You are on page 1of 20

PENGENALAN

Ingatkah anda bagaimana sulitnya untuk berhubung dengan orang lain di luar kota, luar pulau, atau luar negeri 20 tahun lalu? Tarif telefon yang masih mahal atau surat yang memerlukan waktu yang lama dalam pengiriman kepada keluarga yang terpisah jauh? Namun perkembangan teknologi yang pesat membuat perhubungan dengan orang lain meskipun terpisah ribuan kilometer dan zon waktu yang berbeza pun menjadi semudah di hujung jari anda.

Ya, media sosial adalah salah satu perkembangan teknologi yang memiliki jaringan besar dalam memberikan kemudahan bagi manusia untuk berkomunikasi dan bersosial. Dengan era Friendster dan Myspace, era Facebook dan Twitter serta yang terbaru Google Plus, media ini banyak memberi perubahan kepada manusia dalam bersosial. Ini sesuai dengan tujuan awal mengapa media sosial dibuat iaitu memungkinkan kita untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia untuk mencari kawan baru, pasangan hidup, peluang perniagaan bahkan berpolitik.

Ketika ini, ada 7 jenis media sosial. Meskipun begitu, inovasi-inovasi dan perubahan-perubahan terus berlanjutan.

1. Jaringan Sosial: website yang memberi fasiliti kepada penggunanya untuk membangun halaman web peribadi dan kemudian terhubung dengan teman-temannya untuk berkongsi kandungan dan komunikasi. Contohnya: MySpace, Facebook, Tagged dan lain-lain lagi.

2. Blog: merupakan bentuk terbaik dari media sosial, berupa jurnal online, dengan pemuatan tulisan (posting) terbalik, iaitu tulisan terbaru ada di halaman terdepan.

3. Wikis: website yang membolehkan sesiapa saja untuk mengisi atau mengedit informasi di dalamnya, berlaku sebagai sebuah dokumen atau database komunal. Misalnya Wikipedia.

4. Podcasts: berupa file-file audio dan video yang tersedia atau dapat diakses dengan cara langganan (subscribe) email, melalui Apple iTunes.

5. Forum: sebuah ruang untuk perbincangan secara online, membahas topik dan minat tertentu. Forum sudah ada jauh sebelum media sosial popular, dan menjadi elemen yang kuat dan popular dalam kalangan komuniti online.

6. Komuniti Kandungan: komuniti yang mengorganisasikan dan berkongsi kandungan jenis tertentu. Misalnya: Flickr untuk foto-foto, YouTube untuk video, SlideShare untuk pembentangan, del.icio.us untuk link bookmark, dll.

7. Mikroblogging: laman jaringan sosial di kombinasi blog, yang memberikan fasiliti bagi penggunanya untuk mengirimkan update secara online melalui SMS, pesanan segera, e-mel atau aplikasi. Contohnya Twitter.

Mengapa perlu sesebuah organisasi melibatkan diri dengan penggunaan media sosial?

untuk berkomunikasi dan mendapatkan input daripada audiens sedia ada untuk meningkatkan kesedaran kepada sesuatu isu yang berkaitan dengan organisasi untuk mendapatkan audiens baru dan meningkatkan penglibatan masyarakat untuk meningkatkan penyertaan di dalam sesuatu acara

untuk mendapatkan bantuan dana daripada segi sumbangan dan derma

Trend Media Sosial

Data trend media sosial berdasarkan Google Trend di atas membuktikan perkembangan media sosial yang tidak boleh dianggap remeh. Pengaruh kebaikan dan keburukan media sosial terhadap hubungan dan interaksi sosial:

Kebaikan Media Sosial

Media Sosial mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya media sosial ini jaringan rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan media sosial ini digunakan setiap lapisan masyarakat termasuklah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia.

Penggunaannya juga boleh membantu mencari kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan media sosial untuk mencari pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Ia juga menjadi tempat untuk memajukan empayar perniagaan di seluruh dunia. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam Fasih Berbahasa Inggeris (FBI).

Media sosial juga menjadikan ia sebagai satu medium menambahkan ilmu pengetahuan (eLearning). Diguna untuk persediaan dan latih-tubi peperiksaan dan berkongsi nota dengan meluas dan pantas (Score-A). Perkongsian ilmu di media sosial akan menjadikan lebih banyak rujukkan.

Keburukan Media Sosial

Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekiranya seseorang pengguna leka dan lalai seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Media sosial juga digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna media sosial untuk menjatuhkan maruah seseorang seperti penggunaan kod sumber palsu dan tempat penyebaran fitnah.

