkan Kuala Selangor; Raja Mahdi pergi ka-Bengkalis, Raja Mahmud pergi ka-Sungai Ujong, dan Saiyid Mashhor lari ka-negeri Perak tetapi tiada lama kemu- dian Saiyid Mashhor datang balek ka-Ulu Selangor bersiap pula di-situ. meneruskan perlawanan-nya menentang pehak Tengku Kudin dan sekutu2-nya. Sejak itu Kuala Selangor pun di-dudoki oleh orang2 Tengku Kudin. Dalam bulan Julai (1871) itu juga, Gabenor di-Singapura telah menghantarkan pegawai2-nya dengan kapal perang di-ketuai oleh J.W.W. Birch datang ka-Selangor berjumpa Tengku Kudin dan kemudian berjumpa Sultan Abdul Samad di-Jugra. Pada masa itu-lah Birch telah memaksa Sultan Abdul Samad membaharui surat kuasa Tengku Kudin sa-bagai xii PENDAHULUAN “Wakil Yamtuan”, dan pada masa itu orang2 Inggeris meman- dang Tengku Kudin-lah orang yang layak menjalankan pemeren- tahan di-negeri Selangor, dan Birch telah mengakukan bahawa Inggeris akan membantu Tengku Kudin. Sejak itu daerah2 di-sabelah pantai laut Selangor, dari Kuala Selangor sampai ka-Jugra, di-kuasai oleh Tengku Kudin, dan Kuala Lumpur serta daerah2 sa-kitar-nya di-kuasai oleh Kapitan Yap Ah Loy yang memehak kapada Tengku Kudin. Sa-telah Tengku Kudin sa-makin berkuasa di-Selangor, mula- lah beliau mengambil beberapa ramai askar2 Sepahi dan pegawai2 askar bangsa Eropah mengetuakan pasokan2 perang beliau di- Kelang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Putera2 Sultan Abdul Samad yang memerentah di-Kuala Selangor itu pun dengan helah Tengku Kudin telah di-pechat daripada jadi ketua pemerentah di-tempat itu. Sejak itu sa-makin bertambah ramai-lah putera2 Sultan Abdul Samad yang benchi kapada Tengku Kudin. Sementara itu Tengku Kudin telah meminta bantu pula kapada Bendahara Wan Ahmad di-Pahang hendak mengalahkan musoh?2- nya di-Selangor. Pada awal tahun 1872, dengan pertolongan Kerajaan Inggeris di-Singapura yang telah di-beritahukan oleh Tengku Kudin, kelengkapan perang dan ubat2 bedil yang telah di-siapkan oleh Raja Mahdi di-Bengkalis hendak menyerang ka-Selangor, telah di-rampas oleh Kerajaan Belanda, dan Raja Mahdi pun berundor pula ka-negeri Johor. Pada masa itu-lah juga Tengku Kudin dengan sa-orang orang besar wakil Bendahara Wan Ahmad Pahang berjumpa dengan Gabenor di-Singapura menentukan fasal bantuan daripada Bendahara Pahang yang di-hantar ka-Selangor membantu Tengku Kudin, dan telah di-persetujui oleh Gabenor itu. Dalam pertengahan tahun 1872 itu juga, pasokan orang2 Melayu yang memehak kapada Raja Mahdi, ia-itu pasokan2 yang di-ketuakan oleh Saiyid Mashhor, Raja Asal, Sutan Puasa, Raja Kahar, Raja Laut, Raja Mahmud dan pasokan yang di- bawa oleh Raja Mahdi sendiri, telah bersatu dekat Kuala Lumpur lalu mengepong pehak Kapitan Yap Ah Loy dan pasokan pehak Tengku Kudin yang ada di-Kuala Lumpur. Dalam bulan Ogos tahun itu juga (1872), walau pun pasokan orang2 dari Pahang telah datang ka-Selangor, pasokan2 pehak Raja Mahdi dan SEJARAH SELANGOR kawan2-nya itu telah dapat menawan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Pada masa itu hampir seluroh tempat di-darat Selangor dan Kuala Selangor di-kuasai oleh pehak Raja Mahdi dan kawan2- nya. Tetapi tujoh bulan lepas itu, pada akhir bulan Mach tahun 1873 Kuala Lumpur dapat di-ambil balek oleh pehak Tengku Kudin yang di-bantui oleh orang2 Kapitan Yap Ah Loy dan orang2 dari Pahang. Sejak itu tiada-lah berhenti pasokan orang2 dari Pahang (dari darat dan laut) dengan pehak Tengku Kudin memerangi dan mengalahkan pasokan2 pehak Raja Mahdi dan kawan2-nya, terutama Saiyid Mashhor, hampir2 di-seluroh tem- pat dalam negeri Selangor, ia-itu di-Kuala Selangor dan daerah2 sa-kitar-nya, di-Kuala Lumpur hingga ka-Kanching, Rawang, Serendah, Ulu Yam, Kuala Kubu, Ulu Bernam hingga ka-Slim di-negeri Perak. Pada akhir tahun 1873 itu juga selesai-lah orang2 Pahang berperang di-negeri Selangor membantu Tengku Kudin, dan orang2 Pahang pun balek sa-mula ka-negeri Pahang. Orang2 Inggeris di-Negeri2 Selat memang telah lama menchuba menchari jalan hendak memasokkan kuasa-nya ka-negeri Selangor. Sunggoh pun dengan chara membantu Tengku Kudin melawan musoh2-nya itu Inggeris telah dapat mempengarohi Sultan Abdul Samad, tetapi belum-lah lagi mereka dapat sama2 memerentah di-Selangor. Pada akhir tahun 1873 itu juga, kebetulan pula, sa-buah sekochi dari Melaka di-punyai oleh orang Melayu Melaka ra‘ayat British yang membawa juga penumpang2 orang China, telah kena rompak di-kuala Sungai Jugra tiada berapa jauh dari istana Sultan Abdul Samad dan putera2 baginda. Peristiwa itu- lah yang telah di-jadikan sebab oleh Gabenor di-Singapura (Sir Andrew Clarke) dapat memasokkan kuasa Inggeris ka-negeri Selangor sa-hingga Sultan Abdul Samad dan orang besar2 di- kelilng baginda tiada dapat membantah apabila orang2 Inggeris mengatakan: pada masa itu raja2 dan orang besar2 di-Selangor memang suka menerima sa-orang pegawai Inggeris datang ka- Selangor menolong mereka menjalankan pemerentahan di-negeri -itu. Dalam bulan Ogos tahun 1874, Gabenor di-Singapura telah menghantarkan sa-orang pegawai-nya bernama Frank Swettenham datang ka-Selangor memegang jawatan Penolong Residen di- Selangor dan menjadi Penasihat kapada Sultan Abdul Samad; dan pehak Inggeris mengatakan pula bahawa Sultan Abdul Samad sangat-lah suka menerima kedatangan Frank Swettenham xiv PENDAHULUAN jadi Penasihat baginda itu. Dua bulan lepas itu, di-perchayai dengan pujok helah Swettenham, Sultan Abdul Samad pun menulis surat kapada Gabenor di-Singapura meminta supaya negeri Selangor di-masokkan ka-bawah naungan perentah Kerajaan Inggeris, bagi pehak Inggeris, perbuatan baginda saperti itu tentu-lah sa-bagai kata peribahasa Melayu “Puchok di-chita ulam tiba”. Pada akhir bulan Disember tahun 1874 itu juga, Sir Andrew Clarke pun mengumumkan ia-itu J.G. Davidson, sa-orang Inggeris yang telah lama bekerja menolong Tengku Kudin, di- jadikan British Residen yang pertama di-negeri Selangor. Sejak itu negeri Selangor pun menjalani sejarah-nya sa-bagai sa-buah negeri Melayu di-bawah naungan perentah Kerajaan Inggeris. Pada pertengahan tahun 1875 Raja Mahmud dan Saiyid Mashhor orang2 kuat pehak Raja Mahdi itu telah menyerah diri kapada Kerajaan Inggeris dan kedua-nya telah menjadi orang2 kuat pula kapada Frank Swettenham di-negeri Perak pada masa huru-hara perang di-negeri itu. Dalam bulan Oktober tahun 1875 itu juga, Sutan Puasa yang telah menchuba lagi hendak mem- bangkitkan pemberontakan melawan Inggeris di-negeri Selangor telah dapat di-tangkap lalu di-penjarakan di-Kelang. Dan sa- tahun lepas itu, dalam bulan Ogos tahun 1876, Raja Mahdi telah di-tangkap pula oleh orang2 Inggeris lalu di-penjarakan di-Singa- pura; Inggeris pun terus-lah menjalankan pemerentahan-nya di- negeri Selangor. Lebeh kurang dua puloh tahun kemudian daripada itu, dengan helah kepandaian Frank Swettenham juga, dapat pula Kerajaan Inggeris persetujuan daripada Sultan Abdul Samad memasokkan negeri Selangor bersama2 dengan negeri Perak. Negeri Sem- bilan dan Pahang ka-dalam sa-buah persekutuan negeri2 di- namakan “Negeri2 Melayu Yang Bersekutu” (Federated Malay States) yang telah di-rasmikan penubohan-nya pada | haribulan Julai tahun 1896 dan bandar Kuala Lumpur di-jadikan pusat pertadbiran-nya. Dua tahun lepas itu, ia-itu sa-telah menjadi Sultan Selangor sa-lama 39 tahun, pada tahun 1898 Sultan Abdul Samad pun mangkaf, Raja Muda Sulaiman ibni almarhum Raja Muda Musa (Raja Muda Musa telah mangkat pada tahun 1884) chuchunda almarhum Sultan Abdul Samad telah di-lantek jadi Sultan Sela- ngor menggantikan almarhum nenda baginda, bergelar Sultan xv SEJARAH SELANGOR Alauddin Sulaiman Shah. Sa-telah memerentah sa-lama 22 tahun, pada tahun 1920 baharu-lah baginda mengangkat putera sulong baginda bernama Tengku Musauddin jadi Raja Muda Selangor. Sa-telah Tengku Musauddin jadi Raja Muda Selangor sa- lama 14 tahun, pada tahun 1934, dengan nasihat British Residen Selangor masa itu bernama T.S. Adams yang tiada suka kapada Tengku Musauddin, Kerajaan Inggeris telah memaksa Tengku Musauddin turun daripada pangkat-nya sa-bagai Raja Muda Selangor itu dengan tiada pun lebeh dahulu meminta persetujuan daripada Sultan dan orang besar2 Selangor. Walau pun pemechatan itu tiada di-setujui oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah dan sa-bahagian ramai daripada orang besar2 Selangor serta ber- lawanan pula dengan adat istiadat diraja Selangor. tetapi Kerajaan Inggeris telah meneruskan juga tindakan penjajahan-nya itu. Dua tahun lepas itu, Tengku Alam Shah (Tengku Laksamana Sela- ngor) sa-orang daripada putera Sultan Alauddin Sulaiman Shah telah di-lantek jadi Raja Muda Selangor, dan Tengku Musauddin di-beri gelaran Tengku Kelana Jaya Putera. Sultan Alauddin Sulaiman Shah telah menjadi Sultan Selangor sa-lama 40 tahun dan dalam masa pemerentahan baginda itu Selangor telah menchapai beberapa kejayaan. Baginda telah mangkat dalam tahun 1938. Raja Muda Tengku Alam Shah di- angkat jadi Sultan Selangor menggantikan almarhum ayahanda baginda, bergelar Sultan Hisamuddin Alam Shah. Lebeh kurang empat tahun lepas itu, dalam tahun 1942, pada masa tentera Jepun mendudoki seluroh “Malaya” (termasok Singapura), pemerentah tentera Jepun telah menurunkan Sultan Hisamuddin Alam Shah dari takhta kerajaan Selangor lalu meng- angkat Tengku Musauddin jadi Sultan Selangor bergelar Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah. Tetapi, pada akhir tahun 1945, apabila tentera British balek sa-mula ka-Malaya, pehak berkuasa tertinggi Pertadbiran Tentera British di-Malaya telah memethat Sultan Musa (Tengku Musauddin) lalu mengangkat Sultan Hisamuddin Alam Shah balek jadi Sultan Selangor. Pada masa Sultan Hisamuddin Alam Shah itu-lah tertuboh- nya “Persekutuan Tanah Melayu” (1948) dan negeri Selangor sa-buah daripada negeri anggota-nya. Pada tahun 1950, putera baginda yang bernama Raja Abdul Aziz di-angkat jadi Raja Muda Selangor. Pada masa Persekutuan Tanah Melayu menchapai Xvi PENDAHULUAN kemerdekaan (1957), negeri Selangor pun turut sama merdeka daripada perentah British; dan apabila Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, di-pileh dan di-lantek jadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sultan Hisamuddin Alam Shah di-jadikan Tim- balan Yang di-Pertuan Agong. Apabila Yang di-Pertuan Agong yang pertama itu mangkat pada tahun 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah di-angkat jadi Yang di-Pertuan Agong (II) bagi Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi baginda hanya sempat jadi Yang di-Pertuan Agong sa-lama empat bulan; baginda telah mangkat pada awal bulan September tahun 1960 itu juga. Putera almarhum Raja Muda Abdul Aziz di-lantek jadi Sultan Selangor menggantikan almarhum ayahanda baginda, bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan baginda sedang berkerajaan di-negeri Selangor sekarang ini. Demikian-lah ringkasan sejarah negeri Selangor yang di-sebut- kan dalam buku ini. Tarikh2 yang di-pakai dalam buku ini ia-lah tarikh Tahun Masehi. Dalam kata Pendahuluan ini, tidak lupa saya menyatakan terima-kaseh saya kapada beberapa orang penulis2 renchana2 dan buku2 sejarah serta penerbit2 buku2 dan majallah2 yang mengandongi renchana2 sejarah itu, kerana buku2 dan renchana2 sejarah karangan mereka itu telah saya gunakan sa-bagai bahan2 pembachaan untok saya menyusun dan menuliskan sejarah negeri Selangor saperti yang ada ini, dan nama2 mereka itu ada-lah saya tuliskan pada daftar buku2 Pembachaan saya dalam buku ini. Demikian jua, saya menguchapkan terima-kaseh kapada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Harun bin Haji Idris yang telah sudi memberi kata “‘Perutusan” bagi buku ini: semoga dapat-lah kira- nya khidmat saya ini di-terima oleh pembacha2-nya. HAJI BUYONG BIN ADIL Kuala Lumpur: 21 Julai, 1969. XVii s KANDONGAN Muka surat Perutusan v Pendahuluan ... se ro ae woe see oo vii Selangor Pada Zaman Purbakala ... 1 Selangor Dalam Kurun Masehi Yang Ke-14 3 Selangor Dalam Kurum Masehi Yang Ke-15 dan 16. 4 Orang2 Bugis di-Selangor ... we 6 Selangor Dalam Kurun Masehi Yang Ke-18 8 Selangor Dalam Pemerentahan: Sultan Salehuddin Shah (1756 — 1778) ... an 16 Sultan Ibrahim Shah (1778 — 1826) ... ose 22 Sultan Muhammad Shah (1826 — 1857) ... ee 45 Sultan Abdul Samad (1859 — 1898)... 53 Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1898 — 1938) 166 Sultan Hisamuddin Alam Shah (i: 1938 — 1942) 175 Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah (1942 — 1945) 177 (Masa Pendudokan Tentera Jepun) Sultan Hisamuddin Alam Shah (ii: 1945 — 1960) 179 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1960 — sedang berkerajaan) 184 xix SEJARAH SELANGOR Daftar Nama Sultan2 Selangor Silsilah Sultan2 Selangor Sejarah Lukut Pembachaan. ... Indeks XX 186 187 188 209 Selangor Pada Zaman Purbakala: Pada tahun 1905, tiga buah locheng gangsa buatan orang za- man purba, yang tertanam dalam tanah, telah di-jumpai di-Kelang tatkala orang2 menggali tanah di-situ. Kemudian, dalam tahun 1944 pula, tatkala orang menggali tanah2 di-Bukit Kuda dekat Kelang, telah di-jumpai pula pechahan sa-buah gendang gangsa buatan orang zaman purba juga. Sa-panjang penyiasatan ahli2 penyiasat barang2 peninggalan zaman purba, gendang dan locheng gangsa yang telah di-jumpa di-Kelang itu, sa-rupa-lah dengan gendang dan locheng gangsa yang telah di-dapati dalam tanah di-tempat yang bernama Dong Son di-tepi Sungai Song Ma di-daerah Than Hoa (atau Cheu- chen) di-Indo-China, ia-itu buatan orang2 Zaman Kebudayaan Gangsa-Besi yang di-sebut juga Zaman Kebudayaan Dong Son oleh ahli2 sejarah dan ahil2 penyiasat barang2 peninggalan za- man purba. Zaman Kebudayaan Dong Son itu telah bermula di-Dong Son kira2 tiga ratus tahun sa-belum Masehi, dan telah merebak ka-seluroh Nusantara hingga awal Kurun Masehi yang ke-3, Di-perchayai gendang dan locheng di-perbuat daripada gangsa (di-sebut juga tembaga senam atau perunggu) yang di- dapati di-Kelang itu, telah di-bawa dari daerah2 Indo-China oleh orang2 Melayu-Jati kumpulan atau gelombang yang kedua da- tang ka-Sémenanjong Tanah Melayu dengan melalui negeri Thai (Siam) pada masa lebeh kurang tiga ratus tahun sa-belum Masehi. Mereka itu memang telah tahu menukangi perkakas2 yang di-buat daripada besi, dan mereka-lah yang mula2 mem- bawakan perkakas2 yang di-buat daripada gangsa dan besi ka- Semenanjong Tanah Melayu ini, ya‘ani mereka-lah yang mula2 membawakan Kebudayaan Gangsa-Besi ka-seluroh Nusantara. Oleh sebab tidak ada bukti2 sejarah yang lebeh jelas dapat SEJARAH SELANGOR di-pegangi untok menentukan kesah sejarah daerah Kelang itu pada zaman purba, jadi tidak-lah dapat di-sebutkan apa-kah kesah-nya daerah itu pada zaman purbakala atau zaman pra- sejarah walau pun telah di-jumpai gendang dan locheng2 gangsa yang di-sebutkan itu. Walau pun demikian, tetapi oleh sebab ada pula di-jumpai tertanam dalam tanah beberapa keping per- kakas2 besi zaman dahulu di-daerah Kelang itu juga yang di- sebut oleh orang2 Melayu “Tulang Mawas”, dan jika di-banding- kan pula dengan keadaan tanah2 di-kuala Sungai Kelang itu, boleh-lah di-katakan ia-itu pada zaman purbakala daerah Kelang itu (entah apa nama-nya masa itu) telah di-diami oleh manusia, ia-itu manusia yang sangat bersahaja (primitive) dan kehidupan mereka pun hanya-lah menangkap ikan. Sejak itu hingga Kurun Masehi yang ke-14, tiada-lah di-dapati apa2 kesah mengenai se- jarah negeri Selangor atau sa-suatu tempat dalam negeri itu. (Sa-lain daripada di-Kelang, beberapa buah gendang gangsa buatan orang zaman dahulu, sa-jenis juga dengan gendang gangsa yang di-jumpai di-Kelang itu, telah di-jumpai juga tertanam dalam tanah di-tempat2 lain, ia-itu pada tahun 1926 sa-buah telah di- jumpai di-Batu Pasir Garam di-tepi Sungai Tembeling, Pahang; dalam bulan Jun tahun 1964, dua buah gendang gangsa telah di- jumpai di-Kampong Sungai Lang, Daerah Kuala Langat, Selangor; dan dalam bulan Julai tahun 1965 dua buah lagi di-jumpai di-Batu Burok, Kuala Terengganu. Sa-hingga ini sudah enam buah-lah gendang gangsa buatan orang zaman purba yang telah di-jumpai di-Semenanjong Tanah Melayu ini. Semua gendang2 gangsa itu sa- jenis keadaan-nya ia-itu buatan orang2 zaman “Kebudayaan Gangsa-Besi” yang di-sebut juga “Kebudayaan Dong Son”.) Selangor Dalam Kurun Masehi Yang Ke-14: Dalam Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang (suntingan W.G. Shellabear) yang mencheritakan kesah raja2 Melayu ber- kerajaan di-Singapura, ada menyebutkan: pada masa Paduka Seri Maharaja memerentah di-Singapura, ada sa-orang orang Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ka-Singapura ber- sama-sama sahabat-nya “tuan di-Bunguran dan di-Selangor’’. Oleh sebab itu nyata-lah pada zaman Paduka Seri Maharaja meme- rentah Singapura itu — dalam Kurun Masehi yang ke-14 — telah ada tersebut nama Selangor. Tetapi tiada-lah pula di-sebutkan dalam hikayat itu di-mana tempat-nya dan apa hal-nya Selangor itu. Dalam Kurun Masehi yang ke-14 itu juga, di-dapati tempat yang bernama Kelang — dalam negeri Selangor sekarang ini — terta‘alok di-bawah kuasa Kerajaan Majapahit (di-Tanah Jawa); kerana kitab sha‘er Nagarakertagama terkarang dalam pertengahan Kurun Masehi yang ke-14, yang mencheritakan kesah Kerajaan Majapahit, ada menyebutkan nama Kelang di-antara nama be- berapa buah tempat lain di-Nusantara yang ta‘alok ka-Majapahit. Tetapi tiada-lah juga tersebut apa hal-nya tempat yang bernama Kelang itu. Selangor Dalam Kurun Masehi Yang Ke-15 dan 16: Dalam Kurun Masehi yang ke-15, di-dapati beberapa buah tempat dalam negeri Selangor sekarang ini, ia-itu: Kelang, Jeram, Langat, Jugra dan Selangor, terta‘alok atau di-bawah pengaroh Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa Sultan Muzaffar Shah memerentah Melaka (1445- 1458), Tun Perak anak kapada sa-orang daripada Bendahara Melaka, telah di-angkat oleh orang2 Kelang jadi penghulu me- reka di-Kelang. Kemudian, pada masa orang2 Siam datang me- nyerang Melaka — pada masa Sultan Muzaffar Shah itu juga — Tun Perak Penghulu Kelang itu telah membawa orang2 Kelang (lelaki dan perempuan) datang ka-Melaka membantu Melaka melawan dan mengalahkan orang2 Siam yang datang menyerang Melaka itu. Tiada lama kemudian, Tun Perak pun di-angkat jadi Bendahara Melaka; gelaran-nya Bendahara Paduka Raja. Pada masa Sultan Mansur Shah pula memerentah Melaka (1459-1477), sa-orang daripada putera baginda yang bernama Paduka Seri China di-rajakan baginda di-Jeram hampir Langat; dan Sejarah Melayu mengatakan: “Sekarang pun (1612) ada lagi kota-nya, dan orang? di-Jeram itu baik2 bahasa-nya jika orang bertemu”. Pada masa Sultan Mahmud Shah memerentah Melaka (1488- 1511), Sejarah Melayu mengatakan: negeri Melaka itu terlalu ramai; “jika orang dari Melaka datang ka-Jugra tiada membawa api lagi, kerana barang di-mana berhenti, di-sana ada-lah rumah orang.” Sa-telah Kerajaan Melaka di-alahkan oleh orang2 Portugis pada awal Kurun Masehi yang ke-16 (Tahun 1511), Sultan Mahmud serta orang2 baginda telah berundor ka-negeri Johor, kemudian ka-Pahang, lalu ka-Pulau Bentan dan berkerajaan pula di-situ. SELANGOR DALAM KURUN MASEHI YANG KE-15 DAN 16 Pada masa Sultan Mahmud Shah berkerajaan di-Pulau Bentan, Selangor maseh di-bawah ta‘alok baginda. Dalam hikayat Sejarah Melayu yang di-dapati dalam simpanan kutub khanah Raffles di- London, naskhah nombor 18, ada menyebutkan: pada masa Sultan Mahmud Shah di-Pulau Bentan itu, baginda telah me- nitahkan orang besar-nya Paduka Tuan (Tun Isap Berakah, ké- mudian-nya jadi Bendahara Johor) pergi ka-Beruas (dalam ne- geri Perak sekarang). Paduka Tuan pergi ka-Beruas itu di-bawa- nya bersama anak-nya yang bernama Tun Mahmud (Seri Agar Raja). Apabila Paduka Tuan balek sa-mula ka-Bentan (dari Beruas), Selangor di-berikan-nya kapada anak-nya Tun Mahmud itu. Sejarah Melayu itu juga mengatakan: “Akan Seri Agar Raja sedia di-suroh Bendahara Paduka Tuan diam di-Selangor penaka raja-lah ia di-Selangor”. (Tun Mahmud Seri Agar Raja ini-lah yang mula2 jadi Bendahara di-negeri Perak pada masa Sultan Muzaffar, Sultan Perak yang pertama, mula berkerajaan di-negeri Perak). Selangor yang tersebut dalam Sejarah Melayu itu, ia-lah di- kuala Sungai Selangor, yang sekarang di-sebut nama-nya Kuala Selangor. Pada masa Sultan Alauddin Riayat Shah (II) putera almarhum Sultan Mahmud Shah Melaka (Marhum Kampar — mangkat di- Kampar, Sumatera, lebeh kurang pada tahun 1528) berkerajaan di-negeri Johor (1529/30-1564), ketua yang memerentah di-Kelang gelaran-nya Mandulika; ta‘alok kapada baginda di-Johor. Oleh sebab itu, nyata-lah nampak-nya pada masa itu pun — Kurun Masehi yang ke-16 — Selangor maseh di-bawah kuasa raja2 Johor yang berketurunan dari Melaka. Kesimpulan-nya: tempat2 dalam negeri Selangor yang di- sebutkan itu: Kelang, Jeram, Langat, Jugra dan Selangor (Kuala Selangor) — dalam Kurun Masehi yang ke-15 dan 16 dahulu — ta‘alok di-bawah kuasa Sultan2 Melayu di-Melaka, yang kemudian- nya pindah berkerajaan di-Johor pula (awal Kurun Masehi yang ke-16). Orang2 Bugis Di-Selangor Dalam Kurun Masehi yang ke-17, orang2 Bugis dari Tanah Bugis (Sulawesi), di-dapati telah ada mendiami negeri Selangor. Dalam pada itu tiada-lah di-ketahui siapa-kah ketua mereka yang datang membuat tempat kediaman di-Selangor itu. Dalam buku karangan R.J. Wilkinson mengatakan: ketua orang2 Bugis yang mula2 datang membuka tempat kediaman di-Selangor itu ber- nama Daing Lakani. Tetapi ini tiada-lah dapat di-sahkan, kerana tiada di-ketahui dari mana puncha di-dapati-nya cherita itu. Dalam buku Pendaftaran Harian (Dagh-Register) orang2 Belanda di-Betawi (Jakarta sekarang) bertarikh tahun 1625-1685 menyebut- kan: pada 4 haribulan Ogos tahun 1681, sa-orang orang Kedah yang mengaku ia-nya adek Sultan Kedah telah meminta kebenaran kapada orang Belanda hendak menggunakan Dinding jadi tempat berkumpul sa-ramai 150 orang orang2 Bugis dari Kelang akan membantu dia melanggar abang-nya Sultan Kedah. (Dinding yang di-sebutkan itu ia-lah Pulau Pangkor, dan di-situ ada gedong-kota orang2 Belanda). Dalam bulan Januari tahun 1682 pula, orang itu telah meminta kebenaran lagi kapada Belanda hendak pergi ka- Selangor meminta bantuan kapada orang2 Bugis akan melanggar abang-nya Sultan Kedah itu. Ia telah menyatakan: dengan dua buah kapal dan tiga atau empat ratus orang2 Bugis membantu- nya, tentu dia dapat mengalahkan Kedah. Dalam tahun 1685 pula, Kompeni Belanda telah meminta ka- pada Kerajaan Johor supaya mengingatkan orang di-Tampin, Rembau, Sungai Ujong, Kelang dan Selangor jangan mengachau- ngachau ka-Melaka (Pada masa itu Melaka dalam perentah orang2 Belanda). Daripada keterangan2 yang di-dapati itu, nyata-lah menunjok- kan bahawa dalam Kurun Masehi yang ke-17 itu orang2 Bugis ORANG2 BUGIS DI-SELANGOR. telah ramai mendiami negeri Selangor, dan menunjokkan juga Selangor maseh di-bawah kuasa Kerajaan Johor. Tetapi pada akhir Kurun Masehi yang ke-17, sa-telah mangkat Sultan Mahmud Shah (Il) Marhum Mangkat di-Julang (1699), pemerentahan Ke- rajaan Johor-Riau telah mulai lemah, dan mudah sahaja di- alahKan oleh orang2 lain. Selangor Dalam Kurun Masehi Yang Ke-18 Pada tahun 1700, orang besar di-Kelang yang bergelar To’ Engku Kelang telah menghadiahkan sa-buah chap mohor tanda berkuasa kapada Yamtuan Selangor. Daripada keterangan itu menunjokkan: pada awal Kurun Masehi yang ke-18, di-Selangor sudah ada orang yang bergelar To’ Engku Kelang dan Yamtuan Selangor. Tetapi tiada-lah di-ketahui siapa-kah orang-nya yang bergelar To’ Engku Kelang dan Yamtuan Selangor itu. Hanya yang sah-nya: To’ Engku Kelang itu berkeluarga dengan Sultan Abdul Jalil (IV), Sultan Johor masa itu yang berasal dari Benda- hara yang menggantikan Marhum Mangkat di-Julang (Sultan Mahmud Shah II) jadi Sultan Johor. Dan ada pula riwayat orang tua2 mengatakan: konon-nya Megat Seri Rama yang membunoh Marhum Mangkat di-Julang itu, ada dua orang anak-nya, ber- nama Che’ Akub dan Che’ Akhir, telah pergi diam ka-Kelang. Lain daripada itu tiada-lah di-ketahui apa2 hal mereka itu. Daripada keterangan yang di-sebutkan di-atas itu, nyata-lah, hingga awal Kurun Masehi yang ke-18 itu pun, negeri Selangor maseh di-bawah kuasa dan pengaroh Kerajaan Johor yang telah berpindah ka-tangan Bendahara (sejak mangkat Marhum Mangkat di-Julang), dan To’ Engku Kelang itu-lah wakil Kerajaan Johor di- negeri Selangor. Orang2 Bugis yang jadi Yamtuan Selangor (Kuala Selangor) itu pun mendapat kuasa daripada To’ Engku Kelang, dan keadaan saperti itu berjalan hingga kapada masa Raja Lumu jadi Yang di-Pertuan Besar Selangor bergelar Sultan Salehuddin, dan kesultanan baginda itu telah di-i‘tiraf juga oleh Sultan Perak kira2 pada pertengahan Kurun Masehi yang ke-18, dan lepas-lah negeri Selangor daripada kuasa Kerajaan Johor. Pada awal Kurun Masehi yang ke-18 itu juga, ada lima orang raja2 Bugis adek beradek dengan angkatan mereka telah pergi SELANGOR DALAM KURUN MASEHI YANG KE-18 mengembara. ka-berbagai-bagai tempat, dan telah sampai ka- perayeran Kerajaan Johor-Riau. Raja2 Bugis itu bemama: Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak (atau Daing Pali) dan Daing Kemasi; sakalian-nya putera kapada Raja Bugis yang bernama Daing Rilaka. 1717-1719. Pada tahun 1717, Raja Kechil dari Minangkabau, yang mengakukan diri-nya putera Marhum Mangkat di-Julang (Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor) telah berjumpa dengan Daing Perani dan Daing Chelak di-Bengkalis. Raja Kechil telah meminta bantu kapada raja2 Bugis itu memerangi dan mengambil Kerajaan Johor-Riau daripada tangan Sultan Abdul Jalil (IV), dengan perjanjian, jika berjaya, Daing Perani akan di-jadikan Yamtuan Muda Kerajaan Johor-Riau. Raja2 Bugis itu tiada ber- setuju hendak menolong Raja Kechil menyerang Johor; tetapi dengan berdaleh mereka telah meminta tanggoh mengatakan me- reka hendak pergi dahulu ka-Langat melengkapkan kekuatan dan mengumpulkan orang2 Bugis di-sana. Tiada berapa lama lepas itu, dengan tiada menantikan bantuan daripada raja2 Bugis itu, Raja Kechil telah membawa angkatan perang-nya pergi menyerang negeri Johor, dan akhir-nya, pada 21 haribulan Mach tahun 1718, Raja Kechil telah berjaya me- na‘alokkan negeri Johor dan menurunkan Sultan Abdul Jalil dari takhta kerajaan. Raja Kechil telah menggelarkan diri-nya Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, dan telah beristerikan puteri bongsu Sultan Abdul Jalil yang bernama Tengku Kamariah. Lebeh kurang sa-tahun lepas itu, Sultan Abdul Jalil serta putera2 dan pengikut2 baginda telah berundor meninggalkan negeri Johor pergi ka- Terengganu; kemudian pindah pula diam di-Kuala Pahang. Di- antara putera2 dan puteri2 Sultan Abdul Jalil yang bersama-sama baginda berundor itu ia-lah: Raja Sulaiman, Tengku Tengah (atau Tengku Erang), Tengku Mandak, dan Tengku Kamariah isteri Raja Kechil itu pun turut sama mengikut ayahanda-nya. Raja Kechil pun pindah ka-Riau dan bersemayam di-situ. (Lihat: Sejarah Johor). 1720. Pada masa Sultan Abdul Jalil dan rombongan-nya diam di-Kuala Pahang itu, datang orang2 surohan Raja Kechil hendak membawa baginda dan putera-nya pindah ka-Riau. Tetapi se- 9 SEJARAH SELANGOR dang dalam berurusan hendak pindah itu, datang pula perentah daripada Raja Kechil menyuroh bunoh Sultan Abdul Jalil itu jangan lagi di-bawa ka-Riau. Oleh sebab itu hulubalang2 Minang kabau orang2 Raja Kechil yang ada di-Kuala Pahang itu pun da- tang menyerang lalu membunoh Sultan Abdul Jalil (IV). Jenazah almarhum itu telah di-makamkan di-Kuala Pahang, dan di-sebut Marhum Mangkat di-Kuala Pahang; kejadian itu berlaku dalam tahun 1720. Putera2 dan puteri2 almarhum serta orang besar2 Johor yang ada bersama-sama di-situ telah di-bawa oleh orang2 Raja Kechil ka-Riau dan diam di-sana di-bawah perentah Raja Kechil( Lihat: Sejarah Johor). 1721. Kira2 pada akhir tahun 1721, raja2 Bugis lima ber- saudara itu (Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak dan Daing Kemasi) ada di-Matan (Kalimantan) se- dang menjalankan urusan mereka di-sana. Pada masa itu-lah raja2 Bugis itu telah menerima surat panggilan daripada Raja Sulaiman dan Bendahara-nya di-Riau meminta tolong kapada raja2 Bugis itu mengambilkan Kerajaan Johor-Riau dari tangan Raja Kechil. Raja2 Bugis itu dengan angkatan perang mereka telah datang menyerang lalu mengalahkan Raja Kechil di-Riau. Dalam pe- perangan itu raja2 Bugis itu dapat juga bantuan daripada orang2 Bugis di-Selangor. Sa-telah Raja Kechil kalah dan terhalau dari Riau, beliau pergi ka-Lingga. Tiada lama lepas itu, raja2 Bugis lima bersaudara itu pergi pula ka-Langat dan ka-Selangor (Kuala Selangor) kerana hendak me- ngumpulkan orang2 Bugis di-sana serta menyediakan kelengkapan hendak mengadap perang dengan Raja Kechil yang mungkin ber- laku lagi. Mengikut riwayat-nya: pada masa itu orang2 Bugis di- Langat ramai, dan ramai pula yang berniaga ka-Melaka, dan di- antara mereka ramai pula yang kaya2. Tiada lama sa-telah raja2 Bugis itu pergi ka-Selangor, Raja Sulaiman pula bertolak mening- galkan Riau pergi ka-Pahang hendak mengumpulkan belanja un- tok menyediakan kelengkapan perang. Pada masa itu-lah Raja Kechil yang diam di-Lingga itu telah mengambil peluang datang balek mengambil Riau lalu menguatkan pertahanan-nya di-situ. Suatu angkatan orang2 Bugis dari Selangor dengan di-ketuakan oleh Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) serta saudara2-nya yang lain itu juga, telah pergi menyerang Linggi, kerana Penghulu Linggi 10 SELANGOR DALAM KURUN MASEHI YANG KE-18 telah menganiaya nelayan2 Bugis yang menangkap ikan di-Kuala Linggi. Penghulu Linggi telah minta bantu kapada Raja Kechil di- Riau. Raja Kechil dari Riau telah datang membantu Penghulu Linggi melawan orang2 Bugis itu. Dalam peperangan di-Linggi itu, raja2 Bugis itu télah menjalankan suatu muslihat perang: angkatan Bugis itu telah berpechah dua; sa-bahagian daripada angkatan mereka itu, ketika malam, pura2 berundor kalah, lalu pergi ka- Riau; dan sa-bahagian lagi tinggal terus melawan angkatan Raja Kechil yang bersatu dengan angkatan Penghulu Linggi. Akhir peperangan itu kalah Linggi, dan Riau dapat di-ambil balek oleh raja2 Bugis. Sa-rempak masa itu juga, Raja Sulaiman dari Pahang telah sampai balek ka-Riau lalu sama2 mendudoki Riau sa-mula. Raja Kechil yang telah kalah dalam peperangan di-Linggi itu telah lari pergi ka-Siak dan dapat pula memerentah di-Siak. Penghulu Linggi telah membuat perjanjian setia dengan raja2 Bugis. 1722. Sa-telah raja2 Bugis lima bersaudara itu membuat per- janjian bersumpah setia dengan Raja Sulaiman di-Riau, raja2 Bugis itu pun melantek Raja Sulaiman jadi Yang di-Pertuan Besar ya‘ani Sultan bagi Kerajaan Johor-Riau, dan di-gelar Sultan Sulai- man Badrul Alam Shah. Pada masa itu juga, dengan persetujuan raja2 Bugis itu sama sendiri, saudara mereka Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) telah di-pileh dan di-angkat mereka jadi Yamtuan Muda (1), dan sejak itu, mengikut perjanjian yang telah di-persetujui bersama oleh pehak Bugis dan Sultan Sulaiman, di- tétapkan-lah Raja Sulaiman dan keturunan-nya (pehak Melayu) jadi Yang di-Pertuan Besar atau Yamtuan Besar (Sultan); Daing Merewah dan raja2 Bugis lima bersaudara itu serta keturunan mereka (pehak Bugis) di-tetapkan jadi Yang di-Pertuan Muda (Yamtuan Muda). Pada masa itu juga, saudara2 perempuan Sultan Sulaiman di- kahwinkan dengan raja2 Bugis itu, ia-itu Daing Perani di-kahwin- kan dengan Tengku Tengah (Tengku Erang), dan Daing Chelak di-kahwinkan dengan Tengku Mandak, Istiadat dan keramaian melantek Raja Sulaiman jadi Sultan dan Daing Merewah jadi Yamtuan Muda itu telah di-lakukan dalam bulan Oktober tahun 1722. Sejak itu pusat kekuatan orang2 Bugis yang selama ini di- negeri Selangor itu, pindah pula ka-Riau, dan perhubongan di- antara orang2 Bugis di-Riau dengan orang2 Bugis di-Selangor ob SEJARAH SELANGOR telah sa-makin bertambah kuat. Tiada lama lepas itu, Daing Perani, Daing Menambun dan Daing Kemasi dari Riau datang pula ka-Selangor. Daing Perani telah beristerikan anak Yamtuan Selangor, dan dengan isteri-nya itu Daing Perani beroleh sa-orang anak perempuan di-Selangor. Mengikut cherita2 lama di-Selangor: Yamtuan Selangor (Kuala Selangor) masa itu ia-lah sa-orang raja Bugis berasal dari negeri Gua di-Tanah Bugis bernama Arong Pasarai, dan anak-nya yang bersuamikan Daing Perani itu di- sebut nama-nya Tengku Puan Berima. . 1723. Lebeh kurang pada tahun 1723, Daing Perani dengan bantuan saudara2-nya itu telah pergi membantu Sultan Kedah mendudoki takhta kerajaan negeri Kedah, dan kemudian-nya telah berperang pula dengan pehak adek Sultan Kedah itu yang di-bantu oleh Raja Kechil dari Siak hendak merebut takhta ke- rajaan abang-nya itu. Peperangan di-Kedah itu dua tahun lama- nya baharu selesai. Dalam peperangan di-Kedah itu-lah Daing Perani telah mangkat kena tembak. Tetapi akhir-nya raja2 Bugis itu telah dapat mengalahkan pehak Raja Kechil yang membantu adek Sultan Kedah itu, dan Raja Kechil pun lari balek ka-Siak. Selama raja2 Bugis berperang di-Kedah itu, Selangor telah di- jadikan tempat orang2 Bugis berkumpul melancharkan serangan ka-Kedah. 1728. Pada tahun 1728, Daing Merewah Kelana Jaya Putera (Yamtuan Muda Riau 1.) dari Riau telah datang ka-Selangor, dan dari Selangor beliau telah membawa orang? Bugis di-situ pergi membantu adek Sultan Perak di-Bernam (Raja Inu, Raja Muda Perak masa itu) menyerang abang-nya Sultan Perak (Sultan Alauddin Mughayat Shah, Sultan Perak yang ke-12). Tiada lama lepas itu, Daing Merewah balek sa-mula ka-Selangor lalu pulang ka-Riau, Kemudian, dalam tahun 1728 itu juga, Daing Merewah Kelana Jaya Putera Yamtuan Muda Riau I itu pun mangkat di-Riau; di-gantikan oleh adek-nya Daing Chelak jadi Yamtuan Muda Riau II. 1730-1740. Pada masa Yamtuan Muda II (Daing Chelak) mula memegang jawatan-nya di-Riau, sa-orang orang besar Bugis 12 SELANGOR DALAM KURUN MASEHI YANG KE-18 bernama Daing Matekko (di-sebut juga: Daing Matkah) yang berbaik dengan Raja Kechil Siak, telah membuat kachau di- Selangor. Daing Chelak telah membawa angkatan perang-nya dari Riau datang ka-Selangor lalu berperang dengan angkatan Daing Matekko di-Selangor. Akhir-nya Daing Matekko kalah lalu lari balek ka-Siak mendapatan Raja Kechil. Sejak itu selalu-lah Daing Chelak berulang-alek dari Riau ka-Selangor. Lebeh kurang da- lam tahun 1739 Daing Chelak telah membawa isteri-nya Tengku Puan Mandak melawat ka-Selangor dan telah di-permuliakan oleh Yamtuan Selangor. Tetapi tiada juga di-ketahui siapa-kah nama-nya Yamtuan Selangor itu. Pada tahun hadapan-nya (1740) datang lagi Daing Chelak melawat ka-Selangor, lalu beliau ber- isterikan Daing Ma‘asik anak sa-orang Raja Bugis (Arong Pala nama-nya) lalu isteri-nya itu di-bawa-nya ka-Riau. 1742. Pada tahun 1742 Daing Chelak datang lagi ka-Selangor, lalu membawa orang2 Bugis dari Selangor pergi menyerang ne- geri Perak yang sedang dalam pemerentahan Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak yang ke-13). Raja Abdul Jalil (Raja di- Baroh) putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, di-perchayai ada ikut sama dalam angkatan Bugis yang datang menyerang ne- geri Perak itu. Di-perchayai juga, Daing Chelak datang menyerang ka-negeri Perak itu menyebelahi Yang di-Pertuan Muda (Raja Bisnu) yang bersemayam di-Pulau Tiga (di-tepi Sungai Perak). Pada masa itu Yang di-Pertuan Muda itu berseliseh dengan abang- nya Sultan Perak. Orang besar2 Perak yang menyebelahi Yang di- Pertuan Muda di-Pulau Tiga itu, telah bermuafakat dengan orang2 Bugis yang datang itu lalu mereka mengangkat Yang di-Pertuan Muda itu jadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah, dan ke- sultanan Perak pun berpechah dua (tahun 1742-1743): Sultan Muzaffar Shah memerentah di-bahagian utara (bahagian hulu) bersemayam di-daerah Kuala Kangsar; dan Yang di-Pertuan Muda yang telah di-gelar Sultan Muhammad Shah itu memerentah di- bahagian selatan (bahagian hilir) bersemayam di-Pulau Tiga juga. Dalam pada itu, serangan Daing Chelak ka-negeri Perak itu di- tujukan juga kapada melawan angatan Daing Matekko (Daing Matkah) yang menyebelahi orang2 Minangkabau dari Kedah da- tang mengachau ka-negeri Perak. Mengikut riwayat-nya: lama juga Daing Chelak tinggal di-negeri Perak. Akhir-nya ia pun 13 SEJARAH SELANGOR kembali ka-Selangor, dan dari Selangor, sa-telah di-jemput oleh anak2 raja dari Riau, baharu-lah beliau balek ka-Riau. 1745-1748. Pada 19 haribulan Mei tahun 1745, Daing Chelak Yamtuan Muda Riau II telah mangkat di-Riau. Di-antara be- berapa orang putera dan puteri almarhum itu yang tinggal, ia-lah: Raja Haji di-Riau dan Raja Lumu di-Selangor. Pada masa itu Raja Lumu maseh tersangat muda, belum remaja. Sa-telah mangkat Daing Chelak, Daing Kemboja anak Daing Perani bersama-sama dengan Raja Sa‘id anak Daing Merewah berangkat ka-Selangor. Kata sa-tengah riwayat: pada masa Daing Kemboja di-Selangor itu, ia telah di-angkat oleh orang2 Bugis di-Selangor jadi Yamtuan Muda Riau. Tetapi yang sah-nya: sa-telah sa-tahun lama-nya diam di-Selangor, Daing Kemboja pun balek ka-Riau. Dalam tahun 1748 baharu-lah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mengangkat Daing Kemboja jadi Yamtuan” Muda Riau (III) menggantikan Daing Chelak yang telah mangkat pada tahun 1745 dahulu, dan Raja Haji di-jadikan Penolong Yamtuan Muda bergelar Engku Kelana. Dalam tahun2 permulaan Daing Kemboja memegang jawatan Yamtuan Muda Riau itu, selalu-lah beliau berulang-alek ka-Selangor. 1753-1755. Sampai kapada masa Daing Kemboja jadi Yam- tuan Muda itu pun, perhubongan di-antara pehak orang besar2 Melayu dengan pehak orang besar2 Bugis di-Riau itu maseh juga tiada berapa baik, masing2 chemburu-menchemburu ter- hadap pehak yang lain. Yamtuan Muda Daing Kemboja pun di-dapati berseliseh faham pula dengan Sultan Sulaiman, kerana Daing Kemboja tiada bersetuju Sultan Sulaiman membantu anak saudara-nya Raja Mahmud atau Raja Buang (putera Raja Kechil Siak dengan Tengku Kamariah) berperang dengan Raja Alam (putera Raja Kechil dengan isteri lain pula) berebut kuasa di- Siak. Tambahan pula pada masa itu Sultan Sulaiman telah meminta kapada orang2 Belanda di-Melaka supaya membantu Raja Mahmud (Raja Buang) mengalahkan Raja Alam. Oleh sebab hendak menjauhkan timbul-nya kekachauan di- antara orang2 suku Melayu dengan orang2 suku Bugis di-Riau, Daing Kemboja telah membawa anak isteri dan pengikut2-nya serta meriam2 perang-nya keluar meninggalkan Riau walau pun telah beberapa kali di-tahan oleh Sultan Sulaiman. Daing Kem- 14 SELANGOR DALAM KURUN MASEHI YANG KE-18 boja pergi ka-Linggi lalu memerentah di-tempat itu. Raja Haji Engku Kelana tinggal juga di-Riau dengan beberapa orang Bugis lain-nya. Pada tahun 1755, dengan bantuan orang2 Belanda, Raja Mahmud di-Siak telah mengalahkan Raja Alam. Raja Alam pergi ka-Linggi mengadap Daing Kemboja. Tiada lama di-Linggi, Raja Alam bertolak pula dari situ pergi ka-Batu Bara (Batu Bahara) di-Sumatera dan diam di-situ. 1756. Dalam bulan Februari tahun 1756, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah datang melawat ka-Melaka kerana meng- uchapkan terima-kaseh kapada pehak berkuasa Belanda yang telah membantu Raja Mahmud (Raja Buang) mengalahkan Raja Alam di-Siak. Pada akhir bulan itu juga Sultan Sulaiman telah membuat perjanjian dengan Belanda di-Melaka, dan baginda telah membenarkan orang2 Belanda memborong hasil bijeh timah yang di-keluarkan di-Selangor, ia-itu negeri yang di-pan- dang baginda ta‘alok dibawah kuasa baginda walau pun pada masa itu Selangor (Kuala Selangor), Kelang dan Linggi, tempat2 yang banyak mengeluarkan bijeh timah itu, ia-lah tempat2 ke- kuatan orang2 Bugis. Sa-belum meninggalkan Melaka, Sultan Sulaiman telah berkirim surat kapada Daing Kemboja di-Linggi, Raja Tua di-Kelang dan kapada Sultan Salehuddin di-Selangor bertanyakan sama ada raja2 itu maseh mengakui pemerentahan baginda atau tidak. Dalam masa tiada berapa lama datang-lah jawapan daripada raja2 itu yang mengatakan mereka tiada menyetujui akan perbuatan baginda dengan orang2 Belanda itu. Sa-panjang yang telah di-dapati daripada riwayat-ya, pada tahun itu-lah (1756) mula di-sebut gelaran raja pemerentah di- Selangor itu Sultan Salehuddin. Tetapi, sejak itu hingga baginda juga, baginda hanya selalu di-sebut dengan gélaran Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor sahaja, dan nyata-lah Sultan Salehud- din atau Tengku Raja Selangor atau Raja Selangor itu ia-lah Raja Lumu, kerana dalam riwayat2-nya itu menyebutkan pula: baginda itu ia-lah kakanda Raja Haji, dan mereka itu ia-lah putera2 almarhum Daing Chelak Yamtuan Muda Raja II. Oleh sebab itu, sejarah negeri Selangor yang berikut ini di-huraikan mengikut zaman pemerentahan sultan2 yang memerentah di- negeri itu mengikut giliran masing2. 15 SELANGOR DALAM PEMERENTAHAN: Sultan Salehuddin Shah (1756 - 1778): 1756-1758. Pada awal tahun 1756, Tun Dalam Raja Kechil Yang di-Pertuan Terengganu (putera almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu I dan menantu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah) yang tiada sukakan raja2 Bugis berkuasa di- Riau itu, telah di-damaikan dengan Raja Haji oleh Sultan Sulai- man di-Riau, dan kedua-nya telah di-titahkan oleh Sultan Sulaiman pergi menjemput Daing Kemboja di-Linggi supaya balek ka-Riau. Dalam pelayaran mereka menuju ka-Linggi, Tun Dalam telah mengajak Raja Haji singgah ka-Melaka. Sa-telah mereka singgah ka-Melaka, Tun Dalam pun berkira dalam sulit menyuroh orang2 Belanda menangkap Raja Haji. Tetapi sa-belum ranchangan itu dapat di-lakukan, rahsia itu telah di-ketahui orang lalu di-sampai- kan kapada Daing Kemboja di-Linggi, dan dengan segera Daing Kemboja menghantarkan orang-nya pergi ka-Selangor memberi- tahu hal itu dan menyuroh Raja Selangor (Raja Lumu) segera datang mengambil adinda-nya Raja Haji di-Melaka. Raja Selangor dengan beberapa orang orang besar2 baginda telah datang ka- Melaka. Tatkala baginda singgah ka-Tanjong Keling, Melaka (bulan April tahun 1756), baginda telah di-temui oleh Tun Dalam, dan berhadapan dengan sa-orang pegawai Belanda bernama Ary Verbrugge, Tun Dalam telah memujok mengajak Sultan Salehuddin supaya jangan menyebelahi Daing Kemboja. Ajakan itu tiada di- endahkan oleh Raja Selangor. Sa-telah di-chari bersunggoh-sung- goh, orang2 dalam angkatan Raja Selangor itu pun bertemu de- ngan Raja Haji yang sedang dalam perahu-nya dekat sa-buah pulau tiada berapa jauh dari bandar Melaka. Raja Haji telah di- bawa oleh kakanda-nya Raja Selangor itu pergi ka-Linggi menga- dap Daing Kemboja. Sa-telah itu Raja Selangor serta orang2 baginda pun berangkat balek ka-Selangor. 16 SULTAN SALEHUDDIN SHAH (1756 — 1778) Dalam bulan Julai tahun itu juga (1756) sa-buah angkatan ka- pal2 Belanda dari Melaka, yang di-bantu juga oleh orang2 Tereng- ganu yang di-ketuakan oleh Tun Dalam, telah datang menyerang orang2 Bugis di-Linggi. Serangan itu telah di-lawan oleh orang2 Bugis di-Linggi yang di-kepalakan oleh Raja Haji. Dalam pe- perangan itu Raja Haji telah luka tentang paha-nya, dan akhir- nya orang2 Bugis pun kalah. Daing Kemboja dan Raja Haji serta orang2 Bugis pengikut mereka mengundorkan diri pergi ka- Rembau. Di-Rembau Daing Kemboja telah berbaik-baik dengan penghulu2 di-situ, lalu Daing Kemboja membuat perjanjian ber- sumpah setia dengan penghulu2 di-Rembau. Dalam bulan Oktober tahun 1756, angkatan orang2 Bugis peng- ikut2 Daing Kemboja dan Raja Haji yang di-bantui oleh orang2 Rembau telah datang menyerang ka-Melaka; orang2 Daing Kem- boja itu telah berkubu di-Kelebang (di-Melaka). Tiada lama lepas itu, datang pula pasokan orang2 Bugis dari Selangor di-bawa oleh Raja Sa‘id (putera Daing Merewah), dan pasokan orang2 Batu Bara (dari Sumatera) di-bawa oleh Raja Alam, membantu angkatan Daing Kemboja yang bersatu dengan orang2 Rembau di-Melaka itu. Peperangan di-antara pehak Daing Kemboja dan sekutu-nya melawan pehak Belanda di-Melaka itu telah berlanjutan hingga bulan Mei tahun 1757 baharu-lah peperangan itu berhenti. Dengan jemputan Gabenor Belanda di-Melaka, Sultan Sulaiman dari Riau, Raja Selangor (Raja Lumu) serta beberapa orang orang besar2 dari Selangor, datang ka-Melaka, lalu bermeshuarat de- ngan pegawai2 Belanda fasal perang yang baharu lalu itu. Hasil daripada meshuarat itu di-ketahui-lah bahawa perang itu ber- puncha daripada asutan Tun Dalam. Sultan Sulaiman di-kehendaki oleh Belanda membayar wang ganti-rugi Belanda dalam peperangan itu. Dalam bulan Disember tahun 1757, Sultan Sulaiman telah menchuba menyerahkan Linggi dan Rembau kapada Belanda, supaya tempat2 itu ta‘alok di-bawah kuasa Belanda, kerana baginda merasa orang2 di-tempat2 itu tidak lagi menta‘ati peren- tah baginda. Tetapi, sementara itu, pada 1 haribulan Januari tahun 1758, Daing Kemboja, Raja Tua Kelang dan Raja Adil Yamtuan Muda Rembau telah membuat perjanjian damai dengan orang2 Belanda. Surat perjanjian damai itu telah di-tanda-tangani pada tarikh yang di-sebutkan itu oleh kedua belah pehak di- 17 SEJARAH SELANGOR gedong-kota Belanda di-Kuala Linggi yang bernama Fort Filipina. Sa-telah itu Daing Kemboja dan Raja Haji balek ka-Rembau dan diam di-tempat yang bernama Pedas. Pada masa itu selalu- lah Raja Selangor (Raja Lumu) dan orang besar2 baginda datang ka-Pedas berjumpa Daing Kemboja dan Raja Haji. 1759. Pada akhir tahun 1759, Raja Selangor (Raja Lumu) dan adinda baginda Raja Haji telah pergi ka-Riau. Orang2 Bugis di-Riau dengan di-ketuakan oleh Raja Haji telah mengadap Sultan Sulaiman dan telah mendesak baginda supaya balek mengikut sumpah setia dalam perjanjian yang telah di-buat oleh raja2 Bugis dengan baginda dahulu (tahun 1722). Sultan Sulaiman telah bersetuju mengikut sharat2 dalam perjanjian itu. Baginda telah memanggil Raja Haji, Raja Selangor dan orang besar2 Bugis di-Riau mengadap baginda, lalu baginda menyatakan dalam khalayak itu bahawa baginda telah menyerahkan balek pemeren- tahan baginda di-Riau itu kapada orang2 Bugis, khas-nya kapada Yamtuan Muda Daing Kemboja. 1760-1761. Sa-telah itu Sultan Sulaiman telah menitahkan Raja Haji, Raja Selangor (Raja Lumu) dan putera baginda Raja Abdul Jalil (Raja di-Baroh) pergi menjemput Yamtuan Muda Daing Kemboja di-Rembau balek ka-Riau menjalankan pemeren- tahan negeri. Sa-telah raja2 itu sampai ka-Rembau, semua titah pesanan Sultan Sulaiman itu pun di-sampaikan kapada Daing Kemboja. Sementara itu, sa-telah bermohon diri kapada Daing Kemboja, Tengku Raja Selangor dan Raja Abdul Jalil (Raja di-Baroh) telah bertolak dari Pedas pergi ka-Selangor (Kuala Selangor). Sampai ka-Selangor Raja Abdul Jalil telah jatoh gering dan diam di-istana Raja Selangor. Pada pertengahan tahun 1760, pada masa Yamtuan Muda Daing Kemboja dan Raja Haji di-Rembau (Pedas) dan Raja Abdul Jalil (Raja di-Baroh) sedang gering di-Selangor, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang itu telah mangkat di-Riau. Putera baginda Raja Abdul Jalil yang sedang gering di-Selangor itu-lah yang telah di-tetapkan ganti almarhum ayahanda-nya itu. Jenazah almarhum itu pun di-makamkan, dan almarhum itu-lah yang di-sebut Marhum Batangan. 18 SULIAN SALEHUDDIN SHAH (1756 — 1778) Dato’ Bendahara di-Riau telah menghantarkan orang2-nya membawa surat memberi tahu kemangkatan Sultan Sulaiman itu kapada Daing Kemboja dan Raja Haji di-Rembau, dan kapada Raja Abdul Jalil serta kapada Raja Selangor (Raja Lumu) di-Selangor. Tetapi, malang-nya pula, sa-belum Raja Abdul Jalil Raja di-Baroh itu berangkat balek ka-Riau, dalam bulan Januari tahun 1761, Raja Abdul Jalil pula mangkat di-Selangor (Kuala Selangor). Jenazah almarhum itu telah di-bawa ka- Rembau (Pedas) dan dari, Rembau di-bawa oleh Yamtuan Muda Daing Kemboja dan Raja Haji balek ka-Riau lalu di-makamkan di-Riau. Mengikut sejarah Bugis: Raja Abdul Jalil Raja di- Baroh itu, telah di-kirakan jadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil menggantikan almarhum ayahanda baginda Marhum Batangan. Sa-telah mangkat Sultan Abdul Jalil (Raja di-Baroh), mula- lah Yamtuan Muda Daing Kemboja menjalankan pemerentahan- nya sa-bagai sa-orang yang berkuasa sa-kali dalam Kerajaan Johor-Riau dengan di-bantui oleh Engku Kelana-nya Raja Haji. Dengan persetujuan Daing Kemboja dan orang besar2 Bugis di-Riau, Raja Ahmad putera almarhum Sultan Abdul Jalil (Raja di-Baroh) di-angkat jadi Sultan (Yang di-Pertuan Besar) menggantikan almarhum ayah-nya bergelar Sultan Ahmad Riayat Shah, Pada masa itu baginda baharu berumor lebeh kurang sa-tahun. Belum pun berapa lama jadi Sultan, pada tahun 1761 itu juga, Sultan Ahmad itu pun mangkat pula. Dengan kehendak Yamtuan Muda Daing Kemboja serta orang besar2 Bugis di-Riau, Raja Mahmud adek almarhum Sultan Ahmad itu pula di-angkat jadi Sultan bergelar Sultan Mahmud Shah (III); pada masa itu baginda maseh kechil lagi; oleh sebab itu semua hal ehwal pemerentahan negeri terserah kapada Yamtuan Muda Daing Kemboja dan Engku Kelana Raja Haji. Tiada lama lepas itu, Raja Haji telah datang ka-Selangor lalu mengahwinkan Raja Ali, putera Yamtuan Muda Daing Kemboja, dengan puteri Raja Selangor (Raja Lumu) yang ber- nama Raja Penoh (Tengku Besar). Sa-telah itu Raja Haji dengan kakanda-nya Raja Selangor serta Raja Ibrahim putera Raja Selangor, berangkat pula ka-Riau. Di-Riau Raja Ibrahim putera Raja Selangor itu di-kahwinkan dengan Raja Andak puteri Yamtuan Muda Daing Kemboja; jadi berbisan-lah Raja Selangor 19 SEJARAH SELANGOR (Raja Lumu) dengan Daing Kemboja Yamtuan Muda Riau (III) itu. 1770. Pada masa Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak yang ke-16) memerentah negeri Perak, Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) telah datang bermain-main (berkelah) ka-Pulau Pangkor, dan sa-telah di-persilakan oleh Sultan Perak, Tengku Raja Selangor itu pun masok ka-negeri Perak. Pada masa di-negeri Perak itu, Tengku Raja Selangor telah di-lantek oleh Sultan Perak jadi Yang di-Pertuan Besar Selangor; di-tabalkan dengan membunyikan nobat, di-beri chap mohor dan di-gelar Sultan Salehuddin, sama saperti gelaran yang di-sebutkan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dalam tahun 1756 dahulu. Sultan Salehuddin telah beristerikan anak saudara Sultan Perak. Sa-telah itu Sultan Salehuddin pun berangkat balek ka-Selangor bersama- sama dengan beberapa ramai orang besar2 Perak yang mengiring- kan baginda. Di-Selangor baginda telah di-tabalkan pula oleh orang besar2 Selangor serta orang besar2 Perak yang datang itu dengan membunyikan nobat. Ada pula suatu riwayat lain mengatakan: pada masa Tengku Raja Selangor singgah ka- negeri Perak itu, bersama-sama juga dengan Raja Haji yang membawa hulubalang2 Bugis dari Selangor dalam angkatan- nya hendak menyerang negeri Kedah. Dan dari negeri Perak itu juga, Sultan Salehuddin telah pergi ka-negeri Kedah men- dapatkan Raja Haji ia-itu sa-telah Raja Haji menang perang di-Kedah. Tarikh-nya Sultan Salehuddin di-tabalkan dengan ber- nobat di-negeri Perak itu ia-lah lebeh kurang pada tahun 1770, dan pada tarikh itu-lah juga Raja Haji memerangi Kedah. Di-perchayai, langkah yang telah di-ambil oleh Sultan Salehud- din (Raja ‘Lumu) itu, ia-lah kerana hendak mengukohkan kedu- dokan baginda serta anak chuchu baginda sa-bagai raja peme- rentah (Yang di-Pertuan — Sultan) yang sa-benar-nya di-negeri Selangor, bukan lagi ta‘alok atau di-bawah kekuasaan Kerajaan Johor-Riau yang memang pada masa Sultan Sulaiman dahulu mengirakan negeri Selangor itu di-bawah ta‘alok baginda. Tam- bahan pula Sultan yang sedang memerentah Kerajaan Johor-Riau (Sultan Mahmud Shah) masa itu maseh sangat muda, baharu berumor lebeh kurang sa-puloh tahun, dan tentu sa-kali baginda di-bawah kuasa dan pengaroh Yamtuan Muda Daing Kemboja 20 SULIAN SALEHUDDIN SHAH (1756 — 1778) yang berbisan dengan Sultan Salehuddin itu; dan Raja Haji, sa-orang lagi orang yang berkuasa dan berpengaroh di-Riau masa itu, ia-lah adinda Sultan Salehuddin. Boleh jadi sangat perbuatan baginda memileh Sultan Perak menabalkan baginda itu, ia-lah kerana berkehendakkan negeri yang telah tegap ke- sultanan-nya di-antara lain2 negeri yang berjiran dengan Sela- ngor mengi‘tiraf kesultanan baginda di-Selangor sa-bagai raja bagi sa-buah kerajaan yang merdeka dan berdaulat. Tiada lama lepas itu, sa-orang lagi putera Sultan Salehuddin yang bernama Raja Nala, adinda Raja Ibrahim, di-kahwinkan dengan Raja Selamah puteri Raja Haji. 1777. Pada tahun 1777, ia-itu pada masa Raja Haji Engku Kelana sedang di-Pontianak (Kalimantan Barat) berjumpa kaum kerabat-nya di-sana, Yamtuan Muda Daing Kemboja mangkat di-Riau. Sa-telah berita itu di-beri tahukan kapada Raja Haji, beliau pun bertolak meninggalkan Pontianak lalu belayar pergi ka-negeri Pahang berjumpa Bendahara Abdul Majid. Pada masa di-Pahang itu Bendahara Abdul Majid telah mengangkat Raja Haji jadi Yamtuan Muda Riau (IV) menggantikan almarhum Yamtuan Muda Daing Kemboja yang telah mangkat itu. Tiada lama lepas itu, Sultan Mahmud Shah dari Riau datang ka-Pahang lalu membawa Raja Haji balek ka-Riau memegang jawatan-nya sa-bagai Yamtuan Muda. Tiada berapa lama sa-telah Raja Haji di-angkat jadi Yamtuan Muda itu, Sultan Salehuddin pun mangkat di-Selangor; di-sebut Marhum Saleh. Dalam sa-buah buku Hikayat Negeri Johor menyebutkan: “Maka tiada berapa lama-nya Pengeran Suta Wijaya (Raja Haji) pun kerajaan di-dalam Riau maka paduka kakanda Yang di-Pertuan Selangor pun mangkat-lah”. Oleh sebab Raja Haji di-angkat jadi Yamtuan Muda itu pada tahun 1777, di-perchayai Sultan Salehuddin (Raja Lumu) Sultan Sela- ngor yang pertama itu telah mangkat lebeh kurang pada tahun 1778. 21 Sultan Ibrahim Shah (1778 - 1826): 1778. Sa-telah mangkat Sultan Salehuddin (Marhum Saleh), Raja Haji Yamtuan Muda Riau (IV) datang ka-Selangor (Kuala Selangor) lalu melantek anak saudara-nya Raja Ibrahim putera Marhum Saleh jadi Sultan Selangor bergelar Sultan Ibrahim Shah menggantikan almarhum ayahanda baginda. Adinda baginda Raja Nala di-angkat jadi Raja Muda Selangor. Sa-telah itu Raja Haji pun balek ka-Riau. 1782. Perhubongan di-antara Raja Haji di-Riau dan Sultan Ibrahim di-Selangor dengan orang2 Belanda di-Melaka berjalan dengan baik sahaja. Raja Haji memang telah ada membuat per- janjian berbaik-baik dengan Belanda. Di-antara perkara2 yang tersebut dalam perjanjian itu ia-lah jika ada harta rampasan yang di-dapati oleh pehak Belanda atau pehak Raja Haji, hendak-lah berbahagi dua di-antara Raja Haji dengan Bélanda. Perhubongan baik di-antara Raja Haji dengan orang2 Belanda itu hanya berjalan hingga tahun 1782, Pada tahun itu, ada sa- buah kapal Kompeni Inggeris (East India Company) yang ber- muat chandu sa-banyak 1,254 buah peti telah di-rampas oleh orang2 Belanda di-perayeran Riau — di-Pulau Bayan — dengan pertolongan sa-buah kapal Peranchis. Harta rampasan dari kapal itu, terutama chandu itu, telah di-bahagi dua oleh pehak Belanda dengan nakhoda kapal Peranchis yang menolong itu. Raja Haji tidak mendapat apa2 bahagian. Raja Haji telah menuntut hak-nya kapada Gabenor di-Melaka supaya beliau sama dapat bahagian daripada harta yang telah di-rampas di-perayeran Riau itu, ia-itu mengikut perjanjian yang telah di-persetujui bersama. Raja Haji telah pergi ka-Muar (Johor) hendak mendesakkan tuntutan-nya kapada Belanda itu. Gabenor Belanda di-Melaka telah meng- 22 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) hantarkan sa-orang pegawai Belanda serta sa-orang Kapitan Me- Jayu dari Melaka pergi ka-Muar berunding dengan Raja Haji. Dalam rundingan itu Raja Haji telah menerangkan kapada pe- gawai2 pehak Belanda akan kejadian perampasan itu dan ke- dudokan hak-nya patut memperolehi bahagian daripada harta rampasan itu. Keputusan rundingan itu pehak Belanda berkeras sahaja tiada mahu memenohi tuntutan Raja Haji itu. Raja Haji telah marah kapada pehak Belanda yang telah mungkir janji itu, lalu surat perjanjian yang telah di-buat-nya dengan Belanda itu di-kembalikan-nya kapada pehak Belanda sambil mengatakan: “Apa-lah guna-nya perjanjian yang sharat2-nya sa-tengah di-pakai dan sa-tengah tidak itu!” Raja Haji balek sa-mula ka-Riau. Sejak itu mula-lah Raja Haji menentang Belanda dengan membuat se- rangan2 mengganggui perniagaan Belanda di-Selat Melaka. Sambil itu Raja Haji telah membuat perhubongan dengan Rembau dan Selangor supaya membantu-nya dalam perjuangan-nya menentang Belanda. Oleh sebab Gabenor Belanda di-Melaka marah akan perbuatan Raja Haji memulangkan surat perjanjian itu, dan pertentangan Raja Haji terhadap Belanda itu pun telah sa-makin hebat, Be- landa pun menghantar angkatan perang-nya enam buah kapal dari Betawi dengan di-ketuakan oleh sa-orang pegawai-nya ber- nama Togar Aboe, membawa 910 orang askar perang — di- antara-nya termasok 362 orang Eropah — pergi ka-Riau. Kedatangan angkatan Belanda itu ia-lah hendak memerangi dan menawan Riau. Serangan pehak Belanda ka-Riau itu telah di- Jawan oleh angkatan perang Riau di-bawah ketuaan Yamtuan Muda Raja Haji sendiri yang telah berperang dengan bersunggoh- sunggoh dan gagah berani. Oleh sebab perlawanan dari pehak Raja Haji itu telah sa-makin hebat, pada akhir bulan September tahun 1782, pehak Belanda dari Betawi telah menghantar lagi angkatan perang sa-banyak tujoh buah kapal dengan membawa askar sa-ramai 594 orang, dan angkatan itu di-serahkan kapada pimpinan sa-orang Belanda dari Melaka bernama Amoldus Lemker dan beliau menaiki kapal yang bernama Malakka’s Welvaren. Sa-sampai ka-Riau, kapal2 yang baharu datang itu pun terus memerangi dan mengepong Riau. Raja Haji meneruskan tentangan-nya dengan lebeh hebat lagi. Sa-telah mendengar ayah saudara-nya Raja Haji berperang 23 SEJARAH SELANGOR melawan Belanda di-Riau, Sultan Ibrahim Selangor serta adek- nya Raja Nala (Raja Muda Selangor) telalr membawa angkatan perang Selangor, terutama mengandongi orang2 Bugis, hendak menyerang Belanda di-Melaka. Sultan Ibrahim telah singgah ka- Rembau lalu berunding dengan penghulu2 di-Rembau; orang2 Rembau telah bersetuju hendak masok sama membantu Selangor. Angkatan Selangor yang bersatu dengan orang2 Rembau itu te- Jah mendarat di-Sungai Baru, Melaka, lalu berkubu di-situ. Dari situ mereka maju lagi hingga sampai ka-Batang Tiga (di-Melaka) dan di-situ-lah Sultan Ibrahim membuat kubu besar untok me- lancharkan serangan terhadap pehak Belanda di-Bandar Melaka. Askar2 pehak Belanda dari Kota Melaka di-Bandar Melaka itu telah datang menyerang pehak Sultan Ibrahim yang berkubu di- Batang Tiga. Suatu pertemporan hebat telah berlaku di-situ. Ramai askar2 Belanda dan orang2 Melaka yang membantu Belanda télah terkurban dalam pertemporan itu. Akhir-nya pehak Belanda undor balek ka-Bandar Melaka. Pada masa itu banyak-lah tempat2 yang berhampiran dengan Bandar Melaka di-serang oleh orang2 Selangor dan Rembau. Peperangan itu berjalan terus hingga masok ka-tahun 1783. Pendek-nya: dalam tahun 1783 itu Belanda menghadapi dua pertentangan; di-Riau melawan Raja Haji, di-Melaka melawan angkatan Selangor di-ketuakan oleh Sultan Ibrahim yang di-bantu oleh orang2 Rembau. 