You are on page 1of 23

Journal of Educational Management, Volume 2 June 2011, Pages 65-87 / ISSN: 2231-7341

Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di Tiga Buah Sekolah Menengah di Daerah Pasir Gudang, Johor
1

Yusof Boon1 & Salina Sabtu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman dan sikap guru terhadap perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah PKG zon Pasir Gudang, Johor. Seramai 20 orang guru di sebuah sekolah telah dijadikan sampel untuk kajian rintis manakala tiga buah sekolah menengah telah dijadikan lokasi kajian sebenar dengan 150 orang guru menjadi sampel kajian. Instrumen kajian kuantitatif yang digunakan adalah soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dengan ujian statistik diskriptif serta inferensi seperti ujian-t, ANOVA sehala dan Pekali Pearson. Fokas kajian adalah kepada tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Kajian juga dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara demografi guru seperti jantina, kaum dan institusi latihan perguruan dengan tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Seterusnya, kajian juga dilakukan untuk melihat hubungan antara tahap kefahaman guru dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru adalah tinggi dan guru mempunyai sikap yang positif terhadap pelaksanaan aktiviti kokurkulum di sekolah. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan antara kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina dan institusi latihan perguruan tetapi tidak terdapat perbezaan mengikut kaum. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan positif dengan tahap hubungan yang sederhana antara tahap kefahaman guru dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah yang dikaji. Sehubungan dengan keputusan kajian yang telah diperoleh, beberapa cadangan telah dikemukakan. Katakunci: tahap kefahaman, sikap guru, perlaksanaan aktiviti kokurikulum ABSTRACT: The purpose of this study is to identify teachers attitude and understanding towards the implementation of extra co - curriculum activities in secondary school in PKG zone Pasir Gudang, Johor Bahru. A sample of 20 secondary teachers from one neighborhood school has been selected for pilot test. The actual survey was conducted in three secondary school in which 150 teachers were selected as a sample. A set of questionnaire was used as a quantitative survey instrument. Data collected was analyzed using SPSS version 11.5 which involved descriptive and inferential statistics such as t-test, one-way ANOVA and Pearson Correlation. This study were focus on the level of teachers attitude and understanding towards the implementation of co-curriculum activities. The study was also conducted to identify the relationship between teachers demography such as gender, races and teachers training institute on the level of teachers attitude and understanding towards the implementation of co-curriculum activities. Furthermore the study was conducted to identify the relationship between the level of teachers understanding and their attitude towards the implementation of co-curriculum activities. The study found that the teachers attitude and underst anding level were high. The finding also revealed that there was no significant difference between the level of teachers attitude and understanding towards the implementation of co-curriculum activities in gender and teachers training institute aspect but there are significant difference in races aspect. The study also found there were a moderate positive relationship between the level of teachers attitude and teachers understanding towards the implementation of co-curriculum activities. In line with research findings, several recommendations were put forward. Keywords: teachers attitude, implementation of extra co curriculum

1.0

PENGENALAN

Dalam melahirkan modal insan bertaraf dunia, peranan sistem pendidikan adalah sangat kritikal. Dalam merealisasikan hasrat menghasilkan warga kelas pertama yang bukan sahaja

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

66

berintelek tinggi, malah sihat, tenteram emosi dan mempunyai kepercayaan yang kukuh, aspek aktiviti kokurikulum menjadi pemangkin. Aktiviti kokurikulum dianggap sebagai alat penting untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum dalam usaha untuk memberi pengalaman bermakna kepada pelajar yang boleh membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Aktiviti kokurikulum sebenarnya adalah satu pelengkap kepada keperluan dan kehendak kurikulum dimana ia menyediakan pelbagai peluang pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari dibilik darjah (Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan, 2002). 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Guru memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam menjayakan misi dan visi sistem pendidikan Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru adalah pembentuk generasi yang berpaksikan kepada skop bidang tugas yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru guru seharusnya tahu dan faham tentang pentingnya peranan yang mereka mainkan dan menyedari kepincangan dalam melaksanakan tugas boleh memberi impak negatif yang besar kepada masa depan pelajar dan negara. Bidang kokurikulum adalah sama pentingnya dengan bidang kurikulum. Tetapi penekanan lebih diberikan kepada akademik kerana sistem pendidikan kita lebih berorientasikan peperiksaan. Oleh itu pelaksanaan aktiviti kokurikulum tidak diberi penekanan yang sewajarnya dan jika ia dilaksanakan di sekolah, pelaksanaannya adalah sambil lewa sahaja. Ramai guru yang masih menganggap melaksanakan aktiviti kokurikulum ini adalah satu perkara yang remeh dan tidak memerlukan persediaan dan perancangan serapi melaksanakan kurikulum. 3.0 PERNYATAAN MASALAH

Keruntuhan nilai positif sosial dalam kalangan pelajar sejak akhir-akhir ini semakin menjadijadi. Kes-kes penderaan dan buli sesama rakan sebaya sering mendapat perhatian pemberita. Adalah lebih malang lagi apabila masalah yang tidak dapat dibendung ini melibatkan guru dimana guru dipukul, dan harta benda guru dimusnahkan. Guru tidak lagi dihormati oleh sebilangan pelajar. Fenomena ini jelas menunjukkan profesion perguruan tidak lagi menjadi pebendung kepada masalah masyarakat. Guru gagal mendidik pelajar untuk menjadi ahli masyarakat yang bertangungjawab. Sekolah berjaya melahirkan pelajar yang berkualiti dari aspek intelek tetapi kurang atau tidak mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Sistem pendidikan gagal melahirkan pelajar yang seimbang sebagaimana yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru gagal memainkan peranan membentuk sahsiah diri pelajar yang unggul dan boleh berdaya saing. Kajian ini akan melihat sejauh mana kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksannan aktiviti kokurikulum di sekolah menegah. Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan proses pelaksanaannya. Guru sebagai pelaksana dasar adalah modal insan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia haruslah dibangunkan untuk memastikan misi dan visi kependidikan negara tercapai.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

