You are on page 1of 1

Aku sebuah beg. Aku berjenama Kipling. Badanku berwarna ungu.

Di zipku, terdapat sebuah gantungan monyet yang menjadi lambang bahawa aku berjenama Kipling. Aku dilahirkan di sebuah kilang di United Kingdom. Aku diperbuat daripada kain yang mahal tetapi sangat selesa apabila digalas. Aku sangat sesuai dijadikan beg untuk ke sekolah. Kanak-kanak yang melihatku pasti akan tertarik dengan kecantikanku. Setelah diperiksa dan diluluskan oleh pihak tertentu, aku dan rakan-rakanku dibungkus dan dihantar ke sebuah kedai beg Kipling di bandar Windsor, salah satu negeri bangsawan-bangsawan elit di United Kingdom. Kami dihantar menaiki lori. Aku telah berpisah dengan rakan-rakanku yang kebanyakannya akan dihantar ke New York. Di kedai itu, aku dan rakan-rakanku disusun dengan kemas oleh seorang jurujual di rak. Rak tersebut dihias bagaikan raja. Aku telah berkenalan dengan beberapa beg lain yang telah dihantar sebelumku. Sudah dua minggu aku berada di kedai itu, namun aku masih belum dibeli. Mungkin hargaku yang tidak berpatutan untuk dijadikan beg sekolah. Ramai rakanku telah dibeli. Aku hanya menunggu waktu. Suatu hari, seorang gadis kecil molek masuk ke kedai itu memimpin tangan tua nenek dan datuknya. Gadis itu kelihatan seperti mempunyai kacukan arab dan inggeris. Aku amat terkejut apabila dia memilihku untuk dibeli. Datuknya itu terus membayarku dengan harga 300 pound tanpa tawar-menawar. Setelah sekian lama, akhirnya aku dimiliki. Itu merupakan hari yang paling bersejarah buat diriku. Aku dibawa pulang tuanku ke rumah neneknya itu. Setelah beberapa hari di sana, aku dibawa pulang tuanku ke rumah ibu bapanya di Malaysia. Dia akan menziarahi nenek dan datuknya setiap cuti sekolah. Itu adalah kali pertama aku dibawa menaiki kapal terbang. Pelbagai perasaan menyelinap di hatiku. Gembira, girang, semuanya ada. Aku akan mula berkhidmat pada tuanku mulai esok. Hari pertama persekolahan tuanku adalah hari yang amat bahagia buat diriku. Di sekolah tuanku, aku telah berkenalan dengan pelbagai jenama beg lain seperti Paul Frank, Louis Vuitton, Marc Jacobs dan macam-macam lagi. Tuanku bersekolah di sekolah antarabangsa. Kebanyakan rakan-rakannya berasal dari keturunan kaya-raya termasuklah tuanku sendiri. Tuanku merupakan seorang yang sangat rajin dan cermat. Dia menggunakanku dengan baik sekali. Setiap dua minggu dia akan mencuci diriku supaya diriku tampak bersih. Namun lama-kelamaan diriku menjadi pudar akibat terlalu kerap dicuci. Tuanku yang boros itu telah membeli beg jenama terkini, Roxy. Aku telah disimpannya di dalam stor. Setipa hari badanku digigit lipas hingga akhirnya diriku koyak rabak dan dicampak ke dalm tong sampah. Betapa sedihnya diriku apabila dibuang oleh tuan kesyanganku itu. Walaupun begitu, aku tetap bersyukur kerana pernah berkhidmat dengan tuanku sebelum ini. Tamatlah riwayat hidupku.

You might also like