You are on page 1of 23

RESEARCH REPORT

FAKTOR-FAKTOR PENENTU PELABURAN SWASTA DI MALAYSIA : SATU KAJIAN EMPIRIKAL

NORMI BT. HAMID

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004

BAB SATU PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Sejak merdeka, pembangunan ekonomi Malaysia semakin pesat berkembang. Dari sebuah ekonomi berasaskan kepada sektor pertanian, beralih kepada sebuah ekonomi yang mengutamakan sektor perindustrian. Perubahan struktur ekonomi ini didorong oleh polisi-polisi pelaburan yang lebih liberal, insentif dan kemudahan yang lebih menarik. Selain itu, usaha-usaha mempromosikan

eksport yang lebih intensif turut membantu meningkatkan pelaburan swasta merangkumi pelaburan swasta tempatan dan asing di Malaysia.

Dari segi sejarah, pelaburan langsung asing merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi kemajuan ekonomi Malaysia sejak di zaman penjajah lagi. Secara keseluruhannya pelaburan langsung asing telah menjadi perintis dalam mempelbagaikan ekonomi Malaysia. Berdasarkan Jadual 1.1, pelaburan langsung asing (FDI) pada Rancangan Malaysia Kedua berjumlah RM918.9 juta. FDI telah meningkat sekali ganda semasa Rancangan Malaysia Keempat iaitu kepada RM 1,919.5 juta. Pada Rancangan Malaysia Keenam FDI meningkat lagi kepada RM 61,597.2 juta sebelum berkurang kepada RM68,682 juta dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.

Peningkatan FDI yang semakin ketara pada Rancangan Malaysia Kedua ini adalah berikutan pembukaan kawasan perdagangan bebas dan pertumbuhan ekonomi yang bertambah pesat. Pertumbuhan ini terus meningkat pada 2

Rancangan Malaysia Ketiga. Kebanyakan pelaburan asing ini menjurus kepada sektor perkilangan, dan sektor petroleum dan gas. Peratus sumbangan FDI menurun sedikit pada Rancangan Malaysia Keempat iaitu dari 34.6 peratus pada Rancangan Malaysia Ketiga kepada 24.9 peratus akibat kemelesetan ekonomi dunia dan krisis hutang antarabangsa.

Walau bagaimanapun, FDI meningkat dengan mendadak pada Rancangan Malaysia Kelima kepada 61 peratus. Pertambahan pesat ini berlaku akibat daripada keda-dua faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor dalaman yang penting ialah kemelesetan ekonomi, beban hutang negara yang semakin besar dan kedudukan kewangan kerajaan yang semakin membimbangkan. Sebagai contoh, nisbah hutang negara meningkat daripada 1.8 peratus pada 1980 kepada 18.9 peratus pada tahun 1986 (Phang 1994). Oleh yang demikian, pihak kerajaan terpaksa menimbangkan cara lain untuk membiayai pembangunan ekonomi Malaysia supaya tidak meningkatkan lagi hutang negara.

Dengan ini, pada tahun 1986, pihak kerajaan melonggarkan perlaksanaan Akta Penyelarasan Pelaburan dan pada masa yang sama menggantikan Akta Insentif Pelaburan 1968 dengan Akta Galakan Pelaburan 1986 untuk menggalakkan kemasukkan FDI. Faktor luaran yang telah menyumbangkan kepada peningkatan FDI ialah kenaikan nilai yen dan pada masa yang sama, berlaku pertambahan kos pengeluaran di Jepun. Kedua-dua faktor ini telah menggalakkan industri-industri Jepun untuk menempatkan semula kilangkilang di tempat lain di mana kos pengeluaran adalah lebih murah. Kemudian, negara-negara lain di Asia Timur lain mengikuti penempatan semula kilang Jepun dalam usaha untuk mempertahankan daya saing pengeluaran mereka. 3

Dengan perubahan ini, FDI dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (19911995), mencapai kadar peningkatan yang tertinggi iaitu dari RM1,914.8 juta (Rancangan Malaysia Kelima) kepada RM61,597.2 juta peratus. atau lebih 3 ribu

Jadual 1.1 Arah Aliran FDI Mengikut Rancangan Malaysia (RM Juta) Rancangan Malaysia Jumlah Pelaburan Asing 918.9 1143.6 1919.5 1914.8 61597.2 68682 % Jumlah Pelaburan Tempatan 1872.3 2160.6 5770.6 8245.5 54565.5 134825 %

Sumber: Malaysia,Rancangan Malaysia, Pelbagai Tahun

Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975) Rancangan Malaysia Ketiga (1976 1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981 1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986 1990) Rancangan Malaysia Keenam (1991 1995) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 2000)

