You are on page 1of 22

GURU BEKERJA SAMBILAN Mohd Yusoff bin Ishak

PENGENALAN Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan sosial dan rohani individu. Perkataan bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri. Sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membawa watak dirinya. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak. Manakala makna akhlak pula ialah respon atau tindakan secara spontan tanpa berfikir. Menurut Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji (mazmudah) dan akhlak tercela (mazmumah). Kerja ialah mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dalam kegiatan tertentu untuk mencari nafkah. (Kamus Dewan, 2011). Menurut pandangan Islam kerja merupakan amal soleh dan dituntut melakukannya mengikut tatacara yang digariskan oleh Islam. Peringatan Allah kepada para pekerja ialah kita mestilah mensyukuri nikmat Allah. Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan satu bidang tugas yang dipandang mulia, jadi sudah semestinyalah guru mempunyai landasan yang betul dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi iaitu Etika Perguruan. Kod Etika Perguruan diterima sebagai suatu panduan untuk mempertingkatkan profesion perguruan ke taraf kesusilaan yang paling tinggi. Panduan ini penting untuk digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam memperkembangkan potensi maksimum pelajar. Matlamat ini selaras dengan asperasi membentuk sebuah Negara yang progresif selaras dengan asperasi Wawasan 2020. Guru yang mempunyai komitmen, daya saing dan semangat yang tinggi perlu diberi galakan. Kod Etika Perguruan melibatkan empat aspek, iaitu perhubungan antara guru dengan pelajar, guru dengan rakan sejawat, guru dengan ibu bapa, dan guru dengan masyarakat dan Negara. Kerja sambilan pula bermaksud kerja yang dibuat secara sambilan di samping kerja biasa atau kerja tetap yang lain. Ia merupakan usaha yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu sama ada untuk menambahkan pendapatan atau sebagai satu hobi di masa senggang. Golongan guru juga tidak terkecuali menjalankan kerja sambilan ini, ada di antaranya mengajar kelas tambahan di pusat tuisyen, menjadi jurujual produk barangan tertentu, menyertai syarikat jualan langsung, menjadi agen insurans dan sebagainya. Guru-guru yang menjalankan kerja sambilan ini tentulah mempunyai alasan masing-masing. Tapi yang pentingnya niat melakukan kerja tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,Setiap amalan adalah dengan niat. (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab). Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, sama ada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sesuatu perlakuan atau tindakan semestinya ada kebaikan dan keburukan. Begitulah juga dengan guru-guru yang menjalankan kerja sambilan ini. Kebaikan dan keburukan dari gejala ini adalah sesuatu yang subjektif, iaitu berbeza pandangan dan

pendapat dari kacamata atau amatan orang ramai. Apapun yang diperkatakan oleh orang ramai tentang guru-guru yang menjalankan kerja sambilan ini yang pentingnya guru tersebut tahu tanggungjawabnya mengikut etika keguruan iaitu : 1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar 2. Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa Pelajar 3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan.

NILAI BAIK BEKERJA SAMBILAN

Sesuatu perkara yang kita lakukan tentulah mempunyai perkara-perkara yang baik atau niat yang baik ketika kita lakukannya atau hasil dapatan dari kerja tersebut. Begitulah juga dengan seseorang guru yang melakukan kerja sambilan. Hal ini ada kaitannya dengan nilai harga diri guru tersebut. Menurut Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Lati, Fawziah Yahya & Amir Hamzah Abdul (2004): Harga diri boleh ditakrifkan sebagai penilaian menyeluruh diri sendiri iaitu secara positif mahupun negatif. Harga diri ini pula dapat dilihat dari dua sudut dimensi iaitu harga diri rendah dan harga diri tinggi. Kepentingan harga diri inilah yang merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi kejayaan seseorang. Seperti yang telah diterangkan di atas tentang maksud bekerja sambilan iaitu membuat sesuatu kerja tambahan untuk menambahkan hasil pendapatan. Disinilah seorang guru itu akan menilai harga dirinya dalam membahagiakan kehidupan diri sendiri dan keluarganya. Dalam kehidupan zaman sekarang yang serba maju dan pantas tentulah

