You are on page 1of 8

PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 1471 1478 ISSN: 2231-962X

Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru
Transformational Leadership Practices of Principals and its Relationship to Teacher Satisfaction
Habib Ismail (habib.ismail71@yahoo.com) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Zaimah Ramli ( zaimahr@ukm.my) Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Kertas ini akan membentangkan sebahagian hasil penyelidikan bertajuk Amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Kajian bertujuan mengkaji amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi) dalam Daerah Hulu Langat, Selangor. Objektif khusus kajian ialah mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan transformasi pengetua, mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas dan mengenal pasti hubungan di antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Katakunci: Amalan Kepimpinan Transformasi, Kepuasan Kerja, Guru Pendidikan Khas

ABSTRACT This paper will present a part of finding research with the title transformation leadership practices among headmasters and the relationship with working satisfaction of teachers. The objectives of this research are to study transformation leadership practices among headmasters and the relationship with working satisfaction of special education teachers at Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi) in the District of Hulu Langat, Selangor. The main objectives are to identify the level of transformation leadership practices among headmasters, to identify the level of working satisfaction among special education teachers and to identify the relationship between transformation leadership practices and the level of working satisfaction. Keywords: Leadership Transformation Practices, Working Satisfaction, Special Education Teachers

PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Menurut Alimuddin (2010) transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah. Selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Antara transformasi yang dilakukan oleh KPM ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), LINUS, Satu Murid Satu Sukan dan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sehubungan itu, pengetua sekolah perlu bersedia untuk menyerap segala perubahan yang telah dirancang dan menyampaikan kepada guru-guru secara berkesan. Pengetua perlu menggunakan kebijaksanaan kepemimpinan mereka untuk mengelakkan tekanan dan bebanan kerja ke atas guru serta memberikan mereka kepuasan kerja. Isu kepemimpinan dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks dalam era dunia tanpa sempadan. Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta bersedia melengkapkan diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan perkembangan
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju Ipoh, Perak, 4 6 Jun 2012

1472

Habib Ismail, Zaimah Ramli

dunia pendidikan yang semakin mencabar. Kepemimpinan sekolah sentiasa berhadapan dengan tekanan yang berterusan dalam meningkatkan standard dan penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah, 2005). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepemimpinan yang diamalkan di sesebuah sekolah itu (Hussein, 2005). Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007; Abdul Ghani & Anandan, 2009). Ringkasnya, kepemimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan. Sejak kebelakangan ini cabaran penstrukturan semula sekolah dan persekitaran yang tidak menentu dalam bidang pendidikan menyebabkan berlakunya perubahan kepemimpinan sekolah daripada kepemimpinan pengajaran kepada kepemimpinan transformasi (Leithwood & Jantzi, 1999; Abdul Ghani & Anandan, 2009). Perubahan ini jelas selaras dengan kepemimpinan transformasi oleh Burns (1978) dan Bass (1985). Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan transformasi dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas di SMK (Integrasi) dalam daerah Hulu Langat. Selain itu, kajian turut meneliti hubungan antara tahap amalan kepemimpinan transformasi dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas berkenaan.

