You are on page 1of 8

PISAU CANTUMAN

PISAU CANTUMAN (Budding Knife) adalah satu jenis alatan berupa pisau yang digunakan ketika kerja-kerja mencantum anak pokok. Pisau Cantuman ini berlainan dengan pisau memotong sayur dan ikan yang ada dirumah kerana ianya bersaiz kecil dan mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian Mata Pisau, Bahagian Badan Pisau dan Bahagian Pengikis (Tumpul). Pisau ini biasanya dalam keadaan seperti 'Pisau Lipat' dengan ukuran 12 - 18 cm panjang (Lihat foto diatas). Pisau Cantuman ini merupakan pisau yang digunakan olehPencantum (Budder) terutama didalam aktiviti mencantum pokok buah-buahan seperti Durian (Durio zibethinus), Belimbing (Averrhoa carambola), Nangka (Artocarpus interger), Rambutan (Nephellium lappaceum), Mangga (Mangifera indica) dan sebagainya. Kepakaran seorang pencantum yang mahir mampu menggunakan pisau cantum dengan betul sehingga meningkatkan peratus kejayaan kerja-kerja mencantum yang dijalankan. Artikel petang Ahad ini saya menulis sejenis alat pertanian yang penting untuk kerja mencantum anakbenih buah-buahan iaitu 'Pisau Cantuman'.

Pisau cantuman merupakan satu daripada alat yang diperlukan dalam kerja mencantum selain daripada Mata Tunas, Plastik Tape, Scateurs, Gunting dan Pokok Penanti (Lihat foto sebelah). Pokok Penanti merupakan anak pokok yang ditanam dalam polibeg daripada biji buah selama beberapa bulan sehingga anakpokok mempunyai ukurlilit batang yang sesuai untuk dicantum. Mata Tunas pula adalah SCION yang diambil daripada pokok baka yang dikehendakki untuk dicantum dengan pokok penanti. Lazimnya dahan mata tunas di ambil dari dahan pokok mata tunas yang telah dikenalpasti prestasi varietinya. Satu dahan sepnjang 1 meter mempunyai beberapa mata tunas bergantung kepada jenis buah dan kesuburan pokok. Kerja mengambil dahan mata tunas dijalankan pada pagi hari dan sebaiknya segera untuk diambil mata tunas untuk dicantum dengan pokok penanti. Tape Plastik pula digunakan untuk mengikat mata tunas yang telah dilekatkan pada pokok penanti untuk

melekatkan dengan kuat sehingga aktiviti cantuman berjaya.

Mata Tunas dari pokok induk diambil dari dahan sepanjang 1 meter ( Ada 4 - 8 mata tunas) bergantung kepada varieti tanaman. Dengan menggunakan pisau cantuman maka potong matatunas untuk mengambil matanya dan buang bahagian kayu keras dengan meninggalkan matatunas dan lapisan kambium. Lazimnya hanya satu mata tunas sahaja yang diperlukan untuk satu pokok penanti. Bagaimana pun bagi cantuman baji pokok bunga-bungaan (ornamental tree) boleh mengambil seberapa banyak mata tunas yang mempunyai banyak warna bunga untuk menghasilkan pokok bunga yang berbagai warna. Mata Tunas yang dikeluarkan ini perlu digunakan segara supaya tidak kering.

Pegang Pisau Cantum dengan kuat untuk memotong bahagian kulit Pokok Penanti dengan menggunakan hujung pisau yang tajam (Lihat foto).Lazimnya pisau cantum ini ditekan di bahagian kiri dan kanan kulit serta bahagian bawah kotak kulit. Pastikan jangan potong dibahagian atas kulit batang pokok penanti kerana apabila hujan akan terjejas prestasi kejayaan cantuman. Tarik keluar kulit pokok dan dengan bahagian tumoul dibelakang pisau cantuman mulakan mengikis lapisan Kambium(Warna putih pada batang) sehingga bersih. Jika pengikisan lapisan kambium ini tidak bersih akan juga menjejaskan kejayaan cantuman. Masukkan mata tunas kedalam potongan tersebut dan potong kulit penutup mengikut panjang mata tunas. Ikat mata tunas dengan tape plastik dengan kuat bermula dari bahagian atas kebawah. Pastikan mata tunas tidak diikat untuk membenarkan mata tunas tersebut terbit kemudian.

