You are on page 1of 20

1.

0 PENDAHULUAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga perlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakalbakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidkan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, kemahiran, Beliau modal menekankan intelektual,

pembangunan

ilmu

pengetahuan,

pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.

Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara. Selain itu, program ini juga merupakan satu

kerjayaan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial amat diperlukan untuk menjadi guru yang cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Hal ini kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Selain itu, kursus Bina Insan Guru (BIG) ini akan melahirkan seorang guru yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing. Penekanan kursus diberikan terhadap pembentukan diri guru secara holistik dan kontekstual. Kursus ini merupakan suatu program

perkhemahan selama tiga hari dua malam. Melalui perkhemahan, para guru akan diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan pada masa yang akan datang.

2.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang mengikuti mana-mana pengajian di IPG seluruh Malaysia termasuklah IPG KampusTun Hussien Onn. Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan siri ke-2 dianjurkan oleh IPG Kampus Tun Hussien Onn pada tahun 2011. Program ini akan dijalankan di Teluk Gorek, Mersing, Johhor selama empat hari tiga malam. Seramai 83 orang peserta yang akan mengikuti program ini yang mana dari opsyen Tesl SJK(C), RBT SK, PP SJK(C) dan BC(SK).

3.0 OBJEKTIF Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, serta bermanafaat kepada keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, pesertapeserta dapat mencapai matlamat berikut: 1. menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.

2. meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat bersama serta bertanggungjawab kepada pasukan. 3. meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 4. meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan

intrapersonal serta perpaduan masyarakat. 5. meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. meningkat pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian. Setelah tamat program ini, para pelatih guru PISMP diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti berikut : 1 2 3 4 Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan. Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan. Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan. 5 Memupuk gerak balas secara positif tidak kiran dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dapat

meningkatkan

kemahiran

berkomunikasi

mengikut

persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti. 7 Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan mengorganisasi sesuatu program dengan baik. 8 Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

4. TEMPAT PERKHEMAHAN Program Bina Insan Guru Siri (BIG) siri 2/2013 di Teluk Gorek, Mersing, Johor

5. TARIKH PELAKSANAAN Program Bina Insan Guru (BIG) Siri ke 2 / 2013 ini akan dilaksanakan pada 11 March 2013 hingga 14 March 2013 iaitu 4 hari 3 malam.

6.0 SENARAI AJK KUMPULAN

Ketua Kumpulan

Nor Ariff Bin Daud

Penolong Ketua Kumpulan

Manmit Kaur A/P Paranjit Singh

Nabila Binti Abdul Latiff AJK Moral Lim Chin Yi

Daniel Koh Chong Chin AJK Keceriaan Teo Shin Ning

Wong Chew Shian AJK Kebersihan Tiong Zhi Soon

Mohamad Iffat Faishal Bin Mohd Nasir AJK Malam Persembahan Loi She Chi

Siti Nurdina Mardhiah Binti Mazli AJK Peralatan Wong Kai Yeuh

Nor Izzatty Bt Izhar AJK Keselamatan Chong Mun Yee

7.0 REFLEKSI AKTIVITI

8.0 REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur

kepada

Tuhan

kerana

saya

teleh

berjaya

melaksanankan program Bina Insan Guru sesi kedua bagi tahun 2013 yang telah dilaksanakan di Kem Teluk Gorek, Mersing, Johor pada 11 Mac hingga 14 Mac 2013 yang lalu. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu hasrat ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang selaras dengan FPK dan FPG. Guru ialah pembina generasi Malaysia, oleh itu pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul yang selaras dengan Wawasan 2020.

Dari program Bina Insan Guru ini, saya telah mendapati kepentingan membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan kemantapan pelbagai aspek seperti segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya,

kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan. Bukan ini sahaja,

program ini juga boleh memupuk nilai-nilai individu yang unggul, khususnya kepada para pendidik sebagai penyumbang kepada

masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik.

Dalam pelbagai aktiviti program Bina Insan Guru, saya dapat mempelajari cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain. Saya berada di kumpulan Crayon yang mempunyai 14 orang ahli kumpulan termasuk saya. Setiap ahli kumpulan berasal daripada tempat yang beza dan opsyen yang tidak sama, tetapi saya dan ahli kumpulan tidak pernah mewujudkan perselisihan faham dan persengketan. Walaupun ahli kumpulan saya memiliki personaliti yang tersendiri, tetapi kami selalu saling hormat dan menghormati tidak kira bangsa dan agama. Sebelum ini, saya kurang bergaul dengan kawan bangsa dan opsyen lain, tetapi dalam program ini, saya berpeluang berkawan dengan rakan yang bangsa lain. Perkara ini secara tidak lansung telah mencapai hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu slogan Satu Malaysia . Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan

bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkah laku.

