You are on page 1of 9

PENGENALAN ASAS

Asas merupakan unsur bangunan yang terletak dibawah sekali. Ia berperanan untuk memindahkan beban bangunan ke lapisan tanah dibawahnya dengan selamat. Unsur itu berhubung terus dengan tanah dan biasanya terlertak dibawah aras bumi. Binaan asas perlu mengambil kira bukan sahaja beban yang di galas tetapi juga keadaan tanah. Rekabentuk asas pula dapa diperoleh dalam berbagai-bagai bentuk.dengan keadaan tanah yang berbeza-beza, akibatnya keperluan rekabentuk asas juga turut berbeza-bezaantara satu bangunan dengan bangunan yang lain. Oleh sebab asas terletak dalam tanah ,ia perlu kukuh da dapat berfungsi selagi bangunan yang digalasnya masih berguna. Asas sepatutnya tidak memerlukan pembaikan sepanjang hayat bangunan.A sas perlu dibina kukuh dan tahan lama walaupun asas terletak dalam tanah yang mengandungi air dan bahan-bahan kimia.Sebarang kegagalan asas akan memberi kesan terhadap struktur bangunan dan bahagian-bahagian lain. Pemindahan struktur asas harus sempurna tanpa melebihi keupayaan galas tanah dan juga enapan struktur tidak berlebihan had-had yang dibenarkan.

Contoh asas.

6.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS

i) Memindahkan beban struktur yang dikenakan ke atasnya dan menyebarkannya ke tanah dengan selamatnya. ii) Mengelakkan berlakunya enapan ke atas struktur tanah yang di bina. iii) Menyediakan satu permukaan yang rata untuk kerja-kerja pembinaan. iv) Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang di tanam ke dalam tanah.

Oleh kerana asas mempunyai fungsi yang penting iaitu menanggung segala beban yang dikenakan ke atasnya maka perkara-perkara berikut perlulah di ketahui sebelum penentuan asas di buat :

i) Tekanan asas pada dasar tidak melebihi tekanan yang di benarkan. ii) Pengenapan asas adalah had bersesuaian. iii) Pengenapan yang tidak seimbang perlulah dikurangkan untuk mengelakkan iv) sebarang kerosakan pada struktur.

JENIS- JENIS ASAS

Pengelasan umum bagi jenis-jenis asas yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :

i) Asas papak / Pad (pad unggul)


Asas papak atau asas pad merupakan salah satu asas yang dibina di kawasan yang kekuatan tanahnya tinggi. Selain daripada itu, ia juga di bina di satu persatu dan bertaburan di man di atasnya di letakkan tiangtiang batu atau ting konkrit dengan tinggi sehingga ke paras tanah. Taburan kedudukan asas ini di tentukan oleh beban yang dikenakan oleh bangunan keupayaan galas tanah tersebut.

Tiang Asas

Asas Pad L 50 mm tebal konkrit pemarasan P

Pandangan isometrik konkrit pemarasan di bawah asas papak

Proses pembinaan asas pad


Proses pembinaan asas pad terdiri daripada beberapa aktiviti utama seperti pemancang,kerja korekan, kerja acuan,penyediaan keluli tetulang dan kerja konkrit.

PEMANCANGAN

PENGOREKAN

PENYEDIAAN BAHAN KERJA ACUAN /KOTAK BENTUK Tetulang Papan acuan Pasir Batu baur batu

KERJA KONKRIT PEMASANGAN TETULANG Menggaul Menuang Mengawet menguji

Aktiviti pembinaan

ii) Asas Jalur


Asas jenis ini mengandungi jalur yang dibuat daripada konkrit bagi menanggung dinding galas beban. Ia di bina sebagai alas mendatar dimana di atasnya di bina dinding. Tujuan pembinaan asas juga ini juga adalah sam iaitu menyebakan beban ke kwasan yang lebih besar dan luas iaitu tanah. Lebar asas ini bergantung kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tiggi kekuatan galas tanah, maka sekin lebar asas yang diperlukan walaupun beban sama. Lebar minimum bagi asas ini ialah 450mm kebiasaanya bagi pembinaan bangunan dua tingkat di kawasan tanah biasa. Bagi tebalnya pula ialah 150mm iaitu sama dengan unjuran pada setiap tepi dinding.

iii) Asas Rakit


Ia biasanya di gunakan di kawasan tanah yang keupayaan tanggung bebannya rendah (low bearing capacity) contonya di kawasan tanah lombong , yang mana tekanan daripada asas banguna perlulah di sebarkan ke kawasan lebih luas iaitu tanah. Ia digunakan segai satu altenatif bagi memudahkan kerja pembnaan struktur yang disokong oleh tiang tiang yang rapat, dimana asas padnya berdekatan bangunan daripada lubang korekan dengan tanah korekan yang berselerak. Oleh kerana asas ini meliputi keseluruhan kawasan bangunan yang di bina, perbezaan pemendapan (unegual settement) di satu-satu bahagian tanah akan dapat dielakkan, asas jenis ini terdiri daripada lantai konkrit dengan dua lapisan tetulang denan tebal sehingga 300mm dan ianya akan di tebalkan lagi apabila terdapat dinding tanggung beban. Tutulang di letakkan dengan cara satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah.

iv) Asas Cerucuk

Asas jenis ini merupakan asas dimana beban dari bangunan di bawa dan di sebarkan ke aras yang sesuai didalam tanah melalui tiang yang di kenali sebagai cerucuk. Asas jenis ini biasanya digunaknan di kawasan tanah berbatu yang keras dan kuat jauh di bawah tanah. Kebiasaanya pengunaan asas cerucuk ini adalah bagi pembinaan bangunan yang besar dan tinggi.

GAMBAR RAJAH BAGI ASAS.

JENIS ASAS JALUR

JENIS ASAS PAD

ASAS RAKIT

CONTOH PROSES KERJA PEMBENTUKKAN ASAS DILAKUKAN

i)Memasang papan berbentuk empat segi

ii)Memasukkan konkrit disetiap sudut dahulu.

iii)Seorang perkerja cuba meratakan konkrit.

iv) konrit yang telah siap

You might also like