1784. Pada 6 haribulan Januari tahun 1784, pehak Belanda yang sudah sekian lama mengepong dan memerangi Riau itu telah melancharkan serangan sa-chara langsong ka-pehak Riau dengan harapan supaya peperangan di-Riau itu dapat di-tamatkan dengan segera. Tetapi, entah apa-kah sebab-nya, dengan tiba2 suatu Ietupan besar telah berlaku di-kapal ketua pemerentah tentera Bélanda, Arnoldus Lemker, yang bernama Malakka’s Welvaren itu sa-hingga geladak2 kapal itu berterbangan ka-udara, habis anak2 kapal dan askar2 Belanda dalam kapal itu mati terbunoh; di-taksirkan sa-ramai lebeh kurang lima ratus orang. Oleh sebab kemalangan itu, dan kebetulan pula Gabenor Belanda di-Melaka pun telah memanggil semua angkatan Belanda di-Riau itu balek ka-Melaka untok melawan serangan orang2 Selangor, pada per- tengahan bulan Januari tahun itu juga (1784), semua angkatan perang Belanda itu pun berhenti mengepong Riau lalu balek ka- Melaka. aw SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) Pada masa angkatan Selangor yang di-bantu oleh Rembau se- dang berperang melawan pehak Belanda di-Melaka itu, Sultan Ibrahim dengan sa-buah perahu kakap serta tiga-puloh orang2- nya bertolak dari Melaka pergi ka-Riau. Baginda telah mengajak bapa saudara-nya Yamtuan Muda Raja Haji menyerang orang2 Belanda di-Melaka, kerana orang2 Selangor dan orang2 Rembau sedang berperang melawan orang2 Belanda di-Melaka. Sa-telah menetapkan fikiran-nya, Raja Haji pun membawa angkatan pe- rang-nya terdiri daripada lebeh kurang sa-ribu orang perajurit perang bertolak dari Riau menuju ka-Melaka. Sultan Mahmud Shah ikut sama pergi. Sa-telah meninggalkan Sultan Mahmud di-Muar, angkatan Raja Haji itu pun meneruskan pelayaran-nya menuju ka-Melaka, dan angkatan itu telah sampai ka-Telok Ketapang, Melaka, pada 13 haribulan Februari tahun 1784, lalu membuat kubu perang di- Tanjong Palas, kira2 lima batu lagi ka-Bandar Melaka. Sultan Ibrahim berangkat ka-Batang Tiga bersatu balek dengan orang2- nya yang berkubu di-situ. Sejak itu mula-lah orang2 Bugis dari Telok Ketapang, dan orang2 Selangor serta Rembau dari Batang Tiga mengganggu dan menyerang tempat2 di-sekitar Bandar Me- laka saperti: Pernu, Semabok, Ujong Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit China, Tanjong Keling, Terangkera dan lain2-nya. Pusat pertahanan orang2 Belanda ia-lah dalam Kota Melaka yang kukoh itu. Semua gangguan dan serangan orang2 Bugis dari Riau dan Selangor yang di-bantu oleh orang2 Rembau itu, telah di- lawan oleh pasokan2 pehak Belanda yang lengkap dengan sena- pang, meriam dan lain2 senjata, dan banyak-lah kerosakan dan kehilangan jiwa yang telah di-tanggong oleh pendudok2 Melaka di-tempat2 yang telah berlaku pertemporan2 itu. Pada 14 haribulan Mei (1784), Raja Muhammad Ali putera Raja Alam ibni Raja Kechil Siak, serta anak saudara-nya Saiyid Ali dati Siak dengan beberapa buah perahu membawa 78 orang Siak telah datang ka-Melaka hendak membantu Belanda yang berperang melawan orang2 Riau, Selangor dan Rembau itu. Kedatangan Raja Muhammad Ali dengan anak saudara-nya itu telah di-terima dengan baik oleh pegawai2 Belanda di-Melaka. Dalam pada itu, Gabenor Belanda di-Melaka telah minta bantu kapada Gabenor-Jeneral Belanda di-Betawi, kerana serangan2 Bugis di-Melaka itu telah sa-makin hebat, sa-hingga kota Belanda 25 SEJARAH SELANGOR di-Bukit Senjuang (St. John’s Hill) dan kubu2 mereka di-Bandar Hilir yang tiada berapa jauh dari Kota Melaka itu telah di-serang oleh orang2 Bugis. Pada 1 haribulan Jun (1784), sa-buah ang- katan kapal2 perang Belanda dari Betawi, di-kepalakan oleh Admiral Jacob Pieter van Braam telah sampai ka-Melaka; ang- katan itu mengandongi enam buah kapal2 besar dan beberapa buah kapal2 kechil membawa askar2 sa-ramai 2,130 orang dan 326 puchok meriam. Kapal besar yang di-naiki oleh panglima perang Belanda itu bernama Utrecht. Kapal2 angkatan perang Belanda itu telah berhimpun di-Telok Ketapang dan sejak itu sentiasa-lah meriam2 dari kapal2 Belanda itu menyemborkan pe- luru2-nya ka-kubu Bugis di-Tanjong Palas. Pada 16 haribulan Jun (1784) datang lagi sa-buah kapal perang Belanda ka-Telok Ketapang membantu kapal2 Belanda yang telah sedia ada di- situ. Sa-hari lepas itu, pada suboh 18 haribulan Jun (1784), Ad- miral van Braam telah mendaratkan askar2-nya sa-ramai 734 orang lengkap dengan alat senjata mereka senapang dan meriam lalu menyerang ka-kubu Raja Haji dan berlaku-lah pertemporan hebat antara kedua belah pehak. Malang-nya, dalam peperangan itu tiba2 Yamtuan Muda Raja Haji telah terbunoh kena peluru Belanda, dan panglima2 Bugis ia-itu Arong Lenga, Daing Selikang dan Raja Ahmad telah terbunoh juga dalam peperangan itu. Kata riwayat orang2 Bugis: kira2 tujoh-puloh orang askar2 Belanda serta tiga orang pegawai mereka telah terbunoh dalam peperangan itu. Kata riwayat orang2 Barat pula: tidak kurang 500 orang Bugis telah terkurban dalam pertemporan itu. Sejak itu kalah-lah orang2 Bugis. Baki orang2 Bugis yang dapat keluar melepaskan diri dari kubu di-Tanjong Palas itu telah pergi ka-Muar, lalu meng- ambil Sultan Mahmud yang ada menanti di-situ di-bawa balek ka-Riau. Sultan Ibrahim, Raja Nala dan orang2 Bugis dari Selangor yang berkubu di-Batang Tiga itu pun mengundorkan diri balek ka-Selangor dan orang2 Rembau balek ka-Rembau. Pada 24 haribulan Jun (1784), dengan pertolongan Kapitan Melayu dan beberapa orang tua2 Melayu di-Melaka, mayat Raja Haji dari Telok Ketapang telah di-bawa ka-Bandar Melaka. Menurut riwayat-nya: mayat Raja Haji itu, yang telah sedia di- masokkan ka-dalam keranda, hendak di-bawa oleh orang2 Belanda ka-Betawi, dan sa-buah kapal Belanda bernama Dolphijn yang akan membawa mayat itu telah di-sediakan dan sedang berlaboh 26 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) di-pelabohan Melaka. Tetapi, pada pukul 2.00 malam itu, entah dari mana sebab mula-nya, tiba2 kapal Dolphijn itu telah me- letup dan terbakar; sa-ramai 203 orang anak2 kapal dan askar2 pehak Belanda yang ada dalam kapal itu habis mati terbunoh. Di-riwayatkan pula: pada malam itu juga, kelihatan kapada orang2 Belanda, dari peti keranda almarhum Raja Haji itu keluar chahaya saperti api memanchar ka-udara; itu-lah sebab-nya almarhum Raja Haji itu di-sebut juga oleh orang2 Belanda Raja Api. Esok-nya, pada 25 haribulan Jun tahun 1784, dengan sa- chara istiadat raja2 besar, jenazah Raja Haji itu pun di-makamkan pada suatu tempat di-kaki Bukit Melaka (St. Paul’s Hill sekarang) dalam Kota Melaka. (Beberapa lama kemudian daripada itu mayat almarhum itu telah di-ambil oleh keluarga almarhum itu dan di-kuborkan sa-mula di-Riau ia-itu di-Pulau Penyengat sa- belah selatan). Almarhum itu-lah yang di-sebut Marhum Telok Ketapang. Oleh sebab marah-nya orang2 Belanda kapada Sultan Ibrahim Selangor, pada 13 haribulan Julai tahun itu juga (1784), sa-buah angkatan kapal2 perang Belanda mengandongi sa-banyak sa- belas buah kapal serta beberapa buah perahu2 Raja Muhammad Ali Siak, telah bertolak dari Melaka pergi menyerang Kuala Selangor tempat semayam Sultan Ibrahim. Suatu peperangan tembak-menembak telah berlaku di-antara tembakan2 meriam dari kapal2 Belanda yang telah memasoki Sungai Selangor dengan tembakan2 meriam dari kota2 Sultan Ibrahim yang ada di-Kuala Selangor. Pasokan perang Selangor yang bertahan itu di-kepala- kan oleh sa-orang yang bernama Saiyid Ja‘afar. Sa-telah kira2 dua minggu lama-nya berperang, pada 2 haribulan Ogos tahun 1784 angkatan perang orang2 Belanda itu pun berjaya menawan kota2 di-Kuala Selangor. Sultan Ibrahim, Raja Nala, Saiyid Ja‘afar dan lain2 keluarga diraja Selangor serta pengikut2 baginda ber- undor meninggalkan Kuala Selangor menuju ka-Ulu Selangor. Orang2 Belanda yang telah menawan Kuala Selangor itu telah menchuba hendak menawan Sultan Ibrahim dan telah mengikuti jejak baginda ka-Ulu Selangor. Tetapi mereka tiada berjaya me- nawan Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim serta pengikut2 baginda itu berundor lagi ka-Bernam dan dari Bernam baginda pergi ka- negeri Pahang, dan telah di-terima dengan baik oleh ketua pe- merentah Pahang, Bendahara Abdul Majid. Dengan bantuan 27 SEJARAH SELANGOR Bendahara Abdul Majid, baginda telah menyediakan kelengkapan hendak datang balek menyerang ka-Kuala Selangor. Pada masa di-Pahang itu Sultan Ibrahim telah beristerikan Tun Selamah anak Bendahara Abdul Majid. Orang2 Belanda yang telah berjaya menawan Kuala Selangor itu telah mengambil kota2 batu Sultan Ibrahim yang ada di-atas Bukit Selangor dan di-atas Bukit Tanjong Keramat serta sa-buah kubu yang ada di-atas bukit di-Kuala Selangor itu. Kota2 itu ia- lah kota batu yang kukoh, di-perbuat sa-chara kota2 di-benua Eropah lengkap dengan meriam2 dan tempat2 menembakkan meriam dan bedil. Kubu itu telah di-rosakkan oleh orang Be- landa. Tetapi kota2 itu telah di-baiki oleh orang Belanda dan di- lengkapkan mereka lagi dengan meriam2 mereka. Kota yang di- atas Bukit Selangor itu di-namakan oleh orang Belanda “Kota Altingsburg”’ mengambil sempena nama Gabenor-Jenderal Belanda masa itu, dan kota yang di-atas Bukit Tanjong Keramat itu di- namakan mereka ‘Kota Utrecht’? mengikut nama kapal Jacob Pieter van’Braam yang mengalahkan Raja Haji di-Telok Ketapang, Melaka, dan Sultan Ibrahim di-Kuala Selangor. Orang2 Belanda telah membuat sa-buah kubu pula berhampiran dengan kota di- Kuala Selangor itu, dan kubu itu di-namakan mereka “Kubu van Braam.” Sa-telah Belanda menawan Kuala Selangor, mereka telah meng- angkat Raja Muhammad Ali jadi Pemangku Yang di-Pertuan Selangor dengan di-bantu oleh anak saudara-nya Saiyid Ali. Raja Muhammad Ali tiada lama diam di-Selangor, kerana perbuatan2 beliau di-Selangor itu tiada di-setujui oleh Belanda; beliau telah balek ka-Siak ikut Melaka. Pada akhir tahun 1784, Saiyid Ali pun mengakukan diri-nya Yang di-Pertuan Selangor. Orang2 Belanda telah memujok ra‘ayat Selangor supaya bekerjasama dengan Be- landa, dan Belanda akan memberikan pengampunan beramai-ramai kapada mereka supaya mereka balek ka-tempat masing2. Dan orang besar2 yang ada di-Selangor itu enggan pula mengi‘tiraf Saiyid Ali sa-bagai Raja mereka, dan mereka enggan pula men- jalankan perniagaan timah dengan Belanda sa-lagi Belanda tidak merajakan sa-mula Sultan Selangor yang sa-benar-nya. Kira2 dalam bulan Oktober tahun itu juga (1784), Admiral van Braam balek ka-Melaka, dan dari Melaka ia telah di-perentahkan pula pergi menyerang Riau. Riau telah di-alahkan oleh orang2 28 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) Belanda pada akhir bulan Oktober tahun 1784. Raja Ali Yamtuan Muda Riau (V) masa itu (yang menggantikan Raja Haji Marhum Telok Ketapang) dengan orang2 Bugis pengikut2 beliau telah keluar meninggalkan Riau. Pada 10 haribulan November tahun itu juga (1784), Sultan Mahmud Shah dan orang besar2 baginda yang maseh tinggal di-Riau telah membuat perjanjian dengan Belanda, dan Riau pun masok ka-bawah perentah Belanda sa- bagai hak mereka yang di-ambil dengan perang. 1785-1786. Pada pertengahan tahun 1785 Sultan Ibrahim yang gagah berani itu, dengan bantuan orang2 Pahang yang di-beri oleh Bendahara Abdul Majid sa-ramai dua ribu orang, telah bertolak dari negeri Pahang menuju ka-Selangor. Sampai ka-Selangor angkatan itu telah naik di-tempat yang bernama Tiram Burok, Dari situ angkatan Sultan Ibrahim itu telah pergi dan berkubu di-tempat yang bernama Permatang. Dari situ-lah, dengan bantuan Penggawa Permatang pula, baginda melanchar- kan serangan ka-Kuala Selangor. Pada 27 haribulan Jun (1785), pada waktu malam, askar2 Sultan Ibrahim yang datang dari Pahang itu dengan orang2 Penggawa Permatang, di-bawah ketua- an baginda sendiri serta Saiyid Ja‘afar, telah menyerang orang2 Belanda di-kota Kuala Selangor dengan chara mengejut. Suatu pertemporan tetak-menetak dan tikam-menikam berdekat-dekatan dalam gelap malam itu telah berlaku di-antara askar2 Sultan Ibrahim yang datang menyerang itu dengan orang2 Belanda yang bertunggu di-kota itu. Esok pagi-nya, pada 28 haribulan Jun (1785), orang2 Bélanda yang ada di-Kuala Sélangor itu dengan bergopoh-gopoh mengundorkan diri naik ka-kapal mereka meninggalkan Kuala Selangor lalu balek ka-Melaka, dan beberapa banyak meriam dan ubat bedil mereka di-kota2 Kuala Selangor itu telah di-tinggalkan mereka. Mengikut riwayat-nya: pegawai2 Belanda yang telah di-perentahkan membinasakan meriam2 dan ubat2 bedil dalam kota itu sa-belum meninggalkan kota itu, telah tidak menyempurnakan tugas mereka. Pegawai2 itu telah di-bicharakan dalam mahkamah tentera Belanda di-Melaka. Saiyid Ali yang menggantongkan nasib-nya kapada orang2 Belanda itu dan telah mengakukan diri-nya sa-bagai Yang di- Pertuan Selangor itu, telah Jari balek ka-negeri Siak. Sejak 29 SEJARAH SELANGOR itu balek-lah sa-mula Sultan Ibrahim mendudoki takhta kerajaan baginda di-negeri Selangor. Baginda bersemayam dalam kota di-Bukit Selangor, dan Raja Nala Raja Muda Selangor ber- semayam di-Tanjong (di-perchayai kota di-atas Bukit Tanjong Keramat). Tiada lama lepas itu, pemerentah Belanda di-Melaka telah menghantarkan sa-buah angkatan tiga buah kapal2 besar serta empat-belas buah kapal2 .kechil dan perahu2 pergi mengepong Kuala Selangor. Kapal2 itu telah berlaboh di-laut tentang kuala Sungai Selangor. Orang2 Belanda mula mengepong Kuala Sela- ngor itu ia-lah pada bulan Julai tahun 1785. Sejak itu beras dan lain2 barang makanan di-Selangor telah mahal harga-nya dan telah mendatangkan kesusahan kapada ra‘ayat Selangor; per- niagaan di-antara orang2 Selangor dengan saudagar2 di-Melaka pun tiada berjalan lagi. Sa-telah lebeh kurang sa-tahun lama-nya Kuala Selangor di-kepong oleh kapal2 Belanda itu, kedua belah pehak pun sama2 ingin hendak berdamai. Akhir-nya, pada 29 haribulan Jun tahun 1786, Sultan Ibrahim dengan orang? Belanda telah berdamai lalu kedua belah pehak menanda-tangani surat perjanjian damai itu. Antara sharat2 dalam perjanjian itu ada menyebutkan: Selangor akan menjual hasil2 timah yang di-dapati di-negeri Selangor kapada orang Belanda di-Melaka. Sa-telah itu meriam2 kepunyaan Belanda yang ada di-kota2 Kuala Selangor itu pun di-bawa oleh orang? Belanda balek ka-Melaka. 1788. Dalam tahun 1788, Yamtuan Muda Raja Ali yang telah meninggalkan Riau dahulu, telah datang ka-Selangor lalu berjumpa Sultan Ibrahim di-Kuala Selangor. Tiada berapa lama di-Kuala Selangor, Raja Ali dan anak isteri-nya telah pergi ka-Langat dan diam di-situ. Dalam bulan Ogos tahun itu juga (1788) Sultan Ibrahim telah menghantarkan wakil2 baginda pergi ka-Melaka berunding dengan ketua2 Belanda meminta supaya Belanda mahu berdamai dengan Raja Ali. Akhir-nya permintaan Sultan Ibrahim itu di-setujui oleh Belanda dan berdamai-lah Raja Ali dengan Belanda. Sa-telah itu Raja Ali dengan anak isteri-nya dari Langat pindah dan diam di-Muar (Johor) pula. Tiada lama lepas itu Raja Ali pun pindah balek ka-Riau menjawat jawatan-nya sa-mula sa-bagai Yamtuan Muda 30 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) Riau (V) dan ta‘alok di-bawah perentah Resident Belanda yang ada di-Riau. (Lihat: Sejarah Johor). 1790. Pada 29 haribulan Julai tahun 1790 Sultan Ibrahim Selangor telah membuat perjanjian dengan orang Belanda mem- baharui perjanjian yang telah di-perbuat baginda dengan Belanda empat tahun dahulu (1786). 1795, Pada tahun 1795 orang2 Inggeris datang mengambil negeri Melaka daripada tangan Belanda mengikut sharat2 per- janjian mereka. Kira2 pada masa itu-lah Raja Acheh (Sultan Alauddin Muhammad Shah) telah menghantar utusan-nya da- tang mengadap Sultan Ibrahim di-Selangor, kerana Raja Acheh itu meminta baginda membantu Acheh berperang melawan orang2 Dusun di-Acheh. Raja Acheh telah menghadiahkan sa-puchok meriam tembaga besar yang di-rampas dari Johor kapada Sultan Ibrahim, dan meriam besar itu telah di-letakkan baginda di- Kota Kuala Selangor. (Itu-lah meriam-nya yang sekarang ini terletak di-Padang Kota Lama Bandar Pulau Pinang yang di-sebut nama-nya Seri Rambai). Sultan Ibrahim telah menitah- kan adinda baginda Raja Nala (Raja Muda Selangor) dengan dua orang orang besar baginda ia-itu Arong Temujong dan Penggawa Permatang membawa angkatan Selangor pergi mem- bantu Raja Acheh. Dalam riwayat-nya menyebutkan: lepas ber- perang di-Acheh itu, Raja Nala telah mangkat di-Acheh dan di-kuborkan di-sana juga. 1800. Lebeh kurang pada tahun 1800, Sultan Ibrahim dengan suatu angkatan baginda telah bertolak dari Kuala Selangor pergi ka-Riau Jalu ka-Pulau Lingga dan berjumpa dengan Sultan Mahmud Shah (III). Tujuan Sultan Ibrahim pergi ka-Lingga itu ia-lah kerana hendak mendamaikan orang2 pehak suku Melayu dengan orang2 pehak suku Bugis di-Kepulauan Riau- Lingga yang telah sekian lama tiada bersetujuan itu. Orang2 pehak Melayu berketuakan Sultan Mahmud di-Lingga, dan orang2 pehak Bugis berketuakan Yamtuan Muda Raja Ali di-Riau. Khabar-nya, dua tahun lama-nya Sultan Ibrahim di- Lingga. Tetapi ikhtiar baginda hendak mendamaikan orang2 suku Melayu dengan suku Bugis itu tiada juga berjaya, kerana tiada di-setujui oleh orang besar2 pehak Melayu dan Sultan 31 SEJARAH SELANGOR Mahmud pun tiada pula menunjokkan kechenderongan baginda kapada perdamaian itu. Pada masa di-Lingga itu juga Sultan Ibrahim telah beristerikan sa-pupu-nya Tengku Tengah anak almarhum Raja Haji Marhum Telok Ketapang. Mengikut riwayat Bugis: pada masa Sultan Ibrahim di-Lingga itu datang utusan daripada Sultan Perak ka-Lingga mengadap Sultan Mahmud Shah menyampaikan hasrat Sultan Perak hendak menyerahkan pemerentahan negeri Perak ka-bawah perentah Sultan Mahmud Shah di-Lingga. Tetapi kehendak Sultan Perak itu tiada di-setujui oleh Sultan Mahmud, kerana baginda sedar bahawa perbuatan Sultan Perak itu sa-olah2 mengechil-ngechilkan kekuatan orang2 Bugis — khas-nya Sultan Ibrahim — di-negeri Selangor yang berjiran benar dengan negeri Perak. Sultan Ibrahim telah berangkat balek ka-Selangor membawa jsteri baginda Tengku Tengah. Bersama-sama itu di-bawa baginda juga ipar baginda Raja Ja‘afar serta adek2-nya, putera2 almar- hum Raja Haji, sa-ramai tujoh orang semua-nya. 1804. Sa-telah balek ka-Selangor dari Lingga, pada tahun 1804, Sultan Ibrahim Selangor telah melengkapkan angkatan perang hen- dak menyerang negeri Perak, kerana pada pendapat baginda Kerajaan Perak telah mengubah perjanjian setia-nya dengan Ke- rajaan Selangor. Dalam angkatan Selangor yang pergi hendak menyerang negeri Perak itu, di-bawa baginda bersama-sama putera baginda yang bernama Raja Muhammad, Raja Ismail dan Raja Abdullah; ipar2 baginda putera2 almarhum Raja Haji yang telah diam di-Selangor itu ia-itu Raja Ja‘afar, Raja Idris dan Raja Ah- mad; Raja Ahmad putera almarhum Raja Nala yang mangkat di- Acheh, serta Penggawa Tua, Penggawa Permatang dan Penghulu Jeram semua-nya turut sama pergi ka-negeri Perak. Pada masa itu negeri Perak di-perentahkan oleh Sultan Ahmaddin Shah yang bersemayam di-tempat yang bernama Pasir Panjang Indera Mulia di-tepi Sungai Perak. Angkatan Selangor itu telah memudeki Sungai Perak sampai ka-tempat yang ber- nama Lumut di-tepi Sungai Perak. (Tempat itu kemudian-nya terkenal dengan nama Kota Lumut, di-tepi Sungai Perak, ka- hilir sadikit dari Pasir Panjang Indera Mulia). Sultan Ibrahim, menerusi Dato’ Laksamana orang besar di-bahagian hilir Sungai Perak, telah memberi tahu Sultan Perak bahawa kedatangan 32 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) baginda ka-negeri Perak itu ia-lah kerana hendak merundingkan fasal perhubongan di-antara Selangor dengan Perak yang telah tidak lagi mengikut perjanjian setia antara kedua buah kerajaan itu. Dalam pada Sultan Ibrahim menanti-nantikan berita daripada Sultan Perak, orang2 Perak telah mengempang Sungai Perak untok menghalang perahu2 Selangor itu mudek ka-hulu lagi, lalu orang2 Perak dari tebing Sungai Perak membedil angkatan Selangor yang datang itu dan berlaku-lah peperangan di-antara angkatan Selangor yang datang menyerang dengan orang? Perak yang berkubu di-tebing2 Sungai Perak. Akhir peperangan itu tewas Perak. Sultan Perak serta pengiring2 baginda mengundor- kan diri mudek ka-hulu Sungai Perak lagi hingga ka-tempat yang bernama Pelus. Sejak itu masok-lah negeri Perak ka-bawah ta‘alok Sultan Ibrahim Selangor. Tiada lama lepas itu Sultan Ibrahim pun berangkat balek ka-Selangor dengan kemenangan. Sa-telah balek dari perang di-negeri Perak itu, Sultan Ibrahim telah memberikan daerah Sungai Kelang kapada ipar-nya Raja Ja‘afar ibni almarhum Raja Haji Marhum Telok Ketapang untok menchari nafkah-nya dengan adek2-nya yang diam di- negeri Selangor itu. Raja Ja‘afar serta anak isteri dan adek2-nya pindah diam di-Kelang, dan banyak-lah beliau beroleh wang daripada hasil2 timah yang di-bawa keluar melalui Sungai Kelang itu. Lebeh kurang pada masa itu-lah juga, Sultan Ibrahim meng- angkat putera baginda yang bernama Raja Muhammad jadi Raja Muda Selangor dan pegangan-nya Bernam. 1805. Pada tahun 1805, Sultan Ibrahim telah memberitahu kapada pemerentah Inggeris di-Pulau Pinang yang mengatakan: “Pada masa ini orang2 Inggeris di-Pulau Pinang jangan-lah sa-kali-kali pergi ka-negeri Perak, kerana negeri itu, ia-itu dari Sungai Kurau di-utara sampai ka-Beting Beras Basah di-selatan, ia-lah negeri beta yang telah beta ambil dengan kekuatan ubat bedil dan peluru, dan beta perchaya Gabenor Pulau Pinang tentu telah biasa dengan atoran adat sa-macham itu.” 1806. Pada tahun 1806 Sultan Ahmaddin Shah Perak telah mangkat (Marhum Bongsu) dan di-gantikan oleh putera-nya Sultan Abdul Malik Mansur Shah jadi Sultan Perak. Sa-baik sahaja Sultan Perak yang baharu itu menaiki takhta Kerajaan 33 SEJARAH SELANGOR Perak, Sultan Ibrahim Selangor telah menuntut kapada Kerajaan Perak wilayah di-negeri Perak sa-bagai hak-nya, ia-itu wilayah dari kuala Sungai Perak di-hilir-nya sampai ka-Sungai Pelus di-hulu-nya, ia-lah hak baginda hasil daripada pena‘alokan baginda ka-negeri Perak itu. Tuntutan Sultan Ibrahim itu telah di-tolak oleh Sultan Perak. Oleh sebab itu Sultan Ibrahim datang lagi menyerang negeri Perak; tetapi serangan kali ini tiada berapa berjaya, kerana telah di-tentang dengan kuat oleh orang2 Perak yang telah mendirikan kota mereka di-tempat yang ber- nama Kota Lumut. Dalam pada itu Sultan Ibrahim menuntut juga hak pena‘alokan baginda di-negeri Perak itu; tetapi kawasan yang di-tuntut baginda itu telah di-kechilkan baginda, ia-itu hanya daerah2 dari kuala Sungai Perak sampai ka-kuala Sungai Bidor sahaja. Tuntutan ini pun telah di-tolak juga oleh Sultan Perak. Sultan Selangor dan Sultan Perak telah bersetuju mem- bawakan perkara itu kapada penyelesaian orang tengah sama ada raja atau kuasa2 lain. Pada tahun 1806 itu juga, Raja Ali, Yamtuan Muda Riau (V) telah mangkat. Sultan Mahmud di-Pulau Lingga telah memanggil Raja Ja‘afar ibni almarhum Raja Haji yang diam di-Kelang itu segera datang ka-Lingga (Daik). Raja Ja‘afar telah pergi ka-Lingga menyempurnakan panggilan itu lalu beliau di-lantek oleh Sultan Mahmud jadi Yamtuan Muda Riau (VI) menggantikan almarhum Raja Ali, Anak isteri Raja Ja‘afar di-Kelang semua-nya di-bawa pindah balek ka-Riau. 1818. Pada tahun 1818, sa-telah menerima perentah paksa daripada Raja Siam (Thai), Sultan Kedah telah menghantarkan angkatan perang baginda pergi menyerang negeri Perak. Sultan Ibrahim Selangor telah membantu memberi dua puchok meriam kapada Kerajaan Perak untok melawan serangan Kedah itu. Tetapi tiada lama kemudian, Kedah dan Perak pun berdamai. Pada masa itu juga Sultan Ibrahim Selangor telah bersahabat dan berbaik-baik dengan orang2 Inggeris (Kompeni Inggeris) di- Pulau Pinang. Dalam bulan Ogos tahun 1818 Kompeni Inggeris di- Pulau Pinang telah menghantarkan sa-orang pegawai-nya bernama W.S. Cracroft pergi berjumpa dan mempengarohi Sultan Ibrahim di-Selangor. Pengaroh Inggeris telah dapat menarek perhatian baginda terhadap orang2 Inggeris, hingga Cracroft, bagi pehak 34 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) Kompeni Inggeris di-Pulau Pinang, dapat membuat perjanjian perniagaan dengan Sultan Ibrahim bagi pehak Kerajaan Selangor. Perjanjian itu telah di-buat pada 23 haribulan Ogos tahun 1818. Di-antara sharat2 yang tersebut dalam perjanjian itu bermaksud: ra‘ayat British atau orang2 yang di-bawah perlindongan Kompeni Inggeris di-benarkan berniaga di-negeri Selangor dan jajahan ta‘alok-nya; demikian jua ra‘ayat Selangor boleh pula berniaga di-Pulau Pinang dan di-tempat2 lain yang di-bawah kuasa peme- rentahan Inggeris di-Pulau Pinang; Sultan Ibrahim telah ber- setuju tidak akan memberikan hak2 memborong atau memajak perdagangan di-Selangor kapada lain2 bangsa asing, dan baginda tidak akan membaharui sa-barang perjanjian dengan lain2 bangsa, ia-itu perjanjian2 yang telah lama atau perjanjian2 yang tidak di- pakai lagi, atau perjanjian dengan bangsa lain yang telah ter- putus perhubongan-nya dengan Selangor. Pada masa Cracroft di-negeri Selangor itu, ia telah berjanji pula dengan Sultan Ibrahim, ia-itu Kompeni Inggeris akan mem- beli hasil timah di-Selangor tiap2 tahun sa-banyak 1,500 pikul dengan harga di-ambil di-Selangor $43.00 sa-bahara (400 pound). Pada masa itu di-tempat yang bernama Lumpur (Kuala Lumpur) dan Lukut, ia-itu daerah2 dalam perentah Selangor, banyak hasil bijeh timah. Sejak itu selalu-lah orang besar2 Kompeni Inggeris di-Pulau Pinang berutus-utusan dengan Sultan Ibrahim dan mem- beri barang2 hadiah. Utusan? itu telah di-jawab oleh Sultan Ibrahim dengan memberi hadiah2 pula kapada pegawai2 Kompeni Inggeris itu. (Sa-belum membuat perjanjian dengan Sultan Selangor itu, WS. Cracroft telah membuat perjanjian saperti itu juga maksud- nya dengan Sultan Perak, ia-itu pada 30 haribulan Julai tahun 1818). Oleh itu nyata-lah kelihatan bahawa dari awal Kurun Masehi yang ke-19 lagi orang2 Inggeris telah mempengarohi perniagaan dan perdagangan timah di-negeri Selangor dan Perak. Mengikut perjanjian-nya, pada 21 haribulan September tahun 1818, negeri Melaka yang telah di-kuasai oleh orang2 Inggeris sejak tahun 1795 dahulu (lebeh kurang selama 23 tahun), telah di-pulangkan balek oleh Kompeni Inggeris kapada orang2 Belanda (Kerajaan Belanda). Peristiwa itu telah mendukachitakan Sultan Ibrahim Selangor. Dalam bulan Oktober tahun itu juga (1818) Sultan Ibrahim telah memberitahu kapada ketua pemerentah Inggeris di-Pulau Pinang ia-itu baginda telah memberikan kapada 35 SEJARAH SELANGOR John Anderson, wakil Kompeni Inggeris di-Pulau Pinang, sa-ratus bahara timah yang telah di-beli oleh Kompeni Inggeris dengan harga $43.00 sa-bahara dan Kompéni Inggeris telah mengirimkan kapada baginda senjata2 dan ubat2 bedil sa-bagai sa-bahagian daripada pembayaran harga timah itu. Baginda telah menyatakan juga kapada Kompeni Inggeris ia-itu tidak-lah dapat baginda menyatakan dengan pasti berapa banyak timah yang boleh di- dapati di-negeri Selangor, kerana kalau hari hujan pekerja2 lom- bong bekerja menchari bijeh timah; tetapi kalau hari tidak hujan mereka tidak bekerja (pendek-nya bergantong kapada keadaan hari). Berkenaan dengan orang2 Belanda yang telah mendudoki negeri Melaka itu, baginda mengatakan juga kapada Kompent Inggeris: kalau orang2 Belanda datang ka-Selangor, baginda akan menunjokkan kapada mereka surat perjanjian yang telah baginda buat dengan Kompeni Inggeris pada 23 haribulan Ogos tahun 1818 itu. 1819. Sejak awal tahun 1819 Gabenor Belanda di-Melaka yang bernama Timmerman Thyssen telah berkirim surat kapada Sultan Ibrahim Selangor, dan telah menghantarkan pegawai-nya ka-Selangor berjumpa Sultan Ibrahim mengajak baginda mem- baharui perjanjian yang telah di-perbuat baginda dengan orang Belanda pada 29 haribulan Julai tahun 1790 dahulu. Walau pun baginda telah menunjokkan perjanjian yang telah di-buat baginda dengan Inggeris pada tahun 1818 itu, tetapi orang2 Belanda tiada mahu mengi‘tiraf perjanjian itu. Pada masa itu selalu-lah Sultan Ibrahim mengutus surat kapada Kompeni Inggeris di-Pulau Pinang menyatakan kehendak orang Belanda itu. Baginda telah menerangkan juga kapada Inggeris fasal orang2 Belanda telah memaksa baginda membaharui perjanjian baginda dengan Belanda itu; jika Inggeris tidak membantu baginda, tidak-lah baginda dapat lepas daripada kehendak Belanda yang telah mengerasi baginda itu, dan jika baginda tidak mahu mengikut kehendak Belanda itu, ta’ dapat tiada negeri Selangor akan di-binasakan dan di-ta‘alokkan oleh Belanda; tambahan pula negeri Melaka tempat orang Belanda itu tiada berapa jauh dari Selangor. Dalam pada itu, oleh sebab banyak lagi perkara2 lain yang lebeh penting telah berbangkit di-antara Belanda dengan Inggeris di-Nusantara ini kerana berebutkan perniagaan dan penjajahan yang telah ber- 36 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) lanjutan hingga tahun 1824, jadi tidak-lah berlaku penyerangan dan pena‘alokan Belanda ka-negeri. Selangor. Pada tahun 1819 itu juga, Sultan Ibrahim telah meletakkan sa-orang kerabat-nya, Raja Hasan nama-nya, dudok di-Kuala Bidor, di-negeri Perak (tiada berapa jauh dari bandar Telok Anson sekarang), memungut chukai timah yang di-bawa melalui tempat itu walau pun tuntutan Sultan Ibrahim kapada Kerajaan Perak dalam tahun 1806 dahulu, yang mengatakan wilayah negeri Perak dari Kuala Perak sampai ka-Kuala Bidor ta‘alok Selangor itu, telah di-tolak oleh Sultan Perak, 1822. Sa-telah Siam menyerang dan mengalahkan negeri Kedah pada tahun 1821, angkatan Siam telah datang menyerang dan mendudoki negeri Perak dan memaksa Sultan Perak menghantar ufti “Bunga Emas” tiap2 tahun kapada Raja Siam. Dalam pada itu, Raja Hasan wakil Sultan Selangor maseh ada di-Kuala Bidor menjalankan pemungutan chukai di-situ. Pada masa itu negeri Perak telah jadi rebutan di-antara Siam dengan Selangor. Oleh sebab kelemahan Kerajaan Perak, orang2 Siam dan orang2 Selangor telah dapat mendudoki negeri itu dan mengambil faedah daripada hasil timah yang banyak keluar di-negeri itu. Dalam tahun 1822, orang2 Perak yang di-bantu oleh orang2 Selangor telah menghalau- kan orang2 Siam keluar daripada negeri Perak, dan kena-lah Sultan Perak membayar ufti kapada Sultan Ibrahim Selangor sa- perti yang telah di-akui oleh Sultan Perak. 1823. Pada 11 haribulan Julai tahun 1823, Kerajaan Selangor yang di-bawah perentah Sultan Ibrahim telah membuat perjanjian dengan Kerajaan Perak yang di-perentahkan oleh Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Dalam perjanjian itu mengandongi sharat2 yang bermaksud demikian: - (1) Chukai timah yang di-pungut di-negeri Perak hendak-lah di-bahagi dua betul di-antara Kerajaan Perak dengan Kera- jaan Selangor. (2) Mengenai perniagaan di-antara Selangor dengan Perak, hen- dak-lah Kerajaan Perak perchaya kapada saudara2 Sultan Selangor, dan hendak-lah saudara2 Sultan Selangor itu mem- buat perhubongan dengan Raja Abdullah (putera Sultan Abdul Malik Mansur Shah). Peniaga2 dari negeri Selangor 37 SEJARAH SELANGOR hendak-lah di-bebaskan berniaga dalam negeri Perak; tetapi tiada sa-orang pun — walau saudara Sultan Selangor sendiri — di-benarkan berniaga timah. (3) Jikalau ra‘ayat Perak lari ka-Selangor atau ra‘ayat Selangor lari ka-Perak, maka tebusan-nya hendak-lah di-bayar sa- banyak sa-puloh ringgit tiap2 sa-orang. Tetapi kalau saudara2 Sultan Perak atau saudara2 Sultan Selangor tiada payah ber- tebus lagi. Kira2 pada masa itu juga orang2 Siam telah datang lagi mena‘alokkan sa-mula negeri Perak dan mendudoki negeri itu serta di-hukum-nya Kerajaan Perak menghantar ufti kapada Raja Siam. 1824. Kira2 dari awal Kurun Masehi yang ke-19 hingga tahun 1880, kawasan negeri Selangor itu memanjang dari Sungai Bernam di-utara-nya hingga ka-kuala Sungai Linggi di-selatan- nya. Orang2 Melayu pendudok negeri itu yang ramai-nya diam berdekatan dengan kuala2 sungai besar di-negeri itu ia-itu Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Jeram, Sungai Kelang, Sungai Langat, Sungai Lukut dan Sungai Linggi. Di-kuala2 sungai itu- lah pula pusat tempat kediaman ketua2 yang memerentahkan daerah2 sa-keliling-nya, di-bawah ta‘alok Sultan Selangor yang bersemayam di-Kuala Selangor. (Tempat semayam Sultan Selangor itu kemudian-nya berpindah pula ka-tempat lain). Suatu laporan berkenaan dengan negeri2 di-bahagian barat Semenanjong Tanah Melayu pada awal Kurun Masehi yang ke-19, telah di-tulis oleh Sa-orang pegawai Kompeni Inggeris bernama John Anderson dan laporan itu telah di-chetak dalam tahun 1824. Dalam laporan John Anderson itu ada-lah sadikit mencheritakan hal beberapa buah tempat dalam negeri Selangor pada zaman itu. Walau pun laporan-nya berkenaan dengan keramaian pendudok sa-suatu tempat itu barangkali tidak berapa tepat betul; tetapi boleh-lah di- jadikan pandangan dan pertimbangan sejarah untok mengetahui keadaan tempat2 itu pada zaman yang di-sebutkan. Kata-nya: tempat yang bernama Bernam, sa-jauh kira2 dua jam mudek dari kuala Sungai Bernam, ia-lah sa-buah pekan kechil, berpendudok lebeh kurang sa-ramai 1,000 orang; tempat ini mashhor kerana banyak hasil rotan-nya dan ada sadikit2 timah yang di-dapati dari sa-belah negeri Perak; ketua pemerentah di-tempat ini ia-lah Raja 38 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) Muda Selangor. Di-Selangor (Kuala Selangor) pendudok-nya lebeh kurang 400 orang; di-sini-lah tempat semayam Sultan Ibrahim Raja negeri Selangor; pada beberapa buah tempat di- tepi Sungai Selangor itu sampai ka-hulu-nya ada kira2 sa-ribu buah rumah. Di-Jeram ada beberapa buah kampong kechil, pen- dudok-nya lebeh kurang 500 orang, di-bawah perentah sa-orang penghulu bernama Penghulu Ali, di-sini banyak mengeluarkan kelapa. Tempat yang di-katakan bandar Kelang itu kira2 dua puloh batu dari kuala Sungai Kelang; sa-belum perang dengan Siam di-Perak pada tahun 1822, pendudok di-Kelang itu ada sa- ramai 1,500 orang. Tempat yang bernama Lumpur di-hulu Sungai Kelang itu banyak mengeluarkan timah. Tempat yang bernama Langat pendudok-nya 500 orang. Sepang 200 orang. Tempat yang bernama Lukut itu, baharu2 ini telah terkenal kerana banyak menghasilkan bijeh timah; daripada pendudok-nya sa-ramai 1,000 orang itu termasok-lah orang2 China sa-ramai 200 orang, mereka bekerja di-lombong2 bijeh timah. Linggi Kechil pendudok-nya 150 orang; di-sini-lah sempadan Selangor (di-selatan); Linggi Besar masok dalam perentah Melaka. Pendudok negeri Selangor itu ramai-nya terkurang daripada pendudok negeri Perak, tetapi mereka lebeh rajin, lebeh berpelajaran dan lebeh banyak mem- buat perhubongan dengan orang2 Eropah daripada orang2 Perak. Rupa mereka itu lebeh lembut daripada orang2 Perak, dan ayer muka mereka lebeh jerneh. Bijeh timah yang di-bawa keluar di-Sungai Selangor dan Sungai Kelang tiap2 tahun sa-banyak 2,000 pikul. Dalam tahun 1824 itu juga, telah berlaku suatu kejadian di- antara Selangor dengan Perak. Empat puloh buah perahu2 orang Siam membawa timah sa-banyak 205 bahara sa-bagai ufti dari- pada Kerajaan Perak yang hendak di-bawa ka-negeri Siam telah di-rampas oleh orang2 Selangor. Pada masa itu Raja Hasan maseh diam di-Kuala Bidor memungut chukai barang2 yang di-bawa ke- luar masok di-situ; Raja Hasan telah melakukan kekerasan dan pemerasan terhadap peniaga2 di-negeri Perak yang lalu-lalang dekat Kuala Bidor. Kejadian itu telah mendukachitakan Sultan Perak dan baginda memang suka kalau Raja Hasan itu dapat di- keluarkan dari negeri Perak. Tetapi baginda tiada dapat berbuat apa2, kerana kekuatan perang baginda belum dapat menentang kekuatan perang Selangor; tambahan pula baginda pun takutkan 39 SEJARAH SELANGOR pula orang2 Siam yang ada di-negeri Perak itu lebeh mengganas lagi apabila orang2 Selangor keluar dari negeri itu; pendek-nya, oleh sebab kelemahan Kerajaan Perak-lah maka. orang2 Siam dan orang2 Selangor dapat mendudoki negeri itu dengan bebas sambil meni‘mati perdagangan timah yang mashhor di-negeri itu. Dalam bulan April tahun 1824, kekhuatiran Sultan Ibrahim Selangor fasal orang2 Belanda mendudoki negeri Melaka itu, te- lah hapus, kerana negeri Melaka telah di-serahkan balek oleh Kerajaan Belanda kapada Kompeni Inggeris mengikut pejanjian di-antara Belanda dengan Inggeris bertarikh 17 haribulan Mach tahun 1824. Dalam pada itu nyata-lah perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 itu, ia-lah perjanjian yang di-buat mereka sa-sama sendiri bagi menetapkan kawasan penjajahan mereka di-Nusantara ini Kapada dua bahagian: kawasan yang terletak dari Singapura membawa ka-utara di-untokkan mereka jadi kawasan penjajahan Inggeris, dan kawasan yang di-sabelah selatan dari Singapura di- untokkan bagi kawasan penjajahan Belanda, dan bererti-lah tanah ayer rumpun bangsa Melayu di-Nusantara ini telah di-pechahkan oleh Inggeris-Belanda menjadi dua bahagian, dan bererti-lah juga mereka telah memechahkan rumpun bangsa Melayu di-kawasan yang dahulu-nya di-pandang satu itu telah berpechah pula, sa-hingga bangsa yang dahulu-nya satu itu telah merasa mereka bukan sa- bangsa lagi — memang itu-lah kehendak bangsa penjajah terhadap bangsa yang terjajah. Sejak itu Riau dan lain2 negeri di-selatan Singapura termasok ka-dalam penjajahan Belanda, dan Selangor serta lain2 negeri di-Semenanjong Tanah Melayu, dari Singapura ka-utara, termasok ka-dalam pengaroh penjajahan Inggeris (Bri- lish), dan lebeh kurang lima puloh tahun kemudian daripada di- perbuat perjanjian Inggeris-Belanda itu, langsong-lah negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan lain2 masok ka-dalam perentah British. Dalam bulan Oktober tahun 1824, Robert Fullerton, Gabenor Kompeni Inggeris di-Pulau Pinang yang baharu datang memegang jawatan-nya itu, telah memberitahu kapada pehak berkuasa Kompeni Inggeris di-India mengenai khabar2 yang di-sampaikan kapada-nya mengatakan Raja Ligor (Raja ta‘alok Siam) hendak menyerang negeri Selangor, dan Gabenor itu menegaskan: bagi keamanan dan ketenteraman di-Semenanjong Tanah Melayu, perbuatan itu mesti di-sekat. 40 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) 1825. Mulai tahun 1825 jelas-lah kelihatan bahawa negeri Selangor dan negeri Perak yang selalu berbalahan itu, telah jadi rebutan kapada dua kuasa besar yang berebutkan kuasa per- niagaan dan penjajahan di-negeri2 Melayu, ia-itu Siam (Thai) dan Inggeris (British). Sultan2 yang memerentahkan negeri2 itu de- ngan mudah sahaja nampak-nya di-permain-mainkan oleh politik penjajahan kedua-dua kuasa itu. Dalam bulan Januari tahun 1825, Kerajaan Perak telah me- minta pertolongan kapada Kerajaan Siam hendak memerangi ne- geri Selangor. Perbuatan baginda itu di-perchayai ia-lah di-sebab- kan oleh baginda murka kapada perbuatan orang2 Selangor yang telah merampas barang2 ufti daripada Kerajaan Perak yang hendak di-hantar ka-negeri Siam dahulu (1822). Pada masa ini orang2 Inggeris di-Pulau Pinang — khas-nya Robert Fullerton — telah berasa sangat khuatir kalau2 Siam dapat berkuasa di-negeri2 Melayu di-selatan Siam. Fullerton telah menjalankan politik-nya sendiri supaya kedua- dua negeri itu — Perak dan Selangor — jangan jatoh ka-tangan Siam; sa-balek-nya biar-lah Inggeris dapat mempengarohi negeri2 itu. Pada 28 haribulan April tahun 1825 Gabenor Fullerton telah mengutus kapada Raja Ligor (Siam) memaksa Siam jangan me- langgar negeri Selangor dan Perak. Di-nyatakan juga oleh Gabenor itu kapada Raja Ligor bahawa Inggeris telah mengambil negeri Melaka dari tangan Belanda mengikut kuat-kuasa perjanjian yang telah di-perbuat oleh Inggeris dengan Belanda pada 17 haribulan Mach tahun 1824. Fullerton telah mengatakan juga: Orang2 Be- Janda memang telah bersahabat dengan Kerajaan Perak, terutama dengan Kerajaan Selangor, dan sejak dari zaman dahulu pun Selangor belum pernah ta‘alok ka-bawah kuasa Siam. Sa-telah menerima kenyataan Fullerton itu, Raja Ligor telah menerang- kan kapada Inggeris bahawa Kerajaan Perak-lah yang telah me- ngajak orang2 Siam menghalaukan orang2 Selangor dari negeri Perak. Dalam bulan Mei tahun 1825 itu juga, satu ma‘lumat sulit telah di-sampaikan kapada Gabenor Robert Fullerton di-Pulau Pinang, dan ma‘lumat itu mengatakan: Raja Ligor telah me- lengkapkan 300 buah perahu perang dan telah berhimpun di- Sungai Trang hendak menyerang negeri Selangor. Oleh itu Gabenor Fullerton telah mengugut Raja Siam mengatakan: jika orang2 41 SEJARAH SELANGOR Siam melanggar negeri Selangor atau negeri Perak, ta’ dapat tiada berperang-lah orang2 Inggeris dengan orang2 Siam. Ugutan Fullerton itu di-susul-nya pula dengan menghantarkan kapal2 perang bermeriam dari Pulau Pinang pergi menghalang di-kuala Sungai Trang. Ugutan Fullerton itu telah berjaya; tiada-lah jadi perahu2 perang Raja Ligor itu datang menyerang negeri Selangor. Lepas itu sa-orang pegawai Kompeni Inggeris bernama Captain Henry Burney telah di-hantar pergi ka-Ligor. Captain Henry Bumey telah berunding dengan Raja Ligor dan langsong membuat Perjanjian Sementara yang telah di-tanda-tangani oleh kedua belah pehak pada 31 haribulan Julai tahun 1825. (Lepas itu baharu-lah di-buat perjanjian yang sa-benar-nya di-Bangkok yang di-sebut Perjanjian Burney, ia-itu pada 20 haribulan Jun tahun 1826). Di-antara sharat2 dalam Perjanjian Sementara dengan Raja Ligor itu ada menyebutkan: Raja Ligor mengaku ia-itu Siam tiada akan menyerang dan mena‘alokkan negeri Selangor dan negeri Perak; Kompeni Inggeris hendak-lah mengeluarkan Raja Hasan Selangor dari negeri Perak, dan Kompeni Inggeris akan menahan Sultan Selangor daripada mengganggui keamanan ne- geri Perak. Pada 10 haribulan Ogos tahun 1825, Gabenor Fulletton di- Pulau Pinang telah menghantarkan pegawai-nya bernama John Anderson pergi menyelesaikan perselisehan di-antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Perak. John Anderson telah berunding dengan Sultan Ibrahim di-Kuala Selangor. Pada 20 haribulan Ogos tahun 1825 itu juga, John Anderson bagi pehak Kompeni Inggeris telah membuat suatu perjanjian dengan Sultan Ibrahim bagi pehak Kerajaan Selangor. Dalam perjanjian itu-lah mula di-tetapkan Sungai Bernam jadi sempadan di-antara negeri Selangor dengan negeri Perak. (Pada 6 haribulan September tahun 1825 itu juga John Anderson telah membuat perjanjian saperti itu juga dengan Sultan Perak). Dalam perjanjian di-antara Kompeni Inggeris dengan Selangor pada 20 haribulan Ogos tahun 1825 itu, Sultan Ibrahim telah ber- janji tiada akan melanggar negeri Perak, baik dengan angkatan perang laut atau darat, dan Selangor tiada akan menchampori hal ehwal pemerentahan negeri Perak, dan Raja Hasan dengan segera akan di-keluarkan. dari negeri Perak. Sunggoh pun serang-menyerang telah di-akui oleh masing2 Sultan 42 SULTAN IBRAHIM SHAH (1778 — 1826) tiada akan di-lakukan antara Selangor dengan Perak, tetapi tiada lama lepas itu, Sultan Ibrahim telah memberitahu kapada Gabenor di-Pulau Pinang ia-itu baginda tiada akan menyetujui perjanjian yang telah di-perbuat dengan John Anderson itu jika Sultan Perak tiada menjelaskan hutang-nya kapada baginda, kerana baginda telah membuat perjanjian dengan Sultan Perak (tahun 1823) yang menyatakan Selangor menerima separoh daripada chukai timah yang di-kenakan pada tiap2 bahara timah yang di-chukai di- negeri Perak itu. (Chukai-nya $12.00 tiap2 bahara). Surat Sultan Ibrahim itu telah di-jawab oleh Gabenor Fullerton, dan di-antara- nya Gabenor itu menyatakan ia berasa puas hati yang Sultan Ibrahim telah menghantarkan perahu2 pergi mengambil meriam2 yang di-bawah jagaan Raja Hasan di-Kuala Bidor. Tetapi Gabenor itu mengatakan pula: sa-buah kapal perang British akan berjaga- jaga di-negeri Perak sa-hingga Raja Hasan keluar meninggalkan negeri itu. Gabenor Fullerton berjanji akan menimbangkan fasal hutang Sultan Perak kapada Sultan Selangor itu; dalam pada itu jangan-lah ada pencherobohan dari negeri Selangor melintasi sempadan di-antara Selangor dengan Perak yang baharu di-tetap- kan itu. Fullerton mengingatkan juga kapada Sultan Ibrahim (sa- benar-nya: tempelak) ia-itu dengan champor-tangan British, ne- geri Selangor telah terselamat daripada serangan Siam. Fullerton menasihatkan Sultan Ibrahim pula supaya baginda membayar $2,000/- kapada Kerajaan Siam bagi pembayaran ganti-rugi harta2 yang telah di-rampas oleh orang2 Selangor daripada perahu2 Siam dahulu (tahun 1824). Sultan Ibrahim telah menyatakan kapada Gabenor Fullerton ia-itu baginda rela hilang nyawa baginda dari- pada membayar wang $2,000/- kapada Kerajaan Siam mengganti pembayaran harga harta2 yang bukan baginda mengambil-nya itu. Fullerton telah menegor jawapan Sultan Ibrahim itu dengan mengatakan pula: sa-telah British dapat menghalang orang2 Siam daripada menyerang negeri Selangor, tidak-lah pula Gabenor itu menyangkakan akan terbit perbalahan fasal wang yang hanya $2,000/- itu; akan tetapi walau bagaimana pun, baginda tidak akan lepas daripada akibat2-nya; dan sunggoh pun ia berjanji akan menyiasat fasal tuntutan baginda kapada Sultan Perak itu, tetapi Sultan Ibrahim hendak-lah patoh kapada perjanjian yang telah di-setujui baginda itu dan jangan mérosak binasakan jiran2 baginda. 43 SEJARAH SELANGOR, 1826. Lama juga masa-nya Kompeni Inggeris menyelesaikan perselisehan fasal hutang-piutang di-antara Sultan Selangor de- ngan Sultan Perak itu. Dalam pada itu, pada 27 haribulan Oktober tahun 1826 Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor itu pun mangkat di-Kuala Selangor. Sultan Muhammad Shah (1826 - 1857): 1826. Sa-telah mangkat Sultan Ibrahim, ada sadikit pertikaian telah berlaku dalam kalangan keluarga diraja Selangor fasal hendak mengangkat ganti almarhum itu jadi Sultan Selangor. Dalam pada itu, sunggoh pun putera almarhum yang bernama Raja Muhammad itu bukan-nya putera daripada isteri tua kapada almarhum, tetapi oleh sebab Raja Muhammad itu telah di-jadikan Raja Muda Selangor pada masa hidup ayahanda-nya lagi, jadi orang besar2 Selangor pun mengangkat Raja Muhammad itu jadi Sultan Selangor, bergelar Sultan Muhammad Shah; baginda berse- mayam di-Kuala Selangor juga. Sultan Muhammad Shah ini di-dapati lemah pemerentahan-nya; tidak saperti ayahanda baginda almarhum Sultan Ibrahim. Baginda tidak dapat dengan sa-penoh-nya menguasai raja2 dan orang besar2 yang memerentah di-daerah2 Jain dalam negeri Sélangor. Oleh sebab itu, pada masa pemerentahan baginda, negeri Selangor di-dapati sa-bagai sa-buah negeri mengandongi daerah2 yang ber- pechah-pechah, ia-itu: Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut. Pada masa itu selalu-lah berlaku beberapa kezaliman oleh anak2 raja dan orang besar2 yang melakukan pemerasan chukai2 di-daerah mereka masing2 yang di-jalankan dengan sa- suka hati ketua2 di-tempat2 itu, sa-hingga berlaku-lah pula bebe- rapa rompakan dan rampasan di-sana sini. 1830. Kompeni Inggeris di-Pulau Pinang telah memberi amaran kapada Sultan Muhammad di-Selangor fasal perompak2 laut yang telah berlaku di-perayeran negeri Selangor. Tetapi, pada 21 hari- bulan Januari tahun 1830 baginda telah menolak tudohan itu de- ngan menyatakan di-negeri Selangor tidak ada perompak laut, 45 SEJARAH SELANGOR baik pada masa pemerentahan baginda atau pun pada masa almarhum ayahanda baginda dahulu. 1834. Lebeh kurang pada awal Kurun Masehi yang ke-19, ia-itu sa-belum Sultan Muhammad Shah jadi Sultan Selangor, sa-orang daripada keluarga diraja Selangor, Raja Busu atau Tengku Busu nama-nya di-sebut orang, telah membuka daerah Lukut dengan pertolongan pengikut2-nya orang2 Selangor dan orang2 Kedah juga, kerana Raja Busu itu telah mengetahui bahawa bumi di-tempat itu banyak mengandongi bijeh timah. Raja Busu telah jadi raja pemerentah di-Lukut, dan pendapatan- nya daripada hasil bijeh timah di-Lukut itu tidak-lah di-serahkan- nya kapada Sultan Selangor. Lebeh kurang pada tahun 1824, dengan galakan Raja Busu itu, mula-lah orang China, terutama orang2 China dari Melaka, datang beramai-ramai ka-Lukut membuka dan bekerja d-lombong2 bijeh timah di-situ, dan Raja Busu sendiri pun ada lombong2 bijeh timah-nya di-kerjakan oleh pekerja2 China. Sejak itu Lukut telah terkenal sa-bagai sa-buah tempat yang banyak mengeluarkan hasil bijeh timah. Raja Busu telah menetapkan chukai di-bayar kapada-nya sa-banyak sa- puloh peratus daripada harga semua timah2 yang di-bawa keluar dari Lukut, dan banyak-lah Raja Busu beroleh chukai2 timah itu. (Sejarah Lukut yang lebeh lengkap, ada di-huraikan dalam bahagian-nya bersendiri). Oleh sebab Raja Busu berlebeh-lebehan sangat memperkuli kan pekerja2 China di-Lukut itu untok kepentingan-nya sendiri, dalam bulan September tahun 1834, ada kira2 sa-ramai tiga atau empat ratus orang2 China di-Lukut itu telah bangkit mem- berontak sambil membunoh: sa-chara beramai-ramai orang2 Melayu yang ada di-Lukut itu, sa-hingga Raja Busu dan anak isteri-nya pun telah di-bunoh oleh orang2 China itu dengan chara yang amat ngeri. Sejak itu Lukut pun tinggal tiada beraja. Tiada lama lepas itu datang pula sa-kumpulan orang2 Melayu menyerang dan membunoh orang2 China di-Lukut sa-chara beramai-ramai sa-bagai menuntut bela perbuatan orang2 China dahulu. Sunggoh pun telah berlaku kejadian2 burok dan ngeri saperti yang di-sebutkan itu, tetapi tiada lama kemudian, beberapa ramai orang2 Melayu telah datang lagi ka-Lukut berusaha men- chari bijeh timah. Di-antara orang2 Melayu yang telah datang 46 SULTAN MUHAMMAD SHAH (1826 — 1857) ka-Lukut masa itu ia-lah Raja Ja‘afar bin almarhum Raja Ali orang Melayu Bugis yang berasal dari Riau bersama-sama dengan anak2-nya bernama Raja Juma‘at dan Raja Abdullah. Mereka telah membuka lombong2 bijeh timah di-Lukut dengan menggunakan pekerja China, dan perusahaan mereka sangat berjaya. 1836. Pada tahun 1836, Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor, telah berangkat datang ka-Lukut lalu baginda meng- ishtiharkan kapada pendudok2 di-Lukut bahawa daerah Lukut itu masok dalam perentah Kerajaan Selangor, dan tiada siapa pun pendudok Lukut yang membantah perishtiharan yang di- buat baginda itu. Di-perchayai, pada masa itu-lah Sultan Muhammad telah memileh Raja Juma‘at putera Raja Ja‘afar itu jadi wakil baginda memerentah di-Lukut. Oleh sebab tertarek hati melihatkan kemajuan Lukut yang banyak mengeluarkan hasil bijeh timah itu, Sultan Muhammad telah memuiakan penchubaan baginda membuka perusahaan melombong bijeh timah di-lembahan Sungai Kelang dengan modal yang di-pinjam baginda daripada saudagar2 orang Eropah dan taukeh2 China di-Melaka. Tetapi perchubaan Sultan Muham- mad itu tidak mendatangkan hasil ya‘ani tidak-lah berjaya. 1839 Dalam tahun 1839, Sultan Muhammad bersama-sama dengan Raja Juma‘at dan Raja Abdullah putera2 Raja Ja‘afar dari Lukut telah pergi ka-Riau, kerana baginda hendak men- ziarahi kaum-kerabat baginda di-sana. Dalam perjalanan baginda berangkat hendak balek ka-Selangor, tatkala singgah di-Melaka, baginda telah di-ancham hendak di-tangkap oleh orang2 yang menghutang wang kapada baginda untok membuka perusahaan melombong di-Kelang dahulu kerana hutang2 itu belum ber- bayar. Raja Juma‘at Lukut yang telah terkenal kaya itu, telah mengaku jadi penjamin hutang2 baginda itu, dan baginda pun di-benarkan balek ka-Selangor. Lepas peristiwa yang telah berlaku di-Melaka itu, kerana hendak menguatkan kedudokan-nya di-negeri Selangor, Raja Juma‘at telah beristerikan puteri Sultan Muhammad yang ber- nama Tengku Senai (di-sebut juga: Tengku Nai). Dan bagi menambahkan rapat-nya lagi perhubongan keluarga Raja Juma‘at 47 SEJARAH SELANGOR dengan keluarga kesultanan Selangor, Raja Abdullah adek Raja Juma‘at itu pula di-kahwinkan dengan anak saudara Sultan Muhammad yang bernama Raja Khalijah binti Raja Haji ibni almarhum Sultan Ibrahim. Lebeh kurang pada masa ini-lah Sultan Muhammad telah menyerahkan daerah lembahan Sungai Kelang itu kapada putera sulong baginda yang bernama Raja Sulaiman ia-itu penyerahan untok selama-lama-nya. Tetapi di-dapati Raja Sulaiman itu tidak pula bersunggoh-sunggoh berikhtiar untok mendapatkan hasil2 yang banyak dari daerah Kelang itu. 1840. Dalam tahun2 empat pulohan Kurun Masehi yang ke-19 itu, Raja Juma‘at di-Lukut telah bertambah-tambah kaya, kerana lombong2-nya di-Lukut itu telah bertambah-tambah banyak mengeluarkan bijeh-timah. Pada masa itu-lah juga di- dapati telah ada beberapa ramai orang2 China membuka lom- bong2 bijeh-timah di-kaki2 bukit di-tempat yang bernama Kanching (lebeh kurang lima belas batu ka-utara Kuala Lumpur sekarang). Sa-orang daripada anak saudara Sultan Muhammad yang bernama Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Ibrahim, telah memasokkan modal-nya ka- dalam perusahaan melombong bijeh timah yang di-usahakan oleh orang2 China di-Kanching itu. Hasil timah dari Kanching masa itu di-bawa ka-tempat yang bernama Bandar Kanching dan dari situ di-bawa pula menghilir Sungai Selangor hingga ka- Kuala Selangor. Pada masa ini putera2 Sultan Muhammad yang bernama Raja Sulaiman (pemerentah Kelang) dan Raja Uthman, serta adek baginda yang bernama Raja Yusuf, di-dapati selalu sahaja bertelingkah antara sa-orang dengan lain. Pertelingkahan itu di-sebabkan oleh masing2 berebut supaya di-lantek jadi Raja Muda Selangor; kerana hingga masa itu pangkat Raja Muda Selangor itu belum ada siapa2 yang memenohi-nya. Sa-sunggoh- nya perkara perlantekan Raja Muda Selangor itu tidak juga di-selesaikan oleh Sultan Muhammad hingga-lah tahun 1853. 1844. Dalam masa berlaku-nya pertelingkahan di-antara anak2 raja itu, Raja Abdul Samad tidak pula mahu ketinggalan menchari kedudokan baik. Dalam tahun 1844 Raja Abdul Samad 48 SULTAN MUHAMMAD SHAH (1826 — 1857) telah berkahwin dengan puteri bongsu Sultan Muhammad yang bernama Raja Atfah. Sa-telah itu Sultan Muhammad pun menye- rahkan Kuala Selangor kapada jagaan anak saudara dan menantu baginda Raja Abdul Samad itu, dan pada masa itu juga Raja Abdul Samad telah di-beri pula gelaran Tengku Panglima Raja dan bertugas menolong baginda menjalankan pertadbiran peme- rentahan negeri. Sejak itu sa-makin bertambah-lah minat Raja Abdul Samad kapada perusahaan melombong bijeh-timah di- Kanching. 1846. Pada tahun 1846, tatkala Sultan Muhammad Shah singgah ka-Melaka, lagi sa-kali baginda telah di-ancham hendak di-tangkap oleh saudagar2 yang menghutangkan wang kapada baginda, kerana hutang baginda kapada mereka sa-banyak $169,000/- belum berbayar. Oleh sebab baginda tiada berupaya hendak menjelaskan hutang sa-banyak itu, tampil lagi Raja Juma‘at mengakukan bahawa beliau-lah yang akan mengambil tang- gong-jawab menyelesaikan hutang baginda itu. Oleh kerana budi pertolongan menantu-nya itu, pada tahun itu juga (1846) Sultan Muhammad telah memberi kuasa kapada Raja Juma‘at meme- rentah Lukut dan mengambil chukai2 hasil dari daerah itu. Sejak Raja Juma‘at jadi raja pemerentah Lukut itu, beliau pun berusaha bersunggoh-sunggoh membaiki dan memajukan daerah itu sa-hingga menchapai kejayaan. (Lihat: Sejarah Lukut yang berasingan). Daripada masa itu hingga sampai mangkat-nya (tahun 1864), kerana kekayaan-nya, Raja Juma‘at telah jadi orang yang berpengaroh dan terkemuka sa-kali di-seluroh negeri Selangor. Pada tahun 1850 chukai2 timah yang di-dapati oleh Raja Juma‘at di-Lukut itu kira2 $10,000/- tiap2 bulan. Raja Juma‘at telah di-gelar “Raja Tua” dalam lengkongan keluarga diraja Selangor. 1853. Pada tahun 1853 pertelingkahan di-antara putera2 Sultan Muhammad, ia-itu Raja Sulaiman, Raja Uthman dan adek baginda Raja Yusuf, yang berebutkan hendak jadi Raja Muda Selangor itu, berhenti sendiri-nya; kerana ketiga-tiga anak raja itu telah mangkat lebeh dahulu daripada Sultan Muhammad sendiri. Putera baginda Raja Sulaiman yang jadi raja peme- rentah Kelang itu, telah mangkat pada tahun 1853; sa-orang 49 SEJARAH SELANGOR daripada putera2 almarhum Raja Sulaiman itu bernama Raja Mahdi. Pada masa itu-lah Sultan Muhammad telah mengangkat sa-orang putera baginda bernama Raja Mahmud (ibu-nya Tengku Ampuan Basik) jadi Raja Muda Selangor walau pun pada masa itu Raja Mahmud itu maseh kechil lagi. Oleh sebab Raja Muda Mahmud itu maseh kechil lagi, Sultan Muhammad telah mem- benarkan Raja Tua Raja Juma‘at memangku menjalankan kerja2 jawatan Raja Muda Selangor itu. Pada tahun 1853 itu juga Sultan Muhammad telah menyerah- kan daerah lembahan Sungai Kelang itu kapada menantu saudara baginda Raja Abdullah adek Raja Juma‘at Lukut, bukan di- serahkan kapada Raja Mahdi putera almarhum Raja Sulaiman. Berkenaan dengan penyerahan Kelang oleh Sultan Muhammad kapada Raja Abdullah itu, Raja Mahdi putera Raja Sulaiman berpendapat: sa-patut-nya dia-lah yang berhak menerima warithan hak ayah-nya jadi raja pemerentah Kelang itu; tetapi ia telah di-ketepikan sahaja oleh Sultan Muhammad. Perbuatan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kapada Raja Abdullah itu-lah yang telah menjadi puncha yang menerbit- Kan pergadohan2 yang akan berlaku di-antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah dan anak2-nya kelak, hingga berlanjutan jadi perang saudara di-negeri Selangor bertahun-tahun lama-nya. Pada masa yang di-sebutkan ini, oleh sebab Raja Mahdi belum mempunyai apa2 kekuatan, baik wang atau pengikut2, beliau pun diam sahaja memerhatikan perbuatan baginda itu. Dalam pada itu Raja Mahdi tinggal juga di-Kelang hidup sa-bagai ra‘ayat biasa menjalankan perniagaan-nya sambil memendam sakit hati terhadap Raja Abdullah. 1856. Lebeh kurang pada tahun 1856, sa-orang pemuda China yang berasal dari negeri China, bernama Yap Ah Loy, telah datang ka-Lukut dari Melaka. Pada masa itu ia baharu ber- umor kira2 sembilan belas tahun. Di-Lukut ia telah bekerja di-sabuah lombong bijeh timah di-bawah jagaan sa-orang China yang jadi ketua dalam pekerjaan di-lombong itu bernama Chong Chong. Kemudian-nya kelak, dalam tahun 1862, baharu-lah Yap Ah Loy datang ka-Kuala Lumpur. 