You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENGENALAN

3.0 KONSEP AEROBIK

4-5

4.0 OBJEKTIF AKTIVITI AEROBIK 6 - 10

5.0 JENIS DAN CONTOH LATIHAN AEROBIK 11 - 13

6.0 PENUTUP 14

1.0

PENGHARGAAN

Bersyukur yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Tuhan, maka selesai jua kami menyiapkan tugasan untuk kokurikulum sukan memanah ini. Di sini kami dengan berbesar hati ingin mengalungkan segulung ucapan kepada individu yang telah membantu dalam menjayakan tugasan kumpulan untuk kokurikulum sukan memanah ini. Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih kokurikulum sukan memanah kami, En. Hannan kerana berkat kesabarannya, ideaidea, sokongan, bantuan, nasihat dan dorongan yang telah banyak diberikan kepada kami bagi menjayakan menyediakan tugasan ini dari mula hingga akhir. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan kokurikulum sukan memanah yang banyak berjasa dan memberi sokongan serta motivasi kepada kami selama satu semester kita berlatih dan belajar bersama. Terima kasih rakan-rakan sekalian. Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Akhir sekali, kami mengharapkan agar tugasan kami ini dapat diterima oleh Encik Hannan kerana kami telah siapkan tugasan ini sebaik mungkin. Kami harapkan ilmu yang kami perolehi daripada tugasan ini dapat digunakan sepenuhnya kelak. Sekian, terima kasih.

2.0 PENGENALAN

Definisi Aerobik Aerobik bermaksud dengan oksigen dan merujuk kepada penggunaan oksigen dalam metabolism badan atau tenaga-proses penjanaan. Pada mulanya ,sebarang aktiviti mendapatkan tenaganya daripada proses anaerobik, tetapi apabila aktiviti diteruskan, pengeluaran tenaga anaerobik berpindah ke pengeluaran tenaga aerobik. Ini berlaku 2-3 minit selepas mulanya sesuatu aktiviti.Kebanyakan jenis senaman adalah aerobik. Ini berlaku pada pekerjaan peringkat sederhana untuk satu kadar masa yang lama. American College of Sports Medicine(ACSM) mendefinisikan latihan aerobik sebagai "setiap kegiatan yang menggunakan kumpulan otot besar, boleh dilakukan secara terus menerus, dan berirama secara semula jadi. Ia adalah jenis senaman yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada biasa. Idea penting di sebalik senaman aerobik hari ini adalah untuk bangun dan bergerak. Sekarang terdapat lebih banyak senaman untuk dipilih. Bagaimanapun, tiada perbezaannya sama ada ianya jenis senaman baru atau lama. Yang penting, kita dapat memilih sesuatu kegiatan fizikal yang disukai yang boleh membuat detak jantung kita meningkat selama tempoh masa yang berterusan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

3.0

KONSEP AEROBIK

Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik membekalkan Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan oksigen adalah diperlukan. Melalui metabolisme aerobik, ATP dihasilkan dengan banyak. Akan tetapi tiada bahan kumuh yang melesukan terbentuk. Karbon dioksida diserap secara bebas daripada selsel otot ke dalam darah. Ia kemudiannya dibawa ke paru-paru dan dihembuskan keluar. Sel akan mengunakan air yang terbentuk. Selain daripada glikogen, sistem aerobik juga boleh memecahkan lemak dan protein menjadi karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dan air ini dibebaskan untuk tujuan sintesis ATP. Contoh; 256gm lemak yang dipecahkan akan menghasilkan 130 mol ATP. Glikogen dan lemak menjadi sumber penting untuk penghasilan ATP semasa melakukan aktiviti gerakan. Kita memerlukan kira-kira 3.5 liter oksigen untuk menghasilkan satu mol ATP. 2.0-3.0 liter oksigen digunakan untuk menghasilkan satu mol ATP pada keadaan rehat. Dalam keadaan rehat yang normal, kita menghasilkan satu mol ATP secara aerobik bagi setiap 12 20 minit. Secara keseluruhan, boleh dikatakan lemak dan glikogen digunakan dalam sistem aerobik untuk mensintesis semula ATP dalam jumlah yang banyak tanpa bahan buangan sampingan yang melesukan. Ketika aktiviti jangka panjang dan daya tahan, sistem aerobik sesuai digunakan untuk menghasilkan ATP.
4

Ciri-ciri sistem aerobik adalah: (a) Glikogen dan lemak adalah penyumbang kepada penghasilan ATP; (b) Prestasi ditentukan dengan keupayaan memberi dan menggunakan oksigen; dan (c) Tiada asid laktik dihasilkan. Mekanisme Sistem Aerobik Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan sistem aerobik, oksigen adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap di mana ianya akan menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida. Apabila tenaga dihasilkan, tenaga yang terbebas adalah 2,880kJ per molekul glukosa. Penghasilan ATP juga banyak berlaku dalam sistem aerobik iaitu kira-kira 32 - 38 ATP. Sistem aerobik berlaku dalam sel mitokondria.

