You are on page 1of 48

SEMARAK AKAL:

SATU KRITIKAN
SOSIO-POLITIK
TERHADAP
MASYARAKAT
OLEH

MOHAMAD RIDHWAN
BIN ALIAS
Acuan Yahudi Pilihan Kita?

Secara idealnya, kehidupan manusia sama ada Islam atau bukan Islam berada

dalam acuan yang dicipta oleh bangsa Yahudi dan pendokongnya. Acuan yahudi

ini dibaptiskan dalam semua elemen kehidupan termasuk politik, ekonomi dan

sosial. Bukan itu sahaja, ia termasuk dalam persoalan bentuk mangkuk tandas

kepada persoalan ideologi politik. Begitulah kehebatan dan kepintaran yahudi

laknatullah. Walaupun hebatnya acuan yahudi ini, manusia khususnya orang

Islam terus terleka dan dibuai mimpi indah mengagungkan acuan yahudi yang

dianggap simbol pembangunan dan kemodenan. Contoh mudah makanan

seperti burger, syarikat MacDonald dan KFC merupakan syarikat penyokong

yahudi telah mengajar manusia tentang penting prestij dan menjadi makanan itu

yang boleh dimakan sambil berlari dan minum coke (mengubah adab makan

orang Islam). Fenomena ini bukan hanya di Malaysia tetapi terdapat juga di bumi

suci, Makkah. Betapa kerdilnya pemikiran umat Islam.

Pemikiran yahudi terbongkar apabila muncul protokol yahudi yang

membicarakan rancangan rahsia yahudi selama 100 tahun. Serangan pemikiran

dan kebudayaan dilakukan bukan secara terangan tetapi dididik melalui media

massa dan pendidikan atas nama ke arah negara maju dan membangun. Asas

kepada semua elemen yang dianjurkan oleh nafsu jahat yahudi ini adalah faham

humanisme. Humanisme merupakan fahaman yang mengagungkan akali dan

perasaan kemanusiaan. Daripada faham humanisme inilah lahir faham-faham

seperti feminisme, kapitalis, liberalisme, demokrasi, komunisme, idea trendy,

makanan segera, hak asasi, amalan sek bebas, gay dan pelbagai kebijaksanaan

yahudi. Humanisme bermatlamat memenuhi nafsu kemanusiaan, kebenaran dan


keadilan bersifat dari manusia, oleh manusia dan untuk manusia. Mungkin ada

yang mempersoalkan, kalau begitu apa yang kita ada untuk hidup?

Kita seharusnya mencari alternatif yang semakin ditinggalkan orang

kerana kekunoan dan tidak relevan kononnya iaitu kembali kepada sistem al

Quran dan hadis, marilah kita mempersoalkan sejauh manakah kita

menggunakan al Quran dan hadis dalam kehidupan kita? Cukupkah ia dijadikan

amalan ritual sahaja? Sistem yang dihasilkan oleh yahudi mestilah dijernihkan

dan disuntikkan dengan roh Islam dengan membuang matlamat nafsu

kemanusiaan sahaja. Pelaksanaan sesuatu amalan mestilah berada dalam

kawalan syariat agar tidak melanggari akidah dan ketentuan Ilahi. Begitulah

yang harus dilakukan dalam amalan perundangan sebagai contoh.

Laksanakanlah hudud dan qisas di samping menghapuskan amalan perundangan

barua yahudi yang ada sekarang.

Penguasaan yang paling berbisa yahudi adalah penguasaan pemikiran.

Saya cuba menukilkan secara ringkas penguasaan yahudi dalam pemikiran

politik dan anak muda. Dalam politik, yahudi telah mewujudkan suasana

pertentangan bagi mencari kuasa. Secara tidak langsung sistem pilihan raya

yang ada sekarang menyumbangkan kepada suasana perpecahan dan

ketegangan politik yang teruk. Inilah yang diideakan oleh karl marx. Sewajar kita

menggunakan sistem peratusan undi dan dibenarkan semua pihak berkempen

melalui TV dan semua pihak perlu mengakui kekalahan sebagai biasa dalam

permainan politik. Aliran pemikiran politikus sekular dipengaruhi ideologi

feminisme, sosialis, teokrasi dan liberal-pragmatisme yang berkiblat yahudi

sehingga mereka cuba menidakkan hukum Allah dan mengamalkan sesuatu

bertentangan dengan Islam seperti rasuah.


Di kalangan anak muda, pemikiran pemujaan terhadap artis, pengaulan

bebas, budaya trendy dan kehidupan selesa tanpa perjuangan dan dakwah telah

diterap dan dicanang hampir sempurna(masih mengingati agama Islam tetapi

sebagai amalan ritual dan bersifat peribadi) mengakari pemikiran anak muda.

Media massa mendidik anak muda dengan URTV, rancangan 3R dan pelbagai

lagi program yang boleh menaikkan keghairahan nafsu kemanusiaan anak muda

yang sememang mudah terangsang dan lalai. Budaya trendy dapat dilihat dari

segi pemakaian dan pemilikan handphone baru mereka. Itulah idea utama yang

diterang secara ringkas tentang acuan yahudi yang mengakari kehidupan

seharian kita. Sama-sama kita jernihkan.

ANALISIS KELEMAHAN GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA:


SATU PANDANGAN
OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

tokawang_sufi@yahoo

Kebangkitan gerakan Islam terasa teruji setelah lama menyelinap dalam


masyarakat Malaysia. Kini, sedikit sebanyak kelihatan beberapa kelemahan
dalam gerakan Islam sehingga menghilangkan kualiti gerakan dan memburukkan
imej gerakan itu sendiri. Bukan niat penulis mengodam atau mengkritik tetapi
elok rasanya jika kita mengkritik secara membina agar gerakan Islam dapat
melayari bathera perjuangan di samudera perjuangan ini dengan maha perkasa.

Konsep Gerakan Islam

Menurut Dr. A Hamid Majid al Quwaisi, gerakan Islam ialah “aliran sosial yang
merakyat; bertolak dari kesedaran khususnya terhadap Islam sebagai suatu
wawasan dakwah yang bergerak merealisasikan ajarannya dalam bentuk negara
dan sistem politik sekurang-kurangnya dalam peringkat awal melalui tatacara
dan wahana yang sah dari perspektif Islam”. Abu Wahab Afandi gerakan Islam
ialah “Gerakan yang bergiat dalam lapangan politik untuk menerapkan Islam
dan syariatnya dalam kehidupan individu dan umum”. Solusinya, Gerakan Islam
adalah satu proses membangkitkan kesedaran massa melalui pembaikkan
berasaskan al Quran dan hadis dalam politik, ekonomi dan sosial dengan
wujudnya suasana Islam memerintah bukannya Islam diperintah dalam Negara,
masyarakat, keluarga, diri dan sekurang-kurangnya dalam hati seseorang jika
tiada kemampuan menonjol diri.

Aliran pemikiran Islam di Malaysia terbahagi;

1. Aliran Islam Selapis

Mereka terdiri daripada institusi berkuasa seperti Mufti, Majlis Fatwa atau Majlis
Agama Negeri. Islam selapis yang diamalkan oleh institusi kerajaan sangat
‘maksum’ tanpa dosa. Mereka boleh ‘memujuk’ orang lain, memberi fatwa dan
menguasai keputusan kerajaan. Selain itu, madrasah atau sekolah pondok juga
menganut aliran ini. Mereka adalah benteng Islam daripada pengaruh golongan
reformis, modenis dan orientalis. Institusi pendidikan tradisional juga ‘penjaga’
utama ajaran kitab-kitab ulama sama ada kuning atau ‘hijau’.

Kenapa Islam selapis? Mereka ini memilih Islam ‘tulen’ tanpa dipengaruhi
aliran pemikiran yang lain. Mereka mahu Islam yang asali tanpa perubahan
unsur unsur non-Islam. Biasanya mereka sangat berkuasa dalam pentadbiran
agama dan akur kepada arahan pemerintah politik. Kebanyakan masyarakat
menganut aliran ini kerana bersifat arus perdana dan memperolehi kemudahan
daripada pemerintah politik.

2. Aliran Islamisasi

ABIM, YADIM, IKIM, JIM, ISTAC dan PKPIM antara yang menganuti aliran Islamisasi.
Islamisasi dilakukan dalam politik, sosial dan ekonomi. Kebiasaannya, aliran ini
disertai oleh golongan kelas menengah dan berpendidikan Barat. Mereka
mendokong pemikiran ulama, pemikir Islam dan Barat, dan falsafah. Mereka ini
cuba meng‘Islam’kan perkara baru yang telah lama bertapak dalam sesebuah
sistem. Contoh mengIslamkan pendidikan(lihat penulisan Wan Mohd Nor Wan
Daud). Mereka juga dikenali reformis dan modernis. Lihatlah penulisan Anwar
Ibrahim, Syed Naquib al Attas dan Siddiq Fadil yang cukup menarik kerana
terdapat pautan pemikiran secara plural antara moden dan tradisional. Mereka
mencintai tokoh yang sederhana dan bertaraf pemikir seperti Ismail al Faruqi ,
Jose Rizal, Yusof Qaradhawi dan Malik Bennabi. Dan jangan terkejut jika
pimpinan aliran ini meminati idea Kung Fu Tze, taksub terhadap masakan Barat,
bermain piano, membaca karya Shakespeare secara mingguan di rumah(ala
usrah) atau mendengar alunan suara Celion Dion(penyanyi USA).

3. Aliran Tareqat
Aliran tareqat semakin kurang diberi perhatian dan semakin luntur pengaruhnya
dalam masyarakat. Di Malaysia, tareqat yang berpengaruh adalah Ahmadiah
yang berpusat di Linggi dan Bukit Abal. Kebiasaannya tareqat dianuti oleh kelas
menengah secara tersembunyi dan tuan guru pondok. Amalan tareqat
menekankan pembersihan rohani dan kurang mengambil berat perkara politik
atau permasalahan masyarakat. Paling teruk, banyak aliran tareqat dikatakan
sesat.

4. Elemen Islam

Elemen Islam ini terdapat dalam pertubuhan atau jemaah yang tidak bercirikan
Islam seperti UMNO, SIS, GPMS, Majlis Aids Malaysia dan Forum Iqra. Mereka
sayang terhadap ajaran Islam tetapi tidak mahu menerima konsep Islam sebagai
satu cara hidup syumul yang diperjuangkan oleh jemaah Islam atau ‘Islam Yes,
Parti Islam No’. Niat mereka baik tetapi pendekatan mereka adalah bathil.
Mereka rela mengelumang dalam fahaman yang jelas bertentangan dengan
Islam seperti ideologi sosialis, nasionalis dan sekular. Ada juga di kalangan
mereka mahukan Islam tetapi tohor pengetahuan agama Islam mereka. Mereka
menafsir ajaran Islam berdasarkan akal yang dipengaruhi unsur Yahudi-Kristian
di Barat. Mereka lebih banyak terpengaruh dengan idea orientalis hasil daripada
pendidikan dan pengalaman mereka.

Walaupun perjuangan elemen Islam menjauhi prinsip perjuangan Islam


tetapi kehadiran mereka telah mencabar keintelektualan para ulama dan
cendikiawan Islam. Para ulama dan cendikiawan Islam dicabar agar lebih berilmu
untuk menghadapi elemen Islam yang terdiri daripada golongan terpelajar.

5. Aliran Tabligh

Walaupun mendakwa tiada pegangan politik, gerakan tabligh banyak disokong


oleh parti UMNO. Gerakan tabligh banyak disalah anggap terutama golongan
‘syariat’ yang mengaji di institusi Islam seperti lepasan al Azhar dan Akademik
Pengajian Islam Universiti Malaya. Aliran yang berpusat di masjid Sri Petaling (di
Malaysia) ini diasas oleh Maulana Ilyas. Untuk memahami fahaman tabligh, kita
haruslah memahami kehidupan Maulana Ilyas [baca buku Abul Hasan Ali ad
Nadwi).

Kehidupan para tabligh merantau untuk membangkitkan ghairah agama


dalam masyarakat. Pusat dakwah komuniti mereka adalah masjid. Mereka akan
menziarah saudara semuslim untuk memperkasakan kembali iman dan amal
mereka. Paling menarik gerakan tabligh disertai oleh orang yang dihormati
dalam gerakan ‘Islam Politik’ dan dunia dakwah iaitu Abul Hasan Ali an Nadwi.

6. ISLAM POLITIK

‘Islam politik’ adalah golongan yang menggugat kekuasaan pemerintah politik.


Penjajah Barat dan pemerintah politik selalunya mengaitkan golongan Islam
politik sebagai teroris dan pemecah belah masyarakat. Asas kepada gerakan
Islam politik ialah Ikhwanul Muslimin dan Jamaati Islami. Tokoh ideolog mereka
ialah Hasan al Banna, Abu Ala’ Maududi, Syed Qutb dan Said Hawwa. Di
Malaysia, Islam politik didokongi oleh PAS dan PMI.

Kalau kita meneliti tulisan atau ceramah golongan Islam politik seperti al
shahid Hasan al Banna dan tuan guru Haji Hadi terdapat banyak persamaan iaitu
bersumber al Quran dan hadis secara total tanpa banyak tafsiran. Malik Bennabi
menyifatkan, mereka bukannya menafsir al Quran tetapi melontarkan kembali
idea al Quran ke dalam masyarakat. Mereka lebih mendokong idea-idea ulama
muktabar untuk mengembali Islam sebagai satu cara hidup.

Itulah diantara aliran terbesar dan berpengaruh di Malaysia. Kita menghormati


sifat plural dalam berjemaah. Islam bukannya monopoli sesetengah pihak. Setiap
aliran mempunyai kelebihan dan para pendokong mereka mempunya hujah
tersendiri. Sukar untuk menidakkan kefahaman masing-masing.

KELEMAHAN GERAKAN ISLAM

Di bawah adalah beberapa kelemahan gerakan Islam yang dirasakan oleh


penulis perlu dicakna oleh pendokong gerakan Islam. Kelemahan ini adalah
cebisan daripada pelbagai kelemahan yang boleh dibincang tetapi penulis
berkeputusan hanya menuqilkan 3 daripadanya.

1. Ketumpulan Idealis

Perjuangan gerakan Islam pada hari ini sangat menyedihkan. Mereka telah
kehilangan idealis perjuangan ekoran terlalu sibuk dengan agenda politik. Proses
tarbiyah ke arah penyuburan idealis semakin terbantut dari hari ke hari. Idealis
sangat penting bagi mengarahkan perjuangan Islam. Rukun Baiah Ikhawanul
Muslimin yang sepatutnya difahami dan menjadi amalan gerakan Islam semakin
tidak dipedulikan sehingga perjuangan dalam gerakan Islam berdasarkan
kepentingan yang tersendiri.

PAS sebagai contoh terlalu politikal sehingga melupakan urusan kebajikan


massa, pendidikan dan dakwah. Bagi menarik sokongan massa, urusan
memasyarakatkan PAS ke dalam masyarakat Malaysia perlu diperkasakan.
Antaranya mengadakan amal kebajikan dalam sesebuah komuniti, dialog ilmu
antara agama dan amal dakwah secara istiqamah ke dalam masyarakat
terutamanya golongan belia. Isu-isu semasa seperti isu pengguna, alam sekitar
dan sains perlu dicakna.

Roh tasawuf perlu digarapkan kembali dalam jiwa peserta gerakan Islam.
Politik benci-membenci dan dendam perlu dihindari. Pimpinan gerakan Islam
perlu berusaha mendidik pengikut secara akar umbi walaupun mereka
mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura yang semakin hilang peranan.
Walaupun gerakan Islam berjaya mengumpul pengikutnya dalam ceramah tetapi
kita harus ingat kebanyakan yang datang adalah pengikut totok gerakan Islam
yang belum teruji kualitinya. Jika 20,000 ribu orang penyokong gerakan Islam
datang mendengar ceramah tetapi disana ada 80,000 ribu orang tidak
mengendahnya.

Ekoran perkara inilah para pimpinan gerakan Islam perlu turun padang
dan datang kepada audien bukannya mengharapkan kedatangan pengikut
gerakan Islam dalam sesuatu program atau ceramah. Alangkah indah jika
pimpinan ulama turun padang berdakwah rumah ke rumah seumpama gerakan
tabligh. Mengalirlah air mata rakyat jika melihat tuan guru rela datang ke rumah
rakyat marhaen untuk mengingatkan rakyat tentang Islam yang murni lagi
syumul. Alangkah indahnya jika pengikut yang cetek ilmu dan amal dapat
beribadat dan ditarbiyah oleh tuan guru secara langsung selama 3 hari di masjid.
Cukup indah dan rindu rasanya akan kelazatan bersama-sama orang yang alim
lagi solihin. Ingatlah amalan ini juga diamalkan oleh Ikhwanul Muslimin. Jika
dihalau, dibenci dan dihina, pasti para ulama dapat pahalanya, ingatlah manusia
bernamaMuhammad S.A.W pernah dihina bahkan dicedera semasa berdakwah di
Taif, besar manakah ulama sekarang berbanding Muhammad S.A.W yang
maksum jika tidak mahu sedikit pun rasa dihina oleh manusia yang tiada
hidayah?