1857. Sa-telah Raja Abdullah di-angkat oleh Sultan Muham- 50 ‘SULTAN MUHAMMAD SHAH (1826 — 1857) mad jadi raja yang memerentah Kelang, Raja Abdullah pun bermeshuarat dengan abang-nya Raja Juma‘at, dan kedua-nya telah bersetuju hendak menjalankan perusahaan membuka lom- bong bijeh timah. Bagi memulakan perusahaan itu mereka telah mengadakan modal dengan meminjam wang sa-banyak $30,000/- daripada dua. orang taukeh China di-Melaka bernama Baba Chi Yam Chuan dan Baba Lim Say Hoe. Tiada lama lepas itu, Raja Abdullah dengan membawa pekerja2 China sa-ramai 87 orang dari Lukut, telah memudeki Sungai Kelang menchari tem- pat yang baik hendak membuka lombong. Raja Abdullah dan pekerja2 China yang di-bawa-nya itu telah sampai ka-bahagian hulu Sungai Kelang lalu mendarat pada suatu tempat yang di-pileh oleh Raja Abdullah, ia-itu di-tebing persimpangan Sungai Kelang déngan Sungai Gombak, dan tempat itu di-sebut nama- nya Lumpor. Dari situ Raja Abdullah dengan orang2-nya itu berjalan lagi ka-darat lalu sampai ka-tempat yang kemudian-nya di-sebut nama-nya Ampang dan tempat itu-lah yang di-pileh oleh Raja Abdullah lalu ia mengerahkan orang2-nya itu memugar hutan2 di-situ untok membuka lombong bijeh timah. Ada kira2 sa- bulan lama-nya pekerja2 China itu bekerja di-situ, di-dapati ramai di-antara mereka yang mati kerana demam malaria. Daripada sa- ramai 87 orang yang mula? di-bawa oleh Raja Abdullah itu, tinggal 17 orang sahaja yang hidup. Raja Abdullah telah meminta bantu kapada abang-nya Raja Juma‘at di-Lukut, dan Raja Juma‘at telah menghantarkan 150 orang lagi pekerja2 China dari Lukut pergi ka-Ampang meneruskan pekerjaan membuka lombong bijeh timah itu. (Dua tahun lepas itu, pada tahun 1859, baharu-lah lombong Raja Abdullah di-Ampang itu mula mengeluarkan hasil timah yang di-hantar keluar negeri). Di-sini patut-lah di-ambil perhatian: mengikut sejarah-nya yang di-sebutkan itu, Raja Abdullah itu-lah yang mula2 memileh tempat di-tebing persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak itu bagi tempat ia mendarat lalu membuka lombong bijeh timah di-Ampang; apabila lombong2 di-Ampang terbuka, kawasan di- tempat yang di-pileh oleh Raja Abdullah mendarat itu di-dirikan orang kedai2 atap tempat menjual barang2 keperluan bagi pe- kerja2 lombong di-Ampang, dan tempat itu juga di-jadikan orang pangkalan turun naik ka-Kelang ikut Sungai Kelang, sa-hingga tempat itu bertambah-tambah ramai, dan kemudian-nya tempat Si SEJARAH SELANGOR itu terkenal dengan nama Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, Raja Abdullah itu-lah orang yang sa-patut-nya di-gelar: “Orang yang mula2 membuka Kuala Lumpur”, bukan-nya Yap Ah Loy yang hanya baharu datang ka-Kuala Lumpur pada tahun 1862. Belum pun sempat lombong Raja Abdullah di-Ampang itu mengeluarkan hasil bijeh timah-nya, dengan tiba2 pada akhir tahun 1857 itu juga, Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Selangor itu pun mangkat, sa-telah meme- rentah Selangor selama 31 tahun. 52 Sultan Abdul Samad (1859-1898) 1857-1859. Berikutan dengan mangkat-nya Sultan Muham- mad Shah pada akhir tahun 1857 itu, berlaku pula pertelingkahan di-antara kerabat2 diraja dan orang besar2 Selangor fasal hendak melantek ganti almarhum itu jadi Sultan Selangor. Tengku Puan Basik, balu almarhum Sultan Muhammad, telah mendesak supaya putera‘nya Raja Muda Mahmud putera gahara almarhum itu di-jadikan Sultan; Raja Abdullah adek Raja Juma‘at di-jadikan Raja Muda, dan Raja Abdul Samad di-jadikan Tengku Panglima Raja. Ada pula di-antara raja2 dan orang besar2 Selangor itu yang mengatakan Raja Muda Mahmud itu belum boleh di- jadikan Sultan kerana ia maseh kechil walau pun ia putera gahara. Menantu almarhum Sultan Muhammad ia-itu Raja Juma‘at, sa- orang yang lebeh terkemuka dan berpengaroh di-Selangor masa itu, dan adek-nya Raja Abdullah, bukan-lah kerabat diraja ke- sultanan Selangor, mereka ia-lah raja2 chawangan Riau; oleh sebab itu tiada-lah dapat mereka di-jadikan Sultan Selangor. Dalam pada itu, ramai pula di-antara raja2 dan orang besar2 Selangor, terutama Raja Juma‘at dan Raja Abdullah, mahukan anak saudara dan menantu almarhum Sultan Muhammad itu, ia- itu Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Ibrahim itu, di-jadikan Sultan Selangor. Di-katakan juga bahawa Raja Juma‘at mahukan Raja Abdul Samad jadi Sultan itu ia-lah kerana Raja Juma‘at ingin hendak mengadakan perubahan2 ba- haru dalam dasar pemerentahan Kerajaan Selangor walau pun ia tidak jadi Sultan. Perubahan2 yang hendak di-adakan-nya itu ia- lah mengenai chukai2 hasil yang di-dapati dari daerah2 dalam negeri Selangor itu di-kumpulkan pada sa-buah perbendaharaan negeri, dan juga berkenaan dengan sara atau gaji yang di-beri kapada raja2 atau orang besar2 yang memegang jawatan di- 53 SEJARAH SELANGOR daerah2 dalam negeri Selangor. Ada juga sumber menyebutkan: kehendak Raja Juma‘at ia-lah Raja Abdul Samad itu jadi Pe- mangku Raja sahaja sa-hingga sampai masa-nya putera gahara almarhum Sultan Muhammad itu di-lantek jadi Sultan. Ranchangan Raja Juma‘at itu nampak-nya tidak dapat di-jalankan, dan per- telingkahan fasal memileh Sultan itu telah berpanjangan hingga hampir2 selama tiga tahun, dan orang2 yang bersangkutan dengan pemilehan Sultan itu lebeh berat hendak menyelesaikan pemilehan itu daripada hendak mengadakan perubahan2 baharu saperti yang di-kehendaki oleh Raja Juma‘at itu. Sunggoh pun demikian, tetapi akhir-nya, pada tahun 1859, pilehan Raja Juma‘at itu juga yang berjaya: Raja Abdul Samad yang telah tua itu telah di-lantek dan di-tabalkan jadi Sultan Selangor menggantikan almarhum Sultan Muhammad Shah. Dalam masa berlaku-nya pertelingkahan memileh ganti Sultan itu, Tengku Puan Basik telah mengutus juga kapada Gabenor Negeri2 Selat di-Singapura menchadangkan perlantekan putera- nya Raja Muda Mahmud itu jadi Sultan Selangor. Tetapi Gabenor itu telah menjawab dan menerangkan bahawa pemilehan Sultan Selangor itu terserah-lah kapada orang besar2 Selangor. Sa-telah Raja Abdul Samad jadi Sultan Selangor, baginda telah mengangkat putera sulong baginda yang bernama Raja Musa menjaga pemerentahan di-daerah lembahan Sungai Selangor dan diam di-Kuala Selangor. Daerah Langat di-tetapkan dalam jagaan baginda sendiri. Daerah Kelang memang telah di-tentukan dalam’ jagaan Raja Abdullah bin Raja Ja‘afar adek Raja Juma‘at Lukut. Dan Lukut dalam pegangan Raja Juma‘at (Raja Tua). Daerah Bernam di-lembahan Sungai Bernam memang telah lama di- perentahkan oleh suatu chawangan keluarga diraja Selangor yang tiada berbaik dengan baginda. Pada masa itu, Sultan Abdul Samad yang telah berumor lebeh kurang lima puloh tahun itu bersemayam di-Langat (Bandar Termasa) berihat-rihat menyenangkan diri sambil membuat kerja2 kegemaran baginda memelihara pokok2 bunga, mengumpulkan timah dan mengisap chandu juga sa-bagai kebiasaan raja2 Melayu masa itu. Baginda tidak-lah bagitu rajin dan chergas mengawal dan menjaga raja2 serta orang besar2 yang di-bawah pemerentahan baginda. Berkenaan dengan Raja Abdullah pemerentah Kelang yang telah membuka lombong bijeh timah di-Ampang (Kuala Lumpur) 54 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) sejak tahun 1857 yang di-kerjakan oleh pekerja2 China itu, di- dapati perusahaan-nya itu beransor maju. Dua tahun lepas itu — pada tahun 1859 — mula-lah di-keluarkan hasil timah dari lom- bong Raja Abdullah itu dan telah di-perdagangkan keluar negeri (Negeri2 Selat). Kemajuan di-Ampang itu telah menarek ramai orang2 China dari tempat2 lain datang menchari penghidupan ka- situ. Sa-orang daripada orang2 Melayu yang berasal dari Sumatera, bernama Sutan Puasa, telah membuka perniagaan pada suatu tempat tiada berapa jauh dari pondok2 tempat pekerja2 lombong di-Ampang itu. Barang2 jualan yang di-perniagakan oleh Sutan Puasa itu di-beli-nya daripada dua orang taukeh China lombong di-Lukut yang telah berkenal baik dengan Sutan Puasa; taukeh2 China itu bernama Hiu Siew dan Ah Sze. Kemudian, sa-telah mendapat keterangan daripada Sutan Puasa berkenaan dengan keuntongan besar yang boleh di-dapati jika mereka berniaga di- Ampang itu, Hiu Siew dan Ah Sze pun tertarek hati Jalu mereka meninggalkan Lukut datang ka-Ampang sa-bagai ahli perniagaan hendak membuka kedai di-daerah itu. Mereka telah menchari- chari tempat yang sesuai hendak membuka kedai. Akhir-nya mereka telah memileh suatu tempat dekat persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak, ia-itu tempat Raja Abdullah mula mendarat dahulu, pangkalan tempat orang-ramai turun naik ka-Kelang melalui Sungai Kelang. Sa-telah Hiu Siew dan Ah Sze mengupah orang2 memugar hutan di-situ, mereka pun men- dirikan beberapa buah rumah atap di-situ di-jadikan tempat ke- diaman dan kedai2 kechil tempat berniaga. Tempat itu-lah ke- mudian-nya menjadi pekan Kuala Lumpur. Sa-telah orang2 China bertambah ramai datang mendiami tem- pat itu, mereka pun bermeshuarat hendak mengangkat sa-orang ketua mereka di-tempat itu saperti yang biasa di-buat oleh orang2 China di-tempat2 lain juga. Dengan pertolongan Sutan Puasa serta di-sokong pula oleh orang2 Melayu di-tempat itu, Hiu Siew telah di-angkat jadi ketua orang2 China di-situ dengan memakai gelaran yang di-sebut Kapitan China — dia-lah Kapitan China yang pertama di-Kuala Lumpur. Sama ada perlantekan itu di- setujui atau tidak oleh Raja Abdullah atau Sultan Abdul Samad tiada-lah di-ketahui. Tetapi biasa-nya, pada masa itu, kejadian yang saperti itu tiada-lah berapa di-pedulikan oleh raja2 atau orang besar2 Melayu, kerana perkara itu mengenai orang2 China 55 SEJARAH SELANGOR sama sendiri; asal sahaja raja2 dan orang besar2 Melayu itu menerima chukai2 bahagian mereka daripada orang2 China itu, mereka tidak akan di-ganggui. Raja Abdullah tetap-lah juga dengan usaha-nya memajukan lombong2 bijeh timah-nya di-Ampang dan memungut chukai2 hasil di-situ serta memungut chukai timah dan barang2 lain yang di-bawa keluar’ masok melalui Sungai Kelang. Raja Abdullah sendiri diam di-Kelang di-tempat yang bernama Pangkalan Batu. Daripada chukai2 hasil yang di-dapati oleh Raja Abdullah di- Kelang itu, ada-lah pula bahagian yang di-terima oleh Sultan Abdul Samad daripada Raja Abdullah sa-banyak $500/- tiap2 bulan. Raja Mahdi yang telah tertolak itu, maseh diam di-Kelang menjalankan perniagaan-nya menjual chandu dan lain2 benda kapada orang2 China lombong di-Kuala Lumpur. Dalam pada itu, sa-bagai memujok hati Raja Mahdi, tiap2 bulan Raja Abdullah ada pula memberi wang belanja kapada Raja Mahdi; tetapi tiada- lah di-ketahui berapa banyak-nya wang belanja tiap2 bulan yang di-beri oleh Raja Abdullah kapada Raja Mahdi itu. Dalam pada itu Raja Mahdi tiada juga berpuas hati dengan pemberian itu. Raja Mahdi berpendapat: sa-kurang2-nya separoh daripada chu- kai2 yang di-dapati di-Kelang itu, di-berikan kapada-nya sa-bagai penchen-nya, kerana daerah Kelang itu asal-nya ia-lah hak ke- punyaan ayah-nya, Raja Sulaiman. Pernah juga tuntutan Raja Mahdi itu di-sampaikan kapada Sultan Abdul Samad; tetapi telah di-tolak mentah2 oleh Sultan Abdul Samad, sambil menchadang- kan pula kapada Raja Abdullah memberhentikan pemberian tiap2 bulan kapada Raja Mahdi itu. Dalam pada itu tidak-lah pula sampai hati Raja Abdullah memberhentikan pemberian-nya itu. Dendam dan sakit hati Raja Mahdi kapada Raja Abdullah ber- jalan terus. 1860. Perihal negeri Selangor dan Sultan Abdul Samad dalam tahun 1860, serta keadaan daerah Lukut yang di-perentahkan oleh Raja Juma‘at dalam tahun itu juga, telah di-tulis dalam penyata- nya oleh sa-orang konsol Residen Melaka bernama Captain Macpherson yang telah datang sendiri melawat negeri itu. Mac- pherson mengatakan: negeri Selangor itu jauh lebeh burok ke- adaan-nya daripada Lukut. Raja-nya yang baharu itu (Sultan Abdul Samad) sa-orang pemadat dan gemar sentiasa berulit dengan pe- 56 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) rempuan2. Putera baginda yang bernama Raja Musa itu sa-orang pemuda yang garang dan keras rupa-nya, umor-nya baharu kira2 lima belas tahun. Raja Muda Mahmud yang telah tertolak meng- gantikan ayah-nya itu, sa-orang budak yang cherdek dan gemar kita melihat-nya, umor-nya ada-lah agak2 dua belas tahun. Pada masa itu di-Selangor hawar penyakit kerbau tengah merebak dan banyak kerbau yang mati oleh-nya. Oleh sebab sawah2 padi tiada di-usahakan, harus-lah ra‘ayat dalam negeri akan jadi perampas, perompak dan penyamun kerana tiada dapat makan. (Lihat Sejarah Lukut). Nampak-nya pandangan yang telah di-tulis oleh Captain Mac- pherson itu nyata-lah pemandangan-hya di-daerah2 sa-belah pantai laut negeri Selangor sahaja, boleh jadi hanya di-sekitar Kelang dan Langat, bukan-nya keadaan di-pedalaman atau di-darat2 negeri Selangor. Mengikut riwayat-nya: dalam tahun 1860 itu, lain dari- pada Lukut, lombong2 bijeh timah di-daerah Kanching di-hulu Sungai Selangor serta di-Ampang dan Kuala Lumpur di-hulu Sungai Kelang, sama ada lombong2 kepunyaan orang2 Melayu atau orang2 China, telah banyak mengeluarkan bijeh timah dan tempat2 itu sedang berkembang dan ma‘mor. 1861. Pada suatu masa dalam tahun 1861, sa-orang China bernama Liu Ngim Kong telah tiba ka-Kuala Lumpur dan telah di-ambil oleh Kapitan Hiu Siew bekerja jadi sa-orang daripada panglima kapada Kapitan itu. Sa-belum Liu Ngim Kong datang ka-Kuala Lumpur, ia telah pernah tinggal di-Sungai Ujong (Serem- ban) dan Lukut; dan sa-orang daripada sahabat baik-nya pada masa tinggal di-tempat2 itu ia-lah Yap Ah Loy. Belum pun sampai sa-tahun lama-nya Liu Ngim Kong tinggal di-Kuala Lumpur, Kapitan Hiu Siew telah jatoh sakit langsong meninggal dunia. Sunggoh pun ada chadangan hendak mengangkat Ah Sze, kawan baik Hiu Siew itu menggantikan-nya jadi Kapitan China, tetapi Ah Sze telah menolak tiada mahu jadi Kapitan; dia lebeh suka menumpukan tenaga dan kebolehan-nya dalam pe- rusahaan melombong dan berniaga di-Kuala Lumpur; tambahan pula dia telah membeli beberapa buah lombong dan kedai2 di- Kanching. Akhir-nya, dengan sokongan Ah Sze juga, Liu Ngim Kong telah di-angkat menggantikan mendiang Hiu Siew jadi Kapitan China di-Kuala Lumpur; dia-lah Kapitan China yang 57 SEJARAH SELANGOR kedua di-Kuala Lumpur. Beberapa tahun sahaja kemudian dari- pada itu, lombong2 bijeh timah dan perniagaan di-Kuala Lumpur telah bertambah-tambah maju, dan sejak itu, bertambah-tambah ramai-lah orang2 China dari Melaka, dari Singapura bahkan dari negeri China juga datang menchari penghidupan mereka berniaga dan bekerja di-lombong2 bijeh timah di-Kuala Lumpur dan tem- pat2 di-sekitar-nya. 1862. Kira2 dalam tahun 1862, Kapitan Liu Ngim Kong telah mengajak kawan-nya, Yap Ah Loy, yang pada masa itu ada di- Sungai Ujong datang ka-Kuala Lumpur. Oleh sebab tertarek hati mendengarkan berita2 perkembangan dan kekayaan yang sedang menchurah-churah di-tempat baharu itu, Yap Ah Loy pun datang ka-Kuala Lumpur lalu bekerja jadi pembantu kapada Liu Ngim Kong menguruskan lombong2 Kapitan itu. Orang2 China yang bekerja di-lombong2 bijeh timah di-Kan- ching dan di-Kuala Lumpur itu terutama ia-lah orang2 China yang datang dari Lukut, Sungai Ujong dan Larut (Perak); tambahan pula sa-telah berlaku huru-hara di-Sungai Ujong (1860) dan di- Larut (mulai 1862), sa-makin ramai-lah lagi orang2 China dari tempat2 itu datang ka-Kanching dan Kuala Lumpur. Menurut kebiasaan orang2 China pada masa itu, orang2 China di-Kanching telah memasoki kumpulan kongsi gelap yang bernama Ghi Hin, dan orang2 China di-Kuala Lumpur masok kongsi gelap yang ber- nama Hai San. Orang2 Mélayu ada juga masok champor sama. Dalam tahun 1862, Raja Berkat, sa-orang daripada sahabat baik dan orang keperchayaan Sultan Abdul Samad, yang baharu meng- gantikan baginda jadi Tengku Panglima Raja, ia-lah sa-orang daripada pengasas rumah kumpulan Ghi Hin di-Kanching itu. Sa- orang anak kapada Raja Berkat yang bernama Raja Mahmud itu pun telah bersekutu dengan Ghi Hin. Mengenai Sultan Abdul Samad, yang sah-nya, ia-lah baginda ada champor memasokkan wang modal ka-dalam perusahaan melombong bijeh timah yang di-kerjakan oleh orang2 China di-Kanching itu. Orang2 China di-Kuala Lumpur yang masok kumpulan Hai San itu sa-pakat pula dengan orang2 Melayu yang menentang Ghi Hin. 1864. Pada tahun 1864, Raja Juma‘at pemerentah Lukut yang terkenal itu telah mangkat dan meninggalkan beberapa orang 58 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) putera. Putera almarhum itu dengan Tengku Nai (Tengku Senai) puteri almarhum Sultan Muhammad, yang bernama Raja Bot telah menggantikan almarhum ayah-nya jadi raja pemerentah Lukut. (Lihat Sejarah Lukut). Sunggoh pun pada masa permulaan menaiki takhta kerajaan Selangor dahulu raja2 dan orang besar2 Selangor tidak sa-bulat suara bersetuju bersultankan Sultan Abdul Samad, dan ada pula yang hendak mengangkat Raja Mahmud putera gahara almarhum Sultan Muhammad jadi Sultan ia-itu apabila beliau sampai umor dewasa kelak, tetapi sa-telah mangkat Raja Juma‘at, Sultan Abdul Samad pun tidak hendak melepaskan kerajaan Selangor daripada tangan baginda, baginda tetap berkeras memegang pangkat Sultan Selangor itu, Pada masa ini tempat2 di-sabelah pantai laut negeri Selangor itu, terutama di-kuala2 sungai, kebanyakan-nya di-diami oleh orang2 Melayu keturunan Bugis. Raja Abdullah di-Kelang, Sultan Abdul Samad di-Langat dan putera baginda Raja Musa di-Kuala Selangor, ia-lah raja2 Melayu keturunan Bugis. Tetapi tempat2 di-darat negeri itu saperti di-Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan Kajang, kebanyakan-nya di-diami oleh orang2 Melayu keturunan Sumatera ia-itu orang2 Mendahiling, Rawa dan orang2 Batu Bara (Batu Bahara) yang telah datang ka-Selangor menchari peng- hidupan mereka dengan jalan berniaga dan menchari bijeh timah. Ada pun orang2 Melayu Sumatera dengan orang2 Melayu Bugis itu, dalam Kurun Masehi yang ke-18 dahulu pun sentiasa ber- perang menyebelahi raja2 pehak mereka masing2 berebutkan kuasa kerajaan di-Johor dan di-Riau. Pada masa di-Selangor ini pula, orang2 Melayu Sumatera yang membawa dagangan mereka keluar masok di-muara2 sungai di-negeri Selangor itu, terutama di-Sungai Kelang, di-kenakan chukai oleh raja2 dan orang besar2 Selangor keturunan Bugis yang memegang kuasa di-tempat2 itu. 1866. Dalam tahun 1866, sa-telah lebeh kurang tiga belas tahun lama-nya Raja Abdullah menguasai Kelang, mulai-lah terbit per- tikaian berterang-terang di-antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah di-Kelang. Puncha yang menyebabkan perselisehan itu ia-lah: pada suatu hari Raja Mahdi telah membawa masok ka- Kelang beberapa buah peti berisi chandu yang hendak di-jualkan- nya kapada orang2 China di-Kuala Lumpur. Raja Abdullah télah 59 SEJARAH SELANGOR meminta Raja Mahdi membayar chukai-nya sa-banyak $100/-. Raja Mahdi tiada mahu membayar wang $100/- dengan meng- atakan chukai barang yang di-bawa-nya itu telah di-bayar-nya kapada tukang pemungut chukai Raja Abdullah, dan Raja Ab- dullah pula mengatakan chukai barang2 itu belum di-bayar lagi. Perkara itu-lah yang telah menyebabkan bangkit pertengkaran di-antara kedua orang raja yang memang telah berdendam-dendam itu. Tetapi pertengkaran itu tidak-lah sampai jadi pergadohan besar, kerana Raja Mahdi belum ada kekuatan untok menentang pehak Raja Abdullah. Kejadian yang sa-benar-nya menyebabkan berlaku- nya pergadohan berterang-terang antara kedua pehak itu hingga berbunoh-bunohan, saperti yang di-cheritakan berikut ini. Pada suatu hari dalam tahun 1866 telah berlaku suatu per- kelahian di-antara orang2 Melayu Sumatera terutama orang2 Batu Bara, dengan orang2 Melayu Bugis dalam kubu Dato’ Bandar Yasih di-Kuala Lumpur. Dato’ Bandar Yasih itu orang Raja Abdullah yang di-bawa-nya dari Riau di-jadikan-nya Dato’ Bandar di-Kuala Lumpur. Ketua orang2 Bugis dalam per- kelahian itu di-sebut Suliwatang dan sa-orang lagi di-sebut Wak Si-Galah, Ketua orang2 Batu Bara itu pula bernama Muhammad Akib, di-bantu oleh adek-nya bernama Nonggok (Beliau ini- Jah kemudian-nya di-jadikan Dato’ Dagang, dan sa-telah meng- ambil haji ka-Mekah memakai nama Haji Muhammad Tahir). Dalam perkelahian itu orang2 Batu Bara dengan orang2 Bugis itu telah bertikam-tikaman dan berbunoh-bunohan. Orang2 Bugis lebeh ramai daripada orang2 Batu Bara. Sa-orang orang Batu Bara bernama Panchik Rasul telah mati di-bunoh oleh orang2 Bugis. Orang2 Bugis itu pun ramai juga yang luka2 di-tikam oleh Nonggok. Muhammad Akib dan adek-nya Nonggok telah mengadu kapada Raja Abdullah dan menuntut supaya pehak Bugis menjalankan adat ganti-darah untok menyelesaikan perkara perbunohan Panchik Rasul itu, dan menuntut juga supaya pembunoh-nya di-hukum. Tetapi tuntutan itu tiada di-pedulikan oleh Raja Abdullah. Sakit-lah hati Muhammad Akib kerana orang-nya mati tiada berbela dan pembunoh-nya tiada di-hukum. Muhammad Akib telah pergi berjumpa Raja Mahdi mengadu- kan kejadian yang telah berlaku itu, dan ia telah menyatakan pula kapada Raja Mahdi jika Raja Mahdi mahu berperang 60 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) melawan Raja Abdullah, ia menawarkan diri-nya serta orang2 Melayu Sumatera — khas-nya orang2 Batu Bara — pengikut2- nya akan menyebelahi Raja Mahdi melawan Raja Abdullah. Muhammad Akib telah menegaskan juga bahawa ia rela ber- khidmat kapada Raja Mahdi walau pun hilang nyawa-nya tiada mengapa. Pada masa itu terbuka-lah peluang kapada Raja Mahdi hendak menyampaikan hasrat yang terpendam di-dalam hati-nya sa-lama ini hendak melawan Raja Abdullah, dan mula-lah Raja Mahdi berlengkap hendak berperang. Sa-lain bantuan daripada orang2 Batu Bara pengikut Muhammad Akib, Raja Mahdi telah meminta wang, bedil, ubat bedil dan lain2 senjata serta kelengkapan daripada sa-orang taukeh China di-Melaka bernama Baba Tek Cheng. Mengenai bantuan ini, mengikut perjanjian-nya, Baba Tek Cheng tidak berkehendakkan bayaran segera; ia mahu menerima wang bunga sahaja dahulu sa-hingga Raja Mahdi menang. Apabila Raja Mahdi telah menang perang kelak, hendak- lah Raja Mahdi membenarkan ia mengambil tanah2 di-Selangor sa-berapa yang di-kehendaki-nya. Meriam2 dalam kota di-Kuala Selangor serta ubat2 bedil yang di-tinggalkan oleh orang2 Belanda dahulu (tahun 1785) di-bawa oleh Raja Mahdi ka-Kelang bagi menambah kelengkapan perang-nya. Tetapi ubat2 bedil Belanda itu tiada boleh di-gunakan lagi sebab sudah sangat lama. Orang2 Raja Mahdi telah berkumpul dan berkubu dalam sa-buah kota di-atas sa-buah bukit di-Kelang yang di-sebut Kota Raja Mahdi. Orang2 Raja Abdullah berkumpul dan berkubu dalam sa-buah gudang kepunyaan Raja Abdullah di-Kelang juga. (Gudang itu kemudian-nya, sa-telah British masok memerentah Selangor di- jadikan balai polis). Sa-lain daripada orang2 Batu Bara, Raja Mahdi dapat bantuan juga daripada anak2 Bendahara Wan (Tun) Mutahir Pahang yang melawan Bendahara Wan Ahmad di- Pahang. Mula-nya anak2 Bendahara Pahang itu menyebelahi Raja Abdullah. Tetapi oleh sebab telah berlaku suatu perselisehan di-antara mereka dengan Raja Abdullah, mereka pun menyebelahi Raja Mahdi pula. Raja Mahdi telah berjanji akan menolong mereka mengambilkan negeri Pahang daripada tangan Bendahara Wan Ahmad. Lain daripada itu orang2 Melayu Mendahiling dari Kuala Lumpur di-bawah ketuaan sa-orang yang bernama Raja Asal datang juga membantu Raja Mahdi. 61 SEJARAH SELANGOR Sa-hari lagi sa-belum di-mulakan Perang Kelang itu, Raja Abdulla bersama-sama anak isteri-nya telah bertolak meninggal- kan Kelang dengan sa-buah kapal roda lambong bernama Kimbul pergi ka-Melaka, dan meninggalkan anak2-nya yang bernama Raja Ismail dan Raja Hasan di-Kelang sa-bagai ganti-nya melawan Raja Mahdi. Tengku Puan Basik tinggal bersama-sama dalam gudang yang di-diami oleh pehak anak2 Raja Abdullah itu. Esok-nya, mula-lah pechah perang di-antara pehak Raja Mahdi yang terdiri daripada orang2 Melayu Sumatera (Mendahiling, Rawa dan Batu Bara) dengan pehak Raja Abdullah di-bawah ketuaan anak2-nya Raja Ismail dan Raja Hasan yang terdiri daripada orang2 Melayu Bugis. Perang itu mula berlaku dalam pertengahan tahun 1866. Pada permulaan perang itu, orang2 Melayu anak negeri Selangor yang diam di-kampong2 tiada masok champor Ka-mana2 pehak pun. Mereka berkumpul di-ladang2 dan di-kampong2 mereka sahaja, Rumah2 mereka kebanyakan-nya di-pagar mereka kukoh2 serta di-perbuat benteng dan di-kawal siang-malam kerana takut kalau2 orang2 Raja Mahdi datang mengachau. Dalam masa perang itu, sunggoh pun ladang2 di-sabelah Telok Pulai membawa ka-Telok Gadong padi-nya banyak bermasakan, tetapi tuan2 punya ladang2 itu semua-nya telah habis lari ka-Langat, tinggal- Jah ladang2 itu tiada bertunggu dan tiada siapa pun yang mahu menuai padi itu. Tiada berapa lama sa-telah perang itu di-jalankan, Muhammad Akib, orang harapan Raja Mahdi ketua orang2 Batu Bara itu, telah di-tembak oleh orang2 Bugis di-luar Kota Raja Mahdi pada masa ia menchuba hendak balek ka-kota itu dengan memakai senjata dan perisai sa-telah merempoh pasokan orang2 Bugis yang sedang menyerang di-situ. Mayat-nya telah di-kuborkan dalam Kota Raja Mahdi dan sangat-lah dukachita Raja Mahdi oleh kematian-nya itu. Adek-nya Nonggok telah di-jadikan ganti-nya dan Raja Mahdi telah mengangkat beberapa orang panglima perang pula bagi meneruskan peperangan itu. Dan pada masa perang itu sedang berjalan lagi, Raja Hasan anak Raja Abdullah telah meninggalkan Kelang pergi mendapatkan ayah-nya di-Melaka, kerana betis Raja Hasan telah luka kena tembak dalam peperangan itu. Pehak Raja Mahdi telah menchuba bersunggoh-sunggoh menye- 62 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) kat barang2 makanan dari luar yang hendak di-bawa masok ka-pehak Raja Ismail yang berkubu di-gudang Raja Abdullah itu. Pehak Raja Ismail telah menderita kekurangan makanan. Dalam pada itu ada juga Raja Abdullah dari Melaka menghantar suatu angkatan terdiri dari kapal sekunar Raja Abdullah yang bernama Gajah Tunggal, kapal Kimbul dan tiga empat buah perahu membawa barang2 makanan dan ubat2 bedil untok orang2 Bugis pehak Raja Ismail di-Kelang. Dalam pada itu, pehak Raja Mahdi meneruskan sekatan makanan terhadap orang2 Bugis itu dengan lebeh hebat lagi. Ada lebeh kurang lima bulan lama-nya berperang itu, pada akhir tahun 1866, kalah-lah orang2 Bugis pehak Raja Abdullah yang di-kepalakan oleh anak-nya Raja Ismail itu, kerana orang2 Raja Ismail itu tiada tertahan lagi sebab keputusan makanan. Raja Ismail telah mengutus kapada Raja Mahdi mengaku kalah, dan Raja Ismail meminta lepaskan dia serta beberapa orang pengikut-nya meninggalkan Kelang. Permintaan Raja Ismail itu telah di-luluskan oleh Raja Mahdi. Raja Ismail bersama-sama Tengku Puan Basik serta beberapa orang pengikut Raja Ismail telah bertolak meninggalkan Kelang dengan kapal Raja Abdullah yang bérnaina Gajah Tunggal itu. Sa-telah singgah sa-bentar di-Lukut, Raja Ismail pun terus ka-Melaka mengadap ayah-nya Raja Abdullah di-Ketapang. Kelang telah jatoh ka-tangan Raja Mahdi dan sampai-lah chita2-nya hendak menguasai daerah kepunyaan ayah-nya dahulu. Dato’ Bandar Yasih dan sa-orang lagi orang besar di-darat Selangor bernama Menteri Sumun, telah datang ka-Kelang hendak mengadap Raja Mahdi minta ampun (kedua-nya dahulu menye- belahi pehak Raja Abdullah). Tetapi orang2 Batu Bara dan orang2 Mendahiling yang berperang di-pehak Raja Mahdi itu, hendakkan kedua orang itu di-bunoh sahaja, jangan di-ampunkan. Jika Raja Mahdi tidak membunoh mereka, orang2 Batu Bara dan orang2 Mendahiling itu akan meninggalkan Raja Mahdi. Raja Mahdi tiada dapat berbuat apa2. Kedua orang itu telah di-bunoh di-Kelang. Lepas itu Raja Mahdi telah menyuroh Dato’ Nonggok diam di-Kuala Lumpur dalam kubu mendiang Dato’ Bandar Yasih. 1867. Dalam bulan Mei tahun 1867 Tengku Puan Basik telah 63 SEJARAH SELANGOR meminta kapada Gabenor Negeri2 Selat di-Singapura menyelesai- kan pergadohan di-antara Raja Abdullah dengan Raja Mahdi berhubong dengan hal Kelang itu. Tetapi Gabenor itu telah men- jawab mengatakan: ia hanya menjaga ra‘ayat2 British dan harta benda mereka sahaja; fasal menjaga negeri Selangor itu bukan-lah kerja-nya, melainkan ia-lah kerja Sultan Selangor sendiri. Pada masa itu ada dua orang ra‘ayat British, sa-orang bernama William Henry Read dan sa-orang lagi bernama Taukeh Kim Ching; kedua-nya telah mengadu kapada kerajaan British di- Negeri2 Selat mengatakan mereka telah terkena bahaya di-negeri Selangor. Kerajaan British telah bertanyakan hal itu kapada Sultan Abdul Samad di-Langat, dan baginda telah menyatakan kapada kerajaan British baginda akan menimbangkan hal itu. Sa-telah Raja Mahdi berkuasa di-Kelang, beliau telah bermusoh pula dengan Sultan Abdul Samad. Wang sa-banyak $500/- tiap2 bulan yang di-dapati daripada chukai2 hasil Kelang yang biasa di-beri kapada Sultan Abdul Samad itu, tidak di-beri lagi oleh Raja Mahdi. Baginda telah murka dan dengan terang2 menyatakan baginda ta’ ada bersangkut-paut lagi dengan Raja Mahdi. Per- tunangan puteri baginda yang bernama Raja Arfah dengan Raja Mahdi itu pun di-putuskan baginda, dan baginda menchadangkan pula hendak mengahwinkan puteri-nya itu dengan Sultan Kedah (Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah). Tetapi Sultan Kedah itu telah menchadangkan pula supaya adek-nya yang bernama Tengku Dhiauddin — atau yang lebeh terkenal dengan panggilan Tengku Kudin — di-kahwinkan dengan puteri Sultan Abdul Samad itu, dan Tengku Kudin serta Sultan Abdul Samad telah bersetuju pula dengan chadangan Sultan Kedah itu. Tengku Kudin telah datang ka-Selangor (Langat) lalu di-kahwinkan dengan Tengku Arfah. Dalam pada itu, berlaku pula suatu perkara di-antara Dato’ Dagang dengan Raja Mahdi. Pada permulaan Dato’ Dagang me- nyebelahi Raja Mahdi hendak melawan Raja Abdullah dahulu, Raja Mahdi telah berjanji: jika ia menang, Dato’ Dagang akan di- beri-nya kuasa menguasai semua tempat? di-darat Selangor. Tetapi sa-telah Raja Mahdi menang perang dan berkuasa di-Kelang, ta’ ada apa2 pun di-buat-nya untok memenohi janji-nya dengan Dato’ Dagang itu. Kemudian daripada itu berlaku suatu kejadian yang 64 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) menambahkan marah lagi Dato’ Dagang kapada Raja Mahdi. Sa- orang daripada saudara Raja Mahdi telah membunoh sa-orang daripada pengikut Dato’ Dagang. Untok menyelesaikan perkara itu supaya jadi baik, Dato’ Dagang telah meminta kapada Raja Mahdi supaya pehak yang membunoh itu memenohi adat ganti-darah. Tetapi permintaan Dato’ Dagang itu tiada juga di-buat oleh Raja Mahdi. Sejak itu Dato’ Dagang pun merasa menyesal telah me- nolong Raja Mahdi mengalahkan pehak Raja Abdullah. Dato’ Dagang telah menarek diri dari pehak Raja Mahdi. Pada masa itu Dato’ Dagang telah menyatakan: kalau Tengku Kudin mahu jadi ketua melawan Raja Mahdi, dia dan pengikut2-nya — orang2 Melayu keturunan Sumatera — akan menyebelahi Tengku Kudin dan akan menggunakan harta kekayaan-nya membantu Tengku Kudin. Dato’ Dagang itu telah menyatakan juga bahawa ia ber- sedia menyeludupkan senjata2 dari Singapura ka-Selangor dan senjata2 itu akan dapat di-gunakan apabila sampai masa-nya hendak menyerang Raja Mahdi. Sultan Abdul Samad bersetuju dengan chadangan hendak menyerang Raja Mahdi itu; tetapi tidak-lah pula di-katakan baginda di-hadapan orang ramai. 1868. Sultan Abdul Samad telah menchuba menchari-chari jalan hendak mengalahkan Raja Mahdi yang telah berkuasa di- Kelang itu. Tangkah yang mula2 di-ambil oleh Sultan Abdul Samad ia-lah mengangkat menantu baginda Tengku Kudin jadi wakil baginda (Wakil Yamtuan). Baginda telah mengurniakan kapada Tengku Kudin sa-puchok surat kuasa, dan tarikh surat kuasa itu bersamaan dengan 26 haribulan Jun tahun 1868, dan kandongan-nya ada-lah saperti di-bawah ini (di-terjemahkan kem- bali daripada bahasa Inggeris): - Pada Hijrah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam 1285, pada hari Arba‘a, 5 Rabi‘ul Awwal, beta Sultan Abdul Samad ibni Tengku Abdullah yang bersemayam di-atas takhta Kerajaan Selangor di-Bandar Termasa telah mengurniakan surat. ini kapada Tengku Dhiauddin (Tengku Kudin) ibni almarhum Sultan Zainul Rashid ia-itu yang telah menjadi anak (menantu) kita, Kita menyatakan kapada sakalian anak raja2, orang besar2 dan sakalian ra‘ayat yang diam dalam perentah kita bahawa kita telah menyerabkan negeri ini dan jajahan ta‘alok- nya kapada anak kita Tengku Dhiauddin supaya di-perentah dan di-majukan-nya bagi faedah kita dan putera2 kita Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Ya‘akub dan juga bagi faedah 65 SEJARAH SELANGOR sakalian ra‘ayat negeri ini, supaya sakalian mereka ity mene- rima keadilan dalam serba perkara. Kita telah memberi kuasa kapada anak kita Tengku Dhiauddin boleh berbuat sa-barang apa yang boleh memajukan negeri kita dan yang mendatang- kan faedah kapada kita. Tiada-lah siapa2 boleh membantah apa2 perbuatan anak kita itu. Dan sekarang kita sahkan ada- lah tempat yang bernama Langat ini kita kurniakan kapada anak kita Tengku Dhiauddin jadi milek-nya sendiri supaya ia mengambil hasil daripada-nya untok belanja dia menjalankan kerja kita saperti yang telah di-sebutkan di-atas tadi. Demikian- lah kenyataan kita. Pengangkatan Sultan Abdul Samad akan menantu-nya Tengku Kudin (Tengku Dhiauddin) jadi Wakil Yamtuan bagi seluroh negeri Selangor dan baginda memberikan Langat menjadi hak milek Tengku Kudin itu, tidak-lah di-sukai oleh putera2 baginda Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Ya‘akub; kerana daerah lembahan Sungai Langat itu telah di-jadikan hak kepunyaan Sultan Abdul Samad sendiri, sakit-lah hati mereka kapada ipar mereka yang telah di-beri kuasa dan kelebehan yang bagitu besar, Raja Mahdi tentu-lah sahaja sangat tiada setuju dengan perbuatan baginda itu, kerana ia telah sedia yakin akan dasar “siapa kuat dia-lah dapat”, dan memandang Tengku Kudin itu sa-bagai “orang luar yang menchampori hal orang lain.” Perlantekan Tengku Kudin jadi Wakil Yamtuan itu, sa-lain daripada putera2 Sultan Abdul Samad, raja2 dan orang besar2 Selangor yang lain pun ramai pula yang tiada menyetujui-nya. Dato’ Bandar Langat ia-lah sa-orang daripada orang besar2 itu. yang telah berterang-terang menentang perentah2 Tengku Kudin, Putera baginda Raja Musa yang ada mempunyai lom- bong2 bijeh timah di-Kanching, boleh jadi mahu pula menggalak- kan orang2 China di-situ menentang Tengku Kudin, supaya Tengku Kudin tidak di-sukai oleh ayah-nya lagi. Dato’ Dagang, sa-bagai yang telah di-ketahui, memang-lah menyebelahi Tengku Kudin kerana ia telah sakit hati kapada Raja Mahdi. Pada masa ini, perusahaan melombong dan perniagaan di- Kuala Lumpur berkembang terus. Tetapi Liu Ngim Kong Kapitan China di-Kuala Lumpur itu selalu di-hinggapi penyakit dan telah beransor uzor. Liu Ngim Kong telah berunding dengan Ah Sze hendak memileh ganti-nya jadi Kapitan jika berlaku sa-suatu hal ka-atas diri-nya. Keputusan rundingan itu mereka telah bersetuju dan mengambil ketetapan ia-itu Yap Ah Loy akan 66 Tengku Kudin (Tengku Dhiauddin). 67 SEJARAH SELANGOR di-jadikan Kapitan jika Liu Ngim Kong meninggal dunia. Lepas itu Kapitan Liu Ngim Kong telah menemui Sutan Puasa saudagar Melayu yang terkemuka masa itu di-Kuala Lumpur, dan orang besar2 Melayu tempatan yang ada hubongan mereka dengan kerajaan Selangor, serta orang2 Melayu tuan2 punya tanah yang menyewakan tanah2 mereka untok di-lombong oleh orang2 China, meminta persetujuan mereka mengenai pemilehan hendak meng- angkat Yap Ah Loy jadi Kapitan China di-Kuala Lumpur jika Liu Ngim Kong meninggal dunia. Sutan Puasa dan lain2-nya itu telah menyetujui pemilehan itu. Kemudian, pergi pula Kapitan Liu Ngim Kong mengadap Sultan Abdul Samad di-Langat meminta persetujuan baginda. Baginda pun telah menyetujui ketetapan yang telah di-ambil oleh Liu Ngim Kong dan Ah Sze itu. Pada masa itu pula-lah Kapitan Liu Ngim Kong menyatakan perdirian-nya dalam persengkitaan di-antara raja2 Melayu di- Selangor masa itu. Liu Ngim Kong telah menyatakan dengan berterus-terang ia menyebelahi Sultan Abdul Samad, Dato’ Dagang dan Tengku Kudin, dan ia menentang Raja Mahdi. Perdirian yang telah di-ambil oleh Liu Ngim Kong itu nyata-lah kerana ia telah yakin bahawa pehak yang di-sabelahi-nya itu di-rasa-nya lebeh kuat daripada pehak Raja Mahdi, dan ia perchaya lambat-laun Raja Mahdi akan terhalau juga dari Kelang. Liu Ngim Kong telah memanggil Yap Ah Loy di-Kelang datang ka-Kuala Lumpur lalu ia menyatakan hasrat-nya kapada Ah Loy dan berpesan: jika ia meninggal dunia, mayat-nya hendak-lah di- bawa ka-Melaka dan di-kebumikan di-sana; dan di-minta-nya Yap Ah Loy menguruskan semua perniagaan dan perusahaan-nya apa- bila ia mati kelak. Dalam bulan Ogos tahun 1868 Kapitan Liu Ngim Kong pun meninggal dunia. Segala pesan2-nya itu telah di- jalankan oleh Yap Ah Loy dengan sa-daya upaya-nya. Pada bulan hadapan-nya, bulan September tahun 1868, Yap Ah Loy pun di- angkat jadi Kapitan China bagi Kuala Lumpur (Kapitan China yang ketiga di-Kuala Lumpur). Pada masa itu, sa-lain daripada lombong2 yang telah di-punyai-nya sendiri, bertambah pula dengan harta peninggalan Liu Ngim Kong, Yap Ah Loy telah jadi sa-orang kaya. Pada masa ini pertentangan dan permusohan daripada orang2 yang memusohi Tengku Kudin telah bertambah hebat sa-hingga 68 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Tengku Kudin merasa lebeh baik ia mengundorkan diri dari Selangor bagi sementara balek ka-Kedah mengumpulkan orang2- nya di-sana di-bawa ka-Selangor bagi menguatkan kuasa-nya di- Selangor sa-bagai Wakil Yamtuan itu. Kebetulan pula masa itu datang panggilan dari Kedah kerana bonda Tengku Kudin telah mangkat di-Kedah. Oleh sebab itu, ia-itu pada akhir tahun 1868, Tengku Kudin pun balek ka-Kedah turut sama dalam istiadat pengkebumian bonda-nya. Isteri-nya Tengku Arfah di-tinggalkan- nya di-Langat bersama-sama mentua-nya Sultan Abdul Samad. Pada masa itu dukachita-lah Sultan Abdu! Samad, kerana orang yang di-harap-nya tiada di-sisi-nya; tambahan pula ta’ ada sa-orang pun orang? dalam istana baginda yang hendak menolong putera2 Raja Abdullah yang telah terhalau dari Kelang itu melawan Raja Mahdi. Mengikut suatu pendapat pula: sa-belum Tengku Kudin balek ka-Kedah itu, ia telah pergi dahulu ka- Melaka berjumpa penyokong-nya Baba Tek Yee menguruskan persediaan bekalan dan kelengkapan yang akan di-gunakan untok mengeluarkan Raja Mahdi dari negeri Selangor. Pada masa di-Kedah pula, sa-telah selesai pengkebumian bonda-nya, Tengku Kudin pun mula-lah mengumpulkan orang2 yang akan jadi askar-nya. Beliau telah dapat mengumpulkan orang sa-ramai lebeh kurang lima ratus orang dengan di-kepalakan oleh beberapa orang pahlawan2 Kedah yang terkenal, yang akan di-bawa-nya ka-Selangor. 1869. Pada awal tahun 1869 Raja Abdullah yang telah ter- halau dari Kelang oleh Raja Mahdi, dan telah dua tahun diam di-Melaka bersiap-siap hendak menyerang Kelang itu, telah mangkat di-Ketapang, Melaka. Kata sa-tengah cherita-nya: Raja Abdullah itu telah pergi ka-Singapura; di-sana ia telah jatoh sakit, lalu di-bawa belayar ka-Melaka. Dalam pelayaran sa-belum sampai ka-Melaka ia telah mangkat; mayat-nya di-bawa ka-Ketapang kerana anak isteri-nya ada di-situ, dan di-Ketapang- lah ia di-kuborkan. Putera-nya Raja Ismail, sejak terhalau dari Kelang dahulu, selalu sahaja pergi mengadap Sultan Abdul Samad di-Langat mendesak baginda menuntut hak-nya akan daerah Kelang yang di-kuasai oleh Raja Mahdi itu. Pada suatu masa, kerana selalu di-runsing oleh Raja Ismail itu, baginda pun sa-olah2 menyuroh Raja Ismail menyerang Raja Mahdi, dengan 69 SEIARAH SELANGOR bertitah: “Engkau semua sama2 muda, boleh-lah bertikam.” Sejak itu Raja Ismail pun sa-makin chergas menyediakan kekuatan-nya hendak menyerang Raja Mahdi di-Kelang. Raja Ismail telah menyurohkan sa-orang adek-nya pergi ka-Riau menchari dan mengumpulkan orang, dan dapat-lah beberapa orang bekas perompak laut yang di-sebut Lanun dari pulau2 Reteh, Igal dan Manda di-Kepulauan Riau, dan dapat pula kira2 enam puloh orang dari Pulau Buru. Raja Ismail dapat pula beberapa orang dari Lukut dan dari tempat yang bernama Kubu di-Siak. Belanja hendak berperang itu di-dapati oleh Raja Ismail daripada kawan lama dan penyokong ayah-nya di-Melaka, ia-itu Baba Tek Yee. Lebeh kurang lima bulan lama-nya Raja Ismail menyediakan kelengkapan dan mengumpulkan orang2-nya di- Melaka hendak menyerang Raja Mahdi itu. Sementara itu Dato’ Dagang telah menyeludupkan senjata2 ka-Kelang akan di-gunakan untok menyerang Raja Mahdi. Pada awal tahun 1869 itu juga, Chong Chong bekas ketua Yap Ah Loy pada masa bekerja lombong di-Lukut tiga belas tahun dahulu (1856) dengan dua puloh orang pengikut2-nya telah datang ka-Kuala Lumpur dengan tujuan menchari helah hendak membangkitkan huru-hara di-Kuala Lumpur dan merosak- kan kedudokan Yap Ah Loy, supaya dapat pula ia jadi Kapitan China di-Kuala Lumpur. Pada masa itu, Ah Sze kawan baik Ah Loy telah diam di-Kanching sa-bagai sa-orang kaya-raya. Chong Chong telah menchuba juga supaya Sutan Puasa dengan Yap Ah Loy yang bersahabat baik itu berkelahi. Apabila Chong Chong tidak berjaya ménjatohkan Yap Ah Loy daripada pangkat- nya itu, Chong Chong pun pindah pula diam ka-Kanching dan menchuba mempengarohi orang2 China kongsi gelap Ghi Hin yang ramai di-Kanching itu. Apabila Chong Chong datang dudok di-Kanching, Ah Sze merasa kedudokan-nya di-situ lambat-laun tidak akan selamat. Oleh sebab itu pada suatu hari, dalam penghujong bulan Februari tahun 1869, dengan bersembunyi- sembunyi Ah Sze telah bertolak meninggalkan Kanching hendak pergi ka-Kuala Lumpur. Tetapi sa-baik sampai sahaja ia dekat Bukit Kanching, dengan tiba2 Ah Sze telah di-terkam lalu di- bunoh oleh orang2 Chong Chong yang telah mengendap di-tempat itu. Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur sangat marah apabila 70 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) mendengar berita kematian Ah Sze di-bunoh oleh orang Chong Chong di-Kanching itu. Yap Ah Loy dengan bantuan Sutan Puasa dari Ampang dan Raja Asal dari Ulu Kelang, membawa orang2 mereka, China dan Melayu, kira2 sa-ramai sa-ribu orang telah pergi ka-Kanching. Mayat Ah Sze telah di-jumpai di-Kan- ching. Yap Ah Loy telah menjalankan penyiasatan ka-atas orang2 China di-Kanching bertanyakan perkara2 yang berhubongan dengan pembunohan Ah Sze itu, dan kalau dapat orang2 Yap Ah Loy dan pembantu2-nya itu hendak menuntut bela. Orang2 China di-Kanching itu telah menyatakan kapada Yap Ah Loy baha- wa mereka sadikit pun tidak tahu-menahu mengenai perkara2 yang berhubongan dengan pembunohan itu. Dalam pada itu, Yap Ah Loy telah di-beritahu ia-itu Chong Chong ta’ ada lagi di-Kanching; khabar-nya ia telah menyembunyikan diri daiam sa-buah kampong dekat Rawang. Apabila berita Ah Sze telah mati terbunoh di-Kanching itu sampai kapada Raja Mahdi di-Kelang, pehak Raja Mahdi pun berasa marah kapada pehak pembunoh Ah Sze itu, dan pehak Raja Mahdi pun dengan berterang-terang menyatakan menyokong Yap Ah Loy. Beberapa bulan kemudian daripada itu, kira2 dalam bulan Jun tahun 1869 Raja Mahdi datang ka-Kuala Lumpur. Dengan bantuan Sutan Puasa, Raja Asal dan orang2 Melayu di-Kuala Lumpur, dalam suatu istiadat keramaian yang meriah di-hadhiri oleh orang2 China bersama-sama dengan orang2 Melayu, Raja Mahdi telah menjalankan istiadat mengi‘tiraf per- lantekan Yap Ah Loy sa-bagai Kapitan China di-Kuala Lumpur. Dalam istiadat perlantekan itu Kapitan Yap Ah Loy memakai sa-lengkap pakaian Melayu serta dengan tanjak-nya sa-kali. Raja Mahdi telah memberitahu juga bahawa kedatangan-nya mengi'tiraf perlantekan Kapitan Yap Ah Loy itu ia-lah atas nama baginda Sultan Selangor. Tetapi sa-jauh mana-kah benar-nya pengakuan Raja Mahdi itu, tidak-lah dapat di-sahkan. Kira2 pada masa ini-lah Raja Mahmud anak Raja Berkat mula masok menyebelahi pehak Raja Mahdi. Pada akhir bulan Julai tahun 1869, kira2 enam minggu lepas Raja Mahdi mengi‘tiraf pangkat Yap Ah Loy itu, Raja Ismail putera Raja Abdullah di-Melaka telah menetapkan azam-nya: sudah sampai-lah ketika-nya ia mesti menyerang Raja Mahdi di-Kelang. 71 SEJARAH SELANGOR Dalam bulan Ogos tahun itu juga (1869), angkatan perahu2 Raja Ismail telah bertolak dari Melaka menuju ka-Kelang. Raja Sulaiman bin Raja Hasan dari Sungai Raya (dekat Lukut), saudara sa-pupu Raja Ismail, ikut sama dalam angkatan itu. Ada pun Raja Sulaiman ini, pada masa Raja Mahdi berperang mengambil Kelang dari tangan Raja Ismail dahulu (1866) ia menyebelahi Raja Mahdi. Tetapi oleh sebab ada perselisehan di-antara-nya dengan Raja Mahdi, ia pun berpaling tadah menyebelahi Raja Ismail pula. Orang2 dalam angkatan Raja Ismail yang datang hendak menyerang Kelang itu tiada-lah chukup ramai, hanya kira2 sa-ramai sa-ratus orang sahaja. Apabila sampai ka-Kuala Kelang, pada suboh2 hari, orang2 Raja Ismail pun menyerang pehak Raja Mahdi yang ada berkubu di-situ, dan dengan mudah sahaja mereka menawan kubu itu, kerana orang2 Raja Mahdi di-kubu itu telah di-serang dengan tiba2; masing2 terkejut tiada sempat pun hendak mengambil senjata, lalu lari keluar dari kubu itu; ada beberapa orang di-antara mereka yang luka dan ada juga yang mati kena tembak; tetapi ada juga yang lepas lari lalu bplek ka-Kelang memberi- tahu Raja Mahdi kubu mereka di-Kuala Kelang itu telah di-tewaskan oleh orang2 Raja Ismail. Dalam pertemporan di- Kuala Kelang itu, pehak Raja Ismail hanya sa-orang sahaja yang mati kena chenchang, di-chenchang oleh saudara-nya sendiri yang tiada mengenali-nya tatkala bersibok-sibok dalam gelap2 suboh itu. Dari kubu yang dapat di-tawan itu, pehak Raja Ismail telah membedil kubu pehak Raja Mahdi yang di-seberang sungai sa-belah sana pula (di-Kuala Kelang juga), dan telah membedil perahu sekunar Raja Mahdi bernama Seri Lingga yang sedang berlaboh di-tengah Sungai Kelang itu. Sa-orang yang bernama Raja Abdullah bin Raja Abbas (ipar Raja Mahdi) ada dalam perahu sekunar Seri Lingga itu. Orang2 Batu Bara pehak Raja Mahdi yang ada di-kubu sa-belah sana itu telah menchadangkan supaya Raja Abdullah bin Raja Abbas itu membawa orang2 Kelang mudek dahulu ka-Kelang dengan Seri Lingga, dan orang2 Batu Bara itu akan menjaga kubu di-Kuala Kelang itu. Sa-telah Raja Abdullah mudek ka-Kelang, orang2 Batu Bara itu pun masok menyebelahi pehak Raja Ismail dan menyerahkan kubu yang di-seberang sana itu kapada Raja Ismail. Sa-telah itu 72 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) angkatan Raja Ismail pun mudek dan mula-lah mengepong pehak Raja Mahdi di-Kelang. Menurut suatu cherita: apabila Raja Ismail mula mengepong pehak Raja Mahdi di-Kelang itu, Raja Ismail pun mengutus surat kapada Tengku Kudin di-Kedah minta bantu hendak menawan Kelang. Sa-telah lebeh kurang dua bulan lama-nya Raja Ismail menge- pong dan berperang sa-chara kechil2 dengan pehak Raja Mahdi di-Kelang itu, dalam bulan Oktober tahun 1869, Tengku Kudin dari Kedah pun sampai balek ka-Kuala Kelang dengan membawa pasokan-nya orang2 Kedah sa-ramai lebeh kurang lima ratus orang dengan angkatan sa-buah kapal dan berpuloh-puloh buah perahu. Tengku Kudin meninggalkan Selangor pergi ka-Kedah itu ada-lah lebeh kurang selama sa-tahun (1868-1869). Apabila sampai ka-Kuala Kelang, Tengku Kudin telah menghantarkan separoh daripada orang2-nya itu pergi ka-Langat untok mengawal isteri dan keluarga-nya di-sana. Dengan separoh lagi orang2-nya yang tinggal itu, Tengku Kudin mudek lagi menuju ka-Kelang. Tengku Kudin telah menghantarkan utusan-nya dengan mem- bawa sa-puchok surat kapada Raja Mahdi. Dalam surat itu Raja Mahdi menyatakan kedatangan-nya itu ia-lah kerana hendak mendamaikan pehak Raja Mahdi dengan pehak Raja Ismail. Tetapi tawaran Tengku Kudin itu telah di-tolak oleh Raja Mahdi dengan chara menghina pula, ia-itu surat Tengku Kudin itu tidak pun di-balas-nya. Raja Ismail memang-lah telah menerima tawaran Tengku Kudin itu. Oleh sebab itu Tengku Kudin pun bermeshuarat dengan Raja Ismail dan Raja Sulaiman bin Hasan. Keputusan meshuarat itu mereka telah bersetuju bersatu melawan Raja Mahdi. Tengku Kudin telah memberitahu kapada Sultan Abdul Samad akan hal perbuatan Raja Mahdi yang tiada mengindahkan tawaran- nya itu. Sultan Abdul Samad telah menghantarkan askar2 baginda dari Langat sa-ramai dua ratus orang pergi ka-Kelang membantu Tengku Kudin. Sejak itu mula-lah pehak Tengku Kudin yang ber- satu dengan pehak Raja Ismail itu mengepong kota, gudang dan kubu2 tempat orang2 Raja Mahdi di-Kelang, dan berlaku-lah peperangan antara kedua pehak sama2 orang Melayu itu. Tengku Kudin yang mengepong pehak Raja Mahdi di-Kelang itu telah menjalankan chara perlawanan-nya dengan tenang dan sabar, tidak-lah Tengku Kudin dengan serta-merta mengahantar- kan orang2-nya pergi ményerbu menyerang ka-tempat2 kekuatan 73 SEJARAH SELANGOR Raja Mahdi itu, melainkan pehak Tengku Kudin telah menchuba mengepong tempat pehak Raja Mahdi itu dengan menyekat segala barang2 — terutama barang2 makanan — yang hendak di-hantar ka-tempat2 itu, dan Tengku Kudin telah memutuskan pula se- gala perniagaan bijeh timah di-antara Kelang dengan tempat2 di- darat Selangor. Sambil itu sa-tiap hari pula pasokan Tengku Kudin, di-bawah kelolaan sa-orang bangsa Eropah bernama de Fontaine, membedil dengan meriam ka-Kota Raja Mahdi yang di-atas bukit itu. Kota Raja Mahdi di-atas bukit itu chukup kuat pertahanan- nya. Dan lagi, di-Sungai Kelang, tentang kubu Dato’ Dagang, yang menyebelahi Tengku Kudin, ada pula rantai besi yang di-rentang menyeberangi sungai itu dari seberang ka-seberang, sa-hingga payah-lah perahu sekunar Seri Lingga yang di-gunakan membawa beras dan lain2 barang makanan dari Kuala Lumpur ka-tempat Raja Mahdi, hendak melintasi sungai kubu Dato’ Dagang itu. Kalau dapat pun beras di-bawa ka-tempat Raja Mahdi itu, hanya- Jah di-bawa sadikit2 oleh orang2 Mendahiling dari Kuala Lumpur pada malam hari, dengan menggunakan perahu2 kechil, ber- sembunyi-sembunyi daripada orang2 Tengku Kudin yang sentiasa sahaja berkawal dengan senapang di-tepi2 Sungai Kelang itu. Oleh sebab itu, beras dan lain2 barang makanan yang sampai ka- tempat pehak Raja Mahdi itu telah di-jual dengan harga yang kalau di-bandingkan dengan harga barang2 masa itu, sangat mahal: beras sa-ringgit sa-chupak, ikan senohong yang agak besar dua ringgit sa-ekor, kelapa sa-biji 30 atau 40 sen, garam sa-chupak 25 atau 30 sen dan sireh sa-ikat 30 sen. Pada masa Raja Mahdi ber- perang melawan Tengku Kudin di-Kelang itu, sa-orang peranakan Eropah di-Pulau Pinang bernama Edward Bacon, telah menolong pehak Raja Mahdi dengan memberi beberapa banyak perahu yang bermuat beras, senapang2 pemuras dan ubat2 bedil. Bacon telah di-beri oleh Raja Mahdi wang sa-banyak $30,000/- Tetapi pada akhir tahun 1870 (bulan November) baharu-lah hal itu di- ketahui oleh Tengku Kudin. Perbuatan Bacon itu telah di-adukan oleh pembantu Tengku Kudin yang bernama Saiyid Zain kapada Kerajaan Inggeris. di-Negeri2 Selat. 