You are on page 1of 2

Lagu Kanak-Kanak Bahasa Malaysia Tahun 2 Lagu : Jaga Kebersihan Wahai kawanku Jagalah kebersihan Hidup akan ceria

Sihat sepanjang masa

Mari kawanku Cuci tangan kamu Kuman tiada lagi Tentu kita senang hati

Kawan, oh kawan Ingat pesan guru Gosok gigi selalu Manis senyumanmu

Wahai temanku Dengar kukhabarkan Jaga kebersihan Jaga kesihatan

(Irama lagu Can Mali Can)

Lagu kanak-kanak Jaga Kebersihan merupakan lagu KSSR bagi tahun 2. Lagu ini bertemakan kebersihan dan kesihatan. Mesej utama yang ingin disampaikan melalui lirik lagu ini ialah mengenai kebersihan diri. Pada pandangan saya, lagu ini cukup sesuai untuk peringkat kanak-kanak berusia 8 tahun kerana pada tahap ini murid sudah boleh diajar dan dibiasakan dengan penjagaan kebersihan diri. Dua aspek utama yang dapat dilihat melalui lirik lagu ini ialah mengenai perbuatan mencuci tangan dan menggosok gigi. Perkara ini merupakan perkara biasa, namun masih ramai lagi kanak-kanak yang tidak dapat mengamalkan amalan ini. Gosok gigi merupakan perkara biasa yang tidak dapat dipisahkan dari kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak selalunya mengalami masalah sakit gigi yang berpunca daripada sikap malas memberus gigi. Dalam lagu Jaga Kebersihan tersebut, minat murid untuk menggosok gigi dapat dicungkil dengan menggunakan pengukuhan yang sesuai dalam lagu tersebut. Pengukuhan yang dimaksudkan ialah melalui rangkap tiga baris keempat iaitu jika murid-murid menggosok gigi, mereka akan kelihatan comel. Terdapat elemen-elemen KBKK yang dapat diperkembangan melalui penggunaan lagu ini sebagai medium untuk membentuk murid yang berketrampilan dan menjaga kesihatan serta kebersihan diri. Antara elemen tersebut ialah, menghubung kait, meramal dan membuat gambaran mental. Melalui lirik tersebut, guru boleh membimbing murid menghubung kaitkan mesej yang ingin disampaikan mengenai kebersihan diri dengan situasi sebenar. Situasi sebenar yang dimaksudkan ialah aktiviti harian murid. Secara langsung pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Seterusnya ialah penerapan nilai murni dalam lagu Jaga Kebersihan ialah menjaga kebersihan, rajin, peka dan bertanggungjawab. Dalam lagu ini jelas bahawa nilai murni menjaga kebersihan menjadi mesej utama yang ingin disampaikan. Manakala nilai rajin pula, khas difokuskan kepada kerajinan mencuci tangan dan menggosok gigi. Murid juga didedahkan supaya peka terhadap kebersihan terutamanya kebersihan diri dan sikap bertanggungjawab terhadap diri dapat disemaikan. Bagi menarik perhatian murid semasa pnp, guru boleh meminta murid untuk membuat model berus gigi berasaskan bahan kitar semula dan menggunakannya sebagai bahan lakonan untuk simulasi. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan minta mereka lakukan simulasi atau lakonan berdasarkan lirik lagu Jaga Kebersihan. Galakkan mereka menggunakan apa sahaja dan membina sesuatu yang dirasakan sesuai termasuklah membuat topeng atau peralatan sendiri.

You might also like