You are on page 1of 39

BAB TIGA KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1.

Pengenalan

Setiap pelaksanaan aktiviti mempunyai tujuan yang dicadangkan. Secara am penyelidikan dikategorikan menjadi dua, iaitu penyelidikan asas dan gunaan. Penyelidikan asas bertujuan untuk meninjau keadaan tertentu, mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah atau faktor-faktor yang terlibat untuk menerangkan suatu keadaan dan membentuk suatu teori atau model. Penyelidikan asas ini juga bertujuan mencari perhubungan diantara dua atau lebih pemboleh ubah. Sedangkan penyelidikan gunaan bertujuan untuk menguji sesuatu teori atau model yang dihasilkan dari penyelidikan asas, menggunakan teori atau model untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah, selain itu penyelidikan gunaan adalah mengkaji penggunaan sesuatu model untuk menilai keberkesanan penyelesaian suatu masalah (Ananda,2007).

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dan dibincangkan tentang aspek kaedah penyelidikan yang telah digunakan bagi memperolehi data kajian, iaitu reka bentuk kajian, prosedur penyelidikan dan kaedah analisis data.

3.2. Reka Bentuk Kajian

Untuk menjalankan penyelidikan terdapat dua pendekatan, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif (Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005; Ananda, 2007). Dalam penyelidikan ini digunakan kedua-duanya, iaitu pendekatan kualitatif dan

68

kuantitatif (Dunn, 2003; Nana, 2005; Sudarwan, 2005; Mohd, 2005), dengan desain dua tahap (Aris, 2002).

Adapun kerangka kajian yang menjadi asas kajian dalam penyelidikan ini boleh dikemukakan seperti Rajah 3.1 berikut :

Undang-Undang dan Peraturan tentang Polisi Pendidikan

Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru


KAJIAN KUALITATIF

PEMERKASAAN GURU
1. 2. 3. 4. 5. 6. Pembuatan Keputusan Peningkatan Profesionalisme Status Kepercayaan diri Autonomi Pengaruh

KAJIAN KUANTITATIF

Kepuasan Kerja

Komitmen Organisasi

Dapatan Kajian, Kekangan dan Kesan

Rajah 3.1 Kerangka kajian (dibina berasaskan Rinehart&Short ,1994; Wu & Short, 1996; Rinehart, 1998; Hoy& Miskel, ,2005; AG Subarsono, 2005) 3.2.1 Pendekatan Kualitatif

Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam 69

kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005). Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Dalam penyelidikan ini, kajian kes

digunakan untuk menjelaskan rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan guru dilakukan dengan menghuraikan peranan dan fungsi masing-masing agensi dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia.

Manakala untuk mengetahui pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi, iaitu penglibatan dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan pengaruh. Masing-masing dimensi dianalisis dengan aspek-aspek pelaksanaan polisi yang terdiri daripada enam aspek iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan kesesuaian (Dunn, 2003: Sudarwan, 2005). Keenam-enam aspek pelaksanaan tersebut berperan sebagai fokus penyelidikan yang disebut sebagai paradigma ilmiah (positivisme) penyelidikan kualitatif (Lexy, 2007), sehingga didapati jawapan soalan penyelidikan berikut :

1) Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang tugas mereka dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang, Indonesia?

70

2) Bagaimanakah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia? 3) Apakah kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia?

3.2.2 Pendekatan Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomenafenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen.

Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan. Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada sampel kajian.

Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai. Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu

71

dilakukan ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti, multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson. Analisis tersebut digunakan untuk memperoleh jawapan daripada soalan penyelidikan berikut: 1) Bagaimanakah persepsi guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia terhadap pelaksanaan polisi ditinjau daripada pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi? 2) Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia dalam enam dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi, serta hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?

3.3 Prosedur Penyelidikan

Prosedur penyelidikan terdiri daripada dua peringkat, iaitu prosedur peringkat persediaan penyelidikan yang mengandungi langkah-langkah yang dijalankan sebelum melaksanakan penyelidikan dan prosedur peringkat pelaksanaan penyelidikan yang mengandungi tentang alat pengumpulan data, kesahihan dan kebolehpercayaan serta penyelidikan sebenar.

3.3.1 Peringkat Persediaan Penyelidikan

Prosedur peringkat persediaan penyelidikan dijalankan setelah penyelidik berjaya lulus peringkat vetting proposal penyelidikan dan setelah memperolehi kebenaran daripada penyelia untuk menjalankan penyelidikan. Pada tahap ini terbahagi kepada dua aktiviti, iaitu penentuan populasi dan sampel kajian, dan mengurus surat kebenaran untuk melaksanakan penyelidikan.

72

3.3.1.1 Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan dua pendekatan, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Untuk pendekatan kuantitatif, populasi kajiannya adalah guru-guru yang dilantik sebagai pegawai kerajaan dan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia seramai 949 orang guru yang tersebar di 24 buah Sekolah Menengah Pertama Negeri.

Untuk menentukan bilangan guru sebagai sampel digunakan rumus seperti berikut :

(Isaac & Michael dalam Riduwan, 2007)

S X2 N P d

= Bilangan sampel = Nilai Chi Square dengan taraf signifikans 5% = Bilangan populasi = Proporsi populasi maksimum 50% = Tingkat siginifikans dalam hal ini digunakan 5%

Dalam penyelidikan ini bilangan sampel yang diperoleh adalah seperti berikut:

= 273.7

= 274 (pembulatan)

73

Untuk menentukan sampel digunakan cara persampelan kebarangkalian prosedur persampelan berperingkat (stratified random sampling). Daripada 24 buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang mempunyai markat mulai dari ke-1 hingga ke-24 (Diknas, 2007), kemudian dikelompokkan menjadi tiga kategori, iaitu kategori pertama terdiri daripada sekolah-sekolah yang termasuk markat ke-1 hingga ke-8, kategori kedua adalah sekolah-sekolah yang termasuk markat ke-9 hingga ke-17 dan kategori ketiga iaitu sekolah yang mempunyai markat ke-18 hingga ke-24, sehingga masing-masing kategori terdiri daripada lapan buah sekolah.

Dengan bantuan program SPSS versi 15.0 dilakukan pengambilan sampel dengan cara rawak dua tahap. Tahap pertama mengambil secara rawak tiga buah sekolah untuk setiap kategori, sehingga diperoleh sembilan sekolah daripada 24 buah sekolah. Tahap kedua mengambil secara rawak seramai 40 orang guru untuk setiap sekolah sehingga bilangan sampel terpilih seramai 360 orang guru daripada guru-guru yang berkhidmat di sembilan sekolah terpilih. Bilangan sampel yang menjadi responden dalam penyelidikan ini lebih ramai daripada syarat minimum, iaitu 274 orang guru, hal ini dilakukan sebagai cadangan jika terdapat sampel yang tidak mengembalikan soal selidik yang telah dikirim dan juga kemungkinan diperolehi soal selidik yang tidak memenuhi syarat untuk dianalisis.