1870. Kira2 dalam bulan Februari tahun 1870, pada masa perang Tengku Kudin melawan Raja Mahdi di-Kelang itu sedang berjalan, Tengku Kudin sa-bagai Wakil Yamtuan telah meng- 74 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) hantar satu pasokan orang2-nya di-bawah ketuaan sa-orang hulu- balang Melayu peranakan Arab berasal dari Pontianak dan telah lama diam di-Langat bernama Saiyid Mashhor bin Muhammad Ash-Shahab, pergi ka-Kuala Selangor yang di-bawah jagaan Raja Musa, jadi ketua menjaga pertahanan Kuala Selangor di-kota2 yang ada di-situ. Tetapi tiada berapa lama Saiyid Mashhor diam di-Kuala Selangor, dia telah dapat berita mengatakan adek-nya yang bernama Saiyid Abdullah telah mati terbunoh di-Langat. Oleh sebab Saiyid Mashhor telah tahu akan tabiat Raja Ya‘akub putera Sultan Abdul Samad (saudara kapada Tengku Arfah isteri Tengku Kudin) yang kasar, bengis dan selalu berbuat sa-suka hati- nya sahaja, maka Saiyid Mashhor pun perchaya tentu-lah Raja Ya‘akub ada champor tangan dan bertanggong-jawab dalam per- bunohan adek-nya itu. Oleh sebab terlampau marah-nya, Saiyid Mashhor, sa-lain daripada mengutok Raja Ya‘akub, di-kutok-nya juga Sultan Abdul Samad dan Wakil Yamtuan (Tengku Kudin) ja-itu orang2 yang bertanggong-jawab menjaga keadilan di-negeri itu. Sejak itu Saiyid Mashhor pun melepaskan tanggong-jawab- nya menjaga pertahanan di-Kuala Selangor, dan sejak itu-lah pula beliau memusohi Tengku Kudin, bahkan Saiyid Mashhor-lah orang yang terkenal sa-kali menentang Tengku Kudin dan sekutu2-nya dalam Perang Saudara di-negeri Selangor itu hingga akhir pe- perangan. Berbalek kita kapada kesah di-Kelang. Ada kira2 enam bulan lama-nya Tengku Kudin mengepong dan memerangi pehak Raja Mahdi di-Kelang itu, Raja Mahdi pun keputusan wang belanja, makanan dan lain2 perbekalan untok menentang pehak Tengku Kudin; dan orang2 Raja Mahdi pun ramai yang telah lari mening- galkan Raja Mahdi. Oleh sebab sangat menderita itu, maka sa- belum kota dan lain2 tempat kekuatan pehak Raja Mahdi di- Kelang itu tertawan oleh pehak Tengku Kudin, Raja Mahdi dengan beberapa orang pengikut-nya, bersembunyi-sembunyi keluar dari kota-nya di-Kelang itu melepaskan diri, meninggalkan orang2-nya dalam kota itu meneruskan peperangan. Dan oleh sebab Kota Raja Mahdi itu sentiasa sahaja di-tembak dengan meriam oleh pehak Tengku Kudin, akhir-nya, kerana tiada tertahan lagi, orang2 Raja Mahdi yang tinggal itu pun mengaku kalah dan menyerahkan kota itu serta lain2 tempat pertahanan pehak Raja Mahdi itu kapada Tengku Kudin dengan sharat yang di-minta oleh orang2 Raja 75 SEJARAH SELANGOR Mahdi, ia-itu orang2 dalam kota itu jangan di-pengapakan. Per- mintaan itu telah di-setujui oleh Tengku Kudin. Dan oleh kerana pujokan Raja Sulaiman bin Raja Hasan pula, orang2 Pahang yang menyebelahi pehak Raja Mahdi itu, telah berpaling masok me- nyebelahi Tengku Kudin. Ketua orang2 Mendahiling di-Kuala Lumpur yang menyebelahi Raja Mahdi, sa-tengah-nya tetap juga tinggal di-Kuala Lumpur diam dalam kubu mereka di-Bukit Nenas, dan sa-tengah-nya ada pula yang lari pergi ka-negeri Perak. Kejatohan Kelang dari tangan Raja Mahdi ka-tangan Tengku Kudin ini ia-lah kira2 dalam bulan Mach tahun 1870. Sa-telah Raja Mahdi keluar dari Kelang, Sultan Abdul Samad telah menyerahkan Kelang kapada Tengku Kudin di-tukar de- ngan Langat, kerana Sultan Abdul Samad dengan putera2 baginda Raja Ya‘akub dan Raja Kahar bersemayam di-Langat. Tengku Kudin tidak lagi balek ka-Langat, melainkan sa-telah mengambil isteri dan keluarga-nya di-Langat, ia pun pindah diam dalam Kota Raja Mahdi yang di-atas bukit di-Kelang itu. Sejak itu mula- lah Tengku Kudin memajukan Kelang, mengadakan jalan2 raya, membuka perusahaan dan perniagaan bijeh timah dan membuat perniagaan dengan Negeri2 Selat. Pada masa itu, oleh sebab di- kuala2 sungai dalam negeri Selangor terutama di-Sungai Kelang dan Sungai Selangor belum bagitu di-perchayai telah aman, banyak-lah perahu2 orang Melaka, kadang2 sampai 15 atau 20 buah perahu, datang berniaga ka-Langat (Sungai Langat). Raja Mahdi yang telah melepaskan diri dari Kelang itu, telah pergi arah ka-Sungai Buloh ia-itu sa-buah kampong di-tepi pantai dalam daerah pegangan Raja Ali ketua di-Jeram, dan bagi se- mentera, Raja Mahdi telah melindongkan diri ka-situ, kerana Raja Ali Jeram itu ia-lah sa-orang daripada orang besar2 Selangor yang tidak suka kapada Tengku Kudin. Perang Kelang yang berakhir dengan terhalau-nya Raja Mahdi dari situ pada awal tahun 1870 (Mach) itu, telah merebak pula berlaku pergadohan di-lain2 daerah dalam negeri Selangor. Kali ini, bukan lagi pergadohan bunoh-membunoh di-antara orang2 Me- layu sahaja, melainkan orang2 China pun telah masok sama ber- gadoh berbunoh-bunohan, bahkan dengan chara yang lebeh besar lagi. Pada awal tahun 1870 itu juga, Raja Mahdi yang melindongkan diri di-Sungai Buloh itu, telah meninggalkan tempat itu, pergi ka- 76 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Pahang ikut jalan Ulu Selangor atau pun barangkali mudek ikut Sungai Bernam sampai ka-Pahang. Di-Raub Raja Mahdi telah membantu Engku Aman, atau Engku Wan Abdul Rahman (atau Wan Aman) dan adek-nya Wan Da (Engku Da) anak2 Bendahara Tun (Wan) Mutahir menyerang Bendahara Wan Ahmad. Tetapi pehak Engku Aman yang di-bantu oleh Raja Mahdi itu tidak berjaya. Raja Mahdi pergi membantu Wan Aman (Engku Aman) ka- Pahang itu pun tidak-lah pula lama ia tinggal di-Pahang, kerana maksud Raja Mahdi yang terutama-nya ia-lah hendak mengambil Kuala Selangor pula. Raja Mahdi telah balek sa-mula ka-Selangor lalu mengumpulkan kekuatan-nya hendak menyerang ka-Kuala Selangor. Wan Aman pun, sa-telah tidak berjaya mengalahkan pehak Bendahara Wan Ahmad di-Pahang, ikut sama datang ka- Selangor. Sampai ka-Selangor, oleh sebab berlaku perselisehan di- antara Wan Aman dengan Raja Mahdi, Wan Aman pun tiada mahu lagi memehak kapada Raja Mahdi; ia telah masok menyebelahi Tengku Kudin pula. Wan Aman telah di-lantek oleh Tengku Kudin memerentah pada suatu tempat di-daerah Ulu Selangor. Dalam tahun 1870 itu juga, di-agakkan dalam bulan Februari, berlaku pula suatu pergadohan berbunoh-bunohan sa-chara besar- besaran di-Kanching yang di-sebut oleh orang2 Melayu “Perang Kanching”. Di-antara sebab2 yang menjadi puncha terbit-nya per- gadohan dan pembunohan sa-chara besar-besaran di-Kanching itu saperti yang di-sebutkan berikut ini. Raja Asal dan Sutan Puasa sahabat baik Kapitan Yap Ah Loy itu telah mendahulukan wang mereka kapada taukeh2 lombong di- Kanching kerana hendak membeli timah. Wang harga timah itu telah di-bayar mereka kira2 sa-tahun dahulu lagi. Tetapi sampai sekarang (tahun 1870) pun belum juga mereka menerima timah atau bijeh timah-nya daripada taukeh2 lombong di-Kanching itu. Raja Asal dan Sutan Puasa telah meminta kapada Kapitan Yap Ah Loy menjalankan ikhtiar-nya supaya mereka dapat timah yang telah mereka bayar harga-nya itu. Sementara itu, balu Ah Sze telah datang mengadu kapada Kapitan Yap Ah Loy mengatakan ia tidak berupaya hendak memungut piutang2 mendiang suami- nya yang maseh ada lagi pada orang2 China di-Kanching itu. Yap Ah Loy dengan Sutan Puasa telah pergi ka-Kanching memungut- kan piutang? itu. 77 SEJARAH SELANGOR Berkenaan dengan hendak meminta dan mengambil timah2 yang telah di-bayar harga-nya oleh Raja Asal dan Sutan Puasa dari- pada taukeh2 China di-Kanching itu, bagini pula cherita-nya: Raja Asal dan Sutan Puasa telah membawa satu pasokan orang2 mereka ia-itu orang2 Melayu sa-ramai dua ratus orang pergi ka- Kanching. Tetapi sa-belum orang2 Raja Asal dan Sutan Puasa itu bertolak ka-Kanching, Kapitan Yap Ah Loy telah menghantar- kan lebeh dahulu pasokan-nya sa-ramai empat ratus orang orang2 China di-bawah ketuaan panglima2-nya yang bernama Chung Piang, Hiu Fatt, Teng Sam dan Tung Khun pergi berkumpul pada suatu tempat bernama Parit Tengah tiada berapa jauh dari Kan- ching, dengan tujuan kalau sa-kira-nya Raja Asal dan Sutan Puasa berkehendakkan bantuan, boleh-lah mereka datang membantu. Apabila Raja Asal dan Sutan Puasa bersama-sama dengan pasokan mereka itu sampai ka-Kanching, mereka pun menuntut supaya di-beri timah yang telah mereka bayar harga-nya itu. Taukeh2 lombong yang bersangkutan dengan pembelian itu telah menerangkan kapada Raja Asal dan Sutan Puasa ia-itu bijeh timah dari lombong2 itu belum lagi mereka kumpulkan. Raja Asal dan Sutan Puasa pun sangat marah mendengar jawapan itu, kerana jawapan itu berma‘ana taukeh2 China itu belum juga lagi hendak memberikan timah itu. Raja Asal dan Sutan Puasa telah memeren- tahkan orang2 mereka menembakkan senapang2 mereka, dan ber- Jaku-lah pergadohan. Pehak orang2 China di-Kanching itu telah menchuba bertahan dan melawan serangan orang2 Raja Asal dan Sutan Puasa yang datang itu. Sa-telah di-beritahu kejadian di-Kanching itu dan terdengar pula bunyi tembakan meriam dan senapang dari arah tempat itu, Chung Piang dan lain2 ketua pasokan Kapitan Yap Ah Loy yang menanti di-Parit Tengah itu pun dengan serta-merta memerentahkan orang2 mereka pergi dengan segera ka-Kanching, dan berlaku-lah pula pergadohan bunoh-membunoh dengan tiada berkira-kira lagi. Oleh serangan daripada pasokan orang2 Melayu yang telah bersatu de- mgan orang2 China itu, tiada-lah tertahan orang2 China di- Kanching itu melawan-nya, dan mereka pun kalah. Mana2 yang hidup telah lari meninggalkan tempat itu. Pehak yang menang telah masok menggeledah ka-rumah2 kongsi di-Kanching itu dan mereka telah menjumpai beberapa keping timah ada tersimpan dalam rumah2 kongsi itu, dan timah2 itu semua-nya telah di- 78 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) ambil oleh pehak yang menang. Sa-telah itu balek-lah mereka ka-Kuala Lumpur dengan kemenangan, dan sejak itu Kanching pun masok ka-bawah kuasa Kapitan Yap Ah Loy. Mengikut cherita-nya: dalam pertemporan di-Kanching itu, pehak yang datang menyerang itu (pehak Yap Ah Loy yang bersatu dengan pehak Raja Asal dan Sutan Puasa) 12 orang China dan 8 orang Melayu telah mati terbunoh; pehak orang2 China di-Kanching yang kena serang itu 136 orang telah terbunoh. Dalam pada itu, beberapa orang China yang telah dapat melarikan diri mereka dari Kanching itu, telah pergi ka-Langat lalu mengadu kapada Sultan Abdul Samad mengatakan: mereka telah di-serang oleh pasokan Kapitan Yap Ah Loy yang bersatu dengan orang2 pasokan Raja Asal, dan 136 orang daripada orang2 mereka telah mati terbunoh dalam pertemporan di-Kanching itu. Lebeh kurang dua minggu lepas itu, Kapitan Yap Ah Loy dengan sa-orang kawan-nya bernama Voon Siew serta beberapa orang pengiring mereka telah pergi ka-Kelang mengadap Tengku Kudin. Lepas itu pergi pula mereka mengadap Sultan Abdul Samad di-Langat. Sa-baik sampai sahaja Yap Ah Loy dengan kawan-nya itu di-hadapan Sultan Abdul Samad, dengan tidak menantikan Yap Ah Loy berkata-kata lagi, terus sahaja baginda memurkai Kapitan Yap Ah Loy yang telah berlaku tiada patut menyebabkan kematian lebeh daripada sa-ratus orang China di-Kanching yang hanya berpuncha sebab hutang. Sa-patah pun Yap Ah Loy ta’ berani berchakap menjawab titah baginda itu. Sa-jurus lepas itu, dengan lebeh dahulu memberi hormat kapada baginda, Voon Siew pun berchakap meminta ampun dan ma‘af kapada baginda akan kejadian yang telah berlaku itu, dan meminta baginda menimbangkan perkara itu dengan sa-wajar-nya, sama ada mereka akan di-hukum bunoh atau di-denda, kerana kejadian itu pun telah berlaku dan tiada berapa berguna di-per- katakan lagi — demikian kata Voon Siew. Dalam pada itu, sa-telah empat kali Kapitan Yap Ah Loy dan kawan-nya itu mengadap Sultan Abdul Samad dengan menyatakan dukachita dan kesal mereka akan kejadian di-Kanching itu serta mengulangi meminta ampun dan ma‘af kapada baginda, akhir-nya, baginda pun mema‘afkan Yap Ah Loy “dan menasihatkan mereka supaya jangan lagi melakukan perbuatan nakal saperti itu.” Dan baginda telah memberi tempoh dalam tiga hari sahaja mereka mesti 79 SEJARAH SELANGOR keluar dari Langat balek ka-Kuala Lumpur. Pendek-nya, kejadian di-Kanching itu had itu-lah sahaja yang ada kena-mengena-nya dengan Sultan Abdul Samad; sama ada Kapitan Yap Ah Loy kena bayar ganti-rugi atau tidak, tidak-lah di-ketahui. Tetapi walau bagaimana pun, bagi orang2 China sisa pembunohan itu tentu-lah tidak mudah melupakan kejadian itu. Dalam bulan Mach tahun 1870 itu juga, Chong Chong yang telah lari dari Kanching dan menyembunyikan diri di-sabuah kampong dekat Rawang dalam tahun 1869 dahulu, telah dapat melepaskan diri keluar dari Rawang, lalu pergi ka-Kuala Langat. Di-Kuala Langat Chong Chong telah berkenalan dan bersahabat baik dengan Saiyid Mashhor yang telah meninggalkan Kuala Selangor dahulu. Kedua orang bersahabat itu telah mulai mengum- pulkan orang dan kelengkapan dengan tujuan handak menyerang Kuala Lumpur saperti yang akan di-sebutkan lagi kesah-nya di-sini. Dalam tahun 1870 itu, memandang kapada huru-hara yang sedang berlaku di-negeri Selangor itu, orang2 Inggeris telah nampak peluang hendak memasokkan pengaroh-nya lagi ka- negeri Selangor; tambahan pula apabila mengetahui bahawa Tengku Kudin yang telah di-angkat jadi Wakil Yamtuan di-negeri itu ia-lah sa-orang yang suka berbaik-baik dengan orang2 Inggeris bagi menegakkan kuasa-nya di-negeri Selangor di-samping melawan anak2 raja yang boleh mewarithi hak mereka di-negeri Selangor tetapi tidak mendapat sokongan daripada Sultan Abdul Samad sendin. Dalam bulan Mei tahun itu (1870), Sir Harry Ord, Gabenor Negeri2 Selat di-Singapura, telah datang melawat ka- Langat dan berjumpa dengan Sultan Abdul Samad. Dalam perjumpaan ini Gabenor itu telah memujok dan menasihatkan Sultan Abdul Samad supaya baginda meneruskan bantuan baginda kapada Tengku Kudin yang hendak memajukan negeri Selangor itu, Dalam bulan Jun tahun itu juga (1870), perihal Chong Chong yang telah bersekutu dengan Saiyid Mashhor itu telah sampai beritaynya kapada Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur. Kapitan itu dengan segera memberitahu Tengku Kudin serta meminta pertolongan dan perentah2 yang hendak di-jalankan daripada Wakil Yamtuan itu. Tengku Kudin telah memberi- tahu Ah Loy ia-itu “Tengku Kudin meminta kapada Yap Ah Loy 80 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) menyediakan persediaan sa-chukup2-nya untok menghukum musoh2 itu.” Sejak itu Kapitan Yap Ah Loy telah memperbanyak Jagi orang2 dalam pasokan-nya. Chung Piang dan Hiu Fatt di-lantek-nya jadi pegawai2 mengambil orang2 baharu. Adek-nya yang bernama Yap Tet Fong di-hantar-nya pergi ka-Singapura membeli senapang dan ubat2-nya serta lain2 barang bagi per- sediaan untok melawan musoh, dan Kapitan itu sendiri telah mengasingkan wang yang bukan sadikit untok membelanjai kerja2 melawan musoh yang akan di-hadapi-nya. Kira2 dalam bulan September tahun 1870, Ah Loy telah dapat mengumpulkan orang2- nya lebeh daripada sa-ribu orang. Dalam bulan Julai (1870) pula, Sultan Abdul Samad telah mengutus kapada Gabenor di-Singapura meminta Gabenor itu menolong pegawai2 baginda di-muara2 Sungai Selangor, Sungai Jeram dan Sungai Bernam supaya musoh2 baginda jangan dapat membawa masok beras, bedil dan ubat2 bedil. Tetapi dalam bulan itu juga (Julai, 1870) Raja Mahdi dengan di-bantu oleh Raja Hitam di-Bernam dan Raja Ali di-Jeram dengan pasokan mereka sa-ramai dua ratus orang telah datang menyerang dan mengambil Kuala Selangor yang dalam jagaan Raja Musa itu. Raja Musa tidak pula di-pengapakan mereka. Sejak itu Raja Mahdi dan kawan2-nya pun dudok-lah memerentah di-Kuala Selangor, menguasai kota2 yang ada di-situ, serta memungut chukai pada tempat2 di-lembahan Sungai Selangor itu. Raja Musa dan anak isteri-nya telah keluar dari Kuala Selangor terus pergi ka-Langat mengadap ayah-nya Sultan Abdul Samad meng- adukan hal yang telah berlaku di-Kuala Selangor itu. Tetapi tidak-lah pula Raja Musa menerima apa2 bantuan atau perangsang daripada ayah-nya itu, melainkan baginda telah menyurohkan Raja Musa mengadukan hal kesusahan-nya itu kapada Tengku Kudin. Raja Musa telah bertolak meninggalkan Langat pergi ka-Singapura dengan membawa juga putera-nya yang bernama Raja Sulaiman yang pada ketika itu baharu berumor lima tahun. Di-Singapura Raja Sulaiman telah di-sekolahkan di-sekolah Inggeris yang, bernama Raffles Institution, dan ia telah bersekolah di-situ sa-lama tiga tahun. Ada kira2 sa-tahun lama-nya Raja Musa di-Singapura, lebeh kurang pada pertengahan tahun 1871, Raja Musa balek sa-mula ka-Selangor diam di-Kuala Selangor juga. 81 SEJARAH SELANGOR Kira2 dalam bulan Ogos tahun 1870, Raja Mahdi yang diam di-Kuala Selangor itu, telah berkirim surat kapada Raja Siam mengadukan perbuatan Tengku Kudin adek Sultan Kedah yang di-bawah kuasa Siam itu, kerana Tengku Kudin telah masok champor melanggar hak raja2 di-negeri Selangor. Tetapi pada 19 haribulan Ogos itu juga (1870), Sultan Abdul Samad memberi- tahu pula kapada Sultan Kedah ia-itu barang apa aduan Raja Mahdi kapada Raja Siam, jangan-lah di-pakai, kerana aduan-nya itu tidak benar. Sunggoh pun demikian tetapi perkara Raja Mahdi mengadu kapada Raja Siam itu telah heboh juga di-run- dingkan oleh Kerajaan Siam di-bandar Bangkok, sa-hingga Sultan Kedah terpaksa menitahkan Tengku Kudin sendiri pergi ka-negeri Siam (dalam bulan Mei tahun 1871) menerangkan kedudokan perkara itu kapada Kerajaan Siam. Tengku Kudin telah meminta suatu surat pengakuan daripada Gabenor Sir Harry Ord yang telah mempersetujui Tengku Kudin jadi Wakil Yamtuan di-negeri Selangor, dan pada masa hendak pergi ka-negeri Siam itu, Tengku Kudin telah meminta juga sa-orang jurubahasa dari Kedah supaya boleh ia memintakan kapada Raja Siam membenar- kan Sultan Kedah membantu dia melawan musoh?2-nya di-Selangor. Lebeh kurang sa-minggu lepas Sultan Abdul Samad memberi- tahu Sultan Kedah fasal Raja Mahdi itu, pada 25 haribulan Ogos tahun 1870, baginda telah memberikan kapada Tengku Kudin surat kuasa yang kedua pula, ia-itu mengulangi menyatakan ke- perchayaan baginda akan menantu-nya Tengku Kudin itu. Tetapi ini harus-lah dengan permintaan Tengku Kudin jua. Surat kuasa yang kedua ini, mengikut terjemahan dari bahasa Inggeris-nya, lebeh kurang bagini-lah maksud-nya:- Beta Sultan Abdul Samad, Yang di-Pertuan Negeri Selangor memberitahu kapada Tengku Sutan, Raja Layang, Tengku Raja, Raja Muhammad Yusuf, Raja Perempuan, Raja Budul, Sutan Maharaja Lela, Sutan Jenaga, Sutan Besar, Menteri Gedong, To’ Maharaja, To’ Setia, To’ Maharaja Sudali, Haji Muhammad Saleh, Imam Perang Periok, Imam Perang Malim, bahawa kita telah mengurniakan surat ini kapada anak kita Tengku Kudin serta di-chap dengan mohor kita ini dan dia telah menyanggup mengalahkan orang Mendahiling dan orang? yang menyebelah kapada orang? Mendahiling itu. Oleh sebab itu sekarang orang2 yang tersebut nama-nya di-atas ini hendak-lah mengikut perentah anak kita itu dan dia telah kita angkat juga menjadi ketua kapada segala orang2 luar yang masok ka-negeri kita ini, dan barang siapa yang tiada mengi- 82 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) kut hukum-nya, orang2 itu di-hitongkan saperti penderhaka kapada hukum. Dan lagi semua orang China dan Melayu yang berniaga di-darat2 negeri Selangor ini hendak-lah memberi ubat bedil dan senjata2 kapada Tengku Kudin dan orang2 yang menyebelahi-nya. Tiada-lah di-benarkan taukeh2 menolong orang Mendahiling dan jikalau dengan tolong Allah dapat di- selesaikan pergadohan ini maka harta-benda orang2 Menda- hiling itu akan di-bahagi-bahagikan kapada mereka yang ter- sebut itu kerana membantu Tengku Kudin. Sekian-lah maksud-nya surat kuasa yang kedua di-berikan oleh Sultan Abdul Samad kapada Tengku Kudin dalam bulan Ogos tahun 1870. Chong Chong dan Saiyid Mashhor yang telah bersahabat baik di-Kuala Langat itu, telah mengumpulkan orang? serta kelengkapan mereka hendak menyerang Kuala Lumpur menjatohkan Kapitan Yap Ah Loy. Tetapi mereka menubohkan pasokan2 mereka itu di-Ulu Selangor bukan di-Kuala Langat. Pasokan yang mula2 me- teka adakan itu, hanya-lah sa-ramai lebeh kurang dua ratus orang terdiri daripada orang2 Melayu dan China. Apabila mereka dan pasokan-nya itu sampai ka-Ampang dekat Kuala Lumpur, baharu- lah mereka menambah lagi orang2 baharu yang di-dapati dari se- kitar tempat itu hingga Chong Chong dan Saiyid Mashhor telah dapat mengadakan pasokan2-nya mengandongi sa-ramai 2,500 orang, ia-itu orang2 China dan Melayu. Orang2 Kapitan Yap Ah Loy, sa-telah di-tambah dengan orang2 Raja Asal dan Sutan Puasa yang membantu-nya, berjumlah semua-nya kira2 sa-ramai 2,000 orang, terdiri daripada orang2 China dan Melayu juga. Kesah pasokan2 Chong Chong dan Saiyid Mashhor dari Ulu Selangor datang ka-Kuala Lumpur hingga bertempor dengan paso- kan2 Kapitan Yap Ah Loy itu, ia-lah saperti yang di-sebutkan di-bawah ini. Pasokan Chong Chong dan Saiyid Mashhor telah bertolak dari Ulu Selangor menuju ka-selatan, melalui Kanching, Selayang, dan dari situ melenchong arah ka-timor melalui Gombak, Dusun Ran- jau lalu ka-Ulu Kelang. Orang2 pasokan Saiyid Mashhor telah ber- kumpul dan berkubu di-Ulu Kelang. Orang? pasokan Chong Chong maju lagi menuju arah ka-Kuala Lumpur lalu mengambil tempat dan membuat kubu pada suatu tempat di-antara Ampang dengan Kuala Lumpur kira2 sa-jauh empat batu sahaja lagi hendak sampai ka-pekan Kuala Lumpur ia-itu di-tempat yang sekarang di-sebut Batu Empat (Jalan Ampang). 83 SEJARAH SELANGOR Sa-telah mendengar angkatan Chong Chong dan Saiyid Mashhor telah berkubu di-tempat2 yang di-sebutkan itu hendak menyerang Kuala Lumpur, Kapitan Yap Ah Loy pun menghantarkan orang2- nya lebeh kurang sa-ramai enam ratus orang, di-bawah pimpinan Hiu Fatt dan Tung Khun, pergi melawan musoh2 mereka itu. Ang- katan Yap Ah Loy yang pergi itu, bukan-nya pergi menyerang kubu Chong Chong di-Batu Empat (Ampang) itu, melainkan mereka telah pergi ka-Ulu Kelang lalu menyerang pasokan Saiyid Mashhor yang ada di-situ. Dalam pertemporan di-Ulu Kelang itu ramai orang2 Saiyid Mashhor yang tewas. Oleh sebab itu Saiyid Mashor pun mengundorkan pasokan-nya dari Ulu Kelang itu lalu pergi bersatu dengan pasokan Chong Chong di-Ampang. Saiyid Mashhor dan Chong Chong telah berunding dan telah bersetuju akan melancharkan serang balas ka-Ulu Kelang. Kedua- dua pasokan itu telah bergerak menuju ka-Ulu Kelang; tetapi mereka telah mengambil jalan yang berasingan, masing2 ikut jalan yang telah di-tetapkan supaya dapat berbantu-bantuan melanchar- kan serangan yang berkesan. Pada masa itu pasokan Kapitan Yap Ah Loy yang di-kepalakan oleh Hiu Fatt dan Tung Khun maseh ada di-Ulu Kelang. Apabila hari malam, orang2 Saiyid Mashhor pun datang menyerang pasokan Kapitan Yap Ah Loy yang ada di- Ulu Kelang itu, dan pehak yang kena serang itu telah melawan de- ngan bersunggoh-sunggoh. Sedang pertemporan itu berjalan, tiba2 datang pasokan Chong Chong dari sa-belah belakang pasokan Kapitan Yap Ah Loy itu, dan pada masa itu pasokan Kapitan Yap Ah Loy itu telah di-apit oleh dua pasokan musoh-nya, dan berlaku-lah pertemporan hebat. Tetapi, rupa-nya, pada petang tadi, Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur telah teringat sahaja hendak menghantar bantuan kapada pasokan Hiu Fatt dan Tung Khun yang ada di-Ulu Kelang itu dengan tidak mengetahui apa yang akan berlaku-malam itu di-Ulu Kelang. Pasokan Yap Ah Loy yang di-hantar-nya petang itu ada-lah sa- ramai empat ratus orang, di-bawah pimpinan Chung Piang, hulu- balang Yap Ah Loy yang terkenal itu, pergi ka-Ulu Kelang hendak membantu Hiu Fatt dan Tung Khun. Kebetulan pula pasokan Chung Piang itu telah sampai ka-Ulu Kelang betul2 pada masa pertemporan itu sedang berjalan, lalu masok-lah pasokan Chung Piang datang menyerang dari sa-belah belakang pasokan Chong Chong pula dan bertambah gamat-lah pertemporan tikam-meni- 84 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) kam, tembak-menembak antara kedua belah pehak yang ber- musohan itu. Akhir-nya, sa-telah agak lama bertempor, Chong | Chong dan Saiyid Mashhor pun terpaksa mengundorkan diri membawa pasokan2 mereka meninggalkan Ulu Kelang balek ka- kubu Chong Chong di-Ampang. Lepas itu, kerana merasa orang2-nya tidak menchukupi untok mengalahkan Chong Chong dan Saiyid Mashhor, Kapitan Yap Ah Loy pun minta bantu kapada Raja Asal di-Damansara, dan dalam masa tiada berapa lama datang-lah Raja Asal membawa orang-nya ka-Kuala Lumpur lalu pergi bersatu dengan pasokan Kapitan Yap Ah Loy yang di-bawah pimpinan tiga orang ketua-nya yang ada di-Ulu Kelang itu. Sa-telah Raja Asal, Sutan Puasa dan ketua2 pasokan Kapitan Yap Ah Loy itu bermeshuarat, mereka pun sama2 bersetuju lalu membawa pasokan2 mereka yang telah ber- satu itu, dari Ulu Kelang datang berkumpul dan mengambil tem- pat di-Ampang bersatentangan dengan kubu Chong Chong yang telah ada di-situ. Sejak itu, sa-tiap hari ada-lah sahaja pertemporan sa-chara kechil-kechilan berlaku di-antara kedua pehak yang ber- musohan itu, dan kejadian itu telah berlanjutan hingga sa-lama Jebeh kurang sa-bulan dengan berganti-ganti kalah menang tetapi tiada memperoleh apa2 keputusan. Akhir-nya sa-telah pehak Kapitan Yap Ah Loy yang di-bantu oleh Raja Asal dan Sutan Puasa itu mengatorkan ranchangan untok menyerang ka-pehak Chong Chong dan Saiyid Mashhor itu, pada suatu pagi mereka pun menyerang ka-pehak Chong Chong dan Saiyid Mashhor dan berlaku-lah pertemporan hebat dan ngeri antara kedua belah pehak itu hingga berlanjutan sampai petang. Sa-telah mendapati kedudokan orang2-nya dalam bahaya dan ramai pula yang telah tewas dalam pertemporan siang tadi, apabila hari malam, Chong Chong dan Saiyid Mashhor serta pengikut2 mereka yang maseh hidup telah meninggalkan beberapa ramai orang2 mereka mati bergelimpangan di-Ampang, lalu mereka melarikan diri ikut Gombak lalu pergi ka-Batu Caves. Dari Batu Caves Saiyid Mashhor berundor pergi ka-Ulu Selangor, dan Chong Chong pergi ka-Kuala Langat, dan tiada-lah berjaya mereka mengalahkan Kuala Lumpur. Esok-nya, Chung Piang dan lain2 ketua pasokan Kapitan Yap Ah Loy itu pun balek ka-Kuala Lumpur dengan kemenangan — kemenangan Kapitan Yap Ah Loy. 85 SEJARAH SELANGOR Peperangan di-antara orang2 Chong Chong dan Saiyid Mashhor berlawan dengan orang2 Kapitan Yap Ah Loy yang di-bantu oleh Raja Asal dan Sutan Puasa di-Ulu Kelang dan di-sekitar Ampang itu telah berlaku dari bulan September hingga bulan Oktober tahun 1870. Sa-benar-nya, dalam pertemporan2 melawan musoh?2-nya orang2 Chong Chong dan Saiyid Mashhor itu, tidak-lah pernah Kapitan Yap Ah Loy turut sama ka-medan pertemporan; ia hanya dudok di-Kuala Lumpur mengarahkan pegawai2 atau panglima2 yang di-harap dan di-perchayai-nya memimpin orang2-nya dalam per- temporan2 itu, terutama panglima2-nya yang bernama Chung Piang, Hiu Fatt dan Tung Khun serta pembantu2 Kapitan itu Raja Asal dan Sutan Puasa. Lepas perang di-Ulu Kelang dan di-sekitar Ampang itu, boleh kata tiada-lah berlaku apa2 pergadohan di-negeri Selangor hingga bulan Mei tahun 1871. Tetapi dalam masa itu-lah Saiyid Mashhor mengumpulkan orang2-nya dengan tujuan hendak menyerang lagi ka-Kuala Lumpur. Saiyid Mashhor telah dapat mengumpulkan orang2 di-Ulu Selangor itu, terutama orang2 Melayu, kira2 Sa-ramai sa-ribu orang. Bagitu juga Chong Chong di-Langat telah dapat pula mengumpulkan orang2-nya lebeh kurang sa-ramai yang di-dapati oleh Saiyid Mashhor itu juga. Sa-belum melanchar- kan serangan hendak menyerang ka-Kuala Lumpur itu, Saiyid Mashhor telah menchadangkan kapada Chong Chong supaya semua orang2 dalam pasokan mereka itu berkumpul dahulu di-Ulu Selangor. Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur tidak pula diam walau pun dia telah menang mengalahkan musoh-nya di-Ampang itu, Ah Loy telah menguat dan mengatorkan sa-mula pasokan2-nya dengan lebeh bersunggoh-sunggoh. Pada jalan2 yang boleh di-lalui datang ka-Kuala Lumpur, di-adakan-nya pasokan2-nya berjaga di-situ di-bawah ketuaan masing2 ketua-nya. Semua pasokan perang Kapitan Yap Ah Loy itu di-letakkan di-bawah perentah Chung Piang, dan Yap Ah Loy memegang puncha mengarahkan segala tindakan2 muslihat perang yang di-jalankan oleh panglima2 perang-nya itu. Jalan hendak datang ka-Kuala Lumpur dari arah utara, telah di-serahkan kapada jagaan satu pasokan sa-ramai lebeh kurang lima ratus orang di-bawah ketuaan adek Kapitan itu sendiri bérmama Yap Voon Lung. 86 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) 1871. Kira2 dalam bulan Mei tahun 1871, pasokan2 Saiyid Mashhor dan Chong Chong yang telah berkumpul di-Ulu Selangor itu telah bergerak menuju ka-selatan hendak ka-Kuala Lumpur. Tetapi pasokan Chong Chong dan pasokan Saiyid Mashhor itu telah mengambil jalan yang berasingan. Ada kira2 sa-batu lagi pasokan yang di-kepalakan oleh Saiyid Mashhor itu hendak sampai ka-Rawang, ia telah di-sekat oleh pasokan Yap Voon Lung yang berjaga di-situ. Sa-telah melihat pasokan Saiyid Mashhor itu lebeh besar daripada pasokan-nya, Yap Voon Lung pun memberi tahu ka-Kuala Lumpur meminta bantuan. Sa-belum pasokan bantuan dari Kuala Lumpur itu datang, Saiyid Mashhor telah menyerang pasokan Yap Voon Lung yang berkubu dekat Rawang itu dan berlaku-lah pertemporan. Dalam masa pertem- poran itu berjalan, tiba2 sampai pula pasokan yang di-kepalakan oleh Chong Chong dan terus-lah ia membantu pasokan Saiyid Mashhor, dan tiada-lah tertahan pasokan Voon Lung melawan dua pasokan besar — Melayu dan China — yang telah bersatu itu, lalu Voon Lung membawa pasokan-nya berundor jauh ka-belakang arah ka-Kuala Lumpur, dan di-situ pula-lah ia bertahan. Dalam pertemporan di-tempat mula2 tadi lebeh 40 orang dalam pasokan Voon Lung telah mati terbunoh dan sa-ramai itu pula yang luka2. Kapitan Yap Ah Loy telah menghantarkan satu pasokan orang- nya sa-ramai lima ratus orang di-bawah ketuaan Hiu Fatt pergi membantu pasokan Voon Lung dekat Rawang. Sa-telah datang bantuan, pasokan Yap Ah Loy itu pun menyerang hendap pasokan Saiyid Mashhor yang sedang berjalan menuju arah ka-Kuala Lumpur; dan satu pasokan Yap Ah Loy yang lain-nya pula chuba menahan pasokan Chong Chong jangan keluar dari perkubuan mereka dekat Rawang. Orang2 Saiyid Mashhor yang telah di-serang hendap itu ramai yang terbunoh dan pasokan itu telah di-kalahkan oleh pasokan Yap Ah Loy; tetapi Saiyid Mashhor dapat melepaskan diri patah balek ka-belakang pergi berjumpa Chong Chong di-kubu-nya, dan Saiyid Mashhor telah menyatakan kesal-nya yang amat sangat kerana kekalahan pasokan-nya itu. Saiyid Mashhor balek sa-mula ka-Ulu Selangor menchari bantuan dan telah meninggalkan pesan kapada Chong Chong yang tinggal bertunggu di-kubu-nya dekat Rawang itu supaya jangan keluar berperang sa-hingga ia datang balek dengan 87 SEJARAH SELANGOR membawa bantuan. Berita kemenangan pasokan-nya dekat Rawang itu telah di-beri tahukan kapada Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur yang menerima- nya dengan sukachita. Yap Ah Loy telah menghantarkan lagi pasokan bantuan dari Kuala Lumpur di-bawah ketuaan Chung Piang pergi ka-Rawang dengan tujuan hendak mengalahkan pasokan Chong Chong yang maseh ada berkubu dekat Rawang itu. sa-belum Saiyid Mashhor datang balek ka-situ. Sa-telah pasokan bantuan dari Kuala Lumpur itu sampai ka-tempat kawan2 mereka dekat Rawang, mereka telah berjumlah lebeh kurang sa-ramai sa-ribu orang, dan semua-nya di-letakkan di- bawah pimpinan Chung Piang. Pada suatu hari, mengikut ranchangan yang telah di-atorkan, Chung Piang pun melancharkan serangan ka-tempat perkubuan Chong Chong dekat Rawang itu dan suatu pertemporan hebat telah berlaku antara pehak yang bermusohan itu. Sa-telah bebe- rapa hari lama-nya bertempor, dapat-lah Chung Piang mengalah- kan Chong Chong; ramai orang2 Chong Chong yang telah terkorban dalam pertemporan itu, dan dalam pehak Chung Piang pun 70 orang telah mati terbunoh. Chong Chong dengan orang2-nya sa-ramai 90 orang telah dapat melepaskan diri lalu pergi ka-Serendah, dan di-Serendah pun orang2 Chong Chong itu telah di-serang dan di-kalahkan pula oleh pasokan Yap Voon Lung. Tetapi mereka tidak dapat menawan Chong Chong. Sejak perang di-Serendah itu, tidak-lah di-ketahui dengan sa-benar-nya apa yang telah berlaku pada diri Chong Chong. Ada cherita yang mengatakan: ia telah luka dan ta’ lama lepas itu dia pun meninggal dunia. Tetapi ada pula cherita yang mengatakan: ia telah melepaskan diri dan telah balek ka-Negeri Sembilan meneruskan hidup-nya saperti kebiasaan orang ramai. Dari pehak orang2 Yap Ah Loy pula mengatakan: ia telah dapat melepaskan diri dan entah ka-mana pergi-nya. Dalam pada itu yang nyata-nya ia-lah: hingga had ini tiada-lah lagi tersebut kesah Chong Chong itu. Pertemporan yang telah berlaku di-sekitar Rawang itu ia-lah dari bulan Mei hingga bulan Jun tahun 1871. Sa-telah pasokan2 Saiyid Mashhor dan Chong Chong di-kalah- kan oleh pasokan2 Yap Ah Loy di-sakitar Rawang, Yap Ah Loy telah jadi orang yang paling berkuasa di-daerah Kuala Lumpur dan tempat2 di-sakeliling-nya. Saiyid Mashhor yang di-katakan 88 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) bersiap di-Ulu Selangor itu, nampak-nya dalam bulan Jun itu juga (1871) télah munchul pula di-Kuala Selangor dengan rakan2-nya pengikut Raja Mahdi saperti yang akan di-lihat dalam cherita yang berikut. Dalam bulan Jun tahun 1871 sa-buah tongkang di-punyai oleh taukeh2 China di-Pulau Pinang, membawa anak2 tongkang sa-ramai sembilan orang, penumpang2 sa-ramai 25 orang (lelaki, perempuan dan kanak2), dan bermuat barang2 berharga lebeh kurang $7,000/-, dalam pelayaran dari Pulau Pinang ka-Larut, telah di-rompak oleh sa-kumpulan lima belas orang perompak2 China di-Selat Melaka, dan semua penumpang?2 serta delapan orang anak2 tongkang itu telah di-bunoh oleh perompak2 itu. Tuan2 punya tongkang itu telah pergi mengadu kapada Pemangku Lt.-Gabenor Pulau Pinang bernama Arthur Birch. Perompak2 itu di-perchayai datang dari Kuala Selangor. Birch telah mengutus surat kapada Pegawai Pentadbir Kerajaan di- Singapura bernama Colonel A.E.H. Anson dan sa-orang daripada tuan2 punya tongkang yang kena rompak itu pergi juga bersama- sama membawa surat itu (Masa itu Gabenor Sir Harry Ord sedang berchuti). Sa-telah menerima pengaduan itu, Anson telah memerentahkan kapal Kerajaan Negeri2 Selat yang bernama Pluto, di-bawah ketuaan Kaptan Bredbarry, pergi ka-Selangor menyiasat perkara rompakan itu. Kapal itu telah singgah ka-Melaka mengambil beberapa orang mata2 lengkap bersenjata dengan di-ketuakan oleh Inspektor Cox, lalu di-bawa bersama- sama belayar. Sa-telah singgah di-Langat dan di-Kelang, pada 28 haribulan Jun tahun 1871 Pluto pun sampai ka-Kuala Selangor, dan telah berjumpa tongkang yang kena rompak itu sedang berlaboh di-Kuala Selangor, dan enam orang perompak2 China di-jumpai dalam tongkang itu. Tongkang dan perompak2 itu telah di-tangkap. Inspektor Cox dan Kaptan Bredbarry serta beberapa orang pengiring mereka telah naik ka-darat di-Kuala Selangor kerana hendak menchari barang2 yang telah kena rompak itu. Kedatangan mereka telah di-terima dengan baik oleh Raja Musa putera Sultan Abdul Samad yang ada di-situ (Raja Musa baharu balek dari Singapura), dan dengan pertolongan Raja Musa, sa-bahagian dari- pada barang2 rompakan itu telah di-jumpai di-kedai2 dalam pekan Kuala Selangor itu. Dan dengan pertolongan orang2 Raja Musa 89 SEJARAH SELANGOR juga, Inspektor Cox telah dapat menangkap tiga orang lagi perom- pak China itu. Pegawai2 Inggeris itu telah di-kelilingi oleh beberapa ramai orang2 Melayu yang chuba hendak menentang mereka. Sa- orang daripada orang2 Melayu itu telah mengachu-ngachukan penumbok-nya ka-muka Inspektor Cox. Makin lama orang2 Me- layu yang berkerumun itu telah sa-makin ramai. Kemudian, Saiyid Mashhor dengan sa-kumpulan ramai pengikut2-nya yang lengkap bersenjata telah datang ka-tempat itu. Inspektor Cox telah datang mendapatkan Saiyid Mashhor. Saiyid Mashhor telah menerima kedatangan pegawai Inggeris itu dengan chara dan chakap2 yang menghina. Dalam pada itu Inspektor Cox telah dapat menangkap sa-orang lagi perompak China itu, dan di-perchayai dia-lah ke- pala perompak itu. Tetapi dengan helah Raja Mahmud (anak Raja Berkat) China itu telah dapat melarikan diri. Tatkala Ins- pektor Cox mengejar hendak menangkap-nya, sa-kumpulan ramai orang2 Melayu dengan di-ketuakan oleh Raja Mahmud telah menchabut keris dan lain2 senjata mereka sambil memekek-mekek hendak membunoh sakalian orang dalam rombongan yang datang dari kapal Pluto itu. Dengan sangat bersusah payah, orang2 pehak Inggeris yang datang itu melarikan diri balek ka-kapal Pluto. Pada pagi esok-nya, 29 haribulan Jun tahun 1871, Raja Musa telah datang ka-kapal Pluto dan telah mencheritakan kapada Ins- pektor Cox serta Kaptan Bredbarry bahawa Raja Mahdi, Saiyid Mashhor, Raja Mahmud dan Raja Berkat yang ada di-Kuala Sela- ngor itu memang melakukan kerja2 yang tiada di-sukai oleh Raja Musa itu. Pada tengah hari-nya, hari itu juga, kapal Pluto pun ber- tolak meninggalkan Kuala Selangor menuju ka-Pulau Pinang. Ketika kapal itu belayar lalu tentang kubu Raja Mahdi (di-Sungai Selangor), beberapa tembakan telah di-tembakkan menuju ka-kapal itu, tetapi ta’ ada satu tembakan pun yang memberi kesan. Apabila sampai ka-Pulau Pinang, Inspektor Cox dan Kaptan Bredbarry telah memberikan laporan mereka kapada Lt.-Gabenor dan mereka telah menyatakan juga bahawa Kuala Selangor di-kuasai oleh Raja Mahdi, dan di-tempat itu ada berkota batu. Lt.-Gabenor itu dengan segera memberi tahu ka-Singapura. Sa-telah menerima laporan dari Pulau Pinang itu, Pegawai Pentadbir Kerajaan di-Singapura (Lt.-Colonel Anson) telah me- merentahkan Captain Robinson ketua pemerentah kapal perang H.M.S. Rinaldo pergi ka-Selangor menangkap saki-baki perom- 90 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) pak2 itu dan mengambil balek harta benda yang telah di-rompak oleh orang2 China itu. Sementara itu Anson memberi tahu juga ka-Pulau Pinang memerentahkan supaya kapal Pluto di-hantar segera ka-Selangor bersatu dengan Rinaldo. Pada suboh 3 haribulan Julai tahun 1871, kapal perang Rinaldo dan kapal Plyto telah berlaboh di-hadapan muara Sungai Selangor. Pagi itu juga, kapal Pluto di-iringi oleh beberapa buah perahu, membawa askar2 pehak Inggeris, di-bawah ketuaan Captain Robinson sendiri telah memudeki Sungai Selangor (Kapal perang Rinaldo tinggal berlaboh di-kuala sungai itu juga). Lebeh kurang pada pukul 2.00 tengah hari, Pluto pun sampai lalu berlaboh tiada berapa jauh dari pekan Kuala Selangor. Mengikut suatu cherita: pasokan Inggeris yang datang ka- Kuala Selangor itu ada membawa sa-puchok surat yang di- alamatkan kapada Raja Musa, menuntut hendak menangkap baki perompak2 China itu. Oleh sebab pada masa itu Raja Musa tiada di-Kuala Selangor, perkara itu telah di-rujukkan kapada Saiyid Mashhor yang menjaga kota di-Kuala Selangor itu. Tatkala per- kara itu di-sampaikan kapada Saiyid Mashhor, ia telah menjawab dengan keras mengatakan perkara itu bukan urusan-nya, dan dia tidak ada kuasa mengenai perkara itu. Raja Musa yang telah keluar dari Kuala Selangor itu, di- perchayai ia-lah kerana telah di-ancham oleh Raja Mahdi yang telah menguasai tempat itu; sebab boleh jadi perbuatan Raja Musa yang telah pergi menemui orang Inggeris ka-kapal Pluto pada bulan lalu itu, tidak di-gemari oleh Raja Mahdi. Pada hari itu juga, dua pasokan pehak orang2 Inggeris dari kapal Pluto itu telah naik ka-darat, ia-itu satu pasokan di-ke- palakan oleh Lieutenant Stopford, dan satu pasokan lagi di- kepalakan oleh Lt. Maude. Lt. Stopford telah di-tugaskan menchari Raja Mahmud. Sa-telah berjumpa Raja Mahmud, Stop- ford pun mengajak Raja Mahmud pergi ka-tepi pantai ka-tempat Lt. Maude dan askar2-nya berkumpul. Raja Mahmud telah pergi ka-tempat itu. Kemudian pegawai2 Inggeris itu telah mengajak Raja Mahmud naik ka-perahu mereka yang ada di-tepi pantai itu supaya di-bawa ka-kapal Pluto pula. Raja Mahmud telah menolak tidak mahu pergi ka-kapal Pluto. Lt. Maude telah berkeras dan memaksa Raja Mahmud mesti naik juga ka-perahu mereka itu. Dalam masa mereka berkeras-keras itu, tiba2 orang2 a1 SEJARAH SELANGOR Inggeris yang berkumpul di-pantai itu telah di-tembak berturut- turut kali oleh orang2 yang tidak kelihatan dari pondok2 dan belukar2 di-keliling tempat itu. Sa-orang askar Inggeris telah mati terbunoh; Lt. Maude serta lima orang askar2-nya telah luka. De- ngan bergopoh-gopoh, masa itu juga Lt. Stopford, Lt. Maude serta orang2-nya pun melarikan diri naik ka-perahu2 mereka balek ka- kapal Pluto yang berlaboh di-tengah sungai itu, lalu belayar sa- mula ka-kuala Sungai Selangor. Captain Robinson telah meme- rentahkan kapal Pluto balek ka-Pulau Pinang membawa askar2 yang luka itu supaya di-ubati dan di-rawat di-sana. Esok-nya, pada 4 haribulan Julai tahun 1871, pukul 4.45 pagi, kapal perang Rinaldo telah memudeki Sungai Selangor. Apabila sampai tentang kota2 di-Kuala Selangor itu, Rinaldo telah di- tembak dengan meriam2 dari kedua-dua buah kota itu, dan tembak- an2 itu telah di-balas oleh meriam2 dari kapal Rinaldo — dan berlaku-lah perang tembakan2 meriam antara kedua belah pehak. Dalam tembak-menembak yang hanya sa-bentar itu, tiga orang askar pehak Inggeris telah luka. Rinaldo mudek lagi. Kira2 pada pukul 6.30 pagi itu juga Rinaldo pun sampai lalu berlaboh di- hadapan pekan Kuala Selangor dan terus membedil pekan itu dengan tiada berkeputusan. Kira2 tengah dua jam lepas itu, Rinaldo pun hilir balek ka-kuala Sungai Selangor. Esok-nya, pada 5 haribulan Julai (1871), sa-belah petang, kapal Pluto dari Pulau Pinang datang balek membawa askar2 lagi di- bawah ketuaan Lt.-Colonel V. Shortland. Pada 6 haribulan Julai (1871), Rinaldo dan Pluto mudek lagi di- Sungai Selangor lalu menembak kedua-dua buah kota yang ada di-Kuala Selangor itu; tetapi tidak ada apa2 tembakan balas dari kota2 itu. Askar2 pehak Inggeris telah naik ka-darat lalu masok ka-kota2 itu. Tiada sa-orang pun di-jumpai mereka dalam kota? itu, Jalu meriam2 yang ada dalam kota itu di-sumbat mereka dengan kayu. Kubu2 yang ada di-situ semua-nya di-binasakan, dan lima buah perahu bermuat senjata2 yang ada di-tepi pantai sungai itu habis di-bakar oleh orang2 Inggeris. Dari situ pergi pula kapal2 Inggeris itu ka-pekan Kuala Selangor dan di-dapati mereka sakalian pendudok tempat itu telah lari meninggalkan pekan itu (Kuala Selangor). Pekan itu telah di-bedil lagi dengan meriam2 dari kapal Rinaldo. Lepas itu orang2 Inggeris itu pun naik ka-pekan Kuala Selangor lalu membakar semua 92 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) rumah2 yang ada di-situ, habis hangus. Pada hari itu juga kapal Rinaldo meninggalkan Kuala Selangor balek sa-mula ka-Singapura. Kapal Pluto dan askar2 yang di-bawa-nya balek ka-Pulau Pinang. Sa-buah meriam tembaga yang besar dari Kota di-Kuala Selangor yang di-hadiahkan oleh Raja Acheh kapada almarhum Sultan Ibrahim dahulu, di-bawa oleh askar2 dalam kapal Pluto itu ka- Pulau Pinang. Berkenaan dengan peristiwa yang telah berlaku di-Kuala Selangor dalam bulan Jun dan Julai tahun 1871 itu, Raja Mahdi telah menyatakan demikian pula kesah-nya:- “Raja Musa putera Sultan Abdul Samad dan Raja Bot putera Raja Juma‘at Lukut telah menyurohkan saya dudok di-Selangor (Kuala Selangor). Saiyid Mashhor telah mengajak saya diam di-dalam kota yang di-atas bukit itu dan telah menunjokkan kapada saya sa-puchok surat daripada Sultan yang telah mengesah- kan dia memerentah di-Selangor (Kuala Selangor). Oleh sebab itu saya pun diam-lah di-dalam kota yang di-Selangor itu. Pada 8 haribulan Rabi‘ul-Akhir Sanah 1288 (27 Jun, 1871) orang2 Inggeris telah tiba ka-Selangor dan dengan bantuan Raja Mahmud mereka telah dapat menangkap sa-orang China. Lepas itu ramai orang datang dan orang2 Inggeris telah mengajak orang2 China itu ka-rumah Tengku Panglima Raja (Raja Berkat). Kemudian daripada itu orang2 perempuan telah menjerit-jerit hingar-bangar bunyi-nya. Orang2 pasokan perang yang menjaga kota telah menchapai senjata2 masing2. Orang2 Inggeris itu telah lari ka-perahu-nya, tetapi orang2 Melayu tiada-lah menyerang orang2 Inggeris itu. Pada masa itu saya sedang sakit, tetapi semua hal itu kedengaran oleh saya. Orang2 Inggeris itu tiada-lah mengikut saperti surat perjanjian dan tiada pula mereka itu membawa surat daripada Gabenor atau Sultan. Pada masa saya sedang menchari perompak2 China itu dan hendak saya hantarkan ka-Pulau Pinang, maka orang2 Inggeris pun datang lalu di-tangkap mereka Saiyid Mashhor dan di-chuba mereka hendak menangkap Raja Mahmud dan saya — di-pegang-nya lengan baju saya. Pada masa itu sa-orang daripada orang2 saya telah menendangkan orang Inggeris yang menangkap saya itu, dia pun rebah ka-tanah. Orang2 Inggeris itu pun menembak; empat orang, orang saya yang mati di-bunoh-nya dan lima orang luka. Lepas itu orang2 Inggeris pun membedil kota. Dalam serangan itu banyak orang2 93 SEJARAH SELANGOR saya yang laki2 mati terbunoh dan perempuan2 luka serta harta- benda di-bakar oleh orang2 Inggeris itu. Pada masa itu Tengku Kudin musoh saya itu datang-lah ka-Kuala Selangor. Oleh serangan itu saya telah menanggong kerugian sa-banyak $25,000/- dan saya sendiri pun lari masok hutan; perempuan2 dan anak2 saya tiada dapat makan.” Lepas Kuala Selangor di-tembak dengan meriam dan di-bakar oleh orang2 Inggeris, Raja Mahdi dan pengikut2-nya keluar meninggalkan tempat itu menuju ka-tempat tujuan masing2. Raja Mahdi undor ka-Tanjong Karang, ka-Sungai Buloh lalu ka-Bernam. Dari Bernam Raja Mahdi pergi ka-Bengkalis di- Sumatera, dan di-sana beliau bersiap pula dengan tujuan hendak menyerang ka-Selangor saperti yang akan di-cheritakan lagi. Raja Mahmud anak Raja Berkat undor ka-Ulu Selangor, kemudian ka-Kuala Lumpur lalu ka-Sungai Ujong. Saiyid Mashhor telah pergi melindongkan diri kapada Raja Bendahara Ismail di-negeri Perak; tetapi tiada lama di-Perak beliau pun balek ka-Ulu Selangor mengumpulkan orang2-nya lagi hendak menyerang ka-Kuala Lumpur. Pada masa itu hanya Saiyid Mashhor sahaja- lah di-antara pengikut2 Raja Mahdi yang ada di-negeri Selangor menentang Tengku Kudin dan sekutu2-nya yang suka berbaik-baik dengan orang2 Inggeris itu. Raja Musa putera Sultan Abdul Samad memang telah meninggalkan Kuala Selangor lepas Inggeris mula datang ka-Kuala Selangor menchari perompak2 China dahulu, Tiada lama lepas Raja Mahdi dan kawan2-nya itu meninggalkan Kuala Selangor, Tengku Kudin di-Kelang pun menghantarkan orang2-nya pergi mendudoki Kuala Selangor, ia-itu mata2 Benggali Sikhs sa-ramai 100 orang di-bawah ketuaan sa-orang orang-puteh yang telah masok Islam bernama Pennefather, dan orang2 Melayu sa-ramai lebeh kurang 50 orang di-bawah ketuaan Tengku Chik dan Shaikh Muhammad Taib Minangkabau. Apabila orang2 Tengku Kudin itu sampai ka-Kuala Selangor di-dapati mereka kedua-dua buah kota yang ada di-situ tiada di-diami orang, dan mula-lah mereka membaiki dan mendudoki kota2 itu. Sejak itu Kuala Selangor pun masok ka-dalam perentah Tengku Kudin di-Kelang. Dua minggu lepas peristiwa Rinaldo menembak Kuala Selangor itu, Kerajaan Inggeris di-Singapura telah menghantarkan suatu 94 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) rombongan pergi ka-Selangor di-ketuakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri2 Selat yang bernama J.W.W. Birch, dan sa-orang pegawai bernama C.J. Irving turut sama pergi. Rombongan itu pergi dengan kapal Pluto dan di-ikuti juga oleh kapal perang H.MSS.,“‘Teazer”’. Pada 18 haribulan Julai tahun 1871 rombongan itu telah sampai ka- Kuala Selangor. Di-dapati mereka kota2 di-Kuala Selangor itu telah di-diami oleh orang2 Tengku Kudin, tetapi pekan Kuala Selangor sunyi-senyap sahaja. Tengku Kudin dengan pembantu-nya Saiyid Zain dengan kapal Tengku Kudin yang bernama Pelangi telah datang menemui Birch. Mereka telah di-bawa oleh Birch naik ka- kapal perang Teazer. Pada 20 haribulan Julai (1871) Birch, Irving dan Tengku Kudin telah memudeki Sungai Kelang langsong Birch melawat ka-kota Tengku Kudin di-Kelang yang di-jaga oleh Raja Ismail dan Raja Abdul Rahman (putera2 almarhum Raja Abdullah bin Raja Ja‘afar). Esok-nya, pada 21 haribulan Julai (1871) rom- bongan orang2 Inggeris itu, bersama-sama dengan Tengku Kudin, telah sampai ka-Jugra, Birch dan pengiring2-nya serta Tengku Kudin telah mengadap Sultan Abdul Samad di-balai penghadapan Istana Jugra. Raja Ya‘akub putera baginda ada hadhir sama. Pada masa itu kapal perang Teazer telah di-labohkan di-kuala Sungai Jugra dan meriam2 di-kapal itu telah siap di-halakan ka-istana Sultan Abdul Samad. ¢ Sa-telah di-bachakan surat daripada Gabenor di-Singapura yang di-alamatkan kapada Sultan Abdul Samad, rundingan pun di- mulakan. J.W.W. Birch telah meminta supaya baginda menguatkan balek surat kuasa yang telah baginda beri kerana mengangkat Tengku Kudin jadi Wakil Yamtuan pada tahun 1868 dahulu, ke- rana ada berita-nya Raja Mahdi mengatakan surat kuasa itu surat palsu. Sultan Abdul Samad telah menegaskan kapada Birch bahawa surat itu tidak palsu. Dalam pada itu Birch telah menanyakan kapada baginda sama ada baginda mahu atau tidak menguatkan balek surat kuasa itu. Dalam baginda teragak-agak hendak men- jawab, Birch telah memberi tempoh kapada baginda, supaya baginda memberikan jawapan baginda hingga pukul lima petang esok-nya. Lepas itu rombongan Birch itu pun balek sa-mula ka- kapal méreka. Pagi2 esok-nya, Birch telah mengutus surat kapada Sultan Abdul Samad menegaskan lagi permintaan-nya semalam, dan meminta pula baginda menyerahkan perompak2 dan ketua2 yang membantu 95 SEJARAH SELANGOR perompak2 itu; -sa-telah itu baharu-lah “di-lantek sa-orang yang boleh di-perchayai oleh pemerentah Inggeris menjadi Wakil Baginda mentadbirkan segala hal ehwal dalam negeri Selangor yang terletak di-antara negeri Melaka sengan negeri Perak itu.” Sa-telah mendengar bunyi surat itu, Raja Ya‘akub yang diam di- istana itu pun heboh pula mengatakan: jika permintaan Birch itu tidak di-sempurnakan, tentu-lah ia akan mengambil semua timah yang ada di-tempat ini dan akan meminta wang ganti-rugi pula! Pada pukul 3.00 petang itu Birch telah menerima dua jawapan daripada Sultan Abdul Samad; jawapan yang pertama: baginda mengutok dan mengatakan Raja Mahdi, Raja Mahmud dan Saiyid Mashhor itu benar2-lah orang jahat yang menjahanamkan negeri baginda, dan orang2 baginda akan menolong menangkap mereka itu jika di-jumpai. Jawapan yang satu lagi: baginda telah menchadang- kan supaya Perwakilan Baginda sa-bagai Wakil Yamtuan itu di-serahkan kapada sa-buah badan yang mengandongi ahli2-nya Tengku Kudin, Raja Bot dan Raja Yahya (kedua yang akhir ini ia-lah putera2 almarhum Raja Juma‘at Lukut). Apabila Birch ber- tanyakan kapada Tengku Kudin mengenai chadangan baginda itu, dengan serta-merta Tengku Kudin menyatakan kapada Birch cha: dangan itu tidak menasabah, ta’ dapat di-jalankan. Petang itu juga, Birch dan pengiring2-nya serta Tengku Kudin juga, datang lagi berunding ka-istana Sultan Abdul Samad. Keputusan rundingan pada 22 haribulan Julai (1871) itu: Sultan Abdul Samad telah ber- setuju mengesahkan sa-mula perlantekan Tengku Kudin jadi Wakil ‘Yamtuan bagi seluroh negeri Selangor, dan surat kuasa perlantekan itu yang telah di-chap dengan mohor baginda dan di-saksikan oleh dua orang orang-puteh pegawai2 Kerajaan Negeri2 Selat itu (Birch dan Irving) telah di-berikan kapada Tengku Kudin. Pada masa rundingan itu di-jalankan, Tengku Kudin dudok diam sahaja dan tiada-lah terbayang pada ayer muka-nya tanda suka atau putus harap kapada perkara yang di-rundingkan itu. Pada masa Birch hendak balek ka-Singapura ia telah mengakukan ka- pada Tengku Kudin bahawa Kerajaan Inggeris akan memberi sa- penoh2 pertolongan kapada Tengku Kudin dalam pekerjaan-nya hendak mengamankan Selangor. Esok-nya, pada 23 haribulan Julai (1871) Birch dan rombongan- nya itu pun bertolak meninggalkan negeri Selangor dengan kapal Pluto. Kapal perang Teazer di-tinggalkan berjaga-jaga di-pantai 96 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) laut negeri Selangor. Sa-telah mengambil beberapa orang perompak yang telah tertangkap di-Melaka, Birch pun pulang dan sampai balek ka-Singapura pada 23 haribulan Julai, 1871. Sejak Tengku Kudin menerima surat akuan daripada Sultan Abdul Samad di-Istana Jugra dan juga menerima pengakuan dari- pada J.W.W. Birch akan pertolongan Kerajaan Inggeris kapada- nya, pada zahir-nya, daerah2 di-sabelah pantai laut Selangor — dari Kuala Selangor hingga ka-Jugra — semua-nya masok ka- bawah kuasa Tengku Kudin. Kuala Lumpur dan daerah2 di- sekitar-nya di-bawah kuasa sekutu Tengku Kudin di-sana pula, ia-itu Kapitan Yap Ah Loy dan sekutu2-nya Raja Asal dan Sutan Puasa. Tengku Kudin telah berazam hendak membanyakkan lagi pegawai2 orang-puteh dan askar2 bangsa asing bekerja di-bawah- nya bagi menegakkan kuasa-nya di-negeri Selangor supaya ia dapat memungut chukai2 hasil negeri dan menjalankan pemerentahan- nya di-daerah2 yang di-kuasai-nya. Kira2 dalam bulan Ogos tahun 1871 Tengku Kudin telah me- letakkan 80 orang askar2 Sepahi di-Kuala Lumpur di-bawah ke- tuaan dua orang pegawai2 bangsa Eropah; sa-orang bernama van Hagen (orang Belanda) dan sa-orang lagi bernama Cavaliero (orang Itali) serta penolong2 mereka beberapa orang lagi pegawai2 rendah daripada bangsa Eropah dan peranakan Eropah. Pada masa itu, sa-bagai yang telah di-ketahui, Saiyid Mashhor sedang bersiap dan mengumpulkan orang2-nya di-Ulu Selangor dengan tujuan hendak menyerang Kuala Lumpur. Orang2 Kapitan Yap Ah Loy yang di-ketuakan oleh Chung Piang maseh ada ber- tunggu dekat Rawang sejak mereka mengalahkan Saiyid Mashhor dan Chong Chong dahulu. Pada masa itu-lah Tengku Kudin Wakil Yamtuan dengan Kapitan Yap Ah Loy telah mengambil keputusan hendak mengalahkan Saiyid Mashhor sa-belum persiapan-nya di- Ulu Selangor itu kuat dan berbahaya. Pada akhir bulan Ogos tahun 1871 Tengku Kudin dan Kapitan Yap Ah Loy dari Kuala Lumpur, masing2 telah menghantarkan askar2 mereka berjumlah semua- nya lebeh kurang sa-ribu orang pergi ka-Rawang membantu Chung Piang dengan tugas hendak mengalahkan pasokan Saiyid Mashhor yang telah berkubu membuat tempat pertahanan-nya di-Kuala Kubu (Kuala Kubu Lama). Askar2 Tengku Kudin yang pergi itu di-ketuakan oleh Imam Perang Haji Husain, Dato’ Dagang dan Imam Perang Muhammad Akil. Sa-lain daripada itu, di-Ulu 97 SEJARAH SELANGOR Selangor telah sedia ada orang2 Tengku Kudin di-bawah ketuaan Wan Aman Pahang (Engku Wan Abdul Rahman) yang telah di- angkat oleh Tengku Kudin memerentah suatu tempat di-Ulu Selangor itu. Apabila sampai askar2 bantuan dari Kuala Lumpur itu, Chung Piang telah membawa semua askar2 itu pindah dan berkubu pula pada suatu tempat dekat Ulu Yam lebeh kurang 8 batu lagi daripada tempat pertahanan Saiyid Mashhor di-Kuala Kubu. Chung Piang dengan di-bantu oleh panglima2 perang Tengku Kudin itu telah menyerang pasokan Saiyid Mashhor yang ber- tahan di-Kuala Kubu. Serangan itu telah di-buat beberapa kali; tetapi tiada juga mereka dapat menembusi kubu pertahanan Saiyid Mashhor itu. Askar2 pehak Tengku Kudin dan Yap Ah Loy pun dudok-lah berkumpul-kumpul di-tempat perkubuan mereka dekat Ulu Yam dan juga di-tempat2 antara Ulu Yam dengan Rawang. Di-beritakan bahawa kubu pertahanan Saiyid Mashhor di-Kuala Kubu itu chukup kuat pertahanan-nya. Sejak itu sentiasa-lah Chung Piang berusaha supaya Saiyid Mashhor mahu membawa orang2-nya keluar dari kubu mereka dan berperang dengan askar2 Chung Piang dan askar2 Tengku Kudin di-tempat terbuka, kerana itu-lah jalan yang di-fikirkan oleh Chung Piang boleh mengalahkan pasokan Saiyid Mashhor itu. Tetapi Saiyid Mashhor tidak pula mahu membawa orang2- nya keiuar dan tetap juga mereka bertahan di-kubu mereka itu. Sa-telah tiga bulan lama-nya bernanti-nantian saperti itu, dalam bulan November tahun itu juga (1871), pasokan Chung Piang dan orang2 Tengku Kudin itu telah kekurangan barang2 makanan, dan berharap akan dapat bantuan makanan dan askar2 lagi dari Kuala Lumpur. Demikian jua pehak Wan Aman di-Ulu Selangor itu pun, saperti pehak Chung Piang juga, telah kekurangan makanan pula. Tengku Kudin telah menghantarkan makanan dan lain2 barang juga kapada Wan Aman di-Ulu Selangor dan barang2 itu di-bawa oleh suatu pasokan yang di-serahkan kapada ketuaan Raja Kahar putera Sultan Abdul Samad. Tetapi apabila sampai di-Ulu Selangor, Raja Kahar telah belot lalu makanan dan barang2 kiriman Tengku Kudin yang di-bawa-nya itu di-berikan-nya kapada Saiyid Mashhor pula. Pada masa itu-lah juga (bulan November, 1871) Saiyid Mashhor telah dapat menangkap Wan 98 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Aman (Engku Wan Abdul Rahman) dan telah mengurong-nya beberapa lama. _ Apabila berita orang2 Chung Piang di-Ulu Yam keputusan makanan itu sampai kapada Yap Ah Loy, dia pun menyuroh Raja Asal dan Sutan Puasa membawa bantuan makanan dan askar2 pergi ka-Ulu Yam menolong pasokan Chung Piang. Sunggoh pun kedua mereka itu telah bertolak menuju ka-Ulu ~ Yam, tetapi Raja Asal ta’ berapa suka menjalankan kerja itu, kerana hati-nya telah tersinggong di-buat oleh Yap Ah Loy berhubong dengan suatu perkara chukai yang di-bawah jagaan Raja Asal, dan hal keretakan antara Raja Asal dengan Yap Ah Loy itu telah di-ketahui juga oleh Saiyid Mashhor. Saiyid Mashhor menggunakan peluang itu. Saiyid Mashhor telah mengirim surat berserta dengan tiga orang yang petah berchakap pergi menemui dan memujok Raja Asal supaya menyebelahi Saiyid Mashhor. Akhir-nya Raja Asal telah berpaling tadah menyebelahi Saiyid Mashhor. Askar2 dan barang2 yang di-bawa oleh Saiyid Mashhor itu telah di-kelenchongkan-nya di-bawa-nya menghilir Sungai Sela- ngor pergi ka-Kuala Selangor lalu ka-Kelang, dan di-sana Raja Asal telah bersatu dengan Raja Laut putera almarhum Sultan Muhammad (bapa saudara Raja Mahdi) mengumpulkan orang2 mereka pula menentang pehak Tengku Kudin dan Kapitan Yap Ah Loy. Tetapi hal itu belum-lah di-ketahui oleh Yap Ah Loy sa- hingga Raja Asal dan Raja Laut datang mengepong Kuala Lumpur. saperti yang akan di-cheritakan. _ Kira2 dalam bulan Ogos tahun itu juga (1871), Raja Musa putera Sultan Abdul Samad telah datang balek diam di-Kuala Selangor. Pada bulan hadapan-nya, pada 10 haribulan September (1871), Tengku Kudin telah datang ka-Kuala Selangor dalam Jawatan-nya ka-daerah2 yang di-kuasai-nya, dan di-dapati-nya Raja Musa telah membangunkan sa-buah kota di-tempat yang bernama Permatang. Kota itu akan di-gunakan-nya bagi tempat berlindong dan melawan serangan dari pehak Raja Mahdi dan kawan2-nya Saiyid Mashhor dan Raja Mahmud. Pada masa itu Tengku Kudin telah memberi kuasa kapada Raja Musa memungut segala chukai2 hasil di-Sungai Selangor dengan sharat hendak-lah Raja Musa menanggong segala bayaran kechil2 berkenaan dengan pemerentahan di-tempat itu. Raja Musa telah mengatakan kapada Tengku Kudin bahawa ayah-nya Sultan Abdul Samad telah 99 SEJARAH SELANGOR memberikan daerah Kuala Selangor itu ka-dalam perentah-nya. Oleh sebab itu Raja Musa telah meminta pula kapada Tengku Kudin membayar segala ganti-rugi kerosakan di-daerah itu di-sebabkan oleh serangan orang2 Inggeris dahulu. Tengku Kudin telah mengirim surat kapada Gabenor di-Singa- pura mengatakan ia terpaksa menggantikan Raja Musa dengan adek-nya (adek Raja Musa) Raja Ya‘akub yang lebeh berani dan di-perchayai itu, dan Tengku Kudin meminta juga kapada Gabenor itu menghantarkan sa-orang pegawai orang puteh bagi mengatorkan segala perkara di-antara-nya dengan raja2 di- Selangor, kerana dengan berbuat bagitu Tengku Kudin perchaya tiada akan berbangkit apa2 pergadohan. Pada 20 haribulan November tahun 1871, Pennefather ketua yang menjaga askar2 di-Kota Kuala Selangor itu telah menghantar aduan kapada Tengku Kudin mengatakan Raja Musa telah mengambil semua chukai2 timah yang di-bawa keluar ikut Kuala Selangor. Tengku Kudin telah mengatakan kapada Raja Musa beberapa sharat yang mesti di-turut-nya jika ia hendak meme- rentah di-Kuala Selangor. Tetapi Raja Musa tiada mahu menurut sharat2 yang di-katakan oleh Tengku Kudin. Tengku Kudin telah meminta kapada Sultan Abdul Samad supaya memberhentikan Raja Musa jadi pemerentah di-Kuala Selangor, dan permintaan Tengku Kudin itu telah di-turuti baginda, lalu baginda member- hentikan Raja Musa memerentah Kuala Selangor, dan di-gantikan oleh Raja Ya‘akub adek Raja Musa. Raja Ya‘akub yang telah di-tugaskan memerentah Kuala Sélangor itu pun tidak juga suka kapada Tengku Kudin. Kebenchian putera2 Sultan Abdul Samad terhadap Tengku Kudin itu, telah menggalakkan lagi musoh2 Tengku Kudin hendak menjatohkan-nya. Dalam bulan Disember tahun itu juga (1871) Tengku Kudin telah mengutus Wan Da, adek Wan Aman, pergi ka-Pahang membawa sa-puchok surat hendak di-sampaikan Kapada Benda- hara Wan Ahmad di-Pahang, kerana Tengku Kudin minta bantu kapada Bendahara itu hendak mengalahkan orang2 yang melawan- nya di-Selangor. Apabila Wan Da sampai ka-Pahang, ia telah berdamai dengan bapa saudara-nya Bendahara Wan Ahmad yang di-lawan-nya dahulu, lalu menyampaikan surat Tengku Kudin itu. Bendahara Wan Ahmad bersetuju hendak membantu Tengku Kudin melawan musoh2-nya, kerana Bendahara itu pun 100 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) memang marah kapada Raja Mahdi yang telah membantu pehak yang melawan-nya di-Pahang dahulu; tambahan pula baharu2 ini Saiyid Mashhor pula telah menangkap dan menyeksa anak saudara-nya Wan Aman di-Ulu Selangor. Tetapi bantuan yang akan di-beri-nya itu hendak-lah di-persetujui dahulu oleh Gabenor di-Singapura. Kira2 empat bulan lepas itu baharu-lah surat Tengku Kudin itu di-jawab oleh Bendahara Wan Ahmad. (Lihat kesah dalam bulan April tahun 1872). 1872. Sa-telah selesai menghabiskan chuti-nya di-England, pada awal tahun 1872, Sir Harry Ord, Gabenor Negeri2 Selat telah balek sa-mula ka-Singapura memegang jawatan-nya. Kolonel Anson yang memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kerajaan di-Singapura selama Gabenor itu berchuti, balek sa-mula ka- Pulau Pinang memegang jawatan-nya di-situ. Pada awal tahun 1872 itu juga, Raja Mahdi yang telah pergi ka- Bengkalis itu, telah melengkapkan angkatan perang mengandongi empat buah kapal2 kechil lengkap dengan senjata dan peluru2-nya di-pulau itu. Orang2-nya telah di-kumpulkan-nya dan di-lateh-nya, dan di-minta-nya pertolongan daripada raja2 di-negeri Siak, serta di-hebahkan-nya pula dia telah dapat pertolongan daripada Dato’ Kelana Sungai Ujong dan Maharaja Johor (Maharaja Abu Bakar). Ada sa-buah kapal warna puteh yang di-punyai oleh Raja Mahdi, konon-nya di-kurniakan oleh Maharaja Johor kapada-nya. Hal Raja Mahdi bersiap di-Bengkalis itu telah sampai berita- nya kapada Tengku Kudin di-Selangor. Tengku Kudin telah meng- hantarkan Saiyid Zain bin Saiyid Puteh Al-Habshi pergi ka- Singapura mengadukan hal itu kapada Kerajaan Inggeris. Dari Singapura pergi pula Saiyid Zain berjumpa pehak berkuasa Be- Janda di-Pulau Bengkalis dengan membawa sa-puchok surat dari- pada Kerajaan Inggeris di-Singapura. Apabila ketua orang Belanda di-Pulau Bengkalis menerima surat daripada Kerajaan Inggeris itu, Jalu di-rampas-nya kapal2, wang dan peluru2’ Raja Mahdi yang telah di-kumpulkan itu. (Lihat kesah dalam bulan Mei tahun 1872). Dalam bulan April tahun 1872 itu juga, C.J. Irving, Juru Odit Agong Kerajaan Inggeris di-Singapura yang telah di-perentahkan 101 SEJARAH SELANGOR oleh Gabenor Harry Ord melawat ka-beberapa buah tempat di- bahagian barat Semenanjong Tanah Melayu dengan kapal Pluto, telah sampai ka-Kuala Kelang pada 20 haribulan April tahun 1872. Dalam rombongan Irving itu turut juga sama Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munshi jadi jurubahasa di-pinjamkan oleh Maharaja Johor. Dalam buku karangan-nya yang bernama Kesah Pelayaran Muhammad Ibrahim, beliau telah menuliskan hal2 di-negeri Selangor saperti yang telah di-lihat dan di-dengar-nya sendiri. Di-antara-nya ia-lah saperti yang di-kutip di-bawah ini. Kapal Pluto yang membawa CJ. Irving dan rombongan-nya itu telah berlaboh di-pelabohan Kelang. Di-situ banyak perahu2 sedang berlaboh dan ada sa-buah kapal bernama Telegraph; kapal ini di-gunakan oleh Tengku Kudin membawa timah yang di- hantarkan kapada Baba Tek Yee di-Melaka. Daripada baba itu-lah Tengku Kudin menerima wang, beras dan sa-bagai-nya dalam pekerjaan-nya memerentah Kelang. Sa-belum naik ka-darat, Irving telah di-temui oleh sa-orang bangsa Peranchis yang bekerja jadi kepala perang Tengku Kudin, nama-nya de Fontaine; ia memakai pakaian berbenang emas dan memakai pedang; orang-nya tampan, maseh muda, tiada berjanggut tetapi bermisai. Pegawai Tengku Kudin yang bernama Saiyid Zain itu datang juga menemui Irving menentukan masa-nya Irving hendak naik ka-darat, ka-bandar Kelang. Saiyid Zain itu berasal dari Pulau Pinang, chakap-nya gagap2 sadikit. Irving dan pengiring2-nya telah naik ka-darat di-pangkalan dekat sa-buah bukit yang ada kubu (Kota) di-atas-nya; tempat itu nama- nya Pangkalan Batu. Askar2 Sepahi yang di-ketuakan oleh dua tiga orang puteh telah berbaris menyambut dan memberi hormat kapada Irving; askar2 itu tiada berapa pandai dan chekap berbaris. Irving telah di-sambut oleh Tengku Kudin di-pintu kota-nya di-Pangkalan Batu. Dalam perchakapan2 di-antara Tengku Kudin dengan C.J. Irving di-Kelang itu, mereka telah menchakapkan: Saiyid Mashhor dan Raja Kahar putera Sultan Abdul Samad ada di-Ulu Selangor. Raja Mahdi ada di-Siak dan telah di-tangkap oleh Belanda. Sungai - Bernam jadi sempadan di-antara negeri Perak dengan negeri Selangor. Chukai2 timah yang di-bawah hilir di-Sungai Bernam itu di-ambil oleh sa-orang raja yang diam di-Bernama bernama Raja Hitam. Raja Musa putera Sultan Abdul Samad yang diam di-Kuala 102 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Selangor, menyebelahi Saiyid Mashhor dan adek-nya Raja Kahar, dan memberi makanan serta peluru kapada mereka yang di-bawa dari Kuala Selangor. Raja Ya‘akub putera Sultan Abdul Samad, saudara sa-ibu sa-bapa dengan isteri Tengku Kudin, maseh me- nyebelahi Tengku Kudin, dan Tengku Kudin menyerahkan Kuala Selangor kapada jagaan-nya. Tetapi Raja Ya‘akub tiada pula me- larang apa2 perbuatan Raja Musa, kerana Raja Musa itu abang- nya. Irving telah menchadangkan kapada Tengku Kudin supaya Raja Ya‘akub yang di-dapati lemah pemerentahan-nya itu, di-gantikan dengan orang lain yang boleh memerentah dengan keras. Irving mengatakan: oleh sebab kelemahan memerentah itu-lah, masa Raja Musa dahulu, Kuala Selangor telah di-ambil oleh Raja Mahdi, Tengku Kudin telah menyatakan pula kapada Irving: dia sendiri suka hendak pergi menjaga Kuala Selangor; tetapi dia tidak suka diam di-Kuala Selangor, kerana di-situ banyak penyakit de- mam; kalau dia pergi pun ka-sana, dia akan membuat tempat ke- diaman ka-hulu sadikit daripada Kuala Selangor, Irving menjawab mengatakan lagi: dia tidak suka Tengku Kudin pergi diam ka- Kuala Selangor, kerana kalau Tengku Kudin meninggal dunia, tentu semua ranchangan akan rosak. Pada masa itu juga Tengku Kudin telah meminta Irving menga- takan kapada Sultan Abdul Samad di-Langat: biar-lah semua daerah dalam perentah Selangor di-jaga oleh Tengku Kudin; se- mua hasil negeri di-pungut oleh Tengku Kudin; lepas di-tolak belanja2-nya, lebeh-nya di-serahkan kapada Sultan Abdul Samad atau kapada siapa2 yang di-kehendaki baginda. Tengku Kudin mengatakan juga kapada Irving: putera2 Sultan Abdul Samad yang di-Langat itu dudok dengan malas dan lalai serta berchampor dengan raja2 yang menghisap chandu dan orang2 jahat, dan akan menerbitkan kesusahan dan pergadohan lagi, kerana mereka men- dengar dan memperchayai khabar yang bukan2 dan akal mereka pun akan jabat juga. Dalam pada itu Tengku Kudin mengingatkan pula: jika Irving menchakapkan hal itu kapada Sultan Abdul Samad, jangan-lah di-katakan dia yang berchakap bagitu, melain- kan katakan perkataan itu terbit daripada fikiran Irving sendiri. Irving telah mengaku tidak akan mengatakan perkataan itu daripada kata2 Tengku Kudin, melainkan akan di-katakan-nya terbit dari- pada pendapat Kerajaan Inggeris atau daripada Irving sendiri. 