Usaha menjatuhkan seseorang melalui media sosial sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberanian seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenarannya tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu.

Sensitiviti perlu dijaga dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di media sosial tetap akan dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melepaskan marah atau pendapat anda di media sosial.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui Internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di

negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di Internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.

Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun Facebook.

Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam.

Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan serta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Kesan lain penggunaan laman sosial melalui Internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru

dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut.

Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat.

Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang Internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut.

Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti Facebook dan My Space diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti Black Metal, Punk, Gothic, dan Skin Head akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaannya semakin meluas.

Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, di luah mati bapak.

Hari ini, penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau individu semakin popular. Didapati semakin ramai orang memiliki blog sendiri. Lihat sahaja tokohtokoh politik di negara kita, hampir kesemuanya memiliki blog. Penggunaan blog sebagai saluran info lebih mudah diselenggarakan, malah boleh didapati dengan percuma. Apa yang diperlukan hanya satu alamat e-mel untuk mengaktifkan akaun blog.

BLOG

Blog memang tidak asing lagi bagi blogger-blogger di seluruh pelusuk negara. Bagi mereka yang baru nak mencebur diri dalam dunia blog tentu tertanya-tanya apa itu blog. Blog adalah singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan atau buku log namun secara dalam talian ataupun online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini:

Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian diringkaskan menjadi BLOG

Blog adalah catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingininya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua di atas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna Internet seluruh dunia.

Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Blogging adalah perbuatan menyiarkan maklumat mengikut tertib kronologi terbalik melalui penggunaan sistem "blog". Blog biasanya membenarkan komen dari pengguna mereka, iaitu jawapan pendek yang ditinggalkan selepas membaca sesuatu entri.

Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan masyarakat dengan menjalinkan persahabatan ataupun berkenalan dengan blogger lain sambil melawat

ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, perniagaan, komuniti dan sebagainya.

DEFINISI BLOG

Blog merupakan singkatan perkataan Bahasa Inggeris iaituWeb Log. Rujukan dalam laman Wikipedia, blog ialah mengenai berita atau ulasan tentang sesuatu isu. Roger Yim merupakan seorang kolumnis San Francisco Gate di dalam artikelnya pada Februari 2001 menyatakan bahawa blog adalah persilangan antara diari seseorang dan daftar link di Internet. Scott Rosenberg pada majalah online salon Mei 1999 menyatakan bahawa blog berada pada batasan website yang lebih bernyawa daripada sekadar kumpulan link tapi kurang introspektif melainkan dari sebuah diari yang disimpan di Internet.

FUNGSI BLOG

Blog digunakan sebagai medium untuk meletakkan maklumat peribadi dan dihasilkan sebagai satu diari untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan mengenali diri seseorang itu. Blog juga digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan untuk dijual sebagai menjana pendapatan.

KEGUNAAN BLOG UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan kemahiran yang utama dan juga tema utama dalam era teknologi maklumat. Ianya adalah satu kemajuan perkembangan teknologi yang menjadi alat penting untuk memotivasikan pembelajaran. Kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa teknologi

maklumat sememangnya memberikan kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. (Davis, 2001 dipetik daripada Guru dan Cabaran Semasa). Ianya juga mampu menyediakan ruang yang begitu luas kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat.

Penggunaan blog sebagai medium penghubung membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (Nur Azza, 2009 dipetik daripada tesis UTM ). Kajian mendapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan pelajar terutamanya dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat (Noor Fazlinda Othman, 2010 UTM)

Di Malaysia, penggunaan blog dalam mata pelajaran tertentu telah lama wujud antara blog yang aktif adalah seperti berikut: Cikguroosezah.blogspot.com/,- komsas, Koleksisoalan.blogspot.com koleksi soalan sekolah cemerlang. mathgayapos.blogspot.com - soalan ramalan. bmsmkserimutiara.blogspot.com. bmpmrspm.blogspot.com

ADAKAH PENGGUNAAN BLOG SESUAI UNTUK SEKOLAH?

Sekolah adalah satu tempat yang sukar bagi murid-murid dan juga guru-guru sendiri. Ianya adalah satu tempat pembelajaran yang tidak begitu diingini oleh orang dewasa, dan ianya juga adalah sedemikian kepada murid-murid untuk mendapatkan pembelajaran. Senario sistem persekolahan masa kini di mana setiap kelas akan mempunyai secara purata, 35-45 orang murid di dalamnya, tugas para guru juga akan bertambah membebankan.