67

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah: i. ii. iii. Mengenal pasti tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Mengenal pasti tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan. HIPOTESIS KAJIAN

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

5.0

Hipotesis yang ingin diuji dalam kajian ini ialah: Ho1 Ho2 Ho3 Ho4 Ho5 Ho6 Ho7 Tidak terdapat perbezaan dalam aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Tidak terdapat dalam aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Tidak terdapat perbezaan dalam aspek aktiviti kokurikulum mengikut kaum. sikap guru terhadap pelaksanaan

Tidak terdapat perbezaan dalam aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan. Tidak terdapat perbezaan dalam aspek sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan. Tidak terdapat hubungan antara kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

68

6.0

KERANGKA KAJIAN

Rajah 1 diilustrasikan untuk menunjukkan bagaimana kajian akan dijalankan. Ia adalah hubungan antara ketiga- tiga pemboleh ubah yang membentuk keseluruhan konsep dan formasi kajian. Ia juga merujuk kepada bagaimana faktor-faktor pemboleh ubah bersandar pertama mempengaruhi pemboleh ubah bersandar yang kedua.

Faktor demografi guru

Kefahaman dan sikap guru

1. 2. 3.

Jantina Bangsa Institusi Latihan Perguruan

1. Kefahaman Memahami objektif pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 2. Sikap guru Tingkah laku guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

1. Rendah 2. Sederhana 3. Tinggi

Rajah 1: Kerangka konsep kajian 7.0 7.1 SOROTAN KAJIAN Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi pelajar. Aktiviti kokurikulum juga mampu memberi arah dan hala tuju kepada pelajar untuk menceburkan diri dalam kegiatan berfaedah dan seterusnya membudayakan gaya hidup yang sihat. Wee (1996) melihat aktiviti kokurikulum boleh dijadikan pemangkin dalam mengukuhkan intergrasi antara kaum untuk memelihara perpaduan Negara khususnya kepada generasi selepas merdeka disamping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undangundang yang boleh membentuk pelajar menjadi warga yang berguna sejajar dengan hasrat Rukunegara yang ke lima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Mohad (1996) dalam Lily (2006) mengkonsepkan aktiviti kokurikulum sebagai satu platform yang dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai nilai estetika serta sosial yang positif. Aktiviti kokurikulum merupakan satu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum yang mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah,

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

69

mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai- nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaan di bilik darjah (Aminuddin, 2000). 7.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih mempertingkatkan potensi individu secara amenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan Negara. Sumber: Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah Dan Rendah. Unit Kokurikulum. Jabatan Pelajaran Johor. 7.3 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum

Menurut sub peraturan 3(1) dalam Peraturan peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan sesaorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum mestilah mematuhi dasar dan merujuk kepada perundangan untuk mengelakkan timbulnya masalah yang tidak diingini kepada organisasi dan individu pelaksananya. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum disekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur- unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara (SPI Bil 16/2000, KP(BS)8591/Jld. Xvi(16) bertarikh 13 November 2000). 7.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Guru besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas- tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada (Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bahagian 2). Setiap sekolah seharusnya mempunyai carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah sebelum memulakan operasi mereka. Contoh carta organisasi yang dicadangkan oleh Bahagian Sekolah, KPM adalah seperti dalam Rajah 2.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

70

JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH


Pengetua/Guru besar Wakil JBPS GPK pengurusan dan kurikulum

GPK HEM

GPK Kokurikulum

Penyelia Petang

Setiausaha Sukan Setiausaha Kokurikulum

Penyelaras Pasukan Badan Berunifom

Penyelaras Kelab/Persatuan

Penyelaras Kelab Sukan/ Permainan

Guru penasihat

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Guru Rumah Sukan

Guru Pasukan Sekolah

Pengerusi Pasukan Badan Berunifom, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan, Ketua Rumah Sukan dan Kapten Pasukan Sekolah (murid murid )

Rajah 2: Contoh Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 7.5 Kefahaman dan Sikap Guru

Menurut Abdullah Sani (2005) aktiviti kokurikulum boleh digunakan sebagai strategi mengawal disiplin pelajar di sekolah. Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna disekolah apabila ada setengah-setengah pelajar enggan melibatkan diri dalam aktiviti ini. Ada juga ibubapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan kokurikulum kerana dianggap tidak memberi manfaat kepada pelajar. Sebenarnya ibu bapa dan pelajar perlu memahami fungsi sekolah yang bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan malahan sekolah juga berfungsi melahirkan golongan yang mempunyai anggota badan yang sihat. Justeru kefahaman dan sikap guru yang positif diharapkan dapat mengubah persepsi pelajar dan ibu bapa bagi menyerlahkan kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan jasmani dan sosial individu. 8.0 8.1 METOD Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan gabungan kaedah tinjauan dan kaedah korelasi di mana pelbagai teknik digunakan termasuk penggunaan pengujian statistik deskriptif dan inferensi berasaskan soal selidik (Mohamad Najib 1999). Soal selidik yang digunakan diperoleh daripada Supervisory Communication Scales yang dibina oleh Huseman dan rakan - rakan (1980an) untuk menilai kefahaman guru dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Soal selidik itu kemudiannya diubah suai agar menepati tujuan dan objektif kajian bagi mendapatkan maklumat daripada responden mengenai perbezaan persepsi

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

71

kefahaman guru dan persepsi sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Bagi mengukur tahap kefahaman dan sikap guru, pengkaji menggunakan pemarkahan skala likert yang telah diubahsuai mengikut pernyataan- pernyataan yang dikemukakan kepada responden kajian. Landy (1989) menyatakan skala likert merupakan satu kaedah pengukuran yang diperkenalkan oleh Rencis Likert (1932). Skala likert digunakan kerana ianya mudah untuk diaplikasikan dan difahami dalam menjalankan tugas ini. Skala ini memudahkan pengkaji menggunakan soalan dengan tepat (Robbins, 1986). 8.2 Populasi dan Pensampelan Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada 160 orang guru yang mengajar di tiga buah sekolah menengah di Zon Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Gudang, Johor Bahru seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Bilangan guru
Nama sekolah SMK Seri Kota Puteri SMK Seri Kota Puteri 2 SMK Megah Ria Jumlah Bilangan guru 78 34 56 160