103 SEJARAH SELANGOR Daripada perchakapan2 di-antara mereka itu juga di-ketahui-lah bahawa hutang Tengku Kudin kapada Baba Tek Yee di-Melaka maseh ada sa-banyak lebeh kurang $70,000/-; kira2 hutang Tengku Kudin itu semua-nya dalam jagaan Saiyid Zain. Chukai yang di- dapati oleh Tengku Kudin di-Kelang masa itu lebeh kurang $30,000/- sa-bulan. Kota (kubu) yang di-atas bukit Pangkalan Batu itu asal-nya kota Raja Abdullah adek Raja Juma‘at Lukut; kemudian di-ambil oleh Raja Mahdi, dan sekarang di-punyai oleh Tengku Kudin. Kota itu empat persegi, panjang-nya lebeh kurang 300 kaki. Kota itu banyak yang telah rosak dan sekarang sedang di-baiki; sa-keliling kota itu banyak rumah2 atap kechil2 berderet-deret tempat askar2 Sepahi dan ketua2-nya. Dalam kota itu ada rumah atap dan di-situ-lah pejabat2 bagi kaki-tangan Tengku Kudin, dan di-situ juga pejabat Raja Ismail putera Raja Abdullah. Di-tengah2 kota itu ada sa-buah rumah atap besar berdinding papan, di-situ-lah tempat kediaman Tengku Kudin dengan anak isteri-nya. Di-rumah Tengku Kudin itu ada di-pelihara dua ekor anjing besar; apabila anjing itu di-lepaskan datang-lah ia menjilat- jilat dan menchium-chium Tengku Kudin. Dalam rumah Tengku Kudin itu ada pula di-sediakan minuman keras; Irving dan pengiring2-nya telah di-jamu oleh Tengku Kudin minum sa-jenis minuman keras yang di-sebut cherry. Dalam kota itu ada tempat ubat bedil di-galikan dalam tanah dan di-ikat dengan batu, dan ada sa-batang tiang bendera yang mengibarkan bendera Yamtuan (Sultan) Selangor; bendara itu ia-lah “bergenggang- genggang puteh-merah dan ada satu bintang puteh di-tengkok- nya”; dan dalam kota itu ada beberapa puchok meriam besi dan sa-puchok meriam tembaga. Di-Kelang itu Tengku Kudin ada menyimpan pasokan askar yang terdiri daripada orang2 Sepahi dan Melayu di-bawah jagaan beberapa orang pegawai orang puteh; keadaan askar2 itu kurus2 belaka; pakaian mereka, baik yang berpangkat atau tidak, ikut suka hati mereka sahaja, ada yang bersarong ada yang berseluar, ada yang berbaju ada yang tidak, berselekeh dan kotor2 belaka. Dalam bandar Kelang itu banyak rumah2 atap yang baharu di-dirikan, berderet-deret kiri kanan jalan; rumah2 yang berderet- deret itu ia-lah kedai2 China dan kedai2 orang Melayu. Di-antara rumah2 itu banyak yang di-sewakan dan sewa-nya mahal2 pula, 104 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) ia-itu tiap2 sa-buah rumah sewa-nya dari tiga sampai enam ringgit sa-bulan. Banyak-nya rumah2 dalam bandar Kelang masa itu lebeh kurang 400 buah. Ada beberapa batang jalan yang baharu di-buat dan ada simpang2 pula. Sa-batang jalan yang lurus dari kota tadi sampai ka-bandar nama-nya China Street. Di-hujong jalan ini-lah ada sa-buah setesen dan jambatan. Masjid belum ada melainkan surau atap lama yang belum di-baiki. Ada juga jel (penjara), balai polis dan rumah sakit, -semua-nya rumah atap. Ada sa-buah pejabat yang agak besar ia-itu sa-buah rumah limas atap genting, dinding-nya sa-kerat ka-bawah batu dan sa-kerat papan; rumah ini rumah lama yang baharu di-baiki; tingkat sa-belah atas bagi pejabat2, dan tingkat sa-belah bawah bagi tempat menyimpan timah2 chukai; rumah ini di-atas dan di-bawah kotor dan atoran-nya tiada berketentuan, penoh dengan bekas2 ludah sireh berselekeh. Nama2 jalan dalam bandar Kelang itu dalam bahasa Inggeris ia-itu: King Street, Beach Street. Market Street, Wharf Street, China Street, Chulia Street, Hospital Street dan Mosque Street — ini-lah sahaja jalan2 yang sudah ada dalam bandar Kelang masa itu, dan ada lagi yang sedang di-buat. Orang2 banduan ada sa-ramai enam belas orang bekerja di-jalan2. Keramaian orang dalam bandar Kelang itu lebeh kurang 3,000 orang ia-itu orang2 Melayu, Arab, China, orang puteh, orang India Islam, orang Hindu, Benggali dan lain2. Perempuan2 dan kanak2 tiada kelihatan berjalan-jalan dalam bandar. Dalam bandar itu ada lebeh kurang 90 buah kereta Jembu; Kereta kuda belum ada. Tidak ada kebun atau dusun: di-sakitar bandar itu hutan rimba belaka. Di-seberang bandar Kelang itu ada orang bertanam pisang, tebu dan sayor-sayoran; sawah padi tidak ada. Barang2 makanan orang2 Kelang itu terutama di-bawa dari Melaka. Demikan-lah pandangan di- bandar Kelang dalam bulan April tahun 1872 saperti yang di-nyatakan dalam buku karangan Muhammad Ibrahim Munshi. C.J. Irving dan rombongan-nya telah pergi ka-Langat (Bandar Termasa) berjumpa Sultan Abdul Samad dan kedatangan Irving itu telah di-terima dengan baik oleh baginda. Irving telah men- desak Sultan Abdul Samad supaya baginda memberikan kapada- nya sa-puchok surat daripada baginda sendiri menyuroh Raja Musa dan Raja Ya‘akub yang ada di-Kuala Selangor dengan segera balek ka-Langat. Sa-telah Irving menerima surat daripada 105 SEJARAH SELANGOR Sultan Abdul Samad itu, ia pun membawa surat itu pergi ka- Kuala Selangor. Dalam pelayaran hendak ka-Kuala Selangor itu kapal Pluto telah singgah ka-Kuala Kelang dan berhenti di-situ. beberapa jam lama-nya. Tengku Kudin dan Saiyid Zain telah datang ka-kapal itu menemui Irving. Dalam perchakapan2 Tengku Kudin di-kapal itu, di-perkatakan juga oleh Tengku Kudin: Wan Aman Pahang telah di-letakkan-nya memerentah sa-buah sungai di-Ulu Selangor, dan Wan Aman itu ada sa-orang keperchayaan-nya bernama Sutan Bangkulu (Bangkahulu). Kubu Wan Aman di-Ulu Selangor itu telah di-langgar oleh Saiyid Mashhor. Oleh sebab Sutan Bangkulu itu belot, Wan Aman pun dapat di-tangkap oleh Saiyid Mashhor, di-seksa-nya, di-beri-nya makan bubor sahaja, tidak di-beri-nya makan nasi. Irving telah bertolak dengan Pluto menuju ka-Kuala Selangor dengan menunda dua buah tongkang bermuat orang2 Tengku Kudin yang hendak di-bawa ka-Kuala Selangor; de Fontaine ikut sama pergi. Irving sampai ka-Kuala Selangor pada 22 haribulan Aprile tahun 1872. Pada masa berlaboh di-Kuala Selangor itu. Raja Ya‘akub telah datang ka-kapal Pluto berjumpa Irving; tetapi Raja Musa tidak mahu datang berjumpa pegawai Inggeris itu. Pada masa di-kapal Pluto itu-lah Irving telah memberikan_-surat Sultan Abdul Samad yang memanggil Raja Musa dan Raja Ya‘akub balek ka-Langat itu kapada Raja Ya‘akub, dan Irving telah memaksa Raja Ya‘akub memberi sa-puchok surat yang di-tanda-tangani oleh Raja Ya‘akub sendiri menyatakan Raja Ya‘akub menyerahkan Kuala Selangor kapada de Fontaine saperti yang di-kehendaki oleh Irving. Sa-telah selesai penyerahan itu di-buat di-atas kapal Pluto, Raja Ya‘akub pun turun balek ka-Kuala Selangor dengan rupa yang muram; dan de Fontaine pun datang dengan askar2 Sepahi-nya masok ka-kota di-Kuala Selangor mengambil aleh pemerentahan di- Kuala Selangor daripada tangan Raja Ya‘akub putera Sultan Abdul Samad. Sa-tetah itu Irving pun bertolak meneruskan pelayaran-nya ka-Pulau Pinang. Demikian-lah pandangan dan peristiwa yang telah berlaku di-negeri Selangor dalam bulan April tahun 1872 saperti yang telah di-lihat dan di-dengar sendiri oleh Muhammad Ibrahim Munshi. 106 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Dalam bulan April tahun 1872 itu juga, Wan Da yang telah di-utus oleh Tengku Kudin ka-Pahang dahulu datang balek ka-Selangor bersama-sama dengan sa-orang orang besar Pahang bernama Haji Muhammad Nur yang membawa surat jawapan daripada Bendahara Wan Ahmad Pahang hendak di-sampaikan kapada Tengku Kudin, serta sa-puchok surat lain pula untok Gabenor Negeri2 Selat di-Singapura. Apabila mereka sampai ka-Kelang, di-dapati mereka Tengku Kudin telah pergi ka-Singapura. Pada masa di-Kelang itu, Haji Muhammad Nur telah berjumpa dengan Raja Asal, dan Raja Asal yang tidak tahu hujong pangkal-nya perhubongan yang sedang berjalan di-antara Tengku Kudin dengan Bendahara Pahang itu, telah memujok Haji Muhammad Nur supaya Pahang membantu- nya dalam perjuangan-nya melawan Tengku Kudin dan sekutu2- nya. Raja Asal telah menawarkan memberi sa-chepat mungkin kapada Haji Muhammad Nur wang sa-banyak $30,000/- dan kalau dia menang, Haji Muhammad Nur akan d-beri wang belanja sa-banyak $1,000/- tiap2 bulan selama-lama-nya. Pujokan Raja Asal itu tidak mendapat apa2 layanan daripada Haji Muhammad Nur. Tiada lama di-Kelang Haji Muhammad Nur pun bertolak pergi ka-Singapura hendak ‘menemui Tengku Kudin. Apabila Haji Muhammad Nur berjumpa Tengku Kudin di-Singapura, ia pun menyampaikan surat daripada Bendahara Wan Ahmad Pahang kapada Tengku Kudin dan mencheritakan juga hal-nya berjumpa dengan Raja Asal itu. Haji Muhammad Nur dan Tengku Kudin telah berjumpa Gabenor Harry Ord merundingkan fasal bantuan Pahang yang di-minta oleh Tengku Kudin itu. Dalam surat Bendahara Pahang kapada Gabenor yang di-bawa oleh Haji Muhammad Nur itu, Bendahara Pahang minta kebenaran daripada Gabenor itu hendak menghantar angkatan perang-nya ka-Selangor membantu Tengku Kudin. Tengku Kudin minta bantuan itu ia-lah kerana ia perchaya jika Pahang tidak membantu-nya, boleh jadi dia akan di-kalahkan oleh musoh2-nya. Tiada lama lepas itu, ia-itu sa-telah menerima surat Bendahara Pahang itu. Gabenor Harry Ord pun bertolak pergi ka-Pekan (Pahang) dan di-sana Gabenor itu telah membenarkan Bendahara Wan Ahmad melaksanakan ranchangan-nya menghantarkan angkatan perang-nya ka-negeri Selangor. (Angkatan perang dari negeri Pahang itu bertolak ka-Selangor dalam bulan Ogos tahun 107 SEJARAH SELANGOR 1872). Raja Asal dengan Raja Laut yang telah berpakat di-Kelang itu, telah pergi ka-Kajang mengumpulkan orang2 dan kelengkapan mereka di-sana. Kira2 pada awal bulan Mei tahun 1872, angkatan Raja Asal dan Raja Laut dari Kajang lebeh kurang sa-ramai 2,000 orang — terutama orang2 Melayu — telah bertolak menuju arah ka-Kuala Lumpur. Angkatan Raja Asal itu telah berhenti berkumpul dan membangunkan kubu2 mereka pada suatu tempat bernama Petaling Batu kira2 tiga batu lagi hendak sampai ka-Kuala Lumpur. Tatkala angkatan Raja Asal itu bertolak dari Kajang hendak menyerang Kuala Lumpur, baharu-lah Kapitan Yap Ah Loy menerima berita fasal Raja Asal telah berpaling tadah daripada-nya dan hendak menyerang Kuala Lumpur. Pada masa itu askar2 Yap Ah Loy dan Tengku Kudin yang ada di-Kuala Lumpur hanya ada sa-ramai 200 orang ia-itu termasok-lah 80 orang askar Sepahi serta 15 atau 20 orang pegawai2 rendah-nya orang2 Eropah dan peranakan Eropah yang di-bawah ketuaan Van Hagen dan Cavaliero. Oleh sebab itu dengan segera Yap Ah Loy mengambil orang2 baharu daripada orang2 China yang bekerja di-lombong2 dan lain2 kerja jua. Dalam masa yang pendek sahaja, Yap Ah Loy telah dapat mengumpulkan orang2-nya lebeh kurang sa-ramai 2,000 orang di-jadikan askar2-nya dan semua-nya di-letakkan di-bawah ketuaan van Hagen. Tiada lama lepas itu, van Hagen telah membawa askar2-nya pergi menyerang ka-kubu Raja Asal di-Petaling Batu dengan tujuan hendak mengalahkan Raja Asal sa-belum Raja Asal dapat menguatkan kedudokan-nya di-tempat itu. Pertemporan2 dahshat telah berlaku di-antara pasokan Raja Asal dengan pasokan van Hagen tiga hari berturut-turut. Kesudahan-nya kalah pasokan van Hagen dengan menderita kemalangan2 besar; terpaksa-lah van Hagen undor balek ka-Kuala Lumpur dan tiada-lah berhasil maksud-nya hendak mengalahkan pasokan Raja Asal di-tempat- nya itu. Pertemporan dahshat itu telah berlaku pada suatu tempat kira2 sa-batu di-selatan Pudu berhampiran dengan jalan raya Kuala Lumpur — Kajang sekarang ini. Askar2 Yap Ah Loy dan Tengku Kudin yang di-kepalakan oleh van Hagen yang kira2 sa-ramai 2,000 orang itu, lebeh kurang 730 orang telah terbunoh dalam peperangan di-Petaling Batu itu. 108 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Keadaan di-Kuala Lumpur dan daerah sekitar-nya telah ber- tambah genting. Dengan segera Kapitan Yap Ah Loy menghantar utusan kapada Chung Piang dan Imam Perang Muhammad Akil di-Ulu Yam menyuroh membawa askar2 mereka di-Ulu Yam itu balek ka-Kuala Lumpur dengan sa-berapa lekas yang boleh. Pada masa askar2 Yap Ah Loy undor dari Ulu Yam hendak balek ka-Kuala Lumpur itu, tiada berapa jauh di-belakang mereka, di-ikuti pula oleh pasokan Saiyid Mashhor yang juga menuju ka-Kuala Lumpur. Ada juga Chung Piang meninggalkan pasokan2 kechil bertahan di-Rawang dan di-Kanching; tetapi pasokan2 itu telah di-kalahkan oleh pasokan2 Saiyid Mashhor yang datang dari belakang itu. Tiada berapa lama lepas itu, angkatan Saiyid Mashhor yang datang dari Ulu Selangor itu pun bersatu dengan angkatan Raja Asal dan Raja Laut lalu bersama- sama menguatkan lagi kepongan mereka ka-atas Kuala Lumpur. Pada masa ini-lah Sutan Puasa telah mengikut Raja Asal menyebelahi pehak Raja Mahdi, kerana ramai orang2 Sutan Puasa yang telah masok -ka-dalam pasokan Saiyid Mashhor; lagi pun perhubongan Sutan Puasa dengan Raja Asal lebeh rapat dari- pada perhubongan-nya dengan Yap Ah Loy; tambahan pula harus-lah telah ada pertelingkahan di-antara Sutan Puasa dengan Yap Ah Loy dalam hal perniagaan, kerana mereka memang sama2 ahli perniagaan dan masing2 ada lombong bijeh timah. Saiyid Mashhor yang telah bersatu dengan Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Puasa itu, telah melancharkan serangan ka- tempat Kapitan Yap Ah Loy, dan serangan itu telah di-lawan oleh askar2 yang di-kepalakan sendiri oleh Yap Ah Loy. Pasokan Saiyid Mashhor tidak dapat mengalahkan pasokan Yap Ah Loy. Lepas itu Saiyid Mashhor telah menghantarkan semua askar2-nya menyerang angkatan van Hagen pula; itu pun ta’ dapat juga di-kalahkan oleh Saiyid Mashhor. Lepas serangan2 yang tiada berjaya itu, dengan beransor-ansor berhenti-lah pertemporan antara kedua belah pehak yang bermusohan itu; lebeh dua bulan lama-nya tiada berlaku apa2 pertemporan; tetapi orang2 Saiyid Mashhor tetap juga menjalankan pengepongan mereka di-sake- jiling Kuala Lumpur, dan Yap Ab Loy tidak pula dapat menghalaukan mereka itu, kerana angkatan Yap Ah Loy tidak chukup kuat untok menembusi barisan pengepongan itu. (Serangan dari penak Saiyid Mashhor yang akan datang ia-lah pada awal 109 SEJARAH SELANGOR bulan Julai tahun 1872). Dalam bulan Mei tahun 1872, sa-telah Raja Mahdi dapat tahu pehak berkuasa Belanda di-Pulau Bengkalis hendak menang- kap-nya, Raja Mahdi pun meninggalkan Bengkalis pergi ka-suatu tempat di-pantai barat negeri Johor dekat Melaka menyembunyi- kan diri di-situ. Apabila Maharaja Johor dapat tahu Raja Mahdi ada di-negeri Johor, baginda pun bertanya kapada Gabenor Harry Ord di-Singapura apa patut di-buat-nya terhadap Raja Mahdi. Sa-belum memberikan apa2 jawapan kapada Maharaja Johor, Gabenor itu telah bertanyakan dahulu pendapat Thomas Braddell, Peguam Agong Kerajaan Negeri2 Selat, mengenai hal itu. Pada pendapat Braddell: nampak-nya tidak ada keterangan yang sah hendak menyalahkan Raja Mahdi. Sunggoh pun pehak Kerajaan Inggeris perchaya dia ada melakukan pekerjaan merom- pak, tetapi ta’ ada bukti-nya. Walau pun kapal Pluto di-Kuala Selangor dahulu telah di-tembak dari kubu Raja Mahdi, tetapi ta’ ada pula saksi yang boleh membuktikan bahawa Raja Mahdi ada sama hadhir di-situ masa itu. Sunggoh pun ada bukti yang boleh menunjokkan bahawa Raja Mahdi telah melawan tatkala ia hendak di-tangkap oleh Lt. Stopford di-Kuala Selangor dahulu, tetapi ada-kah penangkapan itu sah di-sisi undang2? Ada pula sa-orang hakim pehak Inggeris mengatakan: penangkapan itu tidak sah di-sisi undang2. Oleh sebab itu tidak-lah Gabenor itu menyuroh Maharaja Johor menangkap Raja Mahdi. Lagi pun kebanyakan peguam2 di-Singapura memikirkan Kerajaan Inggeris “tiada-lah patut menchampori pergadohan2 yang adil dan tiada pula merosakkan hak2 pehak yang berkechuali.”” Mengikut nasihat Gabenor Singapura, Maharaja Johor telah menawarkan kapada Raja Mahdi boleh diam di-negeri Johor dengan sharat Raja Mahdi tidak membuat apa2 kachau dan tidak mengambil apa2 bahagian dalam pergadohan di-negeri Selangor. Tawaran itu telah di-terima oleh Raja Mahdi, dan Raja Mahdi dengan pengikut2-nya sa-ramai lima enam orang telah mendiami sa-buah rumah sa-orang pegawai Maharaja Johor. Tiada lama lepas itu, sa-telah menghubongi Tengku Kudin di-Selangor mengenai hal Raja Mahdi itu, Gabenor Singapura pun menyuroh Maharaja Johor memujok Raja Mahdi supaya Raja Mahdi mahu menerima penchen daripada Tengku Kudin sa-banyak $350/- tiap2 bulan dengan sharat Raja Mahdi tidak lagi membuat apa2 tuntutan 110 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) terhadap negeri Selangor, dan tidak lagi masok champor dalam sa-barang pergadohan dan pakatan sulit menentang Kerajaan Selangor. Beberapa kali Maharaja Johor telah memujok Raja Mahdi supaya mahu menerima tawaran itu; itu pun tidak juga berjaya, Raja Mahdi tetap menolak, tiada mahu menerima tawaran itu. Ketika Raja Mahdi di-tanya apa yang hendak di-lakukan-nya kelak, Raja Mahdi hanya mengatakan dia hanya berserah kapada Allah. Sa-takat ini Gabenor Singapura itu tidak pula memikirkan supaya Raja Mahdi itu di-serahkan sahaja kapada Sultan Selangor yang di-tentang-nya itu. Maharaja Johor dan Thomas Braddell nampak-nya tidak pula menyetujui perbuatan Tengku Kudin di-Selangor itu. Sa-benar-nya Maharaja Johor lebeh suka berbaik- baik dengan Raja Mahdi yang dapat di-jadikan penghalang kapada chita2 Tengku Kudin yang hendak berkuasa di-negeri Selangor itu, dan nyata kelihatan Maharaja itu menyebelahi Raja Musa putera sulong Sultan Abdul Samad yang tiada berbaik dengan Tengku Kudin itu, bahkan ada chadangan Maharaja Johor hendak menggantikan Tengku Kudin itu dengan Raja Musa jadi Wakil Yamtuan di-Selangor; tetapi chadangan itu nampak-nya hilang bagitu sahaja. Dalam kalangan orang2 Inggeris di-Singapura pun ada yang membenarkan pehak Raja Musa, sa-hingga mereka mengeluarkan pendapat mereka dalam surat khabar di-Singapura. Maharaja Johor dan Thomas Braddel telah menerangkan kapada Gabenor Harry Ord supaya memandang mas’alah di-Selangor itu kapada dua pehak yang berlawanan dan Tengku Kudin itu bukan-lah selama-nya di-pehak yang benar. Tetapi CJ. Irving sentiasa memandang rendah dan tidak perchaya kapada Raja Mahdi dan dia mengatakan Raja Mahdi itu pendusta dan pembelot. Apabila Gabenor Harry Ord tidak berjaya memujok Raja Mahdi, ia pun memberitahu dan mengingatkan Tengku Kudin di-Selangor bahawa Raja Mahdi itu maseh berbahaya dan kawan2-nya di-Selangor maseh ramai. Gabenor itu perchaya Raja Mahdi akan meninggalkan negeri Johor dan datang lagi ka-Selangor. (Lihat kesah dalam bulan Julai, 1872). Kira2 dalam bulan Mei tahun itu juga (1872), Tengku Kudin telah pergi ka-negeri Pahang (ka-Pekan) berjumpa Bendahara Wan Ahmad menggesa Bendahara itu menyegerakan persiapan bat SEJARAH SELANGOR angkatan perang-nya yang hendak di-hantar ka-negeri Selangor itu. Pada 18 haribulan Jun tahun 1872 Tengku Kudin telah mengadu kapada Gabenor di-Singapura mengatakan Raja Musa putera Sultan Abdul Samad dan musoh-nya Saiyid Mashhor dapat menerima senjata2, barang2 makanan dan juga wang daripada saudagar2 yang diam di-Negeri2 Selat. Sa-orang pegawai Inggeris bernama MacAlister ada mengatakan kapada Saiyid Zain, ia-itu Raja Mahdi telah membeli sa-buah kapal bernama S.S. Argyle dan kapal itu akan di-bawa-nya ka-Kelang. Oleh sebab itu Tengku Kudin telah bertanya kapada Gabenor di- Singapura: tidak-kah Gabenor itu dapat menyatakan kapada orang ramai dalam negeri-nya fasal kesalahan memberi per- tolongan kapada musoh2 Wakil Sultan Selangor itu? Dalam bulan Julai tahun 1872 Raja Mahdi dan pengikut2-nya telah keluar meninggalkan negeri Johor pergi ka-Negeri Sembilan. Mereka telah mudek Sungai Linggi dengan lima buah sampan dan telah berjumpa dengan Raja Laut, Raja Mahmud dan lain2 orang yang menyebelahi-nya dahulu. Mereka telah pergi ka- Lukut lalu ka-Sungai Ujong melindongkan diri kapada Dato’ Bandar di-tempat itu (Dato’ Bandar Tunggal — Abdullah bin Abmad). Dalam bulan Julai itu juga (1872), Saiyid Mashhor, Raja Asal dan Sutan Puasa yang sudah dua bulan mengepong Kuala Lumpur dan tiada melakukan apa2 serangan itu, telah mula menyerang ka-tempat2 pertahanan askar2 Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur. Pada masa itu-lah Raja Mahdi, Raja Mahmud, Raja Laut dan lain2 orang besar Selangor yang menyebelahi mereka datang ka-Kuala Lumpur lalu bersatu dengan angkatan Saiyid Mashhor, Raja Asal dan Sutan Puasa menambabkan kekuatan mereka mengepong dan menyerang Kuala Lumpur. Pehak Yap Ah Loy yang selama ini terkepong di-Kuala Lumpur itu, dapat juga membuat perhubongan dengan Tengku Kudin di-Kelang dan menerima barang2 makanan yang di-hantarkan oleh Tengku Kudin untok askar2-nya dan askar2 Yap Ah Loy. Sa-telah angkatan Saiyid Mashhor bersatu dengan Raja Mahdi dan kawan2-nya itu dan memulakan serangan2 baharu ka-Kuala Lumpur, Yap Ah Loy pun menghantarkan anak isteri-nya serta beberapa orang perempuan dan kanak2 pergi ka-Kelang di-bantar- 112 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) kan oleh suatu pasokan-nya yang bersenjata lengkap. Pada 17 haribuian Julai tahun 1872, Raja Mahmud bersama- sama dengan Raja Laut, Raja Berkat, Raja Endut dan sa-orang ketua orang2 China bernama’ Teo Ah Chong, yang membawa askar2 mereka sa-ramai 300 orang yang di-kumpulkan mereka di-Lukut dan di-Langat, telah menyerang kampong2 yang ber- nama Batu dan Gombak; kedua-dua buah kampong itu telah di-bakar mereka; empat orang China di-kampong itu telah di-bunoh mereka dan 18 orang luka2. Sejak kedatangan pemimpin2 mereka itu, banyak-lah serangan2 yang telah mereka lancharkan di-Kuala Lumpur dan tempat2 di-sekitar-nya. Dalam bulan Julai itu juga (1872) sa-puchok surat rayuan yang di-tanda-tangani oleh Theo Siong Swee serta 33 orang saudagar2 China di-Melaka telah di-hantarkan kapada Kerajaan Inggeris di-Negeri2 Selat menerusi Dewan Periagaan di-Singapura mengadukan fasal wang modal dan harta benda mereka yang bukan sadikit telah di-keluarkan bagi perniagaan2 di-negeri Selangor, terutama dalam perusahaan melombong bijeh timah di-negeri itu, sedang di-ancham oleh serangan2 dari pehak Raja Mahdi dan kawan2-nya. Saudagar2 China itu pula menyatakan: dalam tahun 1871 dahulu Kerajaan Inggeris telah mengumumkan akan menolong Tengku Kudin dan akan menangkap Raja Mahdi, Saiyid Mashhor dan Raja Mahmud; tetapi sekarang Raja Mahdi dan kawan2-nya itu telah melakukan serangan2 baharu di-negeri Selangor, dan ta’ ada apa pun yang di-buat oleh Kerajaan Inggeris bagi membantu Tengku Kudin atau menangkap ketiga- tiga orang itu. Sekarang Saiyid Mashhor dengan pasokan ber- senjata-nya ada di-Sungai Selangor; Raja Mahmud dengan pasokan bersenjata-nya ada di-Sungai Langat, dan mereka itu membunoh pendudok2 negeri dan membinasakan harta benda mereka, dan sa-bahagian daripada mereka itu telah merosakkan dua buah lombong di-Kelang. Harta benda saudagar2 China itu sekarang dalam bahaya besar dan kuli2 serta wakil2 mereka di-tempat2 itu sedang dalam bahaya juga. Dalam bulan Ogos tahun 1872 Setiausaha Kerajaan Negeri2 Selat telah memberi jawapan kapada Dewan Perniagaan di-Singapura mengatakan: “‘Ada-lah tujuan Kerajaan British tiada akan men- champori apa2 hal yang berlaku dalam negeri2 Melayu melainkan pada tempat2 yang telah datang wajib-nya ia-itu menghapuskan 113 SEJARAH SELANGOR perompak2 laut dan membela serangan yang di-lakukan ka-atas ra‘ayat dan jajahan perentah British. Tiada-lah upaya Kerajaan British berbuat apa satu bagi kehilangan nyawa dan dagangan saudagar2 yang telah pergi dengan suka hati-nya sendiri mem- bahayakan diri dalam negeri2 Melayu itu.” Nampak-nya pada masa itu kedudokan Tengku Kudin di-negeri Selangor itu dalam kepayahan. Dia sedang di-tentang dengan hebat oleh musoh lama-nya Raja Mahdi dan sekutu2-nya; Raja Musa putera sulong Sultan Abdul Samad sendiri melawan-nya, dan Sultan Abdul Samad pun telah berasa khuatir kapada Tengku Kudin yang di-sangkakan baginda hendak merampas takhta Kerajaan Selangor, dan Maharaja Johor (Maharaja Abu Bakar) pun tidak juga suka kapada Tengku Kudin. Pergadohan2 di-Selangor masa itu terutama tertumpu ka-Kuala Lumpur yang banyak lombong bijeh timah itu. Kubu Tengku Kudin yang ada di-Bukit Nenas di-Kuala Lumpur itu telah di- kepong oleh Raja Asal. Saiyid Mashhor dengan pengikut2-nya orang2 Rawa dan Mendahiling telah menyekat segala barang2 makanan dan sa-bagai-nya yang hendak di-hantar dari pantai (Kelang) kapada pasokan2 Tengku Kudin dan Yap Ah Loy di- Kuala Lumpur. Pada awal bulan Ogos tahun itu juga (1872) pasokan2 Yap Ah Loy dan van Hagen di-Kuala Lumpur telah keputusan makanan benar2. Askar2 mereka untok mempertahankan Kuala Lumpur daripada serangan2 pehak Raja Mahdi, Saiyid Mashhor dan Raja Mahmud, tiada menchukupi, dan jalan2 perhubongan dengan Tengku Kudin di-Kelang pun telah terancham. Van Hagen telah berazam hendak meninggalkan Kuala Lumpur membawa askar2- nya pergi ka-Kelang. Sementara itu, pada awal bulan Ogos tahun 1872 itu juga, askar2 Bendahara Wan Ahmad di-Pahang sa-ramai lebeh kurang sa-ribu orang yang telah berkumpul di-Bentong, telah bertolak dari Pahang ikut Genting Simpah dan Genting Bidai lalu pergi ka-Ulu Kelang dan berkubu di-tempat yang bernama Batu Tabor. Di-Ulu Kelang pasokan Pahang itu telah berpechah dua: satu pasokan di-bawah ketuaan Orang Kaya Chenor dan Haji Muhammad Nur pergi me- nuju ka-Kepong; satu pasokan lagi tinggal di-Ulu Kelang itu juga di-ketuakan oleh Imam Perang Rasu. Pasokan Imam Perang Rasu itu telah menyerang dan mengalah- 114 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) kan kubu Raja Asal yang di-Ulu Kelang itu dan telah membunoh beberapa orang askar Raja Asal. Dalam pada itu, oleh sebab pasok- an Imam Perang Rasu itu telah bercherai dengan orang2 Pahang yang pergi ka-Kepong, pasokan Raja Asal telah menyerang balas ka-atas pasokan Imam Perang Rasu dan menyekat barang2 ma- kanan yang hendak di-bawa kapada pasokan Imam Perang Rasu itu, sa-hingga askar2 Pahang yang berkubu di-Batu Tabor itu lima belas hari lama-nya tiada mempunyai makanan sa-hingga terpaksa mereka memakan umbut2 kayu dengan garam, dan dengan susah payah mereka balek ka-Bentong. Pasokan Pahang yang pergi ka-Kepong itu telah berjaya meng- alahkan serangan Raja Asal yang membawa orang2-nya sa-ramai 200 orang datang menyerang ka-Kepong. Sa-telah pasokan Imam Perang Rasu yang berkumpul di-Bentong itu dapat bekalan ma- kanan yang chukup, mereka pun datang balek bersama-sama de- ngan Dato’ Shahbandar dan To’ Muda Andak mendapatkan kawan2 mereka di-Kepong, lalu menghalaukan pasokan pehak Raja Mahdi yang datang menyerang ka-Kepong. Pasokan Pahang yang berkubu di-Kepong itu telah menghantar utusan memberitahu pasokan Tengku Kudin di-Kuala Lumpur mengajak orang2 pasokan itu undor ka-Kepong jika mereka ta’ dapat lagi mem- pertahankan tempat itu ia-itu sementara menantikan datang lagi askar2 bantuan dari Pahang. Malang-nya, utusan dari Kepong itu tidak di-terima oleh van Hagen, atau boleh jadi van Hagen sendiri belum lagi perchaya kapada orang? Pahang yang hendak mem- bantu-nya itu. Sa-balek-nya, pada suatu malam, van Hagen dengan penolong-nya Cavaliero telah membawa askar2 Sepahi-nya serta pegawai2 rendah-nya meninggalkan Kuala Lumpur dengan tujuan hendak pergi ka-Petaling, dan dari situ pergi ka-tepi Sungai Kelang di-Damansara lalu menghilir ka-Kelang — demikian-lah ranchangan van Hagen. Askar2 yang lain semua tinggal di-Kuala Lumpur di- bawah ketuaan Yap Ah Loy. Entahkan oleh sebab van Hagen tidak tahu selok-belok jalan2 dalam hutan di-tempat itu, atau pun barangkali sengaja di-sesatkan oleh penunjok2 jalan, van Hagen telah membawa askar2-nya melalui tempat yang bernama Salak, dan sa-telah berjalan dengan susah payah sa-hari suntok, tiba2 pasokan itu telah sampai ka-dekat Sungai Kuyoh di-barat kampong Sungai Besi sekarang ini. Rupa-nya, askar2 pehak Raja Mahdi dan kawan?-nya yang hilir dari Petaling telah sedia berkumpul mengen- MS SEJARAH SELANGOR dap di-tempat itu. Sa-baik sampai sahaja askar2 van Hagen ka- tempat itu, mereka pun di-serang oleh orang2 pehak Raja Mahdi dan berlaku-lah pertemporan dahshat antara kedua pehak. Dalam pertemporan itu Cavaliero bersama-sama askar Sepahi-nya sa- ramai 20 orang telah terbunoh. Dalam pada itu ada sa-ramai 30 orang daripada askar2 van Hagen itu dengan susah payah telah dapat melarikan diri ka-dalam hutan2 di-situ, merempat sa-panjang hutan dan akhir-nya mereka pun sampai ka-Kelang. Van Hagen serta baki askar2 yang tinggal itu telah di-tawan oleh pehak Raja Mahdi, dan esok-nya mereka pun di-bawa ka-Kuala Lumpur lalu di-penjarakan. Kepala Cavaliero yang telah di-sembeleh itu di- arak beramai-ramai di-bawa ka-Kuala Lumpur. Lepas itu kepala van Hagen pula di-sembeleh di-hadapan orang-ramai. Sa-telah itu kepala kedua-dua orang puteh yang telah di-penggal itu di-arak beramai-ramai sambil memukul-mukul gong bersuka-suka ber- jalan ka-merata-rata tempat dalam pekan Kuala Lumpur, dan akhir-nya kedua-dua kepala itu di-pakukan di-pintu gerbang tempat orang2 pehak Raja Mahdi berkubu untok di-tontonkan kapada ramai. Lain2 askar Sepahi yang telah tertawan itu pun di-perchayai telah di-bunoh juga oleh orang2 pehak Raja Mahdi. Jumlah askar2 dalam pasokan Tengku Kudin di-Kuala Lumpur yang telah binasa itu ia-lah: dua orang pegawai orang puteh, delapan orang pegawai2 rendah bangsa Eropah dan peranakan Eropah serta 56 orang askar Sepahi — semua-nya telah mati terbunoh. Ketua2 pasokan pehak Raja Mahdi yang telah berjaya mengalahkan pasokan van Hagen dan Cavaleiro itu, dengan gembira telah memberitahu kawan2 mereka yang berkubu di-tempat2 lain. Pada masa askar2 van Hagen telah meninggalkan Kuala Lumpur itu, Kapitan Yap Ah Loy pun memerentahkan orang2- nya supaya meninggalkan Kuala Lumpur pula. Sa-telah hari malam, Yap Ah Loy dengan orang2-nya pun keluar dari Kuala Lumpur, ikut jalan Bukit Arang dan Penchala; dan Yap Ah Loy berchadang hendak pergi ka-Damansara dan dari situ baharu menghilir pergi ka-Kelang. Tetapi Yap Ah Loy dan orang2-nya itu telah di-ikuti dari belakang oleh askar2 Saiyid Mashhor dan Raja Laut yang telah dapat tahu mereka undor dari Kuala Lumpur. Askar2 Saiyid Mashhor dan Raja Laut itu telah menyerang dan membunoh beberapa ramai orang2 Kapitan Yap 116 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Ah Loy yang undor itu. Mengikut cherita-nya yang lebeh lanjut: sa-telah berjalan menempoh hutan belantara sa-lama dua hari dua malam, akhir- nya orang2 Kapitan Yap Ah Loy yang undor itu telah tiba ka-suatu tempat dekat Damansara. Di-situ-lah orang2 Yap Ah Loy sa-ramai 1,700 orang telah terbunoh oleh musoh2 mereka, dan di-antara yang terbunoh itu termasok-lah orang2 harapan Yap Ah Loy ia-itu Tung Khun dan Teng Sam. Sangat-lah dukachita Yap Ah Loy melihatkan kejadian yang amat menyedeh- kan-nya itu; ta’ pernah ia menderita kemalangan sa-dahshat itu. Dia ta’ dapat berbuat apa2, melainkan menengadah dan mengeloh. Tambahan pula ramai di-antara pengikut2-nya yang ta‘at setia kapada-nya sa-lama ini telah terbunoh dalam pertemporan dekat Damansara itu. Pengikut2 yang maseh ada di-sisi-nya, telah menyabar-nyabarkan hati Yap Ah Loy. Tiada lama lepas itu Yap Ah Loy dengan beberapa orang pengikut2-nya telah menaiki sampan menghilir Sungai Kelang pergi ka-Kelang. Perihal barang2 makanan pehak Tengku Kudin dan Yap Ah Loy yang telah di-rampas oleh musoh mereka, dan perihal dua ketumbokan pasokan Tengku Kudin di-Kuala Lumpur yang telah di-kalahkan oleh musoh-nya itu, serta pasokan van Hagen yang hampir2 habis lichin di-sapu oleh musoh-nya dekat Sungai Besi itu, semua-nya itu telah di-ma‘alumkan kapada Tengku Kudin. Sementara Tengku Kudin termenong-menong dukachita memikirkan kedudokan pehak-nya yang serba burok itu, tiba2 datang orang memberitahu kapada-nya Kapitan Yap Ah Loy telah tiba ka-Klang. Kedatangan Yap Ah Loy telah di-sambut oleh Tengku Kudin dengan menembakkan meriam dua puloh das. Yap Ah Loy telah datang berjumpa dan memberi hormat kapada Tengku Kudin Wakil Yamtuan itu. Yap Ah Loy telah mencheritakan kapada Tengku Kudin akan hal kekalahan pasokan-nya dalam pertem- poran yang mengerikan itu. Dukachita benar Tengku Kudin mendengar berita itu; tambahan pula melihat Yap Ah Loy yang datang hanya memakai seluar dalam sahaja. Tengku Kudin menyejok-nyejokkan hati Yap Ah Loy dan mengatakan jika Ah Loy tidak mahu lagi menuntut bela ka-atas musoh2-nya di-Kuala Lumpur itu, ia akan menghantarkan Ah Loy pergi ka-negeri Kedah dan di-sana Ah Loy akan jadi ketua juga. M7 SEJARAH SELANGOR Ah Loy telah menguchapkan terima kaseh kerana baik budi Tengku Kudin itu kapada-nya. Sa-telah sekian Jama memikirkan kedudokan-nya yang burok itu, Kapitan Yap Ah Loy pun mengambil ketetapan hendak menyerang dan mengambil Kuala Lumpur balek dari tangan musoh2-nya itu. Di-Kelang itu Yap Ah Loy telah di-beri makanan dan pakaian oleh Tengku Kudin, ia-itu sa-hingga Ah Loy dapat berdiri di-atas kaki-nya sendiri. Lebeh sa-bulan lama-nya Ah Loy diam di-Kelang menyediakan persediaan hendak menyerang ka-Kuala Lumpur. Kuala Lumpur jatoh ka-tangan pehak Raja Mahdi, Saiyid Mashhor, Raja Mahmud dan kawan2 mereka itu ia-lah pada akhir bulan Ogos tahun 1872. Dalam bulan Ogos itu juga (1872), askar2 yang di-kepalakan oleh Saiyid Mashhor, dan juga dengan pertolongan sa-orang yang bernama Raja Isa bin Raja Haji yang telah belot daripada pehak Tengku Kudin masok menyebelahi pehak Raja Mahdi, telah menyerang dan. mengambil kota2 di-Kuala Selangor; sarjan orang puteh yang bernama Pennefather serta 52 orang askar2 sepahi-nya yang menjaga kota2 itu bagi pehak Tengku Kudin, telah mati di-bunoh oleh orang2 Saiyid Mashhor. Ta’ sampai separoh pun daripada askar2 di-kota2 itu yang dapat melarikan diri_ pergi ka-Kelang mengadukan hal mereka kapada Tengku Kudin. Shaikh Muhammad Taib Minangkabau yang mengetuakan orang2 Melayu dalam kota itu pun telah melarikan diri dengan sampan balek ka-Kelang. Tengku Chik yang bersama-sama datang dengan Shaikh Muhammad Taib itu telah masok menyebelahi Saiyid Mashhor. Sejak itu-lah juga Raja Musa putera Sultan Abdul Samad datang balek dudok di-Kuala Selangor, kerana orang2 Raja Mahdi tidak pula mengganggui-nya. Sa-telah Kuala Lumpur jatoh ka-tangan orang2 pehak Raja Mahdi, boleh kata seluroh tempat di-darat negeri Selangor itu telah di-kuasai oleh pehak Raja Mahdi. Pada masa itu Raja Mahdi dan panglima2 Melayu pengikut2-nya itu dapat pula membuat perhubongan dengan orang besar2 Melayu di-daerah2 sa-belah selatan dan sa-belah utara negeri Selangor; ka-selatan mereka memang berbaik dengan Dato’ Bandar di-Sungai Ujong yang berseliseh dengan Dato’ Kelana; ka-utara ada pula sekutu 118 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) mereka ia-itu Raja Hitam di-Bernam, dan raja2 di-negeri Perak pun tidak pula bermusohan dengan mereka; dan perhubongan keluar ikut aut dapat pula mereka lakukan di-Sunga: Selangor yang bermuara ka-Kuala Selangor itu. Pehak yang nyata memusohi pehak Raja Mahdi itu ia-lah Tengku Kudin yang sedang berusaha bersunggoh-sunggoh hendak menegakkan kuasa- nya di-negeri Selangor serta sekutu-nya Kapitan Yap Ah Loy yang telah meni‘mati kekayaan daripada hasil2 lombong bijeh timah di-Kuala Lumpur. Kerajaan Inggeris di-Negeri2 Selat memang sudah faham bahawa kekachauan2 yang sedang berlaku di-negeri2 Melayu itu-lah (Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) ketika yang sa-baik2-nya mereka memasokkan pengaroh dan kuasa mereka dengan menonjol-nonjolkan pehak-nya sa-bagai pengaman, pendamai dan pelindong yang baik. Oleh sebab pasokan orang2 Pahang yang berkubu di-Kepong itu telah menderita kekurangan makanan, dan tidak pula dapat membuat perhubongan dengan Tengku Kudin di-Kelang, dalam bulan September tahun 1872 mereka pun keluar meninggalkan Kepong balek sa-mula ka-negeri Pahang — ka-Bentong. Pada masa itu juga Bendahara Wan Ahmad chuba mengumpulkan balek orang2-nya di-Bentong yang akan di-hantar lagi ka-negeri Selangor. Pada masa itu hampir semua kota2 dan kubu2 yang dahulu-nya di-kuasai oleh Tengku Kudin, telah dapat di-ambil oleh pehak Raja Mahdi, ia-itu: Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Petaling, Kepong dan lain2 kubu2 kechil. Yang tinggal dalam perentah Tengku Kudin hanya-lah dua buah kota dan kubu di-tepi Sungai Kelang ia-itu di-Kuala Kelang dan di-Pangkalan Batu (Kelang) dan beberapa buah kubu2 kechil di-Damansara dan di-tempat2 antara Damansara dengan Pangkalan Batu. Berkenaan dengan Kapitan Yap Ah Loy yang telah bersiap mengumpulkan orang2-nya di-Kelang itu, pada akhir bulan Oktober tahun 1872, ia-itu lebeh kurang dua bulan lepas di-kalah- kan oleh Saiyid Mashhor dekat Damansara, telah dapat mengum- pulkan orang2-nya kira2 sa-ramai sa-ribu orang, ia-itu kira2 tujoh ratus orang baki daripada orang2-nya yang kalah dalam bulan Ogos dahulu, dan kira2 tiga empat ratus orang2 baharu yang di-datangkan dari negeri China. Dan pada masa itu juga Tengku Kudin telah dapat mengumpulkan orang2-nya — orang2 Melayu 119 SEJARAH SELANGOR — sa-ramai lebeh kurang sa-ribu orang juga yang di-letakkan oleh Tengku Kudin di-bawah ketuaan panglima2 perang-nya Imam Perang Muhammad Akil dan Imam Perang Haji Husain. Pada akhir bulan Oktober tahun 1872, Gabenor Sir Harry Ord dari Singapura yang menaiki kapal perang H.M.S. Zebra, telah singgah ka-tempat yang bernama Simpang di-tepi Sungai Linggi dan berjumpa di-situ dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Dato’ Kelana itu telah mengakukan kapada Gabenor itu ia akan menyekat barang2 — terutama makanan — yang hendak di-sampaikan ka- pehak Raja Mahdi yang di-bawa ikut Sungai Linggi. Pada 1 hari- bulan November (1872) pula, bersama-sama dengan Tengku Kudin, Gabenor Ord telah datang ka-Langat berjumpa Sultan Abdul Samad. Oleh sebab Gabenor itu tahu Raja Mahdi ada di-Selangor dan ada beberapa orang pula saudara2 Sultan Abdul Samad dan orang ramai juga yang tiada suka kapada Tengku Kudin, ke- datangan Gabenor itu ka-Langat telah di-iringkan oleh pasokan askar Inggeris yang bersenjata lengkap. Sa-belum berjumpa Sultan Selangor itu, Gabenor Harry Ord telah berchakap panjang dan menyatakan juga kapada Tengku Kudin: sunggoh pun pada zahir-nya Tengku Kudin di-bantu oleh Sultan Abdul Samad, dan Tengku Kudin dapat bantuan wang pula daripada orang2 yang menyokong-nya, dan walau pun Gabenor itu mengakukan pehak Kerajaan Inggeris akan meneruskan ban- tuan-nya kapada Tengku Kudin, tetapi memandang kapada ke- dudokan Tengku Kudin dalam sa-tahun yang terakhir ini ada-lah di-ragukan sama ada boleh atau tidak Tengku Kudin mengalahkan musoh2-nya itu. Oleh sebab itu Gabenor Ord telah menchadangkan kapada Tengku Kudin: jika sa-kira-nya Tengku Kudin tiada lagi mempunyai harapan yang sa-penoh-nya akan berjaya, lebeh baik- lah Tengku Kudin berhenti sahaja daripada perjuangan-nya itu; dan Gabenor itu mengakukan pula ia akan memberi pertolongan supaya Tengku Kudin tidak di-timpa oleh apa2 kerugian atau merasa terhina apabila ia menarek diri; dan Gabenor itu berjanji: jika Tengku Kudin bersetuju berhenti, apabila Gabenor itu ber- jumpa Sultan Abdul Samad, ia akan menchakapkan kapada ba- ginda supaya baginda menjalankn kerja memberhentikan Tengku Kudin itu dengan chara yang terhormat dan memuaskan hati. Sa-telah mendengar kata2 Gabenor itu, dengan tenang Tengku Kudin pun menerangkan kapada Gabenor itu: ia merasa belum 120 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) putus harap dalam perjuangan-nya itu sa-lagi ia menerima bantuan2 askar dari Pahang saperti yang telah di-janjikan. Dalam pada itu Tengku Kudin mengaku bahawa ini-lah peluang-nya yang terakhir hendak menchapai kemenangan. Jika sa-kira-nya ia tidak berjaya, dia sedia mengembalikan balek kapada Sultan Selangor keperchayaan yang telah di-kurniakan baginda kapada-nya itu, dan memohonkan baginda menjelaskan wang2 perbelanjaan yang telah di-gunakan dalam menjalankan kerja2-nya sa-lama ini. Sung- goh pun ia sentiasa suka menerima nasihat daripada orang Inggeris, tetapi dalam hal ini tiada-lah ia mahu mengaku kalah sahaja, me- Jainkan ia hendak terus melawan musoh?2-nya itu. Tatkala Gabenor Ord berchakap-chakap dengan Sultan Abdul Samad, baginda telah menyatakan bahawa baginda sentiasa me- naroh keperchayaan kapada Tengku Kudin. Tetapi yang sa- benar-nya, pada masa itu Sultan Abdul Samad lebeh berat me- nyebelahi Raja Mahdi, dan memang-lah tabiat baginda selalu sahaja bertitah mahu menolong barang siapa sahaja jika berhada- pan dengan baginda. Apabila Tengku Kudin dan Kapitan Yap Ah Loy merasa per- siapan mereka di-Kelang itu telah menchukupi untok melawan musoh2 mereka di-Kuala Lumpur, tambahan pula mereka pun perchaya pasokan orang2 Pahang maseh ada di-Ulu Kelang, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy pun memerentahkan orang2 me- reka yang sa-ramai lebeh kurang dua ribu orang itu meninggalkan Kelang ikut jalan darat menuju ka-Petaling, ia-itu pada 15 hari- bulan November tahun 1872. Angkatan itu, pasokan orang2 China- nya di-kepalakan oleh Kapitan Yap Ah Loy sendiri; pasokan orang2 Melayu-nya di-kepalakan oleh Imam Perang Muhammad Akil dengan di-bantu oleh Imam Perang Haji Husain. Sa-telah sampai ka-Petaling, orang2 dalam angkatan itu pun berjumpa lalu bertempor dengan orang2 pehak Raja Mahdi yang bertahan dalam kubu2 parit mereka di-situ. Di-antara panglima2 perang pehak Raja Mahdi yang berkubu di-Petaling itu ia-lah orang besar2 Selangor yang bergelar To’ Engku Kelang dan Raja Berkat Tengku Panglima Raja (a2yah Raja Mahmud). Tiada lama kedua pehak itu bertempor, kalah-lah pehak Raja Mahdi, dan orang2 pehak Raja Mahdi telah lari meninggalkan tempat itu, dan Petaling pun jatoh ka-tangan pehak Tengku Kudin dan Yap Ah Loy, ia-itu pada 18 haribulan November tahun 1872. Di-antara 121 SEJARAH SELANGOR barang2 pehak Raja Mahdi yang télah di-rampas oleh orang2 Tengku Kudin di-Petaling itu, yang ganjil-nya, ia-lah mereka telah menjumpai sa-puchok surat daripada Sultan Abdul Samad yang telah di-tanda-tangani oleh baginda sendiri serta berchap dengan chap mohor Kerajaan Selangor di-alamatkan kapada To’ Engku Kelang dan kandongan surat itu baginda memerentahkan To’ Engku Kelang membantu Raja Mahdi. Sa-telah askar2 Yap Ah Loy yang bersatu dengan askar2 Tengku Kudin itu mendudoki Petaling, Kapitan itu telah menghantarkan orang-nya pergi hendak memberitahu Imam Perang Raja Rasu (di-sebut juga: To’ Raja) yang di-sangkakan oleh pehak Tengku Kudin maseh ada di-Ulu Kelang, dan juga hendak menjemput To’ Raja itu datang ka-Petaling merundingkan tindakan2 yang akan di- jalankan hendak meyerang pehak Raja Mahdi di-Kuala Lumpur. Sa-telah utusan itu balek sa-mula ka-Petaling dan memberitahu bahawa To’ Raja dan orang-nya telah balek ka-Pahang, esok-nya angkatan Yap Ah Loy dan pehak Tengku Kudin itu pun mening- galkan Petaling mara menuju ka-Kuala Lumpur. Sa-panjang jalan merempoh hutan2 di-antara Petaling dengan Kuala Lumpur itu tiada-lah pula Saiyid Mashhor atau siapa2 pehak Raja Mahdi datang menyerang atau menyekat angkatan pehak Tengku Kudin dan Yap Ah Loy itu. Apabila angkatan Yap Ah Loy dan angkatan Tengku Kudin itu sampai ka-Kuala Lumpur, tempat itu sedang bah (banjir) kerana hujan lebat. Yap Ah Loy telah memileh tempat-nya pada suatu tempat tinggi (tempat itu kemudian-nya di-sebut nama-nya: Bukit Arang) dan askar2-nya di-pechah pechahkan-nya berkubu nada delapan buah tempat di-Kuala Lumpur dan tempat2 di-sakitar- nya. Askar2 Imam Perang Muhammad Akil dan Imam Perang Haji Husain pun demikian jua, di-pechah-pechahkan berkubu pada beberapa tempat, dan masing2 orang pada masing2 tempat atau kubu itu bertanggong-jawab mempertahankan tempat ma- sing2. Sejak itu berlaku-lah beberapa kali pertemporan kechil di- antara pehak Tengku Kudin dan sekutu-nya dengan pehak Raja Mahdi, Saiyid Mashhor, Raja Mahmud, Raja Asal dan kawan2 mereka yang bertahan di-Kuala Lumpur. Tetapi peperangan yang sa-benar-nya bagi merebut Kuala Lumpur itu hanya baharu ber- Jaku betul2 pada bulan Mach tahun 1873, ia-itu sa-telah lebeh 122 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) kurang empat bulan pehak Tengku Kudin yang bersatu dengan pehak Yap Ah Loy itu mengepong-nya. Dalam pada itu nyata-lah pehak Tengku Kudin dan Yap Ah Loy itu menantikan bantuan pasokan2 dari negeri Pahang baharu-lah mereka melancharkan serangan yang penyudah. 1873. Pada awal bulan Mach tahun 1873, pasokan perang orang2 Pahang yang di-kepalakan oleh Imam Perang Raja Rasu (To’ Raja) dan Orang Kaya Chenor telah sampai ka-pinggiran Kuala Lumpur. Pasokan orang2 Pahang yang di-kepalakan oleh Orang Kaya Lipis pula telah menawan genting2 jalan yang meng- hubongkan Pahang dengan Ulu Selangor. Kapitan Yap Ah Loy dan Imam Perang Muhammad Akil yang sudah sekian lama mengepong Kuala Lumpur itu telah menjemput Imam Perang Rasu dan Orang Kaya Chenor datang meshuarat merundingkan langkah2 yang akan di-ambil bagi menyerang dan mengalahkan pehak Raja Mahdi yang sedang menguasai Kuala Lumpur. Pasokan orang2 Pahang yang di-kepalakan oleh Imam Perang Rasu dan Orang Kaya Chenor itu dengan di-bantu oleh orang2 pehak Tengku Kudin telah mengepong kubu Raja Asal di-Ulu Kelang. Orang2 Mendahiling pehak Raja Asal yang berkubu di-Ulu Kelang itu telah keluar daripada kubu mereka lalu menyerang pasokan orang2 Pahang itu. Dalam pertemporan itu beberapa orang panglima2 perang Pahang telah luka2. Tetapi akhir-nya, pada 23 haribulan Mach (1873) kubu Raja Asal di-Ulu Kelang itu pun dapat di-tawan oleh orang2 Pahang; Raja Asal dan orang2-nya telah Jari pergi ka-Kuala Lumpur bersatu pula dengan orang2 Saiyid Mashhor. Orang2 Tengku Kudin yang di-ketuakan oleh Imam Perang Muhammad Akil dan Imam Perang Haji Husain, dan orang2 China yang di-ketuakan oleh Kapitan Yap Ah Loy, serta orang2 Pahang yang di-kepalakan oleh Imam Perang Rasu dan Orang Kaya Chenor, telah mengatorkan pula kedudokan pasokan2 mereka hendak melancharkan serangan ka-Kuala Lumpur. Pasokan orang2 Pahang telah di-letakkan berkubu mempertahankan tem- pat di-antara batu satu Jalan Ampang sekarang hingga ka-Bukit Gombak. Orang2 Yap Ah Loy telah mara lagi ka-hadapan lalu berkubu pada tempat kira2 sa-batu jauh-nya dari pusat pekan Kuala Lumpur bagi mempertahankan tempat2 di-antara bahagian 123 SEJARAH SELANGOR sa-belah barat Sungai Kelang hingga ka-utara-nya sampai ka- Sungai Gombak. Jadi, dengan atoran2 itu pekan Kuala Lumpur tempat yang di-pertahankan oleh orang2 pehak Raja Mahdi itu telah di-kelilingi, mclainkan tempat2 arah ka-Pudu sahaja yang terbuka tiada berjaga. Sa-telah Saiyid Mashhor melihat musoh2-nya telah mengelilingi Kuala Lumpur, dengan tidak berlengah-lengah lagi ia pun mele- takkan sakalian orang2-nya yang sa-ramai lebeh kurang dua ribu orang itu di-tempat mereka masing2 untok melancharkan serangan. Dengan tidak menantikan apa2 tindakan daripada musoh-nya, Saiyid Mashhor telah melancharkan serangan dan berlaku-lah pertemporan2 dahshat dan ngeri antara orang2 Saiyid Mashhor dengan orang2 Yap Ah Loy yang di-bantu oleh orang2 pehak Tengku Kudin dan orang2 Pahang. Pertemporan2 itu telah berlaku sa-lama dua hari dua malam, dan dalam tiap2 pertemporan itu lebeh ramai orang2 Saiyid Mashhor yang terbunoh. Pada hari yang ketiga-nya, tengah malam, apabila Saiyid Mashhor menge- tahui bahawa orang2-nya yang berperang itu hanya tinggal lebeh kurang tujoh ratus orang sahaja, malam itu juga, Saiyid Mashhor, Raja Asal dan beberapa orang pengikut mereka keluar ikut jalan Pudu meninggalkan Kuala Lumpur. Beberapa jam lepas itu orang2 Yap Ah Loy telah memberitahu ketua mereka mengatakan orang2 Saiyid Mashhor tidak ada lagi dalam Kuala Lumpur. Yap Ah Loy telah memerentahkan orang2-nya memereksa ka-seluroh tempat2 di-situ, dan Yap Ah Loy serta sekutu2-nya telah di-beritahu bahawa Saiyid Mashhor dan orang2-nya telah lari meninggalkan Kuala Lumpur menuju arah ka-Ulu Selangor. Esok pagi-nya, Yap Ah Loy dengan beberapa orang askar2- nya telah pergi mengejar pehak Saiyid Mashhor yang lari itu. Mengikut riwayat-nya: Yap Ah Loy telah memburu orang2 Saiyid Mashhor itu meredah hutan2 ikut Pudu, Kanching, Rawang, Kuala Kubu hingga ka-Tanjong Malim, dan telah membunoh beberapa ramai orang2 Saiyid Mashhor. Apabila tidak dapat menemui Saiyid Mashhor atau Raja Asal, Ah Loy pun membawa orang2-nya balek ka-Kuala Lumpur. Sejak itu tiada-lah lagi berlaku peperangan di-Kuala Lumpur antara pehak2 yang bermusohan itu. Pendek-nya, mengenai Kuala Lumpur dan Kapitan Yap Ah Loy dalam “Perang Soudara” di-negeri Selangor itu, ini-lah pertemporan yang 124 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) penyudah-nya. Tetapi, bagi keselurohan negeri Selangor, pepe- rangan di-antara pehak Raja Mahdi, Saiyid Mashhor, Raja Mahmud dan kawan2 mereka melawan pehak Tengku Kudin yang di-bantu oleh orang2 Pahang maseh berjalan terus hingga Kuala Selangor dan tempat2 di-Ulu Selangor jatoh ka-tangan pehak Tengku Kudin, ia-itu dalam bulan November tahun 1873. Kuala Lumpur dapat di-ambil balek oleh pehak Tengku Kudin yang di-bantu oleh Kapitan Yap Ah Loy dan orang2 Pahang itu ia-lah pada akhir bulan Mach tahun 1873. Sa-telah Kuala Lumpur di-tawan balek oleh pehak Tengku Kudin, sa-lain daripada orang2 yang undor mengikut Saiyid Mashhor ka-Ulu Selangor itu, ramai pula orang2 pehak Raja Mahdi itu yang telah pergi diam di-Kanching lalu membangun- kan kubu2 mereka di-situ. Askar2 yang di-bawah perentah Imam Perang Muhammad Aki] dan Imam Perang Haji Husain di-bawa balek ka-Pangkalan Batu (Kelang). Imam Perang Rasu dengan beberapa orang pengiring-nya balek sa-mula ka-negeri Pahang dengan gembira kerana kemenangan. Orang Kaya Pah- lawan Semantan dengan sa-bahagian ramai askar2 Pahang tinggal menjaga Ulu Kelang. Kapitan Yap Ah Loy yang tinggal di-Kuala Lumpur telah jadi orang yang paling berkuasa di-tem- pat itu. Oleh sebab jasa-nya dalam peperangan,. Imam Perang Rasu telah di-kurniakan gelaran Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah oleh Bendahara Wan Ahmad Pahang; dan Gendut Imam Perang Raja, pembantu Imam Perang Rasu, di-naikkan pangkat dan di-gelar Imam Perang Indera Mahkota. Tempat yang ber- nama Pulau Tawar telah di-kurniakan pula oleh Bendahara Wan Ahmad jadi hak milek Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah sa-bagai hadiah. (Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah itu biasa di-sebut To’ Gajah sahaja). Pada 16 haribulan April tahun 1873 Bendahara Wan Ahmad Pahang telah mengutus surat apada Gabenor di-Singapura mengatakan: mengikut kehendak Gabenor supaya Pahang mem- bantu Tengku Kudin melawan pemberontak2 di-Selangor itu, sudah-lah orang2 Pahang menyerang dan mengalahkan pem- berontak2 Mendahiling di-Ulu Kelang dan menghalaukan mereka ka-Ulu Selangor pada 23 haribulan Mach tahun 1873. Pahang maseh ada mempunyai beribu-ribu orang perang yang boleh 125 SEJARAH SELANGOR di-hantar ka-medan perang. Bendahara itu telah bertanya juga: ada-kah Gabenor itu mahu Pahang meneruskan lagi tindakan- nya membantu Tengku Kudin. Jika Gabenor itu mahu, hendak- Jah ia menyanggupi menjaga keselamatan pelayaran angkatan Pahang yang akan di-hantar ikut laut ka-Kelang. Kemudian, jawapan daripada Gabenor itu telah di-terima oleh Bendahara Wan Ahmad dan memuaskan hati Bendahara itu. Pahang pun bersiap pula hendak menghantarkan angkatan perang-nya mem- bantu Tengku Kudin di-Selangor. Kira2 sa-bulan lepas itu, dalam bulan Mei (1873), Imam Perang Indera Gajah dengan di-bantu oleh Haji Muhammad Nur telah datang balek ka-Selaagor bersatu dengan askar2-nya di- Ulu Kelang. Tetapi, sejak kejatohan Kuala Lumpur ka-tangan pehak Tengku Kudin dahulu, belum-lah kelihatan berlaku apa2 pertemporan di-antara pehak2 yang bermusohan itu. Tengku Kudin sedang menumpukan usaha-nya menyediakan lagi askar2-nya di-Kelang yang di-bawah kelolaan Imam Perang Muhammad Akil. Saiyid Mashhor pula ada di-Kuala Selangor bersama- sama dengan Raja Musa yang telah balek ka-situ. Ada juga berita2 menyebutkan: pada masa itu kadang2 ada juga Raja Mahdi dan kawan2-nya pergi ka-Langat menemui Sultan Abdul Samad. Di-Perchayai, pehak Tengku Kudin belum melanchar- kan apa2 serangan ka-pehak musoh-nya itu ia-lah kerana menan- tikan bantuan angkatan laut dari Pahang yang hendak di-hantar- kan oleh Bendahara Pahang itu. Kira2 dalam bulan Mei dan Jun tahun 1873 ini-lah Tengku Kudin dengan beberapa orang orang besar2-nya telah datang ka- Kuala Lumpur menghadhiri suatu istiadat dan jamuan2 besar melantek sa-mula Yap Ah Loy sa-bagai Kapitan China di-Kuala Lumpur dan memberi kuasa2 yang tertentu kapada Kapitan itu, kerana perlantekan yang telah di-buat oleh Raja Mahdi empat tahun dahulu di-pandang mereka tidak sah. Dalam bulan Julai tahun 1873 Tengku Kudin telah meng- hantarkan utusan-nya mengadap Sultan Abdul Samad di-Langat mema‘alumkan kapada baginda fasal ia telah berchadang hendak menyerang Kuala Selangor, dan di-minta-nya baginda memanggil balek Raja Musa dari Kuala Selangor itu. Sultan Abdul Samad telah menjawab menerusi utusan Tengku Kudin itu dengan berdaleh mengatakan putera baginda Raja Musa itu memang 126 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) sa-orang yang tegar hati dan tiada ta‘at menurut perentah. Di-terangkan baginda juga kapada utusan itu: jika Tengku Kudin pergi ka-Kuala Selangor ia akan mendapat sambutan yang “hangat” di-sana. Dalam pada itu, utusan itu telah di-beri amaran oleh orang2 di-istana supaya ia lekas2 pergi dari situ, jika tidak kelak ia akan kena bunoh. Tiada lama lepas itu sampai-lah ka-Kelang angkatan perang dari negeri Pahang kira2 sa-banyak lima puloh buah perahu membawa orang2 perang sa-ramai lebeh kurang lima ratus orang di-kepalakan oleh Imam Perang Indera Mahkota (Gendut) dan di-bantu oleh sa-bilangan orang besar2 Pahang. Pada masa itu, angkatan laut dan angkatan darat dari Pahang yang telah ada di-negeri Selangor ada-lah kira2 sa-ramai tiga ribu orang. Kira2 pada awal bulan September tahun 1873, angkatan perang laut Pahang yang telah berkumpul di-Kelang itu, dengan di- bantu oleh angkatan perang Tengku Kudin di-bawah ketuaan Imam Perang Muhammad Akil dan Khatib Bahrain, berjumlah lebeh kurang sa-ribu orang, telah bertolak dari Kelang pergi menyerang Kuala Selangor. Ada kira2 dua bulan lama-nya ber- perang, pada 8 hari-bulan November (1873), angkatan Tengku Kudin yang di-bantu oleh angkatan perang Pahang itu pun dapat menawan Kuala Selangor. Raja Musa yang ada di-Kuala Selangor itu telah melarikan diri balek mengadap ayahanda-nya Sultan Abdul Samad di-Langat. Apabila di-dapati-nya ayahanda-nya itu saperti biasa juga ya‘ani tiada menaroh kasehan kapada-nya, de- ngan putus harap Raja Musa pun pergi ka-negeri Perak mendapat- kan Raja Muda Abdullah. (Raja Musa balek sa-mula ka-Selangor pada tahun 1874), Saiyid Mashhor yang memang telah ada di- Kuala Selangor itu datang dari Ulu Selangor, telah mengundor- kan diri ka-tempat yang bernama Batang Berjuntai. Sa-telah itu Saiyid Mashhor pun menghantarkan dua puloh koyan beras, serta senjata2 dan peluru2 ka-Ulu Bernam dengan tujuan hendak mengumpulkan askar2-nya yang baharu pula di-sana. Raja Isa bin Raja Haji kemudian-nya telah pindah ka-Pahang langsong diam di-sana. Sa-telah Kuala Selangor jatoh ka-tangan pehak Tengku Kudin, tempat itu telah di-jadikan mereka pangkalan bagi menyerang tempat lain di-Selangor barat. Imam Perang Indera Mahkota yang di-bantui oleh Imam Perang Muhammad Akil dan Khatib 127 SEJARAH SELANGOR Bahrain telah membawa angkatan mereka yang bersatu itu pergi ka-Tanjong Karang. Dari situ berjalan darat menuju ka-Hujong Permatang sambil menyerang dan mengalahkan kubu2 musoh mereka di-tempat2 yang di-lalui itu. Mereka telah berhenti dan membangunkan kubu di-tempat yang bernama Pasir Gayam. Kemudian, orang besar Pahang yang bergelar Panglima Perang Johan Perkasa telah membawa askar2-nya pergi menyerang kubu musoh mereka di-tempat yang bernama Kubu Masjid. Oleh sebab orang2 Pahang itu tiada tahan melawan orang2 Kubu Masjid, panglima perang Pahang itu pun minta bantu