32.9 34.6 24.9 61.0 53.0 33.7

67.1 65.4 75.1 39.0 47.0 66.3

Apabila di lihat kepada perkembangan pelaburan tempatan, galakan

walaupun

telah diberikan semenjak Fasa 1 perindustrian iaitu fasa industri

pengganti import 1957 hingga 1968, penekanan yang lebih serius hanya diberikan selepas PIP (Pelan Induk Perindustrian) yang pertama diperkenalkan pada tahun 1986. Kemelesetan ekonomi pada awal tahun-tahun 1980an telah Kesannya,

menyebabkan berlakunya pengurangan dalam FDI di Malaysia.

perkembangan sektor perindustrian telah mengalami kemerosotan. Keluaran purata sektor pembuatan hanya berkembang sebanyak 4.4 peratus setahun bagi tempoh 1981-1983, berbanding dengan 11.3 peratus bagi tempoh tiga tahun sebelumnya (1978-1980) seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan Pengeluaran, Sektor Pembuatan 1963 2000 Tahun 1963 1968 1968 1973 1973 1978 1978 1980 1981 1983 1983 1985 1986 1990 1991 1995 1996 2000 Sumber: Lihat Osman Rani Hassan (1982), Keluaran (Peratus) 9.7 13.4 11.0 11.3 4.4 4.9 13.9 13.3 9.1

Malaysia, Kajian Separuh Penggal (1984, 1993) Malaysia, Rancangan Malaysia (1986, 1991, 1996, 2001)

Pada masa itu, pelaburan tempatan menjadi pendukung terpenting kepada sektor pembuatan. Bahagiannya dalam jumlah pelaburan yang diluluskan mengalami peningkatan daripada 65.3 peratus pada tahun 1980 kepada 83.1 peratus pada tahun 1985 sejajar dengan kemerosotan FDI (Jadual 1.3). Walau bagaimanapun, pelancaran Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada 1986, telah memberi kesan yang sebaliknya. Pelaburan tempatan dalam sektor pembuatan mulai mengalami pengurangan ekoran daripada kepesatan kemasukan

sumber FDI. Pada tahun 1986 bahagian FDI dalam jumlah pelaburan yang telah diluluskan di dalam sektor pembuatan ialah sebanyak 32.7 peratus tetapi

mencatatkan kedudukan yang lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya.

Jadual 1.3 Projek-projek Perkilangan Yang Diluluskan, 1980 2001 Jumlah Diluluskan Pelaburan Modal Tahun Jumlah (RM juta) 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 2000 2001 Kadar Pertumbuhan Purata 1980 1990 1991 1998 1981 1998 2,103 4,448 5,435 2,358 3,801 5,687 5,163 3,934 9,094 12,215 28,168 30,818 27,775 13,753 22,951 20,869 34,258 25,821 26,406 33,610 24,718 1,373 3,189 3,808 1,729 3,083 4,728 3,475 1,874 4,216 3,563 10,539 13,763 10,003 7,466 11,612 11,725 17,201 14,648 11,323 13,761 6,375 65.3 70.6 70.1 73.3 81.1 83.1 67.3 47.6 46.4 29.2 37.4 44.7 36.0 54.3 50.6 56.2 50.2 56.7 42.9 40.9 25.8 Tempatan Bahagian (RM juta) (%) Asing (RM juta) 730 1,309 1,627 629 718 959 1,688 2,060 4,878 8,653 17,629 17,055 17,772 6,287 11,339 9,144 17,057 11,473 13,083 19,848 18,343 34.7 29.4 29.9 26.7 18.9 16.9 32.7 52.4 53.6 70.8 62.6 55.3 64.0 45.7 49.4 43.8 49.8 44.4 49.5 59.1 74.2 Bahagian (%)

12.1 -1.1 2.6

1.6 5.0 -0.7

17.4 -12.6 0.3

Tahun

Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pelbagai

Apabila di lihat dari segi penglibatan pelabur-pelabur tempatan dalam sektor pembuatan, didapati pelabur tempatan lebih cenderung kepada industri berasaskan sumber. Sebaliknya, pelabur asing lebih banyak terlibat dalam

industri bukan berasaskan sumber dan berorientasikan eksport, seperti industri elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.4.

Berdasarkan Jadual 1.4 data yang diambil dari MIDA (2001), menunjukkan pada tahun 2001 pelaburan asing lebih banyak terlibat dalam industri elektrik dan elektronik serta pakaian dan tekstil. Ini terbukti apabila nilai pelaburan yang dicatatkan ialah sebanyak RM6,318.6 juta daripada jumlah pelaburan modal bagi industri berasaskan sumber atau mewakili 59.8 peratus dari jumlah pelaburan tersebut.

