You are on page 1of 22

KEMAHIRAN PROSES SAINS MEMERHATI Year : 3 Theme : Learning About The World Around Us Learning Area : Mixing Substances

Learning Objective : That Different Substances Have Different Properties. Learning Outcomes : State The Properties Of Different Substances In Terms Of Appearance, Smell, Feel And Colour. Langkah-langkah pengajaran : Fasa Set induksi Langkah-langkah Guru menyoal murid tentang minuman apa yang diminum pada pagi tadi. Murid menjawab dengan pelbagai jawapan Catatan Milo Teh Susu Kopi

Pencetusan idea

Guru menyoal tentang cirri-ciri bahan-bahan yang digunakan untuk membuat air tersebut. Contohnya: susu tepung Murid dibahagikan kumpulan. kepada beberapa

Perkembangan idea -

Bentuk Warna Bau

Lembaran kerja

Kumpulan demi kumpulan dipanggil untuk memerhati bahan yang dibawa Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi. Murid diminta menyatakan semula ciri-ciri Susu tepung: bahan yang disebut. - Halus - Kekuningan - Mempunyai bau

Penutup -

Lembaran Kerja
16

Nama: ________________________________

Kelas:______________

Bahan-bahan

Rupabentuk serbuk crystal

Rasa kasar halus

Bau ada tiada

Warna

Tepung Gandum Gula Garam Baking Powder Tepung Jagung Susu Tepung

AKTIVITI YANG DILAKUKAN

17

Murid memerhati dengan merasa bahan tersebut.

Murid memerhati dengan menghidu bahan tersebut.

Murid memerhati dengan merasa bahan tersebut. KESIMPULAN Daripada aktiviti yang dibuat, murid lebih memahami isi pelajaran kerana murid sendiri aktiviti memerhati setiap bahan-bahan yang disediakan. Murid memerhati
18

dengan menggunakan pancaindera seperti kulit untuk merasa, mata untuk memerhati, hidung untuk membau dan lidah untuk merasa. Jadi murid dapat mengenalpasti cirri-ciri bahan dengan lebih baik. Murid perlu dibimbing untuk menjalanakan aktiviti memerhati. Guru juga perlulah memberi arahan-arahan yang membimbing murid melakukan aktiviti ini. Kekuatan: kekuatan aktiviti ini adalah murid menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam sessi pembelajaran iaitu murid mengalami sendiri dengan merasa, melihat, menghidu bahanbahan yang disediakan. Dengan ini, murid akan lebih memahami dan mengingati topic ataupun aktiviti yang telah dipelajari. Kelemahan: aktiviti ini tidak dirancang dengan sempurna. Guru hanya menyediakan satu stesen sahaj untuk murid membuat aktiviti. Sepatutnya guru menyediakan bahan-bahan untuk setiap kumpulan. Jadi, masa yang diambil untuk melakukan aktiviti tersebut tidak memakan masa yang lama. Masa yang selebihnya boleh digunakan untuk berbincang ataupun menjawab soalan. Apabila guru hanya menyediakan satu stesen sahaja, kumpulan lain akan duduk saja tanpa melakukan aktiviti. Penambahbaikan: Guru perlu menyediakan bahan yang mencukupi untuk setiap kumpulan ataupun sekiranya guru hendak menyediakan hanya satu stesen sahaja, murid perlulah dibekalkan dengan lembaran kerja ataupun menyalin nota. Dengan ini, masa murid tidak terbiar begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

Cadangan: Guru hendaklan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan teliti supaya murid mendapat hasil pembelajaran yang bermakna. Sebelum melakukan aktiviti, bilik sains perlulah disediakan dengan bahan-bahan yang lengkap. Dengan itu, guru tidak
19

akan memakan masa sessi pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan bahanbahan yang dipoerlukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Pembahagian masa juga amat penting untuk menjamin sessi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