Tiga buah sekolah yang dipilih kerana mempunyai latarbelakang pencapaian aktiviti kokurikulum yang kurang cemerlang, dan dalam zon aktiviti kokurikulum yang sama. Dalam kajian ini seramai 150 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Seramai 10 orang guru tidak terlibat dalam kajian ini kerana mereka tiada di sekolah sewaktu kajian ini dijalankan atas urusan tugas rasmi di luar sekolah. Pemilihan guru sebagai sampel kajian dibuat secara rawak berstrata kerana ketidak seragaman sampel yang wujud disamping dapat mengurangkan ralat persampelan. Menurut Kerlinger (1986) cara terbaik dalam pemilihan sampel adalah kaedah persampelan rawak. Sampel rawak adalah kaedah memilih sampel daripada populasi menggunakan senarai yang banyak dimana setiap sampel mempunyai peluang yang sama banyak untuk dipilih. Dalam kajian ini walaupun bilangan sampel adalah terhad, pemilihan sampel secara rawak masih dipraktikkan iaitu dengan memilih sampel tanpa mengira latar belakang pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. 8.3 Instrumen Kajian

Menurut Rosnee dan Freeman (1989) dalam Lily (2006), kajian merupakan satu pengumpulan data secara sistematik dari satu populasi yang ditentukan dengan menggunakan cara mengedarkan soal selidik atau temuduga. Dalam kajian ini, kaedah soal - selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Kelebihan kaedah pengedaran soalselidik kepada para responden ialah ia dapat mengelakkan masalah bias di antara penyelidik dengan responden serta memberi masa yang cukup untuk responden menjawab soalan-soalan yang disediakan. Borang soal selidik dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang merangkumi soalan -soalan tentang ciri -ciri demografi guru, pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Bahagian A mengandungi tiga soalan berkaitan maklumat mengenai latar diri responden seperti jantina, kaum dan institusi latihan perguruan.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

72

Bahagian B mengandungi 10 soalan berkaitan dengan kefahaman guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah manakala bahagian C pula mengandungi 10 soalan berkaitan dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dirancang. Jumlah keseluruhan soalan yang perlu dijawab oleh responden adalah 23 soalan. Soalan - soalan ini tidak ditaburkan secara sama rata berdasarkan kepada keperluan aspek yang hendak dikaji dan dari aspek positif dan negatifnya. Dua bentuk soalan diberikan kepada responden iaitu soalan berbentuk negatif dan soalan berbentuk positif. Setiap soalan mempunyai lima jawapan yang diukur dengan menggunakan skala likert (Cohen, 1992) yang telah diubahsuai seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Pemarkatan item positif dan item negatif ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2: Panduan pemarkatan item
Jawapan Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Item positif 5 4 3 2 1 Item negatif 1 2 3 4 5

Dalam menganalisis data dan melihat kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum, skor yang diperoleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap kefahaman guru dikelaskan seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Tahap kefahaman guru


Tahap kefahaman guru Tinggi Sederhana Rendah Min skor 3.68 5.00 2.34 3.67 1.00 2.33

Tahap sikap guru pula dikelaskan seperti di dalam Jadual 4 berikut:

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

73

Jadual 4: Tahap sikap guru


Tahap sikap guru Tinggi Sederhana Rendah Min skor 3.68 5.00 2.34 3.67 1.00 2.33

8.4

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan sebelum kajian sebenar dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak dikaji. Kajian rintis telah dijalankan di sekolah yang tidak terlibat dengan kajian sebenar. Seramai 20 orang guru di SMK Permas Jaya terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan item soal selidik diuji menggunakan Alpha Cronbach. Menurut Bolhan (2000) Alpha Cronbach merupakan koefisien atau pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan item berhubungan antara satu sama lain dan untuk menguji ketekalan dalaman soal selidik. Nilai alpha yang diperoleh dari kajian rintis bagi aspek kefahaman guru dan sikap guru ditunjukkan dalam Jadual 5 berikut: Jadual 5: Analisis kebolehpercayaan instrumen kajian
Bahagian B C Pernyataan Kefahaman Guru Sikap Guru Bil. Iten 10 10 Cronbach Alpha (N=20) 0.7586 0.7429

Hasil analisis data bagi kajian rintis menunjukkan bahawa nilai alpha bagi instrumen Bahagian B (Kefahaman Guru) adalah 0.7586 dan nilai apha bagi instrumen Bahagian C (Sikap guru) adalah 0.7429. Nilai alpha ini berada dalam linkungan penerimaan seperti yang dinyatakan oleh Sekaran (1992). Oleh itu instrumen kajian rintis tidak perlu dimurnikan dan boleh digunakan sepenuhnya dalam kajian sebenar. 9.0 9.1 DAPATAN KAJIAN Analisis Latar Belakang Responden

Jadual 6 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Jadual 6: Taburan responden mengikut jantina
Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan ( f ) 36 114 150 Peratus ( % ) 24.0 76.0 100.0

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

74

Didapati bahawa jumlah responden perempuan lebih banyak iaitu 114 orang iaitu 76 peratus berbanding responden lelaki sebanyak 36 orang (24 peratus). Jadual 7 di bawah menunjukkan responden mengikut kaum. Jadual 7: Taburan responden mengikut kaum
Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Kekerapan ( f ) 127 7 15 1 150 Peratus ( % ) 84.7 4.7 10.0 0.7 100.0