Jadual 1.4 Pelaburan Dalam Permohonan Diterima Mengikut Industri, 2000 dan 2001 2000 (RM Juta) 2001 (RM Juta) Pelabura Pelabur Jumlah Pelabur Pelabur Jumlah Industri n an Modal an an Modal Tempata Tempat n Asing Cadangan an Asing Cadangan BUKAN BERASASKAN SUMBER Produk E & E 1,856.5 16,796.5 18,652.9 918.3 6,060.3 6,978.6 Kelengkapan pengangkutan 528.2 369.7 897.9 728.2 460.8 1,189.1 Alat-alat sains dan 1.5 223.4 224.8 120.8 479.7 600.5 pengukuran Produk logam asas 386.5 753.0 1,139.4 292.7 290.8 583.5 Pengilangan jentera 275.0 447.1 722.1 196.7 237.3 434.0 Produk logam dibentuk 203.5 359.8 563.3 156.0 218.8 374.8 Tekstil dan produk tekstil 434.1 806.7 1,240.9 43.5 258.3 301.8 Kulit dan produk kulit 42.8 0.4 43.3 Pelbagai 46.7 39.7 86.4 8.8 60.5 69.3 19,795. Jumlah Kecil 3,731.9 9 23,527.9 2,507.8 8,067.1 10,574.9 BERASASKAN SUMBER Produk galian bukan logam 1,030.0 624.9 1,654.9 121.6 1,461.7 1,583.2 Kimia dan produk kimia 348.0 885.4 1,233.4 571.8 385.6 957.4 Pengilangan makanan 590.2 961.0 1,551.2 609.5 160.9 770.4 Produk getah 363.7 714.1 1,077.7 311.3 273.9 585.2 Produk plastik 289.4 418.3 707.7 272.6 167.7 440.3 Kayu dan produk kayu 279.2 176.0 455.2 287.9 83.8 371.7 Kertas,percetakan dan 2,729.2 3,103.2 5,832.4 142.1 71.1 213.2 penerbitan Perabot Dan kelengkapan 267.6 101.6 369.2 98.7 44.1 142.8 Produk petroleum(termasuk petrokimia) 589.4 1,928.2 2,517.6 20.0 90.2 110.1 Gas asli 5,779.8 1,444.9 7,224.7 55.0 0.0 55.0 Minuman Dan tembakau 8.2 67.6 75.8 7.1 0.0 7.1 10,425. Jumlah Kecil 12,274.8 3 22,700.2 5,236.4 2,738.9 5,236.4 16,006. 30,221. 10,806. Jumlah 8 3 46,228.1 15,811.3 0 15,811.3

Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

1.1

Arah Aliran Pelaburan Swasta Di Malaysia (1970 2001)

Bagi tempoh 1970 1975 (Rancangan Malaysia Kedua), pelaburan swasta telah berkembang dengan kadar yang rendah, iaitu daripada RM1,490 juta (1970) kepada RM2,454 juta (1975) atau secara purata 12.94 peratus. Bagi tempoh ini, peningkatan dalam jumlah pelaburan disebabkan oleh bertambahnya kadar pelaburan awam yang tinggi dalam tahun 1972 dan 1975 untuk mengatasi kemelesetan kegiatan ekonomi dalam tahun-tahun tersebut (Rancangan Malaysia Tiga, 1976). Dalam tempoh ini juga didapati pelaburan swasta asing telah menyumbangkan bahagian yang besar kepada KDNK iaitu pada kadar pertumbuhan purata 46.1 peratus.

Peningkatan dalam pelaburan ini didorong oleh polisi-polisi kerajaan seperti penyediaan berbagai jenis galakan cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan, 1968. Selain itu, galakan-galakan bagi perusahaan yang membuat barangbarang untuk dieksport diperbaiki, sementara galakan baru telah dibuat bagi perusahaan-perusahaan elektronik dan hotel. Kemudahan-kemudahan untuk Kawasan-kawasan Perdagangan Bebas (KPB) dan gudang-gudang pembuatan yang diberi lesen turut disediakan.