kapada Imam Perang Muhammad Akil. Imam Perang Muhammad Akil telah pergi membantu memerangi Kubu Masjid. Dalam pertem- poran di-Kubu Masjid itu-lah Imam Perang Muhammad Akil telah mati tertembak. Mayat-nya telah di-bawa ka-Kelang dan telah di-kuborkan dekat masjid di-Kelang. Pada masa itu telah tmerebak pula penyakit chachar dan sakit perut dalam kumpulan askar2 Pahang itu sa-hingga ramai di-antara mereka yang telah mati oleh penyakit itu. Sa-telah Imam Perang Muhammad Akil meninggal dunia, Khatib Bahrain di-angkat menggantikan-nya jadi ketua askar2 pehak Tengku Kudin yang bersatu dengan askar2 Imam Perang Mahkota itu. Dalam bulan November tahun 1873 itu juga, sementara orang2 Pahang yang di-bantu oleh askar2 Tengku Kudin menyerang dan mengalahkan Kuala Selangor dan lain2 tempat di-Selangor barat itu, orang2 Pahang di-darat Selangor yang di-ketuakan oleh Imam Perang Indera Gajah dan Haji Muhammad Nur itu telah menyerang kubu2 pehak Raja Mahdi di-Kanching. Dalam pertemporan di-Kanching itu, To’ Gajah telah menghadapi perlawanan yang hebat dari orang2 pehak Raja Mahdi yang terdiri daripada orang2 Melayu Selangor, orang2 Melayu Men- dahiling dan orang2 China. Tetapi dengan helah Haji Muhammad Nur serta sa-bilangan ramai orang besar2 Pahang, mereka telah dapat menawan tiga buah kubu musoh mereka di-Kanching itu. Dalam pertemporan2 di-Kanching itu Haji Muhammad Nur telah dapat bantuan daripada sa-orang China orang Kapitan Yap Ah Loy bernama Ah Chin yang membawa tujoh puloh orang China membantu orang2 Pahang ith. Orang2 China itu telah menggunakan sa-jenis meriam buloh di-isi ubat bedil di-pangkal-nya dan damar berapi di-hujong-nya (saperti “roket 128 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) api”) lalu di-tembakkan dan telah membakar rumah? di-Kanching: askar2 Pahang pun masok ka-kampong itu Jalu membunoh beberapa ramai orang2 di-situ, dan dapat-lah mereka menawan Kanching — ia-itu dalam bulan November tahun 1873, Lepas Perang Kanching itu, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Pahlawan Semantan dari angkatan To’ Gajah itu, telah bertolak pergi ka-Kuala Selangor membantu Khatib Bahrain di-sana pula. To’ Gajah dan Haji Muhammad Nur dengan angkatan Pahang yang ramai orang-nya itu bergerak lagi meredah hutan2 menuju ka-Ulu Selangor. Dalam perjalanan itu mereka telah menawan Rawang, Serendah dan di-Ulu Yam mereka telah bertempor dengan orang2 Raja Asal yang berkubu di-situ. Tetapi tiada lama bertempor, Ulu Yam pun kalah, Raja Asal telah lari meninggalkan tempat itu. Angkatan To’ Gajah itu mara lagi ka-utara, dan dengan tiada menemui apa2 perlawanan, mereka telah dapat menawan Kuala Kubu, tempat pertahanan Saiyid Mashhor yang terkenal dahulu. Walau pun demikian-tetapi orang2 pehak Raja Mahdi memang ada menyembunyikan diri di-sekitar tempat itu. Pada masa di-Kuala Kubu itu, merebak pula penyakit chachar (ketumbohan) dalam pasokan orang2 Pahang. Oleh sebab takutkan sangat kapada penyakit berjangkit itu, To’ Gajah pun balek ka-Pahang, meninggalkan pasokan-nya di-Kuala Kubu itu di-bawah ketuaan Orang Kaya Chenor dan Haji Muhammad Nur. Tiada lama lepas itu, sa-bilangan ramai orang2 Melayu Mendahiling, Rawa dan orang2 China yang menyebelahi pehak Raja Mahdi dan kawan2-nya telah datang menyerang orang2 Pahang di-Kuala Kubu yang di-pimpin oleh Haji Muhammad Nur itu. Tetapi serangan itu tiada berjaya. Apabila sampai berita mengatakan Saiyid Mashhor yang telah lari dari Kuala Selangor pergi ka-Batang Berjuntai itu telah menghantarkan dua puloh koyan beras, senjata2 dan peluru2 ka-Ulu Bernam dengan tujuan hendak mengumpulkan orang2 baharu-nya di-sana. Haji Muhammad Nur pun membawa pasokan Pahang itu ka-Ulu Bernam dengan tujuan hendak menyekat pasokan Saiyid Mashhor. Suatu pertemporan telah berlaku di- antara orang2 Pahang dengan orang2 Saiyid Mashhor dan Tengku Chik Siak di-tempat yang bernama Kampong Haji Mustafa di-Ulu Bernam., Pasokan Saiyid Mashhor telah kalah lalu mereka 129 SEJARAH SELANGOR lari mengundorkan diri ka-Slim (di-negeri Perak) dan di-Slim pun orang? Saiyid Mashhor itu telah di-kalahkan juga oleh orang2 Pahang yang datang mengejar mereka. Saiyid Mashhor lari lagi pergi melindongkan diri kapada Raja Muda Abdullah di-negeri Perak. Di-Slim itu orang2 Pahang telah beroleh rampasan bebe- rapa banyak barang2 dan peluru2 kepunyaan pasokan Sauyid Mashhor. Sejak itu selesai-lah pertemporan2 hebat yang telah di-jalankan oleh askar2 Pahang di-negeri Selangor membantu Tengku Kudin melawan pehak2 Raja Mahdi yang memusohi Tengku Kudin Wakil Yamtuan Selangor. Sutan Bangkulu yang mengetuakan orang2 Melayu Rawa kira2 sa-ramai lima ratus orang di-Kuala Kubu itu telah menyerah diri kapada Haji Muhammad Nur dan penyerahan itu telah di-terima oleh Haji Muhammad Nur yang telah berjanji pula tiada akan membunoh orang2 Rawa pengikut Sutan Bangkulu itu. Sutan Bangkulu dengan orang2 Rawa pengikut2-nya itu telah berkumpul pada suatu tempat perkampongan tiada berapa jauh dari Kuala Kubu. Lepas itu Haji Muhammad Nur telah pergi ka-Kelang berjumpa Tengku Kudin; Orang Kaya Chenor dengan pasokan orang2 Pahang tinggal menjaga Ulu Selangor. Pada masa ini-lah Wan Muhammad, Dato’ Setia Muda, orang besar Jelai, ia-itu anak Maharaja Perba Jelai, dari Pahang datang ka-Selangor membawa kuasa penoh daripada Bendahara Wan Ahmad bagi mengator dan menentukan kedudokan orang besar2 Pahang yang ada di-negeri Selangor masa itu. Tengku Kudin di-Kelang telah mengadakan meshuarat dengan Wan Da, Shaikh Muhammad Taib Minangkabau, Wan Muham- mad orang besar Jelai, Haji Muhammad Nur dan Enche’ Embok. Dalam meshuarat itu telah di-chadangkan ia-itu orang2 Rawa, Sutan Puasa dan orang2-nya hendak-lah di-bunoh semua-nya, kerana mereka itu-lah yang telah melakukan pemberontakan di-negeri Pahang dahulu dan telah mengganggu keamanan di- negeri Selangor pula. Haji Muhammad Nur mula-nya tidak berapa bersetuju hendak melakukan perbuatan yang zalim itu. Tetapi Jain2 orang besar yang ada dalam meshuarat itu telah mendesak supaya chadangan itu di-jalankan; oleh sebab itu Haji Muhammad Nur pun terpaksa menurut sahaja dengan tidak rela. Wan Muhammad orang besar Jelai itu dan Haji Muhammad 130 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Nur serta To’ Muda Sentul, anak Orang Kaya Lipis, yang datang dari Pahang, telah pergi ka-Ulu Selangor bersatu dengan pasokan orang2 Pahang di-sana. Pada suatu hari, Wan Muhammad, orang besar Jelai itu telah menjemput Sutan Bangkulu ketua orang? Rawa itu datang ka- Kuala Kubu kerana hendak berlaga ayam dalam sa-buah gelang- gang yang di-adakan di-situ. Sutan Bangkulu dengan pengiring2- nya sa-ramai tiga puloh orang telah bertolak meninggalkan tempat perkampongan mereka hendak datang ka-Kuala Kubu menyempurnakan jemputan orang besar Pahang itu. Ada kira2 sa-tengah batu lagi hendak sampai ka-Kuala Kubu, tiba2 pasokan orang? Pahang yang di-kepalakan oleh Haji Muhammad Nur dan Enche’ Embok telah menyerang-hendap lalu membunoh Sutan Bangkulu dan orang2 Rawa pengiring-nya itu; hanya dua orang sahaja daripada orang2 Rawa itu yang dapat lari menyela- matkan nyawa. Sementara itu, To’ Muda Sentul dengan sa-pasokan orang2 Pahang lain pula telah datang menyerang ka-tempat perkampongan orang2 Rawa pengikut Sutan Bangkulu itu serta membunoh beberapa ramai orang2 Rawa yang ada di-situ; dan orang2 Pahang itu telah merampas harta benda serta melarikan perempuan2 dan kanak2 dari tempat orang2 Rawa itu. Per- buatan itu ia-lah kerana membalas bela perbuatan orang2 Rawa di-negeri Pahang dahulu. Wan Muhammad orang besar Jelai yang membawa kuasa penoh daripada Bendahara Wan Ahmad Pahang itu telah men- denda semua pendudok2 di-Ulu Selangor jika di-tempat2 mereka itu ada di-jumpai kubu2 perang. Barang siapa yang tidak membayar denda itu, di-jadikan hamba abdi. Orang besar Pahang itu telah dapat mengumpulkan wang denda itu sa-banyak lima belas ribu ringgit dan telah dapat pula merampas beberapa orang perempuan2 di-situ. Lepas membunoh orang2 Rawa beramai-ramai itu, orang besar Jelai itu hendak meneruskan juga hukum denda ka-atas pendudok2 di-Ulu Selangor; tetapi telah di-larang oleh Orang Kaya Chenor dan Haji Muhammad Nur, dan berlaku-lah per- tengkaran di-antara orang besar2 Pahang itu sama sendiri yang hampir pula menumpahkan darah. Orang besar Jelai itu telah mengadu kapada Tengku Kudin; tetapi oleh sebab Tengku Kudin tiada pula menyokong perbuatan orang besar Jelai itu, ia pun kembali balek ka-Pahang dengan membawa beberapa banyak 131 SEJARAH SELANGOR harta rampasan dan sa-kumpulan ramai perempuan2 chantek yang di-dapati-nya di-Ulu Selangor. Pada akhir tahun 1873, orang2 Pahang di-negeri Selangor yang ‘telah berjaé3a membantu Tengku Kudin, bertolak balek ka-hegeri Pahang. Tetapi Haji Muhammad Nur serta beberapa orang orang Pahang yang bekerja dengan-nya, tinggal juga di-Ulu Selangor memungut chukai2 di-situ untok di-berikan kapada Bendahara Wan Ahmad di-Pahang bagi membayar balek per- belanjaan Bendahara itu mengadakan askar2 dan kelengkapan sa-lama berperang membantu Tengku Kudin di-Selangor itu. Orang Kaya Pahlawan Semantan di-letakkan bagi sementara men- jaga Ulu Kelang. (Pada tahun 1875 baharu-lah Haji Muhammad Nur balek ka-Pahang). Sunggoh pun orang2 Pahang yang berperang di-negeri Selangor itu telah balek ka-negeri Pahang, tetapi Raja Mahdi dan kawan2- nya, terutama Raja Mahmud dan Saiyid Mashhor serta beberapa orang daripada putera2 Sultan Abdul Samad sendiri, belum juga mahu berhenti menentang Tengku Kudin. Dan Tengku Kudin pun tetap pula berkeras terus melawan hendak mengalahkan musoh2-nya itu, kerana dia perchaya Kerajaan Inggeris ada berdiri di-belakang-nya, dan Inggeris pula memang telah nampak bahawa dengan jalan menolong Tengku ‘Kudin yang telah mem- punyai kuasa Wakil Yamtuan itu, itu-lah jalan untok menguasai raja2 dan negeri Selangor. Kebetulan pula dalam pada hendak membantu Tengku Kudin itu, berlaku pula perompakan2 laut di-Selat Melaka yang di-katakan oleh Kerajaan Inggeris telah mengganggui perniagaan dan keselamatan ra‘ayat British; jadi, sa-makin bertambah mudah-lah Kerajaan Inggeris menjalankan ranchangan-nya terhadap negeri Selangor dengan .mengatakan bahawa segala kejahatan2 itu terutama di-anjorkan atau di-galak- kan oleh musoh2 Tengku Kudin. Kejadian2 bersejarah yang di-sebutkan di-sini, dapat-lah di-bacha apa yang tersurat sambil memahamkan apa yang tersirat. Pada 4 haribulan November tahun 1873, ia-itu pada masa orang2 Pahang sedang sibok berperang di-Selangor membantu Tengku Kudin melawan musoh2-nya, Sir Andrew Clarke telah sampai ka-Singapura jadi Gabenor Negeri2 Selat menggantikan Sir Harry Ord. Gabenor Clarke yang baharu ini jika di-banding- kan dengan Harry Ord, di-dapati Clarke hendak lebeh segera 132 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) memasokkan pengaroh dan kuasa Kerajaan Inggeris ka-negeri2 Melayu, terutama di-bahagian barat Tanah Melayu, kerana belum pun berapa lama ia memegang jawatan Gabenor itu, banyak pengaduan2 yang telah di-sampaikan kapada-nya berkenaan dengan perompak2 laut di-Selat Melaka yang mendatangkan kerosakan kapada harta benda ra‘ayat British, bahkan ada pula di-antara ra‘ayat2 British itu yang telah di-bunoh oleh perompak2 laut itu. Satu daripada kejadian rompak itu, telah di-jadikan sebab oleh orang2 Inggeris, khas-nya Andrew Clarke, sa-bagai permulaan memasokkan kuasa British ka-negeri Selangor dan mempengarohi raja2-nya. Tambahan pula dalam sa-puchok surat Lord Kimberley, Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan Inggeris masa itu, bertarikh 20 haribulan September tahun 1873 yang telah di-berikan kapada Sir Andrew Clarke di-England sa-belum Clarke datang jadi Gabenor ka-Singapura, ia telah menyuroh Andrew Clarke “terutama menimbangkan patut atau tidak di-lantek sa- orang Residen British dudok dalam mana2 negeri Melayu.” Pada 16 haribulan November tahun 1873, sa-buah perahu sekochi yang bermuat barang2 dagangan, membawa anak2 sekochi sa-ramai enam orang, termasok sa-orang nakhoda-nya bernama Haji Abdul Rahman, serta tiga orang penumpang orang2 China, telah bertolak dari Langat (Bandar Termasa) hendak belayar balek ka-Melaka. Sementara menantikan angin, sekochi itu telah berlaboh di-kuala Sungai Jugra, tiada~ berapa jauh daripada kubu Raja Ya‘akub (di-panggil juga Tengku Alang) putera Sultan Abdul Samad. Sekochi itu di-punyai oleh sa-orang Melayu Melaka bernama Muhammad bin Hasan, jpar Haji Abdul Rahman nakhoda sekochi itu. Lebeh kurang pada pukul lima petang, datang dua buah perahu dari Langat berisi dua puloh orang di-dalam-nya mengejar sekochi Melaka itu. Orang2 dari dua buah perahu itu telah menyerang sekochi Melaka itu lalu membunoh orang? di-dalam- nya, ia-itu tiga orang penumpang2 China itu serta lima orang anak2 sekochi itu; hanya sa-orang sahaja anak sekochi itu, bernama Mat Said (Mat Syed), telah dapat melarikan diri terjun ka-dalam ayer lalu bersembunyi di-bawah kemudi sekochi itu. Segala barang dagangan dalam sekochi itu telah di-bawa oleh perompak2 itu balek ka-Langat. Apabila hari gelap, Mat Said pun berenang ka-tepi (lebeh kurang sa-jauh enam ratus ela), 133 SEJARAH SELANGOR bersembunyi pula di-bawah pangkalan tempat naik ka-kubu Raja Ya‘akub. Kemudian Mat Said telah di-tolong oleh beberapa orang Bugis dalam sa-buah perahu yang lalu di-situ. Orang2 Bugis itu telah menyerahkan Mat Said kapada Tengku Alang (Raja Ya‘akub), dan kemudian-nya Mat Said di-serahkan pula kapada Sultan Abdul Samad. Tetapi mujor-lah ia tidak di-penga- pakan mereka; sa-kadarkan tatkala di-tanya oleh Tengku Alang ada-kah dia kenal pembunoh?2 itu, Mat Said mangatakan dia kenal, dan langsong-lah Tengku Alang menyuroh dia diam. Pada 18 haribulan November tahun 1873, Muhammad bin Hasan yang telah dapat tahu hal sekochi-nya telah kena rompak itu, membuat pengaduan kapada maijistret di-Melaka bernama EE. Isemonger. Pada hari itu juga Kaptan Shaw, Lt.-Gabenor Melaka telah memberi tahu kapada Setiausaha Kerajaan Negeri2 Selat di-Singapura berkenaan dengan kejadian itu; sambil itu Kaptan Shaw telah memberi sa-puchok surat pula kapada Muhammad bin Hasan supaya di-sampaikan-nya kapada Sultan Abdul Samad di-Langat. Dalam surat itu Kaptan Shaw minta Sultan Abdul Samad lepaskan Mat Said dan tangkap perompak2 yang telah merompak sekochi Melaka itu. Sa-telah Sultan Abdul Samad menerima surat daripada Lt.-Gabenor Melaka itu, baginda pun melepaskan Mat Said balek ka-Melaka bersama-sama dengan Muhammad bin Hasan tuan punya sekochi itu. Di-Melaka Mat Said telah memberikan keterangan2-nya mengenai rompakan dan pembunohan itu, dan telah membabitkan Raja Ya‘akub (Tengku Alang) ada champor tangan dalam kejadian itu. Penyiasatan2 yang telah di-jalankan oleh Kerajaan Inggeris mengenai hal itu telah berlanjutan hingga masok ka-tahun 1874. Dengan kete- rangan2 yang di-dapati daripada Mat Said, delapan orang yang telah di-shak melakukan rompakan dan pembunohan di-Langat itu, telah dapat di-tangkap di-Melaka tatkala mereka datang berdagang ka-Melaka, dan mereka akan di-bicharakan. 1874. Pada 11 haribulan Januari tahun 1874, rumah api di- Tanjong Tuan yang telah di-bangunkan oleh Kerajaan Inggeris dengan kebenaran Sultan Abdul Samad dalam tahun 1872 dahulu, telah di-serang oleh perompak2, tetapi serangan itu tidak berjaya. Kerajaan Inggeris perchaya bahawa perompak2 itu ia-lah orang2 Raja Mahmud Langat, Raja Bot Lukut, atau Tengku Alang 134 ‘SULTAN ABDUL SAMAD (1859-1898) (Raja Ya‘akub). Kejadian itu telah di-beritahukan oleh Kaptan Shaw ka-Singapura. Apabila Gabenor Andrew Clarke balek ka-Singapura sa-telah membuat Perjanjian Pangkor (20 Januari, 1874), di-dapati-nya Naib-Admiral Sir Charles Shadwell, ketua pemerentah Pangkaian Tentera Laut British di-Laut China, telah sampai ka-Singapura dengan beberapa buah kapal2 perang-nya. Gabenor Clarke telah berunding dengan Naib-Admiral itu berkenaan dengan ranchang- an yang akan di-jalankan oleh Gabenor itu terhadap negeri Selangor. Oleh sebab kejadian rompak di-Langat itu hendak di-jadikan oleh Andrew Clarke sa-bagai jalan bagi menghidup- kan pengaroh British di-negeri Selangor, maka khabar2 angin yang mengatakan putera Sultan Abdul Samad ada champor tangan dalam rompakan itu, telah di-pegang oleh Gabenor itu untok menjalankan dasar yang sedang di-pakai oleh Kerajaan Inggeris masa itu, ia-itu menggerakkan langsong langkah2 bagi menguatkan kedudokan Tengku Kudin di-Selangor. Kedatangan kapal2 perang British ka-perayeran Semenanjong Tanah Melayu yang di-bawa oleh Shadwell itu telah di-gunakan pula oleh Andrew Clarke sa-bagai peluang untok melaksanakan ranchangan- nya ka-negeri Selangor itu. Gabenor Clarke telah meminta Shadwell menghantarkan kapal2 perang-nya itu pergi ka-Selangor untok menakutkan Sultan Abdul Samad akan kekuatan Kerajaan Inggeris, dan untok memudahkan memberi pertolongan kapada Tengku Kudin membinasakan kubu2 di-kuala Sungai Jugra dekat Langat, serta menangkap orang2 yang di-shak jadi ketua perompak2 itu, termasok-lah ipar Tengku Kudin sendiri, ia-itu Raja Ya‘akub (Tengku Alang). Mula-nya, delapan orang yang telah di-tangkap dan di-tudoh melakukan rompakan di-Langat itu hendak di-bicharakan di- Melaka. Tetapi, kemudian-nya, mengikut kehendak Gabenor Sir Andrew Clarke, menurut ranchangan-nya, perbicharaan itu hendak-lah di-jalankan di-tempat berlaku-nya rompakan itu juga, ia-itu di-negeri Selangor, dan di-katakan juga ia-lah kerana permintaan daripada pehak2 berkuasa Kerajaan Selangor sendiri; kerana jika perbicharaan itu di-jalankan di-Melaka, tentu-lah tiada akan memberi apa2 kesan kapada Sultan Selangor. Gabenor Andrew Clarke sendiri akan pergi ka-Selangor mengatorkan perbicharaan itu. 135 SEJARAH SELANGOR Pada 6 haribulan Februari tahun 1874, kapal2 perang British yang di-bawah perentah Naib-Admiral Sir Charles Shadwell itu telah sampai ka-Selangor; dua buah daripada kapal2 perang itu telah berlaboh tiada jauh dari persimpangan Sungai Langat dengan Sungai Jugra, dan dua buah kapal perang yang lain-nya pula telah pergi ka-Sungai Kelang.Gabenor Andrew Clarke telah bertolak dari Singapura pergi ka-Selangor dengan kapal Pluto. Di-antara pegawai2 Inggeris yang bersama-sama dengan Gabenor itu datang ka-Selangor ia-lah Major MacNair, Thomas Braddell dan Naib-Admiral itu sendiri. Gabenor Clarke telah mendarat Ka-Langat pada 9 haribulan Februari (1874) dan telah di-sambut oleh Sultan Abdul Samad serta putera2 baginda Raja Ya‘akub, Raja Kahar dan Raja Musa (yang baharu balek dari negeri Perak) serta orang besar2 Selangor ia-itu Dato’ Aru, Penggawa Permatang, Penggawa Muda, Panglima Besar, Orang Kaya Kechil, Penghulu Jeram dan Penghulu Dagang. Dengan permintaan Gabenor itu sendiri, ia bersama-sama dengan Naib-Admiral Shadwell, Thomas Braddell dan Major MacNair serta Edikong Gabenor itu telah di-bawa ka-sabuah bilek yang tiada berapa besar, dan di-situ mereka telah beramah- tamah dengan ‘Sultan Abdul Samad serta tiga orang putera2 baginda itu dan lebeh kurang delapan atau sa-puloh orang orang besar2 Selangor ada juga bersama-sama. Dalam pertemuan itu Gabenor Clarke telah menyatakan tujuan kedatangan-nya ka-negeri Selangor itu, dan telah menyatakan pula kapada Sultan Abdul Samad betapa baik-nya bagi baginda, bagi keluarga baginda dan bagi kebaikan negeri Selangor juga jika baginda membantu menantu baginda Tengku Kudin melawan perompak2 di-negeri baginda sendiri; dan Gabenor itu menyata- kan lagi: kedatangan-nya itu ia-lah kerana hendak menyelesaikan hal rompakan yang telah berlaku itu dengan aman-damai. Dalam pertemuan itu Raja Ya‘akub telah mengatakan kapada Gabenor itu ia-itu semua kekachauan yang berlaku di-negeri Selangor itu ia-lah di-sebabkan oleh Tengku Kudin. Tetapi telah di-jawab oleh Gabenor itu dengan chara menyindir, bertanyakan pula: ada-kah Tengku Kudin itu maseh lagi jadi Wakil Yamtuan bagi negeri Selangor atau tidak? Pertanyaan Gabenor itu, mula- nya Raja Ya‘akub menjawab menidakkan Tengku Kudin sa-bagai Wakil Yamtuan itu. Tetapi tiada lama kemudian, sa-telah berlaku 136 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) soal-jawab dengan Gabenor itu, Raja Ya‘akub pun membenar- kan pula Tengku Kudin ia-lah Wakil Yamtuan bagi negeri Selangor. Gabenor Clarke telah bertanya pula kapada Sultan Abdul Samad: ada-kah keperchayaan yang telah baginda berikan kapada Tengku Kudin itu telah di-langgar oleh Tengku Kudin? Baginda telah menjawab dan menerangkan kapada Gabenor itu: ber- kenaan dengan kerja2 yang telah di-buat oleh Tengku Kudin sa-lama ini, ta’ ada yang hendak di-marahkan baginda; melainkan ada satu perkara yang baginda merasa terkilan, ia-itu telah dua tahun lama-nya Tengku Kudin tiada pernah membawa isteri-nya (puteri baginda) berjumpa baginda. Daripada perchakapan2 yang’ telah di-buat dalam pertemuan itu, Gabenor Clarke merasa Sultan Abdul Samad itu memang boleh memerentahkan negeri Selangor jika sa-kira-nya baginda mahu mengambil berat. Sa-telah itu Gabenor Clarke telah meminta hendak berjumpa dengan Tengku Kudin (yang belum pernah di-jumpai-nya) dan sa-telah berjumpa mereka telah berunding panjang. Hasil daripada perundingan itu: bertambah terang-lah kapada Gabenor itu pada keselurohannnya akan kedudokan Tengku Kudin di-negeri Selangor, dan tetap-lah Gabenor itu hendak meneruskan pertolongan Kerajaan Inggeris kapada Tengku Kudin. Pada permulaan berjumpa dengan Gabenor Andrew Clarke itu, Raja Ya‘akub dan Raja Musa Kelihatan gelisah, kerana mereka mengagak kedatangan Gabenor itu ia-lah kerana hendak mengangkat Tengku Kudin jadi Sultan Selangor. Tetapi sa- telah mereka mendengar keterangan Gabenor itu, baharu-lah hilang kegelisahan itu. Gabenor itu telah menyatakan: walau pun Inggeris akan meneruskan pertolongan-nya kapada Tengku Kudin, tidak-lah pula akan menjejaskan hak Raja Musa sa-bagai bakal menaiki takhta Kerajaan Selangor. Dalam pada itu nyata- lah langkah2 yang di-ambil oleh Andrew Clarke di-Selangor itu ia-lah hendak menunjokkan kapada ramai supaya Tengku Kudin itu di-pandang sa-bagai pemerentah Selangor yang di-bantu oleh Sultan dan Gabenor dalam sa-barang tindakan-nya melawan perompak2 atau orang besar2 yang bersekutu dengan perompak2 itu. Dalam meshuarat di-antara Gabenor Andrew Clarke dengan 137 SEJARAH SELANGOR Sultan Abdul Samad dan orang besar2 Selangor yang telah di-adakan pada 10 haribulan Februari (1874), Gabenor itu telah menetapkan: perbicharaan bagi delapan orang perompak2 itu hendak-lah di-jalankan dalam mahkamah kerajaan Melayu di- Selangor di-bawah naungan keadilan Sultan-nya yang memegang kedaulatan di-negeri itu. Dua orang pegawai British akan meng- hadhiri perbicharaan itu sa-bagai pemerhati. Gabenor itu telah memberitahu juga ia-itu hendak-lah Sultan Abdul Samad menyurohkan putera baginda Raja Ya‘akub itu hadhir sama dji-mahkamah perbicharaan itu dengan membawa semua bukti2 yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dalam kejadian rompak itu. Berpandukan kapada kehendak Gabenor itu, pada hari itu juga, Sultan Abdul Samad telah melantek empat orang jadi hakim bagi perbicharaan itu ia-itu: Tengku Kudin sa-bagai wakil baginda, Dato’ Aru, Penghulu Dagang dan sa-orang ketua orang2 China di-Langat bernama See Kang. Dan Gabenor Clarke telah mengangkat dua orang pegawai British ia-itu Major MacNair dan J.G. Davidson jadi ahli dalam sa-buah badan Surohanjaya yang akan memerhatikan perbicharaan itu di-jalankan dengan adil, tetapi mereka tidak di-benarkan mengambil bahagian yang chergas dalam perbicharaan itu sendiri. J.G. Davidson itu ja-lah sa-orang peguam di-Singapura yang telah jadi penasihat undang2 kapada Tengku Kudin dan juga membantu memberi wang kapada Tengku Kudin sejak beberapa tahun Jalu pada masa perang saudara di-Selangor itu. Telah di-tetapkan juga, perbicharaan itu akan di-mulakan pada 12 haribulan Februari (1874) dalam kubu di-kuala Sungai Jugra. Sa-telah atoran2 perbicharaan itu di-atorkan, esok-nya, pada 11 haribulan Februari (1874), Gabenor Sir Andrew Clarke pun bertolak dengan kapal Pluto meninggalkan Langat balek ka- Singapura. (Beliau telah sampai balek ka-Singapura pada 13 haribulan Februari, 1874). Perbicharaan yang telah di-tetapkan hendak di-mulakan pada 12 haribulan Februari (1874) itu pun telah di-tanggohkan pula ka-esok-nya, 13 haribulan Februari (1874), baharu-lah mula di-jalankan, dan perbicharaan itu telah berjalan selama tiga hari, ia-itu sampai 15 haribulan Februari (1874), Keputusan hakim dalam perbicharaan itu ia-lah: mahkamah itu tiada memperoleh apa2 bukti yang menunjokkan Raja Ya‘akub meng- 138 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) anjorkan pekerjaan yang jahat itu (merompak dan membunoh). Delapan orang yang telah di-tudoh melakukan rompakan dan pembunohan itu di-dapati bersalah dan telah di-jatohkan hukum bunoh sampai mati; tetapi sa-orang daripada yang berlapan itu telah di-ampunkan, kerana maseh sangat muda belum sempurna akal, belum dewasa. Esok-nya, pada pukul sa-belas pagi, 16 haribulan Februari (1874), ketujoh-tujoh orang itu pun di-bunoh dalam kubu di-kuala Sungai Jugra mengikut chara Melayu ia-itu di-tikam hingga mati dengan keris yang telah d-berikan oleh Sultan Abdul Samad semalam. Sa-telah selesai perbicharaan itu, ahli2 Surohanjaya Inggeris itu telah memberi ingat dengan keras kapada Raja Ya‘akub dan Raja Kahar berkenaan dengan gerak-geri dan kelakuan mereka yang di-churigai oleh Inggeris. Pegawai2 Inggeris itu juga telah menaksirkan kerugian yang telah di-tanggong oleh ra‘ayat2 British berhubong dengan rompakan itu ia-lah sa-banyak $5,000/- dan Sultan Abdul Samad telah di-tuntut membayar wang sa- banyak itu. Pembayaran sa-banyak yang di-tuntut itu telah di-jelaskan oleh baginda dengan beberapa buah bidor2 timah yang ada dalam simpanan di-istana baginda. Lepas itu, di-kata- kan “dengan permintaan Sultan Selangor sendiri” kubu2 yang ada di-tebing2 sungai itu pun di-bakar dan di-rosakkan dan senapang2 habis di-binasakan. Ahli2 Surohanjaya Inggeris itu juga telah membuat sa-buah penyata yang di-serahkan kapada Kerajaan Inggeris. Dalam penyata itu antara Jain2 menyebutkan: sakalian raja2 dan orang besar2 dalam negeri Selangor itu suka sangat hendak mendapat sa-orang pegawai British diam bersama-sama mereka memberi nasihat dan menolong mereka dalam pekerjaan memerentah negeri, dan mereka ada mendengar Tengku Kudin sendiri telah meminta sa-orang pegawai British datang ka-Selangor. Berkenaan dengan Tengku Kudin telah meminta pegawai British datang ka-Selangor itu, sa-benar-nya dalam surat ber- tarikh pada 20 haribulan September tahun 1873 yang telah di-berikan oleh Lord Kimberley kapada Sir Andrew Clarke di-England fasal hendak meletakkan Residen British di-negeri Melayu itu, ia-itu sa-belum Clarke sampai ka-Singapura, ada pula Lord Kimberley menulis dalam surat itu menyebutkan Tengku Kudin suka hendak dapat pertolongan daripada Kerajaan 139 SEJARAH SELANGOR Inggeris menyelesaikan pergadohan2 dalam negeri Selangor; jika ia tiada dapat pertolongan daripada kerajaan Inggeris Tengku Kudin akan meminta pertolongan daripada kerajaan di-Eropah yang lain pula. Pada masa kapal2 perang Inggeris berjaga-jaga dekat Langat waktu perbicharaan perompak2 itu di-jalankan, ada juga berita angin mengatakan: pada masa itu Raja Mahdi, Raja Mahmud dan kawan2 mereka yang menentang Tengku Kudin itu, ada di-istana Sultan Abdul Samad; dan ada pula khabar angin mengatakan perompak2 di-Langat itu pun sa-benar-nya di-anjor- kan oleh Raja Mahdi, Raja Mahmud dan Raja Laut. Tetapi sa-jauh mana kebenaran berita2 angin itu tiada-lah dapat di-sahkan. Berkenaan dengan hendak menghantar Residen British ka- negeri Selangor itu, terpaksa-lah Gabenor Andrew Clarke menan- tikan keputusan perentah daripada Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan British di-England, dan keputusan perentah itu beberapa bulan kemudian baharu di-terima oleh Gabenor Clarke, kerana Lord Kimberley telah di-gantikan oleh Lord Carnavon jadi Setia- usaha Negara Bagi Tanah Jajahan British, dan Lord Camavon itu tidak-lah pula mahu dengan serta merta menerima sahaja sa-suatu perubahan mengenai dasar2 pemerentahan di-jajahan2 British itu jika bukan terbit daripada daya utama-nya sendiri. Sejak balek dari Langat dalam bulan Februari (1874) itu hingga bulan Jun tahun itu, Gabenor Andrew Clarke maseh lagi “menghadkan champoran-nya dalam hal ehwal pemeren- tahan negeri Selangor kapada perkara2 yang mengukohkan per- sahabatan dengan Sultan dan orang besar2 negeri itu sahaja, supaya kelolaan yang lebeh chergas dari pehak Kerajaan Inggeris yang lambat laun akan di-kenakan juga ka-atas mereka itu, akan lebeh mudah dapat di-masokkan dan di-terima oleh Sultan dan orang besar2 Selangor; demikian juga supaya jangan lagi berbalek di-lakukan adat2 burok dan pekerjaan2 jahat saperti dahulu itu,” Gabenor Sir Andrew Clarke merasa bahawa keadaan di-Sela- ngor masa itu sangat berhajat kapada champor tangan British dengan serta merta; tetapi ia tiada berapa yakin hendak memula- kan hal itu dengan memandai-mandai sendiri sahaja. Ia lebeh suka memerhatikan sahaja dahulu bagaimana jadi-nya jika di- 140 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) biarkan orang besar2 Selangor itu berbuat dan memileh ikut suka hati mereka sendiri. Dalam bulan Julai tahun 1874 Sultan Abdul Samad telah meminta kapada Gabenor Negeri2 Selat mengatorkan suatu peratoran menchukai barang2 yang di-bawa masok dari Negeri2 Selat ka-negeri Selangor, dan menetapkan gaji Penghulu Dagang yang telah di-beri tugas memereksa orang2 dari Negeri2 Selat yang masok ka-negeri Selangor. Dalam bulan Julai itu juga (1874) telah berlaku pula suatu tompakan di-tempat yang bernama Kuala Labu; tempat itu jauh- nya kira2 tiga puloh lima batu dari Langat, dan ada khabar2 angin mengatakan perbuatan jahat itu di-lakukan oleh orang2 Raja Mahdi dan Raja Mahmud. Apabila kejadian itu di-beri tahukan ka-Singapura, Gabenor Clarke pun datang ka-Kelang dengan kapal Pluto dan Avon. Sampai ka-Kelang, Gabenor Clarke telah bermeshuarat dengan Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad. Keputusan meshuarat itu, mereka sama2_bersetuju menentang perompak2 di-Kuala Labu itu. Orang2 Tengku Kudin dengan di-bantu oleh kapal2 Kerajaan Inggeris telah menjalankan kerja menchari-chari dan melawan perompak2 itu; dan Gabenor itu telah memberitahu juga kapada Dato’ Kelana Sungai Ujong supaya dato’ itu mengarahkan bantuan-nya pula dari Sungai Ujong membantu Tengku Kudin. Sa-telah selesai menjalankan tindakan menchari dan melawan perompak2 di-Kuala Labu itu, hasil daripada meshuarat di-Kelang itu juga, apabila Gabenor Clarke balek ka-Singapura, ia telah menghantarkan sa-orang pegawai pentadbir awam Negeri2 Selat di-Singapura, bernama Frank Swettenham, dengan pangkat Penolong Residen pergi ka-Selangor jadi penasihat yang bukan rasmi kapada Sultan Abdul Samad. Frank Swettenham telah bertolak dari Singapura dengan kapal Hart pada 12 haribulan Ogos tahun 1874; singgah sa-bentar ka-Melaka mengambil mata2 Melayu sa-ramai 20 orang, lalu pergi ka-Langat (Bandar Termasa) memegang jawatan-nya itu, dan mula-lah Swettenham bekerja sa-bagai penasihat kapada Sultan Abdul Samad, ya‘ani mula-lah kuasa Inggeris bertambah mendalam di-masokkan ka-negeri Selangor. Pada 4 haribulan September tahun 1874, baharu-lah Lord Carnavon, Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan British di- London mengutus surat memberi kuasa kapada Gabenor Sir 141 SEJARAH SELANGOR Andrew Clarke di-Singapura boleh melantek Residen British di-negeri Perak dan Selangor. Dalam Majlis Meshuarat Undangan Negeri2 Selat yang telah di-adakan di-Singapura pada 15 haribulan September tahun 1874, Gabenor Andrew Clarke telah menerangkan dalam sidang meshuarat itu fasal ia telah meletakkan sa-orang pegawai-nya bernama Frank Swettenham di-Langat bagi menasihatkan raja2 dan orang besar2 di-Selangor dalam hal memerentahkan negeri. Berhubong dengan kedatangan Swettenham ka-Langat itu, Sultan Abdul Samad telah mengutus kapada Gabenor Andrew Clarke, dan dalam surat itu baginda mengatakan lebeh kurang demikian maksud-nya (di-terjemahkan balek dari terjemahan bahasa Inggeris-nya):- Sangat-lah beta menerima kaseh kapada sahabat beta yang telah meng- hantarkan sa-orang pegawai Inggeris ka-negeri Selangor ia-itu dengan pilehan sahabat beta sendiri. Pegawai yang sahabat beta hantarkan itu terlalu pandai; dan juga terlalu pandai dalam hal adat pemerentahan Melayu dan pandai pula mengambil hati raja2 Melayu dengan tutor kata-nya yang manis dan lemah-lembut itu. Oleh sebab itu sakalian orang dalam Selangor kaseh dan sayang akan dia, sa-olah2 bunga yang sedang kembang semerbak bau-nya. Mengenai Swettenham itu, bukan-lah Sultan Abdul Samad sa-kadar memuji-muji bagitu sahaja, bahkan baginda telah mena- warkan pula hendak membayar sendiri gaji Swettenham sa-banyak $1,000/- sa-bulan (suatu nilaian yang banyak masa itu). Sejak Sultan Abdul Samad berchampor dan menerima nasihat daripada Frank Swettenham, pada 3 haribulan Oktober (1874) Sultan Abdul Samad telah mengutus surat pula kapada Gabenor Andrew Clarke menawarkan supaya negeri Selangor di-masok- kan ka-bawah naungan British. Dalam surat baginda itu, antara Jain2, baginda telah menyatakan demikian maksud-nya (ter- jemahan dari bahasa Inggeris-nya):- Berhubong dengan kemahuan sahabat beta berkehendakkan beta mema- soki suatu ikatan supaya sahabat beta memungut hasil dalam negeri beta ini, sangat-lah beta bersukachita, tetapi hendak-lah dengan sharat sahabat beta membetulkan negeri beta dan baharu-lah memungut hasil-nya. Surat ini, yang terchap dengan mohor beta sendiri, itu-lah alamat menunjokkan keperchayaan beta akan pertolongan yang akan sahabat beta berikan kapada beta itu, dan berkenaan dengan membuka negeri beta ini serta 142 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) memungut hasil-nya beta serahkan segala-nya ka-tangan sahabat beta, kerana daripada sekarang ini kita telah bersahabat baik, dan beta per- chaya sahabat beta akan memberikan segala pertolongan kapada beta dalam perkara ini. Daripada sekarang ini negeri beta sudah terjauh dari- pada pergadohan2, dan beta hanya becharapkan kapada sahabat beta supaya negeri beta dalam aman sejahtera ........... Sa-telah menerima kuasa daripada Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan British di-London, dan sa-telah menerima surat daripada Sultan Abdul Samad itu, pada 18 haribulan November (1874), Kerajaan Inggeris di-Negeri2 Selat telah mengumumkan bahawa Sultan Abdul Samad telah bersetuju hendak membuka negeri Selangor dan memasokkan negeri itu ka-bawah naungan British. Dalam bulan Disember tahun itu juga (1874), Raja (Haji) Mahmud dan Dato’ Bandar Sungai Ujong (Dato’ Bandar Tunggal, nama-nya Abdullah bin Ahmad, bermusoh dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong yang di-bantu British) yang pada masa itu ada di-sekitar tempat yang bernama Labu (di-Sungai Ujong) telah memberitahu kapada Sultan Abdul Samad di-Selangor akan tempat mereka bersembunyi (Raja Mahmud dan Dato’ Bandar), Sultan Abdul Samad telah memberitahu pula hal itu kapada Frank Swettenham dan baginda mengatakan kapada Swettenham: ini-lah ketika-nya pehak Inggeris akan menerima orang? itu (Raja Mahmud dan Dato’ Bandar) menyerahkan diri kapada Inggeris. Tetapi tiada lama lepas itu, Dato’ Bandar dan Raja Mahmud sendiri telah datang ka-Langat menumpang tinggal pada Dato’ Dagang. Kemudian, dengan permintaan Dato’ Bandar kapada Dato’ Dagang, Dato’ Dagang telah pergi berjumpa Swettenham meminta kapada Swettenham supaya membenarkan Dato’ Bandar membuat rumah dan tinggal di-Langat, sambil Dato’ Dagang menghulorkan wang pemberian daripada Dato’ Bandar kapada Swettenham sa-banyak $1,000/- dan berjanji pula Dato’ Bandar akan menambah pemberian itu sa-banyak $19,000/- lagi hingga menchukupi $20,000/- asal sahaja Swettenham mahu membenar- kan Dato’ Bandar itu tinggal di-Langat. Swettenham telah menolak pemberian itu sambil mengatakan bahawa perbuatan itu ia-lah rasuah, suatu perbuatan yang sangat hina. Tiada berapa lama lepas itu, Dato’ Bandar sendiri dengan di- iringkan oleh Raja Mahmud datang berjumpa Frank Swettenham mengulangi pengakuan-nya saperti yang di-katakan oleh Dato’ 143 SEJARAH SELANGOR Dagang itu. Itu pun telah di-tolak juga oleh Swettenham. Sa-balek- nya, Swettenham telah mengajak Dato’ Bandar dan Raja Mahinud bersama-sama-nya pergi ka-Singapura, dan ajakan Swettenham itu telah di-persetujui oleh kedua-nya. Pada 21 haribulan Disember (1874) Dato’ Bandar dan Raja Mahmud bersama-sama dengan Frank Swettenham telah sampai ka-Singapura lalu berjumpa Gabenor Sir Andrew Clarke, dan kedua-nya pun menyerahkan diri kapada Kerajaan Inggeris dengan tiada bersharat. Kedua-nya telah di-hukum tinggal di- Singapura dan tiada boleh keluar dari Singapura sa-lama sa-tahun jika tidak dengan kebenaran Gabenor di-Singapura. Kerajaan Inggeris telah memberi mereka rumah tempat tinggal di-Singapura dan masing2 di-beri penchen pula. Dato’ Bandar Tunggal (Abdullah bin Ahmad) yang telah luchut daripada jawatan Dato’ Bandar di-Sungai Ujong itu langsong diam di-Singapura hingga beliau meninggal dunia di-Singapura. Raja Mahmud yang sa-lama ini menyebelahi Raja Mahdi, dan telah sekian lama pula menentang pehak Tengku Kudin yang di-bantu oleh Inggeris itu, tiada lama lepas itu telah jadi sahabat baik Frank Swettenham dan telah bersama-sama dengan Swetten- ham, menyebelahi Inggeris, pada masa huru-hara di-negeri Perak yang berakhir dengan Perang Perak. Gabenor Sir Andrew Clarke telah memberi tahu ka-London fasal Dato’ Bandar Tunggal Sungai Ujong dan Raja Mahmud telah menyerah diri itu. Pada masa itu Raja Mahdi tidak ada di-negeri Selangor atau di-Negeri Sembilan; beliau telah pergi dan diam di-Muar Gohor) dan walau pun beliau telah di-pujok juga supaya mahu menerima penchen dan tidak lagi akan membangkitkan apa2 kachau, tetapi beliau tetap juga menolak tiada mahu menerima penchen itu, dan terus juga menuntut hak-nya terhadap Kelang, serta membuat perhubongan dengan kawan2-nya menganjorkan supaya mereka meneruskan perjuangan menentang Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad yang telah memasokkan negeri Selangor ka-bawah perentah orang2 Inggeris. Sa-belum Dato’ Bandar Tunggal dan Raja Mahmud itu sampai ka-Singapura, pada 14 haribulan Disember tahun 1874, Gabenor Andrew Clarke telah memberitahu ka-London dan mengumum- kan perlantekan beberapa orang pegawai2 Inggeris, ia-itu: J.W.W. Birch jadi Residen British di-negeri Perak; Kaptan Speedy jadi 144 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Penolong Residen di-negeri Perak; Frank Swettenham jadi Residen British di-negeri Selangor, dan Kaptan W.T. Tatham jadi Penolong Residen di-Sungai Ujong. Tetapi oleh sebab ada pehak2 (di- Negeri2 Selat) yang membangkang perlantekan Frank Swettenham di-jadikan Residen British itu kerana ia maseh terlalu muda untok menjawat jawatan itu (dia baharu berumor 24 tahun), pada 30 haribulan Disember (1874), dengan bergopoh-gopoh Gabenor Andrew Clarke mengutus ka-London menyerahkan pula pindaan perlantekan Swettenham itu, ia-itu di-pinda: J.G. Davidson, yang telah bekerja sa-bagai penasihat kapada Tengku Kudin sa-lama tiga tahun, di-jadikan Residen British Selangor dan di-tetapkan bekerja bersama-sama Tengku Kudin juga (di- Kelang); dan Frank Swettenham, walau pun semua kerja2-nya memuaskan hati Gabenor itu, di-jadikan Penolong Residen di-Selangor, dan di-tetapkan dudok di-Langat juga bekerja dengan Sultan Selangor (Sultan Abdul Samad). 1875. Pada permulaan tahun 1875. J.G. Davidson, Residen British yang pertama di-negeri Selangor itu dengan Tengku Kudin telah membentok sa-buah pusat pemerentahan di-Kelang bagi mentadbirkan seluroh negeri Selangor. Langkah yang mula2 sa-kali di-usahakan mereka ia-lah membesarkan pasokan polis, dan mengembalikan orang2 yang telah meninggalkan kampong halaman mereka pada masa perang dahulu serta membaiki ekonomi negeri itu. Pada awal tahun 1875 itu juga, sa-orang askar dari pasokan Inggeris di-Melaka, bernama H. Charles Syers, telah berhenti daripada pasokan askar-nya itu, lalu di-jadikan inspektor polis, mengetuakan pasokan polis di-Kuala Lumpur. Dalam bulan Mach tahun itu juga (1875), Inspektor Syers telah pergi ka-Kelang, dan di-dapati-nya askar2 Tengku Kudin sa-ramai 100 orang terdiri daripada orang2 Sepahi dan Melayu, yang di-tubohkan oleh de Fontaine dalam masa perang dahulu, dalam keadaan yang sangat burok; pakaian dan makanan mereka tiada di- pedulikan dan tiada berkawal sama sa-kali. Askar2 itu di-ketua- kan oleh sa-orang bangsa Peranchis yang telah masok Islam bernama Ali Mamat. Oleh Inspektor Syers, dengan kebenaran Tengku Kudin dan J.G. Davidson, 50 orang daripada askar2 itu telah di-berhentikan kerja sebab mereka tidak boleh bekerja 145 SEJARAH SELANGOR lagi, dan baki-nya yang 50 orang lagi itu di-jadikan-nya mata2 dalam pasokan polis, dan di-tambah-nya pula sa-ramai 150 orang lagi orang2 Melayu dari Melaka di-jadikan mata2 polis juga. Pada masa itu, sa-lain daripada di-Kuala Lumpur, telah di-buka balai2 polis dengan beberapa orang mata2-nya, mengikut atoran baharu, di-Kelang, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Pada masa Residen Davidson itu, pemerentahan pusat di- Kelang telah mengishtiharkan ka-seluroh negeri Selangor, ia-itu orang2 yang telah meninggalkan kampong halaman mereka pada masa perang dahulu, di-panggil balek ka-tempat2 asal mereka masing2, dan Kerajaan Selangor akan menolong mereka; orang2 yang telah melakukan pemberontakan dahulu pun di-benarkan balek dan memileki sa-mula harta benda kepunyaan mereka. Beberapa orang pegawai2 kerajaan telah pergi ka-kampong2 sampai ka-darat2 negeri Selangor mengumumkan kapada orang ramai ia-itu negeri Selangor telah aman. Perniagaan bijeh timah telah di-jalankan sa-mula; saudagar2 dan peniaga2 dari lain2 negeri di-galakkan datang berniaga ka-negeri Selangor. Pada awal tahun 1875 itu juga Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur telah memberitahu kapada Residen Davidson di-Kelang ja-itu ada dua ribu orang China pekerja2 lombong telah datang ka-Kuala Lumpur ikut jalan dari Kelang, dan ada enam ratus orang pula yang datang dari Sungai Ujong; dan sekarang Kapitan itu sedang membuat peratoran2 hendak membawa masok ka- negeri Selangor beberapa ramai lagi orang2 China yang di-datang- kan dari negeri China. Dalam tahun 1875 itu juga, pada masa Frank Swettenham maseh ada di-Langat, Sultan Abdul Samad telah membuat istana baharu baginda di-Bukit Jugra. Sejak itu sentiasa-lah baginda bersemayam di-Jugra; kadang2 sahaja baginda datang bersemayam di-Istana Langat, terutama dalam bulan puasa baginda selalu bersemayam di-Istana Langat, kerana mengadakan majlis membacha Al-Qur‘anul-Karim. Tiada lama lepas itu, dalam pertengahan tahun 1875 itu juga, Frank Swettenham, Penolong Residen dan penasihat Sultan Abdul Samad itu, telah bertukar kerja pergi ka-negeri Perak. Tetapi jawatan yang di- kosongkan-nya di-Langat itu belum-lah Kerajaan Inggeris men- dapat orang-nya yang sesuai untok memenohi jawatan itu hingga-lah ka-akhir tahun 1875; atau pun boleh jadi kerja2 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) penolong residen itu boleh di-buat oleh Residen Davidson sa-orang sahaja di-Kelang. Sejak itu juga Kerajaan Selangor telah melarang siapa2 pun tiada boleh memungut chukai2 atau hasil2 dalam negeri Selangor, kerana pemungutan itu hanya di-jalankan oleh kerajaan (Selangor). Pada 16 haribulan Mei tahun 1875, Sultan Abdul Samad telah melantek putera sulong baginda Raja Musa jadi Raja Muda Selangor, dan Raja Musa bersemayam di-Bandar Termasa (Langat), Dalam pertengahan tahun 1875, sa-telah Frank Swettenham meninggalkan Langat, Raja Mahdi yang diam di-negeri Johor itu telah bergerak sa-mula menjalankan tindakan2-nya menentang Kerajaan Selangor yang di-peretahkan oleh Tengku Kudin dan Residen Davidson itu. Sa-orang saudara Raja Mahdi bemama Raja Hamzah yang diam di-Ulu Pahang telah minta pertolongan kapada Orang Kaya Pahlawan di-Pahang dan telah mengumpul- kan orang2-nya di-sana. Saiyid Mashhor dengan Raja Mahmud telah menyebelahi orang2 Inggeris di-negeri Perak yang sedang menentang pehak orang2 Melayu di-sana melawan Inggeris. Sa-orang raja keturunan Melayu Sumatera bernama Raja Berumun telah mengumpulkan orang2-nya di-Ulu Slim Perak yang akan membantu pehak Raja Mahdi. Orang2 Melayu Sumatera yang diam di-Kajang, Cheras dan di-kampong2 sekitar-nya memang di-bawah kuasa dan pengaroh Sutan Puasa yang sudah lama menyebelahi Raja Mahdi. Semua pasokan2 itu telah bersiap membantu Raja Mahdi hendak mengadakan pemberontakan di- negeri Selangor. Dalam bulan Oktober tahun itu juga (1875) pasokan2 yang hendak memberontak itu telah mula bergerak dari tempat masing2. Raja Hamzah telah membawa orang2-nya dari Pahang datang ka-Ulu Langat. Raja Berumun telah membawa suatu pasokan kechil orang2-nya dari Ulu Slim bergerak ka-selatan melalui Ulu Selangor, Kuala Lumpur lalu ka-Ulu Langat. Raja Hamzah, Raja Berumun dan Sutan Puasa telah berkumpul di-Ulu Langat di-tempat yang bernama Tanjong Dua Belas bermeshuarat merun- dingkan ranchangan2 yang akan di-jalankan mereka. Sa-telah itu Raja Berumun bergerak membawa pasokan-nya berjalan balek menuju ka-Ulu Slim dan dalam perjalanan balek itu orang2-nya telah menyerang dan membakar beberapa buah rumah2 kedai 147 SEJARAH SELANGOR orang2 China di-Pudu, di-pinggiran bandar Kuala Lumpur, dan di-Ulu Kelang. Sutan Puasa telah menghilir Sungai Langat pergi ka-Langat memohonkan kebenaran daripada Sultan Abdul Samad hendak memindahkan 200 orang ahli2 perang Melayu Sumatera dari pasokan Raja Berumun di-Ulu Slim di-bawa ka-Ulu Langat (Kajang) bagi menguatkan pasokan-nya di-situ. Raja Hamzah pun datang juga ka-Langat, bertemu dengan Raja Kahar putera Sultan Abdul Samad dan sama2 hendak mengambil dan memin- dahkan 20 tong ubat bedil yang telah di-simpan oleh Raja Mahdi sejak beberapa tahun dahulu dalam tempat menyimpan senjata2 dan peluru2 Sultan Abdul Samad. Residen Davidson sangat dukachita dan merasa takut jika sa-kira-nya berlaku suatu pemberontakan sa-chara besar-besaran di-seluroh Selangor. Oleh sebab itu Davidson telah mengambil keputusan hendak menyerang daerah Ulu Langat tempat pusat kekuatan dan perhubongan pehak yang hendak melakukan pem- berontakan itu. Davidson bersama-sama dengan Inspektor Syers telah memudeki Sungai Kelang pergi ka-Kuala Lumpur. Di-Kuala Lumpur, pasokan polis Inspektor Syers yang mengandongi sa-ramai 75 orang mata2 serta 100 orang Melayu, telah bersatu dengan pasokan orang2 China sa-ramai 200 orang yang telah di-adakan oleh Kapitan Yap Ah Loy. Pasokan polis di-kepalakan oleh Inspektor Syers yang bersatu dengan pasokan Yap Ah Loy itu telah pergi menyerang Cheras lalu meluchutkan senjata2 sakalian pendudok di-situ. Lepas itu mereka pergi pula menyerang dan mengalahkan tempat kekuatan Sutan Puasa di-Kajang. Di-situ mereka telah menawan tiga buah kubu Sutan Puasa yang baharu di-buat dan di-lengkapi dengan meriam2, Sutan Puasa telah di-tangkap dan di-penjarakan di- penjara Kelang. Beberapa bulan kemudian daripada itu, dalam bulan Ogos tahun 1876, Sutan Puasa telah di-keluarkan dari pen- jara, dan sejak itu beliau pun jadi ahli perniagaan berniaga di-Kuala Lumpur dan di-Kajang dan tiada-lah lagi beliau membuat apa2 kachau sa-hingga akhir hayat-nya, Raja Mahdi pun telah tertangkap lalu di-penjarakan di-Singapura. Tiada lama lepas itu Raja Mahdi pun di-bebaskan pula dan hidup-lah beliau di-Singa- pura sa-bagai orang buangan dari tanah ayer-nya sendiri oleh Kerajaan Inggeris yang menyokong Tengku Kudin berkuasa di-Selangor. Raja Mahdi telah di-beri oleh Kerajaan Inggeris 148 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) sa-buah rumah tempat kediaman-nya di-Singapura dan di-beri penchen juga tiap2 bulan. Tujoh tahun kemudian pada 10 hari- bulan Januari tahun 1882, Raja Mahdi telah mangkat di-Singapura di-sebabkan oleh penyakit batok kering. Sunggoh pun pada akhir pemberontakan tahun 1875 itu Residen Davidson telah menaroh shak Sultan Abdul Samad dan putera baginda Raja Kahar ada menyebelahi dan memberangsangkan pehak pemberontak itu, tetapi perkara itu tiada pula di-selongkar atau di-panjangkan lagi oleh Kerajaan Inggeris. Sa-telah pemberontakan itu di-padamkan, Kerajaan Selangor telah menambah mendirikan beberapa buah lagi balai2 polis di-darat Selangor ia-itu di-Kajang, Cheras, Bandar Kanching dan Kuala Kubu. Pada masa itu semua pasokan polis di-negeri Selangor di-letakkan di-bawah ketuaan H.C. Syers yang telah di-angkat jadi Penguasa Polis negeri Selangor. Sekolah Melayu yang mula2 di-dirikan di-negeri Selangor ia-lah di-Kelang pada tahun 1875, dan di-beritakan juga: Sultan Abdul Samad pun telah mendirikan sa-buah sekolah Melayu di-Bandar Termasa (Langat) dengan perbelanjaan daripada wang baginda ri. Dalam bulan Disember tahun 1875, jawatan Penolong Residen Selangor yang telah di-kosongkan oleh Frank Swettenham sejak awal tahun 1875 itu, baharu-lah di-penohi oleh sa-orang pegawai Inggeris bermama Kaptan Bloomfield Douglas, diam di-Langat. 1876. Lebeh kurang empat bulan lepas itu, pada bulan April tahun 1876, J.G. Davidson, Residen British yang mula2 di-Selangor itu, telah di-tukarkan jadi Residen British ka-negeri Perak meng- gantikan J.W.W. Birch, Residen British Perak yang telah di-bunoh oleh orang2 Melayu Perak. Kaptan Bloomfield Douglas, Penolong Residen Selangor di-Langat itu telah di-angkat jadi Residen British Selangor menggantikan J.G. Davidson dan Bloomfield Douglas pun pindah ka-Kelang. Sa-orang pegawai Inggeris ber- nama James Innes telah datang ka-Langat. Pada masa Innes di-Langat itu ia telah memegang jawatan jadi Pemungut Chukai Tanah dan Majistret. Residen Bloomfield Douglas itu di-dapati berlainan tabiat-nya daripada Davidson. Douglas ia-lah sa-orang yang bertabiat kasar dan perchakapan-nya sentiasa keras dan selalu kesat pula, tiada 149 Sultan Abdul Samad 150 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) sa-layak-nya ada pada sa-orang pegawai tinggi. Walau pun Douglas telah memegang jawatan Residen di-Selangor selama enam tahun (1876 — 1882), tetapi perhubongan-nya dengan raja2 dan orang besar2 Selangor, sama ada dalam pergaulan atau dalam kerja jawatan, tidak-lah bagitu mesra. Sultan Abdul Samad sendiri ta’ berapa suka berkawan dan bergaul dengan Douglas; dalam sa-bulan hanya lebeh kurang dua kali sahaja baginda berjumpa Douglas. Tengku Kudin Wakil Yamtuan yang terpaksa selalu bekerja dengan Douglas itu pun mengatakan: Residen Douglas itu sa-orang yang “lekas marah dan tidak bagitu bertertib orang-nya”. Layanan-nya terhadap orang besar2 Selangor sentiasa keras dan kasar, sa-hingga ramai di-antara orang besar2 itu tidak suka bekerja dengan dia. Orang besar2 Selangor yang pernah menyebelahi Raja Mahdi, walau pun mereka tidak lagi menentang kerajaan, maseh di-musohi oleh Douglas. Dengan Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur itu pun tidak juga Douglas berbaik-baik; telah di-chuba-nya hendak meluchutkan Yap Ah Loy daripada pangkat Kapitan-nya itu, tetapi tidak berhasil. Tabiat dan kelakuan Residen Bloomfield Douglas yang tidak di-gemari di-Selangor itu, sampai juga ka-pengetahuan pehak Kerajaan Inggeris di-Singapura. Tetapi oleh sebab Kerajaan Inggeris sedang sibok hendak menguatkan penjajahan-nya di- negeri Perak dan di-Negeri Sembilan, dan pegawai2 Inggeris yang berkebolehan dalam hal ehwal Melayu pun maseh kurang, ter- paksa-lah di-biarkan Douglas memegang jawatan-nya di-Selangor itu sampai enam tahun. Dalam pada itu, di-samping kerja2-nya di-Selangor yang tiada di-gemari oleh raja2 Melayu itu, di-churigai juga ia ada melakukan kechurangan dalam menjalankan kerja2 jawatan, dan sentiasa-lah Douglas di-amat-amati oleh Kerajaan Inggeris. Dalam tahun 1876 itu, barangkali kerana tiada berapa suka bekerja dengan Residen Douglas itu, pernah pula Tengku Kudin berchuti balek ka-Kedah dan diam di-sana sampai enam bulan. Tetapi, selama Tengku Kudin di-negeri Kedah itu, beliau tidak pula di-gemari oleh orang2 Melayu Kedah, di-sebabkan Tengku Kudin suka sangat berbaik-baik dengan orang2 Inggeris dan telah memasokkan negeri Selangor ka-dalam perentah Inggeris, dan dalam keluarga diraja Kedah pun ada pula perselisehan 151 SEJARAH SELANGOR mereka dengan Tengku Kudin. 1877. Pada tahun 1877, dengan panduan Kerajaan Inggeris Sultan Abdul Samad telah menubohkan sa-buah Majlis Meshuarat Negeri yang mula2 bagi negeri Selangor mengikut atoran chara Barat. Baginda telah melantek Tengku Kudin jadi Yang di-Pertua bagi Majlis Meshuarat Negeri itu, dan ahli2 yang mula2 bagi Majlis Meshuarat Negeri Selangor itu ia-lah: Kaptan Bloomfield Douglas, Raja Kahar putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang), Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong), James Innes (Pemungut Chukai Tanah dan Majistret di-Langat), Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan China di-Kuala Lumpur), dan Saiyid Zain (Wakil dan pengurus kebun2 Tengku Kudin). Majlis Meshuarat Negeri itu telah bersidang bagi kali yang pertama-nya di-Kelang pada 11 haribulan Jun tahun 1877, dan peisidangan yang kedua-nya pada 25 haribulao Ogos tahun itu juga. 1878. Dalam bulan April tahun 1878, Raja Berkat, Tengku Panglima Raja, telah di-tudoh hendak memberi wang suap sa-banyak $40.00 kapada sa-orang pegawai orang puteh ber- nama Neubronner yang jadi majistret dan pemungut chukai tanah di-Jugra, kerana hendak mempengarohi pegawai itu berhubong dengan suatu perkara di-mahkamah. Residen Douglas sangat marah kapada Tengku Panglima Raja apabila Douglas menerima pengaduan mengenai hal itu. Tambahan pula Douglas ada mendengar berita2 angin mengatakan Tengku Panglima Raja itu ia-lah sa-orang daripada orang besar2 Selangor yang sedang berusaha mengapi-apikan orang2 Melayu supaya menuntut kapada Kerajaan Inggeris menghantarkan Raja Mahdi balek ka-negeri Selangor. Perkara Tengku Panglima Raja (Raja Berkat) dengan pegawai orang puteh yang di-katakan telah di-suap oleh Tengku Panglima Raja itu telah di-bentangkan oleh Residen Douglas dalam Majlis Meshuarat Negeri yang bersidang pada 1 haribulan Mei tahun 1878, dan dengan permintaan daripada Residen Douglas, Tengku Panglima Raja itu telah di-pechat daripada menjadi ahli Majlis Meshuarat Negeri. Sunggoh pun Sultan Abdul Samad telah meluluskan pemechatan itu, tetapi bukan-lah dengan suka hati baginda, dan Tengku Kudin serta ahli2 Melayu dalam Majlis Meshuarat Negeri itu tiada-lah menyetujui perbuatan Residen 152 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Douglas yang boleh jadi akan membangkitkan sa-mula kekachauan di-negeri Selangor. Sa-telah pemechatan itu di-lakukan, baharu- lah Residen Douglas memberi tahu hal itu ka-Singapura. Pehak berkuasa Kerajaan Inggeris di-Singapura dengan serta merta telah mengutus surat kapada Residen Douglas di-Selangor memerentah- kan Residen itu membatalkan pemechatan itu dan mengembalikan Tengku Panglima Raja (Raja Berkat) memegang jawatan-nya sa-mula sa-bagai ahli dalam Majlis Meshuarat Negeri di-Selangor itu, serta melarang Douglas menjalankan sa-barang tindakan terhadap beliau. Douglas tiada dapat membantah lagi melainkan mesti menurut perentah itu. Sultan Abdul Samad memang telah memberi tahu, ia-itu dengan kehendak baginda sendiri, Tengku Kudin yang telah di-jadikan Wakil Yamtuan itu, ia-lah jua yang menjadi ketua dalam pertadbiran menjalankan pemerentahan negeri di-Selangor. Tetapi apabila Bloomfield Douglas jadi Residen British di- Selangor, dia tiada berapa mempedulikan Tengku Kudin. Hal2 pertadbiran yang hendak di-jalankan-nya, di-langkau-nya sahaja Tengku Kudin, dan ia terus membuat perhubongan dengan Sultan Abdul Samad. Oleh sebab benchikan tabiat dan kelakuan Douglas yang keras dan kasar itu, dan juga kerana marahkan perbuatan Douglas yang selalu mengketepikan-nya itu, pada awal bulan November tahun 1878, Tengku Kudin pun berhenti daripada jawatan-nya dengan Kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor telah memberi hadiah wang kapada Tengku Kudin sa-banyak $30,000/- dan wang penchen sa-banyak $500/- tiap2 bulan; isteri-nya Tengku Arfah menerima penchen sa-banyak $200/- tiap2 bulan; jika Tengku Arfah mangkat, penchen itu di-pindahkan kapada puteri mereka yang bernama Tengku Mahrum. Saiyid Zain wakil Tengku Kudin itu pun berpenchen juga, dapat penchen $200/- tiap2 bulan. Raja Muda Musa putera Sultan Abdul Samad di-lantek menggantikan Tengku Kudin jadi Yang di-Pertua Majliis Meshua- rat Negeri Selangor. Dari tahun 1879 hingga tahun 1883, Tengku Kudin tidak ada di-negeri Selangor, harus-lah agak-nya pada masa itu beliau menguruskan urusan-nya sendiri di-negeri Kedah atau di-tempat Jain, Pada tahun 1883, Tengku Kudin datang balek ka-Selangor dan diam di-Langat. Pada masa itu beliau telah berkongsi dengan Saiyid Zain menjalankan perniagaan kayu bakau yang di-tebang 153 SEJARAH SELANGOR pada suatu kawasan tiada jauh dari Kelang yang telah di-pajak mereka. Kira2 dua tahun kemudian, lebeh kurang pada tahun 1884 atau 1885 Tengku Kudin telah pindah pergi diam ka-Pulau Pinang. Pada masa di-Pulau Pinang itu, petang2 selalu-lah kelihatan Tengku Kudin bersiar-siar makan angin dengan kereta bogi yang di-tarek oleh dua ekor kuda. Pada masa Sultan Abdul Samad mangkat dan, chuchunda baginda Raja Sulaiman di- angkat jadi Sultan Selangor — pada awal tahun 1898 — Tengku Kudin di-Pulau Pinang telah di-panggil datang ka-Selangor (Jugra) menghadhiri istiadat2 permakaman almarhum Sultan Abdul Samad dan perlantekan Raja Sulaiman jadi Sultan Selangor saperti yang akan di-cheritakan lagi di-bawah ini. Beberapa tahun sa-belum Tengku Kudin mangkat, mata-nya telah buta. Sa-telah ia mangkat (pada tahun 1906), jenazah-nya telah di-bawa ka-Kedah lalu di-makamkan di-Alor Star dengan istiadat per- makaman diraja sa-chukup-nya. Demikian-lah akhir-nya riwayat hidup Tengku Kudin. Kira2 dalam tahun 1878 itu juga, Residen Douglas telah mengangkat menantu-nya sa-orang orang puteh Australia ber- nama Dominic Daly jadi ketua dalam Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Ukor di-Kelang. Kemudian Daly telah di-beri-nya juga jawatan menjaga Jabatan Tanah dan Lombong di-Selangor. 