Hasil kajian menunjukkan sebanyak 127 orang (84.7 peratus) responden dari kaum Melayu, 15 orang (10 peratus) responden dari kaum India, 7 orang (4.7 peratus) orang responden dari kaum Cina dan seorang (0.7 peratus) responden dari kaum lain. Jadual 8 menunjukkan taburan responden mengikut institusi latihan perguruan. Responden yang mendapat latihan perguruan dari Universiti (Sarjana Muda Pendidikan/ Diploma Pendidikan) adalah sebanyak 126 orang (84 peratus) manakala dari Institut Perguruan (KPLI / Diploma Pendidikan) adalah sebanyak 24 orang (16 peratus). Jadual 8: Taburan responden mengikut institusi latihan perguruan
Institusi Latihan Perguruan Universiti (Sarjana Muda Pendidikan/ Diploma Pendidikan) Institut Perguruan (KPLI / Diploma Pendidikan) Jumlah Kekerapan ( f ) 126 Peratus ( % ) 84.0

24 150

16.0 100.0

9.2

Analisis Bahagian B Kefahaman Dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti kokurikulum

Berikut ialah analisis bilangan, peratusan, skor min dan sisihan piawai bagi meninjau persepsi responden terhadap setiap item bagi aspek kefahaman guru dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Jadual 9 menunjukkan taburan responden mengikut aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah yang dikaji.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

75

Jadual 9: Taburan responden mengikut aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Tidak Pasti Bersetuju Sangat Setuju 5 Bil (%) 92 4.57 (0.7) (0.7) 2 (1.3) 1 (0.7) 1 (0.7) (1.3) (44.7) (53.3) (1.3) 2 (44.0) 67 (54.0) 80 4.50 0.60 (1.3) 2 (42.0) 66 (55.3) 81 4.51 0.60 (1.3) 2 (36.0) 63 (61.3) 83 4.51 0.60 0.63 Min Amat Tidak Setuju No Item 1 Bil (%) Aktiviti kokurikulum perlu menyemai kesedaran murid-murid tentang budaya Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan murid dengan kemahiran seperti yang diperoleh dari program khidmat Negara. Aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integrasi nasional. Aktiviti kokurikulum dapat menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid. Aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan budaya akademik yang cemerlang. Aktiviti kokurikulum mengukuhkan B3 perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah sahaja. Aktiviti kokurikulum membina dan meningkatkan minat dan bakat-bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Aktiviti kokurikulum dapat membina dan meningkatkan kerjasama antara sekolah dan ibubapa. Aktiviti kokurikulum membina dan meningkatkan disiplin murid. Aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan sekolah berwatak. (1.3) (2.0) 1 (0.7) 3 (2.0) 4 (2.7) 3 (2.0) (5.3) (56.0) (60.0) 8 (37.3) 84 4.27 0.65 (53.3) 90 (44.7) 56 4.35 0.53 (56.0) 80 (43.3) 67 4.43 0.54 (48.7) 84 (48.0) 65 4.43 0.51 1 Tidak Setuju 2 Bil (%) 1

Aspek Kefahaman Guru

3 Bil (%) 2

4 Bil (%) 54

SP

B1

B9 B10

B2

B6

2 (1.3) 2 3

79 (52.7) 73

69 4.45 (46.0) 72 4.43 0.61 0.53

B4

B7

B5 B8

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

76
4.45

Purata

Berdasarkan Jadual 9, pernyataan Aktiviti kokurikulum perlu menyemai kesedaran murid-murid tentang budaya mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 4.57. Sebanyak 92 orang (61.3 peratus) sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut, seorang (0.7peratus) amat tidak setuju, seorang (0.7 peratus) tidak setuju, dua orang (1.3peratus) tidak pasti, dan 54 orang (36 peratus) bersetuju. Secara keseluruhannya 146 orang responden menunjukkan raeaksi yang positif. Ini adalah kerana aktivti kokurikulum boleh membantu pelajar membina sikap moral yang baik. Sementara itu, terdapat seorang (0.7 peratus) amat tidak setuju, dua orang (1.3 peratus) tidak pasti, 66 orang (44 peratus) bersetuju dan 81 orang (54 peratus) sangat setuju dengaan pernyataan "Aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integrasi nasional.. Dapatan kajian menunjukkan 147 (98.0 peratus) orang responden bersetuju dengan kenyataan Aktiviti kokurikulum dapat menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid. Pernyataan tentang "Aktiviti kokurikulum membina dan meningkatkan disiplin murid., seramai 146 (97.3 peratus) responden bersetuju, dan empat orang (2.7 peratus) tidak pasti. Pernyataan "Aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan sekolah berwatak. mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 4.27, dengan tiga orang (2 peratus) menyatakan tidak pasti, 8 orang (5.3 peratus) bersetuju dan 84 orang (56 peratus) sangat bersetuju. Jadual 10: Taburan responden mengikut aspek sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Tidak Pasti Bersetuju Sangat Setuju 5 Bil (%) 89 (59.3) 4.52 0.68 Min Amat tidak Setuju 1 Bil (%) Walaupun saya tidak berkemahiran dalam tugas yang diberikan, saya sentiasa berusaha untuk melaksanakan sebaik mungkin tugas tersebut dalam menjalankan aktiviti kokurikulum. Saya akan memberi kerjasama yang baik kepada rakan-rakan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum. Saya sentiasa bersedia sekiranya diarahkan oleh pihak sekolah untuk menghadiri kursus, bengkel atau seminar yang boleh meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan untuk penambahbaikkan program dalam merancang aktiviti kokurikulum yang akan 1 (0.7) Tidak Setuju 2 Bil (%) 2 (1.3)

No Item Aspek Sikap Guru

3 Bil (%) 4 (2.7)

4 Bil (%) 54 (36.)

SP

C10

1 (0.7)

76 (50.7) 81 (54.