seseorang itu memerlukan pendapatan yang memuaskan untuk menyaingi kehidupan yang pantas ini. Bila seseorang guru itu melakukan kerja sambilan tentulah ia bertujuan untuk menambahkan hasil pendapatan terhadap diri dan keluarganya. Pertambahan pendapatan ini mungkin dapat membantunya dalam membina sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Ia dapat menaikkan taraf ekonomi keluarga dalam menyediakan pelbagai keperluan asas yang diperlukan dalam sesebuah keluarga. Maka di sini nilai harga dirinya dari kacamata isteri dan anak-anaknya sangat tinggi. Selain dari nilai harga diri kita juga boleh gambarkan nilai tanggungjawab yang dimiliki oleh guru yang bekerja sambilan terhadap keluarganya sebagai seorang ketua keluarga. Muhammad Nasri Md Hussain & Ab. Aziz Yusoff (2005), manusia perlu sedar bahawa tiada pembahagian (dichotomy) antara usaha yang dibuat untuk tujuan menjayakan pembangunan di dunia dengan kejayaan di akhirat nanti. Kejayaan manusia melunaskan tanggungjawab ini akan membolehkan mereka mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t yang maha penyayang lagi maha pengasihani.

NILAI BURUK BEKERJA SAMBILAN

Apabila guru mempunyai kerja sambilan, banyak perkara yang tidak sihat atau nilai buruk akan berlaku seperti ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan kredebiliti guru tersebut kerana ia kurang dapat memberi tumpuan terhadap bidang tugas yang diamanahkan. Ini adalah kerana kerja sambilan tersebut mungkin menuntut masa senggangnya melakukan aktiviti tersebut. Guru yang melakukan kerja sambilan terpaksa menumpukan dua bidang dalam satu masa. Dimana bagi dirinya kedua-dua bidang itu

sama-sama penting padahal tugas utama yang telah diamanahkan kepadanya ialah mengajar. Di sinilah konsep amanah itu penting. Menurut Razzi Armansur (1999):

Setiap orang tanpa mengira bangsa, agama, pekerjaan adalah memikul Amanah. Ramai orang tidak menyedarinya. Amanah tidak dapat dilihat Tetapi hasilnya jelas kelihatan _ bila terjadi kehancuran, setelah disemak semula pasti punca kehancuran adalah kerana mengabaikan amanah. Beri peringatan kepada diri sendiri bahawa segala apa yang dilakukan, setiap pergerakan setiap hari adalah kerana memikul amanah. Cukup dengan mengingati begitu, secara otomatik anda akan menjadi orang yang mengutamakan amanah. (hlm.67)

Amanah utama yang terpaksa dipikul oleh seorang guru adalah untuk memastikan murid di bawah jagaannya mendapat pendidikan yang sewajarnya. Guru tersebut juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya terhadap jabatannya, rakan sejawat dan juga masyarakat serta negara. Faktor sampingan lain juga mungkin berlaku seperti tidak dapat memberi tumpuan dan kasih sayang terhadap keluarga terutama anak-anak yang memerlukan perhatian yang lebih. Seperti yang telah dinyatakan tujuan kerja sambilan ini adalah untuk menambahkan pendapatan, oleh itu faktor kasih sayang terhadap anak-anak selalu diabaikan. Keperluan anak-anak dari segi material mungkin akan tercapai tetapi yang penting sekali kasih sayang itu yang sangat diperlukan oleh mereka dalam proses perkembangan mereka ke alam dewasa.

KAITAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Pada tahun 1971, Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat telah mengemukakan cadangan bahawa suatu kod etika harus dibentuk untuk profesion perguruan. Menurut laporan tersebut (1971:189-190)

`guru sekolah tidak hidup secara berasingan dan terpencil daripada masyarakat; beliau tidak boleh memisahkan pengajarannya daripada kehidupan hariannya. Beliau hidup di kalangan pelajarnya semasa di sekolah, dan bersama pelajar serta ibu bapa mereka pada setiap waktu Jawatannya. memerlukan satu tahap tingkah laku yang sangat tinggi`

Cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja telah diterima dan hasilnya suatu kod etika profesion perguruan telah dibentuk. Kod etika ini telah disediakan dalam bentuk ikrar dan menggariskan objektif utama pendidikan Negara, iaitu untuk melahirkan seorang warganegara yang mempunyai nilai-nilai seperti bertanggungjawab, taat setia dan berilmu. Objektif pendidikan juga termasuk membantu pelajar memahami kebudayaan, memperoleh pengetahuan, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Bidang profesionalisme guru yang baru melibatkan pembentukan corak perhubungan guru dengan pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat yang baru dan bukan lagi berdasarkan autonomi dan autoriti berbentuk tradisional. Apabila seseorang guru mempunyai pekerjaan lain selain tugas yang diamanahkan kepadanya ia telah melanggar Kod Etika Perguruan. Ini adalah kerana Kod

Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Apabila guru menjalankan tugas lain di samping profesion perguruannya, ia akan melibatkan kesan yang kurang baik terhadap diri sendiri, pelajar, rakan sejawat serta ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat.