1879—1800. Pada tahun 1878 itu juga, bandar Kuala Lumpur telah sa-makin maju di-sebabkan oleh hasil bijeh timah yang banyak keluar dari lombong2 di-sakitar bandar itu. Ramai saudagar2 dan peniaga2 dari Kelang pindah berniaga ka-Kuala Lumpur pula. Oleh sebab itu, dalam tahun 1879, Residen Douglas telah menetapkan hendak memindahkan ibu negeri Selangor yang di-bandar Kelang itu ka-bandar Kuala Lumpur pula, dan pada tahun itu-lah (1879) pegawai orang puteh mula di-tempatkan di-Kuala Lumpur sa-bagai pegawai pentadbir di-bandar itu. Pegawai yang mula2 di-pileh dan di-letakkan oleh Residen Douglas di-Kuala Lumpur itu ia-lah menantu-nya sendiri, Daly. Pada tahun itu-lah mula di-ansor2 memindahkan kelengkapan2 pejabat dari Kelang ka-Kuala Lumpur yang hendak di-jadikan ibu negeri Selangor itu. Akhir-nya, dalam bulan Mach tahun 1880, Residen Bloomfield Douglas serta pegawai2 dari jabatan2 negeri di-Kelang itu, semua-nya berpindah ka-Kuala Lumpur, dan sejak 154 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) itu mula-lah Kuala Lumpur jadi bandar ibu negeri Selangor. Dan sejak itu juga luchut-lah jawatan ketua pentadbir bagi peme- rentahan negeri Selangor daripada tangan orang Melayu ka-tangan orang puteh. Kapitan Yap Ah Loy di-Kuala Lumpur itu tidak-lah merasa suka apabila orang puteh di-letakkan jadi pegawai pen- tadbir di-Kuala Lumpur; istimewa sejak Residen Douglas serta pegawai2 kerajaan yang lain-nya datang ka-Kuala Lumpur. Kedatangan orang2 puteh ka-Kuala Lumpur itu nyata-lah telah merampas kuasa Kapitan Yap Ah Loy yang dahulu-nya tiada tanding-nya di-Kuala Lumpur itu. Oleh sebab itu perhubongan- nya dengan Residen Douglas tiada-lah berapa baik. Sunggoh pun Douglas telah menjadikan Kuala Lumpur bandar ibu negeri Selangor dan pejabat2 jabatan negeri semua-nya ter- kumpul di-sana, tetapi urusan dan atoran2 kerja di-pejabat2 kerajaan di-situ sangat-lah burok. Sebab-nya boleh jadi demikian ia-lah kerana hampir semua kerja2 mengenai pertadbiran di- Kuala Lumpur itu, di-serahkan Douglas kapada menantu-nya Daly, dan Daly itu pula sa-orang yang pemalas bekerja. Tetapi pangkal semua keburokan itu ia-lah Residen Douglas juga. Residen Douglas sendiri serta pegawai2 kerajaan di-Kuala Lumpur itu sampai ka-pejabat pada pukul 11.00 pagi; oleh sebab itu kerani2 dan lain2 kaki tangan pejabat pun pukul 10.30 pagi baharu sampai ka-pejabat. Pada masa itu tanah2 kerajaan yang kosong di-Selangor itu boleh di-jualkan oleh kerajaan dengan jalan lelong. Yang jadi tukang lelong-nya ia-lah Daly, dan yang menangkap lelong-nya Residen Douglas pula. Pada masa itu belum ada tegahan melarang orang2 kerajaan memileki tanah. Apabila hal itu di-adukan orang kapada Gabenor di-Singapura, Gabenor itu pun membatal- kan ya‘ani tiada meluluskan semua jualan lelong tanah2 yang telah di-jalankan oleh Daly itu, dan Gabenor itu telah menyatakan juga dukachita-nya akan perbuatan yang telah di-lakukan oleh Residen Douglas itu. Tetapi tiada-lah pula Douglas di-berhentikan kerja oleh perbuatan-nya itu, kerana dia tidak melanggar undang2 kerajaan yang ada pada masa itu. Oleh sébab keburokan pertadbiran Residen Douglas di-negeri Selangor itu, selalu-lah Frank Swettenham di-hantar pergi ka- Kuala Lumpur memereksa kira2 wang kerajaan dan melihat-lihat atoran2 pertadbiran yang di-jalankan di-situ. Ada pun Frank 155 SEJARAH SELANGOR Swettenham itu, dari tahun 1878 sampai tahun 1882, memegang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri2 Selat di-Singapura. Dalam tahun 1880, James Innes yang jadi majistret dan pemungut chukai tanah di-Langat itu bertukar memegang jawatan ka-negeri Perak, (Pada tahun 1881 Innes datang balek bekerja di-Selangor). Lebeh kurang tiga bulan sa-telah Kuala Lumpur di-jadikan ibu negeri Selangor, Gabenor Sir Frederick Weld yang memang berusaha hendak menguatkan lagi pemerentahan Inggeris di- negeri2 Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) telah datang ka-Selangor dengan kapal Pluto. Ia telah sampai ka-Kelang pada 9 haribulan Julai tahun 1880 dan telah di-sambut oleh Residen Bloomfield Douglas. Esok-nya, Gabenor Weld dan rombongan-nya telah memudeki Sungai Kelang sampai ka-Daman- sara. Dari Damansara Gabenor itu telah menunggang kuda pula sampai ka-Kuala Lumpur. Dia telah melawat bandar Kuala Lumpur yang maseh banyak mengandongi rumah? atap serta melihat beberapa buah tempat di-sekitar Kuala Lumpur. Tiga empat hari lepas itu ia pun hilir balek ka-Kelang lalu kembali sa-mula ka-Singapura. Berkenaan dengan daerah Lukut yang di-perentahkan oleh Raja Bot sa-telah ayah-nya Raja Juma‘at mangkat dahulu (1864), telah beberapa kali di-timbulkan dalam perundingan2 di-antara Sultan Abdul Samad, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Raja Bot Lukut dan Kerajaan Inggeris, kerana hendak menentukan sama ada daerah itu di-punyai oleh Raja Bot atau sa-bahagian daripada daerah negeri Selangor atau pun termasok dalam daerah Sungai Ujong. Rundingan2 itu telah di-adakan dalam tahun2 1866, 1868 dan dalam tahun 1878; tetapi dalam tahun 1866 dan 1878 itu belum-lah di-dapati keputusan mu‘tamad. Akhir-nya, apabila Kerajaan Inggeris hendak menetapkan sempadan di-antara negeri Selangor dengan Negeri Sembilan, baharu-lah perkara daerah Lukut itu di-selesaikan; Semenyih di-masokkan ka-dalam Selangor, Lukut serta Sungai Raya di-masokkan ka-dalam perentah Sungai Ujong di-Negeri Sembilan. Penyelesaian itu telah di-atorkan oleh Kerajaan Inggeris di-Singapura dalam suatu perundingan di-antara Sultan Abdul Samad Selangor, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Raja Bot putera almarhum Raja Juma‘at dan Raja Daud Sungai Raya, dengan menanda tangani suatu perjanjian bertarikh pada 31 haribulan Julai tahun 1880. (Lihat Sejarah Lukut). Raja 156 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) Bot telah menerima wang sagu hati sa-jumlah $27,000/-. Pada tahun 1882 Raja Bot telah datang ka-Selangor. Pada tahun 1887 beliau telah di-beri jawatan jadi Penghulu di-Sungai Buloh, Selangor, dan pada tahun hadapan-nya, pada 18 haribulan Disember tahun 1888, beliau telah di-lantek jadi ahli dalam Majlis Meshuarat Negeri Selangor. Pada tahun 1890, beliau telah di-pileh jadi sa-orang daripada ahli2 dalam Lembaga Kebersehan Bandar yang mula? di-tubohkan di-Kuala Lumpur, yang di-pengerusikan oleh A.R. Venning; dan Venning ini-lah yang mula2 membuka “Lake Garden” di-Kuala Lumpur itu. Pada masa di-jalankan istiadat2 permakaman almarhum Sultan Abdul Samad dan per- lantekan chuchunda almarhum itu Raja Sulaiman jadi Sultan Selangor di-Istana Jugra, Raja Bot (yang telah Haji) telah mengambil bahagian utama dalam istiadat2 itu. Raja Haji Bot telah mangkat di-Johor Baharu pada 11 haribulan April tahun 1916. 1882. Pada tahun 1882, perbuatan2 tiada baik yang telah di- lakukan oleh Residen Bloomfield Douglas di-Selangor itu telah sa-makin terbuka lagi kapada Gabenor di-Singapura. Douglas telah berkelahi dengan James Innes pegawai Inggeris di-Langat itu, langsong Innes minta berhenti kerja. Apabila Innes balek ka-England, ia telah menghantarkan suatu laporan yang panjang kapada pehak yang berkuasa di-sana berkenaan dengan beberapa orang pegawai orang puteh di-negeri2 Melayu yang telah melaku- kan perbuatan2 yang melanggar atoran2 pemerentah, termasok-lah Daly, dan terutama Residen Bloomfield Douglas. Sa-telah di-jalankan beberapa penyiasatan, dalam bulan Ogos tahun 1882, Gabenor Negeri2 Selat telah memanggil Residen Douglas datang ka-Singapura. Gabenor itu telah menyuroh Douglas memileh salah satu daripada dua tindakan yang akan di-jalankan oleh Kerajaan Inggeris terhadap diri-nya, pertama: mengadakan sa-buah mahkamah penyiasat yang akan menjalan- kan penyiasatan mengenai kelakuan dan perbuatan Douglas sa-lama ia jadi Residen di-Selangor; dan kedua: menerima per- mintaan berhenti kerja daripada Douglas. Douglas telah memileh tawaran yang kedua itu, ia-itu ia telah minta berhenti daripada jawatan kerajaan. Daly menantu-nya yang sedang berchuti di- England telah di-beri tahu pula supaya ia jangan datang lagi 157 SEJARAH SELANGOR memegang jawatan kerajaan di-Tanah Melayu. Daly tidak datang ka-Tanah Melayu, tetapi ia telah bekerja dengan North Borneo Company di-Borneo. Dalam bulan Ogos tahun itu juga (1882), Frank Swettenham telah di-angkat jadi Residen British Selangor menggantikan Bloom- field Douglas, dan Swettenham telah sampai ka-Kuala Lumpur pada bulan September (1882), Pada masa Swettenham jadi Residen itu-lah banyak perubahan yang di-adakan di-Kuala Lumpur. Sunggoh pun demikian, tetapi sa-lama tujoh tahun (1882 — 1889) ia memegang jawatan Residen British di-Selangor itu, selalu pula ia keluar pergi membuat kerja2 yang mustahak di-negeri2 Melayu yang lain, dan sa-lama ia keluar itu, jawatan-nya di- Selangor itu di-pangku oleh pegawai di-bawah-nya yang bernama J.P. Rodger, sahabat Swettenham. Langkah yang mula? sa-kali di-jalankan oleh Swettenham di-Selangor apabila ia jadi Residen itu ia-lah membaiki dan membangunkan sa-mula bandar Kuala Lumpur yang telah bebe- rapa kali berlaku kebakaran di-bandar itu. Tetapi kerja itu tentu-lah mengambil masa yang agak lama. Lain daripada itu ia-lah mengangkat beberapa orang pegawai British mengetuakan beberapa buah jabatan2 penting, saperti jawatan2 Pesurohjaya Tanah, Penguasa Jabatan Kerjaraya, Inspektor Lombong, Ketua Perbendaharaan Negeri, Setiausaha Kerajaan, Ketua Jabatan Pos, Inspektor Sekolah2 dan Penguasa Pasokan Polis. Tiada berapa lama sa-telah Swettenham memegang jawatan Residen itu, dalam bulan Oktober tahun itu juga (1882), Gabenor Sir Frederick Weld datang lagi melawat ka-Kuala Lumpur, dan di-dapati-nya jalan2 dalam bandar Kuala Lumpur maseh banyak yang kotor2 dan di-takuti membawa kuman2 penyakit. Sejak itu Swettenham pun melebehkan usaha menjaga kebersehan bandar itu. 1883. Mengikut chadangan daripada ranchangan Frank Swet- tenham hendak memajukan negeri Selangor, pada tahun 1883, mula-lah di-buat jalan keretapi dari Kuala Lumpur ka-Kelang. Jalan keretapi itu telah siap di-buat dalam tahun 1886, sa-jauh 21 batu. Sa-buah perhentian keretapi bagi sementara yang di-buat daripada kayu dan beratap zing telah di-bangunkan di-hujong bandar Kuala Lumpur. Lain daripada itu di-dirikan 158 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) pula perhentian2 keretapi di-Petaling, Batu Tiga dan Bukit Kuda (perhentian keretapi bagi Kelang). Kepala keretapi yang mula2 di-gunakan di-jalan keretapi itu, telah di-beli daripada Maharaja Johor dan di-namakan Lady Clarke mengambil sempena daripada isteri Gabenor Sir Andrew Clarke, Pada tahun 1895 Lady Clarke itu telah rosak binasa sa-telah berlanggar pada suatu tempat tiada berapa jauh dari Kelang. (Kepala kere- tapi itu asal-nya telah di-beli oleh Maharaja Johor dengan tujuan hendak mengadakan jalan keretapi dari Tanjong Puteri — Johor Baharu sekarang — hingga ka-Gunong Pulai. Landasan keretapi itu telah di-buat daripada kayu. Apabila di-dapati pekerjaan mengadakan jalan keretapi itu tersangat banyak menelan belanja, ia-itu sa-telah sa-bahagian sahaja landasan keretapi telah di-pasang, pekerjaan itu pun di-berhentikan, tiada jadi di-siapkan. Landasan keretapi itu lama-kelamaan telah rosak di-makan anai2). Saiyid Mashhor yang telah menyebelahi British pergi ka-negeri Perak memburu orang2 Melayu Perak yang di-shakkan oleh British terbabit dalam pakatan membunoh J.W.W. Birch di- negeri itu, telah balek sa-mula ka-negeri Selangor pada tahun 1883. Dengan kehendak Sultan Abdul Samad sendiri, Saiyid Mashhor telah di-lantek jadi ketua (Penghulu) pada sa-buah tempat yang baharu di-buka di-Ulu Selangor, ka-utara sadikit daripada Kuala Kubu, bernama Kerling. Pada masa Raja Sulaiman (chuchunda Sultan Abdul Samad) di-lantek jadi Sultan Selangor (tahun 1898) Saiyid Mashhor ada hadhir sama dalam majlis perlantekan itu, dan pada masa baginda telah jadi Sultan, di-dapati Saiyid Mashhor ada jadi ahli Majlis Meshuarat Negeri Selangor, dan diam di-Kelang. Akhir-nya, nyata-lah beliau itu meninggal dunia di-Kerling; kubor-nya maseh dapat di-lihat hingga sekarang ini di-Kerling. Dalam bulan Mach tahun 1883 itu juga, Gabenor Sir Frederick Weld datang lagi melawat ka-Kuala Lumpur. Dalam laporan-nya mengenai Kuala Lumpur masa itu, antara lain2 Gabenor itu menyebutkan: “Kemajuan dalam bandar itu telah nampak keli- hatan. Jalan raya-nya telah baik, berseh; balai2 polis yang tidak banyak memakan belanja dan jambatan2 yang baik telah di- bangunkan bagi menggantikan yang Jama dan telah burok; dan beberapa buah bangunan baharu sedang di-bangunkan.” 159 SEJARAH SELANGOR 1885. Raja Mahmud yang telah mengiringkan Frank Swet- tenham pada masa huru hara perang di-negeri Perak (1875 — 1876), telah kembali sa-mula ka-negeri Selangor pada tahun 1876 dan telah di-benarkan diam di-Sepang (antara Langat dengan Lukut). Tetapi Raja Mahmud ia-lah sa-orang yang tidak suka tinggal tetap pada suatu tempat. Residen Selangor telah mem- berikan sa-jumlah wang kapada-nya untok memajukan Sepang. Tetapi wang itu telah di-boroskan oleh Raja Mahmud lalu ia pergi ka-Singapura dan meninggalkan anak isteri-nya di-Sepang. Dalam bulan Mei tahun 1877 Raja Mahmud telah ada pula di- Singapura. Lepas itu ia telah pergi ka-Sungai Ujong. Kemudian, Raja Mahmud telah di-angkat jadi ahli Majlis Meshuarat Negeri Selangor. Tetapi dalam tahun 1878 ia telah di-gantong (di-tahan) daripada jawatan-nya itu, lalu ia pergi lagi ka-Singapura. Tiga tahun lepas itu, dalam bulan Mei tahun 1881, ia telah di-angkat jadi penghulu di-Kuala Selangor. Dalam tahun 1885 Raja Mahmud telah minta berhenti daripada jawatan-nya itu, kerana ia tiada bersetuju kerajaan menchungkil (tanam chachar) orang2 di-Kuala Selangor untok melindongi mereka daripada penyakit berjangkit yang telah merebak di-tempat itu. Raja Mahmud telah pindah ka-Pulau Pinang dan diam dengan sa-orang sahabat- nya guru sekolah di-Pulau Pinang. Pada 15 haribulan April tahun 1885, Kapitan Yap Ah Loy telah meninggal dunia di-Kuala Lumpur. Ganti-nya jadi Kapitan China di-Kuala Lumpur ia-lah sahabat-nya sa-orang hartawan China di-Kuala Lumpur bernama Yap Ah Shak (Kapitan China yang keempat di-Kuala Lumpur). Yap Ah Shak itu telah mening- gal dunia pula dalam tahun 1889, di-gantikan oleh Yap Kwan Seng (Kapitan China yang kelima di-Kuala Lumpur); dia-lah Kapitan China yang penghabisan di-Kuala Lumpur. Sa-telah ia meninggal dunia pada tahun 1901, tiada-lah di-pakai lagi Kapitan China di-Kuala Lumpur. 1886. Pada bulan Julai tahun 1886, jalan keretapi dari Kuala Lumpur ka-Kelang sa-jauh 21 batu, yang telah di-ranchang oleh Frank Swettenham mengadakan-nya itu, telah siap di-buat. Gabenor Sir Frederick Weld dari Singapura telah datang ka- Kelang. Dari Kelang, Gabenor itu bersama-sama dengan Sultan Abdul Samad serta pengiring2 mereka telah menaiki sa-buah 160 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) gerabak khas dalam keretapi yang mula2 berjalan dari Kelang ka-Kuala Lumpur lalu mereka menghadhiri istiadat merayakan pembukaan rasmi jalan keretapi itu di-Kuala Lumpur pada 15 haribulan September tahun 1886; pembukaan rasmi itu telah di-lakukan oleh Gabenor Sir Frederick Weld. Ketibaan Gabenor Weld dan Sultan Abdul Samad itu telah di-sambut dengan barisan kehormatan oleh Pasokan Polis Selangor di-bawah ketuaan Penguasa Polis Selangor H.C. Syers. Uchapan dari pehak Kerajaan Selangor bagi Gabenor itu telah di-uchapkan oleh Pemangku Residen J.P. Rodger; bagi pehak orang2 Melayu telah di-bacha- kan oleh Raja Laut ibni almarhum Sultan Muhammad Shah, dan bagi pehak orang2 China telah di-sampaikan oleh Kapitan China Kuala Lumpur (Kapitan Yap Ah Shak). Dalam uchapan Gabenor Weld itu, di-sebut-nya juga usaha yang telah di-buat oleh Frank Swettenham, Residen British Selangor, bagi mengada- kan jalan keretapi itu. Jalan keretapi Kuala Lumpur — Kelang itu-lah jalan keretapi yang kedua telah di-adakan di- Semenanjong Tanah Melayu (Jalan keretapi yang mula2 di-adakan ia-lah dari Taiping ka-Port Weld di-negeri Perak sa-jauh delapan batu yang telah di-buka pada bulan Jun tahun 1885). Tiga tahun kemudian, baharu-lah siap pula di-buat jalan keretapi dari Kelang ka-Kuala Kelang (Port Swettenham) sa- jauh enam batu. Lebeh ,kurang tiga minggu lama-nya Sultan Abdul Samad bersemayam di-Kuala Lumpur lepas pembukaan rasmi jalan keretapi Kuala Lumpur — Kelang itu, baginda pun balek ka-Jugra. Pada masa itu Sultan Abdul Samad dengan putera baginda Raja Kahar sedang mengusahakan kebun2 kopi dan buah-buahan di-Jugra. Dengan chuchunda baginda Raja Sulaiman, baginda telah berusaha membaiki tanah2 pesaka yang di-terima oleh chuchunda baginda itu daripada pesaka ayah-nya almarhum Raja Musa lebeh kurang sa-luas sa-ribu ekar tanah yang bertanam dengan pokok2 tebu, kelapa, pinang dan padi sawah juga. Sultan Abdul Samad telah berusaha juga memajukan ra‘ayat baginda bertanam padi; wang baginda sendiri sa-banyak $3,000/-telah di-pinjamkan baginda kapada penanam2 padi yang berkehendak- kan wang bagi memulakan perusahaan itu. 1887. Pada tahun 1887, sahabat karib dan kemudian-nya 161 SEJARAH SELANGOR menantu juga kapada Sultan Abdul Samad, ia-itu Raja Berkat, Tengku Panglima Raja, ayah Raja Mahmud telah meninggal dunia. Lepas itu, dalam tahun itu juga, baharu-lah baginda melanttek chuchunda baginda Raja Sulaiman ibni almarhum Raja Musa jadi Raja Muda Selangor menggantikan almarhum ayah- nya itu. 1889. Pada tahun 1889, Frank Swetttenham telah bertukar pergi jadi Residen British ka-negeri Perak menggantikan Sir Hugh Low, dan ganti-nya jadi Residen British di-negeri Selangor ia-lah William E. Maxwell. 1890-1895. Di-antara tahun 1890 sampai tahun 1895, mas’alah kongsi gelap di-Kuala Lumpur telah menjadi suatu perkara yang rumit walau pun dasar kerajaan Selangor sentiasa mengharamkan badan2 kongsi gelap di-negeri itu. Pada masa itu kepala2 kongsi gelap di-Negeri2 Selat ramai yang telah datang ka-negeri2 Melayu, terutama ka-negeri Perak dan Selangor. Pada tahun 1890 itu “Kuala Lumpur telah .di-penohi oleh orang2 China yang menganggor”; mereka di-dapati sentiasa merayau di-pajak judi sambil menchari penghidupan mereka dengan jalan mengemis, menchuri atau dengan apa sahaja jalan yang dapat mereka lakukan. Pasokan Polis Kuala Lumpur di-bawah kelolaan H.C, Syers telah berusaha bersunggoh-sunggoh melawan kongsi2 gelap itu dan di-dapati berjaya juga. Kongsi2 gelap di-Kuala Lumpur masa itu telah berubah chorak, ya‘ani bukan lagi sa-bagai badan2 yang membela abli2-nya daripada pergadohan2 dengan ahli2 kongsi gelap yang lain, melainkan telah jadi sa-bagai badan2 yang memaksa orang2 yang berada memberikan wang perlin- dongan kapada mereka; jika wang itu tidak di-beri, orang yang kena paksa memberi wang itu akan di-seksa, di-ancham atau pun di-bunoh oleh orang2 kongsi gelap itu. Dalam tahun 1894, kejahatan kongsi gelap di-Kuala Lumpur itu telah memunchak. Sa-orang China bernama Li Choi, ia-itu sa-orang penjahat yang terkenal serta kawan2-nya telah datang ka-Kuala Lumpur melaku- kan berbagai-bagai kejahatan. Dalam tahun 1894 Syers mengata- kan: “rumah2 orang puteh, pejabat2 kerajaan dan lain2 bangunan juga, hampir sa-tiap malam kena rompak atau kena samun, dan tempat2 di-sekitar Kuala Lumpur boleh kata dalam kuasa 162 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) gerombolan penjahat yang berleluasa melakukan rompakan.” Tetapi dengan kebolehan Syers memimpin pasokan polis itu, ia telah berjaya menghalaukan gerombolan penjahat itu keluar dari Kuala Lumpur. Pada akhir tahun 1895, Syers telah berjaya menangkap Li Choi, yang di-perchayai telah melakukan sem- bilan pembunohan, dan Li Choi telah di-hukum bunoh. Pada masa Li Choi di-bicharakan, ia sendiri telah mengaku ia-itu di- antara barang2 yang telah di-rompak dan di-samun-nya, termasok- lah tidak kurang daripada tiga buah peti besi daripada pejabat2 kerajaan. 1890. Dengan kehendak Raja Muda Sulaiman yang di-sampai- kan-nya kapada William E. Maxwell, dan yang telah memanjang- kan-nya pula kapada Gabenor di-Singapura, akhir-nya di-dirikan- lah sa-buah sekolah Inggeris di-Kuala Lumpur bagi tempat belajar anak2 raja dan anak2 orang besar2 Selangor. Sekolah itu di-nama- kan Sekolah Raja dan sekolah itu mula di-buka dengan rasmi dalam bulan Disember tahun 1890. Sekolah itu telah di-adakan dalam sa-buah bangunan kerajaan dekat simpang jalan yang di-namakan Gombak Lane dengan Jalan Raja sekarang. Guru besar-nya ia-lah sa-orang paderi bernama Frank William Haines, dan ia-lah juga inspektor yang pertama bagi sekolah2 di-negeri Selangor. Di-antara anak2 raja yang jadi murid di-Sekolah Raja itu ia-lah Raja Muda Sulaiman sendiri. Sekolah itu hanya terdiri sampai bulan Januari tahun 1894. (Dalam bulan Januari tahun 1905 di-buka pula sa-buah sekolah Inggeris bagi anak2 raja dan anak2 orang besar2 Melayu dari negeri2 Melayu di-Kuala Kangsar dalam negeri Perak yang di-namakan Malay College atau di-sebut juga Babu’d-Darjat). 1892. Perhentian keretapi di-Kuala Lumpur yang di-buat daripada kayu dan atap zing bagi pergunaan sementara yang telah di-pakai sejak tahun 1886 itu, pada tahun 1892 telah di- ganti dengan sa-buah perhentian keretapi yang baharu yang merupakan “sa-buah bangunan yang indah, lapang dan terletak pada suatu tempat yang baik”. Pada bulan November tahun 1892, Gabenor Sir Cecil Clementi Smith dari Singapura telah datang ka-Kuala Lumpur menjalankan istiadat pembukaan rasmi perhentian keretapi yang baharu itu, dan juga memulakan 163 SEJARAH SELANGOR pembukaan jalan keretapi yang telah siap pula di-buat pada tahun itu (1892) dari Kuala Lumpur sampai ka-Rawang. (Kemu- dian di-lanjutkan lagi sampai ka-Kuala Kubu pada tahun 1894). Pada tahun 1892 itu juga William E. Maxwell bertukar dari Selangor, dan E. W. Birch (anak mendiang J.W.W. Birch) meng- gantikan-nya jadi Residen British di-Selangor. 1893. Pada tahun 1893, Tengku Mahrum isteri Raja Muda Sulaiman telah beroleh sa-orang putera di-namakan Tengku Musauddin. Ada pun Tengku Mahrum itu ia-lah puteri Tengku Kudin dengan isteri-nya Tengku Arfah puteri Sultan Abdul Samad. 1895-1897. Pada tahun 1895, mengikut tugas yang telah di-berikan oleh Kerajaan Inggeris, Frank Swettenham telah ber- jaya mendapatkan persetujuan Sultan Abdul Samad (dan juga Sultan2 Perak, Pahang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi pehak negeri mereka masing2) hendak memasokkan negeri Selangor bersama-sama dengan negeri Perak, Negeri Sembilan dan negeri Pahang, bergabong menjadi sa-buah negeri persekutuan yang akan di-namakan “Negeri2 Melayu Yang Bersekutu” yang di-sebut dalam bahasa Inggeris Federated Malay States. Sa-telah mendapat persetujuan daripada raja2 pemerentah dan residen2 keempat-empat buah negeri itu, pada 1 haribulan Julai tahun 1896, mula-lah Kerajaan Inggeris menubohkan Negeri2 Melayu Yang Bersekutu yang di-sebutkan itu, ia-itu mengikut suatu per- janjian yang di-namakan Perjanjian Persekutuan bertarikh 1 hari- bulan Julai tahun 1896. Sa-tahun kemudian, hasil daripada tertuboh-nya Negeri2 Melayu Yang Bersekutu itu, Sultan Abdul Samad dengan di-iringkan oleh chuchunda baginda Raja Muda Sulaiman telah berangkat pergi ka-Kuala Kangsar di-negeri Perak menghadhiri Persidangan Raja2 keempat-empat buah negeri Melayu itu yang mula2 di-adakan. Persidangan itu telah di-adakan di-istana Sultan Perak (Sultan Idris), di-Bukit Chandan, Kuala Kangsar, pada 1 haribulan Julai tahun 1897, di-pengerusikan oleh Gabenor Negeri2 Selat, Sir Charles Mitchell yang juga jadi Pesurohjaya Tinggi bagi Negeri2 Melayu Yang Bersekutu. Ahli2 yang hadhir dalam Persidangan Raja2 itu ia-lah Frank Swettenham sa-bagai Residen Jeneral 164 SULTAN ABDUL SAMAD (1859 — 1898) bagi Negeri2 Melayu Yang Bersekutu, Sultan Idris Perak, Sultan Abdul Samad Selangor, Tuanku Muhammad Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Ahmad Pahang, Residen British keempat-empat buah negeri itu serta beberapa orang orang besar2 masing2 negeri itu. Sultan Abdul Samad sa-bagai Sultan yang kanan sa-kali di-antara raja2 pemerentah itu, telah menyampai- kan titah uchapan yang rengkas mengalu-ngalukan Gabenor Mitchell itu. Oleh sebab keadaan Sultan Abdul Samad masa itu telah tersangat lemah, tiada-lah baginda dapat mengambil baha- gian yang chergas dalam istiadat2 dan rundingan2 dalam Per- sidangan itu. 1898. Pada pertengahan bulan Januari tahun 1898, Sultan Abdul Samad telah mulai gering di-istana baginda di-Jugra. Isteri baginda pada masa itu ia-lah Che’ Fatimah binti Imam Haji Abdul Ghani yang di-sebut Che’ Kelang. Anakanda baginda yang bernama Raja Lebar, balu almarhum Raja Berkat, Tengku Panglima Raja, ada juga bersama-sama di-istana baginda itu. Tengku Kudin yang diam di-Pulau Pinang telah di-panggil datang ka-Jugra. Pada hari Ahad, pukul 10.45 minit pagi, 6 haribulan Februari tahun 1898, bersamaan dengan 14 Ramadhan Tahun Hijrah 1315, Sultan Abdul Samad telah mangkat di-Istana Jugra, dalam usia 93 tahun, ia-itu sa-telah berkerajaan lebeh kurang sa-lama 39 tahun. Baginda telah di-makamkan di-Jugra dan di-sebut Marhum Jugra. 165 Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1898 — 1938): 1898. Pada 17 haribulan Februari tahun 1898, bersamaan dengan 25 Ramadhan Tahun Hijrah 1315, pukul 3.15 petang, dalam suatu maijlis adat istiadat yang telah di-adakan di-balairong Istana Jugra, Selangor, Residen Jeneral Negeri2 Melayu Yang Bersekutu, bernama William H. Treacher, telah mengistiharkan ia-itu Raja Muda Sulaiman ibni almarhum Raja Muda Musa di-lantek menggantikan nenda-nya almarhum Sultan Abdul Samad jadi Sultan Selangor bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Sa-telah perlantekan itu di-ishtiharkan baharu-lah jenazah almar- hum Sultan Abdul Samad di-makamkan. Sa-telah Raja Muda Sulaiman jadi Sultan Selangor, isteri baginda Tengku Mahrum di-lantek jadi Tengku Ampuan Selangor. Di-antara raja2 dan orang besar2 yang hadhir dalam majlis istiadat perlantekan Sultan Selangor itu ia-lah: Tengku Kudin bekas Wakil Yamtuan Selangor, Raja Muda Perak (Raja Musa), Raja Haji Bot ibni almarhum Raja Juma‘at Lukut, Raja Laut ibni almarhum Sultan Muhammad, Raja Mahmud, Raja Ibnushah putera almarhum Sultan Abdul Samad, Saiyid Mashhor bin Saiyid Muhammad Ash-Shahab dan lain2. Raja Kahar putera almarhum Sultan Abdul Samad tiada hadhir, kerana beliau sedang gering. Di-antara orang besar2 China yang hadhir ia-lah Taukeh Yap Kwan Seng Kapitan China di-Kuala Lumpur dan Taukeh Loke Yew, Kuala Lumpur. 1899. Sa-belum Sultan Alauddin Sulaiman Shah di-tabalkan, baginda telah beristerikan Hajjah Safiah binti Haji Abdul Ghani, orang Kelang, dan isteri baharu baginda itu di-bawa diam ka-Langat. Oleh sebab itu Tengku Ampuan Mahrum telah merajok lalu membawa putera2 baginda ia-itu Tengku Musauddin, Tengku 166 SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH (1898 — 1938) Maheran, Tengku Fatimah dan Tengku Arfah, pergi ka-Pulau Pinang mendapatkan ayahanda-nya Tengku Kudin, ia-itu pada 3 haribulan Januari tahun 1899. Tiada lama di-Pulau Pinang, Tengku Mahrum telah membawa putera2-nya itu pindah pergi diam ka-kebun ayahanda-nya (Tengku Kudin) di-Tanjong Dawai, Kedah. Pada masa itu Tengku Mahrum sedang hamil. Sunggoh pun telah beberapa kali baginda Sultan Selangor menghantarkan orang2 baginda pergi mengajak isteri baginda itu balek ka-Sela- ngor, tetapi Tengku Mahrum belum juga mahu balek ka-Selangor. Pada 18 haribulan Februari tahun itu juga (1899) Tengku Mahrum telah melahirkan sa-orang anak perempuan dan di-namakan Tengku Zahrah Puteri. Sa-peninggalan Tengku Ampuan Mahrum itu, istana baginda di-Kelang muram sahaja Baginda Sultan selalu bersemayam di-Langat; sa-kali sa-kala sahaja baginda bersemayam di-Kelang. Istana di-Langat itu telah di-bangunkan dengan perbelanjaan baginda sendiri; tetapi istana di-Kelang itu di-bangunkan oleh kerajaan Selangor. Sa-telah kira2 dua tahun lama-nya Tengku Mahrum merajok itu, baginda Sultan pun menghantarkan orang besar2 Selangor. termasok Raja Haji Bot, serta orang2 perempuan orang patut2 berjumlah semua-nya tiga puloh orang pergi memujok dan mengajak Tengku Ampuan Mahrum balek ka-Selangor. Sa-telah mereka menjalankan usaha bersunggoh-sunggoh, akhir-nya lem- but-lah hati-nya, lalu Tengku Ampuan itu pun membawa putera2- nya balek sa-mula ka-Kelang, ia-itu pada 10 haribulan Januari tahun 1901, sa-telah lebeh kurang dua tahun lama-nya mening- galkan Selangor. Peristiwa itu-lah juga yang menyebabkan istiadat pertabalan baginda Sultan Selangor itu terlewat di-jalankan. 1903. Pada 1 haribulan November tahun 1899, Sultan Alauddin Sulaiman Shah telah mengangkat Raja Laut ibni almarhum Sultan Muhammad jadi Raja Muda Selangor. Tetapi perlantekan itu tiada-lah di-lakukan dengan mengadakan adat istiadat keramaian, melainkan hanya di-tuliskan dalam warta kerajaan Selangor. Dalam pada itu nampak-nya perlantekan itu telah sama juga di-persetujui oleh pegawai2 British yang ada di-Selangor; sa- kadarkan perlantekan itu telah di-rahsiakan. Akhir-nya dalam tahun 1903, apabila tiba desakan hendak mengesahkan perlantekan jawatan Raja Muda Selangor itu telah di-berikan kapada Raja 167 SEJARAH SELANGOR Laut, baharu-lah terbuka rahsia perlantekan itu. Sa-bahagian ramai daripada orang besar2 yang kanan di-negeri Selangor tiada menyetujui perlantekan itu, dan telah menentang-nya. Oleh sebab itu perlantekan pangkat Raja Muda Selangor yang telah di-berikan kapada Raja Laut itu pun di-batalkan, dan tinggal kosong-lah balek pangkat itu. Pada 22 haribulan Oktober tahun 1903, bersamaan dengan 2 haribulan Sha‘ban Tahun Hijrah 1321, Sultan Alauddin Shah telah di-tabal dan di-mahkotakan di-Kelang dalam suatu maijlis adat istiadat dan keramaian yang meriah, sa-bagai Sultan, Yang di-Pertuan negeri Selangor. Baginda-lah Sultan Selangor yang mula2 memakai mahkota pada masa menjalani istiadat pertabalan itu. Sultan2 Selangor yang dahulu daripada baginda, pada masa bertabal hanya memakai sa-jenis songkok chara Bugis yang di-sebut Songkok Liling. Perkakas nobat yang di-pakai pada masa istiadat pertabalan dan kemahkotaan baginda itu di-pinjam daripada nobat Sultan Perak (Sultan Idris) saperti adat zaman dahulu juga. Pada 4 haribulan November tahun itu juga (1903) di-adakan pula istiadat menggelar isteri baginda Tengku Ampuan Mabrum dengan gelaran Tengku Ampuan Paduka Seri Negara. Putera sulong baginda, Tengku Musauddin, di-gelar Tengku Mahkota, puteri2 baginda di-gelar Tengku Puteri, dan istana baginda di- Kelang di-namakan Istana Mahkota Puri. Pada masa permulaan Sultan Alauddin Sulaiman Shah berkera- jaan itu, negeri Selangor belum lagi terbuka betul seluroh-nya; masch banyak lagi tempat2 dalam negeri itu yang berhutan. Tetapi pada zaman pemerentahan baginda itu-lah jalan2 raya, jalan2 keretapi, dan bangunan2 rumah batu dan kedai2 rumah batu telah bertambah banyak di-dirikan dalam beberapa buah pekan di-negeri itu, terutama di-Kuala Lumpur dan di-Kelang. Sa-telah baginda jadi Sultan itu, baginda pun jadi Yang di-Pertua bagi Majlis Meshuarat Negeri Selangor. Pada masa baginda mengetuakan Majlis Meshuarat Negeri itu, ia-itu pada masa permulaan baginda memerentah, di-antara ahli2 dalam Majlis Meshuarat Negeri itu ia-lah: Raja Laut, Raja Haji Bot ibni almarhum Raja Juma‘at, Raja Hasan ibni almarhum Raja Abdullah dan Saiyid Mashhor ibni Saiyid Muhammad Ash- Shahab. Pada keselurohan zaman pemerentahan baginda itu, 168 Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor 1898—1938. 169 SEJARAH SELANGOR baginda telah bersunggoh-sunggoh memajukan perusahaan orang2 Melayu di-negeri Selangor saperti berkebun dan mengusahakan pertukangan2 tangan serta menguatkan ajaran2 ugama Islam kapada orang2 yang berugama Islam di-negeri baginda itu, bahkan selalu-lah di-dapati baginda berkhutbah pada masa sem- bahyang Juma‘at di-masjid2 di-merata-rata tempat dalam negeri Selangor; pendek-nya baginda alim dalam ugama Islam. Dan lagi patut-lah di-sebut: bahawa baginda-lah yang mula2 membuka Pasokan Volunteer Melayu di-negeri Selangor dengan perbelanjaan daripada wang baginda sendiri. 1920. Pada tahun 1920, Tengku Musauddin putera sulong baginda Sultan Selangor itu telah di-lantek baginda memenohi jawatan Raja Muda Selangor yang telah kosong sejak tahun 1903 itu. Tengku Alam Shah putera baginda yang ketiga di-lantek jadi Tengku Panglima Raja Selangor. Empat tahun kemudian daripada itu, tahun 1924, Tengku Musauddin Raja Muda Selangor itu bersama-sama dengan Sir Laurence Guillemard, Pesurohjaya Tinggi Negeri2 Melayu Yang Bersekutu dan Gabenor Negeri2 Selat, telah berangkat ka-London mewakili Malaya (semua negeri2 di-Semenanjong Tanah Melayu termasok Singapura) dalam Pame- ran Besar Seluroh Empayar British di-Wembley dekat London. Pada tahun 1927, sa-telah perlembagaan Majlis Meshuarat Per- sekutuan (Federal Council ia-itu Majlis Meshuarat Negeri2 Melayu Yang Bersekutu) di-pinda lagi, ia-itu sejak raja2 pemerentah negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak lagi dudok dalam Majlis Meshuarat Persekutuan itu, Tengku Musauddin telah di-lantek jadi ahli bukan-rasmi bagi negeri Selangor dalam Majlis Meshuarat Persekutuan itu. (Ahli2 bukan-rasmi yang Jain-nya ia-lah: Raja Chulan bagi negeri Perak, Dato’ Abdullah bin Haji Dahan Undang Rembau bagi Negeri Sembilan, dan Tengku Sulaiman bagi negeri Pahang). Kemudian, pada tahun 1931, Tengku Alam Shah, Tengku Panglima Raja itu di-angkat pula jadi Tengku Laksamana Selangor. Ada kira2 enam tahun lama-nya jadi ahli bukan-rasmi dalam Majlis Meshuarat Per- sekutuan itu, pada tahun 1933, Tengku Musauddin telah berhenti jadi ahli bukan-rasmi Majlis Meshuarat Persekutuan itu dan di-gantikan oleh Raja Uda bin Raja Muhammad jadi ahli bukan- 170 SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH (1898 — 1938) rasmi dalam Majlis Meshuarat Persekutuan (Federal Council) bagi negeri Selangor. 1934. Pada tahun 1934, mengikut nasihat daripada Residen British Selangor masa itu. T.S. Adams nama-nya, Kerajaan British telah memaksa Tengku Musauddin turun daripada pang- kat-nya sa-bagai Raja Muda Selangor. Perbuatan Kerajaan British yang telah mengambil tindakan mengejut dan yang tiada pernah berlaku saperti itu sa-panjang sejarah Selangor, telah menerbitkan berbagai-bagai pendapat dalam kalangan orang2 Melayu, baik orang2 Melayu di-Selangor atau di-negeri2 Melayu yang lain dan di-Negeri2 Selat juga. Mengikut “nasihat” (atau “asutan” mengikut pendapat sa-bahagian ramai orang2 Melayu di-Malaya masa itu) T.S. Adams, Residen Selangor itu, Kerajaan British telah memechat Tengku Musauddin daripada pangkat Raja Muda Selangor yang akan mewarithi takhta kerajaan Selangor itu, ia-lah kerana di-katakan beliau di-pandang sa-bagai sa-orang yang tiada layak memegang pangkat bakal yang akan mendudoki takhta kerajaan Selangor itu; dan sa-bahagian daripada sebab2 yang tiada melayakkan beliau itu, mengikut pendapat T.S. Adams, ia-lah kerana beliau gemar berjudi dan banyak pula berhutang. Pada pendapat sa-bahagian ramai orang2 Melayu awam, walau pun beliau gemar berjudi dan banyak berhutang saperti yang ada juga di-lakukan oleh anak raja2 Melayu yang lain masa itu, tetapi beliau itu ia-lah sa-orang yang baik dan peramah kapada ra‘ayat-nya; sa-orang yang bijaksana, pemurah dan suka mema‘af- kan kesalahan orang lain dan juga sa-orang yang tahu betul2 akan peratoran adat istiadat diraja Selangor. Perkara yang menyebabkan T.S. Adams menilai Tengku Musaud- din sa-bagai sa-orang yang tiada layak jadi raja pemerentah itu, telah umum di-perbualkan dalam masharakat orang2 Melayu masa itu, terutama di-Selangor, ia-lah kerana T.S. Adams itu memang telah terkenal dalam kalangan orang2 Melayu sa-bagai sa-orang orang puteh yang suka bergaul dan beramah-ramahan dengan orang2 Melayu, berchakap dengan bahasa Melayu, dengan chara yang manis dan lemah lembut, supaya ia di-gemari oleh orang2 Melayu, dan supaya ia di-katakan pro-Melayu; tetapi ia tidak suka melihatkan anak2 Melayu berani mengangkat kepala sadikit pun terhadap-nya, apa lagi kalau melihat orang Melayu 171 SEJARAH SELANGOR yang berani menentang atau menyanggah orang puteh; orang yang saperti itu akan di-chap-nya orang jahat atau orang yang tiada mempunyai kelayakan. Pada hal Tengku Musauddin itu ia-lah sa-orang anak raja Melayu yang tidak suka merendah diri menurut apa sahaja kata orang puteh. Berhubong dengan pemechatan Tengku Musauddin daripada pangkat Raja Muda Selangor kerana “nasihat” T.S. Adams Residen British Selangor itu, berbagai-bagai pendapat yang telah di-dengar dalam perbualan orang2 masa itu, di-antara-nya ada yang mengatakan: itu-lah tanda yang menunjokkan Residen British T.S. Adams itu bukan-lah sa-bagai “Penasihat” dalam kalangan raja2 pemerentah di-negeri Selangor, melainkan menun- jokkan dia-lah orang yang “berkuasa” sa-kali di-negeri Selangor sa-hingga melebehi kuasa Sultan Selangor sendiri; dan dengan tindakan Kerajaan British itu juga menunjokkan negeri Selangor itu (termasok-lah negeri2 Melayu yang lain di-Tanah Melayu) bukan-lah sa-bagai negeri yang “di-naungi” oleh Kerajaan British, melainkan telah merupakan negeri yang telah di-jajah betul2 oleh British. Sa-patut-nya pemechatan yang saperti itu, di-rundingkan dahulu masak2 dengan baginda Sultan Selangor dan orang besar2 Selangor, yang mempuyai kuasa pemechatan itu. mengikut adat istiadat raja2 Melayu Selangor. Pada hal pemechatan yang telah di-timpakan ka-atas Tengku Musauddin itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah sendiri serta sa-bilangan ramai orang besar2 Selangor tiada menyetujui-nya, kerana menyalahi adat istiadat diraja Selangor. Dan ada pula di-antara orang2 awam itu yang hanya mengatakan: apa boleh buat; negeri2 Melayu ini memang di-bawah “ta‘alok” British, sa-hingga raja2-nya pun “dalam tangan British”. Dalam tahun 1934 itu juga, Tengku Alam Shah, Tengku Laksamana Selangor, bersama-sama dengan Raja Bendahara Perak (Raja Yusuf ibni almarhum Sultan Abdul Jalil) telah berangkat ka-England, kerana di-katakan hendak meluaskan pandangan dan menchari pasar perniagaan bagi barang2 per- usahaan dan pertukangan orang2 Melayu. 1936. Lebeh kurang dua tahun lepas itu, pada 20 haribulan Julai tahun 1936, Tengku Alam Shah, Tengku Laksamana itu telah di-lantek jadi Raja Muda Selangor menggantikan kakanda- nya Tengku Musauddin. Tengku Musauddin telah di-beri pula 172 SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH (1898 — 1938) gelaran Tengku Kelana Jaya Putera, dan saudara mereka yang bernama Tengku Bahdhar di-jadikan Raja Bendahara Selangor. Di-sini patut-lah di-sebut: walau pun banyak terdengar desas desus orang ramai fasal tindakan2 British mengenai kedudokan putera2 Sultan Selangor itu, tetapi di-antara putera2 baginda itu sendiri, umpama-nya Tengku Alam Shah dengan Tengku Musauddin, tiada-lah timbul apa2 persengkitaan, melainkan keadaan mereka dalam rukun damai sahaja di-antara sa-orang dengan lain. 1937-1939. Lebeh kurang sa-tahun kemudian daripada itu, suatu keramaian besar kerana menyambut zaman pemerentahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah di-negeri Selangor itu telah ber- jalan sa-lama hampir2 40 tahun, dan keramaian itu di-sebut Jubilee Mas, telah di-adakan di-Kelang dan telah di-ra‘ikan juga di-seluroh negeri Selangor dengan meriah. Beberapa bulan sahaja kemudian daripada itu, pada hari Khamis, 31 haribulan Mach tahun 1938, baginda Sultan Alauddin Sulaiman Shah telah mangkat di-Istana Mahkota Kelang, dalam usia lebeh kurang tujoh puloh dua tahun, dan telah berkerajaan sa-lama 40 tahun, dengan meninggalkan putera2 dan puteri2 tidak Kurang daripada empat puloh orang. Almarhum itu telah di- makamkan di-Kelang pada 4 haribulan April tahun 1938 dan di-gelar Marhum ‘Atiqullah. 173 Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor 1938—1942; 1945-1960). 174 Sultan Hisamuddin Alam Shah (i: 1938 — 1942): 1938-1939. Pada 4 haribulan April tahun 1938, Raja Muda Selangor, Tengku Alam Shah putera almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Marhum ‘Atiqullah) telah di-lantek menjadi Sultan Selangor menggantikan almarhum ayahanda baginda, dan bergelar Sultan Hisamuddin Alam Shah. Istiadat permakaman Marhum ‘Atiqullah dan istiadat perlantekan Tengku Alam Shah jadi Sultan Selangor itu, antara lain2 telah di-saksikan juga oleh Sir Shenton Thomas, Pesurohjaya Tinggi Negeri2 Melayu Yang Bersekutu dan Gabenor Negeri2 Selat. Lebeh kurang sa- puloh bulan kemudian daripada itu, pada 26 haribulan Januari tahun 1939, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah di-tabal dan di-mahkotakan di-Istana Mahkota Puri Kelang sa-bagai Sultan, Yang di-Pertuan negeri Selangor “Daru’I-Ihsan”. Pada masa itu baginda ‘telah berusia lebeh kurang empat puloh tahun; baginda telah di-puterakan pada 13 haribulan Mei tahun 1898. Pada masa di-jalankan istiadat2 pertabalan dan kemahkotaan baginda itu, kakanda baginda Tengku Kelana Jaya Putera (Tengku Musauddin) telah mengambil bahagian utama dan chergas, dan beliau-lah yang mengetuakan istiadat2 itu. 1941-1942. Tiada berapa tahun kemudian daripada itu, mulai pada 8 haribulan Disember tahun 1941, tentera Jepun telah datang menyerang dan mengalahkan negeri2 Melayu dan Negeri2 Selat di-Tanah Melayu. Bandar Kuala Lumpur telah di-masoki dan di-dudoki oleh tentera Jepun pada 11 haribulan Januari tahun 1942. Tentera British di-Singapura telah menyerah kalah kapada tentera Jepun pada 15 haribulan Februari tahun 1942 dan bererti-lah seluroh Malaya — termasok negeri Selangor — masok ka-bawah perentah tentera Jepun, dan pehak berkuasa 175 SEJARAH SELANGOR tentera Jepun telah meletakkan sa-orang gabenor-nya jadi ketua pemerentah di-negeri Selangor. 176 Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah (1942 — 1945): (Masa Pendudokan Tentera Jepun) 1942. Sa-telah tentera Jepun mendudoki dan menguasai negeri Selangor, pada tahun 1942 itu juga, Gabenor Jepun di-negeri Selangor yang diam di-Kuala Lumpur telah memanggil Sultan Hisamuddin Alam Shah yang pada masa itu menjauhkan diri bersemayam di-Dusun Tua, dan Tengku Musauddin yang diam di-Bandar, datang ka-rumah tempat kediaman Gabenor Jepun itu. Apabila baginda kedua bersaudara telah berhadapan dengan Gabenor Jepun itu, Gabenor Jepun itu pun mengatakan kapada baginda ia-itu baginda tiada boleh lagi di-teruskan jadi Sultan Selangor, dan pehak berkuasa tentera Jepun telah memechat baginda, turun dari takhta kerajaan Selangor, dan pehak berkuasa tentera Jepun mengangkat kakanda baginda, Tengku Musauddin, jadi Sultan Selangor. Dalam pada itu, Gabenor Jepun itu telah meminta kapada Sultan Hisamuddin Alam Shah bekerjasama membantu kakanda baginda Sultan Selangor yang baharu itu. 1943. Dalam bulan November tahun 1943, suatu istiadat dan keramaian telah di-adakan di-Kelang, dengan di-hadhiri oleh orang besar dan pegawai2 tertinggi tentera Jepun, kerana men- jalankan istiadat pertabalan dan kemahkotaan Tengku Musauddin sa-bagai Sultan, Yang di-Pertuan negeri Selangor, dan di-gelar Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah, bersemayam di-Istana Mahkota Kelang. Pada masa pendudokan tentera Jepun itu, Tengku Musauddin ada-lah sa-bagai Sultan yang tiada mempunyai apa2 kuasa dan tiada-lah pernah baginda menjalankan apa2 tugas Sultan di-negeri itu. Oleh sebab itu Tengku Musauddin telah menumpukan per- hatian baginda kapada menjaga kepentingan2 kaum kerabat baginda dalam kerabat diraja Selangor. Wang yang bukan sadikit 177 SEJARAH SELANGOR di-terima baginda dari pehak pemerentah tentera Jepun, telah baginda bahagi-bahagikan menolong kaum keluarga baginda. Kopon2 yang di-berikan Jepun kapada baginda untok mendapat- kan kain2 dan barang2 makanan, itu pun baginda bahagi-bahagi- kan kapada kaum keluarga baginda, kerana menolong mereka mendapatkan kain2 dan makanan2; pada masa pendudokan tentera Jepun di-Malaya, sakalian ra‘ayat telah menderita kerana kepayahan mendapat barang2 makanan dan pakaian. 178 Sultan Hisamuddin Alam Shah (ii: 1945 — 1960): 1945. Sa-telah lebeh kurang tiga tahun sembilan bulan lama- nya hidup menderita dalam pemerentahan tentera Jepun itu, pada pertengahan bulan September tahun 1945, tentera British telah datang balek mengambil Malaya daripada tangan tentera Jepun yang telah menyerah kalah mengikut perentah daripada Maharaja Jepun yang telah menyerah kalah kapada pehak Amerika dan sekutu-nya dalam bulan Ogos tahun 1945 sa-telah pehak Amerika dan sekutu-nya menggugorkan bom atom di-Hiroshima dan Nagasaki. Pebak pemerentah tentera British telah datang ka- Selangor mengambil balek kuasa di-negeri itu daripada tangan pemerentah tentera Jepun. Dengan perentah Lord Louis Mountbatten, pemerentah agong tentera British di-Singapura, Tengku Musauddin telah di-turunkan balek dari takhta kerajaan negeri Selangor, dan Sultan Hisamuddin Alam Shah di-naikkan sa-mula jadi Sultan Selangor. Pada masa itu, dengan tiada sa-tahu baginda, Tengku Musauddin telah di-asingkan oleh British ka-Pulau Cocos di-Lautan Hindi jauh ka-selatan Tanah Jawa. Sa-telah lebeh kurang sa-tahun lama-nya Tengku Musauddin dalam buangan di-Pulau Cocos itu, perkara- nya itu telah di-timbulkan dalam Majlis Meshuarat Negeri Selangor, dan dengan persetujuan Sultan Hisamuddin Alam Shah, Tengku Musauddin telah di-benarkan balek sa-mula ka-negeri Selangor. Beliau telah tinggal di-Kelang mendiami rumah-nya sendiri dan telah di-benarkan memakai gelaran-nya Tengku Kelana Jaya Putera, dengan menerima wang elaun politik sa-banyak $1,000/- tiap2 bulan sa-bagai Tengku Kelana Jaya Putera, di- tambah dengan elaun $250/- tiap2 bulan sa-bagai putera sulong almarhum Sultan Selangor serta lain2 elaun belanja hidup meng- ikut ketetapan kerajaan. 179 SEJARAH SELANGOR 1946. Pada 24 haribulan Oktober tahun 1945, Sultan Hisamud- din Alam Shah bagi pehak Kerajaan Selangor telah menanda tangani suatu surat perjanjian dengan Kerajaan British yang di-wakili oleh Sir Harold MacMichael, utusan khas Kerajaan British yang telah datang ka-istana baginda membawa surat perjanjian yang di-minta-nya baginda menanda-tangani-nya dengan tujuan, saperti yang telah di-ishtiharkan oleh Kerajaan British, ia-itu bendak memasokkan negeri Selangor menjadi sa-buah dari- pada sembilan buah negeri2 Melayu di-Tanah Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka (Singapura tidak masok; terasing sendiri-nya) menjadi sa-buah gabongan pemeremtahan yang akan di-namakan “Malayan Union,” di-kepalai oleh Gabenor-nya sendiri daripada orang British. Sa-telah Harold MacMichael memperoleh semua tanda-tangan Sultan2 di-negeri2 Melayu, pada awal tahun 1946, ia pun balek sa-mula ka-Britain. Kemudian, pada 1 haribulan April tahun 1946 Malayan Union pun di-tubohkan — termasok- Jah negeri Selangor. Sir Edward Gent, Gabenor bagi ‘Malayan Union”’ itu pun diam dan berpejabat di-Kuala Lumpur. 1948. Oleh sebab bangkangan daripada sa-genap bangsa Melayu yang telah bersatu dalam sa-buah pertubohan politik yang bernama Pertubohan Kebangsaan Melayu Bersatu atau yang terkenal juga dengan nama U.M.N.O. (United Malays National Organisation) di-bawah pimpinan Dato’ Onn bin Ja‘afar, Kerajaan British memansukhkan “Malayan Union’’, dan sa-bagai ganti-nya. semua negeri2 Melayu yang sembilan buah itu (termasok Selangor) serta Pulau Pinang dan Melaka di-jadikan sa-buah gabongan persekutuan yang di-namakan Persekutuan Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris-nya di-sebut: Federation of Malaya), ia-itu mulai di-tubohkan pada 1 haribulan Februari tahun 1948. Gelaran Gabenor bagi pemerentah tertinggi di-negeri itu di-tukar pula kapada gelaran Pesurohjaya Tinggi bagi Persekutuan Tanah Melayu. 1950. Pada 13 haribulan Mei tahun 1950, Raja Abdul Aziz putera Sultan Hisamuddin Alam Shah telah di-lantek jadi Raja Muda Selangor. 180 SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH (ii: 1945 — 1960) 1951. Pada hari Sabtu, 7 haribulan Oktober tahun 1951, ia-itu pada masa dharurat pengganas2 komunis di-Persekutuan Tanah Melayu (1948 — 1960), Sir Henry Gurney, Pesurohjaya Tinggi, Persekutuan Tanah Melayu, telah meninggal dunia di-tembak oleh pengganas2 di-sabuah selekoh jalan dekat Bukit Frazer di-Ulu Selangor tatkala beliau dalam perjalanan berkereta dari Kuala Lumpur hendak ka-Bukit Frazer. Mendiang Sir Henry Gurney itu telah di-gantikan oleh General Sir Gerald Templer jadi Pesurohjaya Tinggi, Persekutuan Tanah Melayu, dan juga ketua tertinggi bagi melawan pengganas2 Komunis di-Persekutuan Tanah Melayu. 1952. Dua tahun sa-telah Raja Abdul Aziz jadi Raja Muda Selangor, pada tahun 1952 Sultan Hisamuddin Alam Shah telah berangkat ka-Mekah kerana menyempurnakan fardhu Haji; Raja Abdul Aziz tinggal menjadi Pemangku Raja di-Selangor selama baginda keluar negeri itu. Baginda Sultan Hisamuddin Alam Shah-lah di-antara Sultan2 di-Tanah Melayu yang mula2 menyem- purnakan fardhu haji ka-Mekah. 1955. Pada suboh hari Thalatha, 8 haribulan November tahun 1955, Tengku Musauddin, Tengku Kelana Jaya Putera, Selangor, telah mangkat di-Kuala Lumpur. Dengan kehendak adinda-nya Sultan Hisamuddin Alam Shah, jenazah almarhum itu telah di-letakkan sa-bagai penghormatan di-Istana Selangor, Kuala Lumpur. Jenazah almarhum Tengku Musauddin itu telah di- makamkan di-permakaman diraja di-tempat makam almarhum ayahanda-nya Marhum ‘Atiqullah (Al-marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah) di-Kelang. 1956. Pada 11 haribulan Mach tahun 1956, Raja Muda Abdul Aziz telah di-kahwinkan dengan sa-pupu-nya bernama Tengku Rahimah puteri kapada Sultan Abdul Aziz, Langkat (Sumatera Timor) dengan isteri-nya Tengku Zahrah binti almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 1957. Pada 31 haribulan Ogos tahun 1957, Tunku Abdul Rahman Putra ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah, sa-bagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah 181 SEJARAH SELANGOR mengishtiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari- pada perentah British. Istiadat perishtiharan itu telah di-adakan di- Stadium Kuala Lumpur yang di-hadhiri oleh beribu-ribu ra‘ayat negeri dan sakalian raja2 pemerentah negeri2 Melayu — termasok Sultan Hisamuddin Alam Shah — serta wakil Raja Inggeris. Sa-hari lepas itu, pada 2 haribulan September (1957), Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad, Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan, telah di-pileh dan di-lantek jadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Sultan Hisamuddin Alam Shah di-jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 1960. Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Negara Persekutuan Tanah Melayu itu telah mangkat di-[stana Negara, Kuala Lumpur, pada suboh, | haribulan April tahun 1960. Dua minggu lepas itu, pada 14 haribulan April itu juga (1960), Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor, telah di-pileh dan di-lantek jadi Yang di-Pertuan Agong (yang kedua) bagi Negara Persekutuan Tanah Melayu. Putera baginda Raja Muda Abdul Aziz di-jadikan Pemangku Raja memerentah- kan negeri Selangor. Pada 30 haribulan Julai tahun 1960 itu juga, Sultan Hisamuddin Alam Shah, sa-bagai Yang di-Pertuan Agong, telah mengumum- kan perishtiharan tamat-nya dharurat pengganas2 Komunis di- Persekutuan Tanah Melayu yang telah berjalan selama dua belas tahun itu (1948 — 1960). Pada masa itu keadaan baginda telah udzor sadikit. Sa-bulan lepas itu, pada hari khamis, pukul 11.48 pagi, 1 hari- bulan September tahun 1960. Sultan Hisamuddin Alam Shah telah mangkat di-Istana Tetamu, Kuala Lumpur sa-telah gering selama 27 hari. Jenazah almarhum itu telah di-bawa ka-Istana Negara (Kuala Lumpur) lalu di-semayamkan di-situ bagi peng- hormatan Negara. Pada hari Sabtu, 3 haribulan September tahun 1960, jenazah almarhum itu telah di-bawa dengan kehor- matan Negara yang sa-chukup-nya dari Kuala Lumpur ka-Istana Kota di-Kelang, lalu di-makamkan di-permakaman diraja, di-sisi makam ayahanda-nya almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Marhum ‘Atiqullah) dan kakanda-nya almarhum Tengku Musauddin. 182 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1960 — sedang berkerajaan): 1969. Pada hari Sabtu, pukul 3.00 petang, 3 haribulan Septem- ber tahun 1960, di-Istana Kota, Kelang, sa-belum jenazah almar- hum Sultan Hisamuddin Alam Shah di-makamkan, Menteri Besar Selangor, Dato’ Abu Bakar bin Baginda, bagi pehak raja2 dan orang besar2 Selangor, telah mengumumkan bahawa Pemangku Raja dan Raja Muda Selangor Raja Abdul Aziz, putera sulong almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, di-lantek jadi Sultan Selangor menggantikan almarhum ayahanda baginda, dengan gelaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 1961. Lebeh kurang sa-puloh bulan kemudian daripada itu, pada 28 haribulan Jun tahun 1961, dalam suatu istiadat dan keramaian gemilang yang telah di-adakan di-Istana Alam Shah (istana baharu yang telah di-dirikan di-atas tapak Istana Kota yang telah di-robohkan) di-Kelang, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah di-tabal dan di-mahkotakan sa-bagai Sultan, Yang di-Pertuan bagi negeri Selangor, “Darul Ihsan”; isteri baginda Tengku Rahimah di-gelar Tengku Ampuan Selangor. Pada masa itu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berusia 35 tahun; baginda telah di-puterakan di-bandar Kelang pada 8 haribulan Mach tahun 1926. Baginda telah bersekolah di-Sekolah Melayu, Kelang; kemudian telah melanjutkan pelajaran baginda ka-Malay College, Kuala Kangsar, Perak. Lepas pen- dudokan Jepun di-Malaya, baginda telah pergi belajar ka-London Kembali dari London baginda telah berkhidmat dalam jabatan2 kerajaan di-negeri Selangor dan telah mendapat didekan tentera di-Maktab Tentera Persekutuan Tanah Melayu di-Port Dickson. Sejak baginda jadi Raja Muda hingga menjadi Sultan Selangor, baginda selalu berangkat melawat ka-merata-rata negeri di-seluroh 184 SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (1960 — sedang berkerajaan) dunia, dan dalam lawatan2 baginda itu bersama-sama-lah dengan isteri baginda Tengku Ampuan Selangor. Pada tahun2 permulaan pemerentahan baginda di-negeri Selangor itu, baginda di-kenali sa-bagai sa-orang raja pemerentah yang sukakan perubahan2 baharu dalam chara pertadbiran pemerentahan bagi faedah dan kemajuan negeri dan ra‘ayat baginda. 185 Nn wry a 186 DAFTAR NAMA SULTAN2 SELANGOR Tarikh memerentah (Tahun Masehi) Sultan Salehuddin Shah (Marhum Saleh) 1756 — 1778. Sultan Ibrahim Shah ree “es 1778 — 1826. Sultan Muhammad Shah... aa ine 1826 — 1857. Sultan Abdul Samad (Marhum Jugra) ... 1859 — 1898. . Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Marhum ‘Atiquilah) ae as es ans 1898 — 1938. Sultan Hisamuddin Alam Shah (i) 1938 — 1942 Gi) 1945 — 1960. . Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ... 1942 — 1945. (Masa pendudokan tentera Jepun) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah --- 1960 — sedang berkerajaan. SILSILAH SULTAN2 SELANGOR Upu Tenribong Daing Rilaka. (Raja di Tanah Bugis) aing'Perani. Daing Ménambun. Daing Merewah. — Daing’Chelak. Daing Kemasi. (Kelana Jaya Putera) Yamtuan Muda Riau Il. Yamtuan Muda Riau I. ‘Daing Kemboja. Raja Lumu. Raja Haji. amtuan Muda Riau III. Sultan Salehuddin Shah. —_ (Marhum Telok Ketapang) (Marhum Saleh) Yamtuar Muda Riau IV. Sultan Selangor (1) 1786-1778. Raja Ali. Sultan Ibrahim Shah Raja Ja‘afar " mtuan Muda Riau V. Sultan Selangor (2) Yamtuan Muda Riau VI. ~ 1778-1826 Sultan Muhammad Shah. Raja Abdullah, Sultan Selangor (3) 1826-1857. Raja Sulaiman. Raja Laut, Raja Mahmud. Tengku Nai. Tengku Atfah. Sultan Abdul Samad. (Tengku Senai) (Bersuamikan Sultan Sultan Selangor (4) . (Bersuamikan Abdul Samad) 1859-1898. Raja Juma‘at, Lukut) Raja Mahdi. Raja Bot. Raja Arfah. Raja Muda Musa, (Bersuamikan Tengku (Mangkat: 1884) Kudin) ‘Tengku Mahrum Raja Sulaiman. - (Bersuamikan Sultan Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Alauddin Sulaiman Shah) Sultan Selangor (5) 1998-1938. Tengku Musauddin. Tengku Alam Shah. (Tengku Kelana Jaya Putera) Sultan Hisamuddin Alam Shah. Sultan Musa Ghiathuddin Sultan Selangor (6) Riayat Shah. (i) 1938-1942. Sultan Selangor (7) (i) 1945--1960. 1942-1945. (Masa pendudokan tentera Jepun) Raja abdul Aziz. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Selangor (8) 1960 — (sedang berkerajaan). 187 SEJARAH LUKUT 1800. Tempat yang bernama Lukut dalam Negeri Sembilan sekarang ini, mula-nya dahulu di-buka oleh sa-orang raja Melayu bernama Raja Busu dari keturunan raja2 Selangor, dengan per- tolongan pengikut2-nya orang2 Melayu dari Selangor, Kedah dan lain2 negeri juga — masa-nya lebeh kurang pada awal kurun masehi yang ke-19. Sebab-nya Raja Busu tertarek hati datang membuka Lukut itu ia-lah kerana ia telah mengetahui bumi di- Lukut itu banyak mengandongi bijeh timah. Raja Busu dan pengikut2-nya itu telah berusaha mengeluarkan bijeh timah di-situ, langsong Raja Busu memerentah Lukut. Pendapatan Raja Busu daripada hasil bijeh timah di-Lukut itu tidak pula di-serahkan- nya kapada Sultan Selangor. 