4.0

OBJEKTIF AKTIVITI AEROBIK

Fungsi Sistem Aerobik dalam Aktiviti Sukan Sistem aerobik memberikan faedah yang banyak kepada aktiviti sukan. Jurulatih sukan boleh menggunakan latihan aerobik untuk melatih atlet-atlet. Latihan aerobik adalah: (a) Latihan di mana tubuh berupaya membekalkan oksigen secukupnya untuk menampung keperluan tubuh dalam melaksanakan aktiviti pada jangka masa panjang; (b) Latihan secara progresif berterusan dan dijalankan pada jangka masa yang panjang dan melibatkan sebahagian besar otot rangka; dan (c) Menyebabkan berlakunya adaptasi terhadap sistem kardiorespiratori dan sistem penggunaan oksigen pada otot berkenaan. Fungsi sistem aerobik dalam aktiviti sukan adalah: (a) Otot mitokondria mempunyai kapasiti yang tinggi untuk menghasilkan ATP; (b) Penambahan mitokondria dan saiznya; (c) Peningkatan kandungan mioglobin dalam darah. Mioglobin ialah pewarna pengikat oksigen dan bertindak sebagai stor oksigen. Fungsi utamanya membantu dalam penyerapan oksigen dari selaput sel ke mitokondria (rumah penghasil tenaga); (d) Peningkatan dalam oksidasi karbohidrat (glikogen); dan
6

(e) Peningkatan kapasiti otot untuk memecahkan dan oksida lemak. Lemak akan diurai kepada karbon dioksida dan air dengan penghasilan ATP. Lemak bertindak sebagai bahan api utama bagi otot semasa senaman daya tahan. Lebih banyak dioksidasi lemak, semakin kurang pengumpulan asid laktik.

Tujuan dan Kepentingan Aktiviti Aerobik penting untuk semua lapisan masyarakat. Dengan melakukan aktiviti tersebut, kita dapat memperolehi banyak faedah. Berikut merupakan kepentingan Aktiviti Aerobik : 1. Mengurangkan tekanan Aktiviti Senaman Aerobik merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress.Ini akan membolehkan kita berasa lebih selesa dan sihat. 2. Menjamin kesihatan Aktiviti Aerobik membantu mencegah penyakit jantung, obesiti, arthritis,sakit belakang, diabetes, angin ahmar dan beberapa jenis kanser. Cuba anda fikirkan jika anda telah menderita daripada salah satu penyakit ini, kekuatan latihan bukan sahaja boleh membantu anda meringankan penyakit, ia juga boleh memperkuat sistem kekebalan. 3. Menajamkan fikiran Melalui Aktiviti Aerobik, kekuatan fungsi otak ditingkatkan. Ini membantu mencegah demensia dan penyakit Alzheimer.

Faedah kepada Fisiologi Badan Manusia Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia,seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya. Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan dari aspek: i. koordinasi ii. kelenturan; iii. koordinasi; dan iv. kekuatan. Koordinasi Koordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki kordinasi tubuh.

5.0

JENIS DAN CONTOH LATIHAN AEROBIK

Terdapat beberapa jenis aktiviti bercorak aerobik seperti berikut: (a) Joging

(b) Lari ulang alik berterusan

10

(c) Berbasikal

(d) Berenang

11

(e) Berjalan pantas

12

6.0 PENUTUP Secara ringkasnya, kebanyakan daripada kita kurang mengeluarkan peluh ketika bekerja atau pada waktu lapang. Lazimnya, kita memandu kereta atau menaiki bas untuk pergi dan balik ke tempat kerja dan menonton TV bagi mengisi masa lapang di rumah daripada melakukan sesuatu yang memerlukan fizikal aktif. Bukti daripada kebanyakan penyelidikan menunjukkan aktiviti kecergasan bertahap rendah hingga sederhana boleh memberi manfaat jangka pendek dan jangka panjang untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Jika ia dilakukan setiap hari, banyak manfaat boleh diperoleh seperti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan pelbagai penyakit yang dicetuskan oleh gaya hidup moden.

Aktiviti yang dimaksudkan meliputi berjalan kaki, naik-turun tangga, berkebun, kerja rumah secara sederhana hingga berat dan senaman di rumah. Senaman yang lebih bertenaga boleh membantu memulihkan kesihatan jantung dan paru-paru, lantas memberi manfaat yang lebih konsisten untuk risiko penyakit lemah jantung.

Fungsi utama senaman aerobik ialah untuk membantu sistem jantung dan paru-paru anda supaya ia kekal sihat dan memberikan anda lebih tenaga, katanya sambil menjelaskan, selain berjalan kaki, aktiviti lain bermanfaat ialah joging, berenang, bermain tenis dan berbasikal. Aktiviti bersifat bertenaga, sebaliknya, membantu otototot dan tulang supaya sentiasa kuat, memulihkan posisi tubuh dan membantu mengelak daripada penyakit seperti osteoporosis.

13

7.0 RUJUKAN

1. http://www.scribd.com/doc/53061949/Senaman-Aerobik 2. http://www.slideshare.net/Ukhuwah_90/kepentingan-senamrobik-terhadapsistem-kardiovaskular 3. http://arsenal4u.com/2012/12/artikel-7-kepentingan-melakukan-aktivitimemanaskan-badan/ 4. http://myluth91.blogspot.com/2012/04/kepentingan-bersukan.html

14

You might also like