73 (48.7) 66 (44)

4.48

0.51

C2

3 (2.0)

4.42

0.53

C4

82

63

4.39

0.55

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management C5 dijalankan supaya ia mencapai objektif yang diharapkan. Saya sentiasa hadir dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan sekiranya saya tiada masalah atau tugas lain. Saya memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih ahli kumpulan mereka sendiri asalkan terdiri dari pelbagai kaum sekiranya aktiviti kokurikulum yang dijalankan melibatkan pembentukan kumpulan. Saya sentiasa menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum Saya selalu memberi pujian dan penghargaan kepada pelajar supaya mereka terus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang diminati. Saya selalu berusaha untuk bersikap adil semasa memberi markah kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan merujuk wajaran yang disediakan. Saya akan bersedia memberi tunjuk ajar kepada rakan guru yang lain sekiranya diperlukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum. Purata 1 (0.7) 1 (0.7) (3.3) 4 (2.7) 9 (6.0) (54.7) 85 (56.7) 94 (62.7) (42) 59 (39.3) 47 (31.3) 4.25 4.33

77

0.63

C1

0.56

C8

13 (8.7)

101 (67.3) 97 (64.7)

36 (24) 34 (22.7)

4.15

0.55

C6

3 (2.0)

16 (10.7)

4.08

0.64

C7

34 (22.7)

24 (16)

57 (38)

35 (23.3)

3.62

1.08

C9

7 (4.7)

32 (21.3)

13 (8.7)

66 (44)

32 (21.3)

3.56

1.18

C3

4.18

Jadual 10 menunjukkan taburan responden berkaitan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor. Dari jadual didapati bahawa 143 orang responden (95.3 peratus) bersetuju dengan pernyataan Walaupun saya tidak berkemahiran dalam tugas yang diberikan, saya sentiasa berusaha untuk melaksanakan sebaik mungkin tugas tersebut dalam menjalankan aktiviti kokurikulum. Seramai 149 (99.4 peratus) responden bersedia untuk memberi kerjasama yang baik kepada rakan-rakan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum dan cuma seorang (0.7 peratus) sahaja yang tidak pasti. Sementara itu, 81 orang (54 peratus) bersetuju dan 66 orang (44 peratus) sangat setuju bersedia sekiranya diarahkan oleh pihak sekolah untuk menghadiri kursus, bengkel atau seminar yang boleh meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan seramai tiga orang (2 peratus) pula tidak pasti. Dapatan kajian juga menunjukkan 82 orang (54.7 peratus) bersetuju dan 63 orang (42 peratus) sangat bersetuju untuk berbincang dengan rakan-rakan untuk penambahbaikkan program dalam merancang aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan supaya ia mencapai objektif yang diharapkan. Sebanyak 137 orang responden (91.3 peratus) bersetuju untuk sentiasa menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan terdapat 13 orang (8.7 peratus) responden tidak pasti. Dalam menguji sikap guru semasa melakukan penilaian terhadap aktiviti kokurikulum pelajar, didapati 32 orang (22.7 peratus) tidak setuju, 24 orang (16 peratus) tidak pasti manakala 92 (61.3 peratus) sangat setuju bahawa mereka selalu berusaha untuk bersikap adil semasa memberi markah

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

78

kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan merujuk wajaran yang disediakan. Sementara itu hanya 98 (61.3 peratus) orang responden sahaja yang bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan guru yang lain sekiranya diperlukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum. Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina Jadual 11 menunjukkan dapatan kajian berkaitan perbandingan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum dari aspek jantina. Jadual 11: Analisis Ujian-t perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina
Jantina Lelaki Perempuan N 36 114 Mean 4.15 4.19 SD. 0.37 0.36 t. -0.531 -0.526 Sig. 0.897

N=150 Signifikan pada aras 0.05 Analisis ujian t menunjukkan nilai signifikan p yang diperoleh adalah 0.897 dan nilai ini adalah lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara kefahaman guru lelaki dan perempuan terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian hipotesis 1 dengan kenyatan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum dari aspek jantina adalah ditolak. Hipotesis 2: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina Jadual 12 yang berikut menunjukkan perbandingan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut faktor aspek jantina. Jadual 12: Analisis ujian-t perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina
Jantina Lelaki Perempuan N 36 114 Mean 4.40 4.46 SD. 0.38 0.35 t. -0.907 -0.861 Sig. 0.568

N=150 Signifikan pada aras 0.05 Analisis menunjukkan nilai p yang di peroleh dari kajian adalah 0.568 dan nilai ini adalah lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Maka terdapat perbezaan antara sikap guru lelaki dan perempuan terhadap pelaksanaan aktiviti Kokurikulum. Oleh yang demikian hipotesis 2 dengan pernyataan tidak terdapat perbezaan

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

79

dalam aspek sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum terhadap faktor jantina adalah ditolak. Hipotesis 3: Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum Jadual 13 menunjukkan perbandingan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Jadual 13: Analisis Anova sehala - perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum
Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Antara Kump. Dengan Kump. Jumlah N 127 7 15 1 150 1.084 18.310 19.394 Min 4.19 3.94 4.16 5.00 4.18 SP 0.36 0.23 0.37 0.36 df 3 146 149 F 2.881 Sig. 0.038

Perbezaan signifikan pada aras p 0.05 Berdasarkan Jadual 13 menunjukkan perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti Kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor mengikut kaum, nilai signifikan p yang didapati adalah 0.038 dan nilai ini lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Oleh itu tidak terdapat perbezaan antara kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang, Johor mengikut kaum. Oleh yang demikian hipotesis 3 adalah di terima iaitu tidak terdapat perbezaan kefahaman guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Hipotesis 4: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum Jadual 14 menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum kerana nilai p yang diperoleh adalah 0.019 yang lebih kecil dari nilai aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Oleh yang demikian hipotesis 4 adalah di terima iaitu tidak terdapat perbezaan sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut kaum.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

80

Jadual 14: Analisis ANOVA sehala perbandingan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum
Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Antara Kump. Dengan Kump. Jumlah N 127 7 15 1 150 1.231 17.519 18.750 Min 4.42 4.37 4.67 5.00 4.44 SP 0.35 0.35 0.31 0.35 df 3 146 149 F 3.419 Sig. 0.019

Perbezaan signifikan pada aras p 0.05 Hipotesis 5: Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum dari segi institusi latihan perguruan. Jadual 15 menunjukkan analisis ujian t tehadap perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor mengikut institusi latihan perguruan. Nilai signifikan p adalah 0.353 dan lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05, dengan itu terdapat perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang, Johor mengikut institusi latihan perguruan. Jadual 15: Analisis ujian-t perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan Institusi Perguruan Universiti (Sarjana Muda Pendidikan / Diploma Pendidikan) Institut Perguruan (KPLI / Diploma Pendidikan) N=150 Signifikan pada aras 0.05 Oleh yang demikian hipotesis 5 adalah di tolak dimana terdapat perbezaan kefahaman guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan. 24 4.31 0.37 -1.854 Latihan N 126 Mean 4.16 SD. 0.36 t. -1.908 Sig. 0.353