KAJIAN LEPAS Beberapa kajian lepas juga menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan transformasi telah membawa perubahan yang positif kepada keberkesanan sekolah. Abdul Shukor (2004) menyatakan pengurusan dan kepemimpinan pengetua adalah faktor utama yang akan menentukan keberkesanan sekolah serta akan menentukan jatuh bangun sekolah tersebut. Abdul Ghani (2005) menegaskan bahawa pengamalan gaya atau amalan kepemimpinan transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan prestasi guru (perlakuan warga organisasi) dan sikap guru (komitmen guru). Manakala Koh (2008) menyatakan bahawa dengan kepemimpinan transformasi, pengetua sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru melalui keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan meluas dan berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin. Kajian Azrul Hisham (2009) mendapati faktor bebanan tugas adalah antara penyebab kepada guru menghadapi tekanan. Hal ini kerana guru sentiasa terikat dengan pelbagai jenis tugas lain di samping tugas hakiki mereka. Selain itu, usaha menambah baik kecekapan peringkat mikro organisasi pendidikan atau sekolah telah menyebabkan tekanan terhadap organisasi sekolah supaya meningkatkan prestasi dan pencapaian (Abdul Ghani, 2010) dan ianya menyebabkan beban tugas kepimpinan peringkat sekolah semakin bertambah. Menurut Abdul Rahim (2007), tanda-tanda ketidakpuasan kerja ialah bosan, ponteng kerja, komitmen rendah, rungutan, protes, meletakkan jawatan, persaraan awal, hilang kepercayaan, tekanan, burnout, prestasi merosot dan memohon pertukaran. Manakala sebabsebab ketidakpuasan kerja berlaku disebabkan faktor diskriminasi, pilih kasih, beban kerja, amalan tidak sihat, keadaan tempat kerja, tidak dapat menyesuaikan diri dan ganjaran serta prospek (ibid.). Justeru Jazmi (2009) mencadangkan agar pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan transformasi. Hal ini kerana pengetua akan berhadapan dengan guru-guru, staf dan pelajar yang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Perkara ini penting kerana ia memberikan kepuasan kerja kepada guru. Misalnya Woo (2007) mendapati guruguru teknikal dan vokasional mengalami kepuasan kerja tinggi dalam dimensi penyeliaan kerana mereka amat berpuas hati dengan corak penyeliaan pengetua masing-masing yang berpengaruh, kemas kini, selalu memberi penghargaan terhadap kerja yang baik, percayakan kemampuan guru dan sentiasa ada apabila diperlukan. Selain itu, sifat penyelia yang mesra, berbudi bahasa, cerdas, bersabar dan berhati-hati semasa menjalankan tugas turut memberi kepuasan kepada guru. Berdasarkan kajian lepas tentang kepemimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru, Mohamad Zabidi (2009), Mohd Aziz (2008), Tafri (2010), Serina (2008) dan Nursuhaila (2007) menunjukkan wujudnya ciri-ciri kepemimpinan transformasi pada pengetua dan persepsi responden terhadap keempat-empat dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengetua adalah tinggi. Namun begitu, dapatan kajian mereka bercanggah dengan dapatan kajian Aziah et al. (2005) terhadap 93 orang guru di dua buah sekolah kluster di sebuah negeri Utara Semenanjung Malaysia mendapati amalan kapasiti kepemimpinan guru di sekolah tersebut tidak dipengaruhi oleh kepemimpinan transformasi pengetua dan berada pada tahap sederhana. Manakala dapatan kajian Mohamad Zabidi (2009) dan Mohd Aziz (2008) menunjukkan terdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru. Dapatan mereka selari dengan dapatan Podsakof et al. (1996) dan Leithwood et al. (1997) yang mendapati amalan kepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke atas kepuasan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1473

kerja. Namun begitu, kajian Jazmi (2009) di SMKA dan SMK di negeri Kedah menunjukkan ia mempunyai hubungan sederhana. Ringkasnya kajian lepas berkaitan amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja hanya melibatkan responden yang diwakili oleh guru-guru aliran perdana yang mengajar di sekolah menengah kluster (Aziah & Abdul Ghani, 2007; Tafri, 2010), sekolah menengah harian (Mohd Aziz, 2008), sekolah menengah berprestasi tinggi (Serina, 2008), sekolah menengah agama (Jazmi, 2008) dan sekolah menengah teknik (Mohamad Zabidi, 2009). Justeru kajian ini dilakukan di sekolah menengah kebangsaan Integrasi yang melibatkan guru-guru pendidikan khas.

METODOLOGI KAJIAN Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian ini kerana ia mampu memberikan penjelasan secara kuantitatif ke atas sesuatu populasi dengan hanya mengkaji sampel daripada populasi berkenaan (Cresswell, 2009). Sampel kajian adalah guru-guru terlatih yang sedang mengajar di lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Integrasi) di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 87 orang guru pendidikan khas dilibatkan dalam kajian ini. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A (pengalaman kerja guru dan lokasi sekolah), Bahagian B (amalan kepemimpinan transformasi pengetua) dan Bahagian C (kepuasan kerja). Amalan kepemimpinan transformasi pengetua diukur menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang diperkenalkan oleh Avolio & Bass (2004) dan telah diadaptasi oleh beberapa kajian sebelum ini, seperti Mohamad Zabidi (2009). Ianya mengandungi 20 item soalan yang dikelas kepada empat dimensi, iaitu pertimbangan individu, rangsangan intelek, motivasi berinspirasi dan pengaruh yang ideal. Kepuasan kerja pula diukur menggunakan soalan yang telah diubahsuai oleh Ariffin Bada (2001) dan Ahap (2009). Ujian kebolehpercayaan dilakukan ke atas pengukuran Amalan kepemimpinan transformasi dan kepuasan kerja, dan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi ialah 0.893 dan 0.803. Pengendalian soal selidik melalui kaedah drop and pick-up yang dilakukan sendiri oleh pengkaji dengan bantuan Guru Penolong Kanan, Pendidikan Khas di setiap sekolah terlibat. Analisis data dilakukan secara diskriptif dan inferensi. Analisis kekerapan dan peratusan digunakan untuk menjelaskan profail responden. Purata dan sisihan piawai digunakan untuk menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas. Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas. Manakala ujian ANOVA dan Chi Square digunakan untuk melihat perbezaan amalan kepimpinan transformasi pengetua: pengalaman mengajar dan lokasi sekolah.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Jadual 1 menunjukkan tempoh pengalaman mengajar dan lokasi sekolah responden. Maklumat pengalaman mengajar menunjukkan rata-rata responden responden berpengalaman mengajar 1-5 tahun (27.6%), 6-10 tahun (20.7%) dan 11-15 tahun (26.4%). Selebihnya mempunyai pengalaman mengajar 16-20 tahun (8.0%) dan melebihi 20 tahun (17.2%). Bagi kategori lokasi sekolah pula, kebanyakan responden mengajar di sekolah yang dikategorikan dalam lokasi bandar (78.2%), dan selebihnya mengajar di sekolah dalam lokasi luar bandar. Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai dimensi pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan, pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis ke atas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purata skor antara 3.95 (tinggi) hingga 4.24 (sangat tinggi). Jadual 3 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai dimensi membina rangsangan intelektual yang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan, pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan

1474

Habib Ismail, Zaimah Ramli

oleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis ke atas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purata skor antara 3.56 (tinggi) hingga 3.90 (tinggi). Jadual 4 pula menunjukkan purata skor dan sisihan piawai dimensi merangsang motivasi yang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan, pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis ke atas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purata skor antara 3.72 (tinggi) hingga 4.07 (tinggi). Manakala Jadual 5 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai dimensi memupuk pengaruh ideal yang diamalkan oleh pengetua. Secara keseluruhan, pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua adalah pada tahap tinggi. Analisis ke atas kelima-lima item tersebut mempunyai nilai purata skor antara 3.60 (tinggi) hingga 4.29 (sangat tinggi). Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian lepas tentang kepemimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru oleh Mohamad Zabidi (2009), Mohd Aziz (2008), Tafri (2010), Serina (2008) dan Nursuhaila (2007) yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kepemimpinan transformasi pada pengetua dan persepsi responden terhadap keempat-empat dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengetua adalah tinggi. Tahap Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Jadual 6 menunjukkan purata skor, sisihan piawai dan interpretasi kepuasan kerja responden. Secara keseluruhan, tahap kepuasan kerja responden adalah tinggi (3.88). Purata skor kepuasan kerja adalah antara 3.40 (tinggi) hingga 4.38 (sangat tinggi). Dapatan ini selari dengan hasil kajian Woo (2007) yang mendapati guru-guru teknikal dan vokasional mengalami kepuasan kerja tinggi dalam dimensi penyeliaan kerana mereka amat berpuas hati dengan corak penyeliaan pengetua masing-masing yang berpengaruh, kemas kini, selalu memberi penghargaan terhadap kerja yang baik, percayakan kemampuan guru dan sentiasa ada apabila diperlukan. Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Jadual 7 menunjukkan hubungan antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Analisis korelasi menunjukkan hubungan tersebut adalah rendah (.277). Sebaliknya dapatan kajian Mohamad Zabidi (2009) dan Mohd Aziz (2008) menunjukkan terdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru. Dapatan mereka selari dengan dapatan Podsakof et al. (1996) dan Leithwood et al. (1997) yang mendapati amalan kepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke atas kepuasan kerja. Namun begitu, kajian Jazmi (2009) di SMKA dan SMK di negeri Kedah menunjukkan ia mempunyai hubungan sederhana.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua adalah tinggi. Jika dilihat satu persatu mengikut dimensi juga menunjukkan ia berada pada tahap yang tinggi. Tahap kepuasan guru pendidikan juga adalah pada tahap yang tinggi. Hubungan antara keduanya adalah positif pada korelasi yang agak rendah. Memandangkan kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan, maka dengan tahap amalan kepimpinan transformasi yang tinggi dalam kalangan pengetua dan tahap kepuasan kerja yang tinggi dalam kalangan guru khas adalah diharapkan penambahbaikan pentadbiran kepimpinan sekolah dan pencapaian prestasi yang baik dalam kalangan guru akan berterusan pada masa akan datang.