Sekolah yang terpilih menjadi sampel dan bilangan responden dalam penyelidikan ini seperti pada Jadual 3.1 berikut:

74

Jadual 3.1 Sekolah Tempat Penyelidikan Kajian Kuantitatif dan Bilangan Sampel

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Nama dan Alamat Sekolah SMPN 1 Jl. Lawu 12 Malang SMPN 5 Jl. WR Supratman 12 Malang SMPN 6 Jl.Kawi 15 A Malang SMPN 20 Jl R Tumenggung Suryo 38 Malang SMPN 18 Jl. Soekarno Hatta A-394 Malang SMPN 13 Jl. Sunan Ampel II Malang SMPN 10 Jl. Mayjen Sungkono 57 Malang SMPN 12 Jl. Slamet Supriadi 49 Malang SMPN 17 Jl. Pel. Tanjung Priok 170 Malang Jumlah

Bilangan Sampel 40 40 40 40 40 40 40 40 40 360

Untuk kajian kualitatif digunakan pendekatan kajian kes, sehingga hasil yang diperoleh tidak digeneralisasikan kepada wilayah yang lebih luas dan keputusan kajian hanya berlaku di tempat kajian. Pendekatan kualitatif ini untuk mengungkap rangkaian agensi dan autorinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, dan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia. Tempat kajian dipilih dua buah sekolah untuk setiap kategori dari tiga buah sekolah yang menjadi sampel daripada kajian kuantitatif, sehingga bilangan sekolah yang menjadi tempat kajian kualitatif seramai enam buah sekolah yang terdiri daripada dua buah sekolah untuk masing-masing kategori.

75

Pemilihan sekolah ini dilakukan untuk mengungkap dan membandingkan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di sekolah tempat kajian dari masing-masing kategori. Adapun sekolah tempat kajian kualitatif adalah seperti Jadual 3.2 berikut

Jadual 3.2

Sekolah Tempat Penyelidikan Kajian Kualitatif

No

Nama Sekolah

1 2 3 4 5 6

SMPN 5 Jl. WR Supratman 12 Malang SMPN 6 Jl.Kawi 15 A Malang SMPN 20 Jl R Tumenggung Suryo 38 Malang SMPN 18 Jl. Soekarno Hatta A-394 Malang SMPN 12 Jl. Slamet Supriadi 49 Malang SMPN 17 Jl. Pel. Tanjung Priok 170 Malang

3.3.1.2 Surat Kebenaran

Bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan tidak menghadapi permasalahan, penyelidik mengambil beberapa langkah seperti berikut:

1) Setelah memperoleh surat keputusan berjaya lulus vetting proposal penyelidikan dan meminta kebenaran kepada penyelia untuk menjalankan penyelidikan, maka surat tersebut dihantar kepada Dekan Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) Universiti Muhammadiyah Malang (UMM), tempat penyelidik bertugas sebagai pensyarah, untuk meminta surat kebenaran melaksanakan penyelidikan di Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Dewan Pendidikan, Komite Sekolah dari enam buah sekolah terpilih, dan Parlimen Daerah bandar Malang.

76

2) Surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM dihantar kepada pengetua daripada sembilan buah sekolah tempat penyelidikan dengan dilampirkan nota persefahaman (MoU) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dengan FKIP UMM. Nota tersebut mengandungi tentang diizinkannya pensyarah FKIP UMM untuk menjalankan penyelidikan di sekolah-sekolah dalam persekitaran Pejabat Pelajaran Daerah bandar Malang. 3) Selain itu, penyelidik menghantar surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM kepada responden di Dewan Pendidikan, Komite Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, dan Parlimen Daerah bandar Malang untuk melaksanakan temu bual.

3.3.2 Peringkat Pelaksanaan Penyelidikan

Setelah peringkat persiapan penyelidikan selesai dijalankan, langkah berikutnya adalah peringkat pelaksanaan penyelidikan, yang terbahagi menjadi tiga, iaitu alat pengumpulan data, kesahihan dan kebolehpercayaan dan penyelidikan sebenar.

3.3.2.1 Alat Pengumpulan Data

Alat pengumpulan data ialah alat yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji (Sukardi, 2004; Mohd, 2005). Ada beberapa macam alat penyelidikan yang boleh digunakan untuk mengambil data. Dalam kajian ini alat penyelidikan yang digunakan adalah soal selidik untuk kajian kuantitatif, manakala untuk kajian kualitatif menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005). Dalam bahagian ini dihuraikan tentang alat pengumpulan data kajian kualitatif dan kuantitatif seperti berikut.

77

1) Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif

Terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel, 2007). Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain, ketidakjelasan daripada pengutipan data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui teknik temu bual dan sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik analisis dokumen. Penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan bahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang konsep yang dikaji (Mohd, 2005; Nana, 2005).

Triangulasi membolehkan data-data yang tidak dapat dikumpul dengan satu kaedah akan digunakan kaedah yang lain, seperti terlihat pada Rajah 3.2 berikut

Rajah 3.2 Triangulasi kaedah pengumpulan data (Sumber Lexy, 2007)

78

Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen akan memantapkan kebolehpercayaan dan kesahihan internal (Merriam, 2001), dan satu kelebihan yang ketara adalah penggunaan pelbagai teknik pengutipan data yang memberi triangulasi atau pengukuhan data (Marohaini, 2001) Penggunaan masing-masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah seperti huraian berikut.

a) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam situasi semula jadi Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia. Pemerhatian yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku, cara pengetua melibatkan guru dalam pelaksanaan membuat keputusan program-program sekolah, dan cara guru membuat perancangan pembelajaran menggunakan keadaan persekitaran yang tersedia. Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatian-peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan, a) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi, b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.

b) Temu Bual

Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam proses memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005),

79

berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya. Dalam penyelidikan ini, temu bual digunakan untuk mengumpulkan data dan maklumat dengan pertimbangan: i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang rangkaian agensi dan autoriti serta bidang tugasannya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia. c) Dokumen Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan, a) membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan, b) dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya

80

mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan, c) inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).