Selain daripada melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, para guru juga perlu menyelesaikan segala tugasan yang dikehendaki oleh pentadbir sekolah, pejabat-pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan dan juga kementerian sendiri. Para guru juga perlu mencapai tanggapan umum yang diberikan oleh para ibu bapa sebagai seorang pendidik yang berwibawa.

Ini bermakna, para guru akan terperangkap di dalam dogma dan pandangan setiap pihak sehinggakan guru tidak mempunyai peluang yang mencukupi untuk menghela nafas seketika dan membuat refleksi kerjaya profesional mereka sebagai seorang guru. Sekiranya teknik dan strategi P&P mereka tidak efektif, murid-murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan yang sepenuhnya daripada para guru dan tidak mampu berkembang menjadi seorang individu yang berupaya memberikan sumbangan kepada negara suatu hari nanti.

Maka ini akan menjadi sebab, sekolah akan menjadi satu tempat yang tidak selesa kepada orang dewasa dan juga para murid. Kitaran ini akan sentiasa berlaku sekiranya tiada tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak di dalam kitaran itu untuk menghentikannya.

Blog akan menjadi satu platform yang strategik untuk para guru dan murid bertukar-tukar pandangan dengan tujuan meningkatkan mutu pendidikan dan kualiti diri sendiri. Blog sesebuah sekolah seharusnya mempunyai elemen-elemen berikut untuk memastikan objektif perkongsian ilmu tercapai:

Isi kandungan

Isi kandungan adalah sebab utama kewujudan sesebuah blog. Ianya tidak boleh di kitar semula, ketinggalan zaman ataupun tidak relevan dengan keadaan semasa. Sesebuah blog hanya boleh

berjaya menarik perhatian pengunjung dengan menyediakan nilai isi kandungan melalui sesuatu 'posting'. Isi kandungan yang berharga ataupun bernilai adalah teras sesebuah blog yang menjamin kejayaannya.

Masa

Sumber-sumber yang mencukupi mestilah tersedia untuk memantau dan membantu perkembangan sesebuah blog. Organisasi yang mempunyai blog harus memberikan masa dan perhatian yang sewajarnya untuk membina komuniti di atas talian (online).

Kritikan dan komen

Apabila sesebuah organisasi seperti sekolah membuka pintu perbincangan melalui blog, para pentadbir harus bersedia dengan kritikan, komen dan juga nasihat daripada pelbagai pihak, sama ada ibu bapa, murid-murid, para guru di sekolah yang sama ataupun rakan-rakan guru dari sekolah lain. Teras utama sesebuah blog adalah untuk menggalakkan komunikasi secara terbuka, oleh itu; pihak sekolah haruslah mempunyai timbang rasa yang mencukupi untuk menilai komen atau kritikan ataupun nasihat yang diberikan oleh pihak-pihak tersebut, sama ada baik ataupun buruk.

Kejujuran

Komuniti yang terbina di atas talian dapat melihat objektif sesebuah organisasi yang dibuat-buat ataupun dengan niat memesongkan pandangan masyarakat. Jika sesebuah organisasi tersebut

tidak mempunyai kesediaan penuh untuk menjalankan komunikasi secara terbuka dengan para pembaca ataupun pelawat, maka 'blogging' tidak akan mencapai kejayaan yang berkesan kepada organisasi tersebut. Kejujuran jurnalistik sama ada secara 'online' ataupun dengan media cetak adalah satu kemestian yang mutlak. Ianya mestilah bermula dari asa yang awal dan berterusan sepanjang masa.

Disiplin

Sesebuah organisasi yang mengharapkan kehadiran pelawat ke blog mereka sepanjang masa mestilah mempunyai disiplin yang tinggi untuk sentiasa memastikan jadual peletakan 'posting' ditepati. Bagi organisasi seperti sekolah, isi kandungan blog tidak perlu dikemaskinikan setiap hari, cukup sekiranya ianya mempunyai kepentingan bersama seperti notis pemberitahuan ataupun kandungan lain yang dirasakan perlu pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pentadbir blog seharusnya arif dengan jadual rutin isi kandungan baru yang diharapkan oleh pembaca dan pelawat.