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

81

Hipotesis 6: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan Jadual 16 menunjukkan ujian t perbandingan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti Kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang, Johor mengikut institusi latihan perguruan. Nilai signifikan p yang diperoleh adalah 0.061 dan lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 maka terdapat perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang, Johor mengikut institusi latihan perguruan. Jadual 16: Analisis Ujian-t perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan Institusi Perguruan Universiti ( Sarjana Muda PENDIDKAN / Diploma Pendidikan) Institut Perguruan (KPLI / Diploma Pendidikan) N=150 Signifikan pada aras 0.05 Oleh yang demikian hipotesis 6 adalah di tolak dimana terdapat perbezaan sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dari aspek institusi latihan perguruan. Hipotesis 7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum Jadual 17: Analisis korelasi Pearson hubungan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Kefahaman Guru Sikap Guru N 150 Korelasi Pearson 0.409** Signifikan 0.000

Latihan N 126

Mean 4.44

SD. 0.33

t. -0.654

Sig. 0.061

24

4.49

0.46

-0.521

Kolerasi adalah signifikan pada aras 0.05 ( 2 hala). Korelasi adalah signifikan pada 0.05 0.01 (2-hala). Jadual 17 menunjukkan analisis korelasi Pearson hubungan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor. Oleh kerana nilai signifikan p yang diperoleh adalah 0.00 dan nilai ini adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01, maka disimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah daerah Pasir Gudang,

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

82

Johor. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang bersifat positif dan pada tahap hubungan sederhana. Mengikut Garis Panduan Guilford jika nilai p adalah antara 0.40 hingga 0.70, maka nilai ini menunjukkan hubungan yang sederhana. Oleh yang demikian hipotesis 7 adalah di tolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor. 10.0 10.1 PERBINCANGAN Tahap Kefahaman Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah

Secara umumnya hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah tinggi dengan nilai min purata sebanyak 4.45 dimana 96.0 peratus responden mempunyai tahap tinggi. Hasil dapatan ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Jannes (2000) yang mendapati tahap kefahaman guru dalam merancang aktiviti kokurikulum adalah tinggi. Secara terperincinya untuk item B1 yang berbunyi Aktiviti kokurikulum perlu menyemai kesedaran murid tentang budaya telah mendapat 97.3 peratus responden bersetuju. Ini menunjukkan bahawa responden tidak peka kepada objektif sebenar iaitu aktiviti kokurikulum perlu Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Responden mungkin terpengaruh dan terkeliru dengan persekitaran yang menekankan nilai kebudayaan dalam aktiviti kokurikulum. Walaupun sebanyak 96.7 peratus responden bersetuju dengan kenyataan dalam item B3 Aktiviti kokurikulum mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan murid dalam sekolah sahaja, hasil dapatan kajian ini menunjukkan responden kurang arif dengan objektif sebenar aktiviti kokurikulum yang menekankan pengukuhan hubungan dan pergaulan dikalangan murid dalam dan antara sekolah. Cuma 1.3 peratus responden jelas dengan objektif ini dan 2.0 peratus pula tidak pasti. Aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan budaya akademik yang cemerlang dalam item B6 mendapat persetujuan 98.7 peratus responden. Sekali lagi responden tidak jelas dengan objektif sebenar kokurikulum iaitu Aktiviti kokurikulum dapat mengwujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan. Walau bagaimanapun, aktiviti kokurikulum masih dapat membantu mewujudkan budaya akademik yang cemerlang secara tidak langsung melalui aktiviti kelab dan persatuan ko-akademik. Adnan (1998) berpendapat kokurikulum adalah satu saluran yang menggalakkan bakat dan sifat kreativiti. Pelaksanaan kokurikulum dapat melahirkan iklim dan budaya belajar yang lebih ceria dan menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif kepada pelajar (Wee, 1999) dan Khairiah (2006) berpendapat kokurikulum boleh mencipta kreativiti dan idea baru. Dengan min 4.43 dan persetujuan responden pada tahap 98.0 peratus, pernyataan dalam item B7 Aktiviti kokurikulum dapat membina dan meningkatkan kerjasama antara sekolah dan ibubapa mengaburi pernyataan sebenar iaitu Aktiviti kokurikulum dapat membina dan meningkatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh pengalaman kendiri guru yang kerap berkerjasama dengan ibu bapa (PIBG) sahaja dalam melaksanakan program aktiviti kokurikulum di sekolah. Konsep masyarakat atau komuniti adalah lebih meluas dan menyeluruh dengan melibatkan kerjasama antara sekolah dan badan-badan kerajaan, badan-badan swasta serta agensi bukan kerajaan (NGO). Akhir sekali untuk item B10 Aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integrasi nasional, sebanyak 98 peratus responden bersetuju. Memang tidak dapat disangkal lagi

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

83

dengan penyertaan wajib semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum, pelajar belajar berinteraksi sosial secara positif dengan menghormati perbezaan pendapat dan budaya kaum-kaum yang lain. Sesuai dengan pernyataan Mohamad Nor (1990) yang berpendapat kokurikulum sebagai bidang pendidikan yang memberi penekanan ke atas pemupukan semangat, nilai dan sikap yang diperlukan untuk pembentukan sahsiah yang penting untuk perkembangan aspek kemasyarakatan ke arah perpaduan dan kewarganegaraan. 10.2 Tahap Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah

Analisis berkaitan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang mempunyai nilai min purata 4.18 di mana sebanyak 97.0 peratus responden berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan ini menyokong dapatan dari kajian yang dilakukan oleh Mohd Jannes (2000) yang mendapati guru- guru mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Secara terpeincinya, item C1 yang berpernyataan Saya sentiasa hadir dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan sekiranya saya tiada masalah atau tugas lain, didapati 96.0 peratus responden bersetuju. Ini menunjukkan guru-guru bersedia untuk menghadirkan diri dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dipertanggunjawabkan. Hasil dapatan ini bercanggah dengan dapatan dari Yap (2006) yang mendapati pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengganggu tugas-tugas lain di sekolah dan seterusnya menambah beban guru. Oleh itu guru lebih cenderung untuk tidak menghadirkan diri dalam pelaksanaan aktiviti yang dirancangkan. Justeru Zainun dan Wan Hasmah (1996) menyarankan agar pengurus kokurikulum atau pengetua memberi perhatian kepada pengagihan tugas secara seimbang antara guru-guru untuk mengelakkan kurang komitmen dan timbulnya rasa tidak puas hati. Bagi item C3 Saya akan bersedia memberi tunjuk ajar kepada rakan guru yang lain sekiranya diperlukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum 65.3 peratus responden bersedia melakukannya. Nilai yang rendah ini adalah disebabkan setiap guru mungkin mempunyai kemahiran yang agak sama, maka bantuan dari rakan sebaya tidak begitu diperlukan. Namun sebanyak 26 peratus guru tidak bersetuju untuk berkongsi ilmu dan perkara ini seharusnya tidak berlaku dalam dunia pendidikan khususnya dalam konteks perkongsian ilmu. Justeru program Latihan Dalam Perkhidmatan amat sesuai dipraktikkan dalam usaha membantu dan melatih guru untuk berkongsi ilmu dan kemahiran tanpa mengira kaum dan pengalaman mengajar. Follet (1926) dalam Rahimah (2001) menekankan masalah utama organisasi seperti sekolah adalah bagaimana organisasi membentuk dan menyelenggarakan hubungan yang dinamik dan harmoni antara anggotanya. Guru perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai hubungan kemanusiaan bagi menjamin kecekapan pengurusan dan pentadbiran. Hendry (1983) dalam kajiannya menyatakan guru penasihat yang tidak terlatih hanya akan memberi perhatian untuk melatih pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan sahaja. Item C6 Saya sentiasa menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum mempunyai min 4.15 dengan bilangan guru yang bersetuju adalah sebanyak 91.7 peratus dan item C7 pula, saya selalu memberi pujian dan penghargaan kepada pelajar supaya mereka terus aktif dalam aktiviti kokurikulum mendapati 87.4 peratus responden bersetuju. Ini bersesuaian dengan kenyataan oleh Rahimah (2001) bahawa untuk menjamin guru atau sekolah berkesan, aspek kemanusiaan seperti menghormati hak individu, penghargaan kendiri perlu difokuskan. Ini penting untuk menggalakkan semua guru yang terlibat dalam kepimpinanan menghormati setiap individu dan bersikap prihatin agar penyertaan bermakna dirasai oleh semua pihak.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

84

Item C9 yang menekankan Saya selalu berusaha untuk bersikap adil semasa memberi markah kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan merujuk kepada wajaran yang disediakan menunjukkan 61.3 peratus guru bersetuju, dan 22.4 peratus guru tidak bersetuju. Masih terdapat guru yang kurang mengamalkan nilai keadilan dalam penilaian mereka dan perkara ini boleh menjadi penghalang kepada keberkesanan penilaian berasaskan sekolah (PBS). Justeru dengan kecenderugan negatif ini pengurus kokurikulum seharusnya dapat membimbing guru-guru membuat penilaian yang lebih tekal dan pemantauan secara berkala perlu dirancang. Sesuai dengan dapatan Gholson (1993) yang mendapati guru perlu diberi persediaan termasuk kemahiran mengurus, menilai dan menyelia aktiviti kokurikulum. Sebagai idola guru seharusnya memberi contoh terbaik dalam urusan penilaian tanpa bias (Pullas dan James,1979). 10.3 Perbandingan Tahap Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Demografi

Berdasarkan analisis ujian-t, menunjukkan terdapat perbezaan antara guru lelaki dan perempuan dalam tahap kefahaman dan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Ini dijelaskan oleh nilai p yang diperoleh melebihi aras signifikan yang ditetapkan (0.05 ) iaitu 0.897 dan 0.568 masing-masing. Ini menunjukkan bahawa jantina mempengaruhi tahap kefahaman dan sikap guru. Analisis berdasarkan nilai min pula mendapati tahap kefahaman guru lelaki adalah lebih rendah berbanding guru perempuan, manakala dari aspek tahap sikap, sikap guru perempuan adalah lebih baik berbanding guru lelaki dengan nilai min 4.46. Hasil kajian ini menyokong dapatan kajian Mohd Jannes (2000) yang menunjukkan terdapat perbezaan jelas tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Walau bagaimanapun, hasil kajian yang didapati ini bertentangan dengan dapatan kajian Yap (1996) dan Lillooet Learning Communities Society (2000) yang mengatakan tidak terdapat perbezaan yang jelas tahap pengetahuan dan kefahaman guru lelaki dan perempuan yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Analisis Anova sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Nilai p yang diperoleh adalah 0.019, nilai ini lebih kecil dari nilai signifikan 0.05. Kaum Melayu mempunyai skor min 4.19, diikuti dengan kaum India 4.16 dan kaum Cina pula 3.94. Ini mungkin disebabkan oleh taburan penempatan guru yang mana bilangan guru Melayu adalah melebihi bilangan guru India dan Cina. Dapatan ini tidak bertentangan dengan hasil kajian E (2006) yang mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut kaum, begitu juga dengan dapatan Khairiah (2006) yang menunjukkan tiada hubungan signifikan antara tahap keaktifan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Walau bagaimanapun menurut dapatan E (2006) lagi, terdapat perbezaan jelas persepsi pelajar terhadap penglibatan mereka dalam kokurikulum di mana pelajar Melayu mempunyai skor persepsi yang paling tinggi, diikuti pelajar Cina dan India. Dari aspek dorongan ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka aktif dalam kokurikulum, ibu bapa pelajar India mendahului senarai diikuti oleh ibu bapa pelajar Melayu dan Cina. Pengalaman sedia ada semasa di bangku sekolah dan faktor dorongan ibu bapa mungkin tidak mempengaruhi tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Sikap boleh menentukan apakah yang sesaorang itu akan