2) Alat Pengumpulan Data Kajian Kuantitatif

Dalam bahagian ini terdiri daripada dua huraian, iaitu soal selidik dan pembinaan soal selidik.

a). Soal Selidik Soal Selidik ialah sesuatu alat pengumpulan data secara tidak langsung, penyelidik tidak langsung bertanya jawab dengan responden (Nana, 2005), sesuatu cara yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan (Sukardi, 2004). Ada dua jenis soal selidik, pertama soal selidik jawapan dipilih, iaitu subjek dikehendaki memilih jawapan yang tepat terhadap soalan mahupun rangsangan yang dikemukakan berdasarkan cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, yang kedua adalah soal selidik jawapan diberi, iaitu bilamana subjek dikehendaki menjawab soalan mahupun rangsangan didalam soal selidik (Sukardi, 2004; Mohd, 2005). Dalam penyelidikan ini digunakan soal selidik jawapan dipilih, hal ini dilakukan kerana a) soal selidik mudah ditadbir, b) tidak memerlukan kemahiran subjek untuk melahirkan idea secukupnya melalui tulisan, c) memudahkan menganalisis jawapan (Nana, 2005; Mohd, 2005). Selain itu, juga menggunakan soal selidik jawapan diberi yang digunakan untuk memperoleh dapatan kajian tentang kesan guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.

81

b) Pembinaan Soal Selidik

Soal selidik dalam penyelidikan ini digunakan untuk memperolehi data tentang pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Soal selidik yang digunakan dengan mengubahsuai soal selidik yang telah digunakan oleh beberapa penyelidik terdahulu dan sebahagian dibina bersama penyelia serta disesuaikan dengan keadaan tempat penyelidikan.

i)

Soal Selidik Pemerkasaan Guru

Soal selidik yang digunakan dibina oleh penyelidik dan penyelia serta mengubahsuai soal selidik yang telah digunakan oleh beberapa penyelidik terdahulu. Untuk soal selidik pemerkasaan guru, dengan mengadaptasi soal selidik School Participant Empowerment Scale yang dikembangkan oleh Short.& Rinehart (1992), dengan bilangan item 38 soal selidik. Setelah dilaksanakan perbincangan dengan penyelia diperolehi 44 soal selidik dengan menambahkan 6 item soal selidik. Pengukuran terhadap masing-masing pernyataan menggunakan lima skala Likert, iaitu (1) sangat tidak memuaskan, (2) tidak memuaskan, (3) kurang memuaskan, (4) memuaskan, dan (5) sangat memuaskan

ii) Soal Selidik Kepuasan Kerja

Untuk soal selidik kepuasan kerja, digunakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik dengan penyelia serta mengubah suai soal selidik yang pernah digunakan oleh Siti Suaibah (2004), dan Avadiar (2004). Item soal selidik yang digunakan dengan mengubah suai dan disesuaikan dengan keadaan tempat penyelidikan dengan meminta kebenaran kepada penyelia dan dibincangkan dengan pakar. Bilangan item soal selidik yang digunakan dalam pengambilan data tentang kepuasan kerja adalah 48 item soal

82

selidik. Pengukuran terhadap masing-masing pernyataan menggunakan skala Likert, iaitu (1) sangat tidak memuaskan, (2) tidak memuaskan, (3) kurang memuaskan, (4) memuaskan, dan (5) sangat memuaskan

iii) Soal Selidik Komitmen Organisasi

Untuk penyelidikan tentang komitmen organisasi digunakan item soal selidik Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) yang disusun oleh Mowday dan telah digunakan oleh Wu Yueh Yun (1994) yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu afektif, kelangsungan, dan normatif. Bilangan item soal selidik sebanyak 15 item soal, kemudian dilakukan perbincangan dengan penyelia dan dibina lagi 3 item soal selidik sehingga jumlahnya menjadi 18 item soal selidik. Dalam penyelidikan ini pengukuran terhadap masing-masing pernyataan menggunakan skala Likert, iaitu (1).sangat rendah, (2) rendah, (3) sederhana (4) tinggi, dan (5) sangat tinggi

3.3.2.2 Kesahihan dan Kebolehpercayaan

Soal selidik sebagai alat pengumpulan data hendaknya memenuhi kesahihan dan kebolehpercayaan. Kesahihan sesuatu alat pengukuran merujuk kepada sejauh mana alat mengukur data yang sepatutnya ia kehendaki mengukur (Mohd, 2005; Nana, 2005; Sukardi, 2005). Kebolehpercayaan ialah ketekalan (Sukardi, 2005), berkait dengan peringkat ketetapan hasil pengukuran (Nana, 2005), ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah mahupun gagasan (Mohd, 2005).

Untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik, dilakukan beberapa langkah, iaitu 1) Mengadakan perbincangan dengan penyelia dalam proses pembinaan soal selidik, 2) Menggunakan kumpulan pakar untuk menentukan kesahihan butiran soal selidik,

83

3) Meyakinkan kepada responden bahawa segala maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan kajian semata-mata, 4) Melakukan kajian rintis untuk menguji kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik.

Huraian

masing-masing

langkah

untuk

memperoleh

kesahihan

dan

kebolehpercayaan adalah seperti berikut:

1) Perbincangan dengan Penyelia

Alat penyelidikan yang digunakan untuk mengambil data, sama ada untuk kajian kuantitatif mahupun kualitatif selalunya dibincangkan dengan penyelia. Dengan perbincangan yang telah dilakukan diperoleh maklum balas untuk membaiki item-item yang terdapat dalam soal selidik dan juga dalam soalan temu bual, sehingga alat penyelidikan boleh digunakan untuk mengambil data sesuai dengan kajian yang dilakukan.

2) Menggunakan Kumpulan Pakar

Setelah soal selidik memperolehi kebenaran daripada penyelia, langkah berikutnya adalah membincangkan item soal selidik dan soalan temu bual dengan para pakar. Perbincangan yang dilakukan terdiri daripada dua bahagian, iaitu tentang substansi isi item soal selidik dan soalan temu bual serta susunan kalimat yang digunakan, dengan tujuan untuk mengetahui kesesuaian maksud daripada soal selidik dan soalan temu bual, iaitu untuk memperolehi data pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.

Dua pakar telah membantu penyelidik untuk melaksanakan perbincangan tentang subtansi isi daripada alat pengambil data sama ada masalah soal selidik 84

mahupun soalan temu bual, iaitu Dr. Arif Budiwuryanto, pakar bidang pendidikan dan juga ahli Dewan Pendidikan bandar Malang, dan Dra. Hj Hari Windu Asrini, M.Si pakar bidang Bahasa Indonesia yang telah memberikan pembetulan terhadap item soal selidik dan soalan temu bual hingga sesuai antara kalimat yang ada didalam soalan temu bual dan soal selidik dengan maksud yang diharapkan terhadap perolehan data yang diinginkan.

3) Meyakinkan Kepada Responden

Alat penyelidikan yang digunakan untuk memperolehi data adakalanya menurut responden akan mempengaruhi terhadap dirinya berkait dengan tugasnya. Untuk menghindari adanya pengisian angket yang bias dan tidak sesuai dengan keadaaan yang sebenar, maka penyelidik meyakinkan kepada responden dengan memberikan pengantar bahawa kerahsiaan responden sangat terjaga dalam mengisi soal selidik.

