You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TUGASANPROJEK PISMP SEMESTER 6 (2013) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG NAMA PELAJAR

: MATA PELAJARAN : PENGUKURAN & PENILAIAN PJ DAN SUKAN UNIT/KUMPULAN : PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 ( KOD : PJM 3115 ) TARIKH MULA : JULAI 2013 TARIKH HANTAR : SEPT 2013 TUGASAN KERJA KURSUS PISMP SEMESTER ENAM
Hasil Pembelajaran

1.
2. 3. 4. 5. 6.

Menjelaskan konsep ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; Berupaya memilih, merancang dan mengurus ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; Boleh menganalisis data dan maklumat yang dikumpul dengan statistik deskriptif dan penggunaan perisian SPSS; Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengenai ujian,pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; Mengintergrasikan kemahiran pengujian dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dan bermakna

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Objektif : Pelajar dapat 1. 2. Mengumpul dan mencari bahan-bahan yang sesuai dengan ujian, pengukuran dan penilaian PJ dan sukan dari pelbagai sumber. a)Menyediakan SATU SET Kertas Ujian Anika Pilihan (MCQs) untuk domain kognitif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani sesuai dengan Sukatan Pelajaran dan peringkat umur kanak-kanak sekolah rendah yang diajar semasa praktikum Fasa II. b)Menyediakan satu set kertas kerja mengenai ujian amali pendidikan jasmani untuk : i) satu instrumen untuk mengukur komponen kecergasan fizikal (berasaskan kesihatan) ii) satu instrumen untuk mengukur satu komponen kecergasan fizikal (berasaskan perlakuan motor) iii) satu instrumen untuk mengukur kamahiran asas sukan tertentu.

3.

a)Mentadbir soalan anika pilihan (MCQs) tersebut kepada sekumpulan pelajar (tidak kurang dari 30 orang pelajar) dan melaksanakan analisis keputusan setiap pelajar dengan menggunakan statistik asas dan perisian SPSS.
b)Melaksanakan dan mentadbirkan pengujian, pengukuran dan penilaian amali pendidikan jasmani untuk ketiga instrumen ujian amali kepada sekumpulan pelajar tahap 1 atau 2 (tidak kurang dari 30 pelajar) dan melaksanakan analisis keputusan setiap pelajar dengan menggunakan statistik asas (diskriptif atau inferent) dan perisian SPSS.

4.

Menyediakan dan membuat laporan ujian, pengukuran dan penilaian Pendidikan J asmani yang telah dilaksanakan oleh pelajar.

TUGASAN (Individu) Terdapat TIGA (3) tugasan yang perlu dilaksanakan untuk kursus PJM3115. Tugasan terperinci dan jelas adalah seperti dibawah: TUGASAN I. a) Menyediakan Kertas Ujian (Kognitif) Soalan Anika Pilihan (MCQs) Anda akan menyediakan 20 item yang terdiri dari soalan anika pilihan (MCQs) untuk matapelajar Pendidikan Jasmani. Pelajar perlu menggunakan pelbagai jenis format item soalan dan mengukur proses tahap kognitif yang berlainan (mengikut kebolehan dan tahap pelajar dalam kelas). Pelajar tidak dibenarkan menggunakan item-item dari buku latihan atau buku tek lain hanya sebagai rujukkan untuk menyediakan item sendiri. Untuk memastikan kualiti kertas ujian anda, anda perlu menyediakan perkara-perkara berikut : a) Satu jadual spesifikasi ujian (JSU) untuk soalan-soalan anika pilihan yang disediakan. b) 20 item-item soalan anila pilihan (MCQs) yang merangkumi keseluruhan kemahiran berfikir tahap rendah dan tinggi. c) Kekunci jawapan atau Skema Permarkahan untuk setiap item yang disediakan. b) Menyediakan Bateri Ujian Amali Pendidikan Jasmani dan Sukan Anda akan menyediakan kertas kerja untuk satu instrumen/bateri ujian yang sesuai untuk mengukur dan menilai perkara berikut: i) komponen berasaskan kesihatan (komposisi lemak, kardiovaskular, fleksibiliti, kekuatan, dayatahan) ii) komponen berasaskan perlakuan motor (ketangkasan, koordinasi, kelajuan, kuasa, masa reaksi) dan iii) kemahiran asas satu sukan.(badminton, bola tampar, bola sepak, bola baling, hoki, bola jaring, dll) Untuk memastikan kualiti kertas kerja anda, anda perlu menyediakan perkara-perkara berikut : a) Aktiviti. tujuan dan objketif, protokol atau prosedur, kesahan dan keboleh kepercayaan dan norma dan rubrik penilaian kemahiran asas. [JUMLAH: 28 MARKAH] TUGASAN II: Pentadbiran Ujian dan Analisis Skor Ujian. a) Mentadbir soalan anika pilihan tersebut kepada sekumpulan pelajar (tidak kurang dari 30 orang pelajar) semasa praktikum fasa 2. Buat analisis keputusan anda dengan menggunakan statistik asas. Analisis anda mesti merangkumi analisis min, sisihan piawaian untuk skor mentah, skor z dan skor T. Keseluruhan analisis akan dibentang dalam bentuk jadual yang lengkap. b) Melaksanakan dan mentadbirkan ujian amali yang disediakan (3 instrumen amali) kepada sekumpulan pelajar yang sama (tidak kurang dari