SENARIO PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan blog di dalam bidang pendidikan dapat menarik minat pelajar untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran seperti nota dan juga soalan latihan untuk sesuatu subjek. Guru dan pelajar juga boleh bertukar maklumat dan info serta pelajar boleh menanyakan soalan melalui ruangan komen yang disediakan. Guru atau pemilik blog boleh menghuraikan maklumat dengan lebih mendalam tentang sesuatu subjek itu di dalam blog. Contoh blog sebegini adalah:

http://www.cikgunurulmenulis.blogspot.com

MEDIA BARU UBAH CARA PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sekiranya pada masa lepas, pembelajaran bidang teknologi maklumat hanya terhad kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti, kini pendekatan pengajaran ini adalah subjektif. Ini dapat kita lihat pada proses pembelajaran yang berlaku sepanjang masa seperti menggunakan komputer riba dan telefon pintar (smartphones) untuk melayari Internet, bukan sahaja di kalangan golongan muda malah ianya semakin digunakan oleh golongan yang lebih tua.

Trend ini dilihat sebagai sesuatu yang sihat kerana membuka peluang kepada golongan yang lebih tua untuk mempelajari teknologi maklumat secara tidak langsung. Dari penggunaan rangkaian sosial, mereka belajar menaip komputer, memuat turun gambar malah menggunakan perkhidmatan emel. Media baru menawarkan perspektif alternatif kepada cara kita melihat dan mengawal dunia tanpa sempadan iaitu Internet.

Di samping menggabungkan kandungan berunsurkan hiburan dan maklumat (infotainment), media baru harus digunakan dengan berhemat selain berpandukan moral dan budaya kita. Semoga dengan wujudnya media baru ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tetapi masih berpegang kepada budaya kita.

KELEBIHAN PENGGUNAAN BLOG DI SEKOLAH

Digunakan untuk berkongsi idea, maklumat, dasar dan sumber dengan ibu bapa dan pelajar (J. Rowsell, 2006). Mudah dicarikan dengan mengguna enjin pencari umum seperti Google dan Yahoo!

Mudah di sediakan dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar Mewujudkan pautan ke laman-laman pendidikan yang lain Menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan secara online Pelajar Membantu mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan Mendapat maklumat tambahan Dapat memberikan maklum balas Membina komuniti atas talian yang berbicara mengenai topik-topik tertentu

SENARIO PENGGUNAAN BLOG DI SEKOLAH

Mengapa blog sangat berguna di sekolah? Pada kebiasaannya, sesuatu teknologi yang ingin diintegrasikan ke dalam kelas adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh guru yang tahu apa yang boleh digunakan dengan teknologi tersebut tetapi tidak tahu secara khusus bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut. Seorang juruteknik atau pakar di dalam teknologi tersebut tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi itu tetapi kurang pengetahuan berkenaan cara menyampaikan penerangan dan idea-idea berkenaan teknologi yang ingin digunakan oleh guru dengan teknologi tersebut.

Penggunaan blog adalah jalan penyelesaian terbaik di mana ianya boleh digunakan sesiapa sahaja walaupun kurang berkemahiran yang tinggi dengan teknologi. Teknologi tidak mengubah sistem pendidikan, tetapi teknologi memantapkan lagi sistem pendidikan dengan penyerapan dan asimilasi teknologi dari seluruh dunia untuk mencipta metodologi-metodologi baru yang lebih berkesan di dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.

Sebagai guru, blog boleh digunakan untuk menjadi tapak perkongsian maklumat yang berharga di antara guru dan juga murid-murid mereka sendiri. Namun, jangan pula mengikut sahaja apa yang orang lain buat tanpa ada panduan yang jelas. Tanpa panduan sebegini, besar kemungkinan akan ada isu-isu buli 'cyber', kutuk-mengutuk dan juga penggunaan bahasa kesat.

Ianya adalah satu kepentingan untuk menghantar nota kepada ibu bapa yang memaklumkan kepada mereka mengenai projek blog di sekolah dan mendapatkan persetujuan daripada mereka. Jika perlu, jelaskan kepada mereka (ibu bapa) bahawa 'blogging' bukanlah seperti aplikasi laman sosial yang lain seperti Facebook contohnya. Blog bertujuan untuk membantu murid melalui zaman persekolahan mereka yang semakin mencabar di masa kini.