Pisau Cantuman merupakan satu alat yang sangat penting dalam aktiviti mencantum anak benih. Anak Benih dihasilkan Baka Cantum memberikan ketulinan dalam penanaman pokok terutamanya buah-buahan dari varieti atau klon yang dikehendakki. Batang Utama pokok penanti akan di potong selepas mata tunas telah terbit dan sedia untuk di jaga selama beberapa bulan sehingga mempunyai saiz yang sesuai untuk di tanam di ladang. Penjagaan anak pokok selepas dicantum didalam rumah semaian adalah penting terutama kerja-kerja penyiraman pokok, pembajaan, merumput dan memeriksa kejayaan cantuman. Anak benih cantum lazimnya lebih cepat menghasilkan buah berbanding dengan anak benih anak benih dari biji benih. Pengalaman saya di beberapa projek tanaman dusun seperti Projek Dusun Nukleus mendapati kadang-kadang berlaku kecuaian diladang dimana mata tunas varieti pokok yang dikehendakki mati dan dibiarkan mata tunas pokok penanti terus menjadi pokok utama. Akibatnya buah yang dihasilkan bukan dari varieti yang dikehendakki. Ini bukan salah PISAU CANTUM!

PISAU CANTUMAN.... ADA KEPERLUANNYA... DEPAN MATA TAJAM.. BELAKANG TUMPULNYA... MEMOTONG MATA TUNAS... PENANTI KENA JUGA... BENIH BERKUALITI ... PENANAMAN BERJAYA....

Alat CANTASAN

Alatan Cantasan (Pruning Tools) yang digunakan dalam aktiviti mencantas digunakan untuk memotong dan membuang bahagian-bahagian pokok bagi tujuan tertentu. Aktiviti Cantasan atau Pangkasan (Pruning) memerlukan kemahiran (Skill) dan ilmu pengetahuan khusus (Knowledge) bagi menentukan bahawa aktiviti cantasan yang dijalankan betul dan tepat. Cantasan dijalankan dari peringkat awal untuk tujuan Cantasan Pembentukkan, Cantasan Penyelenggaraan Pokok, Cantasan Untuk Rangsangan Berbunga dan juga Cantasan Membuang Bahagian yang diserang penyakit. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa alat2an cantasan yang biasa digunakan di Malaysia berdasarkan kajian dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian selama lebih 30 tahun dalam bidang pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.

Secateurs - Asas alat cantasan Beberapa alatan cantasan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja cantasan adalah seperti SECATERUS (Gunting Cantasan) , PRUNING SAW (Gergaji Cantasan) dan KNIFE (Pisau Cantasan). Terdapat beberapa alatan lain yang digunakan dalam menjalankan cantasan bergantung kepada teknologi yang ada, jenis tumbuhan, tujuan cantasan, ketinggian tumbuhan, bahagian yang hendak dicantas, kepakaran pencantas atau petani dan kekuatan dahan (Lembut, sederhana atau keras). Cantasan bagi tumbuhan ornamental (Bunga Hiasan) agak berbeza dengan aktiviti cantasan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran (Tanaman makanan). Apa yang saya perhatikan, ramai petani dapat melakukan cantasan pokok buah-buahan dengan baik setelah menerima latihan dengnan baik berbanding dengan penduduk taman perumahan yang mencantas pokok (seperti pokok mangga dikawasan rumah) yang kurang mahir.

Scateurs - Praktikan dan mudah. 1) SECATEURS Scateurs secara mudahnya adalah alat seperti Gunting dimana ia merupakan alat cantasan paling popular dan mudah untuk digunakan. Scateurs merupakan alat yang menggunakan tangan untuk memotong bahagian yang hendak dicantas diperbuat dari besi yang mempunyai pemegang, ensel dan mata pisau membengkok yang tajam. Bahagian pemegang biasanya disalut dengan lapisan jenis getah dan yang setaraf dengannya untuk memudahkannya untuk di pegang, tidak licin dan memberikan kemantapan kuasa pegangan. Bentuk mata scateurs bermacam-macam daripada mata yang rata, separa bulat, lonjong , panjang dan pendek. Mata pisau juga ada yang serong tajam, rata dan sebelah tajam. Ada juga yang stu mata sebelah pelapik dan ada yang tajam dikedua-dua mata. Harga alat scateurs ini berbeza-beza mengikut model, negara pengeluar, kualiti dan juga antara yang paling murah di bawah RM 10.00 satu unit sehingga yang berharga lebih dari RM 100.00 satu unit. Jenis scateurs yang diimpot dari Jepun, German dan USA lazimnya mahal tetapi berbaloi kerana ia tahan lama, tajam dan sangat effisien digunakan.