Demikian juga pada saat pelaksanaan temu bual, penyelidik menyampaikan bahawa hasil daripada temu bual akan ditranskrip, dan didalam transkrip hasil temu bual tidak disebutkan nama responden dan sekolah dimana mereka bertugas dan keduanya hanya di kod dan boleh diketahui oleh penyelidik, responden dan penyelia.

4) Melakukan Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan untuk menguji soal selidik yang disediakan oleh penyelidik, dan hal ini untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik serta untuk membaiki kelemahan yang ada dalam prosedur kajian. Kajian rintis dijalankan di dua buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di bandar Malang, selain daripada sekolah bagi kajian sebenar, hal ini sebagaimana ditegaskan oleh Glesne dan

85

Peshkin (1992) bahawa secara idealnya peserta kajian rintis diperolehi dari populasi sasaran kajian.

Langkah-langkah yang dilakukan penyelidik semasa peringkat kajian rintis adalah seperti berikut : a) Penyelidik meminta surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM, untuk menjalankan kajian rinstis di dua buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang. b) Penyelidik menghantar surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM kepada pengetua sekolah sebagai tempat menjalankan kajian rintis dan pengetua memberikan kebenaran kepada penyelidik untuk menjalankan kajian rintis di sekolah beliau. c) Penyelidik memulakan pelaksanaan kajian rintis dengan cara berkenalan dengan calon peserta kajian rintis untuk soalan temu bual, hal ini dilakukan dengan memberikan penerangan kepada calon peserta kajian rintis supaya calon peserta kajian rintis tidak timbul sebarang perasaan tidak selesa pada masa kajian ini dijalankan dan untuk mempertajam kemahiran serta kepercayaan penyelidik untuk menjalankan kerja lapangan yang sebenar. Sebagai ucapan terima kasih, responden yang telah selesai ditemu bual, penyelidik memberikan kenang-kenangan sebatang pen. d) Untuk kajian rintis soal selidik, penyelidik meminta kepada penolong pengetua untuk membolehkan penyelidik memilih seramai 40 orang guru daripada masingmasing sekolah, sehingga jumlah responden untuk kajian rintis seramai 80 orang guru. Kemudian menyampaikan satu set soal selidik yang terdiri daripada 4 bahagian, iaitu identiti responden, soal selidik pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi dengan meminta bantuan kepada penolong pengetua untuk

86

menyampaikan kepada guru yang terpilih sebagai responden dan memberikan waktu kepada responden untuk mengisi soal selidik selama 2 minggu. e) Soal selidik yang dihantar kepada responden semuanya kembali sejumlah 80 soal selidik, dan sebagai rasa terima kasih, penyelidik memberikan cendera hati berupa sebatang pen kepada responden yang sudah mengumpulkan soal selidik melalui penolong pengetua, dan langkah berikutnya yang dilakukan penyelidik adalah: i. Memeriksa kandungan soal selidik setelah dikembalikan daripada guru dan diperolehi bahawa semua item soal selidik sudah diisi. ii. Memasukan skor item soal selidik kepada borang yang telah disediakan untuk masing-masing bahagian, iaitu identiti, pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi. iii. Menguji kesahihan dan kebolehpercayaan item soal selidik dengan memasukkan skor setiap item kepada borang didalam program SPSS versi 15.0 dengan cara seperti berikut: i) Untuk menguji kebolehpercayaan dilakukan dengan menghitung nilai Cronbachs Alpha (rh) yang disebut juga sebagai nilai r hitung dari ujian kebolehpercayaan pemboleh ubah. Jika nilai rh 0. 60 boleh diambil kesimpulan bahawa soal selidik adalah memenuhi kriteria

kebolehpercayaan (Purbayu, 2005). ii) Untuk ujian kesahihan item soal selidik diperoleh dengan melihat harga rh, Kemudian melihat nilai r jadual dengan memperhatikan N (bilangan responden) sebesar 80, diperoleh tingkat kebebasan (df) sebesar 80-2 = 78 dan dengan mengambil tingkat signifikans sebesar 5 peratus diperoleh nilai rj sebesar 0.2301. Berikutnya adalah membandingkan rh dan rj, dengan kriteria, jika rh rj bererti bahawa item soal selidik memenuhi

87

kriteria kesahihan, jika sebaliknya maka item soal selidik tidak memenuhi kriteria memenuhi kriteria kesahihan (Purbayu, 2005). iv. Berdasarkan hasil ujian tersebut diperolehi hasil seperti berikut: i) Item soal selidik pemerkasaan guru sebilangan 44 item soal selidik. Daripada analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh nilai Cronbachs Alpha sebesar 0.953. Kerana lebih besar daripada 0.6, boleh disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi kriteria kebolehpercayaan. Sedangkan item soal selidik yang tidak memenuhi kriteria kesahihan adalah item soal selidik no. 1 dengan nilai rh = -0.019, kerana nilai rh < rj, sehingga yang memenuhi kesahihan dan kebolehpercayaan sebilangan 43 item soal selidik, ii) Item soal selidik kepuasan kerja sebilangan 48 item soal selidik. Daripada analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh nilai Cronbachs Alpha sebesar 0.902. Kerana lebih besar daripada 0.6, maka boleh disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi kriteria kebolehpercayaan. Sedangkan item soal selidik yang tidak memenuhi kriteria kesahihan terdiri daripada 6 item soal selidik, iaitu No. 3 nilai rh = 0.029, No.9 nilai rh = 0.044, No. 13 rh = -0,136, No. 28 rh = -0.179, No. 32 rh = -0.208 dan No. 35 rh = 0.189, kerana nilai rh < rj, sehingga yang memenuhi kesahihan dan

kebolehpercayaan item soal selidik sebilangan 42 item soal selidik, iii) Item soal selidik komitmen organisasi sebilangan 18 item soal selidik. Daripada analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh nilai Cronbachs Alpha sebesar 0.872. Kerana lebih besar daripada 0.6, boleh disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi kriteria kebolehpercayaan. Sedangkan item soal selidik yang tidak memenuhi kriteria kesahihan adalah item soal selidik no. 12 dengan nilai rh = 0.178, kerana nilai rh < rj, sehingga

88

yang memenuhi kesahihan dan kebolehpercayaan sebilangan 17 item soal selidik. Pemboleh ubah dan indikator soal selidik adalah seperti Jadual 3.3 berikut: Jadual 3.3. Pemboleh ubah dan Indikator

No 1

Pemboleh ubah Pemerkasaan (School Participant Empowerment Scale by Short.& Rinehart (1992), dan digunakan oleh Wu. Yueh Yun (1994), Ronit B.& Anit S (2004), Martino (2004), Mary. (2004) dan dibina juga dengan penyelia.