JADUAL 1.5 MALAYSIA : KDNK BENAR, PELABURAN AWAM DAN SWASTA, 1970-2000 (RM JUTA)

1970 KDNK BENAR Pelaburan Swasta % Perubahan Pelaburan Swasta 11,829 1,490 60.22

1975 17,365 2,454 64.70 1,482 109.92 3,936 79.23 1975 14.13 8.53 22.67

1980 26,228 4,635 88.88 2,308 55.74 6,943 76.40 1980 17.67 8.80 26.47

1985 57,093 9,492 104.79 8,396 263.78 17,888 157.64 1985 16.63 14.71 31.33

1990 79,329 16,705 75.99 9,167 9.18 25,872 44.63 1990 21.06 11.56 32.61

1995 120,273 58,663 251.17 23,262 153.76 81,895 216.54 1995 48.77 19.34 68.09

2000

209,959

31,677

(46.00)

Pelaburan Awam 706 % Perubahan Pelaburan Awam 8.28 Jumlah Pelaburan 2,196 % Perubahan Jumlah Pelaburan 38.81 Bahagian Daripada KDNK (%) : Pelaburan Swasta Pelaburan Awam Jumlah Pelaburan Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) : Pelaburan Swasta Pelaburan Awam Jumlah Pelaburan 1970 12.60 5.97 18.56

32,738 40.74

64,415 (21.34) 2000

15.09 15.59 30.68

1970-19751975-19801980-19851985-1990 1990-1995 1995-2000 12.94 21.98 15.85 17.78 11.15 15.28 20.96 52.76 31.53 15.20 1.84 8.93 50.23 30.75 43.31

(9.20) 8.15 (4.27)

Sumber : Laporan Ekonomi dan Bank Negara Malaysia, Pelbagai Tahun

Secara umumnya bagi tempoh 1976 1980 (Rancangan Malaysia Ketiga), pelaburan swasta dikatakan menjadi punca pembentukan modal yang utama. Keadaan ini berbeza dengan tempoh Rancangan Malaysia Kedua di mana pelaburan awam telah memainkan peranan utama. Kadar pertumbuhan pelaburan swasta yang dicatatkan ialah 17.78 peratus berbanding pelaburan awam hanyalah 11.15 peratus (Rujuk Jadual 1.5). Pada tempoh awal Rancangan Malaysia Ketiga (1976), kadar pertumbuhan pelaburan swasta adalah sangat 10

rendah berbanding tahun-tahun selepasnya. Keadaan ini berlaku disebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan kesannya ke atas kegiatan dalam negeri yang keupayaannya berlebihan. Manakala pada penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ketiga, pelaburan swasta meningkat dengan pesat yang disebabkan oleh peningkatan yang berlaku dalam eksport negara dan langkah tegas yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kebimbangan sektor swasta menerusi pindaan Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA) dan Akta

Pembangunan Petroleum (PDA) bagi menggalakkan penyertaan pelabur asing dan domestik.

Pada tahun 1975, tingkat pelaburan swasta yang dicatatkan ialah RM2.4 bilion dan meningkat sebanyak hampir dua kali ganda kepada RM4.6 bilion pada tahun 1980 (Jadual 1.5). Dalam tempoh ini (1975 1980), kadar pertumbuhan tahunan purata yang dicatatkan ialah 17.78 peratus dan terus meningkat kepada 20.96 peratus bagi tempoh 1980 1985 (dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat) sebelum jatuh kepada 15.20 peratus pada tahun 1985 1990.

Dalam tahun 1980an terdapat dua jangka masa yang utama menunjukkan kejatuhan yang teruk berlaku dalam tingkat pelaburan swasta iaitu pada tahun 1982/1983 dan tahun 1985/1986. Kemerosotan tingkat pelaburan dalam kedua-dua jangka masa ini dapat dikaitkan dengan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia sehingga menjejaskan permintaan terhadap eksport Malaysia seterusnya memberi kesan kepada kejatuhan tingkat pelaburan negara.

Jadual 1.5 menunjukkan kadar pertumbuhan pelaburan swasta (15.20%) jauh lebih besar berbanding arah pertumbuhan pelaburan awam (1.84%) bagi 11

tempoh 1985 1990. Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan perlaksanaan langkah-langkah penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit belanjawan. Selain itu, dasar perdagangan dan pelaburan yang liberal telah diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985 dan 1986 telah menambahkan keyakinan para pelabur dan peniaga, seterusnya meningkatkan pelaburan swasta.

Semasa tingkat pelaburan swasta mencapai kemuncaknya iaitu tingkat pertumbuhan purata yang tinggi (50.20%) dalam tempoh 1990 1995, sumbangan pelaburan swasta terhadap KDNK adalah 21.06% pada 1990 dan meningkat kepada 48.75% pada tahun 1995. Pertumbuhan yang pesat ini

disebabkan oleh usaha-usaha kerajaan yang berterusan bagi mewujudkan iklim pelaburan yang memberangsangkan. Ini dapat dilihat dengan pencapaian belanjawan berimbang semenjak tahun 1993 yang mencerminkan kejayaan yang bersungguh-sungguh untuk memperkukuh serta mengamalkan dasar fiskal berhemat dengan tujuan mengawal tekanan permintaan yang berlebihan dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Usaha tersebut meliputi penghapusan serta pengurangan cukai termasuk cukai pendapatan korporat dan individu.