KESAN KEPADA DIRI SENDIRI

Kesan kepada diri sendiri selalunya melibatkan tentang penerampilan guru sama ada dari segi kebersihan diri, etika berpakaian dan juga cara berkomunikasi dengan murid, ibu bapa atau rakan sejawatan. Manakala bagi bidang tugas kerja beliau tidak dapat memberi tumpuan yang baik terhadap tugasnya terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta lemah dalam pengurusan masa terutama dalam kegiatan KoKurikulum. Guru yang melakukan kerja sambilan selalunya tidak mempunyai masa yang cukup dalam memikirkan penerampilan mereka dengan murid-murid. Ini adalah kerana mereka selalunya lebih mementingkan penerampilan mereka dengan pelanggan dalam kerja sambilan mereka itu. Padahal pelanggan utama mereka adalah murid-murid atau pelajar mereka sendiri. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002): Sebagai seorang guru penerampilan adalah sangat penting, ini adalah kerana ia melambangkan guru tersebut. Para pelajar akan membuat pandangan pertama tentang kredibiliti guru mereka berdasarkan cara penerampilan guru itu. Hasan Langgulung (2002), menyatakan: Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod

etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya. Etika berpakaian adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/1985: Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa Menghadapi Upacara-upacara Rasmi Bagi Pegawai-pegawai Kerajaan. Diantaranya ialah memakai kemeja berlengan panjang, berseluar slack, bersarung kaki, berkasut sarung kulit dan digalakkan bertali leher bagi guru lelaki. Bagi guru perempuan pula baju yang mendedahkan tubuh badan seperti baju tidak berlengan dan skirt pendek: berjubah, pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan adalah tidak dibenarkan. Yang penting juga adalah memakai tanda nama bagi guru lelaki dan juga perempuuan. Manakala dalam bidang tugas pula, guru mungkin tidak dapat menjalankan tanggungjawab asas guru iaitu menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran mengikut Peraturan Umum (A) 531 Seksyen 8(1) dan Rancangan Harian mengikut Peraturan Umum (A) Peraturan 11 yang terkini dan sedang digunapakai. Tanpa Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian yang mengikut Sukatan Pelajaran, sudah tentulah proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan yang tidak tersusun dan tidak mencapai objektif yang dikehendaki. Seterusnya dalam Etika Pengurusan Masa seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982, yang menyentuh tentang waktu hadir ke sekolah, waktu hadir ke kelas, mengajar ikut jadual waktu, semak buku latihan dan memberikan

bimbingan. Apabila seseorang guru itu melakukan tugas tambahan, masa rehat beliau adalah sangat terhad. Ini menyebabkan dia akan cepat berasa letih. Faktor inilah yang akan menyebabkan guru tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan atau lebih tepat datang lewat. Yang menjadi kebiasaan adalah waktu hadir ke sekolah dan waktu hadir ke kelas terutamanya apabila guru itu dihubungi oleh pelanggan kerja sambilannya itu. Ini akan menyebabkan masa murid terbuang begitu sahaja di mana sepatutnya mereka mendapat bimbingan yang secukupnya dari guru mereka. Di sebabkan kekurangan masa rehat, maka selalunya guru akan merasa mengantuk dan ini akan menjejaskan proses pengajaran meteka. Guru juga tidak dapat menyediakan Alat Bantu Mengajar yang baik dan boleh membantu mereka dalam pengajaran. Selain itu akan berlaku lunggukan kerja murid yang tidak diperiksa oleh guru kerana tiada ruang masa untuk menyemak buku murid. Paling ditakuti adalah kesihatan diri guru tersebut mungkin terjejas. Ia bukan sahaja akan melibatkan pelajar, bila guru melenting kerana kepenatan tetapi bayangkanlah apa akan berlaku kepada isteri atau suami dan anak-anaknya jika berlaku sesuatu penyakit yang tidak disangka-sangka. Ia bukan sahaja menjejaskan reputasi diri dan rasa hormat pelajar tetapi juga memberi masalah kepada keluarganya. Ini adalah sama atau bertepatan dengan catatan oleh Chek Mat (2000) : Bagi mereka yang tamak, hasad dengki, tidak dapat melawan hawa nafsu dan berasa ada peluang untuk menggunakannya akan bertindak secara bijaksana dan terhormat untuk menjahanamkan etika profesional. Guru haruslah peka dengan Etika Perguruan demi membendung perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengubah individu itu kecuali di atas kemahuan dan usaha individu itu sendiri.