Indikator Pembuatan Keputusan Pengembangan Profesionalisme Status Kepercayaan Diri Autonomi Pengaruh

No Soal 2,8,14,20,26,31, 34,36,38,39 3,9,15,21,27,32, 40 4,10,16,22,28,35 ,42 5,11,17,23,29,33 6,12,18,24,41 1,7,13,19,25,30, 37,43 2, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 12, 13, 14, 18, 22, 23, 25,37 1, 3, 4, 10,15, 16, 17, 19, 20, 21, 24, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 38, 39, 40, 41, 42 1, 2, 3, 5, 6,16 4, 7, 9, 11, 13, 14,15 8,10,12, 17

Bil

Jml

10 7 7 6 5 8 15 43

Kepuasan Kerja (Dibina dengan penyelia dan juga mengubah suai soal selidik yang pernah digunakan oleh, Avadiar, 2004; St Suaibah, 2004)

Faktor dalaman

Faktor luaran

27

42 6 7

Komitmen Organisasi (Dibina dengan penyelia dan juga mengubah suai dari Organizational Commitment Questionnarie (OCQ) Mowday et al dan digunakan juga oleh Wu Yueh Yun, (1994) Jumlah

Afektif Kelangsungan

Normatif

4 17 102

89

3.3.2.3 Penyelidikan Sebenar

Setelah alat-alat penyelidikan telah siap untuk digunakan sebagai pengambil data, penyelidik menjalankan kajian yang terdiri daripada pelaksanaan penyelidikan dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan selama tujuh bulan bermula pada bulan Mei 2007 hingga November 2007. Jangka masa yang diambil meliputi jangka masa untuk pengumpulan data kualitatif melalui kaedah kajian kes dan data kuantitatif dengan menggunakan soal selidik.

1) Pelaksanaan Penyelidikan dengan Pendekatan Kualitatif

Pengumpulan data kajian kualitatif dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kes. Hal ini dilakukan untuk melihat lebih terperinci tentang rangkaian agensi dan autoritinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Selain itu, kajian ini juga mendapati pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah terpilih yang terdiri daripada dua buah sekolah untuk masing-masing kategori pertama, kedua, dan ketiga. Pemilihan sekolah ini dilakukan untuk melihat pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di masing-masing sekolah tempat kajian dan membandingkan dengan sekolahsekolah di tempat kajian daripada masing-masing kategori.

Data-data tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengumpulan data untuk kaedah kajian kualitatif adalah:

a) Rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan guru didapati peranan dan fungsinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. b) Pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang meliputi enam dimensi, iaitu penglibatan dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan pengaruh.

90

c) Masing-masing daripada dimensi pemerkasaan guru ditinjau dari aspek pelaksanaan polisi yang terdiri daripada enam aspek iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan aspek kesesuaian.

Untuk memperoleh data tentang perkara-perkara tersebut dilakukan pengambilan data dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Huraian masing-masing kaedah dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i) Pemerhatian

Dengan kaedah pemerhatian, penyelidik dapat melakukan kunjungan terhadap Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia. Dalam melaksanakan

pemerhatian, penyelidik pernah mengikuti pengundian penolong pengetua yang dilaksanakan oleh sekolah yang mempuyai kod A06. Pelaksanaan pengundian penolong pengetua dilakukan dengan melibatkan semua guru yang dilakukan secara demokratik, dalam erti bahawa setiap guru mempunyai kesempatan untuk mengundi sesuai dengan pilihan dan kehendaknya dengan cara memasukkan pilihannya ke dalam kotak yang telah disediakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap guru diberi peluang untuk ikut memberikan keputusan menentukan penolong pengetua sesuai dengan pilihannya.

Selain itu penyelidik juga terlibat dalam kegiatan bengkel peningkatan profesionalisme guru bidang penyelidikan tindakan kelas yang dilaksanakan di sekolah yang mempuyai kod A02 dan A06. Dalam kegiatan tersebut penyelidik sebagai pembentang yang menyampaikan tentang asas dan proses pelaksanaan penyelidikan tindakan kelas serta cara menulis laporan penyelidikan tindakan kelas.

Demikian juga kegiatan yang dilakukan oleh Forum Komunikasi dan Solidaritas, sebuah Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) peduli pendidikan dengan beberapa

91

pembentang

dari

Dewan

Pendidikan

bandar

Malang.

Kegiatan

tersebut

diselenggarakan untuk melaksanakan pemerkasaan Komite Sekolah pada akhir Julai 2007 yang dihadiri oleh penyelidik untuk melakukan pemerhatian dan temu bual bebas dengan beberapa peserta. Selain itu, kegiatan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah bekerja sama dengan Madrasah Tsanawiyah Negeri tentang kegiatan bengkel usaha kesihatan sekolah, telah dihadiri pula oleh penyelidik dan juga dilakukan temu bual bebas dengan para peserta kegiatan bengkel.

Dengan mengikuti beberapa kegiatan tersebut dapat diketahui tentang aktiviti dan suasana, tindakbalas intuisi dan gerak hati yang dialami penyelidik serta semua faktor-faktor yang bergabung bersama (LeCompte dan Preissle, 1993), sehingga melalui pemerhatian ini memberikan gambaran data pada situasi sebenar daripada responden yang berkaitan dengan pelaksanaan pemerkasaan guru.

ii) Temu Bual

Untuk memperoleh data tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dan memperlengkapkan data, selain menggunakan pemerhatian adalah melakukan temu bual. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu apabila penyelidik mahu mendapatkan apa yang ada dalam fikiran seseorang (Patton, 1990). Temu bual perlu dilakukan jika penyelidik tidak dapat memperhatikan tingkah laku, perasaan, atau cara manusia menginterpretasi dunia di sekeliling mereka, dan juga diperlukan apabila penyelidik berminat terhadap suatu peristiwa yang terlah berlalu (Merriam, 2001), dan kegiaan temu bual dilakukan sebagai salah satu alat pengumpul data yang disebut dengan triangulasi (Lexy, 2007).

Kegiatan temu bual yang dilaksanakan penyelidik dilakukan dengan membuat temu janji terlebih dahulu dengan para responden dan berpandukan soalan temu bual

92

yang telah disusun. Pelaksanaan temu bual sesuai dengan temu janji yang telah disepakati dilaksanakan di tempat kajian, iaitu di sekolah untuk pelaksanaan temu bual dengan pengetua, penolong pengetua dan guru, sedangkan untuk Komite Sekolah, pelaksanaan temu bual dilaksanakan di tempat kerja pimpinan Komite Sekolah berkhidmat, dan sebahagian dilaksanakan di rumah pimpinan Komite Sekolah. Manakala ahli parlimen, pelaksanaan temu bual dilaksanakan di Pejabat Parlimen dan untuk jawatan pendidikan daerah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah.