Selain kehilangan unsur dakwah, gerakan Islam politik juga kehilangan


tautan rohani antara ahli gerakan. Jika bertemu tiada ukhwah di antara sesama
ikhwan. Mereka tidak cuba mengenali antara satu sama lain. Tautan rohani ala
tareqat ini amat ditekankan oleh Hasan al Banna sebagaimana yang terkandung
dalam doa mathurat. Oleh sebab itulah baiah yang dilafazkan diingkari oleh ahli
gerakan.
Ketumpulan idealis ini juga dialami gerakan Islam ala Islamisasi. Akibat
kebergantungan melampau kepada pimpinan tertentu dan sejarah silam, idealis
gerakan Islam ala Islamisasi seperti ABIM semakin luntur. Wacana ilmu, diskusi,
kertas kerja yang dinamakan fiqh al hadarah telah dibekukan dan dielitkan di
arkib atau rak buku. Solusi yang dirumuskan hanya tinggal slogan dan dibeku di
institusi seperti varsiti dan institusi ‘think tank’ tanpa dialirkan dan dipratikkan
dalam masyarakat. Lihat gerakan tabligh, mereka turun ke dalam masyarakat
tanpa banyak slogan, tanpa banyak berdiskusi. Yang penting adalah gerak kerja
secara massa bukannya secara selektif. Alangkah indah jika mahaguru ABIM
seperti Siddiq Fadil dan Uthman Muhammadi turun ke masjid (dan ajak sekali si
pemikir seperti Syed M. Naqiub al Attas) untuk berdakwah di peringkat massa.
Setakat di PLA, Kajang dan Anjung Rahmat tidak cukup untuk mengerakkan
minda madani rakyat marhaen.

Bagi gerakan tabligh, Maulana Ilyas telah memberi amaran gejala yang
akan memusnahkan idealis tabligh. Dalam Malfuzat, beliau menyatakan
kekurangan ulama dan ahli fikir akan memusnahkan niat baik gerakan tabligh.
Walaupun keluar 40 hari sekalipun, kalau tidak mendapat bimbingan ulama, kita
akan terjerumus ke lembah kejahilan. Selain itu, maulana juga bimbang gejala
‘makan angin’ dan santai para karkun(ahli tabligh). Keikhlasan untuk berdakwah
mungkin luntur jika gejala ini berterusan. Kita bertabligh bukan untuk bersantai
tetapi membawa usaha iman yang mulia. Selain itu gerakan tabligh juga gagal
mengerakkan idealis yang diinginkan oleh maulana, ghast(ziarah) semakin
kurang berkesan kerana ketiadaan istiqamah, tiada kesungguhan, tidak
menyeluruh dan tiada pembimbing yang mursyid. Jika usaha baik ini
diistiqamahkan, model Mewat akan terjelma di tempat tabligh berpusat seperti di
Sri Petaling dan Kubang Bujuk, Terengganu. Tapi sayang, impian model Mewat
hanya mampu gah di bibir sahaja.

2. Pengurusan Organisasi

Aktiviti gerakan Islam lebih kepada aktiviti yang melengkapkan program tahunan
untuk dimasukkan sebagai lampiran semasa muktamar. Jika inilah tujuannya,
gerakan Islam tidak ada bezanya dengan pertubuhan yang lain. Gerak kerja
berasaskan jasad tanpa faktor kejiwaan dan kerohanian. Aktiviti gerakan Islam
juga tidak menyeluruh dan yang aktif hanya di peringkat pusat. Peringkat
bahagian dan negeri bagaikan penyu menangis.

Gerakan Islam jangan hanya gagah di peringkat pusat dan lebih banyak
bersukaneka bersama sekolah taskinya. Bukanlah salah mereka ‘bersukaneka’
tetapi biarlah berpada. Gerakan Islam sepatutnya aktif menggerakkan aktiviti
yang berpusat di masjid dan sekitar masyarakat serta kolej dimana dakwah
boleh dilakukan secara terbuka. Lakukan ghast harian. Pendekatan dakwah
banyak caranya tetapi yang berkesan adalah mendekati masyarakat
massa(inilah cara nabi).

Gerakan Islam amat lemah di peringkat bahagian dan negeri seperti


nyawa-nyawa ikan. Peserta gerakan Islam yang telah ditarbiyah di Kuala Lumpur
gagal menggerakkan jemaah di peringkat negeri atau bahagian kerana tiada
sinergi dari segi sokongan ikhwan yang lain [ketidaksudian untuk aktif semakin
menjelma jika ikhwan telah berumahtangga], masalah kewangan, tiada
kemudahan tempat dan tiada kesungguhan penggerak gerakan Islam. Bagi
gerakan Islam, sewajarnya ada pusat nukleus bagi ahli berkumpul dan beraktiviti
yang perlu dibuka sepenuh masa. Pusat nukleus ini akan menjadi nadi gerakan
Islam dalam kawasan yang mikro. Di kawasan mikro, unsur kebersamaan sangat
penting bagi mengeratkan hubungan sesama ikhwan dan mengelakkan ahli
gerakan Islam hanyut dibuai badai kemaksiatan. Bagi gerakan pelajar Islam,
aktiviti mereka hanya terhad kepada kelulusan universiti. Keberharapan tinggi
terhadap kelulusan HEP telah menyebabkan gerakan pelajar Islam kaku dan tak
bermaya dalam usaha hendak berprogram. Sewajarnya gerakan pelajar Islam
menggunakan platform luar [secara terang atau rahsia] untuk mengerakkan
aktiviti kemasyarakatan seperti aktifkan Sekretariat Pelajar PUM atau pertubuhan
lanjutan ala alumni (contoh penjenamaan semula GAMIS sebagai Gabungan
Alumni Mahasiswa Islam SeMalaysia-bercorak kemasyarakatan, pendidikan
dan dakwah) sebagai wadah perjuangan, dan aktivitinya tanpa mengharapkan
kelulusan dan dana HEP.

Bagi gerakan tabligh, tertib yang diusulkan oleh Maulana Ilyas semakin
dilupai. Gerakan tabligh semestinya mengadakan inovasi dalam pendekatan
agar diterima oleh masyarakat. Janganlah hanya taksub kepada idea gerakan
tabligh yang bersifat statik dan ke’IPB’an sahaja [IPB-unsur India, Pakistan dan
Bangladesh sahaja]. Unsur-unsur luaran ialah aktiviti kemasyarakatan, seminar
dan politik Islam perlu dikembangkan.

Lujnah-lujnah dalam gerakan Islam seperti PMI, PKPIM dan PAS bagaikan
tidak bermaya dan mandul daripada aktiviti penjanaan qalbu dan jasad. PMI
sebagai contoh mempunyai ramai AJK dalam setiap lujnah tetapi gerak kerja
gagal diolah dengan sempurna. Istiqamah dan semangat berpasukan semakin
hilang. Akibatnya, kebanyakan gerak kerja dilakukan oleh orang yang sama.

3. Kelunturan Kualiti Insani


Seperti yang penulis selalu titik beratkan adalah amalan kerohanian yang
diamalkan oleh ahli gerakan Islam. Amalan wirid seperti mathurat sepatutnya
menjadi darah-daging ahli gerakan Islam. PAS dan PMI sebagai contoh, boleh
mewajibkan wirid khusus bagi gerakan mereka. Pimpinan dan ahli wajib
istiqamah dengan amalan tersebut. Paling baik ialah amalan mathurat. Amalan
inilah yang membezakan kita dengan gerakan yang lain iaitu tautan rohani yang
berasaskan pengharapan kepada Allah. Selain itu, komitmen dan istiqamah ahli
gerakan Islam terhadap aktiviti pembangunan insan seperti usrah dan
penzahiran rukun baiah yang 10 semakin longgar dan tidak bermaya. Usrah
boleh menguatkan barisan pejuang dengan ilmu dan hubungan ukhwah sesama
ahli. Manakala rukun bai’ah adalah tiang atau etika penting bagi menyatukan
fikrah ahli agar tidak terlalu berbeza dalam pertelingkahan pendapat. Bagi
gerakan tabligh, mereka terkenal dengan zikir dan ibadat. Cuma ibadat perlu
dibimbing oleh para ulama kerana majoriti ahli tabligh bukan pakar dalam
bidang agama. Beramal tanpa ilmu cukup merbahaya.

Peranan masjid wajar digunakan sebaik mungkin. Lakukan aktiviti


kebersamaan di masjid. Contoh, setiap 2 minggu sekali diadakan solat subuh
atau isyak berjemaah bersama pimpinan. Selain memakmurkan masjid, fikrah
gerakan dapat disatukan dengan bimbingan pimpinan utama disamping merapat
hubungan dengan masyarakat setempat. Rasanya saranan ini perlu dicernakan
oleh gerakan Islam terutamanya PMI. Mendidik biarlah dari rebung.

RUMUSAN DAN CADANGAN

1. kembalikan gerakan Islam ke dalam masyarakat massa tanpa sifat elit dan
selektif. Setiap program perlu bersifat menyeluruh dan istiqamah.

2. amalan ahli jemaah perlu dipertingkatkan. Amalan wirid adalah pendinding


dan pautan rohani dalam menghadapi tekanan kejiwaan daripada musuh.

3. Idealis gerakan perlu ditakhtakan kembali. Garapan idea dan impian


pendokong asali perlu dikaji dan dilaksanakan. Kumpulan pemikir wajar
ditubuhkan bagi menghalatujukan arah perjuangan. Kumpulan ini terbahagi dua
iaitu umumi dan khusus. Bagi fasa umumi, satu perbincangan tajuk atau usul
dilakukan secara terbuka, solusi daripada fasa umumi dibawa kepada kumpulan
pemikir yang khusus untuk diperincikan. Setelah diperincikan dibawa pula
kepada Syura atau MT untuk diluluskan dan terus dipratikkan oleh lujnah.
Penulisan diatas adalah pandangan penulis bagi melihat satu tranformasi
dilakukan dalam gerakan Islam. Jangan melihat kelemahan sebagai sesuatu yang
negatif tetapi anggaplah kelemahan itu pemberi semangat bagi usaha yang lebih
baik. Diharapkan kebestarian para pendokong gerakan Islam melahirkan
keutuhan gerakan.

9.6.04 dikemaskini pada 10.06.05

ANTARA ISLAM AMERIKA DAN ISLAM TALIBAN.

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

tokawang_sufi@yahoo.com

Sekarang menjadi satu trend agar agama Islam perlu lebih liberal dan progresif.
Akal digunakan tanpa batasan. Saya tertarik dengan pendapat seorang peserta
idea liberal dan progresif di dalam majalah al Islam. Peserta ini menyatakan
ulama selalu memetik hujah al Quran sebagai landasan hukum. Contoh bab
bertudung, beliau menyatakan aktivis dakwah dan ulama cenderung berpegang
kepada ayat hukum sahaja dalam mengupas isu semasa tanpa merujuk idea
atau fahaman lain. Secara konklusi, beliau mahu perubahan dalam pemikiran
ulama secara yang diingini oleh beliau agar ulama lebih berakal dan bermain
dengan falsafah.

Pertama, kita harus lebih mengenali dan memahami Islam. Menganut


Islam bermakna kita menyerah diri kepada agama Islam. Kita menjadi hamba
agama Islam. Dalam solat kita, kita selalu menyatakan kita menyerah wajah kita
kepada Allah SWT. Dalam doa iftitah kita selalu membaca ‘aku hadapkan
mukaku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi patuh dan berserah diri
dan bukanlah aku dari golongan musyrikin....’. Penyerahan wajah, sesuatu yang
kita sayangi, dijaga dan dibelai kepada Allah menandakan kerdilnya kita yang
wajib menyerah kehidupan kita [wajah cukup disayangi oleh manusia, tanpa
wajah orang tidak dapat mengenali diri seseorang] kepada yang Maha Esa.
Apabila kita menganut Islam, kita tidak harus mempersoalkan kemutlakan
arahan Allah yang dicerminkan melalui ajaran Al Quran dan Hadis. Jika kita
bekerja di sebuah syarikat milik si A, bos kita si A selalu datang lewat. Adalah
tolol jika mempersoalkan kenapa bos datang lewat. Sepatutnya bos A yang
mempersoalkan si pekerja. Kenapa engkau wahai manusia tidak taat dan
melakukan hukum Aku (Allah)?.
Hukum Allah yang bersifat mutlak tidak perlu dipersoalkan. Kenapa lelaki
dibenarkan menjadi iman Jumaat, berpoligami dan mendapat lebih bahagian
dalam pembahagian harta pusaka. Ini kebijaksanaan Allah SWT. Sepatutnya kita
bertanya kepada diri sendiri sejauhmana aku melakukan perintah Allah. Kita
sebagai manusia beriman perlu taat dan ‘menurut perintah’ Allah tanpa
menghirau suara sumbang orang kafir dan munafik. Amalan ini untuk diri kita
bukan orang lain. Amalan ajaran Islam dalam gaya hidup kita membuktikan
tahap ketaqwaan seseorang insan.

Golongan seperti penulis tersebut mabuk dalam dunia falsafah yang


bertunjangkan akal itu. Golongan penulis dan pemikir Islam seperti ini digelar
jalur Islam Amerika. Aliran Islam Amerika ialah Islam berbentuk ilmiah tetapi
tidak sampai kepada pelaksanaan hukum. Islam di depan komputer, berteori dan
ditulis pada kepingan kertas bisu. Dan mereka ini bukan Islam tulen tetapi lebih
kepada pengamalan Islam secara selektif dan bertema. Istilah lebih tepat lagi
‘mulut manis, jubur masam’ dan ‘besar tahi daripada dubur’. Penulisan dan
bicara ilmiah mereka sungguh memukau dengan kekinian, kecanggihan dan
integrasi antara tamadun tetapi mereka sesat dalam kecerahan. Mereka ini gagal
dari segi pengamalan Islam yang murni.

Kebebalan golongan peserta idea progresif dan liberal ini kerana mereka
beranggapan sejarah negara ini umpama sejarah Eropah zaman pertengahan.
Mereka mengagungkan Revolusi Perancis dan zaman kecerahan di Eropah yang
membawa kepada kebangunan falsafah dan kejatuhan teokrasi. Ini impian bebal
mereka. Mereka harus faham evolusi sejarah negara kita cukup berbeda. Teras
sejarah kita adalah Melayu-Islam bukan teokrasi Kristian [teokrasi dan konsep
ad-din adalah berbeda] yang ekstrem itu. Jangan kita membohong diri dengan
mengautkan idea Barat yang dikatakan hebat itu.

Idea Islam Taliban cukup menggugat kekuatan ummat Islam pada hari ini.
Islam Taliban ialah tauladan yang memudahkan Barat menghancurkan ummat
Islam terutamanya gerakan Islam. Kenapa Barat (Kristian-Yahudi) ingin melihat
kehancuran gerakan Islam?. Gerakan Islam adalah wadah menggugat kedaulatan
kuasa besar Barat. Status negara umat Islam dan gerakan Islam ala Tabligh tidak
membimbangkan Barat. Paling ditakuti adalah wahana politik Islam yang
membina kedaulatan Islam yang memerintah melalui khalifah secara alami.
Kekuatan dan pengaruh Hizbullah, Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan Hizbut Tahrir
membuatkan kaki kuasa besar tergoyang. Inilah yang berjaya mengerunkan
kuasa Barat dan balaci anak watan mereka di negara umat Islam.
Idea Islam Taliban dipelopori oleh golongan yang mahukan kemenangan
secara tergesa-gesa tanpa pemeringkatan strategi. Kemenangan Islam adalah
kemenangan bertahap seperti tahap pertama Rasulullah di Mekah dan kedua di
Madinah. Ketergesaan akan membuatkan umat Islam rugi dan musuh akan
mengalahkan Islam dengan mudah. Golongan yang kedua adalah ejen musuh
dalam perjuangan Islam. Watak seperti Osama Laden yang tercipta oleh Barat
cukup merbahayakan umat Islam. Mereka ini boleh dipersoalkan pengamalan
Islam mereka kerana mereka pernah menjadi balaci Barat dan berkemungkinan
ditugaskan menghancurkan Islam dari dalam bagi merealisasikan fasa terakhir
penguasaan Kristian-Yahudi untuk menghancurkan Islam dan menguasai dunia.

Kembali kepada al Quran dan hadis tanpa mempersoalkannya. Itulah


penyelesaian kepada berbilang aliran. Al Quran adalah hakim kepada
permasalahan umat. Jangan kita hanyut dalam lautan fantasia akal dan ilmu
yang dalam dan tidak kesudahan itu, nanti kita akan lemas, berakal dan berilmu
tanpa amalan. Al Quran adalah batasan dan bersifat muktamad. Ikutlah apa
yang diputuskan oleh al Quran, hadis dan ulama muktabar yang cemerlang dan
terbilang ibadat, akhlak dan ilmunya. Marilah kita memulakan tugas paling besar
iaitu melukis manusia Quranik dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara
dan alami tanpa membuang masa berdebat yang tiada kesudahannya. Bebaslah
manusia Islam dari pemikiran, faham, sikap dan perilaku mempersekutukan Allah
(syirik).

Faham Material dalam Pemikiran Insan.