KESAN KEPADA PELAJAR

Semasa berhadapan

hubungan dengan pelajar atau murid, guru hendaklah

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Seorang guru yang mematuhi Kod Etika Perguruan Malaysia mestilah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Fokus utama guru adalah murid. Guru juga hendaklah bersikap adil dan jujur terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya. Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya (2009), menyatakan :

Hubungan jujur yang ternurani antara pelajar dengan guru berdasarkan kepada pegangan prinsip bahawa guru mempamerkan sikap dan perlakuan yang selari serta berusaha mengotakan setiap yang dikata. Di samping itu para guru juga seharusnya mendekati dan bergaul dengan para pelajarnya. Dalam pada itu guru turut juga membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah. Keutamaan kerja guru termasuk tingkah lakunya hendaklah menjurus kepada memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Menurut Smahadzir & Jaafar Man (2007):

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri pelajar berkualiti dapat dihasilkan maka para pendidik dan guru-guru perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut :

1. menguasai subjek (kandungan kurikulum) 2. mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran

&pembelajaran) 3. memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka 4. memahami psikologi pembelajaran 5. memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan pendidikan

Dengan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi serta menjaga profesionalisme guru, maka guru itu akan menjadi seorang yang dihormati. Jika berlaku sebaliknya, maka sudah tentu guru itu akan dipandang serong, dibenci dan tidak lagi dihormati oleh muridnya. Hilanglah maruahnya sebagai seorang guru. W.A. Dodd (1970) menyatakan, Guru yang jahil, pemalas dan bebal menerima ini sebagai pembelajaran, tetapi tidak ada pembelajaran yang sebenar berlaku. Murid yang menjadi mangsa proses ini kerana menerima sahaja apa yang telah dinyatakan oleh guru. Ini sudah semestinya akan merugikan pelajar itu sendiri. Bayangkanlah apa akan berlaku kepada negara kita pada masa akan datang jika pelapis pemerintah dilakukan sebegini. Tentulah kita tidak mahu mereka ini menjadi pemerintah yang kurang ilmu pengetahuannya. Penglibatan guru yang bekerja sambilan di dalam bidang sukan dan KoKurikulum juga akan menurun di sebabkan faktor kesuntukan masa dan kesibukan guru itu dalam tugas sampingannya. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa 10 % markah ke Sekolah Berasrama Penuh dan Pusat Pengajian Tinggi adalah diambil dari kegiatan Sukan dan KoKurikulum. Generasi yang berkualiti bukan hanya harus lengkap

dengan pendidikan dan ilmu-ilmu berguna dan sempurna, tetapi harus juga cerdas fizikalnya. Generasi yang berkualitilah yang akan mewarisi kemajuan, meningkatkan kemakmuran dan kecemerlangan negara Malaysia yang kita cintai. Justeru itu, untuk memikul tanggungjawab seberat ini, generasi yang berkualiti juga haruslah memiliki jasmani yang sihat kerana minda yang cerdas lahir dari tubuh yang cergas. Di sinilah kita dapat lihat betapa jelasnya peranan yang dimainkan oleh unit Sukan dan KoKurikulum.

KESAN KEPADA RAKAN SEJAWATAN

Seseorang guru itu hendaklah mengelakkan diri dari memberi sebarang masalah atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Adalah menjadi langkah bijak jika guru tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Guru juga perlu dan wajib berusaha dengan

sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru juga dituntut sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Di sinilah dapat dilihat saling membantu itu merupakan satu aspek yang sangat penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Jika terdapat guru yang sering ponteng pada waktu kerja berkumpulan seperti mengendalikan pasukan unit beruniform pada waktu Kokurikulum, tentulah ia mendatangkan rasa tidak puas hati atau perasaan yang kurang elok terhadap guru itu oleh rakan sejawatannya dalam unit beruniform tersebut. Selama