Responden dalam kegiatan temu bual adalah pengetua seramai lima orang, penolong pengetua dua orang, dan 14 orang guru. Sedangkan untuk kajian agensi pelaksanaan pemerkasaan guru, selain pengetua yang menjadi responden temu bual adalah, tiga orang Pegawai Pelajaran Daerah, tiga orang ahli Parlimen Daerah, 6 orang ahli Komite Sekolah, dua orang ahli Dewan Pendidikan. Sehingga bilangan keseluruhan responden adalah 35 orang. Hal ini sudah ada tambahan bilangan responden, kerana sebelumnya sesuai kebenaran yang diperoleh daripada penyelia, bahawa bilangan responden temu bual seramai 21 orang, disebabkan maklumat selama pelaksanaan penyelidikan masih belum diperoleh dapatan kajian yang mencukupi, dan untuk melengkapkan data hasil temu bual, sehingga ada penambahan seramai 14 orang, dan bilangan keseluruhan responden temu bual menjadi seramai 35 orang.

Adapun rincian responden dalam pelaksanaan temu bual dalam penyelidikan ini seperti pada Jadual 3.4 berikut:

93

Jadual 3.4 Rincian Responden Kajian Kualitatif

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Lembaga SMPN 5 SMPN 6 SMPN 18 SMPN 20 SMPN 12 SMPN 17 Pejabat Pelajaran Daerah Parlimen Daerah Dewan Pendidikan Komite Sekolah NGO (badan kerajaan) bukan

Pengetua Penolong 1 1 1 1 1 1 1

Guru 2 2 1 2 2 2

Pimpinan

Ahli

Jumlah 3 3 3 3 3 3

1 2 1 6 2 1 5 3 11 12

2 1 1

3 3 2 6 2 1

Forum Ilmiah Pendidik Jumlah

35

Hasil daripada temu bual yang dirakamkan dengan tape recorder selanjutnya dibuat transkripsi dan diberi kod untuk setiap transkripsi. Berikutnya adalah menyampaikan hasil transkripsi temu bual kepada responden yang bersangkutan untuk dilakukan verifikasi serta penambahan atau pengurangan tentang data yang telah disampaikan kepada penyelidik. Setelah verifikasi transkripsi oleh responden selesai, sebagai bentuk ucapan terima kasih penyelidik kepada responden, maka masing-masing responden diberikan tanda terima kasih berupa sebatang pen.

94

iii) Analisis Dokumen

Sebagaimana dikemukakan dalam proses triangulasi, bahawa pengumpulan data selain dilakukan dengan pemerhatian dan temu bual, dilakukan pula dengan kaedah analisis dokumen. Data yang terkumpul melalui analisis dokumen adalah bertujuan untuk memperlengkapkan dan memberi bukti kepada data yang didapati dari sumber lain seperti pemerhatian dan temu bual (Razali, 1994; Nana, 2005; Sukardi, 2005). Terdapat pelbagai jenis dokumen yang boleh digunakan untuk mendapatkan data, seperti surat, memorandum, agenda, minit mesyuarat, laporan bertulis, dokumen pentadbiran, dokumen dalaman dan juga bahan yang tersiar dalam akhbar (Nana, 2005; Sukardi, 2005)

Antara dokumen yang telah dianalisis untuk tujuan mendapatkan data bagi penyelidikan ini, iaitu;

a) Undang-undang No. 22 tahun 1999 tentang Pemerintahan Daerah b) Undang-undang No. 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional c) Undang-undang No. 14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (Pensyarah) d) Peraturan Pemerintah Republik Indonesia No.19 tahun 2005 Tentang Standard Nasional pendidikan e) Keputusan Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia No. 044/U/2002 Tentang Dewan Pendidikan dan Komite Sekolah. f) Peraturan Daerah No. 13 tahun 2001 tentang Sistem Penyelenggaraan Pendidikan Bandar Malang g) Peraturan Daerah Bandar Malang No. 5 tahun 2004 tentang Pembentukan, Kedudukan, Tugas Pokok, Fungsi dan Struktur Organisasi Dinas Daerah sebagai Unsur Pelaksana Pemerintah Bandar Malang

95

h)

Peraturan Daerah Kota Malang No.6 tahun 2004 Tentang Pembentukan, kedudukan, Tugas Pokok, Fungsi dan Struktur Organisasi Badan dan Kantor sebagai Lembaga Teknis Pemerintah Kota Malang

i) Data guru Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di bandar Malang k) Rancangan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Daerah Bandar Malang tahun 2007 l) Profil Pendidikan bandar Malang tahun 2007 m) Laporan kegiatan Dewan Pendidikan bandar Malang tahun 2005-2006 n) Rancangan Pengembangan Sekolah

2) Pelaksanaan Penyelidikan dengan Pendekatan Kuantitatif

Kajian lapangan pengumpulan data kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data-data tentang perkara-perkara pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia, iaitu:

a) Identiti responden kajian, yang meliputi segi jantina, gred jawatan kepegawaian, peringkat pendidikan, bilangan tahun mengajar dan gaji yang diperoleh dalam sebulan b) Kesan guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru c) Pesepsi guru terhadap pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi Langkah awal penyelidik untuk mengumpulkan data adalah dengan

menyampaikan satu set soal selidik kepada responden yang terpilih sebagai sampel melalui penolong pengetua. Dari sejumlah 360 orang guru sebagai responden, soal selidik yang dikembalikan sejumlah 302 soal selidik, ini bererti sebesar 83.9 peratus responden mengembalikan soal selidik yang telah diedarkan. Sebagai rasa terima kasih,

96

penyelidik memberikan cendera hati berupa sebatang pen kepada responden yang sudah mengumpulkan soal selidik melalui penolong pengetua

Langkah berikutnya adalah dilakukan pemilihan soal selidik yang boleh dianalisis, kemudian dilakukan penskoran sejumlah 296 soal selidik, ini bermakna sebesar 98 peratus soal selidik yang boleh dianalisis dari sebilangan 302 soal selidik yang telah dikembalikan oleh responden. Dari jumlah tersebut, skor yang diperoleh dimasukkan dalam program SPSS versi 15.0 dan dilakukan ujian untuk mencari out lier yang kemudian dikeluarkan dari kumpulan data, dan data terakhir yang boleh dianalisis sejumlah 286 responden.