Materialisme adalah fahaman dan ideologi yang diimani oleh manusia secara

langsung atau tidak langsung. Ia merupakan cabang kepada faham humanisme

yang menjadi asas fahaman2 duniawi di dunia ini. Bagaimana fahaman material

menjadi ideologi? Menurut Prof. Lowenteins, ideologi adalah pengabungan atau

penyelarasan pola pemikiran dan pola kepercayaan atau pemikiran menjadi

kepercayaan. Kita boleh melihat faham material yang tertanam dalam

masyarakat. Bertamadun sesebuah negara bergantung kepada pembangunan

material sedangkan Islam mengambarkan ketamadunan sesuatu bangsa

berteraskan pencerahan akidah daripada kejahilan. Inilah dilema yang dihadapi

oleh mantan kerajaan Taliban Afghanistan dan Kelantan. Pembangunan material

terlalu penting dan didewakan sehingga agama Islam menjadi satu upacara

ritual yang bersifat peribadi sahaja. Masyarakat dibiarkan terpengaruh dengan


rasuah pembangunan material bagi memenuhi nafsu dan kepentingan pihak

tertentu(Yahudi dan pendokongnya).

Fahaman Material yang dicandukan dalam pemikiran masyarakat dicipta

oleh pemikir-pemikir Yahudi melalui acuan humanisme. Karl Marx yang pro

Yahudi menerangkan politik dan sejarah dalam konteks ekonomi. Marx percaya

setiap perkara yang berubah bergantung kepada kaedah pengeluaran dan

pengelutan kelas-kelas masyarakat. Keadaan ekonomi akan menentukan bentuk

pemerintahan, undang-undang, negara dan agama dalam masyarakat. Adam

Smith dalam bukunya The Wealth of Nation(1776) telah menganjurkan

perdagangan bebas sekaligus memenangkan pedagang2 bebas. Fahaman

material berasaskan kapitalis-komunis ini menyalahi faham Islam yang

mementingkan ketinggian akidah dalam bernegara, muamalat dan sosial.

Di Malaysia, faham material semakin rancak membiak sehingga sukar

dibendung. Golongan pencinta Islamsendiri kadangkala terlanjur memenangkan

faham material melalui percakapan dan perbuatan. Perkara ini terjadi kerana

sistem pendidikan kita telah diteledori daripada matlamat asali iaitu melahirkan

insani yang kamil melalui pemupukan potensi diri dan ketaatan pada Allah.

Sistem pendidikan sekarang dicemari dengan faham material yang menfokuskan

kepada kelahiran tenaga buruh yang pintar, mementingkan pendapatan besar

dan selesa dengan jawatan tinggi. Arus faham material telah segar dan tegar

dalam pemikiran ibubapa, masyarakat dan pemimpin negara. Masyarakat yang

dinodai faham material selalu mempersoalkan pekerjaan seseorang graduan

universiti yang bekerja sebagai pencuci tandas di pejabat kerana orang tersebut

lulusan varsiti tetapi mereka tidak mempersoalkan jika graduan kolar putih

mengambil rasuah atau tidak menunaikan tugas untuk berkhidmat dalam

masyarakat. Inilah pandangan yang diherotkan dan perlu dibanteras.


Menurut Harun Yahya, dalam bukunya Penipuan Evolusi menyarankan

kita kembali menyelidik al Quran dengan hati terbuka agar kesedaran muncul

meleraikan kejahilan dan sifat prejudis selepas diulit dan didangdutkan oleh

faham material. Faham material akan terus disebar luas oleh barua-barua yahudi

melalui pemimpin dan cerdik pandai kita bertopengkan Islam(mereka mengikut

acuan yahudi tanpa disedari oleh mereka sendiri). Persoalan yang timbul,

bersediakah mahasiswa membanteras gejala ini?.

KEMARAAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

tokawang_sufi@yahool.com

Sejak akhir tahun 1990an, Dunia Islam mula disemarakkan dengan pemikiran moden
yang dikenali sebagai gagasan Islam Liberal. Gerakan pemikiran ini semakin membiak pesat
sehingga berjaya mempengaruhi cerdik pandai, ulama dan pemimpin negara umat Islam. Jika
gagasan pemikiran Islam Liberal tidak dikawal, kemungkinan besar ketulenan agama Islam
yang sebenar akan tercabar sehingga menjejaskan kemurnian agama Islam. Antara tokoh
Islam yang terpengaruh dengan gagasan Islam Liberal adalah Muhamad Arkoun, Nurcholish
Majid, Hasan Hanafi, Aminah Wadud dan Abdullah al Naim.

Gerakan Islam Liberal mula terbit pada era tahun 1980an yang dipopularkan oleh
Leonard Binder, seorang sarjana berketurunan Yahudi melalui bukunya yang bertajuk Islamic
Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Menurut Khalif Mu’ammar, seorang
sarjana lepasan ISTAC, buku ini memfokuskan tentang rational discoursedan penciptaan
pemerintahan liberal. Kini, gagasan Islam Liberal ini semakin popular dan cuba menguasai
persekitaran sosial-politik masyarakat Islam seantero dunia termasuk di negara kita.

Dari segi sejarah, Islam Liberal telah ditunaskan daripada pengaruh eksternal yang
berasal dari pemikiran liberal Barat dan ‘pemberontakan’ dalaman oleh golongan reformis
Kristian yang mencabar tradisi agama Kristian. Kemenangan golongan reformis Kristian
bersama golongan pro-falsafah dan sains dalam pertarungan tersebut membolehkan terbitnya
suasana reformasi politik, ekonomi dan sosial di Dunia Barat. Antara dampak kemenangan ini
adalah meliberalisasikan agama. Menurut Greg Barton, seorang pendukung gagasan Islam
Liberal, prinsip utama Islam Liberal adalah pentingnya kontekstualisasi ijtihad, komitmen
terhadap rasionaliti dan reformasi agama, penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama,
dan pemisahan agama daripada parti politik dan kedudukan negara yang non-sektarian.
Prinsip-prinsip ini secara halus mencabar tradisi kesyumulan ajaran Islam melalui tema-tema
tertentu seperti Islam Inklusif, Islam Plural dan Islam Sederhana.

Pengistilahan Islam Liberal itu sendiri menunjukkan kedangkalan pendukung Islam


Liberal, dimana Islam sendiri cuba diklasifikasikan sehingga mewujudkan suasana dwi-Islam
iaitu Islam Liberal dan Islam Tidak Liberal. Pengistilahan secara salah akan menyebabkan
kesucian Islam dinodai kerana terdapat unsur-unsur negatif dalam ajaran Islam sedangkan
suasana negatif yang wujud dalam masyarakat Islam dilakukan oleh umat Islam yang ‘tohor’
ilmu agamanya bukannya berpunca daripada ajaran Islam sendiri. Kedapatan juga tokoh
ilmuan Islam yang terpengaruh dengan gagasan ini cuba memurnikan kembali ajaran Islam
dengan menghentam pemikiran ulama Islam silam yang didakwa terlalu eksklusif. Mereka
mahu Islam bersifat inklusif dan progresif bagi menangani perubahan zaman. Kesanggupan
golongan berilmu menyokong gagasan Islam Liberal semata-mata mahu memperolehi status
gelaran intelek muslim sederhana.

Tema Islam Plural pula cuba diterapkan ke dalam pemikiran masyarakat Islam oleh
llmuan dan penulis berideakan Islam Liberal. Sifat Plural dalam ajaran Islam cuba diterap
dengan menerima ajaran-ajaran agama atau fahaman yang lain. Menurut Hamid Algar,
golongan Islam Liberal tidak sedar mereka melakukan kesalahan apabila berkompromi begitu
banyak dengan agama dan fahaman lain sehingga kepada persoalan dasar (akidah) di dalam
agama Islam. Kompromi secara berlebihan akan mengancam tunjang akidah umat Islam
kerana setiap amalan perlu dinilai melalui perspektif Islam bukannya ajaran atau fahaman
agama lain.

Tema Islam Inklusif mengakui kebenaran agama lain selain daripada Islam. Golongan
Islam Liberal menggunakan tema ini untuk menyamakan agama lain dengan agama Islam
kerana agama lain turut menganjurkan amalan yang baik dan benar.Tema Inklusif ini
menyamai konsep pragmatisme akhlak yang telah dipopularkan oleh John Dewey di Amerika
Syarikat. Dalam konsep pragmatisme, kebenaran mutlak tidak ada menyebabkan setiap
sesuatu tidak bersifat eksklusif. Tema ini mengarahkan umat Islam mengakui kebenaran
agama lain sehingga boleh menyebabkan umat Islam berada pada tahap murtad.

Di Malaysia, usaha golongan Islam Liberal dapat dilihat dari segi ideal, penulisan,
percakapan dan kelakuan seseorang atau sesebuah organisasi. Mereka menampakkan diri
mereka terpisah tetapi mereka adalah satu jaringan yang menunggu masa untuk
mempamerkan diri mereka. Mereka bagaikan gumpulan awan kecil yang bertaburan cuba
berkumpul dan turun membanjiri bumi. Selain tulisan di akhbar tempatan, golongan Islam
Liberal mula menonjol diri dengan menyokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama [IRC]
yang diseminarkan pada 24 Februari 2005.

IRC cuba ditubuhkan oleh Majlis Peguam Malaysia dan disokong oleh Majlis
Perundingan Malaysia bagi Ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh [MCCBCCH] dan
Yayasan Konrad Adenauer. Kehadiran Yayasan Konrad Adenauer dalam usaha menubuhkan
IRC boleh disangsikan kerana yayasan yang berpusat di Jerman ini cuba mencampuri urusan
dalaman negara ini. IRC berperanan penyiasat, pengantara, perunding dan pendamai terhadap
dakwaan perbuatan yang menjejaskan keharmonian agama. Penubuhan IRC ditentang hebat
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin kerana bercanggah dengan
Perlembagaan Negara manakala pertubuhan Islam seperti ABIM, Persatuan Ulama Kedah
dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia [PPMM] turut menentang kerana IRC
akan cuba memcampuri urusan agama yang sudah ditentukan oleh al Quran dan hadis, dan
cubaan IRC mencampuri urusan agama Islam boleh mengeruhkan suasana beragama di
Malaysia.

Paling menarik terdapat 2 pertubuhan berasaskan Islam turut menyokong penubuhan


IRC iaitu Forum Iqra dan Sister in Islam (SIS). Forum Iqra dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad
pernah mengemparkan negara dengan isu antihadis melalui Jemaah al Quran dan SIS
dipimpin oleh sekumpulan wanita Islam yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan
agama. Dibimbangi keberanian golongan ini tanpa tahap keilmuan yang cukup dan terlalu
taksub dengan pemikiran Barat, golongan ini akan sesat dalam mencari cahaya hidayah Ilahi.
Pertubuhan Islam yang menyokong idea penubuhan IRC perlu mendapat nasihat daripada
para ulama sebelum membuat keputusan dan mereka juga seharusnya menerima kemutlakan
ajaran al Quran tanpa prejudis.

Penolakan 50 NGO terhadap undang-undang bersifat kawalan moral adalah satu


contoh penularan idea Islam Liberal di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan
pertubuhan ini terjajah dengan idea hak asasi Barat tanpa melihat nilai kemoralan sosial
masyarakat Islam dan Timur. Kawalan moral dalam masyarakat Islam dan Timur bukan
sahaja tertakluk pada hak peribadi tetapi meliputi hak masyarakat dan negara. Peribahasa
Cina ada mengatakan ‘Jia you jia gui, guo you guo fa’ yang bermaksud sesebuah keluarga
mempunyai peraturan dan sebuah negara mempunyai undang-undang. Hasil gabungan usaha
diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam kawalan sosial akan menghasilkan satu kekuatan
yang jitu untuk membanteras kemerosotan nilai sosial dalam masyarakat sekarang. Adalah
dangkal jika menolak perundangan bersifat kawalan sosial sedangkan ia boleh memupuk
disiplin dan akhlak individu dan masyarakat.

Pemikiran Islam Liberal perlu ditolak disebabkan ia boleh merbahayakan akidah umat
Islam. Walaupun idea Islam Liberal dilihat bersifat reformasi untuk umat Islam tetapi ia
adalah satu pembohongan terhadap Allah SWT kerana mencampur-adukkan kebenaran
dengan kebathilan. Idea Islam Liberal membohongi kebenaran selepas datangnya kebenaran.
Jangan sampai ilmu jahat menguasai pemikiran dan gaya hidup umat Islam. Berhati-hatilah.

KONSEP TABLIGH MODEN: SATU GAGASAN


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias.

Sejak peristiwa 11 September 2001, agama Islam selalu sahaja ditohmah


sebagai penaja keganasan. Perkembangan Islamfobia ini menyebabkan gerakan
dakwah di seluruh dunia di selimuti dengan ketakutan terutamanya di negara
Barat. Oleh sebab itu, umat Islam memerlukan kebijaksanaan baru bagi
memperkemaskan kembali pendekatan dakwah supaya dakwah yang disampai
dapat diterima oleh masyarakat dunia. Antaranya, penggunaan pendekatan
sains dalam dakwah.

Dunia hari ini adalah dunia logik, penaakulan dan saintifik menyebabkan
kesukaran bagi ulama dan pendakwah tradisional untuk mendekati masyarakat
yang telah sebati dengan sistem pendidikan moden yang materialistik dan
sainstifik. Natijahnya, golongan berpendidikan moden terutamanya golongan elit
lebih selesa mengikuti budaya Barat daripada mengikuti budaya Islam. Penulis
percaya pendekatan sains boleh dijadikan sebagai instrumen dakwah yang
berkesan bagi memecah taboo pemikiran golongan yang berkiblat akal logik ini.

Menurut Maulana Muhammad Yusuf, Amir kedua Jemaah Tabligh sedunia, tabligh
ialah sifat Rasulullah SAW di dalam kehidupan dan sifat baginda dalam kerja
agama. Kekuatan dan segala sesuatu tidak digunakan kecuali di jalan Allah.
Konsep Tabligh digunakan untuk mencapai matlamat tabligh iaitu meneruskan
tugas Rasulullah untuk mendaulatkan agama Allah SWT dengan menggunakan
sains sebagai pendekatan tabligh. Kedaulatan agama Allah SWT perlulah dimulai
daripada pembinaan jiwa insan, keluarga, masyarakat dan seterusnya kewujudan
negara Islam. Negara Islam sukar untuk dibina selagi tidak diwujudkan jiwa insan
muslim yang sejati. Jiwa insan muslim sejati dalam digarapkan dengan 6 prinsip
tabligh yang telah dipopularkan oleh Maulana Muhammad Ilyas iaitu dua
kalimah syahadat, solat, ilmu dan zikir, menghormati orang lain, ikhlas dan
berjuang Fi Sabilillah. Jika 6 prinsip menjadi milik umat Islam, barulah empayar
keintelektualan, ekonomi, akhlak dan politik Islam dapat dikembalikan.

Gagasan tabligh moden

Jemaah Tabligh berperanan membawa kesedaran kepada umat Islam


untuk mengamal agama dengan mengikuti kehidupan Rasulullah dan para
sahabat. Ia dapat diamalkan dengan menghayati fadhilat-fadhilat agama yang
membangkitkan ghairah untuk beribadat. Usaha untuk mengislah diri insani
dilakukan secara hoslitik semasa usaha mengislahkan masyarakat umum. Bagi
tujuan ini, peserta tabligh [karkun] perlu keluar [ghast] berjemaah yang
mempunyai fikir yang sama dalam tempoh tertentu seperti 3 hari, 10 hari atau
40 hari untuk mengislah diri dan mentasykil masyarakat awam. Keistimewaan
tabligh ialah usaha ini boleh dilakukan oleh sesiapa jua tanpa mengira autoriti
agama seseorang karkun. Walau bagaimanapun setiap jemaah diperlengkapkan
dengan seorang ustaz bagi membimbing jemaah.

Tabligh moden merupakan pendekatan dakwah yang berasaskan dialog


dengan menggunakan sains dan ilmu perbandingan agama dan ideologi bagi
menghapuskan ketidakfahaman masyarakat terhadap Islam. Ia bersifat
merentasi sempadan perkauman, jantina, agama dan geografi dengan usaha
dakwah agar manusia berfikir tentang kebenaran agama Islam tanpa menolak
prinsip dan metode asali tabligh tradisi. Tabligh moden harus dijalankan kerana
gerakan dakwah sekarang terpaksa menghadapi masyarakat yang semakin
berpendidikan dan jahil tentang agama secara syumul dan sahih. Hujah
berasaskan agama tidak akan membebaskan kejahilan masyarakat moden
berpendidikan yang mementingkan hujah akal dan saintifik. Oleh sebab itu, ilmu
sains dan ilmu perbandingan agama dilihat satu alat bantu yang paling penting
bagi membantu pendebat atau pendakwah Islam.

Semangat dialog digunakan membuka ruang agar masyarakat Islam dan


non Islam berfikir untuk mencari kebenaran dalam suasana keterbukaan. Dialog
ini boleh dizahirkan melalui debat ilmiah, wacana ilmu dan forum yang mengkaji
al Quran dan hadis berdasarkan tema bagi memudahkan kefahaman audien
tentang Islam. Dialog ini bukan mencari kemenangan tetapi satu proses
pencambahan ilmu yang meliputi wacana dua hala antara pihak yang berlainan
pendapat. Dalam sejarah Islam, Syeikh Rahmatullah al Kiranawi telah berdebat
dengan seorang paderi, Funder pada 10 April 1855 di Akbarabad Abdul Masih,
India. Beliau juga menulis sebuah kitab bertajuk Izahharulhaq yang berkaitan
tentang pertentangan pendapat antara Kristian dengan Islam atas permintaan
Khalifah Abdul Aziz, pemerintah Daulah Uthmaniyyah.