REFLEKSI

20

Rakaman dibuat dengan mengaplikasikan kemahiran proses sains iaitu memerhati. Murid diminta membawa bahan-bahan yang berlainan seperti gula, garam, susu tepung, tepung gandum dan baking powder. Objektif pembelajaran pada hari tersebut ialah bahan yang berbeza mempunyai cirri yang berbeza. Sementara hasil pembelajaran menghendaki murid boleh menyatakan bahawa setiap bahan berbeza dari segi rupa bentu, bau, warna dan rasa. Dengan itu, kemahiran proses sains iaitu memerhati digunakan oleh guru supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Memerhati dalam proses sains membawa maksud menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Ia juga melibatkan semua deria secara bersama untuk mengesan maklumat sebanyak mungkin tentang objek yang diperhatikan. Rakaman menunjukkan murid melakukan kemahiran proses sains iaitu memerhati dengan merasa, menghidu dan merasa bahan tersebut. Dengan itu murid boleh menyatakan rupa bentuk, bau dan rasa bahan tersebut. Murid juga boleh membezakan antara setiap bahan tersebut. Apabila murid dapat membezakan setiap bahan tersebut, murid akan dapat mengenalpasti cirri sepunya yang terdapat pada bahan tersebut seterusnya mengelas bahan-bahan itu mengikut persamaan. Murid akan mengelas bahan tersebut dari segi rupa bentuk ataupun bau ataupun rasa. Penggabungjalinan antara kemahiran proses sains juga berlaku apabila murid melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, murid juga akan berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam aktiviti yang dijalankan. Kemahiran proses sains berkomunikasi jugasecara tidak langsung dilakukan oleh murid dalam aktiviti ini.

KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGELAS Year : 3


21

Theme : Learning About Living Things Learning Area : Animals Learning Objective : That Animals Can Be Grouped According To External Features Learning Outcomes : Group Animals According To Similarities In External Features. Langkah-langkah pengajaran:

22

Fasa Set induksi -

Langkah-langkah guru menyoal melawat zoo. murid samada

Catatan pernah -terdapat pelbagai haiwan di zoo

Pencetusan idea -

Apa yang dapat dilihat di zoo Guru menunjukkan model haiwan kambing dan lembu Murid disoal cirri-ciri yang terdapat pada kedua haiwan tersebut. Guru membahagikan beberapa kumpulan. murid 4 kaki Ekor Tanduk

Perkembangan idea

kepada Haiwan dikelaskan mengikut bilangan kaki: 4 kaki 2 kaki Banyak kaki Tiada kaki

Pelbagai haiwan dikumpulkan di dalam satu bekas. Murid diminta mengenalpasti bagaimanakah untuk mengelas haiwanhaiwan tersebut. Murid dibimbing untuk memerhatikan cirriciri persamaan dan perbezaan yang terdapat haiwan-haiwan tersebut.

Murid diminta menulis cirri-ciri haiwan tersebut iaitu ianya dikelaskan mengikut bilangan kaki Murid mula mengelas haiwan mengikut cirri-ciri yang dikenalpasti Murid menulis nama haiwan yang telah dikelas ke dalam lembaran kerja yang diberi Murid diminta menyebut nama haiwan mengikut pengkelasan mereka. Murid diminta memberikan contoh haiwan lain yang mempunyai cirri-ciri yang sama seperti di atas.
23

Penutup

LEMBARAN KERJA

Nama: _______________________________

Kelas: ___________________

Kelaskan haiwan mengikut cirri-ciri yang telah dikenalpasti.

24

AKTIVITI YANG DILAKUKAN

Semua haiwan dikumpulkan dalam satu bekas

25

Murid mengenalpasti ciri-ciri persamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut.

Haiwan yang telah dikelaskan oleh murid mengikut ciri-ciri sepunya. Haiwan tersebut dikelaskan mengikut ciri yang sama.

