You are on page 1of 1

ABSTRAK

Islam sangat menitikberatkan persoalan halal dan haram dalam pemilikan harta. Oleh itu, Islam menggariskan syarat bahawa harta yang dimiliki oleh orang Islam mestilah diperolehi daripada cara yang di haruskan syarak. Manakala, harta yang diperolehi dari cara yang bercanggah dengan syarak tidak akan diiktiraf sebagai harta yang sah di sisi Islam bahkan ia di anggap sebagai harta tidak patuh syariah. Timbul beberapa persoalan mengenai pengurusan wang tidak patuh syariah ini samada dibelanjakan untuk kemaslahatan umum atau sebaliknya. Kajian ini menjelaskan pengertian, status dan kaedah pengurusan wang tidak patuh syariah menurut perspektif Islam. Seterusnya mengemukakan pandangan fuqaha silam dan kontemporari serta fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh badan-badan fatwa di Malaysia. Di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berperanan sebagai institusi yang memegang amanah menguruskan harta umat Islam termasuklah pengurusan wang tidak patuh syariah. Hasil daripada kutipan wang tersebut dimanfaatkan untuk kemaslahatan umat Islam melalui agihan yang dilakukan. Disamping itu, pelbagai usaha yang dilakukan pihak MAIS untuk menyebarluaskan penerangan dan kesedaran umat Islam terhadap isu ini. Maka sewajarnya kajian ini dilakukan untuk manfaat umat Islam pada masa akan datang.

Islam gives the utmost priority to the aspects of halal and haram in terms of possession of wealth. Therefore, Islam underlines that the possessions attained by Muslims must be through means enabled by syarak. Possessions attained through means against the syarak are not of valid means in terms of Islam and is regarded as that attained through disobeying the law of syariah. A number of questions have arised regarding finance attained through this mean, spent on general needs or rather quite the opposite. This research seeks to explain the status and method of finance that goes against the law of Syariah in perspective of Islam. Besides, it seeks to put forth the traditional and contemporary view of fuquha as well as fatwa designed by the respective body of fatwa in charge. In Selangor, the Selangor Islamic Religious Department functions as a trustee of Muslims wealth and possession including that obtained through means against the syariah. These are then used for the benefit of the Muslim society through equal distribution to needy parties. Moreover, various efforts have been undertaken by MAIS to spread awareness of the issue among present day Muslims. Hence, this research is thus carried for the benefit of the Islamic society for years to come.

*yg bgaris merah have arised dh betul..klu nk follow latop, its up to you

You might also like