Dekad yang lepas ramai dai berasaskan dialog telah muncul seperti
Ahmad Deedat, Harun Yahya dan Dr. Zakir Abdul Karim Naik. Dr. Zakir sebagai
contoh adalah pengasas Islamic Research Foundation [IRF] di India merupakan
pusat latihan pendakwah berasaskan ilmu perbandingan agama. Harun Yahya
pula menggunakan pendekatan sains bagi menjernihkan pemikiran manusia
daripada mengikuti fahaman-fahaman Barat terutamanya teori Darwin. Di
Malaysia, mempunyai beberapa daie yang bersifat tabligh moden seperti Dr.
Yusof Othman, Dr. Daniel Zainal Abidin dan Saudara Shakirin.

Sebenarnya, gerakan dakwah seperti PERKIM dan Akademik Sains Islam


(ASASI) mempunyai kepakaran dan potensi untuk mengerakkan program tabligh
moden ke dalam masyarakat tetapi sayang mereka tidak menggunakan
kelebihan sebaik mungkin untuk menjanakannya. Saba Islamic Media dan
Jemaah Islah Malaysia cuba memainkan berperanan secara aktif menggerak
tabligh melalui dialog antara agama, penulisan dan bahan interaktif. Tabligh
moden dilihat satu kaedah dakwah Islam untuk mendekati kebanyakan elitis dan
kelas menengah yang selama ini mengamalkan cara hidup yang terpesong
daripada agama.

Sebagai cadangan sebuah kelab yang dinamakan Kelab Harun Yahya


ditubuhkan di institusi pengajian tinggi, maktab penguruan, institusi kesihatan
bersekutu, institusi kemahiran dan sekolah berasrama untuk memperkenalkan
tabligh moden yang berasaskan sains dan perbandingan agama. Institusi
pendidikan ini merupakan regalia untuk melahirkan kelas menengah negara
perlu diperkasakan dengan Islam kerana mereka adalah bakal pemimpin dan
profesional negara. Aktiviti yang boleh dijalankan kuliah bulanan, bengkel dan
tamrin tahunan yang menfokuskan kepada mendidik jiwa pelajar menjadi insan
pendakwah yang rabani.

Dalam bertabligh, peranan wanita selalunya terpinggir dan dianggap tidak


penting. Pandangan ini harus kita jernih kerana golongan wanita memainkan
peranan sangat penting dalam suasana kehidupan pada zaman sekarang.
Mereka hampir menguasai semua aspek dalam kehidupan sama ada dalam
akademik, sektor pentadbiran awam dan swasta, dan sektor perkilangan. Jemaah
Tabligh sendiri yang selama ini dilihat paling kolot tentang penyertaan wanita
dalam dakwah telah melakukan anjakan paradigma dengan menerima wanita
sebagai ejen dakwah. Di bawah pimpinan Maulana Ina’amul Hasan, Amir Ketiga
Jemaah Tabligh peranan wanita telah diperkasakan. Menurut Maulana In’amul
Hasan, masturat [wanita] perlu membuat usaha di bawah pengawasan lelaki.
Dalam gagasan tabligh moden, wanita seharusnya lebih perkasa meredah lautan
manusia untuk menyampaikan dakwah. Pendakwah wanita harus merapati
wanita profesional dengan suasana berhikmah dan kondusif. Setiap pendakwah
mesti membentang usul dakwah bukannya menghina atau memberi tekanan
kepada audien. Jika audien tidak mahu menerima seruan dakawh, hanya doa
dapat dilafazkan.

Golongan artis dan seniman selalu ditohmah dan dipinggirkan oleh para
ulama dan pendakwah.

Amalan ghast tetap dilakukan oleh tabligh moden tetapi difokuskan kepada
kumpulan tertentu terutamanya golongan elit dan terpelajar. Jemaah Tabligh
moden harus mendekati golongan artis dan seniman yang selalu dipinggirkan
oleh agamawan. Sikap mesra dan dialog kepada golongan dipinggirkan oleh
agamawan bagi mendekatkan agama dengan mereka sekaligus meleburkan
taboo yang menganggap Islam antihiburan.

Amalan bercorak tasawuf yang semakin dilupai oleh jemaah tabligh tradisi
ialah pengamalan manzil. Manzil adalah susunan wirid yang diatur oleh keluarga
Kahdalawi iaitu keluarga Maulana Muhamad ilyas.

ARTISISME SEBAGAI TAULADAN MASYARAKAT MODEN?


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias1

Globalisasi merupakan satu proses penerusan dasar imperialisme Barat ke atas


masyarakat Timur. Tunjang kekuatan globalisasi adalah penguatan kuasa Kristian-
Yahudi ke atas politik, ekonomi dan sosial manusia melalui penjajahan minda dan gaya
hidup. Globalisasi hanyalah solekan baru bagi proses penjajahan moden ini tidak dapat
dihalangi oleh masyarakat Timur kecuali melalui kekuatan jati diri setiap orang dalam
sesebuah masyarakat. Produk budaya merupakan salah satu daripada impak proses
globalisasi. Dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, produk budaya
telah berjaya membanjiri hampir keseluruhan gaya hidup dan pemikiran masyarakat
Timur termasuk yang beragama Islam. Oleh sebab itu, satu kesedaran bersama perlu
dicipta oleh kesatuan masyarakat Timur bagi menguatkan jati diri dalam menghadapi
cabaran globalisasi.

1
∗ Penulis adalah siswazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial [sejarah, dan antropologi dan sosiologi]
daripada Universiti Malaya. Kini melanjutkan pelajaran dalam diploma lanjutan di sebuah institusi pendidikan
di Pahang.
Sex And The City [SATC] adalah sebuah drama yang mengambarkan kehidupan
4 orang gadis kosmopolitan. SATC boleh disebariskan dengan drama lain seperti
Friends yang mengambarkan suasana keruntuhan moral masyarakat Barat. Karektor
dalam SATC menunjukkan nilai kebebasan, peluang dan kemampuan untuk berjaya
golongan wanita. Drama ini menjadi satu contoh pemikiran dan gaya hidup Barat yang
cuba diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat Timur melalui proses globalisasi.
Satu tranformasi budaya telah cuba memecahkan taboo akal-budi masyarakat Timur
yang diakari oleh nilai agama dan adat ketimuran. Britney Spears pula merupakan
satu icon yang mewakili golongan artis yang ternama, bergaya dan kontroversi.
Kelincahan gadis ini membuatkan dirinya menjadi ikutan ramai para remaja
terutamanya gadis-gadis. Pemujaan terhadap Britney Spears sebagai icon of glamour
membuktikan beliau dapat merumuskan kelakuan kebudayaan popular Barat yang
dikomoditikan oleh dirinya telah berjaya menjadi moderator budaya yang
mempersonakan keekstasian gaya hidup remaja.

Kedua-dua produk budaya Barat ini merupakan proses penaklukan semula


kuasa Yahudi-Kristian melalui rejim kapitalis mereka. Disebalik kemaraan kapitalis
Barat ke dunia Timur, ‘tangan ghaib’ yang menentukan hala tuju golongan kapitalis
adalah kumpulan Yahudi-Kristian. Mereka cuba mengubah pemikiran dan gaya hidup
masyarakat dunia demi kepentingan kantung ekonomi mereka. Britney Spears secara
tidak disedari adalah lambang keuntungan kapitalis. Beliau sendiri adalah komoditi
untuk mempersonakan dan melariskan jualan produk dengan menggunakan kelebihan
yang ada pada tubuhnya. Fragmen-fragmen tubuh artis seperti bibir, rambut, payu
dara, peha, mata dan sebagainya telah diniagakan untuk keuntungan nafsu para
kapitalis. Maka lahirlah pil pelansing, gincu Maybelline, syampu Sunsilk, wangian Dior
bahkan alat sulit wanita pun dieksplotasi dengan kehadiran ‘lampin wanita’ berjenama
kotex dan ‘anak seluar’ keluaran Versace atau adidas.

Fakulti kecantikan dan keinginan untuk bergaya ini telah mengubah


pemaknaan sosial masyarakat Timur kepada budaya popular masyarakat Barat yang
mewah dan trendy. Pemaknaan sosial masyarakat Timur telah luntur dihakis oleh
penawaran kesenangan, kegembiraan, kemudahan yang telah membentuk kekuasaan
individu yang berhak menentukan hala tuju kehidupan masing-masing tanpa kekangan
institusi masyarakat dan keluarga. Setiap orang yang menyintai budaya popular akan
mencari informasi bagi mengetahui perkembangan artis yang diiconkan kepada Spears
berkaitan barangan aksesori kecantikan yang digunakan oleh artis tersebut. Pemujaan
terhadap artis menyebabkan pemakaian budaya oleh sesebuah masyarakat ditentukan
oleh artis melalui media massa. Perkara ini menjadikan masyarakat Timur terbius oleh
keekstasian budaya popular yang bersifat ilusi dan fantasia untuk mengelabui
masyarakat demi permerebakan konsumerisme ke dalam masyarakat Timur.

Kecantikan yang dilatari oleh budaya popular dan konsumerisme ini telah
membentuk pemujaan kebeliaan oleh kebanyakan ahli masyarakat Timur. Masyarakat
Timur terutamanya Muslim mudah terpengaruh dengan fenomena ini berasa bimbang
jika kecantikan mereka semakin lusuh. Mereka juga amat takut tentang ketuaan dan
kematian menyebabkan mereka mencari alternatif untuk hidup lebih lama dan sentiasa
cantik. Maka mereka mula mencari ubat seperti botox untuk mengekalkan kecantikan
yang tiruan. Pemujaan kebeliaan ini melalui perislahan jasmaniah merupakan
kepalsuan yang mengindahkan usia yang sudah tua. Jika manusia terus hanyut dengan
kepalsuan ini, kesedaran diri tentang akhirat dan kematian semakin dilalaikan
sehingga sanggup melakukan kemaksiatan kerana merasakan diri mereka masih muda
dan hidup selama-lamanya.
Britney Spears adalah lambang keremajaan yang lincah, bergaya dan
kontroversi. Keremajaan cukup menarik bukan kerana potensi mereka sebagai remaja
tetapi keluasan pasaran yang boleh dibina dalam komuniti keremajaan ini. Jumlah
mereka yang besar dan keunikan sifat anak muda yang memberontak, tergesa-gesa dan
romantik semampu mungkin dieksplotasi oleh kapitalis untuk keuntungan mereka.
Penampilan dan masa terluang para remaja telah dicandukan melalui media massa
dengan kesenangan, kemewahan dan kejelitaan. Pengaruh ini boleh dilihat melalui
budaya pertukaran telefon bimbit mengikut perkembangan semasa, pakaian mereka,
muzik dan sukan ekstrem. Remaja hanya melihat sesuatu daripada pandangan fizik
bukannya metafizik. Mereka tidak memahami prinsip dengan hanyut dalam gelombang
kepalsuan trendy yang pantas bertranformasi.

SATC merupakan satu produk budaya yang cuba mengubah persekitaran


budaya masyarakat Timur. Kehadiran kes VCD lucah Pramugara Melampau, kes
Linda-Edry KRU, Nasya Aziz, Wan Nor Azlin dan kes pembunuhan Noritta
mengambarkan penularan produk budaya SATC ke dalam masyarakat kita. Biarpun
mereka mengaku tidak melakukan perkara tersebut tetapi kes seumpama ini telah
membuktikan fenomena ini memang berlaku dalam masyarakat kita. SATC terhasil
daripada trajedi kemanusiaan dan kehampaan iman serta hidayah kebudayaan Barat
telah cuba mengelirukan pemikiran manusia agar meninggalkan keunggulan
beragama. Menurut Syed Naquib al Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, trajedi
kemanusiaan ini timbul kerana mereka hidup berdasarkan material dan dicandukan
dengan keashikan hidup duniawi yang melulu sehingga membelakangi agama. Mereka
telah memisahkan agama dan urusan keduniaan dalam kehidupan mereka.

SATC telah berjaya mewujudkan satu budaya pengaulan bebas yang melanggari
adab kesusilaan masyarakat Timur. Pengaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
dan kerap bertukar pasangan telah diakhiri dengan adegan seks. Di Malaysia,
sebahagian masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau
Pinang, upacara seks bebas menjadi kelaziman bagi mereka. Laporan Berita Harian
menyatakan peningkatan sebanyak 13 peratus remaja yang berusia 15 hingga 21 tahun
melakukan sek sebelum kahwin adalah petanda tentang kemaraan fenomena SATC
yang cuba membumikan di dalam masyarakat Malaysia. Menurut Syeikh Ali Thantawi,
pengaulan bebas dan pembukaan aurat merupakan asas kepada budaya seks sebelum
kahwin. Sumber malapetaka ini disirkulasikan melalui media massa.

Selain itu, SATC menunjukkan kekuatan feminis yang cuba menguasai dunia
dengan budaya berdikari, bebas dan perkasa melebihi lelaki. Menurut Rowbotham,
feminisme yang mengungguli gerakan pembebasan wanita telah berhujah kandungan
tafsiran teologi dalam tradisi agama telah didominasi oleh lelaki. Watak unggul
kejantanan kaum lelaki dan imej lemah kaum wanita dalam tradisi agama dibuat
berdasarkan susuk fizikal dan biologi manusia adalah tidak adil. Feminisme
mencandukan wanita agar bangkit membebaskan diri dari kekangan tahyul ketuanan
lelaki. Menurut Syeikh Ali Thantawi, feminisme menuntut hak mereka yang bathil dan
ingin memuaskan nafsu mereka. Mereka berkiblat Barat dan menganggap kemajuan
dan pemodenan sebagai pemimpin. Mereka cuba menyucikan model pakaian separuh
bogel, percampuran bebas dan kelakuan seks bebas sebagai budaya anutan masyarakat
Timur. Kebanyakan pemimpin gerakan feminisme sendiri kebanyakannya tidak
berkahwin dan cuba menikmati kelazatan kehidupan wanita yang lain. Kepalsuan
kekuatan wanita dalam SATC bersifat pemuasan nafsu dan khayali yang melanggari
batasan kemanusiaan.
SATC dan Britney Spears telah menjadi satu epiphenomenon iaitu fenomena
yang menghasilkan fenomena dimana kesatuan budaya negatif seperti minum arak,
seks bebas dan pembukaan aurat perempuan telah menghasilkan fenomena negatif
yang lain dalam masyarakat. Fenomena yang terhasil daripada fenomena ini seperti
budaya andartu, kehancuran institusi kekeluargaan, AIDS, rogol dan budaya hiburan
underground [hip hop dan punk]. Inilah impak ke arah keruntuhan adab masyarakat
Timur terutama yang beragama Islam. Menurut Syed Naquib al Attas dalam Tujuan
Dan Objektif Pendidikan Islam, gejala keruntuhan adab ialah proses menyamakan yang
diusahakan dari semasa ke semasa di dalam pemikiran Muslim dan diamalkan di
dalam masyarakatnya. Maksud menyamakan ialah menyamakan setiap orang,
pemikiran dan sikap dengan peringkat yang sama dengan orang menyamakan itu. Oleh
sebab itu, kelihatan sebahagian masyarakat Muslim cuba menyeragam kebudayaan
tradisi yang berakal-budikan al Quran dan hadis dengan kebudayaan Barat rosak.

Senjata ampuh untuk menghadapi ancaman fenomena SATC dan Britney


Spears ialah menguatkan jatidiri setiap orang agar dapat menbentengi diri daripada
dipengaruhinya. Peranan pemerkasaan jati diri setiap orang terutamanya Muslim
perlu digembleng oleh kerajaan selaku pemilik kuasa yang boleh menentukan hala tuju
masyarakat dalam bernegara. Kerajaan haruslah menggariskan dasar dan merancang
instrumen penyaring agar unsur-unsur positif yang tidak melanggari adat Timur dan
agama Islam sahaja diterima masuk ke dalam pemikiran dan gaya hidup masyarakat.
Kawalan terhadap sumber informasi seperti internet, majalah dan televisyen satelit
atau kabel perlu dipermantapkan agar penyaluran maklumat ini tidak disalahgunakan
untuk memperbanyakkan program berunsurkan maksiat.

Kehilangan adab dalam lingkungan komuniti timbul ekoran kekeliruan dan


kesilapan mengurusi faham keilmuan. Syed Naquib menyatakan kehilangan adab
adalah kehilangan disiplin iaitu disiplin jasad, akal dan diri sendiri yang menentukan
pengenalan dan pengakuan dengan diri sendiri dan masyarakat. Kegagalan manusia
menentukan pengenalan dan pengakuan telah menyebabkan mereka gagal mencari
ketauhidan dalam kehidupan. Ketiadaan faham keilmuan yang sahih dan benar juga
turut menyebabkan manusia terus diselimuti dengan faham jahil yang menggelapkan
cahaya hidayah. Maka muncullah pemimpin-pemimpin sama ada pemimpin diri
sendiri [iman yang lemah], keluarga atau masyarakat yang tidak layak mengisi
kepimpinan yang sah dan sahih. Oleh sebab itu, faham keilmuan yang diamalkan di
institusi pendidikan perlu dijernih dengan memahami tujuan dan objektif pendidikan
yang berasaskan al Quran dan hadis.