mana seorang rakan sanggup menanggung beban kerja rakannya yang sering mengabaikan tugas, tambahan pula beliau mendapat ganjaran luar akibat ketidak hadirannya. Ada setengah guru, pada awal tahun ketika mesyuarat guru kali pertama bagi tahun tersebut bersetuju dan sanggup memikul tanggungjawab untuk mengendalikan satu pasukan permainan sekolah bagi kejohanan anjuran Kementerian Pelajaran. Tapi sayangnya segala projek hanya di pertengahan jalan. Bayangkanlah minat dan kesungguhan murid-murid di dalam permainan tersebut terbantut dek sikap guru seperti ini. Prof. Dr. Hamka (2007) menyatakan: berani bertanggungjawab dan tidak mengelak daripada pikulan yang telah disanggupi dan sudi memikul akibat pekerjaan yang telah dimulai, itulah alamat yang pasti daripada kepercayaan pada tenaga diri sendiri. Kerana sayangkan bakat dan kesungguhan murid-murid tersebut, ada rakan sejawatan yang menyanggupi meneruskan aktiviti yang telah ditinggalkan oleh guru yang tidak bertanggungjawab itu. Kebanyakan aktiviti di sekolah memerlukan kreativiti dan idea-idea dari guruguru semua bukan hanya dari seorang guru sahaja. Bukan sahaja untuk aktiviti KoKurikulum tetapi juga aktiviti yang melibatkan akademik atau Kurikulum seperti aktiviti Panitia, soalan-soalan peperiksaan, pertandingan akademik dan sebagainya. Jika guru yang terlibat dengan kerja sambilan asyik memikirkan hal-hal kerja sambilannya itu, maka berkuranglah satu idea bernas untuk sesuatu program. Zahir Zainudin & Amaludin Ab. Rahman (2008), menyatakan: jika gambaran dalam minda adalah pemikiran yang lembab dan mudah mengalah, itulah hakikatnya diri kita. Lembab berfikir kerana kurang

berfikir. Lama kelamaan akan terbentuk apa yang dipanggil bebal. Jika ini tidak diatasi, bertambah karutlah idea dan tindakan. Ini tidak dikira lagi, rakan sejawatan yang terpaksa menggantikan kelas guru yang tidak hadir ke sekolah. Lambat menerima markah ujian atau peperiksaan bagi kertas matapelajaran guru tersebut, walhal pihak pentadbiran sentiasa mahukan kerja yang berkualiti dan segera. Jikalau guru yang membuat kerja sambilan seperti agen insurans atau menjual barangan produk, rakan sejawatan tentu tidak akan tahan untuk menadah telinga mereka mendengar celoteh guru tersebut. In bukan sahaja mendatangkan rasa tidak keselesaan kepada rakan sejawatan tetapi juga merugikan masa bagi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam bidang pendidikan seperti menanda buku latihan murid atau membuat alat bantu mengajar untuk proses pengajaran yang seterusnya.

KESAN KEPADA IBU BAPA PELAJAR

Guru perlu bertindak bijak dalam mengadakan hubungan dengan ibu bapa yang menjadi pelanggan utama sekolah. Dengan menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Guru juga perlu menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya. Tanggungjawab seterusnya ialah memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.

Guru perlu bijak mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosiol dan ekonomi pelajar. Guru juga perlu mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Menurut Mohd. Sofian Omar Fauzee (2006), Dalam usaha mempelajari bagaimana mempertingkatkan daya konsentrasi, kita juga harus mengetahui faktor-faktor yang sering mengganggu dalam melakukan konsentrasi. Terdapat dua faktor utama yang mengganggu konsentrasi, iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman berpusatkan sekolah dan faktor luaran berpusatkan pihak ibu dan bapa. Apakah perasaan anda sebagai seorang ibu atau bapa, jika anak anda yang baru pulang dari sekolah menceritakan tentang gurunya yang tidak masuk ke kelas atau masuk lewat ke kelas? Sudah pasti, apa yang bermain di fikiran anda ialah di mana tanggungjawab guru tersebut dalam mendidik anak anda. Betapa ruginya anak anda pada hari tersebut padahal apa yang anda harapkan tidak tercapai. Tentulah timbul perasaan tidak puas hati dan ini akan merenggangkan institusi sekolah dengan pihak waris. Terdapat juga guru-guru yang hanya menceritakan tentang kerjaya sambilannya kepada waris pelajar daripada menceritakan tentang perkembangan dan pencapaian pelajar itu sendiri. Ini akan membantutkan perasaan waris untuk bertanyakan hal pelajaran anaknya. Mungkin juga ada waris yang keberatan untuk membenarkan anak mereka menyertai aktiviti luaran sekolah, takut guru tidak dapat menjaga anak mereka, Ini bukan sahaja merugikan bakat anak didik kita tetapi juga pihak sekolah. Segala tindak tanduk guru sememangnya menjadi perhatian atau pengawasan oleh pihak ibu bapa. Tambahan pula mereka ada platform untuk menyampaikannya iaitu