Setelah

mengalami

kadar

pertumbuhan

tahunan

purata

yang

memberangsangkan iaitu 50.20 peratus bagi tempoh 1990 1995 ( dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam), sekali lagi tingkat pelaburan swasta mengalami kemerosotan yang teruk di akhir tahun 1990an. Kadar pertumbuhan tahunan purata yang dicatatkan adalah menunjukkan 9.20 peratus bagi tempoh 1995 2000 ( dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh), .

Kemerosotan yang teruk berlaku dalam tingkat pelaburan swasta pada kali ini 12

disebabkan oleh kegawatan ekonomi.

Kegawatan ekonomi yang berkait

dengan fenomena kejatuhan nilai ringgit pada pertengahan tahun 1997 merupakan krisis ekonomi yang paling serius dalam sejarah. Kejatuhan mata wang yang berpanjangan menyebabkan semua sektor ekonomi terjejas dan menyebabkan kemerosotan yang teruk dalam tingkat pelaburan swasta.

Sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan serantau, kerajaan pada mulanya mengurangkan perbelanjaan sektor awam bagi melengkapi dasar kewangan yang ketat sebagai satu cara untuk menurunkan defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran dan mencegah penyusutan lebih teruk terhadap nilai Ringgit. Namun, apabila krisis semakin teruk, kerajaan telah mengembalikan semula peruntukan yang dahulunya telah dipotong dan menyuntik perbelanjaan pembangunan tambahan sejumlah RM30.7 bilion dalam separuh kedua tempoh Rancangan bagi merangsang aktiviti ekonomi dan menangkis kejatuhan mendadak dalam pelaburan swasta (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Berikutan daripada itu, bahagian pelaburan awam telah meningkat sebanyak 8.15 peratus bagi mengimbangi kejatuhan dalam tingkat pelaburan swasta sebanyak 9.20 peratus.

Apabila di lihat kepada nisbah pelaburan kepada KDNK, secara umumnya antara tahun 1970 2000, sentiasa menunjukkan peningkatan kecuali pada tahun 2000. Dalam tempoh yang sama (1970 2000); didapati sumbangan pelaburan terhadap KDNK yang besar dicapai pada tahun 1995 iaitu sebanyak 68.09 peratus. Namun, pada penghujung tahun 1990an tingkat pelaburan mengalami kadar kemerosotan. Oleh itu, nisbah pelaburan terhadap KDNK telah berkurang separuh daripada yang pernah dicatatkan pada tahun 1995 iaitu hanya 30.68 peratus pada tahun 2000. 13

1.2

Pernyataan Masalah

Sehingga sekarang telah terbukti bahawa aliran masuk FDI ke Malaysia menunjukkan wujudnya hubungan yang istimewa antara kerajaan dan juga pelabur-pelabur asing. Statistik yang disediakan oleh MIDA menunjukkan

bahawa pada tahun 1980, Singapura merupakan negara pelabur yang terbesar. Selepas satu dekad, USA muncul sebagai pelabur terbesar di Malaysia. Bagi jangkamasa di antara 1991-1997, 5 buah negara utama yang melabur di Malaysia ialah Jepun, USA, Taiwan, Singapura dan Korea. Jumlah pelaburan yang disumbangkan oleh kelima-lima buah negara ini bagi tempoh masa tersebut ialah RM 60.8 bilion atau 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI.

Bagi tahun 2001 pula, USA dan Jepun kekal sebagai dua pelabur teratas, dengan jumlah pelaburan masing-masing bernilai RM3.3 bilion. PRC muncul sebagai pelabur ketiga terbesar dengan nilai pelaburan RM3 bilion. Pelabur utama yang lain adalah Jerman (RM2.6 bilion), Singapura (RM2.2 bilion), ROK (RM1.7 bilion) dan Taiwan (RM1.1 bilion) (Rujuk Jadual 1.6).

Jumlah pelaburan asing yang tinggi direkodkan dalam dua industri utama iaitu industri elektrik dan elektronik dan industri kimia dan bahan keluaran kimia. Jepun merupakan negara yang hampir keseluruhan ekuiti pelaburannya ditumpukan kepada sektor elektrik dan elektronik serta industri kimia dan keluaran kimia. USA memberi tumpuan kepada pelaburan dalam industri Jumlah pelaburan Taiwan sebahagian besar

petroleum serta industri elektrik dan elektronik. meningkat dari tahun 1991-1997

memperlihatkan

14

pelaburannya ditumpukan kepada sektor elektronik, tekstil, produk berasaskan kayu dan industri petroleum.