26

KESIMPULAN Daripada aktiviti yang dilakukan, murid nampaknya dapat mengelas pelbagai haiwan berdasarkan cirri-ciri sepu nya mereka. Guru perlu membimbing murid melakukan aktiviti ini dengan membimbing mereka mengenalpasti persamaan dan perbezaan jaiwan-haiwan itu terlebih dahulu. Tambahan pula kelas ini terdiri daripada pelajar yang lemah. Kekuatan: Murid dibekalkan dengan model-model haiwan yang sebenar. Jadi, murid dapat membuat pemerhatian dengan baik kerana bahan maujud digunakan. Murid boleh menggunakan pencaindera mereka untuk memerhati objek sebelum dapat

mengenalpasti cirri-ciri yang terdapat pada pelbagai haiwan tersebut. Murid boleh
27

mengelas haiwan berdasarkan persamaan yang terdapat pada mereka tanpa perlu guru membimbing.

Kelemahan : Murid masih perlu dibimbing untuk mengenpasti cirri-ciri pelbagai haiwan tersebut. Murid juga perlu disoal dengan pelbagai soalan sebelum mereka dapat mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara haiwan-haiwan tersebut.

Penambahbaikan: Murid perlu banyak dilatih untuk aktiviti mengelas. Aktiviti mengelas ini memerlukan kemahiran proses memerhati yang baik. Oleh itu, guru perlu menekankan KPS memerhati kepada murid. Murid perlu dilatih dahulu memerhati pelbagai cirri fizikal yang terdapat pada objek-objek yang ditunjukkan. Selepas itu, barulah guru memperkenalkan aktiviti mengelas. Melalui aktiviti yang telah saya lakukan di atas, pada mulanya murid hanya dapat mengenalpasti hanya 3 perbezaan antara haiwann-haiwan tersebut iaitu: 1) haiwan berkaki 4, 2) haiwan berkaki 2, 3) haiwan berkaki banyak. Tetapi apabila pengkelasan dibuat seorang murid dapat mengenalpasti cirri baru denagn memerhati sifat fizikal haiwan tersebut iaitu terdapat haiwan yang tidak berkaki. Jadi, terdapat 4 kumpulan haiwan tersebut dikelaskan. Dengan itu, penekanan KPS memerhati perlu diberi penekanan yang mendalam oleh guru.

Cadangan: Guru juga bolehlah menganjurkan aktiviti lawatan untuk topic di atas. Aktiviti ini memerlukan murid mengelas haiwan berdasarkan cirri fizikal mereka. Jadi, guru
28

bolehlah mengadakan lawatan ke zoo untuk membolehkan murid lebih nampak lagi haiwan yang ingin dikelas disebabkan dapat melihat haiwan ini secara terus.

REFLEKSI Aktiviti di atas menggunakan kemahiran proses sains iaitu mengelas. Objektif pengajaran bagi aktiviti di atas ialah murid dapat mengelaskan haiwan mengikut cirri-ciri luaran mereka. Guru menyediakan pelbagai jenis haiwan dan ianya dikumpulkan di dalam satu bekas. Murid disoal bagaimana untuk mengelaskan haiwan tersebut. Setelah membuat pemerhatian tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut, murid membuat keputusan untuk mengelaskan haiwan tersebut berdasarkan bilangan kaki. Haiwan tersebut dikelaskna kepada 4 kumpulan iaitu haiwan berkaki dua, haiwan berkaki empat, haiwan berkaki banyak dan haiwan yang tiada kaki. Setelah mengenalpasti cirri-ciri persamaan tersebut murid mula mengelaskan haiwan mengikut kumpulannya.
29

Dengan itu, aktiviti mengelas yang dijalankan di atas menggunakan pemerhatian untuk mengasing atau mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Selain menggunakan kemahiran proses sains iaitu mengelas, kemahiran memerhati juga terdapat dalam aktiviti ini.