Solusi kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap muslim bagi membina
jati diri, peradaban dan survival Islam antaranya menerusi kekuatan akidah, kekuatan
ilmu dan pendidikan, kekuatan budi pekerti-adab, kekuatan tasawuf, kekuatan
tazkiyah dan kekuatan islah. Kekuatan-kekuatan ini diharapkan dapat menguatkan
jati diri umat dalam menghadapi fenomena SATC dan Britney Spears yang semakin
mengancam peradaban masyarakat Timur. Fenomena SATC dan Britney Spears
terhasil daripada impak globalisasi secara terselindung dan tersirat ini adalah lanjutan
daripada proses imperialisme anjuran kekuatan Yahudi-Kristian perlu dihalang agar
masyarakat Muslim tidak lagi dijajah oleh mereka.

PENJAJAHAN TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
Dunia kini mengalami perubahan mendadak dengan kebanjiran teknologi-teknologi yang
terkini dampak daripada proses globalisasi. Globalisasi menyebabkan manusia berada dalam
sebuah perkampungan yang sempit dimana pemikiran dan gaya hidup mereka cuba
diseragam mengikuti pemikiran dan gaya hidup yang dianggap terunggul iaitu dari Barat.
Sebenarnya, kemaraan teknologi yang mengubah pemikiran dan gaya hidup manusia tidak
dapat dihalang tetapi haruslah diterima dengan saringan. Teknologi sangat penting bagi
manusia untuk menjamin keselesaan manusia dalam melakukan sesuatu gerak kerja.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai contoh telah menyebabkan
berlakunya satu revolusi dalam peradaban manusia apabila ICT digunakan dalam
multidisiplin seperti pendidikan, ekonomi, pertahanan dan kesihatan. Manusia kini lebih
bermaklumat apabila dunia telah berada dihujung jari sahaja. Jaringan internet telah
menyebabkan informasi dari serata dunia boleh didapati dengan mudah.

Penularan teknologi ke dunia Timur telah membawa bersama pemikiran


dan gaya hidup Barat yang menyebabkan berlakunya tranformasi budaya.
Kebanyakkan teknologi yang berasal dari Barat mestilah mempunyai worldview
Barat tidak semuanya bersesuaian dengan world view masyarakat Timur yang
berakal-budikan agama dan adat Timur. Natijah daripada tranformasi budaya
yang tidak terkawal, masyarakat Timur mula menerima dampak negatif dalam
politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia, teknologi telah memberi impak dalam
perubahan sosial umat Melayu-Islam. Perubahan sosial ini dapat lihat jika kita
meneliti perubahan yang berlaku dalam masa 14 tahun yang lepas. Teknologi
Barat yang dianggap mempunyai nilai-nilai terunggul hanya gah dibibir dan di
dalam lembaran-lembaran media massa sahaja. Hakikatnya, umat Melayu-Islam
terutamanya anak muda semakin parah dalam krisis akhlak disebabkan
ransangan teknologi, dan permasalahan ini menghantui ibubapa, ulama dan
pemimpin kita dalam usaha mengatasinya.

Islam sendiri tidak menghalang perkembangan teknologi yang boleh


membangunkan ketamadunan umat. Dalam perkembangan tamadun, Islam
mengamalkan hubungan yang ideal iaitu berasaskan hubungan dialog. Tamadun
Islam bersifat akomodatif dalam pertembungan tamadun Islam dengan tamadun
lain seperti Yunani dan Parsi. Pengambilan unsur-unsur asing dilakukan dengan
semangat dialog dan bersikap selektif. Menurut Siddiq Fadzil, tamadun Islam
hanya mengambil bahagian yang relevan dari sains dan teknologi tamadun asing
bukannya worldview, epistemologi atau nilai-nilai budayanya. Kita hanya
memerlukan pemodenan teknologi bukannya pembudayaan tamadun asing
terutamanya dari Barat.

Teknologi yang terpilih perlu disuntik dengan roh Islam supaya tidak
bertentangan dengan syariat Islam. Teknologi harus diletakkan didalam
perspektif Islam akan dapat difungsikan sebagai alat untuk merealisasikan misi
kekhalifahan di bumi bukannya teknologi dalam konteks tamadun sekular yang
menghakis nilai-nilai kemanusiaan seperti seks bebas dan berpakaian separuh
bogel. Perkara ini disebut oleh Naisbitt sebagai technological intoxication
(keracunan teknologi) di kalangan manusia. Manusia sanggup menjadi hamba
teknologi dengan membelanjakan wang secara berlebihan atau menghabiskan
masa untuk beraktiviti dengan teknologinya.

Internet merupakan sumber maklumat yang tidak terbatas sifatnya. Tanpa


saringan dan keimanan yang mantap, pengguna internet akan hanyut dalam
dunia fantasia yang berasaskan pemuasan nafsu. Internet yang dimaniskan
dengan istilah bermaklumat ini berupaya membentuk pemikiran generasi muda
pada hari ini merentasi sempadan geografi, budaya dan agama. Ia
menyeragamkan pemikiran manusia berdasarkan siapa yang lebih banyak dan
berkuasa mengawal internet. Walaupun internet dianggap satu ruang bebas
tanpa monopoli, sebenarnya Baratlah yang memonopoli hampir keseluruhan
internet sama ada teknologi dan pengisiannya. Justeru, kita wajar menyaring
maklumat agar tidak terpedaya dengan tipu-daya Barat yang akan merosakkan
budaya dan agama masyarakat Timur.

Dasar langit terbuka membolehkan kewujudan televisyen setelit yang


akan mencorak pemikiran umat Melayu-Islam di negara ini. Kewujudan
televisyen satelit bertujuan supaya rakyat mempunyai pemikiran bertaraf
antarabangsa adalah satu ilusi dan mitos para pendukung hedonisme.
Televesyen satelit diomong-kosong sebagai sumber informasi padahal secara
realitinya hanya program hiburan sahaja yang dicandukan kepada audien demi
kepentingan kapitalis. Akibatnya, generasi kini dibaptiskan dengan hiburan yang
tidak terbatas secara langsung dapat dilihat daripada impak akhlak mereka.
Program hiburan seperti Akademik Fantasia dan Auditiontelah mewujudkan
perasaan fanatik melulu di kalangan generasi muda dibimbangi melunturkan
ketahanan akhlak Islam.

Peminat kereta atau ‘mat motor’ pula sanggup menghabiskan duit gajinya dan
ibubapa bagi memenuhi keperluan kereta atau motorsikalnya. Mereka
memberi kelebihan kepada alat berbanding keperluan diri mereka sendiri.
Seseorang remaja atau mahasiswa sendiri lebih banyak memperhambakan
dirinya untuk bermain permainan video daripada membuat tugasan atau
berseminar di institusi pendidikan. Oleh sebab itulah, tanpa kawalan peribadi
dan kesedaran kendiri seseorang insan akan terlalai dalam dunia maya yang
khayali. Kita akan tertipu oleh kecanggihan teknologi yang tidak hakiki.
Teknologi bersifat dinamik ini sukar untuk menetapkan kedudukannya, justeru
setiap pengejaran terhadap kecanggihan teknologi akan menemui jalan sia-
sia.

Di universiti pula, para mahasiswa genius amat mencintai teknologi


terutamanya berkaitan telefon bimbit dan kenderaan bermotor. Ia telah menjadi
budaya popular pelajar menukar telefon bimbit berdasarkan perkembangan
terkini. Memang tidak salah menukarnya jika kita berkemampuan tetapi jika
menggunakan wang PTPTN untuk membeli telefon bimbit, hilang matlamat baik
skim tersebut untuk membantu mahasiswa dalam pembiayaan kehidupan di
kampus. Warga genius di varsiti, janganlah teknologi dijadikan tuan oleh diri
anda. Telefon bimbit hanyalah berperanan dalam berkomunikasi sahaja bukan
bertujuan untuk bergaya megah yang tiada kesudahan sifatnya. Justeru
pertukaran telefon bimbit baru menyebabkan kita tertipu dengan kebijaksanaan
iklan-konsumerisme.

Ini hanyalah secangkir impak negatif penggunaan teknologi yang tidak


terkawal telah membuktikan teknologi perlu dipantau dan diselia dengan baik
agar ia tidak merosakkan pemikiran dan cara hidup manusia terutamanya anak
muda. Teknologi umpama pisau yang dapat digunakan dalam kerja-kerja dapur
dan ia juga boleh digunakan untuk membunuh seseorang. Teknologi samalah
sifatnya dengan pisau, insanlah yang memperalatkannya untuk menjadi baik
atau buruk. Jaminan penggunaan teknologi secara baik terletak kepada ilmu
yang dimiliki oleh seseorang insan. Insan yang baik haruslah mempunyai ilmu
yang betul dan lengkap mengenai agama agar dia dapat menilai kehidupan
daripada kacamata agama. Menurut Syed Naquib al Attas, insan yang baik ialah
insan yang berilmu luhur, insaf akan tanggungjawab kepada Tuhannya yang Haq,
insan yang memahami serta menyelenggarakan penunaian tanggungjawab
terhadap dirinya dan ahli masyarakat, insan yang dalam serba-serbi tingkah
lakunya sentiasa mengasuh dirinya menuju ksempurnaan sebagai insan
beradab.

Kecintaan kepada teknologi telah disirami ke dalam pemikiran manusia


sejak kecil sama ada di sekolah atau di rumah. Ia terbit daripada faham material
yang tertanam dalam pemikiran pengubal sistem pendidikan dan ibu-bapa yang
menerima tarbiyah daripada sistem pendidikan faham material sebelum itu.
Pemikiran generasi muda telah dibaptiskan dengan pujaan yang mengagung-
agungkan kebudayaan dan teknologi yang berasal daripada Barat. Manusia
diwajibkan percaya bahawa hanya teknologi dari Barat sahaja yang mampu
memberi kesejahteraan kepada ketamadunan manusia. Kecanggihan teknologi
Barat menyebabkan manusia tertipu dengan ‘sihir’ ciptaan saintis Barat dimana
teknologi mereka tiada mempunyai roh yang mengarahkan kepada kebenaran
bahkan ia membawa kepada kekeliruan dan keuntungan sekelompok elitis yang
pro Yahudi.

Barat cuba menjajah dengan menggunakan teknologi yang berubah


secara drastik dan ia juga dapat mengubah pemikiran dan cara hidup sesebuah
negara. Teknologi yang tidak mempunyai perasaan tidak akan mengesiani insan
bahkan mereka cuba menguasai ketertiban hidup manusia, alam sekitar dan
angkasa raya demi pemuasan nafsu mereka. Lihat teknologi yang dimiliki oleh
syarikat multinasional Barat seperti Nokia dan Microsoft begitu pantas berubah
sehingga manusia di serata dunia tidak mampu menangani perubahan teknologi
mereka. Manusia tiada pilihan kecuali mengikuti perubahan teknologi mereka
jikalau tidak mahu ketinggalan dalam ketamadunan manusia kononnya.

Kini teknologi telah mempesonakan mata manusia agar kepalsuan dan


ilusi sebagai yang benar. Pada masa akan datang ia akan mengelirukan yang hak
dengan yang bathil dan meragui kebolehan akal manusia mencapai kebenaran
yang hak dan menafikan kebenaran yang diyakini dengan iman [Syed Naquib al
Attas]. Perkara ini telah terbukti dengan kepercayaan melulu kebanyakan ahli
masyarakat kita terhadap media massa elektronik Barat sehingga boleh
mengubah pemikiran seseorang. Akibatnya pemikiran manusia akan dicandukan
dengan penyeragaman pemikiran yang ditentukan oleh pihak berkepentingan.
Inilah tanda kejayaan Yahudi dalam tempoh menunggu kedatangan dajal
laknatullah.

Teknologi hanya boleh dikawal oleh insan baik yang disuluhi dengan ajaran
al Quran dan Hadis melalui pembersihan pemikiran material. Bagi melaksanakan
wagas [wawasan dan gagasan] ini, pemikiran dan cara hidup masyarakat perlu
disuntik dengan akhlak Islami. Sistem pendidikan perlu menyahkan faham
material secara melampau dan digantikan dengan pengajaran akhlak al Quran
dan gaya hidup Rasulullah SAW yang sederhana. Pemerintah harus lebih serius
untuk membersihkan mentaliti masyarakat yang tercandu oleh faham material,
bukannya menggalakkan penularan faham ini. Tugas adipenting bagi pemerintah
adalah mengubah pemikiran rakyat ke arah kebenaran bukannya
menghamburkan pembangunan yang tiada roh Islami. Ketamadunan dalam
Islam bukan dinilai daripada pembangunan fizikal tetapi pembangunan insani
yang dimiliki oleh generasi Quranik. Kepentingan teknologi tidak dapat dinafikan
tetapi penggunaannya memerlukan kepimpinan akal yang benar.

KEUNIKAN GERAKAN ISLAM DI NEGARA TURKI.


OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

tokawang_sufi@hotmail.com

Setelah tumbangnya Daulah Uthmaniyyah pada tahun 1924, muncul


kerajaan Turki Moden yang ditubuhkan oleh Musthapa Kamal Ataturk yang
mengamalkan dasar sekular. Sekular berasal daripada perkataan Latin
‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat atau kedudukan.
Menurut Syed Naquib al Attas, faham sekular merujuk makna kedisinikinian.
Syed Naquib menyimpulkan sekular sebagai idea yang lebih dekat dengan
ideologi positivisme yang bertentangan dengan Islam kerana positivisme
menyatakan bahawa wujudnya alam hanyalah fakta [fizik] dan tidak ada
disebalik fakta [metafizik] sedangkan Islam mengakui kewujudan unsur fizik dan
metafiziknya alam. Secara mudahnya, sekular telah memisahkan antara agama
dengan urusan dunia. Bagi menjamin keteguhan sekularisme, Musthapa Kamal
telah mengubal perlembagaan negara Turki berteraskan ajaran sekular melalui
Parti Republik Rakyat dan mengarahkan tentera sebagai pengawal kepada
ideologi sekular.

Musthapa Kamal adalah legasi yang dibentuk oleh Freemason Yahudi


untuk mengucar-kacir perpaduan umat Islam. Beliau dididik oleh Freemason
Yahudi yang berpusat di Salonika, Macedonia dan memasuki Islam untuk
memusnahkan Islam dari dalam atau dikenali sebagai Dunmah. Beliau
mempunyai seorang penasihat Yahudi yang bernama Hakham Yahudi Hasyim
Nahun yang menasihat Ataturk dalam politik, ekonomi dan sosial. Islam telah
dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan, dengan menggunakan slogan
garbie doegeo [berarak menuju ke Barat], penggunaan bahasa Arab, pemakaian
menutup aurat dan jawatan khalifah telah dihapuskan. Ataturk telah cuba
menerapkan prinsip Kamalisme iaitu republik, nasional, populis, estatis, sekular
dan revolusionari ke dalam pemikiran masyarakat Turki.

Kedurjanaan Ataturk dengan menggunakan sekularisme telah cuba


menghancurkan ajaran Islam ditentang hebat oleh seorang ulama yang bernama
Badiuzzaman Said Nursi. Walaupun ditindas dengan kejam, beliau telah berjuang
melalui mata pena. Said Nursi menulis risalah yang dikenali Risalah-i Nur ialah
himpunan surat yang mentafsir ayat al Quran. Risalah ini cuba membuktikan
kebenaran dan kemantapan sistem hidup Islam dengan menggunakan nas al
Quran, hadis, ilmu kalam, sains dan sejarah. Selain itu, Said Nursi juga pernah
menganggotai parti al-Ittihad al-Muhammadi yang bertujuan mengembalikan
ketuanan Daulah Uthmaniyyah dan pelaksanaan syariat selepas kebangkitan
gerakan sekular melalui Parti Perpaduan dan Kemajuan sebelum Perang Dunia
Pertama. Gerakan al-Nur yang dipelopori oleh Said Nursi ini merupakan asas
kepada Jemaah Zaman yang diusahakan oleh murid-muridnya. Angin
kebangkitan Islam yang ditiup oleh Risalah-i Nur terus bersemarak di Turki
hingga hari ini.