30 pelajar ) semasa praktikum. Buat analisis keputusan anda dengan menggunakan statistik asas. Analisis anda mesti merangkumi analisis min, sisihan piawaian untuk skor mentah, dan taburan pensentil atau skor Z dan skor T. [JUMLAH: 12 MARKAH] TUGASAN III: Laporan Ujian, Pengukuran & Penilaian Berasaskan kepada satu instrumen ujian kognitif dan tiga instrumen ujian amali psikomotor yang dilaksanakan dan dibuat analisis. Sediakan laporan terperinci hasil dari ujian, pengukuran dan penilaian kesemua instrumen ujian terhadap pelajar. Beri cadangan bagaimana anda dapat meningkatkan kualiti ujian kognitif dan psikomotor yang digunakan dari proses ujian, pengukuran dan penilaian dalam PJ dan Sukan. [JUMLAH: 60 MARKAH] Panduan melaksanakan tugasan 1. Tugasan anda perlu di type diatas kertas A4 menggunakan fon Arial 12 point dan jangkauan 1.5 (spacing). 2. Semua tugasan dokumen, termasuk jadual-jadual dan carta-carta, perlu dilabelkan dengan betul dan sesuai. 3. Anda perlu serahkan tugasan anda dalam bentuk hardcopy dan softcopy. Tugasan hardcopy yang diserahkan perlu dibinding dengan betul dan sesuai. Salinan softcopy disimpankan dalam CD dan serah bersama dengan hardcopy. 4. Dokumen-dokumen tugasan yang perlu diserahkan adalah seperti berikut: Satu Jadual Spesifikasi Ujian. Satu set kertas Ujian Anika Pilihan (Pendidikan Jasmani) bersama dengan Skema Permakahan. Satu laporan analisis skor ujian. Laporan tersebut perlu mengandungi nama-nama pelajar dan juga skor mentah, skor Z, skor T, purata dan sisihan piawaian. Satu laporan berkenaan analisis item dan komen-komen tetang kualiti kertas ujian yang di tadbirkan. Kertas kerja mengenai tiga instrumen ujian amali Pendidikan Jasmani dan Sukan. Laporan analisis keputusan untuk tiga instrumen ujian amali Pendidikan Jasmani dan Sukan. Penulisan reflektif berkenaan tugasan yang telah dilaksanakan.

5. Menyenaraikan sumber bahan / rujukan mengikut format yang betul dan menyediakan CD tugasan anda. 6. Penulisan Reflektif Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut: i) Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (temubual, mencari maklumat dan lain-lain). ii) Masalah yang hadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya. iii) Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang ujian, pengukuran dan penilaian Pendidikan Jasmani di sekolah anda semasa praktikum. 7. Melengkapkan bahagian kulit luar laporan dengan maklumat berikut: a) Nama Pelajar b) Angka Giliran

c) No. Kad Pengenalan d) Kumpulan / Unit e) Nama Pensyarah f) Tarikh serahan : 8. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60 %. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran analitikal dan holistikseperti lampiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

( Penyelaras Kursus Jabatan PJK IPG Kampus Rajang

( Pakar Bidang (SME) Jabatan PJK IPG Kampus Rajang

( Ketua Jabatan PJK Jabatan PJK IPG Kampus Rajang

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Pentaksiran Kerja Kursus - Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus:

PJM3115 (PENGUKURAN DAN PENILAIAN PJ DAN SUKAN)

Tempoh : 8 MINGGU

Tarikh Mula: 2013

JULAI

Tarikh Serahan : SEPT 2013 Program : Kumpulan : Disediakan oleh: Disahkan oleh : Nama & Tandatangan Tarikh : EN. PISMP PJ AMBILAN JAN 2011 DR. ONG KONG SWEE Penyelaras Kursus Ketua Jabatan EN. CHULA BINA Tahun/Semester : 2013/6

You might also like