3.4. Kaedah Analisis Data

Dalam bahagian ini dihuraikan tentang kaedah analisis data yang digunakan dalam menjelaskan data-data tentang perkara-perkara tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang dikaji dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

3.4.1. Analisis Data Kualitatif

Kajian dalam penyelidikan ini boleh dicirikan sebagai pelaksanaan polisi, iaitu sesuatu yang berkenaan dengan produksi maklumat tentang nilai mahupun manfaat hasil polisi (Dunn, 2003; AG Subarsono, 2005). Untuk mengetahui apakah sesuatu aktiviti dilaksanakan, setakatmana pencapaiannya dan juga untuk mengetahui kekangan dan kesan dalam pelaksanaannya, diperlukan adanya kajian terhadap pelaksanaanya.

Untuk menganalisis rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan guru, dianalisis tentang peranan dan fungsi masing-masing agensi yang terdiri daripada lima agensi iaitu Pejabat Pelajaran Daerah, Parlimen Daerah, Dewan Pendidikan, Komite Sekolah dan Sekolah . Masing-masing daripada agensi ditinjau fungsi dan

97

peranannya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia.

Sedangkan untuk memperoleh gambaran pelaksanaan polisi diperlukan adanya aspek-aspek pelaksanaan polisi sebagai fokus penyelidikan. Adapun aspek pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia terdiri daripada enam aspek, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan kesesuaian (Dunn, 2003, Lexy, 2007).

Aspek-aspek dan persoalan pelaksanaan polisi sebagai fokus penyelidikan seperti Jadual 3.5 berikut :

Jadual 3.5 Aspek-aspek Pelaksanaan Polisi

No 1 2 3 4 5 6

Aspek Pelaksanaan Keberkesanan Efisiensi Kecukupan Purata Responsiviti Kesesuaian

Persoalan Apakah hasil yang diinginkan telah tercapai? Bagaimana cara yang dilakukan dalam melaksanakan polisi? Setakat mana hasil yang telah tercapai boleh memecahkan masalah? Apakah manfaat didistribusikan kepada semua kelompok masyarakat yang berbeza? Apakah hasil polisi memuat nilai kelompok dan boleh memuaskan mereka? Apakah hasil yang diperolehi bermanfaat?

Sumber: (Dunn, 2003; AG Subarsono, 2005; Lexy, 2007)

Sehingga analisis data kajian kualitatif yang dilaksanakan sejumlah 36 hasil dapatan kajian seperti pada Jadual 3.6 berikut:

98

Jadual 3.6 Kerangka Analisis Aspek Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru


Dimensi Aspek Pembuatan Keputusan Peningkatan Profesionalisme Kepercayaan Diri

No

Status

Autonomi

Pengaruh

1 2 3 4 5 6

Keberkesanan ............... Efisiensi Kecukupan Purata Responsiviti Kesesuaian ............... ............... ............... ............... ...............

.................... .................... .................... .................... .................... ....................

........ ........ ........ ........ ........ ........

............. ............. ............. ............. ............. .............

............ ............ ............ ............ ............ ............

............ ............ ............ ............ ............ ............

Data-data hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dikelompokkan menurut aspek-aspek pelaksanaan polisi dan disilangkan dengan dimensi pemerkasaan guru.

3.4.2 Analisis Data Kuantitatif

Data yang diperoleh daripada soal selidik iaitu skor tentang pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi dianalisis dan dilakukan ujian menggunakan analisis regresi linear berganda. Setelah diperoleh skor tentang pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi, langkah berikutnya adalah melakukan transformasi datapada dari skala ordinal (skala Likert) menjadi skala selang dengan menggunakan Method of Successice Interval (MSI) dengan rumus seperti berikut:

Y = NS + [1 + NS min ] Y = skala selang

99

[(density at lower limit) (density at upper limit)] NS = [(area below upper limit) (area below lower limit)] sedangkan tahap-tahap transformasi data skala ordinal kepada skala selang adalah seperti berikut :

1) Tentukan kekerapan setiap skor jawapan daripada responden 2) Tentukan proporsi setiap kekerapan jawapan responden 3) Tentukan kekerapan kumulatif setiap kekerapan jawapan responden 4) Hitung nilai Z untuk setiap proporsi kumulatif 5) Tentukan nilai tinggi density untuk setiap nilai Z yang diperoleh dengan

menggunakan Jadual Tinggi Density 6) Tentukan nilai skala (NS). 7) Tentukan nilai skala selang dengan rumus Y = NS + [1 + NS min ] (Riduwan, 2007)

Untuk menguji pengaruh pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi, digunakan analisis regresi linear berganda seperti berikut :

Yi = 0 + 1X1i + 2X2i + 3X3i + 4X4i + 5X5i + 6X6i + i Y 1i Y 2i X 1i X 2i X 3i X 4i X 5i X 6i 0

(Gujarati, 2003)

= kepuasan kerja (pemboleh ubah tidak bebas pertama), = komitmen organisasi (pemboleh ubah tidak bebas kedua), = penglibatan dalam membuat keputusan, = peningkatan profesionalisme , = status = kepercayaan diri, = autonomi , = pengaruh = titik potong dengan sumbu tegak 100

j i

= koefisien regresi ke-j (j=1,2,3,4,5,6) = pengamatan ke-i = faktor gangguan Sedangkan untuk menguji hubungan kepuasan kerja dengan komitmen

organisasi digunakan analisis korelasi Pearson.

3.4.2.1 Ujian Andaian

Penggunaan analisis regresi untuk menguji hipotesis, boleh digunakan jika memenuhi lima andaian klasik yang mendasari, iaitu normaliti, multikolineariti, heteroskedastisiti, autokorelasi dan lineariti dengan huraian seperti berikut.

1) Ujian Normaliti

Normaliti adalah distribusi probabiliti dari unsur gangguan diharapkan memiliki purata sama dengan nol, tidak berkorelasi dan tidak mempunyai varian yang tetap. Untuk mengetahui ada tidaknya normaliti dilakukan dengan mengamati penyebaran data pada sumbu diagonal pada sesuatu grafik dengan asas yang digunakan untuk pengambilan keputusan adalah a). jika data menyebar diperkitaran garis diagonal dan mengikuti arah garis diagonal, maka model regresi mempunyai residual yang normal, b). jika data menyebar jauh dari garis diagonal dan mahupun tidak mengikuti arah garis diagonal, maka model regresi tidak memenuhi andaian normaliti. (Singgih, 2001).