Pada tahun 1946, Turki mengamalkan demokrasi liberal melalui


pilihanraya yang memberi peluang golongan Islam menyertainya. Setelah sekian
lamanya, parti sekular menguasai pilihanraya, Necmettin Erbakan seorang
berkelulusan ijazah kedoktoran [PhD] dalam kejuteraan telah membentuk parti
berlatar belakang Islam yang pertama iaitu National Order Party pada tahun
1970 tetapi diharamkan oleh mahkamah perlembagaan pada 20 Mei 1971 atas
desakan tentera. Pada 11 Oktober 1971, Erbakan menubuhkan sebuah parti baru
iaitu National Selvation Party [NSP] yang telah menyertai pilihanraya pada tahun
1973 dan menang sebanyak 48 kerusi atau 11.8 peratus. Kejayaan ini
membolehkan Erbakan menbentuk kerajaan campuran dengan parti sekular,
Republican People Party.
Dengan kepintaran politik Erbakan, golongan Islamis berjaya memperolehi
beberapa jawatan politik seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kehakiman. Pada tahun 1974, NSP bergabung parti Justice Party dalam kerajaan
campuran ekoran tentera Turki menyerang Cyprus. Dalam pilihanraya 1977, NSP
mendapat 8.6 peratus undi atau 27 kerusi. Peratusan yang kecil ini masih
menghidupkan peluang NSP menyertai kerajaan campuran Justice Party.
Kerajaan campuran telah dibubarkan oleh rampasan kuasa tentera pada tahun
1980 ekoran kebimbangan impak negatif daripada Revolusi Iran pada tahun
1979.

Turki kembali kepada pemerintahan demokrasi pada tahun 1982, Erbakan


melalui pengikutnya, Ali Tukmen telah menubuhkan Parti Refah pada 19 Julai
1983. Dalam pilihanraya 1984, Parti Refah telah berjaya mendapat 7.8 peratus
tetapi 10 tahun kemudian Parti Refah mendapat 21.38 peratus atau 158 kerusi
yang diadakan pada 25 Disember 1995. Sebelum itu dalam pilihanraya bandaran
pada 27 Mac 1994, Parti Refah berjaya menguasai 327 majlis bandaran termasuk
Istanbul dan Ankara. Dalam pilihanraya ini juga Parti Refah berjaya menguasai
28 daripada 76 wilayah di seluruh Turki. Parti Refah telah mengadakan kerajaan
campuran dengan parti sekular True Party pimpinan Tansu Ciller. Erbakan telah
dilantik sebagai Perdana Menteri Turki.

Dasar pro-Islam Erbakan menyebabkan pemerintahannya ditekan oleh


tentera dan Erbakan terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 1997. Mahkamah
Perlembagaan Turki telah mengharamkan Parti Refah pada bulan Januari 1998
kerana mengancam prinsip sekular dan Erbakan dilarang bergiat dalam politik.
Berikutan pengharaman ini, Virtue Party ditubuhkan oleh pengikut Erbakan, Rejai
Kutan pada akhir tahun tahun 1997 tetapi parti diharamkan pada tahun 2001.
Setelah pengharaman parti Virtue, Rejai Kutan telah menubuhkan parti Saadet
manakala golongan reformis dalam Parti Refah yang dipimpin oleh Recep Tayyip
Erdogan dan Abdullah Gul menubuhkan Justice and Development Party [AKP]
pada tahun 2001.

Dalam pilihanraya yang diadakan pada 3 November 2002, AKP telah


berjaya memperolehi 34.28 peratus atau 365 kerusi telah membolehkan AKP
menubuhkan kerajaan Turki sehingga kini. Erdogan telah dilantik sebagai
Perdana Menteri setelah AKP meminda perlembagaan agar Erdogan dibenar
bergiat aktif dalam politik. Sebelum ini, Erdogan adalah Dato Bandar Istanbul
yang pernah dipenjara dan dilarang berpolitik kerana membaca puisi Mehmet
Akif yang dianggap menghina prinsip sekular Turki. AKP semampu yang mungkin
cuba menerapkan semangat Islami dalam pentadbiran dan cuba menggelak
konflik dengan tentera yang mengawal prinsip sekular.
Walaupun Turki mengamalkan sekularisme secara total, parti berakar-
tunjangkan Islam berjaya menjadi kuasa penentu dalam proses penubuhan
kerajaan di Turki kerana kelemahan prinsip populis Kamalisme iaitu siapa yang
lebih popular akan berkuasa. Erdogan merupakan Dato Bandar Istanbul yang
popular telah berjaya menyediakan kemudahan untuk rakyat Turki semasa
pemerintahan Parti Refah. Parti Refah sendiri pernah menyelesaikan masalah
hutang bandar-bandar dikuasainya yang berjumlah USD16 bilion dan meningkat
pendapatan daripada USD 150 juta pada tahun 1994 kepada USD 1.87 bilion
dalam tahun 1997.

Menurut Perlembagaan Turki setiap warganegara yang berusia 18 tahun


ke atas mempunyai hak menubuhkan parti politik, menyertai parti politik atau
meninggalkan mana-mana parti politik. Peluang ini memudahkan parti berlatar
belakang Islam yang diharamkan menubuhkan kembali organisasi mereka
dengan hanya menukar nama baru. Sistem pilihanraya berasaskan peratusan
undi popular juga membantu parti berasaskan Islam. Dalam sistem ini, setiap
parti perlu mendapat 10 peratus undi bagi mendapat kerusi. Setiap wilayah akan
diberi satu kerusi parlimen dan bakinya akan dibahagikan kepada parti yang
mendapat lebih daripada 10 peratus undi.

Cabaran parti Islam dalam pemerintahan di Turki adalah menghadapi 3


institusi yang melindungi ideologi sekular iaitu tentera, badan birokrasi dan
badan politik. Perlembagaan Turki telah menetapkan negara tersebut adalah
sebuah negara sekular dan tiada kuasa yang dibenarkan menggugatnya. Ideologi
sekular ini dilindungi oleh tentera yang bertindak seganas mungkin termasuk
merampas kuasa jika ada pihak yang cuba mencerobohi ideologi sekular.
Erbakan sendiri beberapa kali ditekan sehingga beliau dibersarakan daripada
kancah politik. Kebangkitan generasi muda untuk memperjuangkan Islamisasi
diharapkan membawa perubahan baru kepada gerakan Islam. Selama ini rakyat
Turki dididik secara sekular sehingga mereka bersifat lebih Barat daripada orang
Barat dan bersifat anti-Islam yang dianggap agama anti-pembangunan dan
mundur.

Kebijaksanaan Erbakan dapat dilihat apabila beliau telah melatih kadernya


melalui sekolah Iman Hatip supaya dilahirkan profesional berjiwa Islam dan
menubuhkan jaringan perdagangan Islam yang dikenali MUSIAD [Persatuan
Peniaga dan Pengusaha Bebas] pada 5 Mei 1990. Persatuan ini menyatukan
usahawan pro-Islam dalam pelbagai bidang. Pada tahun 1991 sebanyak 400
orang telah menyertai MUSIAD dan jumlah ini bertambah kepada 1700 orang
pada tahun 1993. Jumlah ini bertambah kepada 3000 orang pada tahun 1998
dengan anggaran pendapatan $ 2.97 bilion. Kedudukan ekonomi yang kukuh
membolehkan MUSIAD pimpinan Ali Bayramoglu membantu parti politik berlatar
belakang Islam di sebalik tabir.
Selain gerakan politik Islam dan ekonomi, gerakan sosial berasaskan Islam
turut memainkan peranan penting di Turki. Gerakan sosial Islam Turki ini
dipimpin oleh Fethullah Gulen seorang pemikir yang terpengaruh dengan
pemikiran Said Nursi. Gerakan Gulen menggunakan pendekatan non-politik
berasaskan semangat dialog dan toleransi. Gulen sering berbicara tentang sains
dan Islam, demokrasi, pemodenan, agama dan semangat toleransi. Gulen sendiri
kerap kali mengkritik dan menyokong cadangan sama ada daripada pihak
sekular atau Islamis. Gulen cuba merapati semua pihak di Turki dengan
menggunakan kesederhanaan tanpa terlalu pro atau kontra terhadap mana-
mana pihak. Penyertaan non-muslim dalam gerakannya membuktikan Gulen
mementingkan dialog antara agama bagi mendekatkan ajaran Islam dengan
non-muslim.

Gerakan Gulen bukanlah satu gerakan yang mempunyai institusi khas


atau lambang rasmi tertentu. Pembabitan gerakan ini dapat difahami dalam
kerangka kumpulan kepentingan [intrest group]. Ia digerakkan oleh Yayasan
Guru Turki dan Yayasan Penulis dan Wartawan yang bergiat dalam aktiviti
pendidikan dan media massa. Gerakan Gulen memiliki hampir 200 buah sekolah
daripada Tanzania ke China dan 100 buah sekolah di Turki. Dalam media massa,
gerakan Gulen memiliki akhbar Zaman, saluran TV Samanyolu dan stesen radio
Burc. Kekuatan ini membolehkan Gerakan Gulen menjadi pengimbang kuasa
antara pihak Islamis dan sekular sehingga cuba didekati oleh semua pihak di
Turki. Sokongan Gerakan Gulen dapat mempengaruhi keputusan-keputusan
dalam pemerintahan di negara Turki.

Begitulah keunikan gerakan Islam di Turki, sebuah negara mengamalkan


ideologi sekular secara total. Secara keseluruhannya, gerakan Islam haruslah
menggunakan kebijaksanaan bagi mendepani setiap cabaran berdasarkan
suasana tempatan. Kebolehan gerakan Islam di Turki mendepani cabaran pihak
sekular perlu ditauladani oleh gerakan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab itu,
keupayaan menggunakan strategi san jieche [gabungan tiga] iaitu penyatuan
kekuatan politik daripada dalam kerajaan, luar kerajaan dan gerakan non-politik
perlu digembleng bagi memperkasakan sesebuah gerakan Islam.

AGENDA YAHUDI: ISLAM DIBERANGUS??

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

Peristiwa 11 September 2001 merupakan turning point kepada gerakan Yahudi antarabangsa
memasuki fasa baru perjuangan mereka. Gerakan Yahudi adalah pengarah di sebalik tabir
drama kehidupan manusia pada hari ini cukup mempengaruhi suasana semasa politik,
ekonomi dan sosial manusia. Di tapak keruntuhan bangunan WTC, terbitlah istilah baru yang
bakal mengubah suasana dunia iaitu memerangi keganasan. Paling menarik, keganasan yang
diwar-warkan kebanyakan didominasi oleh ummat Islam. Golongan pejuang dan gerakan
Islam ditohmah sebagai wadah yang membenihkan keganasan di kalangan umat Islam.
Ketakutan yang tidak menentu oleh kepimpinan dunia termasuk pemimpin umat Islam
menunjukkan kedangkalan mereka memahami Islam dalam makna yang sebenarnya. Suasana
ini sebenarnya didalangi oleh Yahudi melalui proksinya.
Penyakit akal orang Yahudi merasakan mereka adalah satu-satunya
bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia. Manusia lain dianggap
goyim iaitu tahap lebih rendah daripada binatang. Natijahnya, mereka berasa
bongkak dan sombong dengan keberadaan mereka. Kedurjanaan bangsa Yahudi
semakin menjadi-jadi setelah kemunculan gagasan zionisme ke dalam
masyarakat mereka. Gagasan zionisme ini berpaksikan kepada ‘ras’ yang telah
memarginasikan keyakinan keagamaan. Bangsa Yahudi yang terusir daripada
Baitul Muqqadis pada tahun 70M cuba kembali berkumpul dan bernegara di
tanah suci ini. Golongan pendatang inilah yang ekstrem dan ganas memenggal
makna kemanusiaan di kalangan masyarakat di bumi Palestin. Yahudi zionis ini
diketuai oleh Theodor Herzl, Bapa Zionisme.

Fasa baru ini membolehkan gerakan Yahudi melakukan serangan awal ke


atas negara yang disyaki menyimpan keganasan boleh dilihat fasa armaggendon
setelah berpuas hati dengan serangan pemikiran dan kebudayaan yang
dilakukan selama ini. Perkara ini bermakna dunia kembali menggunakan senjata
bagi menyelesaikan masalah. Tiada kuasa termasuk PBB yang dapat
menghalangi penangan Yahudi ini. Perancis, Jerman, Rusia, India dan China
hanyalah pelakon-pelakon pembantu untuk menyokong gerakan Yahudi untuk
menyedapkan pandangan masyarakat dunia. Perkara jelas kelihatan dengan
asosiasi mereka dengan gerakan Yahudi.

Sebelum fasa ini, umat manusia telah dicandui oleh gerakan Yahudi dalam
segala aspek. Bagi menakluki manusia, pembersihan jiwa daripada agama perlu
dilakukan. Pembersihan ini perlu dilakukan dalam suasana kasih sayang dan
mesra. Inilah suasana yang ingin digambarkan oleh Henry Martyn, ‘aku datang
untuk menemui umat Islam, tidak dengan senjata tapi dengan kata-kata, tidak
dengan kekuatan tapi dengan logika, tidak dalam benci tapi dalam cinta’.
Fenomena ini dapat dilihat dengan kehadiran unsur-unsur gerakan yahudi
melalui media massa dan gerakan sosial. Maka tertubuhlah kelab Rotary, Kelab
Lion dan lain-lain yang dinaungi oleh Freemason. Kelab seumpama ini telah
membanjiri masyarakat dengan habuan kebajikan untuk menyusupi hati-nurani
umat.

Kelab-kelab ini didokongi oleh para elitis yang mempunyai kekuatan politik
dan ekonomi di sesebuah negara. Mereka secara halus menguasai jentera
kerajaan bagi memudahkan polisi-polisi yahudi dilakukan sama ada dalam
politik, ekonomi dan sosial. Mereka berkumpul di lodge-lodge mereka untuk
merencanakan kemusnahan kebangkitan Islam dan membuncitkan perit ekonomi
mereka. Di Malaysia, isu Freemason heboh dalam tahun 1976 di Dewan Rakyat
dimana Ghazali Shafie menyatakan terdapat 51 lodge golongan ini di Malaysia.
Paling menarik, terdapat ahli Freemason yang pernah menguasai PERKIM dan
USIA [badan dakwah di Sabah]. Paling mengemparkan, ahli Parlimen Kuala
Selangor, Raja Nasron mendedahkan senarai ahli Freemason Malaysia terdapat di
ibu pejabat UMNO Malaysia [lihat Watan Mei 1982]. Jika kita meneliti pemikiran
dan kelakuan kepimpinan tertinggi UMNO daripada awal sehingga sekarang
memang terdapat idea-idea Freemason. Muslihat ini dapat dilihat pada tahun
1997, cubaan membawa masuk pasukan kriket Israel ke negara ini bahkan
menurut Ramlah Adam dalam buku Burhanuddin al Helmy, kerajaan Tanah
Melayu pernah mengiktiraf Israel tetapi pada 1 Disember 1960, Zulkifli
Mohamad, Naib Presiden PAS telah mengusulkan agar pengiktirafan tersebut
ditarik balik. Secara warasnya, kita boleh melihat dampak perjanjian Hudaibiyah
ke atas politik Islam-Quraisy. Kesanggupan kaum Quraisy melakukan perjanjian
tersebut menandakan pengiktirafan mereka terhadap kerajaan Islam Madinah.
Kes ini berlaku di Malaysia untuk membibit-bibitkan hubungan mesra dengan
Israel.

Media massa adalah wadah paling berkesan untuk menguasai pemikiran


dan kebudayaan umat Islam. Ketaksuban umat kepada artis merupakan dampak
kejayaan strategi yahudi. Anak gadis kita mudah terpengaruh dengan gaya
hidup artis seperti Madonna dan Britney Spears. Madonna sebagai contoh adalah
Yahudi Kabbalah. Subang, pakaian, alat solek yang digayakan oleh artis
menumbuhkan suasana pemujaan kebeliaan di kalangan manusia terutamanya
wanita. Akibatnya, manusia diselubungi suasana waham, takut mati dan sayang
dunia. Buah pemikiran Yahudi turut disebar melalui rancangan televisyen.
Kehadiran rancangan 3R di beberapa negara seperti Malaysia dan Filipina telah
cuba menghidupkan ‘kuasa wanita’ di kalangan anak muda. Tahukah siapakah
disebalik rancangan ini? Kebanyakan pengacara wanita rancangan 3R dilatih di
Kolej Goldmiths dan ditaja biasiswa oleh Yayasan Chevening, pendokong gerakan
yahudi.

Fenomena hadhari dalam agama semakin marak membakari suasana


masyarakat pada masa ini. Fenomena hadhari dalam agama Islam semacam
mewujudkan agama dalam agama. Apa tidaknya, agama Islam dapat
diklasfisikasikan sama ada hadhari atau tak. Inilah penentuan agama oleh nafsu
manusia yang jahil dan dibutai oleh faham material. Fenomena hadhari inilah
yang menimbulkan suasana dialog agama yang mengatasi keunggulan akidah.
Ulama muktabar dikecam dan Islam cuba diarahkan kepada kesamaan
keagamaan atas semangat toleransi yang melampaui batas antara kufur dan
iman. Maka lahirlah Islam Plural, Islam Inklusif, Islam Hadhari, Islam Liberal dan
Islam Progresif yang mengucar-kacirkan kefahaman Islam masyarakat.
Impaknya, berlangsunglah majlis ‘deparaya’ [depavali berkahwin dengan hari
raya] yang cuba mengelirukan kefahaman Islam. Gagasan yang dilihat liberal
dalam kerangka pemikiran Islam ini telah ditelurkan oleh Rene Guenon, seorang
Freemason.