Pentadbir sekolah yang menguruskan blog juga dinasihatkan supaya tidak mengejar elemenelemen percuma yang ditawarkan pemberi khidmat blog yang ada di Internet pada masa kini. Pentadbir blog perlu memastikan bahawa program blog yang digunakan mempunyai struktur dan elemen yang benar-benar diperlukan oleh sekolah. Para pendidik perlu mempunyai kawalan isi kandungan dan laman-laman blog masa kini banyak dipenuhi dengan iklan-iklan yang sukar dikendalikan oleh pengendali blog. Corak dan kandungan blog juga perlu disusun dengan sedemikian rupa supaya dapat menarik perhatian murid untuk terus membacanya. Kandungan blog di sekolah lebih kemas jika disusun mengikut topik yang relevan daripada disusun mengikut aturan masa. Satu perkara yang paling penting adalah tidak membiarkan murid membuat 'posting' sesama mereka tanpa ada kawalan dari segi mutu dan kepentingan 'posting' itu.

Guru yang terlibat di dalam projek blog di sekolah seharusnya memberikan perhatian terhadap 'posting' murid-murid dan mempelajari dan memahami kehendak murid di zaman yang serba pantas ini.

Dengan ini, murid akan lebih tertarik untuk mendekati blog sekolah dan 'posting' yang dibuat oleh guru-guru kerana isi kandungan yang dihasilkan adalah relevan dengan mereka.

HALANGAN PENGGUNAAN BLOG DI SEKOLAH Prosedur yang ketat dari pihak pentadbiran sekolah menyukarkan guru untuk menggunakan bahan teknologi seperti blog. Guru kurang pendedahan dan latihan tentang perkembangan teknologi. Kekurangan kemudahan Internet di sekolah.

Halangan-halangan seperti ini kian berkurangan dari masa ke semasa dengan adanya pendedahan secara terbuka berkenaan teknologi seperti blog ini. Ada organisasi sekolah yang merasakan penggunaan blog tidak membantu pencapaian sekolah secara keseluruhan namun pandangan sebegini kian berkurangan. Ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan kolaborasi semua pihak untuk memantapkan lagi organisasi masing-masing.

KESIMPULAN

Dalam menghadapi cabaran dan Wawasan 2020 seperti saranan mantan Perdana Menteri, Malaysia perlu bergerak pantas dalam mengapai aspirasi negara seiring negara maju dengan mengamalkan dasar pandang ke timur.

Satu reformasi yang menjadi anjakan paradigma dalam kemajuan teknologi sejajar dengan peredaran globalisasi diterapkan agar tidak ketinggalan. Oleh yang demikian, dalam mencapai matlamat pendidikan Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996).

Penggunaan laman sosial melalui Internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mencapai kemajuan selaras dengan saranan kerajaan untuk memperkasakan bidang ICT dalam pendidikan. Penggunaan Internet dan Intranet dalam P&P merupakan salah satu pendekatan pedagogi untuk menyediakan set induksi agar menarik. Tuntasnya, penggunaan laman web blog memberi nafas baru dalam bidang pendidikan

sebagai medium untuk pelajar berkomunikasi dan berbincang serta berkongsi maklumat.

Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dari keburukan yang boleh kita perolehi. Media sosial adalah satu alat, semuanya bergantung kepada niat atas penggunaannya. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya agar teknologi ini tidak menjadi salah satu masalah kepada masyarakat dan negara. Selain itu juga, kita perlu bijak dalam menggunakan media sosial ini dengan pembahagian masa agar ianya tidak merugikan kita. Jadilah pengguna yang bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.

RUJUKAN Sturgeon, Julie. (2008). Five Donts of Classroom Blogging. Web 2.0, 1-5. Retrieved from T.H.E Journal database. Zawilinski, Lisa. (2009) HOT Blogging: A Framework for Blogging to Promote Higher Order Thinking. The Reading Teacher, 62(8), 650- 661. Retrieved from the JSTOR database. Hong, Wang. (2008). Exploring Educational Use of Blogs in U.S. Education. US-China Education Review, 5(10), 1-5. Retrieved from the ERIC database http://blog.scoreanetwork.com/index.php/revolusi-media-sosial-2011.html http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=99 http://www.staff.blog.utm.my/idiana/2012/01/12/keburukan-dan-kelebihan-media-sosial/ http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9330ddb7-b2ed-4b02-95fc76f98a7f3197&groupId=10136 http://ms.wikipedia.org/wiki/Media_sosial http://alyadina.blogspot.com/2012/06/kebaikan-dan-keburukan-laman-sosial.html http://www.dailymail.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=6292:kesanlaman-sosial-facebook-terhadap-masyarakat-malaysia&catid=61:feature&Itemid=132 http://www.azam.org.my/print.asp

You might also like