Di antara tahun 1991-1997, Singapura menyumbangkan sebanyak RM10 bilion atau. 11.3 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI di Malaysia. Sebahagian besar pelaburan Singapura tertumpu kepada sektor elektrik dan elektronik, produk berasaskan besi dan akhir-akhir ini negara tersebut telah terlibat

dengan industri petroleum. Bagi tempoh yang sama, pelaburan dari Korea di Malaysia berjumlah RM 4.4 bilion atau mewaklil 5 peratus daripada keseluruhan FDI. Pelaburan Korea tertumpu kepada produk mineral bukan metalik dan industri elektrik dan elektronik. Selain itu, pelaburan asing di Malaysia turut disumbangkan oleh negara-negara lain seperti Hong Kong, Australia, UK, Jerman, Belanda dan Indonesia. Jadual 1.6 Pelaburan Asing Dalam Projek Diluluskan Mengikut Negara Bagi Tahun 2000 dan 2001 Negara Bilangan USA Jepun PRC (termasuk Hong SAR) Jerman Singapura ROK Taiwan 23 149 21 87 2,583.0 2,180.5 1,696.4 1,112.8 30 145 14 92 1,655.9 1,778.5 722.8 916.0 Kong 34 152 15 2001 PelaburanAsin g (RM Juta) 3,305.4 3,286.5 2,967.3 48 118 33 Bilangan 2000 PelaburanAsin g (RM Juta) 7,491.9 2,880.5 379.0

Sumber : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia


15

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MIDA, pelaburan dalam sektor perkilangan bukan sahaja disumbangkan oleh negara-negara asing tetapi juga disumbangkan oleh pelabur-pelabur swasta domestik. Secara purata pelabur tempatan telah menyumbangkan sebanyak 1.6 peratus setahun dari keseluruhan nilai pelaburan dalam projek yang diluluskan pada tahun 1981-1990. Kadar ini telah meningkat secara purata kepada 5 peratus setahun bagi jangka masa 1991-1998.

Pelaburan modal yang disumbangkan oleh pelabur-pelabur tempatan dalam projek perkilangan yang diluluskan berjumlah RM1373 juta ( 65.3 peratus ) pada tahun 1980 (rujuk Jadual 1.3). Jumlah ini telah meningkat kepada RM10,539 juta ( 37.4 peratus) pada tahun 1990 , seterusnya meningkat kepada RM7,201 juta (50.2 peratus) pada tahun 1996.

Kesan daripada krisis kewangan yang berlaku pada akhir tahun 1997 jumlah pelaburan modal oleh pelabur tempatan mengikut projek yang diluluskan telah berkurang kepada RM14,684 juta ( 56.7 peratus) pada tahun 1997 dan RM11,323 juta (42.9 peratus) pada tahun 1998. Sebaliknya, pada tahun 2000 jumlah pelaburan tempatan dalam projek perkilangan yang diluluskan telah bertambah kepada RM13,761 juta. Walau bagaimanapun, jumlah pelaburan tempatan telah berkurang kepada RM6,375 juta pada tahun 2001 disebabkan kelembapan ekonomi global, terutamanya yang berlaku di Amerika Syarikat dan Jepun yang mana turut memberi kesan buruk terhadap ekonomi Malaysia.

Seorang pengkaji dari Jepun Imamura mengatakan bahawa dasar ekonomi terbuka Malaysia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada prestasi cemerlang sektor perkilangan di Malaysia. 16 Walau bagaimanapun, selain

daripada

dasar-dasar

kerajaan

terdapat

beberapa

faktor

lain

yang

mempengaruhi atau menjadi penentu kepada jumlah pelaburan swasta (domestik dan asing) di Malaysia. Oleh yang demikian kajian ini akan cuba mengenal pasti selain daripada dasar-dasar kerajaan apakah faktor-faktor yang akan menentukan jumlah pelaburan swasta (domestik dan asing di Malaysia dari tahun 1970-2001.

1.3

Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk menerangkan hubungan di antara pelaburan swasta di Malaysia dengan faktor-faktor penentunya melalui pembentukan model ekonometrik. Objektif khusus kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaburan swasta di Malaysia bagi tempoh 1970-2001.

1.4

Metodologi Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan sumber maklumat dan data skunder yang diperolehi daripada Laporan Tahunan Ekonomi pelbagai siri, Rancangan Malaysia pelbagai siri, Laporan Bank Negara Malaysia pelbagai siri, International Financial Statistics pelbagai siri, jurnal dan buku-buku rujukan.