Kebijaksanaan Yahudi dapat dilihat apabila mereka menggunakan


serangan pemikiran dan kebudayaan ke atas masyarakat manusia. Kejayaan
menguasai pemikiran dan gaya hidup membolehkan Yahudi menguasai setiap
manusia. Klimak daripada dampak tersebut, gerakan Yahudi secara mudah
memomokkan keganasan sebagai senjata ampuh memasuki dengan unsur
ketenteraan ke atas sesebuah negara. Oleh sebab itu tidak mustahil jika melihat
kehadiran proksi Yahudi melalui unsur dalaman dan luaran di sesebuah negara.
Pengolakkan di Selatan Thai sebagai contoh boleh mengundang kedatangan
tentera Amerika di Thai, Malaysia dan Indonesia. Keganasan melalui gerakan
ketenteraan Yahudi menunjukkan dunia hampir ke pehujungnya.

Mereka cuba memberanguskan Islam tetapi merekalah akan diberangus


(baca:dihancurkan). Islam tidak sesekali akan diberanguskan, cuma umat Islam
yang mengejar kejahilan dan kefakiran akhirat sahaja yang akan diberanguskan.
Agenda yahudi ini akan diteruskan dengan mewujudkan lebih banyak fenomena
dajal sebelum turunnya dajal yang sebenar. Peristiwa 11 September bakal
mengubah sejarah dunia setelah berjayanya fasa muslihat holocaust dengan
kewujudan sebuah negara Yahudi, Israel. Tanpa kesatuan akidah dan
persaudaraan ini, umat Islam sekali lagi akan diberangus.

FENOMENA ANDARTU: MEMUDARKAN KEINDAHAN BERKELUARGA.

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias2

tokawang_sufi@yahoo.com

Menurut Dr. Harlina Haliza Siraj, terdapat 20 hingga 30 peratus wanita dalam Jemaah

Islah Malaysia (JIM) adalah wanita muda yang belum berumah tangga. Kehadiran wanita

semakin ramai mendominasi kehidupan, baik di kampus, dalam bisnes, persatuan

kemasyarakatan atau di sektor perkilangan telah membuktikan ramainya jumlah wanita dalam

masyarakat di negara ini. Dalam sebuah hadis daripada Anas dan diriwayatkan oleh Bukhari,

dikatakan seorang lelaki akan mengurusi sebanyak 50 orang perempuan pada akhir zaman.

Jumlah ini tidak harus dimusykilkan bahkan jangan cuba melawan dengan mengadakan usaha

meramaikan kaum Adam kerana fenomena ini disengajakan oleh Allah sebagai dugaan dan

tanda akhir zaman.

Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan, pada

tahun 1981 sehingga 1990, sebanyak 43.2 peratus golongan muda iaitu 20

2
∗ Penulis adalah graduan lepasan Universiti Malaya dalam bidang Sosiologi/Antrapologi dan Sejarah. Kini
bertugas sebagai pendidik di wilayah pendalaman Sarawak.
hingga 34 tahun belum berkahwin. Pada tahun 1991 sehingga 2000 pula,

sebanyak 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus

daripadanya adalah wanita. Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum

perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita.

Pada tahun 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000

pula, lelaki (28.6 tahun) dan bagi wanita pula (25 tahun).

Peningkatan kaum hawa telah mengubah persekitaran dunia moden. Perubahan ini

bukan sahaja dampak daripada jumlah kehadiran mereka tetapi perubahan sosial setelah

peningkatan taraf pendidikan, perindustrian dan pemodenan yang dialami telah menyebabkan

kaum hawa bangkit melepasi tembok tradisi mereka yang diletakkan sebagai pembantu suami

di rumah. Maka berkokoklah sesetengah gerakan feminis yang cuba memartabatkan status

wanita. Mereka mahu membebaskan diri daripada cengkaman dan ketuanan lelaki yang

selama ini menyelubungi mereka. Golongan Feminis menginjak-injak tafsiran agama secara

tradisi sebagai regalia bagi lelaki memperhambakan mereka. Mereka menghina poligami dan

pembahagian harta pusaka yang dianggap menjatuhkan martabat mereka. Golongan feminis

ini telah terjajah dengan ‘faham’ wanita yang terlampau dengan menyembah ajaran

feminisme Barat secara membuta-tuli.

Golongan Feminis menaja ‘kuasa wanita’ cuba memecah taboo pemikiran

beragama di kalangan kaum hawa. Feminisme sekali imbas tampak menarik dan

berkesan tetapi fahaman ini hanya bersifat khayali untuk orang bermimpi sahaja.

Kewujudan fahaman ini ekoran pengaruh Barat yang diikuti oleh mereka yang

tidak mahu memahami ajaran Islam yang syumul dan sahih. Kebanyakan feminis

mendapat pendidikan dari Barat dan diajar oleh orang non-muslim menyebabkan

akal-pengertian tentang ajaran Islam terus bebal dan tersimpul. Golongan

Feminis tajaan Barat ini adalah kaum sesat di siang hari dimana pencerahan
hidayah di sekelilingi mereka cuba dipadam oleh nafsu mereka sendiri. Mereka

tidak menghiraukan saranan ulama kerana mereka bongkak dan degil dengan

keunggulan kefahaman ilmu agama mereka yang cetek dan sesat itu.

Antara impak senario feminisme adalah kelambatan wanita berpendidikan

tinggi berkahwin. Ada beberapa faktor yang menelurkan fenomena andartu

seperti sejarah hidup semasa lampau melalui ibubapa, perkahwinan dianggap

sesuatu yang membebankan dan malu memulakan langkah pertama. Faktor lain

yang menjuruskan kepada masalah ´andartu´ atau ´andalusia´ ini; antaranya

ialah janji manis daripada pasangan untuk berkahwin yang kemudiannya

berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan ataupun sikap lelaki

yang suka berfoya-foya menyebabkan wanita sukar untuk menerima lelaki lain

dalam hidup mereka.

Perempuan yang melepasi umur tertentu masih belum berkahwin akan

merasai perkahwinan tidak menjadi perkara yang penting bagi mereka kerana

mereka telah stabil dari segi kerjaya dan pendapatan. Kekuatan wang memberi

peluang wanita andartu untuk hidup bebas dengan mengamal seks bebas, mandi

buih bersama rakan-rakan dan berpeleseran di kelab hiburan. Sebenarnya, kita

menyukarkan yang mudah dengan melibatkan emosi dan ingin memuaskan

nafsu keunggulan wanita sahaja. Kita tertipu dengan keindahan slogan yang

dilaungkan oleh golongan feminis.

Syeikh Ali Thantawi telah mengemukakan senjata ampuh untuk

menyelesaikan masalah wanita iaitu berkahwin. Sebenarnya, berkahwin telah

menyelesaikan separuh daripada masalah yang dihadapi oleh wanita.

Perkahwinan adalah perkongsian jiwa yang merungkai simpulan, menyejukkan


yang panas dan menguatkan yang rapuh. Kebanyakan feminis yang berjuang itu

sendiri belum berkahwin, tidak mempunyai anak dan mereka bukan juga

pengamal Islam yang syumul. Mereka ini membasuh najis dengan air kencing.

Inilah kebebalan mereka. Mahu menghapuskan AIDS dengan menghalalkan

kondom. Halal kondom bermakna menghalalkan zina dan seks bebas. Mahu

menghapuskan perogolan dengan menghalalkan pembukaan aurat. Inilah tanda

kedangkalan ilmu, faham dan iman mereka. Mereka ini hanya mahu

mengemankan kelazatan kaum hawa yang lain.

Sikap materialistik terutamanya pihak keluarga perempuan juga menjadi

satu fobia bagi lelaki untuk mengahwini perempuan. Bayangkan wang hantaran

berjumlah perempuan berijazah adalah RM 8000 ditambah pula dengan hadiah

gelang dan cincin. Ini belum dikira pakaian persandingan dan kos kenduri. Beban

kewangan ini menyukarkan usaha murni pihak lelaki. Sewajarnya, pihak keluarga

perempuan bertimbang rasa dengan sumber kewangan pihak lelaki.

Perbincangan dalam suasana mesra perlu dijalinkan agar isu hantaran dapat

diselesaikan dalam suasana harmonis.

Pihak perempuan pula seharusnya mengubah taboo yang menyelimuti

pemikiran masyarakat kita. Apa yang penulis maksudkan ialah pihak perempuan

boleh memula langkah untuk menjalin hubungan persahabatan dengan lelaki.

Kaedah ini tidak semestinya mengoda tetapi dijalani secara profesional dan

beradab iaitu kaedah meminang dan merisik. Dalam sejarah Islam, Khatijah

pernah meminang Rasulullah SAW dan Saidina Umar pernah menawarkan

anaknya, Hafsah kepada Saidina Abu bakar dan Uthman.


Peranan aktivis mahasiswi Islam di kampus-kampus perlu diperluaskan.

Mahasiswi Islam perlu menyedarkan para mahasiswi tentang bahayanya wabak

feminisme yang cuba mengherotkan pandangan Islami. Pendekatan seminar,

risalah dan dakwah bilik ke bilik boleh dijalankan untuk menerangkan tentang

impak negatif feminisme. Selain itu, institusi lagenda seperti Baitul Muslim perlu

diberikan suntikan idea baru. Institusi ini boleh dijadikan wadah perkenalan sihat

bagi para mahasiswa. Sebenarnya, keaktifan mahasiswi dalam persatuan adalah

satu kaedah halus mempromosi diri mahasiswi Islam. Gerak kerja bersama

membolehkan kita melihat akal-budi seseorang. Perkara ini terbukti sehingga

terdapat ahli usrah berkahwin sesama mereka. Bagi penulis ini adalah perkara

yang positif walaupun orang mungkin mempersoalkan tujuan atau niat

seseorang itu berpersatuan. Ya, benar tujuan berpersatuan perlu diutamakan

tetapi faedah-faedah sampingan berpersatuan perlulah dihargai dan tidak harus

ditolak.

Mahasiswi Islam terutamanya ‘mawar-mawar’ gerakan mahasiswa Islam

adalah gadis yang mulia dan terhormat perlulah memerangi musibah dan wabak

yang dicetuskan oleh para feminis berkiblat Barat ini. Kukuhkanlah Persatuan

Mahasiswa Islam dikampus untuk mengembali kebenaran Islam di kalangan

mahasiswi Islam. Ancam mereka dengan firman Allah dan contoh logik seperti

penyakit daripada seks bebas kepada mereka yang melakukan maksiat. Dan

terakhir diri mahasiswi Islam sendiri cuba memudahkan urusan perkahwinan

terutamanya berkaitan mas kahwin dan pilihan kerjaya seseorang lelaki.

Marilah bersama-sama memeriahkan dunia perkahwinan Islami kerana

dengan perkahwinan kita dapat menambahkan pahala ibadat dan menceriakan

kehidupan berkeluarga yang sememangnya menjadi fitrah bagi setiap manusia.


Semoga perkahwinan yang memenuhi kaedah Islam yang syumul dan sahih

dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah sosial masyarakat.

GERAKAN FEMINISME: SATU MITOS


MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

tokawang_sufi@hotmail.com

Manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam


Bukan dari kepalanya untuk dijunjung,

Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,

Tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,


Dekat dengan lengannya untuk dilindungi,

Dekat dihatinya untuk dicinta

Di atas antara bingkisan kata untuk para wanita yang cukup indah dan romantis. Kata-kata
yang mempunyai nilai kemanusiaan yang asali dimana psikologi dan bioligikal dijadikan
regalia untuk menilai peranan wanita. Bagi penganut feminisme yang didokongi oleh wanita
moderat pula, peranan wanita lebih kepada persamaan gender dan nilai material. Jiwa dan
pemikiran mereka diselimuti dengan pengaruh Barat yang cukup menebal. Antara mereka
berani mencabar prinsip agama yang qata’i. Golongan feminis selalu saja menuduh fiqh
tradisional terlalu memenangkan lelaki kerana dibuat oleh ulama lelaki sehingga mengabai
hak-hak wanita. Sebenarnya polemik ini berlaku disebabkan dua pihak iaitu juak yang tidak
mahu menerima perubahan fiqh dengan pihak yang terburu-buru mahukan perubahan fiqh
dan terpengaruh dengan aliran pemikiran Barat.

Sebenarnya, nilai yang diperjuangkan oleh feminis cukup indah jika dinilai secara
akali. Sebab itulah, ramai wanita terutamanya wanita muda terpengaruh dengan fahaman ini.
Budaya trendy, pembelaan hak wanita, persamaan gender dan kekuasaan wanita cukup hebat
diperjuangkan oleh mereka. Suasana diwujudkan adalah perlawanan di antara lelaki vs
perempuan dimana selama ini perempuan seolah-olah diperhambakan oleh lelaki. Dan wanita
mesti menang dalam pertarungan ini. MESTI menang walau apa cara pun.

Pertubuhan wanita mula muncul di serata tempat, SIS antaranya. Nilai-nilai [lebih tepat
syariat] Islam mula dibelasah. Antaranya poligami, disifatkan tidak sesuai. Sebenarnya,
wanita berhak marahkan suami yang berpoligami tetapi bukan hukum poligami. Begitu juga
pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh syariat. Jika kita mempersoalkan perihal ini,
kenapa tidak kita mempersoalkan persoalan pengharaman daging babi yang terkenal
lazatnya? Jangan mewujudkan suasana permusuhan di antara lelaki dengan perempuan tetapi
wujudlah suasana perlu-memerlukan dan lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.
Impak virus feminisme ialah kelahiran wanita yang berbangga dengan kemandiriannya.
Mereka rela membujang atau berkahwin lewat demi kerjaya dan mengejar tujuan tertentu.
Ada dikalangan mereka lebih rela bergaya-hidupkan seks bebas daripada berkahwin yang
dianggap alat khas bagi lelaki untuk menggongkong mereka daripada hidup bebas. Lelaki
dianggap ‘touch n go’ di ranjang dan murah boleh dibayar. Mereka cukup seronok
memperhamba bangsa lelaki. Pengaulan bebas sehingga kepada layanan seks yang berleluasa
sekarang juga membimbangi membawa kehancuran institusi berkeluarga. Begitu juga dengan
ketinggian kasta perempuan yang berjawatan tinggi, dimana lelaki segan untuk bergaul
dengan elitas wanita ini meluaskan lagi jurang perbedaan di antara mereka.

Bagi menjernihkan suasana, ulama seharusnya mengambil peranan dengan mengkaji semula
secara teliti pentafsiran syariah yang classical mengenai kedudukan dan peranan wanita
berdasarkan ketepatan kehendak wahyu agar suasana harmonis dapat dijalin di antara
kehendak wanita masa kini dengan aspirasi Islam. Kaum Adam pula seharusnya sedar dan
faham tentang ilmu kekeluargaan Islam dalam memimpin rumah-tangga. Kaum hawa pula,
perlu mengakui ketinggian agama sebagai perlembagaan kehidupan ini dan reaktualisasi
suasana perlu-memerlukan di antara mereka dengan kaum adam. Apaguna mengejar habuan
dunia yang bersifat sementara, sedangkan nilai-nilai Islam untuk akhirat tidak dijunjung.

De factonya, kita berada dalam suasana utopia yang banyak ditipu oleh pandangan mata.
Sedarlah, dunia melalui teknologi, duitan, pangkat dan lain-lain tidak dapat dikejar kerana
sifat tamak dan sifat tidak puas hati yang terbuku dalam hati kita. Pencarian dunia tidak
mempunyai impak yang jelas berbanding pencarian akhirat. Jika kita seorang penjual tauhu,
jualan setiap hari tidak jelas keuntungannya kerana rezeki tak menentu antara hari ke hari
tetapi pencarian akhirat melalui amal kita telah ditetapkan oleh Allah. Jika bertahajud, kita
telah dikurniakan pahala yang ditentukan nilainya oleh Allah. Ini jelas dan tidak dimungkiri.
Tetapi kita tidak nampak pahala berbanding mata wang.

Marilah kita mereparasikan masyarakat dengan kehadiran ghairah agama melalui fadhilat.
Mungkin inilah sebabnya, jemaah Tabligh selalu membaca kitab fadhail amal karangan
Maulana Zakariyya yang berobjektifkan mengerakkan hati dan jasad untuk mengamal agama
dan berusaha meningkatkan iman sehingga mewujudkan suasana agama dalam masyarakat.

Akhir kalam, wahai Lelaki jadilah pembimbing wanita ke arah kebenaran, dan wahai wanita
jadilah teman-pembantu setia mengubati kegusaran lelaki. Hidup ini indah, jika kita
mengindahkannya dengan nilai-nilai Islam yang syumul dan murni.

MELINDUNGI BELIA ISLAM DARIPADA ALIRAN PEMIKIRAN SESAT.

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias.

tokawang_sufi@yahoo

Selepas keruntuhan empayar kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam telah

mengalami saat paling hina dalam sejarah ketamadunannya. Pertama kali dalam sejarah

Islam, jawatan khalifah dimansuh dan wilayah-wilayah dibahagi kepada negara-negara kecil
berdasarkan pemerintahan imperialis Barat. Asas kejatuhan kerajaan islam Uthmaniyyah

adalah penularan aliran pemikiran sesat dalam masyarakat Islam terutamanya belia Islam

sehingga menghilangkan roh ajaran islam dalam masyarakat.