Pemilihan jenis scateurs bergantung kepada jenis tanaman, tujuan cantasan dan dahan yang hendak dicantas. Bagi tanaman berkayu lembut dan bersaiz kecil (Kurang 2 cm garispusat) maka memadai dengan menggunakan scateurs yang mempunyai dua mata atau satu mata. Kerja mencantas dahan lembut mudah dilaksanakan jika mata pisau tajam seperti mencantas pucuk bunga kertas, tunas air pada dahan pokok buah-buahan (Limau, Rambutan, Longan dsb). Bagi dahan yang mempunyai kayu sederhana keras dan bersaiz sederhana garispusat (Kurang 4 cm garispusat) boleh digunakan scateurs yang berbentuk separa bulat (Lihat foto)dengan menghalakan mata scateurs dan potong dengan membuat putaran kepada dahan terebut. Kaedah ini tidak merosakan kulit pokok dan dapat bentuk potongan yang licin dan tidak mencederakan tanaman. Ada dahan yang perlu dipotong dengan 'menyerong' bagi memudahkan potongan dan tidak berlaku takungan air yang akan menyebabkan serangan kulat.

Gergaji cantasan 2) Gergaji Cantasan (Pruning Saw) Gergaji Cantasan pula merupakan alatan gergaji untuk mencantas yang sesuai digunakan untuk dahan yang lebih keras dan dahan bersaiz besar sama ada dahan tersebut rendah atau tinggi. Gergaji Cantasan atau (GC) biasanya diperbuat dari besi yang sangat berkualiti untuk mempastikan mata pisau sentiasa tajam , tahan lama dan tidak mudah tersepit (Kesat) apabila digunakan. Mata gergaji berbagai bentuk sama ada tajam sebelah atau tajam dua belah. Mata gergaji 'makan sebelah'

bertindak dengan memotong apabila gergaji di tolak atau di tarik sahaja manakala 'mata makan dua belah' akan memotong semasa gergaji di tolak dan ditarek. Terdapat juga GC yang boleh dilipat untuk memudahkan cara penyimpanan dan menentukan keselamatan pengguna. Harga gergaji cantasan juga banyak jenis bergantung kepada kualiti dan model serta negara pengeluar. Satu gergaji cantasan yang saya beli model dari Jepun berharga RM 120.00 yang boleh dilipat dan amat tajam serta sesuai untuk memotong dahan pokok mangga Cho Anan (MA224) dikebun mangga di Tehel , Jasin.

Bagi pokok yang tinggi perlukan alat cantasan khusus sama ada bentuk scateurs atau gergaji yang disambung dengan Galah pemegang yang diperbuat dari jenis logam yang kuat (Aluminium, besi, GI Pipe dsb).Tergapah galah yang boleh diubahsuai ketinggian (adjustable height) bagi memudahkan kerja-kerja cantasan. Bagi jenis scateurs biasanya di sambung dengan tali untuk ditarik dan mata scateurs akan memotong dahan tersebut. Alatan jenis ini dapat mengelakan pengguna daripada kena panjat pokok untuk menjalankan kerjakerja cantasan. Memanjat pokok untuk mencantas agak merbahaya kerana risiko jatuh kebawah, risiko tercedera kerana alatan dibawa dan risiko dahan patah.

3) PISAU atau PARANG Alatan pisau atau parang juga merupakan alatan tradisional untuk membuat cantasan. Alat ini yang serinag dibawa oleh petani tradisional dikebun merupakan rakan karib mereka untuk mencantas dahan dengan memotong (Slashing) terhadap dahan-dahan yang hendak dibuang walau pun cara ini kurang menepati amalan agronomi. Peringatan kepada pembaca sila sapukan cat atau bahan kimia diatas permukaan potongan dahan yang dicantas untuk mengelakkan serangan kulat dan serangga perosak dikawasan yang luka.

Harga scateurs di pasaran atau kedai berbeza mengikut kualiti, saiz, bentuk dan mengikut jenama (Impot atau lokal). Kajian saya di Johor dan Melaka mendapati harga scateurs paling murah cuma RM 5.00 (Made in China)yang tidak kuat dan yang mahal saya beli harganya sekitar RM 120.00 (Impot dari German) yang tajam dan kuat. Menurut penjual ada scateurs yang berharga lebih RM 250.00 dipasaran. Bagi Gergaji Cantasan yang sesuai untuk dibeli , tajam dan mudah digunakan berharga lingkungan RM 65 - RM 150.00. Sebaiknya beli yang tajam dua belah mata kerana mudah digunakan. Pemilihan alatan untuk cantasan bergantung kepada kegunaannya, modal yang kita ada dan juga kecekapannya. Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada para pembaca sekelian.

PAKAI SCATEURS....CANTASAN DILAKUKAN... GUNA GERGAJI CANTASAN... MENAKJUBKAN... KERJA MENCANTAS... POKOK JADI CERGAS.... ILMU MENCANTAS...GAP DI JADIKAN TERAS...

You might also like