RUJUKAN Abdul Ghani Abdullah. (2010). Transformasi kepimpinan pendidikan. Batu Caves: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2005). Kesan amalan pengupayaan dalam pengajaran pembelajaran terhadap pertambahan beban dan persekitaran kerja guru. Educational Management and Leadership Journal, Institut Aminuddin Baki, Ministry of Education. Vol. 15, 19-30.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1475

Abdul Ghani Kanesan Abdullah & K. Anandan a/l Kuppan. (2009). Pengaruh kepemimpinan transformasi sekolah dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke-16. Abdul Rahim Abd. Rashid. (2007). Profesionalisme keguruan. prospek dan cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Shukor Abdullah. (2004). Ucap tema: Kepimpinan unggul tonggak bidang pendidikan cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke 12. Institut Aminuddin Baki. Ahap Awal. (2009). Amalan komunikasi guru besar dan kepuasan kerja guru sekolah rendah daerah samarahan, Sarawak. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Alimuddin Mohd Dom. (2010). Transformasi pendidikan bermula. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com [1 November 2011]. Ariffin Baada. (2001). Komunikasi dalam kepimpinan pengetua dan kesannya kepada kepuasan kerja guru. Tesis Dr. Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Avolio, B.J. & Bass, B. M. (2004). Multifactor leadership questionnaire: manual and sample, Ed. 3. Redwood City, CA: Mind Garden, Inc. Azrul Hisham Abdul Manaf. (2009). Faktor-faktor tekanan dan kesannya kepada guru sekolah menengah kebangsaan: Satu kajian di daerah timur laut, pulau pinang. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan & Abdullah Saad. (2005). Amalan Kepimpinan Transformasi & Kapasiti Kepimpinan di Dua Buah Sekolah Kluster di Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Bass, B.M. (1985). Leadership and performance beyond expectations. New York: Free Press. Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row. Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches, 3rd Edition. Los Angeles: Sage Publications. Hussein Mahmood. (2005). Kepemimpinan profesionalisme: Satu utopia? Pemimpin, 5: 39-51. Jazmi Md Isa. (2009). Gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian perbandingan antara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Unit Data, Bahagian Pendidikan Khas: Putrajaya. Koh Lee Lee. (2008). Kepimpinan transformasi terhadap perubahan komitmen guru di beberapa buah sekolah di daerah Petaling. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Leithwood, K., & Jantzi, D. (1999). Transformational School Leadership Effects: A Replication. School Effectiveness and School Improvement, 10(4), 451-479. Mohamad Zabidi Abdullah. (2009). Kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Mohd Aziz Saad. (2008). Gaya kepemimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sebuah sekolah dalam daerah Maran, Pahang. Kertas projek Sarjana Kepengetuaan. Universiti Malaya. Muijs, D. & Hariss, A. (2007). Teacher leadership in (In) action: Three case studies of contrasting schools. Educational management Administration & Leadership, 35(1) :111-134. Nursuhaila Ghazali. (2007). Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua Sekolah Menengah Bandar Tangkak. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Podsakoff, P.M., MacKenzie, S.B., & Bommer, W.H. (1996). Transformational leader behaviours and substitutes for leadership as determinants of employee satisfaction, commitment, trust, and organizational citizenship behaviours. Journal of Management, 22, 259-298. Rahimah Haji Ahmad. (2005). Kepengetuaan dan kepemimpinan sekolah: Pembangunan dan penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin, 5,1-10. Serina Jaafar. (2008). Kepemimpinan transformasional pengetua di sebuah sekolah menengah berprestasi tinggi di hulu selangor. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Stewart, J. (2006). Transformational Leadership: An Evolving Concept Examined Through The Works of Burns and The Philosophy of Leadership. Canadian Journal of Educational Administration and Policy. Issue (54). Tafri Mohd Amin. (2010). Amalan kepemimpinan transformasional pengetua dan keupayaan kepemimpinan guru sekolah menengah di Pahang. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Woo Yoke Ling. (2007). Kepuasan kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

1476

Habib Ismail, Zaimah Ramli

JADUAL 1: Profil Responden Profail Responden Pengalaman mengajar: 1-5 tahun 6-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun >20 tahun Lokasi sekolah: Bandar Luar bandar Kekerapan 24 18 23 7 15 68 19 Peratus 27.6 20.7 26.4 8.0 17.2 78.2 21.8

JADUAL 2: Dimensi Pertimbangan Berasaskan Individu Item Pertimbangan Berasaskan Individu Pengetua membantu memperkembangkan potensi peribadi saya. Pengetua menganggap saya mempunyai kebolehan tersendiri. Pengetua melayan saya sebagai individu daripada sebagai seorang ahli kumpulan. Pengetua meluangkan masa membimbing saya. Pengetua memberi peluang kepada pengikutnya untuk berbeza pendapat. Pertimbangan berasakan individu Purata Skor 4.14 3.95 4.12 4.24 4.15 3.73 Sisihan Piawai .71 .90 .74 .75 .81 .71 Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Sangat tinggi Tinggi Tinggi