2) Ujian Multikolineariti

Multikolineariti adalah adanya sesuatu hubungan linear yang sempurna antara beberapa mahupun semua pemboleh ubah bebas (Singgih, 2001; Gujarati, 2003). Untuk mengetahui adanya multikolineariti boleh dilakukan dengan cara: a) mengamati nilai

101

R2, F hitung dan t hitung. Jika nilai R2 dan F hitung tinggi sementara nilai t hitung banyak yang tidak bererti, maka model regresi mungkin terjadi multikolineariti (Gujarati, 2003), b). mengamati nilai Varians Inflation Factor (VIF) dan Tolerance. Jika nilai VIF ada diperkitaran satu dan angka Tolerance mendekati satu, maka model regresi mungkin terjadi multikolineariti (Singgih, 2001)

3) Ujian Autokorelasi

Autokorelasi adalah korelasi antara anggota serangkaian pengamatan yang diurutkan menurut waktu mahupun ruang, dengan kata lain bahawa sesuatu unsur gangguan yang berhubungan dengan pengamatan dipengaruhi oleh gangguan yang berhubungan dengan pengamatan lain. Gejala autokorelasi sering terjadi kerana faktor gangguan tidak bebas dari satu pengamatan ke pengamatan lainya. Untuk menguji autokorelasi digunakan Ujian Durbin Watson (Singgih, 2001).

Untuk menentukan apakah terjadi autokorelasi atau tidak, diperoleh dengan cara melihat hasil d ujian Durbin Watson, kemudian melihat harga dU (harga d batas

atas)dan dL (harga d batas bawah) yang tersedia di jadual dengan memperhatikan banyaknya sampel, banyaknya pemboleh ubah bebas dan peringkat kepercayaan yang dikehendaki. Langkah berikutnya dicocokkan dengan jadual Ujian Durbin Watson seperti Jadual 3.7 berikut :

102

Jadual 3.7 Keputusan Ujian Durbin Watson

No 1 2 3 4 5

Nilai Durbin Watson 0 d < dL dL < d < dU dU < d < 4 - dU 4 - dU < d < 4 - dL 4 - dL < d < 4

Keputusan Ada autokorelasi positif Daerah ragu-ragu Tidak ada Autokorelasi Daerah ragu-ragu Ada autokorelasi negatif

Sumber : Gujarati, 2003

4) Ujian Heteroskedastisiti

Heteroskedastisiti adalah sesuatu keadaan dalam sesuatu pengamatan di mana semua gangguan mempunyai varians yang sama (Gujarati, 2003). Masalah heteroskedastisiti terjadi apabila gangguan pada model yang sedang diamati tidak memiliki varians yang tetap dari satu pengamatan ke pengamatan lain. Gejala ini sering terjadi apabila regresi menggunakan data cross section dibandingkan dengan data time series. Untuk mengenali ada tidaknya heteroskedastisiti iaitu dengan melihat ada tidaknya pola tertentu pada scatterplot yang menunjukkan hubungan antara Regression Studentised Residual dengan Regression Standarized Predicted Value. Jika titik-titik yang terbentuk menyebar secara acak dan tidak membentuk pola yang jelas, maka model regresi mungkin tidak ada masalah heteroskedastisiti (Singgih, 2001).

5) Ujian Lineariti

Andaian ini menyatakan bahawa dalam persamaan regresi linear hubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah tidak bebas adalah linear. Andaian ini

103

akan menjadi dasar dalam penentuan persamaan regresi yang sesuai, apakah persamaan regresi linear, logaritma, kubik atau kuadratik.

3.4.2.2 Ujian Hipotesis

Apabila syarat-syarat diperkenankannya model regresi dipenuhi yang terdiri daripada normaliti, multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti maka langkah berikutnya adalah menguji hipotesis statistik yang diajukan dalam penyelidikan ini dan analisis data yang dilakukan dengan bantuan program SPSS versi 15.0. Adapun ujian yang dilakukan adalah: 1) Ujian F Ujian F dilakukan untuk menguji hubungan keleseluruhan pemboleh ubah bebas secara bersama-sama dengan pemboleh ubah tidak bebas, dalam hal ini menguji hipotesis berikut:
H0 : 1= 2= 3= 4= 5= 6= 0, yang bererti bahawa semua pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama tidak mempunyai pengaruh yang bererti terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja dan komitmen organisasi. H1 : H0 tidak benar, yang ertinya tidak semua pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama tidak mempunyai pengaruh yang bererti terhadap pemboleh ubah tidak bebas iaitu kepuasan kerja dan komitmen organisasi.

Pengujian dilakukan dengan membandingkan F hitung dengan F tabel. Jika F hitung F tabel, maka Ho ditolak dan bererti bahawa pada peringkat signifikans tertentu pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama mempunyai hubungan yang bererti dengan pemboleh ubah tidak bebas iaitu kepuasan

104

kerja dan komitmen organisasi, namun jika F sebaliknya.

hitung

<F

tabel

maka yang terjadi adalah

2) Ujian t

Ujian t digunakan untuk menguji hubungan antara masing-masing pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah tidak bebas dan dianggap bahawa pada saat pengujian sesuatu pemboleh ubah bebas, tidak terjadi perubahan pada pemboleh ubah bebas lainnya. Ujian t ini digunakan untuk menguji hipotesis berikut :

H0 H1

: :

j = 0 j 0

H0 menunjukkan hipotesis nol, sedangkan H1 adalah hipotesis alternatif, j menunjukkan koefisien korelasi pemboleh ubah bebas ke-j. Dalam hipotesis nol j = 0, hal ini bererti bahawa tidak ada hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas kej (j = 1,2,3,4,5,6) yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru dengan pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi, sedangkan hipotesis alternatif j 0, hal ini bererti bahawa ada hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas ke-j yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru dengan pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi.

Pengujian dilakukan dengan membandingkan t t


tabel,

hitung

dengan t

tabel.

Jika t

hitung

maka H0 ditolak yang bererti bahawa pada peringkat signifikans tertentu ada

hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas ke-j yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru dengan pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi, sedangkan jika t hitung < t tabel, maka H0 diterima yang bererti tidak ada hubungan yang bererti antara pemboleh ubah bebas ke-j yang terdiri dari enam

105

dimensi pemerkasaan guru dengan pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi. 3) Ujian Koefisien Determinasi (R2)

Ujian koefisien determinasi untuk mengetahui seberapa besar sumbangan keseluruhan pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru terhadap pemboleh ubah tidak bebas yang terdiri dari kepuasan kerja dan komitmen organisasi.

Sebagai usaha bagi melengkapkan dan menyempurnakan hasil daripada penyelidikan, serta untuk memperoleh maklum balas daripada responden tentang dapatan kajian dalam penyelidikan ini, penyelidik telah membentangkan hasil dapatan kajian pada tarikh 28 Disember 2007 yang dilaksanakan di Universiti Muhammadiyah Malang, Indonesia. Kegiatan tersebut dihadiri oleh responden, pensyarah Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universiti Muhammadiyah Malang dan juga dihadiri oleh penyelia Prof. Dr. Sufean Hussin.

106

You might also like