You are on page 1of 5

Soalan-Soalan Tutorial 1 ( Kump.

Wai Mun, Diong dan Hui Li)

1. Apa yg dimaksudkan sbg pertalian relatif ant "record of event" dan "the event themselves". Pensejarahan (historiography) berpokok dari perkataan sejarah(history). Sejarah secara umum diertikan sebagai the record of events (catatan peristiwa-peristiwa) or the events themselves(peristiwa-peristiwa itu sendiri), saling mempunyai pertalian yang relatif. Sesuatu peristiwa itu terjadi itu dicatatkan jadilah ia sejarah. Ini adalah pengertian yang ortodoks. Tetapi, dalam pengertiannya yang lebih kompleks pada masa ini, Encyclopaedia Britannica telah memberikan kenyataan berikut.it was only in comparatively modern times that the meaning of the word (i.e. history) was extended to include the phenomena that form their subject. Dalam phenomena ini, peristiwa dan catatan mengenai pristiwa tadi mengembang dan membentuk perkara-perkara seperti : 1. Benar/sahih ataupun tidak peristiwa itu 2. Bagaimana, sebab-musabab, perkembangan dan kesan daripada peristiwa berkenaan. 3. Tokoh/watak yang menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa 4. Bila peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain. Sementara di dalam catatan terkandung perkara-perkara : peristiwa-peristiwa pula, di dalamnya

1. Siapakah yang mencatatkan peristiwa itu 2. Bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan tetap atau tidak, bias atau sebaliknya, objektif atau subjektif, emotional atau rational. Apa dan bagaimana sudut pandangan pencatat berdasarkan perisitwa dan latar belakangnya yang mengaitnya. 3. Apakah cara dan kaedah (methodlogy), pendekatan dan teori, falsafah dan pemikiran yang digunakan dan diambil oleh pencatat berkenaan 4. Sekiranya, dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa pada masa ini, di mana nilai-nilai ilmiah dan saintifik terterap ke dalam pencatatan tersebut dengan menggunakan sumber-sumber penduaan (secondary), bagaimanakah sumber-sumber ini dikendali dan dipersepsikan. Kedua-dua cabang ini, the event dan the record of that event berkembang dari masa ke masa, dari satu masyarakat ke satu masyarakat, dan, dari satu generasi ke satu generasi. Masa, masyarakat dan generasi di mana manusia mula hidup bertamadun sampailah ke hari ini, lalu membentuk periodisasiperiodisasi perzamanan (periodizations) dalam perkembangan tersebut.

Kesemua permasalahan dan phenomena serta tetek-bengek di atas, merangkumi pengertian pensejarahan ( historiography).

Diambil dari buku : Pensejarahan Melayu Nusantara karya Muhammad Yusoff Hashim

2. Apa perbezaan pendapat Khoo Khay Kim, Mohd Taib Osman dan Muhd Yusof Ibrahim tg pensejarahan. Muhd. Yusof Ibrahim dan Khoo Kay Kim menyatakan : Persamaan pendapat kedua-dua tokoh - Pensejarahan ialah hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. (utk mengejar kebenaran tentang peristiwa yg telah berlaku) Khoo Kay Kim - Pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari kebenaran yang paling hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji. Dia mengatakan bahawa wujud perbezaan dari segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk menentukannya. Muhd. Yusof Ibrahim Untuk menghasilkan pensejarahan, sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial. Mohd. Taib Osman pula mentakrifkan pensejarahan sebagai kisah tentang peristiwa peristiwa bersejarah yang telah disusun dalam bentuk sastera yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi semasa pengarang dan keturunan-keturunan mereka. Sumber : http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latar-belakang-pensejarahan-dimalaysia_07.html

4) Apa itu hikayat? Hikayat adalah salah satu bentuk sastera prosa, terutama dalam Bahasa Melayu yang berisikan tentang kisah, cerita, dan dongeng. Umumnya mengisahkan tentang kehebatan mahupun kepahlawanan seseorang lengkap dengan keanehan, kesaktian serta mukjizat tokoh utama.