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERKOMUNIKASI Tahun : 1 Bidang : Teknologi dan Kehidupan Lestari Standard Kandungan : Mengaplikasikan Pengetahuan Tentang Pemasangan Komponen Set Binaan Berdasarkan Manual Bergambar Standard Pembelajaran : Membaca dan menerangkan manual Mengenalpasti komponen set binaan berpandukan manual bergambar Memasang komponen set binaan berpandukan manual bergambar.

Langkah-langkah pengajaran:

30

Fasa Set induksi -

Langkah-langkah Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis model yang dibina Guru menyoal beberapa orang murid objek apakah yang ingin mereka bina menggunakan komponen-komponen yang diberi Murid dibahagikan kumpulan kecil kepada beberapa

Catatan

Pencetusan idea

Perkembangan idea

Murid diberi penerangan cara untuk memasang komponen tersebut mengikut model apa yang digemari pelajar. Pelajar bersama-sama rakan berbincang bersama-sama membina model kesukaan. Murid membentangkan hasil pembinaan model. Murid diminta melukis kembali model yang dibina dalam bentuk gambar Murid diminta menghargai model yang dibina Murid juga diminta menyimpan kembali komponen-komponen tersebut ke dalam bekasnya kembali.

Penutup

31

LEMBARAN KERJA

Nama: ___________________________

Kelas: _____________

Lukiskan gambar model yang telah dibina.

32

AKTIVITI YANG DILAKUKAN

Murid membaca manual

33

Murid memasang komponen mengikut manual

Hasil binaan yang telah disiapkan murid.

34

KESIMPULAN

Murid dapat mempraktikkan kemahiran berkomunikasi dalam aktiviti di atas dengan baik. Ini kerana komunikasi merupakan cara untuk mengemukakan idea atau menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, lukisan, jadual, graf, gambarajah, model, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan sebagainya. Dalam aktiviti di atas cara murid berkomunikasi adalah dengan menghasilkan idea dalam bentuk model binaan. Murid juga perlu berbincang sesama kumpulan dalam menghasilkan produk.

Kekuatan: Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang banyak untuk memberi penerangan kepada murid. Murid boleh melakukan sendiri model yang hendak dibina berdasarkan kreativiti sendiri. Ini kerana murid telah mempunyai idea sendiri berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan perkara yang berada di sekeliling mereka. Murid lelaki paling
35

senang merekacipta model dan membaca manual. Dengan itu, tidak sukar bagi guru untuk membimbing murid dalam membina model.

Kelemahan: Berbeza dengan murid lelaki, murid perempuan tidak mempunyai idea yang banyak untuk membina model. Mereka juga lambat memahami manual yang dibekalkan. Oleh itu, penumpuan yang lebih terpaksa dilakukan kepada murid perempuan. Selain itu, murid perempuan tidak begitu menggemari aktiviti kumpulan dan kemahiran berkomunikasi tidak begitu dipraktikkan dengan sepenuhnya.

Cadangan: Berdasarkan aktiviti yang dibuat, guru perlulah mengurangkan jumlah ahli dalam setiap kumpulan supaya semua murid dapat memberikan kerjasama pada tahap yang maksimum. Apabila murid dapat memberikan komitmen dalam tugasan kumpulan, kemahiran berkomunikasi dapat dipraktikkan sepenuhnya.

36

REFLEKSI Aktiviti di atas menghendaki murid membaca manual pemasangan dan mencipta model sendiri. Murid diterangkan tentang cara membaca manual dan mereka diminta memasang model tersebut secara berkumpulan. Aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan melibatkan kemahiran proses berkomunikasi. Kemahiran proses berkomunikasi melibatkan murid menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Komunikasi juga merupakan cara murid mengemukakan idea atau menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk contohnya model yang dibina. Aktiviti ini juga melibatkan juga kemahiran proses memerhati yang menjadi asas dalam semua KPS yang dijalankan.

37

You might also like