JADUAL 3: Dimensi Membina Rangsangan Intelektual Item Membina Rangsangan Intelektual Pengetua mencari pelbagai perspektif apabila menyelesaikan sesuatu masalah. Pengetua membuatkan saya melihat masalah dari pelbagai sudut. Pengetua mencadangkan beberapa cara baru menyiapkan tugasan. Pengetua menerangkan kepentingan mempunyai sesuatu tujuan yang jelas. Pengetua menilai semula tanggapan yang kritikal tentang kesesuaiannya kepada permasalahan. Membina rangsangan intelektual Purata Skor 3.90 3.82 3.77 3.56 3.62 3.86 Sisihan Piawai .95 .87 .85 .83 .81 .60 Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

JADUAL 4: Dimensi Merangsang Motivasi Item Merangsang Motivasi Pengetua menyediakan kemudahan yang mencukupi semasa menjalankan tugas. Pengetua sentiasa bersama-sama dalam melaksanakan tugasan. Pengetua menekankan kepada kepentingan mempunyai misi bersama. Pengetua menyatakan tentang masa depan dengan pandangan optimistik. Pengetua menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan dengan penuh bersemangat. Merangsang motivasi Purata Skor 3.90 3.84 3.72 4.07 3.78 3.97 Sisihan Piawai .79 .76 .76 .64 .75 .62 Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1477

JADUAL 5: Dimensi Memupuk Pengaruh Ideal Item Memupuk Pengaruh Ideal Pengetua menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa matlamat boleh dicapai. Pengetua berani menghadapi risiko dalam setiap tindakan yang diambil. Pengetua memberi harapan yang tinggi kepada keupayaan pengikutnya. Pengetua mempunyai misi dan visi yang jelas dalam mencapai matlamat organisasi. Pengetua menampilkan ciri-ciri keyakinan diri dalam membuat keputusan. Memupuk pengaruh yang ideal Purata Skor 3.60 3.72 4.18 4.10 4.29 4.13 Sisihan Piawai .86 .92 .69 .72 .79 .66 Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sangat tinggi Tinggi

JADUAL 6: Purata Skor, Sisihan Piawai dan Interpretasi Kepuasan Kerja Item Kepuasan Kerja 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pekerjaan saya sekarang adalah seperti hobi kepada saya. Tugas saya sekarang menyeronokkan dan membuatkan saya tidak merasa jemu melakukannya setiap hari. Saya rasa kawan-kawan saya lebih berminat terhadap tugas dan pekerjaan mereka. Saya menganggap tugas saya sekarang tidak menyenangkan saya. Saya menyukai tugas-tugas saya lebih daripada masa rehat saya. Saya selalu merasa jemu dengan tugas yang saya lakukan. Saya tidak begitu pasti dengan tugas-tugas saya. Selalu saya memaksa diri melakukan sesuatu tugas yang diberikan kepada saya. Saya berpuas hati dengan kerja-kerja yang saya lakukan sekarang. Saya rasa pekerjaan saya tidak menarik lagi sekarang. Saya rasa gembira dengan tugas-tugas saya berbanding dengan guru-guru lain. Saya selalu bersemangat untuk menjalankan tugas. Saya selalu merasa tugas saya lebih banyak daripada guru-guru lain. Saya sangat menyukai pekerjaan saya berbanding guruguru lain. Saya begitu gembira dengan tugas yang disenaraikan kepada saya. Saya rasa agak kesal kerana bertugas di sekolah ini. Kepuasan kerja keseluruhan
Nota: Item negatif telah diambil kira dalam analisis kajian.

Purata Skor 3.74 4.09 3.67 4.13 3.53 4.11 4.08 3.87 3.82 4.05 3.66 4.10 3.40 3.62 3.76 4.38 3.88

Sisihan Piawai 1.27 .802 .87 .95 .91 .88 .89 .96 .92 .99 .95 .70 .91 .85 .79 .80 .52

Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sangat tinggi Tinggi

1478

Habib Ismail, Zaimah Ramli

JADUAL 7: Analisis Korelasi Amalan Kepemimpinan Transformasi dengan Kepuasan Kerja Amalan Kepemimpinan Kepuasan Kerja Transformasi Amalan Kepemimpinan Transformasi Korelasi Pearson 1.00 Signifikan (2-hujung) .277** N 87 Kepuasan Kerja Korelasi Pearson .277** Signifikan (2-hujung) N 87
Nota: ** Signifikan pada aras 0.01

You might also like