5) Perbezaan antara mitos dan lagenda Mitos adalah cerita prosa rakyat yang menceritakan kisah berlatar masa lampau, mengandung pentafsiran tentang alam semesta dan keberadaan makhluk di dalamnya, serta dianggap benar-benar terjadi oleh yang empunya cerita atau penganutnya. Mitos dianggap sebagai kisah suci dan diyakini kebenarannya oleh komuniti penganutnya. Dalam pengertian yang lebih luas, mitos dapat mengacu kepada cerita tradisional. Pada umumnya mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan para makhluk penghuninya, bentuk topografi, kisah para makhluk supernatural, dan sebagainya. Mitos dapat timbul sebagai catatan peristiwa sejarah yang terlalu dilebih-lebihkan, sebagai alegori atau personifikasi bagi fenomena alam, atau sebagai suatu penjelasan tentang ritual. Mereka disebarkan untuk menyampaikan pengalaman religious atau ideal, untuk membentuk model sifat-sifat tertentu, dan sebagai bahan ajaran dalam suatu komuniti.

Lagenda adalah cerita prosa rakyat yang mirip dengan mitos, iaitu dianggap benar-benar terjadi tetapi tidak dianggap suci dan oleh yang empunya cerita sebagai suatu yang benar-benar terjadi dan juga telah dibumbui dengan keajaiban, kesaktian, dan keistimewaan tokohnya. Berbeza dengan mitos, legenda ditokohi oleh manusia, ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa dan sering kali juga dihubungkan dengan makhluk ajaib. Peristiwanya bersifat sekular (keduniawian), dan sering dipandang sebagai sejarah kolektif. Oleh kerana itu, legenda seringkali dipandang sebagai sejarah kolektif (folk story). Walaupun demikian, kerana tidak tertulis maka kisah tersebut telah mengalami distorsi sehingga sering kali jauh berbeza dengan kisah aslinya. Oleh kerana itu, jika legenda hendak dipergunakan sebagai bahan untuk merekonstruksi sejarah maka legenda harus bersih dari unsur-unsur yang mengandungi sifat-sifat cerita rakyat

6) Mengapa kebanyakan karya2 bersifat politik shj? Untuk menerapkan nilai taat setia kepada golongan pemerintah. Untuk memperlihatkan keagungan dan cara pemerintahan golongan Raja. Untuk memperlihatkan keganasan penjajah dan kepahlawanan serta kebijaksanaan golongan atasan untuk mengatasinya. Kerana aktiviti ekonomi dan sosial penduduk dianggap tidak penting. 7) Mengenai pensejarahan Melaka Tradisional sebelum 1900 telah ditemukan sekurang-kurangnya tiga buah karya pensejarahan; i. Sejarah Melayu (dalam pelbagai versi dan ada pendapat mengatakan terdapat 29 naskah mengenainya seperti yang dinyatakan oleh R. Roolvink, The Variant Version of the Malay Annals cetakan semula rencana ini dalam C.C. Brown, Sejarah Melayu: Malay Annals, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xv xxxi Syair Lancang Melaka Syair Perang Rokan. Lihat Mohd. Yusof Hashim, Naskah Kesusasteraan Melayu Tradisional Yang Bercorak Sejarah dan Pensejarahan Malaysia, dalam Siti Hawa Salleh (pnyt) Cendikia Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm, 40

ii. iii.

Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia :Syarahan Tun Seri Lanang, Kuala Lumpur, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1975, hlm. Kata pengantar Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek tentang abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 334

8) Sebab-sebab golongan pemerintah menulis hasil-hasil karya: Mencatat sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku. Memupuk taat setia kepada raja dan sultan. Arahan daripada golongan pemerintah. Sebagai bahan bacaan kepada penduduk. Ulama, cendekiawan dan jurutulis yang berpengetahuan dan celik huruf mencatat peristiwa. Mengharumi nama raja dan sultan.

10) Anakronistik bermaksud kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat dan lain-lain pada zaman yang sebenarnya atau hal ketidakcocokan dengan zaman tertentu. Penempatan tokoh, peristiwa percakapan, dan unsur latar yang tidak sesuai menurut waktu di dl karya sastera: dl kalimat Hang Tuah melihat arloji titusnya, lalu menghidupkan pesawat televisinya terdapat dua.

11) Orientalis Barat bermaksud penulis Barat dan pakar dalam bahasa, kebudayaan, dan lain-lain bangsa.

You might also like