Data yang diguna dalam kajian ini adalah Data Siri Masa iaitu bermula dari tahun 1970-2001. Data yang diperolehi ini dianalisis dengan menggunakan

program Sistem Analisis Statistik (SAS). Dalam kajian ini satu persamaan akan dibentuk menggunakan model regresi linear yang dianggarkan dengan menggunakan kaedah Maximum Likelihood (ML).

17

Dalam model yang akan dibentuk, pembolehubah bersandarnya ialah pelaburan swasta dan pembolehubah-pembolehubah bebasnya ialah kadar faedah benar, keluaran dalam negara kasar perkapita, kadar pertumbuhan KDNK, kadar inflasi, pelaburan awam, pelaburan langsung asing dan pelaburan swasta tertangguh. Ujian Statistik dan Ekonometrik akan digunakan untuk menganalisis keputusan yang diperolehi yang melibatkan ujian t, Ujian F, Ujian Kebaikan Penyesuaian (R2), Ujian Autokorelasi dan pengesanan Multikolineariti.

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini sesuai untuk dijadikan pelengkap kepada kajian-kajian lain yang berkaitan dengan pelaburan swasta di Malaysia. Penemuan ini dijangka akan dapat memberi maklumat kepada pembaca dari segi pembolehubah makroekonomi yang paling utama dalam mempengaruhi jumlah pelaburan swasta Malaysia (domestik dan asing) dan membandingkan sama ada faktorfaktor ini mempunyai persamaan atau perbezaan dengan negara-negara lain.

1.6

Organisasi Kajian

Kajian ini dibahagikan kepada lima bab iaitu (1) pengenalan, (2) ulasan karya terdahulu, (3) metodologi kajian, (4) penemuan kajian dan (5) kesimpulan dan cadangan. Bab pertama iaitu pengenalan, memberi gambaran tentang tajuk yang akan dikaji iaitu Faktor-Faktor Penentu Pelaburan Swasta di Malaysia: Satu Kajian Empirikal. Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas struktur perkembangan ekonomi Malaysia termasuklah peranan pelaburan swasta (domestik dan asing) serta arah alirannya dalam tempoh kajian yang meliputi tahun 1970 hingga 2001. Selain itu, bab ini juga turut memuatkan objektif, 18

permasalahan kajian dan penerangan ringkas tentang kaedah yang akan digunakan untuk menganalisis data serta kepentingan kajian.

Bab kedua, akan membincangkan kajian-kajian lepas yang releven dengan tajuk kajian ini. Keputusan dan pandangan yang berkaitan akan dimasukkan dalam bahagian ulasan karya untuk menyokong topik kajian. Bab ketiga, iaitu metodologi kajian akan mengemukakan data, teknik analisis data yang digunakan, pembentukan model dan penganggaran model yang akan diaplikasikan dalam kajian untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Bahagian keputusan kajian akan merumuskan penemuan-penemuan kajian. Bab lima, mengutarakan beberapa implikasi dasar dan cadangan kajian serta membuat kesimpulan kajian.

1.7

Definisi Pelaburan

Secara umumnya, pelaburan merupakan satu aktiviti yang melibatkan pembelian apa juga aset (harta) sama ada aset hakiki atau aset kewangan, yang menawarkan jangkaan pendapatan atau keuntungan modal atau keduaduanya sekali.

Daripada definisi tersebut, pelaburan dapat di lihat daripada dua aspek, iaitu aset hakiki dan aset kewangan. Aset hakiki merupakan harta ketara atau kebendaan yang kewujudan fizikalnya memudahkan seseorang itu

memberitahu nilainya, seperti tanah, rumah, bangunan, kilang, rumah kedai, kenderaan, jentera dan logam. Aset hakiki ini membolehkan pemiliknya

mendapat kemudahan atau hasil daripada penggunaannya.

19

Sebaliknya, aset kewangan merupakan sekeping kertas atau dokumen yang kewujudan fizikalnya tidak boleh memberitahu dengan jelas nilainya yang sebenar seperti sijil-sijil saham, buku akaun bank dan sijil premium Bank Simpanan Nasional (Rosalan Haji Ali, 1992).