1824. Lebeh kurang pada tahun 1824, dengan galakan Raja Busu, mula-lah orang2 China — terutama orang2 China dari Melaka — datang beramai-ramai ka-Lukut membuka lombong2 dan bekerja di-lombong2 bijeh timah di-situ; Raja Busu sendiri pun ada beberapa buah lombong bijeh timah-nya di-Lukut itu di-kerjakan oleh pekerja2 China. Sejak itu Lukut pun terkenal sa-bagai sa-buah tempat yang banyak mengeluarkan bijeh timah. Pada masa itu Raja Busu telah mengeluarkan perentah kapada sakalian pendudok Lukut ia-itu bijeh timah atau timah yang di-bawa keluar dari Lukut. di-kenakan chukai di-bayar kapada- nya sa-banyak sa-puloh peratus daripada harga timah itu, dan banyak-lah Raya Busu beroleh chukai2 itu. 1834. Lama-kelamaan, sa-telah Raja Busu meni‘mati chukai2 timah di-Lukut itu, beliau pun menaikkan lagi chukai2 timah itu hingga beberapa kali ganda lebeh daripada chukai yang mula? di-tetapkan-nya dahulu. Kenaikan chukai timah yang ber- 188 SEJARAH LUKUT lebeh-lebehan itu telah menjadikan orang2 China di-Lukut itu menderita dan mereka pun sakit hati kapada Raja Busu. Pada suatu malam, dalam bulan September tahun 1834, orang2 China di-Lukut itu kira2 sa-ramai tiga atau empat ratus orang, dengan rupa yang marah telah datang ka-dekat istana Raja Busu, kerana beberapa orang di-antara orang2 China yang berkepen- tingan di-Lukut itu hendak berjumpa Raja Busu merundingkan fasal chukai timah itu. Pada masa itu-lah orang2 China itu telah nampak dalam kawasan di-keliling istana Raja Busu itu penoh dengan timah bertimbun-timbun. Orang2 China itu telah ber- tambah-tambah marah lalu menjerit-jerit memanggil Raja Busu turun dari istana-nya sambil mengatakan jika Raja Busu tidak turun, mereka akan membakar istana Raja Busu itu. Panggilan orang2 China itu tidak di-pedulikan oleh Raja Busu dan ia berkata pula kapada orang2 China itu: “Orang2 Islam tidak takut mati; buat-lah apa yang kamu suka!” Mendengar itu, orang2 China itu pun mengamok lalu membunoh orang2 Melayu mana2 yang di-jumpai mereka, dan ramai-lah orang2 Melayu yang mati terbunoh; kemudian orang2 China itu telah membakar istana Raja Busu; Raja Busu sa-keluarga dan orang2 dalam istana itu, sa-orang pun tiada lepas keluar — habis semua-nya mati terbakar. Makam Raja Busu itu ada lagi hingga sekarang di-atas sa-buah bukit di-Kuala Lukut dan di-pandang keramat oleh pendudok2 di-situ. Sa-telah Raja Busu mangkat, tinggal-lah Lukut tiada beraja. Tiada lama lepas itu, datang pula orang2 Melayu beramai- ramai menyerang dan membunoh orang2 China di-Lukut sa-chara besar-besaran sa-bagai menuntut bela perbuatan orang2 China tiada berapa lama dahulu. Sunggoh pun di-Lukut telah berlaku kejadian2 burok dan ngeri saperti yang di-sebutkan itu, tetapi tiada lama kemudian, datang pula beberapa ramai orang Melayu ka-tempat itu berusaha menchari bijeh timah. Di-antara orang2 Melayu yang datang ka-Lukut masa itu, termasok-lah Raja Ja‘afar bin almarhum Raja Ali orang Melayu Bugis yang berasal dari Riau, bersama dengan anak2-nya bernama Raja Juma‘at dan Raja Abdullah. Mereka telah berusaha membuka lombong bijeh timah di-Lukut dengan menggunakan pekerja2 China, dan dalam masa tiada berapa lama, di-dapati perusahaan mereka itu berjaya. Sa-telah 189 SEJARAH SELANGOR Raja Ja‘afar mangkat, tinggal-lah Raja Juma‘at dan adek-nya Raja Abdullah meneruskan usaha inereka, dan perusahaan mereka melombong bijeh timah di-Lukut itu bertambah berjaya sa-hingga Raja Juma‘at menjadi orang kaya. 1836. Dua tahun lepas mangkat Raja Busu, pada tahun 1836, Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Selangor (Sultan Selangor yang ke-3) yang telah mendengar Lukut banyak menghasilkan bijeh timah itu, telah berangkat dengan pengiring2 baginda datang ka-Lukut. Sampai ka-Lukut baginda telah mengishtiharkan kapada pendudok2 di-situ bahawa Lukut itu masok ka-dalam perentah Kerajaan Selangor, dan di-dapati tiada siapa pun pendudok Lukut yang menyanggah perishtiharan baginda itu. Di-perchayai, pada masa itu-lah Sultan Muhammad telah memileh Raja Juma‘at bin Raja Ja‘afar — sa-orang yang terpandang di-Lukut itu — jadi wakil baginda menjalankan pemerentahan Kerajaan Selangor di-Lukut; dan bersahabat-lah Sultan Muhammad dengan Raja Juma‘at. Balek dari Lukut itu, Sultan Muhammad telah berikhtiar mendapatkan wang modal yang di-pinjam baginda daripada saudagar2 orang Eropah dan taukeh2 China di-Melaka, lalu baginda menchuba memulakan perusahaan membuka lombong bijeh timah di-lembahan Sungai Kelang dengan harapan per- usahaan itu akan berjaya saperti lombong2 bijeh timah di-Lukut yang telah menarek perhatian baginda. Tetapi perusahaan baginda itu tiada berjaya. 1839. Pada tahun 1839, Raja Juma‘at Lukut dengan adek-nya Raja Abdullah telah mengiringkan Sultan Muhammad Selangor pergi ka-Riau, kerana baginda hendak berjumpa kaum kerabat baginda di-sana. Dalam perjalanan baginda hendak balek ka- Selangor, tatkala singgah di-Melaka, saudagar2 Eropah dan taukeh2 China tempat baginda berhutang dahulu, telah meng- ancham hendak menangkap baginda, kerana hutang baginda belum berbayar. Tetapi oleh sebab Raja Juma‘at, yang terkenal kaya itu, telah mengakukan kapada saudagar2 dan taukeh2 itu bahawa beliau-lah jadi penjamin hutang baginda itu, baharu-lah mereka diam, dan Sultan Muhammad pun dapat meninggalkan Melaka balek ka-Selangor. 190 SEJARAH LUKUT Lepas kejadian di-Melaka itu, Raja Juma‘at pun meminang Jalu berkahwin dengan puteri Sultan Selangor (Sultan Muhammad) yang bernama Tengku Senai — biasa di-sebut Tengku Nai. Tiada lama lepas itu, Raja Abdullah adek Raja Juma‘at, di-kahwinkan pula dengan anak saudara Sultan Muhammad yang bernama Raja Khalijah binti Raja Haji ibni almarhum Sultan Ibrahim. Pada masa itu berhubong-lah keluarga Raja Juma‘at dengan keluarga diraja kesultanan Selangor. 1840. Sejak tahun 1840, Raja Juma‘at di-Lukut itu telah bertambah-tambah kaya, kerana lombong2-nya di-Lukut telah bertambah-tambah banyak mengeluarxan bijen timah. 1846. Pada suatu masa dalam tahun 1846, tatkala Sultan Muhammad singgah ka-Melaka, lagi sa-kali baginda telah di- ancham hendak di-tangkap oleh saudagar2 di-Melaka yang telah menghutangkan wang kapada baginda, kerana hutang baginda kapada mereka sa-banyak $169,000/- belum berbayar. Pada masa itu lagi sa-kali menantu baginda Raja Juma‘at tampil ka-hadapan mengaku kapada saudagar2 itu bahawa beliau-lah yang menjamin bertanggong-jawab menyelesaikan hutang ayah mentua-nya itu, dan terlepas juga-lah baginda daripada bahaya tertangkap kerana hutang. Oleh sebab pertolongan2 yang telah di-berikan oleh menantu baginda itu, pada tahun 1846 itu juga, Sultan Muhammad telah memberi kuasa kapada Raja Juma‘at memerentah Lukut dan mengambil segala chukai2 hasil dari daerah itu. Pada masa itu daerah Lukut itu hanya-lah suatu tempat kechil terletak di-antara Tanjong Tuan dengan Sungai Sepang. Sejak itu boleh-lah di-kata- kan Raja Juma‘at itu-lah raja pemerentah Lukut yang sa-benar- nya, kerana Sultan Muhammad itu lemah pemerentahan-nya. 1847 Pada akhir tahun 1847, Tengku Nai isteri Raja Juma‘at telah berputera sa-orang anak lelaki, di-namakan Raja Bot. Raja Juma‘at ia-lah sa-orang raja yang pandai memerentah, bijaksana dan usaha membaiki pemerentahan-nya di-Lukut itu. Sejak ia memerentah di-Lukut, orang2 Melayu dan orang2 China dari daerah2 lain sa-makin bertambah ramai datang ka-Lukut dan diam di-situ berusaha menchari bijeh timah, bekerja di-lom- 191 SEJARAH SELANGOR, bong2 dan berniaga; sakalian pendudok Lukut kaseh dan hormat kapada Raja Jumat‘at. Kuasa Raja Juma‘at sa-makin meluas, sa-hingga daerah di-sabelah pantai laut Negeri Sembilan sekarang ini, ia-itu dari Sepang hingga ka-Linggi, semua-nya ta‘alok kapada Raja Juma‘at. Sa-orang raja bernama Raja Sulaiman yang meme- rentah di-Sungai Raya Pasir Panjang masa itu, ta‘alok juga kapada Raja Juma‘at. Pada masa Raja Juma‘at memerentah di-Lukut itu, beliau telah mengadakan pasokan mata2 daripada orang2 Melayu sa-ramai 22 orang, memakai pakaian khas dan pada songkok mata2 itu ada pula nombor masing2. Kota Lukut (Lihat peta): Di-atas sa-buah bukit di-Lukut itu bernama Bukit Gajah Mati — kadang2 di-sebut juga nama-nya Bukit Raja — telah di-bangunkan oleh Raja Juma‘at sa-buah kota batu yang di-sebut nama-nya Kota Lukut. Dari kota itu boleh memandang jelas ka-Sungai Lukut dan ka-seluroh daerah Lukut serta ka-Selat Melaka juga. Kota itu bangun-nya empat persegi bujor. Di-sakeliling kota itu sa-belah keluar ada berparit; parit itu dalam-nya kira2 dari 10 hingga 12 kaki, dan di-dalam parit itu di-pasang ranjau2; parit beranjau itu-lah jadi penghalang kapada musoh yang datang hendak menyerang kota itu. Tanah2 yang di-keluarkan dari penggalian parit itu, bertimbun-timbun pula di-tepi parit itu dan boleh pula di-jadikan kubu. Arah ka-sabelah barat-daya daripada kota batu itu, di-penjuru dekat parit yang di-sebutkan tadi, ada pula di-bangunkan dinding atau tembok batu bagi memeliharakan sa-buah telaga yang tiada berapa jauh dari situ. Telaga itu sangat dalam tetapi tiada berayer melainkan pada musim hujan lebat. Di-penjuru2 tembok kota itu ada pula di-buat kolah (kolam) di-isi dengan ayer yang di-angkut dengan kereta lembu dari bawah. Pada tembok kota itu. yang mengarah ka-sabelah utara dan barat, ada pintu2 gerbang jalan masok ka-kota itu. Jalan raya hendak pergi ka-kota itu di-buat berbelok-belok mengelilingi bukit itu. Di- sabelah-menyabelah jalan ka-kota itu di-ator batu yang tidak bersimin untok memeliharakan pasir2 jalan itu jangan di-hanyut- kan ayer ka-bawah. Di-tengah2 sa-belah dalam kota itu, di- bangunkan oleh Raja Juma‘at sa-buah istana besar bagi puteri-nya yang bernama Raja Wok. Raja Wok itu telah bersuamikan 192 SEJARAH LUKUT sa-pupu-nya bernama Raja Muhammad. Di-hadapan istana itu ada gelanggang tempat bermain sepak raga. Di-atas tembok kota itu di-atorkan pada masing2 tempat-nya beberapa puchok meriam dan lela. (Bekas2 Kota Lukut itu maseh ada lagi sampai se- karang). 1850. Sejak tahun 1850, chukai2 bijeh timah atau timah yang di-dapati oleh Raja Juma‘at di-Lukut itu telah bertambah-tambah banyak, kerana bertambah banyak-nya bijeh timah yang di-dapati dari lombong?2 di-Lukut itu. Dalam tahun 1850 itu chukai2 yang di-dapati oleh Raja Juma‘at di-Lukut itu ada-lah kira2 sa-banyak $10,000/- tiap2 bulan, dan kemudian-nya meningkat sampai $15,000/- sa-bulan. Lebeh kurang pada masa itu-lah juga Sultan Selangor (Sultan Muhammad) telah menggelar Raja Juma‘at itu Raja Tua, dan pada masa itu beliau telah terkenal dan berpenga- toh dalam kalangan kerabat diraja Selangor. 1853. Pada tahun 1853, Sultan Muhammad Selangor telah mengangkat menantu saudara baginda Raja Abdullah adek Raja Juma‘at Lukut, jadi pemerentah daerah lembahan Sungai Kelang, dan Raja Abdullah pun pindah diam di-Kelang dan memerentah di-situ. 1857. Empat tahun lepas itu, pada tahun 1857, Raja Juma‘at telah membantu adek-nya Raja Abdullah membuka lombong2 bijeh timah di-Ampang, Kuala Lumpur; lebeh daripada dua ratus orang pekerja2 China dari Lukut telah di-hantarkan oleh Raja Juma‘at pergi bekerja di-lombong2 Raja Abdullah di- Ampang itu; sejak itu-lah Ampang dan Kuala Lumpur mula di-buka dan lama-kelamaan tempat2 itu bertambah ramai di- datangi orang. Pada tahun 1857 itu juga, Sultan Muhammad Selangor, mentua Raja Juma‘at Lukut telah mangkat. Berikutan dengan mangkat- nya Sultan Muhammad itu, telah berlaku pertikaian di-antara kerabat2 diraja Selangor fasal hendak mengangkat orang yang akan di-jadikan Sultan Selangor menggantikan almarhum itu, dan pertikaian itu telah berlanjutan hingga tahun 1859, Pada masa itu Raja Juma‘at yang telah bergelar “Raja Tua” itu sedang terkenal dan berpengaroh sa-kali dalam kalangan raja2 193 SEJARAH SELANGOR dan orang besar2 Selangor. Raja Juma‘at dan Raja Abdullah memang menchalunkan Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Ibrahim, menantu dan anak saudara kapada almarhum Sultan Muhammad itu di-jadikan Sultan Selangor. Akhir-nya pada tahun 1859, sa-bahagian ramai raja2 dan orang besar2 Selangor telah mengangkat Raja Abdul Samad jadi Sultan Selangor bergelar Sultan Abdul Samad. Raja Juma‘at tetap juga memerentah di-Lukut, dan Raja Abdullah memerentah di-Kelang. 1860. Keadilan dan kebijaksanaan Raja Juma‘at memerentah di-Lukut itu telah mashhor ka-negeri2 lain, dan berduyun-duyun- Jah orang dari berbagai-bagai tempat datang membuat tempat kediaman di-Lukut; terutama lepas berlaku-nya huru hara per- bunohan di-Sungai Ujong pada tahun 1860; ramai orang2 dari Sungai Ujong itu pindah berlindongkan diri di-bawah perentah Raja Juma‘at di-Lukut. Pada masa itu Raja Juma‘at sendiri menyurohkan orang2-nya masok ka-dalam hutan2 sambil memu- kul-mukul gong untok jadi pedoman kapada orang2 yang lari dari Sungai Ujong itu supaya jangan sesat jalan. Pada masa itu sa-makin bertambah ramai-lah orang2 China — terutama orang2 China Hailam — datang membuat tempat kediaman di-Lukut. Orang2 China yang datang ka-Lukut itu telah membangunkan rumah2 kedai lebeh 40 buah banyak-nya, terdiri daripada dua baris rumah2 batu beratap genting, dan tempat itu telah menjadi sa-buah pekan. Pelabohan di-Sungai Lukut masa itu telah banyak di-ulangi oleh tongkang2 dan perahu2 yang datang dari berbagai-bagai tempat, kadang2 hingga berpuloh-puloh buah banyak-nya sa-kali berlaboh. Perhubongan di-antara Raja Juma‘at dengan Kerajaan Selangor, dalam perkara kewangan, tiada-lah bagitu baik; segala hasil2 yang di-dapati oleh Raja Juma‘at di-Lukut itu nampak- nya tiada-lah di-hantarkan-nya kapada Kerajaan Selangor. Pada masa itu jika ada hukuman bunoh sa-kali pun berlaku di-Lukut, Raja Juma‘at sendiri memutuskan-nya, tiada-lah beliau menanti keputusan dari Selangor lagi. Dalam tahun 1860 itu juga, Residen Konsuler di-Melaka, sahabat Raja Juma‘at, bernama Captain Macpherson, telah datang ka-Lukut. Dalam laporan Kaptan Macpherson mengenai Lukut, ia mengatakan:- 194 SEJARAH LUKUT “Negeri Lukut itu jauh ‘benar elok-nya daripada Selangor, bahkan boleh di-samakan dia saperti daerah yang di-punyai oleh orang Eropah. Tetapi yang terlebeh ganjil-nya ia-lah keadaan yang saperti itu terjumpa di-tengah2 hutan belantara. Siapa2 pun suka melihat-nya, kerana di-tempat yang tiada di-sangka2 bagitu, terdapat alamat kemajuan dan tamaddun. Jalan2 raya-nya bertambak batu dan elok betul. Kedai2 China dalam pekan Lukut itu rumah batu dan beratap genting serta berseh pula. Gudang2 di-tepi Sungai Lukut itu besar2, Negeri itu mewah dan orang2 yang diam di-situ nampak-nya chukup mendapat kesukaan dan kemewahan. Senex Pakaian mata2 di-Lukut itu sa-rupa saperti di-Melaka dan peratoran dalam polis pun terator dan sempurna. Lain dari- pada itu ada pula di-buat sa-buah rumah besar tempat pajak judi; pada keempat-empat buah pintu rumah itu di-jagai oleh empat orang mata2 Melayu. Orang2 Melayu tiada di-benarkan_pergi ka-rumah itu. Jika ada orang2 Melayu main judi di-situ dan jika dapat di-tangkap, ia akan di-hukum berat. Sunggoh pun ramai orang2 China main judi di-situ, tetapi semua-nya mengikut peratoran yang telah di-tetapkan; orang2 yang kalah berjudi di-situ, tidak pula membuat apa2 kachau dan jahat. Istana Raja Juma‘at itu di-bangunkan-nya di-atas sa-buah bukit serta ber- kota batu dengan kuat dan ada jalan raya dari bawah berbelok- belok mengelilingi bukit itu hingga ka-kemunchak-nya....... Orang2 salah di-hukum bekerja membuat jalan itu.” 1862-1863. Pada tahun 1862, pada masa Dato’ Kelana Sendeng jadi Dato’ Kelana di-Sungai Ujong, beliau telah menuntut daerah Lukut itu yang maksud-nya mengatakan: “ada pun tempat yang bernama Lukut itu ia-lah sa-bahagian daripada daerah Sungai Ujong yang telah di-ambil oleh Raja Selangor (maksud- nya Sultan Abdul Samad) dengan chara yang tidak adil, termasok- lah Tanjong Tuan yang telah di-bangunkan rumah api oleh Kerajaan Inggeris itu.” Oleh kerana tuntutan Dato’ Kelana Sendeng itu, pada 24 haribulan November tahun 1863, suatu meshuarat telah di-adakan di-Kuala Linggi di-antara Dato’ Kelana Sendeng dengan Raja Abdullah yang mewakili Sultan Selangor (Sultan Abdul Samad), dengan di-saksikan oleh Residen Konsuler 195 Piety JAAN RAYA = PoRT DICKSON — SEREMBAN ___ PETA KOTA LUKUT 196 SEJARAH LUKUT Melaka bernama Kaptan Playfair. Sa-puchok surat daripada Sultan Abdul Samad yang telah berchap dengan chap mohor baginda yang di-sertakan dengan sa-bilah lembing, telah di-bawa ka-dalam meshuarat itu, Surat itu telah di-tulis dua bulan dahulu (September, 1863) daripada meshuarat itu di-adakan, dan surat Sultan Abdul Samad itu telah di-bachakan dalam meshuarat itu. Dalam surat itu Sultan Abdul Samad menetapkan: sempadan di-antara negeri Selangor dengan daerah Sungai Ujong itu ia-lah dari Gunong Jugra menghilir Sungai Langat sampai ka-kuala-nya* tanah2 yang di-sabelah kanan mudek Sungai Langat itu masok ka-dalam Sungai Ujong, dan yang di-sabelah kiri mudek sungai itu ia-lah daerah Kelang. Sempadan pantai laut yang masok ka- dalam daerah Sungai Ujong ia-lah dari Gunong Jugra di-Sungai Langat sampai ka-Kuala Linggi. Demikian-lah tersebut dalam surat Sultan Abdul Samad itu. Oleh sebab Raja Juma‘at peme- rentah Lukut itu tidak sama hadhir atau tidak di-jemput hadhir ka-dalam meshuarat itu, beliau enggan menyetujui penetapan garisan sempadan itu. Raja Juma‘at telah menulis surat kapada Gabenor di-Singapura menyatakan beliau telah berjumpa dan berunding dengan Sultan Abdul Samad Selangor, dan kata Raja Juma‘at, baginda itu telah menafikan pernah membuat surat2 mengenai sempadan itu; dan Raja Juma‘at telah menegaskan pula kapada Gabenor dalam surat-nya itu: pada masa almarhum Sultan Muhammad memberi- kan daerah Lukut itu kapada-nya, ia-lah termasok Lukut sampai ka-Kuala Linggi, dan dari Kuala Linggi, ikut Sungai Linggi, di- sabelah kiri mudek Sungai Linggi itu hingga sampai ka-Sungai Udang masok daerah Lukut; sempadan ka-sabelah darat-nya pula sampai ka-Bukit Juling2. Walau pun demikian, lepas meshuarat pada tahun 1863 itu, tiada-lah ada apa2 tindakan yang di-lakukan mengenai sempadan2 itu. 1864. Pada tahun 1864, sa-telah memerentah di-Lukut dengan jaya-nya selama 18 tahun, Raja Juma‘at bin Raja Ja‘afar itu pun mangkat, dan jenazah almarhum itu telah di-kuborkan pada sa- buah perkuboran di-Lukut; kubor almarhum itu sampai sekarang di-pelihara oleh Kerajaan Selangor. Almarhum meninggalkan bebe- Tapa orang putera dan puteri: daripada Tengku Nai isteri almar- 197 SEJARAH SELANGOR hum itu ia-lah Raja Bot; dari isteri2 yang Jain ia-lah Raja Yahya (kakanda Raja Bot), Raja Wok (perempuan), Raja Ahmad dan Raja Abdul Hamid. Sa-telah Raja Juma‘at mangkat, putera gahara-nya Raja Bot menggantikan-nya memerentah Lukut. Sunggoh pun Raja Yahya lebeh tua daripada Raja Bot, tetapi Raja Yahya tiada boleh menggantikan ayah-nya, kerana ia bukan anak gahara. Dalam pada itu apabila Raja Bot keluar dari Lukut pergi ka-tempat lain kerana sa-suatu urusan, kakanda-nya Raja Yahya itu-lah jadi wakil-nya memerentah Lukut. Raja Yahya itu ia-lah ayah- anda kapada Raja Abdul Kadir yang pernah jadi penghulu di-Port Dickson dahulu. Sa-telah Raja Bot memerentah Lukut, bijeh timah yang di- bawa keluar dari Lukut di-chukai-nya sa-banyak 10 peratus juga. Pada permulaan Raja Bot memerentah itu, Lukut maseh banyak mengeluarkan bijeh timah dan ramai orang dari Selangor datang berdagang dan berniaga ka-Lukut dan mereka dapat keuntongan yang memuaskan hati. Kota Lukut itu telah di-besarkan lagi oleh Raja Bot, dan di-gaji- nya pula lebeh kurang 30 orang orang Arab jadi askar-nya. Orang2 Arab itu telah berkahwin dengan perempuan2 Melayu di-Lukut. Sunggoh pun pada permulaan Raja Bot memerentah itu Lukut banyak juga mengeluarkan bijeh timah, tetapi kema‘amuran dan keamanan di-Lukut itu tiada-lah berjalan terus-menerus sa-pan- jang zaman pemerentahan Raja Bot, kerana beliau tidak-lah sa-bijak ayah-nya memerentah dahulu. Belum pun berapa lama Raja Bot memerentah, beliau telah menghadapi dua jenis peristiwa pahit yang telah berlaku di-Lukut. Peristiwa yang pertama ia-lah: Raja Sulaiman di-Sungai Raya yang telah mengaku ta‘alok kapada Raja Juma‘at dahulu, telah menderhaka dan telah melengkapkan suatu angkatan perang datang menyerang Lukut. Apabila Raja Bot dapat tahu mengata- kan angkatan perang Raja Sulaiman hendak melanggar Lukut, sakalian orang2 perempuan dan kanak2 di-Lukut di-perentahkan masok berlindong ka-dalam Kota Lukut. Angkatan Raja Sulaiman yang datang itu telah di-lawan oleh orang2 Melayu Lukut serta askar2 Arab yang di-gaji oleh Raja Bot itu. Pertemporan antara kedua belah pehak itu telah berlaku di-tempat yang bernama Kampong China. Sedang pertemporan berkechamuk, askar2 Arab 198 SEJARAH LUKUT yang di-gaji oleh Raja Bot itu, apabila mereka nampak sa-orang daripada rakan mereka yang bertempor itu telah kena tikam oleh pehak musoh, dengan serta-merta itu juga habis-lah semua askar2 itu lari dari medan pertemporan, dan tinggal-lah orang2 Melayu sahaja menyabong nyawa meneruskan peperangan itu. Oleh sebab pasokan Raja Bot itu lebeh ramai orang-nya, dan mereka dapat berkota di-atas bukit, akhir-nya peperangan itu menang pehak Lukut, dan angkatan Raja Sulaiman pun balek sa- mula ka-Sungai Raya dengan kekalahan. Peristiwa yang kedua ia-lah: tiada lama lepas perang dengan Raja Sulaiman itu, ada sa-orang anak angkat Sultan Abdul Samad Selangor bernama Enche’ Yahya yang diam di-Langat telah datang melawat hendak berjumpa Raja Bot di-Lukut dengan membawa orang2-nya sa-ramai 60 orang. Pada masa Enche’ Yahya makan angin berjalan-jalan di-Kampong China, Lukut, ia telah berjumpa lalu menangkap sa-orang China bangsa Hailam yang di-katakan-nya ia-lah sa-orang daripada kuli-nya yang telah lari. Enche’ Yahya telah membawa China itu lalu memenggal Ieher-nya di-hadapan Raja Bot dengan tiada meminta apa2 kebenaran daripada Raja Bot. Raja Bot telah murka kapada Enche’ Yahya yang telah membunoh ra‘ayat-nya dengan chara sa-wenang2 saperti itu. Tiada lama lepas itu, sa-kumpulan orang2 China sa-ramai Jebeh kurang 400 orang telah datang meminta keterangan dari- pada Raja Bot mengenai hal pembunohan itu. Raja Bot tidak memberikan apa2 keterangan melainkan mengatakan beliau tiada mahu champor dan tiada mahu menyebelahi Enche Yahya dalam hal itu, sambil Raja Bot mengatakan pula kapada orang2 China itu boleh-lah mereka membunoh orang2 Melayu mana2 yang tiada memakai pakaian merah, kerana orang itu bukan ra‘ayat-nya. Tiada lama lepas itu beramok-amokan-lah orang2 China Lukut yang datang itu dengan orang2 Enche’ Yahya yang datang dari Langat itu. Orang2 China itu jauh lebeh ramai daripada orang2 Langat itu. Dalam pertemporan itu sa-puloh orang orang Langat telah terbunoh dan yang lain-nya lari melepaskan nyawa masok ka-dalam hutan. Enche’ Yahya sendiri telah berpelok ka-pinggang Raja Laut, sa-orang daripada keluarga Raja Bot, minta perlin- dongan; dan dalam bergelut-gelut dan kelam-kabut itu, Enche’ Yahya telah dapat lepas lari, dan kalah-lah pehak Enche’ Yahya. 199 SEJARAH SELANGOR Raja Bot sangat murka akan perbuatan Enche’ Yahya itu sa-hingga tidak di-benarkan-nya di-kuborkan mayat2 orang Langat yang mati terbunoh itu. 1866. Dalam tahun 1866, mas’alah sempadan di-antara Sela- ngor dengan Sungai Ujong (termasok Lukut) itu, telah di-kemuka- kan lagi, dan telah berlaku juga kesulitan saperti dalam tahun 1863 dahulu. Mengikut surat Residen Konselar Melaka, bernama Kaptan Burn (bertarikh 14 haribulan Mei tahun 1866) mengata- kan: Sultan Abdul Samad telah memberitahu dia bahawa perkara sempadan itu sudah-lah di-selesaikan dalam tahun 1865, dan nampak-nya pengakuan baginda itu ia-lah berdasarkan kapada surat yang telah di-tulis dalam bulan September tahun 1863 yang telah memasokkan Lukut ka-dalam daerah Sungai Ujong. Tetapi apa-kah hasil dari perkara sempadan yang di-kemukakan dalam tahun 1866 itu, tidak-lah juga di-ketahui. 1868. Dua tahun lepas itu, dalam tahun 1868, timbul lagi perkara sempadan antara Selangor dengan daerah Sungai Ujong (termasok Lukut) itu. Mengikut surat daripada Sultan Abdul Samad bertarikh pada 11 haribulan Julai tahun 1868 yang di-kirim- kan baginda kapada Dato’ Kelana Sungai Ujong, dalam surat itu mengatakan yang maksud-nya: “semua yang di-sabelah tebing kiri mudek Sungai Linggi sampai ka-Sungai Udang, kami orang besar2 bersetuju ia-lah daerah kepunyaan Dato’ Kelana, dan siapa pun tiada boleh mengambil-nya, hingga sampai kapada keturunan2 kita dan Dato’ Kelana, dan ini tiada-lah boleh di-ubah sa-lagi ada peredaran matahari dan bulan....... demikian-lah di-nyatakan dalam surat ini dengan chap mohor kita.” Walau pun demikian, tetapi surat baginda itu bukan-lah juga penyelesaian yang penyudah mengenai pertikaian sempadan itu, kerana, kemudian daripada itu, apabila Tengku Kudin (Wakil Yamtuan Selangor) bertanya kapada Dato’ Sedia Raja, Undang Rembau, mengenai kedudokan sempadan itu, nampak-nya Dato’ Sedia Raja itu mengatakan kapada Tengku Kudin: “Tempat yang bernama Simpang itu kepunyaan kita di-Rembau, dan sa-belah kiri menghilir Sungai itu (Sungai Linggi) ia-lah negeri sahabat kita (British), dan di-sabelah kanan (menghilir Sungai itu) ia-lah Kerajaan Selangor sejak zaman dahulu lagi. Pendek-nya, hingga 200 SEJARAH LUKUT tahun 1868, perkara sempadan itu belum juga selesai. Pada masa Raja Bot memerentah di-Lukut, pada suatu hari Major-Jeneral Anson dengan sa-buah kapal perang Kerajaan Negeri2 Selat bernama H.M.S. Thistle dalam pelayaran-nya hendak membantu Dato’ Kelana Sungai Ujong telah singgah di-pelabohan Lukut tidak jauh dari kota Raja Bot. Pegawai2 dari kapal itu telah naik ka-darat berjumpa dan menanyakan kapada Raja Bot: mahu atau tidak Raja Bot menolong Inggeris mengamankan huru hara di-Sungai Ujong. Oleh sebab Raja Bot tahu bahawa pergadohan di-Sungai Ujong antara Dato’ Bandar dengan Dato’ Kelana yang di-bantu oleh Inggeris, Raja Bot telah menjawab mengatakan ia tidak akan menolong dan tidak pula akan meng- halang orang2 Inggeris itu, mereka di-bebaskan boleh melalui negeri-nya (Lukut), Sa-telah itu orang2 Inggeris itu pun memung- gah barang2 dan peti2 wang ringgit Sepanyol naik ka-darat hendak di-bawa ka-Sungai Ujong. Orang2 Inggeris itu telah menawarkan kapada orang2 di-Lukut siapa2 yang mahu mem- bawa barang2 mereka ka-Sungai Ujong di-beri upah dua ringgit tiap2 sa-orang. Pada masa Major-Jeneral Anson sampai ka-Lukut itu, Raja Bot telah memerentahkan orang2-nya membunyikan meriam menghormatkan pegawai Inggeris itu. Tetapi entah apa-kah sebab- nya orang2 Bugis yang memasang meriam tiada dapat menahan diri-nya lagi dari menembak, pada hal bilangan tembakan meriam yang di-kehendakkan sudah chukup, mereka terus juga menembak. Dalam pada itu tatkala sa-orang daripada mereka tengah menghentak-hentakkan nal dan ubat ka-dalam meriam itu, tiba2 meriam itu meletup kerana terlampau panas dan orang itu pun putus kepala-nya. 1874. Lebeh kurang dalam tahun 1874, Raja Bot telah mengadu kapada Kerajaan Negeri2 Selat mengatakan sa-orang sa-pupu-nya bernama Raja Laut bersama-sama sa-orang yang bernama Mamat telah membuat kachau di-Lukut. Dalam suatu perkelahian di-antara orang2 Melayu dengan orang2 China di- Lukut itu, orang yang bernama Mamat itu telah membakar kedai2 tempat orang2 China berniaga di-Lukut itu. Sejak itu ramai-lah orang2 China keluar meninggalkan Lukut. Sa-belum perkelahian dan pembakaran itu berlaku, ada sa-ramai dua ribu 201 SEJARAH SELANGOR orang orang2 China bekerja di-lombong2 bijeh timah dekat Lukut; tetapi sejak berlaku perkelahian dan pembakaran kedai2 China itu, hanya tinggal lebeh kurang tiga ratus orang China sahaja yang bekerja di-lombong2 di-daerah Lukut itu. Sejak itu-lah kemewahan dan kema‘amuran di-Lukut itu telah merosot; chukai bijeh timah dan chukai2 pajak judi, chandu dan arak telah berkurangan sangat di-dapati oleh Raja Bot, dan. kemerosotan itu telah berlaku dengan chepat-nya. 1877. Pada tahun 1877 Raja Bot telah mengatakan: keadaan- nya dalam kesusahan dan kesempitan wang; pendapatan-nya dari- pada chukai2 di-Lukut itu, tidak menchukupi bagi perbelanjaan- nya sa-keluarga, ta’ usahkan belanja untok menyelenggarakan daerah Lukut itu. Pada masa almarhum ayah-nya dahulu, chukai2 di-Lukut itu boleh di-dapati sampai $10,000/- tiap2 bulan dan kadang2 $15,000/-; tetapi sekarang (masa itu) Raja Bot hanya dapat di-antara $200/- atau $300/- sa-bulan. Kedai2 di-Lukut telah di-tutup tidak lagi menjalankan perniagaan, dan sa-bilangan ramai orang2 China telah meninggalkan Lukut. Pendudok Lukut yang ramai dahulu, sekarang hanya tinggal sa-ramai lebeh kurang tiga ratus orang. (Dekat2 tahun 1874 dahulu, orang2 China di-seluroh Lukut ada lebeh kurang sa-ramai 10,000 orang). Kejatohan Lukut dalam masa pemerentahan Raja Bot itu bermacham-macham sebab-nya; di-antara-nya yang terutama ia- lah kerana bijeh timah yang terkandong dalam bumi Lukut itu telah berkurangan sangat; Raja Bot itu bukan-lah sa-orang yang bijak dan pandai memerentah saperti ayah-nya; pergadohan selalu berlaku di-antara orang2 Melayu dengan orang2 China; dan pergadohan2 atau peperangan2 yang berlaku di-Selangor dan di-Sungai Ujong, walau bagaimana pun, menjejaskan juga per- niagaan dan keamanan di-Lukut. 1877-1878. Pada tahun 1877 itu juga, pada masa Kolonel A.EH. Anson jadi Pegawai Pentadbir Kerajaan di-Singapura, beliau telah mengarahkan Residen British Selangor dan Residen British Sungai Ujong menchari jalan dan ikhtiar bagi menyelesai- kan perkara sempadan di-antara negeri Selangor dengan Sungai Ujong (termasok Lukut) dengan berasaskan — kata Inggeris — “kapada persetujuan bersama dan dasar keadilan umum kapada 202 SEJARAH LUKUT kedua belah pehak.” Sa-telah pegawai2 Inggeris itu membuat beberapa pertanyaan dan pertimbangan (mereka sendiri), akhir- nya Kerajaan Inggeris di-Negeri Selat telah membuat ketetapan mengenai sempadan itu dan telah sama pula di-setujui oleh Sultan Abdul Samad Selangor dan Dato’ Kelana Sungai Ujong Tengku Saiyid Abdul Rahman. Kedua belah pehak telah membuat surat perjanjian mengenai sempadan itu, dan telah di-tanda-tangani pada 15 haribulan Februari tahun 1878 oleh Sultan Abdul Samad Selangor pada satu pehak, dan oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong Tengku Saiyid Abdul Rahman pada satu pehak lagi, dengan di-saksikan oleh kedua-dua Residen British Selangor dan Sungai Ujong. Dalam surat perjanjian itu terutama menyatakan: tempat yang bernama Rekoh yang dudok-nya jauh ka-darat dan selalu di-pertikaikan itu, di-masokkan ka-dalam negeri Selangor; Lukut dan Sungai Raya yang di-tepi laut itu di-masokkan ka-dalam daerah Sungai Ujong. Pendek-nya: sejak Lukut di-masokkan ka-dalam daerah Sungai Ujong itu (tahun 1878), pehak Kerajaan Inggeris yang telah masok menchampori pemerentahan di-Sungai Ujong itu, dapat-lah pula masok champor dalam hal Lukut. Raja Bot yang memerentah di-Lukut itu, tidak pun di-tanya pendapat-nya atau di-bawa ka-dalam perundingan yang telah di-adakan di-antara Sultan Selangor dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pegawai2 Inggeris yang telah membuat ketetapan memasokkan Lukut ka-dalam daerah Sungai Ujong itu. Tetapi tiada lama lepas itu, apabila keputusan surat perjanjian 15 Februari 1878 itu di-beritahu kapada Raja Bot, beliau telah membantah keras mengenai keputusan memasokkan Lukut ka- dalam perentah Sungai Ujong itu, dan beliau telah menuntut bahawa daerah Lukut itu ia-lah kepunyaan ayah-nya (Raja Juma‘at) yang telah di-berikan oleh almarhum Sultan Muhammad dahulu (tahun 1846). Walau pun Raja Bot dan saudara2-nya akan di-beri penchen sa-banyak $200/- tiap2 bulan supaya menyelesai- kan sahaja perkara itu, tetapi beliau telah menolak tiada mahu menerima-nya. Sa-benar-nya mengenai tuntutan Raja Bot itu telah berlanjutan beberapa lama dengan jalan surat-menyurat yang bukan sadikit di-antara Raja Bot yang memakai peguam2-nya, dengan Residen British Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri2 Selat dan dengan Gabenor Negeri2 Selat juga. Perkara utama dalam perbalahan 203 SEJARAH SELANGOR mengenai Lukut itu ia-lah: Raja Bot mengemukakan tuntutan-nya itu berdasarkan kapada hak kuasa memerentah Lukut yang telah di-berikan oleh almarhum Sultan Muhammad dahulu kapada ayah- nya, dan ada-kah kuasa itu untok selama-lama-nya atau boleh di-batalkan bila2 di-kehendaki. Sultan Abdul Samad Selangor menegaskan bahawa kuasa itu boleh di-batalkan dan hanya boleh di-gunakan selama ada hayat yang memberikan kuasa itu sahaja. Tetapi Raja Bot mengatakan kuasa itu ia-lah untok selama-lama- nya. Gabenor di-Singapura dan pegawai2 tinggi Kerajaan Inggeris di-Negeri2 Selat pun, berlainan juga pendapat mereka memaham- kan lama-nya kuasa itu boleh di-gunakan. Gabenor di-Singapura bersetuju dengan fahaman Sultan Abdul Samad; tetapi ada pula pegawai2 Inggeris yang lain-nya tidak bersetuju dengan fahaman itu. Saperti telah di-katakan tadi: perkara tuntutan Raja Bot mengenai Lukut itu telah berpanjangan hingga bertahun-tahun lama-nya. Ada pula abli sejarah zaman ini mengatakan: surat perjanjian yang telah di-buat pada 15 haribulan Februari tahun 1878 yang menghilangkan kuasa Raja Bot di-Lukut itu, telah di-atorkan lebeh dahulu oleh kedua-dua Residen British Selangor dan Sungai Ujong, kemudian baharu mereka mendesak meminta persetujuan Sultan Abdul Samad, yang terus sahaja menyetujui- nya, Walau bagaimana pun, sa-telah dua tahun lama-nya perkara itu di-pertikaikan, akhir-nya, pada akhir bulan Julai tahun 1880, nasib Raja Bot mengenai Lukut itu di-tamatkan. Suatu per- jumpaan di-antara Sultan Abdul Samad Selangor, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Raja Bot dan Raja Daud dari Sungai Raya telah di-adakan di-Singapura pada 31 haribulan Julai tahun 1880, lalu mereka membuat surat persetujuan di-tanda-tangani bersama oleh mereka itu mengenai penyelesaian hal Lukut yang telah di-masokkan ka-dalam daerah Sungai Ujong. Banyak sharat2 yang tersebut dalam surat persetujuan itu mengenai wang sagu hati dan tanah2 yang di-berikan kapada Raja Bot. Pendek-nya mengikut sharat2 yang tersebut dalam surat persetujuan bersama itu, Raja Bot dan keluarga-nya telah menerima wang sa-jumlah $27,000/-, dan sejak itu tamat langsong-lah riwayat Lukut dalam pemerentahan Raja Bot dan ayah-nya Raja Juma‘at dahulu yang telah memakan masa selama 32 tahun. Dua tahun lepas itu (1882), Raja Bot telah datang ka-Selangor 204 SEJARAH LUKUT (Kelang) dan telah memohonkan jawatan kerajaan kapada Residen British Selangor, tetapi tiada berjaya. Lima tahun kemudian, dalam tahun 1887, telah di-chuba-nya lagi meminta jawatan kerajaan kapada Pemangku Residen Selangor masa itu (J.P. Rodger); sa-telah di-meshuaratkan dalam Majlis Meshuarat Negeri Selangor, Raja Bot pun di-beri jawatan jadi Penghulu di-Sungai Buloh, Selangor. Pada tahun hadapan-nya, dalam bulan Disember tahun 1888, Raja Bot telah di-lantek jadi ahli dalam Majlis Meshuarat Negeri Selangor, dan jawatan itu di-pegang-nya hingga- lah ka-akhir hayat-nya. Selama beliau jadi ahli Majlis Meshuarat Negeri itu, banyak-lah jasa2 yang telah di-sumbangkan beliau bagi kemajuan negeri Selangor. Pada masa Sultan Alauddin Sulaiman Shah jadi Sultan Selangor (sejak tahun 1898), Raja Bot ia-lah sa-orang daripada raja2 yang di-harap oleh baginda dalam hal2 keluarga diraja dan hal ehwal pemerentahan negeri. Pada masa melawat ka-Johor Baharu, dengan ti6a2, pada 11 haribulan April tahun 1916, Raja Bot telah mangkat di-Johor Baharu di-rumah sa-orang sahabat-nya yang bernama Saiyid Hasan, dan jenazah almarhum itu telah di-kebumikan di-per- makaman diraja, Johor Baharu. 205 ee PEMBACHAAN Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang (Suntingan W.G. Shellabear). Sejarah Melayu (Dari simpanan kutub-khanah Raffles, Naskhah No. 18). Sejarah Alam Melayu, Penggal V. oleh Buyong bin Adil. Hikayat Tuhfatu’n-Nafis, oleh Raja Ali Haji, Riau. Hikayat Silsilah Melayu dan Bugis, oleh Raja Ali Haji, Riau. Hikayat Negeri Johor, (JMBRAS, Vol. X part 1, January, 1932). Hikayat Misa Melayu, oleh Raja Chulan bin Raja Abdul Hamid. Raja Haji, oleh W.E. Maxwell. Kenang-Kenangan Selangor, oleh Dato’ Amar Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa‘id. A History of Malaya, oleh R.O. Winstedt: JMBRAS Vol. XIf Part 1. A History of Selangor, oleh R.O. Winstedt: JMBRAS Vol. XIt Part 3, October, 1934. Kuala Lumpur 1880 — 1895, oleh J.M. Gullick: JMBRAS Vol. XXVIII Part 4, August, 1935. Yap Ah Loy, oleh S.M. Middlebrook: JMBRAS Vol. XXIV Part 2, July, 1951. A Careless, Heathen Philosopher ?, oleh J.M. Gullick: JMBRAS Vol. XXVI Part 1, July, 1953. British Malaya 20th Century Impression — Arnold Wright. Malaysia, oleh Rupert Emerson. A History of Johore, oleh R.O. Winstedt: JMBRAS Vol. X Part 3, December, 1932. A History of Pahang oleh Dr. W. Linehan: JMBRAS Vol. XIV Part 2, May 1936. British Intervention in Malaya 1867 — 1877, oleh C.N. Parkinson. Golden Chersonese, oleh Isabella Bird. The Malayan Peninsula, oleh P.J. Begbie. 207 SEJARAH SELANGOR British Malaya 1824 — 1867, oleh L.A. Mills: JMBRAS Vol. XXXIII Part 3, 1960. The Real Malay, oleh Frank A. Swettenham. Raja Bot bin Raja Juma‘at, oleh Mohamad Amin Hassan: JMBRAS Vol. XL Part 2, December, 1967. The Origins of Malay Nationalism, oleh William R. Roff. Majallah RODA (Editor: Richard Sidney), Vol. III No. 3, November, 1933. Tarikh Acheh dan Nusantara, oleh H.M. Zainuddin. Majallah Fajar Asia (Disember, 1943). The Malayan Peninsula, oleh John Anderson: JMBRAS Vol. XXXV Part 4, 1962. JMBRAS = Journal of the Malayan (Malaysian) Branch Royal Asiatic Society. INDEKS A Abdul Jalil IV., Sultan (lohor): 8-10. Abdul Jalil, Raja (Raja di-Baroh, Johor-Riau): 13, 18, 19. Abdul Jalil Rahmat Shah, Sultan (Johor-Riau): 9. Abdullah, Raja (Perak: 1823); 37. Abdullah bin Haji Dahan, Dato’ (Undang Rembau): 170. Abdul Malik Mansur Shah, Sultan (Perak): 33, 37. Abdul Rahman, Tuanku: 181, 182. Abdul Rahman Putera, Tunku: 181. Abdul Samad, Raja (Sultan Selangor 1859-1898): 49, 53-166, 194, 195, 197, 199, 200, 203, 204. Abu Bakar, Maharaja (Johor): 101, 102, 110, 111, 114, 159. Acheh: 31, 32, 93. Adams, T.S.: 171, 172. Ah Chin: 128. Ah Sze: 55, 57, 66, 68, 70, 71, 77. Ahmaddin Shah, Sultan (Perak): 32, 33. Ahmad Riayat Shah, Sultan (Johor-Riau): 19. Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan (Kedah): 64. Alauddin Mughayat Shah, Sultan (Perak): 12. Alauddin Muhammad Shah, Sultan (Acheh): 31. Alauddin Riayat Shah IL, Sultan (Johor): 5. Ali Mamat: 145. Ampang (di-Selangor): 51, 52, 54-57, 59, 71-86, 123, 193. Andrew Clarke, Sir: 132, 135—145, 159. Anson, Kolonel A.E.H.: 89, 90, 101, 102. Anson, Major-Jeneral: 201. Arong Lenga: 26. Arong Pala: 13. Arong Pasarai: 12. SEJARAH SELANGOR Arong Temujong: 31. Armoldus Lemker: 23, 24. “Argyle” (kapal): 112. Ary Verbrugge: 16. B Baba Chi Yam Chuan: 51. Baba Lim Say Hoe: 51. Baba Tek Cheng: 61. Baba Tek Yee: 69, 70, 102, 104. Bacon, Edward: 74. Bandar Hilir (di-Melaka): 25, 26. Bandar Kanching: 48, 149. Bandar Termasa (Lihat : Langat): 54. Batang Berjuntai: 127, 129. Batang Tiga (di-Melaka): 24—26. Batu (dekat Kuala Lumpur): 113. Batu Bara (Batu Bahara): 15,17. Batu Tabor: 114,115. Bendahara Abdul Majid (Pahang): 21, 28-29. Bendahara Wan Ahmad (Pahang): 61, 77, 100, 101, 107, 111, 114, 119, 125, 126, 130-132. Bendahara Wan Mutahir: 61,77. Bengkalis: 9,94, 101, 110. Bentan: 4—5. Bentong (di-Pahang): 114, 119. Bernam: 12, 27, 33, 38, 45, 54, 81, 94, 102, 119. Beruas (di-Perak): 5. Betawi: 6, 23, 25, 26. Beting Beras Basah (di-Kuala Perak): 33. Birch, Arthur: 89. Birch, E.W.: 164. Birch, J.W.W.: 94—97, 144, 149, 159, 164. Braddell, Thomas: 110, 11, 136. Bredbarry. Captain: 89, 90. Bukit Arang (di-Kuala Lumpur): 112, 116. Bukit Chandan (di-Kuala Kangsar): 164. Bukit China (di-Melaka): 25. Bukit Frazer: 181. Bukit Gajah Mati (di-Lukut): 192. 210 INDEKS Bukit Gombak: 123. Bukit Jugra: 146. Bukit Juling2: 197. Bukit Kanching: 70. Bukit Kuda: 1, 159. Bukit Melaka (di-Melaka): 27. Bukit Nenas (di-Kuala Lumpur): 76, 114. Bukit Raja (di-Lukut): 192. Bukit Selangor (di-Kuala Selangor): 28, 30. Bukit Senjuang (di-Melaka): 26. Bukit Tanjong Keramat (di-Kuala Selangor): 28, 30. Bunga Mas: 37. Bunga Raya (di-Melaka): 25. Bunguran: 3. Burn, Captain: 200. Cc Cavaliero: 97, 108, 115,116. Che’ Akhir: 8, Che’ Akub: 8. Che’ Fatimah binti Imam Haji Abdul Ghani: 165. Chong Chong: 50, 70, 71, 80, 83-88, 97. Chung Piang: 78, 81, 84-86, 88, 97-99, 109. Clementi Smith, Sir Cecil: 163. D Daik (Lihat : Lingga). Daing Chelak (Yamtuan Muda Riau IL): 9-15, Daing Kemasi: 9-10, 12. Daing Kemboja (Yamtuan Muda Riau IIL): 14-21. Daing Lakani: 6. Daing Ma‘asik: 13. Daing Matekko (Daing Matkah): 13. Daing Menambun: 9-10, 12. Daing Merewah (Kelana Jaya Putera; Yamtuan Muda Riau I.): 9-12, 14. Daing Perani: 9-12, 14. Daing Rilaka: 9-14. Daing Selikang: 9. 211 SEJARAH SELANGOR Daly, Dominic: 154-155, 157—158. Damansara: 85, 115—117, 119, 156. Dato’ Abu Bakar bin Baginda: 184. Dato’ Aru (di-Selangor): 136, 138. Dato’ Bandar Langat: 66. Dato’ Bandar, Sungai Ujong: 112, 118, 143, 201. Dato’ Bandar Tunggal, Sungai Ujong (Abdullah bin Ahmad): 112, 143-144, Dato’ Dagang (Nonggok, Haji Muhammad Tahir): 60, 62-66, 68, 70, 74, 98, 143-144. Dato’ Kelana Sendeng, Sungai Ujong: 195. Dato’ Kelana Sungai Ujong: 161, 118, 120, 141, 143, 156, 200, 201, 203, 204, Dato’ Kelana Tengku Saiyid Abdul Rahman, Sungai Ujong: 203. Dato’ Shahbandar (Pahang): 115. Davidson, J.G.: 138, 145-149. Dinding (di-Perak): 6. “Dolphijn” (kapal): 26. Dong Son: 1. Douglas, Bloomfield: 149-158. E Enche’ Embok: 130, 131. Enche’ Yahya, Langat: 199-200. F Fontaine, de: 74, 102, 106, 145. “Fort Filipina” (di-Kuala Linggi): 18. Fullerton, Robert: 40—43. G ““Gajah Tunggal” (kapal): 63. -Gendut, Pahang (Lihat: Imam Perang Raja): 125. Gent, Sir Edward: 180. Genting Bidai: 114. Genting Simpah: 114. “Ghi Hin” (kongsi gelap): 58, 70. Gombak: 83, 85, 113. 212 INDEKS Gombak Lane: 163. Guillemard, Sir Laurence Nunns: 170. Gunong Jugra: 197. Gunong Pulai: 159. Gurney, Sir Henry: 181. H Hagen, van: 97, 108-109, 114-117. “Hai San” (kongsi gelap): 58. Haines, Frank William: 163. Haji Abdul Rahman: 133. Haii Muhammad Nur (Pahang): 107, 114, 126, 128-132. “Hart” (kapal): 141. Henry Burney, Captain: 42. Hiu Siew (Kapitan China L, di-Kuala Lumpur): 55, 57. Hisamuddin Alam Shah, Sultan (Tengku Alam Shah; Sultan Selangor: 1938-1942; 1945-1960; 170, 172-187. Hiu Fatt: 78, 81, 84, 86, 87. Hugh Low, Sir: 162. Hujong Permatang: 128. I Imam Haji Abdul Ghani: 165. Imam Perang Haji Husain: 98, 120-123, 125. Imam Perang Indera Mahkota (Gendut): 125, 127, 128. Imam Perang Muhammad Akil: 98, 109, 120-123, 125-128. Imam Perang Raja (Gendut): 125, 127—128. Imam Perang (Raja) Rasu (Imam Perang Indera Gajah;To’ Gajah): 114-115, 122-123, 125—129. Innes, James: 149, 152, 157. Inspektor Cox: 89-90. Irving. C.J.: 95-96, 101—106, 111. Tsemonger, E.E.: 134. Istana Alam Shah (di-Kelang): 184. Istana Jugra: 95, 97, 157, 165, 166. Istana Kota (di-Kelang): 182, 184. Istana Langat: 146, 167. 213 SEJARAH SELANGOR Istana Mahkota (di-Kelang): 168, 173, 175, 177. Istana Negara (di-Kuala Lumpur): 182. Istana Tetamu (di-Kuala Lumpur): 182. J Jacob Pieter van Braam: 26, 28. “Jalan Raja”: 163. Jeram: 4, 5, 38, 39, 76, 81. John Anderson: 36, 38, 42—43. Johor: 5~10, 18. 59, 110, 112, 144, 147, 157, 205. Jugra: 4-5, 95, 97, 146, 152, 161, 165. K Kajang: 59, 108, 147-149, 152. Kampar (di-Sumatera): 5. Kampong Haji Mustafa: 129. Kanching: 48, 57~—58, 66, 70, 71, 77—80, 83, 109, 124-125, 128-129. “Kapitan Melayu” (di-Melaka): 23, 26. Kebudayaan Dong Son: 1. Kebudayaan Gangsa-Besi: 1. Kedah: 6, 12—13, 20, 34, 37, 64, 73, 82, 118, 151, 153-154. Kelana Jaya Putera (Lihat: Daing Merewah). Kelang: 1-6, 15, 33-14, 38-39, 45, 48-51, 54-57, 59, 61-76, 89, 94, 99, 102, 104-108, 113-119, 121, 127, 130, 141, 144-146, 148-154, 159-161, 167-168, 172-173, 175, 177, 181-182, 184, 193-194. Kelebang (di-Melaka): 17. Kepong: 114-115, 119. Kerling (di-Ulu Selangor): 159. Ketapang (di-Melaka): 63, 69. Khatib Bahrain: 127—129. “Kimbul” (kapal): 62, 63. Kim Ching, Taukeh: 64. “Kota Altingsburg” (di-Kuala Selangor): 28. Kota2 di-Kuala Selangor: 27—31, 61,75, 90—94, 100, 106, 118. Kota Lukut: 192-193, 198. Kota Lumut (di-Perak): 32, 34. Kota Melaka: 24-27. 214 Kota di-Pangkalan Batu (di-Kelang): 104. Kota Raja Mahdi (di-Kelang): 61-62, 73-76. “Kota Utrecht” (di-Kuala Selangor): 28. “Kongsi Gelap” di-Kuala Lumpur: 162. Kuala Bidor (di-Perak): 37, 39, 43. Kuala Kangsar (di-Perak): 13, 163, 164. Kuala Kelang: 72—73, 102, 106, 119, 161. Kuala Kubu (di-Ulu Selangor):97—98, 124, 129-131, 149, 159, 164. Kuala Labu: 141. Kuala Langat: 80, 83, 85, 146. Kuala Linggi: 11, 18, 195, 197. Kuala Lumpur: 35, 50-52, 55-61, 63, 66, 68, 70-71, 74, 76, 79—8-, 83-88, 94, 97-99, 109-109, 112-119, 122-126, 145—148, 154-182, 193. Kuala Pahang: 9, 10. Kuala Selangor: 5, 8, 10, 12, 15, 18, 22, 27-31, 38, 42, 44, 45, 48, 54, 59, 61, 75, 77, 80-82, 89-95, 97, 99— 100, 103, 105—106, 110, 119, 125-129, 146, 160. Kubu Masjid: 128. “Kubu van Braam” (di-Kuala Selangor): 28. L “Lady Clarke” (kepala keretapi): 159. Langat: 4—5, 9-10, 30, 38-39, 45, 54, 57, 59, 62, 64, 66, 69, 73, 15—76, 79, 83, 86, 89, 103, 105-106, 120, 126— 127, 133-136, 138, 140-149, 153, 157, 160, 166, 199. Larut (di-Perak): 58, 59. Li Choi: 162-163. Ligor: 41-42. Lingga (Daik): 10, 31-34. Linggi: 10—11, 15—18, 38-39, 192. Liu Ngim Kong (Kapitan China II., di-Kuala Lumpur): 57-58, 66, 68. Loke Yew, Taukeh: 166. Lord Camavon: 140-141. Lord Kimberley: 133, 140. Lukut: 35, 38-39, 45-51, 54-56, 58, 63, 70, 112-113, 156, 188-205. 215 SEJARAH SELANGOR M MacAlister: 112. MacMichael, Sir Harold: 180. MacNair, Major: 136, 138. Macpherson, Captain: 56-57, 194. Maharaja Perba Jelai, Pahang: 130. Majapahit: 3 Majlis Meshuarat Negeri (Selangor): 152, 153, 157, 159, 160, 168, 205. Majlis Meshuarat Persekutuan (Federal Council): 170, 171. “Malakka’s Welvaren” (kapal): 23, 24. “Malayan Union”: 180. Malay College (di-Kuala Kangsar): 163, 184. Mandulika (Kelang): 5. Marhum ‘Atiquilah (Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Selangor): 173, 175, 181, 182. Marhum Batangan (Sultan Sulaiman, Johor-Riau): 18, 19. Marhum Bongsu (Sultan Ahmaddin Shah, Perak): 33. Marhum Jugra (Sultan Abdul Samad, Selangor): 165. Marhum Kampar (Sultan Mahmud Shah, Melaka-Johor): 5. Marhum Mangkat di-Julang (Sultan Mahmud Shah II., Johor): 7, 8. Marhum Mangkat di-Kuala Pahang (Sultan Abdul Jalil IV. Johor): 10. Marhum Saleh (Sultan Salehuddin Shah, Selangor): 21, 22. Marhum Telok Ketapang (Raja Haji): 27, 29, 32, 33. Matan (di-Kalimantan): 10. Mat Said (Mat Syed): 133-134. Maude, Lt.: 91,92. Maxwell, William E.: 162-164. Megat Seri Rama (Johor): 8. Melaka: 4—5, 10, 14-17, 23-28, 30, 35, 40, 46, 47, 49-0, 63, 69-71, 76, 89, 97, 105, 133-134, 141, 146, 190-191. Menteri Sumun: 63. Mitchell. Sir Charles: 164, 165. Mountbatten, Lord Louis: 179. Muar (di-Johor): 22—23, 25—26, 30, 144. Muhammad Akib: 60-62. 216 INDEKS Muhammad bin Hasan (di-Melaka): 133-134. Muhammad Ibrahim Munshi: 102, 105—106. N Nagarakertagama: 3. Negeri2 Melayu Yang Bersekutu (Federated Malay States): 164-166. Neubronner: 152. Nonggok, Dato’ (Lihat : Dato’ Dagang): 60, 62—-65. oO Onn bin Ja‘afar, Dato’: 180. Orang Kaya Chenor (Pahang): 114, 123, 129-131. Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah (To’ Gajah. Lihat: Imam Perang Rasu):125—129. Orang Kaya Lipis (Pahang): 123, 131. Orang Kaya Pahlawan Semantan (Pahang): 125, 129, 132, 147. Ord, Sir Harry: 80, 82, 89, 101-102, 107, 110-111, 120-121, 132. P Paduka Seri China: 4. Paduka Seri Maharaja (Singapura): 3. Pahang: 11,21, 27-29, 77, 100-101, 107-108, 111, 114, 115, 119, 121-127, 129-132, 147. Panchik Rasul: 60. Pangkalan Batu (di-Kelang): 56, 102, 119, 125. Panglima Perang Johan Perkasa (Pahang): 128. Parit Tengah (dekat Kanching di-Selangor): 78. Pasir Gayam: 128. Pasir Panjang Indera Mulia (di-Perak): 32. Pedas (di-Rembau): 18-19. “Pelangi” (kapal): 95. Pelus (di-Perak): 33. Penchala: 116. Pengeran Suta Wijaya (Lihat: Raja Haji) Penggawa Permatang: 29, 31—32, 136. Penggawa Tua: 32. 217 SEJARAH SELANGOR Penghulu Ali (Jeram): 32, 39, 76, 81. Penghulu Dagang (Selangor): 136, 138, 141. Penghulu Jeram: 136. Pennefather: 94, 100, 118. Perak: 5, 12-13, 20, 32-34, 37-43, 127, 142, 144-145, 147, 151, 156, 159-164. Perang Kanching: 77-79. Perang Kelang: 62—63, 73-80. Perang Perak: 144, 160. Perjanjian Burney: 42. Perjanjian Sementara (di-Ligor): 42. Permatang (di-Selangor): 29,99. Pernu (di-Melaka): 25. Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya): 180, 182. Pertubohan Kebangsaan Melayu Bersatu (U.M.N.O.):180. Persidangan Raja2 — 1896 (di-Kuala Kangsar): 164. Petaling: 115—116, 121, 159. Petaling Batu: 108. “Pluto” (kapal): 89-93, 95-96, 102, 106, 110, 136, 138, 141, 156. Playfair, Captain: 197. Pontianak (di-Kalimantan): 21. Port Swettenham (Lihat: Kuala Kelang): 161. Pudu (di-Kuala Lumpur): 108, 124, 148. Pulau Bayan (di-Riau): 22. Pulau Buru: 70. Pulau Cocos: 179. Pulau Pangkor: 6. 20. Pulau Penyengat (di-Riau): 27. Pulau Pinang: 33-36, 40—43, 45, 89-93, 106, 154, 165-166. Pulau Tawar (di-Pahang): 125. Pulau Tiga (di-Perak): 13. R Raffles: 5. Raffles Institution (di-Singapura): 81. Raja Abdullah bin Raja Ja‘afar (adek Raja Juma‘at, Lukut): 47-48, 50-65, 69, 104, 189-194. Raja Abdullah (ayah Sultan Abdul Samad): 32. 218 INDEKS Raja Abdullah bin Raja Abbas (ipar Raja Mahdi): 72. Raja Abdullah (Raja Muda Perak): 127, 13-. Raja Abdul Rahman bin Raja Abdullah: 95. Raja Adil (Rembau): 17. Raja Ahmad (putera Raja Haji): 32. Raja Alam (Siak): 14, 15,17, 25. Raja Ali (Yamtuan Muda Riau V): 19, 29, 30, 31, 34. Raja Ali, Jeram (Lihat: Penghulu Ali): 76, 81. Raja Andak (puteri Daing Kemboja): 19. “Raja Api” (Raja Haji): 27. Raja Arfah (puteri Sultan Abdul Samad). (Lihat: Tengku Arfah). Raja Asal: 61,71, 77—79, 83, 85-88, 97, 99, 107-109, 112, 114, 115, 122-124, 129. Raja Berkat (Tengku Panglima Raja): 58, 90, 93, 113, 121, 152, 153, 162, 165. Raja Berumun: 147, 148. Raja Bisnu, Perak (Sultan Mahmud Shah): 13. Raja Bot bin Raja Juma‘at, Lukut: 59, 93, 96, 134, 156—157, 166—168, 191, 198-205. Raja Busu, Lukut: 46, 188—190. Raja Chulan (Perak): 170. Raja Daud, Sungai Raya: 156, 204. Raja Endut: 113. Raja Haji (Marhum Telok Ketapang; Yamtuan Muda Riau IV): 14-23, 25-29, 32-33. Raja Hasan, Selangor: 37, 39, 42—43. Raja Hasan bin Raja Abdullah: 62, 168. Raja Hitam (di-Bernam): 81, 102, 119. Raja Hamzah (saudara Raja Mahdi): 147-148. Raja Ibrahim (Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor): 19, 21-22. Raja Idris (putera Raja Haji): 32. Raja Inu (Perak): 12. Raja Isa bin Raja Haji: 118,127. Raja Ismail bin Raja Abdullah: 62-63, 69—73, 95, 104. Raja Ismail, Bendahara (Perak): 94. Raja Ja‘afar (Yamtuan Muda Riau VI): 32-34. Raja Ja‘afar bin Raja Ali (ayah Raja Juma‘at): 47, 189-190. Raja Juma‘at bin Raja Ja‘afar, Lukut: 47—59, 156, 166, 189-198, 203-204. 219 SEJARAH SELANGOR Raja Kahar (putera Sultan Abdul Samad): 65-66, 76, 98, 102-103, 136, 139, 148-149, 152, 161, 166. Raja Kechil (Siak): 9-14, 25. Raja Khalijah: 48, 191. Raja Laut (putera Sultan Muhammad Shah, Selangor): 99, 108-109, 112-113, 116, 140, 161, 166-168. Raja Lebar (puteri Sultan Abdul Samad, Selangor): 165. Raja Ligor: 40-42. Raja Lumu (Lihat: Sultan Salehuddin Shah, Selangor):8, 14—21; Raja Mahdi bin Raja Sulaiman: 50, 56, 59-77, 81-82, 89-96, 101—104, 109-116, 118-122, 124-126, 128-130, 132, 140-141, 144, 147-149, 151-152. Raja Mahmud (Raja Muda Selangor): 50, 53—54, 57, 59. Raja Mahmud bin Raja Berkat: 58, 71, 90-94, 96, 99, 112-114, 118, 122, 125, 132, 134, 140-141, 143-144, 147, 160, 162, 166. Raja Mahmud (Raja Buang, Siak): 14, 15. Raja Muhammad (Sultan Muhammad Shah, Selangor): 25, 27—28. Raja Muhammad Ali (Siak): 32, 33. Raja Musa (Raja Muda Selangor): 54, 57, 59, 65-66, 75, 81, 89-91, 93-94, 99-100, 102-103, 105—106, 111-112, 114, 118, 126-127, 136-137, 147, 153, 161. Raja Musa (Raja Muda Perak): 166. Raja Nala (Raja Muda Selangor): 21-22, 24, 26—27, 29, 31, 32. Raja Sa‘id (putera Daing Merewah): 14, 27. Raja Selamah (puteri Raja Haji): 21. Raja Sulaiman (Johor): 9-11. Raja Sulaiman (ayah Raja Mahdi): 48-49 Raja Sulaiman bin Raja Hasan. Sungai Raya: 72—73, 76, 192, 198-199. Raja Sulaiman (Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Selangor): 81, 154, 157, 159, 161-164, 166. Raja Uda bin Raja Muhammad: (70. Raja Uthman (putera Sultan Muhammad Shah, Selangor): 48. Raja Wok (puteri Raja Juma‘at, Lukut): 192, 198. Raja Ya‘akub (Tengku Alang, putera Sultan Abdul Samad): 65-66, 75-76, 95—96, 200, 103, 105—106, 133-139. Raja Yahya bin Raja Juma‘at, Lukut: 96, 198. Raja Yusuf (adek Sultan Muhammad Shah, Selangor): 48, 49, Raja Yusuf (Raja Bendahara, Perak): 172. 220 INDEKS Raub (di-Pahang): 77. Rawang (di-Selangor): 71, 80, 87-88, 97-98, 109, 124, 129, 164. Read, William Henry: 64. Rembau: 6, 17-19, 23-26. Reteh (di-Kepulauan Riau): 70. Riau: 9-12, 14—31, 40, 47, 53, 59, 70, 190. “Rinaldo” (kapal): 91—93, 95. Robinson, Captain: 91, 92. Rodger, J.P.: 158, 161, 205. Ss Safiah binti Haji Abdul Ghani, Hajjah: 166. Saiyid Abdullah (adek Saiyid Mashhor): 75. Saiyid Ali (Siak): 25, 28, 29. Saiyid Ja‘afar (Selangor): 27, 29. Saiyid Mashhor: 75, 80, 83-94, 96-99, 101-103, 106, 109, 112-114, 116,118-119, 122-127, 129-130, 132, 147, 159, 166, 168. Saiyid Zain: 74, 95, 101—102, 104, 106, 112, 152, 153. Salak (di-Selangor): 115. See Kang (Langat): 138. Sejarah Melayu (hikayat): 3-5. “Sekolah Raja” di-Kuala Lumpur (Raja School): 163. Sclat Melaka: 23, 89, 132, 133, 192. Semabok (di-Melaka): 25. Sepang: 39, 160, 192. Serendah: 88, 129. “Seri Lingga” (kapal): 72, 74. “Seri Rambai” (meriam): 31,93. Shadwell, Sir Charles: 135-136. Shaikh Muhammad Taib: 94, 118, 130. Shaw, Captain: 134. Shenton Thomas, Sir: 175. Shortland, Lt.-Colonel V.: 92. Siak; 11-15, 25, 28, 29, 70, 101—102. Simpang (di-Sungai Linggi): 120, 200. Slim (di-Perak): 130. Speedy, Captain: 144. Sultan Ahmad, Pahang (Wan Ahmad): 165. 221 SEJARAH SELANGOR Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Raja Sulaiman, Sultan Selangor 1898-1938, 154, 157, 159, 166-176, 181, 182. Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim, Sultan Selangor 1778 — 1826):19, 21-45. Sultan Idris (Perak): 165, 168. Sultan Mahmud Shah (Melaka): 4, 5. Sultan Mahmud Shah (Perak): 20. Sultan Mahmud Shah II. (Johor-Riau): 7—9. Sultan Mahmud Shah II. (Johor-Riau): 19—21, 25—26, 29, 31, 32, 34. Sultan Mansur Shah (Melaka): 4. Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor 1826 — 1857): 45-54, 190-191, 193-194, 197, 203-204. Sultan Muzaffar Shah (Melaka): 4. Sultan Muzaffar Shah I. (Perak): 5. Sultan Muzaffar Shah III. (Perak): 13. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Raja Abdul Aziz): 180-182, 184-187. Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu, Sultan Selangor yang pertama): 8, 15—16, 20—22. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Johor-Riau 1722 — 1760): 11, 13-20. Sultan Zainal Abidin I. (Terengganu): 16. Sungai Baru (di-Melaka): 24. Sungai Bernam: 38, 54, 77, 81, 102. Sungai Besi (di-Selangor): 116, 117. Sungai Bidor (di-Perak): 34. Sungai Buloh (di-Selangor): 94, 157, 205. Sungai Gombak: 51, 55, 124. Sungai Jeram: 38, 81. Sungai Jugra: 95, 133, 135-136, 138-139. Sungai Kelang: 2, 33, 38-39, 47—48, 50-51, 56, 59, 72,&4—76, 95, 115,117, 119, 124, 136, 148, 156, 190, 193. Sungai Kurau (di-Perak): 33. Sungai Kuyoh (di-Selangor): 115. Sungai Langat: 38, 76, 113, 136, 148, 197. Sungai Linggi: 38, 112, 120, 197, 200. Sungai Lukut: 38, 192, 194-195. Sungai Pelus (di-Perak): 34. ~ 222 INDEKS Sungai Perak: 13, 32, 33, 34. Sungai Raya: 72, 156, 192, 199, 203. Sungai Selangor: 5, 30, 38-39, 48, 54, 57, 76, 81, 90-92, 99, 113, 119. Sungai Sepang: 191. Sungai Trang: 41, 42. Sungai Ujong: 6, 57-58, 94, 112, 141, 143, 145-146, 156, 158, 169, 194, 197, 200-204. Sutan Bangkulu: 106, 130-131. Sutan Puasa: 55, 68, 70—71, 77—79, 83, 85—88, 97, 99, 109, 112, 147-148. Swettenham, Frank: 141-147, 149, 155-156, 158-162, 164. Syers, H.Charles: 145, 148-149, 161-163. T Tampin: 6, Tanjong Dawai: 167. Tanjong Dua Belas (di-Ulu Langat): 147. Tanjong Karang: 94, 128. Tanjong Keling (di-Melaka): 25, 26. Tanjong Palas (di-Melaka): 16, 25. Tanjong Puteri (Johor Baharu): 159. Tanjong Tuan (Cape Rachado): 134, 191,195. Tatham, Captain W.T.: 145. “Teazer” (kapal): 95, 96. “Telegraph” (kapal): 102. Telok Gadong: 62. Telok Ketapang (di-Melaka): 25, 26, 28. Telok Pulai: 62. Templer, Sir Gerald: 181. Tengku Ampuan Basik: 50, 53—54, 62-63. Tengku (Raja) Arfah: 64, 69, 75, 153, 164. Tengku Bahdhar (putera Sultan Alauddin Sulaiman Shah): 173. Tengku Chik (orang Siak): 94, 118, 129. Tengku Fatimah (puteri Sultan Alauddin Sulaiman Shah): 166. Tengku Kamariah: 9, 14. Tengku Kudin (Tengku Dhiauddin): 64, 73-76, 79, 80, 82, 94—104, 106-108, 111-114, 116-128, 130-132, 135—141, 144-145, 147, 151-154, 164-167, 200. 223 SEJARAH SELANGOR Tengku Maheran (puteri Sultan Alauddin Sulaiman Shah): 166. Tengku Mahrum (Tengku Ampuan Selangor): 153, 164, 166-168. Tengku Mandak (Tengku Puan Mandak): 9, 11, 13. Tengku Musauddin. (Raja Muda Selangor; Tengku Kelana Jaya Putera: Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah):164, 166, 168, 107-173, 175, 177-179, 181-182. Tengku Nai (Tengku Senai): 47, 59, 191, 197. Tengku Penoh (Tengku Besar, puteri Raja Lumu): 19. Tengku Puan Berima (Selangor): 12. Tengku Sulaiman (Pahang): 170. Tengku Rahimah (Tengku Ampuan Selangor): 181, 184. Tengku Tengah (Tengku Erang): 9, 11. Tengku Tengah (puteri Raja Haji): 32. Tengku Zahrah Puteri (puteri Sultan Alauddin Sulaiman Shah). 167, 181. Teng Sam: 78, 117. Teo Ah Chong: 113. Terangkera (di-Melaka): 25. Terengganu: 9, 16. Theo Siong Swee: 113. “Thistle” (kapal): 201. Timmerman Thyssen: 36. Tiram Burok: 29. To’ Engku Kelang: 8, 121, 122. To’ Gajah (Lihat: Imam Perang Rasu): 125. To’ Muda Andak (Pahang): 115. To’ Muda Sentul (Pahang): 131. Togar Aboe: 23. Treacher, William H.: 166. Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan): 165. Tun Dalam (Sultan Mansur, Terengganu): 16, 17. Tun Isap Berakah (Bendahara Paduka Tuan, Johor): 5. Tun Jana Khatib: 3. Tun Mahmud (Seri Agar Raja): 5. Tun Perak (Bendahara Paduka Raja, Melaka): 4. Tun Selamah (puteri Bendahara Abdul Majid, Pahang): 28. Tun Seri Lanang: 3. \ 224 U Ujong Pasir (di-Melaka): 25. Ulu Bernam: 77, 127, 129. Ulu Kelang: 71, 83-86, 114-115, 121-123, 125-126, 132, 148, Ulu Langat: 147, 148. Ulu Selangor: 27,77, 83, 85-87, 89, 94, 97, 98, 101—102, 106, 109, 123-125, 127, 129-132, 147, 159, 181. Ulu Slim: = 147, 148. Ulu Yam: 98-99, 109, 129. “Utrecht” (kapal): 26. Vv Venning, A.R.: 157. Voon Siew: 79. WwW Wak Si-Galah: 60. ‘Wan Aman (Pahang): 77, 98-101, 106. Wan Da (Pahang): 77, 100, 107, 130. Wan Muhammad (Dato’ Setia Muda, Pahang): 130-131. Weld, Sir Frederick: 156, 158-161. Y Yap Ah Loy (Kapitan China III, di-Kuala Lumpur): 50, 57, 58, 66—68, 70—71, 77-81, 83-88, 97-99, 108-109, 112. 114-119, 121-126, 128, 146, 148, 151, 155, 160. Yap Ah Shak (Kapitan China IV., di-Kuala Lumpur): 160, 161. Yap Kwan Seng (Kapitan China V., di-Kuala Lumpur): 160, 166. Yap Tet Fong: 81. Yap Voon Lung: 86-88. Z Zainal Rashid, Sultan (Kedah): 65. “Zebra” (kapal): 120 225 PAHANG PETA SELANGOR s s

You might also like