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

85

dengar, lihat, fikir dan bertindak dan sikap ini adalah berasaskan kepada pengalaman (Susana dan Marcos, 1985). 10.4 Perbandingan Tahap Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Institusi Latihan Perguruan

Dalam melihat perbandingan tahap kefahaman guru mengikut institusi latihan perguruan pula, kajian mendapati tahap kefahaman guru yang mendapat latihan perguruan di institut perguruan adalah berbeza berbanding dengan kefahaman guru yang mendapat latihan perguruan di universiti dengan nilai min 4.31 berbanding 4.16. Guru-guru lepasan institut perguruan adalah mempunyai tahap kefahaman dan sikap yang lebih baik berbanding guruguru lepasan universiti. Nilai p yang diperoleh iaitu 0.061 dan nilai ini adalah lebih besar berbanding nilai aras signifikan yang ditetapkan, iaitu pada 0.05. Maka hipotesis nol ditolak, dan ini menunjukkan terdapat perbezaan sikap guru mengikut jenis institusi latihan perguruan. Ini menunjukkan bahawa jenis institusi latihan perguruan mempengaruhi sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Pengkaji mendapati bahawa hasil dapatan kajian yang dilakukan ini bertentangan hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Lee Lai Guan et. al (1999) yang mendapati bahawa guruguru lepasan maktab perguruan masih belum dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan aktiviti kokourikulum, yang mana guru-guru baru ini masih kekurangan atau tiada persediaan untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum. 10.5 Tahap Hubungan Antara Kefahaman dan Sikap Guru

Akhir sekali kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang ketara antara tahap kefahaman guru dengan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Analisis korelasi Pearson memberi nilai signifikan 0.000 yang mana ia adalah kecil dari nilai yang ditetapkan iaitu 0.01. Korelasi koefisien yang diperoleh dari analisis data kajian adalah 0.49 dan nilai ini menunjukkan hubungan yang linear pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman guru boleh mempengaruhi tahap sikap guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 11.0 KESIMPULAN

Menerusi hasil kajian yang diperoleh menunjukkan guru-guru mempunyai tahap kefahaman dan sikap yang tinggi terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Walaubagaimanapun, penekanan kepada tahap kefahaman guru-guru perempuan perlu dipertingkat selaras dengan perlunya meningkatkan tahap sikap guru lelaki terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Langkah-langkah terbaik perlu difikirkan oleh pengurus kokurikulum sekolah dalam memanipulasikan kekuatan dan kelemahan sumber manusia di bawah jagaan mereka supaya penggembelingan faktor kefahaman dan sikap ini dapat memacu ke arah kecemerlangan kokurikulum. Sewajarnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menjadi rujukan kepada guru dalam menjalankan amanah kepimpinan pendidikan supaya hasrat negara untuk mempunyai rakyat warga kelas pertama menjadi kenyataan. RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya.(2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Publications.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

86

Adnan Khamis. (1989). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum pergerakan beruniform. Satuk kajian awal. Bangi: Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia. Aminuddin Yusof. (2000). Takrif Kokurikulum. Unpublished paper: Universiti Putera Malaysia. Cohen, R. J. (1992). Psychological testing and assesment. California: Mayfield Publishing Company. E Pei Sze (2007). Persepsi, minat dan faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah Mmnengah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Gholson (1993). Studying curriculum. Buckingham : Open University Press. Hendry (1983). Raising good children. New York: Bantam. Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of behavioral research: Educational and pychological inquiry. London : Holt, Rinehart and Winston. Khairiah Warman (2006). Hubungan antara tahap keaktifan penglibatan kokurikulum pelajar dengan pembentukan asas kepimpinan- Satu kajian kes. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Landy, J. F. (1989). Psychology of work behaviour. California: Cook/Cole Publishing Company. Lee Lai Guan et. al. (1999). Satu tinjauan tahap keperluan latihan guru pelatih semasa menjalani praktikum - Institut Perguruan Darul Aman. Jurnal pendidikan. Jilid 2: 37 63 Lily Yusni Said. (2006). Gaya komunikasi pengetua mengikut persepsi guru dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di zon PKG Permas Jaya, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Mohd Jannes G. Linggau. (2000). Sikap guru terhadap pengurusan kokurikulum. Tesis Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai : Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Mohamad Nor Mohamad Taib. (1990). Pandangan pelajar dan ibubapa terhadap gerak kerja kokurikulum sekolah menengah. Laporan Praktikum sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2000). Kokurikulum, peranan dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing. Pullias, E.V and James, D.Y (1997). Guru adalah segala-galanya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahimah Hj Ahmad (2001). Kepemimpinan sekolah dalam menghadapi millenium baru. Kuala Lumpur: Jurnal Institut Pengetua,Universiti Malaya. Robbins, S.P. (1986).Organizational behaviour: Concepts, controversions and application. Ed ke-7. Eaglewood Cliffs. Prentice Hall. Susana de Souza Barros dan Marcos F. Elia. (1985). Physics teachers attitude: How do they affect the reality of the classroom and models for change. F:/ Teachers Attitudes and Practices.htm Wee Eng Hoe. (1999). Organisasi dan pentabdiran sukan dalam pendidikan jasmani. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn Bhd. Yap Eng Keat. (2006). Kerjasama guru terhadap pengurusan kokurikulum dari aspek persediaan, pelaksanaan dan pengetahuan aspek keselamatan di sekolah menengah Batu Pahat, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.

Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management

87

Zainun Ishak dan Wan Hasmah Wan Mamat. (1985). Ke arah pengurusan kokurikulum yang berkualiti di peringkat sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, Jilid 39. Keluaran 82 : 16 20 _______________ (2006). Buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah menengah dan rendah. Unit kokurikulum, Jabatan Pelajaran Johor.

You might also like