Dari segi pemilikan, pelaburan swasta merupakan pelaburan yang dimiliki dan dilakukan oleh syarikat milik swasta manakala pelaburan awam ialah pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Pelaburan swasta pula terdiri daripada pelaburan yang dilakukan oleh pelabur domestik dan pelabur asing. Pelaburan asing dilakukan oleh syarikat swasta asing atau orang perseorangan asing di sesebuah negara (Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,1993)

20

BAB DUA ULASAN KARYA

2.0

Pengenalan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaburan swasta sesebuah negara telah banyak dikenalpasti melalui kajian-kajian empirikal terdahulu seperti U Tun Wai dan Chorng-huey Wong (1982), Temitope W. Oshikoya (1994), Eliana Cardoso (1993), B. Bernanke (1983), S.J. Erenburg (1993), Aschauer (1988), Boskin (1987), Munnel (1990) dan lain-lain pengkaji. Kajian-kajian tersebut melibatkan negara-negara sedang membangun dan negara-negara maju. Terdapat

berbagai-bagai faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi secara signifikan jumlah pelaburan swasta di sesebuah negara. Faktor-faktor berkenaan termasuklah kadar pertumbuhan KDNK, KDNK perkapita, pelaburan awam, kadar inflasi, kadar faedah benar, kredit kepada sektor swasta dan kadar pertukaran.

Bab ini akan memberikan maklumat tentang keputusan kajian-kajian lepas yang memberi tumpuan kepada pembolehubah-pembolehubah makroekonomi seperti kadar pertumbuhan KDNK, KDNK perkapita, pelaburan awam, kadar inflasi, kadar faedah benar, pelaburan asing dan pelaburan swasta tertangguh; yang telah terbukti secara empirikal sebagai penentu-penentu kepada pelaburan swasta.

21

2.1

Karya-karya Terpilih

Berdasarkan kajian U Tun Wai dan Chorng-huey Wong (1982), terdapat beberapa faktor yang menunjukkan pelaburan swasta mempunyai hubungan yang positif dengan pelaburan awam.

Pertama, jika sumber-sumber tidak digunakan sepenuhnya, apabila berlaku peningkatan dalam pelaburan awam, pendapatan akan meningkat dengan secara langsung dan tidak langsung melalui kesan pengganda. Oleh itu, pelabur swasta akan berminat untuk menambahkan pelaburan kerana keuntungan yang mereka akan perolehi adalah tinggi. menjangkakan Ini disebabkan pelabur

pada ketika itu berlaku peningkatan terhadap permintaan

barang-barang akhir.

Kedua,

kebanyakan

negara-negara

sedang

membangun

mempunyai

komponen perbelanjaan kerajaan yang besar yang tertumpu kepada projekprojek infrastruktur. Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur oleh kerajaan seperti pengangkutan, komunikasi, kuasa elektrik dan saliran akan mengurangkan kos pengeluaran firma atau meningkatkan pulangan mengikut skala kepada pihak pelabur. Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan keuntungan pihak swasta.

Ketiga, walaupun pelaburan kerajaan adalah dalam sektor kedua atau ketiga, kewujudan kilang-kilang baru oleh pihak kerajaan akan meningkatkan permintaan terhadap produk-produk yang berkaitan (melalui kesan rantaian) dan seterusnya menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan swasta.

22

Komponen yang semakin penting dalam aliran masuk modal asing di negara sedang membangun yang berasaskan kepada sektor swasta ialah pelaburan langsung asing (FDI). Secara teori FDI boleh menghasilkan beberapa kesan ke atas ekonomi di dalam negara (van Loo F., 1997). Kesan pelaburan langsung asing yang pertama ke atas ekonomi ialah pelaburan asing akan mewujudkan kesan rantaian langsung ke atas pelaburan dalam industri-industri domestik. Faedah berbanding daripada pelabur asing yang disebabkan oleh kemahiran teknologi tinggi yang mereka miliki, insentif cukai dan beberapa kemudahan lain yang diperolehi oleh mereka akan turut mempengaruhi pelaburan di industri-industri domestik yang berkaitan.

Kedua, peningkatan di dalam output atau perbelanjaan yang disebabkan oleh peningkatan dalam FDI akan menghasilkan kesan pencepat ke atas pelaburan domestik.

Ketiga, peningkatan di dalam FDI akan meningkatkan import melalui dua cara. Cara yang pertama adalah melalui peningkatan import terhadap peralatan dan bahan-bahan mentah bagi syarikat-syarikat pelaburan langsung manakala cara yang kedua adalah peningkatan import barang-barang pengguna disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan. Berdasarkan teori dan kajian yang dikemukakan oleh van Loo F. (1997) ini dapatlah disimpulkan bahawa FDI akan memberi kesan positif terhadap pelaburan domestik

Dari segi eksport pula, FDI akan mewujudkan kesan yang positif sekiranya pelaburan yang diwujudkan adalah berorientasikan eksport. Pelaburan swasta akan dipengaruhi oleh perubahan di dalam import dan eksport melalui kesan yang akan diwujudkan terhadap pendapatan dan turut bergantung kepada 23

You might also like