Menurut Muslim Muhammad Asad, faktor utama yang menyebabkan keruntuhan

budaya dan sosial dalam masyarakat Islam kerana mereka meninggalkan roh

ajaran Islam. Roh ajaran islam ialah perasaan bertanggungjawab terhadap

kekuatan negara Islam. Jika mereka meninggalkan tanggungjawab ini, maka

inilah penyebab bagi kelemahan Islam.

Menurut as syahid Iman Hasan al Banna, ancaman pemikiran yang paling bahaya

adalah ilhad (atheis) dan ibahiyah (mengharuskan segala sesuatu). Kedua-dua

pemikiran sesat ini adalah asas kepada aliran pemikiran sesat yang lain seperti

Islam Liberal, sekularisme dan materialisme. Aliran pemikiran sesat ini jika tidak

dibendung, ia akan mencabar keaslian ajaran Islam. Bahayanya aliran pemikiran

sesat ini adalah ia menyerang secara halus sehingga sukar para ulama dan

cendikiawan Islam untuk mengatasinya. Menurut Muslim Muhammad Asad,

sesungguhnya keamanan Islam itu tetap kekal tetapi itu hanyalah pada zahir

sahaja, sebagaimana jasad tanpa roh.

Dalam setiap medium atau program yang dilaksanakan oleh pendokong

pemikiran sesat pasti terselit unsur ilhad dan ibahiyah. Menurut Anwar al jundi,

medium utama yang digunakan adalah sistem pendidikan dan media massa.

Ketika gagasan gerakan Islam mula dihidupkan oleh Iman Hasan al Banna, kita

mendapati kelompok penjajah yang pro-yahudi dan kristian, dan pendokong

mereka yang berasal daripada anak watan Islam mula bermati-matian

menerapkan fahaman-fahaman mereka dalam seni, kesusasteraan dan berusaha


mengagung-agungkan tokoh yang berideologi Barat bagi menentang

kebangkitan semula Islam.

Mereka mula mempromosi kehebatan tokoh seperti Julius Caesar dan Mustpha

Kamal Attaturk dalam buku sejarah di sekolah dan menghidupkan kembali ajaran

yang melemahkan roh ajaran islam dan nilai-nilai murni Islam seperti buku-buku

tulisan Ibnu Arabi, Hallaj, Abdul Razak, Taha Husain dan Salamah Musa. Buku-

buku ini bertentangan dengan arus kebangkitan Islam baru.

Penguasaan media massa dan sistem pendidikan bertuankan penjajah telah

membolehkan roh ajaran Islam telah dilemahkan di kalangan belia Islam. Belia

islam mula taksub kepada kemajuan barat sehingga islam hanya dianggap

agama untuk ibadat sahaja dan menganggapkan ajaran Islam selain daripada

ibadat adalah mundur dan antipembangunan.

Sejak kebelakangan ini, banyak fahaman telah bercampur aduk sehingga

menyebabkan belia islam tidak tahu hakikat sebenarnya mungkin tertipu oleh

fahaman-fahaman yang bercampur aduk. Islam adalah satu-satunya manhaj

yang asli dan mampu memberi segala-segalanya kepada manusia yang yakin

kepada ajaran Islam. Fahaman-fahaman sesat yang bercampur aduk dapat

dilihat dengan munculnya fahaman Islam Liberal, Islam Plural dan Islam Inklusif.

Fahaman Islam Liberal sebagai contoh banyak mempunyai unsur ibahiyah dalam

aliran pemikirannya. Mereka cuba menggunakan akal-logik untuk menghalal dan

memudahkan ajaran Islam.

Islam adalah satu-satu ajaran sahih dan benar sesuai sepanjang zaman. Islam

bukanlah satu gagasan eksperimen seperti Marxisme, kapitalis dan sekularisme.


Islam bukan hanya setakat agama seperti kristian, yahudi, buddha dan hindu.

Islam adalah satu cara hidup yang mencakupi persoalan politik, agama-ibadah,

ekonomi, sosial dan muamalat. Jika sistem komunisme telah runtuh dan

kapitalisme mula berkecamuk dengan dominasi kekayaan sekelompok manusia

yang menindas dan menzalimi manusia secara halus dengan riba dan spekulatif

pasaran saham, Islam tetap relevan dan bakal bangkit jika umat Islam

terutamanya golongan belia berpegang teguh dengan gaya hidup islam.

Belia harus kembali kepada gaya hidup Islam yang syumul berlandas al Quran

dan hadis. Benteng keimanan perlu dibina dengan penghayatan ideal Islam.

Usaha penggarapan ini seharusnya dimainkan oleh institusi negara, jika tiada

negara Islam maka jemaah Islam perlu mendepani usaha ini. Jangan sampai

gejala kesesatan pemikiran ini meresapi akal budi para belia.

SENIBINA MASJID DI ALAM MELAYU: KESATUAN SAKRAL DAN


PROFAN
OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS3

tokawang_sufi@yahoo.com

Masjid adalah rumah ibadat orang Islam yang sakral [suci]. Masjid paling agung
dan dijanjikan ketinggian pahala beribadat adalah Masjidil Haram, Mekah, Masjid
Nabawi, Madinah dan Masjidil al Aqsa, Palestin. Masjid boleh didefinisikan
sebagai tempat menyembah, lebih tepat lagi sebuah bangunan yang digunakan
oleh umat Islam untuk beribadat kepada Allah SWT. Perkataan masjid berasal
daripada bahasa Arab dan kata pokoknya sujudan dan kata kerjanya (fi’l madi)
sajada (ia sudah sujud). Kata kerja sajada diberikan ‘mim’, sehingga terjadilah
kata nama tempat menyebabkan perubahan bentuk kata sajada kepada
masjidun. Secara rasminya, masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW adalah
Masjid Quba setelah peristiwa Hijrah iaitu pada 28 Julai 662 Masihi.

Di Malaysia, bangunan ibadat ini dikenali masjid, di Jawa sebagai Maesgit


dan Aceh dikenali sebagai Meuseugit. Perkembangan masjid di serata bahagian

3
∗ Penulis adalah siswazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial [sejarah, dan antropologi dan sosiologi]
daripada Universiti Malaya. Kini seorang pendidik di sekolah pendalaman Sarawak.
dunia membuktikan Islam sebuah agama yang universal. Perkara ini jelas apabila
pembinaan masjid boleh diasimilasi dengan unsur local genius sehingga
melahirkan unsur yang baru dan pelbagai. Selagi tidak menyalahi syarak, ajaran
Islam membenarkan sesuatu perkara jika ia boleh memberi dampak berguna
untuk umat Islam. Oleh sebab itu, kita harus sedar bahawa masjid bukan sekadar
tempat ibadat tetapi mempunyai pemaknaan tersendiri daripada kesatuan sakral
(elemen agama) dan profan (elemen keduniaan).

Masjid bukanlah sebuah binaan kosong tanpa makna. Ramai di kalangan


orang Islam tidak menghiraukan pemaknaan di sebalik konsep dan senibina
masjid. Sebenarnya, umat Islam bukanlah umat yang lemah tetapi kita hanya
kurang kesedaran disebabkan kejahilan kita. Dulunya, Mohse Dayan pernah
mengemuka rancangan Yahudi untuk menghancurkan Islam secara terbuka.
Ramai orang Yahudi mengkritik Mohse Dayan kerana mendedahkan rancangan
tersebut secara terbuka. Lantas Mohse Dayan menjawab: ‘jangan bimbang,
orang Arab tidak akan membacanya!’. Inilah malapetaka yang menimpa umat
Islam disebabkan kejahilan ilmu mereka. Antara natijahnya, mereka juga tidak
memahami konsep masjid yang selalu mereka kunjungi.

Bentuk paling menarik masjid di Alam Melayu adalah atap tumpang atau
meru dimana bumbungnya tirus ke atas dan di puncak atap terdapat mustaka
atau mahkota atap. Menurut Soekmono, bentuk bumbung jenis ini menyerupai
struktur atap bangunan Candi Hindu-Buddha yang ditafsirkan Gunung
Mahameru, satu unsur kosmologikal Hindu. Atap tumpang biasanya mempunyai
dua, tiga atau lebih lapisan yang akan mempengaruhi denah segiempat tepat
masjid. Setiap lapisan atap tumpang ini mempunyai pemaknaan tertentu.
Lapisan pertama (dari bawah) bermaksud, bumi atau dunia tempat manusia.
berpijak. Lapisan kedua, manusia Islam adalah pendukung agama yang diredai
oleh Allah SWT. Dan lapisan ketiga berkaitan persoalan akidah dan keimanan.
Atap tumpang ini memberi makna bagi mencapai ke puncak keimanan kita
haruslah meredah setiap peringkat yang diumpamakan pada setiap lapisan atap
tersebut. Contoh, masjid yang mempunyai atap tumpang ialah Masjid Kampung
Laut, Nilam Puri Kelantan.

Bentuk atap kedua dalam senibina Melayu adalah bumbung rumah


kampung. Atap jenis ini berbumbung panjang lurus membentuk dua lapis
bumbung ditelangkup atau dilipat sehingga membentuk seperti huruf V terbalik.
Contoh, Masjid Haji Kadir, Bukit Besar Terengganu. Bentuk atap ketiga ialah
bentuk limas. Menurut Abdul Halim Nasir, bentuk limas bumbungnya bertulang
lurus mendatar dan bersambung dengan 4 tulang bumbung yang bertulang
limas menurun ke cucuran atap. Atap limas juga dikenali atap perabung lima.

Senibina atap masjid di Alam Melayu menunjukkan kebijaksanaan umat


Islam-Melayu yang memdiami rantau ini. Atap tumpang sebagai contoh dibina
berdasarkan penyesuaian terhadap alam sekitar di Alam Melayu yang
mempunyai keadaan lembap dan panas sepanjang tahun. Lapisan atap tumpang
sedemikian memudahkan pengaliran air hujan dan proses pengudaraan keluar
dan masuk ke dalam masjid agar suasana dewan solat senantiasa nyaman.

Kewujudan pengaruh asing dalam senibina masjid di Alam Melayu membuktikan


rantau ini pernah menjadi tumpuan bangsa asing melalui perdagangan dan penjajahan.
Pengaruh atap Cina klasik sebagai contoh dapat dilihat pada Masjid Kampung Hulu Melaka
yang mempunyai rabung bergelombang yang mirip rumah ibadat orang Cina. Kedatangan
British telah memperkenalkan kubah bentuk potong bawang dari Parsi dan India sehingga
kebanyakan masjid mula menggunakan kubah jenis ini. Antara masjid yang terawal
menggunakan kubah ini ialah Masjid Sultan di Singapura pada tahun 1828. Kehadiran
pengaruh asing dalam senibina atap masjid di Alam Melayu menunjukkan Islam adalah
agama yang sederhana, toleransi dan universal sehingga dapat menerima unsur-unsur asing.
Islam bukan agama milik orang Arab sahaja tetapi milik umat manusia yang sesuai di serata
tempat dan zaman.

Bangunan masjid berbentuk rumah kediaman Melayu yang berdasarkan


rumah bujang dan rumah bertiang 12 yang biasanya denah bersegi empat bujur
sangkar dengan jumlah tiangnya 6 atau 12 batang. Kebanyakan masjid
berteraskan kayu kerana sesuai dengan cuaca semulajadi Alam Melayu yang
lembap dan panas. Antara kayu yang menjadi pilihan adalah cengal dan meranti
bagi menghalang pereputan.

Setiap masjid mempunyai ruang khusus untuk lelaki dan perempuan bagi
memelihara batas pengaulan bebas di antara mereka. Ruang yang luas di dalam
dewan solat dengan pencahayaan yang sesuai menimbulkan suasana lenggang
dan khusyuk semasa beribadat sebagai simbol kesakralan. Kedudukan pintu
adalah ganjil terletak di hadapan atau di sisi kiri dan kanan arah masuk masjid.
Ia tidak mengadap kiblat. Kebanyakkan tingkap dan pintu adalah berhiaskan
dengan ukiran bermotif tumbuhan, kosmos dan kaligrafi.

Masjid mempunyai bahagian bawah yang terpisah dengan bumi yang


dikenali kolong. Keterpisahan bahagian ini penting mengelakkan lantai rosak dan
banjir. Ruang serambi pula tidak berdinding tetapi ditutup baris-baris pagar yang
diukir dengan gaya tertentu. Serambi merupakan unsur profan kerana bahagian
urusan dunia dilakukan disini seperti jamuan dan majlis akad nikah. Dalam
konsep Candi Hindu, serambi boleh diumpamakan sebagai mandapa iaitu
kawasan separuh suci. Biasanya serambi lebih rendah daripada bahagian induk
masjid seperti di Masjid Kampung Laut. Selain serambi, ada masjid mempunyai
balai lintang atau rumah surau yang bersambung dengan badan masjid yang
dijadikan tempat menyimpan perkakasan masjid yang boleh dipinjam oleh
masyarakat setempat.
Menara masjid di Alam Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur ketamadunan bangsa
lain. Di Melaka, ada menara mempunyai unsur pagoda Cina seperti Masjid Trengkera yang
diperbuat daripada konkrit. Menara kayu boleh dilihat di Masjid Kampung Laut dan Masjid
Pulau Condong, Kelantan. Pembinaan menara lebih lewat daripada masjid menyebabkan
kebanyakkan menara kelihatan terpisah daripada bahagian induk masjid. Menara pertama
yang dibina oleh penjajah Barat adalah di Masjid Banten oleh Hendrik Lucas pada tahun
1569 dengan konkrit manakala menara yang mempunyai unsur Candi Hindu dapat dilihat
pada Masjid Kudus.

Dalam memerhatikan persekitaran masjid, kita akan dapat melihat


terdapat pengaruh local genius dan pengaruh luar Alam Melayu. Ketungan dan
beduk merupakan unsur local geniusAlam Melayu yang berfungsi untuk
memanggil jemaah ke masjid. Ketungan dan beduk mempunyai kod-kod bunyi
tertentu seperti kod bagi kematian, kebakaran dan keselamatan. Ketungan lebih
kecil daripada beduk tetapi kedua-dua alat ini daripada kayu berlubang dan
memanjang. Kebiasaannya ia diletakkan di balai lintang atau berhampiran pintu
masuk masjid.

Kolah adalah tempat mengambil wuduk diperbuat daripada batu dan


airnya diceduk dengan timba atau gayong. Kebiasaanya kolah berbentuk
segiempat tepat dan berdekatan dengan tangga masjid. Di Masjid Kampung
Kapor, Kuala Terengganu air diambil daripada perigi dengan timba diikat pada
sebatang kayu dan belakang kayu mempunyai tembaga sebagai pemberat.
Gerbang dan pagar konkrit pula merupakan unsur asing yang terdapat dalam
pembinaan masjid di Alam Melayu. Dahulunya, pagar diperbuat daripada kayu
atau buluh. Kedatangan pengaruh Cina telah membawa perubahan kepada gaya
pintu gerbang dan tembok seperti di Masjid Kling, Melaka. Gerbang dan pagar
adalah sempadan kepada kawasan sakral dengan profan. Walau bagaimanapun,
nilai kesempadanan sakral dan profan kurang dipedulikan dengan ada masjid
yang tidak berpagar seperti Masjid Tengku Zaharah di Kuala Ibai Terengganu.
Kawasan masjid yang digabungkan dengan taman untuk tujuan riadah telah
disalahgunakan untuk aktiviti kemaksiatan sehingga menghilangkan nilai-nilai
sakral yang sepatutnya dimiliki oleh sesebuah masjid.

Senibina masjid membuktikan agama Islam adalah agama yang universal


kerana dapat menerima unsur-unsur luar yang bersifat kedaerahan setempat
selagi tidak menyalahi prinsip-prinsip syarak. Agama Islam dianuti oleh pelbagai
bangsa. Ajaran Islam dan tulisan Arab merupakan faktor pengikat dalam
menyatukan umat Islam. Kepelbagaian dalam kesatuan membuktikan keunikkan
agama Islam berbanding agama lain. Islam menghormati kepelbagaian rencam
budaya manusia, dan manusia hanya dapat disatukan dengan nilai unggul
akidah yang diterjemahkan dengan pembinaan masjid. Walaupun akhirnya
senibina masjid berbeza bergantung kawasan geografi, sejarah dan kebudayaan
masing-masing, tetapi dari segi prinsip dan fungsinya masih menampakkan
kesatuan.
Keindahan masjid membolehkan umat Islam menghayati kebesaran Allah
SWT dan mengarahkan suasana ibadat ke arah yang lebih khusyuk. Keindahan
masjid adalah manifestasi daripada keindahan dan kesyumulan agama Islam
sendiri. Menurut Syed Qutb, seni menjanjikan pertemuan yang menyempurnakan
antara keindahan dan kebenaran. Keindahan adalah hakikat alam tercipta dan
kebenaran puncak dari keindahan. Dengan nilai keindahan kita dapat menyuluhi
pemikiran kita tentang kehebatan Allah SWT yang meneguhkan kembali ikatan
akidah, dimana kita hanya insan kerdil yang berwatak hamba, tanpa rahmat dan
hidayahNya kita pasti gagal dalam kehidupan ini. Keindahan senibina masjid
bukanlah binaan kosong tanpa makna tetapi mempunyai makna tersirat yang
menyatukan unsur sakral dan profan.

You might also like