melalui Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), tentulah perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada anak-anak mereka akan menjadi perhatian. Tambahan pula jika keburukan itu adalah disebabkan oleh guru sendiri. Harus diketahui bahawa segala aduan yang disampaikan oleh PIBG akan diambil berat oleh pihak atasan sama ada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri. Oleh itu kerjasama yang erat perlu ada di antara pihak guru dan juga pihak ibu bapa.

KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunnegara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tuan dan menghormati

adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Ini semua hanya dapat dilaksanakan jika guru betul-betul menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab mereka. Jika kita berfikiran negatif tentang kerja kita maka negatiflah hasilnya. Menurut Glynn Bedington (1996), Psychologist have field days with all the reason we relate to ourselves negatively. Many of their theories are useful tools for helping us change ourselves. One of these is that it is important for us to

become aware of what we are doing to ourselves. For now, the realization makes change and progress possible. Ini semua adalah di atas diri kita sendiri sama ada ingin berubah atau sebaliknya. Bak kata pepatah Melayu Tepuk dada tanya selera. PENUTUP

Seseorang guru haruslah memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Dengan penghayatan yang sepenuhnya tentang akauntabiliti dan Etika Perguruan, maka guru itu akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan guru dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh komited dan dedikasi. Tanggungjawab guru merangkumi terhadap dirinya sendiri, pelajar atau muridmuridnya, rakan sejawatan, ibu bapa pelajar serta masyarakat dan Negara. Guru juga dapat meningkatkan taraf profesionalisme perguruan jika melaksanakan tugas yang di amanahkan bersungguh-sungguh tanpa melakukan kerja sambilan. Sekiranya kita tidak menjalankan amanah yang diberi bersungguh-sungguh, maka kita akan gagal melahirkan modal insan seperti yang dicita-citakan oleh negara. Ini akan menyebabkan masyarakat memandang rendah akan kredibiliti profesion perguruan. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting sekali, hendaklah mendidik dan memperbaiki diri sendiri hingga ke tahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas, bertanggunghjawab dan syukur . Pada masa yang sama membuangkan sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak,sombong, takabur dan tamak. Tanpa adanya sifat yang mulia ini tidak mungkin seseorang itu akan mampu menjadi cemerlang. Ini adalah kerana sifat

yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan. Akhir kata jadikanlah diri kita insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sama-samalah kita mengembalikan martabat keguruan yang kini semakin dipandang rendah oleh masyarakat. Patuhilah Etika Perguruan, agar kita menjadi seorang guru yang berdedikasi dan komited dan dapat melahirkan bakal pemimpin pada masa akan datang yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi sahsiah dan akademiknya.

SAJAK

GURU O GURU

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979.

RUJUKAN

W.A.Dodd. 1970. Guru Dengan Tugasnya. (Terjemahan). Hulu Kelang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Smahadzir & Jaafar Man. 2007. Membentuk Sahsiah Positif. Ampang. Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Mohd. Sofian Omar Fauzee. 2006. Membentuk Sikap Cemerlang. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Glynn Bedington. 1996. Who Do You Want To Be. Kuala Lumpur. Synergy Book International.

Chek Mat. 2000. Pengurusan Kerjaya. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya. 2009. Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Razzi Armansur. 1999. Susah dan Senang. Kuala Lumpur. SN Future Enterprise Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Hamka. 2007. Peribadi. Shah Alam. Pustaka Dini.

Zahir Zainudin & Amaludin Ab. Rahman. 2008. 19 Tabiat Kuasa Perubahan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Nasri Md Hussain & Ab. Aziz Yusof. 2005. Pengurusan Sumber Manusia Dari Perspektif Islam. Petaling Jaya. Prentice Hall.

Kamus Dewan. 2011. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob. 2007. Teori Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur, dan Barat. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hasan Langgulung. 2002. Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan Sains Sosial. Jakarta. Gaya Media Pratama.

Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya & Amir Hamzah Abdul. 2004. Psikologi Sosial. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Bentong. PTS Consultants Sdn. Bhd.

You might also like