Saya juga mendapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Misalnya dalam aktiviti Water Confident saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan baik. Dengan bantuan daripada rakan-rakan dan jurulatih, akhirnya saya telah berjaya mengatasi ketakutan saya berada di dalam laut. Menyedari hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di manamana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya.

Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk

memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya. Terutamanya kami menjalankan aktiviti yang berbahaya seperti water confident, kembara dan berakit dalam laut, jurulatih kami telah memberikan penjelasan yang sangat jelas dan memastikan kami berpakaian lengkap dan selamat sebelum menjalankan aktiviti.

Program Bina Insan Guru juga mengajarkan saya perlu sentiasa berdaya tahan yang tinggi. Ketahanan fizikal seperti kecergasan, ketahanan diri; ketahanan mental seperti berfikiran positif, terbuka dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang; ketahanan emosi seperti memahami dan mengawal emosi; ketahanan spritual seperti kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah. Pelbagai ketahanan ini telah diterapkan ke jati diri saya. Paling susah kepada saya ialah ketahanan mental, kerana masa yang tidak cukup untuk merehat telah menjejaskan fikiran mental saya. Saya tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuh untuk sebahagian aktiviti.

Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang terpendam dalam diri seseorang. Saya telah memperhatikan sebenarnya terdapat banyak orang yang mahir memasak dalam kumpulan kami. Makanan yang mereka sedia kepada semua guru pelatih dan jurulatih bukan sahaja sedap, ia juga mempaparkan kebijaksanaan ahli kumpulan saya untuk menyediakan makanan dengan bahan-bahan yang terhad.

Saya juga bersyukur kepada tuhan yang memberikan bakat fikiran kreaktif. Saya telah memberikan idea-idea kepada kumpulan saya semasa dalam mencipta bendera kumpulan sendiri dan persembahan malam kebudayaan. Jadi, saya berpendapat bahawa BIG membolehkan setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak perasan selama ini dan dari seseorang itu akan berusaha untuk mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing.

Program Bina Insan Guru Berjaya melahirkan guru-guru pelatih yang berjiwa merdeka dan perkasa. Masa itulah emas, masa yang tidak cukup telah menambahkan baik pengurusan diri seperti pembina disiplin

kendiri, berdikari, penampilan dan ketrampilan. Saya juga dilatihkan bijak membuat keputusan, cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Contohnya, semasa rakit kumpulan kami tenggelam, ahli kumpulan kami terus mencubakan strategi yang lain untuk menampungkan ahli-ahli kumpulan kami sekali sehingga berjaya. Perkara ini telah mempaparkan sebagai seorang guru, kami mesti bijak menyelesaikan masalah.

Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, sebelum menjalankan BIG ini, saya telah dimaklumkan bahawa mewakili kumpulan kami untuk berkongsi refleksi keseluruhan pada hari terakhir. Pada mulanya saya amat menolak dan tidak mahu kerana takut akan menjatuhkan air muka. Namun atas dorongan dan sokongan dari ahli kumpulan dan juga rakan sekelas, saya telah mengambil keputusan untuk berkongsi perasaan saya terhadap program BIG ini selama 4 hari 3 malam ini. Begitu juga semasa aktiviti air dan aktiviti water confident, sebenarnya saya takut untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya fobia akan air dan tidak pandai berenang. Malah, saya juga berasa takut melakukan aktiviti abseiling

kerana saya gayat tinggi. Namun dengan bantuan rakan yang sama kumpulan dan sekelas,saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi, selepas BIG ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara.

Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahliahli kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini mahupun rakan-rakan sekelas yang membantu ketika proses penyiapan portfolio ini berlangsung. Segala komitmen mereka amat dihargai.

Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah yang telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada saya terutamanya pihak pengurusan, ketua kem iaitu, Encik Latif dan para jurulatih iaitu jurulatih-jurulatih air, jurulatih-jurulatih darat, pihak kebajikan dan keselamatan, fasilitator-fasilitator, jurulatih kerohanian dan moral seta pengurus makanan. Kerjasama dari semua pihak menjadikan program BIG ini dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya kerana mengizinkan saya untuk menyertai program ini dan telah banyak memberi semangat dan dorongan yang amat bermakna untuk saya terus berusaha. Akhir sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa kalian amat saya hargai. Sekian terima kasih.

9.0 Bahan Bukti

1. Senarai AJK BIG

You might also like